Search This Blog

Wednesday, February 12, 2014

10 hektar sampah terbakar


Oleh Shamsul Munir Safini
ARAU: Sebahagian besar longgokan sampah di Pusat Pelupusan Sisa Pepejal di Padang Siding di sini terbakar dipercayai berpunca daripada kebakaran kawasan semak berdekatan selain cuaca panas melampau di negeri ini sejak tengah hari tadi.

Kebakaran yang dipercayai bermula kira-kira jam 2 petang tadi itu menyebabkan keseluruhan kawasan pelupusan sampah berkeluasan hampir 10 hektar itu dilitupi asap tebal serta api.



Sehingga jam 10 malam tadi pihak bomba daripada beberapa balai di sekitar negeri masih berjaya mengawal kebakaran daripada merebak ke kebun getah yang terletak berhampiran lokasi kebakaran.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri berkata, pihaknya masih berjaya mengawal kebakaran daripada merebak dan sudah beberapa jam berada di situ sejak petang tadi.


Beberapa anggota serta jentera ditempatkan di lokasi kejadian.


"Kami masih belum dapat memastikan punca kebakaran berkenaan dan percaya ia berpunca daripada kawasan semak berdekatan yang terbakar sebelum merebak ke kawasan longgokan sampah di sini.

"Sehingga sekarang (tadi) tiada kecederaan atau kemalangan jiwa dilaporkan memandangkan kawasan yang terbakar itu sememangnya lengang dan terletak di kawasan belakang jauh daripada pintu masuk ke tapak pelupusan ini," katanya.

Menurtnya, bomba akan mengawal api daripada merebak di sekeliling kawasan kebakaran yang sehingga kini masih marak.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/02/12

No comments:

Post a Comment