Search This Blog

Saturday, February 8, 2014

Lelaki dipenjara ganggu wanita tolak lamaran


2014/02/08

Abu Dhabi: Seorang anggota tentera Emiriah Arab Bersatu (UAE) dihukum penjara dua tahun kerana mengganggu wanita yang menolak lamarannya dengan mengejarnya menggunakan kereta selain membuat panggilan dan menghantar mesej tanpa henti.

Mengikut rekod, pesalah terbabit dikenali sebagai MM, 21, turut menyelitkan kertas pada pintu rumah mangsa, dengan mengatakan mereka mempunyai hubungan kerana dia memiliki seluar dalam wanita berkenaan.


Wanita 24 tahun itu, dikenali SD, memberitahu penyiasat bahawa beliau enggan mengahwini MM yang melawatnya di rumah untuk bertemu ibu dan bapanya dan menyatakan hasrat perkahwinan.

“Selepas saya menolak, dia mula mengejar saya ketika pergi dan balik ke pejabat. Saya selalu melihat dia di luar rumah dan di pejabat. Dia membuat 200 penggilan telefon sehari dan menghantar mesej, tetapi saya tidak menghiraukannya.”

“Dia mengugut tidak akan membenarkan saya mengahwini orang lain selain dirinya. Satu hari, dia menghentikan kereta secara berbahaya depan saya di Al Quoz. Dia cuba buka pintu kereta saya tetapi saya berjaya memecut ke Balai Polis Bur Dubai untuk membuat laporan.”

“Polis mengambil cap jarinya dari kereta saya. Polis meminta MM memberi jaminan tidak mengganggu saya tetapi dia tidak mematuhinya. Dia kekal mengejar saya dan pada satu hari dia menghantar gambar dengan tulisan dan mengugut meletakkannya di depan rumah saya.” - AGENSI

No comments:

Post a Comment