Search This Blog

Wednesday, February 12, 2014

Penjual kain ragut peruncit


Kota Bharu: Akibat meragut seorang pengusaha kedai runcit, seorang penjual kain dijatuhi hukuman penjara lima tahun dan empat sebatan oleh Mahkamah Sesyen, di sini, semalam.

Hakim Mohd Yusoff Yunus menjatuhkan hukuman itu selepas tertuduh, Mohd Shaifuldin Ismail, 26, mengaku salah terhadap pertuduhan yang dibacakan jurubahasa mahkamah.


Tertuduh turut dijatuhi masing-masing hukuman penjara setahun terhadap tuduhan memiliki pisau dan gagal menunjukkan kad pengenalan kepada pegawai polis.


 
Mahkamah bagaimanapun memerintahkan semua hukuman itu berjalan serentak bermula dari tarikh tertuduh ditangkap pada 17 Julai 2013.


Seorang lagi rakan tertuduh, Mohd Amirul Afizam Mat Aripin, 25, pula mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan sama.


Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa merompak Chong Mee Yung, 55, dengan mengambil beg tangan dan dua utas rantai milik mangsa di hadapan Puspa Industrial Agency, 2562, Batu 4, Jalan Kuala Krai, di sini, pada jam 4.40 petang, 17 Julai 2013.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 392 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 14 tahun dan denda atau sebat jika sabit kesalahan.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/02/12

No comments:

Post a Comment