Search This Blog

Wednesday, February 12, 2014

15 tentera kawal paip minyak maut


Mosul: Lima belas anggota tentera maut dalam serangan terhadap kem tentera yang mengawal saluran paip minyak di utara Iraq, awal pagi semalam.

Keganasan terbaru itu berlaku ketika konflik di Iraq berada di tahap terburuk dalam tempoh enam tahun hingga mencetuskan kebimbangan mengenai keselamatan menjelang pilihan raya April ini.



Iraq dikhuatiri terjerumus semula ke kancah keganasan kerana perbezaan fahaman agama seperti yang berlaku selepas pencerobohan AS pada 2003.

Pemimpin asing menggesa kerajaan diketuai golongan Syiah agar meningkatkan usaha mendekati masyarakat minoriti Sunni tetapi Perdana Menteri Nuri al-Maliki mengambil jalan sukar dengan melancarkan operasi besar-besaran menentang kumpulan militan di negara itu.

Dalam kejadian terbaru semalam, sekumpulan lelaki bersenjata menyerang kem tentera di Nineveh, membunuh semua 15 anggota tentera di lokasi berkenaan sebelum melarikan diri.


Kem itu diwujudkan untuk mengawal saluran paip minyak dekat Hamam al-Alil, yang seperti bandar lain, sering menjadi sasaran serangan militan.

Taktik serangan itu hampir sama dengan serangan di bandar Tuz Kharmatu, utara |Iraq pada Ahad lalu yang menyebabkan enam anggota polis terbunuh.


Tidak ada pihak mengaku bertanggungjawab terhadap pertumpahan darah sejak beberapa bulan lalu, tetapi militan Sunni, termasuk kumpulan Negara Islam Iraq dan Syam menyasarkan pasukan keselamatan Iraq.

Menurut kerajaan, keganasan di seluruh negara itu sepanjang Januari lalu saja meragut lebih 1,00 nyawa.

- AFP

Artikel ini disiarkan pada : 2014/02/12

No comments:

Post a Comment