Search This Blog

Tuesday, November 26, 2013

Perbuatan kejam penternak arnab

Perbuatan kejam penternak arnabArnab diperlaku kejam sebelum bulunya disiat.

BEIJING - CHINA . Penternak arnab di China sanggup bertindak zalim menyiat bulu haiwan itu demi keuntungan berganda.

Dalam keadaan kaki dan tangan diikat, bulu arnab disiat dua hingga tiga bulan sekali. Selepas itu, arnab dibiarkan pulih dalam sangkar kotor hingga ada yang terkena jangkitan.

Pengarah hak asasi haiwan Peta Britain Mimi Bekhechi berkata, arnab berusia dua dan lima tahun dibunuh jika bulunya tidak tumbuh.

"Kami memboikot baju sejuk atau selendang tertulis angora," katanya. - Mail Online

Langsuir ganggu penduduk


Langsuir ganggu penduduk
Orang ramai meninjau kawasan yang dikatakan penduduk terserempak dengan langsuir.
Langsuir ganggu penduduk
Penduduk menunjukkan lokasi seorang penduduk mendakwa melihat lembaga berterbangan berhampiran Kampung Tasek.
Langsuir ganggu penduduk
Tinjauan Sinar Harian menemukan sekumpulan anak muda yang berminat dengan aktiviti paranormal di Gong Lapang.
Langsuir ganggu penduduk
Kumpulan penduduk yang berminat merungkai misteri langsuir meninjau kawasan berhampiran Gong Tinggi.
PASIR PUTEH - Cerita langsuir mengganggu penduduk yang sebelum ini hanya diketahui penduduk di beberapa kampung di sini dan Jerteh, Terengganu akhir-akhir ini menjadi perbualan hangat apabila isu itu tersebar melalui laman sosial.

Cerita itu menarik perhatian penduduk dari luar kawasan yang memasuki kampung terlibat seperti Kampung Gong Tinggi, Gong Pasir, Kampung Tasek, Gong Lapang (Pasir Puteh) dan Kampung Penaga Putar (Jerteh) secara berkumpulan.

Tinjauan Sinar Harian mendapati ada penduduk mengakui terserempak dengan lembaga berambut panjang yang berterbangan sambil mengilai dengan suara mengerikan tapi ada sesetengah penduduk menafikannya.


Rujuk mereka yang layak 

Pegawai Agama Jajahan, Ahmad Talhah Ab Rahman berkata, beliau tidak jelas mengenai perkara itu kerana hanya mengetahui cerita mengenai langsuir itu melalui Facebook.

“Susah nak cakap sebenarnya. Tak nak percaya tak boleh juga kerana kita kena ingat Islam juga mengajar umatnya mempercayai perkara ghaib seperti wujudnya jin dan syaitan.

“Cuma jangan kita panik dan terlalu takut kerana ia boleh menjejaskan iman. Kena sama-sama jaga akidah dengan sentiasa merujuk kepada pakar atau orang yang layak membicarakannya,” katanya.

Beliau tidak menafikan ada mendengar cerita mengenai bomoh yang berjaya ‘menangkap hantu’ namun katanya, perlu berhati-hati kerana jin juga mungkin menipu dengan berpura- pura terperangkap.

Ahmad Talhah berkata, sekali pun langsuir didakwa penduduk itu betul, makhluk itu tidak memudaratkan kerana ia mungkin jin yang mahu mengganggu manusia.


Suara mengerikan

Penduduk Kampung Penaga Putar, Tuan Muda Tuan Mat, 48, berkata, dia melihat kelibat lembaga yang berterbangan sambil mengilai panjang ketika pulang ke rumah dengan menunggang motosikal jam 12 tengah malam, minggu lalu.

Katanya, walaupun tidak nampak dengan jelas ketika dia memberhentikan motosikal, suara lembaga itu menyebabkan bulu romanya meremang dan memaksanya bergegas pulang.

Perasaan takut datang lagi ketika saya tersedar dari tidur pada malam itu. Sebelum ini saya ada dengar orang kampung cerita pasal langsuir tetapi saya tidak percaya sehinggalah saya berdepan dengannya.

"Saya pernah beberapa kali terserempak dengan hantu. Suara langsuir menyeramkan tapi saya tak endahkan,’ katanya.


Sudah dipasung

Seorang bomoh dari Kampung Gong Manak, Ramli Yusof, 41, ketika ditemui mendakwa telah menangkap kesemua empat langsuir yang mengganggu penduduk iaitu dua di Gong Pasir, satu di Gong Tinggi dan satu di Gong Lapang.

Katanya, lembaga dengan ketinggian paras pinggangnya itu ditangkap dengan bantuan seorang rakan tidak sampai 10 minit dengan menggunakan ayat al-Quran.

“Saya ‘memasungkannya’ di satu tempat khusus dan akan ‘menghantarnya balik ke tempat asal’ selepas 40 hari ditangkap. Saya tidak tahu dari mana ia datang kerana inilah kali pertama saya menangkap langsuir.

“Sebelum menangkap, saya membaca jampi di rumah dan ketika itu, penduduk memberitahu terdengar langsuir berteriak seperti kesakitan, bukan lagi mengilai,” katanya yang terlibat dengan aktiviti seperti itu sejak empat tahun lalu.

Doktor gigi bersalah sembelih anak, pembantu


Ghaziabad (India): Sepasang suami isteri semalam didapati bersalah menyembelih anak perempuan mereka dan seorang pembantu selepas kes itu dibicarakan sejak lima tahun lalu.

Rajesh dan Nupur Talwar disabitkan kesalahan membunuh Aarushi, 14, dan seorang pekerja warga Nepal, Hemraj Banjade, dengan menyembelih mangsa menggunakan pisau pembedahan gigi di rumah mereka di New Delhi pada 2008.

Mayat Aarushi ditemui polis di atas katilnya dengan leher mangsa terpotong pada Mei tahun berkenaan.

Awalnya polis mengesyaki pembunuhan itu dilakukan Hemraj tetapi siasatan bertukar arah selepas pihak berkuasa menemui mayat reput lelaki terbabit disembunyikan di bumbung sehari kemudian.

Penyiasat mendakwa Aarushi dibunuh ibu bapanya kerana tertuduh menemui mangsa dalam situasi “tidak boleh diterima” tetapi pasangan terbabit mendakwa mereka menjadi mangsa kegagalan siasatan polis selama bertahun-tahun.



Pendakwa R K Saini berkata, tertuduh didapati bersalah dan memusnahkan bahan bukti.

- AFP

Libas samurai elak dicekup


ALOR SETAR – Tindakan nekad seorang pengedar dadah menyerang anggota polis dengan dua bilah pedang samurai mengundang padah apabila dia cedera parah selepas ditembak di perut dalam kejadian di sebuah rumah di Kampung Baru, Sungai Tiang, Pendang dekat sini kelmarin.
Kejadian pukul 11.15 malam itu berlaku apabila suspek berusia 26 tahun itu cuba melarikan diri daripada diberkas sepasukan polis yang diketuai Ketua Balai Polis Pendang, Sub Inspektor Ismail Mohamad.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kedah, Asisten Komisioner Nashir Ya memberitahu, sebaik pintu rumah dibuka, pihaknya terus menahan dua lelaki yang berada di dalam bilik.
Katanya, melihatkan keadaan itu, suspek cuba melarikan diri dengan merempuh tingkap yang ditutup dengan papan lapis sebelum bertindak menyerang polis dengan dua bilah pedang samurai.
“Suspek terus melibas-libaskan pedang tersebut walaupun diarahkan menyerah diri. Polis yang ingin mempertahankan diri kemudian telah melepaskan tembakan yang mengenai perut suspek.
“Pemeriksaan di rumah itu menemui 200 gram heroin dan sebuah motosikal jenis Yamaha curi yang dilaporkan hilang di Ulu Bernam, Selangor,” katanya pada sidang akhbar di sini semalam.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=1126&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_02.htm#ixzz2ljzT9MSR 
Hakcipta terpelihara 

Tangani ajaran Syiah

Oleh MAZLINA ABDUL MAJID

JOHOR BAHRU - Menteri Besar Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin mahu komponen silibus mata pelajaran Pendidikan Islam di sekolah-sekolah agama termasuk kolej-kolej Islam di negeri ini diteliti semula bagi menangani ajaran Syiah dan liberalisme.
Pada masa sama, Mohamed Khaled menyarankan agar para sarjana dan ahli akademik memainkan peranan dengan menggunakan pendekatan intelektual bagi menangani penyebaran fahaman yang bertentangan dengan ajaran Islam itu.
"Bagi menangani ajaran Syiah dan liberalisme, tidak cukup dengan bergantung kepada undang-undang atau penguatkuasaan semata-mata.
"Sebaliknya, para sarjana dan ahli akademik perlu memainkan peranan penting supaya masyarakat dapat membezakan antara yang benar dan salah.
"Sudah sampai masanya kita meneliti kembali silibus Pendidikan Islam di sekolah agama dan kolej Islam di negeri ini kerana pelajar bukan sahaja perlu diajar tentang akidah Islam sebenar, tetapi juga berkaitan penyelewengan akidah," katanya.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=1126&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_04.htm#ixzz2ljyyZB8G 
Hakcipta terpelihara 

Proses dadah dalam rumah

Oleh NOOR HASLIZA NUSI


ABDUL RAHIM (kiri) menunjukkan sebahagian dadah yang dirampas daripada lima individu pada sidang akhbar di George Town, Pulau Pinang semalam.


GEORGE TOWN – Kegiatan haram seorang lelaki Singapura yang menjadikan sebuah rumah sebagai makmal memproses dadah terbongkar apabila dia diberkas bersama pelbagai jenis bahan khayal bernilai RM1.1 juta dalam serbuan di sebuah flat di Paya Terubong di sini Jumaat lalu.
Selain suspek, polis turut memberkas dua lelaki tempatan dan dua wanita China di Jelutong dan Tanjung Tokong pada pukul 10.40 malam. Kesemua mereka berusia antara 22 hingga 33 tahun.
Lelaki Singapura itu merupakan dalang sindiket berkenaan.
Difahamkan, serbuan dilakukan selepas polis menjalankan siasatan lanjut berhubung penemuan dadah bernilai RM14.6 juta dalam sebuah pangsapuri di Jelutong dan penahanan seorang lelaki tempatan di China pada 2 November lalu.
Ketua Polis negeri, Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata, pihaknya menahan dua lelaki ketika menyerbu flat berkenaan.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=1126&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_05.htm#ixzz2ljyczCBA 
Hakcipta terpelihara 

Polis buru Robin Hai


ROBIN HAI


KUALA LUMPUR – Seorang lelaki yang menjadi buruan polis sejak tahun 2000 disyaki mendalangi satu sindiket mencuri kenderaan untuk dijual dengan harga murah kepada pelanggan di Timur Tengah dan negara jiran.
Lelaki berkenaan, Robin Hai, 49, dari Nibong Tebal, Pulau Pinang dicari kerana disyaki mendalangi hampir kesemua kes kecurian kenderaan di negara ini.
Difahamkan, Robin dan konco-konconya terlibat hampir 80 peratus daripada 1,350 kes kecurian kenderaan yang dilaporkan pada bulan lalu.
Ketua Penolong Pengarah Unit Risikan Jenayah (D4) Bukit Aman, Asisten Komisioner Abd. Manaf Abd. Razak berkata, Robin disyaki telah bergiat sejak enam tahun lalu dan menjadi buruan sebanyak lapan kali antara tahun 2000 hingga 2007.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=1126&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_06.htm#ixzz2ljyQdxQe 
Hakcipta terpelihara 

3 remaja pemilik laman web haram

Oleh SYALMIZI HAMID


MOHD. ROSLAN (dua dari kanan) menunjukkan peralatan yang dirampas daripada tiga remaja terbabit di Putrajaya semalam.


PUTRAJAYA – Kegiatan tiga orang remaja yang menjadi pengendali laman web muat turun filem tempatan dan luar negara secara haram akhirnya memakan diri apabila diserbu penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) baru-baru ini.
Lebih mengejutkan, dua daripada remaja terbabit kini mengambil peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan seorang baru sahaja tamat Penilaian Menengah Rendah (PMR).
Pengarah Bahagian Penguat Kuasa KPDNKK, Mohd. Roslan Mahayudin berkata, tiga remaja berusia 15 hingga 18 tahun itu dikenalpasti mengendalikan tiga laman sesawang muat turun secara haram iaitu web www.allinoneatheremovies.blogspot.com, www.pjsenter.com dan www.piratebytez.com.
Katanya, penguat kuasa KPDNKK berjaya menjejak remaja terbabit di kediaman ibu bapa masing-masing iaitu satu di Selangor dan dua di Pulau Pinang dalam serbuan menerusi Ops Spyglass pada Oktober dan November lalu.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=1126&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_10.htm#ixzz2ljxwD1D8 
Hakcipta terpelihara 

Gunung Sinabung hambur gas


BEBERAPA penduduk menyaksikan Gunung Sinabung menghamburkan asap di Tiga Pancur, Sumatera semalam.


JAKARTA - Pihak berkuasa Indonesia semalam meminta penduduk berhampiran Gunung Sina- bung supaya meninggalkan kediaman mereka selepas gunung berapi di Pulau Sumatera itu terus menghamburkan gas panas ke udara.
Agensi Pengurusan Bencana Kebangsaan mengarahkan penduduk di 17 buah kampung di daerah Karo, Sumatera Utara supaya berpindah ke pusat-pusat perlindungan.
Pihak berkuasa meningkatkan amaran pada tahap tertinggi kelmarin selepas gunung berapi setinggi 1,143 meter itu meletus sembilan kali pada hujung minggu lalu.
Perkembangan tersebut memaksa beribu-ribu penduduk meninggalkan rumah mereka, sekali gus meningkatkan jumlah perpindahan kepada lebih 15,000 orang.
Sebanyak enam letusan berlaku pada awal pagi.
Gunung itu menghamburkan lahar dan gas sehingga 1.5 kilometer ke udara serta debu setinggi 2,000 meter.
Namun, tiada sebarang laporan kematian berlaku sejak Gunung Sinabung kembali aktif pada Septem- ber lalu.
Gunung berapi berkenaan tidak aktif selama 400 tahun sebelum ia meletus semula pada Ogos 2010.
Terdapat hampir 130 gunung berapi yang masih aktif di seluruh ke- pulauan Indonesia. - Agensi


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=1126&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_01.htm#ixzz2ljssGvJ4 
Hakcipta terpelihara 

Bekas guru percaya adiknya jadi hamba di London

Bekas guru percaya kakaknya jadi hamba di LondonSiti Aishah Abdul Wahab - Foto Ihsan The Telegraph oleh Dean Nelson

SHAH ALAM - Sebuah keluarga di Negeri Sembilan mengesahkan wanita yang didakwa menjadi hamba selama 30 tahun di London adalah anggota keluarga mereka yang hilang selepas menyertai kumpulan Maoist di sana.

Guru pencen, Kamar Mautum Abdul Wahab dari Jelebu berkata, beliau yakin adiknya yang berumur 69 tahun, Siti Aishah Abdul Wahab adalah wanita Malaysia yang ditahan oleh pemimpin kumpulan Komunis Mao sejak 30 tahun lalu.

Kehilangan Aishah katanya menyebabkan keluarganya berasa cukup sedih. Malah ujar Kamar, ibunya telah meninggalkan wasiat supaya Aishah  dijejaki.

"Saya sangat sedih tanpa dia di sini tahun demi tahun. Dia sangat berbakat, dia juga menjadi buah hati pada emak saya. Emak menyebut namanya sebelum menutup matanya.

"Bila emak saya meninggal, dia (Aishah) tidak mahu bercakap dengan kami dan saya tidak boleh berbuat apa-apa," katanya dipetik The Daily Telegraph.

Aishah belajar di sekolah yang paling elit di Malaysia dan mendapat anugerah biasiswa Komanwel untuk belajar dalam bidang Juruukur Bahan di London.

Dia berlepas ke Britain pada tahun 1968 bersama tunangnya dan berhasrat untuk mencapai cita-cita untuk keluarga tetapi kemudiannya terlibat dengan kegiatan politik melampau yang menyebabkan dia melupakan segala-galanya untuk mengikut ajaran Maoist.

Dia terpengaruh dengan Aravindan Balakrishnan dan rakannya, Chanda, telah ditangkap minggu lalu atas dakwaan menahan tiga wanita tanpa kerelaannya melebihi tiga dekad di London.

Kanak-kanak 8 tahun janda termuda India


2013/11/26

Tweet
Lucknow: Seorang kanak-kanak berusia lapan tahun menjadi janda paling muda di India selepas ibu bapanya memfailkan permohonan cerai bagi pihaknya sekali gus mencetuskan perdebatan antara perkahwinan terlarang dan gesaan kerajaan supaya satu siasatan dijalankan ke atasnya.

Akhbar Daily Mail melaporkan, kanak-kanak perempuan itu dikahwinkan ketika berusia empat tahun dengan seorang budak lelaki berusia 10 tahun dari perkampungan yang sama di Uttar Pradesh.


Bagaimanapun, minggu lalu, empat tahun selepas perkahwinan dilangsungkan, suami kanak-kanak itu yang sudah berusia 14 tahun datang ke rumah keluarga mentuanya untuk membawa isterinya yang kini berusia lapan tahun, pulang ke rumah keluarganya.

Timbul kemarahan

“Ketika itu, ibu bapa kanak-kanak perempuan terbabit mula menyedari bahawa anak mereka terlalu muda dan meminta suaminya menunggu sehingga dia berusia 18 tahun, sebelum boleh ke rumah keluarga mentuanya.

“Permintaan ibu bapa kanak-kanak itu menimbulkan kemarahan kepada keluarga pihak lelaki menyebabkan berlaku pergaduhan dan membuatkan bapa kanak-kanak perempuan itu memfailkan tuntutan cerai bagi pihak anaknya,” lapor akhbar itu.

Sementara itu, Suruhanjaya Kebangsaan Bagi Hak Wanita India kini mengambil alih kes itu. AGENSI

Demonstrasi bantah Yingluck

Demonstrasi bantah YingluckRibuan penunjuk perasaan mengibar bendera ketika mengadakan bantahan besar-besaran di Bangkok, semalam. - Foto AFP

Penunjuk perasaan kuasai dua bangunan kementerian

Bangkok: Penunjuk perasaan anti kerajaan menyerbu Kementerian Luar di Bangkok dan menduduki bangunan kerajaan kedua paling penting itu semalam.

Tindakan dilakukan beberapa jam selepas mereka menyerbu masuk dan menguasai kementerian kewangan, sambil mengancam akan merampas lebih banyak bangunan kerajaan, ketika tunjuk perasaan untuk menggulingkan Perdana Menteri Yingluck Shinawatra semakin memuncak.
Jurucakap kementerian luar, Sek Wannamethee, berkata beratus-ratus penunjuk perasaan memecahkan pagar bangunan dan masuk ke halaman bangunan itu.


“Ramai kakitangan sedang bekerja ketika kejadian berlaku.

Penunjuk perasaan meminta mereka meninggalkan bangunan dan tidak kembali bekerja esok. Penunjuk perasaan menguasai kawasan luar bangunan tetapi tidak masuk ke dalam,” katanya.

Pelajar sekolah tinggi diupah terima bungkusan dadah



GAMBAR yang tidak bertarikh menunjukkan topi keledar (kiri) yang mengandungi dadah ephedrine yang disembunyikan oleh sindiket dadah antarabangsa.


SYDNEY - Beberapa sindiket dadah antarabangsa mengupah para pelajar menggunakan alamat mereka untuk menerima bungkusan dadah di Australia, lapor beberapa agensi berita semalam.
Menurut pihak berkuasa, sindiket jenayah antarabangsa itu menggunakan para pelajar sekolah tinggi dengan upah melibatkan ratusan dolar.
Pihak Perkhidmatan Perlindungan Sempadan dan Kastam Australia (ACBPS) memberi amaran kepada keluarga dan pegetua sekolah tentang penggunaan pelajar sekolah tinggi itu sebagai cara untuk membawa masuk dadah ke Australia.
Dadah itu dipercayai kerap disembunyikan di dalam topi keledar atau lampu kecil yang dihantar ke alamat rumah para pelajar sebelum ia diserahkan kepada anggota-anggota sindiket dadah tersebut.
Menurut pihak ACBPS, dua remaja berdepan dakwaan menerima bekalan dadah dari sindiket tersebut.
Menurut agensi berita AAP, dua pelajar sekolah tinggi itu dipercayai mendapat upah beberapa ratus dolar untuk menerima bungkusan yang mengandungi dadah yang diharamkan sebelum mereka menghantarnya kepada anggota sindiket tersebut.
Salah satu bungkusan itu mengandungi bahan ephedrine yang boleh menghasilkan dadah ais.
Seorang pengarah wilayah ACBPS, Tim Fitzgerald berkata, anggota sindiket itu akan mendekati para pelajar menerusi Facebook, Twitter atau berkunjung ke sekolah mereka. - Agensi


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=1126&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_02.htm#ixzz2litrPt9h 
Hakcipta terpelihara