Search This Blog

Tuesday, January 28, 2014

Perancis: Perarakan berakhir dengan pertempuran


PARIS 28 Jan. - Beribu-ribu penduduk Perancis berarak di sekitar Paris semalam sempena sambutan ‘Hari Kemarahan’ terhadap Presidennya, Francois Hollande yang kemudian berakhir dengan pertempuran di antara penunjuk perasaan dan pihak polis.
Pasukan keselamatan kemudian bertindak menggunakan gas pemedih mata bagi menyuraikan para penunjuk perasaan yang membaling botol, mercun, batang besi dan tong sampah ke arah pasukan polis.
Pasukan polis berkata, sekurang-kurangnya 150 orang telah ditangkap selepas pertempuran tersebut manakala 12 pegawai keselamatan dipercayai cedera.- AFP


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140128/lu_02/Perancis-Perarakan-berakhir-dengan-pertempuran#ixzz2re173AKo
© Utusan Melayu (M) Bhd 

No comments:

Post a Comment