Search This Blog

Monday, December 2, 2013

3 dikhuatiri lemas di perairan Merchong


2013/12/02
Pekan: Seorang bekas kakitangan Yayasan Pahang (YP) bersama dua jirannya dikhuatiri hilang selepas keluar menangkap ikan di perairan Merchong, dekat sini, awal pagi kelmarin.

Mohamad Sharil Zulkifli, 28, dikatakan keluar kira-kira jam 5.30 pagi kelmarin bersama Mohamad Isa Awang Ngah, 48, dan anaknya, Mohamad Asri, 17, dari jeti Sungai Merchong menaiki bot jenis gentian kaca.


Isteri buat laporan kehilangan
Kita juga mendapat bantuan daripada TUDM, namun cuaca buruk dengan angin kencang dan laut bergelora menyukarkan operasi” Yahaya Othman, Ketua Polis Daerah Pekan

Laporan kehilangan mereka dibuat isteri Mohamad Sharil, Norhafizah Abu Bakar, 23, di Balai Polis Nenasi, jam 8.33 malam kelmarin.

Norhafizah ketika dihubungi berkata, suaminya baru berhenti kerja empat bulan lalu sebagai penyelia ladang sawit milik YP dan sedang menanti tawaran kerja baru di FELDA Tanjung Batu, dekat sini.

“Suami saya bukan nelayan sepenuh masa, dia cuma turun ke laut sekali-sekala sementara menunggu tawaran kerja baru selepas berhenti kerja.
“Kelmarin adalah kali kelapan dia turun ke laut bersama pasangan anak beranak itu.
“Sebelum turun ke laut kelmarin, dia berjanji untuk membawa anak tunggal kami, Muhammad Shazziq Iqhmal berusia dua tahun ke taman tema Legoland, Johor,” katanya.

Gerakan mencari dilancar jam 9 pagi

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Pekan, Superintendan Yahaya Othman ketika dihubungi berkata, gerakan mencari dan menyelamat (SAR) dilancarkan kira-kira jam 9 pagi semalam sebaik menerima laporan.

“SAR membabitkan Pasukan Gerakan Marin (PGM) dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) serta dibantu Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) sertaJabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM).

“Kita juga mendapat bantuan daripada Unit Udara Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), namun cuaca buruk dengan angin kencang dan laut bergelora menyukarkan operasi.

“Setakat jam 5 petang tadi (semalam), kita belum dapat mengesan lokasi bot gentian kaca dinaiki mangsa dan operasi akan disambung jam 8 pagi esok (ini),” katanya.

Beliau mengingatkan nelayan supaya tidak turun ke laut buat sementara waktu berikutan amaran dikeluarkan Jabatan Meteorologi mengenai cuaca buruk akibat tiupan angin Monsun Timur Laut.

Britain rampas bayi dalam kandungan


2013/12/02
London: Pihak berkuasa Britain merampas seorang bayi daripada seorang ekspatriat menerusi pembedahan ‘caesarean’ selepas wanita itu didapati ada masalah mental.

Anggota perkhidmatan sosial British membuat rampasan itu ketika wanita dari Itali berkenaan berada di Britain atas sebab kerja tahun lalu, menurut laporan semalam.


Dia dibius untuk membolehkan bayi perempuan yang dikandungnya dapat dikeluarkan selepas pihak berkuasa Essex di timur England menerima perintah mahkamah, lapor akhbar The Sunday Telegraph yang memetik peguamnya.
Saya tidak pernah mendengar perkara seperti ini sepanjang 40 tahun bekerja” Brendan Fleming, peguam

Masalah mental

Pihak berkuasa menjelaskan, wanita berkenaan mengalami masalah mental dan bertindak demikian untuk melindungi bayi itu yang sudah berusia 15 bulan, kata akhbar itu.

Wanita Itali itu kini melancarkan tindakan undang-undang untuk mendapatkan anaknya yang ditawarkan untuk dijadikan anak angkat oleh perkhidmatan sosial, katanya.

“Saya tidak pernah mendengar perkara seperti ini sepanjang 40 tahun bekerja,” kata peguamnya, Brendan Fleming.
Gagal ambil ubat

Wanita itu mengunjungi Britain selama dua minggu untuk latihan Ryanair apabila tiba-tiba panik ketika berada di lapangan terbang Standsted, utara London.

Keluarga wanita berkenaan percaya keadaan berkenaan berlaku kerana kegagalannya untuk mengambil ubat atas masalah ‘bipolar’, kata akhbar berkenaan.

Dia melancarkan tindakan undang-undang di Britain dan Itali untuk mendapatkan anak perempuannya tetapi dimaklumkan bahawa bayi terbabit ditawarkan untuk dijadikan anak angkat kepada pihak berminat.

Seorang ahli parlimen British, John Hemming dari parti Liberal Demokrat berkata beliau akan membangkitkan isu berkenaan di Parlimen minggu ini. - AFP

102 warga asing ditahan di Perlis

102 warga asing ditahan di PerlisSebahagian daripada pendatang yang ditangkap anggota UPP Kuala Perlis ketika operasi di kawasan Sungai Batu Pahat, Perlis. - Foto Hafizudin Mohd Safar

Kangar: Bau hapak peluh bercampur selut yang kuat menyelubungi sekitar kawasan hutan di lereng bukit Kurong Batang, dekat Sungai Batu Pahat, di sini, membongkar lokasi persembunyian sekumpulan pendatang asing tanpa izin (PATI), malam kelmarin.

Difahamkan, 102 PATI warga Myanmar ditemui bersembunyi di kawasan itu selepas pihak berkuasa menggeledah sekitar hutan berkenaan, dengan menjejaki bau hapak yang dibawa angin dari sekitar bukit di Kurong Tengar, berhampiran garisan sempadan Malaysia-Thailand, di sini.
Operasi itu dijalankan pasukan Skim Rondaan Sukarela Kawasan Rukun Tetangga (SRS-KRT) Sungai Batu Pahat dan Unit Pencegah Penyeludupan (UPP) susulan aduan orang ramai yang mendakwa terserempak warga Myanmar yang disyaki PATI keluar dari kawasan hutan itu, kira-kira jam 4 petang kelmarin.


Komander SRS-KRT Sungai Batu Pahat, Kapten (RELA) Che Suria Che Din, berkata sejurus menerima laporan itu, beliau bersama sepasukan anggota terus ke lokasi terbabit untuk melakukan pemantauan sebelum menahan dua remaja perempuan warga Myanmar yang berkeliaran di kawasan berkenaan, kira-kira jam 10 malam.

Bau peluh

“Menjelang tengah malam, kami dikejutkan dengan bau hapak yang kuat seperti peluh bercampur selut yang dibawa angin, sebelum mengesyaki kemungkinan ia berpunca daripada PATI.

“Kami terus menjejaki bau terbabit sebelum menggeledah kawasan hutan berdekatan lereng bukit dan hasilnya, 89 PATI warga Myanmar membabitkan 34 wanita dewasa, 32 kanak-kanak perempuan, seorang lelaki dewasa dan 22 kanak-kanak lelaki berusia antara dua hingga 50 tahun, ditemui.
“Selain itu, 13 lagi PATI membabitkan remaja perempuan turut ditemui di kawasan sekitar dan semuanya dibawa pulang ke Bilik Gerakan SRS-KRT Sungai Batu Pahat, sebelum diserahkan kepada UPP Chuping untuk tindakan lanjut kerana tidak memiliki dokumen perjalanan sah,” katanya.

Che Suria percaya semua PATI terbabit masuk melalui kawasan bukit di Kurong Batang yang memisahkan Malaysia dan Thailand, sebelum berkumpul di kawasan lereng bukit untuk menunggu dijemput tekong.

Ops Dadu: 10 wanita antara 49 ditahan


2013/12/02
Melaka Tengah: Seramai 49 individu termasuk 10 wanita ditahan selepas disyaki terbabit dalam kegiatan perjudian di sebuah pusat hiburan di Taman Melaka Raya di sini, awal pagi semalam.

Mereka ditahan sepasukan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Kongsi Gelap, Maksiat dan Perjudian (D7) Bukit Aman, diketuai Superintendan Amir Rasid Derani menerusi Ops Dadu yang bermula jam 2 pagi.


Ketika ditemui selepas itu, Amir Rasid berkata, mereka yang disyaki terbabit dalam perjudian membabitkan jumlah wang taruhan besar itu, berusia dalam lingkungan 30 hingga 60 tahun.
Sebuah bilik untuk tetamu khas di pusat hiburan itu disewa khusus bagi melindungi kegiatan berkenaan yang disyaki mula aktif dua minggu lalu” Amir Rasid Derani, Superintendan Bahagian Siasatan Jenayah Kongsi Gelap, Maksiat dan Perjudian Bukit Aman

Katanya, semua yang ditahan iaitu lima wanita warga asing dari China, Thailand, Vietnam dan Indonesia serta 44 rakyat tempatan termasuk lima wanita ditangkap ketika leka bermain judi di dalam sebuah bilik khas di pusat hiburan berkenaan.

Bilik khas judi

“Siasatan awal mendapati sebuah bilik untuk tetamu kenamaan (VIP) di pusat hiburan itu disewa khusus bagi melindungi kegiatan berkenaan yang disyaki mula aktif dua minggu lalu.

“Ia disyaki dikendalikan seorang lelaki tempatan berusia 40-an yang turut mendapat kerjasama daripada sebuah kumpulan di luar Melaka,” katanya.
Amir Rasid berkata, siasatan juga mendapati penganjur aktiviti pertaruhan itu dipercayai perlu membuat pusingan modal sekurang-kurangnya RM300,000 pada setiap malam.

Katanya, turut dirampas, peralatan judi dan wang tunai RM68,800 yang dipercayai digunakan sebagai pertaruhan.

Mereka ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 61 Akta Rumah Judi Terbuka 1952.

Jenayah seksual Kelantan meruncing

Jenayah seksual Kelantan  meruncingJalaluddin menandatangani plak perasmian disaksikan Ketua Polis Daerah (IPD) Kota Bharu, Asisten Komisioner Azham Othman pada majlis perasmian Balai Polis Komuniti di RTC Bandar Baru Tunjung, Kota Bharu, semalam. - Foto Syamsi Suhaimi

Gadis seawal usia 12 tahun jadi mangsa rogol, perkosa

Kota Bharu: Jenayah keganasan terhadap wanita khususnya membabitkan seksual di negeri ini semakin serius, apabila hampir 200 kes dicatatkan sepanjang 10 bulan tahun ini.
Ketua Polis negeri, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman, berkata melalui rekod laporan polis, didapati gadis seawal usia 12 tahun menjadi mangsa jenayah seksual apabila dirogol serta perkosa.


Suka sama suka

“Kebanyakan kes membabitkan perbuatan hubungan jenis suka sama suka dan ia hanya dapat dikesan apabila keluarga gadis terbabit membuat laporan selepas mendapati anak gadis mereka itu sudah mengandung.

“Jenayah seksual seperti rogol dan hubungan jenis suka sama suka ini berlaku disebabkan peningkatan dalam kes penagihan pil kuda di negeri ini sehingga mendorong penagihnya terbabit dalam jenayah seksual ini.

“Polis dapat mengesan kes jenayah seksual ini hanya apabila keluarga gadis terbabit membuat laporan dan kami yakin banyak lagi kes seumpama ini berlaku dan tidak dilaporkan,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Balai Polis Komuniti di Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC), Bandar Baru Tunjung, di sini, semalam.

Jalaluddin berkata, mengikut perangkaan kes rogol antara Januari hingga Oktober 2013, 186 kes dicatatkan dengan Kota Bharu mencatat kes tertinggi iaitu 45 kes diikuti Bachok dan Pasir Mas (masing-masing 23 kes) dan Pasir Puteh serta Tanah Merah (masing-masing 22 kes).

Pil kuda penyebab kes rogol

“Pil kuda dikesan menjadi antara penyebab kes rogol di negeri meningkat kerana penagihnya selalunya inginkan keseronokan selepas mendapat pil berkenaan dan melepaskan nafsu mereka itu terhadap wanita sebagai mangsa,”katanya.

Beliau sedih apabila mendapati ramai remaja di negeri ini yang masih lagi di alam persekolahan sudah terbabit dengan jenayah seksual sehinggakan ada yang terpaksa mengambil peperiksaan ketika mengandung.

AS desak dua rakyat dibebas


2013/12/02
Washington: Amerika Syarikat mendesak Korea Utara segera membebaskan rakyatnya, Merrill Newman, seorang lelaki California berusia 85 tahun dan seorang lagi yang dihukum kerja berat 15 tahun, Kenneth Bae atas kesalahan mahu menggulingkan kerajaan.

Newman adalah veteran perang Korea dan dibawa turun daripada pesawat yang dinaikinya untuk keluar dari negara itu selepas melakukan kunjungan, bulan lalu.


“Mengambil kira usia dan kesihatan Newman, kami gesa Pyongyang bebaskan Newman supaya dia dapat pulang ke pangkuan keluarga,” kata jurucakap Majlis Keselamatan Kebangsaan, Caitlin Hayden. - REUTERS 

Romboni maut dalam acara mengingati rakan


 Romboni maut dalam acara   mengingati rakan
Doriano Romboni
Rom: Penunggang Itali, Doriano Romboni maut selepas dilanggar penunggang lain dalam acara yang dianjurkan untuk mengingati bekas pelumba MotoGP, Marco Simoncelli yang terbunuh, juga dengan situasi agak sama dua tahun lalu. 

Simoncelli maut di Grand Prix Malaysia pada 2011 selepas dilanggar dua penunggang lain, seorang daripadanya ialah rakan senegara, Valentino Rossi. 

 
Mula bersama Aprilia 

Romboni, 45, diterbangkan menggunakan helikopter ke hospital di selatan Rom, Latina selepas insiden itu berlaku ketika sesi pemanas badan dalam acara Supermoto, perlumbaan yang turut disertai pelumba ternama lain termasuk bekas juara dunia, Max Biaggi. 

Romboni, bapa kepada tiga orang anak berlumba pada tahun 1996-97 bersama Aprilia dalam kategori 500cc yang ketika ini dikenali MotoGP selain pemenang enam kali kejuaraan 125cc dan 250cc selain pernah beraksi di perlumbaan Superbike Dunia. 

“Ketika masih kecil, saya membesar dengan menontonnya berlumba, dia penunggang yang hebat,” kata bekas juara Superbike Dunia dari Amerika Syarikat (AS), Ben Spies dalam laman Twitter. "Takziah kepada keluarga dan rakan-rakannya.” - Reuters.

Misteri kematian 3 beradik

Misteri kematian 3 beradikMAYAT mangsa, Puteri Nurul Akma Rusdi, 3, dijumpai di tali air Kampung Padang Petani, semalam, susulan mangsa tiga beradik yang hilang di Alor Senibong, Alor Setar petang kelmarin. Gambar kecil mangsa (dari kiri), Noor Syafikah Nadia, Nur Izzati Husna dan Puteri Nurul Akma. - Foto Eizairi Shamsudin Mayat kakak hanya bercoli ditemui 1 kilometer daripada dua adik yang terapung di tali air

Alor Setar: Kematian tiga beradik dari Alor Semela, dekat sini diselubungi misteri apabila mayat kakak mereka ditemui dalam keadaan hanya bercoli, kira-kira 24 jam sebelum mayat dua adiknya pula ditemui terapung dalam tali air 1 kilometer dari situ.
Mayat Noor Syafikah Nadia Rusdi, 14, ditemui tertiarap di kawasan sawah terbiar di pinggir Sungai Tajar, Alor Senibong, lebih 10 kilometer dari rumah mereka di Alor Semela, jam 3.45 petang kelmarin.

Kereta api tergelincir di New York 4 terkorban


NEW YORK 2 Nov. - Sekurang-kurangnya empat orang terkorban dan 63 lagi cedera, selepas sebuah kereta api penumpang tergelincir di sini semalam.
Kereta api tersebut tergelincir ketika sedang melalui landasan melengkung kira-kira pukul 7.20 pagi waktu tempatan (9.20 malam waktu Malaysia) di utara Bronx.
``Banyak penumpang yang mengalami kecederaan dan sebahagian daripada mereka sudah dihantar ke hospital untuk menerima rawatan lanjut,’’ kata jurucakap Metro North, anak syarikat New York State Metropolitan Transportation. - REUTERS


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20131202/lu_12/Kereta-api-tergelincir-di-New-York-4-terkorban#ixzz2mHAH7NAP
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Ditampar bapa kerana kongsi tuala


Kuala Lumpur: Hanya kerana menegur perbuatan bapanya yang memakai tuala miliknya, seorang wanita dipukul dengan rak kasut selain diugut dengan parang dalam kejadian di kediaman mereka di Salak Selatan, di sini, Jumaat, lalu.

Dalam kejadian kira-kira jam 11.30 pagi, wanita berusia 22 tahun itu tidak berpuas hati apabila bapanya berusia 50-an memakai tuala mandi miliknya menyebabkan dia menegur perbuatan itu.


Menurut sumber, bagaimanapun tindakannya itu mengundang padah apabila bapanya mengamuk dan terus memaki hamun mangsa.



“Mangsa ditampar dan ditumbuk beberapa kali sebelum suspek bertindak ganas apabila mengambil rak kasut menghempasnya ke badan anaknya itu,” katanya.

Temui mayat lelaki dalam longkang


Kuala Lumpur: Mayat seorang lelaki berusia 30-an ditemui dalam longkang di Bulatan Batu Caves, di sini dengan kesan kecederaan di belakang kepala dipercayai terjatuh dari tempat tinggi.

Dalam kejadian kira-kira jam 1 tengah hari, semalam seorang pekerja warga Bangladesh yang melalui kawasan itu terkejut apabila menemui mangsa terbaring di dalam longkang lengkap berpakaian.


Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Datuk Ku Chin Wah berkata, lelaki warga Bangladesh itu kemudian memaklumkan kepada anggota polis trafik yang bertugas berhampiran kawasan kejadian.



Menurutnya, hasil pemeriksaan, mangsa dipercayai meninggal dunia sejak tiga hari lalu dan cedera di belakang kepala berkemungkinan terjatuh dari tempat tinggi.

Mengaku salah ugut bunuh ibu bapa


Kuala Terengganu: Seorang lelaki yang sebelum ini mengancam mahu meletupkan diri bersama ibu bapanya menggunakan tong gas memasak mengaku bersalah di Mahkamah Majistret di sini, semalam terhadap tuduhan mengugut membunuh ibu kandungnya selepas permintaannya mendapatkan wang RM500 tidak dipenuhi wanita berkenaan.

Tertuduh, Arif Hilmi Mohamad @ Kamal Arifin, 33, mengaku bersalah terhadap tuduhan mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana melakukan ugutan jenayah dibacakan di hadapan Majistret Abdul Hayyi Salim.


Dia didakwa melakukan ugutan jenayah terhadap ibunya, Adnan Salim, 61, dengan meminta RM500 dan mengugut membunuh mangsa jika tidak diberikan wang diminta di Kampung Padang Nanas, Mengabang Telipot, jam 6 petang, 19 September lalu.



Selain itu, Arif Hilmi turut mengaku bersalah mengugut membunuh kedua ibu bapanya, Mohamad @ Kamal Arifin Abdullah, 74, dan Adnan di alamat sama jam 6 petang, 24 November lalu.


Bagi kedua-dua kesalahan mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan, Arif Hilmi berdepan hukuman penjara maksimum tujuh tahun atau denda atau kedua-dua sekali. jika sabit kesalahan.


Tertuduh juga mengaku bersalah menggunakan kekerasan jenayah terhadap anggota polis, Mohd Ruwaidi Mohamad Zin, Hazrul Hizwan Mohd Ghazali, Ahmad Izuddin Mohd Rosli dan Hammizie Hamaran.

Kematian serentak tiga anak perempuan


ORANG ramai berkumpul di tebing terusan lokasi penemuan mayat Nur Izzati dan Nurul Akma.


ALOR SETAR - Sepasang suami isteri dari Kampung Alor Semela, Jalan Datuk Kumbar di sini terpaksa menerima hakikat kehilangan tiga anak perempuan mereka serentak apabila ketiga-tiganya ditemui mati di dua lokasi berasingan kelmarin dan semalam.
Mayat Noor Syafikah Nadia Rusdi, 14, ditemui tertiarap dalam keadaan separuh bogel oleh penduduk kampung pada pukul 3.45 petang kelmarin di kawasan bendang di Alor Senibong, Langgar, kira-kira enam kilometer dari rumahnya.
Dua lagi mangsa, Nur Izzati Husna, 12, dan Puteri Nurul Akma, 3, pula ditemui 24 jam kemudian dalam keadaan terapung di terusan MADA, Kampung Padang Petani dekat Langgar, kira-kira 3.5 kilometer dari lokasi Noor Syafikah dijumpai.
Mayat Nur Izzati dan adiknya yang lengkap berpakaian ditemui pada jarak 200 meter di tepi terusan tersebut.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=1202&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_01.htm#ixzz2mH4G5Aos
Hakcipta terpelihara 

Jaga tertekan pump gun


Oleh Hadzlihady Hassan
Georgetown: Letupan kuat yang dilepaskan dari pump gun seorang pengawal keselamatan secara tidak sengaja mengejutkan tujuh pekerja sehingga mereka bertempiaran lari menyelamatkan diri dalam kejadian di sebuah kedai emas di Jalan Magazine, di sini, semalam.

Dalam kejadian jam 11 pagi itu, pengawal keselamatan terbabit dikatakan tertekan picu ketika bertugas dan tembakan berkenaan terkena lantai menyebabkan 32 kesan peluru tabur mengenai bahagian bawah kabinet tempat pameran emas.


Menurut sumber, ketika kejadian kedai emas terbabit baru dibuka dengan tujuh pekerja bertugas dan mereka bernasib baik kerana tidak terkena serpihan peluru.



“Mujur juga tiada pelanggan ketika itu dan hanya ada pekerja, namun mereka tidak mengalami sebarang kecederaan kerana peluru terbabit dilepaskan ke lantai.


“Jika ada pelanggan, mungkin keadaan akan bertukar menjadi lebih buruk kerana tidak mustahil serpihan peluru terbabit terkena dan mencederakan mereka,” katanya.


Menurutnya, pengawal keselamatan itu membawa senjata digunakannya dan kelongsong ke balai polis sebelum dia membuat laporan berhubung kejadian itu.

“Berikutan itu, polis terpaksa menahan pengawal keselamatan berusia 45 tahun terbabit untuk siasatan dan siasatan awal mendapati dia mendakwa terlupa menutup kunci keselamatan pada picu.


“Hasil siasatan awal mendapati pengawal keselamatan berkenaan tidak mempunyai rekod jenayah lampau dan sudah bekerja di situ sejak tiga tahun lalu,” katanya.

Menurutnya, sepasukan unit forensik polis dikejarkan ke lokasi kejadian dan hasil pemeriksaan menemui 32 kesan tembakan peluru penabur di bahagian bawah kabinet meja pameran.


Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang Senior Asisten Komisioner Mazlan Kesah ketika dihubungi mengesahkan kes terbabit dan penahanan pengawal keselamatan berkenaan.


“Kita dapati dalam kes ini ada unsur kecuaian dilakukan pengawal keselamatan berkenaan dan dia ditahan untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 39 Akta Senjata Api,” katanya.

Stor polis terbakar

Oleh Norul awatif Romli
Kuala Lumpur: Sebuah stor simpanan barang rampasan milik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Brickfields di kawasan lapang berhampiran tokong Cina di Laman Rimbunan, Kepong terbakar, semalam.
Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur Azizan Ismail berkata, sejurus menerima aduan jam 6.20 petang, empat jentera bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jinjang, Sri Hartamas, Sentul dan Jalan Han Tuah dikejarkan ke tempat kejadian.

“Jentera pertama dari BBP Jinjang tiba di lokasi kejadian lima minit kemudian dan mendapati api marak. Anggota bomba mengalami kesukaran memadam api kerana tekanan air dari pili bomba rendah.
“Pasukan bertugas terpaksa menghubungi pihak Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS) bagi mendapatkan bantuan bekalan untuk mempercepatkan proses memadam,” katanya.
Foto
KEBAKARAN stor IPD Brickfields di Laman Rimbunan, semalam.

Polis sifatkan kes bunuh


Alor Setar: Penemuan mayat tiga beradik perempuan di dua lokasi berbeza masing-masing di Alor Senibung dan tali air Padang Petani, di sini, dalam masa 24 jam menimbulkan pelbagai tanda tanya berhubung motif kejadian.

Mayat mangsa pertama, Norsyafika Nadia Rusdi, 14, ditemui di sebuah kawasan sawah terbiar berhampiran Alor Senibong, di sini, iaitu kira-kira 12.2 kilometer dari rumah mereka yang terletak di Kampung Alor Semela pada jam 3.45 petang, kelmarin.


Kira-kira 24 jam kemudian, dua lagi adiknya, Nur Izzati Husna, 12, dan Puteri Nurul Akma, 3, ditemui kurang 100 meter antara satu sama lain di tali air Padang Petani, Langgar, di sini, kira-kira jam 4 petang, semalam.



Jarak lokasi penemuan mayat Norsyafika dengan lokasi penemuan mayat dua adiknya dianggarkan kira-kira 2.5 kilometer dan mayat mangsa pertama ditemui dalam keadaan separuh bogel.


Ketua Polis Kedah Datuk Ahmad Ibrahim berkata, laporan bedah siasat menunjukkan Norsyafika mati akibat lemas dan tiada kecederaan di bahagian kemaluan mangsa.


Menurutnya, polis mengklasifikasikan kes terbabit mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan selepas mengesyaki wujud elemen mencurigakan dalam kes membabitkan kematian ketiga-tiga beradik itu.

“Kematian Norsyafika disebabkan faktor lemas, namun kami yakin punca mangsa lemas disebabkan faktor luar biasa termasuk membabitkan elemen jenayah.


“Kita ambil kira banyak faktor termasuk keadaan penemuan mayat yang mencurigakan di dua lokasi berbeza. Kita juga akan nilai semua aspek jenayah dan segala kemungkinan boleh berlaku.

“Justeru, kita klasifikasikan kes membabitkan kematian ketiga-tiga mangsa ini sebagai kes bunuh dan kita akan tunggu hasil laporan bedah siasat ke atas dua lagi mayat yang akan dijalankan Jabatan Forensik Hospital Sultanah Bahiyah (HSB),” katanya ketika ditemui di lokasi penemuan mayat mangsa di Padang Petani, semalam.


Difahamkan, ada saksi yang juga saudara terdekat mangsa mengakui ternampak ketiga-tiga beradik itu singgah seketika di sebuah kedai makan berhampiran rumah mereka kira-kira jam 9 malam, Jumaat lalu, sebelum masing-masing gagal dikesan dan ditemui mati.

Peniaga kedai makan nafi dera mualaf


Alor Setar: Seorang peniaga kedai makan dihadapkan ke Mahkamah Sesyen, di sini, semalam, atas tuduhan menyebabkan kematian seorang remaja perempuan yang juga mualaf, Nur Salina Abdullah, 18, yang didera antara awal Oktober hingga November lalu.

Tertuduh, Sharom Bee Ismail, 43, bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan terhadap pertuduhan yang dibacakan di hadapan Hakim Ooi Sheow Yean.


Mengikut kertas pertuduhan, wanita terbabit didakwa menyebabkan kematian ke atas Nai Ah Nung atau nama Islamnya Nur Salina Abdullah dengan niat menyebabkan kematian atau sesuatu bencana tubuh yang mungkin menyebabkan kematiannya.



Tertuduh yang juga majikan mangsa didakwa melakukan kesalahan itu di Nombor 270, Kampung Belanga Pecah, Langkawi, antara awal Oktober hingga November lalu.


Bagi pertuduhan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 304 (a) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 30 tahun dan boleh dikenakan denda.


Sharom Bee yang memakai baju berwarna oren dan bertudung hitam kelihatan tenang selepas hakim menetapkan 29 Januari depan sebagai sebutan semula kes berkenaan sementara menunggu laporan bedah siasat.

Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya Mohamad Rizal Fadzil manakala tertuduh tidak diwakili peguam.


Pada 18 November lalu, akhbar ini melaporkan seorang remaja perempuan yang koma selepas dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi Hospital Langkawi dipercayai menjadi mangsa dera majikannya meninggal dunia, sehari sebelum itu.

Remaja berkenaan menghembuskan nafas terakhir pada jam 8.40 malam selepas lebih sehari dimasukkan ke hospital dalam keadaan tidak sedarkan diri. Ketika merawatnya, doktor menemui beberapa kesan lebam lama dan baru di beberapa bahagian tubuh remaja itu. Berikutan itu, polis menahan reman sepasang suami isteri berusia 36 dan 43 tahun untuk siasatan lanjut.

Bekas atlet tinju Indonesia maut ketika cuba merompak


Jakarta: Bekas atlet tinju Indonesia, Marangin Marbun menemui ajalnya semalam selepas ditembak polis ketika cuba mencuri kenderaan, kata polis semalam.

Pegawai polis Tangerang Sutarmo berkata bekas petinju kebangsaan itu bersama rakannya menghalang laluan sebuah motosikal. Mereka, kata Sutarmo, kemudian cuba melarikan motosikal berkenaan tetapi mangsa menjerit meminta bantuan. “Dalam keadaan kelam-kabut mangsa membelasah suspek sebelum orang ramai datang membantu,” katanya. Sutarmo berkata, tidak lama kemudian beberapa anggota polis tiba di tempat kejadian dan melepaskan tembakan ke udara sebagai amaran.


“Rakan Marangin cuba melarikan diri tetapi bekas petinju kebangsaan itu cuba menyerang polis dengan merempuh motosikalnya.



“Disebabkan itu, polis terpaksa kemudian melepaskan tembakan dan ia kena tepat di kepala suspek,” katanya. Marangin meninggal serta-merta di tempat kejadian. - Agensi

'Hilang semua'


Oleh Mohamad Hussin, Muhammad Saufi Hassan dan Zuliaty Zulkifli
Alor Setar: “Saya ada tiga anak saja, kini ketiga-tiga mereka sudah pergi meninggalkan saya serentak. Ini dugaan paling hebat yang perlu saya tempuhi.”

Itu rintihan Rusdi Rani, 38, bapa kepada tiga beradik yang ditemui maut dalam keadaan menyayat hati di dua lokasi berasingan dekat sini, semalam dan kelmarin selepas dilaporkan hilang sejak keluar rumah dengan menaiki motosikal petang Jumaat lalu.



Mayat anak sulung Rusdi, Norsyafika Nadia, 14, dijumpai tertiarap dalam keadaan separuh bogel pada jam 3.45 petang, kelmarin di kawasan sawah padi berhampiran Alor Senibong, di sini oleh orang awam.

Ketika Rusdi berdoa dan berharap dua lagi anaknya yang ketika itu gagal dikesan berada dalam keadaan selamat, dia menerima berita duka apabila polis petang semalam memaklumkan penemuan dua beradik itu.

Foto
MAYAT Puteri Nurul Akma ditemui 100 meter dari kakaknya.

Foto
ANGGOTA polis menarik mayat Nur Izzati yang dijumpai dalam tali air Kampung Padang Petani.
Foto
ANGGOTA bomba mengangkat mayat mangsa untuk dibawa ke hospital.
Mayat Nur Izzati Husna, 12, dan Puteri Nurul Akma, 3, ditemui di tali air Padang Petani, Langgar, di sini, kira-kira jam 4 petang, semalam, juga oleh orang awam dalam jarak hampir 100 meter antara satu sama lain dan lengkap berpakaian.

Sasterawan perkosa siswi


Jakarta: Sasterawan, penyair dan budayawan terkemuka Sitok Sunarto, 46, atau lebih dikenali dengan nama pena Sitok Srengenge semalam dituduh memperkosa seorang mahasiswa Fakulti Ilmu Budaya Universiti Indonesia (UI).

Mangsa kini dilaporkan hamil tujuh bulan.


Seorang pensyarah falsafah di UI, Sarasdewi, mendakwa dia sudah membuat laporan polis mengenai kejadian itu di balai polis Metro Jaya Jumaat lalu. Dia juga mengakui menyimpan mesej pesanan ringkas (SMS) yang dikirimkan Sitok kepada mangsa. Sitok dikatakan ada memberitahunya yang dia merayu untuk berasmara dengan siswi terbabit, selain turut mengaku bersalah dalam SMS yang dikirimkan. “Saya akan menjadi saksi kerana mangsa datang mengadu dan menceritakan kepada saya mengenai apa yang berlaku. “Jadi, saya melaporkan perkara ini kepada polis dengan sokongan universiti dan pertubuhan perlindungan wanita.



“Buat masa ini, siasatan sedang dijalankan,” katanya.


Menurut Sarasdewi perbuatan Sitok itu menyebabkan siswi terbabit menghadapi kemurungan.


“Disebabkan kejadian itu mangsa menghadapi tekanan mental,” katanya.

Sarasdewi berkata, dia juga menemani mangsa ketika membuat pemeriksaan di balai polis dari jam 1 tengah hari hingga 3 petang. Buat masa ini mangsa turut menjalani sesi kaunseling khas untuk mangsa penganiayaan seksual. - Agensi

Pernah impi culik, bunuh bayi


London: Bekas kekasih penyanyi kumpulan Lostprophets, Ian Watkins mendakwa penyanyi rock pedofilia itu pernah mengimpikan menculik dan membunuh bayi.

Joanne Mjadzelics, 38, mendakwa tingkah laku tidak waras Watkins itu mungkin berakhir dengan jenayah ekstrem jika dia tidak ditangkap.


Watkins disifatkan sebagai pedofilia yang komited selepas mengakui cuba merogol bayi lelaki peminatnya yang berusia 11 bulan bersama 10 lagi pesalah seks kanak-kanak Selasa lalu.



Joanne menjalin hubungan selama dua tahun dengan bintang rock itu mulai 2006 dan sepanjang tempoh itu Watkins pernah mendedahkan mengenai impiannya.


Pada Ogos 2008, Joanne membuat aduan kepada pois selepas menerima e-mel daripada Watkins mengenai fantasinya untuk mengadakan hubungan seks dengan kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun dan menunjukkan gambar kanak-kanak berusia tiga tahun sebagai mangsanya. - Agensi

Beli pistol untuk balas dendam

 OLEH TEON EG dan NUR AISHAH AMIN
SUNGAI GOLOK, Thailand - Penjenayah Malaysia yang banyak membeli senjata api di pekan Sungai Golok dipercayai bermotif sama ada melindungi aktiviti dadah mereka atau melakukan balas dendam terhadap musuh.
Pemilikan senjata api dalam kalangan penjenayah di Malaysia dilihat semakin membimbangkan ekoran banyak kes-kes tembak yang berlaku dalam tempoh dua tahun lalu.
Keberanian penjenayah memiliki senjata api juga dipercayai mempunyai kaitan dengan pemansuhan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan Akta Ordinan Darurat (EO) pada tahun 2011.
Dengan pemansuhan ISA dan EO, penjenayah kini dilihat berani untuk memiliki senjata api kerana kedua-dua akta tersebut yang sebelum ini memberi kuasa kepada polis menahan mereka tanpa bicara sudah dimansuhkan. .


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=1202&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_07.htm#ixzz2mGu8BcrM 
Hakcipta terpelihara 

Penjenayah ditembak ketika pecah rumah

Oleh NASRUL FAIZ ABU AZAL

Rumah teres dua tingkat yang diceroboh tiga penjenayah awal pagi semalam.


KUALA LUMPUR - Tindakan pantas seorang lelaki menghubungi polis selepas rumahnya di Jalan Persiaran Syed Putra 18, Brickfields di sini dimasuki sekumpulan penyamun membuahkan hasil apabila seorang daripada penjenayah itu mati ditembak semalam.
Kejadian pada pukul 4.30 pagi itu turut menyebabkan seorang lagi suspek cedera akibat terkena tembakan di dada, manakala seorang lagi rakan mereka dapat meloloskan diri.
Sebelum itu, tiga suspek berusia 20 hingga 30 tahun yang bersenjatakan pistol itu memecah masuk rumah teres dua tingkat milik seorang ahli perniagaan.
Timbalan Ketua Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Khairi Ahrasa berkata, terdapat empat penghuni di dalam rumah semasa kejadian dengan tiga daripadanya sedang berehat di ruang tamu, manakala seorang lagi berada di tingkat atas.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=1202&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_06.htm#ixzz2mGtwbFzd 
Hakcipta terpelihara 

Saya hanya ada tiga anak - Rusdi


RUSDI


ALOR SETAR – Hasrat seorang bapa membawa tiga anaknya pulang ke kampung di Besut, Terengganu sempena cuti sekolah ini lebur apabila ketiga-tiganya ditemui mati lemas.
Rusdi Rani, 38, pekerja am di Sekolah Jenis Kebangsaan Keat Hwa di sini berkata, mereka sekeluarga sepatutnya pulang ke Besut pada 12 Disember ini selepas dua tahun berpindah ke negeri ini untuk bekerja.
“Kami baru bercadang pulang ke kampung, tidak sangka peristiwa menyedihkan ini berlaku,” katanya ketika ditemui di bilik mayat Hospital Sultanah Bahiyah di sini semalam.
Noor Syafikah Nadia, 14, ditemui mati dalam keadaan tertiarap di dalam bendang di Alor Senibong, Langgar di sini kelmarin manakala adiknya, Nur Izzati Husna, 12, dan Puteri Nurul Akma, 3, dijumpai terapung di terusan MADA Kampung Padang Petani, Langgar di sini 24 jam kemudian selepas keluar rumah pada Jumaat lalu.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=1202&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_02.htm#ixzz2mGtlrJGY 
Hakcipta terpelihara 

Rumah dibakar lantaran gagal temui hantu

BANGUNAN ini dibakar sekumpulan pemburu hantu selepas mereka gagal menemui entiti misteri yang didakwa menghantuinya.


BATON ROUGE, Lousiana - Sekumpulan pemburu hantu yang sedang mengesan kewujudan kelibat makhluk halus di sini ditangkap kerana membakar sebuah bangunan bersejarah di negeri Louisiana baru-baru ini.
Seramai tujuh lelaki berusia antara 17 hingga 31 tahun telah menyelinap masuk ke dalam bangunan LeBeau Plantation, Jumaat lalu, kata polis.
Binaan bersejarah berusia lebih 100 tahun itu dianggap berhantu ekoran banyak kejadian pelik yang pernah berlaku di kawasan tersebut.
"Kami semua pernah mendengar banyak cerita seram tentang tempat itu sewaktu membesar di sini," kata ketua polis tempatan, Sherif Jimmy Pohlman.
"Namun, pada masa yang sama, bangunan itu menjadi sarang penagih," tambahnya.
Menurut jurucakap sherif berkenaan, John Doran, pada hari kejadian sekumpulan pencari hantu yang mabuk dan berada di bawah pengaruh dadah memasuki bangunan itu.
"Mereka cuba menyeru makhluk halus dan puaka tempat tersebut dengan memukul lantai tetapi gagal," katanya.
"Kerana marah, mereka kemudian mula menyalakan api dan membakar bangunan tersebut," tambah jurucakap berkenaan. - Agensi


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=1202&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_03.htm#ixzz2mGtauFvP 
Hakcipta terpelihara 

Hero Fast and Furious maut nahas kereta


HERO filem Fast and Furious, Paul Walker merupakan penumpang kereta sport Porsche ini yang terbakar selepas merempuh sebatang pokok.


LOS ANGELES - Bintang filem aksi kereta Fast and Furious, Paul Walker maut dalam satu nahas jalan raya kelmarin, kata jurucakapnya di akaun Facebook aktor berkenaan.
"Kami dengan berat hati mengesahkan bahawa Paul Walker meninggal dunia akibat kemalangan kereta hari ini ketika dia menghadiri satu acara untuk badan amalnya, Reach Out Worldwide," menurut kenyataan tersebut.
"Dia menumpang kereta seorang rakannya. Mereka terkorban dalam nahas tersebut," tambahnya.
Jurucakap itu yang dikenali sebagai Pasukan PW menyatakan bahawa mereka "terkejut dan amat sedih dengan berita tersebut".
Pengumuman serupa turut disiarkan di laman sosial Twitter.
Walker, 40, dikenali ramai kerana wataknya sebagai ejen rahsia, Brian O'Conner dalam siri filem Fast and Furious.
Dia berlakon dalam lima daripada enam filem itu bersama dua pelakon popular lain, Vin Diesel dan Michelle Rodriguez.
Media Amerika Syarikat melaporkan, Walker meninggal dunia di Daerah Los Angeles apabila kereta sport Porsche yang dinaikinya terbakar selepas merempuh sebatang pokok. - AFP


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=1202&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_01.htm#ixzz2mGsDLkdD 
Hakcipta terpelihara