Search This Blog

Tuesday, December 17, 2013

Tempoh reman 'Tuhan Harun' disambung

Harun Mat Saat
KUANTAN 12 Dis. - Tempoh tahanan reman ketua kumpulan ajaran sesat 'Tuhan Harun', Harun Mat Saat yang ditahan di Tangkak, Johor, pada 20 November lalu disambung sehingga Rabu ini.
Ketua Polis Pahang, Datuk Sharifuddin Ab. Ghani berkata, turut disambung reman ialah isteri ketiga Harun, Nor Azida Mohd. Zol, 30, serta pemandunya, Nor Hairi Harun, 41 yang juga ditahan pada hari yang sama.
Beliau berkata, mereka kini ditahan di lokap Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan bagi membantu siasatan berhubung kes pembunuhan Ketua Pegawai Penguat Kuasa Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP), Ahmad Raffli Abdul Majid.
"Siasatan berhubung kes itu kini masih diteruskan dan kesemua mereka yang ditahan termasuk Harun disambung reman sehingga 18 November ini," katanya kepada Utusan Malaysia hari ini.
Kesemua mereka direman sejak 21 November lalu setelah diarahkan oleh Majistret Tuan Ruzuaini Tuan Lah bagi membantu siasatan berhubung kes berkenaan.
Dalam kejadian pada 10 November lalu, Ahmad Raffli maut akibat ditembak dari jarak dekat oleh seorang daripada tiga lelaki berjubah hitam dan berkopiah di hadap rumahnya di Indera Mahkota 2, Kuantan.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar baru-baru ini berkata, suspek yang menembak Ahmad Raffli Abdul Malik telah dikenal pasti dan akan didakwa di mahkamah dalam tempoh terdekat.
Khalid berkata, suspek adalah antara individu yang ditahan oleh polis sebelum ini, bagaimanapun enggan mendedahkan identiti suspek berkenaan.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Mahkamah/20131213/ma_03/Tempoh-reman-Tuhan-Harun-disambung#ixzz2njuh3pKd

© Utusan Melayu (M) Bhd 

Seorang lagi warga India didakwa

Kecoh di Little India Singapura
17 Disember 2013
SINGAPURA - Pasukan Polis Singapura telah menahan seorang warga India berusia 35 tahun berhubung insiden rusuhan di Little India di sini.

Warga India itu akan didakwa di mahkamah pada Selasa atas kesalahan merusuh di bawah Seksyen 147 Kanun Keseksaan.

Setakat ini 35 orang telah didakwa di mahkamah, menurut polis dalam laporan terkini mereka mengenai insdien rusuhan itu.

Pada 8 Disember, rusuhan berlaku di Little India yang tercetus daripada sekumpulan orang awam yang bertindak menyalahi undang-undang selepas satu kemalangan maut melibatkan seorang warga India berusia 33 tahun. - Bernama

Koperal didakwa liwat kanak-kanak perempuan


KOTA BHARU 17 Dis. - Seorang tentera berpangkat Koperal mengaku tidak bersalah di Mahkhamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan meliwat seorang kanak-kanak perempuan yang juga anak jirannya berusia lima tahun di Kampung Guntong, Ketereh di sini, Oktober lalu.
Tertuduh, Che Kamal Hamdan Che Mat, 40, membuat pengakuan tersebut di hadapan Hakim Ahmad Bazli Bahruddin.
Che Kamal Hamdan didakwa melakukan persetubuhan yang bertentangan aturan tabii iaitu dengan meliwat mangsa tanpa kerelaan mangsa di sebuah rumah di Kampung Guntong, Ketereh dekat sini pada pukul 1.30 petang, 14 Oktober lalu.
Anggota tentera itu didakwa mengikut Seksyen 377C Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan boleh juga dikenakan sebatan jika sabit kesalahan. - UTUSAN ONLINE


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Mahkamah/20131217/ma_07/Koperal-didakwa-liwat-kanak-kanak-perempuan#ixzz2njS6bPxc
© Utusan Melayu (M) Bhd 

29 kes hina Islam, institusi raja disiasat SKMM


KUALA LUMPUR 17 Dis. - Sebanyak 29 kes membabitkan penghinaan terhadap Islam dan insititusi raja menerusi laman sosial disiasat Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), setakat Jun lepas.
Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata seorang individu telah disabitkan kesalahan kerana menghina Sultan Johor, Sultan Ibrahim menerusi Facebook dan didenda RM20,000 di Mahkamah Sesyen.
"SKMM menerima sebanyak 36 aduan berhubung penghinaan terhadap Islam. Penggunaan Facebook, Twitter dan blog tidak boleh dikawal sepenuhnya," katanya menjawab soalan Datuk Abdul Rahman Bakar di persidangan Dewan Negara hari ini.
Abdul Rahman bertanya mengenai bilangan kes menghina Islam dalam laman sosial seperti Facebook, Twitter, Youtube dan tindakan yang telah dikenakan terhadap pihak berkenaan selain usaha kementerian untuk memastikan bentuk penghinaan seperti itu tidak berulang.
Ahmad Shabery berkata SKMM melancarkan kempen ’Klik dengan Bijak’ untuk menggalakkan orang ramai membuat pengawal seliaan kendiri supaya mereka menggunakan laman sosial dengan berkesan.
"Kempen ini untuk didik orang ramai supaya membezakan apa yang baik dan tidak baik dalam lama sosial dan yang mana boleh dipercayai dan tidak boleh dipercayai," katanya.
Menjawab soalan tambahan Abdul Rahman sama ada kementerian bercadang mengenakan pendaftaran dan wang cagaran kepada setiap pengguna laman sosial untuk melayari Internet, Ahmad Shabery berkata kementerian tidak bercadang melaksanakannya.
Pada masa ini, katanya Akta Komunikasi dan Multimedia, Akta Hasutan dan Akta Fitnah sudah memadai untuk mengawal dan mengekang aktiviti pengguna laman sosial termasuk 15 juta akaun Facebook. - BERNAMA


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20131217/dn_22/29-kes-hina-Islam-institusi-raja-disiasat-SKMM#ixzz2njJcE1jT
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Dua pemain bola Pahang didenda kerana khalwat


KUANTAN 17 Dis. - Dua pemain bola sepak Pahang, Mohd Amirul Hadi Zainal dan Mohd. Zaiza Zainal Abidin bersama pasangan mereka didenda RM1,000 setiap seorang oleh Mahkamah Rendah Syariah atas tuduhan berkhalwat pada 10 September lalu.
Hakim Syarie Abdul Wahid Md. Ali Al-Fakwie menjatuhkan hukuman tersebut terhadap Mohd Amirul Hadi, 27; Mohd Zaiza, 23, dan pasangan mereka, Zuraida Muhammad, 26, serta Puteri Natalya Nurul Adzween Rosly, 23, selepas mereka mengaku bersalah atas pertuduhan berkenaan. - UTUSAN ONLINE


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Mahkamah/20131217/ma_06/Dua-pemain-bola-Pahang-didenda-kerana-khalwat#ixzz2njIcebhj
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Lebih 68,000 individu usia bawah 45 tahun muflis


KUALA LUMPUR 17 Dis. - Sebanyak 68,299 orang yang diisytiharkan muflis sejak 2005 hingga 2012 adalah individu berusia di bawah 45 tahun, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
Beliau berkata mereka adalah antara 129,640 orang yang bankrap dalam tempoh tujuh tahun itu.
Berikutan itu, katanya, kerajaan menerusi Jabatan Insolvensi Malaysia (MDL) mengatur pelbagai program untuk mendidik golongan belia daripada menjadi muflis.
"Pelbagai program untuk mewujudkan kesedaran masyarakat tentang insolvensi sedang dibuat.
"Promosi melalui media elektronik telah dibuat melalui treler insolvensi serta rancangan bual bicara dalam radio dan televisiyen termasuk radio pihak universiti," katanya dalam jawapan bertulis kepada Senator Datuk Megat Zulkarnain Omardin di Dewan Negara.
Sejak Januari 2012 hingga Oktober 2013, MDL telah melaksanakan lebih 120 program melibatkan belia. - BERNAMA


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20131217/dn_26/Lebih-68000-individu-usia-bawah-45-tahun-muflis#ixzz2njI5tWXi
© Utusan Melayu (M) Bhd 

16 maut pertempuran baharu di Xinjiang


BEIJING 16 Dis. - Sekurang-kurangnya 16 orang maut dalam satu pertempuran antara pasukan polis dan sekumpulan lelaki di wilayah bergolak Xinjiang, semalam.
Menurut laporan laman web berita tianshannet, pertempuran tersebut berlaku apabila pasukan polis yang ketika itu sedang mengesan beberapa suspek jenayah di daerah Shufu berhampiran bandar Silk Road di Kashgar, diserang oleh sekumpulan lelaki yang membawa pisau serta bahan letupan.
"Dua anggota polis terbunuh, manakala 14 lelaki dalam kumpulan tersebut mati ditembak oleh polis," jelas laporan itu.
Kejadian itu berlaku kurang dua bulan selepas serangan di Dataran Tiananmen yang meragut nyawa dua orang, manakala 40 cedera.
Menurut pihak berkuasa, serangan itu dilakukan oleh tiga suspek etnik Uighur yang dikenal pasti sebagai Usmen Hasan, isteri dan ibunya.
Pada bulan lalu, sekurang-kurangnya 11 orang terbunuh termasuk sembilan penyerang dan dua anggota polis dalam satu serangan di balai polis di bandar Serikbuya berhampiran Kashgar.
China merekodkan hampir 200 serangan didakwa dilakukan 'pengganas' di Xinjiang pada tahun lalu, sekali gus memperlihatkan situasi tegang di kawasan yang majoritinya didiami oleh etnik Uighur yang beragama Islam. - AFP


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20131217/lu_05/16-maut-pertempuran-baharu-di-Xinjiang#ixzz2nj8Tu392
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Kebakaran lombong ragut empat nyawa di Kiev


KIEV 17 Dis. - Sekurang-kurangnya empat pekerja lombong terbunuh apabila berlaku kebakaran di lombong batu arang di timur negara ini, semalam.
Kebakaran itu berlaku di lombong Svyato-Pokrovska di wilayah Donetsk kira-kira pukul 11.44 pagi semalam, menurut jurucakap syarikat dalam satu kenyataan.
Ketika kejadian seramai 12 orang pekerja sedang bertugas di lombong tersebut. - AFP


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20131217/lu_01/Kebakaran-lombong-ragut-empat-nyawa-di-Kiev#ixzz2njKKNNO4
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Menteri cedera disamun


KUCHING 16 Dis. - Menteri Muda Kebudayaan dan Warisan negeri, Liwan Lagang berdepan dengan detik cemas setelah disamun dan kenderaannya dilarikan dua lelaki bersenjatakan pisau di pekan Kota Sentosa di sini pagi ini.
Dalam kejadian pukul 6 pagi itu, Liwan, 55, yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Belaga turut cedera di paha dan lutut kanan, manakala ibu jarinya luka setelah bergelut dengan suspek.
Ketua Polis Daerah Padawan, Supritendan Pauzi Bujang berkata, insiden cemas itu berlaku selepas mangsa menghantar anaknya ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (LTAK) berdekatan pekan Kota Sentosa untuk pulang ke Bintulu.
"Selepas menghantar anaknya, mangsa singgah ke pekan Kota Sentosa untuk membeli surat khabar sebelum didatangi dua lelaki yang tidak dikenali ketika hendak keluar dari kenderaan.
"Kedua-dua suspek termasuk seorang daripadanya memakai topeng kemudian mengacukan pisau ke arah mangsa. Mangsa cuba menyelamatkan diri lalu bergelut sehingga cedera," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.
Pauzi berkata, dua penjenayah terbabit kemudian melarikan diri dengan kenderaan mangsa iaitu jenis Toyota Fortuner.
"Mangsa gagal mengecam wajah kedua-dua suspek kerana kejadian berlaku terlalu cepat," katanya sambil memberitahu, polis menyiasat kes itu mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20131217/je_05/Menteri-cedera-disamun#ixzz2nnlrRnih
© Utusan Melayu (M) Bhd 

80 rumah setinggan musnah terbakar


SEBAHAGIAN daripada penduduk hanya mampu melihat rumah mereka musnah dijilat api dalam satu kebakaran memusnahkan 80 pintu daripada 10 blok rumah di Jambatan 1, Kampung Kurnia Jaya, Batu 4, Jalan Apas, Tawau, Sabah, semalam. - BERNAMA
TAWAU 17 Dis. - Lebih 400 penduduk setinggan di Kampung Kurnia Jaya, Batu 4, Jalan Apas di sini tinggal sehelai sepinggang setelah 80 buah rumah mereka berusia lebih 30 tahun musnah dalam kebakaran hari ini.
Dalam kejadian kira-kira pukul 9 pagi itu, dua penduduk berusia 60 dan 42 tahun cedera akibat terjatuh dan sesak nafas.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Tawau, Rudy Fredzek berkata, dua buah jentera dengan 14 anggota telah dikejarkan ke lokasi kejadian sebaik sahaja menerima panggilan pukul 9.05 pagi.
"Kami sukar memadamkan kebakaran kerana faktor angin yang kuat dan keadaan rumah diperbuat daripada papan yang dibina rapat antara satu sama lain. Api hanya dapat dikawal sepenuhnya pada pukul 10.57 pagi.
"Punca dan jumlah kerugian sedang disiasat, tetapi kita tidak menolak kemungkinan kebakaran ini berlaku akibat kecuaian penduduk," katanya di sini hari ini.
Sementara itu, seorang mangsa, Abdul Rajeh Lajah, 59, berkata, sewaktu kejadian dia berada di tempat kerja dan kejadian itu hanya diketahui setelah dihubungi anak perempuannya.
"Meskipun tiada sebarang harta benda dapat diselamatkan, namun saya bersyukur kerana semua ahli keluarga selamat daripada kebakaran ini," katanya yang ditemui di sini hari ini.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20131218/je_04/80-rumah-setinggan-musnah-terbakar#ixzz2nnjxnp8k
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Polis Kelantan lancar Ops Api buru dua penjenayah


BACHOK 17 Dis. - Polis Kelantan melancarkan Ops Api bagi memburu dua penjenayah yang melarikan diri setelah melepaskan tembakan yang mengenai dinding rumah ketika pihak berkuasa itu membuat serbuan di sebuah lokasi penagihan dadah di Kampung Beris Kubor Besar di sini petang ini.
Ketua Polis Kelantan, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman memberitahu,kira-kira 80 anggota polis terlibat termasuk dengan bantuan seekor anjing pengesan dalam ops berkenaan.
"Anggota polis yang terlibat dalam operasi yang dilancarkan serta-merta itu ialah dari Jabatan Siasatan Jenayah dan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan (IPK), unit K9 dan Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Bachok.
"Kawasan operasi bagi memburu penjenayah tersebut adalah di sekitar kawasan Pengkalan Che Kassim dan Kampung Pauh Sembilan," katanya kepada pemberita di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20131217/je_08/Polis-Kelantan-lancar-Ops-Api-buru-dua-penjenayah#ixzz2nniN6dvu
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Dadah RM14 juta dirampas, pegawai kanan ditahan


KUALA LUMPUR 17 Dis. - Polis merampas pelbagai jenis dadah bernilai RM14 juta dalam beberapa serbuan di sekitar Nilai dan Lembah Klang semalam dan Sabtu.
Dalam serbuan oleh Jabatan Siasatan Narkotik itu, beberapa pegawai kanan sebuah agensi penguatkuasaan ditahan bersama empat warga Nigeria. - UTUSAN ONLINE


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20131217/je_07/Dadah-RM14-juta-dirampas-pegawai-kanan-ditahan#ixzz2nniCjxrT
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Bakar diri selepas lamaran ditolak


Aden: Seorang lelaki Yaman berusia 24 tahun menyimbah tubuhnya dengan petrol sebelum membakar dirinya selepas bapa saudaranya menolak lamarannya untuk berkahwin dengan sepupu sendiri.

Polis berkata, lelaki itu dikejarkan ke hospital di Al Mahwit, barat Yaman tetapi meninggal dunia keesokan harinya ketika dirawat.


“Dia mati selepas membakar dirinya.

“Dia bertindak demikian kerana kecewa dan malu selepas bapa saudaranya menolak lamaran untuk berkahwin dengan sepupunya,” kata pegawai penyiasat Kolonel Mohammed Al Nazili. - Agensi

Artikel ini disiarkan pada : 2013/12/27

Atlet angkat berat remaja maut


MELAKA 16 Dis. - Seorang atlet angkat berat remaja negeri ini meninggal dunia selepas motosikal yang ditunggangnya hilang kawalan lalu terhumban ke dalam longkang di Jalan Ayer Leleh, di sini tengah malam tadi.
Dalam kemalangan kira-kira pukul 12.45 tengah malam itu, Muhamad Afiq Rasik, 20, maut di tempat kejadian akibat kecederaan serius di bahagian dalaman badan.
Menurut jurucakap polis, mangsa dan beberapa orang rakannya dalam perjalanan pulang dari arah pusat bandar ke rumahnya di Kampung Ayer Leleh sebelum motosikal jenis Demak miliknya terbabas.
“Dia tercampak dari motosikalnya dan mengalami kecederaan teruk di bahagian dalam badan," kata jurucakap itu ketika dihubungi di sini.
Menurut jurucakap itu lagi, mangsa yang bekerja sambilan sebagai pengawal keselamatan di Sekolah Seri Bandar sejak sebulan lalu kemudian dihantar ke Hospital Melaka untuk bedah siasat.
Sementara itu, jurulatih mangsa, Yuzaimi Yunus, 28, memberitahu, mangsa terlibat dalam sukan angkat berat sejak berumur 17 tahun dan kini dipilih mewakili Melaka.
“Dia sedang giat menjalani latihan angkat berat dan bercita-cita mendapat pingat emas pada Sukan Malaysia (Sukma) di Perlis yang akan berlangsung tidak lama lagi.
“Arwah juga pernah memenangi pingat emas Kejohanan Angkat Berat Remaja Kebangsaan 2013 di Putrajaya bagi kategori 105 kilogram pada Oktober lalu," ujarnya ketika ditemui di bilik mayat Hospital Melaka di sini.
Kakak mangsa, Ernisa, 28, pula memberitahu, mangsa sempat mengambil seorang adiknya yang bekerja di Dataran Pahlawan kira-kira pukul 10.30 malam sebelum keluar semula untuk minum bersama rakannya.
“Jenazah Muhamad Afiq dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Ayer Leleh di sini," katanya.
Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Salehhudin Abd. Rahman ketika dihubungi mengesahkan kejadian.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20131217/je_01/Atlet-angkat-berat-remaja-maut#ixzz2nngxNb9A
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Mayat anak kapal penunda tongkang ditemui terapung


Pegawai perubatan memeriksa mayat, Paulus Ajang yang dibawa anggota polis ke Hospital Umum Sarawak untuk dibedah siasat, di Kuching, Sarawak, semalam.
SANTUBONG 16 Dis. - Tanda tanya tentang kehilangan seorang anak kapal penunda tongkang yang dilaporkan sejak kelmarin, akhirnya terjawab setelah mayatnya ditemui terapung di Teluk Bandung Damai di sini hari ini.
Mayat, Paulus Ajang, 45, ditemui oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) kira-kira pukul 10 pagi di kawasan 7.2 kilometer dari Pantai Santubong.
Ketua Polis Daerah Kuching, Asisten Komisioner Roslan Bek Ahmad berkata, kapten kapal tersebut hanya menyedari anak kapalnya yang berketurunan Kayan itu hilang dan kemungkinan terjatuh ke laut pada pukul 8 malam kelmarin.
"Kapten kapal berkenaan segera melaporkan kehilangan anak kapalnya itu kepada polis dan operasi mencari serta menyelamat telah dijalankan sejak pukul 4.30 petang semalam.
"Polis telah meminta bantuan Maritim Malaysia untuk membantu operasi tersebut kerana lokasi kejadian terletak di tengah laut," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.
Roslan Bek berkata, operasi yang turut dibantu oleh anggota Balai Bomba dan Penyelamat Petra Jaya itu walau bagaimanapun terpaksa dihentikan pada pukul 6 petang semalam berikutan cuaca semakin gelap.
Beliau berkata, operasi menyelamat disambung semula pada pukul 8 pagi ini dan mayat mangsa berjaya ditemui selepas dua jam.
Katanya, semasa ditemui, mayat mangsa masih lengkap berpakaian.
"Mayat Paulus telah dihantar ke bilik mayat Hospital Umum Sarawak (HUS) Kuching untuk dibedah siasat," katanya.
Dalam pada itu, Roslan Bek menasihatkan semua pengendali kapal supaya menitik beratkan aspek keselamatan memandangkan keadaan cuaca yang tidak menentu ketika ini.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20131217/je_02/Mayat-anak-kapal-penunda-tongkang-ditemui-terapung#ixzz2nni10lPd
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Mayat anak kapal penunda tongkang ditemui terapung


Pegawai perubatan memeriksa mayat, Paulus Ajang yang dibawa anggota polis ke Hospital Umum Sarawak untuk dibedah siasat, di Kuching, Sarawak, semalam.
SANTUBONG 16 Dis. - Tanda tanya tentang kehilangan seorang anak kapal penunda tongkang yang dilaporkan sejak kelmarin, akhirnya terjawab setelah mayatnya ditemui terapung di Teluk Bandung Damai di sini hari ini.
Mayat, Paulus Ajang, 45, ditemui oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) kira-kira pukul 10 pagi di kawasan 7.2 kilometer dari Pantai Santubong.
Ketua Polis Daerah Kuching, Asisten Komisioner Roslan Bek Ahmad berkata, kapten kapal tersebut hanya menyedari anak kapalnya yang berketurunan Kayan itu hilang dan kemungkinan terjatuh ke laut pada pukul 8 malam kelmarin.
"Kapten kapal berkenaan segera melaporkan kehilangan anak kapalnya itu kepada polis dan operasi mencari serta menyelamat telah dijalankan sejak pukul 4.30 petang semalam.
"Polis telah meminta bantuan Maritim Malaysia untuk membantu operasi tersebut kerana lokasi kejadian terletak di tengah laut," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.
Roslan Bek berkata, operasi yang turut dibantu oleh anggota Balai Bomba dan Penyelamat Petra Jaya itu walau bagaimanapun terpaksa dihentikan pada pukul 6 petang semalam berikutan cuaca semakin gelap.
Beliau berkata, operasi menyelamat disambung semula pada pukul 8 pagi ini dan mayat mangsa berjaya ditemui selepas dua jam.
Katanya, semasa ditemui, mayat mangsa masih lengkap berpakaian.
"Mayat Paulus telah dihantar ke bilik mayat Hospital Umum Sarawak (HUS) Kuching untuk dibedah siasat," katanya.
Dalam pada itu, Roslan Bek menasihatkan semua pengendali kapal supaya menitik beratkan aspek keselamatan memandangkan keadaan cuaca yang tidak menentu ketika ini.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20131217/je_02/Mayat-anak-kapal-penunda-tongkang-ditemui-terapung#ixzz2nni10lPd
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Rayu pencuri pulangkan abu mayat bapa


London: Sepasang suami isteri berputih mata pada hari Krismas selepas beberapa pencuri melarikan kereta mereka bersama-sama abu mayat milik bapa si isteri.

Michael Savage dan isterinya, Mel berkunjung ke kediaman rakan mereka di Loughton, Essex dari Bridgford Barat di Nottinghamshire pada Isnin.


Berikutan cuaca buruk, mereka berlari masuk ke dalam rumah rakan mereka dan meninggalkan banyak hadiah Krismas dan bekas berisi abu mayat itu di dalam BMW milik mereka, kata polis.

Savage, 29, berkata, abu mayat bapa mentuanya itu sentiasa dibawa bersama ketika menghadiri majlis keraian.


“Kami hanya mahu singgah sebentar kerana angin bertiup kencang ketika itu. Kami tahu kami tidak sepatutnya meninggalkan hadiah dan abu mayat itu di dalam kereta.


“Kami hanya mahu menghirup minuman panas dan berehat sebentar selepas keletihan berada di jalan raya melebihi tiga jam,” katanya.

Menurutnya, abu mayat bapa mentuanya disimpan di kediaman mereka di Nottinghamshire, tetapi dibawa ke mana-mana saja terutama dalam perjumpaan keluarga dan majlis perayaan.

Dia merayu pencuri terbabit memulangkan bekas berisi abu mayat itu ke balai polis berhampiran.

Polis Essex berkata, kereta berkenaan hilang antara jam 11 malam pada Isnin hingga 10 pagi pada Selasa di luar kediaman di Lower Park.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/12/27

Polis sakit mental larikan 4WD, budak 5 tahun


KUNAK 16 Dis. - Seorang anggota polis berpangkat Lans Koperal yang dipercayai sedang bercuti untuk berubat kerana mempunyai masalah mental, melarikan sebuah kenderaan pacuan empat roda (4WD) bersama seorang budak lelaki berusia lima tahun yang juga jirannya di Kampung Bagiang, dekat sini semalam.
Kejadian pukul 10.30 pagi itu berlaku ketika mangsa, Muhamad Said Maskor ditinggalkan sendirian di dalam kenderaan tersebut dalam keadaan enjin dihidupkan oleh abang iparnya yang bekerja sebagai penyelia sebuah syarikat perladangan.
Ketua Polis Daerah Kunak, Deputi Supritendan M. Radzali Mahmud berkata, penyelia berusia 34 tahun yang sedang bersiap-siap untuk ke Lahad Datu itu meletakkan kenderaan berkenaan di hadapan rumah sambil memanaskan enjinnya.
"Selang beberapa minit, mangsa dilaporkan masuk ke dalam rumah dan kesempatan itu digunakan oleh suspek yang tinggal berdekatan melarikan kenderaan bersama budak berkenaan yang berada di tempat duduk belakang," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Menurut M. Radzali, kejadian tersebut disedari bapa mentua penyelia ladang berkenaan, Maskor Mahmud, 50-an, yang berada tidak jauh dari lokasi kejadian.
"Hasil pemeriksaan mendapati suspek berusia 33 tahun merupakan anggota Cawangan Narkotik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Negeri Sembilan.
"Dia yang berasal dari Kampung Bagiang sedang bercuti selama 82 hari bermula 30 September lalu untuk berubat," katanya.
Tambah beliau, pihaknya percaya suspek masih berada di negeri ini dan operasi mengesannya sedang giat dijalankan untuk siasatan mengikut Seksyen 365 dan 379A Kanun Keseksaan.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20131217/je_03/Polis-sakit-mental-larikan-4WD-budak-5-tahun#ixzz2nnhqsbct
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Polis sakit mental larikan 4WD, budak 5 tahun


KUNAK 16 Dis. - Seorang anggota polis berpangkat Lans Koperal yang dipercayai sedang bercuti untuk berubat kerana mempunyai masalah mental, melarikan sebuah kenderaan pacuan empat roda (4WD) bersama seorang budak lelaki berusia lima tahun yang juga jirannya di Kampung Bagiang, dekat sini semalam.
Kejadian pukul 10.30 pagi itu berlaku ketika mangsa, Muhamad Said Maskor ditinggalkan sendirian di dalam kenderaan tersebut dalam keadaan enjin dihidupkan oleh abang iparnya yang bekerja sebagai penyelia sebuah syarikat perladangan.
Ketua Polis Daerah Kunak, Deputi Supritendan M. Radzali Mahmud berkata, penyelia berusia 34 tahun yang sedang bersiap-siap untuk ke Lahad Datu itu meletakkan kenderaan berkenaan di hadapan rumah sambil memanaskan enjinnya.
"Selang beberapa minit, mangsa dilaporkan masuk ke dalam rumah dan kesempatan itu digunakan oleh suspek yang tinggal berdekatan melarikan kenderaan bersama budak berkenaan yang berada di tempat duduk belakang," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Menurut M. Radzali, kejadian tersebut disedari bapa mentua penyelia ladang berkenaan, Maskor Mahmud, 50-an, yang berada tidak jauh dari lokasi kejadian.
"Hasil pemeriksaan mendapati suspek berusia 33 tahun merupakan anggota Cawangan Narkotik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Negeri Sembilan.
"Dia yang berasal dari Kampung Bagiang sedang bercuti selama 82 hari bermula 30 September lalu untuk berubat," katanya.
Tambah beliau, pihaknya percaya suspek masih berada di negeri ini dan operasi mengesannya sedang giat dijalankan untuk siasatan mengikut Seksyen 365 dan 379A Kanun Keseksaan.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20131217/je_03/Polis-sakit-mental-larikan-4WD-budak-5-tahun#ixzz2nnhqsbct
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Mangsa tembak meninggal


Shah Alam: Selepas dua hari bertarung nyawa, penjual kuih yang ditembak ketika bertemu seorang lelaki tidak dikenali di Jalan Sri Pelangi 1, Bestari Jaya, Kuala Selangor, kelmarin, meninggal dunia di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sungai Buloh (HSB), semalam.

Tan Wai Keong, 45, menjalani tiga pembedahan sebelum meninggal dunia terakhir kira-kira jam 1.30 tengah hari akibat kecederaan di perut kerana tembakan berkenaan.


Menurut sumber, mangsa dibawa ke HSB dengan ambulans selepas mendapatkan rawatan di sebuah klinik swasta berhampiran tempat kejadian.



“Mangsa cedera parah selepas tembakan yang dilepaskan suspek dari jarak kurang 10 meter menembusi badannya,” katanya.


Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Selangor Superintendan Mohd Taib Ahmad ketika dihubungi, mengesahkan perkara itu dan berkata, pihaknya sudah mengambil keterangan ahli keluarga mangsa serta beberapa saksi kejadian.


“Setakat ini, tiada perkembangan terbaru mengenai kes berkenaan yang disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan (KK) kerana membunuh.

“Kami masih menyiasat motif kejadian sama ada membabitkan dendam atau sebab lain,” katanya.


Harian Metro semalam melaporkan penjual kuih terbabit sempat menghubungi sepupunya sebelum memandu dalam keadaan berlumuran darah sejauh 150 meter selepas ditembak.

Kejadian berlaku jam 9.30 malam selepas mangsa menerima panggilan telefon daripada seorang lelaki tidak dikenali yang mahu bertemunya di kawasan pembinaan berdekatan rumahnya.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/12/17

Jurukimpal mengaku rompak


Kota Bharu: Akibat melakukan rompakan berkumpulan dengan bersenjatakan pedang dan parang di sebuah butik pengantin tahun lalu, seorang jurukimpal dijatuhi hukuman penjara enam tahun dan sembilan sebatan di Mahkamah Sesyen di sini, semalam.

Hakim Mohd Yusoff Yunus menjatuhkan hukuman itu selepas tertuduh, Mat Zainudin Mansor, 29, mengaku bersalah terhadap tuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah.


Mahkamah memerintahkan hukuman penjara bermula daripada tarikh tertuduh didakwa di mahkamah pada 24 September 2013.



Mengikut pertuduhan tertuduh bersama tiga orang yang masih bebas didakwa melakukan rompakan menggunakan pedang dan parang terhadap terhadap Nur Hanani Hanaffi, 21, dan melarikan enam set rantai leher aksesori pengantin, 10 set kerongsang, satu set subang berlian dan satu loket berlian.


Tertuduh didakwa melakukan kesalahan di Ena Beauty Centre, Lot 6484, Bangunan Hj Ab Halim, Hutan Kuin, Lebuhraya Machang-Tanah Merah, Machang pada jam 6.45 petang, 2 Disember 2012.


Kesalahan didakwa mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama seksyen 397 kanun sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebat jika sabit kesalahan. Berdasarkan fakta kes, ketika mangsa berada di tempat kerjanya, tertuduh masuk ke dalam kedainya.

Apabila mangsa bertanya kepada tertuduh hendak apa, tertuduh bertindak mengambil telefon bimbit mangsa sebelum tiga lelaki yang bersenjatakan pedang dan parang masuk ke dalam kedai berkenaan..


Salah seorang suspek bertindak mengacukan pedang ke arah mangsa sambil mengarahkan mangsa supaya tidak bergerak.

Mangsa melihat kesemua suspek bertindak menggeledah tempat simpanan aksesori dalam almari dan bilik tukar pakaian pengantin sebelum mengambil barang dan melarikan diri dengan menaiki sebuah Proton Waja.


Terdahulu, tertuduh dalam rayuannya memohon hukuman ringan kerana sudah insaf dengan kesalahannya selain perlu menyara keluarganya.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/12/17

Pengarah hotel dituduh noda amah


Ipoh: Seorang pengarah sebuah hotel di Sitiawan, dekat sini, didakwa di Mahkamah Sesyen, Ipoh, semalam, atas tuduhan merogol seorang wanita warga Indonesia yang juga pembantu rumahnya, empat bulan lalu.

Tertuduh, Ting King Siang, 30, didakwa melakukan perbuatan itu terhadap mangsa yang berusia 21 tahun di sebuah rumah bernombor 205, Taman Dinding, Air Tawar, Manjung, jam 1 pagi, pada 27 Ogos lalu.


King Siang, dituduh mengikut Seksyen 376, Kanun Keseksaan dan jika disabitkan kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan.



Tertuduh yang diwakili peguam Mahinderjit Singh, bagaimanapun mengaku tidak bersalah sebaik pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim Madihah Harullah.


Mahkamah kemudian menetapkan kes berkenaan disebut semula pada 6 Februari tahun depan dan membenarkan tertuduh diikat jamin RM10,000 bersama seorang penjamin.


Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Siti Nadia Shariff memaklumkan kepada mahkamah bahawa pihaknya sudah menerima laporan perubatan mangsa berhubung kes terbabit, namun pihaknya masih menunggu laporan ujian asid deoksiribonukleik (DNA).

Sementara itu, di Mahkamah Sesyen berasingan, kes membabitkan seorang suri rumah, Choong Mee Chin, 30, yang didakwa mendera anak perempuannya sehingga parah pada 12 Ogos lalu dan mati 13 hari kemudian, ditetapkan pada 6 Januari depan untuk sebutan semula, berikutan pendakwaan masih memerlukan masa bagi meneliti dan mengemaskini maklumat mengenai kes itu termasuk laporan perubatan dan DNA.


Choong didakwa mengikut Seksyen 31(1), Akta Kanak-Kanak 2001 kerana memukul kepala dan seluruh badan anaknya, Ho Yan Hui, lima tahun, dengan menggunakan kayu rotan di ruang tamu rumahnya di No 19, Laluan Kledang Utara 7, Taman Wang, Menglembu, di sini, kira-kira jam 9 pagi, pada 12 Ogos lalu.

Dia juga didakwa mengikut Seksyen 325, Kanun Keseksaan (KK) iaitu sengaja mendatangkan cedera parah ke atas mangsa pada masa, tempat dan tarikh yang sama.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/12/17

Mangsa tembak meninggal


Shah Alam: Selepas dua hari bertarung nyawa, penjual kuih yang ditembak ketika bertemu seorang lelaki tidak dikenali di Jalan Sri Pelangi 1, Bestari Jaya, Kuala Selangor, kelmarin, meninggal dunia di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sungai Buloh (HSB), semalam.

Tan Wai Keong, 45, menjalani tiga pembedahan sebelum meninggal dunia terakhir kira-kira jam 1.30 tengah hari akibat kecederaan di perut kerana tembakan berkenaan.


Menurut sumber, mangsa dibawa ke HSB dengan ambulans selepas mendapatkan rawatan di sebuah klinik swasta berhampiran tempat kejadian.



“Mangsa cedera parah selepas tembakan yang dilepaskan suspek dari jarak kurang 10 meter menembusi badannya,” katanya.


Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Selangor Superintendan Mohd Taib Ahmad ketika dihubungi, mengesahkan perkara itu dan berkata, pihaknya sudah mengambil keterangan ahli keluarga mangsa serta beberapa saksi kejadian.


“Setakat ini, tiada perkembangan terbaru mengenai kes berkenaan yang disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan (KK) kerana membunuh.

“Kami masih menyiasat motif kejadian sama ada membabitkan dendam atau sebab lain,” katanya.


Harian Metro semalam melaporkan penjual kuih terbabit sempat menghubungi sepupunya sebelum memandu dalam keadaan berlumuran darah sejauh 150 meter selepas ditembak.

Kejadian berlaku jam 9.30 malam selepas mangsa menerima panggilan telefon daripada seorang lelaki tidak dikenali yang mahu bertemunya di kawasan pembinaan berdekatan rumahnya.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/12/17

Hakim diarah benar anak kahwin


New Delhi: Seorang hakim diarahkan mahkamah tertinggi India untuk melepaskan anak perempuannya berusia 30 tahun yang ditahan kerana ingin mengahwini kekasihnya dari kasta berbeza.

Mahkamah Agung semalam memerintahkan Supriya Rathore dibenarkan menemui teman lelakinya, Siddharath Mukherjee.


Mukherjee terpaksa menggunakan proses perundangan untuk membebaskan teman wanitanya daripada tahanan ayahnya yang juga hakim mahkamah tinggi di Rajasthan.



“Beliau sudah dewasa dan bebas membuat pilihannya sendiri,” kata penghakiman dikeluarkan Hakim H L Dattu dan C Nagappan.


Mukherjee sebelum ini memfailkan petisyen mendakwa ayah Supriya - dari kasta Rajput - menentang perkahwinan mereka disebabkan dia dari kasta Brahmin.


Supriya sendiri merayu dibebaskan melalui e-mel kepada pihak polis dan mahkamah ketika ditahan selama sebulan di rumah keluarganya di Jaipur.

Supriya diperintahkan dibawa dibawa ke mahkamah pada 12 Disember lalu untuk perbicaraan yang diadakan semalam. - AFP

Artikel ini disiarkan pada : 2013/12/17

Ilmu terbang belum lengkap


Banyumas: Suspek kes curi mayat di beberapa tanah perkuburan di Cilacap, dekat sini, Resi Rokhis Suhana, 27, dihantar menjalani pemeriksaan psikiatrik di Hospital Daerah Banyumas.

Jurucakap Pusat Psikiatri hospital berkenaan, Hilma Paramita berkata, Resi yang juga dikenali sebagai Satria Pamungkas akan menjalani pemerhatian untuk memastikan sama ada menghidap sebarang masalah sakit jiwa.


Katanya, pemeriksaan dijalankan selama 14 hari.



“Langkah awalnya adalah melakukan pemerhatian terhadap tingkah laku dan konsistensi jawapannya,” katanya.


Menurutnya, Resi diasingkan daripada pesakit lain di kawasan khas dilengkapi jeriji.


Sementara itu, Resi berkata dia tidak menyesali perbuatannya.

“Saya tidak menyesal membongkar kubur dan mencuri mayat bersama kain kafan kerana ilmu saya belum sempurna,” katanya.


Dia mengaku mempelajari ilmu terbang dan halimunan yang memerlukan kain kafan dari dalam kubur.

Menurutnya, syarat itu diperintahkan kepadanya oleh seorang ratu dari Gunung Srandil, di Cilacap.


Resi menerima perintah itu sejak tahun 2004 tetapi ketika itu masih was-was.


“Pada mulanya saya agak was-was namun akhirnya mula melakukannya Oktober lalu. “Selepas kali pertama, saya insaf, namun kemudian melakukannya lagi,” katanya.


Katanya, upacara membongkar kubur dilakukan pada hari tertentu, iaitu Khamis, Jumaat dan Sabtu.


Dia mengaku mengambil kain kafan berserta tali dari makam bayi serta tulang perempuan bersama tengkoraknya di Cilacap.


Dia menafikan terbabit dalam beberapa kes lain di daerah sama. - Agensi

Artikel ini disiarkan pada : 2013/12/17

16 terbunuh di Xinjiang


Beijing: Enam belas orang terbunuh dalam pertempuran antara penduduk tempatan dengan anggota polis di wilayah Xinjiang semalam.

Dua anggota polis adalah antara yang maut.


Portal berita rasmi wilayah itu Tianshan Net berkata, “beberapa penduduk tempatan” melontar bahan letupan malam kelmarin ke arah polis yang memburu suspek sebelum menyerang mereka dengan pisau. Dua daripada anggota polis di bandar Sayibage, di Kashgar terbunuh dan polis menembak 14 penyerang, manakala dua lagi suspek ditahan.



Xinjiang ialah wilayah yang majoriti penduduknya keturunan Uighur dan bergama Islam dan sejak sekian lama berjuang untuk bebas daripada pemerintahan China. Pertempuran terbaru di wilayah itu, termasuk serangan ke atas balai polis sebelum ini menyebabkan puluhan terbunuh sepanjang tahun ini. Aktivis Uighur berpangkalan di Sweden, Dilxat Raxit berkata, kejadian semalam ialah contoh terbaru mengenai bagaimana anggota keselamatan China memilih untuk membunuh suspek.


“Mereka tidak lagi berusaha menangkap dan membicarakan pejuang Uighur itu,” katanya.


November lalu, polis menembak mati sembilan pejuang yang didakwa menyerang sebuah balai polis.

“Polis kini melepasan tembakan untuk membunuh penduduk, kemudian menggelar mereka pengganas.


“Hak penduduk untuk membela diri di mahkamah dirampas,” katanya. Menurutnya, kerajaan biasanya menyifatkan kejadian sedemikian sebagai serangan pengganas yang dikaitkan dengan kumpulan radikal yang berpangkalan di luar negara.

Dalam kebanyakan kes, keganasan yang tercetus berlaku akibat kemarahan kerana ditindas dan undang-undang yang menghalang penduduk Islam beribadah. Oktober lalu, pihak berkuasa China menuduh pejuang Uighur melancarkan serangan dengan merempuh orang damai dengan kenderaan di Dataran Tiananmen sebelum meletupkan kereta itu.


Tiga orang terbunuh dalam kejadian itu sementara puluhan lagi cedera. - AP

Artikel ini disiarkan pada : 2013/12/17

Bas terjun hempap van


Manila: Sekurang-kurangnya 22 maut dan 16 cedera apabila bas membawa penumpang terbabas sebelum terjunam jatuh dari lebuh raya bertingkat dan menghempap sebuah van, semalam.

Rakaman televisyen menunjukkan polis memeriksa kawasan nahas manakala mayat bergelimpangan di sekitarnya.


Van terbabit pula tidak dapat dikenal pasti malah kelihatan seperti selonggok besi putih.



Penumpang yang terselamat Ryan Bresa berkata, bas dinaiki dipandu terlalu laju sehingga pemandunya akhirnya gagal mengawal kenderaan itu.


Superintendan Elizabeth Velasquez berkata, bas itu dikatakan terbabas dari lebuh raya Skyway lalu menghempap van berkenaan yang melalui jalan 9.6 meter di bawahnya dalam kejadian waktu subuh di bandar Paranaque.


Dr Carmencita Solidum berkata, dua pemandu terbabit antara 10 terselamat yang dibawa ke Hospital Paranque.

Katanya, pemandu bas parah manakala pemandu van cedera ringan.


Jurucakap Skyway Operations and Maintenance Corp Ivy Vidal berkata, punca kejadian masih disiasat, namun ketika itu jalan licin akibat hujan.

Sementara itu, saksi Irene Sisperes berkata dia memandu bersama anak perempuannya pada kelajuan 80 kilometer sejam (kmsj) sebelum dipotong bas terbabit. Irene menganggarkan bas itu dipandu pada kelajuan antara 100 dan 110kmsj dalam keadaan langit masih gelap serta hujan.


“Selepas beberapa meter saya lihat bas itu terbabas sebelum jatuh menyebabkan saya menjerit terkejut.


“Ketika itu tiada kenderaan lain,” katanya.


Menurutnya, dia melihat penghadang lebuh raya hancur sebelum terus melaporkan kejadian itu di plaza tol.


Sementara itu, pekerja rumah urus mayat Angelo Dequina berkata, 17 mayat dibawa ke situ dari hospital dan tempat kejadian.


Sementara itu pengerusi Lembaga Pengangkutan, Francais dan Kawalan Winston Ginez berkata, keseluruhan 78 bas Don Mariano Transit Corp digantung perkhidmatan selama 30 hari. - AP

Artikel ini disiarkan pada : 2013/12/17

Mangsa banjir di Pahang terus berkurangan



SURUT. Beberapa orang kanak-kanak bermain air banjir yang semakin surut di Kampung Ganchong, Pekan semalam.


KUANTAN - Keadaan banjir di Pahang bertambah baik dengan jumlah mangsa yang ditempatkan di pusat pemindahan berkurangan kepada 1,263 orang setakat pukul 9 malam tadi berbanding 2,657 orang pada pukul 4 petang semalam.
Menurut Jurucakap Bilik Gerakan Banjir Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang, kesemua mangsa daripada 305 keluarga itu ditempatkan di 16 pusat pemindahan membabitkan 18 kawasan di tiga daerah.
Jumlah tertinggi mangsa masih direkodkan di daerah Pekan namun berkurangan kepada 1,098 orang daripada 272 keluarga di 11 pusat pemindahan berbanding 1,879 orang daripada 470 keluarga di 21 pusat pemindahan pada sebelah petang.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=1217&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_10.htm#ixzz2ng5L1FS9 
Hakcipta terpelihara 

Lelaki bermasalah gagal bunuh diri


KUCHING - Seorang lelaki beristeri dua yang menghadapi masalah rumah tangga cuba terjun dari Aras 3 Menara Dewan Suarah Kuching di sini semalam tetapi percubaannya digagalkan oleh pasukan polis dan bomba.
Sebelum itu, lelaki berusia 32 tahun dan berasal dari Kampung Siol Kandis dekat sini dilihat berada dalam keadaan gelisah di situ.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=1217&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_08.htm#ixzz2ng57C4eX 
Hakcipta terpelihara 

Perlis fatwa ketum haram

JUANDA JAYA menunjukkan artikel mengenai kajian ketum ketika sidang akhbar di Kompleks Dewan Undangan Negeri, Kangar, Perlis semalam.


KANGAR - Jawatankuasa Fatwa Perlis mengharamkan penggunaan daun ketum dan produknya kerana penggunaan tumbuhan itu membawa kerosakan kepada mereka yang menggunakannya.
Mufti Perlis, Datuk Dr. Juanda Jaya berkata, perkara itu diputuskan dalam mesyuarat jawatankuasa pada 30 Oktober lepas dan sudah disembah maklum kepada Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Syed Putra Jamalullail.
Katanya, jawatankuasa memandang serius masalah ketagihan ketum yang boleh mengancam masa depan ummah dan akhir-akhir ini didapati menular dalam kalangan generasi muda termasuk murid sekolah rendah.
Sehubungan itu juga kata Juanda, jawatankuasa tersebut mengusulkan kepada kerajaan agar mewujudkan undang-undang dan hukuman lebih berat bagi mengekang ketagihan ketum.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=1217&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_06.htm#ixzz2ng4yBAhk 
Hakcipta terpelihara 

Menteri Muda Sarawak diacu pisau perompak


KUCHING – Liwan Lagang, Menteri Muda Kebudayaan dan Warisan negeri tidak dapat melupakan kejadian cemas diacu pisau oleh perompak yang kemudian melarikan Toyota Fortuner miliknya di pekan Kota Sentosa di sini semalam.
Cerita Liwan, 55, sehingga sekarang beliau masih trauma dan tidak boleh melupakan saat-saat menjadi mangsa rompakan.
Bagaimanapun, kata Liwan, beliau bersyukur kerana hanya cedera di paha kanan, lutut dan ibu jari kiri akibat bergelut dengan penjenayah bersenjata tajam itu.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=1217&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_03.htm#ixzz2ng4mz829 
Hakcipta terpelihara 

Polis tampar warga asing ditukar



AKSI-aksi tindakan anggota polis yang dipercayai menampar dan mengeluarkan kata-kata kesat terhadap warga asing yang tersebar di YouTube sejak 13 Disember lalu.


GEORGE TOWN - Anggota polis yang dipercayai terbabit dalam kejadian menampar seorang daripada warga asing di Bayan Baru Jumaat lalu ditukar serta-merta ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Barat Daya, Balik Pulau.
Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata, langkah itu diambil sementara menunggu siasatan yang dijalankan oleh Bahagian Tatatertib Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pulau Pinang.
"Anggota polis berkenaan sudah ditukarkan serta-merta dan kini ditugaskan di Bilik Gerakan Barat Daya," kata beliau dalam kenyataan di sini semalam.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=1217&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_02.htm#ixzz2ng4Bbuc9 
Hakcipta terpelihara 

Lembu 700kg mengamuk mati ditembak


SEEKOR lembu yang terlepas dari sebuah trak menyerang seorang petani yang cuba untuk menangkapnya di Nangang kelmarin.- REUTERS


NANGANG, China - Seekor lembu yang seberat 700 kilogram (kg) mengamuk selepas haiwan itu terjun dari sebuah trak di sini kelmarin.
Haiwan itu menyerang beberapa orang petani selepas ia terjun dari trak itu.
Menurut media tempatan, seorang anggota polis kemudian menembak mati lembu tersebut dari atas bumbung sebuah kenderaan. - Reuters


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=1217&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_04.htm#ixzz2nfwgohnC 
Hakcipta terpelihara 

‘Aku mahu suami kau’


Oleh Fatin Syafiqa Abd Manap
Sabak Bernam: “Aku mahukan suami kau...aku akan hancurkan rumah tangga kau, aku sayang suami kau, aku tidak mahu lihat kau bahagia,” itulah kata-kata yang sering dilaungkan seorang wanita apabila dia meracau dipercayai angkara sihir individu yang mahu merampas suaminya.

Ketika ditemui di rumahnya di sebuah taman perumahan di Sungai Besar, dekat sini, wanita terbabit yang hanya mahu dikenali sebagai Imah 52, berkata, dia mula mengalami gangguan berkenaan sejak April lalu sekali gus menyebabkan hubungan dengan suami yang berusia 55 tahun juga semakin renggang.

“Hingga kini, dalam seminggu, sekurang-kurangnya dua kali saya akan diganggu dan apabila diganggu, saya tidak sedarkan diri serta meracau sambil menjerit seperti orang tidak siuman dan sebaik tersedar hanya lihat anak serta jiran berada di sekeliling saya dan menenangkan saya,” katanya.

Katanya, suaminya yang berkhidmat sebagai penasihat di sebuah pusat pemulihan dadah di Kuala Lumpur juga mula menunjukkan perubahan sejak September tahun lalu apabila jarang pulang ke rumah dan sering gagal untuk dihubungi.

“Sudah 10 tahun kami berkahwin.