Search This Blog

Tuesday, December 3, 2013

Banjir di Terengganu, Pahang, Johor semakin buruk

Banjir di Terengganu, Pahang, Johor semakin burukJalan Kuantan-Pekan berdekatan Kampung Gudang Rasau dan Kolej Islam Pahang Sultan Ahmad Shah (KIPSAS) ditenggelami air berikutan limpahan air dari Sungai Belat akibat hujan berpanjangan sejak Ahad lepas, hari ini. - Foto Bernama

KUALA LUMPUR - Keadaan banjir di Terengganu, Pahang dan Johor semakin buruk petang ini dengan kebanyakan kawasan rendah terus dinaiki air berikutan hujan sejak semalam.

Banjir yang melanda Kemaman, Terengganu juga meragut nyawa seorang remaja lelaki berusia 17 tahun setelah lemas di Kampung Padang Kubu di Kijal semalam.

Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek yang juga Anggota Parlimen Kemaman berkata seorang kanak-kanak (masih belum diketahui jantinanya) pula dikhuatiri hilang di Kijal akibat limpahan air pasang besar.

Di KUALA TERENGGANU, jumlah mangsa banjir meningkat kepada 905 orang berbanding 452 orang pagi ini apabila Dungun dan Hulu Terengganu pula dilanda banjir petang ini.

Portal Majlis Keselamatan Negara (MKN) menyatakan setakat 4 petang ini Kemaman, Dungun dan Hulu Terengganu dilanda banjir dengan Kemaman mencatat peningkatan mangsa yang dipindahkan.  

Di Kemaman 761 orang daripada 195 keluarga dipindahkan ke 24 pusat pemindahan berbanding pada sebelah pagi hanya 13 pusat dibuka dengan 452 mangsa banjir.

Di Hulu Terengganu, 94 mangsa daripada 18 keluarga ditempatkan di pusat pemindahan sejak 2 petang manakala di Dungun, 50 orang daripada 12 keluarga dipindahkan sejak 12 tengah hari.

Sementara itu, jurucakap Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) negeri melaporkan bacaan pada 4 petang menunjukkan paras air di Pasir Raja dan Kuala Jengai di Dungun melebihi paras bahaya masing-masing setinggi 37.84m dan 23.21m.

Sungai Kuala Berang, di Kampung Menerong di Hulu Terengganu juga melebihi paras bahaya iaitu setinggi 25.13m (bahaya 24.5m) manakala Sungai Kemaman pula, Sungai Cerol di Banho dan Jambatan Air Putih berada dalam kedudukan bahaya iaitu masing-masing setinggi 19.78m dan 15.06m.

Di KUANTAN, sebanyak 5,561 mangsa banjir dipindahkan ke pusat pemindahan banjir di Kuantan, Pekan, Rompin dan Maran setakat 3 petang.

Bandar Kuantan juga dilaporkan hampir lumpuh apabila kebanyakan laluan jalan raya di sekitar bandar itu dinaiki air melebihi 1 meter.

Jurucakap Bilik Gerakan Banjir Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang berkata Rompin mencatatkan jumlah pemindahan banjir paling ramai iaitu 2,595 orang dari 23 kampung dan ditempatkan di 13 pusat pemindahan di daerah itu.

Di Pekan, 341 mangsa dari enam kampung dipindahkan ke enam pusat pemindahan manakala di Kuantan 1,824 mangsa dari 23 kampung dipindahkan ke 23 pusat pemindahan.

Di Maran, 801 mangsa banjir dari sembilan kampung ditempatkan di tujuh pusat pemindahan.

Beliau berkata keadaan banjir dijangka bertambah buruk berikutan hujan lebat masih berterusan sehingga kini.  

"Jambatan Sungai Charu di Km28 Jalan Sungai Lembing-Kuantan ditutup kepada semua kenderaan berikutan air naik melebihi satu meter," kata jurucakap itu.

Beberapa jalan lain juga kini ditutup kepada kenderaan ringan berikutan kawasan berkenaan dinaiki air antara 0.5 hingga 1 meter termasuk Batu 3 Jalan Kuantan–Gambang, Km16 Jalan Pekan–Nenasi, Km9 Jalan Pekan–Nenasi dan Km64 Jalan Maran–Jerantut.

Di JOHOR BAHARU, jumlah mangsa banjir yang dipindahkan petang ini meningkat kepada 5,659 orang berbanding 4,765 orang pagi ini.

Setakat 3 petang, Segamat mencatatkan mangsa banjir tertinggi yang dipindahkan iaitu 1,116 orang, mangsa banjir di Kluang juga meningkat iaitu 187 orang manakala di Kota Tinggi meningkat kepada 74 orang.

Portal MKN menyatakan Muar menjadi daerah terbaharu yang memindahkan mangsa banjir iaitu 35 orang manakala jumlah mangsa di Mersing kekal 4,247 orang.

Sebanyak 42 pusat perpindahan dibuka berbanding 27 pusat pada sebelah pagi iaitu 18 di Mersing (kekal), 18 di Segamat (meningkat 12), tiga di Kluang (meningkat satu), dua di Kota Tinggi (meningkat satu) dan sebuah pusat dibuka di Muar.

Jabatan Meteorologi meramalkan cuaca hujan sekejap-sekejap di satu dua tempat di Mersing dan Segamat manakala ribut petir di satu dua tempat di Kluang dan Kota Tinggi hari ini. - Bernama

Pemandu trak ditemui maut

Pemandu trak  ditemui mautKeadaan trak tunda yang terbakar dan ditemui lebih kurang satu kilometer dari tempat kejadian.

BUKIT TINGGI – Misteri kehilangan pemandu trak tunda dalam kejadian trak tundanya terbakar kira-kira jam 2.24 pagi semalam terungkai apabila mayatnya ditemui lebih kurang 14 meter di bawah susur jejambat naik ke Berjaya Hills Resort dekat sini.

Terdahulu, pasukan bomba dan penyelamat dari Balai Bomba Bentong menerima panggilan berhubung kejadian trak tunda terbakar di persimpangan naik Berjaya Hills Resort.

Pegawai Operasi, Sakri Ibrahim berkata, satu jentera bomba dengan kekuatan enam anggota bergegas ke tempat kejadian.

“Setibanya di tempat kejadian, enjin trak tunda masih hidup dan api sedang marak membakar bahagian depan kenderaan.

“Pihak kami mengambil masa lebih kurang 15 minit untuk memadamkan kebakaran,” katanya.

Sakri berkata, semasa kejadian tiada pemandu berada di tempat kejadian.

Terkejut jumpa mayat anak

Sementara itu, bapa mangsa, S Subramaniam, 41, berkata, anak sulungnya yang dikenali sebagai Palani, 20, baru dua minggu bekerja sebagai pemandu trak tunda.
Katanya, dia jarang bertemu anaknya dalam tempoh berkenaan kerana bekerja sebagai pemandu lori.

“Kira-kira jam 8.30 pagi semalam, saya menerima panggilan dari majikan anak saya mengatakan trak tunda dipandu Palani terbakar, tetapi Palani tiada di tempat kejadian.

“Majikannya bertanya sama ada anak saya  ada pulang ke rumah atau tidak, saya menyatakan dia tiada pulang ke rumah,” katanya kepada Sinar Harian.

Subramaniam berkata, dia kemudiannya bergegas ke tempat kejadian dan turut terlibat mencari anaknya itu di sekitar kawasan itu.

Katanya, selepas beberapa jam mencari dia ternampak anaknya terlentang di bawah susur jejambat naik ke Berjaya Hills Resort.

“Dari jauh saya yakin itu anak saya kerana saya dapat melihat wajahnya. Dia memakai baju dan berseluar pendek.

“Selepas itu, saya dan rakan-rakan turun ke bawah untuk melihat dengan lebih jelas,” katanya.

Subramaniam berkata, dia mendapati anaknya dalam keadaan tidak bernyawa.

Motif kejadian masih disiasat

Timbalan Ketua Polis Daerah Bentong, Deputi Superintendan Wan Azharudin Wan Ismail berkata, pihaknya menerima laporan dari orang awam berhubung penemuan mayat seorang lelaki berbangsa India kira-kira jam 10.30 pagi.
Katanya, hasil siasatan awal di tempat kejadian polis menemui mayat lelaki berusia lingkungan 20-an dalam keadaan terlentang dan berpakaian lengkap.

“Tiada sebarang pengenalan diri ditemui berhampiran mangsa. Mayat mangsa berada lebih kurang 14 meter di bawah susur jejambat naik ke Berjaya Hills Resort.

“Berdasarkan siasatan, mangsa merupakan pemandu trak tunda yang terbakar lebih kurang satu kilometer dari tempat mangsa ditemui,” katanya.

Wan Azharudin berkata, pasukan forensik polis dan unit patologis dari Kuantan menjalankan siasatan di tempat kejadian.

Katanya, unit forensik pasukan bomba dan penyelamat juga menjalankan siasatan ke atas trak tunda yang terbakar satu kilometer dari tempat mayat ditemui.
“Mayat mangsa berjaya dibawa naik ke atas dengan bantuan anggota bomba dan penyelamat kira-kira jam 5.20 petang selepas siasatan di tempat kejadian selesai.

“Mayat kemudiannya dibawa ke Hospital Bentong untuk dibedah siasat. Setakat ini pihak kami masih belum dapat mengesahkan punca kematian mangsa dan motif kejadian,” katanya.

Maran dilanda banjir, 351 mangsa dipindah

 SINAR HARIAN
3 Disember 2013


MARAN - Daerah Maran menjadi kawasan terbaru di Pahang yang dilanda banjir.

Sehingga jam 12.30 malam tadi, seramai  351 mangsa daripada 82 keluarga dipindahkan..

Lapan tempat yang terjejas adalah  Kampung Paya Chedung, Ulu Luit, Kampung Bak Bak, Bukit Kuin, Taman Sri Chedung, Kampung Luit, Kampung Baru Jara dan Kampung Berkat.

Sebanyak enam pusat pemindahan dibuka iaitu balai raya Ulu Luit, balai Raya Kampung Bak Bak, Surau Bukit Kuin, dewan Taman Sri Chedung, Dewan Kampung Luit dan Balai Raya Kampung Baru Jara.

Sahabat hingga hujung nyawa

Sahabat hingga hujung nyawaKeadaan mayat mangsa sebelum dibawa ke hospital.

KUALA NERUS – Dua remaja maut setelah motosikal dinaiki mereka bertembung dengan sebuah bas yang membawa seramai 31 penumpang di Jalan Kuala Terengganu – Kota Bharu, Kampung Sungai Ikan, Tepuh, di sini.

Dalam kejadian dipercayai berlaku kira-kira jam 1.30 petang semalam itu, kedua-dua mangsa iaitu Mohd Asri Natrah, 16 dan Muhamad Farihin Taib, 14, maut di tempat kejadian akibat mengalami kecederaan parah.

Berikutan kemalangan ngeri itu, laluan berkenaan sesak dengan kenderaan hampir tiga kilometer, ditambah pula hujan lebat.

Difahamkan ketika kejadian, kedua-dua mangsa yang turut mempunyai pertalian saudara dan tinggal di Kampung Gemuroh, dalam perjalanan pulang ke rumah sebaik selesai memukat di Sungai Ikan.

Bagaimanapun, semua 31 penumpang bas rombongan Majlis Islam dan Adat Melayu Perak dipandu lelaki berusia 61 tahun itu tidak mengalami sebarang kecederaan.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Zamri Shamsuddin berkata, ketika kejadian, kedua-dua mangsa yang menaiki motosikal Honda Wave datang dari arah Felda Belara menghala ke Gemuroh.

“Ketika melalui Jalan Kuala Terengganu – Kota Bharu di Kampung Sungai Ikan itu, motosikal ditunggangi mangsa berusia 16 tahun, memotong sebuah kenderaan lain sebelum bertembung dengan bas yang datang dari arah bertentangan.

“Berikutan kemalangan itu, kedua-dua mangsa yang masih bersekolah, maut serta-merta di tempat kejadian. Mayat dihantar ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) untuk bedah siasat,” katanya.

Sementara itu, menurut abang sepupu kedua-dua mangsa, Mohd Rosdi Mat Zin, mereka berdua merupakan sahabat baik dan sering melakukan aktiviti bersama memandangkan rumah mereka berdekatan antara satu sama lain.

“Memang aktiviti memukat ikan menjadi hobi mereka berdua setiap kali tibanya cuti sekolah terutama pada musim tengkujuh. Namun beberapa hari sebelum kejadian, kedua-duanya kelihatan akrab luar biasa dan sering dilihat bersama.

“Mungkin itulah petanda mereka akan pergi bersama buat selama-lamanya. Kami sekeluarga reda meskipun terpaksa menerima hakikat kehilangan dua ahli keluarga serentak dalam satu masa,” katanya.

Mohd Rosdi juga berkata, kedua-dua mangsa yang turut belajar di tempat sama, SMK Bukit Guntong itu sememangnya rapat sejak kecil.

Menurutnya, jenazah kedua-duanya akan disemadikan dalam satu liang lahad di Tanah Perkuburan Gemuroh.

Awal bulan lalu, sepasang suami isteri dari Pasir Puteh, Kelantan yang dalam perjalanan untuk menghadiri seminar di daerah ini turut maut di lokasi berhampiran, kira-kira empat kilometer dari lokasi kejadian semalam.

Kedua-dua mereka yang menaiki kereta Perodua Viva, maut serta-merta di tempat kejadian akibat kecederaan parah setelah kemalangan dengan empat kenderaan lain.

Hasrat hantar adik tidak kesampaian

Hasrat hantar adik untuk kerja tidak kesampaianKOTA BHARU - Hasrat seorang kakak untuk menghantar adiknya ke tempat kerja tidak kesampaian selepas adiknya maut dalam kemalangan di Simpang Tiga Tiong, di sini, semalam.

Dalam kejadian itu, penunggang, Nor Rashidah Mohd Sapawi, 24, mengalami kecederaan ringan manakala adiknya, Noraidawatie Irnie Mohd Sapawi, 19 parah dan maut di tempat kejadian, selepas motosikal yang ditunggang Nor Rashidah dirempuh sebuah lori muatan batu.

Kemalangan yang berlaku kira-kira jam 9.45 pagi itu, menyebabkan kedua-duanya diseret hampir 10 meter sebelum pemandu lori itu menyedari melanggar motosikal terbabit.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu Asisten Komosioner Azham Othman, berkata, secara tiba-tiba lori berkenaan yang diparkir di bahagian kanan jalan menukar haluan ke kiri selepas motosikal yang ditunggang Nor Rashidah sampai di lampu isyarat Perodua dan melanggar belakang motosikal.

“Akibat pelanggaran itu, kedua-duanya terjatuh dan diseret, namun penunggang hanya mengalami kecederaan ringan dan menerima rawatan pesakit luar manakala pembonceng maut selepas mengalami kecederaan parah di kepala.

“Mangsa yang maut di bawah ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian untuk bedah siasat sebelum jenazahnya dituntut untuk urusan pengebumian.

“Pemandu lori berkenaan tidak mengalami sebarang kecederaan dan dia tampil membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pengkalan Chepa untuk siasatan lanjut dan kes disiasat di bawah seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987,” katanya.

Sementara itu, bapa mangsa Mohd Sapawi Che Mat,48, berkata, Noraidawatie  yang merupakan anak kelima dari lapan beradik seorang yang peramah dan suka bergurau senda.

“Dia memang rapat dengan keluarga, namun tidak menunjukkan sebarang perubahan sebelum pemergiannya, hanya beberapa hari lalu dia gembira selepas diterima bekerja di KB Mall sebagai jurujual di pusat membeli belah terbabit.

“Apa pun saya redha dengan kejadian ini walaupun masih sedih dan terkejut dengan dan mengharapkan rohnya ditempatkan dalam kalangan golongan yang beriman,” katanya.

452 mangsa banjir dipindahkan di Kemaman pagi ini

banjirKUALA TERENGGANU - Keadaan banjir di daerah Kemaman semakin buruk dengan jumlah mangsa banjir yang dipindahkan hari ini meningkat kepada 452 orang berbanding, 20 mangsa petang semalam.

Menurut portal Majlis Keselamatan Negeri (MKN) sehingga pukul 10 pagi, sebanyak 121 keluarga dipindahkan ke 13 pusat pemindahan di daerah ini.

Pusat pemindahan banjir terdiri daripada rumah tamu, masjid, bangunan sekolah, dewan orang ramai, masjid dan surau.

Dua batang jalan di daerah Kemaman ditutup kepada semua kenderaan iaitu di Jalan Kampung Teladas dan Jalan Paya Seratus berikutan dinaiki air setinggi 0.6 hingga 1.6 meter.

Sementara Jalan Jerangau-Jabor ditutup kepada kenderaan ringan.

Paras air sungai Kemaman di Jambatan Air Puteh dan Hulu Jabor juga dilaporkan sedang meningkat dan berbahaya.

Di daerah Hulu Terengganu, tiga batang jalan ditutup kepada semua kenderaan pagi ini kerana ditenggelami air banjir sedalam 0.6 hingga 1.5 meter.

Jalan-jalan berkenaan ialah Jalan Utama Felda Tengkawang ke Lubuk Periok, Jalan Felda Tengkawang ke Kampung Peneh dan Jalan Bukit Diman ke Pengkalan Ajal. - Bernama

2 disyaki saki baki ahli Geng Topeng ditahan

2   disyaki saki baki ahli  Geng Topeng ditahanPolis menyoal siasat seorang suspek dipercayai ahli Geng Topeng yang berjaya ditahan di Subang Jaya, semalam. Kuala Lumpur: Dua lelaki dipercayai saki baki ahli Geng Topeng ditahan di Jalan SS14, Subang Jaya, semalam, apabila kereta yang mereka naiki terbabas dan melanggar tembok ketika melarikan diri daripada polis.

Dalam kejadian 2 petang itu, lelaki terbabit bersama tiga lagi rakan yang menaiki PROTON Wira berwarna biru, ditahan untuk pemeriksaan oleh Unit Rondaan Bermoto sikal (URB), selepas dilihat dalam keadaan mencurigakan. Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Yahaya Ramli, berkata suspek yang enggan memberi kerjasama bertindak memecut kenderaan untuk melarikan diri.

Hasil pemeriksaan dalam kereta suspek, polis menjumpai lima bilah parang, topeng muka serta sarung tangan yang dipercayai untuk melakukan jenayah” Yahaya Ramli, Ketua Polis Daerah Subang Jaya

Kereta hilang kawalan

“Namun, tidak sampai satu kilometer kereta itu hilang kawalan ketika cuba menghimpit anggota yang mengejar dan menyebabkan kenderaan itu terbabas melanggar dinding longkang di Jalan SS14.

“Sejurus terbabas, semua suspek melarikan diri, namun dua daripada mereka berjaya ditahan selepas bergelut dengan dua anggota polis,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Yahaya berkata, hasil pemeriksaan dalam kereta suspek, polis menjumpai lima bilah parang, topeng muka serta sarung tangan yang dipercayai untuk melakukan jenayah.
“Malah, apabila disemak, kita mendapati nombor pendaftaran kereta yang digunakan adalah palsu,” katanya.

Suspek yang berusia 20-an dibawa ke Balai Polis Subang Jaya dan akan disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan kerana melakukan rompakan bersenjata.

76 jaga warga asing ditahan


2013/12/03
 
Kuala Lumpur: Seramai 76 pengawal keselamatan warga asing ditahan polis dalam Ops Cantas Khas (Pengawal Keselamatan) yang dijalankan sekitar ibu kota, semalam.

Operasi bermula jam 12 tengah hari itu memberi fokus dalam mengenal pasti pengawal keselamatan yang menggunakan MyKad palsu.


Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Khairi Ahrasa, berkata daripada 135 pengawal keselamatan diperiksa, 76 ditahan. “Mereka terdiri 34 Nepal, Pakistan (20), India (11), Indonesia (6), Sri Lanka dan Bangladesh masing-masing dua serta seorang Filipina.


“Daripada mereka, hanya seorang warga Filipina dan Indonesia ditahan atas kesalahan memiliki MyKad orang lain, selebihnya tidak mempunyai dokumen perjalanan sah, permit tamat tempoh dan melanggar syarat,” katanya kepada media, semalam.

Khairi berkata, operasi berakhir jam 5 petang itu disertai 23 pegawai dan 92 anggota polis dengan bantuan lapan pegawai Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

“Operasi membabitkan pemeriksaan terhadap kilang, pasar raya dan perumahan sekitar Dang Wangi, Cheras, Brickfields dan Sentul,” katanya.

Pekerja kafe siber maut ditikam kekasih


2013/12/03
Melaka Tengah: Seorang pekerja kafe siber maut ditikam kekasihnya dengan pisau rambo, susulan pergaduhan di antara mereka dalam rumah dekat Taman Limbongan Permai, Tengkera di sini, awal pagi semalam.

Dalam kejadian kira-kira 4 pagi itu, Goh Meng Yee, 23, dari Taman Sri Krubong, dipercayai ditikam teman lelakinya selepas pergaduhan di antara mereka.


Selepas menikam teman wanitanya, suspek berusia 23 tahun dan bekerja sebagai tukang paip itu, kemudian menikam diri sendiri dan kini berada dalam rawatan di Hospital Melaka.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Salehhudin Abd Rahman, berkata polis menerima panggilan kejadian itu daripada orang awam kira-kira jam 4.30 pagi.

Beliau berkata, sejurus tiba di lokasi kejadian anggotanya mendapati mayat mangsa dalam keadaan terlentang atas tilam dalam bilik tidur rumah berkenaan.

“Mangsa ditemui dengan kesan tikaman pada perut dan sebilah pisau rambo turut berada di sebelahnya.

“Suspek yang parah dipercayai cuba membunuh diri dengan menikam diri sendiri, sudah dibawa ke Hospital Melaka untuk rawatan ketika polis tiba,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.
Beliau berkata, suspek yang parah kini dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Melaka, manakala mayat mangsa dihantar ke hospital sama untuk bedah siasat.

Perompak larikan van rokok


2013/12/03
Arau: Seorang pekerja penghantaran syarikat rokok mengalami detik cemas apabila digari oleh perompak sebelum dilarikan bersama van majikannya yang sarat dengan muatan rokok, Sabtu lalu.

Difahamkan, dalam kejadian jam 3.30 petang itu, mangsa berusia 30-an yang dimasukkan ke bahagian belakang van, dilarikan hampir 30 kilometer dari Tambun Tulang di sini ke Pida 1, Kodiang, Kedah.


Ketua Polis Daerah Arau, Superintendan Mohd Nadzri Hussain, berkata ketika kejadian mangsa singgah di sebuah kedai runcit di Tambun Tulang untuk menghantar stok rokok sebelum sebuah PROTON Perdana V6 tiba-tiba berhenti dan menghalang van mangsa.

“Kedua-dua tangan mangsa digari sebelum van berkenaan dilarikan suspek. Seorang lagi suspek mengekori van berkenaan menggunakan PROTON Perdana,” katanya.

Mohd Nadzri berkata, sebaik sampai di Pida 1, van terbabit berhenti sebelum semua stok rokok yang dianggar bernilai RM15,000 diangkut ke dalam kereta berkenaan.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu diminta tampil menghubungi Balai Polis Arau di talian 04-986 2222.

Buruh maut rakan tembak muka


2013/12/03
Kuching: Seorang buruh maut ditembak rakan sendiri ketika cuba meleraikan pertengkaran lelaki itu dengan bapa mentuanya di Rumah Panjang Jigai, Sungai Gat, Kapit, Sabtu lalu.

Uyang Jubong, 49, mati di tempat kejadian akibat tembakan dari jarak kira-kira tiga meter yang terkena tepat ke mukanya.


Ketua Polis Daerah Kapit, Deputi Superintendan Entusa Imam, berkata selepas kejadian kira-kira jam 5 petang itu suspek berusia 41 tahun menghilangkan diri.

Bertengkar dengan bapa mentua

Katanya, ketika kejadian mangsa kebetulan lalu di halaman rumah panjang berkenaan apabila menyedari suspek bertengkar dengan bapa mentuanya yang berusia 60-an.

“Berdasarkan maklumat awal, mereka bertengkar mengenai kayu bergergaji dan mangsa cuba meleraikannya bagi mengelak pertengkaran itu melarat.

“Namun, suspek yang panas baran memarahi mangsa supaya tidak masuk campur urusan mereka dan kemudian dia tiba-tiba mengambil senapang lalu menembak mangsa dari jarak dekat,” katanya ketika dihubungi, semalam.
“Suspek hanya berjaya ditahan semalam (kelmarin) di Rumah Panjang Sait, yang terletak berdekatan dengan lokasi kejadian,” katanya.

Sahabat hingga hujung nyawa


  • Sahabat hingga hujung nyawaKeadaan mayat mangsa sebelum dibawa ke hospital.
 1 / 1 
KUALA NERUS – Dua remaja maut setelah motosikal dinaiki mereka bertembung dengan sebuah bas yang membawa seramai 31 penumpang di Jalan Kuala Terengganu – Kota Bharu, Kampung Sungai Ikan, Tepuh, di sini.

Dalam kejadian dipercayai berlaku kira-kira jam 1.30 petang semalam itu, kedua-dua mangsa iaitu Mohd Asri Natrah, 16 dan Muhamad Farihin Taib, 14, maut di tempat kejadian akibat mengalami kecederaan parah.

Berikutan kemalangan ngeri itu, laluan berkenaan sesak dengan kenderaan hampir tiga kilometer, ditambah pula hujan lebat.

Difahamkan ketika kejadian, kedua-dua mangsa yang turut mempunyai pertalian saudara dan tinggal di Kampung Gemuroh, dalam perjalanan pulang ke rumah sebaik selesai memukat di Sungai Ikan.

Bagaimanapun, semua 31 penumpang bas rombongan Majlis Islam dan Adat Melayu Perak dipandu lelaki berusia 61 tahun itu tidak mengalami sebarang kecederaan.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Zamri Shamsuddin berkata, ketika kejadian, kedua-dua mangsa yang menaiki motosikal Honda Wave datang dari arah Felda Belara menghala ke Gemuroh.

“Ketika melalui Jalan Kuala Terengganu – Kota Bharu di Kampung Sungai Ikan itu, motosikal ditunggangi mangsa berusia 16 tahun, memotong sebuah kenderaan lain sebelum bertembung dengan bas yang datang dari arah bertentangan.

“Berikutan kemalangan itu, kedua-dua mangsa yang masih bersekolah, maut serta-merta di tempat kejadian. Mayat dihantar ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) untuk bedah siasat,” katanya.

Sementara itu, menurut abang sepupu kedua-dua mangsa, Mohd Rosdi Mat Zin, mereka berdua merupakan sahabat baik dan sering melakukan aktiviti bersama memandangkan rumah mereka berdekatan antara satu sama lain.

“Memang aktiviti memukat ikan menjadi hobi mereka berdua setiap kali tibanya cuti sekolah terutama pada musim tengkujuh. Namun beberapa hari sebelum kejadian, kedua-duanya kelihatan akrab luar biasa dan sering dilihat bersama.

“Mungkin itulah petanda mereka akan pergi bersama buat selama-lamanya. Kami sekeluarga reda meskipun terpaksa menerima hakikat kehilangan dua ahli keluarga serentak dalam satu masa,” katanya.

Mohd Rosdi juga berkata, kedua-dua mangsa yang turut belajar di tempat sama, SMK Bukit Guntong itu sememangnya rapat sejak kecil.

Menurutnya, jenazah kedua-duanya akan disemadikan dalam satu liang lahad di Tanah Perkuburan Gemuroh.

Awal bulan lalu, sepasang suami isteri dari Pasir Puteh, Kelantan yang dalam perjalanan untuk menghadiri seminar di daerah ini turut maut di lokasi berhampiran, kira-kira empat kilometer dari lokasi kejadian semalam.

Kedua-dua mereka yang menaiki kereta Perodua Viva, maut serta-merta di tempat kejadian akibat kecederaan parah setelah kemalangan dengan empat kenderaan lain.

Air naik mendadak


Oleh Mohd Nasif Badruddin, Raja Norain Hidayah Raja Abdul Aziz, Mohd Nor Asri Yaacob, Khairul Hamizy Ramlee dan Syazwan Msar

Kuantan: “Ketika saya mahu ke tempat kerja kira-kira jam 7.30 pagi, paras air sungai masih belum melimpah ke tengah jalan raya dan selamat untuk dilalui, namun sebaik sampai di tempat kerja, anak menelefon mengatakan kawasan Sungai Lembing sudah terputus hubungan berikutan jambatan Sungai Charu sudah ditenggelami air,” kata penduduk Kampung Sungai Charu, dekat sini, Wan Kamaruzzaman Wan Ahmad, 54.

Wan Kamaruzzaman yang bekerja sebagai kakitangan awam di bandar ini berkata, ketika melalui jambatan itu pagi semalam, air sungai sudah melepasi paras bahaya, namun masih belum melimpahi jalan.



Namun, dia terkejut selepas dimaklumkan jambatan Sungai Charu sudah ditenggelami air dan terus bergegas pulang ke rumah, namun gagal kerana jalan utama ke rumahnya itu sudah ditutup dan menyebabkan kira-kira 2,000 penduduk di kawasan berkenaan terputus hubungan.

“Keadaan ini menyebabkan saya buntu memikirkan nasib keluarga saya dan bagaimana untuk memindahkan keluarga sekiranya paras air terus naik memandangkan hujan tidak berhenti.

Foto
ANGGOTA bomba mengawasi orang ramai yang ingin menyeberang jambatan Sungai Charu yang ditenggelami air.
Foto
KENDERAAN meredah banjir di Jalan Tun Ismail 1, Kuantan, semalam.
Foto
PENDUDUK mengharungi jambatan Sungai Charu untuk ke bandar.
“Pada masa sama, saya juga tidak sempat melakukan sebarang persiapan seperti memindahkan kereta dan perkakas elektrik ke rumah saudara-mara seperti mana yang dilakukan sebelum ini,” katanya, ketika ditemui, di sini, semalam.

Tawar RM526,000 untuk hamil


Beijing: Seorang wanita mandul memandu kereta BMW mengelilingi China sambil menawarkan habuan £100,000 (RM526,000) untuk mana-mana doktor yang mampu membuatnya hamil.

Jin Sung, 37, membawa iklan menghebahkan wang ganjaran itu selain membalut keretanya menggunakan kain rentang merah sebagai tanda kesungguhannya mendapatkan anak.


Hentian terakhir ahli perniagaan itu ialah di bandar Kunming di Yunnan.



“Tidak seorangpun doktor yang saya temui setakat ini dapat membantu.


“Saya beranggapan jika mahukan sesuatu kita mesti berusaha mencari jalan. Inilah yang saya lakukan sekarang,” katanya.


Wanita itu sudah berkahwin 10 tahun tidak pernah hamil. - Agensi

Remaja lelaki direman 4 hari


Oleh Mohamad Hussin, Muhammad Saufi Hassan dan Zuliaty Zulkifli
Alor Setar: Seorang remaja lelaki berusia 16 tahun ditahan di Arau, Perlis, kelmarin bagi membantu siasatan susulan penemuan mayat tiga beradik, Norsyafika Nadia Rusdi, 14; Nur Izzati Husna, 12 dan Puteri Nurul Akma, 3, yang dipercayai dibunuh.
Mayat mangsa ditemui orang awam di dua lokasi berbeza di Alor Senibong dan tali air Padang Petani, di sini, kelmarin dan Sabtu lalu. 
Ketua Polis Daerah Kota Setar Asisten Komisioner Adzaman Md Jan berkata, remaja ditahan itu pelajar sebuah sekolah menengah dan dipercayai kenalan Norsyafika Nadia. 

“Remaja itu ditahan jam 11.30 malam (kelmarin) di rumahnya di Arau bagi membantu siasatan,” katanya kepada pemberita ketika ditemui, di sini, semalam.
Foto
JENAZAH Nur Izzati dan Puteri Nurul Akma dikebumikan dalam satu liang lahad di Tanah Perkuburan Islam Kampung Alor Semela.

Menurutnya, polis sudah mendapatkan perintah reman selama empat hari mulai semalam bagi menahan remaja terbabit dan siasatan lanjut dijalankan bagi mengetahui sejauh mana perhubungan lelaki itu dengan mangsa.

Nikah sorok-sorok


Oleh Nor Azura Abdul Jalil

Kuala Lumpur: Bimbang percintaannya dengan lelaki warga Bangladesh tidak direstui, seorang wanita bertindak melangsungkan pernikahan dengan lelaki itu tanpa pengetahuan keluarganya.

Bagaimanapun, pernikahan itu terbongkar apabila ibu wanita berusia 29 tahun itu menyedari perubahan fizikal dirinya menyebabkannya terpaksa menceritakan perkara sebenar.


Dalam keterangannya di Mahkamah Tinggi Syariah semalam, wanita itu mendakwa bernikah dengan lelaki berusia 30-an itu secara wali hakim di Pejabat Agama Islam Daerah Hulu Langat, Kajang melalui pendaftar nikah, cerai dan rujuk.



“Pegawai terbabit tidak bertanya sama ada saya masih mempunyai bapa dan saya juga tidak memberitahu apa-apa kerana nak sembunyikan pernikahan daripada keluarga,” katanya pada prosiding perbicaraan permohonan pengesahan nikah di sini, semalam. Sementara itu, bapa wanita berkenaan yang hadir memberi keterangan berkata, dia tidak tahu anak perempuannya sudah bernikah dengan lelaki Bangladesh sehinggalah surat nikah anaknya itu tiba di rumahnya di Melaka pada tahun lalu. “Selepas tahu dia sudah bernikah, saya tanya di mana dia berkahwin dan saya kemudian pergi ke Pejabat Agama Islam Daerah Hulu Langat untuk bertanyakan bagaimana pernikahan itu boleh dijalankan tanpa pengetahuan saya. “Wali mewakilkan pernikahan anak saya itu kemudian memberitahu tiada apa-apa yang boleh dilakukan kerana pernikahan sudah dijalankan. Tiga hari kemudian, mereka menelefon meminta saya datang untuk menjalankan akad nikah kali kedua pada 7 September 2012,” kata warga emas itu. Sementara itu, saksi kedua yang juga bapa angkat lelaki Bangladesh itu memberitahu mahkamah dia tahu anak angkatnya itu berkawan dengan seorang wanita tempatan, tetapi tidak tahu bila mereka bernikah.


Bagaimanapun, dia memberitahu hadir ke Pejabat Agama Islam Daerah Hulu Langat pada pernikahan kali kedua yang turut dihadiri bapa wanita berkenaan. Hakim Syarie Muhamad Abdul Karim Wahab kemudian menetapkan 16 Januari tahun depan untuk sebutan semula kes bagi meneliti beberapa perkara yang menjadi isu dalam kes itu kerana ia membabitkan sebuah jabatan agama.

Balasan cuba langgar polis


Oleh Norul Awatif Romli
Subang Jaya: Biarpun cuba dilanggar dengan kereta dinaiki lima penjenayah, dua polis bermotosikal nekad mengejar suspek sebelum berjaya menahan dua daripada mereka yang dipercayai saki baki ahli ‘Geng Topeng’ di Jalan SS14/5D, di sini, semalam.
Dalam kejadian jam 2 petang itu, dua anggota polis dari Unit Rondaan Bermotosikal (URB) yang melakukan rondaan mencegah jenayah terserempak sebuah kereta Proton Wira dinaiki lima lelaki tempatan berusia 20-an dalam keadaan mencurigakan. Menyedari kehadiran polis, suspek memecut laju dan dikejar hingga ke persimpangan Jalan SS14/8F kira-kira 50 meter dari lokasi kejadian.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya Asisten Komisioner Yahaya Ramli berkata, suspek kemudian bertindak agresif apabila cuba menghimpit motosikal anggota URB menyebabkan kereta dinaiki mereka hilang kawalan.
“Akibat tindakan itu, kereta suspek terbabas dan melanggar tembok dinding longkang berhampiran rumah penduduk di kawasan itu sebelum mereka termasuk seorang yang bersenjatakan parang melarikan diri.

“Tindakan pantas polis berjaya menahan seorang daripada mereka sebelum menahan seorang lagi kira-kira setengah jam kemudian. “Ketika ditahan, suspek pertama bertindak agresif kerana mahu mencederakan anggota polis untuk melepaskan diri, namun gagal,” katanya.

Yahaya berkata, soal siasat dilakukan mendapati suspek pertama berusia 25 tahun dan beralamat terakhir di Rumah Papan Salok Merah di Jalan Meru, Klang.
Foto
SEORANG daripada dua suspek yang ditahan disoal anggota polis.
Menurutnya, pemeriksaan lanjut terhadap kereta itu juga polis menjumpai lima parang panjang, empat jaket berlainan warna, tiga topeng, tiga sarung tangan, tiga telefon bimbit pelbagai jenama dan satu topi koboi.

Turut ditemui, satu pemutar skru, surat pajak gadai, sekeping kad pengenalan dan pemeriksaan juga mendapati kereta dinaiki suspek menggunakan nombor pendaftaran palsu dan pernah dilaporkan hilang di Taman Sentosa, Klang pada 14 November lalu.
Katanya, suspek yang ditahan dibawa ke Balai Polis Subang untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan kerana melakukan samun berkumpulan dan bersenjata.

Menurutnya, polis juga sedang giat memburu tiga lagi suspek yang melarikan diri dan meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian supaya tampil ke balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.

Azab 10 minit ditoreh suami


Oleh Suraya Roslan
Seremban: "Hanya Allah mengetahui kesakitan yang saya alami ketika suami mengelar pipi, dahi, bibir dan tangan saya dengan pisau lipat,” kata Nor Hafazalina Mohd, 30, yang menerima 80 jahitan akibat tindakan kejam suaminya itu.
Menurutnya, kejadian berlaku jam 5 petang Jumaat lalu di rumah mereka di Ampangan, di sini, selepas dia minta diceraikan kerana tidak tahan dengan sikap lelaki itu yang tidak bertanggungjawab dan kerap keluar masuk penjara. 
Nor Hafazalina berkata, suaminya yang berusia 30-an seperti naik hantu apabila mengelar muka dan tangannya lebih 18 kali biarpun dia meraung kesakitan dan merayu agar dikasihani. 

“Puas saya merayu supaya dia menghentikan perbuatan itu, namun dia bagaikan naik hantu apabila tangan kanan menoreh muka manakala tangan kirinya menarik rambut saya,” kata ibu kepada dua anak lelaki itu yang ditemui di wad sebuah hospital, di sini, semalam.
Foto
Nor Hafazalina

Menurutnya, dia meminta cerai daripada suaminya yang dikahwini hampir 10 tahun lalu selepas berasa seperti digantung tidak bertali dan terpaksa menumpang di rumah ibunya di Ampangan, di sini.

‘Sitok wajar direjam sampai mati’


Jakarta: Pemimpin Front Pembela Islam (FPI) semalam mendesak penulis dan budayawan Sitok Srengenge dikenakan hukuman rejam sehingga mati kerana merogol seorang mahasiswa.

Habib Rizieq Shihab berkata budayawan Salihara itu perlu direjam kerana sudah berkeluarga dan menodai mangsa sehingga menyebabkan wanita terbabit hamil.


“Jika dia muhsan (lelaki yang berkahwin dengan nikah sah dan terpelihara daripada zina), maka hukumnya adalah direjam sampai mati,” katanya.



Sitok - atau nama sebenarnya Sitok Sunarto - didakwa merogol mahasiswa sehingga hamil tujuh bulan.


Pada awalnya Sitok cuma didakwa melakukan hubungan sulit dengan wanita terbabit tetapi ia kemudian bertukar menjadi kes rogol beberapa hari lalu.


Habib Rizieq berkata, kumpulan Salihara adalah “masyarakat liberal yang menghalalkan zina” termasuk hubungan seks luar tabii.

Sementara itu, penulis Jerman Dr Katrin Bandel turut tampil mengulas isu itu.


Katanya, dia tidak tahu sepenuhnya fakta kes Sitok dengan mahasiswa itu tetapi menyedari beberapa perkara yang dianggap pelik terutama maklum balas dan komen diberi di laman sembang sosial serta portal berita.

Anak ganggu cinta


Paris: Seorang wanita menghadapi hukuman penjara selepas mengaku melemaskan anaknya yang baru berusia 15 bulan di Selat Inggeris hanya kerana budak itu ‘mengganggu’ hubungan cintanya.

Kekejaman Fabienne Kabou itu dapat disaksikan hasil rakaman kamera litar tertutup di tempat kejadian yang menunjukkan wanita dari Senegal itu menolak anak perempuannya Adelaide ke pesisiran pantai di Berck sur Mer pada 19 November lalu.


Mayat Adelaide ditemui nelayan dalam keadaan masih diikat pada kereta sorongnya.



Dengan menggunakan data DNA yang ditemui pada kereta sorong itu, polis menahan Fabienne, 36, di sebuah rumah yang dikongsi dengan kekasihnya berusia 63 tahun di Paris 10 hari kemudian.


Penuntut jurusan falsafah itu memberitahu polis, dia mengambil tindakan kejam selepas melihat kehadiran Adelaide ‘mengganggu’ hubungannya dengan lelaki terbabit yang juga bapa mangsa.


Kepada kekasihnya, Fabienne mendakwa Adelaide sudah diserahkan kepada neneknya di Senegal.

Fabienne ditahan Sabtu lalu dan disoal hakim dalam sesi mahkamah tertutup sebelum diarahkan disiasat atas tuduhan bunuh.


Peguamnya Fabienne Roy-Nansion berkata, wanita terbabit mengakui perbuatannya.

Bapa kanak-kanak itu dilaporkan berkata Fabienne ibu yang baik, malah jiran ditemui juga terkejut dengan kejadian itu.


Kejadian itu menimbulkan kemarahan ratusan orang yang berhimpun di luar mahkamah serta pesisiran pantai dengan membawa atau memakai barangan berwarna putih - cara warga Perancis memprotes dalam kes membabitkan keganasan terhadap kanak-kanak.


Sementara itu, pakar perundangan di Mahkamah Rayuan Paris, Gerard Lopez berkata, perbuatan Fabienne tidak boleh dianggap sebagai tindakan orang gila, sebaliknya sudah dirancang . “Siasatan kini perlu melihat sama ada dia menjadi mangsa penderaan fizikal atau psikologi pasangannya. “Ada orang yang menjadi keanak-anakan dan narsisistik selepas menjadi ibu.


“Kita perlu mengkaji sama ada wanita itu terdorong akibat tekanan untuk memenuhi kehendak kekasihnya yang mahukan perhatiannya,” katanya. - Agensi

Remaja sawan mangsa pertama banjir di Terengganu


KEMAMAN 3 Dis. - Seorang remaja berusia 17 tahun menjadi mangsa pertama banjir apabila ditemui mati lemas selepas bot yang dinaiki terbalik ketika pulang memukat ikan di sebuah ladang kelapa sawit yang dinaiki air dekat Kampung Banggol, Ladang Pelatoh, Kijal, di sini petang semalam.
Dalam kejadian kira-kira pukul 5.30 petang itu, mangsa, Mohd. Asraf Mohd Nor, bersama bapanya dan seorang sepupunya berusia lapan tahun telah keluar memukat ikan di kawasan tersebut sebelum mangsa dikatakan terkena sawan ketika berada di atas bot.
Akibatnya, mangsa telah terjatuh ke dalam air sehingga menyebabkan bapa dan sepupunya turut terjatuh selepas bot mereka terbalik.
Panik dengan keadaan itu, bapa mangsa cuba menyelamatkan Mohd. Asraf bagaimanapun dia gagal selepas anaknya itu tenggelam dan hanya sempat menyelamatkan sepupunya sahaja.
Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Kemaman, Supritendan Che Suza Che Hitam mengesahkan kejadian dan memaklumkan mayat mangsa telah ditemui pada pukul 1 pagi tadi di celah ranting kayu oleh pasukan penyelamat.
"Mayat mangsa kemudian di bawa ke Hospital Kemaman untuk bedah siasat dan telah dikebumikan di Tanah Perkuburan islam Kampung Lubuk Lesong dekat sini tengah hari tadi," katanya ketika dihubungi di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20131203/je_14/Remaja-sawan-mangsa-pertama-banjir-di-Terengganu#ixzz2mSVDkXwu
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Remaja dikhuatiri lemas di Padang Kubu, Kijal

Remaja dikhuatiri lemas di Padang Kubu, KijalKampung Gong Limau di Chukai turut ditenggalami air.

KEMAMAN – Bencana banjir yang melanda Kemaman turut menyebabkan seorang remaja berusia 17 tahun dikhuatiri lemas selepas dihanyutkan arus deras ketika pulang dari memukat ikan dalam kejadian di Kampung Banggol, Ladang Pelatoh,Padang Kubu, Kijal, di sini petang semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 5.30 petang, mangsa, Mohd Asraf Mohd Nor bersama ayahnya dan seorang lagi ahli keluarga mereka pergi menjala dengan menaiki bot.

Namun ketika dalam perjalanan pulang, tiba-tiba bot mereka terbalik dan ketiga-tiga mereka jatuh ke dalam air banjir menyebabkan mangsa dihanyutkan arus deras.

Bapa mangsa yang panik melihat kejadian cuba menyelamatkan anaknya tetapi gagal, dan hanya sempat menyelamatkan adik perempuan mangsa yang berusia 8 tahun.
Pegawai Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Cheneh Abdullah Embong berkata, operasi mencari dilakukan dengan bantuan penduduk dan pihak polis.

Bagaimanapun, sehingga jam 10 malam tadi mangsa masih belum dijumpai.

Sementara itu, sehingga jam 9 malam tadi, sebanyak lapan buah pusat pemindahan dibuka di daerah Kemaman bagi menempatkan 171 mangsa banjir di daerah itu. susulan hujan lebat berterusan sejak Jumaat lalu.

Beberapa kawasan terjejas teruk termasuk Kampung Teluk Kalong yang menjadi kampung paling awal berpindah ke pusat pemindahan.

Turut terjejas kawasan bandar Chukai dekat Kompeks Centre Point Kemaman yang turut digenangi air selain beberapa kawasan rendah lain di seluruh daerah ini juga ditenggelami air.

Mangsa dari Kampung Teluk Kalong, Norihan Mohamad, 49, berkata, air yang naik mendadak ke dalam rumah menyebabkan anak bongsunya, Muhammad Halif Izhan Mazlan, 10, yang berkhatan pada 16 November lalu terpaksa mengharung air ke pusat pemindahan walaupun luka masih belum sembuh.

“Selepas air mulai masuk ke dalam rumah, kami mulai berpindah tetapi jiran tetangga yang rumah mereka pada kedudukan rendah lebih awal berpindah jam 2 petang.

“Air yang naik bukanlah air dari limpahan sungai tetapi limpahan air dari Bukit Kuari yang terletak berdekatan kawasan perumahan kami ekoran hujan lebat sejak jam 8.30 pagi lagi,” katanya ketika ditemui di pusat pemindahan di Sekolah Kebangsaan (SK) Teluk Kalong, Kijal, malam tadi.

Sehingga jam 9 malam, seramai 46 mangsa dari 20 keluarga di sekitar Teluk Kalong berpindah ke pusat pemindahan.

Dalam pada itu, Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Terengganu turut memaklumkan Bilik Gerakan Daerah Kemaman di Pejabat Daerah Kemaman telah dibuka jam 10.38 pagi semalam.

'Hidup kami tiada makna tanpa mereka'

'Hidup kami tiada makna tanpa mereka'
Rusdi Rani 
 ALOR SETAR - Kematian tiga beradik yang tidak diketahui motif sebenarnya dalam kejadian Jumaat lalu menjadi detik hitam buat keluarga.

Bapa mangsa, Rusdi Rani, 38, berkata, pada malam kejadian Noor Syafikah memberitahu untuk ke rumah kawan dan membawa dua adiknya bersama.

Menurutnya, anak sulungnya itu sudah tidak bersekolah dan tidak pernah berenggang dengan adik-adiknya untuk ke mana-mana termasuk selalu ke rumah kawan yang dimaksudkan.

“Ketika mereka keluar saya dan isteri ada di rumah. Depa habaq nak pi rumah kawan, tetapi pukul 11 malam tak balik lagi.

“Kami mula risau dan minta jiran tolong cari mereka. Kami cari di merata tempat tetapi tak jumpa mereka sebelum membuat laporan polis pada jam 2 pagi,” katanya ketika ditemui di Hospital Sultanah Bahiyah, semalam.

Rusdi yang juga tukang cuci di sebuah sekolah berkata, semalam dia dihubungi pihak polis kira-kira jam 3.45 petang mengenai penemuan mayat seorang remaja perempuan.

“Kami diminta ke lokasi kejadian untuk membuat pengecaman. Lokasi arwah ditemui itu tidak jauh di antara jalan rumah kami ke rumah kawannya.

“Tetapi motor yang digunakan ditemui di kawasan lain yang agak jauh dari tempat arwah ditemui,” katanya yang baharu dua tahun menetap di Alor Setar.

Katanya, ketiga-tiga anaknya sangat rapat dan tidak pernah berenggang antara satu sama lain.

“Mereka bertiga selalu keluar berjalan-jalan di sekitar kampung. Noor Syafikah juga menjaga kedua-dua adiknya kerana dia tidak bersekolah apabila saya dan isteri keluarga bekerja.

“Tak ada makna hidup kami tanpa mereka, hanya merekalah yang menghiburkan kami,” katanya dalam keadaan sebak.

Mukhriz sifatkan insiden satu tragedi kejam

Mukhriz Mukhriz mengucapkan takziah kepada ayah mangsa kematian tiga beradik, Rosdi Rani ( tiga, kiri ) dan ibu mangsa Siti Aisyah Ariffin (dua, kiri) ketika melawat keluarga mangsa di kediaman mereka di Jalan Datuk Kumbar, malam semalam.
ALOR SETAR - Tragedi yang menimpa tiga beradik yang ditemui mati di dua lokasi berasingan selepas hilang sejak Jumaat lalu turut mendapat perhatian Menteri Besar, Datuk Mukhriz Mahathir.

Mukhriz berkata, insiden berkenaan suatu yang amat mengejutkan dan menyayat hati semua pihak.

Katanya, beliau berharap penjenayah yang melakukan perbuatan kejam terhadap mangsa terbabit dapat dikesan secepat mungkin.

“Dalam usaha kita untuk mewujudkan sebuah negeri yang aman, kadang-kadang perkara seperti ini masih juga berlaku. Saya yakin dan berharap pihak polis akan bertindak cepat dan menyeluruh dalam siasatan.

“Kita serahkan kepada polis untuk melakukan apa yang patut bagi memberkas penjenayah terlibat dan dibawa ke muka pengadilan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas melawat ke dua ibu bapa mangsa di rumah mereka di Kampung Alor Semela, Jalan Datuk Kumbar, di sini, malam tadi.

Dalam pada itu, Mukhriz berharap keluarga mangsa tabah menghadapi keadaan yang begitu pedih apabila kehilangan ketiga-tiga anak mereka.

"Saya menyatakan rasa sedih dan takziah atas kehilangan anak-anak mereka dalam keadaan begitu kejam.

"Saya dapat bayangkan rasa sedih mereka walaupun kita ucapkan takziah dan minta mereka bersabar. Saya tahu kalau saya dalam keadaan mereka saya tentu susah untuk mengawal perasaan,” katanya.

Sementara itu, dalam lawatan berkenaan Mukhriz turut mengambil kesempatan bertahlil dan menyampaikan sumbangan peribadi kepada ibu bapa mangsa.

Sinar Harian semalam melaporkan kejadian mengejutkan mengenai kehilangan adik Noor Syafikah Nadia Rusdi, 14, Nur Izzati Husna, 12, dan Putri Nurul Akma, 3, yang ditemui meninggal dunia dalam keadaan penuh misteri di dua lokasi berasingan.

Kematian 3 beradik: Pelajar ditahan bantu siasatan

Adzaman Mohd Jan
Adzaman 
ALOR SETAR - Polis menahan seorang pelajar berusia 16 tahun bagi membantu siasatan kematian tiga beradik dari Alor Semela, Jalan Datuk Kumbar di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Adzaman Mohd Jan berkata, pelajar berkenaan yang juga kenalan mangsa ditahan di rumahnya di Perlis kira-kira jam 11.30 malam, semalam.

“Pelajar itu ditahan reman selama empat hari mulai hari ini bagi membantu siasatan kes itu.

“Setakat ini pihaknya menemu bual lebih 10 individu termasuk keluarga dan rakan mangsa bagi membantu siasatan,” katanya ketika ditemui media di pejabatnya, hari ini.

Sabtu lalu, Mayat Nor Syafikah Nadia Rusdi, 14, ditemui tertiarap dalam keadaan separuh bogel di tepi sawah Alor Senibong kira-kira jam 3.45 petang, selepas keluar dari rumah bersama dua adiknya, Nur Izzati Husna, 12 dan Puteri Nurul Akma, 3, kira-kira jam 7.30 malam, Jumaat lalu.

Lebih menyayat hati, mayat Nur Izzati Husna dan Puteri Nurul Akma ditemui kira-kira jam 4.50 petang semalam, di dalam terusan Mada Kampung Padang Petani, Langgar di sini iaitu kira-kira tiga kilometer dari mayat Nor Syafikah Nadia ditemui.

Walaupun kesemua mereka ditemui mati akibat lemas lemas, polis mengklasifikasikan kes terbabit sebagai kes bunuh dan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Dalam pada itu Adzaman berkata, pihaknya masih menyiasat sejauh mana hubungan pelajar terbabit dengan mangsa menerusi siasatan teliti dari segenap aspek.

Tambahnya, hasil bedah siasat ke atas Puteri Nurul Akma dan Nur Izzati Husna pula mendapati punca kematian mereka adalah lemas.

“Terdapat kesan calar pada badan mangsa, namun tiada tanda mereka dirogol, dicekik atau dipukul,” katanya.

“Manakala spesimen darah ketiga-tiga beradik itu turut dihantar untuk ujian ke Jabatan Kimia, Pulau Pinang bagi memeriksa jika ada punca lain termasuk kemungkinan suntikan dadah ke atas mangsa,” katanya.

Adzaman berkata, pihaknya turut dimaklumkan oleh pegawai perubatan bahawa kematian ketiga-tiga beradik itu berlaku dalam tempoh yang hampir sama.

Ditanya mengenai dakwaan keluarga mangsa mengenai kesan cedera dipercayai akibat dicucuh puntung rokok pada anggota badan dan tangan Nor Syafikah Nadia serta kesan sama pada tangan kedua-dua adik mangsa, Adzaman berkata, kesan berkenaan mungkin disebabkan gigitan hidupan dalam air seperti lintah atau ikan.

Menyentuh penemuan seluar di kawasan penemuan mayat Puteri Nurul Akma dan Nur Izzati Husna, beliau memberitahu, ia bukan milik ketiga-tiga beradik itu kerana Nor Syafikah Nadia keluar pada malam kejadian dengan memakai jeans biru.

“Bagaimanapun kemeja-T yang ditemui berhampiran mayat Nor Syafikah Nadia adalah miliknya,” katanya.

Sementara itu, Adzaman turut meminta orang ramai menghentikan spekulasi bahawa mangsa menjadi mangsa rogol seperti yang dipaparkan dalam laman sosial.

“Maklumat yang polis salurkan kepada umum adalah hasil laporan perubatan oleh pakar forensik yang menyatakan tiada tanda mangsa dirogol,” katanya.

Kes bunuh 3 beradik: Remaja diburu

Kes bunuh 3 beradik: Remaja diburuAnggota dan pegawai Polis dari Unit Forensik Polis Kontinjen Kedah menjalankan siasatan ke atas mayat Nurizzati Husna, 12, yang ditemui seorang pemancing ikan di sungai Kampung Padang Tani, Alor Senibong dekat Alor Setar, petang semalam. - Foto Bernama
ALOR SETAR - Polis Kedah sedang memburu seorang remaja lelaki dipercayai teman Nor Syafikah Nadia Rusdi, 14, yang dipercayai dibunuh bersama dua adiknya dalam satu kejadian Jumaat lepas.

Ketua Polis Kedah, Datuk Ahmad Ibrahim berkata remaja itu dipercayai berada di Arau, Perlis diperlukan untuk membantu siasatan polis berhubung pembunuhan itu.

"Polis mempunyai bukti-bukti terkini dan saksi yang membantu siasatan kes itu yang diklasifikasikan sebagai bunuh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

"Saya yakin remaja belasan tahun ini dapat dikesan dalam tempoh terdekat," katanya kepada pemberita selepas menyerahkan kereta Spanco Proton Preve kepada Ketua-Ketua Polis Daerah negeri ini di Ibu pejabat Kontinjen Kedah di sini, hari ini.

Mayat dua adik Nor Syafikah, Puteri Nurul Akma, 3; dan Nur Izzati Husna, 12; ditemui pukul 3.45 petang semalam dalam terusan Mada di Kampung Padang Tani, Langgar, kira-kira 3.5 kilometer dari tempat mayat Nor Syafikah ditemui di sawah Kampung Alor Senibong, Langgar pada petang Sabtu.

Tiga beradik itu berasal dari Alor Semela, Jalan Datuk Kumbar di sini.

Tiga beradik itu keluar dari rumah mereka dengan motosikal dikendali oleh Nor Syafikah Nadia pukul 7.30 malam hari Jumaat lepas dan tidak balik selepas itu.

Ahmad berkata polis yakin tiga beradik itu tidak bunuh diri kerana terdapat unsur-unsur perbuatan jenayah berdasarkan keadaan mayat Nor Syafikah.

Beliau merayu orang ramai yang mempunyai maklumat atau ternampak kejadian tersebut tampil membantu siasatan.

Sementara itu bedah siasat mayat Puteri Nurul Akma, dan Nur Izzati Husna dibuat pagi ini di Hospital Sultanah Bahiyah Alor Setar, katanya.

Mengenai kereta polis, Ahmad berkata ia adalah bagi menggantikan kereta-kereta lama diserahkan oleh Ibu pejabat Polis Bukit Aman dalam dua peringkat berjumlah 115 buah.

Bagi peringkat pertama Polis Kedah menerima 80 buah dan daerah 'panas' diberi keutamaan iaitu Kuala Muda sebanyak 12 buah; Kota Setar (11); Kubang Pasu (9); Kulim (8) dan Langkawi (5) dan bakinya untuk daerah-daerah lain, katanya. - Bernama

Maut dalam perjalanan ke tempat kerja

SINAR HARIAN
2 Disember 2013


KUANTAN - Seorang pembantu kedai makanan maut dalam nahas jalan raya membabitkan tiga kenderaan di Km132 Jalan Kuantan-Johor Baharu dekat Rompin semalam.

Mangsa, Tee Ah Moi, 39, beralamat di Kampung Orang Asli Batu 3 Jalan Sabak, Rompin mati semasa dalam perjalanan ke Hospital Tengku Ampuan Afzan Kuantan dari Klinik Rompin.

Menurut Pegawai Penguatkuasa Trafik dan Pentadbiran, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pahang, Asisten Superintendan Zainalabidin Othman, dalam kejadian 3 petang itu, mangsa wanita itu menunggang motosikal jenis Kriss Modenas dari arah Kuantan menuju ke Rompin untuk ke tempat kerja.

"Di tempat kejadian, dipercayai semasa mangsa membelok ke kanan jalan dia telah dirempuh dari belakang oleh sebuah kereta Proton Wira yang mengekori terlalu rapat menyebabkan mangsa tercampak ke atas jalan.

"Pada masa yang sama sebuah kenderaan pelbagai guna jenis Toyota Innova yang berada di belakang Proton Wira terbabit turut melanggar dan menyeret mangsa beberapa meter," katanya  di sini, hari ini.

Beliau berkata, mangsa wanita itu mengalami cedera parah di kepala dan badan. - Bernama

Kematian 3 beradik: Puteri nak balik kampung

Kematian 3 beradik: Puteri nak balik kampungJenazah Nur Izzati Husna, 12, dan adiknya, Puteri Nurul Akma, 3, dikebumikan dalam satu liang lahad bersebelahan pusara kakak mereka, Noor Syafikah Nadia, 14 di tanah perkuburan Islam Kampung Alor Semela, hari ini.
ALOR SETAR - “Adik nak balik rumah mak (nenek), nak balik Ganung (Terengganu).”

Itulah kata-kata terakhir Puteri Nurul Akma Rusdi, 3, yang masih tergiang-ngiang dalam ingatan neneknya sebelum hilang dan ditemui meninggal dunia bersama kakaknya, Nur Izzati Husna, 12, dan Noor Syafikah Nadia, 14, di dua lokasi berasingan, semalam.

Nenek mangsa, Robiah Daud, 59, berkata, dia dapat bercakap dengan cucunya itu melalui perbualan telefon sehari sebelum tiga beradik terbabit didapati hilang.

Katanya, Puteri yang lebih mesra dipanggi 'adik' selalu menelefonnya untuk bertanya khabar.

“Dia kalau telefon mak cik tanya dah makan ke belum? Mak duk buat apa? Itu sajalah dia tahu cakap, di samping gelak ketawa bersama dua kakaknya.

“Sebelum hari kejadian pula adik telefon.... rasa dia seronok sangat cakap nak balik kampung. Nak balik rumah mak Ganung (Terengganu) adik kata,” katanya ketika ditemui Sinar Harian, semalam.

Robiah berkata, selepas diberitahu anaknya mengenai kejadian itu, dia bersama anak-anak terus datang ke rumah anaknya di Kampung Alor Semela, Jalan Datuk Kumbar, dekat sini.

“Kami semua sangat terkejut macam tak percaya dengan apa yang berlaku. Tiga cucu pergi sekali gus...Tuhan saja yang tahu perasaan kami.

“Mak cik reda kerana sudah ditakdirkan... tapi apa dosa cucu-cucu mak cik sampai ada orang buat begitu. Kami sekeluarga berharap orang yang melakukan perbuatan jahat itu dapat hukuman setimpal,” katanya.

Sementara itu bapa mangsa, Rusdi Rani, 38, berkata, dia sekeluarga sememangnya merancang untuk pulang ke kampung orang tuanya di Jertih, Terengganu.

“Saya dan isteri dah minta cuti dua minggu nak balik kampung sebab agak lama tak balik. Anak-anak pun seronok terutama Puteri yang asyik tanya bila nak balik rumah mak di Terengganu.

“Tapi benda ni pula yang terjadi, saya tak tahu nak kata apa. Isteri saya sampai tak lena tidur, berlinang air mata sepanjang masa,” katanya.

Ditanya mengenai kelakuan anak-anaknya sebelum kejadian, Rusdi berkata, ketiga-tiga anaknya tidak mempunyai ramai kawan termasuk tidak mengetahui sama ada anaknya mempunyai kawan lelaki atau tidak.

“Mereka banyak berada di rumah, kawan-kawan pun perempuan dan saya pun kenal. Bila tanya kawan anak, mereka pun kata tak ada berkawan dengan lelaki.

“Lagipun kami baru tinggal di sini setahun lebih, sejak duduk sini kami anak beranak tak ada masalah apa-apa...orang kampung pun OK,” katanya.

Siasatan remaja dirogol sebelum kahwin dibuka

PDRMPUTRAJAYA - Pejabat Peguam Negara hari ini mengarahkan supaya polis mengumpul semula bukti berkaitan kes seorang remaja berumur 14 tahun yang dikatakan berkahwin selepas diperkosa, dalam tempoh seminggu.

"Bagaimanapun jika bukti yang dikumpulkan tidak mencukupi, kes ini tidak akan dibuka," kata Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail dalam satu persidangan media di pejabatnya di sini hari ini.

Beliau berkata pihaknya akan menggunakan bukti yang diperoleh semasa kertas siasatan tersebut dibuka pertama kali tahun lepas, selain akan memanggil semula individu berkaitan untuk merekod percakapan.

Katanya keputusan dibuat ekoran gesaan orang awam yang prihatin dengan kes itu.

Abdul Gani berkata antara individu yang akan dipanggil ialah mangsa, ayah mangsa, ibu saudara mangsa, doktor yang memeriksa mangsa serta dua suspek termasuk bekas suami mangsa.

Kes berkenaan mula mendapat perhatian selepas penceraian pasangan muda itu pada November mendapat liputan meluas media, dan bapa remaja perempuan itu membuat kenyataan media bahawa anaknya menjadi mangsa rogol sebelum berkahwin.

Remaja itu dinikahkan pada bulan November tahun lepas setelah mendapat perintah kebenaran untuk bernikah di bawah umur daripada Mahkamah Rendah Syariah Kulim.

Beberapa hari selepas penceraian, bapa gadis itu dilaporkan berkata bekas suami remaja itu dan dua kawan lelakinya telah memperkosa anaknya empat bulan sebelum pernikahan, dan kes itu pernah dilaporkan kepada polis pada 15 Julai 2012.

Menurutnya laporan itu ditarik balik selepas dia didatangi bapa lelaki berkenaan yang merayu supaya laporan ditarik balik. - Bernama

Kereta api tergelincir di New York

Kereta api tergelincir di New YorkTujuh gerabak kereta api Metro-North ini tergelincir dari landasan di Bronx.

NEW YORK - AMERIKA SYARIKAT . Sekurang-kurangnya empat maut manakala lebih 60 cedera selepas kereta api penumpang Metro-North tergelincir di daerah Bronx, kelmarin.

Media tempatan melaporkan kebanyakan mangsa mengalami kecederaan pada kepala dan leher.

Jurucakap bomba dan penyelamat memaklumkan tujuh daripada lapan gerabak pengangkutan awam tersebut tergelincir dari landasan manakala lokomotif kereta api terbabit berada hanya beberapa meter dari sungai berhampiran.

Menurut saksi, kereta api tersebut bergerak lebih laju berbanding biasa ketika melalui landasan melengkung di kawasan terbabit, dipetik dari laporan AFP.

Difahamkan, lebih 130 anggota bomba dikerah ke lokasi kejadian untuk melakukan operasi menyelamat dan menstabilkan gerabak.

Susulan daripada insiden itu, pihak berkuasa memberitahu bahawa laluan antara Bronx dan Westchester terpaksa ditutup selama seminggu serta  pengangkutan awam di kawasan tersebut akan digantikan dengan perkhidmatan bas.

Yingluck enggan berundur

Yingluck enggan berundurPolis antirusuhan mengadakan kawalan ketat berhampiran Rumah Kerajaan di Bangkok, semalam. Foto: EPA

BANGKOK - THAILAND . Perdana Menteri Thailand, Yingluck Shinawatra, semalam menolak tuntutan kumpulan Baju Kuning supaya menggantung sistem demokratik di negara itu.

Beliau turut bertindak berani mempertahankan jawatannya dan menegaskan tidak akan berundur walaupun protes yang dilakukan sejak lebih seminggu lalu bertujuan untuk menggulingkannya.

"Saya sanggup melakukan apa sahaja untuk memastikan orang lain gembira tetapi sebagai perdana menteri, segala keputusan perlu dibuat mengikut Perlembagaan," tegasnya.

Menurutnya, beliau mungkin akan mempertimbangkan untuk melepaskan jawatannya atau mengadakan pilihan raya awal jika segala tuntutan itu dilakukan dengan cara yang betul.

"Kerajaan sentiasa terbuka dengan sebarang cadangan untuk mengembalikan keamanan di negara ini," jelasnya lagi.

Kelmarin, adik kepada bekas Perdana Menteri Thaksin Shinawatra tersebut turut mengadakan pertemuan secara tertutup dengan pemimpin Baju Kuning, Suthep Thaugsuban.

Bekas timbalan perdana menteri itu dilaporkan mengancam Yingluck dengan memberi kata dua kepada beliau untuk berundur dalam tempoh 48 jam dan menyerahkan kuasa kepada 'majlis rakyat'.

Dalam perkembangan lain, Setiausaha Agung Majlis Keselamatan Kebangsaan, Paradorn Pattanatabut memaklumkan anggota keselamatan terpaksa menggunakan peluru getah untuk menyuraikan penunjuk perasaan yang semakin ganas di ibu negara.

"Beberapa sekolah dan universiti di Bangkok juga terpaksa ditutup buat sementara waktu atas faktor keselamatan," katanya lagi menurut AFP.

Tanah runtuh ragut 9 nyawa


2 Disember 2013

JAKARTA - INDONESIA. Sekurang-kurangnya sembilan maut dalam kejadian tanah runtuh akibat hujan berterusan di sekitar gunung berapi Sinabung di Berastagi, kelmarin.

Jurucakap Jabatan Pencegahan dan Mitigasi Bencana Kebangsaan, Sutopo Purwo Nugroho memberitahu kebanyakan rumah penduduk kampung Gundaling dan Laununggap tertimbus dalam kejadian itu.

Dipetik Jakarta Globe, susulan daripada insiden tersebut, Sutopo telah menggesa penduduk supaya berwaspada berikutan musim tengkujuh dijangka berterusan untuk tempoh beberapa bulan lagi.

"Penduduk yang tinggal di kawasan cerun bukit dan tebing sungai perlu sentiasa berjaga-jaga kerana kejadian tanah runtuh boleh berlaku pada bila-bila masa dalam keadaan cuaca seperti ini," katanya lagi.

Budak dirogol, dibunuh


2 Disember 2013
PORT OF SPAIN - SEPANYOL. Mayat seorang kanak-kanak berumur enam tahun dipercayai dirogol dan dibunuh ditemui di dalam tong dalam keadaan menyayat hati.

Menurut polis Trinidad, mangsa, Keyana Cumberbatch  dilaporkan hilang ketika dalam perjalanan ke rumah neneknya yang terletak hanya beberapa meter dari kediaman keluarganya di Maloney, Isnin lalu.

Menurut DailyMail, hasil aduan penduduk yang terhidu bau busuk di kawasan kejiranan tersebut, pihak berkuasa akhirnya menemui mayat mangsa yang disumbat di dalam beg plastik berhampiran rumah keluarganya.

Pakar patologi, Dr Alexandrov berkata, hasil bedah siasat menunjukkan kematian mangsa berpunca daripada kecederaan di kepalanya.

Budak mangsa bunuh disahkan tidak dirogol


KUCHING 3 Dis. - Kes seorang budak perempuan berusia 12 tahun yang ditemui mati dalam keadaan separuh bogel di Jalan Kabong, Saratok pada Sabtu lalu masih menjadi tanda tanya apabila laporan bedah siasat mendapati tiada kesan kecederaan dan rogol ke atas mangsa.
Hasil bedah siasat ke atas mayat kanak-kanak berketurunan Iban, Rinnie Tiew Kutei yang sebelum ini dilaporkan mati dibunuh selepas dirogol sekumpulan 10 lelaki mendapati, tiada kesan perlakuan seksual seperti didakwa.
Pesuruhjaya Polis negeri, Datuk Muhammad Sabtu Osman berkata, laporan bedah siasat pihak hospital mendapati tiada kesan kecederaan pada tubuh dan koyakan pada kemaluan mangsa akibat dirogol.
Beliau berkata, mangsa bagaimanapun disahkan menghidap penyakit kanser kelenjar.
"Walaupun laporan bedah siasat mendapati tiada kesan kecederaan atau rogol, polis tetap menyiasat kes ini mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan iaitu bunuh.
"Siasatan lanjut bagi mengenal pasti punca kematian mangsa masih dijalankan dan buat masa ini belum ada suspek ditahan," katanya dalam sidang akhbar selepas melawat Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) hari ini. - UTUSAN ONLINE


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20131203/je_12/Budak-mangsa-bunuh-disahkan-tidak-dirogol#ixzz2mSUrw700
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Gadis mati ditikam kekasih


ANGGOTA polis mengusung mayat mangsa bunuh di Taman Limbongan Permai, Melaka, semalam.
MELAKA 2 Dis. - Seorang lelaki tergamak menikam kekasih yang dikenalinya sejak 10 tahun lalu sehingga mati di sebuah rumah di Taman Limbongan Permai, Tengkera di sini awal pagi ini.
Dalam kejadian kira-kira pukul 4 pagi itu, mangsa yang juga pekerja kafe siber, Goh Meng Yee, 23, ditemui mati dengan kesan tikaman di perut dalam sebuah bilik di rumah keluarga suspek.
Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Salehhudin Abd. Rahman berkata, suspek yang berusia 23 tahun dikatakan turut bertindak nekad menikam diri sendiri sejurus selepas menikam kekasihnya.
Menurutnya, hasil maklumat orang awam, polis bergegas ke lokasi kejadian dan mendapati mangsa telah meninggal dunia manakala suspek dihantar ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Melaka berikutan kecederaan yang dialami.
"Mangsa dipercayai meninggal dunia selepas cedera parah akibat ditikam di perut dan mayatnya dihantar ke hospital sama untuk bedah siasat," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian hari ini.
Menurut Salehhudin, hasil siasatan di tempat kejadian polis menemukan sebilah pisau Rambo di tepi katil bersebelahan mangsa dipercayai digunakan suspek untuk menikam mangsa.
"Polis masih menyiasat motif pembunuhan dan suspek yang sedang dirawat kini ditahan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh," katanya.
Salehhudin memberitahu, suspek dan mangsa difahamkan sudah mengenali satu sama lain sejak 10 tahun lalu semasa mereka berada di tingkatan dua dan mangsa dikatakan menetap di rumah keluarga suspek sejak dua tahun lalu.
Sementara itu, adik suspek yang berusia 19 tahun memberitahu, dia terdengar pergaduhan abangnya dengan mangsa antara pukul 9 hingga 10 malam tadi.
"Saya dan seorang lagi adik tidur awal dan langsung tidak sedar tentang kejadian itu. Saya hanya menyedarinya selepas dikejutkan ibu kira-kira pukul 4 pagi sebaik sahaja dia pulang dari tempat kerja.
"Semasa ibu sampai di rumah dia nampak abang duduk di kerusi ruang tamu dengan perut berlumuran darah akibat ditikam," jelasnya.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20131203/je_02/Gadis-mati-ditikam-kekasih#ixzz2mSTwGcQP
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Ibu rayu majistret penjarakan anak

Oleh ADHAM SHADAN



KOTA BHARU - Kecewa dirinya diugut bunuh oleh anak kandung sendiri, seorang ibu nekad memohon kepada Mahkamah Majistret di sini semalam supaya memenjarakan anak lelakinya itu selama setahun.
"Buatlah macam mana pun kepada anak saya. Penjarakan setahun pun tidak mengapa," kata Jarah Mohamed, 54, semasa memberi keterangan terhadap anaknya di hadapan Majistret Nik Habri Muhamad.
Terdahulu, Mohd. Fairul Rahimi, (gambar), 28, yang bekerja sebagai pemandu sebuah syarikat katering mengaku bersalah terhadap tuduhan tersebut sebelum Nik Habri kemudian menjatuhkan hukuman penjara itu mulai semalam.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=1203&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_01.htm#ixzz2mMafShsN 
Hakcipta terpelihara 

Apa salah anak-anak saya?


Siti Aishah


ALOR SETAR – “Apa salah anak saya sehingga diperlaku sebegini?. Anak saya tidak berdosa.”
Demikian rintihan Siti Aishah Ariffin, 40, ibu kepada tiga beradik yang disyaki menjadi mangsa pembunuhan kejam sebelum mayat mereka ditemui di dua lokasi di sini pada Sabtu lalu dan kelmarin.
Ibu kepada tiga anak itu berkata, dia sentiasa berdoa supaya pembunuh ketiga-tiga anaknya dapat diberkas dan menerima hukuman yang setimpal.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=1203&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_10.htm#ixzz2mMa6FLLu 
Hakcipta terpelihara 

Remaja ditahan bantu kes bunuh tiga beradik

ALOR SETAR – Seorang remaja lelaki berusia 16 tahun ditahan polis tidak sampai 48 jam selepas penemuan mayat tiga adik-beradik perempuan di dua lokasi di daerah ini pada Sabtu lalu dan kelmarin.

Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Adzaman Mohd. Jan berkata, remaja tersebut yang merupakan kenalan mangsa berusia 14 tahun ditahan pukul 11.30 malam kelmarin di rumahnya di Perlis.
“Lelaki itu direman selama empat hari mulai hari ini (semalam) bagi membantu siasatan,” katanya ketika ditemui di sini semalam.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=1203&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_09.htm#ixzz2mMZtAkP9 
Hakcipta terpelihara 

Dua lelaki ditahan kes pecah rumah

Oleh TOREK SULONG


MOHD. KAMAL (tengah) menunjukkan barangan yang dipercayai hasil kegiatan pecah rumah pada sidang akhbar di Pasir Puteh semalam.


PASIR PUTEH - Polis menahan dua lelaki dan merampas pelbagai barangan curi selepas menyerbu sebuah rumah di Taman Farhana, Cherang Tuli dekat sini malam kelmarin.
Serbuan pada pukul 12.45 malam itu diketuai Inspektor Siti Nuraishah Zainuddin selepas menerima maklumat daripada orang ramai berhubung sebuah rumah yang disyaki tempat mengumpul barangan curi.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=1203&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_07.htm#ixzz2mMZXJs8S 
Hakcipta terpelihara