Search This Blog

Friday, December 27, 2013

Curi kereta menteri, dua dipenjara 13 bulan

mahkamah27 Disember 2013

KUCHING - Dua lelaki dihukum penjara 13 bulan oleh Mahkamah Majistret setelah didapati bersalah memiliki sebuah kenderaan yang dicuri daripada menteri muda Sarawak.

Junaidi Razali, 47, dan Robert Denik Jishian, 29, dijatuhi hukuman setelah mereka mengaku bersalah atas tuduhan memiliki barangan curi.

Majistret Shafiza Abdul Razak Tready menjatuhi hukuman tersebut apabila mendapati mereka memiliki pacuan empat roda Toyota Fortuner yang diambil dengan paksa daripada Menteri Muda Kebudayaan dan Warisan Negeri Liwan Lagang.

Kedua-dua penganggur itu ditahan di pusat pemeriksaan sempadan Malaysia-Indonesia di Serikin pada 21 Disember.

Sisatan polis mendapati kenderaan itu adalah yang dilapor Liwan telah dirompak daripadanya pada 16 Disember.

Liwan mengalami kecederaan di beberapa bahagian badan berikutan pergelutan dengan dua lelaki bertopeng, salah seorang bersenjata pisau apabila mereka merompak kenderaan itu semasa beliau sedang memasukinya selepas membeli akhbar di Kota Sentosa. - Bernama

Kemalangan: Seorang anggota tentera parah


27 Disember 2013

KOTA BHARU - Seorang anggota tentera cedera parah manakala enam lagi cedera ringan dalam kemalangan membabitkan tiga buah kenderaan di Lebuhraya Timur Barat di Jeli, hari ini.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Jeli, Soleh Nasir berkata kemalangan pukul 4 petang itu membabitkan Perodua Viva, Perodua Kancil dan sebuah lori.

Mangsa yang parah ialah pemandu Perodua Viva, dikenali Nik Sabri Nik Wok, 36, dari Kem Batu Melintang, manakala yang cedera ringan ialah masing-masing tiga dari kereta Perodua Kancil dan lori tersebut, berusia antara 20 dan 36 tahun, katanya ketika dihubungi hari ini.

Katanya tujuh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Jeli digegas ke tempat kejadian untuk mengeluarkan mangsa yang tersepit.

Punca kemalangan masih dalam siasatan, katanya. - Bernama

Jatuh tingkat 18 pangsapuri

27 Disember 2013
Jatuh tingkat 18 pangsapuri
Mayat mangsa dibawa ke Hospital Pulau Pinang untuk dibedah siasat.

GEORGETOWN - Seorang lelaki maut selepas terjatuh dari tingkat 18 sebuah pangsapuri, di Jalan Delima, Green Lane, di sini pagi, semalam.

Lelaki berkenaan dipercayai bertindak demikian disebabkan tidak mahu menyusahkan ibunya yang mengalami kesempitan wang bagi menanggung kos rawatan mentalnya, di Ipoh.

Dalam kejadian kira-kira jam 10 pagi, mangsa yang berusia 42, ditemui maut dalam keadaan terlentang dengan kecederaan parah di bahagian kepala oleh penduduk di pangsapuri berkenaan.

Selain kecederaan di bahagian kepala, mangsa turut patah tangan kiri.

Menurut sumber, mangsa yang dipercayai mengalami sakit mental itu tinggal bersama ibunya di tingkat empat pangsapuri berkenaan.

Ibu mangsa berusia 73 tahun, tidak boleh berjalan dan baharu sahaja keluar dari hospital beberapa minggu lalu.

Timbalan Ketua Polis Daerah Timur Laut, Suprintendan Ismail Idris ketika dihubungi mengesahkan kejadian.

“Bagaimanapun, polis masih menjalankan siasatan untuk mengenal pasti punca sebenar kematian.

“Untuk peringkat awal, kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR). Mayat dihantar ke Hospital Pulau Pinang untuk bedah siasat,” katanya.

Bayi kritikal disyaki didera

27 Disember 2013
Bayi kritikal disyaki dideraKUALA LIPIS - “Pada 20 Disember lalu ketika sibuk mengemas barang di rumah, hati saya terdetik untuk melihat Ilman di dalam buaian dan alangkah terkejutnya saya apabila mendapati dia terkena sawan."

Demikian kata Tengku Nurul Suhaida Tuan Ameri, 24, ibu kepada Nik Alauddin Ilman Nashif Mohd Hanif, 9 bulan yang  disyaki didera oleh pengasuh.

Menurutnya, sejurus mendapati anaknya terkena sawan, dia bertindak membawa Nik Alauddin Ilman ke Hospital Lipis untuk mendapatkan rawatan.

“Beberapa hari sebelum Ilman terkena sawan, saya mengesan terdapat kesan lebam pada bahagian dahinya dan ketika ditanya pada pengasuh berkenaan dia menyatakan bekas makanan jatuh pada kepala Ilman.

“Sejak itu kesihatan Ilman kian merosot dan tidak aktif seperti biasa sehingga dia diserang sawan serta mendapat rawatan di hospital,” katanya.

Tengku Nurul Suhaida berkata, setelah semalaman menerima rawatan di hospital terbabit, anaknya dibenarkan keluar wad.

“Namun pada 22 Disember sekitar jam 4 pagi bayi saya kembali diserang sawan dan saya bersama suami, Mohd Hanif Omar, 27, bertindak menghantar Ilman ke Hospital Lipis semula.

“Semasa menerima rawatan di unit kecemasan, Ilman diserang sawan sebanyak empat kali dan pihak hospital terpaksa merujuk Ilman ke  Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (Hoshas) Temerloh untuk rawatan lanjut,” katanya.

Ibu bayi malang itu  berkata,  setelah tiga hari dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Hoshas, anaknya kini ditempatkan di wad pediatrik hospital berkenaan.

“Semalam (kelmarin) Ilman dipindahkan ke wad pediatrik namun dia masih belum aktif sepenuhnya dan seolah-olah trauma dengan apa yang berlaku,” katanya.

Tengku Nurul Suhaida berkata, hasil imbasan x-ray yang dilakukan mendapati berlaku pendarahan di dalam kepala dan kedua belah mata anaknya selain kesan lebam di bahagian lutut kiri dan lengan.

“Saya terkejut ketika menerima laporan berkenaan dan pihak hospital menyatakan bahawa pendarahan terbabit mungkin berpunca akibat pukulan atau hentakan benda tumpul.

“Kami masih menunggu laporan penuh perubatan dan jika disahkan Ilman didera, kami mungkin akan mengambil tindakan mahkamah,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Superintendan Abdul Razak ketika dihubungi mengesahkan kejadian berkenaan dan tindakan lanjut diambil pihak polis.

“Kita telah menahan pengasuh berusia 50 tahun untuk diambil keterangan. Wanita terbabit berkata bayi berkenaan tergelincir dari pegangannya ketika mandi.

“Kes masih dalam siasatan dan disiasat mengikut Seksyen 31 (1) Akta Kanak-kanak,” katanya.

Mayat bogel tersangkut pada pukat


Mayat bogel tersangkut pada pukat

SINAR HARIAN
27 Disember 2013
Mayat seorang lelaki ditemui dekat Jambatan Merdeka.
 SUNGAI PETANI – Orang ramai yang melalui Jambatan Merdeka gempar dengan penemuan mayat seorang lelaki sehinggakan ramai yang memberhentikan kenderaan bagi menyaksikan lebih dekat kejadian berkenaan pagi, semalam.
Pasukan bomba yang menerima panggilan sejurus kemudian bergegas ke lokasi berkenaan sebaik dimaklumkan.

Hasil tinjauan mendapati, mayat seorang lelaki yang tidak berpakaian itu ditemui tersangkut pada pukat oleh orang ramai.

Lelaki yang dipercayai berbangsa Melayu dikatakan berusia lingkungan 50-an berkemungkinan hanyut dalam tempoh 24 jam.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Tikam Batu, Mohd Razmi Ab Rashid berkata, pasukan bomba menerima panggilan pada jam 11.15 pagi, semalam.

“Satu pasukan dengan kekuatan seramai enam anggota dihantar ke lokasi kejadian dan tiba di sana pada jam 11.22 pagi,” katanya.

Operasi yang turut menggunakan bantuan bot nelayan itu diketuai Pegawai Bomba Kanan I, Yacob Ishak.

“Kita menemui seorang lelaki dikatakan hanyut sebelum tersangkut pada pukat berdekatan jambatan,” katanya.

Menurutnya, operasi dilakukan dengan menarik mangsa ke tebing sungai sebelum diangkat dan diserahkan kepada pasukan polis.

Bagaimanapun, identiti mangsa masih belum dikenal pasti sehingga bedah siasat dilakukan.

Ribuan bergelap di AS

Ribuan bergelap di AS27 Disember 2013

Banyak jalan utama terputus hubungan disebabkan puluhan pokok tumbang.

NEW YORK - AMERIKA SYARIKAT. Lebih 50,000 keluarga di Amerika Syarikat (AS) dan Kanada masih terputus bekalan elektrik selepas ribut ais melanda minggu lalu.

Menurut AP, pihak berkuasa hanya menjangkakan bekalan elektrik dijangka pulih dalam tempoh dua hari lagi.

Di Toronto, sebanyak 27 kematian dicatatkan kerana keracunan karbon monoksida daripada dapur arang dan alat pemanas.

Jurucakap Meteorologi Kanada, David Phillips berkata, suhu ais dijangka kekal di bawah sejuk beku.

"Tiada pencairan berlaku setakat ini. Kini kami giat berusaha membuang ais yang melitupi di timur Kanada ini," katanya.

40 orang awam maut serangan di timur Republik Congo


2013/12/27
KINSHASA: Sekurang-kurangnya 40 orang awam maut dalam serangan di sebuah perkampungan di timur Republik Demokratik Congo, semalam.

“Sehingga pagi ini, kami sudah menemui 40 mayat yang semuanya orang awam," kata Teddy Kataliko, ketua masyarakat awam di Wilayah Beni di mana serangan berlaku.


“Pasukan Palang Merah dan polis sedang meneruskan usaha mencari sekirangnya masih ada mangsa belum ditemui," katanya.

Kataliko berkata, berpuluh penduduk dilapor mengalami kecederaan serius akibt serangan itu yang dipercayai dilakukan pemberontak Uganda.

Serangan berlaku di Pekan Kamango sebelum subuh dengan penduduk tempatan mendakwa ia dilakukan kumpulan pemberontak Islam Uganda (ADF-Nalu). - AFP 

10 gerila FARC terbunuh diserang tentera Colombia


2013/12/27
BOGOTA: Sekurang-kurangnya 10 gerila kumpulan pemberontak Angkatan Tentera Revolusi Colombia (FARC) terbunuh dalam pertempuran dengan tentera, kata Menteri Pertahanan, Juan Carlos Pinzon.

“Ia adalah satu tamparan kepada kumpulan pemberontak itu,” kata Pinzon sambil menambah seorang daripada mangsa adalah Pedron Lain Parra, komander wilayah yang menjadi orang kepercayaan Jorge Briceno, ketua tentera FARC yang terbunuh pada 2010.


Pertempuran itu berlaku di tenggara Colombia, di kawasan pergunungan wilayah Meta, di mana kumpulan pemberontak itu beroperasi.

Dalam serbuan itu, pasukan tentera merampas beberapa senjata termasuk rifel, senapang automatik dan alat komunikasi, katanya. - AFP

APMM tahan 26 pendatang asing di Kota Tinggi


2013/12/27
Kota Tinggi: Seramai 26 pendatang asing tanpa izin (PATI) ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) di Perairan Pengerang, di sini, pagi ini.

Dalam tangkapan kira-kira jam 6.30 pagi sebuah bot yang mencurigakan dikesan 1.9 batu nautika Tenggara Tanjung Bulat.


Ketua Penguatkuasaan Maritim Tanjung Sedili, Kapten Maritim Amran Daud, berkata pemeriksaan mendapati bos yang tidak didaftarkan itu membawa 25 individu dan seorang lelaki dipercayai tekong. 

Nenek, dua cucu maut terhidu bau asap dalam kebakaran di utara Perancis


2013/12/27
HELLEMMES (Perancis): Seorang nenek dan dua cucu maut apabila terperangkap dalam kebakaran di sebuah rumah flat di utara Perancis, sehari selepas sambutan perayaan Krismas, kata pegawai tempatan hari ini.

Anggota bomba digerakkan ke tempat kejadian selepas maklumat awal mendapati kebakaran bermula di tingkat pertama flat, di bandar Hellemmes, dekat Lille.


Bagaimanapun, sejurus tiba di tempat kejadian, wanita dan cucunya, berusia dua dan lima tahun sudah tidak sedarkan diri.

Punca kematian dipercayai akibat terhidu bau asap. - AFP

70 cedera diserang ikan karnivor di pantai Argentina


2013/12/27
BUENOS AIRES: Sekurang-kurangnya 70 orang yang sedang mandi-manda di pantai Argentina cedera termasuk tujuh kanak-kanak hilang sebahagian anggota badan apabila putus jari tangan dan kaki selepas diserang sekumpulan ikan karnivor.

Pengarah pengawal keselamatan pantai, Federico Cornier, berkata ribuan pengunjung sedang bersantai di Sungai Parana, dekat Rosario, semalam, tiba-tiba diserang ikan palometas iaitu sejenis piranha yang ebsar, rakus dengan gigi tajam.


Paramedik Alberto Manino berkata, bantai berkenaan ditutup serta-merta namun akibat cuaca panas mencecah sehingga 100 darjah celsius, pengunjung kembali semula ke pantai. - AP 

Lelaki kena hukum intip bekas isteri


2013/12/27
Bayar ganti rugi RM8,975 ceroboh hal peribadi

Dubai: Mahkamah Dubai menjatuhkan hukuman penjara enam bulan ke atas seorang lelaki selepas didapati bersalah mengintip dengan memasang alat curi dengar dan pengesan di dalam kereta bekas isterinya.


Beliau juga diarahkan membayar ganti rugi Dh10,000 (RM8,975) kerana menceroboh kehidupan peribadi wanita itu.
Selepas itu saya sedar suami saya tahu semua perbualan saya dengan rakan dan di mana saya berada setiap masa” Mangsa

Mahkamah juga mengarahkan syarikat penyelesaian maklumat membayar denda Dh100,000 (RM89,749) dan sebanyak Dh100,000 lagi akan dibayar oleh pengurusnya kerana menjual dan menawarkan alat pengintipan tanpa memperoleh kebenaran daripada Pihak Berkuasa Pengendali Telekom.

Ketua Dana Pendakwaan, Ismail Ali Madani, yang menyiasat kes itu berkata, pada 2009 mangsa membeli kereta daripada suaminya.

Dengar perbualan

Pada 2010, suaminya meminta beliau memasang warna gelap pada cermin tingkap di kedai tertentu. Beliau mengikut nasihat itu dan meninggalkan keretanya seharian.
“Selepas itu saya sedar suami saya tahu semua perbualan saya dengan rakan dan di mana saya berada setiap masa. Selepas setahun mengesyaki beliau mendengar perbualan saya dan mengesan saya, saya menghantar kereta untuk diperiksa. Tiada apa ditemui,” katanya.

Wanita berkenaan mendapat maklumat mengenai syarikat yang memasang peralatan curi dengar dan pengesan dalam kereta daripada komputer suaminya.

Beliau menghubungi syarikat berkenaan dan diberitahu alat itu dipasang di bawah stereng kereta atas permintaan suaminya.

Mangsa segera membuat aduan kepada pihak berkuasa. Bekas suaminya dan pengurus syarikat mengaku tidak bersalah. Lelaki terbabit mendakwa beliau memasang peralatan itu ketika kereta itu masih menjadi miliknya dan sebelum menjual kereta itu kepada wanita berkenaan yang masih isterinya ketika itu. - AGENSI

Restoran kantoi sedia hidangan dalam tandas


Riyadh: Perbuatan beberapa pekerja sebuah restoran di Arab Saudi yang menyediakan hidangan di dalam tandas untuk pelanggan disiarkan di laman perkongsian video baru-baru ini.

Akhbar Al Ihsa semalam melaporkan rakaman pendek di YouTube menunjukkan ketulan daging, ayam dan ikan yang dipotong pekerja asing diletakkan dalam besen di tandas.



Sejumlah besar sayur-sayuran dan makanan lain juga disimpan di ruang kotor di luar tandas, manakala hidangan yang siap dimasak turut dilihat berada dekat dengan tandas.

Akhbar itu melaporkan seorang lelaki tempatan yang hendak membeli makanan merakam aksi pekerja restoran terbabit.


Bagaimanapun, tidak diketahui lokasi restoran berkenaan.


- Agensi

Artikel ini disiarkan pada : 2013/12/27

Ribut ais ragut 25 nyawa


Augusta (Maine): Petugas kecemasan berhempas pulas memulihkan bekalan tenaga elektrik kepada ratusan ribu pengguna yang berdepan kesejukan dan kegelapan ketika Krismas di beberapa bahagian timur laut Amerika Syarikat (AS) dan timur Kanada selepas ribut ais semalam.

Sekurang-kurangnya 25 dicatatkan berkait kematian dengan ribut itu, sesetengahnya akibat keracunan gas karbon monoksida ketika orang ramai berusaha untuk memanaskan kediaman mereka.



Di Kanada, lima orang dilaporkan maut akibat keracunan gas karbon monoksida.

Polis berkata, dua orang di Ontario mati selepas menggunakan penjana gas untuk memanaskan kediaman mereka yang terputus bekalan elektrik di timur laut Toronto.

Polis di Quebec berkata, keracunan karbon monoksida dipercayai menjadi punca tiga kematian di rumah rehat dekat wilayah Pantai Utara.


Sebelum itu, lima orang terbunuh di timur Kanada akibat nahas di lebih raya berikutan cuaca buruk.

Di AS, jumlah kematian di seluruh negara akibat ribut salji mencecah sekurang-kurangnya 15 orang, apabila polis Michigan berkata, seorang wanita berusia 73 tahun meninggal dunia pada malam Krismas kerana melanggar lampu isyarat yang tidak berfungsi akibat ribut salji.


- AP

Artikel ini disiarkan pada : 2013/12/27

Guna jarum untuk bunuh bayi sendiri


Beijing: Mahkamah di timur laut China menjatuhkan hukuman penjara 10 tahun terhadap seorang lelaki kerana cuba membunuh anak perempuannya.

Mahkamah di Heilongjiang mendapati Yin Zhihe bersalah atas tuduhan cuba membunuh anak perempuannya berusia dua bulan dengan mencucuk jarum jahit ke tubuh bayi itu, lapor agensi berita Xinhua.


Yin dipercayai cuba membunuh bayi itu kerana mengesyaki mangsa bukan anaknya.
Yin mencucuk jarum ke sangkar rusuk bayi itu pada 4 Ogos lalu.
Keesokan harinya, tangisan bayi itu mendorong ibunya membawa dia ke hospital, di mana jarum berkenaan ditemui dan dibuang melalui pembedahan.
Bagaimanapun, Yin mencucuk tiga lagi jarum di dada, pusat dan perut bayi itu. Kesemua jarum berkenaan dicabut menerusi pembedahan tetapi menyebabkan kegagalan pernafasan dan kecederaan pada organ bayi malang itu.

Mahkamah mengurangkan hukuman terhadap Yin kerana dia menyerah diri kepada polis, manakala bayinya terselamat.

Sementara itu, ujian DNA menunjukkan Yin ialah bapa kandung kepada bayi perempuan terbabit.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/12/27

4,998 orang hilang tahun ini


Oleh Yusmawati Mhd Yusof
Melaka: Kes orang hilang terutama membabitkan kanak-kanak dan gadis di seluruh negara dilihat membimbangkan apabila 2,237 individu yang dilaporkan hilang sepanjang tahun ini membabitkan golongan berkenaan.

Naib Pengerusi Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) Tan Sri Lee Lam Thye berkata, berdasarkan perangkaan dikeluarkan Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, seramai 4,998 orang dilaporkan hilang sepanjang tempoh Januari hingga 23 Disember tahun ini.


“Daripada jumlah itu, 2,382 orang ditemui semula, manakala 2,237 orang atau 45 peratus daripada yang hilang itu membabitkan mereka yang berusia 18 tahun ke bawah mengikut takrifan Akta Kanak-kanak 2010.

“Pada tahun lalu, sebanyak 5,721 orang dilaporkan hilang dan 3,127 atau 54.66 peratus daripadanya ditemui semula,” katanya selepas merasmikan majlis Perasmian Penutup Seminar Menangani Kes Orang Hilang, di sini, semalam.


Turut hadir, Ketua Polis negeri merangkap Pengerusi MCPF negeri Datuk Chuah Ghee Lye dan Ketua Polis Daerah Melaka Tengah Asisten Komisioner Salehhudin Abd Rahman.


Menurut beliau, statistik itu menunjukkan kes orang hilang dilihat membimbangkan dengan purata 16 orang sehari pada tahun lalu.

Lee berkata, kebanyakan kes orang hilang itu tidak mempunyai kaitan dengan elemen jenayah, namun ia didorong beberapa faktor antaranya berasa bosan berada di rumah, masalah keluarga dan lari dari rumah.

“Semua lapisan masyarakat perlu lebih prihatin terhadap isu ini kerana kebanyakan kes orang hilang membabitkan golongan remaja dan mereka yang berusia 18 tahun ke bawah.

“Malah, ibu bapa juga perlu memperkukuhkan institusi kekeluargaan kerana ia memainkan peranan penting dalam usaha membendung masalah membabitkan kes orang hilang,” katanya.

Menurutnya, ibu bapa turut perlu menekankan aspek perlindungan terhadap kanak-kanak bagi memastikan keselamatan golongan itu sentiasa terjamin seperti termaktub dalam Akta Kanak-kanak 2010, malah ibu bapa boleh didakwa di mahkamah jika didapati cuai sehingga menyebabkan kehilangan anak mereka.

“Semua lapisan masyarakat juga harus bersatu dalam menangani isu orang hilang dan tidak menganggap ia hanya tanggungjawab polis kerana tidak semua kes membabitkan elemen jenayah seperti pembunuhan atau penculikan.

“Malah, tindakan lebih komprehensif dengan menggabungkan semua elemen pencegahan jenayah perlu digerakkan secara kolektif dan serentak selepas menerima laporan kehilangan terutama membabitkan kanak-kanak dan wanita,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/12/27

Ganggu awek

Oleh Yahya Awang
Taiping: Seorang lelaki yang mati ditetak di belakang tengkuk menggunakan parang berhampiran Pasar Aulong, Taiping malam kelmarin, dipercayai menjadi mangsa dendam sekumpulan tiga lelaki kerana dikatakan sering mengganggu teman wanita seorang suspek.
Ia susulan tangkapan dua remaja berusia 16 dan 19 tahun di sebuah rumah di Sungai Siput beberapa jam selepas kejadian hasil serbuan pasukan Ops Cantas Khas yang menjalankan siasatan sebaik kes itu dilaporkan.
Dalam kejadian jam 10.30 malam itu, mangsa M Ratha Krishnan, 32, dikatakan cuba lari menyelamatkan diri, namun gagal dan mati di tempat kejadian akibat kecederaan parah di leher.
Ketua Polis Daerah Taiping, Asisten Komisioner Yusof Mohd Diah berkata, siasatan mendapati pembunuhan itu bermotifkan dendam dan mangsa juga dikenal pasti bekas penagih dadah serta tiada tempat tinggal tetap, menyara hidup dengan mencari barang lusuh dan menjadi pengawal di Dewan Bola Keranjang di Aulong.
“Mangsa dipercayai bertengkar dengan sekumpulan suspek yang menaiki Proton Waja.
Seorang daripada mereka menetak leher mangsa sehingga dia maut di tempat kejadian.
“Ketiga-tiga suspek melarikan diri menggunakan kereta itu dan polis yang mendapat laporan mengenai kejadian segera menjalankan siasatan sebelum berjaya mengesan kenderaan suspek di sebuah rumah di Sungai Siput pada jam 5 pagi semalam (kelmarin),” katanya pada sidang media, semalam.
Menurutnya, serbuan di rumah terbabit memberkas dua daripada suspek, manakala suspek utama dikenali sebagai S Murugan, 25, meloloskan diri dan sehingga kini masih dikesan.
“Dua suspek direman sehingga Isnin ini untuk siasatan lanjut dan polis turut merampas kereta digunakan suspek dalam kejadian itu.
“Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan orang ramai diminta menyalurkan sebarang maklumat berhubung kes itu di balai polis berdekatan atau menghubungi pegawai penyiasat Asisten Superintendan Saerah Dollah di talian 05-8080222,” katanya.
Foto
MURUGAN
Artikel ini disiarkan pada : 2013/12/27

Selak tudung rentap rantai

Oleh Sitie Nurhajatulziemah Mohd Nor
Rembau: Seorang warga emas bukan saja kerugian lebih RM3,000, malah patah tulang selangka dan bengkak di bahu ketika bergelut dengan penjenayah dalam kejadian ragut di Kampung Solok Bangkong, Chengkau, Selasa lalu.
Pekerja kilang ayam yang juga ibu tunggal, Zainab Abdullah, 60, berkata, kejadian berlaku ketika dia berjalan pulang ke rumah sebelum dikejutkan dengan kehadiran dua motosikal dinaiki dua lelaki dipercayai jenis Honda EX5 berhampiran ladang sawit pada jam 4 petang.
Menurutnya, dua lelaki berusia 20-an itu menghampiri dan menyelak tudung dipakainya lalu merentap rantai emas bernilai RM3,000 di leher selain menarik beg tangan digalas di bahu kanan.
“Saya cuba menarik semula beg tangan mengandungi telefon bimbit, wang tunai RM40, kad pengenalan dan kad pengeluaran wang automatik namun gagal apabila ditolak dua penjenayah menyebabkan saya jatuh di atas jalan,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Solok Bangkong, Chengkau, semalam.
Zainab berkata, walaupun kesakitan, dia bangkit dan menjerit meminta bantuan, namun tiada sesiapa memandangkan jalan masuk ke rumahnya yang agak terpencil.
“Sepanjang lebih 20 tahun saya berjalan kaki dari rumah ke pondok bas untuk pergi dan balik dari tempat kerja sejauh satu kilometer, tidak pernah berdepan situasi seperti ini menyebabkan saya berasa trauma.
“Malah, saya bercadang berhenti kerja memandangkan usia sudah lanjut dan bimbang kejadian sama akan berulang.
Mujurlah penjenayah itu tidak bersenjata jika tidak mungkin kecederaan yang dialami lebih parah,” katanya yang membuat laporan di Balai Polis Kota, pagi kelmarin.
Katanya, pada mulanya dia tidak menyangka kecederaan yang dialami serius menyebabkan dia hanya berehat di rumah dan meminta ibunya, Munah Jas, 77, mengurut bahagian yang sakit.
“Namun, keesokannya (Rabu) ketika bangun daripada tidur saya mendapati bahagian kanan badan sakit dan tangan sukar bergerak.

Saya jadi panik dan bimbang lalu mendapatkan rawatan di Hospital Tampin untuk pemeriksaan lanjut dan doktor memberitahu tulang selangka patah,” katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Deputi Superintendan Mizan Md Dom ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan kes disiasat mengikut Seksyen 395, Kanun Keseksaan.
Foto
BAHU Zainab yang bengkak.
Artikel ini disiarkan pada : 2013/12/27

Mesin judi RM1 juta dirampas

Oleh Raja Noraina Raja Rahim
Ampang: Sebanyak 1,581 komputer dan mesin slot perjudian dengan nilai lebih RM1 juta dirampas polis daerah Ampang Jaya hasil serbuan yang dilakukan sepanjang tahun ini.
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya Asisten Komisioner Amiruddin Jamaluddin berkata, selain peralatan perjudian, 152 tauke perjudian haram turut ditahan.
“Dalam tempoh Januari hingga November tahun ini, 1,376 pemeriksaan dan serbuan dilakukan.
Hasilnya, 965 komputer dan 146 mesin slot dirampas.
“Malah, 100 individu yang ditahan sudah dituduh di mahkamah.

Ia kejayaan membanteras aktiviti perjudian di daerah ini dengan kerjasama Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ),” katanya selepas majlis pelupusan barang kes di Balai Polis Pandan Indah, di sini.
Turut hadir Timbalan Ketua Polis Daerah Ampang Jaya Superintendan Md Nazri Zawawi dan Timbalan Yang Dipertua MPAJ Abdul Hamid Hussain.
Amiruddin berkata, orang ramai terutama Kelab Rukun Tetangga perlu memainkan peranan membantu polis menyalurkan maklumat kewujudan aktiviti berkenaan.
Foto
AMIRUDDIN (kanan) memeriksa komputer yang dirampas ketika majlis pelupusan barang kes.
Artikel ini disiarkan pada : 2013/12/27

Pasangan tak mengaku proses, miliki wang palsu minta dibicara

Kota Bharu: Sepasang suami isteri dihadapkan ke Mahkamah Sesyen, di sini, semalam, atas dua tuduhan menjalankan aktiviti memproses dan memiliki wang palsu, bulan lalu.

Azahar Yusof, 39, dan Nor Aziarina Ismail, 30, bagaimanapun mengaku tidak bersalah serta minta dibicarakan terhadap pertuduhan yang dibacakan jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim Mohd Yusoff Yunus.
Sebelum ini, Nor Aziarina yang juga seorang jururawat pernah didakwa terhadap tuduhan menggunakan wang palsu untuk membeli telefon pintar iphone 5 dan ipad.
Mengikut pertuduhan pertama, kedua-dua tertuduh didakwa bersama-sama menjalankan aktiviti memproses wang kertas palsu dan memiliki alat mesin pencetak jenis Canon Pixma untuk tujuan pemalsuan mata wang iaitu 71 keping wang kertas RM100, 36 keping wang RM20 dan 66 keping wang RM10.
Kedua-dua tertuduh didakwa melakukan kesalahan di dalam bilik tidur di sebuah rumah tidak bernombor di hadapan masjid Kampung Jelor, Pasir Puteh pada jam 12.30 tengah hari, 29 November lalu.
Kesalahan didakwa mengikut Seksyen 489D Kanun Keseksaan dan dibaca bersama seksyen 34 kanun sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda jika sabit kesalahan.
Bagi pertuduhan kedua, pada tarikh, waktu dan lokasi sama, kedua-dua tertuduh didakwa bersama-sama memiliki 173 keping wang terdiri daripada not RM100, RM20 dan RM10.
Kesalahan didakwa mengikut Seksyen 489C Kanun Keseksaan dan dibaca bersama seksyen 34 kanun sama yang memperuntukkan hukuman penjara 10 tahun dan denda jika sabit kesalahan.
Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Asmah Azhari tidak menawarkan jaminan terhadap tertuduh.
Kedua-dua tertuduh bagaimanapun merayu dibenarkan diikat jamin.
Mahkamah membenarkan Nor Aziarina diikat jamin RM30,000 manakala Azahar tidak dibenarkan diikat jamin.
Mohd Yusoff menetapkan 9 Januari depan untuk sebutan semula kes.
Foto
AZAHAR dan Nor Aziarina didakwa di Mahkamah Sesyen, Kota Bharu, semalam.
Artikel ini disiarkan pada : 2013/12/27



Pengawal kena ikat


Shah Alam: Seorang pengawal keselamatan sebuah tapak pembinaan di Seksyen 18, di sini, berdepan detik cemas apabila disamun empat lelaki bersenjatakan parang ketika meronda di kawasan itu, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 2 pagi itu, kira-kira 40 gulungan pelekat bernilai tinggi tersimpan dalam kawasan pembinaan dilarikan kumpulan penjenayah terbabit selepas mereka mengikat pengawal keselamatan berkenaan.
Sumber berkata, ketika kejadian, pengawal keselamatan berkenaan meronda seorang diri sebelum dikejutkan dengan kehadiran kumpulan penjenayah berkenaan yang terus menerkam ke arahnya.

“Mangsa yang terkejut dengan tindakan suspek tidak dapat berbuat apa-apa menyebabkan dia diikat kumpulan lelaki terbabit menggunakan tali dan diarahkan untuk berdiam diri sementara rakan mereka meninjau keadaan sekeliling,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/12/27

Perang poster haram


Kuala Lumpur: Sebanyak 16,535 keping poster serta iklan syarikat peminjam wang haram diturunkan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur dengan kerjasama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dari Januari hingga November lalu.

Difahamkan, daripada jumlah berkenaan, 41 tangkapan terhadap 45 individu atau syarikat dikesan menampal serta menjalankan perniagaan tanpa syarat sah.


Ketua JSJK IPK Kuala Lumpur Asisten Komisioner Izany Abd Ghany berkata, daripada semua tangkapan dibuat, 21 kes dituduh di mahkamah dan dikenakan tindakan undang-undang.

“Ops Cantas Khas bermula jam 10 pagi dan berakhir jam 4 petang hari ini (semalam), kami menurunkan 1,020 iklan dan poster haram,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/12/27

2 lelaki, remaja ditahan bantu siasatan


Oleh Yusmawati Mhd Yusof
Melaka: Polis menahan dua lelaki termasuk seorang remaja bawah umur bagi membantu siasatan kes bunuh seorang tukang masak yang ditemui mati dengan kesan tikaman di dalam bilik air rumah sewanya di Taman Kota Laksamana, Tengkera, di sini, 18 Disember lalu.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah Asisten Komisioner Salehhudin Abd Rahman berkata, dua suspek berusia 15 dan 23 tahun dipercayai rakan mangsa itu ditahan di dua lokasi berasingan di sekitar daerah ini, malam kelmarin.


“Suspek berusia 23 tahun itu ditahan di tepi restoran di Bukit Cina jam 10 malam manakala rakannya pula di tepi jalan berhampiran rumah kedai di Klebang sejam kemudian.

“Mereka direman tiga hari bermula hari ini (semalam) bagi membantu siasatan kes berkenaan,” katanya ketika ditemui, di sini, semalam.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/12/27

Seronok tahap gila


Kuantan: Tiga lelaki termasuk seorang pelajar tingkatan empat yang ditahan polis, malam kelmarin kerana melakukan khianat ke atas kenderaan awam termasuk sebuah kereta peronda polis di Teluk Chempedak, di sini, berada di bawah pengaruh alkohol.
Timbalan Ketua Polis Daerah Kuantan Superintendan Abdul Aziz Ahmad berkata, tiga lelaki berusia 16 hingga 23 tahun itu dipercayai mabuk ketika menyembur buih pada kereta yang melalui kawasan berkenaan pada malam sambutan Hari Natal menyebabkan orang ramai menghubungi polis. 
“Mereka ditahan reman sehingga Sabtu ini dan polis sedang mengesan beberapa lagi remaja yang turut terbabit perbuatan itu,” katanya yang dihubungi, semalam. 

Beliau berkata, ujian air kencing terhadap tiga remaja itu bagaimanapun negatif dadah.
Foto
SEKUMPULAN remaja menyembur kenderaan polis di Teluk Chempedak.

“Sehubungan itu, saya nasihatkan kalau mahu berseronok sekalipun pada musim perayaan, jangan sampai melakukan perbuatan mengganggu orang ramai terutama di tempat awam,” katanya


Artikel ini disiarkan pada : 2013/12/27

Mayat lelaki berulat di ladang kelapa sawit



KULIM 27 Dis. - Seorang lelaki dipercayai warga asing ditemui mati dalam longkang ladang kelapa sawit di Ladang Victoria, Padang Serai, dekat sini hari ini.
Mangsa yang belum dikenal pasti identiti ditemui kira-kira pukul 4.30 petang oleh pekerja ladang dalam keadaan berulat.
Ketua Polis Daerah Kulim, Supritendan Ghuzlan Saleh berkata, siasatan awal mendapati mangsa berusia sekitar 40-an.
"Semasa ditemui, mangsa memakai kain pelikat dan berbaju singlet. Polis percaya lelaki itu telah meninggal dunia lebih dua hari lalu,'' katanya di sini. - UTUSAN ONLINE


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20131227/je_15/Mayat-lelaki-berulat-di-ladang-kelapa-sawit#ixzz2opvpVVop
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Erdogan digesa letak jawatan


2013/12/27

Foto
Penyokong Erdogan melaungkan slogan ketika menunggu ketibaan beliau di Lapangan Terbang Esenboga, Ankara, semalam. - Foto REUTERS

Berdepan cabaran getir selepas pecat Bayraktar

Istanbul: Perdana Menteri Turki, Recep Tayyip Erdogan, menerima cabaran paling hebat sejak memerintah 10 tahun lalu, apabila seorang rakan lamanya meletak jawatan dan menggesa beliau turut berundur berikutan siasatan rasuah yang mengancam melemahkan kepemimpinan beliau.


Gesaan itu dibuat selepas Erdogan mendesak Menteri Alam Sekitar dan Perancangan Bandar, Erdogan Bayraktar, yang berkhidmat bersamanya sejak 1990-an dan dua lagi menteri supaya meletak jawatan, kelmarin.

Setiap seorang daripada mereka mempunyai anak lelaki yang dikaitkan dalam siasatan rasuah.

Dalam sidang media lewat malam selepas mesyuarat tergempar dengan Presiden Abdullah Gul, Erdogan memecat menteri keempat dan mengumumkan satu barisan baru kabinet, selain menggantikan 10 orang menteri.

Erdogan tidak mengendahkan kenyataan Bayraktar sebelum itu yang mahu beliau meletak jawatan demi memulihkan keadaan negara.

Kebangkitan AKP
Kebangkitan luar biasa dalam pentadbiran Parti Keadilan dan Pembangunan (AKP), mengetengahkan cabaran yang dihadapi Erdogan sebelum pilihan raya bermula Mac depan.

“Sesiapa yang cuba mengaitkan saya dengan skandal yang berlaku akan berdepan kegagalan. Mereka akan pulang dengan tangan kosong,” kata beliau yang disiarkan akhbar Hurriyet dan Yeni Safak, semalam.

Walaupun Erdogan dan parti pimpinan Islam sering bertelagah dengan institusi sekular tradisional seperti tentera, masalah terbaru jelas mencerminkan pergelutan kuasa di dalam AKP sendiri, berbanding perjuangan terhadap orientasi negara.

Kepemimpinan tanpa tandingan perdana menteri dan disiplin tegas parti sejak sedekad lalu membantu menukar Turki menjadi salah satu kuasa ekonomi terbesar yang pantas berkembang.

Negara itu menggunakan ekonominya untuk mengembangkan pengaruh politik di Asia Barat dan rantau lain.

Dengan keyakinan baru pada peringkat antarabangsa dan tentera kedua terbesar dalam Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO), Turki juga aktif memulakan semula rundingan dalam program nuklear Iran dan menjadi peneraju usaha menyingkirkan Presiden Syria, Bashar al-Assad.

Siasatan rasuah

Namun, Erdogan dilihat bertahan sejak 17 Disember lalu, apabila pendakwa raya mendedahkan siasatan rasuah menyasarkan berpuluh-puluh sekutunya dalam politik dan perniagaan.

Pendakwa raya berkata, mereka bercadang mendakwa 24 suspek yang masih ditahan atas tuduhan rasuah, penggubahan wang, penyeludupan emas dan salah laku lain.
AKP menguasai politik Turki, dengan sokongan awam kekal 50 peratus sejak Oktober lalu.

Namun, penyokong perdana menteri dilihat memihak kepada serpihan setia bekas sekutu, Fethullah Gulen, yang jutaan pengikutnya membantu memilih Erdogan tiga kali.

Ulama Turki itu tinggal di dalam buangan atas pilihan sendiri di Pennsylvania, Amerika Syarikat namun pengaruhnya terus kuati. - AGENSI

Sindiket curi wang ATM

Sindiket curi wang ATM

2013/12/27
   
Sindiket curi wang ATM
Lelaki warga Poland pasang alat pengimbas, kamera pengintip

Kuala Lumpur: Penahanan seorang lelaki warga Poland membongkar kegiatan sindiket mencuri wang dari mesin ATM yang menggunakan taktik licik sehingga langsung tidak disedari mangsa.


Modus operandi sindiket ialah memasang alat pengimbas yang dilekatkan di ruang pengguna memasukkan kad ATM serta kamera pengintip yang menghala ke papan kekunci.

Alat pengimbas berkenaan membolehkan sindiket membaca maklumat dalam kad ATM pengguna ketika kad dimasukkan untuk pengeluaran wang sebelum kamera pengintip merakam pergerakan jari ketika mangsa memasukkan nombor PIN kad ATM mereka.

Lelaki cuba bunuh bayi guna jarum


2013/12/27
Beijing: Mahkamah di timur laut China menjatuhkan hukuman 10 tahun penjara ke atas seorang lelaki kerana cuba membunuh bayi perempuannya dengan memasukkan jarum jahit ke dalam tubuh mangsa, lapor media kelmarin.

Yin Zhihe didapati bersalah oleh mahkamah di wilayah Heilongjiang cuba membunuh bayi perempuannya yang berusia dua bulan Ogos lalu, lapor agensi berita Xinhua.


Mahkamah mendapati Yin mahu membunuh budak itu kerana percaya bayi itu bukan anaknya, lapor Xinhua.
Keesokan hari, tangisan mangsa memaksa ibunya membawa dia ke hospital, yang berjaya mengesan jarum itu dan dibuang menerusi pembedahan” - Xinhua

Yin mula memasukkan jarum ke bahagian tulang rusuk bayi itu pada 4 Ogos lalu. Keesokan hari, tangisan mangsa memaksa ibunya membawa dia ke hospital, yang berjaya mengesan jarum itu dan dibuang menerusi pembedahan.

Namun Yin memasukkan tiga lagi jarum ke dalam dada, pusat dan perut bayi itu. Ia dikeluarkan menerusi pembedahan tetapi sudah menyebabkan kegagalan pernafasan dan kecederaan kepada organ bayi berkenaan.

Mahkamah menjatuhkan hukuman ringan kepada Yin kerana menyerah diri dan bayi itu selamat.

Ujian DNA menunjukkan Yin ialah bapa kandung bayi itu. - AP

Budak maut tak sempat terima hadiah Krismas Ipad

Budak maut  tak sempat terima hadiah Krismas Ipad
Akshaaye Balakrishnan

2013/12/27 -
 Budak maut  tak sempat terima hadiah Krismas Ipad

Ipoh: Kanak-kanak berusia enam tahun yang maut, manakala ibunya parah selepas dirempuh kereta di Sydney, Australia, Rabu lalu, tidak sempat menerima hadiah Krismas berupa Ipad.

Bapa saudara mangsa, B Surendranath, 56, berkata Akshaaye Balakrishnan dan keluarganya dalam percutian di Australia sempena sambutan Krismas, tetapi tidak sangka percutian mereka berakhir dengan tragedi itu.


Kali pertama Krismas di Australia
Ini pertama kali mereka menyambut perayaan Krismas di Australia dan Akshaaye sangat teruja dengan percutian itu” B Surendranath, Bapa saudara

“Ini pertama kali mereka menyambut perayaan Krismas di Australia dan Akshaaye sangat teruja dengan percutian itu.

“Malah, dia juga sangat berhajat untuk mendapatkan Ipad sebagai hadiah Krismas tahun ini ketika membeli belah di sebuah pasar raya di negara berkenaan," katanya ketika ditemui di kediaman keluarga Akshaaye di Persiaran Bukit Meru Heights, di sini, semalam.

Media Australia melaporkan kemalangan pada jam 9.20 pagi berlaku ketika Akshaaye bersama ibunya, Fung Ying Ong, 38, dilaporkan menemani dua sepupunya berusia empat dan lima tahun untuk ke sekolah sebelum dirempuh kereta dipandu seorang wanita di Jalan Marsden, Carlingford.

Maut ditempat kejadian
Akshaaye maut di tempat kejadian dan ibunya parah, manakala sepupu mangsa turut parah apabila dilaporkan patah tulang pelvik dan ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Kanak-Kanak Westmead, Australia.

Turut berada di lokasi kejadian ketika itu, dua kanak-kanak perempuan berusia lima tahun, namun mereka tidak mengalami sebarang kecederaan.

Surendranath berkata, kehilangan Akshaaye adalah berita sedih buat mereka sekeluarga kerana dia seorang kanak-kanak yang cukup riang dan mendengar kata.

“Dia sempat menulis satu pesanan kepada Santa Claus yang menyatakan beberapa hajatnya untuk sambutan Krismas kali ini. Namun, hajatnya tidak kesampaian apabila dia meninggal dunia dalam kemalangan itu,” katanya.

Aktivis berdepan hukuman mati


2013/12/27
Jeddah: Hakim Arab Saudi mencadangkan seorang aktivis bebas dibicarakan di mahkamah tinggi atas dakwaan murtad, tuduhan yang mungkin membawa hukuman mati, kata juru kempen hak asasi, semalam.

Sebuah mahkamah di negara itu menjatuhkan hukuman penjara tujuh tahun ke atas Raef Badawi, 35, Julai lalu dan 600 sebatan kerana mewujudkan sebuah rangkaian ‘bebas’ dan didakwa menghina Islam. - AFP 

Tiga lelaki diburu kes curi bateri pencawang


2013/12/27
Alor Gajah: Polis sedang memburu tiga lelaki dipercayai terbabit dalam kes kecurian 16 unit bateri sebuah pencawang alat telekomunikasi bernilai lebih RM100,000 di Machap dekat sini, Isnin lalu.

Ketiga-tiga suspek yang diburu itu berusia antara 16 hingga 30 tahun.


Ketua Polis Daerah, Superintendan Mohamad Laham, berkata pihaknya percaya dengan penahanan tiga lagi suspek itu dapat menyelesaikan kes kecurian bateri pencawang alat telekomunikasi yang dilaporkan di sekitar daerah ini.

"Kita sedang giat memburu mereka yang masih bebas dengan kes disiasat mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan kerana mencuri.

"Jika sabit kesalahan boleh dipenjara sehingga tujuh tahun atau denda atau sebatan," katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 2 petang Isnin lalu, dua daripada sekumpulan empat lelaki berusia 20 dan 30 tahun ditahan polis ketika sedang melarikan bateri pencawang alat telekomunikasi berkenaan menggunakan sebuah lori.

Suspek dikejar anggota unit peronda (MPV) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) sejurus menerima maklumat mengenai kegiatan mereka di sekitar kawasan Machap di sini.

Dua ditahan bantu siasatan kes bunuh tukang masak


2013/12/27
Melaka Tengah: Polis menahan dua lelaki termasuk seorang remaja bawah umur bagi membantu siasatan kes bunuh seorang tukang masak di Taman Kota Laksamana di sini, minggu lalu.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Salehhudin Abd Rahman, berkata kedua-dua suspek berusia 15 dan 23 tahun yang dipercayai rakan mangsa itu ditahan di dua lokasi berasingan di daerah ini malam kelmarin.


“Suspek berusia 23 tahun ditahan di tepi sebuah restoran di Bukit Cina kira-kira jam 10 malam, manakala suspek berusia 15 tahun pula ditahan di tepi jalan berhampiran rumah kedai di Klebang, sejam kemudian.

“Kedua-dua mereka direman tiga hari bermula hari ini (semalam) bagi membantu siasatan berhubung kes berkenaan,” katanya ketika ditemui, di sini, semalam.

Kesan tikaman di perut

Dalam kejadian kira-kira jam 7.30 malam pada 18 Disember lalu, adik mangsa, Siti Anis Mokhtar,27, menemui mayat abangnya, Mohd Yaser, 31, hanya berseluar dalam ditemui terlentang dalam bilik air rumah sewanya dengan kedua-dua tangan dan kaki serta mulut diikat, selain beberapa kesan tikaman di bahagian perut kirinya.

Pemeriksaan mendapati kereta, telefon bimbit dan dompet mangsa turut dilarikan penjenayah.
Sehari selepas kejadian, polis menemui kereta mangsa hangus terbakar di tepi jalan besar menghala ke Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) di Durian Tunggal di sini, kira-kira jam 8.45 pagi.

4 suspek lagak polis samun RM31,000


2013/12/27
Alor Setar: Seorang lelaki rugi lebih RM31,000 selepas disamun empat suspek yang menyamar sebagai polis di Lebuhraya Utara-Selatan berhampiran Gurun, di sini, semalam.

Dalam kejadian jam 11 pagi itu, mangsa yang juga seorang pengusaha stesen minyak berusia 64 tahun memandu kereta Toyota Camry seorang diri dihimpit dan diarah berhenti kereta jenis Volkswagen dinaiki empat lelaki.


Mangsa dikatakan baru mengeluarkan wang tunai berkenaan di sebuah bank di Gurun sebelum memasuki lebuh raya dipercayai menuju ke arah selatan untuk urusan peribadi.

Jurucakap polis berkata, suspek menggari tangan mangsa dan mendakwa mahu membawanya ke balai polis sebelum menutup kepala mangsa menggunakan kain.

“Bagaimanapun mangsa tidak dibawa ke balai polis tetapi wang tunai, telefon bimbit, kad kredit serta keretanya dilarikan,” katanya di sini, semalam.

Saman Ops Halang meningkat


2013/12/27
 Saman Ops Halang meningkat
Saman Ops Halang meningkatAnggota penguat kuasa menunda kereta yang menghalang lalu lintas di sekitar Kuala Lumpur, semalam. - Foto Azhar Ramli
Kuala Lumpur: Sejumlah 3,475 notis kompaun dan saman dikenakan ke atas bas dan kenderaan persendirian menerusi Ops Halang sepanjang tahun ini akibat meletakkan kenderaan sesuka hati sehingga menghalang lalu lintas.

Jumlah notis atau saman dikeluarkan itu meningkat lebih 2,000 notis berbanding 1,455 menerusi Ops Halang yang dijalankan tahun lalu.


Notis kompaun dan saman itu dikeluarkan mengikut Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang memperuntukkan kompaun RM100 hingga RM150, manakala saman sebanyak RM300 dalam tempoh 14 hari.

Ketua Inspektor Unit Trafik dan Tugas Khas, Afzal Nizan Abd Latif, berkata Ops Halang bermatlamat memastikan keadaan lalu lintas di sekitar bandar raya sentiasa lancar.

“Unit Trafik DBKL sentiasa memastikan aliran lalu lintas di bandar raya ini sentiasa lancar, termasuk memastikan tiada halangan menyebabkan kesesakan.

“Ops Halang dijalankan sekurang-kurangnya dua kali sebulan bagi memastikan tiada kenderaan awam atau milik persendirian tidak menghalang lalu lintas,” katanya selepas Ops Halang secara bersepadu bersama polis trafik, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), di sini, semalam.

Ops Halang itu dijalankan di sekitar Jalan Tun HS Lee, Jalan Tun Tan Siew Sin, Jalan Tun Tan Cheng Lock, Leboh Pasar dan Jalan Ampang.

1,581 mesin judi bernilai RM1j dirampas


2013/12/27
 1,581   mesin judi bernilai RM1j dirampas
1,581   mesin judi bernilai RM1j dirampasAmiruddin (kanan) meninjau komputer rampasan yang dilupuskan di Balai Polis Pandan Indah, semalam. - Foto BERNAMA
1,376 serbuan di premis perjudian dilakukan sejak awal tahun lalu

Ampang Jaya: Sebanyak 1,581 unit mesin judi berkomputer bernilai lebih RM1 juta berjaya dirampas, hasil 1,376 serbuan di premis perjudian seluruh daerah ini sejak awal tahun lalu.


Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Amiruddin Jamaluddin, berkata dalam tempoh Januari hingga November lalu, pihaknya melakukan 152 tangkapan.
Ibu bapa atau penjaga perlu sentiasa mengawasi pergerakan anak mereka supaya tidak terjebak dengan kegiatan perjudian haram yang sebahagian besarnya beroperasi di sebalik perniagaan kafe siber” Amiruddin Jamaluddin, Ketua Polis Daerah Ampang Jaya

“Hampir 90 peratus kes dapat diselesaikan dan pesalah juga sudah dituduh serta dijatuhkan hukuman oleh Mahkamah Majistret Ampang.

MPAJ, KRT beri maklumat

“Kejayaan ini bukan saja hasil usaha polis yang komited membanteras kegiatan perjudian, malah kita dibantu Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPA J) serta masyarakat melalui Kawasan Rukun Tetangga (KRT) yang banyak memberi maklumat,” katanya pada media selepas program pelupusan barang kes di Balai Polis Pandan Indah di sini, semalam.

Turut hadir, Timbalan Yang Dipertua MPAJ, Abd Hamid Hussain dan Timbalan Ketua Polis Ampang Jaya, Superintendan Md Nazri Nawawi.
Amiruddin berkata, semua barang rampasan iaitu 965 komputer dan 146 mesin slot dilupuskan selepas mendapat arahan mahkamah untuk semua kes yang sudah dijatuhkan hukuman.

Sementara itu, beliau berkata, pihaknya berharap ibu bapa atau penjaga sentiasa mengawasi pergerakan anak mereka supaya tidak terjebak dengan kegiatan perjudian haram yang sebahagian besarnya beroperasi di sebalik perniagaan kafe siber.

Ciuman: Lelaki Pakistan dijel sehari


KUALA LUMPUR 26 Dis. - Akibat mencium pipi rakan serumah kepada teman wanitanya, seorang pelajar lelaki warga Pakistan dihukum penjara sehari dan didenda RM1,800 selepas mengaku bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas tuduhan mencabul wanita berkenaan.
Syed Hassan Lal Gilani, 24, mengaku melakukan perbuatan itu terhadap seorang kerani berusia 24 tahun di sebuah unit kondominium di Danau Idaman Kondo, Taman Desa, Jalan Klang Lama, Brickfields, pada pukul 10.55 pagi, 30 Ogos lalu.
Lelaki itu didakwa mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda atau sebat atau mana-mana dua daripadanya.
Majistret Erry Shahriman Nor Aripin turut memerintahkan tempoh pemenjaraan tertuduh ditambah lima bulan lagi sekiranya gagal membayar denda.
Menurut fakta kes, pengadu yang juga mangsa sedang duduk di sofa rumahnya sambil membelek telefon bimbit sebelum didatangi tertuduh yang pada ketika itu menuju masuk ke bilik teman wanitanya namun berpatah balik dan menghampiri mangsa.
Lelaki terbabit kemudian memegang kepala pengadu untuk mencium wanita itu.
Tertuduh terus masuk ke bilik teman wanitanya dan pengadu bertindak membuat laporan polis dua hari kemudian untuk tindakan lanjut.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Mahkamah/20131227/ma_03/Ciuman-Lelaki-Pakistan-dijel-sehari#ixzz2od5UAoWi
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Peraih emas ditemui mati dibunuh


KOTA BHARU 26 Dis. - Seorang peraih emas ditemui mati tersangkut pada sebatang pokok dalam keadaan berulat di Kampung Chekok Buru berdekatan jambatan kereta api Kusial, Machang dekat sini kira-kira pukul 6.45 petang semalam.
Mayat, Tn Faridah Tn Losen, 60, ditemui oleh sepasang suami isteri yang sedang mencari pucuk 'beko' untuk makanan kambing di kawasan semak di tempat kejadian.
Ketika ditemui mangsa masih lengkap memakai jubah berwarna hitam dan mukanya tidak jelas kerana dihurung lalat serta dipercayai telah dibunuh kira-kira tiga hari lalu.
Sementara itu, Ketua Polis Kelantan, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman berkata, pihaknya telah menahan seorang lelaki yang disyaki terlibat dalam kejadian tersebut.
"Kita juga sedang mengesan dua lagi lelaki yang dipercayai turut terlibat dalam kejadian ini," katanya. - UTUSAN ONLINE


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20131226/je_05/Peraih-emas-ditemui-mati-dibunuh#ixzz2od4mNJ15
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Suspek kes simbah asid ditahan bersama 2 isteri


KOTA BHARU 26 Dis. - Selepas lebih setahun memburu seorang lelaki yang disyaki terlibat dengan kes menyimbah asid, penculikan dan ugut, polis Kelantan akhirnya berjaya menangkap suspek di Ipoh, Perak pada Khamis lepas.
Ketua Polis Kelantan, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman berkata, suspek berusia 30 tahun itu diberkas bersama dua isterinya di sebuah rumah di Chemor, Ipoh.
"Suspek kemudiannya dibawa pulang ke Kelantan dan direman selama tujuh hari untuk membantu siasatan.
"Suspek terlibat dengan beberapa kesalahan jenayah antaranya simbah asid, penculikan, ugutan bunuh dan mencederakan mangsa," katanya kepada pemberita selepas perhimpunan bulanan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan di sini hari ini.
Pada Februari tahun lepas, seorang penjaga bot yang dipercayai bertindak sebagai orang tengah bagi menyelesaikan kes perselisihan faham berkaitan tong ikan, ditetak di badan dan disimbah dengan asid di Kampung Hulu Beta, Nilam Puri di sini. - BERNAMA


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20131226/je_06/Suspek-kes-simbah-asid-ditahan-bersama-2-isteri#ixzz2od4a6vuS
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Dua cedera terkena letupan bom di Takbai


Asri Awang, 24 menunjukkan lokasi letupan bom di pos kawalan tentera di dalam kawasan Kompleks Imigresen Thailand di Takbai dekat Narathiwat, semalam. - UTUSAN/Irwan Majid
NARATHIWAT 26 Dis. - Satu letupan bom telah berlaku di pos kawalan tentera di dalam kawasan Kompleks Imigresen Thailand di Takbai dekat sini kira-kira pukul 11.20 pagi ini.
Kompleks tersebut merupakan salah satu daripada tiga pintu masuk ke negara ini melalui sempadan Kelantan.
Letupan itu mencederakan seorang askar Thailand yang bertugas dan seorang buruh yang menyelenggara laluan berhampiran lokasi kejadian.
Pengawal keselamatan yang bertugas di kompleks tersebut, Asri Awang, 24, berkata, ketika kejadian dia berada dalam salah sebuah blok bangunan kompleks berkenaan sebelum dikejutkan dengan gegaran dan bunyi letupan bom yang kuat.
"Saya bergegas keluar untuk melihat apa yang berlaku. Sebaik sahaja keluar dari bangunan, saya mendapati keadaan di pos kawalan tentera yang terletak berhampiran pintu masuk kompleks ini menjadi kelam-kabut.
"Semasa kejadian, lima anggota tentera sedang bertugas di pos kawalan berkenaan," katanya ketika ditemui di sini hari ini.
Difahamkan pihak berkuasa Thailand meningkatkan langkah berjaga-jaga di selatan Thailand selepas empat siri letupan bom di bandar Danok pada minggu lepas.
Malah banyak pihak menjangkakan lebih banyak siri serangan bom di kawasan tersebut menjelang sambutan tahun baharu tidak lama lagi.
Dalam pada itu, aktiviti harian masyarakat di pekan Takbai yang hanya terletak kira-kira 100 meter dari tempat kejadian terus berjalan seperti biasa dan keadaan masih terkawal.
Seorang penduduk, Shukri Nain Mail, 28, memberitahu, pos kawalan tentera tersebut beroperasi setiap hari bermula pukul 8.30 pagi hingga 4.30 petang.
"Kami sudah biasa dengan bunyi letupan bom, tetapi rasa terkejut juga dengan letupan yang berlaku hari ini, bercampur dengan perasaan takut," ujarnya.
Sementara itu, seorang warga Malaysia, Rosdi Ramli, 43, yang berada di Pekan Takbai ketika letupan berlaku berkata, gegaran tersebut amat kuat dan dapat dirasai walaupun lokasi kejadian terletak kira-kira lebih 100 meter dari kawasan pekan.
"Terkejut dengan letupan itu membuatkan pengunjung pasar menjadi kelam kabut untuk menyelamatkan diri masing-masing," katanya.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20131227/je_10/Dua-cedera-terkena-letupan-bom-di-Takbai#ixzz2od3taA00
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Penjenayah cuba rogol suri rumah diburu


JEMPOL 26 Dis. - Polis memburu kumpulan penjenayah dipercayai warga asing yang bertanggungjawab menyamun sebuah keluarga di sebuah rumah dekat Bandar Seri Jempol, kelmarin.
Ketua Polis Daerah Jempol, Supritendan Hamzah Alias berkata, sehingga kini pihaknya masih menjejak penjenayah berkenaan yang dipercayai berada di negeri ini.
"Operasi memburu mereka sedang giat dijalankan serta polis sedang mengumpulkan bukti di tempat kejadian selain merakamkan keterangan mangsa," katanya di sini hari ini.
Kata Hamzah, pihaknya turut menggunakan khidmat anjing pengesan dengan bantuan pihak Felda untuk menjejaki suspek yang dipercayai melarikan diri dalam kawasan kebun getah berhampiran.
"Kita meminta kerjasama orang ramai supaya menghubungi polis jika terserempak dengan mana-mana individu terutama warga asing yang mencurigakan.
"Maklumat itu boleh disalurkan ke Ibu Pejabat Polis Daerah Jempol di talian 06-458222," katanya.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20131227/je_09/Penjenayah-cuba-rogol-suri-rumah-diburu#ixzz2od3kA1Am
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Kes orang hilang meningkat


MELAKA 26 Dis. - Kes orang hilang melibatkan kanak-kanak dan remaja perempuan berusia bawah 18 tahun semakin membimbangkan apabila purata 16 orang dilaporkan hilang sehari di seluruh negara sepanjang tahun lalu.
Naib Pengerusi Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF), Tan Sri Lee Lam Thye berkata, berdasarkan statistik Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, sepanjang tahun lalu sebanyak 5,721 kes orang hilang dicatatkan dan hanya 3,127 atau 54.6 peratus daripada mereka dijumpai semula.
Beliau berkata, berdasarkan statistik dari Januari hingga 23 Disember lalu pula, sebanyak 4,998 kes hilang dilaporkan dan hanya 2,382 mangsa atau 58 peratus ditemui semula.
Beliau berkata, bagi kes orang hilang melibatkan kanak-kanak dan gadis remaja untuk tahun ini dilaporkan sebanyak 2,237 orang atau 45 peratus.
“Kebanyakan kes melibatkan golongan ini tidak banyak berunsur jenayah seperti beberapa kes penculikan yang mendapat perhatian media. Sebaliknya sebahagian besar mereka keluar dari rumah mungkin kerana masalah dalaman keluarga.
“Kes kehilangan remaja dan kanak-kanak ini boleh diatasi jika ibu bapa memainkan peranan penting mengukuhkan institusi kekeluargaan.
“Di samping itu peranan semua lapisan masyarakat juga penting bagi membantu polis mengesan lokasi dan menyalurkan maklumat sehingga mangsa dijumpai dan dikembalikan kepada keluarga," katanya.
Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas merasmikan penutupan Seminar Menangani Orang Hilang di auditorium Ibu Pejabat Polis Kontinjen negeri di sini hari ini.
Turut hadir Ketua Polis negeri, Datuk Chuah Ghee Lye dan Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Salehhudin Abd. Rahman.
Lam Thye berkata, MCPF dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) memandang serius kes orang hilang khususnya melibatkan golongan berkenaan kerana kes seperti ini memberi kesan trauma kepada ahli keluarga mangsa.
Katanya, ahli masyarakat tidak perlu bersikap berdiam diri dan hanya meluahkan rasa simpati kepada keluarga mangsa.
Sebagai ahli masyarakat, katanya, mereka perlu melakukan sesuatu agar tiada lagi mangsa seterusnya dijumpai mati di dalam beg, rumah kosong, semak atau longkang.
“Kes orang hilang seharusnya ditangani dengan lebih berkesan melalui penglibatan seluruh lapisan masyarakat begitu juga peranan ibu bapa bagi mengukuhkan institusi kekeluargaan," katanya.
Beliau memberitahu, semua lapisan masyarakat perlu bersatu membantu menangani isu orang hilang dan tidak meletakkan masalah itu di bahu polis semata-mata.
Lam Thye berkata, kerjasama masyarakat adalah melalui hebahan maklumat agensi kerajaan, pemandu bas, pemandu teksi, pihak perbankan, hotel, premis perniagaan dan sebagainya bagi mengesan kedudukan serta lokasi mereka yang hilang.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20131227/je_08/Kes-orang-hilang-meningkat#ixzz2od3dD4LE
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Keluarga tidak sangka peraih emas dibunuh


MACHANG 26 Dis. - Keluarga mangsa bunuh, Tuan Faridah Tuan Losen, 60, tidak menyangka kebimbangan mereka berhubung kehilangan wanita itu yang tidak pulang ke rumah selepas keluar bertemu rakan niaga, berakhir dengan berita kematiannya.
Anak kedua mangsa, Nik Mohd. Zumairi Hanapi, 32, berkata, mereka sekeluarga cuba untuk berfikiran positif dan berharap tiada sesuatu yang buruk berlaku biarpun mangsa tidak pulang selama empat hari sejak Ahad lalu.
"Namun panggilan pihak polis yang menghubungi kami tentang penemuan mayat ibu mengejutkan. Ibu tidak mempunyai masalah dengan sesiapa pun dan kami tidak sangka sesuatu yang buruk berlaku.
"Kami dimaklumkan oleh rakan kongsi arwah dia ada berjumpa seseorang yang tidak dikenali pada hari tersebut," katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di rumahnya di sini hari ini.
Mayat seorang peraih emas yang dilaporkan hilang sejak empat hari lalu ditemui mati dipercayai dibunuh di Kampung Chekok Buru berdekatan jambatan kereta api Kusial, Machang dekat sini kira-kira pukul 6.45 petang semalam.
Sementara itu, menantu mangsa, Syeikh Ibnu Hajar Jusoh, 36, berkata, sebelum kejadian, ibu mentuanya keluar bekerja seperti biasa.
"Tiada tanda-tanda serta perubahan pelik yang berlaku kepada mangsa menyebabkan kami tidak menjangka sama sekali arwah pergi meninggalkan kami buat selama-lamanya.
"Pemergiannya meninggalkan kenangan pahit kepada kami sekeluarga kerana arwah adalah seorang yang baik dengan sesiapa sahaja," katanya.
Katanya, jenazah yang dibedah siasat di Hospital Machang telah dibuat pengecaman oleh anggota keluarganya di hospital tersebut pada pukul 10.30 malam semalam.
Difahamkan, jenazah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Raja di sini kira-kira pukul 11 pagi ini.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20131227/je_07/Keluarga-tidak-sangka-peraih-emas-dibunuh#ixzz2od3MgDaQ
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Lori bawa asid terbalik sebabkan kesesakan lalu lintas


BEGINILAH keadaan lori membawa 34 tong asid selepas terbabas dan terbalik di Machang, Kelantan, semalam.
MACHANG 26 Dis. - Sebuah lori yang membawa 34 buah tong asid terbabas dan terbalik di Kampung Bukit Belah di sini pagi ini, menyebabkan berlaku tumpahan bahan berkenaan dan kesesakan lalu lintas yang teruk.
Ketua Operasi Bomba dan Penyelamat, Mohd. Sabri Ismail berkata, dalam kejadian pukul 6.30 pagi itu, sebanyak 20 tong mengandungi asid hidroklorik dan 14 tong asid nitrik terjatuh ke dalam sebatang longkang di tepi jalan.
"Pasukan Unit Bahan Berbahaya (Hazmat) terpaksa dipanggil kerana beberapa tong berkenaan didapati bocor dan menyebabkan berlaku tumpahan asid berbahaya.
"Bagi memastikan keselamatan orang ramai, penduduk di kawasan berdekatan diminta mengosongkan rumah masing-masing manakala pengguna jalan raya diminta menggunakan jalan alternatif untuk meneruskan perjalanan," katanya ketika ditemui di tempat kejadian.
Mohd. Sabri berkata, tiada sebarang kemalangan jiwa dilaporkan namun pemandu lori tersebut mengalami kecederaan ringan dan dikeluarkan anggota bomba sebaik sahaja tiba di tempat kejadian.
Tambahnya, pihaknya menerima panggilan kira-kira pukul 6.40 pagi dan tiba di tempat kejadian lima minit kemudian.
Menurut Mohd. Sabri, seramai 33 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Machang, Ibu Pejabat Bomba dan Penyelamat Kelantan serta anggota pasukan Hazmat terlibat dalam operasi membersihkan kawasan itu.
"Keadaan dapat dikawal cepat memandangkan beberapa tong sahaja yang bocor. Kami berusaha memastikan asid itu tidak meruap dan membahayakan orang ramai serta pengguna jalan tersebut," katanya.
Tambah beliau, asid tersebut dipercayai untuk dihantar ke sebuah syarikat yang mengeluarkan sarung tangan getah di Kota Bharu.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20131227/je_06/Lori-bawa-asid-terbalik-sebabkan-kesesakan-lalu-lintas#ixzz2od3AbsGA
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Penjenayah diberkas selepas lebih setahun diburu


KOTA BHARU 26 Dis. - Seorang penjenayah yang diburu sejak lebih setahun lalu kerana terlibat dalam kes menetak dan menyimbah asid terhadap seorang penjaga bot di Nilam Puri dekat sini, Februari tahun lalu, akhirnya diberkas polis di Ipoh, Perak, Khamis lalu.
Ketua Polis Kelantan Datuk Jalaluddin Abdul Rahman berkata, suspek, Mohd. Nurfino Omar, 30, atau lebih dikenali dengan Fino, diberkas oleh sekumpulan anggota polis di hadapan sebuah pasar raya di Ipoh.
“Setelah lebih setahun diburu, suspek berjaya ditahan. Selain itu, polis turut menyiasat pembabitan suspek dengan beberapa jenayah lain seperti penculikan, ugutan dan mencederakan mangsa.
“Suspek kini telah dibawa pulang ke Kelantan dan direman selama tujuh hari," katanya selepas Perhimpunan Bulanan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan, di sini hari ini.
Dalam majlis tersebut, seramai enam anggota polis diberi surat penghargaan daripada Ketua Polis Negara, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman (5), Ketua Polis Kelantan (37) dan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang IPK Kelantan (47).
Beliau turut menyampaikan bantuan persekolahan kepada 65 anak yatim dan balu anggota polis.
Dalam kejadian pada Februari tahun lalu, seorang penjaga bot cedera parah akibat ditetak dan disimbah asid dalam satu perselisihan faham di Kampung Hulu Beta, Nilam Puri, dekat sini.
Sementara itu, Jalaluddin berkata, pencapaian Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik negeri tahun ini amat membanggakan apabila seramai 14,056 penagih dadah telah ditahan.
“Daripada jumlah tersebut, peningkatan sebanyak tiga peratus dicatatkan berbanding tahun lalu dengan majoriti daripada suspek adalah penagih pil kuda.
“Bagi Jabatan Siasatan Jenayah Komersial, kita telah menahan 301 suspek berkaitan kes tipu dan pecah amanah yang melibatkan kerugian lebih RM77 juta," katanya.
Tambah beliau, di bawah Ops Warta pula sebanyak 77,967 waran tangkap dikeluarkan kepada pesalah trafik dengan 22,000 daripadanya telah disempurnakan.
“Bagi Ops Warta, kita telah membuat pemeriksaan di terminal bas dan teksi serta melalui sekatan jalan raya. Kita akan memberi kelonggaran kepada pesalah trafik untuk menjelaskan saman sehingga hujung tahun ini sebelum tindakan mencari dari rumah ke rumah dilakukan," katanya.
Dalam perkembangan lain, beliau berkata, kawasan sempadan Malaysia-Thailand di negeri itu selamat walaupun berlaku beberapa siri letupan bom di Selatan Thailand, baru-baru ini.
“Kita sentiasa mengadakan kerjasama dengan polis Thailand berhubung keselamatan di kawasan sempadan masing-masing," katanya.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20131227/je_05/Penjenayah-diberkas-selepas-lebih-setahun-diburu#ixzz2od30pA1h
© Utusan Melayu (M) Bhd 

2 suspek samun diburu



KUALA PILAH 26 Dis. - Polis memburu dua suspek yang disyaki terlibat dalam empat kes menyamar sebagai jurujual produk kesihatan untuk menyamun mangsa yang terdiri daripada warga emas di sekitar daerah ini.
Ketua Polis Daerah, Supritendan Azmi Abdul Rahim berkata, kedua-dua suspek merupakan seorang lelaki dan wanita berusia lingkungan 30 hingga 35 tahun.
“Kedua-duanya menawarkan perkhidmatan memeriksa dan merawat mata menggunakan sejenis alat seperti telefon bimbit.
“Mereka menyasarkan warga emas sebagai mangsa. Kes pertama membabitkan seorang wanita warga emas berusia 70-an yang tinggal berseorangan di Johol, dekat sini pada November lalu," katanya.
Jelas beliau, berdasarkan laporan, mangsa didatangi dua suspek berkenaan yang menaiki kereta jenis Perodua Viva berwarna putih dan menawarkan produk rawatan mata.
“Salah seorang suspek berpura-pura melakukan pemeriksaan terhadap mangsa di bahagian ruang tamu manakala seorang lagi suspek menggeledah rumah untuk mencari barang berharga sebelum melarikan wang tunai sebanyak RM120," katanya.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20131227/je_04/2-suspek-samun-diburu#ixzz2od2alxmo
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Remaja terbunuh nahas


MUAR 26 Dis. - Seorang remaja yang bekerja di sebuah restoran maut selepas motosikal yang ditunggangnya terlibat dalam kemalangan dengan sebuah kereta di persimpangan Taman Temiang Jaya, di sini semalam.
Dalam kejadian kira-kira pukul 5 petang itu, Pang Kai Chun, 15, berasal dari Jalan Salleh, di sini meninggal dunia pukul 2 pagi ini ketika dirawat di Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF) kerana kecederaan parah di kepala dan anggota badan.
Semasa kejadian, mangsa menunggang motosikal bersama rakannya dan dipercayai dari Jalan Kim Kee menghala ke Jalan Salleh.
Bagaimanapun, setibanya di tempat kejadian, motosikal mangsa melanggar sebuah kereta Honda Civic dari arah bertentangan yang sedang membelok ke simpang Taman Temiang Jaya.
Akibat pelanggaran itu, motosikal mangsa hilang kawalan dan mangsa serta rakannya terjatuh ke atas jalan raya.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20131227/je_03/Remaja-terbunuh-nahas#ixzz2od2RSGID
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Remaja dituduh bunuh pelajar kolej


PETALING JAYA 26 Dis. - Seorang remaja lelaki dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas tuduhan membunuh seorang pelajar kolej dalam kejadian ragut, dua bulan lalu.
Mohamad Zulhamiezan Aziz, 19, didakwa bersama-sama tiga lagi lelaki yang masih bebas melakukan perbuatan itu terhadap Dickson Wong Seng Yong, 22, di lorong belakang Jalan SS 25/2, Taman Bukit Emas, Kelana Jaya, kira-kira pukul 7 pagi, 26 Oktober lalu.
Tertuduh berbaju lokap berwarna ungu hanya mengangguk tanda faham ketika tuduhan dibacakan di hadapan Majistret K.B. Elena Hong Tze Lan.
Bagaimanapun tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh yang didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama.
Seksyen itu memperuntukkan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.
Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Nur Aifaa Che Abdullah manakala tertuduh tidak diwakili peguam bela.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Mahkamah/20131227/ma_02/Remaja-dituduh-bunuh-pelajar-kolej#ixzz2od1fbO1L
© Utusan Melayu (M) Bhd