Search This Blog

Monday, December 23, 2013

Tergamam depan van terbakar

Tergamam depan van terbakarSINAR HARIAN
22 Disember 2013

Anggota JBPM Pasir Mas memadamkan api di stor penyimpan barang, dekat Kampung Repek, semalam.

PASIR MAS – Seorang kanak-kanak kaku di depan van apabila mendapati kenderaan milik bapanya terbakar dekat Kampung Repek, jam 5.25 petang, semalam.

Tindakan pantas sepupunya, Mohd Zulkifli Alias, 27 dengan mengheret Ahmad Akmal Zahidi, 12, berjaya menyelamatkan nyawanya daripada menjadi korban.

“Selepas melihat kepulan asap dan api pada van, saya  mengarahkan Akmal beredar kerana api mula marak, namun dia seakan tergamam kerana terkejut dengan kejadian yang berlaku.

“Saya menjerit meminta pertolongan daripada orang kampung dan mengeluarkan van daripada stor agar api tidak membakar barangan runcit,” katanya.

Sementara itu, Zahidi Muhamad, 45, berkata, dia yang baru sahaja pulang memandu van terbabit meletakkannya di dalam stor menyimpan barangan runcit.

“Kemudian saya meminta anak sulung saya, Akmal untuk menjaga stor sementara saya ke kedai dekat sini.

“Setelah melihat kepulan asap, saya hanya memikirkan keselamatan Akmal kerana dia berseorangan di dalam stor terbabit. Mujurlah anak saudara saya sempat menyelamatkannya,” katanya.

Dalam pada itu, Zahidi turut mengucapkan terima kasih kepada penduduk kampung yang membantu pihak Bomba dan Penyelamat Pasir Mas memadamkan api dengan mengambil air dari tangki rumah jiran.

Menurutnya, dia mengalami kerugian sebanyak RM50,000 namun bersyukur kerana berbekalkan bantuan semua pihak, dua rumah berdekatan tempat kejadian sempat diselamatkan.

Sementara itu, Pegawai Kanan Bomba, PBK II Ruslan Ismail berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 5.27 petang.

“Kita bergegas ke tempat kejadian dengan kekuatan lima anggota menggunakan satu jentera.

“Setibanya di tempat kejadian kita dapati van terbabit terbakar hampir 90 peratus malah api turut merebak sehingga ke dalam stor. Punca dan kerugian masih dalam siasatan,” katanya.

Polis buru sindiket ceti haram


23 Disember 2013


IPOH - Polis Perak kini memantau dan memburu sindiket ceti haram atau Along melalui nombor telefon pada pelbagai bahan iklan untuk memerangi kegiatan itu secara serius.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Perak, Superitendan Maszely Minhad berkata kesemua nombor telefon pada bahan promosi seperti poster, kain rentang dan kad perniagaan kegiatan haram itu akan diselidik untuk mengenal pasti dalang aktiviti tanpa lesen terbabit.

"Seterusnya membuat tangkapan, jika keterangan kuat dan mencukupi kita mengambil tindakan lanjut sehingga mendakwa mereka di mahkamah. Ops Cantas Khas untuk memerangi kegiatan Along atau dikenali sebagai 'Ops Voucer' ini pertama kali kita adakan bersama-sama pihak berkuasa tempatan (PBT)," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata dalam usaha membanteras sindiket ceti haram, pihaknya menghadapi kekangan untuk mendakwa mereka di mahkamah memandangkan kurang kerjasama daripada orang ramai yang menjadi mangsa terutama apabila siasatan dijalankan.

"Apabila mangsa diganggu atau diugut Along, mereka akan datang kepada polis dan buat laporan, bila kita siasat separuh jalan, mereka seolah-olah enggan beri kerjasama, sebab itu jika dilihat nisbah pertuduhan di mahkamah, kita mempunyai sedikit kekangan," katanya.

Maszely berkata Ops Cantas Khas untuk membanteras kegiatan Along di samping menurunkan bahan promosi sindiket terbabit dilancarkan September lepas dan 88 kes diambil tindakan termasuk membuat tangkapan di Perak.

Beliau berkata dalam operasi hari ini dan semalam bersama-sama pihak PBT 1,500 bahan iklan kegiatan ceti haram diturunkan di sekitar Ipoh, Batu Gajah, Hilir Perak dan Manjung.

"Selalunya memang sukar untuk kita mengambil tindakan terhadap mereka yang menggantung bahan iklan ini dan kebiasaan tiada saksi yang melihat mereka kerana dilakukan pada awal pagi," katanya.

Beliau berkata usaha diperhebat melalui operasi seumpama itu untuk melumpuhkan strategi pemasaran sindiket haram terbabit kerana tanpa iklan, kegiatan terancang pihak tidak bertanggungjawab itu, sukar mendapat pelanggan.

Selain itu, beliau berkata anggota penguat kuasa Majlis Bandaraya Ipoh turut mendedahkan sindiket berkenaan menggunakan air kencing dibungkus dalam uncang plastik yang dilihat seolah-olah seperti minuman teh serta digantung bersama-sama bahan iklan mereka.

Ia adalah satu tindakan untuk menyukarkan tugas dan operasi penguat kuasa menurunkan bahan iklan yang digantung, katanya. - Bernama

Pengubahan wang haram: Dua beradik antara didakwa

23 Disember 2013

Pengubahan wang haram: Dua beradik antara didakwaNoor Ismahanum Mohd Ismail, 31 (tengah) serta adiknya, Mohamad Ismahanif Mohd Ismail, 25 (kanan) dan sebuah syarikat pelaburan emas, Worldwide Fast East Berhad, telah dibicarakan di Mahkamah Sesyen atas 116 pertuduhan penggubahan wang haram berjumlah lebih RM3.3 juta. - Foto Bernama

KUALA LUMPUR - Dua beradik dan sebuah syarikat pelaburan emas berdepan 116 pertuduhan terlibat dalam aktiviti pengubahan wang haram membabitkan RM6.85 juta di Mahkamah Sesyen hari ini.
 
Datuk Noor Ismahanum Mohd Ismail, 32, dan adiknya, Mohamad Ismahanif, 25, serta syarikat Worldwide Far East Berhad bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di depan Hakim Ahmad Bache.
 
Ahmad membenarkan Noor Ismahanum serta syarikat itu diikat jamin RM500,000 manakala Mohamad Ismahanif sebanyak RM30,000 masing-masing dengan dua penjamin dan menetapkan 17 Feb depan untuk pengurusan kes.
 
Beliau turut memerintahkan kedua-dua beradik, yang merupakan pengarah Worldwide Far East Berhad, menyerahkan pasport masing-masing kepada mahkamah.
 
Noor Ismahanum dan syarikat itu didakwa menggunakan wang berjumlah RM3,281,202.63 hasil aktiviti haram melalui 57 cek daripada akaun CIMB Bank Berhad milik syarikat itu manakala Mohamad Ismahanif didakwa memiliki sebuah kereta Honda Civic dan wang berjumlah RM295,883.48 menerusi hasil aktiviti haram.

Mereka didakwa melakukan kesalahan itu di CIMB Bank Berhad, Jalan Radin Tengah, Bandar Baru Sri Petaling dekat sini antara 4 Julai 2011 dan 31 Dis tahun lepas mengikut Subseksyen 4(1)(a) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001, yang membawa hukuman maksimum penjara lima tahun atau denda RM5 juta atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.
 
Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Mardziatun Nisa Ahamadul Kaber dari Bank Negara tidak menawarkan sebarang jaminan atas alasan kesalahan yang dilakukan adalah serius.
 
Bagaimanapun, jika mahkamah membenarkan jaminan, beliau menawarkan jaminan sebanyak RM2 juta bagi Noor Ismahanum dan Worldwide Far East Berhad serta RM100,000 bagi Mohd Ismahanif, masing-masing dengan dua penjamin selain memohon tertuduh menyerahkan pasport mereka kepada mahkamah.
 
Peguam Hamidi Mohd Noh meminta jaminan dikurangkan atas alasan kesemua anak guamnya tidak mampu membayar jumlah yang ditawar.
 
"Pasport mereka akan diserah kepada mahkamah dan adalah mustahil bagi mereka melarikan diri kerana melarikan diri bukan jalan penyelesaian, selain itu, Noor Ismahanum juga sering melakukan kerja-kerja kebajikan termasuk membantu anak yatim," katanya.  - Bernama

Tukang masak rentung dalam kereta


23 Disember 2013


SUNGAI PETANI - Seorang tukang masak rentung selepas keretanya bertembung sebuah treler yang sarat dengan muatan papan lapis di jalan Sungai Petani-Bedong berhampiran stesen minyak Sungai Lalang malam tadi.
 
Kejadian berlaku ketika Mohd Shamshuri Osman, 35, yang bekerja di Hospital Sultan Abdul Halim dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Kampung Haji Ali, Bedong kira-kira 7.45 malam.
 
Jurucakap polis berkata kereta Proton Saga BLM yang dipandu mangsa dipercayai terbabas dan memasuki arah bertentangan sebelum melanggar bahagian tangki minyak treler berkenaan. - Bernama

Sulh: Kes bapa saman anak disebut tahun depan


23 Disember 2013

KUALA TERENGGANU - Mahkamah Tinggi Syariah di sini menetapkan 12 Januari depan sebagai tarikh perbincangan penyelesaian di luar mahkamah, iaitu melalui proses sulh, bagi menyelesaikan kes seorang pengurus syarikat cari gali minyak yang disaman bapanya tiga tahun lepas.
 
Hakim Rosdi Harun memerintahkan semua anggota keluarga Mustafa Ismail, 67, iaitu isterinya, Che Mariam Abdullah, 59, defendan iaitu Nasrun, 40, serta dua anak Nasrun yang dijaga Mustafa dan enam anaknya yang lain hadir ke mahkamah pada tarikh itu.
 
Sulh merupakan suatu proses yang menyaksikan pihak terlibat dalam pertikaian atau beberapa tuntutan di mahkamah, dipanggil dan dipertemu dalam satu majlis perundingan terpimpin secara rasmi serta diatur oleh mahkamah berdasarkan prosedur tertentu.
 
Jika perdamaian dicapai, mahkamah akan mengeluarkan suatu perintah tanpa perlu melalui proses perbicaraan biasa.
 
Mustafa dari Kampung Beladau Kolam, Manir menyaman Nasrun, yang dikatakan berpendapatan lebih RM17,000 sebulan, bagi menuntut nafkah dua cucunya.
 
Pada 28 Ogos 2012, Rosdi memerintahkan Nasrun memohon maaf secara terbuka kepada ibu bapa serta dua anaknya, Nur Thahirah Nazihah dan Muhammad Amirul Nasrullah yang ketika itu berusia 15 dan 17 tahun.
 
Beliau turut memerintahkan Nasrun membayar RM400 setiap seorang kepada ibu bapa serta dua anaknya setiap bulan, selain RM1,000 untuk perbelanjaan Aidilfitri Nur Thahirah Nazihah dan Muhammad Amirul Nasrullah setiap tahun.
 
Selain itu, mahkamah memerintahkan defendan membayar RM18,866.50 kepada ibu bapanya sebagai tunggakan dan perbelanjaan serta teladan kerana tidak pulang bertemu anaknya lebih lapan tahun.
 
Bagaimanapun, pada 28 Julai lepas, Mahkamah Tinggi Syariah mengeluarkan waran tangkap ke atas Nasrun berikutan kegagalan defendan membayar nafkah kepada ibu bapa dan dua anaknya.
 
Rosdi membuat keputusan itu selepas membenarkan permohonan Mustafa atas alasan Nasrun gagal melaksanakan perintah mahkamah sama berhubung pembayaran nafkah yang dibuat sebelum ini. - Bernama

Kereta dilapor hilang terbakar di balai polis


23 Disember 2013


KUALA LUMPUR - Sebuah kereta jenis Perodua Kancil, yang yang ditemui polis selepas dilaporkan hilang, terbakar dalam kejadian pada kira-kira 7 pagi tadi di Balai Polis Salak Selatan, Cheras.
   
Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Mohan Singh Tara Singh berkata, kejadian itu disedari seorang anggota yang bertugas di balai berkenaan.
 
"Kereta itu diletakkan di kawasan lapang di pekarangan balai berkenaan bersama kereta-kereta lain yang dilaporkan hilang... kejadian kebakaran itu telah menyebabkan kereta itu hangus sebahagiannya.
 
"Hasil siasatan setakat ini mendapati tiada unsur jenayah dalam kejadian itu," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
 
Beliau berkata, siasatan berhubung punca kejadian masih diteruskan.
 
"Kes disiasat mengikut Kertas Enkuiri Polis iaitu 'Fire Report' dan punca kebakaran masih belum dapat dipastikan lagi," katanya.  - Bernama

Korban pikap terputus dua


Kuala Lumpur: Seorang jurutera pendawaian maut dalam keadaan menyayat hati apabila kepalanya pecah selain kereta yang dipandu hampir terputus dua dalam kemalangan di Jalan Tun Razak, di sini, awal pagi semalam.

Mangsa, Seow Choon Wui, 29, dipercayai tercampak keluar selepas kenderaan Mitsubishi Triton itu terbabas dan berpusing lalu melanggar tiang papan tanda.

Pegawai Turus Siasatan dan Perundangan Trafik Kuala Lumpur Deputi Superintendan Abdullah Roning berkata, dalam kejadian jam 4 pagi itu, kereta dipandu mangsa dalam perjalanan dari arah Jalan Tun Razak menghala Jalan Pahang hilang kawalan.

“Kereta itu terbabas lalu melanggar tiang papan tanda di pembahagi jalan.



Manakala, mangsa tercampak keluar beberapa meter.

“Kereta mangsa remuk teruk.

Hasil pemeriksaan mangsa mengalami kecederaan parah di kepala dan disahkan meninggal dunia serta-merta,” katanya ketika dihubungi pemberita, semalam.

Menurutnya, mayat mangsa dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk bedah siasat.

Abdullah berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 dan meminta saksi kejadian tampil bagi membantu siasatan.

Foto
KEADAAN kenderaan Seow yang terputus dua.


Artikel ini disiarkan pada : 2013/12/23

Gaji pekerja RM659,000 lebur disamun


Oleh Ekhwan Haque Fazlul Haque
Kapar: Sekumpulan tiga lelaki bersenjatakan parang dan besi nekad menyamun wang tunai RM659,000 milik sebuah syarikat di Bandar Baru Klang, di sini, Khamis lalu.

Dalam kejadian kira-kira jam 3 petang itu, mangsa berusia 40-an bersama tiga lagi rakan sekerja baru selesai menunaikan cek majikan di sebuah bank berhampiran tempat kejadian untuk membayar gaji pekerja.

Menurut sumber, selesai menunaikan cek, mangsa bergegas pulang membawa wang tunai untuk diserahkan kepada majikan di pejabat mereka di Klang, tetapi selepas beberapa minit, kereta dipandu mangsa dihalang sebuah kereta BMW dinaiki tiga lelaki di satu persimpangan jalan.

“Tiga lelaki bersenjatakan parang dan besi keluar daripada kereta serta meluru ke arah kereta dinaiki mangsa dan tiga lagi rakannya.

“Suspek memecahkan cermin tingkap sebelah pemandu dan penumpang depan menggunakan parang dan besi serta mengarahkan mangsa menyerahkan beg berisi wang berkenaan,” katanya.

Sumber berkata, tindakan suspek itu menyebabkan mangsa dan rakan sekerjanya terkejut sebelum seorang daripada suspek memaksa mangsa membuka pintu MPV berkenaan.

Beliau berkata, suspek kemudian mengacukan parang ke arah mangsa dan mengarahkannya untuk menyerahkan wang berkenaan sekiranya tidak mahu diapa-apakan.

Tambahnya, bimbang dicederakan, mangsa meminta rakannya yang memegang beg berisi wang menyerahkannya kepada suspek yang kemudian memecut kereta ke jalan utama.

Difahamkan, mangsa dan rakannya bergegas ke Balai Polis Bandar Baru Klang untuk membuat laporan sejurus kejadian.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Klang Utara Superintendan Jani Ahmad mengesahkan pihaknya menerima laporan mengenai kejadian itu dan berkata, siasatan lanjut masih dijalankan polis untuk mengesan suspek.

Menurut Jani, kes disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan kerana samun berkawan menggunakan senjata dan sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan.

“Orang ramai yang menyaksikan kejadian diminta tampil ke balai polis berhampiran untuk menyalurkan maklumat,” katanya.

Gegaran mercun rampasan


Oleh Muhamaad Razis Ismail
Tumpat: “Bunyi letupan itu kuat seperti bom sehingga menggegarkan rumah sebelum saya melihat lapan cermin tingkap rumah saya pecah,” kata Che Asiah Che Mohamed, 59, menceritakan detik cemas mercun rampasan untuk dilupuskan yang diletakkan di empat tangki berisi air di dalam sebuah lori di kawasan stor milik Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Pengkalan Kubor, di sini, yang terletak berhampiran rumahnya meletup, semalam.

Dalam kejadian jam 1.10 tengah hari itu, lori berkenaan rosak teruk manakala serpihan cermin tingkap rumah Che Asiah yang pecah terkena lengan kiri seorang cucunya, Izzue Solehin Aizzudin, 4, menyebabkannya cedera ringan.



Ketika kejadian, Che Asiah berada di dalam rumah bersama enam ahli keluarganya termasuk anak perempuannya, Nurul Izzah Yaacub, 24, serta menantunya, Sarah Sulaiman, 27, kedua-duanya sarat mengandung.

Tiga sekeluarga itu terseliuh kaki berikutan terjatuh ketika menuruni tangga untuk keluar dari rumah sejurus selepas mercun berkenaan meletup.

Foto
LORI berisi mercun yang meletup dan terbakar, semalam.


Foto
CHE Asiah memerhatikan cermin tingkap rumahnya yang pecah kerana letupan mercun, semalam.
Foto
MANGSA, Izzue Solehin menunjukkan mercun yang meletup lalu terkena tangan kirinya.
Serpihan mercun yang meletup turut ditemui bertaburan di halaman rumah Che Asiah.


Menurut Che Asiah, sebelum kejadian dia sedang berehat di dalam biliknya sementara menunggu azan Zuhur manakala enam ahli keluarganya yang lain berada di ruang tamu menonton televisyen.

Katanya, tiba-tiba mereka dikejutkan dengan bunyi letupan kecil sebelum disusuli dengan bunyi letupan yang kuat sehingga menggegarkan rumah.

“Pada mulanya saya menyangka kanak-kanak bermain mercun. Namun, saya mulai curiga kerana letupan semakin kuat dan berterusan dalam tempoh lebih lima minit.

“Saya mula menyangka ia letupan bom selepas melihat asap semakin tebal sebelum rumah seolah-olah bergegar dan beberapa cermin tingkap rumah pecah,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Kebun, Pengkalan Kubor, di sini.

Menurutnya, ketika itu keadaan di dalam rumah kelam-kabut apabila dia dan ahli keluarganya panik serta cuba menyelamatkan diri dengan keluar dari rumah.

“Saya hanya mampu mengucap dua kalimah syahadah ketika panik.

“Ketika cuba keluar dari rumah, saya terjatuh di tangga sehingga saya terseliuh. Anak perempuan dan menantu perempuan turut terseliuh di kaki selepas terjatuh ketika menuruni tangga bersama saya,” katanya.

Menantu Che Asiah yang juga suami Nurul Izzah, Mohd Arif Abdullah, 30, berkata, sebelum kejadian dia sedang tidur sebelum dikejutkan isterinya selepas terdengar bunyi letupan itu.

“Saya keluar dari bilik selepas isteri memaklumkan mendengar bunyi letupan sebelum saya lihat cermin tingkap di dalam bilik pecah kesan daripada bunyi letupan yang kuat.

“Jika isteri tidak mengejutkan saya, mungkin serpihan cermin yang pecah itu terkena saya,” katanya.

Timbalan Ketua Polis Daerah Tumpat Deputi Superintendan Sharifuddin Yusof ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian itu.

Katanya, berdasarkan laporan diterima, sebelum berlaku letupan, kerja pemunggahan dilakukan dan mercun rampasan itu diletakkan di dalam empat tangki berisi air sebelum semua mercun akan dilupuskan di tapak pelupusan sampah di Pengkalan Nangka, di sini.

“Bagaimanapun, salah seorang pekerja ternampak kepulan asap di salah sebuah tangki berkenaan sebelum mercun di dalam tangki meletup,” kataya.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/12/23

Lori langgar treler


Jasin: Seorang lelaki nyaris maut apabila lori dipandu hilang kawalan sebelum terbabas dan merempuh belakang sebuah treler rosak di lorong kecemasan di Kilometer 189.2 Lebuhraya Utara - Selatan arah utara, di sini, pagi semalam.

Ketika kejadian kira-kira jam 4 pagi itu, mangsa, Norhasrin Mohd Tawap, 36, dikatakan dalam perjalanan dari Johor Bahru, Johor ke Bahau, Negeri Sembilan, sebelum lori tiga tan dipandu hilang kawalan.



Difahamkan, lori berkenaan yang dipandu di lorong kanan secara tiba-tiba melencong ke lorong kiri sebelum terbabas merempuh bahagian belakang sebelah kanan treler terbabit.

Kemalangan mengakibatkan bahagian tempat duduk kelindan dan dinding kiri lori itu terkopak dan remuk, namun mangsa hanya mengalami cedera ringan kerana bahagian pemandu tidak mengalami kerosakan.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/12/23

Dua maut laju dalam hujan

Oleh Raja Puteri Nabiha Raja Ayub
Klang: Gara-gara kereta dipandu hilang kawalan kerana jalan basah disebabkan hujan, dua lelaki maut, manakala empat rakan mereka cedera dalam kemalangan di Batu 11, Jalan Kapar, di sini, semalam.
Dalam kejadian jam 12 tengah malam itu, mangsa yang terbunuh dikenali sebagai D Pakkiaraj, 16, dan A Surenthiran, 20, maut akibat kecederaan parah di kepala dan beberapa bahagian badan selepas kereta PROTON Saga dipandu rakannya yang berusia 17 tahun, terbabas ke dalam longkang.
Ketua Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Utara Asisten Superintendan Zawary Mahadi berkata, kereta yang dinaiki enam remaja berusia antara 16 dan 20 tahun itu dipercayai dipandu laju dari dari Kuala Selangor menghala ke Kapar.
Beliau berkata, kereta yang dinaiki mangsa dipercayai cuba memotong sebuah lori sebelum hilang kawalan dan terbabas ke dalam longkang di kiri jalan.

“Ketika kejadian, jalan raya licin kerana hujan dan kereta yang dipandu laju mangsa hilang kawalan gara- gara cuba memotong sebuah lori.
“PROTON Saga yang dinaiki mereka kemudiannya terbabas sebelum masuk ke dalam longkang di sebelah kiri jalan menyebabkan dua mangsa yang duduk di bahagian penumpang depan dan belakang terbunuh,” katanya.
Menurutnya, seorang daripada remaja berkenaan cedera parah di kepala dan patah tangan kanan, manakala tiga lagi remaja lagi bernasib baik hanya cedera ringan.
Foto
KEADAAN kereta yang dinaiki keenam-enam mangsa yang remuk dalam kejadian, semalam.

Tambahnya, kemalangan terbabit dilaporkan pemilik kereta terbabit yang juga rakan kepada seorang daripada mangsa sejurus kejadian.

“Mangsa berusia 16 tahun itu disahkan meninggal dunia ketika dirawat di Klinik Kesihatan Kapar, manakala seorang lagi mangsa pula meninggal dunia di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), manakala empat lagi mangsa yang cedera menerima rawatan di hospital yang sama,” katanya.
Katanya, kedua-dua mangsa yang meninggal dunia dibedah siasat pakar perubatan HTAR sebelum diserahkan kepada waris masing-masing untuk urusan pengebumian.

Zawary berkata, keterangan daripada mangsa yang cedera akan diambil dalam masa terdekat selepas semua mereka stabil dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan Raya 1987.
Artikel ini disiarkan pada : 2013/12/23

Jumpa mayat bayi lelaki dekat hotel


Kuala Lumpur: Seorang pekerja Alam Flora terkejut apabila menemui mayat bayi lelaki yang cukup sifat di belakang hotel di Chow Kit di sini, kelmarin.

Bayi yang masih bertali pusat itu ditemui lelaki terbabit ketika memungut sampah di lorong belakang hotel terbabit jam 10.20 pagi.


Ketua Polis Daerah Dang Wangi Asisten Komisioner Zainuddin Ahmad berkata, pekerja terbabit menghubungi polis yang tiba di tempat kejadian tidak lama kemudian.

Menurutnya, hasil pemeriksaan mendapati bayi lelaki itu cukup sifat dan masih bertali pusat dipercayai dibuang di belakang hotel terbabit.


“Anggota Unit Forensik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur tiba di tempat kejadian untuk siasatan sebelum mayat bayi itu dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk dibedah siasat,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/12/23

Stor bengkel motosikal meletup


Bintulu: Penduduk rumah sewa di Jalan SK Orang Kaya gempar apabila terdengar letupan kuat disusuli asap tebal berpunca daripada kebakaran membabitkan stor bengkel membaiki motosikal, semalam.

Dalam kejadian jam 7.20 pagi itu, sebuah rumah dua tingkat yang digunakan untuk menyimpan motosikal milik sebuah bengkel, terbakar menyebabkan tujuh kenderaan itu hangus manakala lapan lagi rosak.


Penolong Penguasa Bomba Balai Bomba dan Penyelamat Bintulu, Dihata Gobel berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 7.25 pagi.

Katanya, kebakaran membabitkan 70 peratus rumah dua tingkat itu dan api dipadamkan sepenuhnya pada jam 8 pagi.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/12/23

Enam penjenayah pecah rumah diberkas

Oleh Wan Asrudi Wan Hasan
IPOH: Enam penjenayah yang melakukan kegiatan pecah rumah dan samun di sekitar daerah ini diberkas polis dalam dua lokasi berasingan di sini, semalam.
Timbalan Ketua Polis Perak Datuk A Paramasivam berkata, suspek dipercayai aktif melakukan kegiatan samun dan pecah rumah sejak beberapa bulan lalu diberkas polis selepas menerima aduan daripada orang ramai. 
"Dua lelaki berusia 33 dan 32 tahun warga tempatan ditangkap bersama barang yang dipercayai curi di kawasan perumahan Taman Lawan Kuda, Gopeng kira-kira 11 malam tadi.

"Sementara seorang wanita berusia 29 tahun serta tiga lelaki berusia 18 hingga 19 tahun ditangkap di Kampung Manjoi jam 1.30 pagi semalam," katanya pada sidang media di sini sebenar tadi.
Foto
PARAMASIVAM (kiri) menunjukkan barang kes yang dirampas
Artikel ini disiarkan pada : 2013/12/23

Helikopter Nuri mendarat cemas di Pulau Perak

 Helikopter Nuri mendarat cemas di Pulau Perak
Foto ihsan Twitter Abang Mat ‏@AyaqJagung
23 Disember 2013



  • KUALA LUMPUR - Sebuah helikopter Nuri Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) melakukan pendaratan cemas ketika melakukan tugasan keselamatan di kawasan Pulau Perak, dekat Kedah, semalam.

    Pendaratan cemas terpaksa dilakukan kerana helikopter itu mengalami masalah teknikal.

    Tiga orang krew di dalam helikopter itu selamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan.

    Sumber TUDM ketika dihubungi Bernama hari ini mengesahkan kejadian itu tetapi tidak menyatakan masa berlaku.

    Katanya siasatan menyeluruh mengenai kejadian itu akan dilakukan secepat mungkin. - Bernama

    Racun tikus dalam dadih


    Loudi (China): Polis menahan seorang wanita berusia 34 tahun selepas dia didakwa mencampurkan racun tikus ke dalam bekas mengandungi dadih yang kemudian diberikan kepada kanak-kanak di luar sebuah sekolah rendah di bandar di wilayah Hunan, di sini.

    Sembilan belas murid dimasukkan ke hospital selepas meminum dadih itu yang diberikan kepada mereka ketika dalam perjalanan pulang dari sekolah.

    Tiga daripada mangsa dilapor kritikal dan polis percaya wanita berkenaan menghadapi masalah mental.

    Awal tahun ini, kejadian sama berlaku di Hebei apabila dua pelajar mati selepas meminum dadih, juga dicampur dengan racun tikus.



    - Agensi

    Artikel ini disiarkan pada : 2013/12/23

    Lelaki dituduh makan mayat ditangkap


    New Delhi: Seorang lelaki disyaki kanibal ditahan oleh polis selepas mereka menerima tiga laporan pembunuhan kejam.

    Menurut laporan akhbar Times of India, lelaki berusia 38 tahun itu mengaku membunuh tiga orang sepanjang bulan ini.


    Bagaimanapun dia tidak mengaku memakan mayat mangsanya.

    Penduduk sebuah kampung di Rajashtan sebelum ini mendakwa lelaki itu membunuh ibunya dan meminum darah mangsa dan memakan mayatnya.


    Namun, polis berkata, mereka tidak mempunyai bukti mengenai dakwaan itu.


    Menurut penyiasat, lelaki itu tidak banyak bercakap ketika disoal. Dia tinggal di atas pokok dan mendapatkan makanan daripada penduduk kampung.

    Lelaki itu juga didakwa makan daging mentah haiwan. Perbuatannya hanya terbongkar selepas polis menemui mayat seorang lelaki berusia 32 tahun di ladangnya. - Agensi


    Artikel ini disiarkan pada : 2013/12/23

    Rasuah: Dua warga Singapura dijel, denda RM10,000


    JOHOR BAHRU 23 Dis. - Dua warga Singapura masing-masing dijatuhi hukuman penjara sehari dan denda RM10,000 oleh Mahkamah Sesyen, di sini hari ini setelah mengaku bersalah memberi rasuah kepada anggota Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Darat (SPAD) pada Oktober lalu.
    Hakim, Mohamad Haldar Abdul Aziz turut memerintahkan Segaran Naidu, 58, dan Shaik Mohamed Shaik Zain, 69, dijel enam bulan lagi jika mereka gagal membayar denda berkenaan.
    Berdasarkan kertas pertuduhan, Segaran didakwa memberikan sogokan RM100 kepada Pegawai Eksekutif Penguatkuasa SPAD Johor, Asmadi Mat sebagai dorongan tidak mengambil tindakan kompaun ke atasnya kerana menggunakan kenderaan pelancong dan tiada senarai penumpang.
    Dia didakwa melakukan kesalahan itu di laluan masuk Singapura ke Malaysia, Bangunan Sultan Iskandar di sini pukul 10.35 pagi pada 18 Oktober lalu.
    Sementara itu, Shaik Mohamed pula didakwa memberikan sogokan RM50 kepada Pegawai Penguatkuasa SPAD Johor, Safiuddin Badrulhisham sebagai dorongan tidak mengenakan denda ke atasnya kerana tidak memiliki lesen pengendali van pelancong yang sah daripada agensi berkenaan.
    Dia didakwa melakukan kesalahan itu di laluan keluar Malaysia ke Singapura, Bangunan Sultan Iskandar di sini pukul 11.35 pagi pada 26 Oktober lalu.
    Kedua-dua tertuduh didakwa mengikut Seksyen 17(b) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 24 akta sama yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000, jika sabit kesalahan.
    Di mahkamah sama, seorang lagi warga Singapura, Lee Mong Seng, 70, bagaimanapun mengaku tidak bersalah atas tuduhan memberi sogokan S$$200 kepada Pegawai Penguatkuasa SPAD Wilayah Selatan, Shahrul Effendy Mohamad sebagai dorongan tidak mengenakan notis ke atasnya kerana menjalankan perkhidmatan awam di negara ini tanpa permit yang sah.
    Dia didakwa melakukan kesalahan itu di laluan keluar Malaysia ke Singapura, Bangunan Sultan Iskandar di sini pukul 11.20 pagi pada 26 Oktober lalu.
    Mohamad Haldar membenarkan Mong Seng diikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin rakyat tempatan dan menetapkan 19 Januari depan sebagai tarikh sebutan semula kes.
    Pendakwaan dilakukan oleh Pegawai Pendakwa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Ridzuan Abdul Malik manakala ketiga-tiga tertuduh tidak diwakili peguam. - UTUSAN ONLINE


    Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Mahkamah/20131223/ma_02/Rasuah-Dua-warga-Singapura-dijel-denda-RM10000#ixzz2oI6i5XLe
    © Utusan Melayu (M) Bhd 

    Wanita bergelar Datuk, adik didakwa gubah wang haram


    KUALA LUMPUR 23 Dis. - Dua beradik termasuk seorang wanita yang bergelar Datuk dan sebuah syarikat pelaburan emas didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas 116 pertuduhan penggubahan wang haram melibatkan urus niaga bernilai lebih RM3.2 juta, dua tahun lalu.
    Datuk Noor Ismahanum Mohd. Ismail, 31, dan adiknya, Mohamad Ismahanif, 25, kedua-duanya merupakan pengarah syarikat Worldwide Far East Bhd. serta syarikat berkenaan yang diwakili Noor Ismahanum mengaku tidak bersalah terhadap semua pertuduhan itu.
    Noor Ismahanum dan syarikat itu, masing-masing menghadapi 57 pertuduhan melibatkan diri dalam penggubahan wang haram dengan mengguna dan memiliki wang berjumlah RM3.28 juta yang merupakan hasil aktiviti haram.
    Mohamad Ismahanif pula menghadapi dua pertuduhan serupa dengan memiliki wang berjumlah RM295,883.48 dan sebuah kereta jenis Honda Civic yang didaftarkan atas namanya hasil aktiviti sama.
    Kesemua tertuduh didakwa melakukan perbuatan tersebut di CIMB Bank Bhd., Jalan Radin Tengah, Bandar Baru Sri Petaling di sini antara 6 Julai 2011 dan 31 Disember 2012. - UTUSAN ONLINE


    Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Mahkamah/20131223/ma_03/Wanita-bergelar-Datuk-adik-didakwa-gubah-wang-haram#ixzz2oI6a9K3o
    © Utusan Melayu (M) Bhd 

    Penolong jurutera wanita JPS didakwa terima rasuah


    KOTA BHARU 23 Dis. - Seorang penjawat awam mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan menerima rasuah pada tahun lalu.
    Wanita berkenaan yang juga Penolong Jurutera Gred N29, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) daerah Machang, Khafasliza Shafii, 41, membuat pengakuan tersebut selepas pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim Mohd. Yusuff Yunus.
    Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa menerima wang tunai sebanyak RM3,000 daripada Wan Zubaidah Wan Abdullah melalui akaun Bank Islam pada pukul 4.38 petang, 16 Disember 2012 di Bank Islam, Jalan Sultan Yahya Petra di sini.
    Pemberian wang tersebut dikatakan mempunyai hubungan dengan tugas rasmi tertuduh sebagai pegawai penyelia kerja bagi kerja-kerja kecil menaik taraf sistem saliran serta kerja-kerja berkaitan di Kampung Panggung, Machang.
    Khafasliza dituduh melakukan kesalahan di bawah Seksyen 165 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum di bawah seksyen yang sama.
    Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dihukum penjara sehingga tempoh dua tahun atau dengan denda atau kedua-duanya. - UTUSAN ONLINE


    Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Mahkamah/20131223/ma_04/Penolong-jurutera-wanita-JPS-didakwa-terima-rasuah#ixzz2oI6SmrC2
    © Utusan Melayu (M) Bhd 

    Keganasan berterusan


    Beirut: Puluhan orang terbunuh semalam, hari kelapan serangan udara di Aleppo oleh tentera yang setia kepada Presiden Bashar al-Assad.

    Pada masa sama, lima murid sebuah sekolah di Homs terbunuh dalam serangan berasingan.


    “Puluhan orang terbunuh atau cedera dalam serangan bom tong oleh tentera rejim Bashar berhampiran sebuah pasar Jumaat di Aleppo,” kata kupemerhati Syria untuk hak asasi kemanusiaan.

    Serangan berasingan turut menyasarkan kejiranan dikuasai penentang di Sakhur, Ahmadiyeh, Baideen dan Ard al-Hamra yang menjadi ibu negeri wilayah komersial itu.


    Pusat Media Aleppo (AMC), rangkaian wartawan awam di medan perang, turut melaporkan serangan itu memusnahkan bas, menyebabkan semua di dalamnya terbunuh.


    AMC melaporkan beberapa hospital sesak dengan mangsa cedera dan bilangan kematian tidak dapat disahkan.

    Kumpulan pemerhati itu turut melaporkan seorang lelaki dan anaknya maut dalam pengeboman di kampung Atareb di Aleppo, manakala tiga beranak terbunuh di Marea, di wilayah sama.

    Gambar yang diedarkan Shahba Press, satu lagi rangkaian wartawan awam, menunjukkan kanak-kanak di sekolah yang dibom di Marea dengan seorang murid berkata, “kapal terbang melancarkan empat serangan” ketika kelas berlangsung.

    Sementara itu, di Homs, serangan sebuah bom kereta membunuh lapan orang, enam daripadanya murid sekolah, lapor agensi berita kerajaan SANA. - AFP

    Artikel ini disiarkan pada : 2013/12/23

    Peniaga rugi RM50,000 setor barangan terbakar


    PASIR MAS 22 Dis. - Seorang peniaga hilang mata pencarian apabila setor yang menyimpan pelbagai barangan runcit terbakar dalam kejadian di Kampung Repek dekat sini, petang semalam.
    Kejadian kira-kira pukul 5.30 petang itu turut memusnahkan sebuah van dan mesin membuat ais krim milik Zaidi Mohammad, 45, yang kerugian keseluruhan dianggarkan bernilai RM50,000.
    Menurut Zaidi, kebakaran tersebut disedari selepas dia mendengar jeritan jiran yang memaklumkan kejadian itu.
    "Ketika itu saya berada di dalam kereta untuk mengambil telefon dan kemudian dikejutkan dengan jeritan jiran yang memberitahu ada kebakaran.
    "Saya terus bergegas ke setor berkenaan yang terletak di bahagian belakang dan cubaan untuk memadamkan kebakaran gagal," katanya ketika ditemui di tempat kejadian di sini semalam.
    Zaidi memberitahu, dia bersyukur kerana anaknya Ahmad Akmal, 11, yang berada di dalam setor berkenaan terselamat dalam kebakaran itu.
    Katanya, Ahmad Akmal sempat dibawa keluar oleh sepupunya Zulkifli Ismail, 27, yang ketika itu berada di tempat kejadian.
    Sementara itu, Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Pasir Mas, Pegawai Bomba Kanan II Roslan Ismail berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira pukul 5.46 petang.
    Katanya, sebuah jentera bersama lima anggota telah dikejarkan ke lokasi kejadian untuk kerja-kerja menyelamat dan memadamkan kebakaran.
    "Sebaik sahaja sampai, premis dan van berkenaan telah hangus 90 peratus. Kami mengambil masa 20 minit untuk memadamkan kebakaran tersebut dan puncanya masih lagi dalam siasatan," ujarnya.


    Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20131223/dn_14/Peniaga-rugi-RM50000-setor-barangan-terbakar#ixzz2oI4Erd1A
    © Utusan Melayu (M) Bhd 

    2,148 belia maut kemalangan jalan raya tahun lalu


    Nor Laily Zakaria memakaikan topi keledar kepada seorang pelajar sambil disaksikan oleh Parama Iswara Subramaniam (dua dari kanan) sempena kempen keselamatan jalan raya di Shah Alam, Selangor baru-baru ini.
    SHAH ALAM 22 Dis. - Sebanyak 2,148 belia berumur 12 hingga 25 tahun telah direkodkan maut dalam kemalangan jalan raya sepanjang tahun lalu.
    Pengarah Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR) Selangor, Nor Laily Zakaria berkata, jumlah itu mewakili 31 peratus jumlah keseluruhan kes kematian akibat kemalangan jalan raya di seluruh negara yang dicatatkan dalam tempoh yang sama.
    Jelas beliau, antara penyumbang kepada kes kemalangan maut tersebut adalah pemakaian topi keledar secara tidak selamat.
    "Justeru, JKJR negeri dengan kerjasama SIRIM QAS International Sdn. Bhd. dan Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PSA) menganjurkan kempen pemakaian topi keledar dengan betul dan selamat.
    "Sasaran kami ialah para pelajar memandangkan mereka adalah kumpulan umur paling ramai direkodkan maut dalam kemalangan jalan raya," katanya ketika Kempen Pemakaian Topi Keledar Dengan Betul dan Selamat di PSA di sini baru-baru ini.
    Yang hadir sama dalam kempen itu ialah Pengurus Besar Kanan SIRIM QAS International, S. Parama Iswara dan Pengarah PSA, Kamaruzaman bin Ismail.
    Mengulas lanjut mengenai kempen itu, Nor Laily berkata, SIRIM QAS International telah menyumbangkan hampir 100 biji topi keledar kepada para pelajar PSA untuk mendidik golongan belia mengenai pemakaian topi keledar dengan betul dan selamat.
    "Usaha ini sebagai sokongan kepada kerajaan bagi bersama-sama menangani dan mengurangkan kadar kemalangan jalan raya di negara ini," ujarnya.


    Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Kota/20131223/wk_02/2148-belia-maut-kemalangan-jalan-raya-tahun-lalu#ixzz2oI438C6w
    © Utusan Melayu (M) Bhd 

    Cungkil mata isteri

    Foto
    LI hilang sebelah mata selepas dicungkil suaminya.
    Guangxi (China): Seorang lelaki di sini mencungkil mata isterinya dengan tangan selepas mendapati wanita itu menjalin hubungan dengan lelaki lain.
    Lelaki itu juga bertindak ganas selepas isterinya menuntut cerai.
    Menurut akhbar Want China Times, wanita berusia 39 tahun yang hanya dikenali sebagai Li, berkenalan dengan suaminya, Long, menerusi Internet, tahun lalu.

    Selepas berpacaran selama tiga bulan, lelaki itu berubah, kata Li dalam laporannya kepada polis.


    Apabila dia enggan membantu menjelaskan hutang Long berjumlah 150,000 yuan, lelaki itu memukulnya.

    Li cuba meninggalkan Long tetapi lelaki berkenaan menyembunyikan semua dokumen pengenalan dirinya dan mengancam mencederakan keluarganya.

    Keadaan itu menyebabkan dia akur dengan kehendak Long dan akhirnya terpaksa berkahwin dengannya.

    Beberapa bulan kemudian, Li berkenalan dengan teman lelaki barunya.

    Long yang mengetahui mengenainya, menyerang lelaki berkenaan dan ketika Li cuba melindungi kekasihnya itu, suaminya memukulnya sebelum mencungkil matanya dengan tangan.

    Long menghantar isterinya ke hospital selepas kejadian tersebut sebelum menyerah diri kepada polis.- Agensi
    Artikel ini disiarkan pada : 2013/12/23

    Letupan kuat gegarkan rumah di Pengkalan Kubor


    TUMPAT 22 Dis. - Tujuh sekeluarga di Kampung Kebun di sini berdepan detik cemas selepas rumah mereka digegarkan letupan kuat berpunca daripada sebuah stor milik Jabatan Kastam Diraja Malaysia Pengkalan Kubor di sini yang menempatkan barangan rampasan termasuk mercun hari ini.
    Letupan yang berlaku kira-kira pukul 1.10 petang itu mengakibatkan dua wanita sarat mengandung, ibu dan anak saudara mereka cedera ketika cuba menyelamatkan diri.
    Bagaimanapun, tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam kejadian tersebut. - UTUSAN ONLINE


    Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20131222/je_05/Letupan-kuat-gegarkan-rumah-di-Pengkalan-Kubor#ixzz2oHy0faod
    © Utusan Melayu (M) Bhd 

    Bom gegar Danok, 2 rakyat Malaysia antara 24 yang cedera


    SADAO (Selatan Thailand) 22 Dis. - Dua rakyat Malaysia merupakan antara 24 mangsa yang cedera dalam salah satu daripada empat kejadian letupan bom yang menggegarkan bandar sempadan Danok dan Padang Besar hari ini.
    Bagaimanapun dalam kejadian yang bermula pukul 10.40 pagi itu (11.40 pagi waktu Malaysia), tiada rakyat Malaysia disahkan terbunuh setakat ini. Insiden ini merupakan kali pertama berlaku di pekan sempadan Danok dan Padang Besar,
    Ketua Polis Wilayah Sembilan Thailand, Mejar Jeneral Noppadol Pueksomon berkata, letupan pertama dilaporkan kira-kira pukul 10.30 pagi di hadapan Balai Polis Padang Besar, diikuti kejadian kedua di hadapan Ibu Pejabat Polis Daerah Sadao, kira-kira 20 minit kemudian. - UTUSAN ONLINE


    Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20131222/je_06/Bom-gegar-Danok-2-rakyat-Malaysia-antara-24-yang-cedera#ixzz2oHxpiUth
    © Utusan Melayu (M) Bhd 

    Stor rampasan KDRM meletup, tujuh sekeluarga cemas


    SEBUAH lori yang sarat dengan bahan rampasan mercun turut rosak selepas berlaku letupan di stor milik Jabatan Kastam Diraja Malaysia Pengkalan Kubor, Tumpat, semalam.
    TUMPAT 22 Dis. - Seolah-olah berada di medan perang. Begitulah situasi yang dialami tujuh sekeluarga di Kampung Kebun di sini selepas rumah mereka digegarkan dengan letupan kuat berpunca daripada sebuah stor milik Jabatan Kastam Diraja Malaysia (KDRM) Pengkalan Kubor yang meletup petang ini.
    Stor yang terletak tidak sampai 50 meter dari rumah keluarga tersebut menempatkan barangan rampasan KDRM termasuk mercun.
    Kejadian yang berlaku kira-kira pukul 1.10 petang itu turut menyebabkan dua wanita sarat mengandung, ibu serta anak saudara mereka yang berumur tiga tahun cedera di bahagian kaki akibat terjatuh ketika cuba menyelamatkan diri.
    Difahamkan, gegaran tersebut turut dirasai penduduk kampung lain yang rumahnya mereka terletak sejauh lima kilometer. Bagaimanapun tiada kemalangan jiwa dilaporkan berlaku.
    Menceritakan detik cemas tersebut, mangsa, Nurul Izzah Yaacob, 24, yang sarat mengandung berkata, ketika kejadian dia sedang berehat di tingkat atas rumah sebelum dikejutkan dengan letupan yang pada mulanya disangkakan datang dari Thailand.
    Katanya, selepas letupan bertambah kuat, dia segera memberitahu suaminya, Mohd Arif Abdullah, 30, yang ketika itu berada di dalam bilik di tingkat atas rumah mereka dan mengejutkan seluruh ahli keluarga yang lain supaya menyelamat diri.
    Ujarnya, dia kemudian berlari menuruni anak tangga rumah untuk menyelamatkan diri tetapi terjatuh dan mengalami kecederaan di kaki.
    "Lebih kurang 10 letupan berlaku menyebabkan debu dan asap memenuhi rumah, tingkap di lapan buah bilik serta ruang tamu turut pecah.
    "Anak saudara saya juga luka di kaki selepas terkena kaca ketika menyelamatkan diri," katanya ketika ditemui di sini hari ini.
    Seorang lagi mangsa, Che Asiah Mohamed, 59, berkata, kejadian seumpama itu adalah kali pertama berlaku sejak dia dan keluarga tinggal di rumah berkenaan lebih 30 tahun lalu.
    "Ketika letupan berlaku, saya sedang berehat di dalam bilik. Pada mulanya bunyi letupan itu seperti bunyi mercun, kemudian ia semakin kuat," katanya yang turut cedera akibat terjatuh.
    Sementara itu, Pengarah Kastam negeri, Datuk Azis Yacub ketika dihubungi mengesahkan menerima maklumat berhubung kejadian tersebut tetapi enggan mengulas lanjut.


    Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20131223/je_02/Stor-rampasan-KDRM-meletup-tujuh-sekeluarga-cemas#ixzz2oHxf1YF7
    © Utusan Melayu (M) Bhd 

    Helikopter Nuri mendarat cemas di Pulau Perak, Kedah


    KUALA LUMPUR 23 Dis. - Sebuah helikopter Nuri Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) melakukan pendaratan cemas ketika melakukan tugasan keselamatan di kawasan Pulau Perak, dekat Kedah, semalam.
    Pendaratan cemas terpaksa dilakukan kerana helikopter itu mengalami masalah teknikal.
    Tiga orang krew di dalam helikopter itu selamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan.
    Sumber TUDM ketika dihubungi Bernama hari ini mengesahkan kejadian itu tetapi tidak menyatakan masa berlaku.
    Katanya siasatan menyeluruh mengenai kejadian itu akan dilakukan secepat mungkin. - BERNAMA


    Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20131223/je_09/Helikopter-Nuri-mendarat-cemas-di-Pulau-Perak-Kedah#ixzz2oHxYOcSU
    © Utusan Melayu (M) Bhd 

    Polis bongkar dua makmal dadah, 4 individu ditahan


    GEORGE TOWN 23 Dis. - Pihak polis membongkar dua buah makmal memproses dadah di Seberang Perai pada Jumaat dan Sabtu lepas serta merampas kira-kira 4 kilogram heroin dan syabu bernilai kira-kira RM600,000.
    Empat orang termasuk seorang wanita Thai turut ditahan di dua buah rumah teres di Simpang Ampat dan Bagan Ajam yang dijadikan makmal tersebut.
    Empat buah kereta turut dirampas dalam serbuan itu.
    Timbalan Ketua Polis Pulau Pinang Datuk A. Thaiveegan berkata pihaknya menyerbu sebuah rumah teres di Bagan Ajam pada Sabtu dan menahan seorang lelaki berumur 58 tahun dan wanita Thailand berusia 28 tahun.
    Beliau berkata di situ polis merampas 1.2 kilogram syabu dan 2.28 kilogram heroin serta pelbagai peralatan memproses dadah.
    Lelaki terbabit mempunyai tiga rekod jenayah lampau melibatkan kesalahan dadah dan senjata api, katanya kepada pemberita di sini hari ini.
    Beliau berkata kedua-dua suspek terlibat dalam kegiatan memproses dan mengedar dadah untuk pasaran tempatan dan mereka direman sehingga 28 Disember ini.
    Thaiveegan berkata sehari sebelum itu, pihak polis menyerbu sebuah rumah teres di Simpang Ampat dan menahan seorang lelaki serta seorang wanita yang masing-masing berusia 43 dan 55 tahun.
    Beliau berkata polis turut merampas 700 gram syabu yang telah siap diproses.
    Pasangan terbabit dipercayai menjalankan kegiatan memproses dadah sejak empat bulan lepas di rumah sewa itu dan kedua-dua mereka didapati positif syabu, katanya.
    Mereka direman sehingga 27 Disember ini. - BERNAMA


    Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20131223/je_07/Polis-bongkar-dua-makmal-dadah-4-individu-ditahan#ixzz2oHwyViD8
    © Utusan Melayu (M) Bhd 

    Pemandu lori maut rempuh tol


    KEADAAN lori yang merempuh tiang Plaza Tol Ayer Hitam di Kilometer 9.9 Lebuh Raya SKVE, Sepang, semalam.
    KUALA LUMPUR 22 Dis. - Seorang pemandu lori maut selepas kenderaan yang dipandunya merempuh tiang Plaza Tol Ayer Hitam, di Kilometer 9.9 Lebuh Raya Lembah Klang Selatan (SKVE), Sepang, dekat sini hari ini.
    Jurucakap polis berkata, dalam kejadian pukul 2.50 petang itu, mangsa yang berusia 47 tahun maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah di anggota badan setelah tersepit dalam lori tersebut.
    "Ketika kejadian terdapat satu lorong tol yang dibuka dengan dua buah kereta yang sedang menunggu giliran untuk membuat pembayaran.
    "Namun tiba-tiba, sebuah lori dengan muatan tar dari arah Banting, Kuala Langat ke Kajang merempuh tiang tol di lorong tersebut," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
    Menurut jurucakap itu, pemandu kedua-dua kereta dan juru tol di tempat kejadian tidak mengalami kecederaan.
    Katanya lagi, mayat mangsa dihantar ke Hospital Serdang untuk bedah siasat dan pihak polis masih menyiasat punca sebenar kejadian itu.
    "Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," ujarnya.


    Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20131223/je_01/Pemandu-lori-maut-rempuh-tol#ixzz2oHwpQO7L
    © Utusan Melayu (M) Bhd 

    Remaja berkelakuan tak senonoh terhadap ibu diberkas


    KOTA BHARU 23 Dis. - Seorang remaja berusia 19 tahun ditahan polis di Taman Intan, Lundang sini, Sabtu lalu selepas bertindak kejam memukul ibu kandungnya sendiri mengunakan sebatang penyapu serta berkelakuan tidak senonoh dengan wanita berkenaan.
    Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Azham Othman memberitahu, suspek yang juga pekerja kilang di bandar ini ditangkap di rumah mereka selepas ibu serta anak perempuannya membuat laporan polis mengenai kejadian tersebut.
    Beliau berkata, dalam kejadian kira-kira pukul 6.30 petang itu, suspek telah mengamuk dengan menyerang dan memukul ibunya sendiri mengunakan sebatang kayu penyapu di bahagian anggota badan sehingga menyebabkan wanita berkenaan mengalami kecederaan.
    Katanya, suspek juga telah bertindak biadab terhadap ibunya, Norul Aini Hassan, 59, yang juga seorang guru apabila sering kali menunjukkan kelakuan tidak senonoh di samping turut memberi gangguan seksual kepada wanita berkenaan.
    "Hasil pemerikasaan yang dilakukan pegawai perubatan dari Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) terhadap mangsa, dia (mangsa) telah mengalami luka dan lebam di bahagian anggota badan seperti paha dan belakang badan.
    "Sebelum ini suspek setiap hari telah berkelakukan tidak senonoh serta bercakap lucah di hadapan ibunya. Suspek juga sering kali menunjukkan aksi perhubungan seks serta membuat ganguan seksual seperti meletakkan tangan di atas dada dan punggung mangsa.
    "Malah mangsa juga diancam dari segi kewangan, fizikal dan mental setiap hari sehingga menyebabkan mangsa berada dalam ketakutan. Suspek juga pernah datang ke sekolah dan mengugut meminta wang daripada mangsa," katanya di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE


    Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20131223/je_10/Remaja-berkelakuan-tak-senonoh-terhadap-ibu-diberkas#ixzz2oHwLsQoi
    © Utusan Melayu (M) Bhd 

    Suspek kes samun cuba rempuh polis, cedera ditembak


    IPOH 23 Dis. - Polis terpaksa melepaskan lapan das tembakan sehingga mencederakan seorang daripada dua suspek kes pecah rumah dan samun selepas mereka cuba merempuh anggota polis dengan kereta di Taman Desa Lawan Kuda, Gopeng di sini, malam tadi.
    Kejadian pukul 10.30 malam itu berlaku ketika sepasukan anggota dari Jabatan Siasatan Jenayah Berat (D9) Perak melakukan rondaan Op Cantas Khas di daerah Gopeng dan menahan sebuah kereta Proton Persona dalam keadaan mencurigakan untuk pemeriksaan. - UTUSAN ONLINE


    Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20131223/je_08/Suspek-kes-samun-cuba-rempuh-polis-cedera-ditembak#ixzz2oHvvBN7f
    © Utusan Melayu (M) Bhd 

    Ladang ayam dikuarantin sebab H5N2


    BEIJING 22 Dis. - Sebuah ladang ternakan ayam di utara negara ini, dikuarantin selepas virus selesema burung H5N2 dikesan merebak, lapor kerajaan tempatan, hari ini.
    Menurut laporan media tempatan, Xinhua, sejumlah 125,700 ekor ayam telah dimusnahkan oleh pihak berkuasa berhampiran bandar Baoding, di wilayah Hebei.
    Jelas Xinhua lagi, sejak Selasa lalu, sebanyak 4,000 ekor ayam di ladang tersebut mati akibat gejala selesema burung.
    Rabu lalu, pihak berkuasa mengesahkan kematian seorang warga emas berusia 73 tahun yang menjadi mangsa pertama virus selesema burung jenis baharu di wilayah Jiangxi. - DPA


    Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20131223/lu_08/Ladang-ayam-dikuarantin-sebab-H5N2#ixzz2oHt077oZ
    © Utusan Melayu (M) Bhd 

    Bas terhumban ke dalam gaung, 14 orang terkorban


    SAO PAULO 23 Dis. - Sekurang-kurangnya 14 orang terbunuh selepas sebuah bas terbabas lalu terhumban ke dalam sebuah gaung sedalam 50 meter dalam satu kejadian di sebuah lebuh raya di sini, semalam.
    Bas yang membawa muatan seramai 50 penumpang itu dalam perjalanan dari Curitiba ke Rio de Janeiro sebelum hilang kawalan di sebuah kawasan hutan berhampiran bandar Sao Paulo.
    Jurucakap pihak lebuh raya, Regis Bittencourt berkata, sebanyak 13 mangsa terbunuh di tempat kejadian, manakala seorang lagi maut ketika menerima rawatan di hospital. - AFP


    Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20131223/lu_09/Bas-terhumban-ke-dalam-gaung-14-orang-terkorban#ixzz2oHqEeV4S
    © Utusan Melayu (M) Bhd 

    Lemaskan Anak Sendiri Kerana Seks

    Rodrigo Rodriguez (29) kini ditahan atas kesalahan menutup mulut bayi beliau Angelina Rodriguez (5 bulan) kerana tidak tahan dengan tangisannya. Rodrigo menutup mulut anak beliau kerana mahu melakukan hubungan seks dengan teman wanita dan ibu kepada Angelina.
     Angela Petrov (21). Angela langsung tidak menghalang Rodrigo dan dikatakan melihat sahaja apa yang dilakukan oleh teman lelaki beliau. Menurut laporan polis, pasangan yang berasal dari Chicago ini hanya menyedari anak mereka tidak benafas pada keesokan harinya.

    Apabila dikejarkan ke hospital Angelina disahkan sudah meninggal dunia. Pihak hospital berkata otak Angelina bengkak kerana kekurangan oksigen. Mereka juga mendapati terdapat kesan kecederaan lama pada tengkorak Angelina yang dipercayai adalah akibat penderaan. Kedua-duanya kini ditahan di penjara dan diletakkan ikat jamain USD 5 Juta.

    Kontraktor maut rempuh tiang

    Kontraktor maut  rempuh tiangKereta dipandu mangsa remuk teruk dalam kejadian di Jalan Tun Razak, awal pagi semalam. 

    Kuala Lumpur: Seorang kontraktor pendawaian maut selepas tercampak keluar dari kenderaannya dalam kemalangan di Jalan Tun Razak di sini, awal pagi semalam.

    Dalam kejadian pada jam 3.30 pagi itu, Seow Choon Wui, 29, yang memandu pacuan empat roda merempuh tiang papan tanda sebelum tercampak keluar dari kenderaannya.

    Pegawai Turus Siasatan dan Perundangan Trafik Kuala Lumpur, Deputi Superintendan Abdullah Roning, berkata kenderaan mangsa dipercayai hilang kawalan sebelum merempuh papan tanda itu.

    Kereta dipandu laju

    “Mangsa dipercayai memandu laju dari arah Jalan Tun Razak menghala ke Bulatan Pahang sebelum merempuh papan tanda itu.

    “Ketika kemalangan, mangsa hanya bersendirian dalam kenderaan itu,” katanya ketika dihubungi, semalam.

    Mayat mangsa dibawa ke Hospital Kuala Lumpur untuk dibedah siasat.

    Jaga lima anak ikat perut tak dapat gaji

    Jaga  lima anak ikat  perut tak dapat gajiSebahagian pengawal keselamatan sebuah syarikat keselamatan menunjukkan laporan polis terhadap majikan mereka di Alor Gajah, semalam. 

    Alor Gajah: Seorang pengawal keselamatan wanita berusia 47 tahun terpaksa mengikat perut bersama lima anaknya serta suami yang terlantar sakit selepas tidak menerima gaji sejak dua bulan lalu.

    Beliau antara 40 pengawal keselamatan dalam daerah ini yang tidak dibayar gaji oleh majikan sejak Oktober lalu hingga terpaksa menahan lapar untuk meneruskan kehidupan, malah masih lagi bekerja dengan syarikat itu.

    L Then Molzy, 47, mendakwa dia bekerja dengan syarikat kawasan keselamatan terbabit sejak lebih setahun lalu bagi membantu menyara keluarga termasuk suami, K Subramaniam, 50, yang menghidap angin ahmar serta lima anak berusia 18 hingga 10 tahun.

    “Saya terpaksa bekerja selepas suami terlantar sakit sejak tiga tahun lalu, tetapi sebelum ini tiada masalah pembayaran gaji seperti ini. Kini, sudah hampir dua bulan saya tidak menerima gaji....bagaimana saya mahu meneruskan kehidupan ini?

    “Tambahan pula, sesi persekolahan akan dibuka bulan depan dan saya belum membeli sebarang kelengkapan persekolahan anak kerana kesempitan wang,” katanya.

    Mozly sebelum itu bersama 20 rakan sekerja yang senasib dengannya membuat laporan terhadap majikan mereka yang didakwa tidak membayar gaji sejak Oktober lalu di Balai Polis Pulau Sebang, di sini, semalam.

    Tangguh bayaran gaji

    Difahamkan, masalah pembayaran gaji kepada kumpulan pengawal keselamatan yang ditugaskan di 11 sekolah itu didakwa bermula sejak Februari lalu apabila syarikat terbabit sering tangguh pembayaran gaji pekerjanya.

    Tindakan itu menyebabkan ada kalangan pengawal keselamatan terbabit terpaksa berhutang lebih RM2,000 dengan saudara-mara dan kedai runcit, bagi membeli barangan keperluan keluarga.

    Seorang lagi pengawal, Mustafa Kasim, 56, mendakwa majikannya turut menipu pekerja apabila mengeluarkan penyata gaji dengan potongan caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), namun apabila disemak di pejabat organisasi itu, potongan terbabit tidak dilakukan majikan.

    "Wang caruman itulah yang sepatutnya menjamin masa depan kami, jika ditimpa sebarang musibah,” katanya.

    Sementara itu, Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Mohamad Laham, mengesahkan menerima laporan berkenaan.

    Siasat ‘orang dalam’ kes curi cip mikro


    2013/12/23
    Balik Pulau: Siasatan polis dalam kes kecurian cip mikro bernilai RM2 juta di Zon Perindustrian Bayan Lepas, di sini, turut membabitkan kemungkinan pembabitan ‘orang dalam’.

    Timbalan Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk A Thaiveegan, berkata pihaknya menyiasat dari semua aspek termasuk bekerjasama dengan polis di Kedah, Perlis dan Perak bagi mengesan suspek.


    Katanya, siasatan kini bertumpu kepada rakaman kamera litar tertutup (CCTV) dan mendapati lebih daripada seorang suspek dipercayai terbabit.

    Bagaimanapun, katanya, suspek dipercayai sudah melarikan diri dari Pulau Pinang tetapi polis di negeri jiran akan turut bekerjasama mengesan mereka.


    Siasat pemandu lori

    “Siasatan lanjut masih dilakukan dalam pelbagai aspek bagi mengenalpasti sama ada ia turut membabitkan orang dalam. Kita juga menjalankan siasatan ke atas seorang pemandu lori berusia dalam 40-an yang ditahan sebelum ini.
    “Siasatan dilakukan mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan iaitu curi dan sabit kesalahan boleh dihukum penjara tujuh tahun atau denda atau sebatan,” katanya.

    Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Dialog Komuniti Skim Rondaan Sukarela, Rukun Tetangga, Pasukan Peronda Sukarela dan Pertubuhan Pasukan Keselamatan Sukarelawan Daerah Barat Daya di Batu Maung, di sini, kelmarin.

    Dalam kejadian jam 9 malam itu, sebuah lori dengan muatan 22 kotak cip mikro bernilai RM5 juta dikatakan dalam perjalanan dari Ipoh, Perak ke Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (LTAPP) sebelum singgah di sebuah kilang untuk mendapatkan dokumen penghantaran.

    Ketika berada di kawasan kilang, lori berkenaan dicuri dan dilarikan sejauh kira-kira 1.5 kilometer sebelum ditemui tidak jauh dari lokasi kejadian pada jam 11.30 malam dan mendapati sebanyak 10 kotak cip mikro bernilai kira-kira RM2 juta hilang.

    Mayat hampir reput dibalut tilam

    Mayat    hampir  reput dibalut tilamAnggota polis mengangkat mayat yang ditemui terdampar di pantai berhampiran Jambatan Pulau Pinang, kelmarin. 

    Georgetown: Seorang nelayan menemui mayat lelaki yang dibalut dengan tilam dan hampir reput terdampar di pantai berhampiran Jambatan Pulau Pinang, di sini, kelmarin.

    Mati dua hari lalu
    Berdasarkan keadaan mayat yang hampir reput dan berbau, polis percaya lelaki terbabit mati sejak dua hari lalu.


    Sepasukan polis dihantar ke lokasi sebaik menerima maklumat berhubung mayat itu pada jam 4.30 petang.

    Mayat lelaki terbabit terdampar di pantai sebuah pulau kecil di situ dalam keadaan berkain sarung tanpa pengenalan diri.

    Timbalan Ketua Polis Daerah Timur Laut, Superintendan Ismail Idris, berkata polis mengkelasifikasikan kes itu sebagai kematian mengejut sementara menunggu hasil bedah siasat Hospital Pulau Pinang berhubung punca kematian.

    Justeru, katanya, orang ramai yang mempunyai maklumat atau kehilangan ahli keluarga diminta menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut di talian 04-2181822 untuk membantu siasatan.

    Lelaki maut dalam runtuhan salji di Alps


    2013/12/23
    GRENOBLE (Perancis): Lelaki warga Perancis maut dalam runtuhan salji ketika melukakan aktiviti ski selama tiga hari di Banjaran Alps bersama rakannya, semalam, kata perkhidmatan kecemasan.

    Runtuhan salji berlaku di kawasan taman negara di bandar Pralognan-la-Vanoise, berdekatan sempadan Itali. Runtuhan itu membawa lelaki 35 tahun berkenaan sejauh 100 meter sebelum mangsa dijumpai mati terperangkap di bawah runtuhan salji.


    Sementara rakannya berjaya menyelamatkan diri dari runtuhan salji itu. - AFP 

    Tiga terselamat helikopter Nuri mendarat cemas


    BEGINILAH keadaan helikopter Nuri yang mendarat cemas di Pulau Perak, Kedah semalam selepas mengalami masalah teknikal.


    ALOR SETAR - Sebuah helikopter Nuri yang dikendalikan Skuadron 3 Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) terpaksa melakukan pendaratan cemas di Pulau Perak dekat Pulau Langkawi di sini kelmarin selepas berlaku masalah teknikal.
    Kejadian pada pukul 11.25 pagi itu menyebabkan empat daripada enam krew dan penumpang mengalami kecederaan termasuk seorang dikatakan patah tangan.
    Ketika kejadian, helikopter yang berpangkalan di Butterworth, Pulau Pinang itu sedang menghantar bekalan kepada anggota tentera di pulau tersebut.
    Menurut sumber, juruterbang terpaksa melakukan pendaratan cemas selepas helikopter hilang kawalan akibat angin kuat di kawasan itu.


    Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=1224&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_01.htm#ixzz2oKwELgjP 
    Hakcipta terpelihara 

    Dua lagi ditahan kes rompakan cip mikro di Pulau Pinang


    2013/12/23
    GEORGETOWN: Polis menahan dua lagi lelaki berhubung kes rompakan cip mikro bernilai RM800,000 milik sebuah kilang elektronik di Zon Perindustrian Bebas (FIZ) Bayan Lepas di sini, Jumaat lalu.

    Timbalan Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk A Thaiveegan berkata mereka yang berusia sekitar 30-an dan 40-an itu ditahan di Ipoh, Perak sehari selepas kejadian.


    Setakat ini polis menahan tiga lelaki termasuk seorang pemandu lori berusia 40-an yang ditahan pada malam kejadian.

    "Seorang dari suspek ada rekod jenayah dadah. Sasaran kita kini ialah untuk menjejaki suspek utama yang dipercayai berada di luar Pulau Pinang," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

    Thaiveegan berkata siasatan masih dijalankan sementara baki 10 kotak cip masih belum ditemui.

    Beliau berkata nilai cip mikro yang keseluruhan terdapat dalam 22 kotak dan dirompak pada jam 9 malam itu sebenarnya bernilai RM1.5 juta dan bukan RM5 juta seperti yang dilaporkan terdahulu.

    Daripada jumlah 22 kotak cip itu, sebanyak 12 kotak ditemui semula dalam sebuah lori berhampiran tempat kejadian selepas polis mengesan kedudukan lori itu menerusi sistem penentu kedudukan global (GPS).
    Polis percaya rompakan itu turut membabitkan orang dalam.

    - BERNAMA

    Anak 'Datuk' mengaku tidak bersalah palsukan dokumen berjumlah RM228,700

    Anak 'Datuk' mengaku tidak bersalah palsukan dokumen berjumlah RM228,700ANGGOTA polis mengiringi Hamdy Mohd Nakhaie, 34, selepas didakwa Mahkamah Seksyen Kuala Lumpur, hari ini atas lapan tuduhan memalsukan dokumen membabitkan RM228,700, tiga tahun lalu. - Foto Khairull Azry Bidin 

    KUALA LUMPUR: Anak lelaki kepada ahli politik bergelar datuk didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, atas lapan tuduhan memalsukan dokumen membabitkan RM228,700, tiga tahun lalu.

    Tertuduh, Hamdy Mohd Nakhaie, 34, yang juga Pengurus Jualan Syarikat Government Integrated Network, mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan sebaik tuduhan dibacakan di depan Hakim Ahmad Zamzani Mohd Zain, sebentar tadi.
    Mahkamah kemudian menetapkan 27 Januari depan untuk sebutan kes.

       

    Pengurus jualan anak syarikat TM didakwa rasuah


    2013/12/23
    SHAH ALAM: Seorang eksekutif anak syarikat Telekom Malaysia (TM) mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas empat pertuduhan menerima suapan berjumlah RM259,250 antara tahun 2010 dan 2011.

    Bagi pertuduhan pertama, Mohamed Puhad Mohamed Liza, 42, iaitu Pengurus Bahagian Jualan di Syarikat GITN Sdn Bhd didakwa memperoleh rasuah melalui cek berjumlah RM44,590 daripada syarikat Numix Engineering Sdn Bhd sebagai upah dalam membantu syarikat itu mendapatkan jualan pemasangan rangkaian Internet tanpa wayar VSAT Ku Band.

    Dia didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah kedai makan No 2, Tingkat Bawah, Jalan Rugbi 13/30, Seksyen 13 di sini antara 2 petang hingga 7 malam pada April, Mei dan Jun 2010.

    Bagi pertuduhan kedua, tertuduh didakwa melakukan kesalahan menerima suapan berbentuk wang tunai berjumlah RM73,320 daripada syarikat sama sebagai upah bagi tujuan sama di Bank Islam Malaysia Berhad cawangan Shah Alam di Jalan Kristal K7/K, Seksyen 7 di sini antara September dan Oktober 2010.

    Sementara itu, bagi pertuduhan ketiga dan keempat, tertuduh didakwa menerima suapan berbentuk wang tunai masing-masing berjumlah RM45,830 dan RM95,510 daripada syarikat sama bagi tujuan sama.

    Kedua-dua pertuduhan didakwa dilakukan di bank berkenaan antara November dan Disember 2010 serta Januari 2011.

    Bagi kesemua kesalahan, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 17(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 yang jika sabit kesalahan boleh dipenjara sehingga 20 tahun dan denda RM10,000 atau lima kali ganda suapan mengikut mana lebih tinggi.
    Terdahulu, peguam yang mewakili tertuduh, Ravin Singh memohon mahkamah mengenakan jaminan yang munasabah, sebab anak guamnya yang berkhidmat dengan syarikat GITN Sdn Bhd selama 18 tahun terpaksa menyara keluarga termasuk lima orang anaknya dengan pendapatan separuh gaji.

    Timbalan Pendakwa Raya Nor Azah Kasran memohon mahkamah mengenakan jaminan RM50,000 bagi kesemua empat pertuduhan.

    Hakim Asmadi Husin kemudian menetapkan jaminan RM35,000 bagi kesemua pertuduhan dengan seorang penjamin dan mengenakan syarat tambahan agar pasportnya diserahkan kepada mahkamah.

    Beliau menetapkan 26 Februari depan sebagai tarikh pengurusan kes dan 12 hingga 14 Mac sebagai tarikh bicara. - BERNAMA

    Lelaki rentung bersama kereta

    Lelaki rentung bersama kereta SEORANG pemandu kenderaan rentung apabila kereta dipandunya terbakar selepas terbabit kemalangan dengan treler membawa muatan papan lapis di hadapan sebuah stesen minyak di Sungai Lalang, Sungai Petani, malam tadi. - Foto Omar Osman

     SUNGAI PETANI: Seorang lelaki maut selepas rentung bersama kenderaan dipandunya selepas terbabit kemalangan dengan sebuah treler di Sungai Lalang, dekat sini, malam semalam.

    Kejadian berlaku kira-kira jam 7.40 malam sejurus kenderaan dipandu mangsa dari arah Bedong menghala pusat bandar ini, bertembung dengan treler sarat dengan muatan papan lapis, berhampiran sebuah stesen minyak di Sungai Lalang, di sini, sebelum kereta berkenaan terbakar.

    Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat, ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu yang mengorbankan satu nyawa, bagaimanapun identiti mangsa ketika ini masih belum dikenal pasti.

    Mengulas lanjut, katanya pihaknya menerima panggilan kecemasan jam 7.45 malam, sebelum dua jentera dengan enam anggota dikejarkan ke lokasi untuk menjalankan kerja menyelamat.

    "Sebaik sampai sebuah kereta yang terbabit kemalangan sedang marak terbakar dengan pemandunya masih berada di tempat duduk pemandu.

    "Kerja pemadaman sepenuhnya berjaya dilakukan, namun mangsa disahkan maut akibat rentung dan mayatnya dibawa ke Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH), di sini, untuk bedah siasat," katanya.