
HONG KONG - Sekurang-kurangnya 19 orang di kuarantin selepas seorang daripada rakan mereka maut akibat selesema burung H7N9.
Pegawai perubatan tempatan melaporkan, kesemua individu itu merupakan rakan rapat mangsa yang meninggal dunia lima hari lalu.
“Kami terpaksa lakukan prosedur ini bagi mengelakkan penularan wabak berkenaan,” katanya kepada AP.
Menurutnya, penularan wabak H7N9 mula membimbangkan selepas dua kematian dilaporkan sepanjang bulan lalu.
Minggu lalu, seorang lelaki berusia 80 tahun dari Shenzhen maut akibat wabak terbabit.