Search This Blog

Friday, December 13, 2013

Lelaki dibuang daerah didakwa rogol pelajar


PETALING JAYA 12 Dis. - Seorang lelaki yang telah dibuang daerah ke Pulau Pinang setelah terlibat dalam tiga kes samun di ibu negara, hari ini dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini atas tuduhan merogol seorang pelajar tingkatan satu, bulan lalu.
Jaidi Jamil, 29, yang bekerja sebagai pembantu restoran mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan melakukan perbuatan itu terhadap mangsa yang berusia 13 tahun.
Perbuatan itu didakwa dilakukan di bilik 207, Hotel Cottage Inn, No. 8, Jalan USJ 9/5T, Subang Business Centre, Subang Jaya, di sini antara pukul 10.04 malam, 29 November lalu dan 4.42 pagi keesokan harinya.
Lelaki itu yang diwakili peguam Muhamad Asri Abdul Hamid didakwa mengikut Seksyen 376(1) Kanun Keseksaan yang boleh dihukum penjara sehingga 20 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.
Timbalan Pendakwa Raya, Dyiwa Syazwani Izyan Mohd. Akhir yang mengendalikan pendakwaan tidak menawarkan jaminan terhadap tertuduh tetapi beliau menyerahkan kepada budi bicara mahkamah untuk memutuskannya.
Hakim Yasmin Abdul Razak membenarkan tertuduh diikat jamin RM12,000 dengan seorang penjamin berserta syarat tambahan iaitu tidak boleh menganggu saksi pendakwaan dan melaporkan diri di balai polis berhampiran sebulan sekali.
Mahkamah menetapkan 23 Januari tahun depan untuk sebutan semula kes.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Mahkamah/20131213/ma_02/Lelaki-dibuang-daerah-didakwa-rogol-pelajar#ixzz2njP1gzhZ
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Penganggur didakwa bunuh pembantu peribadi


KUALA LUMPUR 13 Dis. - Seorang penganggur didakwa di Mahkamah Majistret di sini terhadap pertuduhan membunuh seorang pembantu peribadi di tepi jalan berhampiran gerai mamak di Jalan Klang Lama, awal bulan ini.
Law Kien Soon, 40, bersama-sama seorang lagi yang masih bebas didakwa memukul Mohd. Raini Mohamed Junus, 52, dengan kayu sehingga menyebabkan kematiannya di tepi jalan berhampiran gerai mamak, Jalan Sepadu 5 Off Jalan Klang Lama, pada 4.45 petang, 3 Disember lepas.
Dia yang tidak diwakili peguam didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati jika sabit kesalahan.
Sementara itu, seorang lagi penganggur didakwa di mahkamah sama terhadap pertuduhan membunuh seorang lelaki warga Bangladesh.
Saleh Amer, 39, didakwa membunuh Kawser Ahmed, 32, di No 84-1 WHL Snooker Centre Jalan 1/76A Jalan Desa Pandan, pada 1.20 pagi, 16 Ogos lepas.
Dia yang tidak diwakili peguam didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati jika sabit kesalahan.
Tiada pengakuan direkodkan daripada kedua-dua tertuduh.
Majistret Erry Shahriman Nor Aripin menetapkan 13 Februari tahun depan untuk kedua-dua kes itu disebut semula sementara menunggu laporan bedah siasat.
Kedua-dua kes itu dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nor Diana Nor Azwa. - BERNAMA


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Mahkamah/20131213/ma_06/Penganggur-didakwa-bunuh-pembantu-peribadi#ixzz2njOoSfYh
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Wanita pakai purdah enggan hadir ke mahkamah


PARIS 12 Dis. - Seorang wanita beragama Islam di sini semalam, membuat keputusan untuk tidak menghadiri prosiding sebutan kes hari pertama selepas dia didakwa atas kesalahan memakai purdah pada Julai lalu.
Cassandra Berlin, 20, enggan menghadiri prosiding tersebut kerana dia tidak mahu dilihat sebagai 'simbol keislaman melampau'.
Berlin ditahan polis di Trappes bersama suaminya, Michael Khiri, selepas dia dikesan memakai purdah.
Dia turut didakwa menghina anggota polis yang menahannya apabila dia menyuruh mereka diam, namun menafikan tuduhan mengeluarkan kenyataan 'Allah SWT akan menghukum anda'.
Suaminya pula dijatuhi hukuman penjara yang ditangguhkan selama tiga bulan kerana cuba menghalang Berlin daripada ditahan polis.
Kes penahanannya mencetuskan tunjuk perasaan oleh penduduk tempatan, terutamanya di Trappes yang menentang undang-undang larangan pemakaian purdah yang dikuat kuasakan pada 2011.
Sehubungan itu, peguam bela Berlin, Philippe Bataille mencabar Perlembagaan Perancis untuk menggugurkan undang-undang tersebut yang dianggap menindas penduduk Islam.
"Larangan itu bersifat diskriminasi, tidak mematuhi Perlembagaan dan menentang prinsip Republik Perancis," katanya kepada sebuah mahkamah di Versailles, di barat bandar raya ini.
Kumpulan ahli politik konservatif mendakwa enam juta penduduk Islam di Perancis kini cuba mengubah norma asal di negara ini. - AGENSI


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20131213/lu_05/Wanita-pakai-purdah-enggan-hadir-ke-mahkamah#ixzz2nLk2fgyw
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Pemberontak disyaki bunuh anggota tentera India


SRINAGAR 12 Dis. - Seorang anggota tentera yang sedang bertugas mengawal lebuh raya di Kashmir di sini maut manakala seorang lagi cedera setelah ditembak oleh pemberontak, semalam.
Jurucakap tentera, Kishore Prasad berkata, suspek terus melarikan diri sejurus melepaskan tembakan ke arah anggota tentera berkenaan.
Berikutan kejadian itu, polis dan tentera telah mengepung kawasan tersebut dan melancarkan operasi memburu kumpulan pemberontak yang melancarkan serangan itu. - Agensi


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20131212/lu_09/Pemberontak-disyaki-bunuh-anggota-tentera-India#ixzz2nLjo1GJo
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Seorang maut, 5 parah kren jatuh hempap pasar raya


BERLIN 12 Dis. - Seorang maut manakala lima lagi parah apabila sebuah kren runtuh menimpa sebuah pasar raya di Bad Homburg, Frankfurt di sini semalam.
Pemandu kren tersebut turut dilaporkan cedera parah dan dikejarkan ke hospital untuk rawatan.
Operasi menyelamat masih diteruskan untuk mengesan dan mengeluarkan mangsa yang masih terperangkap di bawah runtuhan itu. - AFP


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20131212/lu_10/Seorang-maut-5-parah-kren-jatuh-hempap-pasar-raya#ixzz2nLjgUciN
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Ahli Parlimen Georgia bergaduh


Ahli-Ahli Parlimen Georgia bergaduh sesama sendiri selepas tidak sependapat dalam isu berkaitan bantahan di Ukraine, di Tbilisi, baru-baru ini. - AGENSI
TBILISI 12 Dis. - Politik kebiasaannya sering mencetuskan suasana panas ketika perdebatan sehingga terkeluarnya kata-kata cacian atau hinaan.
Satu sesi Parlimen Georgia, baru-baru ini dicemari perkara lebih memalukan apabila pergaduhan tercetus antara wakil kerajaan dan pembangkang.
Pergaduhan berlaku antara Parti Demokratik yang menguasai kerajaan dan parti pembangkang selepas sesi perdebatan berhubung isu Ukraine memutuskan hubungan dengan Kesatuan Eropah (EU).
Kejadian itu bermula apabila Timbalan Speaker, Giorgi Baramidze menyampaikan rancangan untuk menyokong keputusan Ukraine dan mengutuk keganasan yang tercetus di Kiev.
Ketika itu, anggota Parlimen kerajaan dan pembangkang saling melontar kertas dan menendang serta bertumbuk antara satu sama lain.
Rakaman video sesi Parlimen itu menunjukkan dokumen berterbangan ketika wakil kerajaan mula bangun membantah cadangan pembangkang mencari penyelesaian berhubung isu Ukraine.
Bagaimanapun, tiada siapa mengalami kecederaan dalam insiden berkenaan.
Ekoran kejadian memalukan tersebut, anggota Parlimen pembangkang enggan menghadiri sebarang perbahasan sehingga wakil kerajaan memohon maaf secara terbuka kepada mereka. - AGENSI


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20131213/lu_04/Ahli-Parlimen-Georgia-bergaduh#ixzz2nLjYXxMn
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Berita HarianEmpat tentera Pakistan terbunuh trak dibom Taliban


ISLAMABAD 13 Dis. - Empat anggota tentera Pakistan maut apabila sebuah trak yang dinaiki mereka dibom di utara Waziristan, berhampiran kawasan sempadan Afghanistan di sini semalam.
Letupan itu turut mengakibatkan lima lagi anggota yang lain cedera.
Jurucakap tentera berkata, mereka percaya letupan itu dirancang oleh kumpulan Taliban Pakistan memandangkan Waziristan adalah salah satu kubu kuat kumpulan berkenaan. - Agensi


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20131213/lu_01/Empat-tentera-Pakistan-terbunuh-trak-dibom-Taliban#ixzz2nLhvwH9A
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Berita HarianEmpat tentera Pakistan terbunuh trak dibom Taliban


ISLAMABAD 13 Dis. - Empat anggota tentera Pakistan maut apabila sebuah trak yang dinaiki mereka dibom di utara Waziristan, berhampiran kawasan sempadan Afghanistan di sini semalam.
Letupan itu turut mengakibatkan lima lagi anggota yang lain cedera.
Jurucakap tentera berkata, mereka percaya letupan itu dirancang oleh kumpulan Taliban Pakistan memandangkan Waziristan adalah salah satu kubu kuat kumpulan berkenaan. - Agensi


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20131213/lu_01/Empat-tentera-Pakistan-terbunuh-trak-dibom-Taliban#ixzz2nLhvwH9A
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Berita HarianEmpat tentera Pakistan terbunuh trak dibom Taliban


ISLAMABAD 13 Dis. - Empat anggota tentera Pakistan maut apabila sebuah trak yang dinaiki mereka dibom di utara Waziristan, berhampiran kawasan sempadan Afghanistan di sini semalam.
Letupan itu turut mengakibatkan lima lagi anggota yang lain cedera.
Jurucakap tentera berkata, mereka percaya letupan itu dirancang oleh kumpulan Taliban Pakistan memandangkan Waziristan adalah salah satu kubu kuat kumpulan berkenaan. - Agensi


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20131213/lu_01/Empat-tentera-Pakistan-terbunuh-trak-dibom-Taliban#ixzz2nLhvwH9A
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Mamah kening bapa


Colorado: Seorang lelaki didakwa atas tuduhan melakukan serangan ganas tahap kedua selepas dia menggigit kening bapanya hingga putus dalam satu perkelahian.

Kejadian mengerikan itu berlaku minggu lalu ketika suspek, Joel Salmeron-Ciprian berada di tempat duduk belakang trak bapanya bersama-sama anggota keluarga lain, dalam perjalanan pulang daripada menghadiri satu majlis perkahwinan.


Menurut polis, Salmeron-Ciprian yang mabuk mula menceceh dan menggesa bapanya menghentikan kenderaan di tepi jalan kira-kira jam 7.45 malam.

Timbalan polis King county, berkata apabila bapanya tidak menghiraukannya, Salmeron-Ciprian menolak bapanya dari belakang sebelum kedua-dua beranak itu keluar dari trak dan bergaduh.


Akhbar Seattle Post Intelligencer melaporkan apabila polis yang dihubungi tiba di tempat kejadian, mereka mendapati lelaki berusia 30 tahun itu dihempap bapanya yang berlumuran darah di muka.


Menurut polis, Salmeron-Ciprian mengunyah kening kanan bapanya hingga putus ketika dia bergelut dengan mangsa.

Polis terpaksa menggunakan ‘stun gun’ untuk menghentikan pergelutan itu.

Bapanya yang cedera segera dikejarkan ke pusat perubatan Harborview untuk rawatan.

Sementara itu, suspek dipenjarakan kerana cuba menendang alat sulit polis dan mengancam untuk menggigit kening anggota itu.

Salmeron-Ciprian juga ditahan dengan ikat jamin AS$100,000 (RM321,649) ekoran kejadian itu.- AFP

Jurubahasa temberang


Johannesburg: Seorang jurubahasa palsu menimbulkan kemarahan ketika upacara peringatan pemimpin antiaparteid Nelson Mandela, malah dilihat ‘merepek’ apabila menggerakkan tangannya kononnya bagi menterjemahkan ucapan pemimpin dunia kepada bahasa isyarat.
DeafSA Afrika Selatan semalam mengecam kehadiran lelaki tidak dikenali itu ketika upcara peringatan yang turut dihadiri Presiden Jacob Zuma dan Presiden Amerika Syarikat Barack Obama. 
Lelaki berpakaian kemas dan mempunyai pas keselamatan rasmi melakukan beberapa isyarat tangan yang tidak bermakna ketika pemimpin dunia memberi ucapan di hadapan 95,000 penonton di stadium Soccer City. 

“Dia sekadar membuat isyarat namun tidak menggunakan tatabahasa dan struktur betul, malah mencipta isyarat berkenaan sesuka hatinya.
Foto
PENTERJEMAH bahasa isyarat palsu (kanan) dilihat membuat isyarat yang dicipta sendiri ketika Obama menyampaikan ucapan.

“Dari segi ketepatan, memang kosong peratus.

“Perkara paling asas pun salah,” kata penterjemah rasmi DeafSA bahasa isyarat Afrika Selatan Delphin Hlungwane. 

Malah, katanya, ‘penterjemah’ itu gagal menggunakan memek muka sesuai bagi menggambarkan reaksi negatif di stadium itu terhadap Zuma khususnya bagi penonton televisyen. 

“Memek muka memainkan peranan penting walaupun isyarat diberikan tidak tepat,” katanya dalam satu kenyataan, semalam. 

“Dia seperti tidak pedulikannya pun,” katanya. 

Polis kini memburu lelaki misteri itu.- Reuters

Wanita diiktiraf jadi ‘bapa’ anak


Tokyo: Seorang transeksual yang dilahirkan sebagai wanita diiktiraf mahkamah agung Jepun sebagai bapa yang sah kepada anak dilahirkan isterinya, kes pertama seumpamanya di negara itu.

Mahkamah agung menukar keputusan awal yang menolak permohonan ‘lelaki’ terbabit untuk didaftarkan sebagai bapa kepada kanak-kanak itu dengan alasan kanak-kanak terbabit dihasilkan daripada sperma individu ketiga melalui proses IVF.



Keputusan itu memberi laluan kepada golongan transeksual untuk mendapat pengiktirafan sebagai bapa walaupun tidak mempunyai hubungan biologi dengan kelahiran seseorang bayi.

Dalam keputusan semalam, hakim berkata, mereka perlu mengambil kira undang-undang 2004 yang membenarkan individu berdepan masalah kekeliruan jantina agar menukar jantina secara sah jika mereka memenuhi syarat tertentu, termasuk menjalani rawatan sewajarnya.

Menurut mahkamah, individu yang diiktiraf sebagai ‘lelaki’ dan dibenarkan untuk menukar jantina mengikut undang-undang itu juga perlu dianggap sebagai ‘lelaki’ mengikut undang-undang lain.

‘Lelaki’ itu bukan saja boleh berkahwin dan menjadi suami mengikut udang-undang sivil, tetapi juga perlu diiktiraf sebagai bapa kepada anak yang dilahirkan isterinya sepanjang perkahwinan mereka.

Keputusan itu bermakna amalan sedia ada di pejabat pendaftaran tempatan yang menyatakan anak kepada pasangan berkahwin yang mempunyai bapa transeksual, didaftar sebagai tidak sah perlu ditukar.

Abdul Quader tetap dihukum mati


Dhaka: Mahkamah tertinggi Bangladesh semalam mengekalkan sabitan dan hukuman mati ke atas pemimpin pembangkang negara itu, Abdul Quader Mollah yang didakwa terbabit dalam jenayah perang.

Panel Mahkamah Agung - diketuai Ketua Hakim Negara Mohammad Mojammel Hossain - menolak petisyen dikemukakan peguam bela Abdul Quader selepas mendengar hujah pendakwa.



Peguam bela Abdul Quader, Khandaker Mahbub Hossain berkata, hukuman mati ke atas tokoh politik Jamaat-e-Islami boleh dilaksanakan antara 21 hingga 28 hari lagi.

“Beliau masih boleh berharap mendapat pengampunan daripada presiden,” katanya.

Abdul Quader dituduh terbabit dalam jenayah perang ketika Bangladesh cuba mendapatkan kemerdekaan dari Pakistan.

Abdul Quader dan pengikutnya memihak kepada Islamabad dan menolak kemerdekaan Bangladesh.

Jika hukuman itu dilaksanakan, Abdul Quader menjadi individu pertama dikorbankan atas peristiwa perang pada 1971 itu.


Abdul Quader adalah seorang daripada lima pemimpin pembangkang yang dikenakan hukuman mati oleh Tribunal Jenayah Antarabangsa yang ditubuhkan pada 2010 bagi menyiasat dalang kekacauan pada awal 1970-an itu.

Konflik berkenaan mengorbankan lebih tiga juta nyawa.


Sepatutnya Abdul Quader dikenakan hukuman penjara seumur hidup tetapi Mahkamah Agung menukarnya menjadi hukuman mati apabila berdepan desakan penunjuk perasaan.

Khandaker berkata Abdul Quader dinafikan haknya untuk mendapat perbicaraan adil.

“Disebabkan mahkamah tertinggi membuat keputusan, saya tiada apa-apa kenyataan lagi,” katanya.

Sementara itu saksi berkata rumah hakim yang membuat keputusan itu menjadi sasaran serangan pengikut Abdul Quader semalam.

Mereka mendakwa keadaan sangat tegang dan pelbagai kemungkinan boleh berlaku.

“Orang awam bimbang Dhaka dilanda perang saudara,” katanya.- Agensi

‘Segera balik atau kami serbu’


Bangkok: Penunjuk perasaan semalam memutuskan bekalan elektrik ke pejabat perdana menteri dan menuntut polis meninggalkan tempat itu, sekali gus meningkatkan tekanan terhadap kerajaan di sebalik krisis politik yang berlanjutan selama beberapa minggu.

Penunjuk perasaan yang meminta kerajaan Yingluck Shinawatra diganti sebelum pilihan raya 2 Februari mengancam untuk menceroboh masuk jika polis tidak beredar.



Cubaan polis untuk berunding ditolak.

Ketika itu, Yingluck tiada di pejabatnya dan sejurus selepas itu muncul dalam ucapan yang disiarkan di televisyen dari lokasi tidak diketahui.

Dia kemudian mengumumkan pertemuan dengan semua peringkat masyarakat pada Ahad ini bagi mencari jalan penyelesaian terhadap krisis di Thailand.

Bagi mencari penyelesaian, Yingluck sudah membubarkan parlimen Isnin lalu dan mencadangkan pilihan raya awal.

Bagaimanapun, pembangkang menegaskan dia perlu mengundurkan diri bagi memberi laluan kepada kerajaan sementara yang dilantik, tindakan yang tidak boleh dilakukan mengikut perlembagaan negara berkenaan.

Penunjuk perasaan mendakwa politik Thailand dicemari rasuah di bawah pengaruh abang Yingluck, bilionair Thaksin Shinawatra yang digulingkan melalui rampasan kuasa pada 2006.

Dalam siri ucapannya, pemimpin demonstrasi Suthep Thaugsuban menggesa polis supaya tidak hadir bertugas dan menuntut Yingluck didakwa atas kesalahan menderhaka.


Sementara itu polis di Pintu 5 mengesahkan mereka tiada mendapat bekalan elektrik atau air sejak tengah hari.


Keadaan berkenaan memaksa mereka bergantung kepada tandas bergerak yang disediakan di kawasan itu.- AP

Sitok ajak mangsa rogol kahwin


Jakarta: Penyair yang berdepan tuduhan merogol siswi Universiti Indonesia, Sitok Srengenge dikatakan mengajak mangsa berkahwin selepas jenayahnya terbongkar.

Peguam siswi terbabit, Iwan Pangka berkata pelawaan Sitok itu bagaimanapun ditolak.


“Anak guam saya tidak mahu hidup bersama Sitok.

“Dia tidak ingin dan tidak sudi untuk berkahwin dengan perogol itu,” katanya.


Menurut Iwan, mangsa - hanay dikenali sebagai RW, 22 - sebelum ini sudah berhubung dengan Sitok selepas mendapati dirinya hamil tetapi tidak dipedulikan penulis yang sebelum ini pernah bernaung di bawah kumpulan Salihara itu.


Sitok sebelumnya pernah memberitahu mangsa akan bertanggungjawab jika mangsa hamil.

Namun hingga laporan polis dibuat, dia tidak menunjukkan kesungguhannya itu.
Kata Iwan, RW sudah tidak sanggup lagi menanggung derita dan kesusahan sendirian.

Selain itu, dia juga mengalami trauma yang teruk.

“Anak guam saya memaklumkan yang dia pernah terfikir mahu membunuh diri,” katanya. - Agensi

Malang Nkrumah kemaluan dipatuk ular di tandas


Accra: Perbuatan yang biasa kadang-kadang menyebabkan kesan yang luar biasa. Seorang lelaki melalui pengalaman yang mungkin kekal dalam ingatan sepanjang hayatnya apabila kemaluannya dipatuk ular ketika dia sedang membuang air, lapor media semalam.

Menurut media Ghana, Kwabena Nkrumah, 34, sedang menggunakan tandas awam di wilayah Ashanti apabila seekor ular “hitam dan besar” menjulur keluar dari bawah dan mematuk zakarnya.
Nkrumah menyedari dia diserang selepas mengalami kesakitan melampau dan mendakwa hampir pitam.

“Saya lihat ke bawah, ular itu bersedia untuk mematuk lagi.


“Saya pun terus keluar melarikan diri untuk mendapatkan bantuan,” katanya.


Bagaimanapun, jeritan lelaki itu menyebabkan keadaan panik dengan sesetengah pengguna tandas turut keluar dalam keadaan terburu-buru.

Nkrumah kemudian dirawat di hospital tempatan sebelum dibenarkan pulang.

Insiden itu berlaku hanya beberapa bulan selepas media melaporkan bahawa bomoh di Swaziland dilarang terbang dengan penyapu mereka melebihi ketinggian 150 meter di dara. - Agensi

Malang Nkrumah kemaluan dipatuk ular di tandas


Accra: Perbuatan yang biasa kadang-kadang menyebabkan kesan yang luar biasa. Seorang lelaki melalui pengalaman yang mungkin kekal dalam ingatan sepanjang hayatnya apabila kemaluannya dipatuk ular ketika dia sedang membuang air, lapor media semalam.

Menurut media Ghana, Kwabena Nkrumah, 34, sedang menggunakan tandas awam di wilayah Ashanti apabila seekor ular “hitam dan besar” menjulur keluar dari bawah dan mematuk zakarnya.
Nkrumah menyedari dia diserang selepas mengalami kesakitan melampau dan mendakwa hampir pitam.

“Saya lihat ke bawah, ular itu bersedia untuk mematuk lagi.


“Saya pun terus keluar melarikan diri untuk mendapatkan bantuan,” katanya.


Bagaimanapun, jeritan lelaki itu menyebabkan keadaan panik dengan sesetengah pengguna tandas turut keluar dalam keadaan terburu-buru.

Nkrumah kemudian dirawat di hospital tempatan sebelum dibenarkan pulang.

Insiden itu berlaku hanya beberapa bulan selepas media melaporkan bahawa bomoh di Swaziland dilarang terbang dengan penyapu mereka melebihi ketinggian 150 meter di dara. - Agensi

Malang Nkrumah kemaluan dipatuk ular di tandas


Accra: Perbuatan yang biasa kadang-kadang menyebabkan kesan yang luar biasa. Seorang lelaki melalui pengalaman yang mungkin kekal dalam ingatan sepanjang hayatnya apabila kemaluannya dipatuk ular ketika dia sedang membuang air, lapor media semalam.

Menurut media Ghana, Kwabena Nkrumah, 34, sedang menggunakan tandas awam di wilayah Ashanti apabila seekor ular “hitam dan besar” menjulur keluar dari bawah dan mematuk zakarnya.
Nkrumah menyedari dia diserang selepas mengalami kesakitan melampau dan mendakwa hampir pitam.

“Saya lihat ke bawah, ular itu bersedia untuk mematuk lagi.


“Saya pun terus keluar melarikan diri untuk mendapatkan bantuan,” katanya.


Bagaimanapun, jeritan lelaki itu menyebabkan keadaan panik dengan sesetengah pengguna tandas turut keluar dalam keadaan terburu-buru.

Nkrumah kemudian dirawat di hospital tempatan sebelum dibenarkan pulang.

Insiden itu berlaku hanya beberapa bulan selepas media melaporkan bahawa bomoh di Swaziland dilarang terbang dengan penyapu mereka melebihi ketinggian 150 meter di dara. - Agensi

Ahli keluarga semua ghaib


Shah Alam: Kehilangan ahli keluarga seorang lelaki warga tempatan berusia 27 tahun yang ditemui mati dipercayai dibunuh di rumahnya di Pangsapuri Sri Angkasa Seksyen 28, di sini, semalam menimbulkan persoalan.
Mayat mangsa ditemui jam 1 tengah hari selepas pemilik rumah gagal menghubunginya sejak tiga hari lalu untuk meminta sewa.

Berikutan itu, pemilik rumah terbabit pergi ke rumah itu untuk bertemu mangsa, namun sebaik tiba dia terhidu bau busuk lalu memaklumkan kepada pengurusan pangsapuri.
Pemilik rumah dan pihak pengurusan pangsapuri cuba memasuki rumah sebelum menemui kesan darah kering di ruang tamu sebelum menghubungi polis untuk meminta bantuan.

Difahamkan, mangsa yang menyewa sejak setahun lalu tinggal bersama ibu, kakak dan isterinya namun mereka didapati hilang sejak seminggu lalu.

Pemilik rumah berkenaan Sarjit Kaur, 40, berkata, mangsa sebelum ini tidak mempunyai masalah pembayaran sewa, tetapi bulan ini, dia tidak menerima sebarang bayaran.
Foto
ANGGOTA polis mengangkat mayat lelaki yang dipercayai dibunuh di Pangsapuri Sri Angkasa, Shah Alam, semalam.
“Sebaik tiba di depan rumah, saya terhidu bau busuk dan pada mulanya saya menyangka ia bau tangki najis melimpah akibat saluran paip bocor, tetapi sebaik pihak pengurusan menolak pintu rumah tidak berkunci, kami terperanjat melihat kesan darah kering.

“Pada 14 November lalu, mangsa ada menghantar SMS memaklumkan jika ada apa-apa perkara dia meminta saya menghubungi ke satu nombor telefon yang lain, tetapi saya langsung tidak menyangka akan menemui dia dalam keadaan begitu,” katanya. Sumber polis berkata, berdasarkan fizikal mayat, mangsa dipercayai meninggal dunia lebih tiga hari lalu dan setakat ini, polis percaya mangsa dibunuh dan kes dipercayai bermotifkan samun.
“Ia berdasarkan keadaan rumah berselerak, tetapi polis tidak menjumpai sebarang kesan pencerobohan dan sedang menyiasat sama ada terdapat barangan berharga yang hilang.

“Kami menemui kesan cedera di belakang kepala mangsa dipercayai akibat hentakan senjata tumpul dan satu topi keledar diambil untuk dianalisis,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Shah Alam Asisten Komisioner Zahedi Ayob ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan memberitahu kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Menurutnya, mayat mangsa dihantar ke Hospital Tengku Rahimah Klang (HTAR) untuk dibedah siasat dan polis akan mengesan ahli keluarga mangsa untuk membantu siasatan.

Cakaran wanita Afrika


Kuala Lumpur: Sekumpulan lelaki dan wanita warga Nigeria bertindak ganas ketika cuba ditahan dalam satu operasi oleh Jabatan Imigresen di beberapa gerai tepi jalan di Desa Aman Puri, Kepong, di sini malam kelmarin.
Difahamkan, seorang pegawai imigresen turut cedera ringan akibat dicakar seorang wanita warga berkenaan ketika hendak ditahan.
Ketua Bahagian Penguatkuasa, Jabatan Imigresen Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, James Musa Singa, berkata dalam operasi bermula jam 9 malam hingga 11.30 malam itu, gerai tepi jalan yang menjadi markas warga asing terbabit melepak diserbu secara serentak sebelum menahan 20 orang.

“Seramai 18 daripada mereka termasuk tujuh wanita adalah dari Nigeria, seorang wanita dari Ghana manakala seorang lagi lelaki warga Bangladesh. Semua mereka yang ditahan berusia antara 20 hingga 33 tahun.
Foto
ANTARA warga asing yang ditahan.

“Ketika diserbu, ada antara mereka yang bertempiaran lari, jatuh ke dalam longkang malah ada yang cuba merempuh dan bergelut dengan pegawai imigresen yang cuba menahan mereka,” katanya kepada Harian Metro.

Menurutnya, gerai tepi jalan di kawasan itu dimonopoli kumpulan Awang Hitam berkenaan hingga rakyat tempatan takut untuk mengunjunginya.

“Kebanyakan mereka mengaku belajar di sebuah institusi pengajian tinggi swasta berdekatan, namun kami akan menyiasat kesahihan status mereka itu.

“Semua mereka dibawa ke Depot Imigresen Jabatan Imigresen Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Kompleks Kementerian Dalam Negeri (KDN) Jalan Duta, Kuala Lumpur untuk siasatan dan tindakan lanjut,” katanya.

Beliau berkata, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 6 ( 3 ) Akta Imigresen 1959/63 (Pindaan 2002) dan Seksyen 56 (1) (i) Akta Imigresen 1959/63 (Pindaan 2002).

Polis tumpas Geng Ah Boy


NIBONG TEBAL: Sebuah kumpulan yang aktif dalam 13 kes samun dan curi kereta di sekitar daerah Seberang Perai Selatan dikenali Geng Ah Boy tumpas selepas ditahan polis dalam serbuan di sebuah hotel bajet pada 6 Disember lalu.

Ketika serbuan kira-kira jam 6 pagi itu empat ahli kumpulan berusia 26 hingga 35 tahun itu sedang berehat, kata Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan Superintendan Safien Mamat.


Penahanan itu berjaya menemui semula lima kereta yang dicuri selain berjaya menyelesaikan kes samun di Pulau Pinang dan Kedah, katanya.

Suri rumah miliki DVD cetak rompak dihukum


IPOH: Mahkamah Sesyen di sini menjatuhi hukuman denda RM176,000 atau 22 tahun penjara terhadap seorang suri rumah yang didapati bersalah memiliki 88 DVD cetak rompak tujuh tajuk filem dua tahun lalu.

Hakim Noor Hayati Mat membuat keputusan itu terhadap tertuduh, Chai Siew Wan, 44, selepas pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwa. 

Bayi diculik diserah kepada polis


GEORGETOWN: Seorang bayi perempuan berusia tujuh bulan, Nur Fairuz Izz Zahra Md Faizal yang diculik dari rumah neneknya di Air Itam semalam diserahkan dalam keadaan selamat di Ibu Pejabat Polis Daerah Barat Daya tengah hari tadi.

Bayi itu diculik seorang wanita yang juga kenalan nenek berkenaan berusia 40-an sebelum dijual kepada seorang lelaki di Tanjong Tokong semalam. 

Dua beradik Geng Mamak kena cekup


2013/12/13
 
Petaling Jaya: Selepas 28 tahun diburu, dua beradik yang menganggotai Geng Mamak diberkas polis sejurus selepas mereka dan dua lagi anggota kumpulan itu merompak sebuah farmasi di Bandar Pinggiran Subang awal, pagi semalam.

Dalam kejadian jam 5.35 pagi, semua lelaki berusia di antara 34 dan 58 tahun itu ditahan ketika berada dalam sebuah kereta Mercedes-Benz di depan premis farmasi berkenaan.


Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintendan Junaidi Bujang, berkata kejadian itu disedari pemilik premis berkenaan selepas alat penggera kecemasan berbunyi.

Pemilik premis itu terus menghubungi polis sejurus menerima amaran daripada telefon bimbitnya yang berbunyi daripada penggera kecemasan itu.

Polis peronda dan Unit Rondaan Bermotosikal (URB) yang ke lokasi kejadian mendapati tiga suspek berada di dalam sebuah kereta Mercedes-Benz hitam manakala seorang lagi berdiri di depan premis, katanya kepada pemberita dalam sidang media di Balai Polis Kampung Baru Subang malam tadi.

Junaidi berkata, polis kemudian bertindak mengepung kumpulan itu menyebabkan mereka tidak sempat melarikan diri.

Dakwa dirogol lelaki mengaku polis


2013/12/13
Kuala Lumpur: Seorang wanita warga Indonesia membuat laporan polis mendakwa dirogol dua kali oleh seorang anggota polis di sebuah hotel di Kajang, Selangor, awal pagi kelmarin.

Dalam kejadian jam 1 pagi, mangsa berusia 29 tahun itu dikatakan berada di rumahnya di Seksyen 15 Bandar Baru Bangi, Kajang sebelum didatangi dua lelaki memperkenalkan diri sebagai anggota polis.


Bawa ke balai polis

Sumber berkata, kedua-dua lelaki berkenaan kemudian membawa mangsa bersama tiga lagi rakannya yang juga warga Indonesia ke sebuah rumah kongsi berhampiran lalu menurunkan mereka di lokasi berkenaan.

Katanya, seorang daripada anggota polis berkenaan dikenali sebagai Zul kemudian membawa wanita terbabit ke Balai Polis Bandar Baru Bangi dengan menaiki motosikal.

Apabila tiba di lokasi, anggota berkenaan membawa mangsa keluar melalui pintu belakang balai itu lalu menuju ke sebuah hotel di Kajang, Selangor dengan menaiki kereta.

Mangsa mendakwa ketika di bilik hotel itu, suspek merogolnya dua kali, katanya ketika dihubungi BH, semalam.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ab Rashid Ab Wahab ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu, namun enggan mengulas lanjut.

Ribut musim dingin melanda Asia Barat


2013/12/13
Beirut: Beratus-ratus sekolah terpaksa ditutup, manakala jalan raya terputus hubungan apabila ribut musim dingin melanda Asia Barat menyebabkan kem pelarian Syria dilitupi salji tebal.

Konflik yang sudah berlarutan selama tiga tahun itu, mengorbankan kira-kira 126,000 orang manakala dua juta kehilangan tempat tinggal.


Rakaman online oleh aktivis menunjukkan kawasan konflik dilitupi salji manakala sekurang-kurangnya dua kanak-kanak meninggal dunia akibat kesejukan.

Di kem pelarian di sekitar Lubnan, beribu-ribu pelarian Syria terpaksa berlindung di khemah sementara yang tidak dapat memberi perlindungan secukupnya, manakala salji menyebabkan lantai basah dan becak.

Tak suka cuaca dingin

Saya benci cuaca dingin. Apabila salji cair, tanah di dalam khemah menjadi lembik dan berlumpur. Air sejuk menitis di kepala kami, kata remaja di sebuah di Saadnayel, yang hanya dikenali sebagai Sakr.

Keadaan di kem pelarian Zafari di utara Jordan menempatkan 120,000 pelarian, bagaimanapun lebih baik apabila ribut hanya menyebabkan hujan tetapi tiada salji. Pihak berkuasa berkata ia sudah menyediakan 20,000 karavan tetapi beribu-ribu lagi masih tinggal di dalam khemah.
Bank, sekolah dan pejabat di beberapa wilayah lain di Lubnan turut ditutup, manakala salji turun dengan lebat di kawasan tanah tinggi termasuk di Baitulmaqdis, menyebabkan sekolah ditutup dan cuaca diramalkan semakin buruk.

Masalah bahan api

Di Semenanjung Gaza, yang berdepan masalah bahan api, hujan lebat menyebabkan banjir di beberapa kawasan, manakala suhu jatuh ke paras beku pada waktu malam.

Kebanyakan penduduk terpaksa bergantung kepada generator, berikutan krisis bahan api menyebabkan bekalan elektrik terputus hingga 16 jam sehari.

AFP 

Leher dicekik, tangan diikat

 SINAR HARIAN
  • Leher dicekik, tangan diikatNyan Lee menunjukkan laci tempat dia meletakkan wang tunai yang dikebas tiga penyamun bertopeng, semalam.
 1 / 1 
MARANG - Pasangan warga emas berhadapan detik cemas apabila rumah mereka yang juga dijadikan sebagai kedai runcit di TMB 10, Kampung Teluk Bayas, di sini, dipecah masuk tiga lelaki bertopeng antara jam 2.30 hingga 3 pagi, semalam.

Mangsa, Wong Nyan Lee, 77, berkata, tiga penyamun berkenaan masuk ke kediamannya melalui pintu belakang yang diumpil, ketika dia dan isteri Soo Guat Maw, 69, sedang tidur di dalam bilik.

Tiga penyamun masing-masing membawa senjata tajam dipercayai pisau itu kemudian memasuki bilik mangsa lalu salah seorang daripada mereka mencekik leher dan menutup mulut Nyan Lee sebelum mengikat tangan pasangan tersebut.

Nyan Lee berkata, dalam keadaan tegang itu, penyamun terbabit mengugut akan mencederakan mereka berdua jika berbuat bising.

“Selepas itu mereka geledah bilik tidur kami, kemudian beralih pula ke bahagian tempat menjual barang dan mencuri wang tunai kira-kira RM6,000 dalam laci wang simpanan, mengambil rokok, jam dan pelbagai barangan lain.

“Mereka juga sempat memotong kabel telefon sebelum keluar dari rumah dan menghilangkan diri selepas itu,” katanya yang berjaya melepaskan ikatan dawai di tangannya dan tangan isteri selepas tiga penyamun terbabit beredar.

Dipercayai kumpulan penyamun itu turut memecah masuk sebuah lagi rumah di Kampung Jerung Surau, kira-kira jam 5.30 pagi, iaitu tidak jauh dari rumah pasangan warga emas berkenaan.

Ketua Polis Daerah Marang, Deputi Superintendan Ahmad Mazlan Yahaya ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan mengenai kejadian itu dan menurutnya, kes berkenaan masih dalam siasatan pihaknya.Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai kejadian tersebut boleh menghubungi Balai Polis Marang di talian 09-6182222 atau balai polis berdekatan.

Dipukau 'Uncle Lim' dalam pasar raya

 SINAR HARIAN
  • Dipukau 'Uncle Lim' dalam pasar rayaNor Hidayah menunjukkan laporan polis dan cetakan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang dibuat susulan insiden itu.
 1 / 2 
REMBAU – Seorang peniaga kerugian ratusan ringgit selepas anak sulungnya dipercayai dipukau oleh seorang lelaki berusia 50-an yang mengekori anaknya itu untuk membeli barangan runcit di sebuah pasar raya di Chembong, dekat sini, 9 Disember lalu.

Dalam kejadian kira-kira 7.30 malam itu, lelaki itu yang memperkenalkan diri sebagai 'Uncle Lim' datang ke kedai peniaga berkenaan di Medan Selera Chembong untuk menempah 21 bungkus nasi goreng.

Menurut peniaga berkenaan, Norfizah Nayan, 45, ketika itu, dia tidak mengesyaki lelaki terbabit berniat jahat memandangkan kedainya sering dikunjungi pekerja kilang dan pekerja kontrak bagi membungkus makanan.

“Pada masa itu, anak saya, Nor Hidayah Nazeri, 16, yang mengambil tempahan. Lelaki terbabit menyatakan ingin membungkus makanan selama dua hari di kedai saya. Malah, dia menyatakan bosnya akan turun dalam tempoh masa sejam untuk makan ikan siakap dan pelbagai jenis buah-buahan di kedai saya.

“Oleh kerana tempahannya agak banyak, anak sulung saya, Lily Dianna Nazeri, 23, pergi ke pasar raya terdekat bersama adik saya, Norhayati Nayan, 41, untuk membeli makanan tambahan,” katanya.

Norfizah berkata, semasa berada di pasar raya berkenaan, anaknya itu terperanjat apabila lelaki terbabit juga berada di pasar raya dan beria-ria mengambil pelbagai jenis barangan sebelum dimasukkan ke dalam troli mereka.

Menurutnya, lelaki terbabit mengambil enam karton 100 plus dan Redbull; 30 bungkus kacang; 30 biji oren; 60 biji epal; dua ekor ikan siakap dan lain-lain lagi.

"Lelaki terbabit bertanyakan jumlah duit yang dimiliki anak saya ketika itu selain bertanyakan sama ada dia mempunyai duit dalam akaun bank atau tidak. S

emasa berada di kaunter, anak saya juga tidak sedar bila lelaki terbabit mengambil duit RM400 daripadanya.

“Selepas itu, lelaki terbabit menyuruh anak saya pergi ambil tisu, sementara adik saya pula diarahkan ambil pisang. Sebaik kembali ke kaunter, lelaki terbabit sudah tiada dan anak saya tersedar ketika ingin menjelaskan bayaran di kaunter," katanya yang membuat laporan di Balai Polis Rembau sejurus kejadian.

Katanya, sejak lebih tujuh tahun berniaga di lokasi berkenaan, pengalaman dipukau oleh lelaki yang kelihatan seperti warga emas itu adalah pengalaman pertama dan anaknya juga trauma.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Deputi Superintendan Mizan Md Dom mengesahkan kejadian itu.

Kena cabul dalam tandas awam


  • Kena cabul dalam tandas awamMangsa (tengah) hadir ke IPD Ipoh untuk memberikan keterangan dengan ditemani Chee Khing (dua, kiri).
 1 / 1 
IPOH – Seorang gadis trauma selepas dia dicabul ketika menggunakan tandas di sebuah kompleks beli belah di sini Khamis lalu.
Dalam kejadian kira-kira jam 4.10 petang itu, mangsa yang berusia 19 tahun memasuki tandas terbabit sendirian selepas membeli-belah bersama tiga rakannya.

Mangsa berkata, dia menyedari dirinya diperhatikan seorang lelaki lengkap beruniform yang tercegat di hadapan tandas berkenaan.

Katanya, pada mulanya dia tidak menghiraukan lelaki yang dipercayai warga Bangladesh itu dan terus memasuki tandas wanita di situ tanpa mengesyaki apa-apa.

“Saya terkejut apabila selepas masuk dalam tandas, lelaki itu terus menutup lampu dan menerpa ke arah saya. Dia peluk dan cium mulut saya. Keadaan itu berlaku dalam sekelip mata.

“Saya terus tendang dan menolak lelaki itu ke pintu utama tandas dan menjerit sekuat hati meminta pertolongan,” katanya ketika hadir di Ibu Pejabat Polis Daerah di sini, semalam dengan ditemani Adun Bercham, Cheong Chee Khing.

Remaja itu berkata, seorang lelaki mendengar jeritannya dan cuba mengejar suspek namun dia berjaya melarikan diri.

“Saya telah membuat laporan kepada pihak pengurusan kompleks beli belah dan dapat mengecam lelaki itu menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV) kerana dia tidak memakai topeng," katanya yang membuat laporan mengenai kejadian menimpanya itu di Balai Polis Sungai Senam.

Menurutnya, pihak pengurusan kompleks beli-belah turut memberitahu bahawa lelaki terbabit merupakan bekas pekerja penjaga tandas di situ yang diberhentikan kerja sejak dua minggu lalu.

Sementara itu, Chee Khing berkata, orang ramai diminta lebih berwaspada ketika menggunakan tandas awam walaupun di kawasan yang sering menjadi tumpuan.

“Kejadian tidak diingini sering berlaku di lokasi yang kita tak sangka. Ia memberi pengajaran terutama kepada remaja dan wanita untuk lebih berhati-hati kerana mereka mudah dijadikan sasaran penjenayah,” katanya.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Sum Chang Keong mengesahkan menerima laporan remaja terbabit dan memaklumkan pihaknya masih menyiasat kes berkenaan mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan.

“Kita juga akan menyiasat aduan mangsa terhadap pegawai penyiasat dan Bahagian Siasatan Jenayah diarahkan memberi keutamaan kepada kes sebegini.

“Kita juga akan mengesan lelaki terbabit dan cuba menyelesaikan kes ini secepat mungkin,” katanya.

Mayat pelajar lelaki ditemui tergantung


Mayat pelajar lelaki ditemui tergantungMayat mangsa diusung anggota polis untuk dibawa ke hospital.
 1 / 1 
KOTA BHARU - Misteri bau busuk dalam tandas asrama di sebuah sekolah di Kok Lanas pagi semalam, terbongkar apabila penyelia asrama terbabit, menemui mayat seorang pelajar dalam keadaan tergantung dengan kain pelekat dalam tandas yang terkunci.

Penyelia terbabit, Zul Atfi Mohamad, 37, berkata, sebagai rutin setiap pagi dia melakukan pemeriksaan bersama pengetua sekolah bagi meninjau setiap keadaan kawasan sekitar sebelum pelajar memulakan kelas al-Quran pada setiap pagi selepas bermulanya cuti sekolah awal Disember lalu.

Menurutnya, hanya apabila sampai di kawasan bilik air di tingkat bawah, dia tercium bau yang amat busuk dan mendapati pintu salah sebuah tandas dalam bilik air asrama terkunci dari dalam.

“Curiga dengan keadaan itu, saya mengambil kerusi yang berada di luar dan cuba memanjatnya bagi meninjau keadaan dari dalam tandas yang terkunci itu.

“Ketika saya memanjat dinding bilik air berdekatan dengan siling tandas, saya mendapati mayat seorang lelaki separuh bogel dengan hanya memakai baju dan jaket manakala lehernya diikat dengan kain pelekat tergantung dalam tandas dan terdapat kesan darah dan najis di lantai bilik air itu," katanya.

Kata Zul Atfi lagi, sebelum ini sepanjang lima hari bertugas di situ, dia turut melakukan pemeriksaan di seluruh kawasan termasuk di bilik air ini hampir setiap hari bermula Selasa lalu, namun tidak pula tercium bau
busuk.

“Apa pun pihak sekolah menyerahkan kes ini kepada polis untuk tindakan lanjut bagi mengenal pasti identiti mangsa," katanya.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Azham Othman berkata, sehingga ini pihaknya sudah mengenal pasti mayat mangsa dan hasil semakan yang dibuat melalui pengetua sekolah itu, mendapati salah seorang pelajar lelaki yang berusia 16 tahun tidak pulang ke rumah.

“Pihak sekolah telah menghubungi keluarga mangsa dan difahamkan pelajar itu tidak pulang ke kampungnya di Pasir Mas, selepas cuti bermula pada 7 Disember lalu,” katanya.

Berdasarkan pengecaman yang dilakukan oleh kedua-dua ibu bapa mangsa, mereka sudah mengenal pasti dan mengecam pakaian serta cermin mata yang dijumpai di tempat kejadian.

“Dari hasil siasatan terhadap mayatnya, pelajar itu sudah tiga hari berada dalam keadaan demikian. Melalui pengamatan yang dijalankan, kejadian terbabit tiada kaitan dengan unsur jenayah dan kes diklafikasikan sebagai kematian mengejut," katanya.

Racun dalam minyak kitar semula


ORANG ramai tidak harus memandang mudah nasihat pakar kesihatan mengenai bahaya penggunaan minyak masak terpakai. - Gambar hiasan


KUALA LUMPUR - Dua pakar pemakanan menasihatkan orang ramai supaya tidak menggunakan minyak masak kitar semula lebih daripada tiga kali kerana dikhuatiri ia telah bertukar menjadi racun akrolein yang boleh mengakibatkan kanser.
Pakar Pemakanan dan Dietetik Universiti Perubatan Antarabangsa (IMU), Profesor Dr. Fatimah Arshad berkata, kebiasaannya minyak kitar semula yang sudah bertukar kehitaman akibat proses oksidasi itu turut mengandungi karsinogen iaitu zat kimia yang menjadi punca kanser.
"Jika pengguna terdedah dalam tempoh jangka masa panjang dengan minyak masak yang sudah tercemar itu, risiko untuk mereka diserang penyakit kanser adalah amat tinggi,"' katanya kepada Kosmo! semalam.
Fatimah berkata, orang ramai seelok-eloknya menggunakan minyak masak sebanyak tiga kali sahaja untuk menggoreng makanan.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=1213&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_01.htm#ixzz2nKEy5NAB 
Hakcipta terpelihara 

Dibelasah dengan kayu sampai mati


MOHD. RAINI


KUALA LUMPUR – Seorang lelaki yang dilaporkan koma akibat dibelasah selepas menegur dua pemuda mengambil buah mempelam di Jalan Sepadu 5, Jalan Klang Lama di sini pada 3 Disember lalu disahkan mati kelmarin.
Mangsa, Mohd. Raini Mohamed Junus, 52, meninggal dunia pada pukul 4.58 petang selepas sembilan hari bertarung nyawa di Pusat Perubatan Universiti Malaya dekat sini.
Timbalan Ketua Polis Daerah Brickfields, Superintendan Aida Abdul Hamid berkata, susulan kejadian itu, polis membuka siasatan kes tersebut di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan iaitu kesalahan membunuh yang membawa hukuman mati.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=1213&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_04.htm#ixzz2nKEgS8IP 
Hakcipta terpelihara 

Wanita dakwa dirogol untuk elak ditahan polis


KAJANG - Seorang anggota polis berpangkat Lans Koperal ditahan bagi membantu siasatan satu kes rogol membabitkan mangsa seorang wanita warga Indonesia di sebuah hotel bajet di daerah ini pada Selasa lalu.
Sumber berkata, suspek yang berusia 20-an dan bertugas di sebuah balai polis di daerah ini diberkas kelmarin selepas mangsa membuat laporan polis pada hari yang sama.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=1213&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_10.htm#ixzz2nKENfLDg 
Hakcipta terpelihara 

Helikopter tenggelam, 8 selamat


BINTULU – Sebuah helikopter jenis Sikorsky S-76 yang membawa dua juruterbang dan enam pekerja pelantar minyak melakukan pendaratan cemas di tengah laut, kira-kira 89 batu nautika dari pesisir pantai dekat sini semalam.
Dalam kejadian pada pukul 7.42 pagi itu, tiada sebarang kemalangan jiwa dilaporkan.
Kejadian dipercayai berlaku apabila helikopter milik MHS Aviation Berhad yang disewa sebuah syarikat petroleum itu mengalami masalah teknikal.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=1213&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_09.htm#ixzz2nKE8Qdln 
Hakcipta terpelihara 

Budak perempuan 12 tahun hilang

NOR ASYIKIN


PASIR MAS - Seorang kanak-kanak perempuan yang baru mencecah usia 12 tahun hilang dari rumahnya di Kampung Jerulong, Lemal dekat sini sejak tiga hari lalu.
Bapa tirinya, Zamri Mat Sin, 38, berkata, kehilangan Nor Asyikin Abdullah disedari dia dan isterinya, Norliza Nasir, 36, pukul 12.30 tengah malam Isnin lalu ketika mereka masuk ke bilik tidur anaknya itu.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=1213&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_06.htm#ixzz2nKDoQC2o 
Hakcipta terpelihara 

Leher dikelar dengan kerambit



SARUNG kerambit yang dijumpai di lokasi Mohd. Ilfan mati dikelar.


KUCHING – Tindakan seorang lelaki memberhentikan motosikalnya selepas dirempuh sebuah kenderaan dari belakang membawa padah apabila lehernya dikelar oleh pemandu kenderaan itu di Taman Permainan Kenyalan Park di sini semalam.
Dalam kejadian pada pukul 1 pagi, mangsa Mohd. Ilfan Daud, 25, mati di tempat kejadian akibat lehernya cedera parah selepas dipercayai dikelar dengan kerambit.
Pemangku Ketua Polis Daerah Kuching, Deputi Superintendan Roselina Daud berkata, sebelum tragedi berdarah itu, motosikal ditunggang Mohd. Ilfan dilanggar dari arah belakang oleh sebuah kereta Suzuki Swift yang dipandu seorang lelaki dipercayai berketurunan Cina.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=1213&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_02.htm#ixzz2nKDRj3o6 
Hakcipta terpelihara 

Tentera enggan temui ketua penunjuk perasaan

SEKUMPULAN penunjuk perasaan antikerajaan mencabut kawat berduri sebelum memasuki pekarangan pejabat Yingluck di Rumah Kerajaan di Bangkok untuk seketika semalam.


BANGKOK - Panglima Angkatan Tentera Thailand menolak permintaan ketua penunjuk perasaan antikerajaan, Suthep Thaugsuban untuk mengadakan pertemuan semalam.
Pertemuan tersebut diminta oleh Suthep yang ingin memujuk pihak tentera dan polis menumbangkan kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Yingluck Shinawatra.
"Ketua angkatan tentera tidak akan menemui Suthep hari ini (semalam)," kata timbalan jurucakap tentera, Werachon Sukondhapatipak.
Kenyataan tersebut membayangkan bahawa ketua tentera darat laut dan udara juga mengambil pendi- rian serupa.
Pihak tentera telah dan cuba merampas kuasa sebanyak 18 kali dalam tempoh 80 tahun termasuk menggulingkan abang Yingluck, Thaksin Shinawatra pada tahun 2006.
Namun kali ini, pihak tentera menyatakan yang ia tidak mahu terlibat dalam krisis politik dalaman Thailand walaupun bersetuju untuk menjadi pendamai.
Setakat ini, masih tidak jelas sama ada Ketua Polis Thailand akan menemui Suthep tetapi kemungkinan itu tipis memandangkan polis selama ini memihak kepada Thaksin.
Krisis politik Thailand berlanjutan selepas Suthep yang mengetuai kumpulan penunjuk perasaan antikerajaan bertindak menolak keputusan Yingluck untuk mengadakan pilihan raya umum lebih awal pada 2 Februari depan.
Beliau sebaliknya mahu Thailand ditadbir oleh Majlis Rakyat yang di- lantik dan bukan menerusi proses pilihan raya.
Pada Isnin lalu, seramai 160,000 penunjuk perasaan berhimpun di jalan-jalan raya sekitar Rumah Kerajaan di sini tetapi bilangan mereka merosot kepada hanya bebe- rapa ribu orang semalam.- Reuters


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=1213&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_02.htm#ixzz2nJ6UjPVJ 
Hakcipta terpelihara 

Empat lagi warga India didakwa kerana merusuh


Pemandangan dari udara menunjukkan dua kereta polis terbalik dalam rusuhan di Singapura, Ahad lalu.- Reuters


SINGAPURA - Empat lagi warga India didakwa semalam kerana merusuh di daerah Lit- tle India di pulau ini pada hujung minggu lalu.
Polis berkata, empat suspek tersebut yang berusia antara 24 hingga 45 tahun merupakan tangkapan terbaharu berhubung rusuhan tersebut.
Sellamuthu Elangovan, 45, Ammasi Venkatesan, 27, dan Selarasu Dhanapal, 25, dituduh membaling serpihan konkrit ke arah anggota polis dalam kekacauan di lokasi berkenaan.
Lelaki keempat, Arumugam Karthik pula berdepan dakwaan menyertai perhimpunan haram. Dia turut didakwa kerana menyerang bas persendi- rian yang melanggar warga India, Sakthivel Kumaravelu, 33, di sebuah persimpangan di lokasi kejadian.
Sakthivel mati dalam kemalangan itu pada malam Ahad lalu.
Semasa kejadian, bas berkenaan tiba untuk membawa pekerja rantau Asia Selatan berkenaan untuk pulang ke asrama mereka.
Arumugam, 24, juga didakwa bertindak menterbalikkan dan membakar sebuah kereta polis semasa kekacauan itu.
Kes melibatkan keempat- empat tertuduh akan didengar pada 19 Disember ini.
Dalam pada itu, polis menyatakan, siasatan terhadap warga India lain yang terlibat dalam rusuhan itu masih diteruskan.
Setakat kelmarin, sebanyak 27 rakyat India telah didakwa di mahkamah kerana merusuh.
Polis juga selesai menyoal siasat kira-kira 3,700 pekerja asing dari 10 buah asrama berhubung insiden tersebut.
Daripada bilangan itu, seramai 176 telah diambil ketera- ngan di Jabatan Siasatan Jena- yah termasuk mereka yang ditahan.
Menurut polis, kira-kira 400 imigran Asia Selatan terlibat dalam rusuhan tersebut yang menyebabkan 39 anggota polis dan petugas pertahanan awam cedera manakala 25 buah kenderaan termasuk 16 kereta polis rosak atau dibakar perusuh. - Agensi


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=1213&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_01.htm#ixzz2nJ57iuDe 
Hakcipta terpelihara