Search This Blog

Saturday, November 23, 2013

Temui ajal berhampiran rumah

Temui ajal berhampiran rumahAnggota forensik memeriksa mayat Ainah yang meninggal dunia di tempat kejadian selepas dirempuh sebuah kereta ketika melintas di Jalan Salleh di sini, semalam.

MUAR - Hasrat seorang pesara jururawat memulakan operasi gerai menjual surat khabar seperti biasa tidak kesampaian apabila maut dalam nahas di Jalan Salleh di sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 6.30 pagi, Ainah Hassan, 71, berjalan kaki dan melintas jalan menuju ke gerainya yang terletak kira-kira 50 meter dari rumahnya.

Bagaimanapun setibanya di tempat kejadian, dia dipercayai dirempuh sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyota Wish yang dipandu seorang pemuda dari arah Muar menghala ke Bukit Pasir.

Akibat rempuhan kuat itu, mangsa tercampak kira-kira  50 meter sebelum terperosok ke bawah gerai tempatnya berniaga.

Mangsa meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala dan mayatnya dihantar ke Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF) di sini untuk bedah siasat.

Anak bongsu  mangsa, Abdul Halim Mat,42, berkata, dia mengetahui insiden menyayat hati yang menimpa ibunya kira-kira jam 7 pagi selepas menerima panggilan telefon daripada majikan tempat ibunya bekerja.

“Saya menghubungi abang, Bakhtiar memaklumkan perkara itu sebelum bergegas ke tempat kejadian dan lihat ibu sudah meninggal dunia.

“Kali terakhir jumpa ibu petang semalam (kelmarin) semasa datang ke rumahnya.  Ibu tinggal sendirian di rumah ini, manakala saya menetap di Bukit Treh,” katanya ketika ditemui Sinar Harian.

Katanya, ibu bekerja menjual surat khabar kira-kira 10 tahun lalu untuk mengisi masa lapangannya selepas bersara dan tidak menyangka ibu meninggal dunia tidak jauh daripada rumah.

Abdul Halim berkata, ibunya dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bakri Batu 6 selepas solat Jumaat.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Azman Ayob ketika dihubungi mengesahkan kejadian.

Katanya, mayat mangsa dihantar ke HPSF untuk dibedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Guru didakwa dalang soalan SPM bocor

Guru didakwa dalang soalan SPM bocorMohd Husaine (dua, kanan) menunjukkan laporan polis serta bukti berhubung dakwaan kebocoran maklumat soalan SPM bagi subjek Matematik dan Matematik Tambahan.

KUALA LUMPUR - Seorang guru yang juga tenaga pengajar di sebuah pusat tuisyen di ibu kota didakwa bertanggungjawab ke atas kebocoran soalan bagi subjek Matematik dan Matematik Tambahan untuk Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM) 2013.

Soalan-soalan berkenaan didakwa ‘dibocorkan’ melalui beberapa siri seminar khas yang dijalankan di sebuah masjid, menjelang hari-hari akhir tarikh peperiksaan berlangsung.

Malah aktiviti berkenaan dikatakan berlaku sejak 2007 lagi dan telah ada laporan yang dibuat namun tiada sebarang tindakan ke atas individu berkenaan sehingga kini.

Perkara itu didedahkan Mohd Husaine Jaslee, 30, kepada Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), selepas menerima maklumat daripada sekumpulan pelajar dan juga calon SPM, sebaik selesai kertas Matematik pada 18 November lalu.

Menurutnya, sekumpulan pelajar dari sekolah menengah di Zon Keramat itu memaklumkan mereka mendapat maklumat berhubung soalan bocor daripada rakan mereka yang menghadiri seminar berkenaan.

“Soalan dan susunannya sama bagi Matematik kertas II tetapi urutan soalan diubah-ubah bagi kertas satu. Setiap ayat, nombor, diagram dan apa sahaja dalam kertas soalan memang sama dengan apa yang dibocorkan,” katanya.

Atas rasa tanggungjawab, Mohd Husaine kemudiannya mengumpulkan bukti dan melaporkan ke Lembaga Peperiksaan Malaysia.

Katanya, disebabkan maklumat soalan bocor itu diperolehi selepas kertas Matematik, dia diminta mendapatkan bukti kertas Matematik Tambahan sebelum peperiksaan kertas itu dijalankan bagi memastikan perkara itu benar-benar terjadi (kebocoran soalan).

“Pada 20 November, seminar sama diadakan iaitu sehari sebelum kertas Matematik Tambahan dijalankan, namun tiada tindakan diambil dan saya dimaklumkan pihak Lembaga Peperiksaan Malaysia tidak mempunyai kuasa dan hanya menunggu laporan seterusnya.

“Lima minit sebelum kertas dua Matematik Tambahan dijalankan, saya menerima tiga keping gambar dipercayai soalan dan jawapan untuk kertas dua subjek itu dihantar seorang pelajar melalui ‘Whatsapp’.

“Saya terus ke Unit Keselamatan Lembaga Peperiksaan Malaysia dan mencetak gambar itu sebagai bukti,” katanya.

Tambahnya, setelah diteliti kembali soalan kertas dua Matematik Tambahan, dia mendapati soalan nombor dua bahagian A kertas tersebut adalah sama dengan maklumat bergambar yang diterima pada awalnya.

“Saya dipanggil oleh pihak Kementerian Pendidikan Malaysia dan dimaklumkan mereka akan menyiasat perkara itu dan saya akan dijadikan saksi,” katanya yang membuat laporan polis di Balai Polis Wangsa Maju, kelmarin.

Jangan mudah tertipu pakej umrah murah - Menteri


KUALA LUMPUR 23 Nov. - Pengguna Muslim dinasihat tidak terpedaya dengan pelbagai janji ditawarkan dalam pakej umrah dengan harga murah.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Hasan Malek berkata, pihak yang membuat tawaran itu hanya memikirkan keuntungan semata-mata berbanding kepentingan pengguna.
"Ada yang janji pakej murah, hotel dekat dengan Kaabah tapi bila sampai di Tanah Suci, berlaku sebaliknya.
"Ada juga yang mengalami masalah visa pada saat akhir, sedangkan duit untuk menunaikan ibadat umrah telah dibayar," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Program Jualan Kembali ke Sekolah peringkat Wilayah Persekutuan di Kuala Lumpur Festival City di sini, hari ini.
Beliau mengulas mengenai laporan bahawa sebanyak 85 syarikat terbabit dalam kes penipuan pakej umrah melibatkan tuntutan RM6.9 juta sejak 2009.
Dalam pada itu, Hasan menggesa orang ramai tampil membuat aduan lengkap kepada pihak kementerian sekiranya ada peniaga yang menaikkan harga barangan secara tidak munasabah.
"Saya minta kerjasama pengguna buat aduan di talian 1-800-886-800 supaya tindakan boleh diambil segera," katanya.
Mengenai program Jualan Kembali ke Sekolah tahun ini, Hasan berpuas hati dengan penglibatan pihak swasta yang semakin meningkat berbanding sebelumnya.
Program tahun itu bermula 15 November hingga 31 Disember ini di seluruh negara dengan menawarkan barangan persekolahan seperti uniform, alat tulis, kasut dan keperluan persekolahan dengan harga yang berpatutan.
Pasar raya seperti AEON, Giant, Tesco, Mydin, Aeon Big dan Parkson menyertai program ini di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, dan lapan negeri - Negeri Sembilan, Kelantan, Selangor, Kedah, Johor, Sarawak, Terengganu dan Sabah.
Pada pelancaran itu, seramai 50 kanak-kanak pelbagai kaum dari sekolah rendah dan menengah menerima sumbangan barangan persekolahan untuk sesi 2014. - BERNAMA


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20131123/dn_26/Jangan-mudah-tertipu-pakej-umrah-murah---Menteri#ixzz2lSWrTeZ4
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Op Selamat III: 53 maut dalam 3 hari


KUCHING 4 Ogos - Kempen Op Selamat III sempena Aidilfitri yang berkuat kuasa mulai Khamis lalu setakat semalam mencatatkan sebanyak 53 kematian dalam kes kemalangan jalan raya yang berlaku di seluruh negara.
Pengarah Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA), Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Datuk Seri Salleh Mat Rasid (gambar) berkata, bilangan kes, khususnya kemalangan maut diharap menunjukkan penurunan sebaik sahaja kempen tersebut tamat 15 Ogos ini.
“Secara keseluruhan, untuk tiga hari pertama Op Selamat III ini, hasilnya adalah positif kerana kita mendapati terdapat penurunan kadar kemalangan jalan raya di seluruh negara.
“Begitu juga dengan kadar kes pecah rumah. Kita berharap dengan kempen yang masih berbaki 12 hari lagi, trend penurunan untuk kedua-dua kes ini akan berterusan," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melancarkan Op Selamat III Peringkat Negeri Sarawak di Jalan Matang, di sini hari ini.
Yang turut hadir, Timbalan Pesuruhjaya Polis negeri, Datuk Law Hong Soon.
Mengulas lanjut, Salleh berkata, tempoh cuti sekolah yang panjang sempena hari raya kali ini membolehkan orang ramai merancang perjalanan masing-masing dengan lebih teliti.
“Cuti yang panjang mungkin menyumbang kepada peningkatan jumlah kemalangan namun situasi ini juga sebenarnya menyebabkan pengguna jalan raya tidak tergesa-gesa balik kampung kerana boleh merancang perjalanan," katanya.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130805/dn_15/Op-Selamat-III-53-maut-dalam-3-hari#ixzz2lSW7MqKB
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Aktiviti rahsia kilang kitar semula


Abd. Manaf Abd. Razak (dua dari kiri) dan beberapa anggota polis melihat enjin kenderaan yang sudah dileraikan di sebuah kilang kitar semula di Mukim Labu, Sepang, semalam.
SEPANG 22 Nov. - Berselindung di sebalik kilang kitar semula, sebuah premis di Mukim Labu di sini rupa-rupanya menjadi lubuk bagi pencuri kereta untuk menjual kenderaan curi dengan harga yang lumayan.
Lebih mengejutkan, dalang yang membeli kenderaan curi tersebut adalah pemilik kilang itu sendiri iaitu seorang wanita berusia 43 tahun.
Kegiatan kilang sejak 2011 itu bagaimanapun terbongkar selepas diserbu sepasukan polis dalam Op Cantas Khas Lejang pukul 9 pagi ini, bertindak hasil maklumat dan risikan.
Turut ditahan wanita yang juga pemilik kilang berkenaan dan lima pekerjanya ketika sedang leka meleraikan empat buah kenderaan curi selain seorang penjual.
Ketua Penolong Pengarah Risikan Jenayah (D4), Operasi dan Rekod Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Asisten Komisioner Abd. Manaf Abd. Razak berkata, siasatan awal percaya semua komponen kenderaan ditemui di premis itu dipercayai dicuri termasuk sebuah kereta baru dilaporkan hilang di Klang awal pagi ini.
Beliau bagaimanapun tidak dapat menganggarkan jumlah kereta dicuri kerana kesemua rangka kenderaan yang siap dileraikan telah dimampat untuk dijual sebagai besi buruk.
"Kita percaya komponen kenderaan yang diperoleh akan dijual kepada pembeli tertentu di Lembah Klang.
"Kita tidak menolak kemungkinan premis ini telah lama dijadikan pusat peleraian bagi kenderaan curi malah terkenal dalam kalangan pencuri kereta," katanya di lokasi kejadian di sini hari ini.
Difahamkan, kilang itu menjadi pilihan pencuri kereta kerana bayaran diberikan adalah tinggi bermula daripada RM500 bagi setiap kenderaan dijual.
Abd. Manaf berkata, kes itu disiasat di bawah Seksyen 414 Kanun Keseksaan atas kesalahan membantu melupus harta curi dan sabit kesalahan membawa hukuman penjara selama tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20131123/je_02/Aktiviti-rahsia-kilang-kitar-semula#ixzz2lSUPn1Ic
© Utusan Melayu (M) Bhd 

33 GRO bawah umur diselamatkan


PULAU PINANG 22 Nov. - Polis berjaya menyelamatkan seramai 33 gadis bawah umur yang terlibat dengan kegiatan pelacuran di negeri ini sepanjang tempoh Januari hingga Oktober tahun ini.
Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata, kesemua gadis berkenaan diselamatkan dalam serbuan di pusat hiburan dan pelacuran di seluruh negeri ini.
Katanya, gadis berkenaan terdiri daripada warganegara asing dan tempatan yang bekerja di pusat hiburan dan pelacuran sebagai gadis pelayan pelanggan (GRO).
"Jumlah gadis diselamatkan ini menunjukkan peningkatan 11 orang berbanding tempoh sama tahun lalu dan kita terus komited untuk memerangi semua kegiatan jenayah di negeri ini," katanya selepas melancarkan pasukan khas Op Cantas Khas Wanita Kontinjen Polis negeri, di sini hari ini.
Terdahulu dalam ucapannya, Abdul Rahim memberitahu, indeks jenayah negeri menurun 149 kes atau bersamaan dua peratus untuk tempoh 11 bulan tahun ini berbanding tempoh sama tahun lalu.
Namun, katanya, jenayah kekerasan melibatkan samun berkawan tanpa senjata api dan samun tanpa senjata api meningkat 15 peratus atau 178 kes.
"Bagi jenayah harta benda pula menunjukkan penurunan 15 peratus atau 278 kes untuk tempoh Januari hingga 20 November tahun ini berbanding tempoh sama tahun lalu.
"Selain itu, jenayah melibatkan wanita seperti rogol, cabul kehormatan, penderaan pembantu rumah dan keganasan rumah tangga pula menunjukkan penurunan 15 peratus atau 73 kes untuk tempoh 10 bulan tahun ini berbanding tempoh sama tahun lalu," ujarnya.
Menyentuh mengenai Op Cantas Khas, Abdul Rahim menegaskan seramai 1,467 orang termasuk 181 dipercayai terlibat dengan kumpulan kongsi gelap ditahan sejak operasi berkenaan dilancarkan pertengahan Ogos lalu.
"Kita juga berjaya merampas pelbagai senjata seperti 11 pucuk pistol, sebutir bom tangan, enam pucuk senjata api tiruan dan 66 kenderaan," jelasnya.
Menyentuh mengenai pasukan khas yang dilancarkan, beliau berkata, pelancaran itu menjadikan Pulau Pinang sebagai negeri pertama yang mempunyai pasukan Op Cantas Wanita dalam usaha untuk memantapkan lagi pasukan Op Cantas Khas negeri.
"Pasukan wanita ini terdiri daripada dua pegawai dan 18 anggota terlatih yang akan bersama pasukan Op Cantas Khas dan mereka lebih difokuskan untuk membanteras kegiatan jenayah melibatkan wanita dan remaja.
"Selain pasukan khas ini, kita juga akan mula menempatkan anggota wanita terlatih di lokasi strategik seperti di pantai peranginan, pengangkutan awam dan pusat beli-belah bermula minggu depan untuk rondaan dan membanteras jenayah terutama melibatkan golongan wanita," katanya.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20131123/je_03/33-GRO-bawah-umur-diselamatkan#ixzz2lSU7GAYS
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Wanita warga emas disamun, dibunuh


BATU PAHAT 22 Nov. - Seorang warga emas berusia 74 tahun mati dipercayai akibat dipukul dengan objek keras oleh penjenayah yang memecah masuk kedai runcitnya di Taman Banang di sini pagi ini.
Low Pow Ling ditemui di dalam setor di belakang premis pukul 9.20 pagi oleh ahli keluarganya yang datang selepas bimbang kerana mangsa tidak menjawab panggilan telefon beberapa jam sebelum itu.
Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Din Ahmad berkata, semasa ahli keluarganya sampai, mereka memanggil mangsa beberapa kali tetapi tiada jawapan lalu memecahkan pintu premis.
"Hasil pemeriksaan menemukan mangsa telah mati di dalam setor. Siasatan awal mangsa dipercayai disamun berdasarkan keadaan kaunter sedikit berselerak dan kesan pecah di bahagian siling kedai.
"Ketika ditemui mangsa dalam keadaan terbaring dengan luka di bahagian kepala, dipercayai dipukul menggunakan kayu. Motif dipercayai samun dan bunuh," katanya ketika dihubungi di sini.
Din seterusnya memberitahu, siasatan kes itu masih diteruskan dan saksi yang melihat atau mempunyai maklumat diminta tampil membantu siasatan.
Seorang ahli keluarga mangsa yang mahu dikenali sebagai Teo, 45, berkata, dia dan ahli keluarganya ada menghubungi mangsa seperti biasa kira-kira pukul 6.30 pagi tetapi tidak berjawab.
"Kami datang dan setibanya di tempat kejadian, kami memanggil mangsa dan mengetuk pintu tetapi juga tiada jawapan lalu memecahkan pintu kedai.
"Seorang daripada kami kemudian menjumpai mangsa di bilik setor di bahagian belakang kedai dengan keadaan kepalanya yang berdarah," katanya.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20131123/je_06/Wanita-warga-emas-disamun-dibunuh#ixzz2lSTsP1xQ
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Diberkas di KL


VINOD Mohan diberkas oleh polis di Tasik Titiwangsa, Kuala Lumpur, semalam.
KUALA LUMPUR 22 Nov. - Hampir empat bulan diburu pihak berkuasa, ketua kumpulan 'Geng 08 Vinod' yang terkenal dengan jenayah samun bersenjata di sekitar Rawang dan Gombak, Selangor, akhirnya tumpas selepas diberkas polis di Jalan Kuantan, Tasik Titiwangsa, pagi ini.
Suspek dikenali sebagai Vinod Mohan, 21, diberkas di sebuah rumah kosong pukul 9.30 pagi, selepas melarikan diri lebih 30 kilometer dengan memandu kereta sejurus terserempak sepasukan polis di kawasan Genting Sempah, Pahang.
Turut bersama suspek yang menaiki kenderaan pelbagai guna jenis Toyota Wish itu ialah seorang gadis berusia 23 tahun. Semasa melarikan diri, suspek dikatakan turut melepaskan tembakan.
Dalam insiden mengejar itu, kenderaan dipandu suspek telah melanggar seorang orang awam dan terbabas di satu lokasi di Tasik Titiwangsa sebelum lelaki tersebut melarikan diri manakala rakannya ditahan.
Bertindak atas maklumat, polis kemudian memberkasnya di sebuah rumah kosong di kawasan berdekatan dalam keadaan cedera, termasuk di bahagian bahu dan pinggang akibat terkena tembakan.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Abdul Rahim Abdullah berkata, pada Oktober lalu seramai tujuh ahli kumpulan geng ini ditahan dan dikenakan Perintah Pengawasan di bawah Seksyen 3(1) Akta Pencegahan Jenayah 1959 di Kedah, Negeri Sembilan, Johor, Pulau Pinang dan Perak.
"Kesemua mereka telah melanggar syarat dan kembali ke Gombak untuk meneruskan aktiviti jenayah dan pada 17 November lalu, kami berjaya menahan lima daripada mereka di Batu Batu Caves.
"Bertindak atas perkara itu juga, kami telah menahan suspek bernama Vinod setelah mengejarnya dari Genting Sempah," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Difahamkan, ekoran penahanan tersebut, sekurang-kurangnya 30 kes samun di sekitar Lembah Klang berjaya diselesaikan pihak polis.
Ogos lalu, akhbar melaporkan seorang anggota Geng 08 Vinod yang melarikan diri daripada sekatan jalan raya di Jalan Lingkaran Tengah 2 (JLT2) diburu polis dan dipercayai bersembunyi di kawasan hutan Ulu Yam.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20131123/je_01/Diberkas-di-KL#ixzz2lSS2lENZ
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Dua terbunuh kereta rempuh lori di Kuantan



KUANTAN 23 Nov. - Dua buruh maut selepas kereta yang mereka naiki hilang kawalan lalu merempuh sebuah lori dari arah bertentangan di Batu 12 Jalan Kuantan - Gambang di sini hari ini.
Dalam kejadian pada pukul 7.35 pagi itu, mangsa yang terbunuh ialah M. Kanayan, 36, dan R. Raman, 54, selepas cedera di beberapa bahagian badan dan kepala.
Timbalan Ketua Polis Daerah Kuantan, Supritendan Aziz Ahmad berkata, kejadian dipercayai berlaku apabila kereta Proton Saga yang dipandu Kanayan dari arah Gambang menghala ke Kuantan hilang kawalan lalu memasuki laluan bertentangan.
"Berikutan itu, mangsa gagal mengelak lalu merempuh sebuah lori yang datang dari arah bertentangan," katanya ketika dihubungi di sini. - UTUSAN ONLINE


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20131123/je_07/Dua-terbunuh-kereta-rempuh-lori-di-Kuantan#ixzz2lSRabhrb
© Utusan Melayu (M) Bhd 

‘Bertapa’ dalam tayar


Oleh Nordiana Shafiee
Sungai Petani: Enam wanita warga Thailand mempertaruhkan keselamatan diri masing-masing dengan melarikan diri melalui bumbung bangunan dua tingkat bagi mengelak dicekup pihak berkuasa yang membuat serbuan di sebuah pusat urut di Taman Sejati Indah, Bakar Arang, di sini, awal pagi semalam.

Dalam operasi selama tujuh jam bermula jam 8 malam, seramai 27 anggota Jabatan Imigresen Kedah termasuk dari cawangan Sungai Petani membuat serbuan di tiga lokasi berasingan termasuk dua restoran makanan ala Thai.



Seramai 25 warga asing diperiksa membabitkan warga Thailand dan seorang rakyat tempatan berusia antara 19 dan 40 tahun dengan 17 daripadanya dikesan melanggar syarat pas mengikut Peraturan 39(b) Peraturan Imigresen 1959/63.

Difahamkan, enam wanita berusia antara 19 dan 30-an yang memanjat siling kedai itu melarikan diri ke kedai tayar bersebelahan sebelum mereka berjaya dikesan ketika bersembunyi di sebalik timbunan tayar.

Foto
DUA tukang urut dijumpai bersembunyi di dalam timbunan tayar.

Foto
WANITA warga asing cuba melarikan diri melalui bumbung namun mereka dapat dijejaki.

Timbalan Pengarah Jabatan Jabatan Imigresen Kedah Mustaffa Kamal Hanaffi berkata, anggotanya memanjat bumbung bangunan kedai dua tingkat itu untuk mengesan semua wanita dipercayai masih bersembunyi dalam premis itu.

Ibu tunggal maut kereta bertembung


PONTIAN 23 Nov. - Seorang ibu tunggal warga emas terbunuh manakala anaknya parah selepas kenderaan dinaiki mereka terlibat dalam kemalangan di Kilometer 66, Jalan Johor Bahru-Batu Pahat dekat Kampung Api-Api di sini semalam.
Dalam kejadian pukul 6.30 petang itu, Patimah Ibrahim, 65, dari Kampung Parit Wahab, Kayu Ara Pasong dekat sini meninggal dunia di tempat kejadian manakala anaknya, Suhaila Bon, 34, cedera di kaki kanan dan kini dirawat di Hospital Sultanah Aminah (HSA) Johor Bahru.
Ketua Polis Daerah, Supritendan Zahaliman Jamin berkata, ketika kejadian dua beranak itu menaiki kereta yang dipandu seorang lagi anak Patimah iaitu Sharina Bon dari arah Benut menghala ke Pontian.
"Kereta dinaiki tiga beranak itu dikatakan bertembung dengan sebuah kereta datang dari arah bertentangan dipandu oleh seorang lelaki berusia 26 tahun.
"Perlanggaran itu mengakibatkan Patimah yang duduk di belakang maut di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala dan badan," katanya ketika dihubungi hari ini. - UTUSAN ONLINE


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20131123/je_08/Ibu-tunggal-maut-kereta-bertembung#ixzz2lSQ5UAbP
© Utusan Melayu (M) Bhd 

47 terbunuh bumbung pasar raya runtuh


RIGA 22 Nov. - Sekurang-kurangnya 47 orang termasuk tiga ahli bomba maut dan 38 orang lagi cedera apabila sebahagian besar bumbung sebuah pasar raya di Latvia, di sini hari ini, runtuh ketika dipenuhi ramai pengunjung.
Jabatan Bomba dan Penyelamat dalam kenyataannya menjelaskan, kejadian itu berlaku pada pukul 6 petang (12 tengah malam waktu Malaysia) apabila kira-kira 500 meter persegi bumbung pasar raya Maxima runtuh.
Jelas kenyataan terbabit, runtuhan menyebabkan sebahagian besar dinding dan hampir semua cermin depan bangunan itu musnah.
Jumlah mangsa yang terperangkap masih belum diketahui, namun laporan awal agensi berita RIA Novosti yang memetik kenyataan Datuk Bandar Riga, Nils Usakovs melaporkan, kira-kira 70 orang masih berada dalam bangunan terbabit.
Rakaman televisyen tempatan menunjukkan pasar raya terbabit dikelilingi beberapa buah trak bomba dan ambulans, manakala pasukan penyelamat menggunakan tuil besi untuk mengalihkan runtuhan bagi mencari mangsa yang terperangkap.
Lebih 60 askar turut dikerah membantu operasi menyelamat selain penggunaan anjing pengesan oleh pihak polis bagi mencari mangsa yang terselamat.
Tiga buah kren digunakan bagi mengalihkan runtuhan konkrit dari bahagian bumbung bagi membolehkan pasukan penyelamat memasuki pasar raya, namun mereka khuatir akan berlaku lagi runtuhan.
Punca kejadian masih belum dikenal pasti, namun dipercayai berpunca akibat kerja pembinaan taman di atas bangunan berkenaan. - AFP/REUTERS


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20131123/lu_07/47-terbunuh-bumbung-pasar-raya-runtuh#ixzz2lSPuyCHD
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Rakyat Malaysia dituduh rasuah di AS dibebas


SAN DIEGO 22 Nov. - Hakim Mahkamah Majistret Amerika Syarikat (AS), semalam membenarkan seorang rakyat Malaysia yang dituduh terlibat dalam kes rasuah terbesar melibatkan tentera laut negara ini, dibebaskan dengan bersyarat dan dikenakan ikat jamin sebanyak AS$1 juta (RM3.2 juta).
Hakim Jan Adler membuat keputusan itu dengan menyertakan senarai sekatan yang akan dikenakan ke atas suspek yang dikenali sebagai Leonard Francis.
Menurut syarat pembebasan, suspek akan dipantau dengan sistem kedudukan global (GPS), perlu menyewa pangsapuri di San Diego dengan dipasang kamera pemantau dan alat penggera di tingkap dan melantik pengawal keselamatan bebas yang akan memantaunya selama 24 jam, serta memaklumkan kepada pihak berkuasa jika dia cuba melarikan diri.
Adler turut mengekalkan keputusannya untuk menangguhkan satu penilaian semula oleh hakim Mahkamah Daerah AS.
Francis, Ketua Pegawai Eksekutif Glenn Defense Marine Asia Ltd., adalah suspek utama dalam kes rasuah bernilai berjuta-juta dolar yang menggegarkan Tentera Laut AS.
Dia ditahan di San Diego pada 16 September lalu atas tuduhan menawarkan percutian mewah, perkhidmatan pelacur dan beberapa habuan lain kepada pegawai-pegawai Tentera Laut AS sebagai pertukaran dengan maklumat sulit, termasuk laluan kapal.
Pendakwa raya menuduh Francis menggunakan maklumat itu untuk mengenakan bil berlebihan kepada Tentera Laut AS bagi perkhidmatan pelabuhan di Asia.
Selain Francis, seorang sepupunya yang merupakan pengurus syarikat dan tiga pegawai tentera laut, turut didakwa berhubung kes tersebut, tetapi kesemuanya mengaku tidak bersalah. - AGENSI


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20131123/lu_05/Rakyat-Malaysia-dituduh-rasuah-di-AS-dibebas#ixzz2lSPXPl00
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Wanita Malaysia antara tiga hamba dibebaskan


LONDON 22 Nov. - Tiga orang wanita termasuk seorang warga Malaysia diselamatkan selepas mereka didakwa menjadi hamba domestik selama 30 tahun di sebuah rumah di selatan ibu negara ini, kata polis Britain.
Polis Metropolitan mendedahkan perkara itu selepas menahan dua suspek iaitu seorang lelaki dan wanita, kedua-duanya berusia 67 tahun awal pagi semalam sebagai sebahagian daripada siasatan berhubung perhambaan domestik.
Pasukan siasatan perhambaan Scotland Yard dilancarkan selepas seorang daripada wanita yang dikurung itu menghubungi sebuah badan kebajikan memaklumkan bahawa dia ditahan tanpa kemahuannya dan pertubuhan itu kemudiannya membuat laporan polis,
Kesemua mangsa itu, seorang rakyat Malaysia berusia 69 tahun, warga Ireland berusia 57 dan seorang rakyat Britain yang tidak diketahui usianya dibebaskan pada 25 Oktober lalu.
Ketua Unit Pemerdagangan Manusia Polis Metropolitan, Kevin Hyland berkata, kesemua wanita itu kini 'dalam keadaan trauma'.
Menurut polis, tiada bukti berlakunya penderaan seksual ke atas mangsa.
Hyland berkata, beliau tidak tahu sebarang hubungan antara mangsa dan kedua-dua suspek terbabit.
Namun, pendedahan maklumat itu menimbulkan beberapa persoalan yang masih tidak dapat dileraikan.
Katanya, kesemua mangsa yang namanya tidak didedahkan, kini berada dalam keadaan selamat di sebuah lokasi di Britain yang tidak dinyatakan dan telah menerima rawatan pakar trauma sejak mereka diselamatkan.
Scotland Yard dalam satu kenyataan, hari ini menyatakan, polis Britain membebaskan dua suspek yang ditahan berhubung siasatan kes perhambaan tersebut, semalam dengan ikan jamin sehingga satu tarikh pada Januari ini. - AGENSI/AFP


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20131123/lu_04/Wanita-Malaysia-antara-tiga-hamba-dibebaskan#ixzz2lSPOy7Jq
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Haiyan jejas 5 juta kanak-kanak



BEBERAPA kanak-kanak bermain di kawasan yang dipenuhi serpihan kayu akibat kemusnahan Taufan Haiyan di Tacloban, tengah Filipina, kelmarin. - AFP
MANILA 22 Nov. - Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menganggarkan sebanyak lima juta kanak-kanak berumur 18 tahun ke bawah terjejas akibat Taufan Haiyan, yang melanda negara ini pada awal bulan ini.
Ketua Perlindungan Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF), Sarah Norton-Staal berkata, daripada jumlah itu, kira-kira 1.7 juta turut kehilangan tempat tinggal.
Katanya, kanak-kanak seawal umur enam tahun yang kelaparan kini dapat dilihat di tepi-tepi jalan di kawasan bencana merayu meminta bantuan, meskipun kerajaan menyatakan bantuan makanan telah disalurkan kepada mangsa.
“Apabila kehidupan mereka musnah, keadaan akan menjadi terdesak.
“Apa yang lebih membimbangkan, kawasan yang musnah akibat Haiyan sebelum ini terkenal sebagai tempat penyeludupan kanak-kanak, sekali gus bakal memburukkan lagi keadaan," katanya kepada wartawan di Manila.
Menurut Norton-Staal, dalam situasi seperti itu, kanak-kanak akan terpisah dengan keluarga mereka, menyebabkan mereka kini lebih mudah menjadi mangsa.
Katanya, dalam bencana besar sebelum ini, berlaku peningkatan sehingga 10 peratus dalam aktiviti penyeludupan kanak-kanak.
Norton-Staal berkata, keadaan di kawasan bandar lebih teruk kerana golongan kanak-kanak kini memerlukan keperluan asas seperti pendidikan dan kawasan untuk bermain.
“Adalah dianggarkan 90 peratus kemudahan pusat asuhan dan sekolah musnah, dengan beberapa buah lagi masih dijadikan pusat pelindungan sementara," tambahnya.
- AFP


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20131123/lu_03/Haiyan-jejas-5-juta-kanak-kanak#ixzz2lSN4aRJd
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Polis London enggan dedah identiti


Kuala Lumpur: Kedutaan Malaysia di United Kingdom masih dalam proses untuk mengumpul maklumat mengenai seorang rakyat Malaysia yang dijadikan hamba domestik lebih 30 tahun di selatan London.

Jurucakapnya ketika dihubungi semalam berkata, Polis Metropolitan London masih enggan mendedahkan identiti mangsa yang berusia 69 tahun dan dua lagi wanita lain iaitu masing-masing dari Ireland berusia 57 tahun dan Britian berusia 30 tahun.


Bagaimanapun, mangsa difahamkan berada dalam keadaan selamat di bawah penjagaan polis dan polis akan mengambil masa untuk menyiasat mengenai cara ketiga-tiga wanita terbabit boleh dijadikan hamba oleh seorang lelaki dan wanita sejak 30 tahun lalu.



“Mangsa dan dua lagi wanita lain masih dalam keadaan trauma,” katanya.


Sementara itu, jurucakap Wisma Putra memaklumkan pihaknya akan mengeluarkan kenyataan akhbar hari ini mengenai perkembangan terkini keadaan mangsa.


Tiga wanita, termasuk seorang warga negara Malaysia diselamatkan selepas menghabiskan masa lebih 30 tahun ditahan di dalam rumah di selatan London, termasuk seorang dipercayai menjadi hamba sepanjang usianya.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/11/23

Foto anak dalam permainan pornografi


Tampa (Florida): Seorang wanita terkejut apabila mendapati foto anak perempuannya yang berusia enam bulan dimuat naik di Instagram digunakan untuk permainan pornografi, menurut rakaman video daripada stesen televisyen WPTV.

Angelica Calad berkata, foto Taylen digemari pengikut fesyen bayi, tetapi turut dikongsi di halaman lain Instagram yang bertujuan membantu pengguna memainkan watak fantasi berunsur seksual. “Saya sangat marah apabila melihat foto anak saya dikaitkan dengan kisah yang dipaparkan,” kata bapa bayi itu, Josh Biggs.


Angelica berkata, dia sudah membuat aduan kepada Instagram, tetapi apabila foto itu dialihkan, satu lagi muncul. Dia juga mengingatkan ibu bapa lain agar berhati-hati dan membuat salinan foto juga boleh berlaku di laman lain bukan saja di Instagram. - AFP

Air kencing jadi minyak wangi


New York: Seorang penyampai televisyen mendakwa dia menjadikan air kencing Lady Gaga minyak wangi selepas mengumpulkan air kencing penyanyi itu yang di dalam tong sampah.

Pengacara rancangan kabel AS Watch What Happens Live, Andy Cohen memberitahu rancangan Late Night With Jimmy Fallon yang superstar itu kencing di dalam tong sampah di bilik persalinannya.


“Ia cerita lama tetapi memang Gaga melakukan demikian. Ketika ingin keluar, dia berkata: “Saya tidak dapat cari tandas, minta maaf saya membuang air kecil dalam tong sampah.



“Dia Lady Gaga dan seorang superstar. Setakat yang saya tahu, dia boleh buang air di mana saja dia mahu,” katanya.


Cohen berkata, dia meminta pembantu peribadinya mencari petua dan resipi untuk menyimpan air kencing itu dan menjadikannya minyak wangi. “Jadi, kami masukkannya ke dalam botol yang cantik. Saya tahu, ia perbuatan yang salah tetapi jika anda tanya mengapa, saya lakukannya, saya akan berkata ia adalah artifak bintang pop yang bernilai,” katanya. Sementara itu, Gaga memberi amaran kepada peminatnya di Twitter dengan berkata: “Anda sudah diberi amaran jika dia cuba menyembur ke arah anda”. - Agensi

MB bimbang tanam pokok ketum berleluasa di Kedah


MUKHRIZ memotong daun pokok ketum sebagai simbolik perasmian penutup Program Percambahan Minda: Dadah dan Ketum Pemusnah Senyap Anak Bangsa di Jitra semalam.


JITRA – Kerajaan Kedah memandang serius kegiatan menanam pokok ketum yang dilaporkan dilakukan secara berleluasa terutama di kawasan kampung dan pedalaman sehingga menyumbang kepada peningkatan jumlah penagih air daun ketum di negeri itu.
Menteri Besar, Datuk Mukhriz Tun Dr. Mahathir berkata, pihaknya akan berbincang dengan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) dan Ahli-ahli Parlimen dari negeri itu untuk mengusulkan perkara itu ke Dewan Rakyat.
“Kita akan minta kerajaan Persekutuan supaya memberi perhatian dengan meminda undang-undang sedia ada untuk mengharamkan terus penanaman pokok ketum,” katanya pada majlis perasmian penutup Program Percambahan Minda: Dadah dan Ketum Pemusnah Senyap Anak Bangsa anjuran AADK Daerah Kubang Pasu di dewan Pekan Kodiang dekat sini semalam.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=1123&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_09.htm#ixzz2lRcxV7hd 
Hakcipta terpelihara 

2 diisytihar muflis selepas jual kereta

Kuala Lumpur: Gara-gara ingin menukar kereta baru, dua lelaki diisytihar muflis kerana gagal melangsaikan ansuran bulanan pinjaman kereta dengan pihak bank walaupun kereta berkenaan sudah dijual kepada orang ketiga.
Kejadian itu mula disedari mangsa selepas mereka menerima lebih 15 saman trafik bagi pelbagai kesalahan jalan raya yang tertera nama serta nombor pendaftaran kereta lama yang masih menggunakan nama mereka.

Lebih malang apabila mangsa yang membuat pemeriksaan di bank dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mendapat tahu urusan pindah milik nama kenderaan tidak pernah dilakukan dan terpaksa menanggung hutang berkenaan.
Mangsa Tee Ching Swee, 49, dari Kuala Pilah, Negeri Sembilan berkata, akibat terpedaya dengan seorang lelaki mengaku ejen penjual kereta terpakai, dia mengalami kerugian RM80,000 apabila pemilik baru kereta Toyota Camry yang dijualnya awal tahun lalu tidak menyambung bayaran pinjaman bank selain melakukan pelbagai kesalahan jalan raya.

“Surat saman pertama saya terima bertarikh 2 Julai tahun lalu sebelum beberapa keping surat lagi bulan berikutnya sehingga penghujung tahun. Curiga dengan keadaan itu, saya membuat pemeriksaan di JPJ dan mereka memaklumkan kereta itu masih menggunakan nama saya.

“Saya juga membuat pemeriksaan dengan pihak bank, tapi mereka maklumkan saya mempunyai tunggakan ansuran bulanan yang tidak dijelaskan,” katanya pada sidang media di Wisma MCA, di sini, semalam.
Foto
CHONG (kanan) bersama dua mangsa yang membuat aduan.
Ching berkata, menyedari dirinya ditipu, dia berjumpa ejen terbabit meminta penjelasan, namun gagal kerana kerana lelaki itu memaklumkan keretanya sudah dijual kepada pihak ketiga. Dia kemudian membuat laporan polis di Balai Polis Melang, Kuala Pilah.

Sementara itu, Tan Keat An, 39, dari Bukit Mertajam, Pulau Pinang pula berkata, selepas ejen kereta terpakai menjual kereta Toyota Wish miliknya kepada individu ketiga, dia mengalami kerugian kira-kira RM110,000 selepas individu terbabit tidak menjelaskan ansuran bulanan bank selepas setahun membelinya.
Akibat tindakan itu, dia terpaksa menanggung bebanan hutang selain urusan perniagaannya turut mengalami masalah selepas diisytihar muflis.

“Sudahlah menanggung beban hutang bank, kini saya juga mempunyai rekod buruk dengan pihak polis apabila menerima banyak surat saman bagi kesalahan memandu laju.

“Saya harap sesiapa yang ternampak kereta Toyota Wish warna kelabu bernombor plat PJH81XX segera melaporkannya kepada polis,” katanya.

Pengerusi Biro Aduan Awam MCA Datuk Seri Michael Chong berkata, sejak Januari 2012 hingga Oktober tahun ini, pihaknya menerima lapan aduan berhubung kes yang sama. Orang ramai supaya berhati-hati ketika berurusan dengan ejen menjual kereta terpakai.

Samsung diarah bayar Apple RM932.4 juta



REUTERS
GAMBAR fail menunjukkan telefon iPhone 5 keluaran syarikat Apple berada di atas telefon bimbit Galaxy S4 yang merupakan produk Samsung.


SAN JOSE - Juri sebuah mahkamah persekutuan Amerika Syarikat (AS) kelmarin mengarahkan syarikat Samsung membayar ganti rugi berjumlah AS$290 juta (RM932.4 juta) kepada syarikat Apple berhubung paten telefon pintar iPhone dan komputer tablet, iPad.
Ganti rugi itu berhubung keputusan perbicaraan semula sebahagian kes paten melibatkan dua syarikat gergasi telefon pintar berkenaan.
"Saman ini bukan sekadar tentang paten dan wang, malah ia lebih daripada itu," menurut syarikat Apple dalam satu kenyataannya.
"Ia adalah mengenai inovasi dan kerja keras kami mencipta produk yang diminati oleh orang ramai," tambah kenyataan yang sama.
Syarikat Apple sebelum ini menuduh Samsung sengaja meniru bulat-bulat reka bentuk serta teknologi telefon pintar dan komputer tablet yang dikeluarkannya.
Sebelum ini, syarikat Apple memenangi saman paten tersebut pada Ogos 2012 yang melibatkan ganti rugi sebanyak AS$1.05 bilion (RM3.37 bilion).
Namun, seorang hakim AS, Lucy Koh meminta kes itu dibicarakan semula kerana pihak juri di dapati tersilap melakukan pengiraan ganti rugi.
Syarikat Samsung dari Korea Selatan mengatasi Apple dalam pasaran telefon pintar global dengan menguasai 31.4 peratus pasaran.
Keputusan terbaharu itu menyebabkan Samsung perlu membayar Apple kira-kira AS$900 juta (RM2.8 bilion) kerana melanggar paten untuk 13 produk syarikat dari AS itu. - AGENSI


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=1123&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_03.htm#ixzz2lRbTyN7K 
Hakcipta terpelihara 

3 beradik maut

Papar: Tiga daripada lima beradik yang dalam perjalanan dari Beaufort menuju Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) untuk menjemput ibu mereka maut dalam kemalangan di Kilometer 16, Jalan Papar-Beaufort, dekat sini, kelmarin.
Kejadian berlaku jam 3.10 petang apabila kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Toyota Avanza dinaiki mereka bertembung dengan van dinaiki sembilan individu termasuk lapan pelancong Hong Kong.
Mangsa yang terbunuh ialah Ahmad Syahmi Borhan, 24, (pemandu) bersama dua adiknya Hazmim Syakir, 15, dan Mohd Eizaz Syafil, 10. Mereka meninggal dunia di tempat kejadian.

Ketua Polis Daerah Papar Deputi Superintendan George Abdul Rakman berkata, dua lagi mangsa, Syahmi, Danish Shahzwan, 13, cedera parah manakala Muazam Syafaat, 14, hanya cedera ringan.
Foto
KEADAAN kereta mangsa yang remuk teruk akibat kemalangan, petang kelmarin.

Menurutnya, sejurus kemalangan, kedua-dua mangsa dikejarkan ke Hospital Papar menggunakan ambulans untuk rawatan lanjut.

10 minit hapus bukti

Sepang: Sebuah syarikat barang lusuh di Mukim Labu, di sini, yang dipercayai ada kaitan dengan sindiket curi kenderaan dikatakan mampu ‘menukar’ sebuah kenderaan seperti kereta menjadi kepingan besi hanya dalam lima hingga 10 minit untuk menghapuskan bukti.
Syarikat beroperasi sejak dua tahun lalu itu dipercayai melupuskan antara 20 hingga 40 kereta sehari yang dibeli daripada individu atau sindiket samun dan curi kenderaan dari seluruh negara untuk dijadikan kiub logam dan kepingan besi sebelum dijual kepada syarikat melebur besi.
Difahamkan, sebelum dijadikan kuib logam, komponen penting sesebuah kereta itu akan ditanggalkan terlebih dahulu untuk dijual semula sebagai alat ganti.

Namun, kegiatan syarikat yang dipercayai turut membeli 70 unit motosikal selain enam hingga 10 kenderaan berat sehari itu terbongkar selepas sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Risikan (D4) Bukit Aman, menyerbu premis itu kira-kira jam 9 pagi semalam.
Foto
ABD Manaf (tiga dari kanan) bersama anggotanya melihat kenderaan dipercayai dicuri yang dimusnahkan.

Foto
PEKERJA syarikat barang lusuh yang ditahan.

Ketua Penolong Pengarah (D4), Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner Abd Manaf Abd Razak berkata, syarikat yang terkenal dalam kalangan penduduk sekitar kawasan Sepang dan Nilai, Negeri Sembilan didaftarkan atas nama seorang wanita tempatan namun urusan jual beli dijalankan oleh suami dan anak lelaki wanita itu.

Pegawai AADK mengaku tidak salah palsu dokumen




SEREMBAN – Seorang Ketua Pegawai di Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Tampin mengaku tidak bersalah selepas dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini semalam atas 13 tuduhan tuntutan palsu dokumen Pesanan Kerajaan (LO) pada 2010.
Mohamad Noorsham Mohamad Sapian (gambar), 39, membuat pengakuan itu dan minta dibicarakan selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Datin Nursinah Adzmi.
Tertuduh didakwa dengan enam pertuduhan antara 8 Oktober hingga sekitar Disember 2010 iaitu membuat tuntutan palsu menerima bekalan makanan mentah daripada Syarikat Ikhlas Saujana Enterprise bagi Program Badget Daycare AADK Tampin menerusi Pesanan Kerajaan bernombor LO 267260500100243, LO 267260500100244, LO 267260500100260, LO 267260500100327, LO 267260500100383 dan LO 267260500100384 membabitkan jumlah RM16,194.60 di pejabat AADK Tampin.
Dia turut didakwa dengan tujuh pertuduhan antara Januari hingga November 2010 iaitu tuntutan palsu terhadap kerja-kerja pembersihan di pejabat AADK Tampin, bekalan set karaoke, kamera digital, meja kayu, selimut dan khemah daripada syarikat dan di pejabat yang sama.
Bagi kesemua pertuduhan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 18 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 24 akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara hingga 20 tahun dan denda sekurang-kurangnya lima kali ganda nilai jumlah atau butiran palsu atau RM10,000 mana lebih tinggi.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nurdiyanah Mohd. Nawawi manakala tertuduh diwakili peguam Mohd. Kamarul Arifin Mohd. Wafa.
Nursinah mengenakan jaminan terhadap tertuduh sebanyak RM15,000 dan menetapkan 22 Januari 2014 tarikh sebutan semula kes. Tertuduh membayar wang jaminan berkenaan.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=1123&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_10.htm#ixzz2lRVSb23p 
Hakcipta terpelihara 

Dua pegawai JPJ didakwa buat perakuan palsu


TAIPING - Dua pegawai Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Perak dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini semalam atas tuduhan membuat perakuan palsu berhubung bidang tugas mereka sebagai pemeriksa kenderaan dalam kejadian lebih setahun lalu.
Azis @ Aziz Ismail dan Mohamad Nazri Malek yang masing-masing bertugas sebagai Pengawai Pemeriksa Kenderaan Motor Kanan dan Pengawai Pemeriksa Kenderaan Motor agensi tersebut dituduh melakukan kesalahan berkenaan di pejabat JPJ Cawangan Taiping pada 26 Julai 2012.
Berdasarkan fakta kes, kedua-dua tertuduh diarahkan memeriksa sebuah motosikal berkuasa tinggi, Honda NSR 150RR berdasarkan peruntukan di bawah Seksyen 59 Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Bagaimanapun, mereka didakwa mengingkari arahan tersebut dengan tidak melakukan sebarang pemeriksaan terhadap motosikal itu.
Sebaliknya, mereka membuat perakuan palsu di dalam Laporan Pemeriksaan Kenderaan kononnya motosikal tersebut telah diperiksa dan berada dalam keadaan baik.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=1123&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_08.htm#ixzz2lRUmlXOz 
Hakcipta terpelihara 

Peguam dituduh pecah amanah RM2.34j


KUALA LUMPUR – Seorang peguam dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini semalam atas tuduhan melakukan pecah amanah membabitkan wang RM2.34 juta milik pelanggannya tahun lalu.
Tertuduh, Ong Keh Keong, 40, mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan itu yang dibacakan di hadapan Hakim Norsharidah Awang.
Mengikut kertas pertuduhan, Keh Keong didakwa menggunakan wang RM2,340,000 milik syarikat Ming Kuasa Sdn. Bhd. bagi kepentingan diri sendiri dan melanggar undang-undang yang ditetapkan.
Tertuduh yang merupakan seorang ejen iaitu peguam dan sebagai pemegang pertaruhan kepada pelanggan Delta Park Sdn. Bhd. didakwa melakukan perbuatan itu di firma guaman Ong Partnership, Suite B-06-12, Plaza Mont Kiara, No. 2, Jalan Kiara dekat sini pada 17 September 2012.
Kesalahan itu didakwa mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun, sebatan dan denda.
Norsharidah menetapkan Keh Keong dijamin RM50,000 dan pasport tertuduh diserahkan kepada mahkamah. Mahkamah menetapkan 13 Disember depan untuk sebutan semula kes.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=1123&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_07.htm#ixzz2lRM7qf4F 
Hakcipta terpelihara 

Tuhan Harun diserang strok di lokap polis


KUANTAN - Seorang lelaki dikenali 'Tuhan Harun' yang ditahan bagi membantu siasatan kes pembunuhan Ketua Pegawai Penguat Kuasa Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP), Ahmad Raffli Abdul Majid dilaporkan stabil selepas dimasukkan ke hospital dipercayai akibat diserang strok.
Harun Mat Saat, 47, yang ditahan reman selama seminggu di lokap Ibu Pejabat Polis Daerah Kuantan dimasukkan ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) dekat sini selepas mengadu sakit petang kelmarin.
Pengarah Kesihatan Pahang, Datuk Dr. Nor Hizan Ismail berkata, lelaki itu kini dalam pemerhatian sepasukan pakar di hospital berkenaan.
"Dia masih dirawat. Setakat ini, kita masih menunggu laporan diagnosis.
"Kita belum dapat memastikan lagi apa masalah kesihatan


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=1123&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_05.htm#ixzz2lRLN4FE2 
Hakcipta terpelihara 

Khidmat wad bersalin digantung



INILAH bangunan Hospital Bersalin dan Pusat Perubatan Cina di Jalan Tun Dr. Ismail, Seremban yang digantung perkhidmatan semalam.


KUALA LUMPUR - Kementerian Kesihatan telah mengeluarkan arahan supaya perkhidmatan pesakit di dalam wad Hospital Bersalin dan Pusat Perubatan Cina (NSCMH) di Seremban, Negeri Sembilan digantung berkuat kuasa serta-merta.


Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah (gambar kecil) berkata, ini kerana hospital itu didapati melakukan 10 pelanggaran Akta Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta 1998 dan peraturannya.
Beliau berkata, pelanggaran ini meliputi perkara melibatkan perkhidmatan bagi pesakit di dalam wad dan pesakit luar.
"Satu daripada contohnya adalah NSCMH kekurangan doktor residen sepenuh masa dalam bidang teras tertentu dalam lesennya, dengan itu menimbulkan kebimbangan terhadap keselamatan pesakit," katanya dalam kenyataan kepada Bernama di sini semalam.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=1123&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_01.htm#ixzz2lRKemEkO 
Hakcipta terpelihara 

Letupan paip minyak ragut 35 nyawa di China



AFP
SEBUAH kereta musnah akibat letupan paip minyak.


BEIJING - Sebuah saluran minyak di bandar Qindao meletup dengan menyebabkan 35 orang terbunuh dan 166 yang lain cedera, kata pemerintah China semalam.
Letupan kuat menyebabkan jalan raya rosak, sejumlah kenderaan terbalik dengan asap tebal meliputi ruang udara bandar itu.
Kejadian itu turut menyebabkan satu kaki milik seorang pejalan kaki terputus manakala kepala seorang mangsa lain remuk dihempap serpihan konkrit.
"Sebelum ini, saya hanya melihat kejadian seperti ini dalam filem bertemakan bencana," kata seorang pekerja penyelamat yang mahu dikenali sebagai Xue kepada agensi berita Xinhua.
Saluran paip itu yang dikendalikan oleh syarikat minyak milik China, Sinopec, bocor awal semalam dan meletup beberapa jam kemudian.
Pihak pentadbiran daerah Qingdao dalam satu kenyataannya memberitahu, letupan berlaku ketika beberapa pekerja sedang membaiki kebocoran tersebut.
Punca sebenar kejadian tersebut masih disiasat. - AFP


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=1123&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_04.htm#ixzz2lRFmIvhW 
Hakcipta terpelihara 

Lelaki kecoh hilang balik rumah nenek


Shah Alam: “Selepas beberapa jam dilaporkan hilang, Iskandar mengejutkan kami sekeluarga apabila pulang ke rumah neneknya di Subang Jaya dalam keadaan keletihan dan kebingungan seolah-olah dipukau.

“Namun begitu, saya gembira adik ipar saya ditemui dalam keadaan selamat tanpa sebarang kecederaan. Kami tidak kisah jika kereta itu hilang, tetapi nyawanya jauh lebih berharga,” kata Muhd Hanifi Muhd Bazil, 29, abang ipar kepada seorang lelaki yang dilaporkan hilang bersama kereta milik ibu bapanya ketika singgah di sebuah stesen minyak berhampiran plaza tol Bukit Jelutong, di sini, malam kelmarin.


Lebih mengejutkan lagi, kereta Subaru XV yang hilang bersama Iskandar Zulkarnain Borhan, 25, kelmarin turut ditemui di hadapan rumah neneknya di Subang Jaya bersama sebuah lagi kereta Rexton milik ibu bapanya dipercayai dipandu sendiri mangsa. Kehilangan Iskandar kecoh apabila berita mengenainya tersebar melalui Facebook yang dimuat naik ahli keluarga yang memaklumkan mengenai kehilangan lelaki itu ketika ibunya memberhentikan kereta di laluan luar stesen minyak PETRONAS selepas tol plaza Bukit Jelutong, di Lebuhraya Guthrie dan keluar untuk ke tandas.



Selain Facebook, berita kehilangan turut tersebar melalui aplikasi WhatsApp sebelum ahli keluarga mangsa membuat laporan polis.


Muhd Hanifi berkata, Iskandar tidak mempunyai sebarang masalah dengan keluarga sebelum ini dan masih banyak tanda tanya timbul mengenai kehilangannya.


“Dia tahu memandu, tetapi tidak mahir selok-belok jalan. Saya juga terkejut apabila diberitahu dia ditemui di depan rumah neneknya di Subang Jaya menggunakan kereta Rexton milik keluarga sedangkan ketika hilang, dia menaiki Subaru XV.

Katanya, kereta Subaru XV ditemui polis peronda yang kebetulan melakukan rondaan di kawasan perumahan itu sebelum memaklumkan kepada ahli keluarga mangsa. “Berita kehilangan adik saya itu membuatkan saya panik dan terus mencarinya di rumah keluarga di sekitar Subang Jaya. Pencarian tidak terhenti di situ apabila saya turut mencarinya di sekitar Rawang dan Ijok.


“Namun begitu, Iskandar mengejutkan kami sekeluarga apabila pulang ke rumah neneknya tadi (semalam). Apabila kami tanya mengenai kejadian sebenar kepadanya, beliau hanya mendiamkan diri seperti bingung dengan soalan itu,” katanya ketika ditemui di pekarangan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam, semalam. Menurut Muhd Hanifi, dia hairan dengan tindakan adik iparnya yang boleh memandu sebuah lagi kereta milik ibu bapanya dari Sungai Buloh ke Subang Jaya kerana mangsa dipercayai tidak arif mengenai navigasi dan arah apabila memandu.

“Saya sudah beberapa kali membuat rondaan di sekitar rumah nenek malam tadi (kelmarin), namun tidak menemui kereta bapa mentua sebelum dimaklumkan polis, dia dan kereta terbabit sudah ditemui,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/11/23

Kedutaan Australia dilontar telur


Jakarta: Penunjuk perasaan dengan sebahagian besarnya berpakaian seragam ala tentera semalam melontar telur dan tomato ke arah kedutaan Australia di sini sebagai membantah kegiatan pengintipan negara itu terhadap pemimpin Indonesia.

“Musnahkan mereka,” laung seorang penunjuk perasaan dari kumpulan nasionalis ‘Markas Pejuang Merah Putih’ menerusi pembesar suara.


Kira-kira 100 aktivis menyertai tunjuk perasaan di kedutaan Australia itu yang dikawal ketat oleh polis.



Mereka kemudian disertai oleh anggota Barisan Pembela Islam (FPI) dan Hizbul Tahrir.


Jakarta berang terhadap laporan bahawa pegawai agensi perisikan Australia cuba mencuri dengar perbualan telefon antara Presiden Susilo Bambang Yudhoyono dan pegawai kanannya.


Jakarta sebelum ini memanggil pulang dutanya dari Canberra serta menggantung kerjasama dalam kegiatan penyeludupan manusia.

Pertelingkahan itu menyebabkan hubungan kedua-dua negara jiran itu berada pada tahap paling buruk sejak 1999 apabila tentera Australia dikerah ke Timor Leste pada 1999 sebaik Indonesia mengundurkan askarnya dari bekas tanah jajahannya itu.


Sementara itu, bekas ketua agensi perisikan Indonesia AM Hendropriyono berkata semalam, perbuatan mengintip perbualan telefon adalah perkara biasa dalam kegiatan perisikan.

“Bagi kegiatan perisikan, ia perkara biasa,” katanya kepada laman berita Indonesia, Liputan 6, merujuk kepada laporan mengenai cubaan Australia mengintip perbualan Susilo, isteri dan menterinya pada 2009.


“Fungsi perisikan ialah untuk mencari sebanyak maklumat yang mungkin dan setepat yang boleh. Cara termudah ialah dengan mencuri dengar perbualan. Samalah dengan pencopet yang tugas mereka ialah mencopet,” katanya.


Menurutnya, agensi perisikan Indonesia juga mencuri dengar perbualan tokoh politik asing, tidak kira sama ada mereka kawan atau musuh. - AFP