Search This Blog

Monday, February 10, 2014

Lelaki maut dilanggar ketika buang sampah


SANDAKAN: Seorang lelaki maut dilanggar kereta ketika hendak membuang sampah di hadapan rumahnya di Kampung Sundang Darat, Jalan Batu Sapi dekat sini semalam.

Ketua Polis Daerah Sandakan ACP Rowell Marong ketika dihubungi di sini hari ini berkata mangsa dikenali sebagai Naning Ani, 58, menjadi mangsa langgar lari dalam kejadian kira-kira 6.30 pagi itu.

Katanya mangsa mati di tempat kejadian selepas dipercayai dilanggar sebuah kereta berdasarkan siasatan awal di lokasi kemalangan.

Mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Duchess of Kent Sandakan untuk bedah siasat, katanya.

Rowell menasihatkan pemandu kereta terbabit tampil membuat laporan polis dan orang ramai yang melihat kejadian itu tampil membantu siasatan dengan menghubungi Pegawai Penyiasat Insp Zabir Arifin di talian 089-212222 sambungan 254.



Artikel ini disiarkan pada : 2014/02/10

No comments:

Post a Comment