Search This Blog

Saturday, January 4, 2014

9 maut kumpulan bersenjata serang penjara Mexico

9 maut kumpulan bersenjata serang penjara MexicoANGGOTA polis rusuhan mengawasi kumpulan lelaki bersenjata yang menyerang penjara Tuxpan di Iguala, Mexico, semalam. - Foto Reuters 

IGUALA: Kumpulan lelaki bersenjata menyerang sebuah penjara di barat daya Mexico semalam menyebabkan lima penyerang terbabit dan empat banduan terbunuh.

Enam lelaki memasuki penjara bandar Iguala di Negeri Guerrero selepas melolosi kawalan keselamatan, demikian menurut pejabat pendakwa raya negeri berkenaan dalam satu kenyataan.

Kumpulan lelaki bersenjata itu berjaya memperdaya pasukan keselamatan penjara dengan memberitahu mereka mahu memberikan sesuatu kepada banduan selepas tengah malam.

“Sebaik memasuki kawasan dalam penjara, mereka bergaduh dengan banduan dan kemudian dengan warden penjara di menara keselamatan," kata kenyataan itu.

Dua orang cedera dalam serangan itu dan motif disebalik serangan belum diketahui.

Salah seorang banduan yang mati adalah pengedar dadah, seorang penculik dan dua lagi dipenjarakan kerana memiliki senjata haram. - AFP

No comments:

Post a Comment