Search This Blog

Wednesday, February 12, 2014

Pengedar dadah ditangkap


Oleh Zul Ikhwan Muhammad
Rompin : Polis tujuh lelaki disyaki penagih dan seorang dipercayai pengedar dadah dalam Ops Tapis di sekitar bandar Muadzam Shah, Pahang di sini, semalam.




Ketua Polis Daerah Rompin Deputi Superintendan Johari Jahaya berkata, semua suspek berusia antara 18 hingga 34 tahun itu ditahan di tiga rumah berasingan oleh anggota Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Rompin diketuai Inspektor Zulkaranain Hassan dalam operasi yang bermula jam 10 malam dan berakhir 11 jam kemudian.

Hasil pemeriksaan kenderaan seorang suspek berusia 34 tahun yang diletakkan di perkarangan rumah, polis menemui dadah disyaki jenis syabu seberat 6.4 gram bernilai RM1,200 selain daun kering disyaki ganja seberat 2.27 gram bernilai RM50 di dalam rumah seorang lagi suspek.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/02/12

No comments:

Post a Comment