Search This Blog

Thursday, December 5, 2013

Tidur dengan bom lama

Tidur dengan bom lamaDua bom yang diletakkan di bawah katil oleh petani. - Foto AGENSI CHONGQING: Anggota polis baru-baru ini memusnahkan dua bom letupan era Perang Dunia Ke-2 yang diletak seorang petani di bawah katilnya lebih dua dekad lalu.
Pihak berkuasa mendapat tahu mengenainya beberapa bulan lalu selepas dua bom itu ditemui di sebuah rumah seorang wanita tua di daerah Wulong. Anak perempuan wanita itu yang berusia 33 tahun, Deng memberitahu pihak berkuasa, bapanya menemui dua bom lama sepanjang 40 sentimeter itu ketika menggali dasar sungai , 25 tahun lalu. Oleh kerana tidak tahu apa yang ditemui, ayahnya membawa bom itu pulang dan meletakkannya di bawah katil tempat tidurnya.



Polis berpendapat, bom itu digunakan ketika Perang Dunia Ke-2 dan percaya masih berbahaya kerana mempunyai kekuatan letupan kuat.

Pihak berkuasa berkata, sekalipun sudah berusia 70 tahun, bom lama itu masih bahaya kerana berupaya meletup.

Pihak berkuasa dan akhbar tempatan juga menasihati penduduk supaya meletakkan besi atau logam lama yang ditemui jauh dari tempat tidur mereka kerana berkemungkinan ia mungkin bom.
Sebaliknya, penduduk diminta memaklumkannya kepada pihak berkuasa keselamatan untuk mengambil langkah sewajarnya.

Langkah itu berbeza dengan suasana di Dortmund, Jerman, apabila anggota keselamatan mematikan satu bom besar Perang Dunia Ke-2, kelmarin yang mencapai berat 1,814 kilogram.

Bahan letupan itu ditemui selepas beberapa pakar menganalisis gambar lama bagi mengesan bahan letupan yang digugurkan musuh dalam Perang Dunia ke-2 di bandar itu . - AGENSI

Mati lemas kaki kejang


Oleh Kalidevi Mogan Kumarappa
Subang Jaya: “Dia tidak pernah berpakaian kemas seperti itu dan saya tak sangka perubahan sikapnya sejak dua hari lalu berakhir dengan kematiannya.”
Itu kata Azman Shah, 47, mengenai rakannya, Razak Harith, 31 yang mati lemas selepas kakinya kejang ketika berenang untuk memasang pukat dalam kawasan takungan banjir berdekatan Lapang Sasar Subang, semalam. 
Kejadian berlaku kira-kira jam 11.40 pagi ketika dua sahabat itu baru sampai di kawasan berkenaan untuk memukat ikan. 

Azman berkata, sebelum itu mangsa masuk ke dalam sungai untuk memasang pukat dan ketika berenang, tiba-tiba dia menjerit menyatakan kakinya kejang.
Foto
MAYAT mangsa yang ditemui jabatan bomba.

“Dengan tiba-tiba dia tenggelam dan timbul sebanyak tiga kali sebelum tenggelam sepenuhnya. Saya turut terjun ke dalam sungai bagaimanapun tidak mampu untuk menyelam di dalam sungai yang dalam itu.

Curi TV masjid


Oleh Iskandar Shah Mohamed

Melaka: Akibat mencuri televisyen di sebuah masjid, bulan lalu, dua sahabat dijatuhi hukuman penjara selama sebulan dan denda RM2,000 oleh Mahkamah Majistret, di sini, semalam.

Majistret Mohd Firdaus Saleh memutuskan hukuman itu selepas tertuduh, Muhammad Al Amin Jafary, 20, dan Mohd Fahmi Fadzil Rose Afandi, 19, mengaku bersalah atas pertuduhan yang disabitkan ke atas mereka.


Mengikut pertuduhan, mereka didakwa mencuri sebuah televisyen jenama LG bernilai RM2,000 milik Masjid As Syuhada, Kem Terendak, Sungai Udang, di sini, antara jam 9 malam, 19 November hingga 5 pagi, 20 November lalu.



Kedua-dua tertuduh didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun dan denda jika sabit kesalahan.


Berdasarkan fakta kes, pengadu yang juga imam masjid itu meninggalkan rumah ibadat berkenaan dalam keadaan baik jam 9 malam, 19 November lalu.


Namun, sejurus tiba di masjid itu jam 5 pagi keesokan harinya, pengadu mendapati televisyen yang digantung di belakang saf perempuan hilang menyebabkan dia membuat laporan di Balai Polis Sungai Udang, di sini, untuk tindakan lanjut.

Pada 20 November lalu, polis yang menerima maklumat pergi ke sebuah rumah di Taman Terendak Permai, di sini, lalu menahan kedua-dua tertuduh sebelum pengadu membuat pengecaman menerusi nombor siri televisyen berkenaan.


Terdahulu, Muhammad Al Amin merayu hukumannya diringankan dengan alasan mahu menyambung pelajaran di sebuah kolej komuniti manakala Mohd Fahmi perlu menanggung adiknya.

Timbalan Pendakwa Raya Nor Shazwani Ishak yang mengendalikan kes memohon mahkamah memberikan hukuman setimpal sebagai pengajaran kepada tertuduh dan orang awam supaya tidak melakukan jenayah sama.


Selepas mempertimbangkan rayuan dan permohonan kedua-dua pihak, Mohd Firdaus kemudian memerintahkan kedua-dua tertuduh dipenjara selama sebulan dan didenda RM2,000.


“Jika gagal membayar denda itu, kamu akan dipenjarakan selama empat bulan,” katanya.

10 lokasi maut


Oleh Nur Hamizah Abd Kadir

Kuala Lumpur: Pemandu kenderaan terutama penunggang motosikal diminta lebih berhati-hati berikutan terdapat 10 jalan utama di bandar raya ini dikenal pasti menjadi lokasi ‘black spot’ atau kawasan kemalangan maut serta kawasan yang sering berlaku kemalangan.

Pegawai Turus Siasatan dan Perundangan Cawangan Trafik Kuala Lumpur Deputi Superintendan Abdullah Roning berkata, antara jalan terbabit termasuklah Jalan Kepong, Lebuhraya Lingkaran Tengah Dua (MRR2), Jalan Tun Razak, Jalan Cheras dan Jalan Ipoh.


“Jalan Kepong menunjukkan kes kemalangan paling tinggi apabila 2,648 kes kemalangan dilaporkan sepanjang 2012, diikuti MRR2 sebanyak 2,234 kes kemalangan,” katanya.



Sementara itu, Pengarah Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR) Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur Muhammad Heeza Hassan berkata, pihaknya berusaha mencapai matlamat sifar kematian akibat kemalangan jalan raya dan meminta semua pihak bekerjasama mencapai matlamat itu.

Ugut bunuh isteri


Melaka: Akibat mengugut mahu membunuh isterinya, seorang pekerja kontrak dijatuhi hukuman penjara selama lima bulan oleh Mahkamah Majistret, di sini, semalam.

Majistret Mohd Firdaus Saleh menjatuhkan hukuman itu selepas tertuduh, R Siva Kumari, 42, dari Bukit Piatu, di sini, mengaku bersalah atas pertuduhan yang disabitkan ke atasnya.


Mengikut pertuduhan, dia didakwa melakukan ugutan bunuh terhadap A Magespari, 38, dengan memegang sebilah pisau di sebuah rumah di Jalan Bukit Piatu, di sini, kira-kira jam 5 petang, 19 September lalu.



Tertuduh didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan. Terdahulu, Siva yang tidak diwakili peguam merayu hukuman diringankan kerana perlu menjaga dua anak yang tinggal bersamanya.


“Saya hanya bekerja kontrak dan meminta maaf kepada mahkamah. Saya berjanji tidak akan melakukan kesalahan ini lagi,” katanya.


Namun, Timbalan Pendakwa Raya Nor Shazwani Ishak memohon mahkamah memberikan hukuman setimpal berikutan statistik keganasan rumah tangga terhadap golongan wanita kini tinggi.

Selepas mendengar rayuan dan hujahan kedua-dua pihak, Mohd Firdaus kemudian menjatuhkan hukuman penjara selama lima bulan terhadap tertuduh bermula dari tarikh tangkapan pada 1 Disember lalu.

Padah noda anak saudara


Shah Alam: Mahkamah Sesyen di sini, semalam, menjatuhkan hukuman penjara lima tahun dan satu sebatan terhadap seorang lelaki atas kesalahan merogol anak saudaranya berusia 16 tahun, di sebuah hotel di sini, Mac lalu.

Hakim Mohammed Mokhzani Mokhtar menjatuhkan hukuman terhadap lelaki berusia 36 tahun itu selepas dia mengaku bersalah melakukan perbuatan berkenaan.


Tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu di Hotel New Wave, di sini, pada kira-kira jam 10 malam, antara 17 sehingga 18 Mac 2013.



Bagi perbuatan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 30 tahun dan boleh dikenakan sebatan jika sabit kesalahan.


Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya Salwa Asmany manakala tertuduh diwakili peguam Khairul Mukhtar.


Berdasarkan fakta kes, tertuduh membawa mangsa yang juga anak perempuan kepada abangnya ke sebuah hotel.

Dalam perjalanan, lelaki itu berhenti di sebuah stesen minyak untuk membeli minuman dan memberikannya kepada anak saudaranya itu bersama-sama dengan satu tiub straw berisi serbuk putih.


Selepas mendaftar keluar dari hotel terbabit, tertuduh menahan teksi dan menyuruh mangsa pulang ke rumah sendirian.

Ibu remaja itu kemudian membawa mangsa ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) dan pemeriksaan mendapati terdapat luka baru di kemaluan mangsa.

Konon pistol tembak cicak


Gua Musang: Alasan seorang lelaki berusia 55 tahun menyimpan pistol tiruan untuk menembak cicak gagal menyelamatkannya daripada ditahan anggota polis yang melakukan serbuan di rumahnya di Kampung Batu Papan Luar, Jalan Pulai, dekat sini, Isnin lalu.

Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Saiful Bahri Abdullah berkata, serbuan kira-kira jam 11 malam itu dibuat selepas pihaknya menerima maklumat awam penghuni rumah itu menyimpan senjata api tanpa lesen.


“Pemeriksaan di rumah yang dihuni dua lelaki itu menemui kotak hitam mengandungi pistol tiruan bertulis Colt S berwana gelap.



“Seorang daripada dua lelaki yang berusia 55 tahun mengaku pistol tiruan itu miliknya dan memberi alasan pistol itu dibeli di Sungai Golok, Selatan Thailand tiga bulan lalu sebelum disimpan di rumahnya untuk digunakan bagi menembak cicak,” katanya.


Menurutnya, pistol itu menggunakan peluru manik plastik bulat berwarna putih dan suspek disiasat mengikut Seksyen 36 Akta Senjata 1960 kerana memiliki senjata tiruan.

Disangka patung


Oleh Na’imah Mohamed

Pelabuhan Klang: Seorang pengutip barangan lusuh terkejut apabila objek yang disangkakan anak patung sebenarnya adalah mayat bayi lelaki cukup sifat dalam kejadian di Pengkalan Sungai Udang, di sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 9 pagi itu, lelaki warga emas berusia 60 tahun terbabit dikatakan sedang menjalankan rutin hariannya mengutip barangan lusuh di sepanjang Sungai Klang berkenaan.


Ketua Polis Daerah Klang Selatan Asisten Komisioner Mohamad Mat Yusop berkata, anggota bertugas Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan menerima maklumat kejadian jam 9.50 pagi sebelum dikejarkan ke lokasi.



“Sebaik menyedari objek yang disangka patung itu adalah mayat bayi, saksi bergegas memaklumkan rakannya yang kemudian mengangkat mayat berkenaan ke jeti.


“Ketika ditemui, mayat bayi itu dalam keadaan terlentang serta tidak berbaju dan masih bertali pusat. Selain itu, mayat itu juga cukup sifat bagaimanapun, terdapat kesan pecah di kepalanya,” kata Mohamad ketika dihubungi semalam.


Menurutnya, pemeriksaan awal pihak Forensik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor menganggarkan bayi lelaki malang terbabit mati kira-kira dua hingga tiga hari lalu berdasarkan keadaannya yang sudah membusuk.

“Mayat bayi itu kita hantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) di Klang untuk dibedah siasat.


“Sementara itu, kes disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan (KK) kerana menyembunyikan kelahiran dengan membuang mayat secara sulit,” katanya.

Mohamad turut berkata, orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian diminta menghubungi balai polis berhampiran.

Berjalan dengan pisau tercacak di leher

Bintulu: Seorang pembantu gerai menjual pakaian dipercayai sempat berjalan 20 meter untuk meminta tolong dengan sebilah pisau pemotong sayur masih tercacak di lehernya sebelum dia rebah dan meninggal dunia di tapak Pesta Makanan 1Malaysia di Dataran Espalanade di sini, semalam.

Remaja lelaki berusia 18 tahun yang dikenali sebagai Wan Akmal Rizan Wan Ramzi, itu ditemui terbaring tidak jauh dari gerai tempatnya bekerja berlumuran darah oleh orang ramai jam 3.40 pagi.


Timbalan Ketua Polis Daerah Bintulu Deputi Superintendan Mohd Said Ibrahim berkata, berdasarkan kesan titisan darah di tempat kejadian, mangsa dipercayai sempat berjalan selepas ditikam di leher oleh penyerangnya.



Katanya, berdasarkan siasatan awal di tempat mayat ditemui, besar kemungkinan mangsa ditikam di gerai tempat dia bekerja atau tidak jauh dari situ.


“Ketika ditemui orang ramai, mangsa meninggal dunia kerana mengalami kecederaan parah dengan sebilah pisau pemotong sayur masih tertusuk di lehernya.


“Dengan bantuan anjing pengesan, polis menjejaki tempat yang dipercayai mangsa ditikam penyerangnya berdasarkan kesan titisan darah,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian, di sini, semalam.

Katanya, berdasarkan siasatan awal, mangsa dikatakan tidur di gerai menjual pakaian milik majikannya bersama seorang rakan sekerja berusia 25 tahun.


“Tiada sebarang kesan pergelutan di tempat mangsa ditemui dan siasatan di khemah gerai jualan tempat dia bekerja juga tidak mempunyai kesan pergelutan,” katanya.

Sehubungan itu, katanya, polis menahan rakan sekerja mangsa bagi membantu siasatan kes yang dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.


Difahamkan, mangsa baru saja selesai menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan berasal dari Betong.


Mangsa bekerja di gerai jualan pakaian di situ sempena Pesta Makanan 1Malaysia anjuran Persatuan Penjaja Cina Bahagian Bintulu yang berlangsung dari 15 November hingga 15 Disember ini.


Mayat dibawa ke Hospital Bintulu untuk bedah siasat dan polis meminta orang ramai yang menyaksikan kejadian itu supaya tampil membantu siasatan.

Sayang komputer wajah melecur


Oleh Abd Rahman Adam

Miri: Seorang remaja perempuan melecur di kaki, tangan dan mukanya ketika meredah api untuk menyelamatkan dokumen penting dan komputer riba di dalam biliknya yang dimamah api dalam kebakaran yang memusnahkan 38 unit kediaman di Rumah Panjang Ngindang di Skim Rancangan Sepupok, Batu Niah di sini, pagi semalam.

Menurut Cassi Napi, 18, ketika kejadian jam 7.45 pagi, dia baru bangun daripada tidur dan berada di bahagian belakang rumahnya sebelum terdengar ibunya menjerit menyelamatkan diri selepas menyedari rumah panjang itu terbakar. Katanya, sebaik masuk ke ruang tengah, kepulan asap tebal kelihatan dan bahang api mula terasa, namun dia cuba menyelamatkan sijil persekolahan serta komputer riba di dalam bilik tidurnya. “Bagaimanapun, ketika melangkah ke bilik, api marak tetapi saya nekad cuba mengambil sijil dan komputer riba hingga menyebabkan terpijak tikar getah yang hangus. “Bahang api yang terlalu panas menyebabkan kulit muka, tangan dan kaki saya melecur sekali gus menyebabkan saya tiada pilihan apabila terpaksa keluar bagi menyelamatkan diri,” katanya ditemui di tempat kejadian. Katanya, api dipercayai bermula dari sebuah unit kediaman bersebelahan, namun tidak pasti sama ada ia disebabkan api ubat nyamuk atau litar pintas berikutan ketika kejadian, tiga penghuni berusia sembilan tahun hingga 16 tahun di rumah itu sedang tidur. Hanya tujuh daripada 45 unit kediaman rumah panjang yang dihuni 329 penduduk itu terselamat.


Dalam pada itu, Tuai Rumah Ngindang Entili, 67, berkata, ketika kejadian dia bersama isterinya baru saja hendak bersarapan sebelum dikejutkan dengan jeritan penduduk memaklumkan api sedang marak. “Kami cuba memadam api dengan mengambil air dari tasik berdekatan, namun semuanya sudah terlambat kerana api merebak dengan cepat sehingga membakar hampir keseluruhan rumah,” katanya. Ngindang berkata, kejadian sama pernah berlaku apabila 13 pintu di rumah panjang berkenaan musnah dalam kebakaran pada 1987. “Tak sangka insiden yang sudah pun berlaku sejak lebih 20 tahun lalu itu sekali lagi menimpa penduduk rumah panjang kami. Bagaimanapun, saya tetap bersyukur kerana tiada kemalangan jiwa,” katanya. Sementara itu, Penguasa Balai Bomba dan Penyelamat Miri, Ali Bema Jeli berkata, dua jentera bersama 13 anggota bergegas ke tempat kejadian sebaik menerima panggilan jam 8.15 pagi. Bagaimanapun, katanya, sebaik tiba api marak dan membakar 90 peratus daripada rumah panjang.

Terkedu kedai diserbu


Oleh Norul Awatif Romli
Kuala Lumpur: Seorang wanita dipercayai pemilik premis menjual barangan berjenama tiruan di Jalan Bukit Bintang, di sini, terkedu selepas premisnya diserbu sepasukan pegawai dari Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Kuala Lumpur (KL), petang semalam.
Serbuan jam 2.30 petang itu dilakukan sepasukan pegawai penguat kuasa KPDNKK KL diketuai Penolong Pengarah KPDNKK KL Kamaruddin Mohammad Yassin dan 212 unit beg berjenama tiruan bernilai hampir RM64,000 dirampas.

Pengarah KPDNKK KL Abu Samah Shabudin berkata, antara barangan tiruan dijual di premis itu berjenama Louis Vuitton, Prada, Burberry dan Long Champ dipercayai diimport dari China dan dijual pada harga RM300 setiap satu.
“Dalam serbuan ini, kami turut menahan pemilik premis berusia 20-an untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 8 Akta Perihal Dagangan 2011 dan jika sabit kesalahan boleh dikenakan denda RM10,000 bagi setiap unit barangan atau penjara tidak melebihi tiga tahun,” katanya.

Abu Samah berkata, bermula Januari hingga November tahun ini, pihaknya menumpaskan 247 kes penjualan barangan berjenama tiruan dengan nilai rampasan berjumlah RM1.9 juta.
Foto
PEGAWAI KPDNKK mengumpul beg tiruan ketika operasi di Jalan Bukit Bintang, semalam.

Seorang lagi dakwa dicabul


Jakarta: Seorang lagi wanita tampil mendakwa menjadi mangsa serangan seksual penulis Sitok Srengenge semalam.

Wanita terbabit ialah “mangsa” kedua membuat tuduhan terhadap Sitok, 48, selepas seorang lagi wanita sebelum ini membuat laporan kepada polis mendakwa dirogol penulis dan budayawan terbabit.


Wanita pertama cuma dikenali dengan nama singkatan RW kini hamil tujuh bulan.



Semalam pensyarah Universiti Indonesia Saras Dewi mendedahkan seorang siswi di pusat pengajian tinggi itu turut mengadu dijadikan mangsa Sitok. Kata Saras Dewi, siswi terbabit mendakwa diajak Sitok atau nama sebenarnya Sitok Sunarto ke sebuah bilik kononnya untuk membincangkan projek seni.


“Bagaimanapun apabila di bilik berkenaan, Sitok memberi siswi terbabit minuman keras sebelum merabanya.


“Mangsa bagaimanapun berjaya melarikan diri sebelum sempat dirogol,” katanya.

Saras Dewi yang juga kaunselor dua siswi terbabit berkata, mangsa kini mengalami trauma dan kemurungan akibat kejadian itu.


Di sebalik aduan polis dibuat mangsa pertama, setakat ini pihak berkuasa belum mengambil sebarang tindakan ke atas Sitok.

Di pihak Sitok pula, dia menafikan merogol siswi yang hamil itu sebaliknya mendakwa hubungan seks di antara mereka berlaku atas dasar suka sama suka.


Sementara itu, isteri Sitok, Farah Maulida berkata dia tetap berdiri teguh di belakang suaminya.


“Sebagai isteri yang mencintainya, saya akan terus ada di sampingnya,” kata Farah dalam laman Facebook, Sabtu lalu.


Farah mengakui tahu perkara itu sejak 7 November lalu selepas dibangkitkan seorang rakan sebelum menyoal Sitok. - Agensi

Padah pasangan bosan di ranjang


Cairns (Queensland): Seorang lelaki Australia yang dibicarakan kerana membunuh isterinya mengadu wanita terbabit sangat membosankan ketika di ranjang dan menjadi tukang masak yang sangat teruk.

Klaus Andres, 70, sebelum ini mengakui melarutkan mayat Li Ping Cao, 42, dalam tong sampah yang dipenuhi dengan asid. Andres menghadapi perbicaraan kerana dituduh membunuh wanita kelahiran China itu yang menjadi isterinya selama lima tahun dalam satu pembunuhan di kediaman mereka di pinggir Cairns, akhir Oktober 2011. Dia mengaku bersalah menyebabkan kematian Li Ping dan cuba melupuskan mayat mangsa tetapi berkata, kematian isterinya adalah satu kemalangan. Li Ping dipercayai ditolak ke lantai oleh Andres selepas mangsa menikam tangan suaminya dengan garfu.


Selepas Li Ping mati, Andres membawa 60 liter asid dan melarutkan mayat isterinya dengan bahan itu di dalam tong sampah. Saksi, John Gunner yang juga suami kepada kawan kekasih Andres minggu ini memberitahu mahkamah tertuduh ada mengadu mengenai isterinya.



Gunner bertemu Andres pada Ogos 2011, dua bulan sebelum kematian Li Ping. Andres pula bertemu kekasihnya awal tahun itu ketika isterinya berada di China menziarahi saudara-maranya.


“Li Ping bersikap dingin kepada suaminya, tidak seperti kekasih warga Thai Andres,” katanya dalam kenyataan di mahkamah.


Gunner juga memberitahu mahkamah yang Andres menggelar Li Ping sebagai tukang masak yang teruk dan dia mahu kekasihnya berpindah ke Australia.

Ketika pembunuhan, jiran tetangga memberitahu berita tempatan bahawa mereka terdengar pasangan itu bertengkar sebelum kematian Li Ping. - Agensi

Banjir semakin buruk


LAUTAN banjir yang teruk melanda Kampung Belukar, Kuantan, Pahang, semalam. - UTUSAN/MAHATHIR ALI
KUALA LUMPUR 4 Dis. - Situasi banjir bertambah buruk apabila seramai 33,765 orang mangsa dari empat buah negeri iaitu Pahang, Johor, Terengganu dan Kelantan dipindahkan sehingga malam ini berbanding hanya 16,837 orang di tiga negeri semalam.
Di PAHANG, beberapa laluan utama memasuki bandar Kuantan terputus hubungan akibat air pasang besar kira-kira pukul 10 malam tadi.
Seorang pemuda di Jerantut pula menjadi korban kedua setelah mati lemas apabila terjatuh semasa sedang menjaring ikan di sebatang sungai di Kampung Sepial, Kuala Tembeling, awal pagi ini.
Bilangan mangsa banjir di negeri ini meningkat daripada 9,030 orang kepada 19,750 orang hari ini yang membabitkan lima daerah.
Tinjauan Utusan Malaysia mendapati terdapat beberapa lokasi ditenggelami air antaranya kawasan perumahan di Tanah Putih, Permatang Badak dan seluruh kawasan Sungai Isap.
Lebih 5,000 penduduk di lima buah kampung dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Inderapura iaitu Kampung Kurnia, Belukar, Razali, Perumahan Murah Batu 3 dan Taman Guru juga dipindahkan setelah rumah mereka ditenggelami air pada paras pinggang.
Jurucakap Pusat Kawalan Operasi Banjir Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pahang berkata, sebanyak 98 pusat pemindahan banjir telah dibuka dan daripada jumlah itu, Kuantan mencatatkan mangsa paling ramai iaitu 12,007 orang daripada 2,959 keluarga dan ditempatkan di 69 pusat pemindahan.
"Di Rompin, sebanyak 3,982 mangsa daripada 1,048 keluarga ditempatkan di 13 pusat pemindahan," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia hari ini.
Di Pekan, sebanyak 2,750 mangsa daripada 554 keluarga dipindahkan di sembilan pusat pemindahan sementara di daerah Maran, sebanyak 1,005 mangsa daripada 235 keluarga ditempatkan di tujuh pusat pemindahan dan di Jerantut hanya satu pusat pemindahan dibuka membabitkan enam mangsa.
Di JOHOR, mangsa banjir meningkat ke 8,402 orang melibatkan 2,281 buah keluarga sehingga malam ini dengan Mersing mencatat kedudukan teratas 5,711 mangsa, Segamat (1,064); Kluang (1,005); Muar (217); Kota Tinggi (223), Batu Pahat (175) dan Ledang (7).
Sebanyak 57 pusat pemindahan dibuka termasuk Mersing (21), Segamat (18), Kluang (11), Kota Tinggi dan Batu Pahat (3) serta Muar (1).
Di TERENGGANU, banjir yang masuk hari ketiga menyebabkan seramai 5,115 orang mangsa daripada 1,322 keluarga dipindahkan ke 64 pusat pemindahan di tiga daerah.
Kemaman berdepan situasi terburuk apabila ramai penduduk berpindah pada saat-saat akhir berikutan keadaan di luar jangkaan.
Beribu-ribu penduduk pula terputus bekalan elektrik dan air kerana pencawang dan loji air tidak dapat beroperasi.
Laluan penghubung ke Kuantan dan Kuala Lumpur turut terputus menyebabkan ramai pengguna jalan raya terkandas dalam perjalanan.
Sehingga pukul 8 malam, Kemaman mencatatkan jumlah mangsa paling ramai dipindahkan iaitu 2,961 orang melibatkan 729 keluarga yang ditempatkan di 36 pusat pemindahan.
Banjir turut merebak ke beberapa kawasan di daerah Hulu Terengganu apabila seramai 1,106 mangsa daripada 324 keluarga kini ditempatkan di 17 pusat penempatan.
Beberapa jalan utama di daerah Kemaman ditenggelami air kira-kira 0.3 meter antaranya Jalan Bukit Mentok, Jalan Kuala Terengganu-Kuantan, Jalan Mak Lagam-Ceneh, Jalan Mak Lagam-Ceneh dan Jalan Jerangau-Jabor.
Ekoran itu, pengguna jalan yang ingin menghala ke Kuantan dan Kuala Lumpur terputus hubungan sama ada melalui jalan alternatif Jerangau-Jabor mahu pun jalan pantai kerana jalan berhampiran Akademi Maritim (bypass Sungai Ular) dan berhampiran Cherating turut ditenggelami air.
Di Dungun, mangsa banjir meningkat kepada 1,035 orang melibatkan 269 keluarga di 11 pusat pemindahan antaranya di Balai Raya Kampung Pasir Raja, Sekolah Menengah Kebangsaan Kuala Jengai, Surau Besol Lama dan Sekolah Kebangsaan Balai Besar.
Sementara itu, Majlis Keselamatan Negara (MKN) Terengganu menafikan khabar angin kononnya Empangan Kenyir tidak lagi mampu menampung takungan dan akan melepaskan air secara berperingkat-peringkat bagi mengelakkannya pecah.
Di KELANTAN, sebanyak 100 buah keluarga di Kuala Krai dipindahkan ekoran hujan lebat yang berlarutan sejak tiga hari lalu.
Portal rasmi banjir Kelantan di ebanjir.kelantan.gov.my memaklumkan sebanyak 498 mangsa banjir dipindahkan ke lima pusat pemindahan yang mula beroperasi sejak awal pagi ini.
Beberapa buah penempatan yang ditenggelami air di jajahan ini adalah di Pekan Guchil, Kusial, Kampung Bedal, Bukit Sireh dan Kampung Nal.
Menurut portal terbabit, tiga batang jalan turut ditutup kepada kenderaan ringan pada pukul 6 petang iaitu di Kilometer (KM) 2.5, Jalan Bukit Sireh-Kampung Bedal-Kampung Nal; KM 1, Jalan Guchil-Batu Balai dan KM 4.8, Jalan Sungai Durian-Chenulang akibat dinaiki air.
Sementara itu, laporan paras air di beberapa sungai utama di negeri ini di beberapa pusat bacaan telah melebihi paras bahaya dan memberi ancaman banjir kepada kawasan-kawasan yang rendah.
Paras air Sungai Kelantan di Tangga Krai berada pada kedalaman 25.28 meter iaitu melebihi paras bahaya pada kedalaman 25 meter, manakala di Jambatan Guillemard paras air adalah 16.3 meter melebih paras bahaya 16 meter.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20131205/dn_01/Banjir-semakin-buruk#ixzz2mYG157dZ
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Dua beranak korban pertama banjir di Pahang


KUANTAN 5 Dis. - Dua beranak menjadi mangsa pertama korban banjir di Pahang apabila bot gentian dinaiki terbalik dalam kejadian kira-kira pukul 8.30 malam tadi di Kampung Sungai Isap di sini.
Menurut jurucakap Bilik Gerakan Banjir Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pahang, mangsa lemas iaitu Jamal Ali, 40, dan anaknya berusia belasan tahun dan masih belum diketahui identiti dipercayai sedang memindahkan barangan di kampung itu. - UTUSAN ONLINE


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20131205/je_01/Dua-beranak-korban-pertama-banjir-di-Pahang#ixzz2mYFRMJTG
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Bom Perang Dunia Kedua dilupus


ORANIENBURG, Jerman 5 Dis. - Kira-kira 12,000 penduduk dipindahkan buat sementara wantu daripada kediaman dan tempat kerja masing-masing ketika pasukan pakar pemusnah senjata melupuskan sebutir bom Perang Dunia Kedua, di sini semalam.
Perkhidmatan kereta api di bandar-bandar berhampiran turut ditangguh dan dibatalkan bagi melancarkan kerja-kerja pelupusan bom tersebut.
Datuk Bandar Oranienburg, Hans-Joachim Laesicke berkata, proses pelupusan berjalan lancar dan orang ramai boleh pulang ke kediaman dan tempat kerja mereka tidak lama lagi.
"Bom seberat 250 kilogram itu ditemukan di satu kawasan berhampiran sebuah kondominium," katanya. - dpa


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20131205/lu_03/Bom-Perang-Dunia-Kedua-dilupus#ixzz2mYF56g9I
© Utusan Melayu (M) Bhd 

14 etnik Rohingya Islam dihukum penjara di Indonesia


MEDAN 5 Dis. - Sebuah mahkamah Indonesia menjatuhkan hukuman penjara selama sembilan bulan ke atas 14 lelaki etnik Rohingya Islam dari Myanmar atas kesalahan memukul lapan orang penganut Buddha senegara sehingga mati di sebuah pusat tahanan, di sini semalam.
Menurut Ketua Hakim Mahkamah daerah Medan, Aksir, kesemua defendan didapati bersalah kerana bersubahat mencetuskan kekecohan sehingga menyebabkan kematian.
"Hukuman yang diberi adalah setimpal dengan perbuatan mereka," katanya.
Dalam satu kejadian pada April lalu, kesemua pesalah yang berusia 18 hingga 37 tahun itu dilaporkan menuduh beberapa lelaki penganut Buddha menganggu dua wanita Rohingya, sebelum berlakunya pergaduhan. - AFP


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20131205/lu_01/14-etnik-Rohingya-Islam-dihukum-penjara-di-Indonesia#ixzz2mYEp41vO
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Raja Belgium terima ugutan culik anaknya


BRUSSELS 4 Dis. - Raja Belgium, Philippe menerima ugutan culik anak perempuannya, Puteri Elisabeth, di sini semalam.
Akhbar La Derniere melaporkan, Philippe menerima ugutan tersebut menerusi satu surat tidak bernama yang dialamatkan kepadanya, selain disertakan dengan lambang neo-Nazi.
"Saya akan menculik Elisabeth dan ini bukan satu gurauan," jelas isi kandungan surat tersebut.
Sehubungan itu, pasukan polis dikerah mengawal keselamatan di istana serta di kawasan sekolah Elisabeth.
Puteri berusia 12 tahun itu merupakan anak sulung Philippe dan isterinya, Ratu Mathilde. - DPA


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20131204/lu_10/Raja-Belgium-terima-ugutan-culik-anaknya#ixzz2mYEeyNvC
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Gempa sederhana landa Mindanao, tiada tsunami


KUALA LUMPUR 4 Dis. - Satu gempa bumi sederhana berukuran 5.6 pada Skala Richter melanda Mindanao, Filipina pada 7.58 pagi ini.
Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia, gempa bumi itu berpusat di 55 kilometer (KM) tenggara Davao, Filipina dan 885 KM timur laut Kinabatangan, Sabah.
Tiada ancaman tsunami dilaporkan. - BERNAMA


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20131204/lu_09/Gempa-sederhana-landa-Mindanao-tiada-tsunami#ixzz2mYENmnkH
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Tuntutan nafkah Rita RM5,392 sebulan tak munasabah - Aidil


AIDIL ZAFUAN


PETALING JAYA - Pemain bola sepak kebangsaan, Mohamad Aidil Zafuan Abd. Razak menganggap tuntutan nafkah dua orang anak mereka yang diminta bekas isteri, pelakon Rita Rudaini Mokhtar sebanyak RM5,392 tidak munasabah sedangkan dia hanya memperoleh gaji RM10,000 sebulan.
Aidil, 26, yang mengikat kontrak dengan pasukan Johor Darul Takzim (JDT) turut mendakwa jumlah yang diminta Rita, 37, melampaui perbelanjaan sebenar keperluan asas kedua-dua anaknya, Airit Rayyan Rizqin, 4, dan Airit Qaqa Arjuna, 2.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=1205&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_04.htm#ixzz2mYBAy6ud 
Hakcipta terpelihara 

Ustaz Kazim tolak tawaran Najib



USTAZ KAZIM ketika ditemu bual di Manjoi, Ipoh semalam.


IPOH – Pendakwah bebas, Mohammad Kazim Elias yang dikenali sebagai Ustaz Kazim memberitahu, beliau terpaksa menolak tawaran sebagai ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO kerana mahu menumpukan komitmen terhadap usaha dakwah, selain mengelak parti itu terus difitnah oleh pihak tidak bertanggungjawab.
Katanya, pertimbangan terhadap keputusan itu dibuat secara mendalam dan tidak dipengaruhi atau dilakukan atas desakan mana-mana pihak.
Kazim turut menjelaskan, beliau tidak mempunyai sebarang kepakaran dan pengalaman dalam dunia politik dan lebih selesa menjalankan kerja-kerja dakwah seperti biasa.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=1205&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_09.htm#ixzz2mYAmRjc8 
Hakcipta terpelihara 

Kenderaan rasmi PM dilanggar kereta lelaki tak tarik brek tangan


KUALA LUMPUR - Kecuaian seorang lelaki memberhentikan kereta tanpa menarik brek tangan nyaris mengundang padah apabila kenderaan itu tiba-tiba mengundur dan melanggar kereta rasmi yang dinaiki Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Bangunan Parlimen di sini semalam.
Bagaimanapun, dalam kejadian pada pukul 9.50 pagi itu, kesemua yang terlibat bernasib baik kerana tidak mendapat kecederaan, sebaliknya hanya berlaku kerosakan kecil pada dua-dua kenderaan tersebut.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=1205&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_08.htm#ixzz2mYAHtqbd 
Hakcipta terpelihara 

Suami mohon maaf, kes pukul, gigit isteri selesai



CALVEN (dua dari kiri) ditemani Dexter (kiri) manakala Amanda ditemani Darshan (dua dari kanan) dan Manjit (tengah) berbincang sesuatu di luar Mahkamah Majistret Ipoh, Perak semalam.


IPOH - Kes memukul isteri yang dihadapi oleh seorang peniaga pakaian dan aksesori wanita, Calven Chik Foo Keong pada Oktober tahun lalu selesai selepas Mahkamah Majistret di sini semalam membenarkan kedua-dua pihak terbabit melakukan penyelesaian tanpa perbicaraan.
Majistret Suhaima Mohd. Noor memutuskan demikian selepas pasangan itu bersetuju menyelesaikan perkara tersebut secara baik melalui perjanjian penyelesaian melibatkan empat perkara antara kedua-dua pihak mengikut Seksyen 260 Kanun Prosedur Jenayah.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=1205&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_06.htm#ixzz2mY9tzGnC 
Hakcipta terpelihara 

Penunjuk perasaan bersihkan jalan di Bangkok


SEBAHAGIAN penunjuk perasaan yang membersihkan jalan raya di Monumen Demokrasi.


BANGKOK - Sejumlah penunjuk perasaan antikerajaan pimpinan Perdana Menteri, Yingluck Shinawatra membersihkan jalan raya di Ratchadanoen di sini semalam.
Para penunjuk perasaan itu melakukan kerja-kerja pembersihan selepas jalan raya itu dicemari dengan sampah akibat tunjuk perasaan sebelum ini.
Tunjuk perasaan bagi meminta Yingluck meletakkan jawatan itu berakhir buat seketika sejak semalam bagi menghormati hari keputeraan kali ke-86 pemerintah Thailand, Raja Bhumibol Adulyadej.
Sambutan hari keputeraan itu akan bermula pada hari ini.
Gabenor Bangkok, Sukhumbhand Paribatra mengarahkan beberapa buah trak air dan sampah dihantar bagi membantu para penunjuk perasaan itu membersihkan jalan raya.
Tunjuk perasaan itu bermula sejak 24 November lalu bagi meminta Yingluck meletakkan jawatan kerana beliau dianggap sebagai boneka abangnya, Thaksin Shinawatra yang juga bekas perdana menteri yang digulingkan tentera pada tahun 2006.
Thaksin yang merupakan seorang bilionair kini hidup dalam buangan bagi mengelak menjalani hukuman penjara selama dua tahun akibat kesalahan rasuah di Thailand.
Beberapa pihak menyumbangkan penyapu dan peralatan pembersihan lain kepada para penunjuk perasaan itu.
Menurut akhbar Bangkok Post, sebuah kumpulan lain turut membersihkan Kementerian Luar yang sebelum ini pernah diduduki para penunjuk perasaan.
Dalam pada itu, sejumlah lagi penunjuk perasaan memasuki ibu pejabat polis di Bangkok.
Namun, mereka kemudian meninggalkan ibu pejabat tersebut selepas mendudukinya buat seketika.
Yingluck turut kembali bertugas seperti biasa di pejabatnya selepas keadaan di Bangkok tenang buat seketika setelah satu siri tunjuk perasaan antikerajaan dilakukan.
Namun, beliau membuat kenyataan dengan meminta ketua penunjuk perasaan Suthep Thaugsuban perlu menyerah diri kepada pihak berkuasa.
Suthep yang merupakan bekas timbalan perdana menteri mengetuai tunjuk perasaan antikerajaan bagi menggulingkan Yingluck. - Agensi


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=1205&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_01.htm#ixzz2mY7SZOND 
Hakcipta terpelihara 

Bayar hutang guna syiling 5 sen



ERMA FATIMA


KUALA LUMPUR - Pelakon Rabecca Nur Al-Islam, 23, menerima sejumlah 224,000 keping duit syiling 5 sen yang nilai kesemuanya berjumlah RM11,200 kiriman pengarah popular Erma Fatima sebagai bayaran saman yang dimenangi pelakon itu ke atas syarikat miliknya, Rumah Karya Citra Sdn. Bhd.
Selain ratusan ribu keping syiling 5 sen yang setiap paket plastik berjumlah RM150, pelakon tersebut turut menerima senaskhah al-Quran yang dikirim pengarah filem itu pada petang kelmarin.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=1205&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_03.htm#ixzz2mY6lEaQq 
Hakcipta terpelihara 

1,213 pencawang TNB ditenggelami air



BEKALAN elektrik dan pencawang Tenaga Nasional Berhad Kuantan Utara di Kuantan dihentikan selepas ia dinaiki air semalam.


KUALA LUMPUR - Sebanyak 1,072 buah pencawang elektrik di beberapa daerah negeri Pahang ditenggelami air menyebabkan Tenaga Nasional Berhad (TNB) menghentikan bekalan elektrik.
Ia sekali gus menjejaskan 62,907 pengguna sehingga pukul 12 tengah hari semalam.
Menurut kenyataan TNB di sini, enam kawasan yang terjejas akibat banjir di negeri itu ialah Kuantan, Rompin, Maran, Pekan, Lipis dan Jerantut.
Di Terengganu, operasi Pencawang Masuk Utama Kemaman ditutup bagi tujuan keselamatan setakat pukul 12 tengah hari semalam.
Selain itu, katanya, 141 pencawang elektrik turut dihentikan tugas sejak 21 jam yang lepas dan bilangan pengguna yang terjejas ialah 5,272 orang.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=1205&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_02.htm#ixzz2mY6KTxeI 
Hakcipta terpelihara 

Banjir landa lima negeri



SEBAHAGIAN penduduk meredah banjir dengan membawa barang masing-masing ke pusat pemindahan di Kampung Bukit Mentok, Kemaman, Terengganu semalam.


KUALA LUMPUR - Keadaan banjir di negara ini semakin buruk apabila dua lagi negeri iaitu Kelantan dan Melaka turut dilanda bencana tersebut sekali gus menyaksikan jumlah keseluruhan mangsa yang dipindahkan meningkat kepada 33,949 orang berbanding sekitar 19,000 orang kelmarin.
Banjir besar turut mengakibatkan penduduk di negeri-negeri terbabit mengalami kerugian juta ringgit apabila ribuan rumah dan ratusan kenderaan ditenggelami air manakala barangan mengalami kerosakan.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=1205&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_01.htm#ixzz2mY5oWNB1 
Hakcipta terpelihara