Search This Blog

Wednesday, December 31, 2014

“Rumah saya dah hanyut”


  • Rozaini dan Asiah menerima bantuan makanan daripada kakitangan Sinar Prihatin di Tanah Merah.Rozaini dan Asiah menerima bantuan makanan daripada kakitangan Sinar Prihatin di Tanah Merah.

TANAH MERAH - “Rumah saya hanyut dibawa arus deras banjir,” luah suri rumah anak empat sebaik sahaja kaki tangan Sinar Prihatin di bandar Tanah Merah.

Dengan linangan air mata, Rozaini Ibrahim, 39, dia dan jiran, Asiah Awang Kechik, 40, menangis menceritakan detik kehilangan rumah sewanya.

“Awal pagi Rabu lalu, kami bergegas meninggalkan rumah sehelai sepinggang setelah air naik mendadak.

“Semasa berada di pusat pemindahan, suami memberitahu dia lihat rumah kayu kami hanyut dalam arus deras,” kata Rozaini kepada Sinar Harian, di sini.

Tinjauan Sinar Harian mendapati, di lokasi yang sama, empat rumah lain berdekatan turut hanyut dalam arus deras.

Manakala di beberapa penempatan masih digenangi banjir dan kawasan di sekitar bandar Tanah Merah dipenuhi lumpur.

Ramai penduduk masih ditempatkan di pusat pemindahan antaranya di Sekolah Menengah Kebangsaan Belimbing, di sini dan buat masa ini menunggu air surut untuk pulang ke rumah halaman masing-masing.

Rata-rata dalam kalangan mereka masih sibuk membersihkan lumpur di kawasan rumah dan paling memerlukan bekalan air dan elektrik.

'Rumah saya kini hanya tinggal tapak'


  • Siti Khadijah dan anak kecilnya mencari sisa-sisa yang tinggal untuk digunakan setelah rumahnya musnah dalam banjir yang melanda Kampung Manek Urai Lama.Siti Khadijah dan anak kecilnya mencari sisa-sisa yang tinggal untuk digunakan setelah rumahnya musnah dalam banjir yang melanda Kampung Manek Urai Lama.

KUALA KRAI -”Sebak hati saya bila pulang ke rumah, melihat hanya tinggal tapak rumah yang selama ini menjadi tempat perlindungan kami sekeluarga."

Itulah luahan, Siti Khadijah Md Nor, 36, yang menceritakan kesengsaraan selama empat hari bersembunyi di Bukit Kajang untuk menyelamatkan diri dari bencana banjir besar
“Sisa-sisa rumah saya sudah berada di bawah jalan masuk ke lorong rumah.

“Kini, apa yang mampu saya lakukan adalah mengutip sisa-sisa daripada rumah seperti kayu-kayu yang masih boleh digunakan untuk suami saya membina sebuah pondok tempat kami berteduh,” katanya ketika di temui pemberita di Kampung Manek Urai lama yang terjejas teruk akibat banjir di Kelantan sejak enam hari lalu.

“Selain daripada kayu-kayu, dia cuba mencari barang-barang lain yang mungkin boleh digunakan namun segalanya musnah,” katanya.

Siti Khadijah tinggal di kediaman itu bersama suami, Hassan Mahhasan, 38, lapan orang anak dan bapa mertua.

“Saya tak kata ini sebagai banjir, saya katakan ini tsunami. Air bah sangat laju dan menolak apa saja yang di hadapannya.

“Saya kini tinggal di rumah yang berada di atas bukit bersama puluhan yang lain. Jika nak pindah ke pusat pemindahan pun,  di sana sudah ramai sangat mangsa ditempatkan di pusat itu,” katanya

Dua beradik ditemui mati, rakan cedera ketika memburu



Mayat dua beradik yang ditemui mati di kawasan hutan Ulu Meligan, Sipitang.
SIPITANG: Dua beradik ditemui mati, manakala rakannya cedera dipercayai terkena tembakan ketika memburu di Ulu Meligan, di sini, semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 12 tengah hari itu, seorang pengawal keselamatan berusia 27 tahun dipercayai tertembak adik dan rakannya, masing-masing berusia 22 dan 23 tahun.
Berikutan itu, adik pengawal keselamatan itu maut di tempat kejadian, manakala rakan mereka yang cedera di badan dan kepala sempat meminta bantuan penduduk kampung selepas berjalan hampir tiga jam dari kawasan hutan terbabit.

Pemangku Ketua Polis Daerah Sipitang, Asisten Superintendan Mohamad Zulkiflee Mohd Yaacob, berkata polis kemudian bergegas ke lokasi sebelum menemui dua mayat di kawasan hutan berkenaan termasuk pengawal keselamatan terbabit.
Katanya, siasatan lanjut masih dijalankan bagi menyiasat kemungkinan pengawal keselamatan terbabit menembak mati dirinya sendiri selepas kejadian itu.
"Mayat dua beradik itu dihantar ke Hospital Sipitang untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh," katanya.

Tiga insiden helikopter PDRM terhempas dalam 15 tahun



KEADAAN helikopter Ecureuil Unit Udara Polis yang terhempas di Kampung Rambai Lama Gobek, Tanah Merah ketika misi menghantar bantuan makanan kepada mangsa banjir pada jam 6.15 petang tadi. - Foto Khairull Azry Bidin
KUALA LUMPUR: Kejadian helikopter Polis Diraja Malaysia (PDRM) terhempas di Kampung Rambai, Tanah Merah, Kelantan hari ini adalah yang ketiga membabitkan helikopter pasukan itu dalam tempoh 15 tahun, kebetulan daripada jenis yang sama iaitu AS355 Ecureuil buatan Perancis.
Dalam insiden kemalangan terbaharu pada 6.30 petang tadi, dua juruterbang pesawat berkenaan bersama dua kru terselamat tetapi mengalami kecederaan pada anggota badan.
Sebelum ini, sebuah helikopter PDRM terhempas pada 14 Disember 2010 yang mengorbankan seorang juruterbang pelatih polis, Inspektor Mohammad Sukri Othman, 31.

Helikopter yang dipandu Mohammad Sukri terhempas di kawasan bekas lombong di Malim Nawar, dekat Kampar, Perak, semasa beliau menjalani sesi latihan penerbangan solo.
Pada 10 Februari 1999, tiga anggota unit PDRM dan dua kakitangan Jabatan Alam Sekitar (JAS) Kelantan cedera apabila helikopter yang mereka naiki, terhempas ketika melakukan pendaratan di Lapangan Terbang Sultan Yahya Petra, Pengkalan Chepa, Kelantan.
Ketika itu mereka terbabit dalam tugasan menjalankan kerja pemantauan alam sekitar melalui udara.
Sehingga kini PDRM mempunyai 10 helikopter dan beberapa pesawat Pilatus, Cessna and Beech craft King Air 350.
- BERNAMA

Penduduk Kampung Rambai gempar helikopter terhempas



PENDUDUK kampung melihat keadaan helikopter Ecureuil Unit Udara Polis yang terhempas di Kampung Rambai Lama Gobek, Tanah Merah ketika misi menghantar bantuan makanan kepada mangsa banjir pada jam 6.15 petang tadi. - Foto Khairull Azry Bidin
TANAH MERAH: Penduduk Kampung Rambai di sini gempar apabila sebuah helikopter jenis Ecureuill AS 355F2 milik Unit Udara Polis Diraja Malaysia (PDRM) terhempas pada 6.30 petang tadi, selepas berlegar-legar di ruang udara kampung itu.
Beberapa saksi yang ditemui berkata, helikopter itu dilihat terbang rendah dan berlegar-legar sebanyak dua pusingan, sebelum kedengaran seperti letupan dan terus menjunam ke darat.
Anggota misi kemanusiaan dari Kuala Lumpur, Mohd Zulhasnan Abdullah yang ketika itu sedang mengagih-agihkan bekalan di kampung itu berkata, beliau dan pasukannya menyangkakan pada mulanya helikopter itu terbang rendah kerana mahu menurunkan bekalan makanan.
"Melihat keadaan itu (helikopter terbang rendah), orang kampung rasa seronok dan berkumpul untuk melihatnya.
"Tiba-tiba helikopter jadi tak seimbang dan jatuh menjunam betul-betul di depan mata kami. Bila melihat keadaan itu, kami dan orang kampung berpusu-pusu pergi sana dan kami membawa keluar empat orang - tiga lelaki dan seorang wanita," katanya ketika ditemui di kampung itu, di sini hari ini.
Mohd Zulhasnan berkata, beliau dan rakan-rakannya mendapati tiga orang lelaki cedera parah di bahagian kepala manakala seorang wanita hanya cedera ringan dan mengadu pening.
"Kami, dengan bantuan orang kampung, memasukkan dua orang mangsa lelaki pertama ke dalam kereta Perodua Alza, manakala dua lagi dimasukkan dalam Triton milik saya untuk dihantar ke Hospital Tanah Merah," katanya.
Terdahulu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar mengesahkan kejadian itu, dan memberitahu Bernama bahawa semua di dalam helikopter itu selamat dan sedang menjalani rawatan lanjut di Hospital Tanah Merah.
"Alhamdulillah dua juruterbang dan dua kru terselamat," katanya ketika dihubungi hari ini.
Sementara itu, penduduk kampung Saifulizam Mohamad, 40, berkata, walaupun ketiga-tiga mangsa lelaki cedera parah, mereka masih dalam keadaan sedar.
Beliau berkata, selepas orang ramai berjaya mengeluarkan keempat-empat mangsa dari bangkai helikopter itu, ketiga-tiga lelaki itu dibaringkan di halaman rumah beliau, manakala wanita itu masih boleh berjalan sendiri.
"Sebab saya ada bertanya kepada lelaki itu, berapa orang di dalam helikopter, dan beliau menjawab empat. Saya cuba nak pastikan sama ada beliau masih sedar," katanya.
Seorang lagi saksi, Zaisa Mohd Zin, 31, berkata, beliau berasa pelik apabila melihat helikopter itu terbang rendah berhampiran kawasan rumahnya, menyebabkan beliau terasa ingin merakam kejadian itu.
"Tapi dalam saya cuba nak capai handphone, tiba-tiba terdengar dentuman dan saya lari keluar, melihat helikopter itu sudah terhempas di darat.
"Tapi nasib baik kebetulan ada beberapa orang doktor yang sedang berada di kampung kami tengah membantu agih-agihkan makanan di madrasah berhampiran. Saya tengok mereka sempat memberi rawatan awal, termasuk memberi oksigen menggunakan topeng,"
katanya.
- BERNAMA

QZ8501: Dua mayat ditemui dalam keadaan sempurna | Berita Harian

ANGGOTA Tentera Laut Diraja Malaysia menemui mayat mangsa yang dipercayai dari pesawat AirAsia Indonesia QZ8501 ketika operasi SAR di Laut Jawa hari ini. - Foto AFP
QZ8501: Dua mayat ditemui dalam keadaan sempurna | Berita Harian: "SURABAYA: Pemeriksaan awal forensik di Hospital Bhayangkara mendapati mayat seorang lelaki dan perempuan daripada pesawat malang AirAsia Indonesia QZ8501 berada dalam keadaan sempurna, cukup sifat dan masih utuh.

Ketua DVI Jawa Timur Komisioner Besar, Budiyono, berkata kedua-dua mayat itu bagaimanapun sudah berbau kerana mangsa telah meninggal dunia kira-kira tiga hari lepas.

Katanya, kedua-dua mayat itu kini berada di Hospital Bhayangkara, kira-kira 40 kilometer dari Surabaya, untuk menjalani proses bedah siasat dan identifikasi.


"Maklumat lanjut mengenai identiti seperti umur dan sebagainya belum lagi boleh diperoleh kerana forensik baru menerima jenazah petang ini.

"Kami memerlukan waktu untuk mendapatkan identiti jenazah. Team kami sedang bekerja keras," katanya pada sidang akhbar di pekarangan hospital itu lewat petang tadi.

Beliau berkata, pelbagai pakar lain dari bidang patologi, DNA, dan orthodonlogi (pergigian) turut terbabit dalam bedah siasat itu.

Difahamkan kira-kira 20 doktor dan pakar bedah siasat bersiap sedia untuk menjalankan proses bedah siasat yang dijangka dimulakan secepat mungkin dan siap dalam tempoh 24 hingga 48 jam.

Pihaknya juga berharap untuk mendapatkan identiti dua mayat ini dengan kadar segera seperti membandingkan sampel gigi dan tulang mayat dengan data waris dan keluarga dalam simpanan mereka.

"Namun semua keputusan dan segala-galanya bergantung kepada kecepatan proses bedah siasat," katanya.

Pada kebiasaannya, sebaik selesai proses bedah siasat dan identifikasi, mayat akan diserah kepada waris dan ahli keluarga sebelum disembahyangkan dan disemadikan mengikut kepercayaan agama masing-masing.

Tinjauan BERNAMA mendapati beberapa waris dan ahli keluarga telah mulai tiba bagi mendapatkan perkembangan dan maklumat terkini.

Difahamkan Pusat Krisis yang sebelum ini diwujudkan di Lapangan Terbang Antarabangsa Juanda, akan dipindahkan ke hospital ini.

Dilaporkan, enam mayat, tiga lelaki dan tiga perempuan termasuk seorang kru penerbangan, masih lagi dalam proses untuk dibawa keluar oleh pasukan misi mencari dan menyelamat di Pangkalan Bun, Kalimantan Tengah, kira-kira sejam penerbangan dari Surabaya.

Cuaca buruk dengan ombak setinggi tiga meter menjejas operasi mencari.

Pesawat Airbus A320-200 itu membawa 162 penumpang dan anak kapal, berlepas dari Surabaya, Indonesia, pada 5.20 pagi Ahad dan dijadual tiba di Lapangan Terbang Changi Singapura pada 8.30 pagi hari sama.

Kali terakhir pesawat itu berhubung dengan Menara Kawalan Trafik Udara pada 6.12 pagi waktu Indonesia (7.12 pagi waktu Malaysia).

Penumpang pesawat itu terdiri daripada 149 warga Indonesia, tiga Korea Selatan, masing-masing seorang warga Singapura, seorang warga Malaysia dan seorang warga United Kingdom.

Kru pesawat itu terdiri daripada enam warga Indonesia dan seorang warga Perancis.

- BERNAMA"



'via Blog this'

QZ8501: KD Pahang Temui Tiga Mayat

KD Pahang.
QZ8501: KD Pahang Temui Tiga Mayat - Berita Semasa | mStar: "KUALA LUMPUR: Kapal Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), KD Pahang, menemui tiga mayat terapung di Laut Jawa ketika menyertai operasi mencari dan menyelamat pesawat AirAsia Indonesia QZ8501. 

Panglima Tentera Laut Tan Sri Abdul Aziz Jaafar dalam akaun Twitternya berkata, tiga mayat itu ditemui pada 4.30 petang.

"Pada jam 1630, KD Pahang menjumpai tiga mayat terapung di laut di Sektor 1. Kapal sedang menaikkan mayat tersebut," katanya.

Dengan penemuan itu, sudah 10 mayat mangsa pesawat berkenaan ditemui pasukan pencari dan penyelamat yang diketuai Agensi Mencari dan Menyelamat Nasional Republik Indonesia (Basarnas).

Pesawat Airbus A320-200 bersama 162 penumpang dan anak kapal itu berlepas dari Surabaya pada 5.35 pagi Ahad dan dijadual tiba di Singapura pada 8.20 pagi hari yang sama.

Ia terputus hubungan dengan menara kawalan udara Indonesia pada 7.24 pagi.  

Penumpang pesawat itu terdiri daripada warga Indonesia seramai 149 orang, Korea Selatan (3), Singapura, Malaysia dan United Kingdom (masing-masing seorang). Pesawat dikendalikan dua juruterbang dan lima petugas kabin.

Selain tiga kapal TLDM iaitu KD Pahang, KD Lekir dan KD Lekiu yang dilengkapi helikopter jenis Fennec, Malaysia juga menghantar pesawat Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) iaitu C-130, CN235 dan Beechcraft, untuk menyertai operasi mencari pesawat malang berkenaan sejak Isnin lepas."



'via Blog this'

QZ8501: Tiada Mayat Ditemui Pakai Jaket Keselamatan - Basarnas - Berita Semasa | mStar

Pasukan Basarnas mengusung mayat yang ditemui di lokasi nahas pesawat AirAsia Indonesia QZ8501 di Lapangan Terbang Tentera Iskandar di Pangkalan Bun, Kalimantan Tengah. Foto EPA
QZ8501: Tiada Mayat Ditemui Pakai Jaket Keselamatan - Basarnas - Berita Semasa | mStar: "JAKARTA: Tiada mayat mangsa nahas pesawat AirAsia Indonesia QZ8501 ditemui memakai jaket keselamatan, kata Timbalan Operasi Agensi Mencari dan Menyelamat Nasional Indonesia (Basarnas), Mejar Jeneral Tatang Zaenuddin.

"Terdapat satu mangsa, seorang lelaki, dan satu jaket keselamata. Kesemuanya ditemui secara berjauhan. Dia (mangsa) tidak memakai jaket keselamatan," kata Tatang Zaenuddin yang dipetik sebagai berkata dalam laporan di portal berita Detik.com.

"Setakat ini, tiada mayat memakai jaket keselamatan ketika dijumpai."

Terdahuulu, pegawai yang dirujuk sebagai berkata, satu mayat yang ditemui dari kawasan nahas pesawat itu memakai jaket keselamatan, membangkitkan persoalan mengenai keadaan nahas yang berlaku.

"Pagi ini, kami menemui sejumlah empat mayat dan salah satunya memakai jaket keselamatan," kata Tatang Zaenudin menurut Reuters. Beliau bagaimanapun enggan membuat spekulasi mengenai maksud penemuan itu.

Kesemua mereka yang menaiki pesawat itu merupakan warga Indonesia. Tiada mangsa yang terselamat dikesan.

Terdahulu, Ketua Basarnas, F. H. Bambang Soelistyo berkata, satu mayat wanita ditemui pada Rabu, dengan memakai pakaian seragam pramugari.

Tiga mayat yang lain dijumpai pada Rabu adalah lelaki.

Sebanyak tiga mayat iaitu dua wanita dan seorang lelaki ditemui pada Selasa, menjadikan jumlah mayat yang dijumpai setakat ini adalah tujuh orang, tiga wanita dan empat lelaki. - The Straits Times/ANN"



'via Blog this'

QZ8501: Tiada Mayat Ditemui Pakai Jaket Keselamatan - Basarnas

Pasukan Basarnas mengusung mayat yang ditemui di lokasi nahas pesawat AirAsia Indonesia QZ8501 di Lapangan Terbang Tentera Iskandar di Pangkalan Bun, Kalimantan Tengah. Foto EPA
QZ8501: Tiada Mayat Ditemui Pakai Jaket Keselamatan - Basarnas - Berita Semasa | mStar: "JAKARTA: Tiada mayat mangsa nahas pesawat AirAsia Indonesia QZ8501 ditemui memakai jaket keselamatan, kata Timbalan Operasi Agensi Mencari dan Menyelamat Nasional Indonesia (Basarnas), Mejar Jeneral Tatang Zaenuddin.

"Terdapat satu mangsa, seorang lelaki, dan satu jaket keselamata. Kesemuanya ditemui secara berjauhan. Dia (mangsa) tidak memakai jaket keselamatan," kata Tatang Zaenuddin yang dipetik sebagai berkata dalam laporan di portal berita Detik.com.

"Setakat ini, tiada mayat memakai jaket keselamatan ketika dijumpai."

Terdahuulu, pegawai yang dirujuk sebagai berkata, satu mayat yang ditemui dari kawasan nahas pesawat itu memakai jaket keselamatan, membangkitkan persoalan mengenai keadaan nahas yang berlaku.

"Pagi ini, kami menemui sejumlah empat mayat dan salah satunya memakai jaket keselamatan," kata Tatang Zaenudin menurut Reuters. Beliau bagaimanapun enggan membuat spekulasi mengenai maksud penemuan itu.

Kesemua mereka yang menaiki pesawat itu merupakan warga Indonesia. Tiada mangsa yang terselamat dikesan.

Terdahulu, Ketua Basarnas, F. H. Bambang Soelistyo berkata, satu mayat wanita ditemui pada Rabu, dengan memakai pakaian seragam pramugari.

Tiga mayat yang lain dijumpai pada Rabu adalah lelaki.

Sebanyak tiga mayat iaitu dua wanita dan seorang lelaki ditemui pada Selasa, menjadikan jumlah mayat yang dijumpai setakat ini adalah tujuh orang, tiga wanita dan empat lelaki. - The Straits Times/ANN"



'via Blog this'

Helikopter PDRM Terlibat Kemalangan Di Tanah Merah

Keadaan helikopter milik PDRM yang mengalami kemalangan ketika misi menghantar barangan makanan kepada mangsa banjir di Kampung Rambai di Tanah Merah, Rabu. Foto BERNAMA
Helikopter PDRM Terlibat Kemalangan Di Tanah Merah - Berita Jenayah | mStar: "KUALA LUMPUR: Sebuah helikopter Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengalami kemalangan di Kampung Rambai, Tanah Merah, Kelantan sewaktu dalam perjalanan untuk menghantar bekalan makanan kepada mangsa banjir di kawasan itu.

Helikopter itu melakukan pendaratan cemas di kawasan terbabit. Bagaimanapun tiada kemalangan jiwa dilaporkan. 

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar mengesahkan insiden itu dan berkata, dua juruterbang dan dua kru selamat.

Katanya, keempat-empat mereka terdiri daripada tiga anggota polis dan seorang awam.

"Saya mengesahkan kesemua mereka selamat," katanya ketika dihubungi.

Kesemua mangsa dibawa ke Hospital Tanah Merah untuk menerima rawatan."



'via Blog this'

Mayat lelaki dalam kereta dekat Putatan


Mayat lelaki dalam kereta dekat Putatan | Harian Metro: "Email:  Putatan: Seorang lelaki ditemui mati dalam keadaan tersandar di kerusi pemandu kereta dengan kesan darah di kepala dipercayai dibunuh di kawasan letak kereta di Taman Ketiau, dekat sini, pagi tadi.

Mayat mangsa, Asmi Mahmud, 30, ditemui oleh beberapa penghuni di kawasan berkenaan yang curiga apabila mendapati mangsa tidak bergerak di dalam kereta itu walaupun cuba mengetuk cermin pintu kereta berkenaan pada 9 pagi.

Pemangku Ketua Polis Daerah Penampang Asisten Superintendan Rony Abdul Rahman ketika dihubungi mengesahkan pihaknya ada menerima maklumat mengenai penemuan mayat seorang lelaki di dalam kereta di kawasan parkir di Taman Ketiau, dekat sini.

"Mayat mangsa kini dihantar ke Unit Forensik Hospital Queen Elizabeth (HQE) untuk bedah siasat dan siasatan lanjut masih dijalankan.

"Setakat ini, punca kejadian masih dalam siasatan polis sehingga laporan bedah siasat diperolehi," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 31 Disember 2014 @ 5:59 PM"



'via Blog this'

BANJIR: Lelaki disyaki lemas ketika jala ikan

BANJIR: Lelaki disyaki lemas ketika jala ikan | Harian Metro: "IPOH: Seorang lelaki dikhuatiri lemas selepas dipercayai terjatuh ke dalam air banjir di ladang kelapa sawit Felcra Toh Paduka Raja dekat Kampung Gajah di sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Perak Tengah Supt Mohamad Fakri Che Sulaiman berkata, Mohamad Haris Mohamad Johari, 20, dari Kampung Padang Gertak, Pulau Tiga dekat sini dikhuatiri lemas ketika sedang menjala ikan pada jam 10.30 pagi.

"Polis menerima maklumat daripada orang awam mengenai kejadian itu selain turut memaklumkan kepada anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat dari Balai Bomba Seri Iskandar," katanya ketika dihubungi.

Beliau berkata, operasi mencari dan menyelamat lelaki itu dijalankan dengan bantuan anggota bomba dan penduduk kampung. - Bernama

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 31 Disember 2014 @ 6:31 PM"



'via Blog this'

Bangkai pesawat dah jumpa

Pasukan penyelam TNI bersama peralatan menyelam mereka di Pangkalan Bun sertai pasukan SAR. FOTO AFP/ Yanuar
Bangkai pesawat dah jumpa | Harian Metro: "Jakarta: Bangkai pesawat AirAsia Indonesia QZ8501 ditemui oleh pasukan mencari dan menyelamat Indonesia menggunakan peralatan sonar.

Memetik laporan CNN.com, bangkai pesawat itu dipercayai berada di dasar Laut Jawa dan sehingga kini masih tidak dapat dipastikan ia berkecai sepenuhnya atau tidak.

Pengarah SAR, SB Supriyadi berkata, peralatan sonar itu mampu mencapai kedalaman 40 hingga 50 meter di dasar laut dan usaha mengesan kotak hitam pesawat juga giat dijalankan.

Dalam pada itu, seorang pegawai SAR Indonesia , Hernanto berkata, pasukan penyelam, kapal dan juga pesawat dari pasukan SAR sudah ke lokasi bangkai pesawat itu ditemui.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 31 Disember 2014 @ 1:03 PM"



'via Blog this'

Suspek sebar berita palsu ditahan | Harian Metro

BANGUNAN, premis dan kediaman di Kampung Kuala Tahan di Jerantut ditenggelami banjir minggu lalu, berikutan limpahan air Sungai Tembeling. FOTO fail Bernama 
Suspek sebar berita palsu ditahan | Harian Metro: "Subang: Polis menahan seorang individu yang disyaki terbabit menyebarkan berita palsu berkenaan bencana banjir.

Individu berkenaan ditahan di ibu kota dua hari lalu selepas beberapa hari dikesan oleh pihak polis dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, pihaknya dengan kerjasama SKMM sedang mengesan beberapa lagi individu yang disyaki terbabit.

"Kita sedang mengesan individu yang sengaja menyebarkan berita palsu untuk menimbulkan kemarahan rakyat kepada kerajaan.

"Situasi ini amat serius kerana boleh menyebabkan kekacauan," katanya ketika ditemui pada Majlis Penyerahan Bantuan Bencana di Pangkalan TUDM di sini, hari ini.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 31 Disember 2014 @ 1:57 PM"



'via Blog this'

10 jasad ditemui, empat oleh TLDM

Sukar diungkapkan dengan kata-kata kesedihan yang dialami keluarga mangsa. FOTO Osman Adnan 
10 jasad ditemui, empat oleh TLDM | Harian Metro: "10 jasad ditemui, empat oleh TLDM
 278

 0  2 Google +1
Kuala Lumpur: Sepuluh jasad mangsa nahas pesawat AirAsia Indonesia QZ8501 sudah ditemui sehingga malam ini dengan terbaru KD Pahang menemui tiga mayat terapung di laut di Sektor 1 pencarian di perairan Selat Karimata.

Penemuan tiga lagi jasad itu disahkan Panglima TLDM Laksamana Tan Sri Abdul Aziz Jaafar menerusi laman Twitternya.

Ini menjadikan jumlah keseluruhan jasad ditemui kapal TLDM adalah empat orang hari ini selepas KD Lekir menemui jasad seorang mangsa pagi tadi.

Sementara itu, di Surabaya, Ketua Eksekutif AirAsia Indonesia Sunu Widyatmoko tetap mengharapkan keajaiban.

"Kami mengharapkan ada keajaiban dalam insiden ini di mana kemungkinan menemui mangsa yang terselamat," katanya sebaik dua jasad nahas pesawat berkenaan tiba di Landasan Udara Tentera Nasional Indonesia (TNI) Angkatan Laut Juanda 4 petang tadi.

Jasad berkenaan ditempatkan di dua keranda dan diterbangkan menggunakan pesawat Boeing 737 dengan disambut Gabenor Jawa Timur Soekarwo bersama Pengarah Angkasa Pura I Tommy Sutomo dan Ketua Badan SAR Nasional Jawa Timur Hernanto.

Keranda itu tiba Hospital Bhayangkara 5.36 petang tadi.

Soekarwo berkata, proses pengecaman mangsa akan dilakukan di sini sebelum diserahkan kembali kepada pihak keluarganya.

"Proses untuk kemungkinan seminggu atau dua minggu namun pihak berkenaan sedang berusaha menyelesaikannya secepat mungkin.

Dalam pada itu, Detik.com melaporkan lima lagi jasad mangsa nahas pesawat berkenaan dijangka diterbangkan dari Pangkalan Bun ke Surabaya malam ini, jika keadaan cuaca mengizinkan

"Dua jasad sudah tiba di Hospital Bhayangkara Surabaya untuk proses pengecaman. Jika cuaca malam ini baik, lima jasad lagi akan diterbangkan dari Pangkalan Bun ke Surabaya.

"Apapun bergantung kepada keadaan cuaca di sana," kata Gabenor Jawa Timur, Soekarwo.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 31 Disember 2014 @ 7:42 PM"



'via Blog this'

AirAsia Zest terbabas di Filipina

PESAWAT tersadai di hujung landasan.
AirAsia Zest terbabas di Filipina | Harian Metro: "AirAsia Zest terbabas di Filipina
 6  1  0 Google +0
Manila: Pihak berkuasa Filipina berkata, sebuah pesawat AirAsia Zest yang membawa 59 penumpang dan anak kapal terbabas dari landasan ketika mendarat dalam cuaca buruk di Lapangan Terbang Kalibo, tengah Filipina, semalam.

Giovanni Hontomin yang bertanggungjawab terhadap operasi AirAsia Zest berkata, anak kapal melepaskan gelongsor kecemasan bagi membolehkan penumpang turun dengan selamat dari pesawat Airbus A320-200 itu, semalam.

Tiada kecederaan dilapor berlaku dan pesawat dari Manila itu dibiarkan sementara di kawasan rumput di hujung landasan berkenaan.

Bandar Kalibo terletak 350 kilometer ke selatan Manila.

Kejadian itu berlaku selepas sebuah pesawat AirAsia Indonesia terhempas di Laut Jawa Ahad lalu ketika dalam penerbangan dari Surabaya ke Singapura dengan membawa 162 penumpang.

Ia juga berlaku dua hari selepas sebuah lagi pesawat AirAsia Zest menghadapi masalah tayar di bandar Tagbilaran, menyebabkan penerbangan ke Manila itu dibatalkan. - Agensi

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 31 Disember 2014 @ 5:08 AM"



'via Blog this'

Wanita terselamat ditanduk 2 kali

SELEPAS dirawat, Karla masuk semula ke gelanggang dan dirodok kali kedua. 
KARLA melambung selepas ditanduk Gamusino.
Wanita terselamat ditanduk 2 kali | Harian Metro: "Wanita terselamat ditanduk 2 kali
 2  1  0 Google +1
Mexico City: Seorang matador wanita terselamat walaupun ditanduk dua kali oleh lembu jantan sama yang cuba dibunuhnya di gelanggang laga lembu di sini, kelmarin.

Lembu jantan seberat 495 kilogram, Gamusino, menanduk Karla de los Angeles hingga dia melambung di Plaza de Toros de Mexico.

Karla dirawat pasukan perubatan sebelum masuk semula ke gelanggang apabila dia sekali lagi ditanduk oleh Gamusino.

Menurut laporan, matador terbabit mengalami luka sedalam 11.9 sentimeter dan 9.9 sentimeter pada paha dan pinggulnya dalam pertarungan berkenaan.

Dua pembantu Karla dan seorang petani juga dirodok selepas lembu berkenaan melompat keluar dari gelanggang.

Seorang daripada mereka dikatakan cedera teruk.

Kira-kira 5,000 penonton menyaksikan perlawanan itu.

Bercakap kepada wartawan, Karla berkata: “Saya kecewa kerana tidak dapat memotong telinganya dan membunuh lembu kedua.”

Buat kali pertama, acara tahunan laga lembu selama 10 hari itu membenarkan penyertaan tiga matador wanita tempatan. - Agensi

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 31 Disember 2014 @ 5:09 AM"



'via Blog this'

Ribut Jangmi ragut 31 nyawa

SEBUAH keluarga berlindung dalam rumah mereka yang rosak teruk di wilayah Leyte. - See more at: http://www.hmetro.com.my/node/20320#sthash.TjrwuBkx.dpuf
Ribut Jangmi ragut 31 nyawa | Harian Metro: "Manila: Sekurang-kurangnya 31 orang terbunuh dalam kejadian tanah runtuh dan banjir kilat ketika ribut tropika Jangmi merentasi selatan dan tengah Filipina dengan membawa hujan lebat untuk hari kedua berturut-turut, semalam.

Air sungai melimpahi tebing dan menenggelamkan beberapa kampung dengan ada yang sedalam paras leher sementara tanah di kawasan berbukit runtuh, menimbus kediaman serta jalan raya.

Datuk bandar Catbalogan di wilayah Samar Stephany Yu-Tan memberitahu radio DZMM, beberapa penduduk di kawasan yang diancam bencana tidak mengendahkan amaran supaya berpindah.

“Mereka tidak percaya ribut dan hujan lebat itu akan membawa bencana,” katanya.

Dengan angin selaju 65 kilometer sejam, Jangmi dianggap terlalu lemah berbanding Taufan Hagupit yang membadai wilayah tengah Filipina awal bulan ini dengan membawa angin selaju 210 kilometer sejam.

Dua belas orang terbunuh apabila tanah runtuh menimbus dua van di jalan raya di bandar berkenaan.

Jangmi yang diramal membawa hujan sehingga 15 milimeter sejam, membadai kawasan nelayan dan pelancong semalam selepas ia melanda wilayah pergunungan di tenggara Pulau Mindanao.

Ribuan penduduk dipindahkan menjelang ketibaan ribut berkenaan dengan ramai dijangka pulang ke kediaman masing-masing selepas banjir mula surut.

Lima orang terbunuh apabila tanah runtuh menimbus sebuah rumah di bandar Tanauan di wilayah Leyte.

Di bandar Ronda, Cebu, lapan orang termasuk kanak-kanak berusia lapan tahun mati selepas kediaman mereka dihanyutkan banjir.

Sementara itu, dua remaja belasan tahun mati akibat renjatan elektrik ketika mereka mengharung bah di Loon di wilayah Bohol.

Kelmarin, sekurang-kurangnya tiga mati apabila Jangmi yang dikenali penduduk tempatan sebagai Seniang membadai wilayah tenggara, menyebabkan banjir dan tanah runtuh.

Lebih 14,000 penduduk dipindahkan di Surigao del Sur di Mindanao, tempat pertama yang dibadai Jangmi.

Filipina dilanda kira-kira 20 ribu petir setiap tahun, kebanyakannya membawa maut.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 31 Disember 2014 @ 5:08 AM"



'via Blog this'

Isteri diulit Mat Afrika

Isteri diulit Mat Afrika | Harian Metro: "Kuala Lumpur: Luluh hati seorang lelaki sejurus menangkap isterinya sedang bersekedudukan bersama seorang lelaki ‘Mat Afrika’ di dalam bilik hotel mewah di Bukit Bintang di sini, kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 2.30 pagi itu, mangsa yang juga seorang kontraktor dilapor menyerbu bilik hotel bersama dua anak saudara dan diiringi anggota polis.

Menurut sumber, lelaki berusia 50-an itu mengesyaki isterinya mempunyai kekasih gelap dan sering datang ke ibu kota untuk bertemu lelaki warga Nigeria itu.

“Susulan itu lelaki berusia 50-an terbabit mengatur jerat dengan berpura-pura mahu pergi ke selatan tanah air atas urusan perniagaan.

“Lelaki itu bagaimanapun menggunakan kenderaan lain untuk memantau rumah sebelum mengekori isterinya itu yang didapati meninggalkan rumah,” katanya.

Menurutnya, lelaki terbabit kemudiannya mengekori wanita itu sehingga ke ibu kota.

Sumber itu berkata, lelaki terbabit yang yakin isterinya mendaftar masuk ke sebuah bilik hotel di Bukit Bintang, di sini, bergegas ke balai polis berhampiran meminta bantuan pihak berkuasa untuk melakukan serbuan.

“Telahan lelaki itu terhadap kecurangan isterinya ternyata tepat apabila serbuan mendapati wanita itu sedang bersekedudukan dengan lelaki warga Nigeria.

“Malah ketika ditemui, wanita itu dilapor dalam keadaan tidak berpakaian lengkap,” katanya.

Sehubungan itu, lelaki terbabit tampil membuat laporan di Balai Polis Tun HS Lee di sini, untuk tindakan lanjut.

Dalam laporannya, lelaki terbabit yang juga ahli perniagaan menegaskan wanita terbabit masih isterinya.

Sementara itu, sumber Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JAWI) mengesahkan perkara itu dan kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 27 Akta 559 (Akta Kesalahan Jenayah-Jenayah Syariah 1997).

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 31 Disember 2014 @ 7:05 AM"



'via Blog this'

Suami isteri parah ditetak penyamun

Suami isteri parah ditetak penyamun - Jenayah - Utusan Online: "FARABI SHEIKH 
SAID AL JABRI  |  31 Disember 2014 1:36 AM
 0  1 Google +0
SEREMBAN 30 Dis. - Sepasang suami isteri yang dalam perjalanan dari Perak menuju ke Singapura berhadapan pengalaman menakutkan apabila mereka disamun dan ditetak seorang lelaki di Kilometer 246, Lebuh Raya Utara-Selatan (PLUS) arah Selatan awal pagi semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 5.59 pagi itu, mangsa, Chong Kar How, 24, cedera di kepala, telinga kanan dan tapak tangan kiri sementara isterinya, Wong Wei Yan, 24, pula ditetak di belakang kepala.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Muhamad Zaki Harun berkata, kedua-dua mangsa dari Perak itu kini dirawat di Bahagian Kecemasan Hospital Tuanku Ja'afar dekat sini.

Menurut beliau, hasil siasatan awal mendapati kedua-dua mangsa sebelum itu terlibat dalam kemalangan selepas kereta jenis Honda City dipandu Kar How terbabas di lokasi kejadian.

“Mangsa kemudian dipercayai didatangi seorang lelaki tidak dikenali yang menaiki sebuah kereta jenis Proton Wira berwarna putih dengan bumper depan kereta berwarna hitam dan terus menetak mangsa.

“Kes ini masih dalam siasatan lanjut dan kejadian sebenar akan diperoleh hanya setelah kedua-dua mangsa bersedia memberi keterangan,” katanya di sini hari ini.

Difahamkan, mangsa setakat ini rugi RM600 manakala kerugian barangan lain belum dikenal pasti.

Tambah Muhamad Zaki, pihaknya akan mendapatkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di beberapa Plaza Tol di lebuh raya tersebut bagi membantu siasatan.

Katanya, kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan kerana melakukan jenayah samun yang mendatangkan kecederaan."



'via Blog this'

QZ8501: 7 mayat ditemui, 1 ditempatkan di kapal Malaysia

QZ8501: 7 mayat ditemui, 1 ditempatkan di kapal Malaysia - Nasional - Utusan Online: "31 Disember 2014 2:53 PM
 1302  27 Google +0
JAKARTA 31 Dis. - Ketua Badan SAR Nasional (Basarnas), Bambang Soelitsyo menyatakan, tujuh mayat penumpang pesawat AirAsia QZ8501 yang terhempas di Laut Jawa, iaitu empat lelaki dan tiga perempuan ditemukan setakat ini.

Laman web Kompas memetik kenyataan Bambang sebagai berkata, bagaimanapun, jenazah berkeaan masih belum dibawa ke Pangkalan Bun.

“Enam mayat kini berada di kapal Banda Aceh, satu lagi jenazah di sebuah kapal milik Malaysia,’’ katanya di sini. - UTUSAN ONLINE"



'via Blog this'

Warga emas sendirian di hutan dikelilingi 'hutan batu'

Warga emas sendirian di hutan dikelilingi 'hutan batu' - The Rakyat Post BM Version:

1-m
Tersentuh dengan keadaan pak cik Muhammad yang sangat daif, beberapa anggota polis terus membelikan makanan untuknya. - Foto ihsan Facebook Balai Wangsa Maju KL
KUALA LUMPUR, 30 Disember: 
Sekumpulan anggota polis yang ‘berniat’ menyerbu sebuah pondok buruk di hutan kecil berhampiran Damaisari, Wangsa Melawati, bertukar simpati apabila mendapati ia sebenarnya dihuni oleh seorang warga tua.
Dengan hanya bersarung kain pelikat, lelaki tua yang dikenali sebagai Muhammad Dris, 74, hanya mampu mengerekot di atas pangkin kayu sambil menahan lapar.
“Kami semua terperanjat melihat pakcik tua ini terbaring keseorangan menahan lapar,” kata Timbalan Ketua Balai, Sarjan Jasman Aris ketika dihubungi The Rakyat Post.
Jasman berkata, mereka masuk ke hutan kecil itu dengan niat mahu menyerbu pondok buruk yang mungkin dijadikan sarang maksiat, tapi sangkaan kami meleset sama sekali.
“Tak sangka ada lagi orang yang terlalu daif sehingga terpaksa tinggal dalam keadaan serba daif di pondok buruk di dalam hutan,” katanya.
Tersentuh dengan keadaan pak cik Muhammad, beberapa anggota polis terus membelikan makanan untuknya.
“Dia menangis apabila melihat jumlah makanan yang dibelikan. Apabila melihat airmatanya jatuh, kami juga jadi sedih.
Menurut Jasman lagi, pak cik Muhammad tinggal di pondok buruk itu sejak 30 tahun lalu, ketika kawasan itu masih lagi sebuah estet getah.
“Dia tinggal sebatang kara dan tidak mahu menyusahkan orang lain. Katanya, dia hanya makan roti hasil sumbangan mereka yang tahu dia tinggal di situ,” katanya.
Anggota polis dari Balai Polis Wangsa Maju terus mengambil inisiatif memaklumkan keadaan pakcik Muhammad kepada Baitulmal Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) dan usaha untuk mendapatkan rumah yang lebih selesa sedang dijalankan
Menurut posting terbaru Facebook Balai Polis Wangsa Maju, Baitulmal MAIWP akan menanggung kos pembinaan rumah pak cik berkenaan setelah dipersetujui beliau untuk dipindahkan.
“Penduduk setempat akan mencari rumah dan kos ditanggung oleh pihak Baitulmal. Terima kasih Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan dan masyarakat setempat yang prihatin.
“Sokongan dan doa masyarakat yang prihatin dapat mengubah nasib pakcik tua ini di hujung usianya,” memetik laman sosial Facebook Balai Polis Wangsa Maju.


Read more: http://bm.therakyatpost.com/berita/2014/12/30/warga-emas-sendirian-di-hutan-dikelilingi-hutan-batu/#ixzz3NU5AGn2C


'via Blog this'

Misteri mayat ketujuh dalam selimut

Misteri mayat ketujuh dalam selimut - The Rakyat Post BM Version:

mayat dalam selimut
Mayat lelaki dalam selimut yang dipercayai warga asing ditemui pekerja Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) yang sedang membersihkan kawasan itu dalam keadaan tersangkut di celah batu di pintu air Sungai Kulim, Labuh Banting, pagi tadi. - Foto Hiasan
TASEK GELUGOR, 31 Disember:
Mayat seorang lelaki berbalut selimut ditemui tersangkut di celah batu di pintu air Sungai Kulim, Labuh Banting, pagi tadi.
Dalam kejadian kira-kira jam 10 pagi itu, mayat lelaki yang dipercayai warga asing ditemui pekerja Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) yang sedang membersihkan kawasan itu.
Sumber berkata, dia terkejut apabila melihat biawak menggigit objek terapung berdekatan pintu air.
“Saya melihat biawak menggigit objek seperti punggung manusia dan memeriksa kawasan itu sebelum menyedari objek itu adalah mayat manusia.
“Saya terus menghubungi polis untuk tindakan,” katanya.
Tambahnya lagi, penemuan mayat tersebut adalah yang ketujuh dalam tahun ini.
Menurutnya, kejadian ini berlaku mungkin disebabkan mayat itu dibawa arus air.
Sementara itu, jurucakap Polis Diraja Malaysia berkata mayat mangsa dihantar ke Hospital Kepala Batas untuk bedah siasat.
Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu diminta menghubungi mana-mana balai polis berdekatan bagi membantu siasatan.


Read more: http://bm.therakyatpost.com/berita/2014/12/31/misteri-mayat-ketujuh-dalam-selimut/#ixzz3NU4wYMRD


'via Blog this'

Helikopter PDRM terhempas di Kelantan

Helikopter PDRM terhempas di Kelantan - The Rakyat Post BM Version:

IMG_8082
Sebuah helikopter PDRM terhempas di kawasan perumahan di Tanah Merah, menyebabkan 3 pegawai PDRM dan seorang awam cedera. Mereka telah dikejarkan ke Hospital Tanah Merah.
KUALA LUMPUR, 31 Disember:
Sebuah helikopter milik Polis Diraja Malaysia (PDRM) terhempas, ketika menyertai misi menghantar bantuan kepada mangsa banjir di Kelantan.
Perkara itu disahkan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar di laman sosial Twitternya.
“Saya sahkan Helicopter @PDRMsia terlibat kemalangan di Kpg Rambai, Tanah Merah, Kelantan. Alhamdulilah 2 juruterbang dan 2 Crew Selamat.
“Helicopter @PDRMsia dalam misi menghantar bekalan makanan kpd mangsa banjir di Kg Rambai, Tanah Merah. Alhamdulilah semua Selamat,” katanya.
Sementara itu, jurucakap Balai Bomba dan Penyelamat Kelantan memaklumkan, pihaknya telah menerima panggilan kecemasan pada jam 6.42 petang.
“Kejadian melibatkan sebuah helikopter PDRM yang terhempas di kawasan perumahan dan menyebabkan 3 pegawai PDRM dan seorang awam cedera.
“Kesemua mangsa telah dikeluarkan dan dibawa ke Hospital Tanah Merah,” katanya.


Read more: http://bm.therakyatpost.com/berita/2014/12/31/helikopter-pdrm-terhempas-di-kelantan/#ixzz3NU4cVGdd


'via Blog this'

Seorang gadis maut, tiga rakannya parah

Seorang gadis maut, tiga rakannya parah - The Rakyat Post BM Version:

myvi
Keadaan kereta Myvi dan empat sahabat yang terlibat dalam kemalangan di Kilometer 257.6, Lebuhraya Utara Selatan arah utara di sini pagi tadi.
KUALA KANGSAR, 31 Disember: 
Seorang gadis maut manakala tiga lagi parah apabila kereta jenis Perodua Myvi yang mereka naiki merempuh sebuah treler di Kilometer 257.6, Lebuhraya Utara Selatan arah utara di sini hari ini.
Dalam kejadian kira-kira jam 9 pagi tadi, Jennifer Leong Yeen Lee, 20, yang duduk di bahagian sebelah hadapan penumpang maut di tempat kejadian akibat tersepit di tempat duduknya.
Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar, DSP Azry Akmar Ayob berkata, semasa kejadian kereta yang dinaiki keempat-empat mangsa yang berusia lingkungan 20an itu sedang bergerak dari Kuala Lumpur menuju ke Langkawi.
Katanya, sejurus tiba di lokasi pemandu kereta Myvi itu yang dikenali sebagai Izzat telah melanggar belakang sebuah treler yang membawa kren.
“Akibat perlanggaran itu kereta Perodua Myvi tersebut hilang kawalan lalu melanggar sebuah lagi lori yang berada berhampiran sebelum melintang di lorong kiri lebuhraya,” katanya ketika dihubungi The Rakyat Post hari ni.
Katanya, polis masih menyiasat punca sebenar kejadian dan berdasarkan keterangan daripada pemandu lori, kereta tersebut tiba-tiba merempuh bahagian belakang treler yang berada di lorong kiri.
“Mayat seorang mangsa daripada empat rakan itu dibawa ke Hospital Ipoh untuk bedah siasat manakala mangsa yang parah dihantar ke Hospital Taiping untuk rawatan lanjut,” ujarnya.
Jelas beliau, kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987


Read more: http://bm.therakyatpost.com/berita/2014/12/31/seorang-gadis-maut-tiga-rakannya-parah/#ixzz3NU4PJRq5


'via Blog this'

Bangkai pesawat dijumpai di dasar Laut Jawa

QZ8501

Bangkai pesawat dijumpai di dasar Laut Jawa - Global - Sinar Harian: "PASUKAN mencari dan menyelamat melaporkan penemuan bangkai pesawat QZ 8501 di dasar Laut Jawa semasa menjalankan operasi mencari dengan menggunakan kapal sonar hari ini.

Bagaimanapun seperti yang dipetik menerusi laporan dari portal berita CNN, keadaan sebenar pesawat tersebut masih tidak dapat dipastikan.

“Pasukan penyelamat tidak tahu sama ada pesawat tersebut masih berada dalam keadaan baik atau sudah berkecai,” kata laporan terbabit.

Menurut jurucakap pasukan penyelamat, Hernanto, setakat ini usaha mencari dan mengesan mayat, serpihan dan bangkai pesawat masih dilakukan.

“Antara yang dicari termasuk kotak hitam pesawat, dengan penemuan itu, punca nahas ini dapat dirungkai,” katanya lagi.

Sementara itu, syarikat penerbangan AirAsia akan mengambil tanggungjawab penuh ke atas nahas pesawat QZ 8501.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Tan Sri Tony Fernandes berkata, segala keperluan keluarga mangsa dan proses pengebumian akan ditanggung sepenuhnya oleh pihak syarikat sebagai tanda simpati dan kesal atas nahas yang menimpa pesawat tersebut.

“Kami (Air Asia) tidak akan lari dari tanggungjawab kami. Pihak kami akan berusaha mengenal pasti punca nahas, tetapi sekarang fokus utama harus diberikan kepada usaha mencari dan menyelamat mangsa,” katanya .

Tony akan terus berada di Surabaya untuk bersama dengan keluarga mangsa nahas pesawat terbabit."



'via Blog this'

Dipukul tanpa sebab selepas diserang tiga lelaki

Gunasekaran melihat kecederaan yang dialami Pakhong selepas dipukul dan ditumbuk tiga lelaki tidak dikenali dalam satu kejadian di Taman Seremban Jaya.
Gunasekaran melihat kecederaan yang dialami Pakhong selepas dipukul dan ditumbuk tiga lelaki tidak dikenali dalam satu kejadian di Taman Seremban Jaya.
Dipukul tanpa sebab selepas diserang tiga lelaki - Melaka & NS - Sinar Harian: "SEREMBAN – Seorang lelaki cedera di muka dan mata selepas dipukul tiga lelaki tanpa sebab, di kaki lima kedai di Taman Seremban Jaya, Senawang, di sini, kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 8.15 malam itu, mangsa, Loh Pakhong, 47, yang bekerja di sebuah restoran di Taman Seremban Jaya itu mengalami lebam mata kiri dan bengkak di pipi akibat dipukul tiga lelaki tidak dikenali.

Pakhong berkata, dia didatangi tiga lelaki berusia lingkungan 20 hingga 30-an ketika dia sedang berjalan kaki di pasar mini berhampiran tempatnya kerjanya itu.

“Mereka datang terus memukul dan menumbuk muka saya beberapa kali. Saya merayu meminta dilepaskan tetapi mereka terus memukul dan menumbuk dengan tangan.

“Selepas memukul saya sehingga mulut dan hidung berdarah, mereka meninggalkan saya sebelum dibantu orang ramai yang berada di situ,” katanya dalam sidang media di Pejabat Adun Senawang, di sini.

Menurutnya, dia tidak mengetahui apa motif ketiga-tiga lelaki tersebut memukulnya kerana tidak pernah mengenali semua lelaki tersebut.

“Saya tidak tahu apa sebab mereka memukul saya dan ketika kejadian saya ada melihat seorang perempuan bersama mereka.

“Saya mengesyaki perempuan itu ada kaitan dengan mereka dan saya percaya mereka memukul saya kerana salah faham,” katanya.

Katanya, satu laporan polis telah dibuatnya di Balai Polis Senawang, di sini, selepas kejadian.

Sementara itu, Adun Senawang, P.Gunasekaran, berkata, dia berharap polis dapat mengambil tindakan terhadap ketiga-tiga lelaki tersebut.

“Mangsa diserang tanpa sebab, lebih-lebih lagi mangsa tidak mengenali semua lelaki tersebut. Mangsa juga tidak mempunyai musuh dan berhutang.

“Saya berharap pihak polis dapat mengambil tindakan terhadap suspek kerana bimbang suspek akan menyerang mangsa selepas ini,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Muhamad Zaki Harun mengesahkan menerima laporan kejadian itu.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan. Tiada sebarang senjata digunakan suspek,” katanya."



'via Blog this'

Angin kencang lebih 3 jam

Oleh Hadzlihady Hassan dan Mohd Hilmi Mahmud

am@hmetro.com.my

Balik Pulau: Ribut luar biasa yang melanda Balik Pulau, malam kelmarin bukan saja menggemparkan penduduk dan membuatkan mereka kecut perut, malah turut menjejaskan hampir 500 rumah di tujuh kampung di kawasan berkenaan.
Kejadian bermula jam 9 malam itu pada mulanya dianggap biasa oleh penduduk dengan ada antara mereka yang menonton televisyen, tidur dan berbual di rumah atau di kedai makan.
Angin kencang luar biasa lebih tiga jam itu membuatkan penduduk bimbang apabila bumbung rumah mereka diterbangkan selain dinding rosak akibat dihempap pokok tumbang, sekali gus bersiap sedia menghadapi sebarang kemungkinan.
Selepas lebih tiga jam, keadaan mula reda dan penduduk yang kediaman mereka terjejas kemudian mula berpindah dan berkumpul di masjid serta sekolah.
Difahamkan, kejadian itu kali pertama seumpamanya yang berlaku di kawasan terbabit hingga menjejaskan ratusan tempat tinggal penduduk termasuk menyebabkan sebahagian penduduk terpaksa dipindahkan ke pusat pemindahan sementara kerana kediaman rosak teruk.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.
Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 31 Disember 2014 @ 5:09 AM


MOHAMAD Kassim, Rokiah Ahmad melihat bumbung dan dinding tingkat atas rumahnya yang diterbangkan angin.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/20326#sthash.2lqCrETI.dpuf

Hilang kawalan ambil selekoh

Shah Alam: Seorang pemandu treler nyaris maut apabila kenderaan membawa muatan besi itu terbalik di jejambat Persiaran Jubli Perak menuju ke arah Batu 3 di sini, petang semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 3 petang itu, mangsa yang mahu dikenali sebagai Lau, 42, memberitahu lori dipandu hilang kawalan ketika melalui selekoh di jejambat itu.
Menurutnya, dia cuba memperlahankan kenderaan dipandunya, namun muatan besi berkenaan menggelungsur ke bahagian kiri lori menyebabkan lori hilang kawalan sebelum terbalik.
“Saya cemas seketika apabila treler terbalik, namun bernasib baik apabila tidak mengalami sebarang kecederaan. Malah, treler ini juga hampir jatuh dari jejambat.
“Jika saya pandu laju mungkin kenderaan ini terjunam jatuh ke Lebuhraya Persekutuan,” katanya ketika ditemui, di sini, semalam.
Sementara itu Ketua Bahagian Ketenteraman Awam dan Trafik IPD Shah Alam Deputi Superintendan Goh Lee Shen mengesahkan kejadian berkenaan dan mengerahkan anggota trafik untuk mengawal kesesakan lalu lintas.
Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 31 Disember 2014 @ 7:08 AM


Keadaan lori yang membawa muatan besi yang terbalik di atas jejambat Persiaran Jubli Perak menuju ke arah Batu 3, semalam.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/20408#sthash.CTP1TlBR.dpuf

Hujan najis

Hechi (China): Beberapa orang dihujani najis apabila sebuah lori tangki membawa bahan itu meletup berhampiran bangunan kedai di sini, semalam.
Mangsa yang berlumuran dengan najis terpaksa mendapatkan rawatan perubatan.
Nasib seorang pemilik kedai lebih buruk apabila bukan saja dia dihujani najis, bahkan hampir semua barang dalam kedainya dilitupi bahan berbau busuk itu.
Katanya, dia mungkin terpaksa mengambil masa seminggu untuk membersihkan kedainya.
Saksi, Dong Tang memberitahu televisyen tempatan: "Saya melihat orang ramai berkumpul di jalan raya. Mulanya saya menyangka ia kemalangan jalan raya. Tiba-tiba bau amat busuk menyengat hidung saya.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.
Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 31 Disember 2014 @ 5:06 AM


SEORANG lelaki meninggalkan tempat kejadian dengan menutup hidungnya.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/20309#sthash.755uaNTI.dpuf

Bandar ikan patin lumpuh

Kuala Lumpur: Bilangan mangsa banjir yang dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) di Kelantan, Pahang, Perak dan Johor meningkat, manakala di Terengganu berkurangan menjadikan keseluruhan yang dipindahkan menurun kepada 216,703 orang di lima negeri tengah malam ini berbanding 223,224 orang, petang tadi.
Di KELANTAN, bilangan mangsa banjir meningkat kepada 143,955 mangsa 12 tengah malam berbanding 142,582 mangsa, 8 malam tadi.
Di TERENGGANU, jumlah mangsa banjir turun kepada 13,080 orang daripada 3,211 keluarga ditempatkan di 49 pusat pemindahan hingga 12 tengah malam ini berbanding 21,452 orang, 7 malam tadi.
Menurut portal Majlis Keselamatan Negara (MKN) Terengganu, daripada jumlah itu, Kemaman mencatat 15,827 mangsa, Dungun (8,815 orang), Kuala Terengganu (213) dan Hulu Terengganu (39).
Di PAHANG, bilangan mangsa banjir terus menunjukkan peningkatan kepada 51,905 orang membabitkan 12,635 keluarga sehingga 12 tengah malam ini berbanding 51,484 orang daripada 12,588 keluarga yang direkodkan 8 malam tadi.
Jurucakap Bilik Gerakan Banjir Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang berkata, daerah Temerloh masih menempatkan jumlah pemindahan mangsa banjir paling banyak iaitu 21,284 orang yang ditempatkan di 65 pusat pemindahan.
Tujuh lagi daerah iaitu Pekan menempatkan 10,441 orang, Jerantut (5,674 orang), Maran (4,098 orang), Kuantan (3,852 orang), Lipis (3,090 orang), Bera (2,879 orang) dan Rompin (166 orang).
Di PERAK, mangsa banjir meningkat 7,591 orang daripada 2,025 keluarga sehingga 11 malam tadi berbanding 7,553 orang daripada 2,006 keluarga, 6 petang tadi.
Di JOHOR, jumlah mangsa banjir meningkat kepada 172 orang daripada 42 keluarga pada 12 tengah malam ini berbanding 153 orang daripada 43 keluarga, pada 8 malam tadi.
Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 31 Disember 2014 @ 12:57 AM


TINJAUAN udara Pahang menunjukkan Lebuhraya Pantai Timur (LPT) masih digenangi air akibat air sungai Pahang yang melimpah. FOTO Bernama
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/20194#sthash.US6Ygvbs.dpuf