Search This Blog

Sunday, December 1, 2013

Polis: Kematian 3 beradik bukan tragedi biasa

DTR aaw

Polis: Kematian 3 beradik bukan tragedi biasa
NOR FAIZAL GHAZALI
1 Disember 2013

    foto:Polis: Kematian 3 beradik bukan tragedi biasa Anggota bomba dan penyelamat mengeluarkan mayat dua beradik yang ditemui dalam tali air. - Foto Sinar Harian oleh NOR FAIZAL GHAZALI

ALOR SETAR - Misteri kehilangan tiga beradik sejak Jumaat lalu, terjawab apabila kesemua mereka ditemui meninggal dunia dalam keadaan menyayat hati di dua lokasi berasingan.

Noor Syafikah Nadia, 14, ditemui orang awam dalam keadaan tertiarap dan separuh bogel kira-kira jam 3.45 petang berhampiran kawasan bendang di Kampung Alor Senibong, Langgar, semalam.

Manakala dua adiknya Nur Izzati Husna, 12, dan Putri Nurul Akmal, 3, ditemui kira-kira jam 3 petang, hari ini dalam keadaan terapung dalam tali air Terusan Mada Kampung Padang Petani, dekat sini.

Dalam kejadian berkenaan, Noor Syafikah, anak sulung kepada pasangan Rusdi Rani, 38, dan Siti Aishah Ariffin, 40, keluar rumah bersama dua adiknya di Jalan Datuk Kumbar, di sini, kira-kira jam 7.30 malam, Jumaat lalu.

Tiga beradik itu ke rumah seorang kawannya yang terletak di Kampung Gelam kira-kira 15 minit dari rumah mereka.

Bagaimanapun mereka tidak pulang ke rumah walaupun sudah lewat malam membuatkan pasangan berkenaan membuat laporan polis berhubung kehilangan anak mereka di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar kira-kira jam 2 pagi, Sabtu.

Pencarian mereka membawa kepada penemuan motosikal yang dinaiki ketiga-tiga mangsa berada dalam keadaan baik di pondok menunggu bas dalam keadaan berkunci.

Penemuan mayat Noor Syafikah terus menimbulkan keresahan keluarga kerana dua adiknya lagi masih gagal dikesan.

Bagaimanapun selepas kira-kira sejam selepas jenazah Noor Syafikah dikebumikan, hari ini, keluarga terbabit dikejutkan dengan penemuan mayat dua lagi anak mereka yang merungkai kehilangan tiga beradik itu.

Sementara itu, Ketua Polis Kedah, Datuk Ahmad Ibrahim menyifatkan kejadian berkenaan bukanlah tragedi biasa.

Menurut beliau, selepas penemuan mangsa pertama, bedah siasat mendapati mangsa meninggal dunia disebabkan lemas dan pihaknya tidak menemui kesan-kesan lain pada badan mangsa.

“Kita juga tidak menemui sebarang kesan kecederaan seksual termasuk rogol melainkan kesan calar pada bahagian belakang mangsa dan kes ini disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

“Manakala dua mayat yang baru ditemui akan dibedah siasat untuk mengenal pasti punca kematian mereka,” katanya ketika ditemui media di lokasi kedua penemuan mayat di Terusan Mada Kampung Padang Petani, hari ini.

Tambah beliau, polis turut menemui sehelai seluar berhampiran mangsa kedua tetapi masih belum dapat dikenal pasti sama ada seluar itu kepunyaan mangsa pertama atau sebaliknya.

“Kita akan minta mak dan ayah mangsa untuk buat pengecaman seluar yang ditemui dan akan meminta pihak hospital membuat bedah siasat secepat mungkin.

“Saya ingat ini bukan kejadian biasa disebabkan ketiga-tiga mangsa ditemui di lokasi berasingan,” katanya.

Ahmad berkata, pihaknya akan memberi keutamaan untuk menyiasat kes terbabit.
@sinarharian
NOR FAIZAL GHAZALI
1 Disember 2013

foto:Polis: Kematian 3 beradik bukan tragedi biasa Anggota bomba dan penyelamat mengeluarkan mayat dua beradik yang ditemui dalam tali air. - Foto Sinar Harian oleh NOR FAIZAL GHAZALI

ALOR SETAR - Misteri kehilangan tiga beradik sejak Jumaat lalu, terjawab apabila kesemua mereka ditemui meninggal dunia dalam keadaan menyayat hati di dua lokasi berasingan.

Noor Syafikah Nadia, 14, ditemui orang awam dalam keadaan tertiarap dan separuh bogel kira-kira jam 3.45 petang berhampiran kawasan bendang di Kampung Alor Senibong, Langgar, semalam.

Manakala dua adiknya Nur Izzati Husna, 12, dan Putri Nurul Akmal, 3, ditemui kira-kira jam 3 petang, hari ini dalam keadaan terapung dalam tali air Terusan Mada Kampung Padang Petani, dekat sini.

Dalam kejadian berkenaan, Noor Syafikah, anak sulung kepada pasangan Rusdi Rani, 38, dan Siti Aishah Ariffin, 40, keluar rumah bersama dua adiknya di Jalan Datuk Kumbar, di sini, kira-kira jam 7.30 malam, Jumaat lalu.

Tiga beradik itu ke rumah seorang kawannya yang terletak di Kampung Gelam kira-kira 15 minit dari rumah mereka.

Bagaimanapun mereka tidak pulang ke rumah walaupun sudah lewat malam membuatkan pasangan berkenaan membuat laporan polis berhubung kehilangan anak mereka di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar kira-kira jam 2 pagi, Sabtu.

Pencarian mereka membawa kepada penemuan motosikal yang dinaiki ketiga-tiga mangsa berada dalam keadaan baik di pondok menunggu bas dalam keadaan berkunci.

Penemuan mayat Noor Syafikah terus menimbulkan keresahan keluarga kerana dua adiknya lagi masih gagal dikesan.

Bagaimanapun selepas kira-kira sejam selepas jenazah Noor Syafikah dikebumikan, hari ini, keluarga terbabit dikejutkan dengan penemuan mayat dua lagi anak mereka yang merungkai kehilangan tiga beradik itu.

Sementara itu, Ketua Polis Kedah, Datuk Ahmad Ibrahim menyifatkan kejadian berkenaan bukanlah tragedi biasa.

Menurut beliau, selepas penemuan mangsa pertama, bedah siasat mendapati mangsa meninggal dunia disebabkan lemas dan pihaknya tidak menemui kesan-kesan lain pada badan mangsa.

“Kita juga tidak menemui sebarang kesan kecederaan seksual termasuk rogol melainkan kesan calar pada bahagian belakang mangsa dan kes ini disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

“Manakala dua mayat yang baru ditemui akan dibedah siasat untuk mengenal pasti punca kematian mereka,” katanya ketika ditemui media di lokasi kedua penemuan mayat di Terusan Mada Kampung Padang Petani, hari ini.

Tambah beliau, polis turut menemui sehelai seluar berhampiran mangsa kedua tetapi masih belum dapat dikenal pasti sama ada seluar itu kepunyaan mangsa pertama atau sebaliknya.

“Kita akan minta mak dan ayah mangsa untuk buat pengecaman seluar yang ditemui dan akan meminta pihak hospital membuat bedah siasat secepat mungkin.

“Saya ingat ini bukan kejadian biasa disebabkan ketiga-tiga mangsa ditemui di lokasi berasingan,” katanya.

Ahmad berkata, pihaknya akan memberi keutamaan untuk menyiasat kes terbabit.
@sinarharian

Senator Ditikam Puteranya Sendiri

Creigh Deeds dan Gus (baju biru) (Foto: Sky)
Creigh Deeds dan Gus (baju biru) (Foto: Sky)

WASHINGTON – Senator Amerika Syarikat  dari Parti Demokrat, Creig Deeds, kritikal setelah ditikam puteranya sendiri, Gus. Peristiwa nahas tersebut kini dalam penyiasatan polis.  

Gus menikam ayahnya di rumah mereka di   Virginia. Deeds yang terluka parah kemudian diselamatkan sepupunya.

Setelah berada di tempat selamat, sepupu Deeds menelefon polis  untuk meminta pertolongan. Namun, petugas menemukan pemuda berusia 24 tahun tersebut telah meninggal bunuh diri ketika tiba di lokasi kejadian.

“Ini merupakan kes yang rumit. Kami masih mengumpulkan petunjuk-petunjuk yang ada,” ujar jurucakap Polis Virginia, Corinne Geller, seperti dikutip Sky. 

Pihak berkuasa mengaku sukar kerana Gus telah meninggal. Deeds juga masih dirawat sehingga belum dapat diminta  kesaksian.

Gus merupakan satu dari empat anak yang dimiliki Deeds. Pemuda tersebut keluar dari kuliah sebulan sebelum aksi penikaman.

Kelantan tertinggi penggunaan pil kuda


KOTA BHARU 30 Nov. - Kelantan mencatatkan penggunaan pil methamphetamine atau pil kuda tertinggi dalam negara dengan statistik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan mendapati sekurang-kurangnya 60 orang ditahan setiap hari kerana positif mengambil bahan terlarang itu.
Ketua Polis Kelantan, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman berkata, jumlah penahanan tersebut konsisten sejak 30 bulan lalu menjadikan jumlah keseluruhan yang ditahan dalam tempoh itu adalah sekurang-kurangnya 54,000 orang.
Katanya, statistik itu merisaukan kerana penggunaan pil kuda turut membabitkan remaja dan mendorong kepada berlakunya beberapa jenayah lain seperti kecurian harta-benda dan jenayah berat seperti rogol serta kekerasan.
"Saya tidak boleh berikan peratusan tetapi bagi saya di Kelantan penglibatan pil kuda ini, ia setiap hari kita menangkap tidak kurang 60 orang sejak hampir dua tahun enam bulan yang lalu.
"Kalau kita tangkap 150 orang sehari, 50 peratus positif pil kuda, kalau sehari 60 orang maka sebulan hampir 2,000 orang, setahun sudah berapa? Jadi mahu kata peratusan saya tidak boleh ukur tetapi pil kuda ini majoriti memang banyak permintaan, begitu tinggi di Kelantan," katanya.
Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas perasmian Karnival Bersatu Tangani Jenayah di Pusat Transformasi Luar Bandar, Tunjong di sini hari ini.
Karnival tersebut dirasmikan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.
Terdahulu ketika berucap semasa karnival itu, Jalaluddin berkata, peningkatan gejala sosial di negeri ini sukar diatasi kerana dipengaruhi oleh pengambilan pil kuda.
Katanya, ini terbukti apabila kebanyakan suspek kes rogol, curi harta benda dan kekerasan yang ditahan didapati positif pil kuda.
"Jumlah remaja terlibat dengan pengambilan pil kuda juga tinggi dengan statistik mendapati lebih 65 peratus daripada suspek yang ditahan kerana terlibat curi harta benda seperti kenderaan dan motosikal adalah remaja termasuk yang baru berusia 13 hingga 15 tahun," kata beliau.
Sehubungan itu katanya, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar telah menetapkan supaya polis Kelantan menjalankan operasi setiap hari untuk sekurang-kurangnya menahan 50 penjenayah dadah.
"Polis juga meminta bantuan daripada semua pihak untuk meningkatkan kesedaran orang awam seperti pihak berkuasa agama dan para guru untuk mengingatkan pelajar sekolah mengenai penyalahgunaan dadah," kata beliau.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20131201/je_06/Kelantan-tertinggi-penggunaan-pil-kuda#ixzz2mDhzyimB
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Tiga nelayan hilang selepas keluar menangkap ikan


KUANTAN 1 Dis. - Tiga nelayan termasuk seorang calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) baru-baru ini dikhuatiri hilang di laut selepas keluar menangkap ikan di jeti Kuala Merchong, Nenasi, Pekan dekat sini semalam.
Ketua Polis Daerah Pekan, Supritendan Yahya Othman berkata, Mohamad Asri Mohamad Isa, 17, dan bapanya, Mohamad Isa Awang Ngah, 65, serta jiran mereka, Mohamad Sharil Zulkifli, 28, keluar ke laut seperti biasa kira-kira pukul 5.30 pagi dengan menaiki sebuah bot gentian bernombor PHS 3009. - UTUSAN ONLINE


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20131201/dn_20/Tiga-nelayan-hilang-selepas-keluar-menangkap-ikan#ixzz2mDhrnphe
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Tiga nelayan dari Kampung Merchong dikhuatiri hilang


2013/12/01
PEKAN: Tiga nelayan dari Kampung Merchong, Nenasi di sini dikhuatiri hilang selepas keluar menangkap ikan di laut pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Pekan Superintendan Yahaya Othman berkata, ketiga-tiga nelayan itu ialah Mohamad Sharil Zulkifli, 28, Mohamad Isa Awang Ngah, 48, dan anaknya Mohamad Asri, 17.


Katanya laporan polis dibuat isteri Mohamad Sharil, Norhafizah Abu Bakar pada jam 8.33 malam tadi apabila suaminya bersama dua yang lain tidak pulang ke rumah setelah keluar menangkap ikan pada 5.30 pagi semalam.

Pengadu mendakwa ketiga-tiga mangsa keluar menangkap ikan menggunakan sebuah bot fiber yang merupakan bot nelayan dari jeti Sungai Merchong.

"Kebiasaannya, nelayan-nelayan sekitar Nenasi akan keluar awal pagi dan dijangka pulang lingkungan pukul 12 tengah hari dan bila mangsa tidak pulang, pengadu membuat laporan kerana bimbangkan keselamatan mangsa," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Yahaya berkata insiden itu telah dimaklumkan kepada Pasukan Gerakan Marin, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia, Bomba dan Penyelamat Malaysia dan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia untuk tindakan mencari mencari dan menyelamat. - BERNAMA 

Penjenayah maut ditembak polis dalam cubaan samun


KUALA LUMPUR 1 Dis. - Seorang penjenayah maut dan seorang lagi cedera parah setelah ditembak polis dalam cubaan samun terhadap sebuah keluarga di Persiaran Syed Putra di sini pukul awal pagi ini.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar dalam laman Twitternya pagi ini mengucapkan tahniah kepada pasukannya ekoran kejayaan menumpaskan penjenayah terbabit. - UTUSAN ONLINE


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20131201/je_07/Penjenayah-maut-ditembak-polis-dalam-cubaan-samun#ixzz2mDhUk0d4
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Gadis cedera dikelar penyamun


SEGAMAT 29 Nov. - Seorang gadis cedera di lehernya akibat dikelar oleh seorang daripada tiga penyamun yang menceroboh rumah sewanya di Jalan Chiew Lai, Kampung Abdullah di sini pagi ini.
Kejadian pukul 11.15 pagi itu berlaku ketika mangsa berusia 23 tahun yang tidak mempunyai pekerjaan tetap berada di bilik utama manakala seorang rakannya sedang menonton televisyen di ruang tamu.
Menurut Ketua Polis Daerah Segamat, Supritendan Mohd. Kamil Sukarmi, tiba-tiba muncul tiga lelaki memakai penutup muka yang disyaki masuk menerusi pintu belakang rumah yang tidak berkunci.
"Salah seorang suspek meluru memasuki bilik utama dan cuba mengikat tangan mangsa namun mangsa dipercayai melawan dan dikelar dengan senjata tajam dipercayai pisau di bahagian lehernya.
"Mangsa yang menjerit telah menyebabkan suspek dan dua rakannya panik dan melarikan diri menaiki kenderaan yang belum dikenal pasti," katanya ketika dihubungi di sini.
Kata beliau, mangsa tinggal bersama dua lagi rakannya di rumah tersebut dan semasa kejadian hanya mereka berdua berada di rumah manakala seorang lagi keluar bekerja.
Menurut Mohd. Kamil, motif serangan serta jumlah kerugian masih dalam siasatan dan kes disiasat di bawah Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan kerana samun berkumpulan tanpa senjata api.
"Usaha untuk mengenal pasti suspek sedang giat dijalankan dan saya nasihatkan orang ramai agar berhati-hati serta mengunci pintu ketika di rumah," katanya.
Menurut rakan mangsa yang enggan dikenali, dia bersyukur kerana dapat menghantar teman serumahnya untuk mendapatkan rawatan di Hospital Segamat dengan bantuan teman lelakinya.
"Kebetulan tidak lama selepas kejadian, teman lelaki saya tiba untuk menjemput saya ke Kuala Lumpur lalu kami menghantarnya ke hospital," ujarnya.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20131130/je_04/Gadis-cedera-dikelar-penyamun#ixzz2mDWix4N9
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Pesara guru mati dijerut penyamun


KUCHING 30 Nov. - Seorang pesara guru wanita bukan sahaja disamun malah turut dijerut di lehernya sehingga mati oleh penyamun yang menceroboh rumahnya di Green Road di sini petang semalam.
Kejadian menyayat hati itu berlaku kira-kira pukul 4 petang semasa mangsa, Kam Pit Chin, 58, sedang berkebun di belakang rumahnya sebelum suspek muncul dan menyerangnya.
Difahamkan, suspek terus menjerut leher mangsa sehingga sesak nafas seterusnya menggeledah rumah dua tingkat tersebut dan melarikan barangan berharga.
Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Roslan Bek Ahmad berkata, mayat mangsa ditemui terbaring di dapur rumah oleh kakaknya yang berusia 60 tahun sebaik sahaja pulang kira-kira pukul 9.30 malam lalu menghubungi polis.
Katanya, siasatan polis menunjukkan kejadian itu bermotifkan samun kerana beberapa barangan berharga di dalam rumah itu telah hilang.
"Mengikut maklumat awal, mangsa tinggal di rumah tersebut bersama kakaknya namun ketika kejadian kakaknya itu mempunyai urusan di luar," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Tambah Roslan Bek, siasatan di tempat kejadian bagaimanapun tidak menemukan alat digunakan untuk menjerut mangsa.
"Mayat mangsa dibawa ke Hospital Umum Sarawak (HUS) untuk dibedah siasat dan kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh," katanya.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20131201/je_04/Pesara-guru-mati-dijerut-penyamun#ixzz2mDQv7jGC
© Utusan Melayu (M) Bhd 

89 warga Myanmar ditahan di Perlis, masuk secara haram


2013/12/01
KANGAR: Sebanyak 34 wanita dan 55 kanak-kanak warga Myanmar ditahan oleh Unit Pencegah Penyeludupan (UPP) di sebuah kawasan berbukit di Sungai Batu Pahat dekat sini awal hari ini kerana memasuki negara ini secara haram.

Pemangku Komander UPP Perlis, Asisten Superintendan Bahari Ahmad berkata, mereka ditahan kira-kira jam 1.30 pagi dalam keadaan keletihan dan kelaparan di pinggir sebuah kolam dan dipercayai baru melepasi sempadan antarabangsa dengan berjalan kaki.


Bercakap kepada pemberita di Kem UPP Kuala Perlis, beliau berkata berdasarkan maklumat orang ramai, pasukan UPP kawasan Kuala Perlis yang diketuai komandernya, Inspektor Azizan Saman meninjau kawasan berkenaan dan menemui kumpulan itu.

"Mereka yang ditahan terdiri daripada 34 wanita, 32 kanak-kanak perempuan dan 23 kanak-kanak lelaki berumur antara dua dan 50 tahun," katanya.

Bahari percaya mereka yang kesemuanya tidak mempunyai dokumen perjalanan dibawa oleh tekong darat semasa di Thailand hingga ke sempadan negara ini namun tiada tekong yang menguruskan perjalanan mereka apabila memasuki negara ini.

Kesemua mereka dibawa ke Kem UPP Kuala Perlis dan diberi makanan sebelum dirujuk kepada Jabatan Imigresen untuk tindakan lanjut.

Bahari berkata, sejak Januari sehingga kini sebanyak, 1,133 warga Myanmar mencerobohi negara ini dan angka itu meningkat ketara berbanding 377 orang bagi tempoh sama tahun lalu. - BERNAMA

33 penumpang pesawat Mozambican disahkan terkorban


WINDHOEK 1 Dis. - Seramai 33 orang penumpang termasuk anak kapal penerbangan Mozambican yang dilaporkan hilang di kawasan pedalaman di timur laut Namibia, terkorban, semalam.
Menurut jurucakap polis tempatan, Willie Bampton, pihaknya menemukan bangkai pesawat tersebut dalam keadaan terbakar.
Pesawat berkenaan dalam perjalanan dari Mozambique ke Angola, sebelum berpatah semula ke kawasan terpencil di Taman Negara Bwabwata. - AFP


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20131201/lu_03/33-penumpang-pesawat-Mozambican-disahkan-terkorban#ixzz2mDOEiPVU
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Maut motosikal bergesel treler


Maut motosikal bergesel treler
Ahli keluarga mangsa hiba melihat mayat mangsa terbaring berhampiran tangki minyak treler terbabit.  
PERAK – Seorang wanita maut apabila motosikal yang ditunggangnya bergesel dengan sebuah treler bermuatan tepung ketika membelok masuk kawasan Perindustrian IGB di Jalan Kuala Kangsar di sini, petang semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 1.45 petang, mangsa, Lee Poh Lan, 54, yang berasal dari Taman Tasek Mewah di sini, maut di tempat kejadian akibat kecederaan dalaman.

Pegawai Turus Jabatan Ketenteraman Awam dan Trafik Negeri, Deputi Superintendan Mohamad Roy Suhaimi Sarif berkata, siasatan awal mendapati treler dari arah itu Ipoh membelok kanan, sebelum motosikal yang ditunggang mangsa melanggar bahagian tangki minyak menyebabkan motosikal terjatuhnya.

“Bagaimanapun, pegawai perubatan dari Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) mengesahkan mangsa telah meninggal dunia sejurus tiba di lokasi kejadian,” katanya.

Katanya, pemandu treler terbabit tidak mengalami sebarang kecederaan telah membuat laporan polis di balai Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh.

Kes itu disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Mayat mangsa dihantar ke Unit Forensik HRPB,” katanya.

Teksi terbakar, gitar selamat

Teksi terbakar, gitar selamatAntara gitar yang dikeluarkan sebaik sahaja pihak bomba berjaya mengawal kebakaran.

BANDA HILIR - Seorang pemandu teksi nyaris tidak dapat membuat persembahan pada Karnival Satu Daerah Satu Industri (SDSI) kerana beberapa gitar miliknya hampir musnah apabila kenderaan itu terbakar, kelmarin.

Bapa kepada dua anak, Rahmat Yusof, 54, bagaimanapun sempat menyelamatkan semua gitar tersebut sebaik sahaja menyedari teksinya yang diparkir di tempat letak keretanya dijilat api dalam kejadian kira-kira jam 5.40 petang.
Menurut Rahmat, dia dimaklumkan mengenai kejadian oleh seorang kakitangan pangsapuri sebelum bergegas turun dan mendapati api marak memusnahkan teksi jenis Proton Waja itu.

“Ketika kejadian saya baru selesai membuat persembahan kira-kira jam 5.30 petang bersama beberapa ahli kumpulan lain dan berehat di tingkat atas hotel berkenaan sebelum terkejut apabila diberitahu mengenai kebakaran itu.

“Selepas turun ke bawah untuk dapatkan kepastian saya lihat api sudah marak serta tidak mampu berbuat apa-apa dan hanya menunggu bomba mengawal kebakaran, sebelum dapat mengambil beberapa gitar yang kelihatan masih baik, namun tidak pasti boleh digunakan lagi atau tidak,” katanya.

Rahmat berkata, meskipun kebakaran itu memusnahkan kereta dan pakaiannya, namun dia bersyukur kerana terselamat dan tidak berada di dalam kereta ketika kejadian, malah tong Gas Asli Kenderaan (NGV) turut berada di but belakang teksi itu tetapi ia tidak meletup.

“Ini kejadian pertama sejak saya memandu teksi lebih lima tahun lalu dan saya dijadualkan melakukan persembahan bersempena SDSI di MITC, Ayer Keroh selama tiga hari bermula kelmarin, namun  tak pasti boleh melakukannya atau tidak,” katanya.

Sementara itu, Ketua Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Jalan Kubu Pegawai Bomba Kanan II, Low Liang Siong berkata, pihaknya bergegas ke lokasi kejadian apabila menerima panggilan pada jam 5.49 petang.

 “Api berjaya dikawal satu minit kemudian oleh lima anggota sebelum padam sepenuhnya dalam tempoh 15 minit. Bagaimanapun, pihak kami sedang menyiasat punca sebenar kejadian dan anggaran kerugian dialami mangsa,” katanya.

Teksi terbakar, gitar selamat

Teksi terbakar, gitar selamatAntara gitar yang dikeluarkan sebaik sahaja pihak bomba berjaya mengawal kebakaran.

BANDA HILIR - Seorang pemandu teksi nyaris tidak dapat membuat persembahan pada Karnival Satu Daerah Satu Industri (SDSI) kerana beberapa gitar miliknya hampir musnah apabila kenderaan itu terbakar, kelmarin.

Bapa kepada dua anak, Rahmat Yusof, 54, bagaimanapun sempat menyelamatkan semua gitar tersebut sebaik sahaja menyedari teksinya yang diparkir di tempat letak keretanya dijilat api dalam kejadian kira-kira jam 5.40 petang.
Menurut Rahmat, dia dimaklumkan mengenai kejadian oleh seorang kakitangan pangsapuri sebelum bergegas turun dan mendapati api marak memusnahkan teksi jenis Proton Waja itu.

“Ketika kejadian saya baru selesai membuat persembahan kira-kira jam 5.30 petang bersama beberapa ahli kumpulan lain dan berehat di tingkat atas hotel berkenaan sebelum terkejut apabila diberitahu mengenai kebakaran itu.

“Selepas turun ke bawah untuk dapatkan kepastian saya lihat api sudah marak serta tidak mampu berbuat apa-apa dan hanya menunggu bomba mengawal kebakaran, sebelum dapat mengambil beberapa gitar yang kelihatan masih baik, namun tidak pasti boleh digunakan lagi atau tidak,” katanya.

Rahmat berkata, meskipun kebakaran itu memusnahkan kereta dan pakaiannya, namun dia bersyukur kerana terselamat dan tidak berada di dalam kereta ketika kejadian, malah tong Gas Asli Kenderaan (NGV) turut berada di but belakang teksi itu tetapi ia tidak meletup.

“Ini kejadian pertama sejak saya memandu teksi lebih lima tahun lalu dan saya dijadualkan melakukan persembahan bersempena SDSI di MITC, Ayer Keroh selama tiga hari bermula kelmarin, namun  tak pasti boleh melakukannya atau tidak,” katanya.

Sementara itu, Ketua Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Jalan Kubu Pegawai Bomba Kanan II, Low Liang Siong berkata, pihaknya bergegas ke lokasi kejadian apabila menerima panggilan pada jam 5.49 petang.

 “Api berjaya dikawal satu minit kemudian oleh lima anggota sebelum padam sepenuhnya dalam tempoh 15 minit. Bagaimanapun, pihak kami sedang menyiasat punca sebenar kejadian dan anggaran kerugian dialami mangsa,” katanya.

Kecewa barang dihantar hilang

Kecewa barang dihantar hilangMohamad Nabil menunjukkan laporan polis berserta resit pembelian alat ganti basikal yang hilang dalam jagaan sebuah syarikat penghantaran cepat.

MACHANG - Seorang pelanggan sebuah syarikat penghantaran cepat terpaksa menanggung kerugian kira-kira RM2,000 apabila barang yang dihantar menggunakan perkhidmatan kurier hilang, dua bulan lalu.

Mohamad Nabil Wan Ahmad berkata, dia menghantar alat ganti basikal ke Selangor menggunakan perkhidmatan itu namun sehingga kini penerimanya belum menerima barang tersebut.

Katanya, selepas menghubungi syarikat terbabit, alat ganti itu disahkan hilang dan pihak syarikat itu berjanji akan melakukan sesuatu mengenainya.

"Malangnya sehingga kelmarin tiada ganti rugi diterima. Saya sudah bagi masa sehingga 28 November lalu untuk mereka beri kata putus berkenaan ganti rugi tersebut namun tiada tindak balas diberikan.

"Syarikat ini pernah meminta untuk membayar secara ansuran, namun saya menolak memandangkan saya perlu duit untuk membayar alat ganti yang terpaksa saya beli sekali lagi," jelasnya.

Mohamad Nabil berkata, pegawai bertanggungjawab juga cuba mengelak serta tidak menjawab panggilan telefon dan hanya membalas khidmat pesanan ringkas (sms) yang dihantarnya.

Kecewa dengan tindakan tersebut, Mohamad Nabil memaklumkan telah membuat laporan polis mengenai perkara tersebut di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Machang, di sini, kelmarin.

"Sebagai sebuah syarikat besar yang menyediakan perkhidmatan di seluruh dunia, perkara ini tidak sewajarnya menjadi masalah untuk mereka selesaikan.

"Saya guna perkhidmatan syarikat tersebut memandangkan cawangannya terletak berdekatan kediaman saya di sini. Malangnya masalah sebegini pula berlaku," katanya.

Tambah Mohamad Nabil, dia berharap syarikat berkenaan menyelesaikan masalah itu dengan baik bagi memastikan pelanggan tidak mudah hilang kepercayaan kepada perkhidmatan yang mereka sediakan.

"Sebagai sebuah syarikat besar, mereka mesti ada insurans dan sebagainya untuk menjaga keselamatan barang-barang yang dihantar. Pastinya tidak susah bagi mereka menyelesaikan masalah seumpaman ini.

"Saya sudah tunggu dua bulan untuk masalah ini diselesaikan dengan baik. Malangnya tidak sekali pun syarikat berkenaan mengakui barang itu hilang ketika mereka keluar menghantar barangan," katanya.

Dilanda banjir kilat kali ketiga

Dilanda banjir kilat kali ketigaPekan Sri Jaya dilanda banjir kilat buat kali ketiga sepanjang tahun ini sehingga menjejaskan aktiviti perniagaan dan kerosakan harta benda, semalam.

MARAN - Pekan Sri Jaya dekat sini dilanda banjir kilat selama dua jam ekoran hujan tidak berhenti seawal jam 6 pagi semalam sehingga menyebabkan hampir kesemua premis perniagaan tidak dapat beroperasi.

Paras sungai berhampiran yang melepasi tebing dengan sistem perparitan tidak sempurna memburukkan keadaan apabila jalan utama di pekan tersebut turut dinaiki air dalam kejadian jam 12 tengah hari itu.

Peniaga, Yik Siong Hong, 45, berkata, kejadian itu merupakan kali ketiga berlaku sepanjang tahun ini selepas Februari dan September.

Menurutnya, walaupun hampir 20 tahun mengusahakan premis makanan di pekan itu, namun kejadian banjir kilat hanya berlaku sejak tiga tahun lalu.

“Jika dahulu tidak teruk kerana air yang memasuki kawasan kedai datang dari arah bahagian belakang iaitu air sungai.

“Tetapi sekarang air turut datang dari arah hadapan kerana longkang tersumbat dengan masalah perparitan sehingga tidak dapat menampung hujan lebat.

“Jadi keadaan bertambah teruk apabila aliran air banjir kilat ini datang dari kedua-dua arah membawa sampah dan lumpur,” katanya kepada Sinar Harian.

Sementara, Nga Hoo, 61, berkata, paras air yang memasuki kawasan premis perniagaan dan jalan utama itu berubah-ubah dalam tempoh dua jam berikutan kadar hujan tidak menentu.

Menurutnya, peniaga terpaksa menanggung kerugian akibat kerosakan harta benda dan barang keperluan niaga sehingga menjejaskan aktiviti harian mereka.

“Air kadang-kadang besar, kadang-kadang kecil maka kami perlu bersedia sekiranya hujan tidak henti untuk beberapa jam lagi.

“Ini bukan kejadian pertama dan sepatutnya pihak berkenaan telah melakukan sesuatu untuk mengurangkan risiko banjir kilat dengan memberi memperbaiki sistem perparitan,” katanya.

Pelakon Fast & Furious maut dalam nahas

Paul Walker
Paul Walker


PELAKON utama filem Fast & Furious, Paul Walker dilaporkan terbunuh dalam satu kemalangan tengah hari semalam di Selatan California, lapor TMZ.

Kemalangan berlaku di Santa Clarita, apabila Porsche dinaiki Paul dan seorang lagi individu terbabas lalu melanggar pokok.

Kereta berkenaan terbakar dan meletup.

Pihak berkuasa masih menyiasat kemalangan itu tetapi TMZ melaporkan kedua-duanya terbunuh.

Ia masih belum jelas siapa yang memandu ketika itu.

Pihak berkuasa memberitahu stesen TV CBS 2 di Los Angeles bahawa kemalangan itu berlaku pada jam 3.30 petang namun identiti mangsa tidak didedahkan lagi.

Menurut sumber, Paul berada di Santa Clarita untuk majlis amal pertunjukan kereta bagi menyokong mangsa bencana alam di Filipina.

Paul membawa kawannya menaiki Porsche GT barunya dan kemalangan berlaku semasa salah satu pusingan ujian tersebut.

Remaja hilang, dua adik belum ditemui

PDRMALOR SETAR - Seorang remaja perempuan berusia 14 tahun yang hilang semalaman bersama dua adiknya ditemui meninggal dunia dipercayai dibunuh berhampiran kawasan bendang di Kampung Alor Senibong, Langgar di sini, petang semalam.

Mangsa ditemui orang awam dalam keadaan meniarap di tempat kejadian kira-kira jam 3.45 sebelum dimaklumkan kepada pihak polis.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner Mohd Nashir Ya mengesahkan kejadian berkenaan.

Berdasarkan maklumat awal, katanya, mangsa keluar dari rumah bersama dua adik perempuannya berusia 12 dan tiga tahun pada malam 29 November lalu dengan menaiki sebuah motosikal, sebelum mayatnya ditemui.

“Buat masa sekarang polis masih menyiasat kes terbabit dan pihak kami menunggu laporan hasil bedah siasat dilakukan untuk mengetahui punca kematian.

“Kita akan mengambil kira semua aspek dalam siasatan,” katanya.

Sementara itu, usaha mencari dua adik mangsa yang masih hilang diteruskan. Pihak polis turut menggunakan khidmat skuba serta anjing pengesan untuk mencari dan menyelamat di sekitar kawasan sungai berhampiran.

Helikopter polis terhempas: 3 maut

Glasgow: Pasukan keselamatan Scotland semalam bergegas menyelamatkan mangsa yang terperangkap dalam runtuhan sebuah pub di sini selepas sebuah helikopter polis terhempas mengakibatkan sekurang-kurangnya tiga maut dan puluhan yang lain parah.
Helikopter itu memusnahkan bumbung Clutha Pub yang dipenuhi kira-kira 100 pengunjung ketika mereka asyik mendengar persembahan muzik pada malam sebelum hari memperingati pemimpin Kristian Scotland, St Andrew. 
Menurut saksi, helikopter membawa dua pegawai polis serta juruterbang awam itu menghempas bangunan berkenaan seperti batu besar dari langit.

Pengunjung bar pula berkata mereka terdengar bunyi deruan angin sejurus sebelum siling bangunan itu runtuh.
Foto
KIPAS helikopter dapat dilihat terkeluar dari bumbung pub berkenaan.

Pihak bomba melaporkan berjaya bercakap dengan beberapa orang yang masih terperangkap dalam bangunan satu tingkat itu yang dilaporkan berada dalam keadaan tidak stabil.

Pegawai bomba Lewis Ramsay berkata penyelamat perlu berhati-hati ketika cuba memastikan berapa orang yang sebenarnya masih terperangkap.

“Kami berusaha memastikan bangunan itu stabil terlebih dulu sebelum membawa keluar mangsa,” katanya.

Menurut Ramsay, 125 anggota bomba menyelamatkan beberapa mangsa yang mengalami pelbagai kecederaan.

Pegawai polis Rose Fitzgerald berkata punca kejadian masih belum dapat dikenal pasti.

Mangsa Grace MacLean berkata pengunjung ketika itu mendengar persembahan muzik.

“Tiada bunyi rempuhan atau letupan, cuma deruan angin yang kuat diikuti asap tebal.

Malah semua orang, termasuk pemuzik ketawa dan bergurau mengatakan asap itu hasil persembahan mereka yang ‘meletup.’

“Mereka terus bermain muzik namun asap semakin tebal.

Tiba-tiba terdengar bunyi jeritan sebelum pub terus dipenuhi debu. Kami tidak dapat melihat apa-apa dan sukar bernafas,” katanya.

Sementara itu, Ahli Parlimen dari Parti Buruh, Jim Murphy berkata, beliau kebetulan memandu di kawasan itu tidak lama selepas kejadian.

“Saya terus keluar membantu mangsa. Ramai yang cedera termasuk di kepala dan ada yang dalam keadaan tidak sedar,” katanya.

Masjid Pusat Glasgow yang terletak berhampiran juga menawarkan bantuan ruang untuk menempatkan mangsa selain tenaga sukarelawan.

Pengarang akhbar Sun edisi Scotland, Gordon Smart berkata, beliau melihat helikopter itu jatuh.

“Seperti dalam mimpi saya melihat helikopter itu jatuh laju dari jarak tinggi. Saya yakin ia pesawat polis,” katanya. -AFP

Misteri 50 pokok Krismas dicuri


Florida: Polis menyiasat dakwaan kecurian lebih 50 pokok krismas jenis Fraser di sebuah premis jualan di Pensacola semalam.

Agensi berita melaporkan, Suzanne Eaton menerima 300 pokok baru pada Isnin lalu di premisnya untuk dijual dengan harga sehingga AS$120 (RM387) menjelang sambutan Krismas bulan depan.
Bagaimanapun, dua hari kemudian dia menyedari jumlah pokoknya semakin berkurangan.

Eaton berkata, ia kejadian pertama sepanjang pengalaman 27 tahun menjual pokok krismas dan menganggarkan jumlah kerugian sehingga AS$5,000 (RM16,100).

10 dikehendaki


Kuantan: Seramai 10 lagi pengikut ajaran sesat ‘Tuhan Harun’ diburu polis bagi siasatan kes bunuh Pengarah Penguat Kuasa Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) Ahmad Raffli Abdul Malek walaupun ia dianggap selesai berikutan penangkapan beberapa individu selain rampasan sepucuk pistol sejak Selasa lalu menerusi Op Cantas.

Polis Diraja Malaysia (PDRM) menerusi akaun Facebook menyatakan 10 pengikut yang semuanya lelaki berusia antara 27 hingga 46 tahun itu dipercayai boleh membantu siasatan kes.

Individu yang diburu ialah Mansur Hussin, 39, dari Pasir Puteh, Kelantan; Shamsinar Abdul Halim, 36, dari Johor Bahru, Johor; Shaizral Eddie Nizam Shaari, 37, dari Bukit Beruang, Melaka; Jefferi Safar, 39, dari Kluang, Johor dan Wan Mohd Shakri Wan Isa@Wan Ismail, 27, dari Kota Bharu, Kelantan.

“Lima individu lain adalah Shamsul Amri Abu Hassan, 44, dari Kuantan, Pahang; Mohd Shahril Mohd Jaafar, 28, dari Sungai Petani, Kedah; Mohamed Faizal Abdullah, 46, dari Batu Pahat, Johor; Mohd Rozi Akasah, 38, dari Bukit Katil, Melaka dan Khairul Amir Akasah, 34, dari Port Dickson, Negeri Sembilan.

Foto

Foto
FotoFotoOrang ramai yang mempunyai maklumat mengenai individu berkenaan diminta menghubungi pegawai polis Deputi Superintendan Zakaria di talian 019-3822020, Asisten Superintendan Zukri (013-9764999) atau Inspektor Mohd Hasni (016-4888025),” katanya dalam kenyataan itu.




Akhbar semalam melaporkan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, kes berkenaan dianggap selesai selepas penahanan terbaru 10 pengikut ajaran sesat berkenaan serta rampasan sepucuk pistol dalam operasi sejak Selasa hingga kelmarin.

Dalam kejadian 10 November lalu, Allahyarham Ahmad Raffli ditembak dengan tiga das tembakan dari jarak dekat di depan rumahnya di Indera Mahkota 2, di sini.

Pada 20 November lalu, ketua ajaran sesat itu, Harun Mat Saat, 47, ditahan di Tangkak, Johor, bersama isteri ketiganya, Azida Mohd Zol, 30, dan pemandunya, Nor Hairi Harun, 41.

Tempoh tahanan reman ketiga-tiga individu berkenaan dilanjutkan sehingga 4 Disember ini bagi membolehkan soal siasat dilakukan terhadapnya.

Inspektor cedera dilibas senjata tajam

Klang: Seorang pegawai polis berpangkat Inspektor yang melakukan rondaan ketika menjalankan Ops Cantas Khas Narkotik di Jalan Telok Gong, Kampung Nelayan, di sini, cedera di lengan kanan akibat dilibas seorang lelaki menggunakan senjata tajam, awal pagi semalam.
Dalam kejadian jam 12 tengah malam, mangsa berusia 20-an mengesan lelaki terbabit dalam keadaan mencurigakan dan cuba menahannya bagi menjalankan pemeriksaan lanjut.
Menurut sumber, terkejut dengan kehadiran polis, suspek terus melibas senjata tajam ketika mangsa menahannya sebelum cuba melarikan diri.

Sumber berkata, mangsa yang cedera kerana libasan dilakukan suspek itu tidak dapat mengejarnya dan suspek meloloskan diri dan gagal dikesan.
Foto
PEGAWAI polis yang cedera dirawat.— Gambar Ihsan Facebook PDRM

“Selepas kejadian berkenaan, satu serbuan dilakukan di sebuah rumah di kawasan sama dan menahan seorang wanita warga Indonesia berusia lingkungan 30-an dan seorang lelaki warga tempatan berusia 48 tahun,” katanya.

Sumber itu berkata, hasil pemeriksaan polis di sebuah rumah dipercayai dihuni suspek kemudian menemui sebungkus plastik lutsinar mengandungi dadah jenis heroin.

“Usaha memburu suspek dilakukan polis Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor dan kes disiasat mengikut Seksyen 324 kanun keseksaan kerana sengaja menyebabkan cedera,” katanya.

‘Dipanggil’ memancing

Klang: “Walaupun baru pulang dari kerja, dia tetap berkeras untuk keluar memancing, seakan-akan ada sesuatu yang ‘memanggilnya’ untuk keluar memancing.”
Itulah luahan kebimbangan Suzana Bunawi, 33, isteri kepada Syed Nizam Efendi Syed Hamid, 32, yang dikhuatiri lemas ketika keluar memancing di Jambatan Sungai Klang berhampiran Pelabuhan Klang Utara, di sini, awal pagi semalam. 
Kira-kira 3.30 pagi semalam, mangsa dikatakan keluar memancing sendirian tetapi disedari isterinya selepas dia gagal dihubungi. Dia kemudian memaklumkan kehilangan Syed Nizam kepada keluarga mangsa.

Sebaik menerima berita mengenai kehilangan mangsa, Suzana bersama keluarga suaminya bergegas ke lokasi kejadian dan menemui motosikal dinaiki suaminya di tepi jambatan.
Foto
SUZANA(kanan) bersama ahli keluarga menanti di sebuah pangkalan berhampiran dengan lokasi mangsa memancing.

“Sebaik suami balik dari kerja jam 1.30 pagi, dia beritahu nak keluar memancing kerana hari ini (semalam) dia bercuti. Namun saya menghalangnya kerana hari sudah lewat selain tentu dia penat seharian bekerja.

“Bagaimanapun, suami bersungguh-sungguh untuk pergi memancing dan tidak menghiraukan kata-kata saya. Yang pelik, suami memberitahu akan keluar memancing seorang diri sedangkan sebelum ini beliau memancing bersama rakannya,” katanya, semalam.

Suzana berkata, selepas suaminya keluar, beliau terus menghubungi ibu mentuanya dan memaklumkan sikap pelik suami.

“Suami sempat singgah di rumah emaknya dan memberitahu hendak keluar memancing di atas jambatan sebelum meminta wang untuk membeli umpan. Walaupun emaknya menghalang, dia tetap berkeras mahu pergi memancing,” katanya.

Korea Utara tahan rakyat AS


SEOUL 30 Nov. - Korea Utara buat pertama kali mengesahkan penahanan seorang askar veteran Amerika Syarikat (AS) yang pernah terlibat dalam Perang Korea atas dakwaan berniat mencetuskan permusuhan.
Merrill Newman, 85, ditahan pihak berkuasa Korea Utara pada Oktober lalu selepas memasuki negara itu sebagai 'pelancong', menurut sumber pegawai kerajaan yang dipetik agensi berita KCNA.
"Newman dituduh mencemari maruah dah kedaulatan Korea Utara, selain cuba memporak-perandakan sistem pentadbiran negara itu," jelas laporan KCNA.
Newman juga didakwa menjadi dalang pengintipan serta kegiatan subversif semasa Perang Korea pada 1950 hingga 1953 dan terlibat dalam kes pembunuhan anggota tentera dan rakyat Korea Utara.
Askar veteran AS itu dilaporkan mengemukakan permohonan maaf serta membuat pengakuan bersalah menerusi satu surat yang ditulis sepanjang 600 patah perkataan.
"Semasa Perang Korea, saya mengaku melakukan pelbagai jenayah terhadap kerajaan dan rakyat Korea Utara.
"Saya faham bahawa saya tidak boleh dimaafkan, namun saya ikhlas memohon maaf kepada kerajaan dan semua rakyat Korea Utara. Tolong jangan hukum saya," katanya dalam surat tersebut.
Sementara itu, rakan dan keluarga Newman menyifatkan bahawa penahanan Newman sebagai satu 'salah faham'.
"Bapa saya mengunjungi Korea Utara kerana ingin melihat budaya dan perkembangan di negara itu. Dia tidak mempunyai niat lain," kata anak lelakinya, Jeff Newman. - AFP


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20131201/lu_07/Korea-Utara-tahan-rakyat-AS#ixzz2mCHrFUep
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Enam maut helikopter polis terhempas


Pasukan bomba dan penyelamat cuba mengeluarkan kipas helikopter yang tersangkut di atas bumbung sebuah kelab malam selepas terhempas di sini, kelmarin. - AGENSI
GLASGOW 30 Nov. - Sebanyak enam orang maut dan beratus-ratus orang dikhuatiri terperangkap apabila sebuah helikopter polis terhempas di atas bumbung sebuah kelab malam di Glasgow, Scotland, semalam.
Setakat ini, seramai 32 orang dilaporkan cedera dalam kejadian itu.
Saluran televisyen BBC pula melaporkan tiga orang maut dalam kejadian tersebut dan angka tersebut dijangka meningkat.
Menurut polis, dianggarkan kira-kira 100 pengunjung berada di dalam kelab malam Clutha itu ketika kejadian berlaku.
"Dua anggota polis dan seorang juruterbang berada di dalam helikopter itu ketika ia terhempas," katanya.
Sehubungan itu, Menteri Pertama Scotland, Alex Salmond mengarahkan semua pihak bersedia menghadapi sebarang kemungkinan memandangkan keadaan sebenar masih belum diketahui.
"Kejadian itu mungkin menyebabkan banyak kecederaan malah kematian, saya minta semua pihak agar bersedia untuk menghadapi segala kemungkinan," katanya menerusi akaun Twitternya.
Siaran televisyen menunjukkan bangkai helikopter tersebut memusnahkan sebahagian daripada kelab malam itu.
Pasukan bomba dan perubatan dikerahkan ke tempat kejadian bagi membantu mangsa yang terperangkap dan cedera.
Punca nahas masih belum dikenal pasti.
Kebanyakan saksi kejadian menyatakan mereka dikejutkan dengan bunyi kuat sebelum helikopter tersebut terhempas di atas bumbung.
Namun, tiada sebarang letupan atau kebakaran dilaporkan. - AFP/AGENSI


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20131201/lu_06/Enam-maut-helikopter-polis-terhempas#ixzz2mCCLuq7R
© Utusan Melayu (M) Bhd 

33 penumpang pesawat Mozambican terkorban


WINDHOEK 1 Dis. - Seramai 33 orang penumpang termasuk anak kapal penerbangan Mozambican yang dilaporkan hilang di kawasan pedalaman di timur laut Namibia, terkorban, semalam.
Menurut jurucakap polis tempatan, Willie Bampton, pihaknya menemukan bangkai pesawat tersebut dalam keadaan terbakar.
Pesawat berkenaan dalam perjalanan dari Mozambique ke Angola, sebelum berpatah semula ke kawasan terpencil di Taman Negara Bwabwata. - AFP


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20131201/lu_03/33-penumpang-pesawat-Mozambican-terkorban#ixzz2mCBzrYqc
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Tiga terbunuh selepas ditembak di dalam kereta api


PATNA, India 1 Dis. - Seramai tiga orang dilaporkan terkorban di dalam kereta api di Bihar, barat negara ini, selepas kumpulan penentang kerajaan melepaskan tembakan.
Menurut jurucakap polis, Bhardwaj, kumpulan penentang tersebut melepaskan tembakan ketika kereta api berkenaan melalui terowong ketika dalam perjalanan dari Sahebganj menuju ke Patna.
“Mereka melepaskan tembakan menyebabkan tiga lelaki terbunuh, manakala seorang lagi dalam keadaan parah dan dirawat di hospital," kata Bhardwaj. - AFP


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20131201/lu_02/Tiga-terbunuh-selepas-ditembak-di-dalam-kereta-api#ixzz2mCBN2MkO
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Satu minggu jual satu pistol


PISTOL boleh diseludup keluar dari pekan Sungai Golok, Thailand ke Malaysia dengan menunggang motosikal melalui Kompleks Imigresen Rantau Panjang, Kelantan.


MEMBELI pistol di pekan Sungai Golok, Thailand tidak sesukar yang disangka malah selepas membayar harga senjata api antara RM4,500 hingga RM10,000 sepucuk, ia dengan mudah boleh dibawa masuk ke Malaysia.
Bagaimanapun, individu yang mahu membeli pistol perlu melalui beberapa orang tengah yang sudah biasa dengan ejen menjual senjata api itu.
Di pekan Sungai Golok sahaja dikatakan terdapat kira-kira 10 ejen menjual senjata api dan ada sebanyak 111 jalan tikus yang pada bila-bila masa boleh dibolosi dengan pelbagai barang seludup.
Pembeli senjata api di pekan Sungai Golok itu pula kebiasaannya membabitkan samseng dan penjenayah dari Malaysia. Menurut sumber, misi membeli dan membawa keluar senjata api yang sudah dibeli jarang gagal.
Ikuti temu bual wartawan Kosmo! dengan seorang ejen penjual senjata api di pekan Sungai Golok yang aktif menjual senjata sejak kira-kira 10 tahun lalu.
Lelaki itu mahu dikenali sebagai Abang Sham. Wawancara dengannya dijalankan menggunakan Bahasa Melayu loghat Siam-Kelantan.
Wartawan Kosmo!: Sejak bila anda mula berkecimpung dalam kerja ini?
Abang Sham: Sudah lama, mungkin lebih 10 tahun. Bagaimanapun, ini bukan kerja tetap saya. Saya ada kerja tetap lain tetapi tidak perlulah saya dedahkan.
Kenapa anda pilih kerja sampingan yang salah dan bahaya?
Saya lakukan kerja ini untuk dapat duit tambahan selain gaji tetap. Saya juga bukan satu-satunya orang yang jual senjata api di pekan Sungai Golok, malah rasanya ada lebih 10 orang lain yang buat kerja sama seperti saya.
Siapa yang datang beli senjata?
Sejak jual senjata api, pelanggan saya banyak orang berketurunan Cina dari Malaysia. Alasan mereka beli senjata, katanya, untuk disimpan. Saya pula tidak tanya lebih kerana itu urusan mereka dan bagi saya, saya hanya mahu duit hasil jual senjata.
Apa jenis senjata yang dijual dan berapakah harganya?
Kebiasaannya pelanggan akan beli senjata api ikut harga dan jarang dalam kalangan mereka yang pilih senjata api ikut jenis. Harga senjata api yang saya jual bermacam-macam bergantung kepada jenis dan sama ada senjata itu barang lama atau baharu.
Sebagai contoh, jika senjata api jenis 9mm harganya RM6,500 tetapi jenis sama bagi senjata sudah terpakai harganya sekitar RM4,500 hingga RM5,000. Pistol Glock pula ialah senjata moden yang lebih mahal dan harga senjata baharu Glock ialah RM10,000. Bagi Glock lama, harganya antara RM7,000 hingga RM7,500.
Senjata api jenis Smith & Wesson semi automatik merupakan senjata api terlaris. Turut dibeli senjata jenis Walther.
Berapa keuntungan jual senjata api dan di mana anda dapat bekalan?
Saya akan jual sekiranya untung dalam RM400 hingga RM500 sepucuk. Bekalan senjata api yang saya jual biasanya saya beli daripada rakan-rakan yang mahu jual senjata api mereka. Rakan-rakan saya pula ada yang beli dari kedai senjata api berlesen atau mereka beli dari Vietnam.
Macam mana dengan peluru?
Saya tidak jual peluru tetapi pembeli boleh beli sendiri di kedai-kedai jual senjata api berlesen di pekan ini. Beli pistol dan peluru adalah satu perbuatan salah di Thailand tetapi kita boleh beli secara curi-curi. Beli peluru lebih senang berbanding beli pistol. Harga sekotak peluru mengandungi 50 butir peluru ialah kira-kira RM190.
Bagaimana pelanggan cari anda?
Perkara itu memang sulit. Orang yang mahu beli senjata api akan risik mengenai ejen penjual senjata api di pekan Sungai Golok sebelum dia jumpa saya. Urusan jual beli pula akan berlaku di bilik-bilik hotel besar. Hotel-hotel adalah tempat selamat untuk urusan seperti ini.
Siapa tempah hotel?
Hotel tempat pertemuan diuruskan oleh pelanggan dan selepas diberi nombor bilik, saya kebiasaannya dengan seorang lagi rakan terus ke bilik hotel dan selesaikan urusan jual beli senjata.
Kadang-kadang saya akan bawa lebih daripada sepucuk senjata api untuk dipilih pelanggan. Sejak bergerak menjual senjata api kira-kira 10 tahun lalu, belum pernah saya ditimpa masalah. Semua urusan saya berjalan lancar.
Tanggungjawab siapa yang bawa keluar senjata itu dari pekan Sungai Golok?
Senjata api yang dijual adalah atas risiko dan urusan pembeli. Saya tidak tahu apa yang mereka lakukan dengan senjata itu. Namun apa yang diberitahu pelanggan yang beli senjata api di pekan Sungai Golok boleh bawa keluar senjata itu dengan cara menunggang motosikal keluar dari sini.
Setakat ini, belum saya dengar ada pelanggan saya kena tangkap selepas beli senjata api daripada saya.
Adakah pembelian senjata api sejak dua tahun kebelakangan ini meningkat?
Jualan saya dalam tempoh itu sama saja. Dalam seminggu secara purata saya jual sepucuk pistol, dalam setahun kira-kira 50 pucuk.
Selain melalui sempadan Rantau Panjang, di lokasi mana senjata api kerap dibawa ke Malaysia?
Pangkalan Asan Merah di Rantau Panjang dan Pangkalan Kubur di Tumpat. Melalui kedua-dua buah pangkalan haram itu, pelanggan boleh naik bot dan balik ke Malaysia bersama pistol yang telah dibeli.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=1201&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_01.htm#ixzz2mC3QOE20 
Hakcipta terpelihara 

Inspektor cedera dilibas parang semasa operasi


KESAN kecederaan pada lengan kanan seorang pegawai polis berpangkat Inspektor selepas dilibas parang ketika melakukan serbuan di Pelabuhan Klang, Selangor kelmarin.


SHAH ALAM - Seorang pegawai polis berpangkat Inspektor menerima tujuh jahitan di lengan kanan selepas dilibas senjata tajam ketika menyerbu sarang penagih dadah di Telok Gong dekat Pelabuhan Klang kelmarin.
Kejadian pada pukul 11.50 malam itu berlaku ketika pegawai tersebut menyerbu sebuah rumah yang disyaki dijadikan sarang penagih melepaskan gian sebelum seorang lelaki tiba-tiba melibas parang ke arah mangsa.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=1201&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_10.htm#ixzz2mC32pWh1 
Hakcipta terpelihara 

Remaja maut dibaham jerung

Remaja maut dibaham jerungSYDNEY - AUSTRALIA. Seorang remaja maut akibat dibaham jerung di luar pantau timur Australia, semalam dalam kejadian kedua melibatkan serangan jerung yang dilaporkan di negara itu pada bulan ini.

Pihak berkuasa New South Wales memberitahu mangsa yang dipercayai berumur 18 tahun itu digigit jerung ketika dia sedang bermain papan luncur pada jarak kira-kira 100 meter dari utara bandar Pelabuhan Coffs.

"Paramedik gagal untuk menyelamatkan mangsa akibat kecederaan parah yang dialaminya," kata jurucakap polis kepada AP.

Pada 23 November lalu, seorang peluncur berumur 35 tahun terbunuh selepas dibaham jerung di luar pantai berhampiran Gracetown.

Suami ugut bunuh jika tak melacur

Suami ugut bunuh jika tak melacur
Mangsa menunjukkan laporan polis ketika hadir di Balai Berita, semalam. - Foto Saddam Yusoff

Isteri dakwa pasangan tertekan diganggu ceti haram

Kuala Lumpur: Seorang wanita mendakwa diugut bunuh oleh suaminya jika tidak melacurkan diri bagi melunaskan hutang lelaki itu kepada kumpulan ceti haram.

Difahamkan, lelaki terbabit yang juga dikatakan mengalami tekanan perasaan, bertindak demikian selepas sering diganggu ahli kumpulan berkenaan. Dia mulanya membuat pinjaman untuk dijadikan modal memulakan perniagaan, tetapi tidak diteruskan berikutan kesihatan ibu dan bapanya yang kronik.


Mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Lina, berkata dia bukan saja buntu mencari jalan penyelesaian, malah turut tertekan kerana dipukul dan dimaki suaminya termasuk ketika di depan ahli keluarga.

Pernah dihunus parang

“Pernah dia menghunus parang panjang ke leher saya ketika sedang marah selepas didatangi ahli kumpulan ceti haram terbabit. Saya juga pernah dipijak serta dihentak ke lantai di depan ibu bapa serta seluruh ahli keluarga saya baru-baru ini.

“Malah, suami pernah mengugut dia tidak gentar untuk bunuh saya dengan alasan, dia hanya akan dimasukkan ke Hospital Bahagia kerana masalah mental dialaminya,” katanya kepada BH.
Lina berkata, jumlah asal pinjaman yang dibuat hanya RM4,000 dan bayaran balik sudah dilunaskan selama 12 bulan dengan yang terakhir, Ogos lalu.

“Untuk bayar pinjaman, wang pencen dalam akaun ayah saya dipotong RM620 sebulan dan sehingga pembayaran terakhir, jumlah yang sudah dipotong RM7,440. Kad ATM ayah juga dipegang kumpulan terbabit, sedangkan hanya itulah wang untuk kami sekeluarga lapan beranak berbelanja setiap bulan,” katanya.

Lelaki mencuri 334 kali

Lelaki mencuri 334 kali
Robert Knowles
Dibicara tiga kali setahun, bergiat sejak 1959

LONDON: Seorang lelaki Britain digelar 'juara' mencuri kerana ditahan buat kali ke-334 selepas didapati keluar daripada sebuah pasar raya tanpa membayar terlebih dulu.

Robert Knowles, 66, secara puratanya dihadapkan ke mahkamah tiga kali setahun sejak 1959.

Dia gembira berada di penjara kerana tidak dapat menyesuaikan diri dengan keadaan di luar. Knowles lebih suka dipenjara dan mahu menghabiskan sisa hidupnya dalam lokap” Alan Harris, Peguam bela

Knowles melanggar undang-undang begitu kerap hingga pendakwa raya tidak ingat keseluruhan kesalahannya.

Hakim diberitahu, Knowles melakukan kesalahan supaya dihantar semula ke penjara. Penangkapan terbarunya membawa kepada kesalahan kali ke-200 kerana mencuri.

Knowles mula mencuri sejak usia 13 tahun dan ditahan Rabu lalu kerana mencuri dua kotak cokelat dari pasar raya Thorntons, Plymouth.

Seorang pengawal keselamatan melepaskannya tetapi memberi amaran selepas mendapati Knowles makan cokelat itu yang berharga £13 (RM65).
Selepas itu, Knowles memasuki satu lagi pasaraya dekat situ dan membawa keluarga makanan berharga £26 (RM130) menyebabkan pekerjanya menghubungi polis.

Pada 2011, Knowles mengaku mencuri dua botol wiski, beberapa jam tangan dan stokin berharga £279 (RM1,395) daripada sebuah lagi pasar raya.

"Dia gembira berada di penjara tetapi tidak dapat menyesuaikan diri dengan keadaan di luar.

"Knowles lebih suka dipenjara dan mahu menghabiskan sisa hidupnya dalam lokap," kata peguam bela, Alan Harris.

Pihak berkuasa perundangan juga tidak mempunyai semua rekod kesalahannya kerana agensi pendakwaan hanya ditubuhkan pada 1986.

Knowles yang tidak berumah mula dihantar ke pusat pemulihan pada usia 13 tahun dan terus-terusan mencuri serta masuk mahkamah 186 kali atau sekali setiap tahun sejak 1959.

Hakim Nadine Fletcher menghukum penjara Knowles selama dua bulan selepas dia mengaku salah.

Orang lain yang ada rekod lebih teruk daripada Knowles ialah Harry Hankinson, 64, yang menyalahkan 501 jenayahnya berpunca daripada pukulan di kepalanya pada 1970 yang dikatakan mengubah personalitinya. - AGENSI

3 korban nahas helikopter


2013/12/01
GLASGOW: Tiga orang dikhuatiri maut selepas sebuah helikopter polis terhempas di bumbung sebuah pub popular di pusat bandar Glasgow.

Berpuluh-puluh mangsa lain cedera dan perkhidmatan kecemasan terpaksa menarik pelanggan keluar dari premis selepas itu, kata saksi, Fraser Gibson, 34, yang berada dalam pub bersama adik lelakinya.


Seorang pegawai polis di tempat kejadian berkata beberapa orang disahkan maut. Kakitangan di Glasgow Royal Infirmary pula berkata sembilan orang dari tempat kejadian dirawat di hospital dengan sesetengah mengalami kecederaan serius. - AGENSI 

Kaki pancing jumpa mayat bayi perempuan


2013/12/01
Mersing: Dua sahabat yang sedang memancing di Sungai Tenglu Besar, Kampung Air Papan, di sini terkejut apabila menemui mayat seorang bayi perempuan masih bertali pusat.

Dalam kejadian kira-kira jam 10.45 pagi kelmarin, Abd Kadir Hanapiah, 45, dan rakannya, Ali Afandi Sa'at, 54, terlihat objek seakan anak patung yang ketika itu sedang dihampiri dua buaya kecil.


“Saya sedang mencari lokasi sesuai untuk memancing sebelum terlihat objek seperti anak patung di permukaan sungai, di depannya pula ada dua buaya kecil sedang menghampiri. Saya mengesyaki sesuatu tidak kena lalu bersama rakan bergegas memeriksa objek itu.

“Kami kemudian terkejut apabila mendapati ia sebenarnya mayat bayi perempuan yang masih bertali pusat,” kata Abd Kadir sambil menambah, dia kemudian menghalau buaya berkenaan kerana bimbang mayat bayi terbabit dibaham.

Katanya, Ali Afandi kemudian menghubungi polis untuk memaklumkan penemuan itu dan pada masa sama, memastikan mayat berkenaan tidak dihanyutkan arus.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Mersing, Deputi Superintendan Zulkipli Hashim, berkata bayi itu dipercayai dilahirkan dalam tempoh kurang 24 jam sebelum ditemui.

Tiga remaja ceroboh kedai kena cekup


2013/12/01
Tiga remaja termasuk dua pelajar Tingkatan Tiga dan Lima, yang mengisi masa cuti persekolahan selepas peperiksaan dengan mendalangi jenayah, menerima padah apabila ditahan polis selepas menceroboh kedai runcit di Jalan Bintong-Kurong Batang dekat Kangar, awal pagi semalam.

Dalam kejadian jam 5.30 pagi itu, seorang remaja ditahan ketika sedang menyelongkar barang dalam kedai, manakala dua rakannya yang berhasil meloloskan diri bersama barang curi, ditangkap selepas motosikal digunakan terbabit kemalangan akibat terbabas.