Search This Blog

Sunday, December 22, 2013

Siling klinik kesihatan runtuh

Siling klinik kesihatan runtuhSINAR HARIAN
21 DISEMBER 2013
 KUALA LUMPUR - Siling Klinik Kesihatan Tanglin, Jalan Chenderasari, di sini, runtuh, ketika hujan lebat tengah hari semalam.

Kejadian kira-kira jam 1 petang itu berlaku pada waktu rehat di mana tiada pesakit ketika itu.

Sumber berkata, bunyi dentuman kuat disebabkan siling yang jatuh mengejutkan beberapa kakitangan yang berada dalam klinik berkenaan.

Katanya, siling berkenaan terlebih dahulu menghempap sebuah almari di ruang menunggu sebelum jatuh ke lantai.

“Bahagian bumbung iaitu atap genting juga runtuh mungkin faktor hujan lebat, menyebabkan ia jatuh ke siling lalu berlaku runtuhan.

“Siling diruang menunggu itu memang sudah lama rosak serta bocor dan dalam proses untuk pembaikan. Tetapi belum sempat dibaiki, ia runtuh," katanya.

Kejadian itu bagaimanapun tidak mengakibatkan kecederaan, namun berlaku kerosakan harta benda.

Bangunan klinik yang berusia, dikatakan antara faktor kejadian itu.

Longgokan sampah sebabkan kesesakan di MMR2

Longgokan sampah sebabkan kesesakan di MMR221 Disember 2013

Para pekerja Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) membersihkan longgokan sampah di Jalan Lingkaran Tengah 2 berhampiran Stesen Pemindahan Sisa Pepejal Taman Beringin, Kepong di Kuala Lumpur hari ini. - Foto Bernama

KUALA LUMPUR - Gara-gara Pusat Pemindahan Sampah di Taman Beringin ditutup awal hari ini kerana kerosakan mesin pemampat, kira-kira 2,000 tan sampah dilonggok di bahu Jalan Lingkaran Tengah 2 (MMR2) berhampiran Kepong.
 
Longgokan sampah itu menyebabkan kesesakan jalan yang agak teruk di kawasan berkenaan selain penduduk dan pengguna jalan raya terpaksa menghidu bau tidak menyenangkan.
 
Bernama difahamkan kontraktor sampah melonggokkan sampah yang dikutip mereka di situ kerana tiada pilihan selepas tidak dimaklumkan lebih awal mengenai penutupan pusat tersebut.
 
Sementara itu tinjauan Bernama di situ petang ini mendapati sebahagian besar sampah sudah dibersihkan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur yang menerima aduan daripada penduduk.
 
"DBKL akan siasat perkara ini, saya harap penduduk dapat bersabar sementara menunggu kerja-kerja pembersihan dijalankan," kata Ketua Pengarah DBKL Datuk Salleh Yusop ketika dihubungi Bernama.

Beliau juga tidak dapat memberi jangkaan bila pusat pemindahan sampah itu akan dibuka kembali.
 
Sementara itu, seorang penduduk Gan Chun Wai, 35, berkata beliau menyedari keadaan tersebut pada pukul 8 pagi ketika hendak memulakan perniagaan.
 
"Semasa saya buka kedai saya tengok sudah banyak longgokan sampah yang dibuang di bahu jalan dan kami mengadu kepada DBKL," katanya.
 
Tinjauan Bernama juga mendapati segelintir penduduk mengenakan topeng muka kerana tidak tahan dengan bau busuk daripada saki-baki longgokan sampah di kawasan berkenaan. - Bernama

354 maut dalam kemalangan di Sabah

Joseph Pairin Kitingan
Tan Sri Joseph Pairin Kitingan
21 Disember 2013
TAWAU - Sebanyak 354 orang maut dalam kemalangan jalan raya yang direkodkan bagi tempoh 10 bulan pertama tahun ini di Sabah dan 37 peratus daripada jumlah itu membabitkan penunggang serta pembonceng motosikal.
Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Pembangunan Infrastruktur negeri Tan Sri Joseph Pairin Kitingan berkata berdasarkan rekod, Kota Kinabalu mencatatkan kemalangan jiwa tertinggi dengan 49 kematian diikuti Lahad Datu (46), Tawau (34) dan Sandakan (23).
Beliau berkata statistik cawangan Trafik Polis Diraja Malaysia (PDRM) Sabah itu menunjukkan kadar kemalangan di negeri ini masih di tahap membimbangkan.
Dalam usaha mengurangkan kadar kemalangan, pelbagai langkah dijalankanterutamanya oleh pihak Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR) dan PDRM bagimeningkatkan kesedaran pengguna jalan raya, katanya.

"Kerajaan juga melaksanakan beberapa langkah untuk mengurangkan kadar kemalangan termasuk inisiatif pendidikan, kejuruteraan, penguatkuasaan dan
persekitaran," kata Pairin.
Beliau berkata demikian dalam teks ucapan sempena Kempen Keselamatan JalanRaya Musim Perayaan Krismas 2013 dan Seminar Keselamatan Jalan Raya di sini hariini yang disampaikan Pembantu Menteri Pembangunan Infrastruktur negeri DatukGulamhaidar Khan Bahadar.
Turut hadir Pengarah JKJR Sabah Herdiansyah Abdul Karim dan Timbalan Presiden Majlis Perbandaran Tawau Tai Yun Wu. - Bernama

Sebelas wanita Filipina ditahan di Batu Sapi


21 Disember 2013

SANDAKAN - Seramai sebelas wanita warga Filipina ditahan dalam serbuan Op Cantas Khas Laut di sebuah rumah atas air di kawasan Kampung Sundang Laut, Batu Sapi di sini kira-kira jam 4 petang semalam.
   
Komander Pasukan Polis Marin Wilayah 4 Sabah Asisten Komisioner Mohamad Madun berkata kesemua wanita yang berumur dalam lingkungan 21 hingga 35 tahun itu ditahan oleh sepasukan polis marin kerana tidak mematuhi peraturan memasuki negara ini.
   
"Mereka memiliki pasport namun tidak mendapat endosmen daripada Jabatan Imigresen; dipercayai datang ke negeri ini untuk mendapatkan peluang pekerjaan.

"Mereka didapati tidak memiliki pas lawatan yang sah dan disyaki menyusup masuk ke daerah ini melalui jalan laut kemudian mendarat tidak melalui pintu masuk yang diwartakan," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.
   
Menurut Mohamad polis marin turut menahan tuan rumah itu, seorang lelaki warga tempatan berusia 57 tahun yang disyaki melindungi pendatang tanpa izin.
 
Kes disiasat di bawah Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/1963 bagi wanita terbabit dan jika sabit kesalahan mereka boleh dikenakan denda tidak melebihi RM10,000 atau tidak lebih lima tahun penjara atau kedua-duanya dan hendaklah juga bertanggungan kepada sebatan tidak lebih daripada enam sebatan.

Manakala lelaki yang melindungi warga asing pula, akan disiasat mengikut Seksyen 55(e) akta yang sama dan jika sabit kesalahan boleh dikenakan denda tidak kurang daripada RM5,000 dan tidak melebihi RM30,000 atau penjara tidak melebihi 12 bulan atau kedua-duanya bagi setiap imigran haram yang dijumpai di premis.
   
Mohamad menegaskan bahawa pasukan polis marin akan terus mempergiat usaha dalam membanteras aktiviti kemasukan pendatang tanpa izin ke negeri ini dengan melakukan rondaan di kawasan perairan dan meningkatkan pengumpulan maklumat risikan.
   
Beliau berkata bagi sebarang maklumat berhubung sebarang kegiatan jenayah dilaut, sungai dan persisiran pantai Sabah khususnya Sandakan orang ramai dialu-alukan menghubungi pejabat polis marin di talian 089-221423 / 221424 / 221453. - Bernama

Nelayan temui mayat terdampar di pulau


22 Disember 2013
GEORGETOWN - Sekumpulan nelayan menemui mayat lelaki dipercayai warga asing dalam keadaan berbungkus dengan tilam terdampar di sebuah pulau kecil berdekatan Jambatan Pulau Pinang, semalam.

Timbalan Ketua Polis Daerah Timur Laut, Superitendan Ismail Idris berkata mayat lelaki itu dijumpai pada pukul 5.30 petang dan dia dipercayai dibunuh di lokasi lain sebelum mayatnya dicampak ke dalam laut.

"Berdasarkan keadaan mayat yang kembung kita percaya dia telah meninggal dunia sejak dua hari lepas," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Ismail berkata polis masih menyiasat punca kematian mangsa.  

Mayat itu kemudiannya dihantar ke Jabatan Forensik Pulau Pinang. - Bernama

Kilang padi Pauh Butut hangus

Kilang padi Pauh Butut hangus
Anggota bomba sukarela membantu memadamkan kebakaran
kilang padi Pauh Butut, semalam.
SINAR HARIAN
22 Disember 2013
BACHOK – Sebuah kilang padi Pauh Butut yang beroperasi sejak 30 tahun lalu, terbakar dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi semalam.

Pengurusnya, Jaffar Mat Husin, 61, berkata, ketika kejadian dia berada di rumahnya di Jelor, Pasir Puteh dan hanya mendapat maklumat mengenai kejadian itu kira-kira jam 5 pagi.

Selepas mendapat berita itu, dia bergegas ke lokasi kejadian ditemani anaknya.

“Saya terkejut dan tak dapat buat apa-apa. Anak yang datang ambil bawa saya ke kilang. Masa tu bomba dah sampai.

“Boleh dikatakan semuanya musnah melibatkan stok padi, beras dan dedak. Anggaran kerugian masih dalam siasatan yang melibatkan semua stok, mesin dan struktur bangunan rosak,” katanya kepada Sinar Harian semalam.

Jaffar berkata, dia reda dengan dugaan itu dan akan berusaha membina semula kilangnya yang menjadi nadi kepada petani setempat.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Daerah Bachok, Ahmad Fakaruddin Berahim berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian pada jam 5.02 pagi dan tiba di lokasi 10 minit kemudian.
Katanya, kekuatan anggota melibatkan lapan anggota Bachok, dua dari Kota Bharu dan 12 anggota bomba sukarela Bachok.
“Kami berjaya mengawal api kira- kira jam 7 pagi dengan dua jentera Bachok dan sebuah 'tanker' dari Kota Bharu.

“Kami perlukan masa yang agak lama untuk mengawal api kerana bahan yang ada dalam premis ini mudah terbakar. Bahan-bahan ini perlu dibawa keluar terlebih dahulu untuk memudahkan proses memadam api sebab air tak akan sampai hingga lapisan bawah padi,” katanya.

Kontraktor maut kereta rempuh tiang papan tanda


22 Disember 2013

KUALA LUMPUR - Seorang kontraktor pendawaian maut selepas tercampak keluar daripada pacuan empat roda miliknya yang terputus dua selepas merempuh tiang papan tanda di Jalan Tun Razak di sini awal pagi tadi.
 
Dalam kejadian kira-kira 3.30 pagi itu, Seow Choon Wui, 29, meninggal dunia di tempat kejadian.
 
Pegawai Turus Siasatan dan Perundangan Trafik Kuala Lumpur, Deputi Superitendan Abdullah Roning berkata kenderaan mangsa dipercayai hilang kawalan.
 
Mangsa dipercayai memandu laju dari arah Jalan Tun Razak menghala ke Bulatan Pahang sebelum merempuh papan tanda itu, katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.
 
Ketika kemalangan, mangsa hanya bersendirian dalam kenderaan tersebut. - Bernama

Rumah ranap ditimpa pokok

Rumah ranap ditimpa pokok
22 Disember 2013

 Saerah (kiri) menunjukkan keadaan rumahnya kepada seorang kakitangan Muip Rompin yang datang melawat.

ROMPIN - Sebuah keluarga di Kampung Batu 7, Janglau 4, di sini melalui detik cemas selepas rumah mereka dihempap dua pokok sekali gus selepas angin kencang melanda kampung itu kira-kira jam 11.45 malam, Selasa lalu.

Pada malam kejadian, Saifuddin Johan, 40, bersama isteri, Saerah Jaafar, 35, serta tiga anak mereka sedang menonton televisyen di rumah.

Saerah berkata, ketika kejadian, dia terdengar bunyi angin kencang di sekeliling rumahnya.

“Saya rasa tak sedap hati dan ajak suami dan anak-anak lari ke rumah jiran sebelum kejadian tidak diingini berlaku,” katanya.

Bagaimanapun katanya, belum sempat mereka sampai ke rumah jiran, tiba-tiba pokok kelapa dan kuinin berhampiran rumah tumbang menimpa kediaman mereka.

“Ketika itu, saya dan anak anak-anak sudah berada di luar tapi suami masih di dalam rumah kerana sedang mematikan kesemua suis elektrik.

“Kami tergamam seketika kerana terkejut dan fikirkan keselamatan suami yang masih berada dalam rumah, mujur dia sempat lari selamatkan diri,” katanya.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Rompin, Shamsul Affendy Sulaiman berkata, aduan mengenai kejadian itu diterima pada jam 7.20 pagi keesokan hari.

Menurutnya, seramai enam anggota bergegas ke tempat kejadian untuk tujuan menyelamat.

“Tiada kemalangan jiwa dilaporkan, cuma anggota mengambil masa untuk memotong pokok kuinin yang agak besar.

“Kesemua mangsa kini menetap di rumah mereka kerana masih ada bahagian rumah yang tidak ranap namun sekiranya hujan lebat atau angin kencang, mereka akan menumpang di rumah jiran,” katanya.

Dalam pada itu, nasib yang menimpa keluarga mangsa mendapat perhatian Majlis Ugama Islam Dan Adat  Resam Melayu Pahang (Muip) Rompin, namun sehingga kini, mereka masih belum menerima bantuan.

Orang ramai yang ingin menghulurkan sumbangan boleh menghubungi Saerah di talian 010-5721343.

Peniaga gempar hujan ais landa Perak

Peniaga gempar hujan ais landa PerakSINAR HARIAN
 22 Disember 2013

Keadaan khemah peniaga di satu lokasi di bandar Taiping. Ketulan hujan batu (dalam bulatan) yang melanda sekitar bandar Taiping, kelmarin dibandingkan dengan saiz syiling 10 sen.

TAIPING – “Rasa seperti ada batu-batu kecil menyakiti tubuh saya,” itu antara pengalaman dirasai seorang peniaga dalam satu kejadian ribut, di sini, kelmarin.

Mohamad Kamal Abdul Latiff, 35, berkata, dalam kejadian kira-kira jam 3.30 petang itu, rata-rata peniaga pasar malam yang baru memulakan perniagaan dikejutkan dengan kehadiran angin kencang dan hujan lebat berupa ketulan ais.

Menurutnya, ketika kejadian, dia baru sahaja membuka khemah untuk menjual hasil laut.

"Bagaimanapun, tidak sampai 10 minit, tiba-tiba hujan lebat melanda diikuti ribut hingga menyebabkan beberapa khemah hampir tumbang.

“Saya bersama pekerja terpaksa menahan khemah dari diterbangkan angin, ketika itulah saya dapat rasa tubuh saya seperti dihujani batu-batu kecil,” katanya.

Mohamad Kamal berkata, insiden tersebut pertama kali berlaku sepanjang 10 tahun dia berniaga di kawasan berkenaan.

“Memang tak sangka, lebih-lebih lagi saya sendiri yang alaminya.

"Susulan kejadian ini, hampir semua peniaga tak jadi berniaga dan  mengemas barang dan peralatan masing-masing,” katanya.

Difahamkan, selain merosakkan khemah peniaga, beberapa papan tanda turut tumbang akibat ribut namun tiada kemalangan jiwa atau kecederaan dilaporkan.

Pusat pameran perabot musnah terbakar

Pusat pameran perabot musnah terbakarSINAR HARIAN
 22 Disember 2013 Anggota bomba memadam kebakaran di tingkat satu sebuah pusat pameran perabot. Foto: Jabatan Bomba dan Penyelamat Wilayah Persekutuan.

KUALA LUMPUR - Sebuah pusat pameran perabot di Jalan Sultan Ismail, di sini, musnah dalam kebakaran, malam kelmarin.

Komanden Operasi Kanan Bomba Kuala Lumpur, Che Shaari Abdullah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan jam 7.17 malam dan seramai 39 anggota tiba dengan tujuh buah jentera ke lokasi kejadian 21 minit kemudian.

“Sebaik tiba di tempat kejadian, api sedang marak memusnahkan hampir 70 peratus bahagian di tingkat satu premis itu. Bagaimanapun kita berjaya mengawal kebakaran itu pada pukul 7.42 malam.”

"Anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Titiwangsa, Hang Tuah dan Sentul terlibat dalam operasi itu” katanya

Beliau berkata, tiada kemalangan jiwa dilaporkan, sementara punca kejadian dan jumlah kerugian masih dalam siasatan.

Tidak sabar, pemandu lori longgok sampah di tepi jalan


Alam Flora dan DBKL terpaksa membersihkan sampah yang dilonggokkan di tepi jalan oleh segelintir pemandu lori sampah di Kepong, Kuala Lumpur, semalam. - MINGGUAN/AZLAN HADI ABU BAKAR
KUALA LUMPUR 21 Dis. - Gara-gara tidak sabar menunggu giliran, segelintir pemandu lori sanggup melonggokkan sampah yang diangkut untuk dihantar ke sebuah pusat pengumpulan di satu laluan dari Batu Caves menuju Kepong hari ini.
Menurut sumber, tindakan pemandu lori melonggokkan sampah di tepi jalan raya berpunca kerosakan mekanikal salah sebuah mesin pemampatan sampah di pusat tersebut.
"Pemandu yang tidak sabar menunggu terlalu lama untuk membawa sampah ke pusat pengumpulan sampah tersebut di Taman Beringin, Kepong telah mengambil keputusan melonggokkan sampah sejak tengah malam semalam.
"Tindakan mereka menyebabkan satu lorong jalan raya terpaksa ditutup di hadapan pusat pengumpulan berkenaan mengakibatkan kesesakan jalan raya sehingga beberapa kilometer," katanya ketika ditemui di sini.
Sementara itu, Pengarah Jabatan Kesihatan dan Alam Sekitar Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Dr. Hayati Abdullah yang kesal dengan kejadian tersebut berkata, pihaknya sudah menjalankan kerja-kerja pembersihan sampah yang dibuang di tepi jalan raya berkenaan.
"DBKL dan Alam Flora telah melakukan kerja-kerja pembersihan bermula kira-kira pukul 8 pagi dan selesai pada pukul 5 petang ini merangkumi proses mengangkut dan mencuci jalan menggunakan semburan air.
"Bagi mengelakkan kejadian ini berulang, pihak DBKL dan Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal Negara akan meletakkan beberapa penguat kuasa memantau keadaan di situ," katanya.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20131222/dn_10/Tidak-sabar-pemandu-lori-longgok-sampah-di-tepi-jalan#ixzz2oBFJKPnm
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Mangsa culik dibebas tanpa pembayaran wang


AN Wei Chang melambai tangan sebaik sahaja selamat tiba di negara asalnya Taiwan pada pukul 1.16 petang semalam.
KUALA LUMPUR 21 Dis. - Pembebasan wanita warga Taiwan yang menjadi mangsa culik kumpulan pengganas Abu Sayyaf di Pulau Pom Pom sejak 15 November lalu adalah hasil kejayaan rundingan tiga pihak bersama penculik terbabit tanpa melibatkan sebarang pembayaran wang.
Menurut sumber, tiga pihak yang melakukan rundingan bersama kumpulan penculik itu bagi membebaskan An Wei Chang, 58, ialah polis Filipina, Malaysia dan Taiwan.
"Proses mendapatkan pembebasan tebusan dibuat secara taktikal dengan penuh hati-hati dan penuh kesabaran.
"Hinggalah akhirnya penculik bersetuju dengan rundingan yang dilakukan bersama polis Filipina, Malaysia dan Taiwan itu," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Semalam, Wei Chang diselamatkan oleh pihak keselamatan marin Filipina kira-kira pukul 4 petang. Kumpulan penculik telah membebaskan mangsa tebusan di kawasan Barangay Liban, Talipao, Sulu.
Dalam kejadian pada 15 November lalu, seorang pelancong lelaki warga Taiwan, Lin Min Hsu, 57, ditembak mati sementara Wei Chang diculik kumpulan terbabit.
Semasa kejadian, mereka berada di sebuah calet yang terletak di atas air di pulau tersebut sebelum didatangi sekumpulan lelaki bersenjata.
Dalam pada itu, Wei Chang telah selamat tiba di negara asalnya menaiki pesawat dari Manila, Filipina pada pukul 1.16 petang hari ini.
Dia kemudian terus dibawa ke ibu pejabat polis Taiwan bagi menghadiri sidang akhbar bersama Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Taiwan pada pukul 3 petang.
Sementara itu, memetik satu rakaman video ucapan Wei Chang ketika dibawa keluar dari sebuah hospital di Jolo, dia sempat mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak berkuasa Filipina.
"Saya hanya mahu menyatakan amat menghargai pihak marin Filipina yang memberi pertolongan amat besar, terima kasih banyak-banyak," ujarnya ringkas.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20131222/dn_08/Mangsa-culik-dibebas-tanpa-pembayaran-wang#ixzz2oBF55MT9
© Utusan Melayu (M) Bhd 

TV3 diarah bayar RM320,000


KUALA LUMPUR 21 Dis. - Mahkamah Tinggi, di sini memerintahkan Sistem Televisyen Malaysia Bhd. (TV3) membayar ganti rugi RM320,000 kepada bekas pelajar Akademi Fantasia musim kedua (AF2), Nurul dan suaminya, berhubung tuntutan menyiarkan gambaran visual bersifat fitnah dalam rancangan Melodi, dua tahun lalu.
Hakim Datuk Nor Bee Ariffin membuat keputusan itu hari ini dengan kehadiran peguam David Dev Peter yang mewakili pasangan Nurul atau nama sebenarnya, Nurullah Zawawi, 31, dan Mohd. Munzil Muhamad, 30, manakala TV3 diwakili dua peguam, R. Divya Nair dan Wee Jason.
Turut hadir di galeri awam untuk mendengar keputusan itu adalah Mohd. Munzil dan keluarganya namun Nurul tidak kelihatan.
Dalam penghakiman Hakim Nor Bee menetapkan RM250,000 sebagai ganti rugi manakala selebihnya sebagai kos perundangan.
Pasangan itu selaku pihak plaintif memfailkan pernyataan tuntutan pada 5 September 2011 dengan mendakwa saluran televisyen itu antara pukul 12.30 tengah hari dan 1.30 petang, 26 Jun tahun sama menyiarkan fitnah mengenai status perkahwinan serta hal ehwal peribadi mereka melalui rancangan Melodi.
Selain TV3, mereka menamakan penerbit Melodi Azman Abd. Ghafar, wartawan hiburan, Michelle Wee Lili, syarikat ALT Media Sdn. Bhd. dan abang kandung Nurul, Bustamam Zawawi sebagai defendan pertama hingga ketujuh.
Nurul dan Mohd. Munzil menyatakan, gambaran visual yang disiarkan membawa maksud antaranya, perkahwinan mereka tidak sah di sisi undang-undang dan agama selain menipu ibu bapa serta keluarga dan jahil dalam soal agama.
Hakim Noor Bee membuat keputusan setelah mengupas semua insiden yang berlaku dalam kes saman itu selain mendapati pembelaan pihak defendan tidak dapat dibuktikan.
Tambahan pula menurut beliau, Mahkamah Rendah Syariah Hulu Langat telah mengesahkan pernikahan mereka mengikut hukum syarak.
Selain itu, ujar Hakim Noor Bee, Nurul telah cuba mendekati bapa kandungnya tetapi usaha itu tidak berjaya.
Dalam saman tersebut, pasangan itu menyatakan akibat penyiaran visual oleh pihak defendan, reputasi mereka telah dianggap sebagai rendah.
Sehubungan itu pasangan terbabit menuntut ganti rugi teruk, ganti teladan selain injunksi agar tidak mengulangi fitnah tersebut.
Mohd. Munzil sebelum ini seorang pensyarah di sebuah universiti tempatan kini sedang melanjutkan pengajian ke peringkat doktor falsafah (PhD) di sebuah universiti luar negara.
Beliau juga sebelum itu pernah bertugas sebagai Timbalan Pendakwa Raya di Jabatan Peguam Negara.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Mahkamah/20131222/ma_01/TV3-diarah-bayar-RM320000#ixzz2oBEiZLWn
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Buru geng tahi

Oleh MOHD JAMILUL ANBIA MD DENIN
Ipoh: Polis bandar raya ini berusaha menjejaki kumpulan penjenayah biadab yang didakwa mempunyai hobi aneh gemar membuang air besar di rumah mangsa selain meninggalkan najis di ruang tamu kediaman diceroboh masuk.
Kumpulan penjenayah terbabit yang mendapat jolokan geng tahi dipercayai mengamalkan ilmu hitam berdasarkan perbuatan itu yang pernah dilakukan penjenayah warga asing bagi tujuan memukau penghuni kediaman.
Sumber polis berkata, penjenayah dikesan gemar memecah masuk kediaman melalui pintu belakang sebelum menggeledah rumah mangsa bagi mencari barang berharga terutama wang, barang kemas, komputer dan telefon bimbit.

Menurutnya, dalam kes terbaru, kumpulan penjenayah terbabit dikesan memecah masuk rumah di Taman Aked, Menglembu, di sini, ketika penghuninya keluar atas urusan perniagaan.
Foto
KEADAAN ruang tamu rumah mangsa yang digeledah suspek.

“Kejadian pecah masuk rumah itu hanya disedari pemilik rumah apabila pulang ke kediamannya pada jam 2 petang, kelmarin.

Bukit sampah hadang lebuh raya

Bukit sampah hadang   lebuh rayaKira-kira 2,000 tan sampah dibuang di atas Lebuh Raya Lingkaran Tengah 2.

Pemandu lori ambil jalan mudah letak bahan buangan selepas mesin pemampat rosak

Kuala Lumpur: Kira-kira 2,000 tan sampah sarap yang dilonggokkan di atas Lebuh Raya Lingkaran Tengah 2 (MRR2) berhampiran Stesen Pemindahan Sisa Pepejal Taman Beringin di sini, mencetuskan kesesakan lalu lintas di laluan itu, pagi semalam.

Tindakan itu berpunca daripada perbuatan pemandu lori yang mengambil jalan mudah, membuang bahan buangan di situ dan sekitar stesen pemindahan sisa pepejal terbabit, selepas mesin pemampat di situ dikatakan mengalami kerosakan.

Pemandu lori terbabit dikatakan berbuat demikian kerana marah, berikutan kegagalan pengurusan stesen berkenaan memaklumkan kepada mereka mengenai kerosakan dialami, menyebabkan mereka sukar melupus sampah yang sudah dibawa ke situ.


DBKL siasat

Pembuangan sampah di tepi jalan itu dipercayai dilakukan sekitar awal pagi semalam oleh pemandu lori yang tiba di situ, selain difahamkan kontraktor yang mengendalikan stesen berkenaan juga sudah ditamatkan kontrak.

Ketua Pengarah Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Datuk Salleh Yusop, berkata pihaknya akan menjalankan siasatan berhubung kejadian itu bagi mengenal pasti puncanya.
“Saya harap penduduk dapat bersabar sementara menunggu kerja-kerja pembersihan dijalankan,” katanya.

Kerja pembersihan sampai sarap dari lokasi terbabit dimulakan jam 9 pagi semalam, menggunakan lori dan jengkaut milik Alam Flora dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

BH difahamkan, Alam Flora sudah diarahkan melakukan kerja pemindahan sampah-sarap daripada stesen pemindahan sisa pepejal berkenaan ke Bukit Tagar.

Tinjauan mendapati, seramai 30 pekerja Alam Flora dikerah melakukan kerja pembersihan sampah di kawasan berkenaan yang bukan saja menyebabkan kesesakan lalu lintas, malah menyebabkan berlakunya pencemaran bau.

800 jemaah umrah tersadai

800 jemaah umrah tersadaiSebahagian daripada 200 penumpang pakej umrah terkandas di sebuah hotel di Bayan Baru, Pulau Pinang, semalam. 

Georgetown: Kira-kira 800 jemaah umrah dari seluruh negara tidak dapat menunaikan hasrat itu apabila pesawat yang sepatutnya membawa mereka ke Jeddah, Arab Saudi, tidak muncul.

Mereka yang sepatutnya berlepas dari beberapa lapangan terbang di seluruh negara tidak kesampaian meskipun sudah membayar RM6,100 seorang kepada agensi yang beribu pejabat di Alor Setar, Kedah.

Akibatnya, ada jemaah dikatakan terpaksa menginap di hotel, inap desa atau menumpang rumah saudara selepas syarikat itu menangguhkan perjalanan mereka sebanyak empat kali.

Ghazali Kasar, 53, yang sepatutnya berlepas bersama 18 ahli keluarganya, berkata agensi swasta berkenaan mendakwa berlaku masalah teknikal yang tidak dapat dielakkan.

Beliau berkata, mulanya mereka dijadualkan berlepas pada 5 Disember lalu melalui penerbangan terus dari Pulau Pinang ke Jeddah tetapi ditangguhkan kepada 10 Disember.


Empat kali tangguh
“Kami mengesyaki ada sesuatu yang tidak kena apabila menerima penangguhan kali ketiga dan keempat pada Khamis lalu dan hari ini (semalam).

“Selain kami, saya difahamkan 800 jemaah yang sepatutnya berlepas dari Pulau Pinang, Kuala Lumpur dan Terengganu turut terkandas,” katanya ketika ditemui di sebuah hotel di Bayan Baru di sini, semalam.

Ghazali berkata, beliau sekeluarga kini hilang kepercayaan terhadap agensi itu dan mendesak mereka bertanggungjawab di atas segala kesusahan yang dialami jemaah, termasuk menyewa hotel dengan perbelanjaan sendiri.

Katanya, akibat masalah itu, kebanyakan jemaah membatalkan hasrat untuk menunaikan umrah, sebaliknya pulang ke rumah masing-masing.

Lapor polis

“Saya difahamkan semua mangsa akan membuat laporan polis dan Kementerian Pelancongan serta mengambil tindakan guaman terhadap agensi itu, selain menuntut ganti rugi.

“Kami berasa ditipu agensi itu yang sebelum ini dikatakan mempunyai rekod baik dalam menyediakan perkhidmatan haji dan umrah sejak 25 tahun lalu,” katanya.

Sementara itu, usaha BH mendapatkan komen pengurusan syarikat berkenaan gagal apabila pengurusnya tidak dapat dihubungi.

496 pengawal keselamatan asing ditahan


2013/12/22
Kuala Lumpur: Seramai 496 pengawal keselamatan warga asing ditahan dalam operasi bersepadu sejak 1 November hingga 17 Disember lalu.

Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Datuk Seri Abdul Rahim Mohamad Radzi, berkata daripada jumlah itu, 461 pengawal keselamatan rakyat asing haram manakala 35 orang lagi menggunakan kad pengenalan palsu atau milik orang lain.


Berikutan itu, katanya, sebanyak 30 surat tunjuk sebab dikeluarkan kepada syarikat kawalan keselamatan yang didapati melanggar Akta Agensi Persendirian 1971.

“Operasi penguatkuasaan bersepadu itu bagi menangkap pengawal keselamatan asing haram selain memantau kesalahan dilakukan syarikat kawalan keselamatan di seluruh negara,” katanya dalam kenyataan, semalam.


43 syarikat dibatal lesen

Abdul Rahim berkata, sejak 2010 hingga kini, kementerian menggantung dan membatalkan lesen 43 syarikat kawalan keselamatan kerana pelbagai kesalahan mengikut akta berkenaan.
Beliau berkata, kementerian akan terus meningkatkan penguatkuasaan terhadap penggunaan senjata api di semua syarikat agensi persendirian dan pengawal keselamatan.

Katanya, permohonan dan lesen membawa dan mengguna senjata api kini diperketatkan termasuk mewajibkan pengawal keselamatan membuat pengesahan cap jari secara biometrik serta hadir sendiri di ibu pejabat polis berkaitan.

“Pada masa sama, kementerian juga mengaudit semua syarikat keselamatan berlesen bagi mengenalpasti syarikat bermasalah selain untuk sistem pengkelasan mengikut kualiti dan keupayaannya.

“Sistem yang dicadang dilaksana pada Mac 2014, akan menjadi panduan agensi kerajaan, swasta dan masyarakat untuk melantik syarikat keselamatan,” katanya.

Abdul Rahim berkata, berikutan operasi bersepadu itu juga, permohonan untuk melakukan tapisan terhadap pengawal keselamatan oleh syarikat turut meningkat.

“Sebelum ini, kementerian menerima antara 2,500 hingga 3,000, tetapi sejak November hingga 19 Disember lalu, sebanyak 12,600 permohonan diterima,” katanya.

Jaring mayat

Oleh MOHAMAD HAIRI AZMI THAM
Sungai Siput: “Saya terkejut sebaik melihat mayat manusia sudah kembung tersangkut pada jaring di dalam sangkar ikan,” kata Abdul Rahman Abu Bakar, 58, yang menemui mayat remaja, Muhammad Ismail Mazalan, 13, yang hilang selepas lemas sejak petang Khamis lalu.
Dia yang bertugas di Lembaga Koperasi Kospeta Malaysia Berhad menemui mayat remaja itu ketika turun ke sangkar ikan di petak A berhampiran tebing Sungai Perak, Kota Lama Kiridi sini, untuk melakukan pemeriksaan rutin sekitar jam 8.30 pagi semalam.

“Bagaimanapun, saya terkejut apabila melihat satu objek hitam terlekat pada jaring di dalam sangkar ikan itu. Saya kemudian memerhatikannya secara lebih dekat sebelum mendapati ia mayat manusia.
“Mayat itu berseluar pendek dan tidak berbaju. Saya yakin mayat itu remaja lelaki yang dicari anggota penyelamat sejak petang Khamis lalu di sepanjang Sungai Perak,” katanya.

Menurutnya, pasukan polis dan bomba kebetulan sedang melakukan tugas mencari mangsa di kawasan berhampiran sangkar ikan itu. “Susulan itu saya segera mengejar mereka dan menjerit memanggil anggota penyelamat bagi memaklumkan penemuan mayat itu,” katanya.

Menurutnya, mayat remaja itu yang terapung di dalam sangkar ikan kemudian dikeluarkan anggota penyelamat sebelum dihantar ke Hospital Sungai Siput untuk tindakan lanjut.
Foto
ANGGOTA penyelamat mengeluarkan mayat yang tersangkut pada jaring ikan. Gambar kecil Muhammad Ismail.
“Penemuan mayat remaja itu amat mengejutkan dan saya bagai diberi ‘tanda’ awal. Malah saya tidak lena tidur sejak malam kelmarin tanpa sebab. Hati saya kerap teringatkan sangkar ikan seolah-olah ada sesuatu akan berlaku di situ,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Sungai Siput (Utara), Deputi Superintendan Ernest John yang dihubungi berkata, mayat mangsa ditemui kira-kira empat kilometer dari lokasi dia terjatuh pada jam 1.30 tengah hari, Khamis lalu.
Menurutnya, hujan lebat malam kelmarin di hulu Sungai Perak dipercayai menghanyutkan mayat mangsa ke sangkar ikan berkenaan. “Mayat mangsa sudah dihantar ke Hospital Sungai Siput untuk bedah siasat sebelum diserahkan kepada ahli keluarga untuk pengebumian,” katanya.

Dalam kejadian Khamis lalu, mangsa yang sedang memancing ikan bersama empat rakan lain berhampiran Jambatan Victoria, Karai di sini, dikatakan lemas dan tenggelam ketika cuba mengalihkan kayu besar yang terapung.

Mangsa yang cuba diselamatkan rakan-rakan dikatakan terlepas pautan tangan sebelum dihanyutkan arus deras sungai berkenaan.
Artikel ini disiarkan pada : 2013/12/22

Banjir lagi...

Oleh ROSLI ILHAM
Chukai: “Saya hanya sempat menyelamatkan dokumen penting saja selepas air mula masuk ke rumah kira-kira jam 6 pagi tadi (semalam),” kata Adam Othman, 54, mangsa banjir dari Kampung Labohan, Kerteh, dekat sini, semalam.
Dalam kejadian semalam, hujan lebat disusuli angin kencang selama empat jam menyebabkan sebahagian rumah penduduk kampung berkenaan dinaiki air.

Adam berkata, dia kemudian bergegas ke rumah adiknya yang terletak bersebelahan dengan kediamannya berikutan air naik dengan cepat.
“Hujan sangat lebat menyebabkan air melimpah ke atas jalan utama. Saya sendiri gagal menyelamatkan pelbagai perabot di dalam rumah kerana air naik semakin tinggi,” katanya. Peniaga kedai makan, Razali Mohamad, 63, berkata dia segera ke kedainya selepas menerima panggilan daripada penduduk kampung kira-kira jam 6 pagi.

“Saya yang tinggal di kampung Kemasik dan segera ke kedai. Ketika itu air sudah setinggi 1.5 meter memenuhi ruang kedai makan menyebabkan tiga unit peti sejuk tidak boleh digunakan lagi,” katanya.

Zainab Endut, 68, pula berkata, hujan lebat semalam menyebabkan tanah di sekitar terutamanya bahagian hadapan rumahnya terhakis teruk.
Artikel ini disiarkan pada : 2013/12/22

Hutang RM5,000 jadi RM15,000


Oleh FIRDAUS SAHAT
Kuala Lumpur: Memberi pinjaman dengan hanya menandatangani borang perjanjian kosong kepada pekerja kilang. Itu antara taktik terbaru beberapa syarikat pinjaman wang di ibu kota untuk memeras peminjam bagi mendapatkan keuntungan mudah.

Yang Dipertua Persatuan Keselamatan Pengguna Kuala Lumpur (PKP) Samsudin Mohamad Fauzi berkata, beberapa syarikat pinjaman wang sudah dikenal pasti melakukan perbuatan itu.


“Mereka syarikat yang berlesen. Namun cara memberikan pinjaman sama seperti along. Baru-baru ini, 17 pekerja sebuah syarikat automotif tampil berjumpa saya kerana terpedaya dengan beberapa syarikat ini.

“Syarikat terbabit menyasarkan pekerja kilang dan memberi pinjaman dengan hanya menandatangani beberapa dokumen perjanjian tidak lengkap. Selepas meminjam contohnya sebanyak RM5,000, dokumen terbabit dipalsukan dan angka pinjaman ditingkatkan kepada RM10,000 hingga RM15,000.


“Malah, mangsa juga diperdaya apabila syarikat terbabit menggunakan dokumen palsu dan membawa kes berkenaan ke mahkamah. Akhirnya, semua akaun simpanan mangsa dibekukan peguam syarikat terbabit. Ini satu penganiayaan dan penipuan,” katanya.


Sehubungan itu, Samsudin berkata PKP membawa semua mangsa membuat laporan polis bagi mendapatkan keadilan.

“Hari ini (semalam), seramai lapan peminjam tampil membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak dan selebihnya bakal melakukan perkara sama tidak lama lagi.


“Mereka membuat laporan polis kerana ditipu dan terpedaya dengan syarikat terbabit. Dalam masa sama, syarikat pinjaman wang itu memanipulasi borang perjanjian. Mereka juga tidak menyerahkan salinan dokumen itu kepada peminjam.



“Berbekalkan dokumen palsu itu, mereka mengaut keuntungan ratusan ribu ringgit sehingga menyebabkan akaun simpanan peminjam dibekukan. Bayangkan, bagaimana mangsa mahu menyara keluarga jika wang simpanan tidak dapat dikeluarkan? “Syarikat terbabit bijak menggunakan undang-undang dan mengambil kesempatan terhadap mangsa yang tidak mampu mengupah peguam untuk membela mereka di mahkamah,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/12/22

Lori hilang bersama mikrocip RM800,000


Balik Pulau: Seorang pemandu lori ditahan polis bagi membantu siasatan berkaitan kehilangan 10 kotak mikrocip bernilai kira-kira RM800,000 dalam sebuah lori yang dicuri di sebuah kilang di Bayan Lepas di sini, kelmarin.

Kejadian berlaku kira-kira jam 9.30 malam apabila lori satu tan itu dipandu lelaki terbabit yang berusia lingkungan 40-an dari Ipoh, Perak ke Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (LTAPP) sebelum singgah di sebuah kilang bagi mengambil beberapa dokumen.


Timbalan Ketua Polis Daerah Barat Daya Deputi Superintendan Lai Fah Hin berkata, ketika lelaki itu meninggalkan lorinya untuk mengambil dokumen tanpa disedari lori terbabit hilang dipercayai dicuri.

Menurutnya, berdasarkan maklumat lori berkenaan membawa 22 kotak mikrocip dan satu laporan polis dibuat bagi tindakan lanjut.


"Hasil siasatan yang dilakukan, polis terpaksa menahan pemandu lori berkenaan untuk membantu siasatan.


"Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan kerana mencuri dan sabit kesalahan boleh dihukum penjara sehingga tujuh tahun atau denda atau sebatan," katanya.

Lai berkata, orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu diminta menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Barat Daya di talian 04-8662222 atau mana-mana balai polis berdekatan.



Artikel ini disiarkan pada : 2013/12/22

Nelayan jumpa mayat terdampar di pulau berhampiran Jambatan Pulau Pinang


2013/12/22
GEORGETOWN: Sekumpulan nelayan menemui mayat lelaki dipercayai warga asing dalam keadaan berbungkus dengan tilam terdampar di sebuah pulau kecil berdekatan Jambatan Pulau Pinang, semalam.

Timbalan Ketua Polis Daerah Timur Laut Supt Ismail Idris berkata mayat lelaki itu dijumpai pada jam 5.30 petang dan dia dipercayai dibunuh di lokasi lain sebelum mayatnya dicampak ke dalam laut.


"Berdasarkan keadaan mayat yang kembung kita percaya dia telah meninggal dunia sejak dua hari lepas," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Ismail berkata polis masih menyiasat punca kematian mangsa.

Mayat itu kemudiannya dihantar ke Jabatan Forensik Pulau Pinang. - BERNAMA 

200 terkandas


Georgetown: Hasrat lebih 200 jemaah mengerjakan umrah menerusi pakej ditawarkan agensi swasta tidak kesampaian apabila terkandas di Bayan Lepas di sini, sejak beberapa hari lalu berikutan tiada penerbangan walaupun setiap seorang sudah membayar lebih RM6,100.

Lebih malang, beberapa keluarga termasuk warga emas dan kanak-kanak terpaksa tidur di tepi jalan, luar hotel, homestay dan rumah sanak-saudara selepas pesawat dari Jeddah yang dijadual membawa jemaah tidak muncul.


Ghazali Kasar, 53, yang mewakili 18 ahli keluarganya berkata, wakil agensi yang menguruskan umrah mereka mendakwa berlaku masalah teknikal yang tidak dapat dielakkan.

Menurutnya, sepatutnya semua jemaah terbabit dijadualkan berlepas 5 Disember lalu melalui penerbangan terus dari Pulau Pinang ke Jeddah tetapi ditangguhkan sebelum dimaklumkan akan bertolak pada 17 Disember.


Katanya, penangguhan itu dibuat agensi berkenaan yang beroperasi di Alor Setar dan membabitkan jemaah dari Pulau Pinang, Kuala Lumpur dan Terengganu yang keseluruhan 800 orang.


“Kami hairan dan mengesyaki ada sesuatu yang tidak kena apabila ia ditangguh buat kali ketiga dan keempat pada Khamis dan hari ini (semalam),” katanya ketika ditemui di Bayan Baru di sini, semalam.

Ghazali berkata, sikap berdolak-dalik agensi terbabit menyebabkan mereka hilang kepercayaan dan mendesak mereka bertanggungjawab terhadap segala kesusahan dialami jemaah hingga terpaksa menyewa hotel.


Menurutnya, disebabkan masalah itu ada jemaah membatalkan hasrat untuk menunaikan umrah dan pulang ke rumah masing-masing.



“Saya difahamkan lebih 200 penumpang dari Alor Setar juga terkandas dan selepas ini semua mangsa yang terbabit akan mengambil tindakan terhadap agensi berkenaan selain menuntut ganti rugi. Kami menanggung kerugian apabila diperdaya agensi itu yang sebelum ini mempunyai rekod baik dalam perkhidmatan haji dan umrah,” katanya.


Sementara itu, usaha Metro Ahad mendapatkan maklum balas daripada agensi terbabit gagal kerana pengurusnya tiada di pejabat.

Rodok perut lepas ditegur


Arau: Seorang lelaki yang juga adik kepada pemilik sebuah kedai makan, di sini, koma akibat cedera parah di belakang badan selepas dirodok menggunakan pisau pemotong sayur oleh seorang pekerja lelaki warga Thailand, malam kelmarin.

Kejadian berlaku di Kampung Guar Sanji, di sini, kira-kira jam 9.15 malam selepas suspek berusia 19 tahun terbabit dipercayai naik angin selepas ditegur mangsa supaya membuat kerja.


Difahamkan, ketika kejadian, mangsa berusia 28 tahun sedang membersihkan dalam kedai makan yang baru ditutup bersama dua lagi pekerja di situ termasuk suspek yang kebetulan memegang sebilah pisau sepanjang 10.1 sentimeter.

Ketua Polis Daerah Arau Superintendan Mohd Nadzri Hussain ketika dihubungi berkata, mangsa dipercayai dirodok sebanyak tiga kali di bahagian belakang oleh suspek.


Katanya, kejadian dipercayai berpunca apabila mangsa menegur suspek agar membersihkan kedai yang kemudian mengundang rasa marah lelaki warga Thailand berkenaan.


“Sebaik mendengar teguran daripada mangsa yang dikenali sebagai ‘Sham’ yang juga adik kepada pemilik kedai makanan berkenaan, suspek meluru ke arah mangsa yang ketika itu membelakanginya sebelum merodok bahagian belakang mangsa sehingga rebah.

“Mangsa yang dalam kesakitan kemudian cuba menyelamatkan diri sebelum menjerit meminta pertolongan,” katanya.


Menurutnya, salah seorang pekerja dan orang ramai yang mendengar jeritan mangsa kemudian membantu lelaki terbabit sebelum menahan suspek yang ketika itu didapati sudah mula hilang pertimbangan.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/12/22

Disedut ombak

Laporan dan Foto KHAIRUL HAMIZY RAMLEE
Marang: “Ombak terlalu besar dan tidak sampai lima minit saya ditarik sejauh 100 meter,” kata Mohamad Zulhilmi Zakaria, 17, menceritakan detik cemas apabila dia bersama empat ahli keluarga nyaris lemas di Pantai Rusila, di sini, semalam.
Zulhilmi yang berasal dari Klang, Selangor, berkata dalam kejadian jam 2.30 petang itu, dia bersama dua kakaknya, Siti Nadia Zakaria, 26, dan Siti Natasha Zakaria, 23, mandi bersama sambil diperhatikan ahli keluarga lain.
Menurutnya, ketika bermain ombak, dia dan dua kakaknya itu tidak menyedari ditarik ombak sehingga berada semakin jauh dari persisir pantai.

Katanya, kedalaman air pantai berkenaan menyebabkan ketiga-tiga mereka hilang kawalan dan tidak mampu berenang melawan ombak besar.
Foto
HAIRY (kanan) melihat keadaan bapa tirinya yang masih lemah.

“Kami terpaksa menjerit meminta bantuan daripada ahli keluarga yang berada di tepi pantai. Abang ipar, (Hairy Abd Razak, 24) kemudian segera berenang menyelamatkan dua kakak yang hampir lemas itu dan membawa mereka ke tepi pantai sebelum berenang sekali lagi untuk menyelamatkan saya.
Artikel ini disiarkan pada : 2013/12/22

Maritim tahan empat bot pukat tunda


2013/12/22
Parit Buntar: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Pengkalan Kuala Kurau menahan empat bot pukat tunda atau turut dikenali bot pukat kenka dan sembilan nelayan dalam dua operasi berasingan, sejak kelmarin.

Ketua APMM Pengkalan Kuala Kurau, Leftenan Komander V Siva Kumar, berkata tangkapan pertama dilakukan sepasukan anggotanya pada jam 11.03 pagi kelmarin, selepas mengesan dua bot pukat tunda di perairan Tanjung Piandang, di sini.


Katanya, nelayan terbabit dikesan menangkap ikan di perairan nelayan pantai iaitu kurang lima batu nautika dari pesisir pantai.

“Ketika pasukan penguat kuasa tiba di lokasi, empat nelayan dalam bot itu didapati leka menaikkan pukat dan hasil tangkapan mereka ke dalam bot.

“Pemeriksaan juga menemukan enam bakul besar dipenuhi ikan dipercayai hasil penggunaan pukat tunda itu,” katanya.

Siva berkata, tangkapan kedua dilakukan di kawasan perairan sama pada jam 6.15 pagi semalam, apabila dua bot turut dikesan melakukan kegiatan menangkap ikan menggunakan pukat tunda di luar waktu operasi yang dibenarkan.

“Bot itu cuba melarikan diri tetapi dipintas anggota penguat kuasa dan peme-riksaan menemui 14 bakul besar dipenuhi hasil tangkapan,” katanya.

Lori bawa cip mikro dilarikan

Lori bawa  cip mikro dilarikanPolis menjalankan siasatan ke atas lori yang ditemui selepas dilarikan di FIZ di Bayan Lepas, kelmarin. 

Balik Pulau: Sebuah lori dengan muatan 22 kotak cip mikro dilaporkan hilang di luar sebuah kilang elektronik di kawasan Zon Perindustrian Bebas (FIZ) di Bayan Lepas, kelmarin.

Timbalan Ketua Polis Daerah Barat Daya, Deputi Superintendan Lai Fah Hin, berkata kehilangan lori itu disedari pemandunya pada jam 9.30 malam sejurus keluar dari kilang berkenaan selepas mengambil dokumen.

Katanya, pemandu itu dikatakan dalam perjalanan dari Ipoh, Perak, ke Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (LTAPP) sebelum singgah di kilang berkenaan.

“Lori itu baru tiba dari Ipoh dan diletakkan sebentar di luar kilang kerana pemandunya mahu mengambil dokumen. Tetapi selepas dia keluar, kenderaan itu didapati telah hilang,” katanya di sini, semalam.

Polis kemudian mengesan lori yang dilengkapi sistem penentu kedudukan global (GPS) itu tidak jauh dari lokasi kejadian, pada jam 11.30 malam.

Fah Hin berkata, pemeriksaan ke atas kenderaan itu mendapati 10 daripada 22 kotak cip mikro, bernilai kira-kira RM800,000, yang dibawa pemandu lori itu hilang.

Tahan pemandu lori
Berikutan itu, katanya, pemandu lori berusia 40-an berkenaan membuat laporan polis untuk tindakan lanjut.

“Kami menahan lelaki ini untuk membolehkan kes disiasat lebih lanjut mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan iaitu curi yang memperuntukkan hukuman penjara tujuh tahun atau denda atau sebatan jika didapati bersalah.

“Kami sedang mengesan suspek utama rompakan ini dan sebahagian besar cip yang dipercayai telah dibawa keluar dengan menggunakan kenderaan lain,” katanya.

Orang ramai yang ada maklumat mengenai kejadian itu diminta menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Barat Daya (IPDBD) di talian 04-8662222 atau datang ke mana-mana balai polis berdekatan.

Lahir anak dalam tandas



Beijing: Seorang penuntut tahun pertama universiti mengejutkan penduduk Kunming apabila melahirkan anak dalam tandas asrama sebelum menghadiri kelas.

Pelajar itu dilaporkan melahirkan anaknya dalam tandas kolej vokasional dihadirinya sekitar jam 6 pagi sebelum menghadiri kelas seolah-olah tiada apa yang berlaku.


Tangisan bayi itu didengar pelajar lain yang terus mendapatkan bantuan guru.

Tidak seorangpun rakannya menyedari dia hamil, malah mereka percaya apabila dia mendakwa saiz badannya disebabkan sudah gemuk.


Pusat khas dibina di seluruh negara untuk mengekang masalah pembuangan bayi, namun masih ramai wanita memilih membuang anak dilahirkan luar nikah. - Agensi
Lahir anak dalam tandas
Cetak
Beijing: Seorang penuntut tahun pertama universiti mengejutkan penduduk Kunming apabila melahirkan anak dalam tandas asrama sebelum menghadiri kelas.

Pelajar itu dilaporkan melahirkan anaknya dalam tandas kolej vokasional dihadirinya sekitar jam 6 pagi sebelum menghadiri kelas seolah-olah tiada apa yang berlaku.


Tangisan bayi itu didengar pelajar lain yang terus mendapatkan bantuan guru.

Tidak seorangpun rakannya menyedari dia hamil, malah mereka percaya apabila dia mendakwa saiz badannya disebabkan sudah gemuk.


Pusat khas dibina di seluruh negara untuk mengekang masalah pembuangan bayi, namun masih ramai wanita memilih membuang anak dilahirkan luar nikah. - Agensi

2 askar Britain serang masjid dipenjara


Rakaman CCTV menunjukkan Stuart Harness dan Gavin Humphries membuat bom untuk menyerang Pusat Kebudayaan Islam Grimsby, London pada Mei lalu. - AGENSI
LONDON 21 Dis. - Sebuah mahkamah di Hull menjatuhkan hukuman penjara selama enam tahun ke atas dua bekas askar Britain yang didapati bersalah selepas menyerang sebuah masjid untuk membalas dendam terhadap pembunuhan seorang askar negara ini.
Stuart Harness, 34, dan Gavin Humphries, 37, didapati bersalah melontar bom buatan sendiri ke Pusat Kebudayaan Islam Grimsby ketika aksi mereka di situ dirakam kamera litar tertutup (CCTV) yang disangka telah ditutup.
Rakaman CCTV berkenaan yang disiarkan dalam mahkamah, menunjukkan aksi kedua-dua defendan membuat bom sehingga melancarkan serangan terbabit.
Hakim mahkamah, Mark Bury menjatuhkan hukuman tersebut selepas kedua-dua tertuduh mengaku melakukan serangan itu yang boleh mengancam nyawa orang lain.
"Jenayah ini merupakan keganasan yang sengaja disasarkan terhadap agama lain dengan tujuan membalas dendam.
"Tindakan sedemikian tidak boleh diterima dan hukuman yang setimpal perlu dilaksanakan sebagai pengajaran serta menghalang perkara itu berlaku lagi," katanya.
Bury turut menjatuhkan hukuman tiga tahun penjara ke atas defendan ketiga Daniel Cressey yang menafikan dakwaan dia membantu dua bekas askar terbabit untuk melakukan serangan tersebut.
Harness dan Humphries melancarkan dua serangan bom petrol ke atas masjid itu pada 26 Mei lalu, empat hari selepas Lee Rigby dibunuh oleh dua lelaki Britain yang dikaitkan dengan kumpulan pengganas al-Qaeda, Michael Adebolajo, 29, dan Michael Adebowale, 22 tahun.
Semalam, Adebolajo dan Adebowale, disabitkan kesalahan membunuh Lee Rigby dan akan dijatuhkan hukuman pada awal tahun depan. - AGENSI


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20131222/lu_04/2-askar-Britain-serang-masjid-dipenjara#ixzz2o9OAeJlt
© Utusan Melayu (M) Bhd 

496 pengawal keselamatan asing ditahan

 
KIRA-KIRA 40 pengawal keselamatan syarikat Unigaya Protection System melakukan pemeriksaan identiti masing-masing di Jabatan Pendaftaran Negara di Putrajaya semalam.


KUALA LUMPUR - Seramai 496 orang pengawal keselamatan warga asing ditahan dalam operasi bersepadu yang dijalankan sejak 1 November hingga 17 Disember lalu.
Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri (KDN), Datuk Seri Abdul Rahim Mohamad Radzi berkata, daripada jumlah itu, 461 ditahan kerana menjadi pengawal keselamatan warga asing secara haram manakala 35 orang lagi kerana menggunakan kad pengenalan palsu atau milik orang lain.
Beliau berkata, kesemua ditahan dalam satu operasi penguatkuasaan bersepadu oleh KDN, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Imigresen dan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) yang diselaraskan di bawah sebuah pasukan petugas bermula 1 November sehingga suatu tempoh masa yang akan ditentukan kelak.
"Operasi dijalankan secara berterusan bagi menangkap pengawal-pengawal keselamatan warga asing haram dan juga bagi memantau kesalahan yang dilakukan oleh syarikat-syarikat kawalan keselamatan di seluruh negara," kata beliau dalam satu kenyataan di sini semalam.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=1222&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_10.htm#ixzz2o9KqQ5aQ 
Hakcipta terpelihara 

Bincang berpisah sejak 4 bulan lalu


AMIRUDDIN dan Nooraida pada sidang akhbar di Kuala Lumpur baru-baru ini.


KUALA LUMPUR - Pasangan Amiruddin Osman dan Nooraida Abdul Mutalib, wanita yang digosipkan mempunyai skandal dengan pelakon Adi Putra berbincang untuk berpisah sejak empat bulan lalu sebelum akhirnya bercerai Khamis lalu.
Menurut Amiruddin, 56, bukan mudah untuknya melafazkan cerai terhadap Nooraida, 30, namun keputusan itu dibuat atas persetujuan bersama.
"Saya dan Nooraida telah memikirkan hal ini (perceraian) sejak empat bulan lalu, ia langkah terbaik untuk kami berdua.
"Setiap perkara yang berlaku ada hikmahnya. Saya harap orang lain tidak membuat penilaian atas apa yang berlaku dan menghakimi Nooraida melalui penampilannya. Dia wanita yang baik dan saya lebih mengenalinya," katanya ketika dihubungi di sini semalam.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=1222&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_09.htm#ixzz2o9Kci6fs 
Hakcipta terpelihara 

Kilang padi berusia 30 tahun terbakar, pemilik rugi besar



ANGGOTA bomba memadamkan api yang memusnahkan sebuah kilang padi di Bachok, Kelantan semalam.


BACHOK - Seorang pemilik kilang memproses padi rugi besar apabila premisnya yang telah berusia lebih 30 tahun itu terbakar dalam kejadian di Kampung Pauh Butut dekat sini semalam.
Kebakaran pukul 4 pagi itu mengakibatkan kilang milik Jaffar Mat Husin, 53, hampir musnah manakala beras dan beberapa jentera memproses padi hangus.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Bachok, Fakaruddin Berahim berkata, pihaknya terpaksa mengambil masa yang lama untuk memadamkan api di situ ekoran premis tersebut menyimpan banyak bahan bakar aktif seperti dedak dan padi.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=1222&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_08.htm#ixzz2o9KHy3IM 
Hakcipta terpelihara 

Tragedi ngeri ragut dua nyawa


HANAFI


MARANG - Sepasang suami isteri maut selepas kereta Perodua Kancil yang mereka naiki bertembung dengan sebuah lori dalam kemalangan ngeri di Kilometer 47 Jalan Kuala Terengganu-Kuantan di Kampung Air Putih di sini semalam.
Kejadian pukul 4 petang itu menyebabkan Mohamed Hanafi Abdul Manaf, 62, dan isterinya, Rabiah Mat Hussin, 55, dari Kampung Bukit Tiong, Dungun tersepit dan meninggal dunia di tempat kejadian.
Kemalangan dikatakan berlaku apabila sebuah lori dari arah Dungun menghala ke Kuala Terengganu cuba memotong sebuah kenderaan sebelum bertembung dengan kereta mangsa yang datang dari arah bertentangan.
RABIAH


Impak dari kemalangan tersebut menyebabkan kereta dinaiki pasangan itu berpusing dan menyebabkan kecederaan parah ke atas kedua-dua mangsa.
Difahamkan, sebuah van yang berada di belakang kenderaan mangsa turut dirempuh lori terbabit. Pemandu van dan pemandu lori itu bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=1222&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_07.htm#ixzz2o9K8oUx3 
Hakcipta terpelihara 

Kontraktor berdepan tindakan kerana langgar peraturan, jejas imej Kuala Lumpur




KUALA LUMPUR - Kegagalan syarikat kontraktor yang dilantik Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) untuk menguruskan sampah di ibu negara menjadi punca utama sejumlah 2,500 tan sampah terpaksa dilonggokan di bahu Jalan Lingkaran Tengah Dua (MRR2) berhampiran Stesen Pemindahan Sisa Pepejal di Kepong semalam.
Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Abdul Rahman Dahlan (gambar) berkata, pihaknya memandang serius tindakan pemandu lori yang membuang sisa pepejal di sepanjang jalan berkenaan dan akan menyiasat dan mengambil tindakan ke atas mereka yang tidak bertanggungjawab tersebut.
Menurut beliau, perbuatan mereka jelas telah melanggar Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (Akta 672) serta menjejaskan perjalanan kenderaan di MRR2 dan imej Kuala Lumpur.
"Saya ingin memaklumkan bahawa kementerian telah mengambil tindakan segera termasuk oleh semua pihak bertanggungjawab iaitu Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal Negara (JPSPN), Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (PPSPPA) dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dengan meminta bantuan dari Alam Flora bagi menjalankan kerja-kerja pembersihan.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=1222&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_02.htm#ixzz2o9K0cGoj 
Hakcipta terpelihara 

Diberkas bawa peluru ke lapangan terbang


BAYAN LEPAS - Hasrat seorang buruh Indonesia pulang ke kampung halamannya bagi menyambut perayaan Krismas terbantut apabila dia ditahan bersama empat butir peluru yang disimpan di dalam beg pakaian di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (LTAPP) di sini kelmarin.
Lelaki berusia 36 tahun tersebut diberkas pada pukul 5.20 petang apabila pihak berkuasa menemui peluru itu yang disimpan di dalam beg miliknya ketika melalui mesin pengimbas di pintu masuk balai berlepas.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=1222&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_05.htm#ixzz2o9JnhSwr 
Hakcipta terpelihara 

Koperal cedera dirempuh


KOTA KINABALU - Polis memburu dua lelaki yang disyaki telah merempuh seorang anggota polis berpangkat koperal hingga mengakibatkan mangsa tercampak dan cedera parah dalam kejadian di Kampung Air dekat sini kelmarin.
Pemangku Ketua Polis Kota Kinabalu, Superintendan M. Chandra berkata, kejadian pukul 8.30 malam itu berlaku apabila anggota berusia 37 tahun tersebut dirempuh dengan sebuah kenderaan mewah yang dicuri oleh dua lelaki tersebut.
Katanya, ekoran itu, mangsa mengalami kecederaan di badan selain tulang rusuk kirinya patah.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=1222&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_06.htm#ixzz2o9JbU8xP 
Hakcipta terpelihara 

Gagal lagi ke Tanah Suci



SEBAHAGIAN daripada 100 jemaah umrah berbincang sesama sendiri selepas gagal berlepas ke Tanah Suci di LTAPP, Pulau Pinang kelmarin.


BAYAN LEPAS - Bukan sekali tapi empat kali.
Begitulah nasib yang menimpa kira-kira 100 bakal jemaah umrah apabila hasrat mereka untuk terbang ke Tanah Suci malam kelmarin ditunda lagi atas alasan yang sama oleh sebuah syarikat yang menawarkan pakej tersebut.
Antara alasan yang sering digunakan ialah gagal mendapatkan visa dan ketiadaan kapal terbang ke Jeddah.
Lebih mengejutkan, ada dalam kalangan bakal jemaah itu datang dari jauh seperti Kedah, Perak, Perlis, Pahang dan Kuala Lumpur. Mereka merupakan golongan pesara, orang kampung, doktor dan guru berusia dalam lingkungan 40-an.
Rata-rata mereka mengakui tidak dimaklumkan mengenai penangguhan penerbangan tersebut oleh pihak ejen selepas diarahkan datang ke Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (LTAPP) kononnya kapal terbang akan berlepas ke Medan, Indonesia pada pukul 9 malam.
Ada yang datang seawal pukul 5 pagi ke situ selepas dihubungi pihak ejen yang beribu pejabat di Alor Setar, Kedah. Syarikat itu dikatakan telah beroperasi sejak 20 tahun lalu.
Kosmo! difahamkan, terdapat sebilangan mereka menunggu di LTAPP sejak tiga hari lalu sebaik diminta bersiap sedia dengan penerbangan ke Jeddah dan Arab Saudi yang dijangka berlepas pada bila-bila masa.
Seorang bakal jemaah, Mohd. Arshad Ismail (gambar kecil) mendakwa, dia bersama tujuh ahli keluarga lain telah mendaftar di syarikat tersebut sejak Oktober lalu menerusi pakej selama 11 hari.
Menurutnya, mereka dijadualkan berlepas pada 24 November lalu tetapi terpaksa diubah ke 5 Disember sebelum ditunda pada lima tarikh berikutnya, dan terakhir Jumaat lalu.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=1222&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_04.htm#ixzz2o9JJsEZk 
Hakcipta terpelihara