Search This Blog

Thursday, December 26, 2013

Keluarga tidak sangka ibu hilang ditemui mati


26 Disember 2013
MACHANG - Keluarga mangsa bunuh tidak menyangka kehilangan ibu mereka, Tuan Faridah Tuan Losen, 60, selama empat hari sejak Ahad lepas, berakhir dengan berita kematian wanita itu.

Mayat wanita yang bekerja sebagai peniaga emas itu ditemui di kawasan semak di Kampung Chekok Budu, Paloh Rawa di sini semalam.

Anak kedua mangsa, Nik Mohd Zumairi Hanapi, 32, berkata ibunya ada menerima panggilan daripada orang yang tidak dikenali, dan dia memaklumkan kepada rakannya untuk berjumpa individu berkenaan.

"Namun sehingga pukul 4 petang pada hari yang sama, ibu masih belum pulang menyebabkan kami sekeluarga bertindak membuat laporan polis mengenai kehilangan arwah," katanya kepada pemberita di rumahnya di Kampung Raja Panyit hari ini.

Pada Ahad lepas, Tuan Faridah dilaporkan hilang dari rumahnya dan mayat wanita itu, dipercayai mati dibunuh, ditemui sepasang suami isteri yang sedang mencari rumput untuk makanan kambing mereka di kawasan semak Kampung Chekok Budu, Paloh Rawa pada kira-kira 6 petang.

Sementara itu, menantu mangsa, Syeikh Ibnu Hajar Jusoh, 36, berkata sebelum kejadian, Tuan Faridah keluar bekerja seperti biasa dan tiada tanda-tanda serta perubahan pelik pada dirinya.

"Kami tidak menyangka sekali arwah pergi meninggalkan kami dalam keadaan sebegini. Pemergiannya hanya meninggalkan kenangan pahit kepada kami sekeluarga kerana arwah adalah seorang yang amat baik dengan sesiapa sahaja.

"Kami menerima pemergian arwah dengan tabah dan sentiasa berdoa semoga rohnya dicucuri rahmat serta berharap pihak bertanggungjawab yang menyebabkan kematian ibu mendapat balasan yang setimpal," katanya.

Beliau berkata jenazah ibu mertuanya dibedah siasat di Hospital Machang selepas pengecaman mayat dibuat oleh anggota keluarga.

Jenazah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Raja pada kira-kira 11 pagi ini. - Bernama

Raja samun, pecah rumah mati ditembak

Raja samun, pecah rumah mati ditembak
Abdul Rahim (tengah) menunjukkan pistol yang digunakan suspek.
 Gambar kecil: Mat Ruji.

SINAR HARIAN
26 Disember 2013
SEPANG - Ketua Geng Rantau Mahkota dikenali sebagai Mat Ruji mati ditembak polis  dalam  insiden berbalas tembak di Jalan Dagang Mas 1. Taman Mas, Sepang, kelmarin.
Kejadian jam 9 malam itu, berlaku selepas suspek yang dikehendaki polis bertindak melepaskan tembakan ke arah anggota polis yang terserempak dengannya di kawasan semak berhampiran bahu jalan.

Difahamkan anggota polis dari Cawangan Jenayah Berat (D9) berkenaan sebelum itu baharu saja melakukan pemeriksaan ke atas kereta Nissan Grand Livina bewarna putih kepunyaan suspek yang ditinggalkan.

Timbalan Ketua Polis Selangor, Datuk Abdul Rahim Jaafar berkata, polis kemudiannya merampas sepucuk pistol automatik jenis VZOR berserta tiga butir peluru saiz 7.65 mm kepunyaan suspek.

"Kereta suspek juga didapati menggunakan nombor pendaftaran palsu dan pernah dilaporkan hilang beberapa bulan lalu. Polis turut menjumpai satu pemotong besi dan kuku kambing yang disembunyikan dalam bonet," katanya kepada pemberita, semalam.

Abdul Rahim berkata, kesan cap jari suspek juga pernah dikesan di enam lokasi  kejadian samun termasuk di Georgetown dan Telok Panglima Garang, Banting. Dia juga pernah dikenakan tindakan dibuang daerah selama dua tahun.

“Suspek berusia 43 tahun merupakan antara individu dikehendaki berikutan rekodnya yang terlibat dengan 19 kes samun pecah rumah antara tahun 2005 hingga 2007.

“Polis kini sedang memburu saki baki anggota geng ini terdiri dari empat hingga enam orang yang dipercayai masih berada di Selangor,” katanya.

Katanya lagi, dengan terbunuhnya suspek, polis berjaya menyelesaikan beberapa kes samun dan pecah rumah di Selangor.

Pendawai elektrik maut terjatuh bangunan


26 Disember 2013

GEORGETOWN - Seorang pendawai elektrik maut dipercayai terjatuh dari tingkat empat pangsapuri Kristal Height di Jalan Delima di sini hari ini.

Timbalan Ketua Polis Daerah Timur Laut Supt Ismail Idris berkata mayat Lim Swee Chye, 42, ditemui orang awam di halaman pangsapuri berkenaan dalam keadaan kepalanya berlumuran darah pada pukul 8 pagi tadi.

"Lelaki yang masih bujang itu mempunyai rekod perubatan sakit jiwa di Jalan Perak di sini dan tinggal berdua bersama ibunya di flat berkenaan," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata kali terakhir mangsa berbual dengan ibunya ialah pada pukul 4 pagi tadi. - Bernama

Penjenayah gagal larikan wang ATM

Gagal larikan wang ATM
Cubaan samun mesin ATM di sebuah stesen minyak di USJ 21 gagal
sebaik sekumpulan penjenayah melihat kehadiran polis peronda.Gambar kecil: Yahaya

SINAR HARIAN
26 Disember 2013
 SUBANG JAYA – Sekumpulan penjenayah berputih mata selepas gagal menyamun dan melarikan wang tunai di mesin juruwang automatik (ATM) di sebuah stesen minyak di USJ21, dekat sini awal pagi semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 3.15 pagi itu, penjenayah terbabit hanya sempat mengikat pengawal keselamatan yang bertugas sebelum kelam kabut melarikan diri apabila terlihat kehadiran kereta peronda polis (MPV).

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Yahaya Ramli berkata, siasatan awal mendapati empat suspek yang menutup muka dengan topeng ski menghampiri mangsa selepas meletakkan dua motosikal dinaiki berhampiran pam gas NGV.

Suspek dipercayai warga Indonesia bersenjatakan sebatang besi mengheret dan menarik mangsa berusia 33 tahun di tepi kedai serbaneka stesen minyak itu.

Mangsa kemudian dipukul berkali-kali di bahagian muka dan perut, tangannya diikat menggunakan tali kabel.

Ketika sibuk ‘mengerjakan’ mangsa, sebuah kereta peronda polis tiba di lokasi untuk membuat pemantauan berkala menyebabkan  kesemua suspek melarikan diri.

Dalam keadaan kelam kabut, suspek meninggalkan sebuah motosikal jenis Kawasaki di stesen minyak itu.

Pemeriksaan mendapati ia didaftarkan atas nama seorang lelaki beralamat di Puchong dan tidak pernah dilaporkan hilang.

Pengawal keselamatan berkenaan didapati cedera di bahagian muka dan turut mengadu sakit perut dibawa ke hospital untuk rawatan.

Hasil siasatan, Yahaya berkata, tiada sebarang kesan pecah masuk pada kedai serbaneka dan kedudukan mesin ATM masih seperti asal.

“Suspek mungkin tidak sempat memecah masuk kedai yang terdapat dalam stesen minyak kerana melihat kehadiran polis,” katanya.

 Beliau berkata, polis menemui satu tabung gas gas ‘oxygen wilco’, kuku kambing, tali kabel, plat kenderaan, pita pelekat berwarna hitam, penyembur dan beg biru berisi peralatan dipercayai digunakan untuk memecah mesin ATM.

Kes disiasat di bawah Seksyen 393 Kanun Keseksaan.

Rempuhan lori disangka letupan

Rempuhan lori disangka letupan
Keadaan lori yang terbalik setelah terbabas dan merempuh
garaj rumah Rakiah sekeluarga.
26 Disember 2013

 MARANG - “Saya ingat bunyi letupan, tapi terkejut apabila dapati sebuah lori satu tan merempuh garaj rumah dan terbalik hingga merosakkan kereta suami serta sebuah kereta ahli keluarga kami,” kata Rakiah Jambol, 43.

Rempuhan lori disangka letupan
Kereta Nissan Sunny rosak teruk selepas dirempuh lori, manakala
sebuah lagi kereta Proton Wira mengalami kerosakan kecil.
Bagaimanapun, Rakiah bersama suami, Mohd Fakani Mohd Noor, 53, serta tiga anaknya terselamat apabila lori tersebut terbalik dalam garaj dan hanya merempuh dua kereta diletakkan berhampiran rumah mereka di Kampung Undang, di sini, pagi semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 1.50 pagi itu, lori dari arah Kedai Buluh, Kuala Terengganu tersebut dipercayai dipandu laju dan gagal dikawal apabila tiba di simpang tiga Kampung Undang berdekatan rumah mangsa sebelum terbalik.

Namun, dua pemuda, Muhammad Khadafi Lemoh, 18 dan Muhammad Fardi Samail, 18, yang menaiki lori tersebut hanya mengalami patah kaki serta patah tangan, manakala garaj dan sebuah kereta mangsa rosak teruk.

Rakiah berkata, ketika kejadian, dia bersama suami serta anak-anaknya sedang tidur dan hanya tersedar apabila dikejutkan dengan bunyi dentuman kuat, beberapa meter dari arah luar rumah mereka.

Menurutnya, dia bergegas keluar dari rumah untuk memeriksa bunyi tersebut dan tergamam apabila melihat sebuah lori sudah terbalik, manakala garaj pula musnah, sebelum pemandu dan penumpang keluar dari lori tersebut.

“Bagaimanapun, saya bersyukur kerana lori tersebut tidak merempuh rumah, namun berharap syarikat lori tersebut dapat membayar ganti rugi untuk membaiki semula garaj dan kerosakan kereta suami,” katanya.

Dalam pada itu, sepasukan anggota serta pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat Wakaf Tapai diketuai PB Khalid Salleh bergegas ke tempat kejadian selepas menerima laporan.

Pemandu dan penumpang lori tersebut kemudiannya dikejarkan ke Hospital Sultanah Nur Zahirah untuk rawatan lanjut.

Serangan berulang di selatan Thailand

Serangan berulang di selatan Thailand
Anggota keselamatan memeriksa lubang besar di Panarek.
26 Disember 2013
 PATTANI - THAILAND. Insiden letupan bom berulang lagi di selatan Thailand, semalam. Menurut polis, dalam serangan di Pattani, sebutir bom buatan sendiri meletup di Kampung Rawa, Panarek selepas bom itu ditanam di jalan raya Pattani-Narathiwat dengan kesan ledakan menyaksikan satu lubang besar terbentuk di laluan berkenaan.

"Serangan itu disasarkan ke atas lapan anggota renjer dengan dua kenderaan. Suspek dipercayai meledakkan bom menggunakan peralatan komunikasi, sebaik kenderaan anggota renjer melalui kawasan berkenaan.Empat anggota renjer terbabit cedera,” katanya dalam laporan Bangkok Post.

Di Yala, letupan sama berlaku di Kampung Tasab mengakibatkan dua anggota polis cedera parah dan empat lagi anggota polis cedera dalam kejadian berasingan di daerah Thanto.

Sementara itu, di Bangkok, kerajaan sementara Thailand melanjutkan undang-undang keselamatan khas di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri selama dua bulan.

Tindakan itu dilakukan bagi  menghadapi pembangkang yang ingin menghalang Perdana Menteri Yingluck Shinawatra dari bertanding pilihan raya umum 2 Februari ini.

Undang-undang khas itu diperluaskan ke seluruh Bangkok selepas 300 individu diburu susulan tindakan mereka menceroboh pekarangan pejabat kerajaan  ketika demonstrasi mega awal bulan ini.

19 individu termasuk 16 GRO warga Vietnam ditahan dalam Ops Cantas di Klang


2013/12/25
Shah Alam: Seramai 19 individu termasuk 16 wanita warga Vietnam yang bekerja sebagai pelayan pelanggan (GRO), ditahan dalam dua serbuan Ops Cantas/Noda, di Klang, malam semalam.

Turut diselamatkan dalam serbuan yang dijalankan pegawai dan anggota Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor dengan dibantu Pasukan Cantas Khas Wanita itu adalah dua remaja perempuan warga Vietnam yang dipercayai terbabit dalam aktiviti pemerdagangan manusia dengan bekerja sebagai pelayan pelanggan.


Tiga lelaki yang ditahan ialah seorang pekerja bar warga Bangladesh dan dua lelaki tempatan yang menjadi penjaga premis hiburan yang diserbu.

Pegawai Turus Bahagian Kongsi Gelap, Perjudian dan Maksiat IPK Selangor, Deputi Superintendan Rohan Shah Ahmad, berkata dalam serbuan pertama di sebuah premis di Jalan Pekan Baru 36, Klang, kira-kira jam 11.30 malam kelmarin, seramai lapan individu iaitu seorang penjaga premis hiburan warga tempatan, enam GRO warga Vietnam dan seorang pekerja bar warga Bangladesh ditahan manakala seorang remaja warga Vietnam yang berusia 16 tahun, diselamatkan.

Katanya, lima pasport turut dirampas.

"Dalam serbuan kedua di sebuah premis di jalan yang sama, seramai 11 individu ditahan iaitu seorang penjaga premis warga tempatan dan 10 GRO Vietnam serta seorang remaja perempuan warga Vietnam yang berusia 17 tahun turut diselamatkan.

"Peralatan pusat hiburan, wang tunai RM 420 dan 11 passport turut dirampas," katanya.

Serbuan dan tangkapan dibuat mengikut Seksyen 55B, Seksyen 39(b), Seksyen 6(1) (c) Akta Imigresen dan Seksyen 14 Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Penyeludupan Migran (ATIP-SOM) 2007.

Lelaki maut ditetak parang di Ipoh


2013/12/25
IPOH: Seorang lelaki berusia 32 tahun maut ditetak dalam satu kejadian di tepi Pasar Aulong, Taiping, dekat sini, malam semalam.

Dalam kejadian pada jam 10.30 malam itu, M Rathakrisnan mati di tempat kejadian berikutan parah di leher.


Ketua Polis Daerah Taiping, Asisten Komisioner Yusof Mohd Diah, berkata mangsa didatangi seorang lelaki menaiki kereta PROTON Waja di tepi pasar berkenaan.

"Suspek bertindak keluar dari kenderaannya dan terus menyerang mangsa menggunakan parang.

"Polis sudah mengenal pasti suspek untuk tindakan selanjutnya," katanya ketika dihubungi, di sini, semalam.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Kes curi pasir selatan Perak: SPRM siasat unsur rasuah

Kes curi pasir selatan Perak: SPRM siasat unsur rasuahAnggota RELA memeriksa lori dalam operasi SPRM di Ipoh, baru-baru ini. - Foto Supian Ahmad

Buat siasatan menyeluruh kenal pasti penyelewengan

Ipoh: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) melakukan siasatan menyeluruh berhubung kes curi pasir di kawasan selatan Perak, khususnya di Chenderiang dan Temoh Stesen.

Sambil mengesahkan laporan BH mengenai kegiatan itu, Timbalan Pengarah (Operasi) SPRM Perak, Shaharom Nizam Abd Manap, berkata siasatan untuk mengenal pasti sama ada wujud unsur rasuah atau penyelewengan termasuk oleh pegawai kerajaan dan pihak yang diberikan permit melombong dan mengangkut pasir.

Setakat ini, SPRM menahan dua pemandu lori di Hentian Rehat dan Rawat (R&R) Hulu Bernam di Lebuh Raya Utara Selatan, baru-baru ini. Mereka disiasat mengikut Seksyen 48 Akta SPRM 2009 kerana mengganggu tugas pegawai SPRM.

“Kami masih menjalankan siasatan mengikut Seksyen 16 dan 17 akta sama iaitu berkaitan rasuah dan Seksyen 18 kerana memalsukan dokumen.


Siasatan menyeluruh

“Siasatan kita menyeluruh membabitkan semua pihak dan kita juga mengambil beberapa dokumen bagi tujuan siasatan lanjut. Selebihnya saya tidak mahu ulas kerana tidak mahu menjejaskan siasatan,” katanya, semalam.
Semalam, BH mendedahkan Perak menanggung kerugian RM10 juta setahun akibat kegiatan mencuri pasir yang menggunakan khidmat tonto bagi melindungi kegiatan itu.

Shahrom berkata, penduduk juga tidak berpuas hati dengan kegiatan itu kerana menjejaskan alam sekitar serta merosakkan jalan akibat dilalui kenderaan berat.
Sementara itu, sumber berkata, pengusaha dan pemandu lori pasir menanggalkan sebahagian tayar kenderaan berkenaan supaya tidak melanggar syarat permit yang hanya membenarkan lori bertayar 14 digunakan.

“Taktik ini berkaitan isu teknikal kerana hanya lori 14 tayar dan ke bawah dibenarkan untuk digunakan mengangkut pasir, tetapi perbuatan itu berbahaya kerana tayar boleh meletup,” kata sumber itu.

Sumber berkata, dalam kes di selatan Perak, kebanyakan kegiatan mencuri pasir menggunakan lori 22 atau 26 tayar yang mampu membawa sehingga 80 tan metrik pasir kerana lebih besar dan panjang, berbanding lori 14 tayar yang mampu membawa separuh muatan itu.

Tiga remaja ditahan lakukan khianat kepada kenderaan awam, peronda polis


2013/12/25
Kuantan: Polis menahan tiga remaja selepas mereka melakukan khianat ke atas kenderaan awam termasuk kereta peronda polis yang berada di Teluk Chempedak, malam semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 12 tengah malam itu, sekumpulan remaja dikatakan menyembur buih kepada kereta yang melalui kawasan berkenaan menyebabkan orang ramai menghubungi polis.


Timbalan Ketua Polis daerah, Superintendan Abdul Aziz Ahmad berkata, sebaik anggota polis tiba, mereka dapati tempat kejadian sesak di kiri dan kanan jalan serta dipenuhi oleh orang awam yang sedang berkumpul.

"Kumpulan remaja itu kemudian menyembur buih sabun dan melontar tin, batu dan botol air mineral ke arah kereta peronda di setiap sudut.

"Kedua-dua anggota seterusnya meminta bantuan dari bilik gerakan IPD Kuantan," katanya.

Beliau berkata, susulan itu tiga remaja berusia 16 hingga 23 tahun ditahan bagi membantu siasatan.

"Semua suspek tiada rekod jenayah dan direman bermula hari ini hingga Sabtu ini," katanya.
Katanya, akibat kejadian kereta peronda mengalami kerosakan di beberapa bahagian.

"Kereta kemek di bahagian belakang kiri dan kanan akibat disepak, lampu belakang sebelah kiri retak, cermin depan retak dan berlekuk di bonet depan akibat dibaling objek keras.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 186/427 Kanun Keseksaan," katanya.

Polis tembak mati ketua kumpulan pecah rumah di Puchong


2013/12/25
Sepang: Polis menembak mati seorang lelaki warga asing dari Indonesia, dipercayai ketua kumpulan "Geng Rantau Mahkota" di Taman Mas Sepang, Puchong, kira-kira jam 9 malam semalam.

Timbalan Ketua Polis Selangor, Datuk Abdul Rahim Jaffar, berkata suspek, Matruji @ Mat Ting War, 43, dari Sampang, Indonesia, terbunuh dalam kejadian tembak menembak selepas cuba melarikan diri daripada sepasukan polis yang sedang melakukan rondaan Ops Cantas di Jalan Dagangan Mas 1, Taman Mas Sepang.


Rahim berkata, ketika melakukan rondaan sebelum itu, pasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor menjumpai sebuah kereta jenama Nissan Grand Livina berwarna putih dalam keadaan mencurigakan.

"Polis kemudian menghampiri kereta berkenaan dan tiba-tiba keluar seorang lelaki yang kemudian terus melarikan diri ke dalam semak berhampiran.

"Ketika membuat susulan, polis dihujani tembakan dari dalam semak berkenaan dan terpaksa melakukan tembakan balas untuk mempertahankan diri.

"Selepas beberapa minit, polis menjumpai mayat seorang lelaki, dipercayai lelaki yang melarikan diri dari semak tadi," katanya ketika sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sepang di sini, semalam.

Rahim berkata, hasil pemeriksaan terhadap mayat suspek, polis menemui sepucuk pistol separa automatik bersama tiga butir peluru dan turut menjumpai satu pemotong besi serta satu kuku kambing dalam bonet kereta suspek, selain mendapati kenderaan berkenaan menggunakan nombor pendaftaran palsu.
Katanya, hasil pemeriksaan, polis mendapati suspek mempunyai rekod jenayah lampau dan cap jarinya ditemui ditemui di enam lokasi kejadian pecah rumah dan samun di Selangor, Negeri Sembilan dan Pulau Pinang.

"Suspek dipercayai terbabit dalam 27 kes samun dan pecah rumah di seluruh Malaysia sejak 2005 dan ia dilakukan dalam kumpulan dianggotai empat hingga enam ahli.

"Kita percaya, dengan kematian suspek dapat menyelesaikan banyak kes yang dilakukan kumpulan warga Indonesia dan kita juga sudah mengenal pasti anggota kumpulan yang lain," katanya.

Bayi ditemui mati, pelajar kolej ditahan


2013/12/25
Melaka Tengah: Mayat seorang bayi lelaki yang cukup sifat ditemui di luar sebuah rumah di Batang Tiga dekat sini, awal pagi semalam.

Mayat bayi berusia sembilan bulan itu ditemui anggota polis berhampiran tandas rumah terbabit kira-kira jam 1 pagi tadi susulan soal siasat ke atas seorang pelajar wanita sebuah kolej universiti di Masjid Tanah di sini.


Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner Raja Shahrom Raja Abdullah, berkata dalam kejadian kira-kira jam 8 malam itu, pelajar berusia 18 tahun berkenaan berada di dalam tandas rumah ibu saudaranya.

"Siasatan awal mendapati, pelajar ini masuk ke dalam tandas rumah itu selama hampir sejam, sebelum perbuatannya dicurigai oleh ibu saudara beliau yang berusia 60 tahun.

"Ibu saudaranya kemudian masuk ke dalam tandas itu lalu menemui banyak kesan darah dan suspek memaklumkan dia menghidap penyakit buasir, sebelum dibawa ke Hospital Melaka untuk rawatan lanjut kira-kira jam 9 malam," katanya ketika dihubungi, semalam.

Beliau berkata, pemeriksaan doktor mendapati pelajar itu baru saja melahirkan bayi, sebelum pihak polis bergegas ke rumah ibu saudaranya untuk mencari mayat bayi terbabit.

"Mayat bayi yang masih bertali pusat ini ditemui di luar rumah berhampiran tandas dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian, sebelum dihantar ke Hospital Melaka untuk bedah siasat.
"Polis percaya ketika melahirkan bayi itu, suspek bertindak membuang anaknya melalui ruang udara di bahagian bumbung tandas," katanya.

Beliau berkata, pelajar itu kini sedang menerima rawatan di Hospital Melaka dan polis akan menahannya sejurus keluar daripada hospital itu.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh," katanya.

APMM tahan 41 warga asing ceroboh perairan negara


2013/12/25
LUMUT: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) menahan 41 warga asing termasuk dua wanita yang menceroboh masuk ke perairan Hutan Melintang, dekat sini, awal pagi semalam.

Tangkapan itu dibuat pada jam 3.15 pagi selepas kapal peronda APMM menahan sebuah bot ikan dipenuhi warga asing berkenaan kira-kira sembilan batu nautika dari Sabak Bernam.


Ketua Penguatkuasa Maritim Wilayah 3 Lumut, Kapten (Maritim) Abdul Razak Johan, berkata pasukan peronda mendapati bot itu dipandu laju dalam keadaan mencurigakan.

"Kapal kami terpaksa mengambil masa kira-kira 10 minit untuk mengejar bot terbabit sebelum berjaya memintasnya.

"Hasil pemeriksaan mendapati 41 warga asing itu bersembunyi dalam bot berkenaan dan mereka dalam perjalanan dari Tanjung Balai, Medan, Indonesia untuk memasuki negara ini," katanya pada sidang media, di sini, semalam.

Katanya, PATI yang ditahan terdiri daripada 14 rakyat Indonesia termasuk dua wanita berusia 19 hingga 44 tahun dan 27 orang warga Bangladesh berusia 20 hingga 38 tahun.

"Kita juga berjaya memberkas seorang lelaki warganegara Malaysia berusia 38 tahun turut berada di atas bot berkenaan yang dipercayai dalang utama sindiket menyeludup masuk warga asing itu," katanya.
Beliau berkata, kesemua mereka direman selama 14 hari dan disiasat mengikut Seksyen 265, Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Penyeludupan Migran 2007 dan Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959. 

Pegawai kanan polis dipanggil berhubung kes penggubahan wang haram RM6j

Pegawai kanan polis dipanggil berhubung kes penggubahan wang haram RM6jKuala Lumpur: Seorang pegawai kanan polis dipanggil semalam untuk memberi keterangan bagi membantu siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap tiga pegawai polis berkiatan kegiatan penggubahan wang haram RM6 juta.

Sumber memberitahu, keterangan dari pegawai berpangkat Asisten Komisioner dari Ibu Pejabat Polis Kontijen Kuala Lumpur itu sebagai prosedur biasa siasatan.

Katanya, ia perlu bagi mengesahkan jawatan dan peranan pegawai yang disiasat SPRM.

Akhbar BH pada November lalu melaporkan tiga pegawai terbabit masing-masing berpangkat Deputi Superintendan, Assistan Superintendan dan Sarjan ditahan berasingan dan ketika ditahan SPRM turut menemui  wang tunai lebih setengah juta, tiga unit jam tangan berjenama Rolex dan turut ditemui adalah sejumlah barang-barang kemas.

Hasil siasatan awal Suruhanjaya ini mendapati kegiatan penggubahan wang haram ini melibatkan nilai jutaan ringgit.

Dua daripada pegawai yang ditahan tersebut kini bertugas di Johor manakala seorang di Seremban, Negeri Sembilan.

Salah seorang pegawai terbabit disyaki terlibat dalam penggubahan wang haram membabitkan jumlah RM1.7 juta manakala seorang lagi dianggarkan melakukan kesalahan yang sama membabitkan wang haram bernilai RM4.3 juta.

Kes ini disiasat di bawah Seksyen 4(1) Akta Pencegahan Penggubahan Wang Haram dan Pembiayaan Keganasan (Akta 613) (AMLATFA) dan Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.

Pemandu parah, 5 penumpang cedera bas ekspres rempuh lori


2013/12/26
Batu Pahat: Pemandu bas cedera parah, manakala lima penumpang cedera apabila bas ekspres dinaiki mereka merempuh bahagian belakang lori yang sedang bergerak di Kilometer 109.5 Lebuhraya Utara-Selatan, jam 5.20 pagi tadi.

Berikutan kemalangan itu, bas ekspres dan lori berkenaan terhumban ke bahagian kiri lebuhraya itu menyebabkan pemandu bas berkenan tersepit di bahagian tempat duduk pemandu.


Pemandu dan kesemua penumpang bas yang cedera sudah dikejarkan ke Hospital Sultanah Nora Batu Pahat untuk mendapatkan rawatan lanjut.

Isteri pasrah suami dikhuatiri lemas masih tidak ditemui


2013/12/25
Dungun: Pasrah selepas suaminya yang dikhuatiri lemas masih belum ditemui, Amizah Mohd Zain, 25, redha dengan ketentuan Illahi.
 
"Ya Allah kau campakan segera mayat suamiku ke darat, aku redha dan sedia menerima pemberian mu,” doanya selepas pasukan mencari dan menyelamat gagal mengesan suaminya, Ghafar Manaf, 32, yang lemas ketika mandi di Pantai Sura Hujung, semalam.


   Dalam kejadian, kira-kira jam 6.20 petang, kelmarin, mangsa yang berasal dari Semporna, Sabah dikatakan dipukul ombak sebelum ditarik ke laut.  

Gerakan mencari dan menyelamat membabitkan  41 anggota polis, Bomba dan Jabatan Pertahanan Awam (JPAM) masih belum menemuinya.
 
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Pemangku Superintendan Ahmad Zailani Yaacub berkata, keadaan laut yang bergelora menyebabkan pasukan mencari dan menyelamat mengambil langkah dengan kaedah pemantauan di sepanjang pantai.
 
Katanya, keadaan ombak besar dengan laut bergelora itu turut berbahaya untuk penggunaan bot termasuk aktiviti selaman bagi mengesan mangsa.
 
"Keadaan ombak setinggi dua meter menyebabkan usaha mengesan mangsa dengan menggunakan bot amat berbahaya kepada pasukan menyelamat," katanya.

Kegembiraan lima beradik mandi-manda bertukar tragedi


2013/12/25


DUNGUN : Kegembiraan lima beradik termasuk seorang sepupu mandi di kawasan air terjun Tasek Puteri, Bukit Besi, dekat sini, bertukar tragedi selepas seorang daripada mereka lemas, petang kelmarin.

Bagaimanapun mangsa Nur Sumayyah Mukhtar, 13, Pelajar Sekolah Menengah Agama Sultan Ismail, di sini, gagal diselamatkan dan disahkan meninggal di Hospital Dungun, kira-kira jam 9.20 malam.


Sebelum kejadian, mangsa mandi bersama adik-beradiknya Nurhidayah, 24; Nur Aisyah, 16; Nur Nasisah, 10, dan sepupunya, Hanis Syazira Anum Suhaimi, 14, mandi, di situ, kira-kira jam 5 petang.

Ketika sedang mandi, mangsa bersama kakaknya Nur Aisyah dikatakan lemas dan tengelam timbul di tasik terbabit sebelum kakaknya Nurhidayah mengharungi tasik itu dan berjaya menarik Nur Aisyah sebelum dibawa ke tebing sungai.

Kakaknya itu yang mendapati mangsa tenggelam ke dasar tasik terbabit sekali lagi bertindak mengharungi tasik dan berusaha mencari mangsa termasuk menggunakan kaki untuk menyentuh mangsa berikutan air tasik yang keruh.

Bagaimanapun usahanya itu berjaya dan mangsa berjaya ditarik oleh kakaknya itu sebelum membawa mangsa naik ke daratan.

Beberapa pengunjung yang terdengar jeritan meminta tolong daripada kakak mangsa bergegas ke tempat kejadian sebelum bergegas ke Klinik Kesihatan Bukit Besi.
Mangsa yang kelihatan lemah kemudiannya dikejarkan ke Hospital untuk untuk menerima rawatan lanjut dan mangsa bagaimanapun disahkan meninggal kira-kira jam 9.20 malam.

Sementara itu, Nurhidayah berkata, dia membawa adik-adiknya itu berkunjung ke tasik terbabit bertujuan untuk memberi keseronokan adiknya beriadah di tasik itu.

Katanya, mereka mandi di kawasan yang cetek dan tidak menyangka keseronokan itu membawa kepada kejadian yang cukup menyedihkan.

"Saya sama sekali tidak menyangka hasrat saya untuk menggembirakan adik-adik bertukar dengan kejadian sedih yang membuatkan saya sukar melupakan kejadian malang terbabit," katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Pemangku Superintandan Ahmad Zailani Yaacub ketika dihubungi mengesahkan pihak hospital memaklumkan kejadian itu kepada pihak polis.

Katanya, jenazah mangsa dibawa ke Bilik Forensik Hospital Dungun untuk siasatan lanjut dan setakat ini polis masih belum menerima laporan daripada keluarga mangsa.

Penyeludup susu tepung dipenjara


2013/12/25
Hong Kong: Mahkamah menghukum penjara seorang wanita kerana menyeludup susu formula bayi, kali pertama pesalah dikenakan hukuman itu selepas pihak berkuasa mengharamkan kegiatan mengeksport susu tepung tanpa lesen.

Wanita berusia 37 tahun itu yang kerakyataannya tidak didedahkan, dihukum penjara lima minggu.


Dia didapati membawa empat kotak susu tepung seberat 3.2 kilogram di lintasan sempadan di antara Hong Kong dan Shenzhen, Ahad lalu.

Hong Kong melarang penduduknya membawa lebih 1.8 kilogram susu formula keluar dari bandar ini.

Ia dikuatkuasakan Mac lalu selepas penduduk Tanah Besar China membeli susu tepung kerana tidak mempercayai jenama susu domestik berikutan skandal susu tepung dicemari melamin pada 2008.

Pencemaran itu mengorbankan enam kanak-kanak dan menyebabkan 300,000 lagi jatuh sakit.

Kebimbangan mereka beberapa tahun lalu mencetuskan permintaan hingga susu tepung kehabisan di seluruh dunia.

Mengaku bersalah

Larangan itu mencetuskan kontroversi bandar ini meskipun ia menyasarkan peniaga yang menjual susu tepung untuk mendapat untung di China.

“Ia adalah kes pertama membabitkan hukuman penjara serta merta,” kata jurucakap kerajaan, semalam.

Wanita itu mengaku bersalah mengeksport susu tepung formula secara haram untuk bayi dan kanak-kanak dari Hong Kong,” menurut kenyataan kerajaan lewat kelmarin.

“Dia dijatuhi hukuman penjara segera 35 hari,” katanya.

Dia pernah disabitkan tiga kali sebelum ini atas kesalahan sama dan dihukum penjara tertangguh 21 hari pada November lalu.

Kerajaan berkata pesalah mungkin didenda HK$500,000 (RM212,370.76) dan dua tahun penjara.

Walaupun bandar ini dikembalikan kepada pemerintah China pada 1997, ia masih diberi status autonomi dengan undang-undang, dan peraturan kastam sendiri serta mempromosi diri sebagai pelabuhan bebas. - AFP

Cubaan gadis sembunyi kelahiran bayi gagal


MELAKA 25 Dis. - Helah seorang gadis cuba menyembunyikan kelahiran seorang bayi lelaki di sebuah rumah di Batang Tiga, Tanjung Keling di sini semalam tidak berjaya apabila dia disahkan baharu melahirkan bayi semasa diperiksa doktor.
Bayi malang itu bagaimanapun didapati telah meninggal dunia setelah ditemui polis dibuang berhampiran tandas rumah berkenaan kira-kira pada pukul 1 pagi tadi.
Dalam kejadian pada pukul 8 malam tersebut, gadis berumur 18 tahun yang juga penuntut di sebuah institut pengajian tinggi (IPT) di Alor Gajah itu pada awalnya memberitahu ibu saudaranya dia mengalami buasir setelah berkurung selama lebih satu jam dalam tandas berkenaan.
Ibu saudaranya berumur 60 tahun yang bimbang apabila melihat banyak darah di dalam tandas segera membawa gadis berkenaan ke hospital untuk pemeriksaan dan doktor mengesahkan gadis itu baharu melahirkan bayi.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner Raja Shahrom Raja Abdullah berkata, polis yang menerima maklumat mengenai kejadian terus ke rumah ibu saudara gadis tersebut kira-kira pada pukul 1 pagi untuk mencari bayi berkenaan selepas soal siasat dijalankan.
"Hasil pemeriksaan di sekitar kawasan rumah itu berjaya membawa kepada penemuan bayi lelaki cukup sifat dan masih bertali pusat yang telah meninggal dunia di bahagian luar rumah berhampiran tandas.
"'Siasatan awal polis mendapati, gadis itu mungkin membuang bayi berkenaan melalui ruang antara dinding dan bumbung tandas tersebut," ujarnya ketika dihubungi.
Tambah beliau, mayat bayi itu kemudian dihantar ke Hospital Melaka untuk bedah siasat sementara gadis itu masih dirawat.
"Polis akan menahan gadis ini selepas dia dibenarkan keluar wad. Setakat ini, polis membuka siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh," katanya.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20131226/je_03/Cubaan-gadis-sembunyi-kelahiran-bayi-gagal#ixzz2oXHIHIHl
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Ketua kumpulan samun warga asing ditembak mati


Abdul Rahim Jaffar (tengah) menunjukkan pistol automatik milik Mat Ruji dan gambar wajah penjenayah itu dalam sidang akhbar di Sepang, semalam.
SEPANG 25 Dis. - Polis menembak mati seorang suspek warga Indonesia dipercayai ketua kumpulan Rantau Mahkota yang aktif dengan kegiatan pecah rumah dan samun dalam satu kejadian tembak-menembak di Taman Mas Sepang, Puchong pada pukul 9 malam tadi.
Timbalan Ketua Polis Selangor, Datuk Abdul Rahim Jaffar berkata, insiden berbalas tembak itu berlaku apabila pasukan Ibu Pejabat Kontinjen Polis Selangor yang sedang melakukan rondaan Ops Cantas tersempak dengan sebuah kereta Nissan Grand Livina berwarna putih dalam keadaan mencurigakan.
Beliau berkata, pihak polis kemudiannya menghampiri kenderaan tersebut dan mendapati seorang lelaki melarikan diri ke dalam semak berhampiran serta melepaskan tembakan ke arah polis ketika usaha untuk menjejaki suspek dilakukan.
"Polis kemudian melakukan tembakan balas dan selepas beberapa minit dalam kejadian tembak menembak itu, polis melakukan pemeriksaan di kawasan semak dan menemui mayat seorang lelaki dipercayai individu yang melarikan diri daripada kereta itu.
"Pemeriksaan ke atas mayat mendapati suspek dikenali sebagai Mat Ruji@Mat Ting War, 43, selain menemui sepucuk pistol automatik jenis Vzor CAL 7.65 tertera tulisan Made in Czechoslovakia beserta tiga butir peluru 7.65 milimeter," katanya dalam satu sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sepang di sini hari ini.
Abdul Rahim berkata, suspek berasal dari Sampang didapati aktif melakukan jenayah samun secara berkumpulan dalam lingkungan empat hingga enam orang sejak 2005 di Pulau Pinang, Selangor dan Negeri Sembilan.
"Ini berikutan cap cari suspek sebelum ini pernah dikesan membabitkan 27 kejadian samun dan pecah rumah sejak tempoh tersebut serta merupakan antara geng penjenayah warga asing paling dikehendaki.
"Rekod jenayah lampau suspek juga menunjukkan suspek pernah ditahan daripada tahun 2009 hingga 2011 kerana kes kesalahan sama," katanya.
Sementara itu, beliau berkata, kenderaan digunakan suspek menggunakan nombor pendaftaran palsu, WTB 9983 kerana nombor pendaftaran asal adalah MBX 8185 yang dilaporkan hilang pada 2 Mei lalu.
"Apabila diperiksa polis menjumpai pemotong besi dan kuku kambing dalam bonet kereta tersebut," katanya.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20131226/je_01/Ketua-kumpulan-samun-warga-asing-ditembak-mati#ixzz2oXH4OJnc
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Dua maut nahas dua lori

Gopeng : Dua lelaki maut dalam kemalangan membabitkan dua lori di kilometer 300.4 Lebuhraya Utara Selatan arah Utara di sini pagi tadi.
Dalam kejadian kira-kira jam 9.30 pagi sebuah lori dipercayai merempuh bahagian belakang lori tangki di hadapannya menyebabkan mangsa tersepit. 
Jurucakap balai bomba dan penyelamat Gopeng berkata, pihaknya terpaksa menggunakan peralatan keselamatan untuk mengeluarkan mangsa yang tersepit.

"Mangsa yang dikeluarkan diserahkan kepada pasukan perubatan dan polis untuk tindakan lanjut,"katanya.
Foto
Artikel ini disiarkan pada : 2013/12/25

Budak tiga tahun ditinggalkan keluarga


GEORGETOWN: Seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun ditemui dihadapan pintu Tapak Pesta Pulau Pinang dipercayai ditinggalkan keluarganya awal pagi tadi.

Kanak-kanak itu ditemui kira-kira jam 2.30 pagi oleh pekerja tapak pesta berkenaan dan menghantarnya ke Balai Polis Sungai Nibong.


Timbalan Ketua Polis Daerah Timur Laut Superintendan Ismail Idris berkata, kanak-kanak itu dikenali sebagai Jihan dan dia dipercayai ditinggalkan keluarganya di situ tanpa sebarang dokumen pengenalan diri.

Beliau berkata, polis sedang berusaha mengesan ibu bapa kanak-kanak terbabit.


"Sehingga kini tiada individu atau ahli keluarga kanak-kanak itu hadir ke Balai Polis Sungai Nibong untuk mengambilnya dan kanak-kanak itu akan diserahkan kepada Unit Siasatan Jenayah Seksual (D11), Ibu Pejabat Polis Kontinjen Negeri untuk tindakan lanjut," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/12/25

Polis ambil keterangan bapa bayi maut terjatuh


KUANTAN: Polis masih lagi menjalankan siasatan berhubung kejadian seorang bayi berusia tujuh bulan yang maut selepas terjatuh dari tingkat empat apabila terlepas dari dukungan bapanya di perumahan polis Bukit Pelindung di sini, petang semalam.

Timbalan Ketua Polis Daerah Superintendan Abdul Aziz Ahnad berkata, pihaknya sudah mengambil keterangan daripada bapa mangsa dan beberapa saksi yang berada di tempat kejadian.


"Kita mengambil kira semua aspek termasuk keadaan tangga yang menjadi lokasi kejadian dikatakan agak curam dan tidak selamat digunakan.

"Berdasarkan siasatan awal sebelum kejadian bapa mangsa sedang menuruni tangga kuarters berkenaan untuk membuang sampah sambil mendukung mangsa manakala sebelah tangannya memegang plastik sampah," katanya.


Dalam kejadian kira-kira jam 6.30 petang itu, bayi malang terbabit, Muhammad Danial Mikhail Mohd Abdul Hadi dikatakan melonjakkan badan dan terlepas dari dukungan bapanya sebelum terjatuh.


Mangsa mengalami kecederaan parah dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) Kuantan bagaimanapun dia disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan.

Mangsa difahamkan cucu kepada salah seorang anggota polis yang menetap di kuarters itu.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/12/25

Mayat nelayan Vietnam ditemui terapung


Oleh Muhamaad Razis Ismail
Pasir Puteh: Mayat seorang nelayan warga Vietnam ditemui terapung di sungai berhampiran Pengkalan Pak Dor Mat, Tok Bali, Cherang Ruku di sini, pagi tadi. Mayat Nguyen Van Ti, 27, yang dipercayai terjatuh ke dalam laut akibat mabuk ditemui seorang nelayan jam 7.47 pagi.

Mayat mangsa dikenalpasti oleh rakan senegaranya sebelum dihantar ke Hospital Tengku Anis, di sini untuk bedah siasat.  


Ketua Polis Daerah, Deputi Superintendan Mohd Kamal Zainal berkata, nelayan yang menemui mayat itu dalam perjalanan untuk menangkap ikan di laut.  

Katanya, apabila tiba di lokasi kejadian, dia ternampak mayat lelaki dihanyutkan air laut.


"Nelayan itu menarik mayat ke tepi jeti sebelum menghubungi polis dan dihantar ke hospital untuk bedah siasat ," katanya.


Menurutnya, maklumat awal diterima, kali terakhir mangsa dilihat berada di atas bot pada malam 23 Disember lalu dan mangsa dipercayai terjatuh ke dalam laut akibat mabuk.  

"Bedah siasat yang dijalankan mengesahkan punca kematian mangsa adalah lemas kerana terdapat air dalam paru-parunya.

"Tiada sebarang pelakuan jenayah dalam kes ini,"katanya.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/12/25

41 warga asing tanpa izin ditahan cuba masuk ke Malaysia


LUMUT: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) menahan 41 warga asing termasuk dua wanita yang menceroboh masuk ke perairan Hutan Melintang, dekat sini, kira-kira 3.15 pagi semalam.

Tangkapan itu dibuat selepas kapal peronda APMM menahan sebuah bot ikan dipenuhi warga asing berkenaan kira-kira sembilan batu nautika dari Sabak Bernam.


Ketua Penguatkuasa Maritim Wilayah 3 Lumut, Kapten (Maritim) Abdul Razak Johan, berkata pasukan peronda mendapati bot itu dipandu laju dalam keadaan mencurigakan.

"Kapal kami terpaksa mengambil kira-kira 10 minit untuk mengejar bot terbabit sebelum berjaya memintasnya.


"Hasil pemeriksaan mendapati 41 warga asing itu bersembunyi dalam bot berkenaan dan mereka dalam perjalanan dari Tanjung Balai, Medan, Indonesia untuk memasuki negara ini," katanya.


Katanya, PATI yang ditahan terdiri daripada 14 rakyat Indonesia termasuk dua wanita berusia 19 hingga 44 tahun dan 27 orang warga Bangladesh berusia 20 hingga 38 tahun.

"Kita juga memberkas seorang lelaki rakyat Malaysia berusia 38 tahun turut berada di atas bot berkenaan yang dipercayai dalang utama sindiket menyeludup masuk warga asing itu," katanya.

Beliau berkata, kesemua mereka direman selama 14 hari dan disiasat mengikut Seksyen 265, Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Penyeludupan Migran 2007 dan Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/12/26

Rempuh kedai kerana tak perasan simpang


Oleh Khairul Hamizy Ramlee
MARANG: "Dentuman kuat bukan saja mengejutkan kami sekeluarga tetapi menyebabkan kami tergamam apabila melihat keadaan lori yang terbalik di dalam kedai," kata Rakiah Jambul, 43, yang kerugian lebih RM10,000 selepas kedai makannya dan kereta milik suami rosak akibat dirempuh lori satu tan di Kampung Undang, di sini, awal pagi semalam.

Dalam kejadian kira-kira 1.45 pagi itu, sebuah lori yang membawa muatan besi buruk dari arah Kampung Kedai Buluh, di sini, dipercayai hilang kawalan ketika melalui simpang tiga di depan rumahnya.


Rakiah berkata, kejadian dipercayai berlaku apabila pemandu lori terbabit tidak perasan simpang yang ada di jalan itu sebelum terbabas selepas mengelak sebuah tiang lampu yang ada di simpang jalan.

"Kejadian itu menyebabkan lori dinaiki dua lelaki berusia lingkungan 30-an itu tercampak dan terbalik di atas kereta Nissan milik suami yang diletakkan di kedai makan saya.


"Akibat kejadian itu, pemandu dan kelindan lori terbabit cedera parah di kepala dan patah kaki selepas tersepit di dalam lori yang remuk," katanya.


Rakiah berkata, ketika kejadian, dia bersama ahli keluarganya sedang tidur sebelum dikejutkan dengan dentuman kuat dari arah luar rumah.

Katanya, pada mulanya dia menyangka kemalangan itu berlaku di depan rumahnya memandangkan sebelum ini kemalangan kerap berlaku di simpang berkenaan.

"Sebaik membuka tingkap, saya terkejut apabila melihat kedai makan dirempuh lori.

"Kedua-dua mangsa kemudian dikeluarkan oleh anggota Bomba dan Penyelamat yang tiba tidak lama sebelum mereka dihantar ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), Kuala Terengganu untuk rawatan lanjut," katanya.

Menurut Rakiah, dia terkilan kerana hasratnya untuk memulakan perniagaannya awal tahun depan terbantut kerana kejadian itu memusnahkan separuh kedainya.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/12/26

Kereta rosak angkara lelaki mabuk



BIADAB. Orang ramai termasuk kanak-kanak menyembur buih sabun ke atas kenderaan peronda polis di Pantai Teluk Cempedak, Kuantan, Pahang semalam.


KUANTAN - Tiga pengunjung Pantai Teluk Cempedak di sini ditahan selepas bertindak biadab merosakkan beberapa buah kenderaan termasuk kereta peronda polis dengan menyembur buih sabun dan membaling botol minuman dalam kejadian pada pukul 12.04 tengah malam semalam.
Timbalan Ketua Polis Daerah Kuantan, Superintendan Abdul Aziz Ahmad berkata, siasatan awal mendapati tiga lelaki termasuk seorang pelajar tingkatan empat berusia antara 16 hingga 23 tahun itu berkelakuan sedemikian kerana mabuk.
Katanya, selain menyembur buih dan membaling botol minuman, mereka juga membaling tin minuman ke arah kenderaan.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=1226&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_07.htm#ixzz2oWjzZoTM 
Hakcipta terpelihara 

Britain banjir pada Hari Krismas

OMBAK besar melanda pantai Portstewart di Ireland Utara kelmarin.


LONDON - Beribu-ribu penduduk Britain mengalami banjir dan gangguan bekalan elektrik pada pagi Hari Krismas selepas hujan lebat dan angin kencang melanda negara itu .
Agensi alam sekitar Britain menyatakan semalam bahawa tiga amaran banjir besar dikeluarkan bersama 350 amaran dan nasihat cuaca lain di selatan dan tengah England.
Puluhan ribu orang dengan sebahagian besarnya di selatan England terpaksa bergelap menjelang malam sebelum Krismas dengan pasukan jurutera masih bekerja keras untuk memulihkan bekalan semalam.
Angin kencang selaju 145 kilometer sejam melanda Britain dan Perancis pada Isnin dan kelmarin manakala hujan lebat menyebabkan perkhidmatan feri, penerbangan dan tren terpaksa dibatalkan.
Bencana angin kencang dan hujan lebat itu menyebabkan lima orang terbunuh di Britain sejak tiga hari lalu.
Dalam perkembangan berkaitan, polis di Dorset, barat daya England telah memindahkan lebih 100 penduduk di dua lokasi berasingan kelmarin ekoran peningkatan paras air di sebuah sungai berdekatan. - Reuters


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=1226&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_02.htm#ixzz2oWj15Wjn 
Hakcipta terpelihara 

Aplikasi ibadah persenda Islam



SEORANG pengguna menunjukkan aplikasi al-Quran yang menambahkan ayat 'Bismillahirrahmanirahim' pada satu surah di Kuala Lumpur semalam.


KUALA LUMPUR - Cukup mengejutkan. Di sebalik keghairahan umat Islam di negara ini melayari pelbagai aplikasi berkaitan ibadah melalui telefon pintar masing-masing, mereka sebenarnya terdedah untuk memuat turun kandungan bahan yang boleh merosakkan agama itu sendiri.
Tinjauan wartawan Kosmo! mendapati pelbagai aplikasi seperti kitab suci al-Quran, hadis, khutbah Jumaat dan kata-kata hikmah yang dibangunkan oleh pihak-pihak tertentu dikhuatiri boleh menggugat akidah umat Islam kerana terdapat kesalahan-kesalahan yang sukar dikesan terutamanya oleh mereka yang cetek agama.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=1226&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_02.htm#ixzz2oWikK0eH 
Hakcipta terpelihara 

Cuba seludup PATI semasa Krismas



SEBAHAGIAN daripada 41 PATI yang ditahan Maritim Malaysia ketika cuba masuk ke negara ini di Lumut, Perak semalam.


LUMUT – Cubaan satu sindiket menyeludup pendatang asing tanpa izin (PATI) ke negara ini pada cuti umum Hari Krismas semalam berjaya dipatahkan Maritim Malaysia.
Dalam kejadian pada pukul 3.15 pagi kira-kira sembilan batu nautika dari perairan Hutan Melintang dekat sini itu, 41 PATI termasuk dua wanita ditahan di dalam sebuah bot menangkap ikan.
Ketua Penguat Kuasa Maritim Wilayah 3 Lumut, Kepten (Maritim) Abdul Razak Johan berkata, bot itu dikesan bot peronda, Petir 80 semasa menjalankan rondaan rutin di kawasan terbabit.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=1226&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_09.htm#ixzz2oWiET7qR 
Hakcipta terpelihara 

Upah GRO seksi warga Vietnam



SEBAHAGIAN GRO Vietnam yang diberkas selepas polis menyerbu dua buah pusat hiburan di Klang, Selangor kelmarin.


KLANG – Polis menahan 16 wanita seksi warga Vietnam yang bekerja sebagai pelayan pelanggan (GRO) dan menyelamatkan dua gadis bawah umur daripada menjadi mangsa pemerdagangan orang selepas menyerbu dua buah pusat hiburan di sekitar Jalan Pekan Baru di sini kelmarin.
Serbuan serentak pada pukul 10.30 malam itu turut menahan tiga lelaki termasuk seorang warga Bangladesh yang menjaga dan bekerja di premis tersebut.
Operasi tersebut dilakukan oleh polis Cawangan Maksiat, Kongsi Gelap dan Perjudian (D7) Selangor dan dibantu Pasukan Cantas Khas Wanita.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=1226&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_06.htm#ixzz2oWi5p300 
Hakcipta terpelihara 

Suri rumah nyaris dibunuh, rogol


JEMPOL - Seorang suri rumah trauma selepas dia diugut bunuh dan dirogol oleh empat perompak yang memecah masuk rumahnya di Bandar Seri Jempol dekat sini kelmarin.
Kejadian pukul 3.15 pagi itu berlaku selepas rumah mangsa yang dikenali sebagai Samsiah, 31, dimasuki perompak bersenjatakan parang ketika mangsa bersama tujuh ahli keluarganya sedang tidur.
Samsiah berkata, sebaik masuk, perompak yang merupakan warga Indonesia berkenaan terus mengejutkan dia yang sedang tidur di ruang tamu bersama dua anak dan adik perempuannya sebelum leher mereka diacu parang.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=1226&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_05.htm#ixzz2oWhwq2FG 
Hakcipta terpelihara 

Polis buru wanita larikan pokok Krismas



RAKAMAN kamera keselamatan menunjukkan seorang wanita membawa keluar sebatang pokok Krismas di London.


LONDON - Seorang wanita tidak menyedari perbuatannya mencuri pokok Krismas di sebuah rumah kebajikan dirakam kamera keselamatan (CCTV) fasiliti itu.
Suspek yang kononnya datang untuk menziarahi seorang rakannya di sebuah rumah kebajikan di Camberwell, membawa lari pokok berkenaan sebaik sahaja melihatnya.
Ketika kejadian pada 16 Disember lalu, pokok perhiasan itu diletakkan berhampiran pintu keluar bangunan berkenaan.
Polis kini memburu wanita tersebut dan menyebarkan imejnya yang dirakam oleh kamera CCTV tersebut.
Pokok itu disumbangkan oleh seorang rakan kakitangan rumah kebajikan berkenaan. - Agensi


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=1226&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_04.htm#ixzz2oWhmEJQS 
Hakcipta terpelihara 

Penyeludup China gali terowong




DUA anggota pasukan keselamatan Hong Kong mengangkat keluar barang yang ditemui di dalam sebuah terowong haram di negara itu kelmarin.


BEIJING - Kumpulan penyeludup dari China menggali sebuah terowong konkrit menuju ke Hong Kong yang dilengkapi lampu, sistem pengudaraan dan landasan untuk mengangkut barang, lapor media tempatan semalam.
Menurut laporan laman web China.com.cn laluan tersembunyi dan sepanjang 40 meter itu bermula di dalam sebuah gudang di Shenzhen dan berakhir di sebuah kawasan semak di Hong Kong.
"Ia dibina secara profesional," menurut laporan berkenaan.
Hong Kong yang merupakan wilayah separa autonomi dan Shenzhen merupakan antara hab perdagangan utama di China tetapi mempunyai sistem cukai yang berbeza.
Kumpulan penyeludup yang masih tidak dikenal pasti itu membina turut memasang landasan kereta api bersama sebuah gerabak yang digunakan untuk menyeludup pelbagai barangan seperti telefon pintar dan komputer tablet.
Pembinaan terowong haram itu dianggarkan menelan belanja tiga juta yuan (490,000) dan mengambil masa selama empat bulan.
Beberapa anggota kawalan sempadan menemui terowong itu seminggu lalu.
Terowong itu berukuran 40 meter panjang dan satu meter tinggi masih dalam pembinaan. - Agensi


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=1226&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_03.htm#ixzz2oWhcKnZr 
Hakcipta terpelihara 

Angkara pemandu terlelap



IBRAHIM (kiri) bersama rakannya melihat padi yang tertumpah di atas rumput selepas treler dipandunya terbalik di Kepala Batas, Pulau Pinang semalam.


KEPALA BATAS – Gara-gara mengantuk, seorang lelaki nyaris maut apabila treler membawa 38 tan padi yang dipandunya terbabas sebelum terbalik ke dalam parit berhampiran susur keluar Plaza Tol Bernam di sini semalam.
Kejadian pukul 5.30 pagi itu mengakibatkan hampir kesemua padi berkenaan tertumpah di atas rumput.
Mengimbau semula kejadian itu, pemandu treler berkenaan, Ibrahim Abdul Rahman, 40, berkata, sebelum kemalangan, dia dalam perjalanan dari Perak untuk menghantar padi ke kilang Padi Beras Nasional (Bernas) di Paya Keladi di sini.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=1226&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_08.htm#ixzz2oWhJPe8W 
Hakcipta terpelihara