Search This Blog

Monday, December 16, 2013

Si lembut pukau artis

Oleh Amir Abd Hamid dan Yusmizal Dolah Aling
Kuala Lumpur: Berdasarkan perwatakannya, dia layak dikategorikan lelaki lembut, namun kerakusannya melakukan jenayah penipuan amat menakutkan kerana menggunakan ilmu hitam untuk menipu mangsa hingga mengaut keuntungan lebih RM200,000.
Aktif menipu sejak 2008 lagi, mangsanya membabitkan artis dan ahli perniagaan yang diperdaya supaya memberi sejumlah wang kononnya sebagai pelaburan untuk menjalankan perniagaan.
Dua mangsa terbaru lelaki berusia lewat 30-an itu ialah komposer yang juga pengasas kumpulan K-Pop Malaysia Max 24:7, Aesar Mustafa, 33, serta rakannya, Aaron Zairull Yaacob yang juga model dan pelakon.

Aaron atau nama sebenarnya Zairull Yaacob, 31, berkata, dia mengenali suspek sebagai peminatnya di laman sosial Facebook (FB) miliknya kira-kira enam bulan lalu.
Foto
HANAFI memegang minyak lemak babi (kiri) yang digunakan sebagai penunduk.

“Selepas beberapa kali berhubung di FB saya berjumpanya dan memberitahu mahu melabur untuk membesarkan perniagaan butik pakaian saya di Setapak.
Artikel ini disiarkan pada : 2013/12/16

Temu janji berdarah

Oleh Na’imah Mohamed
Bestari Jaya: Seorang penjual kuih nyaris maut selepas ditembak dari jarak dekat oleh seorang lelaki tidak dikenali dalam kejadian di Jalan Sri Pelangi 1 di sini, kelmarin.
Bagaimanapun, lelaki berusia 45 tahun itu terselamat dan sempat menghubungi sepupunya sebelum memandu dalam keadaan berlumuran darah sejauh 150 meter untuk mendapatkan bantuan di rumahnya.
Menurut sumber, kejadian berlaku jam 9.30 malam itu sejurus mangsa menerima panggilan telefon daripada seorang lelaki tidak dikenali untuk bertemu di kawasan pembinaan berdekatan kediamannya.

“Sejurus membuat temu janji, mangsa memandu kereta seorang diri untuk bertemu suspek yang tiba dengan Perodua Myvi hitam.
Foto
ANGGOTA polis menjalankan siasatan di tempat kejadian.

“Sebaik mendekati mangsa, suspek melepaskan satu das tembakan ke arah mangsa sebelum melarikan diri,” katanya.
Artikel ini disiarkan pada : 2013/12/16

Mayat penuh tatu naga


Taiping: Seorang lelaki ditemui mati dalam Sungai Selinsing, berhampiran jeti Kuala Sepetang, di sini, pagi kelmarin dengan beberapa kesan tetakan di badan termasuk di kepala dan leher.

Mangsa ditemui beberapa nelayan di dalam sungai itu jam 8 pagi dan berdasarkan maklumat awal, polis percaya mangsa adalah nelayan tempatan berusia 50 tahun dan mayat mangsa dipercayai baru dibuang ke sungai berkenaan selepas dibunuh di kawasan lain. Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Perak Asisten Komisioner Fadzil Ahmad berkata, mangsa dipercayai dibunuh dengan ditetak menggunakan senjata tajam di beberapa bahagian badan terutama pada leher dan kepala.


“Siasatan awal dipercayai mangsa adalah nelayan di kawasan itu yang mempunyai tatu naga dan ular pada badannya dan mayatnya dihantar untuk bedah siasat di Unit Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), Ipoh pagi tadi (semalam), selain waris mangsa juga dipanggil untuk proses pengecaman.



“Bagaimanapun, beberapa individu yang dipercayai waris mangsa yang hadir untuk membuat pengecaman mendakwa mangsa bukan ahli keluarga mereka berdasarkan keadaan fizikal dan tatu mangsa,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.


Fadzil berkata, menurut individu yang dipanggil untuk proses pengecaman itu, mangsa bukan ahli keluarga mereka kerana wajah mangsa yang lebih muda dan tatu pula nampak berlainan, walaupun ahli keluarga mereka memang mempunyai tatu naga dan ular di badan.


Katanya, semua individu yang dipanggil itu juga mendakwa 10 tahun tidak bertemu dengan ahli keluarga mereka itu yang mempunyai tatu naga dan ular itu.

“Sehubungan itu, buat masa ini polis belum dapat mengenalpasti identiti mangsa, namun akan membuat semakan cap jari dengan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) esok (hari ini) bagi memastikan identiti sebenar mangsa,” katanya.


Menurutnya, bagi perkembangan kes berkenaan pula, susulan daripada penemuan mayat mangsa itu, polis yang menjalankan siasatan menahan tiga lelaki dipercayai terbabit dalam kes bunuh itu di gerai di kawasan Kuala Sepetang, malam kelmarin. Katanya, semua suspek yang berusia 27, 28 dan 31 tahun direman tujuh hari bagi membantu siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

“Polis percaya kejadian mungkin berpunca daripada pergaduhan dan hasil bedah siasat mendapati mangsa meninggal dunia antara 24 hingga 48 jam sebelum ditemui.


“Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kes ini diharap menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Taiping, di talian 05-8082222 untuk membantu siasatan,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/12/16

Tak sempat elak kereta


Oleh KHAIRUL HAMIZY RAMLEE
Kuala Terengganu: Hasrat seorang remaja untuk mewakili negeri dalam acara bola baling pada Sukan Malaysia 2015 (SUKMA) tidak kesampaian selepas maut dalam kemalangan di Kampung Kubang Jela, Manir, di sini, semalam.

Dalam kejadian jam 1 pagi, Muhammad Naim Mat Nasir, 18, yang menunggang motosikal Honda Dash dikatakan tidak sempat mengelak selepas seorang warga Singapura yang memandu Honda Fit dari arah bertentangan memasuki laluan kanan jalan secara tiba-tiba.

Pelajar Institut Kemahiran Belia Negara di Wakaf Tapai itu yang cedera parah di kepala dan badan meninggal dunia di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) pada jam 6.45 pagi semalam.

Ibu mangsa, Semek Daud, 57, yang berasal dari Felcra Gugusan Keruak, Jerteh berkata, biasanya Muhammad Naim pulang ke rumah setiap petang Khamis namun disebabkan menjalani latihan bola baling di Gong Badak, anaknya tidak pulang minggu Khamis lalu.

Menurutnya, anaknya gigih menjalankan latihan bola baling sejak kebelakangan ini dan Khamis lalu anaknya meminta dia mengirim baju sukan kepadanya.

“Walaupun sebagai pelapis, namun dia bersemangat menjalani latihan bola baling dan saya tidak sangka hasratnya untuk menyertai Sukma 2015 tidak kesampaian selepas mendapat panggilan daripada rakannya memaklumkan anak ditimpa kemalangan.

“Hati saya berdebar dan berasa tidak sedap hati selepas diberitahu berita malang itu dan kami sekeluarga bergegas ke HSNZ untuk memastikan keadaan sebenar.

“Malangnya saya dan suami Mohd Nasir Mat Zin, 57, tidak sempat melihat keadaannya apabila dia disahkan meninggal dunia ketika kami dalam perjalanan,” katanya ketika ditemui di Unit Forensik HSNZ, di sini, semalam.



Artikel ini disiarkan pada : 2013/12/15

Remaja seludup ketum gagal lari


Padang Besar: Cubaan nekad seorang remaja lelaki melepasi kepungan Pasukan Gerakan Am (PGA) gagal selepas keretanya terbabas lalu melanggar tembok di kawasan laluan keselamatan berhampiran Kompleks Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), di sini, awal pagi semalam.

Dalam kejadian itu, remaja tempatan terbabit berusia 19 tahun disyaki terbabit dalam kegiatan penyeludupan daun ketum bersama seorang lagi lelaki selepas pihak berkuasa melihat mereka memunggah beberapa guni berwarna putih, dipercayai mengandungi daun ketum.

Difahamkan, kedua-dua remaja terbabit memperoleh bekalan daun ketum daripada negara jiran menerusi bahagian pagar sempadan yang dipotong bertujuan memudahkan kegiatan penyeludupan.

Bagaimanapun, kegiatan mereka dihidu sepasukan PGA Batalion ke-18 yang melakukan rondaan Ops Wawasan berhampiran laluan pagar sempadan sebelum mengambil keputusan melakukan serbuan ketika remaja terbabit memunggah bungkusan.

Komander Kompeni A Batalin ke-18 PGA Asisten Superintendan Zakaria Said berkata, pihaknya terserempak dengan kedua-dua remaja terbabit ketika melakukan rondaan awal pagi sebelum memulakan intipan.

“Saya bersama anggota lain melakukan rondaan jam 5 pagi tadi (semalam) sebelum ternampak sebuah kereta dalam keadaan mencurigakan.



Menyedari keadaan itu, kami melakukan intipan sebelum menahan remaja terbabit,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/12/15

Mati menanti 'Tuhan Harun'


ANGGOTA polis mengiringi Harun (berkerusi roda), Sumustapha (tiga dari kanan), Shaizral Eddie (kanan) dan Azida (bertudung) keluar dari Mahkamah Tinggi Kuantan semalam.


KUANTAN – Selepas 37 hari kes pembunuhan Ahmad Raffli Abdul Malek berlaku, pihak berkuasa semalam mengheret empat pengikut ajaran sesat ‘Tuhan Harun’ termasuk ketuanya ke muka pengadilan dengan salah seorang daripada mereka dituduh membunuh Ketua Pegawai Penguat Kuasa Jabatan Agama Islam Pahang itu.
Pengikut ajaran sesat tersebut, Sumustapha Suradi, 39, bersama dua lagi individu yang masih bebas dituduh membunuh Ahmad Raffli, 49, pada pukul 1.50 petang 10 November lalu di rumah No. 7 Lorong IM 2/29, Bandar Indera Mahkota di sini.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=1217&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_01.htm#ixzz2ng3xFTSp 
Hakcipta terpelihara 

Suami ‘kejam’, kedekut ditikam isteri


Kaherah: Seorang wanita Mesir membunuh suaminya yang ‘kejam’ ketika lelaki itu nyenyak tidur.

Wanita itu menunggu suaminya tidur sebelum ke dapur mengambil pisau dan menikamnya beberapa kali.


Dia kemudian memanggil teksi untuk membawanya ke hospital, namun lelaki itu meninggal dunia dalam perjalanan.



Menurut laporan akhbar, wanita itu mengaku perbuatannya kepada polis dengan alasan suaminya melarangnya melawat keluarganya.


Malah, suaminya juga dikatakan kedekut dan tidak mahu membelanjakan wang untuknya sepanjang perkahwinan mereka selama tiga bulan .


Ketika menyerah diri kepada polis, wanita itu berkata, dia cuba membawa suaminya ke hospital untuk menyelamatkannya, namun sudah terlambat. - Agensi

Artikel ini disiarkan pada : 2013/12/16

Pengasas implan payudara silikon dijel


Marseille (Perancis): Mahkamah memutuskan bahawa ahli perniagaan Perancis yang menjual puluhan ribu implan payudara silikon di seluruh dunia bersalah kerana menipu.

Dengan puluhan wanita hadir dalam perbicaraan, tribunal di Marseille menjatuhkan Jean-Claude Mas, pengasas Poly Implant Prothese (PIP) hukuman maksimum empat tahun penjara di atas kesalahannya itu.


Dia juga diarah membayar denda sebanyak 75,000 euro (RM330,260).
Peguamnya Yves Haddad berkata, Mas bercadang merayu terhadap keputusan itu.
Bagaimanapun, dalam keputusan yang bakal membabitkan ribuan wanita di seluruh dunia yang mahu menuntut bayaran pampasan, mahkamah juga memutuskan yang syarikat menguji produk Jerman, TUeV Rheinland yang meluluskan PIP untuk pensijilan, turut menjadi mangsa penipuan Mas.
Tidak diketahui bagaimana keputusan semalam memberi kesan kepada keputusan mMahkamah komersial Toulon bulan lalu mengarahkan TUeV membayar kerugian kepada lebih 1,600 wanita dan enam pengedar implan itu.

Lelaki dituduh cederakan polis


BUTTERWORTH 16 Dis. - Seorang lelaki berkelakuan seperti orang tidak siuman ketika didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan mencederakan seorang anggota polis di Nibong Tebal pada awal bulan ini.
Abdul Manaf Jasin, 32, dilihat ketawa dan menunjukkan reaksi seolah-olah tidak memahami pertuduhan yang dibacakan kepadanya oleh jurubahasa.
Perbuatannya itu menyebabkan anggota polis yang bertugas cuba mententeramkannya kerana telah mengganggu proses pertuduhan selain boleh dituduh menghina mahkamah.
Tindakan tertuduh itu telah mendorong Hakim Julie Lack Abdullah memerintahkan Abdul Manaf dihantar ke Hospital Bahagia Ulu Kinta, Tanjong Rambutan, Perak bagi tujuan pemeriksaan psikiatri.
Mahkamah juga menetapkan sebutan semula kes pada 15 Januari tahun depan sementara menunggu laporan pemeriksaan psikiatri terhadap Abdul Manaf siap.
Dalam prosiding tersebut, tiada sebarang pengakuan direkodkan daripada tertuduh yang tidak diwakili peguam bela.
Mengikut kertas pertuduhan, Abdul Manaf didakwa melibas sebilah pisau sehingga mencederakan Lans Koperal Khairil Anuar Zahari dengan niat untuk membunuh mangsa.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Mahkamah/20131217/ma_03/Lelaki-dituduh-cederakan-polis#ixzz2njrr7yI2
© Utusan Melayu (M) Bhd 

5 maut bantah pembunuhan Abdul Quader


DHAKA 16 Dis. - Pasukan polis melepaskan tembakan selepas dilempar bom oleh kumpulan penyokong parti Islam, Jamaat-e-Islami, menyebabkan lima maut dalam pertempuran membantah hukuman gantung ke atas pemimpin mereka, Abdul Quader Molla.
Menurut polis, pertelingkahan itu berlaku di beberapa kawasan daerah Satkhira apabila sekumpulan aktivis penyokong parti itu membaling senjata buatan sendiri dan bom terhadap kumpulan polis dan pengawal sempadan separa tentera.
"Kami melepaskan tembakan untuk mempertahankan diri,'' kata Timbalan Ketua Polis Daerah, Kazi Moniruzzaman.
Berita kematian itu turut disahkan oleh pentadbir daerah, Anwar Hossain. - AFP


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20131217/lu_08/5-maut-bantah-pembunuhan-Abdul-Quader#ixzz2njsWkHtj
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Wanita Saudi disebat 80 kali


Jeddah: Seorang wanita Arab Saudi disebat 80 kali di sebuah universiti kerana menyerang seorang kakitangan institusi pengajian tinggi itu selepas mengetahui terbabit menjadi madunya.

Bagaimanapun, tindakannya itu berbaloi apabila suaminya bertindak menceraikan wanita yang baru dikahwini itu.

Wanita yang berusia 40-an itu meluru masuk ke universiti di Rafha, utara Saudi untuk menyerang madunya di fakulti sastera dan sains institusi pengajian tinggi berkenaan.



Di mahkamah, hakim menjatuhkan hukuman sebulan penjara dan 80 sebatan di depan semua kakitangan universiti.

“Kes itu menjatuhkan maruah suaminya yang kemudian menceraikan kedua-dua isterinya.

“Tetapi, dia berkahwin semula dengan isteri pertamanya,” lapor akhbar Sharq yang turut memaparkan gambar wanita terbabit disebat.

- Agensi

Paksa makan makanan haiwan


Kaherah: Seorang guru dipenjara setahun kerana memaksa muridnya memakan makanan haiwan sebagai hukuman tidak menyiapkan kerja sekolah.

Dia turut didenda 5,000 paun (RM2,300) selepas murid terbabit mengadu kepada ibu bapa bahawa guru sekolah rendah itu memaksa mereka memakan makanan haiwan selain mengugut membelasah mereka.

Keluarga murid terbabit memfailkan saman terhadap guru terbabit yang mengajar di sebuah sekolah di Sohaj.



- Agensi

Lagi pengulas rancangan televisyen ditembak mati


Manila: Kumpulan bersenjata semalam menembak mati seorang pengulas rancangan televisyen di Filipina, serangan ketiga seumpamanya dalam tempoh dua minggu.

Kumpulan lelaki bersenjata yang bermotosikal menyerang Rogelio Butalib, 44, di Tagum, Mindanao, kata jurucakap polis tempatan Cif Inspektor Jed Clamor.



“Kami percaya mangsa dibunuh atas faktor kerjayanya,” katanya kepada wartawan.

Butalib ialah pengulas stesen Radyo Natin dan dipercayai mempunyai musuh kerana rancangannya yang mengutarakan pelbagai isu tempatan termasuk rasuah.

Bagaimanapun, polis berkata, pembunuhan itu mungkin bermotif politik kerana mangsa turut dipilih bertanding dalam pilihan raya Oktober lalu.

- AFP

Bermalam di lebuh raya jaga beras


Oleh Arifin Salleh
Alor Gajah: Seorang pemandu treler terpaksa bermalam di lebuh raya selepas kenderaan berat muatan beras dipandunya terbalik dalam kejadian di Kilometer 211.5, Projek Lebuhraya Utara-Selatan, arah selatan di sini, malam kelmarin.
Dalam kejadian jam 10 malam itu, treler membawa 40 tan muatan beras dari Sungai Manik, Perak, berkenaan hilang kawalan ketika menuju ke Pasir Gudang, Johor untuk proses penapisan beras. 
Difahamkan, kenderaan berat dipandu Mohd Zahir Musa, 45, tanpa kelindan itu hilang kawalan ketika berada di lorong kiri kerana cuba mengelak lori yang dipandu perlahan di depan. 

Menurut Zahir, ketika kejadian, dia memandu perlahan di lorong kiri, namun tidak menyedari kenderaan berat tidak berlampu berada di depannya menyebabkannya menekan brek secara tiba-tiba.
Foto
PEKERJA memunggah beras selepas kemalangan, kelmarin.

“Saya nampak lori itu, namun apabila jarak semakin dekat, ia dilihat berhenti dalam keadaan lampu brek tidak menyala sebelum paut stereng ke kiri jalan.

“Ia mengakibatkan treler dipandu terbalik dalam kedudukan mengiring ke tebing kiri lebuh raya,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian, kelmarin. 

Beliau berkata, dia yang tidak mengalami kecederaan serius kemudian bertindak keluar menyelamatkan diri sebelum pengguna lebuh raya turut membantu. 

“Saya sebelum itu menolak pintu pemandu dan melompat keluar ke tebing lebuh raya. Sebahagian daripada muatan beras dalam guni turut berterabur atas tebing rumput,” katanya. 

Kata Zahir, dia terpaksa bermalam di kawasan berkenaan kerana bimbang beras dicuri sebelum majikan serta rakan sekerjanya tiba tidak lama kemudian. 

“Berikutan kerja memunggah beras mengambil masa lama, saya terpaksa membentangkan tilam berehat di sekitar tebing sementara menunggu hari siang,” katanya. 

“Muatan beras itu sepatutnya dihantar ke sebuah kilang di Pasir Gudang untuk proses penapisan,” katanya yang bersyukur kerana terselamat. 

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Alor Gajah Superintendan Umar Ali Saifuddin Shaharuddin ketika dihubungi mengesahkan kejadian.

Lari dari rumah kerana kereta Jepun


Beijing: Seorang remaja berusia 14 tahun melarikan diri dari rumah selepas mendapat tahu ibu bapanya ingin membeli kereta Honda buatan Jepun.

Laporan akhbar berkata, remaja itu menyifatkan ibu bapanya tidak menyokong ekonomi negara mereka kerana memilih untuk membeli kereta buatan Jepun.

Beberapa hari sebelum melarikan diri, dia diejek oleh rakannya selepas mereka mengetahui ibu bapa remaja berkenaan tidak berminat membeli kereta buatan China.

Menurut remaja itu, tindakan ibu bapanya yang ingin membeli kereta buatan Jepun bermakna mereka membantu ekonomi musuh berkembang.


Sebagai tanda protes, dia meninggalkan rumah dan memutuskan untuk tinggal bersama rakannya.

Bagaimanapun, selepas tiga hari remaja itu tidak pulang, ibu bapanya yang khuatir mengubah fikiran dan memutuskan tidak membeli kenderaan buatan Jepun itu.

- AP

Pemilik rumah dapat saman saksi


Oleh Nur Saliawati Salberi
Klang: Ada warga tempatan yang dikesan bersikap tamak untuk mencari wang mudah dengan menyediakan penempatan mereka untuk disewakan kepada pendatang asing tanpa izin.

Perbuatan itu dikesan ketika serbuan Jabatan Imigresen Pelabuhan Klang di Jalan Kebun di sini, kira-kira jam 3 pagi semalam yang terkejut apabila mendapati satu kawasan yang menempatkan komuniti pendatang asing tanpa izin sebenarnya milik seorang warga tempatan yang disewakan kepada mereka.


Berikutan itu, pihak berkuasa terpaksa mengeluarkan notis saman saksi bertujuan memanggil pemilik rumah terbabit yang didakwa menyewakan kediaman mereka sebanyak RM350 sebulan kepada pendatang asing terbabit.

Timbalan Penolong Pengarah Imigresen M Chandran yang mengetuai operasi itu berkata, keterangan pemilik rumah berkenaan penting bagi membantu siasatan dan tindakan tegas boleh diambil jika pemilik berkenaan didapati melindungi golongan pendatang terbabit dengan menyewakan kediaman kepada mereka.

Foto
ANTARA warga asing yang ditahan dalam Ops Bersepadu 6P di sebuah pusat hiburan di Pandamaran.

Foto
DUA warga asing ditahan di sebuah kawasan penempatan di Jalan Kebun, semalam.

“Sebenarnya serbuan hari ini (awal pagi tadi) menyasarkan tiga kawasan iaitu penempatan di kawasan kampung di Jalan Kebun, pusat hiburan di Pandamaran serta penempatan setinggan di Kawasan Perindustrian Pelabuhan Klang.


“Serbuan dalam Ops Bersepadu 6P itu dibuat hasil maklumat orang ramai, malah kita sudah melakukan risikan kira-kira dua minggu lalu untuk mengenal pasti lokasi tepat dan gambaran sebenar mengenai kewujudan golongan itu,” katanya.

Sebanyak 39 anggota membabitkan pelbagai agensi penguatkuasaan terdiri Jabatan Imigresen, Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan Pasukan Sukarelawan Malaysia (RELA) terbabit dengan operasi menggempur pendatang asing terbabit.

Ketika serbuan di kawasan penempatan itu, kebanyakan warga asing didapati tidak sempat berbuat apa-apa kerana sudah terkepung selain tidak menyangka kehadiran pihak berkuasa selepas berasa selesa dan selamat berikutan kawasan itu ‘tidak diganggu’ sejak lima tahun lalu.

Enjin rosak tiba-tiba

Kuching: Sebuah pesawat kargo terpaksa melakukan pendaratan cemas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (LTAK) selepas satu daripada enjin mengalami kerosakan, kelmarin.
Pesawat dalam penerbangan ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) itu bagaimanapun selamat mendarat di LTAK pada jam 12.06 tengah malam. 
Sumber berkata, pesawat dipercayai membawa beberapa barangan mengalami kerosakan pada salah satu enjin, memaksa juruterbang menghubungi menara kawalan bagi membolehkan pendaratan cemas dilakukan.

“Bagaimanapun, pesawat terbabit selamat mendarat di lapangan terbang itu, tanpa sebarang kecederaan terhadap juruterbang serta anak kapalnya.
Foto
PESAWAT kargo yang mendarat di LTAK, kelmarin.


“Pesawat itu kemudian dibawa ke bengkel untuk dibaik pulih.” katanya.

Dituduh bersubahat membunuh


KUALA LUMPUR 16 Dis. - Seorang buruh binaan warga Indonesia berstatus penduduk tetap di negara ini dihadapkan ke Mahkamah Majistret Ampang dekat sini hari ini atas tuduhan bersubahat membunuh seorang lelaki dipercayai teman lelaki anak perempuannya, dua minggu lalu.
Arifin Mistar, 44, bersama-sama seorang lagi yang masih bebas didakwa melakukan perbuatan itu terhadap mangsa yang hanya dikenali sebagai Hakim di medan selera Taman Angsana Hilir, dekat sini antara pukul 8 malam dan 9 malam, 2 Disember lalu.
Pertuduhan terhadap lelaki itu dikemukakan mengikut Seksyen 109 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 302 kanun sama yang memperuntukkan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.
Tertuduh hanya mengangguk tanda faham ketika pertuduhan dibacakan kepadanya oleh jurubahasa di hadapan Majistret Noor Farah Hazwani Osman.
Tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh.
Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, S. Purnima manakala tertuduh diwakili peguam Dony Abdullah dan Farhan Read.
Mahkamah menetapkan sebutan semula kes pada 12 Februari tahun depan sementara menunggu laporan forensik dan kimia.
Sebelum ini, akhbar melaporkan mangsa ditemui mati dengan kesan tetakan dipercayai ketika bersembunyi di dalam tong air bagi mengelak daripada terus diserang dua lelaki.
Ketika kejadian itu, mangsa dikatakan sedang makan bersama seorang wanita berusia 20 tahun.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Mahkamah/20131217/ma_02/Dituduh-bersubahat-membunuh#ixzz2njPw5Y00
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Curi kepala mayat anak dara

Cilacap: Polis di daerah di Jawa Tengah ini semalam melancarkan siasatan terhadap perbuatan mencuri mayat yang berlaku dua kali dalam masa seminggu.
Bercakap di tanah perkuburan Sabuk Janur, tempat mayat berkenaan dicuri, Ketua polis tempatan Andri Triaspoetra berkata, pihaknya hingga kini belum dapat memastikan motif perbuatan berkenaan.
Menurut penduduk tempatan, antara mayat yang dicuri dari tanah perkuburan itu ialah milik Endah Setyowati, 24, yang meninggal dunia baru-baru ini.

Pemeriksaan yang dilakukan mendapati pencuri hanya mengambil kepala dan meninggalkan bahagian tubuh lain di dalam liang lahad.
Foto
POLIS memeriksa kubur Endah Setyowati.

Turut ditemui berhampiran kubur Endah ialah cangkul kecil, kandang ayam, sarang burung, lilin berbentuk angka 2 dan 4 sesuai usia mayat, dan beberapa potongan tubuh mayat.

Penduduk tempatan yakin kejadian mencuri mayat berkenaan ada kaitan dengan amalan ilmu hitam memandangkan Endah masih anak dara ketika meninggal dunia dan mati pada Jumaat Keliwon, yang mengikut kepercayaan masyarakat Jawa, jatuh pada setiap malam Jumaat ketiga pada sesuatu bulan.

Seorang bomoh dari Pasuruan, Jawa Timur, Mas Hari berkata, dia percaya si pencuri itu baru belajar ilmu hitam, termasuk mahu kaya cepat.- Agensi

Pelajar cium polis akan didakwa


Rome: Gambar seorang penunjuk perasaan wanita mencium polis antirusuhan dilihat sebagai simbol keamanan di Itali, namun kesatuan polis mahu wanita itu diambil tindakan atas tuduhan keganasan seksual.

Pelajar, Nina De Chiffre, 20, yang bulan lalu memprotes terhadap pembinaan trek kereta api baru di utara Itali ketika gambarnya dirakam mencium visor topi keledar seorang anggota polis.


Gambar itu tersebar di seluruh dunia dan dilihat contoh terbaik tunjuk perasaan aman.



Bagaimanapun, COISP kesatuan yang mewakili pegawai polis Itali mengumumkan menerima aduan daripada pihak pendakwa Turin.


“Kami akan mendakwa penunjuk perasaan itu atas tuduhan keganasan seksual dan menghina penjawat awam.


“Siasatan penuh akan dijalankan tidak lama lagi,” kata setiausaha agung kesatuan, Franco Maccari. Menurutnya, beliau tidak menganggap kejadian itu sekadar membuktikan hasrat untuk keamanan.

“Jika anggota polis itu yang menciumnya, pasti meletus perang dunia ketiga.


“Bagaimana pula kalau saya menepuk punggung wanita itu? Tentu dia marah.

“Jadi kenapa pula ia perlu dibiarkan apabila dia melakukannya kepada seorang lelaki yang sedang bertugas? “Malah De Chiffre juga mengakui perlakuannya satu provokasi supaya pegawai polis terbabit bertindak balas.


“Jelas tertulis di laman Facebook miliknya: ‘Bukan mesej keamanan. Ikutkan hati hendak saja saya ikatkan mereka dengan kaki ke atas seperti babi’.


“Memanglah ciuman sesuatu yang baik, namun dalam keadaan ini ia sekadar penghinaan,” katanya. - Agensi

Tahi judi ‘jual’ anak


New Delhi: Seorang ayah yang kalah judi memaksa anak gadisnya berusia 13 tahun berkahwin dengan lelaki yang mengalahkannya.

Parimal kehilangan segala-galanya termasuk tanahnya akibat berjudi, namun tetap tidak insaf.


Parimal yang mabuk kalah lagi ketika berjudi dengan seorang lelaki berusia 25 tahun lalu bersetuju lelaki itu mengahwini anak sulungnya sebelum terus berjudi lagi.



Malah, dia tidak mempedulikan orang ramai yang turut menyaksikan perjudian itu sebelum mengatur pertunangan anaknya dengan lelaki itu pada 9 Disember lalu. Dia juga tidak peduli apabila kisah itu disiarkan pihak media yang turut mendesak perkahwinan itu dibatalkan. Perkara itu kini dalam siasatan. - Agensi

Campak kekasih kerana takut bini


Rabat: Kerana terlalu takutkan isteri, seorang lelaki sanggup mencampakkan kekasihnya keluar dari tingkap apartmennya.

Lelaki itu yang tinggal di tingkat satu apartmen berkenaan lebih rela mencampak teman wanita berusia 17 tahun itu kerana terlalu takut apabila isterinya pulang secara mengejut.


“Dia terus mengangkat gadis itu, berlari ke arah tingkap dan mencampaknya ke luar,” kata pegawai polis.



Lelaki itu baru membawa remaja berkenaan ke rumahnya namun terkejut apabila isterinya mengetuk pintu.


Menurut polis, mangsa parah akibat terhumban ke dinding dan dikejarkan ke hospital.


Menurut laporan akhbar, lelaki itu ditahan kerana mendatangkan bahaya kepada mangsa, namun tidak menceritakan reaksi si isteri terhadap kejadian itu. - Agensi

Bongkar kubur nak jadi ‘Superman’


Cilacap: Misteri pembongkaran beberapa kubur di daerah di Jawa Timur ini akhirnya terjawab apabila polis Cilacap menahan seorang pemuda yang mengaku ingin belajar terbang seperti Superman dan menjadi halimunan.
Resi Rookiswana @ Pamungkas mengaku memerlukan kain kafan dari sejumlah kubur atas arahan seseorang bernama ‘ratu’ untuk menguasai ilmu itu.

“Ini untuk dibuat ilmu terbang. Saya sendirian mengambil kain kafan di kubur atas arahan ratu di Srandil,” katanya.
Antara mangsa Resi ialah Endah Setyowati, 24, yang meninggal dunia baru-baru ini. Resi didakwa memenggal kepala mayat Endah selepas membongkar kubur anak dara itu. Lelaki itu semalam berdegar-degar mengakui mampu menghilangkan diri, namun apabila diminta polis menunjukkan bakatnya itu dia sekadar ketawa dan memberi alasan cuma boleh melakukannya di tempat sunyi.

“Saya mampu menghilangkan diri, tahu-tahu sudah berada di tempat lain.

“Bukan sebarang orang boleh buat begitu,” dakwanya.
Foto
RESI dan kain kafan yang dicurinya.
Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Cilacap AKP Agus Turyadi berkata, pihaknya menahan suspek selepas mengekorinya beberapa jam.

“Kami mengekorinya sepanjang malam sebelum menahannya di tepi landasan kereta api.
“Bahan bukti termasuk peralatan digunakannya juga dirampas di situ berikutan tempat itu dijadikan rumahnya,” katanya.

Menurutnya, polis merampas tulang tangan, rusuk, baju dan tali kain kafan milik seorang bayi yang juga diselongkar kuburnya.

Batu dan senjata tajam turut ditemui di rumah suspek.

Sementara itu, ketika dibawa ke balai polis, keluarga wanita yang kuburnya dibongkar suspek menyerang Resi.

Bagaimanapun mereka berjaya dihalang anggota polis bertugas.

Menurut Agus, Resi pernah dipenjara pada 2010 dan 2012 kerana mencuri motosikal. - Agensi

3 lagi penyokong Abdul Quader terbunuh


Dhaka: Sekurang-kurangnya tiga maut dan puluhan lain cedera apabila polis Bangladesh melepaskan tembakan untuk menghalang aktivis yang memprotes hukuman bunuh terhadap pemimpin mereka.

Doktor Praful Kumar yang bertugas di hospital kerajaan di Lalmonirhat berkata, keganasan itu berlaku di utara Bangladesh apabila parti Jamaat-e-Islami melancarkan mogok sehari berikutan hukuman bunuh Abdul Quader Mollah bagi jenayah perang ketika perjuangan kemerdekaan negara itu pada 1971.


Sekurang-kurangnya 24 maut dalam pertempuran dengan polis dan aktivis penyokong kerajaan sejak |Abdul Quader dihukum mati, Khamis lalu kerana bersekongkol dengan Pakistan ketika perang sepanjang sembilan bulan itu. - AP

Pasangan dalam perjalanan ke ladang ditembak mati


Yala: Sepasang suami isteri ditembak mati oleh lelaki bersenjata yang menunggang motosikal di daerah Raman pagi semalam.

Polis berkata, mangsa yang dikenali sebagai Phan Prasarnsri, 65, dan isterinya, Sukanya, 60, berasal dari daerah Rueso di Narathiwat. Kejadian berlaku kira-kira jam 10.10 pagi (waktu tempatan) di jalan raya dekat Kampung Kalor, Raman. Menurut saksi, pasangan itu yang menaiki motosikal dalam perjalanan ke ladang getah di kampung berkenaan apabila dua lelaki bermotosikal tiba-tiba muncul lalu mengacukan senjata ke arah mereka. Mereka lalu menembak pasangan suami isteri berkenaan di kepala. Pasangan itu mati serta-merta di tempat kejadian.


Polis mengesyaki perbuatan itu dilakukan kumpulan pemisah. - Agensi

Sindiket pengedaran dadah dikesan


KUCHING 15 Dis. - Beberapa kumpulan sindiket pengedaran dadah dikesan cuba menyeludup masuk bahan terlarang itu ke negeri ini menggunakan jalan di sempadan Kalimantan Barat, Indonesia dan selatan Filipina.
Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, pengedar mengambil kesempatan menyeludup dadah ke Sarawak melalui laluan tersebut kerana keadaan di situ yang luas dan beranggapan pihak berkuasa tidak mengetahui aktiviti itu.
Sehubungan itu beliau berkata, Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan terus menjalinkan kerjasama erat dengan pihak berkuasa di Indonesia, Filipina, Brunei, Singapura dan Thailand untuk mencegah kegiatan penyeludupan dadah melalui pintu sempadan yang berjiran dengan negara berkenaan.
“Kerjasama ini perlu bagi membolehkan kita memperoleh maklumat cepat tentang kegiatan haram itu agar tindakan segera untuk membendungnya dapat diambil," katanya kepada pemberita ketika ditemui pada Majlis Penyampaian Elaun Sara Hidup Nelayan Kawasan Buntal di Santubong, di sini semalam.
Menurut Wan Junaidi, dadah yang dikesan diseludup ke negeri ini ialah jenis syabu dan `methamphetamine’.
Beliau berkata, dadah jenis ini amat berbahaya kepada golongan muda kerana boleh merosakkan sel otak dan sukar dipulihkan.
“Sebab itu, kita mahu masyarakat terutama anak-anak muda supaya tidak terpengaruh dan menyalahgunakan dadah terutama jenis ini," ujarnya.
Bagi membendung aktiviti penagihan dadah, Wan Junaidi berkata, KDN mengambil langkah holistik menerusi Majlis Dadah Negara untuk mengenal pasti cara dan mekanisme untuk mendidik masyarakat dan membanteras jenayah tersebut.
Dalam pada itu, beliau yakin pewartaan Akta Pencegahan Jenayah pada 1 Januari tahun depan dapat mengukuhkan lagi usaha untuk membanteras kegiatan jenayah di negara ini.
Mengenai dakwaan Mohamad Sabu atau Mat Sabu cenderung dengan fahaman Syiah, beliau sekali lagi menegaskan KDN mempunyai bukti kukuh mengaitkan Timbalan Presiden Pas terbabit dengan perkara itu.
“KDN mempunyai bukti walaupun pemimpin Pas menafikan dakwaan tersebut. KDN menyerahkan kepada pihak penguat kuasa agama untuk mengambil tindakan lanjut dalam kes ini," katanya.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20131216/je_03/Sindiket-pengedaran-dadah-dikesan#ixzz2ndFh1M9r
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Dua mesin ATM dipecah, RM270,000 lesap



KUALA LUMPUR 15 Dis. - Sebanyak RM270,000 wang tunai dalam dua mesin pengeluaran wang automatik (ATM) dilarikan penjenayah di sebuah pasar raya besar di Batu 9 (Kilometer 14.4) Jalan Cheras di sini, awal pagi ini.
Timbalan Ketua Polis Daerah Kajang, Supritendan Abdul Ghani Mohamad Ji berkata, pihaknya menerima panggilan daripada seorang lelaki yang merupakan penyelia pengawal keselamatan pasar raya berkenaan pukul 7.10 pagi memaklumkan dua mesin ATM telah dipecahkan.
Menurut beliau, sebaik sahaja menerima panggilan, sepasukan polis dikejarkan ke lokasi kejadian dan mendapati dua buah mesin ATM yang jaraknya hanya 15 meter telah dipecahkan dan terdapat kesan terbakar.
"Siasatan awal mendapati terdapat lubang pada pintu mesin dipercayai ditebuk oleh suspek dengan menggunakan gas Oxy-acetylene.
"Hasil pemerhatian kamera litar tertutup (CCTV) milik pasar raya tersebut menunjukkan tiga suspek sedang melakukan kegiatan pecah mesin ATM ini. Bagaimanapun imej daripada CCTV berkenaan kabur dan tidak jelas," katanya ketika dihubungi hari ini.
Abdul Ghani berkata, kumpulan terbabit mungkin memecahkan mesin ATM kira-kira pukul 2.30 pagi berikutan pasar raya tersebut mempunyai pengawal keselamatan bertugas sehingga 10 malam.
"Kita turut menemukan sebatang pemutar skru yang dipercayai digunakan oleh suspek dan empat kesan tapak kasut di lokasi kejadian.
"Polis telah menghubungi pegawai bank berkenaan dan masing-masing mengesahkan kerugian sebanyak RM270,000," katanya.
Tambahnya, pihaknya sedang giat menjalankan siasatan untuk mengenal pasti kumpulan terbabit.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20131216/je_02/Dua-mesin-ATM-dipecah-RM270000-lesap#ixzz2ndF9OpZd
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Rokok seludup RM4.9j dirampas


BADARUDDIN Mohamed Rafik (kiri) melihat anggotanya memasukkan rokok seludup ke dalam mesin pemusnah selepas merasmikan Majlis Pelancaran Kempen Membanteras Rokok Seludup 2013 di Shah Alam, semalam. - UTUSAN/MOHD. SHAHARANI SAIBI
SHAH ALAM 15 Dis. - Jabatan Kastam Selangor merampas sejumlah 51,442,160 batang rokok putih dan rokok kretek pelbagai jenama bernilai RM4.9 juta melibatkan cukai sebanyak RM28.5 juta sejak awal tahun ini sehingga November lalu.
Pengarahnya, Badaruddin Mohamed Rafik berkata, sepanjang tempoh itu juga pihaknya telah melakukan 313 serbuan dan menahan 114 orang melibatkan 80 peratus warga asing yang terlibat dalam penyeludupan rokok ke negara ini.
Katanya, daripada jumlah itu sebanyak 35 orang telah didakwa mengikut Akta Kastam 1967.
“Beberapa siri operasi telah diadakan di sekitar Selangor dan perkara ini amat membimbangkan kerana khuatir kadar penyeludupan ini meningkat.
“Kita akan mengadakan lebih banyak serbuan di kedai-kedai yang menjalankan aktiviti menjual rokok seludup kepada orang awam," katanya dalam sidang akhbar selepas Majlis Pelancaran Kempen Membanteras Rokok Seludup 2013 di Bulatan Bazarena, Stadium Shah Alam, hari ini.
Kempen yang berlangsung selama dua minggu bermula hari ini adalah kerjasama Kastam Selangor bersama Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Jabatan Kesihatan, Polis Diraja Malaysia, Gabungan Pengilang Tembakau Malaysia dan Syarikat Lembah Sari Sdn. Bhd.
Badaruddin berkata, siasatan turut mendapati pemilik kedai runcit memberikan lesen perniagaan kepada warga asing.
“Kita memandang serius perkara itu apabila mendapati kebanyakan pekedai tersebut menjual rokok seludup," katanya.
Beliau berkata, sekotak rokok seludup biasanya dijual pada harga RM3.50 setiap pek dan RM30 untuk satu karton.
Katanya lagi, orang ramai boleh menyalurkan maklumat mengenai penjualan rokok seludup ini dengan menghubungi talian bebas tol 1800-88-8855.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20131216/je_01/Rokok-seludup-RM49j-dirampas#ixzz2ndF39A00
© Utusan Melayu (M) Bhd 

‘Jerat’ tuntut hutang


Oleh Hadzlihady Hassan
Georgetown: Dua wanita yang diburu polis kerana terbabit dalam kes culik dan jual bayi di negeri ini Jumaat lalu, berjaya ditahan semalam hasil kecekapan polis mengesan isyarat talian telefon bimbit yang digunakan seorang daripada mereka.

Mereka ditahan di Terminal Bas Butterworth dan dipercayai baru tiba dari Kuala Lumpur jam 3.30 petang.



Menurut sumber, suspek masih menggunakan nombor telefon bimbit sama untuk berhubung dengan seorang lelaki yang juga pembeli bayi perempuan berusia tujuh bulan itu kerana dikatakan masih berhutang dengan mereka.

“Seorang daripada suspek dipercayai melarikan diri ke rumah suaminya di Negeri Sembilan dan rakan turut mengikutnya sebelum mereka kembali ke negeri ini.

Foto
DUA suspek dibawa ke IPD Timur Laut, Georgetown, semalam.


“Dengan menggunakan kaedah teknikal, polis berjaya mengesan mereka melalui isyarat telefon bimbit dan akhirnya kedu-duanya dikesan berada di kawasan terminal bas itu,” katanya.

Mengadu kaki kebas sebelum ajal


Alor Gajah: “Bang, kedua-dua kaki saya ni terasa kebas.” itu rintihan terakhir seorang penunggang motosikal yang terbabit kemalangan di Kampung Tengah, Kuala Sungai Baru, di sini, sebelum menemui ajal ketika menerima rawatan di Hospital Melaka (HM), semalam.

Difahamkan, dalam kejadian pada jam 8.45 pagi itu, mangsa, Ahmad Rais Maarof, 21, dari Taman Seri Aman, Masjid Tanah sedang menuju ke tempat kerja di sebuah bengkel di Taman Kuala Permai, Kuala Linggi.

Sumber berkata, sebaik tiba di tempat kejadian, motosikal Yamaha 125Z ditunggang mangsa hilang kawalan selepas gagal mengelak kereta Perodua Myvi dipandu lelaki berusia 20-an yang membuat pusingan U.

“Mangsa yang bersendirian kemudian terlanggar bahagian belakang kereta itu lalu merempuh sebuah lagi kereta Perodua Viva dipandu seorang guru sebuah tadika berdekatan yang turut cedera di kaki kiri.

“Ahmad Rais tercampak di tengah jalan dan parah di kedua-dua kakinya diselamatkan orang ramai lalu dibawa ke hospital sebelum disahkan meninggal dunia,” katanya di sini, semalam.

Menurutnya, mangsa sebelum itu dikatakan masih berupaya bercakap walaupun kedengaran rintihan sayu menahan kesakitan sambil memegang kedua-dua kakinya yang patah.

“Sepanjang perjalanan ke hospital, mangsa masih sedarkan diri, namun agak lemah dan masih boleh bercakap,” katanya.



Majikan mangsa, Hisham Selamat, 31, berkata, arwah kebiasaannya akan datang ke bengkel kira-kira jam 11 pagi, namun dia dikatakan kerja lebih awal semalam.

“Sehari sebelum kejadian (kelmarin), arwah ada menghantar SMS kepada saya memberitahu dia kurang sihat dan tidak dapat bekerja.

Malah, sejak bekerja setahun lalu, dia tidak pernah datang awal.

“Memang terasa janggal apabila mengetahui arwah keluar rumah lebih awal ke tempat kerja berbanding hari biasa,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Alor Gajah Superintendan Umar Ali Saifuddin Shaharuddin mengesahkan menerima laporan kemalangan tiga kenderaan itu.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/12/14

‘Bomoh alim’ larikan isteri


Muar: “Saya tidak sangka bomoh yang berperwatakan alim itu bukan saja sanggup menggunakan ilmu hitam untuk melarikan isteri, malah turut melesapkan RM20,000 hasil perniagaan kami, “ kata seorang peniaga, Rozman Jamil, 46.

Peniaga buah dari Kampung Jawa, Panchor di sini, mendakwa isterinya, Zainon Ibrahim, 41, yang menguruskan gerai buah-buahan di hentian Rawat dan Rehat (R&R) Lebuhraya Utara-Selatan Pagoh, hilang dipercayai dilarikan seorang lelaki pada jam 3.30 petang, pada 2 November lalu.

Rozman berkata, dia percaya kehilangan Zainon ada kaitan dengan seorang lelaki dikenali Azman yang baru dikenali ketika mereka bercuti di Pulau Besar, Melaka, Jun lalu.

Menurutnya, ketika dia dan isteri sedang makan di sebuah kedai di Pulau Besar, Azman lingkungan 40-an tiba-tiba menghampiri mereka dan berbual mesra.

“Lelaki itu kelihatan peramah selain memaklumkan dia bomoh handal dari negara jiran dan dapat membantu jika ada masalah berkaitan perniagaan.

“Azman kemudian meminta nombor telefon kami sebelum meminta diri.



Saya sangka ia hanya setakat itu namun tiga minggu kemudian, lelaki terbabit menemui Zainon secara bersembunyi dan memaklumkan ada beberapa botol minyak, tasbih serta beberapa barang lain yang kononnya dapat membantu melariskan jualan,” katanya.

Bapa kepada dua anak itu berkata, dia percaya lelaki itu mengenakan ilmu hitam terhadap isterinya menyebabkan wanita itu menuruti kata-kata lelaki terbabit.

Katanya, selepas beberapa bulan berhubung, Zainon menghilangkan diri tanpa meninggalkan apa-apa pesan.

“Sejak Zainon menghilangkan diri saya ada bertemu dengan beberapa pengamal perubatan tradisional untuk mengesan isteri, namun semuanya memberi jawapan sama iaitu isteri dikenakan ilmu hitam.

“Itu mungkin ada benarnya kerana saya dapati isteri memasukkan wang hasil perniagaan kami hampir setiap hari lebih RM20,000 ke beberapa akaun bank berbeza dalam tempoh tiga bulan selepas mengenali lelaki itu,” katanya yang turut membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Muar, November lalu.

Menurut Rozman, dia pernah menasihatkan Zainon menjauhkan diri daripada lelaki itu berikutan curiga dengan kelakuannya.

Katanya, sebelum menghilangkan diri, Zainon tidak pernah menunjukkan sebarang perubahan, malah mereka juga tidak berdepan dengan masalah rumah tangga.

Rozman berkata, dia serta anak mereka, Mohd Naim, 15, dan Norhafifi, 14, risau memikirkan keselamatan wanita itu kerana usaha mengesannya sehingga kini menemui jalan buntu.

“Sejak menghilangkan diri, Zainon tidak dapat dihubungi kerana telefon bimbitnya dimatikan.


Saya berusaha mengesan Zainon di rumah saudara di seluruh negara, tetapi tidak berjaya.

“Kehilangan Zainon juga memberi kesan kepada Mohd Naim dan Norhafifi yang demam teruk sejak seminggu lalu kerana terlalu merindui ibu mereka.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan Zainon diminta menghubungi saya di talian 010-7196678,” katanya.

Sementara itu, jurucakap polis ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berkaitan kehilangan wanita berkenaan.

Sumustapha didakwa bunuh ketua penguat kuasa JAIP


SUMUSTAPHA Suradi (gambar atas) yang menghadapi pertuduhan membunuh Ketua Bahagian Penguatkuasa Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP), Ahmad Raffli Ab. Malek manakala (gambar bawah dari kiri) ketua ajaran sesat 'Tuhan Harun', Harun Mat Saat; isterinya, Azida Mohd. Zol dan pemandu, Shaizral Eddie Nizam Shaari didakwa bersuhabat terhadap pembunuhan itu, ketika mereka dihadapkan di Mahkamah Tinggi Kuantan, hari ini. - UTUSAN
KUANTAN 16 Dis. - Seorang pengikut ajaran sesat 'Tuhan Harun', Sumustapha Suradi hari ini dihadapkan di Mahkamah Majistret di sini atas tuduhan membunuh Ketua Bahagian Penguatkuasa Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP), Ahmad Raffli Ab. Malek di Lorong IM2/29 Bandar Indera Mahkota di sini pada 10 November lalu.
Ketua ajaran tersebut pula, Harun Mat Saat; isterinya, Azida Mohd. Zol dan pemandu, Shaizral Eddie Nizam Shaari didakwa bersama-sama melakukan konpirasi jenayah iaitu bersetuju antara satu sama lain dengan niat membunuh Ahmad Raffli.
Kesalahan itu adalah bertentangan dengan Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan melakukan kesalahan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 120B (1) dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan.
Majistret Noor Zaihan Mohamad Ali kemudian membenarkan pemohonan Timbalan Pendakwa Raya, Salim Soib @ Hamid untuk memindahkan kes ke Mahkamah Tinggi hari ini juga. - UTUSAN ONLINE


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Mahkamah/20131216/ma_01/Sumustapha-didakwa-bunuh-ketua-penguat-kuasa-JAIP#ixzz2njPdxC3Q
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Kejadian tembakan terbaharu di sekolah AS


LOS ANGELES 14 Dis. - Amerika Syarikat (AS) semalam terus digemparkan dengan kejadian tembakan di sekolah apabila seorang pelajar bersenjata api melepaskan tembakan dan mencederakan dua pelajar lain sebelum dipercayai membunuh diri.
Kejadian itu berlaku setahun selepas tragedi pembunuhan beramai- ramai di Sekolah Rendah Sandy Hook, Newton, Connecticut yang terletak berdekatan dan menyaksikan 20 kanak-kanak mati dibunuh.
Menurut kenyataan polis, suspek dikenali sebagai Karl Pierson berusia 18 tahun dan membawa senapang patah itu turut melemparkan bom Molotov dalam serangan itu di Sekolah Tinggi Arapahoe, Colorado.
Beratus-ratus pelajar bersembunyi dalam kelas selepas tembakan dilepaskan pada pukul 12.30 tengah hari waktu tempatan (8.30 malam waktu Malaysia) sambil berteriak bahawa dia mencari seorang cikgu, dalam kejadian yang disifatkan polis sebagai rancangan membalas dendam.
Rakaman televisyen secara langsung menunjukkan pelajar-pelajar keluar dari sekolah itu dalam barisan dengan tangan mereka diletakkan ke atas kepala dan berkumpul di sebuah padang trek yang diliputi salji.
Syerif Daerah Arapahoe, Grayson Robinson berkata, suspek memasuki sekolah melalui pintu utama selepas tiba dengan sebuah kereta dengan membawa senapang patah, mencederakan dua pelajar termasuk seorang pelajar perempuan berusia 15 tahun yang kini berada dalam keadaan kritikal.
''Siasatan awal mencadangkan kejadian itu berpunca kerana suspek mahu membalas dendam terhadap gurunya ekoran percanggahan pendapat sebelum ini,'' katanya.
Beliau berkata, dua bom Molotov ditemukan dengan satu daripadanya meletup dan menyebabkan asap yang banyak ketika polis tiba.
''Kira-kira lima minit selepas amaran pertama berhubung serangan itu diberikan, mayat suspek ditemukan dalam sekolah dan punca kematian dipercayai akibat menembak diri sendiri,'' katanya.
Salah seorang pelajar di tempat kejadian, Colton Powers berkata, dia bersama kira-kira 25 rakannya berlindung dalam kelas ketika insiden itu berlaku.
''Kami tidak tahu sekiranya itu adalah tembakan. Kami menutup lampu dan mengunci pintu bagi mengelakkan dia masuk,'' katanya.
Kejadian tembakan itu berlaku sehari sebelum ulang tahun pertama tragedi di Newton apabila seorang pemuda, Adam Lanza menembak mati 20 kanak-kanak dan enam dewasa di Sekolah Rendah Sandy Hook. - AFP


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20131215/lu_03/Kejadian-tembakan-terbaharu-di-sekolah-AS#ixzz2ndCWVhTe
© Utusan Melayu (M) Bhd 

13 terbunuh rusuhan di Bangladesh


Sebahagian penyokong Parti Jamaat-e-Islami membakar tayar semasa mengadakan tunjuk perasaan membantah hukuman mati ke atas pemimpin mereka, Abdul Quader Molla di Rajshahi, semalam. - AFP
DHAKA 15 Dis. - Sekurang-kurangnya 13 orang lagi dilaporkan terbunuh dalam rusuhan oleh penyokong parti Islam, Jamaat-e-Islami di bandar-bandar di Bangladesh, hari ini dan semalam, ketika Perdana Menteri Sheikh Hasina memberi amaran mengenakan tindakan keras terhadap keganasan.
Polis berkata, penyokong parti itu membakar rumah-rumah dan bertempur di jalanan di bandar-bandar utama pada hari ketiga Abdul Quader Molla menjalani hukuman gantung atas kesalahan jenayah perang.
Di utara, di bandar Patgram, empat orang dilaporkan terkorban, manakala tujuh orang lagi terbunuh di kawasan lain, semalam ketika penyokong Jamaat-e-Islami mengadakan mogok di seluruh negara.
“Polis terpaksa melepaskan peluru getah untuk menyuraikan rusuhan selepas kira-kira 20 buah rumah milik penyokong kerajaan dibakar," kata jurucakap kerajaan Habibur Rahman.
Sementara itu, tiga orang terbunuh di selatan bandar Companyganj, tiga di utara bandar Ramganj dan seorang di pantai Laxmipur, semalam.
Di sebuah kubu pembangkang di Companyganj, polis melepaskan peluru getah bagi menyuraikan kira-kira 8,000 penyokong Jamaat-e-Islami yang membakar empat buah rumah pegawai kerajaan dan menyerang pasukan polis.
Sejak Khamis lalu, 20 orang dilaporkan terbunuh dan berpuluh-puluh lagi cedera dalam pertempuran antara penyokong Jamaat-e-Islami dan pasukan polis.
Sheikh Hasina memberi amaran keras terhadap perusuh dan tidak akan bertolak ansur dengan keganasan.
“Penduduk di negara ini hanya tahu untuk membalas dendam, kami juga tahu bagaimana untuk memberi tindak balas bagi mengawal kumpulan perusuh," katanya pada perhimpunan sempena memperingati mereka yang terbunuh dalam perang kemerdekaan Bangladesh pada 1971, semalam.
Abdul Quader,65, menjadi orang pertama dijatuhi hukuman mati kerana terlibat dalam perang dan penyokongnya menyifatkan hukuman ke atas pemimpin mereka itu sebagai ‘pembunuhan politik’ dan mengumumkan akan membalas dendam. - AFP


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20131216/lu_09/13-terbunuh-rusuhan-di-Bangladesh#ixzz2nd2ZLa8z
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Pencuri mayat diberkas


JAKARTA 15 Dis. - Misteri kes pencurian mayat di sebuah tanah perkuburan di Cilacap, Jawa Tengah terbongkar apabila polis menangkap suspek yang disyaki melakukan aktiviti itu, semalam.
Penangkapan Resi Rookiswana atau lebih dikenali sebagai Pamungkas meredakan keresahan masyarakat setempat selepas beberapa tanah kubur didapati diceroboh dan mayat pula dicuri oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.
“Pelaku ditangkap di pinggir jalan di Cilacap Tengah awal pagi ini selepas polis mengawasi pergerakannya sejak malam Sabtu," kata jurucakap polis, Agus Puryadi kepada wartawan.
Kata Agus, suspek berusia 27 tahun itu merupakan seorang penjenayah dan terlibat dalam kes mencuri motosikal serta pernah dipenjarakan sebanyak dua kali sebelum ini.
Polis turut mendapati beberapa peralatan yang digunakan Pamungkas untuk menggali tanah kubur ketika dia ditahan.
Sebelum ini, warga Cilacap digemparkan dengan kejadian pencurian mayat sepasang bayi kembar dan seorang gadis yang dilakukan secara misteri sejak seminggu lalu.
Mayat bayi kembar itu ialah Yuliana dan Yuliani yang lahir tidak cukup bulan serta Endah Setyowati yang berusia 24 tahun.
Kubur Yuliani yang meninggal dunia pada 16 November lalu digali pada 6 Disember lalu dan suspek mengambil tali kafan mayat bayi tersebut, sementara kubur kembarnya, Yuliana yang meninggal sehari kemudian pula digali pada 7 Disember dan suspek membawa lari mayat berkenaan.
Sementara pencurian mayat Endah pula dilakukan di Tanah Perkuburan Umum Sabuk Janur, Cilacap Utara pada 12 Disember lalu.
Apa yang menggemparkan, suspek hanya mengambil bahagian leher hingga kepala gadis yang meninggal dunia pada 8 Ogos 2012.
Selain tiga kubur berkenaan, dua kubur bayi lain juga dilaporkan digalir orang yang tidak diketahui pada awal bulan ini. - UTUSAN


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20131216/lu_05/Pencuri-mayat-diberkas#ixzz2nd20huH3
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Diplomat Jepun ditikam di Yemen


SANAA 15 Dis. - Sekumpulan lelaki bersenjata menikam seorang diplomat Jepun, di sini hari ini ketika bergelut dengan kumpulan itu yang cuba menculiknya di hadapan rumahnya.
Kejadian itu merupakan rentetan beberapa serangan terhadap warga asing di Yemen, yang menghadapi masalah untuk memulihkan undang-undang sejak perjanjian peralihan kuasa pada akhir 2011 yang menyaksikan Presiden, Ali Abdullah Saleh berundur.
Kata sumber berkenaan, diplomat itu kini dirawat di hospital dan berada dalam keadaan stabil selepas ditikam dengan sebilah pisau belati.
Pengawal peribadinya turut cedera dalam serangan itu.
Pada tahun ini dilaporkan beberapa warga Barat termasuk kakitangan kedutaan dibunuh atau diculik oleh kumpulan bersenjata di negara ini bertujuan memberi tekanan kepada kerajaan supaya membebaskan ahli keluarga mereka dari penjara atau meningkatkan mutu perkhidmatan awam. - REUTERS


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20131216/lu_07/Diplomat-Jepun-ditikam-di-Yemen#ixzz2nd1CVTHx
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Dua remaja maut tercampak, motosikal bertembung

KEADAAN motosikal yang terbabit dalam kemalangan dan mengorbankan dua remaja lelaki di Jempol, Negeri Sembilan semalam.


JEMPOL - Dua remaja menemui ajal dalam keadaan tragis apabila tercampak selepas motosikal yang ditunggang terbabit dalam kemalangan di Kilometer 7, Jalan Bahau-Juasseh di sini semalam.
Dalam kejadian pukul 3.15 pagi itu, Nur Aiman Hakimi Nordin meninggal dunia di tempat kejadian manakala Tan Eng You disahkan mati ketika dalam perjalanan ke Hospital Jempol dekat sini.
Rakan Eng You, Teo Xiong Fu, yang menunggang motosikal berasingan pula dilaporkan parah. Ketiga-tiga mangsa berusia 17 tahun dan menetap di daerah ini.
Ketua Polis Daerah Jempol, Superintendan Hamzah Alias berkata, nahas dipercayai berlaku apabila Nur Aiman Hakimi yang menunggang Honda EX5 dari arah Bahau cuba memotong motosikal yang ditunggang rakan-rakannya.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=1216&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_08.htm#ixzz2ncwRdcxR 
Hakcipta terpelihara 

Hubungi sepupu lepas ditembak

Oleh NORHAYATI YAHAYA

KUALA SELANGOR - Seorang penjual kuih yang parah selepas terkena satu das tembakan di perut sempat menghubungi sepupunya untuk memaklumkan kejadian itu malam kelmarin.
Kejadian pada pukul 11.45 malam itu berlaku ketika pemuda berusia 45 tahun tersebut sedang berjalan seorang diri, kira-kira 150 meter dari rumahnya di Taman Pelangi, Bestari Jaya di sini.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=1216&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_09.htm#ixzz2ncv3xDsL 
Hakcipta terpelihara 

Rumah teres jadi lokasi hidupkan semula ajaran sesat Qadiani


KUALA LUMPUR - Sebuah pertubuhan bukan kerajaan iaitu Ikatan Rakyat Insan Muslim Malaysia (IRIMM) mendesak pihak berkuasa bertindak tegas ke atas ajaran sesat Qadiani yang kini cuba dihidupkan semula secara aktif.
Ajaran Qadiani atau dikenali sebagai Jamaah Ahmadiyya Muslim itu kini disyaki cuba dihidupkan semula di sebuah rumah teres dua tingkat di Kampung Nakhoda, Selayang di sini yang telah diubah suai.
Presiden IRIMM, Amir Amsaa Alla Pitchay berkata, rumah tersebut menjadi tumpuan ratusan pengunjung untuk melakukan ibadah terutamanya pada hujung minggu.
Bimbang bahawa aktiviti di kediaman tersebut memberi kesan buruk kepada penduduk sekitar, pihak Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) telah memacakkan papan tanda di luar pagar premis berkenaan yang berbunyi 'Qadiani bukan agama Islam'.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=1216&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_03.htm#ixzz2nculJeu2 
Hakcipta terpelihara 

Polis Pulau Pinang ambil tindakan terhadap anggota tampar orang awam

16/12/2013 3:14pm


GEORGE TOWN - Anggota polis yang dipercayai terbabit dalam kejadian menampar orang awam di Bayan Baru kini ditukarkan ke Ibu Pejabat Polis Daerah Barat Daya, Balik Pulau.
Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata, langkah itu diambil sementara menunggu siasatan yang dijalankan oleh Bahagian Tatatertib Polis Diraja Malaysia (PDRM).
"Anggota polis berkenaan sudah ditukarkan serta-merta,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Abdul Rahim turut menegaskan PDRM tidak berkompromi dengan pegawai dan anggotanya yang melakukan kesalahan sehingga mencemarkan nama dan imej PDRM.
"Arahan telah dikeluarkan kepada semua ketua jabatan, ketua polis daerah dan ketua formasi untuk memastikan semua pegawai dan anggota di bawah seliaan mereka melaksanakan tugas mengikut undang-undang.
"Jangan sesekali bertindak di luar batasan serta melakukan perkara yang mencemarkan imej pasukan,” tegasnya.
Kenyataan Abdul Rahim itu adalah susulan penyebaran rakaman video menerusi laman sosial sejak Jumaat lepas yang memaparkan perbuatan seorang anggota polis menampar seorang individu dipercayai warga asing, kerana gagal menunjukkan dokumen pengenalan diri.
Kejadian dipercayai berlaku di hadapan sebuah klinik swasta di Bayan Baru. - Bernama


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=1216&pub=Kosmo&sec=Terkini&pg=bt_10.htm#ixzz2ncuHazJj 
Hakcipta terpelihara 

Perlis mengharamkan penggunaan daun ketum

16/12/2013 2:38pm


KANGAR - Jawatankuasa Fatwa Perlis mengharamkan penggunaan daun ketum dan produknya kerana pengunaan tumbuhan itu membawa kerosakan kepada mereka yang menggunakannya.
Mufti Perlis, Datuk Dr. Juanda Jaya berkata, perkara itu diputuskan dalam mesyuarat jawatankuasa pada 30 Oktober lepas dan sudah disembah maklum kepada Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Syed Putra Jamalullail.
Jawatankuasa memandang serius masalah ketagihan ketum yang boleh mengancam masa depan ummah dan akhir-akhir ini didapati menular dalam kalangan generasi muda termasuk murid sekolah rendah, katanya kepada pemberita, di sini hari ini.
Sehubungan itu juga kata Juanda, jawatankuasa tersebut mengusulkan kepada kerajaan agar mewujudkan undang-undang dan hukuman lebih berat seperti tindakan penyalahgunaan dadah, bagi mengekang ketagihan ketum.
"Letakkan penyalahgunaan daun ketum dan produknya di bawah Akta Dadah Berbahaya berbanding sekarang di bawah Akta Racun 1952 yang hanya membawa hukuman denda sehingga RM10,000 dan/atau penjara selama empat tahun bagi mereka yang disabit memiliki, memproses atau menjual daun ketum,” katanya.
Selain itu katanya, pihak polis juga menghadapi masalah untuk menguatkuasakan undang-undang terhadap suspek kerana mereka yang ditahan atas kesalahan berkaitan daun ketum tidak boleh direman, sebaliknya dibebaskan sementara menunggu didakwa.
Diharapkan dengan keputusan Jawatankuasa Fatwa Perlis ini akan memantapkan lagi tugas pihak berkuasa dalam mengawal penyalahgunaan daun ketum yang pada satu ketika dulu pernah dijadikan ubat tradisional, katanya.
Juanda juga menegaskan keputusan Jawatankuasa Fatwa Perlis itu dibuat selepas mendengar penjelasan pihak polis dan Jabatan Kesihatan negeri berhubung penggunaan daun ketum.
Ketagihan daun ketum ini bukan sahaja memudaratkan kesihatan individu terbabit tetapi juga menyebabkan seseorang itu agresif dan cepat marah, kata Juanda lagi. - Bernama


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=1216&pub=Kosmo&sec=Terkini&pg=bt_09.htm#ixzz2ncu0nkP4 
Hakcipta terpelihara