Search This Blog

Friday, November 29, 2013

Penerbangan ihsan selamatkan anak kapal

THAWATCHAI THONGKEAO yang hancur lengan kanannya dibawa ke Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru, Johor malam kelmarin.


JOHOR BAHRU - Unit Udara Agensi Penguat Kuasa Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) melakukan penerbangan ihsan bagi menyelamatkan seorang kru bot nelayan warga Thailand yang hancur lengan kanannya akibat tersepit di dalam jentera kapal itu dalam kejadian kira-kira 25 batu nautika dari Pulau Tioman semalam.
Ketua Penguat Kuasa Maritim Wilayah Selatan Laksamana Pertama Maritim, Adon Shalan berkata, Maritime Rescue Sub Coordination (MRSC) Johor Bahru sebelum itu menerima maklumat daripada MRSC Kuantan tentang kejadian seorang kru bot nelayan tersebut yang mengalami kecederaan serius di tangan.
Katanya, sebuah helikopter AW 139 dari Stesen Udara Subang kemudian ditugaskan untuk mengambil mangsa di Pulau Tioman yang ketika itu telah menerima rawatan awal di Klinik Kesihatan Pulau Tioman.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=1129&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_08.htm#ixzz2m1d719By 
Hakcipta terpelihara 

Dadah RM3.3 juta dilupus



ANGGOTA-ANGGOTA polis membakar pelbagai jenis dadah pada majlis Pelupusan Dadah Kontinjen Perak di Ipoh semalam.


IPOH - Polis melupuskan pelbagai jenis dadah bernilai kira-kira RM3.3 juta melibatkan sebanyak 3,582 bahan bukti perbicaraan kes pemilikan dadah di negeri itu di sini semalam.
Timbalan Pengarah II, Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner Jamaludin Kudin (gambar) berkata, kesemua dadah yang dilupuskan itu merupakan bahan bukti perbicaraan dari tahun 2000 hingga 2010.
"Dadah tersebut dilupuskan setelah menerima perintah mahkamah berikutan prosiding mahkamah sudah selesai dan tempoh rayuan bagi hukuman yang dikenakan kepada pesalah kes berkenaan telah tamat.
"Pelupusan dadah itu merupakan julung-julung kalinya dilakukan secara berkelompok dari 15 buah Ibu Pejabat Polis Daerah di Perak," katanya ketika ditemui pada majlis Pelupusan Dadah Kontinjen Perak di Kem Pasukan Gerakan Am Briged Utara, Hulu Kinta di sini semalam.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=1129&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_09.htm#ixzz2m1ban0SU 
Hakcipta terpelihara 

Seorang lelaki ditahan bersama sepucuk pistol, 50 butir peluru


29/11/2013 2:54pm

KUALA LUMPUR - Seorang lelaki dipercayai pengedar dadah dan ’lintah darat’ ditahan bersama sepucuk pistol jenis semi auto 9mm di Jalan Maharajalela, di sini pada Khamis lepas.
Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Polis (ACP) Zainuddin Ahmad berkata, suspek berusia 53 tahun itu ditahan sepasukan polis dari Unit Rondaan Bermotosikal Dang Wangi ketika menunggang motosikal dalam keadaan mencurigakan.
Menurut Zainuddin, hasil pemeriksaan ke atas suspek, polis menemui sepucuk pistol bersama 50 butir peluru hidup yang disembunyikan di dalam beg dan merampas 1,000 biji pil ecstasy disimpan di dalam beg tersebut.
"Hasil soal siasat, polis menyerbu rumah suspek di Kajang dan menahan seorang wanita warga Indonesia berusia awal 30-an dipercayai isteri suspek.
"Polis turut merampas dua paket pil ecstasy dan beberapa kad pinjaman ’Ah Long’,” katanya di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi di sini.
Zainuddin berkata, siasatan awal mendapati suspek dipercayai aktif mengedar dadah dan menjalankan kegiatan ceti haram di sekitar Lembah Klang. - Kosmo!


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=1129&pub=Kosmo&sec=Terkini&pg=bt_05.htm#ixzz2m1b9SdqC 
Hakcipta terpelihara 

Sederet lapan rumah kedai di Machang hangus


29/11/2013 2:43pm

MACHANG - Sederet lapan rumah kedai hangus dalam kebakaran di Kampung Membunga, Jalan Machang-Pasir Puteh di sini.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Machang, Zulkifli Osman berkata, kesemua barang dalam kedai separuh papan itu tidak sempat diselamatkan kerana api cepat marak dalam kejadian pukul 8.15 malam.
"Antara kedai yang musnah itu adalah kedai cermin dan aluminium, kedai
peralatan komunikasi, kedai runcit, kedai membaik pulih kusyen, kedai dobi dan bengkel kimpalan, membabitkan kerugian didakwa hampir RM500,000.
"Empat jentera bomba dengan 24 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Machang, Pasir Puteh, Tanah Merah dan pasukan bomba sukarela bertungkus lumus memadamkan kebakaran itu," katanya kepada pemberita di sini.
Zulkifli berkata, pihak bomba terpaksa mendapatkan bekalan air daripada parit berdekatan kerana bekalan air yang disalurkan ke kawasan itu oleh Air Kelantan Sdn Bhd berada pada tekanan rendah. - Kosmo!


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=1129&pub=Kosmo&sec=Terkini&pg=bt_04.htm#ixzz2m1YC6i2F 
Hakcipta terpelihara 

Tiga sekeluarga maut nahas


KEADAAN kereta Perodua Kancil yang remuk teruk selepas bertembung dengan lori dalam kemalangan di Nenasi, Pekan, Pahang, kelmarin.
KUANTAN 28 Nov. - Tiga sekeluarga maut manakala seorang lagi cedera parah setelah kereta dinaiki mereka bertembung dengan sebuah lori Jabatan Kerja Raya (JKR) di Kilometer 40, Jalan Pekan-Rompin, Nenasi dekat sini petang semalam.
Dalam kejadian pukul 5.30 petang itu, mangsa yang terbunuh ialah Rosmah Othman, 47, yang duduk di bahagian penumpang hadapan kereta Perodua Kancil bersama dua anaknya iaitu pemandu, Mohd. Haikal Syukri Razali, 19, dan penumpang belakang, Norzafirah, 11.
Seorang lagi anak Rosmah, Nurul Najila, 7, cedera parah dan kini ditempatkan di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini untuk rawatan lanjut. Mereka berasal dari Taman Wawasan Endau, Rompin.
Ketua Polis Daerah Pekan, Supritendan Yahya Othman berkata, kejadian berlaku apabila kereta dinaiki empat beranak dari Kuantan menghala pulang ke Rompin tiba-tiba memasuki laluan bertentangan lalu bertembung dengan lori dari arah hadapan.
"Pertembungan itu menyebabkan mereka tersepit dalam kereta dan tiga daripadanya maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala dan badan," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Yahya berkata, pemandu lori itu tidak mengalami kecederaan dengan kenderaan tersebut rosak di bahagian depan.
Katanya, mayat kesemua mangsa dihantar ke Hospital Pekan untuk dibedah siasat sebelum dituntut ahli keluarganya pada pukul 1 pagi bagi urusan pengebumian.
"Siasatan kini masih dijalankan bagi mengenal pasti punca kejadian dan kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," ujarnya.
Difahamkan, kesemua mangsa dibawa ke Masjid Sultan Haji Ahmad Shah, Tanjung Gemok, Rompin untuk disembahyangkan dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Tanjung Gemok di situ.
Dalam pada itu, menurut adik ipar Rosmah, Mohamad Shafie Mohd. Arifin, 55, kesemua mangsa dalam perjalanan pulang ke Rompin selepas menukar kereta dengan anak kedua wanita itu yang menuntut di Universiti Teknologi Mara (UiTM) cawangan Pahang di Jengka, Maran.
"Rosmah memberi pinjam kereta Nissan Almeera yang baru dibelinya dua bulan lalu kepada anaknya itu di Kuantan dan mengambil kereta Perodua Kancil untuk pulang bersama tiga lagi anaknya," katanya.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20131129/je_03/Tiga-sekeluarga-maut-nahas#ixzz2mDgz9l4H
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Eh itu Aishah..., kata ibu

Eh itu Aishah..., kata ibuDari kiri, Hasnah dan Siti Zawiyah menaruh harapan agar Aishah kembali semula ke negara ini.

JELEBU – “Saya berharap pihak kedutaan Malaysia dapat campur tangan membawa Aishah pulang," kata Siti Zawiyah Othman, 55, anak saudara Siti Aishah Abdul Wahab, 69, yang menjadi mangsa perhambaan domestik selama 30 tahun di London.

Menurut Siti Zawiyah, dia difahamkan, sehingga kini dia difahamkan ibu saudaranya, Kamar Mahtum atau dipanggilnya Makmok masih belum dapat bertemu dengannya di London.

Malah, katanya, sehingga jam 1 petang semalam, Siti Zawiyah diberitahu berkemungkinan peluang ibu saudaranya untuk bertemu Aishah adalah tipis.

"Saya hanya difahamkan oleh bapa saudara saya bahawa Aishah kini ditempatkan di sebuah hospital di London kerana dipercayai menghidap penyakit strok dan dijaga dengan baik.

“Walaupun urusan membawa pulang Aishah sukar, tapi saya amat berharap sekurang-kurangnya pihak berkuasa di sana dapat memberi peluang kepada Makmok untuk bertemu dengannya. Sebab itu saya berharap pihak kerajaan kita dapat membantu menyelesaikan masalah ini sekaligus membawa pulang ibu saudara saya,” katanya.

Menurutnya, dia dan saudara mara lain bersyukur kerana dapat mengetahui wanita itu adalah ibu saudaranya yang hilang, bagaimanapun pihak berkuasa di negara terbabit tidak pula memaklumkan lokasinya, walaupun sudah disahkan bahawa wanita itu adalah Aishah.

“Tapi saya risau jika usaha Makmok ke sana untuk bertemu Aishah dan membawanya pulang menemui jalan buntu kerana pelbagai prosedur yang dikenakan kerajaan Britain,” katanya ketika ditemui pemberita di Kampung Binjai, dekat sini semalam.

Siti Zawiyah berkata, Kamar hanya berada di London sehingga 4 Disember ini menerusi tajaan The Daily Telegraph bersama-sama dengan Hishamuddin Rais.

Sementara itu, Siti Zawiyah yang juga anak kepada Hasnah, 88, kakak sulung Aishah berkata, ahli keluarga tahu bahawa Aishah cenderung kepada ideologi berhaluan kiri kerana dia komited memperjuangkan nasib rakyat.

“Saya sendiri kali terakhir berjumpanya ketika berumur 11 tahun. Ketika masih masih kecil pun saya selalu bertanya dengan nenek kenapa makcik tidak menghantar surat.
“Kami tidak putus-putus mencari Aishah kerana kami tahu dia masih hidup. Semua ahli keluarga berharap kepulangannya di sini,” katanya.

Siti Zawiyah juga menyangkal dakwaan Aishah tidak menamatkan pengajian kerana tempat pengajiannya di London ada menghantar sijil pengajiannya menerusi pos di rumahnya di Gedung Lalang, Ampangan.

Dalam pada itu, Siti Zawiyah berkata, walaupun ibunya sudah lupa banyak perkara, namun dia juga berharap dapat bertemu dengan Aishah.
“Emak saya sudah pelupa kerana usianya sudah tua. Tapi bila dia tengok berita dalam televisyen dan gambar Aishah disiarkan dia akan kata ‘Eh itu Aishah…di manalah dia ambil gambar Aishah tu’,”katanya.

Sorok heroin dalam sofa

Sorok heroin dalam sofaAzman menunjukkan bahagian sofa yang digunakan suspek untuk menyembunyikan 990 gram heroin di sebuah rumah di Sungai Abong.

MUAR – Cubaan dua lelaki menyembunyikan heroin anggaran berat 990 gram, bernilai RM29,600 dalam sofa gagal apabila dadah terbabit ditemui dalam serbuan di sebuah rumah di Sungai Abong, di sini, Selasa lalu.

Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Azman Ayob berkata, dalam serbuan jam 1 petang itu, turut dijumpai dadah jenis syabu seberat 45 gram bernilai RM11,900 yang diletakkan di atas meja rumah berkenaan.

Menurutnya, tangkapan itu dilakukan sepasukan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik melalui risikan selepas menerima maklumat awam berkaitan kegiatan tersebut.

“Lelaki berusia 35 dan 43 tahun terbabit yang tidak mempunyai pekerjaan tetap ditahan semasa beristirahat dalam rumah sewa itu.

“Rampasan dadah bernilai RM41,500 boleh menampung kira-kira 5,180 penagih di sekitar daerah ini dan daerah berhampiran,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Muar, semalam.

Azman berkata, suspek berusia 35 tahun berasal dari Batu Pahat, manakala suspek berusia 43 tahun dari Segamat dipercayai baru tiga bulan beroperasi menjual dadah di daerah ini.

“Suspek berusia 35 tahun mempunyai enam rekod lampau yang mana lima daripadanya berkaitan kesalahan dadah dan kesalahan di bawah Seksyen 379 kanun keseksaan sejak tahun 1988 hingga 2008.

“Rakannya pula mempunyai empat rekod lampau yang dilakukan pada 1997 hingga 2011 berkaitan dadah dan satu kesalahan di bawah Seksyen 307 kanun keseksaan kerana cubaan membunuh,” katanya.
Katanya, melalui ujian air kencing, kedua-dua suspek didapati positif dadah jenis syabu.

“Kita percaya dengan penangkapan mereka, berjaya melumpuhkan satu lagi kegiatan sindiket dadah di daerah ini dan gerakan mengesan kumpulan lain juga sedang giat dilakukan.

“Siasatan lanjut akan dilakukan untuk mengetahui sumber mereka memperoleh bahan terlarang itu serta pasaran tempat penjualannya,” katanya.

Beliau memberitahu suspek ditahan reman sehingga 2 Disember ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dijatuhi hukuman gantung sampai mati jika sabit kesalahan.

Ungku Salleh sah cerai talak tiga

SINAR HARIAN
29 November 2013

SEPANG - Mahkamah Rendah Syariah di sini, memutuskan lafaz taklik dibuat bekas Ketua Pemuda Umno Selangor, Ungku Mohd Salleh Ungku Abdul Jamal terhadap isterinya, Zuraida Zainal Abidin antara Ogos hingga September 2010 adalah sah.

Hakim Syarie Rosdi Hanapi membuat keputusan itu selepas meneliti keterangan bertulis dan keterangan lisan kedua-dua pihak bagi permohonan pengesahan lafaz taklik yang difailkan Zuraida mengikut Seksyen 37 Enakmen Keluarga Islam Selangor 2003.

Hakim berkata, hasil soal balas, dan sumpah al mutamimmah yang dibuat defendan (Ungku Salleh) di hadapan mahkamah, pada 19 September lalu, mahkamah mendapati bahawa defendan telah melanggar syarat taklik yang telah dibuat pada 10 Ogos 2010.

Perkara itu dikuatkan apabila berlaku perkahwinan antara defendan dengan seorang wanita, Ayu Azsrini Azmi pada 19 Mei 2011.

“Mahkamah berpuas hati lafaz taklik yang dibuat di rumah mereka pada tarikh antara Ogos hingga September 2010 pada jam 2.30 pagi adalah sah

Menurut fakta kes, lafaz taklik yang dibuat Ungku Salleh itu menyatakan bahawa akan jatuh talak tiga sekiranya dia berkawan dan berhubungan dengan perempuan lain.

Dalam kejadian tersebut, Ungku Salleh menjunjung al-Quran dan melafazkan taklik selepas diminta Zuraida yang mendakwa bekas suaminya mempunyai hubungan sulit dengan wanita lain.

Warga Filipina miliki IC palsu ditahan

 SINAR HARIAN
29 November 2013

KUALA LUMPUR – Seorang bekas pembantu rumah warga Filipina berusia 55 tahun yang memiliki sekeping kad pengenalan palsu dengan modal hanya sekeping gambar dan RM300 telah dicekup imigresen Putrajaya.

Dia ditahan dalam satu Ops 6P Bersepadu yang dijalankan bersama Kementerian Dalam negeri (KDN) dan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) di sebuah pusat beli-belah, di sini, kelmarin.

Difahamkan, dia memperoleh kad pengenalan tersebut dari seorang rakannya yang memancingnya untuk mendapatkan kad pengenalan tersebut sebelum membayarnya.

Sebelum itu, wanita yang bekerja sebagai pengawal keselamatan ini memasuki Malaysia pada tahun 2000 menggunakan pasport dengan bekerja sebagai pembantu rumah.

Namun, disebabkan tidak mendapat gaji dari majikannya dia nekad berhenti pada tahun 2006 dan berkhidmat sebagai pengawal keselamatan di sini.

Timbalan Penolong Pengarahnya, Nik Shahanizam Ahmad berkata,  hasil soal siasat mendapati, wanita ini telah berkhidmat selama tujuh tahun di situ.

“Kerja yang dipohonnya pun hanya dengan menggunakan kad pengenalan palsu sahaja.

“Dia turut menggunakan nama Muilichit Binti Kunting pada pengenalannya dan berdasarkan kenyataan, itu bukan nama sebenarnya,” katanya.

Beliau berkata, dia telah menyerahkan wanita ini kepada JPN untuk tindakan lanjut.

Dalam masa sama, dua serbuan lain turut dijalankan di kondominium di sini. Hasilnya, seramai 25 orang telah diperiksa dan sembilan darinya adalah warga tempatan.

“Berdasarkan pemeriksaan tersebut, 11 warga asing dari Nepal yang berkhidmat sebagai pengawal keselamatan dan seorang tukang cuci warga Indonesia ditahan kerana tiada dokumen pengenalan diri. Kesemua ditahan akan ditempatkan di Depoh Imigresen KLIA dan disiasat di bawah Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 (pindaan 2002).

“Manakala, seorang wanita tempatan berusia 39 tahun merupakan penyelia kepada pengawal keselamatan turut ditahan kerana sengaja memberi perlindungan kepada individu yang melanggar peraturan akta,” katanya.

Menurutnya, penyelia ini akan disiasat di bawah Seksyen 56(1)(d) Akta Imigresen 1959/63 (Pindaan 2002).

Lori tangki bawa minyak terbakar

Lori tangki bawa minyak terbakarSeorang anggta bomba sedang memeriksa lori minyak kelapa sawit yang terbakar di Lebuhraya Duke, semalam

KUALA LUMPUR - Sebuah lori tangki yang membawa muatan 40 tan minyak kelapa sawit terbakar, selepas tayar kenderaan itu meletup beberapa kali dalam kejadian di Kilometer 3.9 Lebuhraya Duke dari arah Gombak menghala ke Plaza Tol Jalan Duta, di sini, petang semalam.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur Azizan Ismail berkata, dalam kejadian kira-kira jam 1.30 petang itu, kesemua 16 tayar lori tangki itu meletup, sebelum kenderaan tersebut terbakar.

Beliau berkata, pihaknya menerima panggilan pada jam 1.31 petang, sebelum jentera pertama tiba di lokasi kejadian kira-kira 22 minit kemudian akibat kesesakan lalu lintas.
Menurutnya, api berjaya dikawal sepenuhnya pada jam 2.02 petang dan dipadam sepenuhnya kira-kira 45 minit kemudian.

Katanya, bomba juga dapat mengawal tumpahan minyak kelapa sawit daripada merebak ke seluruh jalan.

"Tiada kemalangan jiwa dilaporkan dan ketika kejadian, hanya pemandu lori sahaja yang berada dalam kenderaan tersebut.

"Dia tidak mengalami sebarang kecederaan dan sempat keluar menyelamatkan diri," katanya ketika dihubungi, semalam.

Azizan berkata, siasatan menunjukkan kebakaran dipercayai berpunca daripada masalah mekanikal iaitu brek, namun, siasatan sedang dijalankan bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian.

Difahamkan lori tangki terbabit dalam perjalanan untuk ke Pelabuhan Klang dari Temerloh.

Beliau berkata, pihak berkaitan diingatkan supaya meletakkan tanda atau logo bagi menunjukkan bahan yang dibawa pada setiap lori.

“Dengan adanya logo ini, ia akan memudahkan bomba untuk melakukan kerja-kerja menyelamat dan memadamkan kebakaran,” katanya.

Dalam operasi tersebut seramai 42 anggota bomba daripada enam buah balai terlibat dalam operasi pemadaman.

Butiran diri diperguna sindiket

Butiran diri diperguna sindiketZatamah memeriksa penggunaan namanya di laman sosial yang turut mengundang caci maki orang ramai disebabkan sindiket penipuan itu.

KUANTAN – Dipergunakan sindiket penipuan rumah sewa, nama seorang kakitangan awam, Zatamah Yahya, 52 melonjak secara tiba-tiba di internet terutamanya di laman web sewa beli seperti Ibilik.com dan Majalah.com.

Hasil enjin pencarian “Zaharah Yahya” menerusi Google mendapati nama itu menjadi perbualan hangat dan caci hamun orang ramai kerana didakwa menjadi dalang satu sindiket penipuan rumah sewa di sekitar Kuala Lumpur dan Putrajaya.

Bagaimanapun, pemilik nama berkenaan yang kini bekerja sebagai Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Kuantan menafikan sekerasnya dakwaan itu danmengaku butir-butir peribadinya telah disalah guna oleh pihak tidak bertanggungjawab.

Zaharah berkata, dia sudah menyedari tentang kes berkenaan sejak Jun lalu apabila salah seorang mangsa yang ditipu berjaya menghubunginya selepas pihak menabur janji lesap begitu sahaja.
“Saya terkejut apabila beberapa mangsa menelefon saya menerusi talian pejabat dan mereka meminta penjelasan tentang bayaran deposit rumah sewa yang telah dijelaskan.

“Saya tidak tahu menahu tentang perkara itu dan apabila diselidik di internet, ada pihak menggunakan nama dan nombor kad pengenalan saya.

“Saya syak nama dan maklumat diri diambil menerusi blog JKM serta dengan menggunakan maklumat itu ramai yang sudah menjadi mangsa.

“Ada yang kerugian hampir mencecah RM2,000, dan paling kurang RM100 serta mereka dikaburi dengan gambar rumah yang ditunjukkan menerusi e-mal serta tanpa ragu-ragu terus membuat pemindahan wang deposit.

“Apabila dihubungi semula sudah tidak dapat dikesan dan selepas itu barulah mangsa selidik serta berjaya mendapatkan nombor saya menerusi laman web JKM.

“Pihak tidak bertanggungjawab telah menggunakan nama dan butiran diri menyebabkan orang di luar sana mudah percaya tanpa berfikir panjang mereka sebenarnya sudah terperangkap,” katanya kepada Sinar Harian, di sini, semalam.

Katanya, dia sudah membuat laporan polis mengenai kes itu sejak lima bulan lalu tetapi sehingga kini aktiviti penipuan menggunakan namanya didapati masih aktif.

“Nama baik saya tercemar kerana kes ini, orang lain yang kaut untung dengan menipu tetapi saya menerima akibatnya termasuk dimaki hamun di laman sosial.

“Walaupun sudah lama membuat laporan polis, kes ini didapati masih aktif sekarang dan jika dilihat menerusi laman sosial kes terbaru masih menggunakan nama saya ialah pada Oktober serta November.

“Walaupun menggunakan butiran diri saya, pihak berkenaan menggunakan akuan di atas nama sebuah syarikat bagi urusan pembayaran wang deposit.

“Saya hairan kenapa akuan berkenaan masih aktif dan tidak dibekukan bagi mengelak lebih ramai tertipu.

“Penipuan ini agak teliti kerana turut disertakan dengan surat perjanjian dan saya amat berharap ia ditumpaskan segera supaya dapat membersihkan nama saya, sekali gus mengelak lebih ramai tertipu,” katanya.

Maut kemalangan selepas samun

Maut kemalangan selepas samunAnggota bomba cuba mengeluarkan mayat mangsa yang tersepit dalam kereta akibat bertembung dengan sebuah lori di Jalan Simpang Temin, Felda Lasah, Sungai Siput.

SUNGAI SIPUT - Seorang wanita berdepan detik cemas apabila kereta dan wang kutipan Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) yang dibawanya dilarikan tiga lelaki di sini, kelmarin.

Dalam kejadian itu, mangsa yang sedang memandu kereta Proton Saga BLM dihimpit sebuah kereta Proton Wira dinaiki tiga lelaki dan memaksanya untuk memberhentikan kereta.
Ketua Polis Daerah Sungai Siput, Superintendan Azman Salim berkata, seorang daripada suspek keluar dan mengugut mangsa supaya keluar dari kereta dan melarikan kenderaan itu bersama wang dianggarkan puluhan ribu ringgit hasil kutipan duit AIM dari cawangan berdekatan.

Menurutnya, ketika suspek cuba melarikan diri, kereta yang dinaiki mereka bertembung dengan sebuah lori di Jalan Simpang Temin, Felda Lasah, Sungai Siput dan menyebabkan kedua-duanya maut.

"Suspek yang memandu kereta berkenaan berusia 42 tahun dari Kampung Bahagia Sungai Siput, maut di tempat kejadian manakala rakannya berusia 37 tahun dari Kampung Suak Petai, Manong maut di Hospital Sungai Siput.

“Seorang lagi rakan suspek yang belum dikenal pasti identitinya sempat melarikan diri. Polis masih mengenal pasti identiti suspek yang masih melarikan diri dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan Seksyen 395 Kanun Keseksaan,” katanya.

Dalam pada itu, Azman mengesahkan mangsa samun tidak cedera dan hanya ditinggalkan di tepi jalan. Pihak polis juga berjaya menemui semula barangan milik mangsa yang disamun termasuk wang tunai.

Perjalanan terakhir tiga beranak



KEADAAN kereta Perodua Kancil yang terlibat dalam kemalangan ngeri sehingga 
mengorbankan tiga beranak di Pekan, Pahang kelmarin.


PEKAN - Perjalanan pulang empat beranak ke rumah mereka di Endau, Rompin berakhir dengan tragedi apabila tiga daripadanya maut selepas kereta Perodua Kancil yang dinaiki mereka bertembung dengan sebuah lori kelmarin.
Kejadian pada pukul 5.30 petang di Kilometer 40, Jalan Pekan-Rompin di sini itu mengorbankan Rosmah Othman, 47, dan dua anaknya, Mohd. Haikal Syukri Razali, 19, pemandu kereta dan Norzafirah, 12.
Seorang lagi anak Rosmah, Nurul Najila, 7, cedera parah di kepala dan dirawat di Hospital Pekan dekat sini.
Ketika kejadian, keluarga itu dalam perjalanan pulang ke rumah di Taman Wawasan 1, Endau selepas menghantar kereta jenis Nissan Almeera kepada anak kedua Rosmah yang menuntut di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Jengka dekat Maran.
Ketua Polis Daerah Pekan, Superintendan Yahaya Othman berkata, kemalangan dipercayai berlaku apabila kereta Perodua Kancil yang dinaiki keluarga itu terbabas lalu memasuki laluan bertentangan sebelum bertembung dengan sebuah lori.
"Ekoran rempuhan itu, kereta Perodua Kancil tersebut remuk menyebabkan kesemua mangsa tersepit dan tiga daripadanya meninggal dunia di tempat kejadian.
"Pemandu lori pula tidak cedera walaupun dua tayar hadapan kenderaan itu tercabut," katanya ketika dihubungi semalam.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=1129&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_06.htm#ixzz2lzy52NgG 
Hakcipta terpelihara 

578 aduan kes tipu gores, menang



HASAN (kanan) berbual dengan murid-murid yang menerima bantuan persekolahan sempena Program Jualan Kembali Ke Sekolah di Kuala Pilah semalam.


KUALA PILAH – Sebanyak 578 aduan penipuan membabitkan peraduan gores dan menang di seluruh negara dilaporkan kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) bagi tempoh Januari hingga Oktober tahun ini.
Menterinya, Datuk Hasan Malek memberitahu, Kuala Lumpur mencatatkan jumlah aduan tertinggi iaitu 185 kes diikuti Johor 125 kes dan Negeri Sembilan sebanyak 86 kes.
“Semua aduan yang diterima ini akan disiasat dengan teliti dan kita akan mengambil tindakan sewajarnya berdasarkan undang-undang yang sedia ada terhadap pihak terbabit.
“Saya menasihatkan orang ramai supaya berhati-hati dan tidak tertipu dengan tindakan syarikat tidak bertanggungjawab ini serta segera melaporkan kegiatan ini kepada pihak berkuasa,” katanya selepas merasmikan Program Jualan Kembali Ke Sekolah di Pasar Raya Giant di sini semalam.
Hasan berkata, modus operandi mereka yang menjalankan kegiatan itu biasanya akan cuba mendekati mangsa di kawasan tumpuan ramai seperti di pasar raya dan tempat letak kereta selain kawasan kampung.
Pada majlis itu, Hasan yang juga Ahli Parlimen Kuala Pilah turut menyampaikan bantuan persekolahan kepada 106 murid sekolah yang mencatatkan keputusan cemerlang dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah baru-baru ini.

Personaliti TV ditahan liwat budak


Riyadh: Polis agama Arab Saudi menahan seorang penyampai program rancangan kanak-kanak sebuah rancangan televisyen tempatan kerana didakwa meliwat kanak-kanak lelaki di negara itu.

Personaliti itu ditahan ketika berjalan di pusat beli-belah bersama seorang budak lelaki berusia sembilan tahun.

Pihak berkuasa bertindak atas aduan seorang wanita yang mendakwa lelaki terbabit menggunakan perkataan lucah melalui telefon bersama anaknya.



- Agensi