• Ular sawa batik disangka kainAnggota JPAM memeriksa ular sawa batik yang ditangkap di reban ayam penduduk di Kampung Paya, pagi kelmarin
 1 / 1 
DUNGUN - Seorang peniaga warung yang keluar melihat ternakan dalam rebannya terkejut ketakutan sejurus terserempak seekor ular sawa batik, pagi kelmarin.

Menurut Salmiah Mahmud, 32, kira-kira jam 7.30 pagi itu dia keluar melihat ternakan dalam rebannya di halaman rumah.

“Bagaimanapun alangkah terkejutnya saya apabila lihat seekor ular sawa tersangkut pada pukat yang dijadikan hidangan untuk ternakan.

“Pada awalnya saya sangka ular itu ialah kain buruk yang tersangkut di pukat reban ayam yang nyaris baham ternakan saya,” katanya.

Salmah berkata, dia pastinya mengalami kerugian jika ular tersebut membaham haiwan ternakannya kerana ada beberapa ekor ayam dan itik dalam reban tersebut.

“Ia merupakan kejadian yang pertama di rumah saya, mungkin sekarang musim hujan, sebab itu ular menjalar cari makanan,” katanya.

Pasukan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) yang dihubungi tiba untuk menangkap ular sawa batik berukuran kira-kira 3.5 meter panjang itu.

Reptilia itu kemudiannya ditempatkan di sangkar pejabat JPAM Dungun sebelum diserahkan kepada Jabatan Perhilitan untuk tindakan lanjut.