Search This Blog

Monday, December 30, 2013

Stesen kereta api dibom


30 Disember 2013

MOSCOW - RUSIA . Sekurang-kurangnya 14 terbunuh dan 50 yang lain cedera selepas seorang wanita meletupkan dirinya di Volgograd, Rusia.

Jurucakap Kementerian Dalam Negeri Svetlana Smolyaninova berkata, serangan nekad itu berlaku petang semalam di dalam stesen kereta api yang ketika itu sesak dengan penumpang.

“Wanita itu meletupkan dirinya berhampiran mesin pengesan logam di pintu masuk stesen berkenaan ketika dia dihampiri seorang anggota polis,” katanya dipetik sari laporan BBC.

Menurutnya, bom tersebut dipercayai mengandungi 10 kilogram bahan letupan TNT.

“Keadaan menyebabkan pintu dan cermin tingkap stesen rosak teruk.Puluhan penumpang lari bertempiaran hingga menyebabkan huru hara dan semua perjalanan ditangguh,” katanya.

Guru besar, anak maut kereta tenggelam dalam parit


30 Disember 2013

KUCHING - Seorang guru besar dan anaknya maut selepas kereta mereka terhumban ke dalam parit sedalam dua meter berdekatan Jambatan Mata Parang di Jalan Samarahan-Asajaya, Kota Samarahan.

Hamidah Johar, 49, dan anaknya Mainol Yakin, 11, disahkan meninggal selepas terperangkap di dalam kenderaan pelbagai guna tersebut.

Seorang lagi anak perempuan mangsa yang berumur 19 tahun berjaya diselamatkan orang awam dalam kejadian kira-kira pukul 11.40 pagi itu.

Ketua Polis Daerah Kota Samarahan, DSP Lee Chong Chern yang mengesahkan kejadian itu berkata kemalangan berlaku ketika hujan.

Menurutnya, tiga beranak itu dikatakan dalam perjalanan balik dari sekolah tempat Hamidah bertugas, menuju kediaman mereka di Kampung Tanjung Parang, Samarahan. - Bernama

10 terbunuh letupan bas di Volgograd, Rusia



MOSCOW 30 Dis. - Satu bom meletupkan sebuah bas elektrik di bandar Volgograd pagi ini, mengorbankan sekurang-kurangnya 10 orang, sehari selepas pengeboman berani mati membunuh 17 orang di stesen kereta api utama di bandar itu.
Letupan itu meletakkan bandar tersebut tertekan dengan ancaman pengganas yang dihadapi Rusia, ketika ia bersedia menjadi tuan rumah Olimpik Musim Sejuk pada Februari ini.
Volgograd terletak 650 kilometer di timur laut Sochi, di mana sukan Olimpik itu akan diadakan. - AP


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20131230/lu_10/10-terbunuh-letupan-bas-di-Volgograd-Rusia#ixzz2ox5QlKhc
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Kerani curi pakaian dijel 4 hari, didenda


KUALA LUMPUR 30 Dis. - Gara-gara kesempitan hidup, seorang kerani wanita bertindak mencuri pakaian pelbagai jenama yang kesemuanya bernilai hampir RM500 di sebuah pusat beli-belah di ibu negara, Jumaat lalu.
Hari ini, wanita terbabit, Nursaryanie Sabri, 22, dihukum penjara empat hari dan denda RM50 oleh Mahkamah Majistret di sini selepas mengaku bersalah terhadap pertuduhan itu.
Anak sulung daripada 10 adik-beradik itu didakwa melakukan kesalahan itu di tingkat satu, Kompleks Sogo, Jalan Tuanku Abdul Rahman, Dang Wangi, di sini kira-kira pukul 6.45 petang, 27 Disember lalu.
Pertuduhan terhadap wanita itu dikemukakan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Ooi Chean Ling mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 10 tahun dan denda.
Sebelum menjatuhkan hukuman, Majistret Asyraf Rezal Abd. Manan menasihatkan Nursaryanie yang diwakili peguam, Rosmira Embung, supaya tidak mengulangi perbuatan tersebut.
"Kamu sebagai anak sulung sepatutnya lebih bertanggungjawab dan menjadi contoh kepada yang lain. Kesempitan wang bukanlah alasan untuk mencuri.
"Saya bagi hukuman penjara dan hukuman berbentuk kewangan supaya menjadi pengajaran kepada kamu," katanya.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Mahkamah/20131231/ma_05/Kerani-curi-pakaian-dijel-4-hari-didenda#ixzz2p79wo3Kk
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Thai perketat kawalan


Kota Bharu: Pihak berkuasa Thailand akan melakukan pemeriksaan keselamatan di lokasi yang disyaki bakal menjadi sasaran pengganas bagi memastikan negara itu selamat dikunjungi pelancong menjelang sambutan Tahun Baru 2014.

Ketua Polis Wilayah Songkhla Mejar Jeneral Akapob Prasitwattanachai berkata, pemeriksaan keselamatan perlu dilakukan dari sekarang berikutan letupan bom di Danok, Padang Besar dan Sadao pada 22 Disember lalu yang mengakibatkan lebih 20 rakyat negara itu cedera. Katanya, kejadian itu menyebabkan kemerosotan bilangan pengunjung ke Thailand kerana ramai yang bimbang menjadi mangsa letupan bom.


“Kami akan mengawal semua kawasan parkir dan memeriksa rekod maklumat pelancong bagi memastikan mereka bukan ahli kumpulan pengganas.



“Selain itu, kita melakukan pemeriksaan di tempat pemeriksaan di Sadao dan kawasan lain di Hatyai bagi memastikan tiada penghantaran bom dibuat atau melalui kawasan pemeriksaan berkenaan.


“Selain itu, kita akan memasang lebih banyak kamera litar tertutup dan mengagihkan risalah maklumat mengenai pengganas kepada orang ramai termasuk pelancong,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/12/30

Jurukimpal disyaki dera anak tiri dicekup


Kuala Lumpur: Seorang jurukimpal berusia 38 tahun ditahan polis, Jumaat lalu, dipercayai kerana terbabit dalam kes penderaan seorang kanak-kanak perempuan, Nurain Natasyah Abdullah, 4, yang meninggal dunia, 24 Disember lalu.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Asisten Komisioner Khairi Ahrasa berkata, suspek yang juga bapa tiri mangsa ditahan di tempat kerjanya di Cheras, dekat sini, pada jam 4.25 petang.


“Hasil bedah siasat yang dijalankan mendapati punca kematian mangsa terdapat unsur jenayah menyebabkan polis membuka kertas siasatan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan. “Kanak-kanak ini dimasukkan ke Hospital Kuala Lumpur, 21 Disember lalu, selepas tidak sedarkan diri dan mengalami sawan sebelum disahkan meninggal dunia di Unit Rawatan Rapi hospital berkenaan pada 24 Disember lalu,” katanya ketika dihubungi, semalam.



Artikel ini disiarkan pada : 2013/12/30

Lelaki warga Myanmar mati ditikam rakan


Subang Jaya: Seorang lelaki warga Myanmar yang cedera parah di lengan kiri dan kepala dipercayai akibat ditikam rakan senegaranya terpaksa berjalan kaki lebih 700 meter dari lokasi dia ditikam bagi mendapatkan bantuan, bagaimanapun dia rebah dan meninggal dunia di hadapan sebuah kilang di Batu 13, Puchong, semalam.

Dalam kejadian jam 2.50 pagi itu, mangsa, Bo Bo Ha, 30, ditemui mati tersandar di tembok batu kilang berkenaan oleh orang ramai sebelum menghubungi polis.


Ketua Polis Daerah Subang Jaya Asisten Komisioner Yahaya Ramli berkata, pihaknya menemui mayat mangsa dalam keadaan tersandar dengan jarak mayat berkenaan ditemui adalah kira-kira 700 meter dari lokasi kejadian.



“Mangsa mengalami kecederaan di lengan kiri dan ditikam di bahagian kiri kepala.


“Susulan kejadian itu, tiga rakan senegara mangsa termasuk seorang wanita ditahan untuk siasatan lanjut,” katanya.


Menurutnya, mayat mangsa dihantar ke Hospital Serdang untuk dibedah siasat.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/12/30

Agensi gagal daftar 27 pelajar dengan EME


Shah Alam: Nasib 27 pelajar Malaysia yang mengikuti bidang perubatan Universiti Mansoura di Mesir kini terumbang-ambing berikutan kegagalan agensi dilantik menyediakan fail peribadi pelajar untuk didaftarkan dengan Pendidikan Malaysia Egypt (EME).

Kegagalan itu mengundang masalah kepada pelajar terbabit untuk memasuki dewan peperiksaan akhir tahun sehingga mencetuskan kebimbangan ibu bapa.


Bimbang keselamatan anak mereka yang mengikuti pengajian dalam bidang perubatan di universiti itu, dua bapa membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam, di sini, semalam.



Pesara tentera, Hasnor Yahya, 56, bimbang jika pelajar berkenaan gagal didaftarkan dengan EME, sukar bagi Jabatan Pelajar Malaysia di Mesir serta Wisma Putra memantau keadaan atau menyelamatkan mereka sekiranya berlaku kekacauan atau masalah.


Katanya, dia bimbang dengan keadaan anaknya, Farah Diana, 19, yang sudah memulakan pengajian di universiti sama kerana visa sementara diperoleh tiga bulan lalu hampir tamat.


“Sebelum ini kami pernah membuat laporan polis di Damansara bagi meminta polis menyiasat mengenai unsur penipuan yang membabitkan agensi terbabit.

“Kami menghantar anak menggunakan agensi ini kerana agensi lain mendakwa kouta mereka sudah penuh dan bukan kerana bayaran dikenakan lebih murah.


“Pada awal Disember lalu, kami ada bertemu wakil agensi berkenaan meminta mereka menyegerakan pendaftaran anak kami dengan EME, tetapi kami tidak bersetuju dengan permintaan mereka agar kami menambah wang RM3,500 bagi menyelesaikan segera masalah ini,” katanya.

Seorang lagi bapa, Roslan Salbi, 46, berkata, anak perempuannya Puteri Sabrina Shazlin, 18, mengikuti pengajian dalam bidang perubatan di negara itu, tetapi dia bimbang dengan kedudukannya berikutan masih gagal didaftarkan dengan EME.


“Jika tidak berdaftar dengan EME, anak saya akan menghadapi kesukaran kerana dia tidak akan dibenarkan menduduki peperiksaan akhir kelak” kerana pelajar Malaysia yang belajar di Mesir perlu berdaftar dengan EME katanya.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/12/30

Penjawat awam jadi mangsa banjir boleh tuntut insurans


Kuala Lumpur: Penjawat awam yang menjadi mangsa banjir baru-baru ini boleh membuat tuntutan insurans sekiranya memiliki akaun pinjaman perumahan Perbendaharaan, kata Datuk Seri Najib Razak.

Perdana Menteri berkata, mereka disarankan supaya menghubungi Kementerian Kewangan di Bahagian Pinjaman Perumahan (BPP).


“Penjawat awam yang menjadi mangsa banjir boleh hubungi @MOFmalaysia untuk mendapatkan maklumat tentang tuntutan insurans,” kata beliau melalui tweet terkininya semalam.



Beliau yang juga Menteri Kewangan mengulas pekeliling berkaitan tuntutan insurans bencana alam pinjaman perumahan Perbendaharaan bagi mangsa banjir di Terengganu, Pahang dan Johor yang dikeluarkan 19 Disember lalu.


Menurut pekeliling berkenaan, semua penjawat awam terbabit dinasihatkan mengemukakan tuntutan insurans bencana alam daripada panel insurans masing-masing.


Tuntutan insurans itu meliputi kerosakan struktur bangunan seperti dinding, lantai, atap, siling dan sebagainya, selain kejadian pecah rumah dengan tujuan mencuri semasa kejadian banjir.

Selain sekiranya berlaku tangki air pecah, kecederaan orang awam (pihak ketiga) akibat kemalangan di dalam rumah dan perbelanjaan hotel atau rumah sewa dalam tempoh baik pulih yang tidak dapat didiami turut dibenarkan mengemukakan tuntutan.


Mangsa boleh membuat tuntutan dengan menghubungi syarikat insurans atau takaful yang sedia memberikan perkhidmatan masing-masing. BPP berharap mangsa segera mengemukakan tuntutan untuk mempercepatkan proses pembayaran pampasan. Maklumat lanjut boleh dilayari di laman sesawang http://bpp.treasury.gov.my dan meja bantuan banjir di talian 03-8880 212.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/12/30

Gelora kategori ketiga dijangka berterusan


Kuala Lumpur: Angin kencang dan laut bergelora kategori ketiga (paling bahaya) di kawasan perairan Kelantan, Terengganu, Pahang dan Johor Timur dijangka berterusan sehingga Selasa depan.

Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi, angin kencang timur laut dengan kelajuan melebihi 60 kilometer sejam itu boleh menyebabkan ombak mencapai ketinggian melebihi 5.5 meter Selain itu, kKawasan pantai di negeri berkenaan turut terdedah kepada kejadian kenaikan paras air laut.


Kedua-dua keadaan ini berbahaya kepada semua aktiviti pantai dan perkapalan termasuk menangkap ikan, pekerja di pelantar minyak serta perkhidmatan feri.



Kenyataan itu menyebut aktiviti ribut petir juga berlaku di kawasan perairan Sarawak (Mukah, Bintulu dan Miri) dijangka berterusan sehingga lewat malam.- BERNAMA

Artikel ini disiarkan pada : 2013/12/30

Suspek rosakkan kereta polis diminta serah diri


Kuantan: Individu yang terbabit dalam kejadian merosakkan kenderaan polis di Teluk Cempedak, di sini, pada malam sambutan Krismas lalu diminta menyerah diri atau bakal berdepan tindakan ditangkap polis.

Ketua Polis Daerah Kuantan Asisten Komisioner Mohd Jasmani Yusoff berkata, wajah suspek yang melakukan jenayah itu tersiar dalam beberapa akhbar, Jumaat lalu, dan polis meminta mereka segera menyerah diri di balai polis berhampiran.


“Individu terbabit yang muka mereka tertera dan disiarkan akhbar dalam kejadian itu dinasihatkan supaya menyerah diri secara sukarela di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuantan atau mana-mana balai polis berhampiran bagi membantu siasatan sebelum polis bertindak mengesan serta menangkap mereka.



“Mereka juga boleh menghubungi Pegawai Penyiasat Inspektor Nor Azani di talian 019-4343606,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/12/30

Sempat telefon sepupu ajak mandi


Oleh Hafizudin Mohd Safar
Padang Besar: Keseronokan sebuah keluarga mengunjungi kawasan rekreasi Sungai Bukit Jerneh, Chuping, di sini, berakhir dengan tragedi apabila seorang remaja perempuan dan seorang kanak-kanak lelaki ditemui lemas ketika mandi-manda, petang kelmarin.

Dalam kejadian jam 4 petang, mangsa, Zalika Izati Johari, 15, ditemui di dasar sungai kira-kira tiga meter sebelum menemui mayat Muhammad Afiq Aiman Abdul Hamid, 7, di kawasan sama.


Difahamkan, Muhammad Afiq bersama kakaknya, Nur Ayuni Athirah, 12, dan Zalika, ke lokasi itu bersama ibu Zalika iaitu Zuraidah Osman, 40-an, dan seorang ibu saudara mereka dengan menunggang motosikal dari Kampung Guar Medang Gatal, Chuping, jam 2 petang.



Nur Ayuni dari Simpang Empat, Alor Setar, berkata, sebelum kejadian, Zalika sempat menelefon sepupunya, Norashikin Azizan, 14, untuk mengajaknya mandi bersama-sama di kawasan itu.


“Ika (Zalika) kemudian turun mandi di tepi sungai yang cetek, tetapi tidak puas dan ingin mencuba kawasan yang lebih dalam.


“Secara tidak sedar, Ika bergerak sedikit demi sedikit ke kawasan lebih dalam dan turut diekori adik saya tanpa disedari kerana saya masih berada di atas tebing sungai untuk mengambil barang di motosikal.

“Apabila menoleh ke arah sungai, saya ternampak tangan salah seorang daripada mereka dalam keadaan terkapai-kapai lalu terus berlari ke arah sungai dan mendapati mereka hilang daripada pandangan dipercayai tenggelam dalam sungai itu,” katanya ketika ditemui di Unit Forensik Hospital Tuanku Fauziah (HTF) Kangar, di sini, malam kelmarin.


Menurutnya, dia kemudian menjerit meminta pertolongan sebelum beberapa lelaki yang berada di kawasan itu datang membantu.

“Apabila kedua-duanya dibawa naik ke atas tebing oleh orang ramai, saya mendapati mereka sudah tidak lagi bernyawa,” katanya.


Menurutnya, dia kemudian diberitahu oleh Norashikin yang tiba di tempat kejadian bahawa arwah Zalika yang berasal dari Kampung Pida Tiga, Kodiang, Kedah sememangnya sudah lama teringin untuk mandi di kawasan itu sejak seminggu lalu.


Bapa kepada Muhammad Afiq, Abdul Hamid Yahaya, 34, berkata, sebelum ini dia pernah membawa arwah untuk mandi di kawasan itu, tetapi tidak dapat berbuat demikian pada hari kejadian kerana mempunyai urusan lain.


“Saya pernah membawanya (Muhammad Afiq) untuk mandi di Sungai Bukit Jerneh dan beberapa lagi tempat perkelahan, tetapi dia sebenarnya takut dengan air sungai walaupun kawasan yang cetek.


“Sehari sebelum kejadian iaitu sebelum bertolak balik ke Chuping, arwah kelihatan suram dan tidak mahu pulang bersama saya dengan memberi alasan mahu tinggal di Alor Setar dengan abangnya.


“Selepas dipujuk bahawa semua ahli keluarga akan pulang ke sini (Chuping), baru arwah bersetuju untuk ikut bersama tetapi tidak ceria,” katanya.


Menurutnya, dia bercakap dengan arwah buat kali terakhir pada pagi hari kejadian ketika ibu saudaranya bergurau dengan menghalangnya pergi mandi di Sungai Bukit Jerneh, tetapi dibantah olehnya yang beria-ia mahu pergi juga.


“Sepatutnya isteri saya, Normi Ramly, 33, menemani arwah untuk berkelah dan mandi di situ tetapi tidak dapat pergi disebabkan anak lelaki saya yang baru berusia tiga bulan asyik menangis sejak malam berkemungkinan tidak sihat.


“Saya hanya mengetahui kejadian selepas mendapat panggilan telefon daripada Nur Ayuni lalu terus meninggalkan urusan dan bergegas ke lokasi kejadian,” katanya.


Sementara itu, Ketua Polis Daerah Padang Besar Superintendan Che Man Md Dros ketika dihubungi semalam mengesahkan menerima laporan kejadian. dan berkata, punca sebenar kejadian masih dalam siasatan.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/12/30

Peragut khayal tercegat tengok mangsa menjerit


Kuching: Akibat terlalu khayal, seorang peragut dicekup orang ramai selepas dia hanya mampu tercegat apabila melihat mangsa menjerit meminta tolong dalam kejadian berdekatan sebuah restoran di Jalan Satok, di sini, kelmarin.

Dalam kejadian itu, suspek 29 tahun dipercayai khayal selepas menghidu gam cuba meragut beg tangan seorang wanita yang berjalan di laluan deretan kedai di kawasan berkenaan, jam 10.30 malam.


Menurut sumber, suspek menyentap beg tangan sebelum menjerit meminta tolong.



Katanya, suspek yang panik dengan jeritan wanita terbabit melepaskan tali beg tangan itu dan memandang mangsa sehingga mereka dikerumuni orang ramai yang berada berhampiran.


“Selepas melepaskan beg tangan diragut, suspek tidak melarikan diri sebaliknya terus berada di lokasi kejadian. Bagaimanapun, dia bernasib baik kerana tidak dibelasah orang ramai yang datang membantu mangsa.


“Suspek dipercayai dalam keadaan khayal tidak menyedari apa yang berlaku sebelum orang ramai menghubungi Unit Peronda Polis (MPV) untuk tindakan lanjut,” katanya.

Suspek dihantar ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuching untuk siasatan lanjut.


Jurucakap polis mengesahkan tangkapan itu dan suspek diarahkan menjalani ujian air kencing.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/12/30

Pasangan kekasih kena tembak


Oleh Junaidi Ladjana
Kinabatangan: Seorang kerani wanita di sebuah ladang maut, manakala kekasihnya parah selepas mereka dipercayai ditembak ketika berehat di sebuah pondok di Ladang Kim Loong Tongod, dekat sini, petang kelmarin.

Dalam kejadian itu, mangsa Rozaliah Peter, 19, dari Kampung Langkabung Tongod, dekat sini, dipercayai meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Hospital Telupid, dekat sini, akibat ditembak di belakang sebelah kiri badannya, jam 6.45 petang.


Manakala, kekasihnya Amiruddun Mustamin, 27, pekerja kilang sawit Kim Loong Tongod, dekat sini, cedera dengan satu kesan tembakan di bawah bahu kanan dan menerima rawatan lanjut di Hospital Duchess of Kent Sandakan, di sini.



Ketua Polis Daerah Kinabatangan Deputi Superintendan Martin Lugu berkata, pihaknya menerima maklumat daripada Hospital Telupid yang memaklumkan seorang perempuan dan lelaki cedera dipercayai akibat terkena tembakan.


“Mangsa perempuan meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Hospital Telupid, manakala mangsa lelaki cedera di bahu dan dihantar ke Hospital Duchess of Kent Sandakan. “Keadaan mangsa lelaki dilaporkan serius dan masih menerima rawatan lanjut,” katanya, semalam.


Beliau berkata, siasatan mendapati, Rozaliah bersama Amiruddin sedang berehat di pondok di dalam ladang sawit kira-kira 300 meter dari jalan utama Jalan Telupid - Tongod, di sini, jam 6.45 petang.

“Tiba-tiba Amiruddin dikatakan terdengar bunyi tembakan sebelum melihat Rozaliah berlumuran darah, manakala dia turut cedera di bahu.


“Amiruddin dipercayai menghubungi rakan sebelum mereka dihantar ke Hospital Telupid untuk rawatan, namun Rozaliah disahkan meninggal dunia ketika tiba di Hospital Telupid,” katanya di sini.

Martin berkata, siasatan mendapati ketika kejadian, Amiruddin ada melihat individu berlari sambil membawa lampu suluh di bawah bukit tidak jauh dari pondok tempat mereka berehat.


“Mayat Rozaliah dihantar ke Hospital Duchess of Kent di Sandakan untuk bedah siasat, manakala Amiruddin turut dihantar ke hospital sama untuk rawatan lanjut,” katanya. Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 302, Kanun Keseksaan kerana membunuh,” katanya.


Sepasukan anggota Unit Forensik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah turut berada di tempat kejadian bagi menjalankan siasatan.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/12/30

Seorang maut nahas balik beli peti sejuk


Seremban: Perjalanan pulang empat beranak dari sebuah kedai barangan elektrik di Subang Jaya, Selangor, selepas membeli peti sejuk baru bertukar tragedi apabila seorang daripada mereka maut apabila kereta yang dinaiki hilang kawalan sebelum melanggar pokok berhampiran bulatan S2 Heights, di sini, kelmarin.

Dalam kejadian jam 4.30 petang itu, ibu tunggal, Chong Siew Ngo, 40-an dan dua anak perempuannya yang berusia 16 dan 21 tahun cedera ringan, namun seorang lagi anaknya yang juga pasangan kembar, Oh Hui Ching, 21, mati di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala.


Jurucakap polis berkata, sebelum kejadian, empat beranak terbabit keluar rumah jam 10 pagi untuk ke sebuah kedai elektrik di Subang Jaya untuk membeli peti sejuk.



Jurucakap itu berkata, ketika dalam perjalanan pulang ke rumah mereka di S2 Heights, di sini, kereta PERODUA Myvi dipandu Chong hilang kawalan lalu terbabas ke kiri jalan dan merempuh pokok. “Berikutan kejadian itu, anak mangsa yang duduk di bahagian penumpang hadapan maut di tempat kejadian akibat hentakan kuat di kepalanya, manakala Chong dan dua lagi anaknya yang berada di tempat duduk belakang cedera ringan dan dihantar ke Hospital Tuanku Jaafar Seremban (HTJS) untuk rawatan lanjut,” katanya.


Sementara itu, pemandu lori yang membawa peti sejuk dibeli mangsa yang enggan dikenali berusia lingkungan 30-an berkata, dia mengikuti mangsa ke rumahnya kerana mahu menghantar barangan elektrik yang dibeli.


“Wanita itu memandu terlalu laju menyebabkan saya tertinggal di belakang sebelum tiba di lokasi kejadian,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/12/30

Peserta ‘paintball’ rebah mulut berbuih


Ipoh: Seorang peserta pertandingan Pesta Paintball Perak 2013 yang diadakan di padang Taman Rekreasi Sultan Abdul Aziz, di sini, meninggal dunia apabila secara tiba-tiba rebah ketika berehat bersama beberapa rakan sepasukannya, kira-kira jam 1 tengah hari, kelmarin.

Mangsa, Ghazali Nazrul Zulkafli, 33, yang beralamat di Kampung Datuk Ahmad Said Tambahan, di sini, meninggal dunia selepas mengadu sakit dada dan muntah, sebelum secara tiba-tiba rebah ke tanah dengan mulut berbuih.


Rakan sepasukannya, Mohd Zulhusni Mohd Mokhtar, 27, berkata, ketika kejadian dia bersama arwah dan beberapa rakan lain sedang berehat untuk makan tengah hari selepas tamat permainan pada sesi pagi.



“Ketika kami berehat, arwah tiba-tiba mengadu sakit dada dan sesak nafas sebelum muntah serta rebah ke tanah dengan mulut berbuih-buih, selain badannya seperti kekejangan.


“Panik dengan keadaan itu, kami segera mendapatkan bantuan kecemasan daripada Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) yang menjadi pasukan perubatan untuk pertandingan berkenaan,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.


Menurutnya, Ghazali kemudian dikejarkan ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), di sini, untuk mendapatkan rawatan, namun gagal diselamatkan dan disahkan meninggal dunia akibat serangan jantung kira-kira sejam kemudian.

“Kami tidak sangka apa yang berlaku terhadap arwah kerana dia seorang yang aktif dalam kegiatan sukan meninggal dunia akibat serangan jantung.


“Sebelum ini, arwah tidak pernah menceritakan dia menghidap sebarang penyakit, malah arwah sudah lama mewakili pasukan kami dengan menyertai pelbagai pertandingan sukan antaranya futsal, bola sepak dan paintball,” katanya.

Mohd Zulhusni berkata, sebelum kejadian, arwah sempat bermain satu perlawanan paintball bersama pasukannya dan susulan kejadian itu, mereka mengambil keputusan menarik diri daripada pertandingan itu.


Katanya, arwah meninggalkan seorang isteri bersama dua anak perempuan berusia satu dan dua tahun.


Jenazahnya yang dituntut keluarga selepas bedah siasat selesai, dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Gurap di sini, pagi semalam.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/12/30

Mohon maaf pada semua rakan


Padang Terap: “Sejak seminggu lalu, arwah (Muhammad Syahid Salim, 21), meminta maaf dengan semua rakannya menerusi laman sosial WeChat, malah dia lebih banyak mendiamkan diri berbanding perwatakan periangnya dan suka berbual.

“Tak sangka pula ia petanda dia akan pergi meninggalkan kami untuk selama-lamanya dan tidak sempat menjamah makanan yang bertaburan di atas jalan selepas dibeli di pasar malam kerana terbabit dalam kemalangan, malam tadi (kelmarin),” kata Rusna Jusoh.


Rusna, 60, berkata, Muhammad Syahid keluar dari rumah di Kampung Nai Teh, di sini, bersama rakan baiknya, Mohd Akbar Sanusi, 18, ke pasar malam di Kampung Bukit Nyamuk pada jam 7 malam untuk membeli bihun sup yang menjadi makanan kegemarannya setiap minggu.



Katanya, dia terkejut sebaik menerima panggilan daripada anak saudaranya, Amir Md Rejab, 30-an, yang memaklumkan arwah terbabit dalam kemalangan bersama dua rakannya di Kilometer 8, Jalan Kuala Nerang-Jitra, di sini, tetapi tidak dimaklumkan mengenai keadaan mereka.


“Ketika itu, saya rasa tidak sedap hati memikirkan keadaannya (Muhammad Syahid) lalu terus ke tempat kejadian untuk melihat apa yang berlaku dengan harapan keadaan tidak teruk,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/12/30

Jalan raya bermandi darah


Padang Terap: “Ketika sampai ditempat kejadian saya melihat dua orang dipercayai dalam keadaan sudah tidak bernyawa dan mendengar tangisan serta jeritan meminta bantuan dari dua mangsa yang cedera dan seorang lagi di tebing jalan yang kemudian turut meninggal dunia.

“Darah memenuhi atas jalan raya, tetapi saya tidak rasa panik dan cuba membantu mereka yang masih selamat sebelum menerima bantuan daripada orang ramai yang melalui kawasan ini untuk membawa mangsa ke hospital (Kuala Nerang),” kata Hanafi Said, 54, ketika ditemui, di sini, semalam.


Menurutnya, pengalaman bertugas sebagai anggota bomba selama 32 tahun membuatkan dia tabah membantu mereka walaupun keadaan semua mangsa berselerak dengan ada antara mereka meraung dan menangis sambil meminta bantuan kerana kesakitan.



Dia saksi terawal cuba membantu lima remaja lelaki yang terbabit dalam kemalangan di Kilometer 8, Jalan Kuala Nerang-Jitra, dekat Kampung Malau A Mukim Kurung Hitam, kira-kira 800 meter dari pasar malam Kampung Bukit Nyamuk yang dikunjungi mereka sebelum itu.


Dalam kejadian jam 8.45 malam itu, Muhammad Syahid Salim, 21; Mohd Akbar Sanusi, 18, dan Muhammad Amirul Akbar Jaafar, 20, meninggal dunia di tempat kejadian.


Manakala mangsa lain, Mohd Fahmi Radzi, 22, parah di leher selain patah tangan dan kaki kanan, sementara Mohd Fikri Abd Rahman, 16, hanya cedera pada muka dan badannya.

Hanafi berkata, dia berada di hadapan rumah sedang menghidupkan enjin motosikalnya untuk disimpan sebelum dikejutkan dengan dentuman kuat dari arah jalan raya.


Menurutnya, sebaik menoleh ke belakang dalam keadaan gelap, dia melihat sebuah kereta berhenti seketika sebelum meninggalkan lokasi kemalangan yang hanya 10 meter dari pagar rumahnya.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/12/30

Lega bebas tuduhan hantar SMS ugutan


Oleh Zatul Iffah Zolkiply
Kuala Terengganu: Bekas Setiausaha Politik Menteri Besar Terengganu Datuk Dr Ahmad Ramzi Mohamad Zubir, 41, menarik nafas lega selepas Mahkamah Tinggi, di sini, semalam, melepaskan dan membebaskannya daripada kesalahan menghantar SMS ugutan kepada tiga wakil rakyat Barisan Nasional dan SMS fitnah kepada bekas Setiausaha Sulit Kanan (SUSK) Menteri Besar Terengganu, empat tahun lalu.

Sebaik keputusan itu dibacakan Hakim Datuk Azman Abdullah, Ahmad Ramzi yang ketika kejadian bertugas dengan bekas Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Idris Jusoh, terus memeluk isteri serta rakan yang menanti bersamanya di galeri awam.


Azman dalam penghakimannya berkata, Hakim Mahkamah Sesyen M Bakri Abd Majid sebelum ini terkhilaf apabila tidak mempertimbangkan pembelaan yang dibangkit mengenai ‘router’ (medium penghantaran SMS) di rumah perayu iaitu Dr Ahmad Ramzi.



Beliau berkata, Mahkamah Sesyen langsung tidak menimbangkan pembelaan perayu ‘router’ di rumah Dr Ahmad Ramzi pada masa itu ada mengalami masalah.


Dalam penghakiman di Mahkamah Sesyen pada 28 November 2011, di sini, M Bakri mensabitkan dan menjatuhkan hukuman penjara setahun terhadap Ahmad Ramzi selepas didapati bersalah terhadap empat pertuduhan memfitnah dan menghantar SMS ugutan kepada tiga wakil rakyat berkenaan empat tahun lalu.


Keputusan itu dibuat selepas mahkamah mendapati pembelaan gagal membuktikan keraguan munasabah terhadap semua pertuduhan.

Ahmad Ramzi dijatuhi hukuman penjara masing-masing tiga bulan untuk kesalahan mengugut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paka Mohd Ariffin Abdullah, ADUN Permaisuri Abd Halim Jusoh dan ADUN Ajil Datuk Rosol Wahid di Kampung Kubang Parit, di sini, antara jam 11.21 malam hingga 11.25 malam pada 13 April 2009.


Bagi kesalahan itu, Ahmad Ramzi didapati bersalah melakukan kesalahan mengikut Seksyen 507 dan 505 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tidak lebih dua tahun atau denda jika sabit kesalahan.

Selain itu, dia turut dijatuhi hukuman penjara tiga bulan kerana memfitnah bekas SUSK Menteri Besar Terengganu Datuk Wan Ahamad Wan Muda dengan menghantar SMS ugutan berkenaan melalui nombor telefon bimbit milik Wan Ahamad.


Mahkamah ketika itu memerintahkan semua hukuman berjalan secara berasingan.


Bagaimanapun, M Bakri membenarkan penangguhan hukuman sementara menunggu rayuan di Mahkamah Tinggi dan membenarkan Ahmad Ramzi diikat jamin RM15,000 dengan dua penjamin.


Sebelum ini, akhbar pada 29 November 2011 melaporkan Ahmad Ramzi dihukum penjara setahun oleh Mahkamah Sesyen, di sini, selepas didapati bersalah terhadap empat pertuduhan menghantar SMS ugutan kepada tiga wakil rakyat BN dan SMS fitnah terhadap bekas SUSK Menteri Besar Terengganu sekarang.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/12/30

Jenayah di Jakarta diramal meningkat


Jakarta: Polis di ibu negara Indonesia ini menjangka jenayah akan meningkat pada 2014.

Ketua polis Putut Eko Bayuseno berkata, andaian itu dibuat memandangkan pilihan raya dijadual berlangsung tahun itu.


“Kami meramalkan jenayah akan bertambah, baik dari segi kuantiti mahupun kualiti kerana 2014 akan berlangsung pilihan raya Parlimen dan juga presiden,” katanya.



Sebanyak 51,444 kes jenayah dicatatkan di Jakarta dan kawasan sekitarnya sepanjang 2013.


Menurut Putut, pihaknya juga yakin corak jenayah juga akan semakin canggih dan pelbagai tahun depan. “Bentuk jenayah konvensional akan berterusan. Ancaman keganasan akan meningkat.


“Kecanggihan dari segi melakukan jenayah juga akan bertambah, tidak kiralah yang berkait dengan politik atau ekonomi,” kata Putut. - Agensi

Artikel ini disiarkan pada : 2013/12/30

Lari ikut bekas kekasih


Oleh Shaiful Shahrin Ahmad Pauzi
Taiping: “Tetamu yang datang pada 21 Disember lalu tidak berhenti bertanya mengenai pengantin dan kami terpaksa menceritakan perkara berkenaan walaupun masih dalam kesamaran sama ada kakak benar-benar sudah berkahwin atau berada dalam kesusahan,” kata Norasiah Sahat, 20, mengenai kehilangan kakaknya Murni Khadijah, 24.

Katanya, kakaknya menghilangkan diri pada 5 Disember lalu iaitu seminggu sebelum tarikh pernikahan dengan bekas teman lelakinya.


Katanya, kali terakhir dia bertemu kakaknya pada jam 1.30 tengah hari kejadian. Ketika itu Murni Khadijah menyatakan hasrat mahu bertemu seseorang di Perhentian Bas Kamunting Raya, di sini, tetapi kemudian gagal dihubungi dan tidak pulang ke rumah sehingga keesokan harinya.



“Pada mulanya, saya ingat kakak pulang ke kampung di Ijok, Selama dan menghubungi datuk yang berada di kampung itu, namun terkejut apabila dimaklumkan kakak tiada di sana. Saya kemudian menghubungi ahli keluarga lain termasuk tunangnya, tetapi masih gagal dikesan,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Expo Tambahan Kamunting di sini, semalam.


Berikutan itu, Norasiah membuat laporan polis di Balai Polis Taiping pada jam 4 pagi, 7 Disember lalu kerana bimbang sesuatu buruk berlaku terhadap kakaknya.


Norasiah berkata, tunang kakaknya sebelum itu turut menerima SMS daripada Murni yang hanya tertulis ‘`’tolong’ hingga memaksa lelaki itu datang ke rumah mereka bagi mengetahui perkara sebenar.

“Sejak kejadian itu sehingga sekarang, kami sekeluarga risau memikirkan keselamatannya dan pertunangan kakak juga terpaksa diputuskan berikutan gagal melangsungkan pernikahan mengikut jadual ditetapkan.


Khatijah Murni sepatutnya menaiki pelamin pada 21 Disember lalu, ‘lesap’ sebelum majlis berkenaan dilangsungkan, dipercayai melarikan diri bersama bekas teman lelakinya.

Kejadian itu mengakibatkan majlis akad nikah pada 13 Disember lalu dibatalkan dan kenduri kahwin pada 21 Disember lalu ditukar menjadi kenduri doa selamat berikutan kad jemputan sudah diedarkan lebih awal kepada tetamu.


Malah, bakal pengantin itu juga dikatakan menghantar SMS mengatakan dirinya sudah berkahwin dengan seseorang dan memohon kemaafan ahli keluarga serta meminta adiknya, Norasiah menjaga ahli keluarga dengan baik. Norasiah berkata, tempahan pelamin dan baju pengantin serta meja makan semuanya dibatalkan, namun kenduri diteruskan demi menjaga hati tetamu yang berkunjung terutama yang datang dari jauh dan luar Perak.


Katanya, segala barang hantaran untuk ditukarkan dengan pihak lelaki yang sesetengah daripadanya sudah siap dihias, kini disimpan menunggu sementara kepulangan Murni.


“Sesiapa yang mempunyai maklumat mengenai kakak saya diharap agar menghubung saya di talian 014-2561 983 atau 019-5164 964,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/12/30

Pernah jatuh main kereta api


Georgetown: Kanak-kanak yang terjatuh dari ‘Euro Wheel’ di tapak Pesta Pulau Pinang dan kini koma dikatakan pernah terjatuh di tangga permainan kereta api dua hari lalu ketika cuba menaiki permainan berkenaan.

Seorang penyelia pesta berkenaan yang hanya mahu dikenali sebagai Chan berkata, kanak-kanak terbabit pernah cuba menaiki keretapi ketika permainan itu sedang bergerak, namun dapat dihalang operator bertugas.


Menurutnya, mengenai kejadian yang berlaku awal pagi semalam, penjaga di kawasan berkenaan langsung tidak menyedari yang kanak-kanak itu berada dalam roda berpusing berkenaan dan hanya terdengar bunyi kuat terjatuh.



“Ketika itu ada dua petugas dan mereka memang tidak sedar kanak-kanak itu berada dalam roda berpusing berkenaan dan keadaan ketika itu agak gelap kerana operasi pesta dihentikan.


“Petugas di kawasan ini memang mengenali kanak-kanak terbabit yang mengikut bapanya berniaga air di kawasan ini,” katanya.


Menurutnya, bapa kanak-kanak itu mendakwa anaknya jatuh dari roda berpusing yang paling tinggi iaitu mencecah 30 meter, namun pihaknya beranggapan ia mungkin tidak benar.

“Kita sendiri tidak tahu dari kedudukan roda berpusing mana yang kanak-kanak terbabit jatuh kerana keadaan ketika itu agak gelap dan kita menunggu siasatan terperinci dijalankan.


“Saya sendiri sudah memberi keterangan berhubung kejadian itu kepada polis dan menunggu siasatan dilakukan pihak berkuasa untuk mengenal pasti punca kejadian ini.

Menurutnya, roda berpusing itu sudah 10 tahun beroperasi di Pesta Pulau Pinang dan sepanjang tempoh itu, tiada sebarang kemalangan berlaku.


“Setakat ini, kita masih menjalankan operasi dan tidak diminta untuk memberhentikan operasi oleh mana-mana pihak,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/12/30

Terhumban 30 meter


Oleh Hadzlihady Hassan
Georgetown: “Saya sempat bertanya kepadanya apa yang berlaku dan dia memberitahu, terjatuh dari buaian berpusing sebelum muntah darah dan tidak bermaya.

“Melihat keadaannya itu, saya mendukung Khairul dan berlari mendapatkan bantuan,” kata Abu Kassim Yaacob, 41, bapa kepada Muhammad Khairul Naimmie Abu, 6, yang koma selepas terjatuh dari buaian berpusing ‘Euro Wheel’ di tapak pesta Pulau Pinang di Sungai Nibong, di sini, awal pagi semalam.


Menurutnya, mujur ada seorang rakan yang juga anggota Pasukan Sukarelawan Malaysia (RELA) sudi menumpangkan kenderaannya untuk membawa anak yang parah itu ke Hospital Pulau Pinang (HPP).



Dalam kejadian jam 1 pagi itu, mangsa mengalami pendarahan dan cedera pada organ dalaman serta patah tulang rusuk. Dia kini dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU).


Difahamkan, Khairul terjatuh dari ketinggian mencecah hampir 30 meter dan ketika itu, semua peniaga menutup operasi perniagaan masing-masing di tapak pesta berkenaan.


Mangsa dikatakan masuk ke dalam satu daripada buaian berpusing berkenaan, namun dia panik kerana bekalan elektrik diputuskan, membuka pintu lalu terjatuh.

Menceritakan kembali kejadian itu, Abu Kassim, yang juga peniaga di tapak pesta itu berkata, dia dimaklumkan beberapa rakan yang anaknya ditimpa kemalangan kerana terjatuh dari buaian berpusing itu.


Dia terus bergegas ke lokasi kejadian dan terkejut melihat keadaan Khairul yang lemah sebelum memangkunya tubuhnya untuk dibawa ke hospital.

Sejurus tiba di hospital, anaknya tidak sedarkan diri menyebabkan doktor terpaksa melakukan pembedahan untuk menyelamatkan nyawanya. “Doktor memaklumkan terpaksa melakukan pembedahan untuk membuang satu buah pinggang manakala limpa anak saya pecah serta usus perut terpaksa disambung,” katanya.


“Saya kemudian diminta menandatangani borang untuk pembedahan dan hanya mampu berdoa supaya Khairul selamat,” katanya.


Menurutnya, dia sendiri tidak tahu bagaimana kejadian itu berlaku, namun melihatkan keadaan beberapa buaian berpusing yang pecah cermin, dia percaya Khairul terjatuh daripada tingkat yang tinggi sebelum terhempap ke bawah.


“Saya tidak dapat bayangkan penderitaan anak saya ketika dia terjatuh dan tidak tahu bagaimana dia boleh masuk ke dalam satu daripada buaian berpusing berkenaan kerana ketika itu, semua permainan di pesta mahu menghentikan operasi.


“Saya pelik kerana tidak mungkin operator yang menjaga permainan itu tidak menyedari anak saya masuk sedangkan jarak antara tempat kawalan buaian berpusing itu tidak jauh,” katanya.


Kata Abu Kassim, dia kini mempertimbangkan kemungkinan mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak penganjur yang dilihat cuai dan tidak menitik beratkan soal keselamatan.


“Saya tunggu hingga keadaan anak pulih dan mungkin akan mengambil tindakan kepada penganjur, namun buat masa ini saya hanya memikirkan keadaan anak terlebih dulu,” katanya.


Berikutan itu, bapa mangsa membuat laporan polis jam 4 pagi semalam dan Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri Asisten Komisioner Nasir Salleh mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/12/30

Tentera naik hantu


Seorang anggota tentera yang mempunyai masalah dengan isterinya mengamuk dan menetak wanita berkenaan dan mentua, sebelum melarikan anak tunggalnya.

Tidak cukup dengan amukan itu, dia yang membawa bersama beberapa rakan iaitu seorang lelaki dan seorang wanita yang dikatakan turut mengacukan objek berbentuk pistol ke arah jiran menyebabkan mereka tidak dapat membantu keluarga berkenaan.


Menceritakan semula kejadian, Devi (bukan nama sebenar), 30, berkahwin dengan anggota tentera terbabit sejak Disember 2009 dan dikurniakan seorang anak perempuan yang kini berusia tiga tahun.



Menurutnya, dalam kejadian kira-kira jam 2.30 petang kelmarin itu, suaminya yang berusia 30 tahun bukan saja bertindak menetak wanita terbabit, malah turut mencederakan ibu mentua yang berusia 56 tahun menggunakan parang.


“Suspek berperangai panas baran dan kuat cemburu selepas anak kami dilahirkan dan dia sering memukul sebelum mengurung saya dalam rumah di ibu negara.


“Dalam kejadian minggu lalu, saya berjaya melarikan diri sebelum pulang ke rumah ibu saya di sini bersama anak tunggal kami,” katanya ketika ditemui Harian Metro di kediaman ibunya, di sini, semalam.

Devi berkata, dia tidak menyangka suaminya itu sanggup bertindak ganas seperti dirasuk hantu dan melarikan diri bersama anak perempuannya.


Katanya, ketika kejadian hanya dia, ibu dan juga anaknya berada di rumah apabila suaminya memanjat pagar bersama sebilah parang.

Katanya, ibunya yang ketika itu cuba menutup pintu ditumbuk sebelum ditetak lelaki terbabit sehingga mengalami kecederaan di jari telunjuk.


Devi yang cuba melarikan diri dikejar suspek sebelum ditetak di tapak tangan kanannya sehingga menerima 14 jahitan.


Menurutnya lagi, jiran suspek yang cuba membantu diugut dengan senjata api seorang rakan suspek yang menunggu di luar pagar rumah berkenaan.


“Sebelum ini, sejak tiga tahun lalu, sudah lebih 20 laporan polis saya buat terhadap suspek, namun dia tidak pernah ditahan.


“Sebaliknya, dia akan menunjukkan salinan laporan polis kepada saya keesokan harinya (selepas laporan dibuat),” katanya lagi.


Menurutnya, hanya selepas dia membuat laporan polis terbaru membabitkan tindakan suspek mencederakan ibunya baru lelaki itu ditahan di Wangsa Maju dekat Kuala Lumpur semalam.


Bagaimanapun, katanya dia dimaklumkan anggota polis, anak perempuannya masih gagal dikesan berikutan lelaki terbabit enggan bekerjasama.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/12/30

Mayat lelaki gantung diri timbul

Kuala Lumpur: Mayat seorang lelaki berusia lingkungan 60-an dipercayai warga tempatan ditemui terapung di permukaan Sungai Klang berhampiran Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di sini, semalam.
Menurut sumber, mayat berkenaan ditemui orang awam yang kebetulan melalui jalan berhampiran tempat kejadian pada jam 4 petang sebelum menghubungi polis dan bomba.

“Berdasarkan keadaan mayat yang sudah kembung dan hampir reput itu, mangsa dipercayai sudah meninggal dunia lebih tiga hari.
“Si mati lengkap berbaju kemeja merah dan berseluar panjang hitam. Malah, polis turut menemui tali nilon pada leher mangsa dipercayai digunakan untuk menggantung dirinya.

“Mangsa disyaki menggantung diri pada jejambat berhampiran sungai berkenaan sebelum tali yang digunakan terputus. Mangsa terjatuh ke dalam sungai dan timbul semula selepas beberapa hari,” katanya.

Sumber berkata, dengan bantuan pasukan bomba, mayat mangsa berjaya dibawa naik, namun pemeriksaan tidak menemui sebarang dokumen peribadi pada pakaiannya.
Foto
MAYAT hampir reput ditemui terapung di Sungai Klang.
Katanya, mayat mangsa dihantar ke Hospital Kuala Lumpur, di sini, untuk dibedah siasat dan kes diklasifikasi sebagai kematian mengejut.
Artikel ini disiarkan pada : 2013/12/30

Arab Saudi haram sambutan malam Tahun Baru


Riyadh: Polis antimaksiat Arab Saudi semalam memberi amaran terhadap mereka yang mahu mengadakan sambutan malam Tahun Baru di negara itu.

Akhbar Okaz melaporkan, pasukan itu yang dikenali sebagai Mutawaa berkata, amaran dikeluarkan berdasarkan fatwa jawatan kuasa tertinggi ulama Saudi yang mengharamkan sambutan seumpama itu.


Arab Saudi menggunakan kalender Hijrah, tidak seperti negara teluk lain yang menggunakan kalender Gregory. Jawatankuasa itu turut mengharamkan penjualan bunga mawar dan hadiah sempena sambutan Hari Valentine pada 14 Februari. - AFP



Artikel ini disiarkan pada : 2013/12/30

15 korban serangan berani mati


Moscow: Lima belas orang mati dan ramai lagi cedera apabila seorang pengebom wanita meletupkan dirinya di sebuah stesen kereta api di selatan Russia.

Kejadian itu sekali gus meningkatkan kebimbangan mengenai keselamatan menjelang Sukan Olimpik Musim Sejuk yang akan berlangsung di Sochi Februari depan.


Setakat ini, belum ada pihak mengaku bertanggung jawab dalam serangan di Volgorad itu. Ia berlaku beberapa bulan selepas pemimpin pejuang kemerdekaan Chechnya Doku Umarov menggesa dilancarkan serangan baru di Russia, termasuk temasya serangan itu.



Volgograd, 900 kilometer ke selatan Moscow terletak kira-kira 650 kilometer ke timur laut Sochi.


Jurucakap Jawatankuasa Siasatan Russia, Vladimir Markin berkata, pengebom itu meletupkan dirinya di depan mesin pengimbas logam di pintu masuk utama stesen berkenaan.


“Apabila dia melihat seorang anggota polis berhampiran mesin berkenaan, dia gugup dan meletupkan dirinya,” kata Markin dalam satu kenyataan.

Menurutnya, kawalan keselamatan menyebabkan jumlah kematian terkawal. Tiga belas orang mati di tempat kejadian sementara dua lagi di hospital. - Reuters

Artikel ini disiarkan pada : 2013/12/30

Pencuri telan rantai emas dipaksa makan 96 pisang


Mumbai: Seorang pencuri dipaksa makan 96 biji pisang dalam masa 24 jam dalam usaha untuk membolehkan dia mengeluarkan semula rantai emas yang ditelannya.

Damu Gupta, 28, meragut rantai milik seorang doktor beberapa minit sebelum mangsa menaiki kereta api di Mumbai.


Bagaimanapun, mangsa, Dr Sheetal Kamble yang menyedari rantainya diragut menjerit sebelum penumpang lain mengejar Gupta.



Suspek yang panik kemudian menelan rantai seberat 11 gram itu. Ketika orang ramai menangkapnya mereka gagal menemui rantai yang dicurinya menyebabkan dia dilepaskan.


Bagaimanapun, seorang saksi yang melihat Gupta menelan rantai itu melaporkan kejadian kepada polis yang bertugas di stesen kereta api berkenaan.


Gupta ditahan ketika kereta api berhenti di stesen berikunya sebelum dia dihantar ke hospital untuk menjalani pemeriksaan X-ray. Hasil pemeriksaan menunjukkan rantai itu berada dalam perutnya.

Polis memaksa dia menelan 96 pisang dalam masa sehari dan akhirnya rantai berkenaan keluar selepas dia membuang air besar. Gupta mengaku mencuri rantai itu dan menelannya kerana bimbang dibelasah orang ramai. - Agensi

Artikel ini disiarkan pada : 2013/12/30

Ratu Elizabeth ada 6 bulan untuk hidup


London: Menurut laporan terkini yang menggemparkan daripada majalah Globe Amerika, ketua monarki Britain Ratu Elizabeth mendedahkan kepada Putera William dan isterinya, Kate Middleton yang dia “hanya mempunyai enam bulan lagi untuk hidup”.

Dalam edisi terbarunya, Globe juga mendedahkan maklumat lanjut mengenai sambutan pahit manis Krismas terakhir Elizabeth dan niat jahat Camilla yang terus mempengaruhi suaminya, Charles untuk menaiki takhta di sebalik pengakuan ibunya itu.


Laporan terbaru dalam majalah itu turut mendakwa William mencetuskan kemarahan nenenknya selepas dia melompat di pentas ketika acara amal Istana Kensington dan menyanyikan lagu Livin’ on a Prayer bersama Taylor Swift dan Jon Bon Jovi.



“Elizabeth memanggil William dan memarahinya kerana tidak sopan untuk seorang bakal raja menyanyi di pentas dan dia mahu cucunya tidak berkelakuan demikian pada masa depan,” kata satu sumber.


“Namun sifat mesra Puteri Diana yang menari bersama John Travolta dan memeluk Elton John masih diwarisi anak lelakinya.


“William memberitahu neneknya yang dia maklum dengan etika ahli keluarga diraja, tetapi dia mahu rakyat menganggapnya sebagai ahli keluarga diraja yang mudah didekati ramai,” kata sumber itu.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/12/30

Pesakit diberi pampasan dakwa ada AIDS


2013/12/30

Tweet
Riyadh: Pihak berkuasa kesihatan Arab Saudi memutuskan untuk membayar pampasan berjumlah SR60,000 (RM52,606) kepada seorang penduduk tempatan, Saif al-Qahtani, selepas beliau diberi laporan perubatan palsu yang menyatakan dirinya menghidap penyakit Sindrom Kurang Daya Tahan Penyakit atau AIDS.

Laporan perubatan itu menyebabkan isteri Saif mengalami keguguran kandungan, manakala beliau sendiri kehilangan pekerjaan dan diasingkan dari kampungnya. Beliau bercadang menyaman pihak pentadbiran hospital terbabit.


Akhbar Sabq, melaporkan Saif menjalani ujian AIDS sebelum berkahwin mengikut undang-undang tempatan dan dimaklumkan beliau sihat. Namun, beberapa minggu kemudian, pihak berkuasa hospital di Khamis Mushait memberitahu beliau menghidap AIDS.

Pihak polis kemudian mencadangkan supaya Saif menjalani pemeriksaan sekali lagi di sebuah hospital kerajaan di bandar Aseer.

“Ketika itu saya menjadi murung dan keadaan fizikal saya sangat teruk. Hospital Aseer kemudian memaklumkan saya sihat dan tidak dijangkiti penyakit itu. Pihak hospital berkata berlaku kesilapan dilakukan hospital sebelum ini,” katanya. - AGENSI

Tindakan Jinping mengejutkan rakyat China

Tindakan Jinping mengejutkan rakyat ChinaJinping (kiri) menikmati roti kukus sambil berbual dengan beberapa pelanggan di sebuah restoran di Beijing. 

Beijing: Presiden China, Xi Jinping, mencetuskan kegemparan apabila beliau dilihat beratur dan membeli roti kukus di sebuah restoran di Beijing hujung minggu lalu.

Dalam langkah bertujuan menonjolkan sikap rendah dirinya, Jinping singgah di kedai roti kukus popular Qingfeng kelmarin dan membayar dengan duit sendiri roti campuran daging dan bawang, sayur hijau dan hati goreng yang berharga 21 yuan (RM11.38), lapor Beijing News.

Gambar dan video lawatan Jinping segera tersiar di internet China dengan sebahagian pengguna terkejut dengan berita itu di negara yang menyaksikan pemimpin jarang kelihatan di khalayak ramai.


Seorang pragmatik

“Jinping ialah seorang pragmatik yang mahu bergaul dengan rakyat. Penduduk perlu menyokong cara ini,” tulis seorang pengguna.

Sementara itu beberapa pihak lain memberi reaksi curiga dan berpendapat, kakitangan restoran dan pelanggan lain ketika lawatan Jinping ialah pelakon dan pengawal peribadi.

Ia juga dilihat peluang rakyat biasa untuk bergambar dengan beliau dan tidak membicarakan mengenai sama ada pemimpin itu bergaul dengan rakyat biasa.
“Tanya beliau berapa harga satu paun roti kukus. Anda rasa beliau tahu?” tulis seorang penulis yang tidak kagum dengan keadaan itu.

“Jangan kata presiden, tetapi pernahkah anda lihat pegawai di mukim ini membeli roti sendiri?” tulis seorang lagi.

Jarang keluar

Presiden China dan pemimpin atasan lain jarang keluar melepasi Zhongnanhai, pekarangan dikawal ketat yang menempatkan beberapa ibu pejabat kerajaan pusat, untuk bercampur dengan penduduk Beijing.

Sebahagian lain mengaitkan tindakan itu dengan lawatan mengejut ke restoran oleh pemimpin Amerika Syarikat, Naib Presiden Joe Biden dan Setiausaha Perbendarahaan, Jack Lew, yang menjadi tajuk utama ketika lawatan ke China beberapa tahun lalu dengan meminta makanan murah di sebuah restoran di Beijing.

Seorang pengguna yang memberi reaksi kepada perbandingan itu menulis: “Kemajuan adalah kemajuan. Kita tidak perlu selalu membandingkan negara ini dengan Amerika.” - AFP

Meninggal lepas main paintball


2013/12/30
Ipoh: Seorang lelaki meninggal dunia akibat serangan jantung selepas menyertai pertandingan paintball di Taman Rekreasi Sultan Abdul Aziz atau lebih dikenali sebagai Padang Polo di sini, tengah hari semalam.

Dalam kejadian 1 tengah hari itu, Ghazali Nazrul Zulkafli, 33, sedang berehat sebelum makan tengah hari selepas menyertai pertandingan Pesta Paintball Perak 2013 apabila dia mengadu sakit dada dan muntah, sebelum tiba-tiba rebah.


Berikutan itu, mangsa diberi bantuan kecemasan oleh anggota Jabatan Pertahanan Awam (JPAM) sebelum dibawa ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) untuk rawatan, namun gagal diselamatkan dan disahkan meninggal dunia akibat serangan jantung kira-kira sejam kemudian.

Rakan sepasukan mangsa, Mohd Zulhusni Mohd Mokhtar, 27, berkata, ketika kejadian dia bersama Ghazali dari Kampung Datuk Ahmad Said Tambahan, di sini, dan beberapa rakan sedang berehat makan tengah hari selepas tamat permainan pada sesi pagi.

"Kami tidak menyangka arwah meninggal dunia kerana dia seorang yang aktif dalam sukan dan sudah lama bersamanya menyertai pelbagai pertandingan sukan seperti futsal dan bola sepak selain paintball,” katanya.

Beliau berkata, arwah meninggalkan isteri dan dua anak perempuan berusia dua dan setahun manakala jenazahnya yang dituntut keluarga selepas bedah siasat selesai, dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Gurap di sini, petang semalam.

Mayat masuk perangkap sampah


2013/12/30
Shah Alam: Mayat seorang lelaki dengan cacah atau tattoo berbentuk hati dan tengkorak pada badannya, ditemui dalam perangkap sampah Sungai Klang di Seksyen 25 di sini, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Zahedi Ayob, berkata mayat ditemui orang awam pada jam 11.25 pagi dan mangsa dipercayai rakyat tempatan berdasarkan parut suntikan pelalian di lengan.


Katanya, mayat ditemui terlentang sebelum diangkat keluar oleh polis dengan bantuan Jabatan Bomba dan Penyelamat kira-kira jam 1.30 petang.

“Pemeriksaan awal mendapati mangsa mempunyai ketinggian 170 sentimeter dan mempunyai sebatang gigi serta botak.

“Mangsa dianggar berusia dalam lingkungan 50-an atau 60-an dan dipercayai mati lebih dari tiga hari,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Zahedi berkata, mayat dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang untuk bedah siasat.

Katanya, orang awam yang kehilangan ahli keluarga diminta menghubungi Bilik Gerakan Shah Alam 03-55102220 atau mana-mana balai polis berhampiran.

Ibu bimbang nasib anak dilarikan suami


2013/12/30
Kuala Selangor: Seorang wanita bimbang mengenai keselamatan dan nasib anak perempuannya berusia tiga tahun, selepas kanak-kanak itu dilarikan suaminya, petang kelmarin.

Lebih menggusarkan hati Devi (bukan nama sebenar), 30, suaminya yang juga seorang anggota tentera, enggan mendedahkan kedudukan anak mereka walaupun lelaki berusia 30 tahun itu ditahan polis di Wangsa Maju, Kuala Lumpur, semalam.


Dalam kejadian jam 2.30 petang di rumah ibu Devi di Taman Meranti, di sini, suami mangsa dikatakan menetak wanita dan mencederakan ibu mentuanya berusia 56 tahun dengan menggunakan sebilah parang.

“Suami saya panas baran serta kuat cemburu selepas mendapat anak dan dia sering memukul sebelum mengurung saya dalam rumah di ibu negara.

“Selepas berjaya melarikan diri, saya pulang ke rumah ibu bersama anak,” katanya.

Devi berkata, lebih 20 laporan polis dibuat terhadap suaminya sejak tiga tahun lalu.

Peniaga cedera diserang pencuri


2013/12/30
Jerteh: Seorang peniaga kedai makan cedera di perut selepas ditembak perompak yang menyamun kedai telefon dan alat komunikasi di Jalan Seberang Kastam di sini, Sabtu lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner K Manoharan, berkata mangsa berusia 29 tahun itu berada di kedainya yang terletak bersebelahan pada jam 2.55 petang itu.


Beliau berkata, mangsa menyedari berlaku rompakan di kedai bersebelahan dan cuba menghalang dua suspek terbabit daripada melarikan diri.

Bagaimanapun katanya, seorang daripada penjenayah terbabit mengacukan pistol ke arah mangsa dan melepaskan satu das tembakan.

“Mangsa bernasib baik kerana hanya mengalami kecederaan kecil di perut dan mendapatkan rawatan di Hospital Besut, sebelum membuat laporan di Balai Polis Kuala Besut pada hari sama,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Suspek naik motosikal

Manoharan berkata, pemilik kedai telefon terbabit mendakwa didatangi dua suspek yang menaiki motosikal tidak mempunyai nombor pendaftaran dan diletak di depan kedainya.
Katanya, suspek meluru masuk ke kedai yang dilengkapi kamera tertutup (CCTV) itu dan mengarahkan seorang pekerja wanita memasukkan semua telefon yang dipamerkan di rak kaca ke dalam beg plastik berwarna hijau yang dibawa bersama.

“Kita kini giat mengesan identiti mereka manakala siasatan kes dibuat mengikut Seksyen 3 Akta Senjata Api 1971,” katanya.

Wanita maut, rakan cedera kena tembak

Wanita maut, rakan cedera kena tembakANGGOTA forensik IPK Sabah menjalankan siasatan di lokasi kejadian tembakan di ladang kelapa sawit di Tongod, Kinabatangan. - Foto Mohd Izham Unnip Abdullah 

Mangsa sedang berehat di pondok sebelum kejadian

Kinabatangan: Seorang remaja perempuan mati manakala teman lelakinya cedera terkena tembakan ketika berehat di sebuah pondok di ladang kelapa sawit di Tongod, kira-kira 170 kilometer dari sini, petang kelmarin.

Dalam kejadian jam 6.45 petang itu, Rozaliah Peter, 19, dan teman lelakinya yang juga warga Indonesia, dikatakan sedang duduk di pondok terbabit.

Dia mendakwa melihat pergerakan orang berlari dengan lampu suluh” Martin Lugu, Ketua Polis Daerah Kinabatangan

Difahamkan, lelaki terbabit terdengar bunyi tembakan dari bawah bukit berhampiran pondok berkenaan, sebelum melihat teman wanitanya sudah terkulai dalam keadaan berlumuran darah.

Cedera di bahu

Lelaki terbabit yang turut cedera di bahu, segera menghubungi rakannya sebelum mereka dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan.

Rozaliah yang bekerja sebagai kerani di sebuah ladang kelapa sawit di Tongod, disahkan meninggal dunia ketika dirawat di Hospital Telupid. Mayat mangsa kini dihantar ke Hospital Duchess Of Kent, Sandakan, untuk proses bedah siasat.

Ketua Polis Daerah Kinabatangan, Deputi Superintendan Martin Lugu, berkata lelaki terbabit mendakwa tidak melihat sesiapa melepaskan tembakan berikutan keadaan gelap.

“Bagaimanapun, dia mendakwa melihat pergerakan orang berlari dengan lampu suluh di bawah bukit.

“Polis bagaimanapun masih mengesan punca sebenar kejadian, manakala kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh,” katanya di sini, semalam.

14 maut serangan bom di stesen kereta api

14 maut serangan bom di stesen kereta apiAnggota keselamatan memeriksa mayat mangsa serangan bom di stesen kereta api di Volgograd, Russia. - Foto AFP 

Moscow: Sekurang-kurangnya 14 maut dan ramai lagi cedera semalam apabila pengebom bunuh diri wanita menyerang stesen kereta api di utara Russia, kata pegawai, menonjolkan kebimbangan mengenai keganasan menjelang Sukan Olimpik Musim Sejuk di pusat peranginan Sochi, Laut Hitam, Februari ini.

Tiada pihak mendakwa bertanggungjawab melancarkan serangan itu di Volgograd, tetapi berlaku beberapa bulan selepas pemimpin pejuang Chechen, Doku Umarov, menggesa serangan baru dilakukan ke atas sasaran awam di Russia, termasuk Sukan Sochi.

Volgograd, yang terletak 900 kilometer ke selatan Moscow, terletak kira-kira 650 kilometer ke timur laut Sochi yang dikelilingi Pergunungan North Caucasus.


Pengebom bunuh diri dan serangan lain dikaitkan dengan pejuang Islam di North Caucasus menggegarkan Russia selama beberapa tahun. Kerajaan mengerah berpuluh ribu tentera, polis dan pegawai keselamatan lain untuk melindungi Olimpik, projek utama Presiden Vladimir Putin, dan penganjur berjanji menjadikan Sukan Sochi, sebagai Olimpik paling selamat dalam sejarah.

Jurucakap Jawatankuasa Penyiasatan, agensi siasatan utama negara itu, Vladimir Markin, berkata pengebom meletupkan dirinya di depan pengesan logam.

“Apabila beliau melihat anggota polis berhampiran pengesan logam, beliau gementar dan meletupkan bahan letupan,” kata Markin dalam kenyataan.

Beliau menambah bom mengandungi 10 kilogram TNT dan dipenuhi serpihan tajam.
Markin berkata, kawalan keselamatan menghalang lebih banyak kematian di stesen itu, yang dipenuhi orang ramai apabila beberapa kereta api lewat tiba. - AP

Penduduk tak tahan bunyi karaoke




SEBAHAGIAN penduduk mengadakan bantahan aman bagi meminta DBKL menangani masalah bunyi bising dari Restoran Chinese Village Food Court di Taman Metro Prima, Kepong semalam.


KUALA LUMPUR - Kira-kira 50 wakil penduduk Apartmen Happy Court, Kepong membuat bantahan secara aman di hadapan Restoran Chinese Village Food Court di Taman Metro Prima di sini semalam kerana tidak tahan lagi dengan bunyi bising daripada aktiviti berkaraoke yang beroperasi di restoran itu.
Mereka yang mewakili 1,500 penghuni di tiga blok apartmen itu mendakwa gangguan bunyi itu sudah berlarutan sejak bulan September lalu.
Gangguan bunyi daripada premis yang menyediakan pentas bagi pelanggan berkaraoke itu akan bermula dari pukul 8 malam sehingga pukul 2 pagi pada setiap hari.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=1230&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_07.htm#ixzz2ou8SoH00 
Hakcipta terpelihara 

Sarawak pula dilanda banjir




KEADAAN di sekitar bandar Bintulu yang dilanda banjir semalam.


KUCHING - Beberapa kawasan rendah di empat bahagian di Sarawak iaitu Miri, Bintulu, Betong dan Sri Aman dilanda banjir berikutan hujan lebat sejak kelmarin.
Jurucakap Majlis Keselamatan Negara (MKN) negeri berkata, dua keluarga telah dipindahkan ke pusat pemindahan banjir di daerah Marudi, Miri sehingga pada pukul 12 tengah hari semalam.
"Di bahagian Kuching dan Samarahan setakat ini belum ada laporan banjir diterima. Bagaimanapun langkah berjaga-jaga akan diambil berikutan cuaca tidak menentu kini," katanya ketika dihubungi di sini semalam.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=1230&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_10.htm#ixzz2ou8I8yRU 
Hakcipta terpelihara 

Lelaki Myanmar mati ditikam




POLIS memeriksa mayat Bo Ha yang ditemui mati di kilang tempat dia bekerja di Jalan Subang 9, Batu 13, Puchong semalam.


PUCHONG - Seorang lelaki Myanmar ditemui mati dalam keadaan bersandar di tembok batu kilang membuat peralatan pemadam api tempat dia bekerja di Jalan Subang 9, Batu 13 dekat sini semalam.
Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Yahaya Ramli berkata, mayat pemuda yang hanya dikenali sebagai Bo Bo Ha, 30, ditemui pada pukul 2,50 pagi.
"Mangsa dipercayai ditikam di tempat lain sebelum dia ditemui mati bersandar di tembok batu kilang itu," kata beliau ketika dihubungi di sini semalam.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=1230&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_08.htm#ixzz2ou89zWKH 
Hakcipta terpelihara 

Pemuda maut kereta dipandu ibu rempuh pokok




KEADAAN kereta Perodua Myvi dinaiki Hui Ching yang maut selepas kenderaan tersebut melanggar sebatang pokok berhampiran bulatan S2 Heights, Seremban kelmarin.


SEREMBAN - Seorang pemuda maut selepas kereta dipandu ibunya terbabas sebelum merempuh sebatang pokok berhampiran bulatan S2 Heights di sini kelmarin.
Dalam kejadian pada pukul 4.30 petang itu, mangsa Oh Hui Ching, 21, mati di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala.
Jurucakap polis berkata, ketika kejadian mangsa bersama dua lagi adiknya yang berusia 16 dan 20 tahun menaiki kereta Perodua Myvi yang dipandu ibunya yang berusia 40-an.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=1230&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_06.htm#ixzz2ou81J8JZ 
Hakcipta terpelihara 

Tiga sahabat maut dalam gelap



KIRI: Muhammad Syahid, Muhamad Amirul, Mohd. Akbar


KUALA NERANG - Niat seorang pekerja kedai memproses getah sekerap untuk menghantar makanan yang dibeli di pasar malam buat ibu tersayang terkubur apabila dia maut bersama dua rakannya dalam kemalangan membabitkan tiga buah motosikal yang ditungganginya bersama rakan-rakan.
Dalam kejadian pukul 9 malam kelmarin di Kilometer 8, Jalan Kuala Nerang-Jitra di Kampung Kurung Hitam di sini itu menyebabkan mangsa, Muhammad Syahid Salim, 21, dan dua rakannya iaitu Mohd. Akbar Sanusi, 18, dan Muhamad Amirul Akbar Jaafar, 20, maut di tempat kejadian.
Jarak rumah Muhammad Syahid dan Mohd. Akbar yang juga pekerja kedai proses getah sekerap di Kampung Nai Teh di sini dengan lokasi kemalangan kira-kira lima kilometer.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=1230&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_02.htm#ixzz2ou7fMu4T 
Hakcipta terpelihara