Search This Blog

Saturday, February 8, 2014

Pendatang haram mati lemas ketika cuba masuki Sepanyol


RABAT 7 Feb. - Sekurang-kurang tujuh orang pendatang haram termasuk wanita lemas ketika cuba berenang ke kawasan Ceuta di sempadan Sepanyol, dari pantai di Maghribi, semalam.
Kesemua mangsa adalah antara ahli kumpulan daripada 200 pendatang haram yang cuba untuk menyeberangi negara itu, kata pihak berkuasa bandar Fnideq, tanpa menjelaskan kerakyatan pendatang tersebut.
Katanya lagi, 13 orang daripada kumpulan itu berjaya diselamatkan dan kesemua mereka dihantar ke hospital berdekatan untuk rawatan. - AFP


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140207/lu_02/Pendatang-haram-mati-lemas-ketika-cuba-masuki-Sepanyol#ixzz2sg18fZZI
© Utusan Melayu (M) Bhd 

No comments:

Post a Comment