Search This Blog

Monday, November 25, 2013

Ibu maut lepas ziarah anak

Ibu maut lepas ziarah anakSerpihan daripada kemalangan yang mengorbankan nyawa Patimah. 

PONTIAN - Seorang ibu sembilan anak maut selepas terlibat dalam nahas membabitkan dua kenderaan ketika dalam perjalanan pulang ke rumah selepas menziarahi anaknya di Ayer Baloi, di sini, petang kelmarin.

Dalam kejadian, kira-kira jam 6.30 petang di Kilometer 66 Jalan Johor Bahru-Batu Pahat itu, mangsa, Patimah Ibrahim, 65, penumpang bahagian belakang kereta jenis Poton Saga, meninggal dunia di tempat kejadian.

Ketua Polis Daerah Pontian, Superintenden Zahaliman Jamin berkata, kereta dinaiki tiga beranak itu dalam perjalanan menuju ke Pontian dari arah Batu Pahat.

“Anak bongsunya, Sharina Bon, 27, yang memandu kenderaan tersebut mengalami kecederaan ringan, manakala anak kelimanya Suhaila, 34, yang duduk di bahagian hadapan, cedera di kaki dan kini dirawat di Hospital Sultanah Aminah (HSA) Johor Bahru.

“Insiden dipercayai berpunca daripada sebuah kereta dari arah bertentangan hilang kawalan lalu melanggar kereta yang dinaiki keluarga itu,” katanya.

Sementara itu, Sharina yang ditemui di rumahnya di Kampung Parit Wahab, Kayu Ara Pasong, masih dalam keadaan terkejut.

Dia yang bekerja sebagai jururawat di Klinik Desa Parit Semerah memberitahu, ibunya tidak menunjukkan sebarang perubahan sikap dan ceria apabila bertemu dengan cucu-cucunya.

“Kejadian berlaku sangat pantas, saya hanya ingat sebuah kereta berwarna kuning tiba-tiba muncul dan merempuh kereta saya.

“Selepas kemalangan berlaku, orang ramai datang membantu kami dan saya minta mereka keluarkan ibu yang duduk di bahagian belakang.

“Saya cuba periksa nadi pada pergelangan tangan ibu, tetapi tuhan lebih menyayangi ibu,” katanya.

Jenazah Patimah telah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Parit Haji Siraj, Kayu Ara Pasong, tengah hari semalam.

Belasah anak saudara dengan kayu

Belasah anak saudara dengan kayuMuhamad mengaku bersalah dengan sengaja menyebabkan kecederaan terhadap anak saudaranya.

 KUALA TERENGGANU - Tidak berpuas hati apabila tali penyidai kain di rumahnya dipotong, dipercayai perbuatan anak saudaranya, seorang warga emas membelasah mangsa menggunakan sebatang kayu dan menyimbah badan mangsa dengan cecair ‘2-Butoxyethanol’, dalam satu kejadian 11 Mac lalu.

Susulan perbuatan itu, Muhamad Draman, 60, dijatuhi hukuman penjara tujuh hari dan denda RM3,000 atau tiga bulan penjara lagi jika gagal menjelaskan denda tersebut oleh Mahkamah Majistret, di sini, semalam.

Keputusan itu dibuat Majistret Abdul Hayyi Salim selepas Muhamad mengaku bersalah dengan sengaja menyebabkan kecederaan kepada anak saudaranya, Shuhaimi Othman, 36, dengan cara menggunakan sejenis cecair yang mengandungi ‘2-Butoxyethanol’ yang biasanya digunakan sebagai pelarut cat dan sebatang kayu.

Muhamad mengaku bersalah melakukan perbuatan tersebut pada 11 Mac lalu, kira-kira jam 3.30 petang di hadapan rumah di Kampung Bukit Besar, di sini.

Dengan itu, Muhamad mengaku melakukan kesalahan di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tiga tahun atau denda atau sebat, atau mana-mana dua daripada seksaan itu, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan pegawai pendakwa, Inspektor Miky Dunstan Muda.

Berdasarkan fakta kes, pada hari kejadian, mangsa yang sedang berehat di tangga rumahnya di Kampung Bukit Besar, di sini, telah didatangi bapa saudaranya, iaitu Muhamad.

Muhamad telah bertanyakan kepada mangsa tentang penyidai kainnya dan telah menuduh mangsa memotong tali penyidai kain di rumahnya, bagaimanapun, mangsa menafikan tuduhan tersebut.

Tidak puas hati dengan penafian itu, Muhamad terus masuk ke dalam rumah lalu keluar semula bersama sebotol cecair warna kuning cerah di tangan kanan dan kayu panjang di tangan kirinya.

Tanpa bersoal jawab, Muhamad terus menyimbah cecair tersebut ke arah mangsa dan memukul mangsa menggunakan kayu tersebut, namun mangsa cuba mengelak.

Bagaimanapun, pergaduhan anak-beranak itu berjaya dileraikan bapa mangsa yang kebetulan berada di lokasi kejadian.

Susulan kejadian, mangsa menggelupas pada bahagian muka; leher; dada dan perut; luka di mata sebelah kanan dan luka tangan kiri serta ibu jari tangan sebelah kiri.

Muhamad ditahan pada 15 Mac lalu, kira-kira jam 1 pagi di rumahnya di Kampung Bukit Besar, di sini.

Dua jurujual didakwa pecah amanah


24 November 2013
KUANTAN - Seorang bekas jurujual kereta dihadapkan ke mahkamah kelmarin  atas tuduhan pecah amanah membabitkan wang RM15,000 di sini Oktober tahun lalu.

Tertuduh Mohd Irwan Firdaus Razali, 31 dari Jalan Kubang Buaya di sini bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu kira-kira jam 3 petang 8 Oktober 2012 di syarikat milik majikannya di Persiaran Sultan Abu Bakar, Indera Mahkota 2/5 di sini.

Tertuduh yang mengaku tidak bersalah dibebaskan dengan jaminan RM2,000 manakala 16 Disember depan ditetapkan untuk sebutan pra bicara.

Sementara itu dalam mahkamah sama, seorang jurujual kedai permainan video turut berdepan tuduhan pecah amanah apabila dengan curang mengambil satu unit permainan komputer Sony Ps Vista, sebuah pemain android dan lima keping CD Vista bernilai RM2,697 tanpa kebenaran majikan.

Tertuduh, Mohd Saufi Mohd Nor, 29 dari Taman Permas Jaya, Masai, Johor didakwa melakukan kesalahan itu di premis tempatnya bekerja di sebuah pusat membeli belah, Jalan Putra Square di sini antara jam 6.50 petang 12 November lalu.

Dia bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan sebelum dibebaskan dengan jaminan RM2,000 manakala 16 Januari 2014 ditetapkan untuk sebutan pra bicara.

Padah ceroboh rumah berbogel

Padah ceroboh rumah berbogelMohd Alias dipenjara enam bulan selepas mengaku bersalah menceroboh masuk kediaman warga emas dalam keadaan berbogel. 

KUALA TERENGGANU - Perbuatan tidak ‘bertamadun’ seorang pemuda yang menceroboh masuk kediaman seorang warga emas dalam keadaan berbogel, dipercayai untuk melakukan jenayah akhirnya menerima pembalasan apabila dijatuhi hukuman enam bulan penjara oleh Mahkamah Majistret, di sini, semalam.

Mohd Alias Mokhtar, 29, dari Kampung Banggol Durian, Serada, di sini, dijatuhi hukuman itu selepas mengaku bersalah atas pertuduhan di bawah Seksyen 448 Kanun Keseksaan kerana pencerobohan rumah dan Seksyen 377D Kanun Keseksaan kerana melanggar kesopanan.

Dia mengaku bersalah menceroboh masuk rumah Meriam Mohamad, 72, di Kampung Banggol Durian, Serada, di sini, kira-kira jam 2.15 pagi, 18 Oktober 2012, tanpa kebenarannya dengan niat melakukan suatu perbuatan yang menyalahi undang-undang.
Pada masa sama, Mohd Alias turut mengaku bersalah dengan sengaja melakukan perbuatan kelucahan melampau iaitu berada dalam keadaan tidak berpakaian di hadapan Norma Hitam, 37, ketika berjaya menceroboh kediaman tersebut.

Bagi setiap kesalahan, Majistret Abdul Hayyi Salim menjatuhkan hukuman penjara enam bulan, namun dia memerintahkan kesemua hukuman berjalan serentak.

Remaja 16 tahun hadapi 2 tuduhan rogol

Remaja 16 tahun hadapi 2 tuduhan rogolLelaki berumur 24 tahun ini mengaku tidak bersalah mencabul seorang kanak-kanak perempuan berusia 9 tahun. 

 KUALA TERENGGANU - Seorang remaja berusia 16 tahun mengaku bersalah di Mahkamah Majistret di sini, semalam, atas dua pertuduhan merogol seorang pelajar tingkatan dua.

Remaja tersebut mengaku melakukan perbuatan itu terhadap mangsa, 14, di dalam semak, di Kampung Pasir Panjang, di sini, pada 22 Ogos 2012, lebih kurang jam 11 pagi.

Dia turut mengaku mengulangi perbuatan sama di lokasi dan hari sama, tujuh jam kemudian iaitu kira-kira jam 6 petang.

Dengan itu, dia mengaku melakukan kesalahan di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan boleh dikenakan sebatan, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan timbalan pendakwa raya, Nurliyana R Azmi di hadapan Majistret Abdul Hayyi Salim.

Sejurus pengakuan bersalah remaja itu direkodkan, Abdul Hayyi menetapkan 10 Disember depan sebagai tarikh jatuh hukum sementara menunggu laporan akhlak daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Sementara itu, di mahkamah sama, seorang pemuda mengaku tidak bersalah atas tuduhan mencabul seorang kanak-kanak perempuan berusia 9 tahun, kira-kira dua tahun lalu.

Tertuduh, 24, mengaku tidak bersalah atas dakwaan mencabul kehormatan mangsa yang ketika kejadian berusia 9 tahun, di sebuah rumah di Kampung Merbau Patah, Jalan Kuala Berang, kira-kira jam 3 pagi, pada April 2011.

Dia mengaku tidak bersalah mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang berdepan hukuman penjara sehingga 10 tahun atau denda atau sebat atau mana-mana dua daripada seksaan itu, jika sabit kesalahan.

Abdul Hayyi menetapkan 8 Disember depan sebagai tarikh sebutan semula kes untuk lantikan peguam dan serahan dokumen.
Mahkamah juga membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM6,000 dengan syarat tambahan penjamin adalah ahli keluarga terdekat serta dia tidak boleh mengganggu mangsa dan saksi-saksi bagi kes berkenaan.

Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya Nur Zafirah Rosli manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Ditikam kerana cemburu

Ditikam kerana cemburuZailiah (tiga, kanan) menceritakan saat terakhir bersama suaminya. 

 PASIR PUTEH - Seorang penjual kuih ditemui dalam keadaan terlentang dan berlumuran darah berhampiran rumah penduduk di Kampung Nara dekat sini, petang kelmarin, selepas dipercayai ditikam bertubi-tubi dengan senjata tajam rakan dikenalinya.

Siasatan awal mendapati, pergaduhan antara mereka dikatakan berpunca daripada sikap cemburu membabitkan perebutan kekasih yang berlarutan sehingga seorang daripada mereka dibunuh.

Ketua Polis Daerah, Deputi Superintendan Mohd Kamal Zainal berkata, polis menerima panggilan dari Hospital Tengku Anis (HTA) Pasir Puteh, jam 6.45 petang berhubung kematian seorang lelaki yang dihantar ke wad kecemasan.

Beliau berkata, mangsa, Mohd Azizi Abdul Razak, 48, berasal dari Kampung Berangan Kadok, Kota Bharu, dan tinggal di Kampung Merkang disahkan meninggal dunia di hospital.

Mayatnya dihantar ke Unit Forensik untuk dibedah siasat bagi mengetahui punca sebenar kematiannya.

Berikutan itu katanya, seorang lelaki dikenali sebagai Wan Nor Hafiza Eswande Wan Hasan, 38, dari Kampung Nara dicari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan berhubung kejadian itu.

“Kejadian bermula jam 5.20 petang apabila saksi kejadian, Mohd Zaihan Mohd Zaid, 25, berada di rumahnya di Kampung Nara didatangi lelaki terbabit (Wan Nor Hafiza Eswande) yang
menunggang motosikal bersama rakan yang tidak dikenali saksi.

“Lelaki terbabit dan rakannya berbual di rumah saksi selama kira-kira 30 minit sebelum mangsa datang ke rumah itu dengan kereta. Selepas kereta diparkir di halaman rumah, lelaki terbabit dan rakannya keluar dari rumah berkenaan.

Saksi lihat pertengkaran

Mohd Kamal berkata, saksi meninggalkan rumahnya seketika untuk membeli kad tambah nilai prabayar telefon bimbit di kedai berhampiran.

Katanya, selepas 15 minit, saksi pulang dan mendapati lelaki terbabit serta mangsa yang berada dalam kereta bertengkar.
Lelaki terbabit mengarahkan mangsa keluar tetapi mangsa enggan berbuat demikian, menyebabkan dia ditikam di rusuk kiri.

“Mangsa keluar dari kereta, diikuti lelaki terbabit. Mangsa jatuh terlentang dan berlaku pergelutan. Mangsa ditikam bertubi-tubi dari pinggang ke bahagian kaki.

“Lelaki terbabit dan rakannya menunggang motosikal meninggalkan lokasi kejadian. Saksi kemudiannya meminta bantuan penduduk untuk menghantar mangsa ke hospital,” katanya.

Tahan kesakitan

Mangsa meninggalkan isteri, Zailiah Shafie, 39, dan tiga anak berusia 10, 15 dan 18 tahun.

Penduduk, Mohd Zuhairi Mustafa, 27, ketika ditemui di lokasi kejadian berkata, dia menerima panggilan mengenai kejadian itu kira-kira jam 6 petang ketika dia minum bersama rakan di satu kedai makan.

“Saya bergegas ke rumah terbabit dan mendapati arwah terlentang dengan berlumuran darah serta  ada kesan tikaman pada lengan serta paha mangsa.

“Saya bersama seorang rakan membawanya ke hospital dengan menggunakan keretanya. Ketika itu arwah tidak bercakap dan raut wajahnya jelas menampakkan dia menahan kesakitan,’ katanya.

Pesanan terakhir

Sementara itu, Zailiah berkata, dia tidak menyangka pesanan suaminya supaya menjaga anak dengan baik sebelum keluar rumah petang semalam, merupakan kata-kata terakhir.

“Mulanya saya anggap ia hanya gurauan biasa sehinggalah saya menerima berita mengejutkan. Saya segera ke hospital dan mendapati dia sudah tiada,” katanya.

Menurutnya, mangsa sempat meluangkan masa bermesra dengan anak keduanya, Mohd Amer Farhan, pelajar tingkatan tiga Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Kota Bharu sambil menonton televisyen, kira-kira jam 3 petang.

“Arwah turut mempelawa saya untuk menemui rakannya pada petang kejadian itu bagi menyelesaikan masalah percintaan ‘tiga segi’ namun saya menolaknya. Saya tetap berpuas hati dengan tekadnya untuk terus menyayangi keluarga yang sedia ada.

“Arwah juga berterus-terang mengenai perkara ini dan memaklumkan kepada saya untuk menemui rakannya itu bagi menjernihkan keadaan,” katanya.

Ugut bunuh isteri

Ugut bunuh isteriTertuduh (kanan) keluar dari mahkamah untuk dihantar ke penjara bagi menjalani hukuman.

 KOTA BHARU - Akibat taksub cinta, seorang buruh sanggup mengugut bunuh dengan mencucuk gunting dan pisau pada badan isterinya, September lalu.

Perbuatan agresif itu bagaimanapun dibalas dengan hukuman penjara dua tahun oleh Mahkamah Majistret di sini, semalam.

Hukuman diputuskan Majistret, Nik Habri Muhamad terhadap Muhammad Abdul Rahim Jaafar, 22, dengan memberi keutamaan ke atas aspek keselamatan mangsa.

“Dalam mana-mana kes pun, sangat sukar memuaskan hati kedua-dua pihak (mangsa dan tertuduh). Saya perlu memilih dan dalam kes ini, saya mengambil keputusan melindungi mangsa kerana bimbang kejadian (bunuh) lebih buruk berlaku,” katanya.

Muhammad Abdul Rahim didakwa melakukan ugutan jenayah itu terhadap Siti Zuhrah Arifah Mohamad, 21, di sebuah rumah di Kampung Tapang, Jalan Hospital di sini, pada jam 7.30 pagi, 8 September lalu.

Dalam kejadian itu, pengadu yang berada di rumah keluarganya didatangi tertuduh dengan memaksanya mengikut balik ke rumah dan berbaik semula dengannya.

Namun, pengadu enggan memenuhi permintaan itu menyebabkan tertuduh berang dan mengugut membunuh mangsa.

Pada masa sama, tertuduh menuju ke dapur mengambil sebilah pisau lalu mencucuk pisau itu di belakang pengadu dan tiba-tiba mengeluarkan gunting pula serta mencucuknya ke perut pengadu.

Dalam ketakutan, pengadu akhirnya berjanji akan mengikuti tertuduh sebelum pergi ke balai membuat laporan selepas tertuduh meninggalkan rumah tersebut.

Pada prosiding tersebut, tertuduh tidak menafikan tindakannya itu, namun memberitahu mahkamah dia bertindak sedemikian kerana mendakwa isterinya curang.

“Suami mana tidak marah kalau isteri curang, tetapi tidak mengapalah, saya mengaku salah,” katanya.

Nik Habri kemudian menasihatkan tertuduh supaya mengambil langkah lebih bijak menyelesaikan kemelut rumah tangga, bukannya dengan cara ugutan bunuh. Tertuduh juga dipercayai penagih dadah.

Tukang gunting cedera ditetak pelanggan


PULAU PINANG 24 Nov. - Biasanya selepas menggunting rambut pelanggan, seorang warga India yang dikenali sebagai Semanathan, 30-an mendapat upah namun sebaliknya berlaku pada Jumaat lalu.
Apa yang terjadi pada hari tersebut, dia ditetak dengan kapak oleh seorang pelanggannya.
Kejadian berlaku kira-kira pukul 5.30 petang apabila pelanggan lelaki tersebut masuk ke dalam sebuah kedai gunting di Desa Mutiara Indah, Batu Maung di sini.
Selesai menggunting rambut, suspek memberitahu rakannya akan datang untuk membayar upah kepada Semanathan lalu duduk di dalam kedai berkenaan untuk menunggu.
Selepas 15 minit, suspek tiba-tiba meminta sejumlah wang tetapi Semanathan enggan berbuat demikian.
Tindakan Semanathan itu menyebabkan suspek berang lalu mengeluarkan sebilah kapak kecil berukuran kira-kira 30 sentimeter dan menetak kepala serta belakang badan mangsa.
Suspek kemudian melarikan diri dengan sebuah motosikal. Mangsa yang kesakitan tidak sempat melihat nombor pendaftaran motosikal suspek, cuma dapat mengecam jenisnya iaitu Modenas Kriss berwarna hijau.
Mangsa kemudian dibawa ke hospital dan menerima 30 jahitan di kepala, bahu serta mengalami luka pada tangannya.
Ketua Polis Daerah Barat Daya, Supritendan Mohd. Hatta Mohd. Zin ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu.
Menurutnya, siasatan awal mendapati suspek pernah menggunting rambut di kedai sama pada bulan lalu.
"Tiada CCTV (kamera litar tertutup) dipasang di kedai itu dan tiada juga saksi berikutan kedai lain yang terletak berhampiran tutup.
"Polis akan mengeluarkan lakaran wajah suspek bagi mendapatkan maklumat lanjut daripada orang ramai," katanya.
Kes ini disiasat mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan kerana menyebabkan kecederaan semasa menyamun.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20131125/je_04/Tukang-gunting-cedera-ditetak-pelanggan#ixzz2leP8vjJh
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Warga emas 60-an rogol wanita 70 tahun


LIMBANG 24 Nov. - Seorang lelaki warga emas sanggup bertindak ganas melampiaskan nafsunya merogol seorang wanita berusia 70 tahun di rumah mangsa di Ulu Mendamit dekat sini kelmarin.
Kejadian kira-kira pukul 9.30 malam berlaku ketika mangsa yang merupakan jiran suspek bersendirian di rumahnya.
Difahamkan suspek berusia 60-an mengetuk pintu rumah mangsa dengan alasan mahu meminjam lilin dan kemenyan.
Sebaik sahaja wanita itu membuka pintu, suspek terus menolak dan memeluk mangsa dari belakang sebelum menutup mulutnya menggunakan tangan.
Mangsa yang sudah uzur cuba melawan dengan menggigit tangan suspek namun gagal. Dia bagaimanapun dapat mengecam wajah suspek.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Supritendan Mohd. Bukhori Saffai ketika dihubungi berkata, mangsa membuat laporan di Balai Polis Limbang semalam.
"Dia dihantar ke Hospital Limbang untuk pemeriksaan lanjut manakala suspek ditahan pukul 11 pagi ini untuk membantu siasatan," katanya di sini hari ini.
Menurut Mohd. Bukhori, kes ini disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol. - UTUSAN ONLINE


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20131124/je_12/Warga-emas-60-an-rogol-wanita-70-tahun#ixzz2leOzAbfh
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Kerana parang, lelaki pijak perut bapa hingga mati


KOTA MARUDU 25 Nov. - Hanya kerana tidak dapat meminjam parang daripada bapanya, seorang lelaki bertindak membelasah dan memijak perut warga emas berusia 84 tahun itu sehingga mati di pekan Pitas dekat sini Jumaat lalu.
Turut dibelasah suspek ialah ibunya berusia 61 tahun yang cedera di kepala dan leher.
Kejadian berlaku pukul 11.45 malam ketika suspek berusia 40 tahun yang mengalami masalah mental dan merupakan anak bongsu datang ke kedai runcit milik pasangan itu untuk meminjam parang daripada mangsa, Oding Lumping.
Ketua Polis Daerah, Deputi Supritendan Mohd. Isa Yusof berkata, mangsa bagaimanapun memaklumkan tidak mempunyai parang mengakibatkan suspek berang lalu menyerang kedua ibu bapanya itu. - UTUSAN ONLINE


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20131125/je_07/Kerana-parang-lelaki-pijak-perut-bapa-hingga-mati#ixzz2leOIYpST
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Op Cantas: 12 positif dadah, 7 pendatang asing ditahan


SEREMBAN 24 Nov. - Sebanyak 12 individu termasuk lima wanita ditahan polis selepas didapati positif mengambil dadah jenis syabu dalam Op Cantas Khas Narkotik di beberapa pusat hiburan di Taman AST di sini malam tadi.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik negeri, Supritendan Baharom Othman berkata, operasi yang dijalankan dengan kerjasama Jabatan Imigresen negeri itu bermula kira-kira pukul 9.30 malam dan berakhir pukul 12.30 tengah malam.
Katanya, dalam operasi itu sebanyak 159 orang termasuk pekerja dan pengunjung beberapa pusat hiburan serta rumah urut yang terdapat di kawasan itu diperiksa.
"Hasil ujian saringan air kencing yang dijalankan kita menahan 12 pengunjung berusia 20-an hingga 30-an kerana didapati positif mengambil dadah jenis syabu.
"Mereka terdiri daripada tujuh lelaki dan dua wanita tempatan serta tiga wanita warga China,"" katanya di sini hari ini.
Menurut Baharom, kesemua mereka ditahan mengikut Seksyen 15 (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 kerana memasukkan dadah ke dalam tubuh.
Sementara itu, Pengarah Imigresen negeri, Faizal Fazri Othman berkata, dalam operasi yang sama pihaknya menahan tujuh pendatang asing tanpa izin kerana tiada dokumen pengenalan diri yang sah.
Beliau berkata, mereka terdiri daripada dua lelaki warga Myanmar dan masing-masing seorang lelaki warga Indonesia, Nepal dan Vietnam.
"Kami turut menahan dua wanita warga Indonesia dan Vietnam kerana gagal mengemukakan dokumen pengenalan diri ketika diperiksa.
"Kesemua mereka dibawa ke Depot Tahanan Imigresen Lenggeng untuk tindakan lanjut mengikut Seksyen 6(3) Akta Imigresen kerana tiada dokumen pengenalan diri," jelasnya. - UTUSAN ONLINE


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20131124/je_08/Op-Cantas-12-positif-dadah-7-pendatang-asing-ditahan#ixzz2leOdrv6s
© Utusan Melayu (M) Bhd 

3 pusat urutan bogel diserbu, 18 wanita asing ditahan


BATU PAHAT 25 Nov. - Tiga pusat urutan tradisional yang menyediakan urutan seks termasuk oleh tukang urut wanita berbogel dengan bayaran serendah RM50 di Jalan Mohd. Khalid, di sini diserbu pihak berkuasa petang semalam.
Serbuan pukul 5.30 petang itu dilakukan oleh pegawai dan anggota Bahagian Penguat kuasa Jabatan Imigresen negeri menerusi Ops 6P selepas hasil risikan dan aduan orang ramai.
Ketua operasi, Timbalan Penolong Pengarah Imigresen negeri, Khairulanuar Abu Bakar berkata, dalam serbuan itu, pihaknya menahan 18 wanita warga asing iaitu lapan Thailand dan 10 China berusia antara 20 hingga 45 tahun.
Menurutnya, sebelum serbuan dilakukan beberapa penguat kuasa Imigresen telah menyamar sebagai pelanggan untuk membongkar khidmat seks yang ditawarkan premis tersebut seperti urutan badan ke badan dan menggunakan tukang urut bogel.
"Semasa serbuan dilakukan, terdapat pelanggan yang dikenakan bayaran RM60 untuk khidmat urutan mengghairahkan cuba melarikan diri apabila terkejut dengan kehadiran pihak berkuasa.
"Berdasarkan risikan, tukang urut wanita itu dipercayai akan membelai pelanggan untuk membangkitkan keghairahan mereka sebelum meminta bayaran tambahan RM50 untuk khidmat seks di premis sama," katanya di sini semalam.
Khairulanuar berkata, siasatan awal mendapati wanita warga asing itu memasuki negara ini sejak beberapa bulan lalu menggunakan pas lawatan sosial.
Beliau berkata, kes itu disiasat di bawah Peraturan 11(b) Peraturan-Peraturan Imigresen 1963 dan Peraturan 11 (7) (a) Peraturan-Peraturan Imigresen 1963 kerana menyalahgunakan pas lawatan sosial.
"Kesemua wanita terbabit ditahan di Depoh Pekan Nanas, Pontian untuk tindakan selanjutnya termasuk penghantaran pulang ke negara masing-masing," katanya sambil menegaskan pihaknya akan meneruskan operasi seperti itu. - UTUSAN ONLINE


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20131125/je_08/3-pusat-urutan-bogel-diserbu-18-wanita-asing-ditahan#ixzz2leNUlmj3
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Polis bongkar sindiket pelacuran warga asing di Terengganu


KUALA TERENGGANU 25 Nov. - Penangkapan seorang wanita warga China yang menyediakan perkhidmatan seks di sebuah hotel pada Sabtu lepas membongkar taktik terkini sindiket pelacuran membabitkan warga asing di bandar raya ini.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Terengganu, Asisten Komisioner K. Manoharan berkata, sindiket itu cuba mengaburi pihak berkuasa dengan memindahkan pelacur dari sebuah hotel ke hotel lain selepas seminggu mereka menginap di hotel berkenaan.
"Wanita berusia 20-an itu diberkas dalam serbuan di sebuah bilik hotel di Jalan Sultan Zainal Abidin di sini hasil maklumat awam dan risikan," katanya dalam sidang media, di sini hari ini.
Menurutnya, dalam serbuan pukul 10 malam itu polis turut menahan seorang lelaki tempatan berusia 45 tahun yang dipercayai pelanggan wanita berkenaan.
"Ketika serbuan dilakukan, wanita dan lelaki tersebut tidak berpakaian dan hasil siasatan mendapati wanita berkenaan mempunyai pas lawatan sosial yang tamat tempoh," katanya.
Beliau berkata, hasil soal siasat terhadap wanita itu, polis mengenal pasti seorang lelaki tempatan berusia 30-an yang dipercayai ketua sindiket selain turut mencari pelanggan.
"Polis sedang menjejaki suspek dan kita percaya akan dapat menahannya dalam masa terdekat," katanya.
Manoharan berkata, tangkapan itu adalah yang kedua membabitkan sindiket persundalan wanita warga asing di bandar raya ini susulan penangkapan wanita warga Vietnam kira-kira dua minggu lepas.
"Wanita berusia 20-an itu juga ditangkap di sebuah hotel namun dipercayai dia bukan dari kumpulan yang sama dengan wanita China ini," katanya.
Kes disiasat mengikut Seksyen 372B Kanun Keseksaan dan juga di bawah Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007. -BERNAMA


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20131125/je_11/Polis-bongkar-sindiket-pelacuran-warga-asing-di-Terengganu#ixzz2leNM7zKM
© Utusan Melayu (M) Bhd 

9 rumah musnah dijilat api

9 rumah musnah dijilat apiSembilan buah rumah papan musnah dalam kebakaran di Lorong Jati, Kampung Kinabutan Besar, kira-kira jam 8.30 pagi, semalam. 

TAWAU - Sembilan buah rumah papan musnah dalam kebakaran di Lorong Jati, Kampung Kinabutan Besar, di sini, semalam.

Ketua Bomba dan Penyelamat Tawau Rudy Fredzeh berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan jam 8.32 pagi dan pihaknya sampai ke tempat kejadian lapan minit kemudian.

“Seramai 22 anggota dan dua jentera dikejarkan ke tempat kejadian dan kami berjaya mengawal kebakaran pada jam 9.28 pagi,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di tempat kejadian.  

Beliau berkata, punca kebakaran dan jumlah kerugian sedang disiasat.

Seorang mangsa, Jufri Latip, 56, berkata ketika kejadian dia berada di bandar ini.

“Saya turun ke bandar sekitar jam 7 pagi untuk membeli barang dan ketika balik ke rumah saya nampak asap berkepul-kepul dari arah kawasan rumah saya,” katanya.

Bagaimanapun, Jufri bersyukur kerana isteri dan anak-anaknya selamat. - Bernama

Mayat ditemui tersangkut pada perangkap sampah


25 November 2013

SHAH ALAM - Mayat seorang lelaki yang reput ditemui tersangkut pada perangkap sampah dalam Sungai Klang berdekatan Uptown Seksyen 24, di sini, kelmarin.

Timbalan Ketua Polis Daerah Shah Alam, Superintendan Ruslan Abdullah berkata, mayat itu ditemui oleh orang awam jam 6 petang.

Beliau berkata, sepasukan anggota polis dihantar ke lokasi untuk siasatan.

"Tiada sebarang dokumen pengenalan diri ditemui dan setakat ini, kita belum dapat memastikan identiti mangsa kerana keadaannya yang reput," katanya.

Menurutnya, mayat mangsa yang tersangkut dikeluarkan dengan bantuan anggota bomba.

Mayat itu dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang untuk bedah siasat.

Setakat ini, kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut.

3 remaja ditahan, muat turun filem tanpa kebenaran


PUTRAJAYA 25 Nov. - Tiga remaja lelaki berumur 15 hingga 18 tahun ditahan dalam serbuan di Selangor dan Pulau Pinang masing-masing pada 29 Oktober dan 8 November lepas kerana memuat turun filem tempatan tanpa kebenaran pemilik hak cipta.
Pengarah Penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Roslan Mahayudin berkata, ketiga-tiga suspek yang ditahan dalam Operasi Spyglass itu diletakkan di bawah jaminan polis, dan telah dibenarkan menduduki peperiksaan PMR dan SPM.
Katanya operasi bahagian penguatkuasaan KPDNKK yang disertai 10 pegawai termasuk dari bahagian Cybersecurity Malaysia itu turut merampas tiga unit komputer riba, satu unit broadband, dua unit router dan dua unit modem bernilai RM12,000.
Antara filem yang dimuat turun ialah "KL Gangster 2", "KL Zombie" dan "Tanda Putra" dalam laman web:www.allinoneatheremovie.blogspot.com; www.pjsenter.com dan www.piratesbytez.com., kata dalam sidang media di sini hari ini.
Mereka adalah remaja pertama ditahan di bawah Ops Spyglass dan boleh dikenakan denda sekurang-kurangnya RM2,000 dan maksimum RM20,000 atau penjara tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya sekali, jika didapati bersalah di bawah Seksyen 41 1(G) Akta Hakcipta 1987.
"Walaupun di bawah umur tindakan tetap diambil di bawah undang-undang sedia ada. Serbuan dilakukan atas aduan pemilik hakcipta dan orang ramai berhubung laman web yang dijadikan sebagai portal untuk memuat-turun atau tayangan (streaming) filem-filem tempatan tanpa kebenaran pemilik hakcipta.
"Berdasarkan soal siasat ke atas suspek, mereka memaklumkan bahawa filem-filem yang disediakan di dalam laman web/blog seliaan mereka diperolehi sumbernya daripada laman/blok lain,"katanya.
Katanya antara laman web yang paling terkenal ialah www.ganool.com yang didapati beroperasi di Jawa Timur, Indonesia yang dikendali seorang remaja, selain sumber filem lain dari http://pencurimovie.sx dan http://moviepecah.blogspot.com.
Menurut Roslan bahagian penguatkuasaan KPDNKK juga akan mengeluarkan notis kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) untuk menghalang akses laman sesawang tersebut mengikut Seksyen 263(2) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
Roslan menasihatkan ibu bapa dan penjaga agar sentiasa mengawasi dan memantau aktiviti siber anak-anak mereka supaya mereka tidak melakukan sebarang aktiviti siber yang menyalahi undang-undang. - BERNAMA


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20131125/je_06/3-remaja-ditahan-muat-turun-filem-tanpa-kebenaran#ixzz2leHIlUt2
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Warga India seludup dadah RM8.54 juta ditahan di KLIA


PUTRAJAYA 25 Nov. - Selepas 14 kali berjaya meloloskan diri ke negara ini, seorang penyeludup dadah lelaki warga India akhirnya ditangkap ketika cuba menyeludup masuk 44.95 kilogram dadah jenis Methamphetamine bernilai RM8.54 juta Rabu lalu.
Ketua Pengarah Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM), Datuk Seri Khazali Ahmad berkata, suspek berusia 30-an itu ditahan di Terminal Utama Balai Ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) sejurus tiba dari Chennai, India, dengan menaiki penerbangan Malaysian Airlines System (MAS). - UTUSAN ONLINE


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20131125/je_09/Warga-India-seludup-dadah-RM854-juta-ditahan-di-KLIA#ixzz2leGlAMFQ
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Maut digilis pacuan empat roda

Maut digilis pacuan empat rodaWarga emas maut di tempat kejadian setelah mengalami kecederaan parah di kepala dan badan akibat digilis.

BAGAN SERAI - Hajat seorang warga emas menemui rakannya tak kesampaian apabila dia maut digilis kenderaan pacuan empat roda setelah motosikal ditunggangi dirempuh kenderaan berkenaan di Kilometer 116 Jalan Ipoh-Butterworth, berhampiran Sungai Rawa, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Kerian, Superintendan Mat Fauzi Nayan berkata, dalam kejadian jam 2.30 petang, mangsa, S Manikam, 62, yang berasal dari Taman Kerian, Parit Buntar maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah yang dialami di bahagian kepala dan badan.

Menurutnya, mangsa difahamkan dalam perjalanan bertemu dengan seorang kawan di Bagan Serai sebelum dirempuh dari arah belakang oleh sebuah kenderaan pacuan empat roda jenis Toyota Hilux yang cuba mengelak kenderaan yang datang dari arah bertentangan.

“Tindakan pemandu kenderaan pacuan empat roda cuba mengelak kenderaan lain yang memasuki laluannya mengundang padah apabila dia terlanggar sebuah motosikal yang dipandu mangsa yang secara kebetulan turut melalui laluan itu.

“Akibat rempuhan itu, mangsa difahamkan terpelanting sejauh hampir 10 meter dan mati di tempat kejadian akibat kecederaan parah yang dialami.

“Kes ini disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya sewaktu dihubungi media, semalam.

Mat Fauzi berkata, mayat mangsa dihantar ke Hospital Parit Buntar untuk dibedah siasat sebelum dituntut oleh ahli keluarga untuk dijalankan upacara pengebumian.

Saksi kejadian, Irwan Zainal 34, berkata, dia terkejut mendapati pemandu pacuan empat roda tersebut tergesa-gesa melarikan diri meninggalkan kenderaannya dengan menaiki sebuah kenderaan lain yang ditahan.

“Saya terkejut dengan tindakan pemandu itu dan menjangkakan dia cuba melarikan diri dengan menaiki sebuah kenderaan lain yang ditahannya.

“Namun sangkaan saya meleset apabila lebih kurang setengah jam kemudian pemandu tersebut muncul bersama beberapa anggota polis bagi menunjukkan lokasi kejadian kemalangan berlaku.

“Berdasarkan maklumat polis, pemandu itu bertindak melarikan diri pada mulanya gara-gara panik kerana bimbang diapa-apakan orang ramai dan membuat berhenti di balai polis kemudian untuk membuat laporan,” katanya.

Wang simpanan balik kampung hangus

Wang simpanan balik kampung hangusRumah yang didiami mangsa musnah dalam sekelip mata.

BUKIT KATIL - Sudah jatuh ditimpa tangga. Itulah yang boleh digambarkan dengan nasib seorang warga emas di sini, apabila bukan sahaja kehilangan rumah dalam satu kebakaran malah duit berjumlah RM4,000 yang dikumpulkan untuk pulang ke kampungnya di Kuching, Sarawak pada 4 Disember nanti juga  hangus.

Dalam kejadian kira-kira jam 8.30 malam kelmarin, Siti Aishah Hamid, 60, berada di rumah keseorangan kerana suaminya menghadiri majlis tahlil di rumah jiran.

Malah tindakan pantasnya yang bertindak keluar dari rumahnya sejurus mendengar bunyi letupan berjaya menyelamatkannya daripada terperangkap.

Siti Aishah Hamid, 60, berkata, ketika kejadian, dia sedang menonton televisyen sendirian sebelum terdengar bunyi letupan kuat dari bahagian atas ruang tamu rumah kira-kira jam 8.30 malam kelmarin.

Menurutnya, dia yang pada mulanya menyangka bunyi berkenaan berpunca dari kucing, terus naik ke atas untuk melihat apa yang berlaku sebelum ternampak kepulan asap hitam.

"Selepas itu, saya yang agak panik terus berlari keluar dari rumah tanpa mengambil apa-apa barang berharga sebelum menghubungi suami,” katanya.

Siti Aishah dan keluarganya tinggal sehelai sepinggang selepas rumah yang didiami bersama enam lagi ahli keluarga sejak 15 tahun lalu musnah.

Sementara itu, Pegawai Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Bukit Katil Mohd Wabil Mohd Dali berkata, bomba menerima panggilan kecemasan kira-kira jam 8.47 malam.

Menurutnya, ketika anggota bomba tiba, rumah itu sudah terbakar sepenuhnya.

"Api dipadamkan secara keseluruhan kira-kira jam 9 malam dan siasatan awal mendapati rumah tersebut terbakar hampir 80 peratus," katanya.

Sebanyak tiga jentera iaitu dua dari balai bomba bukit Katil dan sebuah dari Ayer Keroh membabitkan 16 anggota.

Mangsa hamba hantar surat cinta

Mangsa hamba hantar surat cintaRumah dipercayai didiami mangsa dikawal rapi polis. Gambar kecil: Feneck

BRIXTON - ENGLAND . Mangsa perhambaan termuda diselamatkan selepas 30 tahun di selatan London pernah menghantar surat cinta berserta gambar kepada jirannya di tingkat dua sejak tujuh tahun lalu.

Rose, 30, yang tinggal di tingkat bawah menjadi obses dan sentiasa cuba menjalin hubungan dengan Marius Feneck selain berasa cemburu dengan teman wanita lelaki itu.
Menurut Feneck, wanita itu sering menghantar gambar pelbagai gaya untuk menggodanya.

"Dia selalu menghantar surat luahan perasaan. Walaupun saya tidak pernah menunjukkan minat terhadapnya, tetapi dia tidak pernah berputus asa," katanya dipetik dari laporan MailOnline.

Sementara itu, teman wanita Feneck, Rachael Price, 25, berkata, lebih 500 surat cinta telah diterima dan Rose dipercayai menghantar surat tersebut ketika dalam perjalanan ke kedai bersama penculiknya.

"Dia mengaku terlalu mencintai Feneck dan memburuk-burukkan saya. Namun, dia juga berpesan jangan berjumpa dengannya kerana dia tinggal bersama individu bersifat perkauman," katanya.

Sebelum ini, media mendedahkan, anggota polis menyelamatkan mangsa bersama seorang wanita warga Malaysia berusia 69 dan Ireland, 57, selepas dikurung untuk dijadikan hamba.

Gempa bumi landa timur laut China


BEIJING 23 Nov. - Beberapa kejadian gempa bumi melanda timur laut China, hari ini dengan salah satu daripadanya berukuran 5.5 pada skala Richter mengakibatkan lebih 18,000 buah rumah rosak.
Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS) berkata, gempa itu berlaku pada pukul 6.04 pagi waktu tempatan di utara Changling di wilayah Jilin, pada kedalaman 12.5 kilometer.
Gempa susulan berlaku kira-kira 30 minit kemudian dengan kekuatan 4.9 pada skala Richter di selatan bandar Qian'an dengan gegaran serupa dirasai sehari lebih awal di kawasan itu.
Pegawai Komunikasi Jilin dalam satu kenyataan berkata, lebih 58,000 penduduk terjejas dengan kejadian itu dengan 16,094 dipindahkan. - AFP


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20131124/lu_11/Gempa-bumi-landa-timur-laut-China#ixzz2leBp2Laa
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Majlis perkahwinan di Yemen bertukar tragedi


Imej video merakamkan seorang lelaki terbaring dalam keadaan berlumuran darah akibat terkena tembakan pada satu majlis perkahwinan di Yemen. Bagaimanapun tarikh dan lokasi kejadian tidak diketahui. - AGENSI
SANAA 23 Nov. - Kerancakan sekumpulan tetamu menari lagu popular Korea, Gangnam Style pada satu majlis perkahwinan di Yemen, bertukar menjadi tragedi berdarah apabila seorang lelaki secara tidak sengaja melepaskan tembakan menyebabkan tiga orang maut.
Rakaman kejadian itu yang disiarkan dalam laman perkongsian video, Liveleak pada mulanya menunjukkan sekumpulan lelaki dan wanita sedang rancak menari lagu yang dipopularkan oleh bintang pop, Psy.
Kemudian seorang daripada tetamu menghayunkan senapang AK-47 mengikut rentak lagu tersebut sebelum dipercayai melepaskan tembakan ke udara untuk memeriahkan lagi majlis persandingan itu.
Namun, lelaki berkenaan didakwa gagal mengawal senapang yang dipegang, menyebabkan beberapa das tembakan terkena kepada tiga tetamu lain.
Rakaman turut menunjukkan tiga lelaki terbaring dengan kesan darah yang banyak dan kekecohan tercetus dalam kalangan tetamu lain apabila melihat insiden tersebut.
Bagaimanapun lokasi dan tarikh sebenar kejadian tidak dapat dikenal pasti dan nasib lelaki bersenjata itu juga tidak diketahui.
Upacara tembakan ke udara sering dilakukan pada majlis-majlis kerakyatan termasuk perkahwinan di Yemen, walaupun pihak berkuasa negara ini melarang aktiviti berbahaya itu.
Tahun lalu, seorang ketua kabilah di Yemen maut terkena tembakan yang dilepaskan ke udara, menyebabkan satu pungutan suara diadakan di seluruh negara bagi menentang penggunaan senjata secara terbuka. - AGENSI


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20131124/lu_12/Majlis-perkahwinan-di-Yemen-bertukar-tragedi#ixzz2leBS1Rve
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Wanita Indonesia jadi buruh paksa


JAKARTA 23 Nov. - Beribu-ribu wanita Indonesia yang diperdagangkan ke Hong Kong berdepan risiko diperlakukan seperti hamba, selepas kedua-dua kerajaan gagal mengadakan perjanjian untuk melindungi golongan tersebut daripada didera dan dipergunakan.
Pertubuhan hak asasi manusia, Amnesty International dalam laporan terbaharunya bertajuk: 'Diperguna untuk Keuntungan, Kegagalan Kerajaan' mendedahkan modus operandi agensi pengambilan pekerja Indonesia dan agensi di Hong Kong memperdagangkan wanita Indonesia sebagai buruh paksa.
Agensi berita Indonesia, ANTARA yang memetik laporan itu menyebut, pelbagai bentuk penderaan dialami oleh pekerja negara ini di Hong Kong, termasuk larangan bergerak bebas, keganasan fizikal dan seksual, kekurangan makanan dan lebih waktu kerja secara paksa.
Penyelidik Hak Pekerja Asing Asia-Pasifik untuk Amnesty International, Norma Kang Muico berkata, wanita Indonesia sebenarnya terperangkap sejak mula lagi apabila mereka dijanjikan gaji yang mahal jika bekerja di Hong Kong, namun sebaliknya dipergunakan tidak ubah seperti 'perhambaan moden'.
Lebih 300,000 pekerja asing bekerja di Hong Kong, dengan hampir separuh daripada mereka merupakan pekerja wanita Indonesia.
"Tindakan kerajaan Hong Kong dan Indonesia 'membutakan mata' terhadap beribu-ribu kes penyeludupan wanita negara ini untuk dijadikan buruh paksa, tidak boleh dimaafkan.
"Pihak berkuasa mungkin menekankan undang-undang negara yang kononnya melindungi wanita ini, tetapi penguatkuasaan undang-undang terbabit jarang dilaksanakan," tegasnya.
Laporan berkenaan turut mendedahkan agensi pengambilan pekerja gagal menyediakan dokumen yang sah termasuk kontrak pekerjaan, insurans dan kad pengenalan pekerja asing. - BERNAMA


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20131124/lu_03/Wanita-Indonesia-jadi-buruh-paksa#ixzz2le8Mn0dr
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Ratusan ribu penunjuk perasaan berhimpun di Bangkok


BANGKOK 24 Nov. - Beratus-ratus ribu penunjuk perasaan anti dan prokerajaan mengadakan demonstrasi secara besar-besaran di sini hari ini, sebagai membantah dan menyokong kepemimpinan Perdana Menteri, Yingluck Shinawatra.
Pihak berkuasa menganggarkan sekurang-kurangnya 440,000 penunjuk perasaan antikerajaan dan 30,000 yang prokerajaan atau Baju Merah berhimpun dalam demonstrasi tersebut.
Kedua-dua kumpulan itu berikrar untuk meneruskan demonstrasi sehingga malam ini.
Thailand berdepan dengan krisis politik terburuk sejak bekas Perdana Menteri, Thaksin Shinawatra yang juga merupakan abang kepada Yingluck digulingkan daripada kerajaan dalam rampasan kuasa oleh tentera pada 2006.
Bangkok sebelum ini digegarkan dengan beberapa demonstrasi oleh parti pembangkang iaitu Parti Demokrat yang membantah rang undang-undang pengampunan yang dilihat bakal membolehkan Thaksin pulang ke negara ini.
Bagaimanapun, Dewan Senat menolak rang undang-undang tersebut.
Ketua tunjuk perasaan kumpulan antikerajaan, Satit Wongnongtaey menggelar demonstrasi yang berlangsung di Monumen Demokrasi itu sebagai 'Hari Rakyat'.
Ketika berucap dalam demonstrasi tersebut, Satit mempersoalkan kemampuan kerajaan pimpinan Yingluck untuk terus memacu Thailand pada masa akan datang.
Sementara itu, polis berkata, penunjuk perasaan antikerajaan dijangka berarak ke Parlimen dan beberapa bangunan kerajaan sama ada lewat malam ini atau awal pagi esok, walaupun Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) sudah dikuat kuasakan di beberapa kawasan penting.
"Pasukan keselamatan tidak akan digunakan bagi meleraikan perarakan ini dan kami juga akan cuba mengelakkan daripada berlakunya sebarang perkara yang tidak diingini,'' kata jurucakap polis, Piya Utayo kepada AFP. - AFP


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20131125/lu_02/Ratusan-ribu-penunjuk-perasaan-berhimpun-di-Bangkok#ixzz2le4ecrCR
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Kegembiraan tujuh sahabat bertukar duka

Kegembiraan tujuh sahabat bertukar dukaPasukan Penyelamat di Air dari Balai Bomba Pengkalan Kubor mencari mangsa di bawah jambatan di tali air Kampung Berangan Masjid. Gambar kecil: Mohd Aimi 

TUMPAT - Keghairahan tujuh sahabat mandi di tali air sedalam 1.3 meter bertukar tragedi apabila seorang daripada mereka lemas di tali air Kampung Berangan Masjid, petang kelmarin.

Mangsa, Mohd Aimi Abdul Rahman, 13, dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Berangan ditemui lemas pada jam 7.07 malam.

Rakan mangsa yang mandi bersamanya, Aiman Afzan Mat Taib, 11, berkata, mangsa lemas apabila dia cuba mengambil batang paip yang hanyut dibawa arus tersangkut di bawah jambatan simen.

“Batang paip itu dijadikan alat mainan arwah ketika kami tujuh orang mandi di tali air ini.

“Saya nampak dia terjun berenang ke arah jambatan tetapi selepas itu dia tidak timbul-timbul,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.

Mangsa merupakan anak kelapan daripada 10 beradik yang kematian ayah sejak sembilan tahun lalu.

Sudah jadi rutin harian

Sementara itu, kakak mangsa, Nur Safirah Abdul Rahman, 20, berkata, arwah ke tali air tersebut bersama seorang lagi adiknya, Mohd Adli, 11.

“Mandi di tali air ini adalah rutin harian adik saya. Sebelum Asar lagi mereka ke tali air tersebut berhampiran rumah kami.

“Tetapi hari ini (kelmarin), Mohd Adli tidak turun dan hanya memerhati abang dan rakannya mandi di atas jambatan tersebut kerana dia demam," katanya.

Menurutnya, ketika kejadian, Mohd Adli meninggalkan abangnya sekejap kerana ke kedai untuk membeli makanan.

Ditemui kira-kira 30 meter

Ketua Balai Bomba Tumpat, Raja Arisan Raja Semail berkata, pihaknya menerima panggilan pada jam 5.37 petang.

“Mayat mangsa ditemui oleh anggota bomba dan penduduk kampung tidak jauh dari jambatan tersebut, kira-kira 30 meter dari lokasi dia bersama rakannya mandi,” katanya.

Menurutnya, seramai lima anggota bomba dari Balai Bomba Tumpat dan tiga anggota Pasukan Penyelamat di Air dari Balai Bomba Pengkalan Kubur terlibat dalam operasi mencari dan menyelamat.

Mayat mangsa dibawa ke Hospital Tumpat untuk dibedah siasat sebelum dituntut keluarganya bagi urusan pengebumian.

Kereta terbang depan mata


25 November 2013
Kereta terbang depan mata
Kereta terbang depan mata
Keadaan kereta yang terbabit dalam kemalangan di kilometer 30, Jalan Seremban-Tampin, dekat Pekan Chengkau, petang semalam.


CHENGKAU - “Saya lihat dengan jelas sebuah kereta dari arah Seremban terbang ke arah kanan jalan di hadapan mata saya sebelum merempuh sebatang tiang elektrik dan terbalik,” kata saksi kemalangan, Fatimah Mat, 51, ketika ditemui di lokasi kemalangan kilometer 30, Jalan Seremban-Tampin, dekat Pekan Chengkau, petang semalam.

Dalam kejadian kira-kira 4.50 petang itu, mangsa yang memandu kereta Proton Gen2, Saliza Ros, 20, dan rakannya, Mohd Ridzwan Daud, 20, dalam perjalanan dari Nilai selepas menghadiri temu duga kerja di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan majlis perkahwinan rakan mereka di Nilai.

Menurut Fatimah, dia yang masih terkejut dengan kejadian berkenaan beranggapan pemandu dan penumpang kereta yang terbabit dalam kemalangan berkenaan cedera teruk berdasarkan kesan rempuhan tiang elektrik.

“Bayangkan tiang elektrik yang dirempuh kereta berkenaan boleh tercabut bersama bongkah batunya dan terpelanting ke hadapan kereta.

"Sebelum ini laluan berkenaan sering berlaku kemalangan, namun ini pengalaman pertama saya melihat kemalangan di depan mata,” katanya.

Mangsa kemalangan, Saliza berkata, kemalangan itu berlaku sekelip mata dan dia hanya menyedari terbabit dalam kemalangan serta keretanya terbalik selepas dikejutkan dengan jeritan rakannya yang menyuruhnya mengucap.

Menurutnya, mereka cuba menyelamatkan diri, namun gagal membuka kereta dari dalam dan hanya berjaya menyelamatkan diri melalui bantuan orang awam.

“Saya dalam perjalanan pulang ke rumah keluarga di Desa Permai Repah. Mujur semasa kejadian kami memakai tali pinggang dan tidak mengalami sebarang kecederaan serius," katanya.

Bapa, adik lemas depan mata

Bapa, adik lemas depan mata
Rumah rakit yang digunakan pemancing untuk ke lokasi memancing. 
PASIR GUDANG - Dua beranak dikhuatiri lemas ketika memancing di sebuah rumah rakit berhampiran jeti Kampung Tanjung Langsat, di sini, kelmarin.

Kejadian berlaku lebih kurang jam 4.30 petang ketika mangsa, Abdul Talib Mohd Hadhari, 42, cuba menyelamatkan anaknya, Muhammad Taufik, 8, yang terjatuh ke dalam perairan Tanjung Langsat sebelum kedua-duanya dihanyutkan arus deras.

Bapa, adik lemas depan mata
Nurul Humairah bersama ibunya ketika menceritakan detik cemas
melihat ayah dan adiknya tenggelam di bawa arus deras.
Abdul Talib yang bekerja sebagai penyelia sebuah kilang di Pasir Gudang turut membawa bersama anak perempuannya, Nurul Humairah, 11, dan dua rakan menaiki rumah rakit untuk memancing di kawasan berkenaan sejak awal pagi, kelmarin.

Pegawai Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Pasir Gudang, Fadzil Mohamad berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 6.25 petang, kelmarin.

Bapa, adik lemas depan mata
Operasi yang dijalankan masih belum berjaya menemui kedua-dua mangsa.
Menurutnya, pada hari pertama operasi seramai enam anggota bersama satu jentera dihantar ke lokasi kejadian mencari di permukaan laut.

“Operasi hari pertama ditamatkan pada jam 12 tengah malam.

“Manakala operasi hari kedua pula bermula pada jam 6 pagi melibatkan keseluruhan 46 anggota termasuk unit scuba, Jabatan Pertahanan Awam dan polis,” katanya.

Operasi mencari dan menyelamat masih diteruskan dan sehingga jam 6 petang, semalam kedua-dua mangsa masih belum berjaya ditemui.

Suami berkelakuan pelik.

Sementara itu, isteri mangsa tidak menyangka tindakan suaminya  membawa dua anaknya ke lokasi memancing kelmarin membawa petanda buruk.

Abidah Atim, 43, berkata, suaminya memang gemar memancing dan kerap ke laut bersama rakan-rakan.

Bagaimanapun menurutnya, tindakan suami pertama kali membawa bersama dua anaknya, Nurul Humairah dan Muhammad Taufik agak mencurigakan, namun dia sekadar mendiamkan diri.

“Dia (suami) keluar rumah di Kampung Baru Sungai Redang, Ulu Tiram lebih kurang jam 7.30 pagi, kelmarin bersama dua anak.

“Saya sudah merasa pelik kerana dia (suami) tidak pernah mengajak atau membawa anak bersamanya keluar memancing,” katanya kepada pemberita, di sini, semalam.

Abidah berkata, dia terkejut menerima panggilan daripada Nurul Humairah kira-kira jam 5.05 petang yang memberitahu ayah bersama adiknya dihanyutkan arus deras.

“Dalam keadaan terkejut saya bergegas ke Balai Polis Tiram untuk membuat laporan,” katanya.

Lemas depan mata

“Saya lihat ayah tenggelam bersama adik selepas tali pancing yang dihulur kawan ayah terputus dipukul arus deras,” kata Nurul Humairah.

Katanya, dia bersama adiknya, Muhammad Taufik, gembira kerana pertama kali berpeluang mengikut ayahnya keluar memancing.

Menurutnya, ketika ayahnya sedang memancing, Muhammad Taufik bermain air dengan menghulurkan kakinya ke dalam laut melalui lantai rumah rakit sebelum terjatuh.

“Saya menjerit memanggil ayah sebaik melihat Taufik terjatuh ke dalam laut...ayah yang terkejut segera terjun untuk selamatkan Taufik.

“Kawan ayah mencampakkan tali pancing dan sempat dipegang ayah. Tapi ketika kawan ayah tarik, tali itu terputus kerana dipukul arus deras lalu ayah tenggelam bersama adik,” katanya.

Nurul Humairah berkata, dia menanti dengan penuh harapan agar ayah dan adiknya kembali timbul di permukaan laut, namun tidak kesampaian.

“Saya dibawa kawan-kawan ayah ke jeti sementara menunggu bantuan tiba selepas ayah tidak timbul-timbul,” katanya.

Ambil iktibar

Kejadian seorang bapa dan anak yang dikhuatiri lemas ketika memancing di Perairan Tanjung Langsat, kelmarin wajar dijadikan iktibar kepada pemancing lain.

Penduduk, Yahya Hashim, 65, berkata, kejadian itu pertama kali berlaku sepanjang lebih 20 tahun menetap di perkampungan nelayan itu.

Menurutnya, pemancing sebelum ini tidak pernah membawa anak di bawah umur 12 tahun menaiki rumah rakit ke lokasi memancing beberapa kilometer dari jeti.

“Kawasan ini memang sudah lama menjadi port kaki pancing bersantai sambil memancing di rumah rakit yang disediakan.

“Saya lihat ini satu kecuaian kerana sepatutnya tak perlu bawa anak sekecil itu kerana budak-budak kalau nampak air mesti teruja nak bermain,” katanya.

Yahya berkata, rumah rakit yang disediakan boleh memuatkan lapan pemancing untuk saiz kecil dan 15 pemancing untuk rumah rakit bersaiz besar.

Menurutnya, rumah rakit yang lengkap disediakan jaket keselamatan itu biasanya disewa sekeluarga atau sekumpulan pemancing yang ingin bersantai sambil memancing.

“Jaket keselamatan memang ada disediakan di rumah rakti tersebut, tapi biasanya tidak dipakai oleh pemancing,” katanya.

Ribuan penduduk pindah, Sinabung meletus lapan kali



Seorang penduduk menunggang motosikal ketika Gunung Berapi Sinabung menghamburkan asap dan abu di Karo, barat Indonesia, semalam. - AFP
JAKARTA 24 Nov. - Gunung Berapi Sinabung di barat negara ini, meletus lapan kali dalam tempoh beberapa jam, menghamburkan batu dan abu sehingga memaksa beribu-ribu penduduk meninggalkan rumah mereka di sini, hari ini.
Sejak September lalu, Gunung Sinabung telah beberapa kali meletus, tetapi kembali meletus kelmarin dan awal pagi ini, memuntahkan abu dan batu setinggi lapan kilometer ke udara.
Menurut agensi bencana, beribu-ribu penduduk terpaksa meninggalkan rumah mereka lewat semalam, menjadikan jumlah penduduk yang meninggalkan rumah di kawasan tersebut kini mencecah 15,000 orang.
"Orang ramai mula panik malam tadi apabila letusan berlaku. Ia disusuli bunyi bising serta gegaran, sebelum batu-batu kecil dihamburkan ke udara," ujar pegawai tempatan, Robert Peranginangin.
Semua penduduk lari lintang-pukang meninggalkan rumah mereka serta menangis meminta pertolongan.
Bagaimanapun tiada laporan kecederaan daripada letupan tersebut.
Agensi gunung berapi turut meningkatkan tahap amaran Gunung Berapi Sinabung ke paras tertinggi iaitu empat, yang bermaksud letusan besar bakal berlaku pada bila-bila masa.
Jurucakap Agensi Bencana Alam Nasional, Sutopo Purwo Nugroho berkata, pihak berkuasa telah mengeluarkan amaran meminta penduduk di sekitar lima kilometer radius dari gunung berapi itu agar meninggalkan kawasan tersebut. - AFP


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20131125/lu_07/Ribuan-penduduk-pindah-Sinabung-meletus-lapan-kali#ixzz2ldzr37H3
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Bendung salah guna lesen




KUALA PILAH – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) memandang serius kegiatan segelintir rakyat tempatan yang membenarkan warga asing menggunakan lesen mereka bagi menjalankan perniagaan.
Menterinya, Datuk Hasan Malek (gambar) berkata, tindakan tegas akan dikenakan terhadap mereka yang mengaut keuntungan mudah dengan berbuat demikian.
Ujarnya, tindakan perlu diambil bagi membendung amalan itu sekali gus dapat mengatasi kebanjiran peniaga warga asing di negara ini.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=1125&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_10.htm#ixzz2lcovYx8g 
Hakcipta terpelihara 

Kilang ancam kesihatan penduduk



REEZAL MERICAN (kanan) menunjukkan kilang memproses plastik terpakai untuk dikitar semula yang mengakibatkan pencemaran di Kampung Ekor Kucing, Kepala Batas, Pulau Pinang semalam.


KEPALA BATAS – Kira-kira 100 keluarga di Kampung Ekor Kucing, Pinang Tunggal di sini diancam masalah kesihatan apabila terpaksa menghidu bau busuk daripada sebuah kilang memproses plastik kitar semula yang terletak di dalam kampung itu.
Selain itu, penduduk turut berhadapan risiko kemalangan ekoran lori mengangkut pasir yang menggunakan jalan kampung berkenaan.
Rata-rata penduduk yang ditemui berkata, kedua-dua masalah tersebut timbul sejak tiga bulan lalu apabila pemilik kilang membuat batu-bata di kampung itu membina kilang memproses plastik, selain menjual pasir yang disedut dari sebuah kolam yang terdapat di kawasan kilang berkenaan.
Kilang memproses plastik itu dibina berhampiran kilang batu-bata tersebut.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=1125&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_09.htm#ixzz2lcomD9rj 
Hakcipta terpelihara 

12 diberkas kerana ambil syabu



SEBAHAGIAN daripada warga asing yang diperiksa oleh polis dan imigresen dalam Ops Cantas Narkotik di beberapa buah pusat hiburan di Taman AST, Seremban, Negeri Sembilan kelmarin.


SEREMBAN – Seramai 12 orang termasuk lima wanita diberkas polis kerana positif mengambil dadah jenis syabu dalam Ops Cantas Khas Narkotik di beberapa buah pusat hiburan di Taman AST di sini kelmarin.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik negeri, Superintendan Baharom Othman berkata, operasi yang dijalankan dengan kerjasama Jabatan Imigresen negeri itu bermula kira-kira pukul 9.30 malam dan berakhir pada pukul 12.30 pagi.
Menurut beliau, dalam operasi itu seramai 159 orang termasuk pekerja dan pengunjung di beberapa buah pusat hiburan serta rumah urut di kawasan itu diperiksa.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=1125&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_06.htm#ixzz2lco50se1 
Hakcipta terpelihara 

Hilang nyawa angkara cinta janda




PASIR PUTEH – Angkara berebut cinta seorang janda, dua sahabat bermusuh dan kemuncaknya seorang daripada mereka mati ditikam bertubi-tubi di depan sebuah rumah di Kampung Nara di sini kelmarin.
Dalam kejadian pada pukul 5.20 petang, Mohd. Azizi Abdul Razak, 48, meninggal dunia di Hospital Tengku Anis (HTA) di sini selepas terkena beberapa tikaman dari rusuk kiri sehingga ke kaki.
Ketua Polis Daerah Pasir Puteh, Deputi Supritendan Mohd. Kamal Zainal berkata, siasatan mendapati sebelum kejadian mangsa yang baru selesai mengutip bakul kuih dan makanan di warung-warung di sekitar kampung tersebut telah pergi ke rumah kenalannya, Mohd. Zaihan Mohd. Zaid, 25, di Kampung Nara untuk berbual-bual seperti biasa.
Antara yang dijual mangsa ialah karipap, lompat tikam, laksa dan bihun goreng.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=1125&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_05.htm#ixzz2lcngdxzF 
Hakcipta terpelihara 

Janda, tiga rakan main judi didenda RM500


RAHIMAH dibawa ke Mahkamah Majistret Kota Bharu, Kelantan semalam bagi menghadapi tuduhan bermain judi.


KOTA BHARU – Empat sekawan termasuk seorang warga emas janda berusia 62 tahun didenda RM500 oleh Mahkamah Majistret di sini semalam kerana berjudi di kaki lima sebuah bangunan di Jalan Doktor dekat sini pada Jumaat lalu.
Majistret Nik Habri Muhamad menjatuhkan hukuman itu selepas Rahimah Md. Riffin bersama tiga yang lain, Hazlan Ibrahim, 52; Yussaimi Yusoff, 47, dan Ibrahim Abdullah, 41, mengaku bersalah atas pertuduhan tersebut.
Keempat-empat tertuduh didakwa bermain judi tintong syiling iaitu membaling wang syiling dan menekup dengan menggunakan wang sebagai pertaruhan pada pukul 10.20 malam, Jumaat lalu.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=1125&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_01.htm#ixzz2lcnJThuz 
Hakcipta terpelihara 

Mangsa hamba domestik ada kaitan ideologi politik

LONDON - Satu pasangan yang dituduh menyimpan tiga orang wanita untuk dijadikan hamba domestik di sebuah rumah di sini selama 30 tahun merupakan keturunan India dan Tanzania, kata polis kelmarin.
Menurut polis, dua daripada mansa itu merupakan penyokong satu ideologi politik yang dikongsi bersama dengan pasangan tersebut.
Ketiga-tiga mangsa itu merupakan seorang warga Malaysia yang berusia 69 tahun, seorang wanita Ireland berumur 57 tahun dan seorang wanita British berusia 30 tahun.
Wanita British itu menjadi hamba domestik sepanjang hidupnya.
Dua mangsa yang lebih tua itu dipercayai telah menemui seorang lelaki yang menjadi suspek dalam kes tersebut sebagai sebahagian daripada satu perkongsian idelogi politik.
Polis Metropolitan London menyatakan, pada mulanya dua wanita itu tinggal bersama dengan pasangan tersebut bagi berkongsi ideologi tersebut.
Mangsa ketiga yang telah menjadi hamba sepanjang hayatnya itu telah mengejutkan penduduk Britain termasuk Perdana Menteri, David Cameron.
Ketua Polis Unit Jenayah Terancang dan Gengster, Steve Rodhouse menyatakan, pasangan tersebut telah tinggal di Britain sejak tahun 1960-an.
Menurutnya, perkongsian ideologi politik itu kemudian berakhir dan wanita tersebut terus tinggal bersama dengan pasangan tersebut.
Beberapa anggota polis menemui beberapa penduduk yang tinggal berdekatan dengan rumah pasangan tersebut bagi mencari maklumat untuk membantu siasatan.
Polis tidak mendedahkan lokasi sebenar rumah yang menjadi tempat tiga wanita tersebut dijadikan hamba.
Identiti ketiga-tiga wanita itu seperti nama mereka masih tidak didedahkan polis.
Bagaimanapun, polis mencari maklumat itu di kawasan beberapa buah flat di Peckford Place di Brixton.
Kawasan itu terkenal dengan kehidupan malam dan komuniti Afrika.
Sejumlah orang dan wartawan berhimpun di lokasi tersebut dua hari selepas polis mendedahkan kejadian itu.
Pasangan yang kedua-duanya berusia 67 tahun itu sebelum ini telah ditangkap dan diikat jamin pada Khamis lalu.
Polis Metropolitan London menyatakan, pasangan tersebut ditangkap berhubung kes perhambaan domestik.
Mereka diselamatkan pada bulan lalu selepas wanita Ireland itu menelefon sebuah agensi kebajikan secara rahsia. - Agensi


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=1125&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_02.htm#ixzz2lcmx1NK4 
Hakcipta terpelihara 

15,000 orang terpaksa pindah


DEBU-DEBU kelihatan pada daun dan rumput di Karo.


JAKARTA - Indonesia mengarahkan pemindahan kira-kira 15,000 orang penduduk yang tinggal berdekatan sebuah gunung berapi yang aktif di Sumatera semalam.
Gunung Sinabung itu semakin aktif sejak beberapa bulan lalu dengan menghamburkan debu sejauh beberapa kilometer ke udara.
Pihak berkuasa mengeluarkan arahan perpindahan itu kepada penduduk yang tinggal sejauh lima kilometer dari gunung tersebut.
Kira-kira 6,000 orang telah berpindah dari kawasan berkenaan yang terletak 88 kilometer dari Medan.
Setakat ini tiada laporan tentang kecederaan atau kematian dilaporkan semasa perpindahan itu dilakukan.
Agensi Bencana Kebangsaan Indonesia juga telah menetapkan status berjaga-jaga berbanding hanya bersiap sedia untuk berpindah kepada penduduk di sekitar gunung berkenaan.
Gunung itu merupakan sebuah daripada 130 gunung berapi yang aktif di negara ini.
Pada tahun 2010, Gunung Merapi di tengah Jawa telah meletus dengan kuat sehingga mengakibatkan lebih 350 orang terbunuh. - Agensi


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=1125&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_01.htm#ixzz2lcmBRkPu 
Hakcipta terpelihara