Search This Blog

Friday, November 22, 2013

Ambulans meletup di Felda Palong 7


JEMPOL 22 Nov. - Seorang pemandu ambulans dari Klinik Felda Palong 4,5,6 terpaksa melalui detik-detik yang mencemaskan apabila kenderaan tersebut tiba-tiba terkopak dan meletup dipercayai akibat oksigen di dalamnya meletup dalam satu kejadian di jalan utama Felda Palong 7, dekat sini petang semalam.
Dalam kejadian itu, mangsa Shaari Miso 52, baru sahaja selesai menghantar pesakit ke Hospital Jempol.
kira-kira pukul 6.20 petang sebelum dia terdengar satu bunyi dentuman dari arah belakang dan dalam masa yang sama cermin depannya pecah.
Ketua Polis Daerah Jempol, Supritendan Hamzah Alias ketika mengesahkan kejadian itu menjelaskan Apabila mangsa melihat cermin sisi kanan, dia menyedari bahagian belakang ambulans terkopak dan dipercayai meletup.
Katanya, mangsa kemudiaannya bertindak memberhentikan kenderaan tersebut dan segera meminta bantuan dan dia tidak mengalami sebarang kecederaan serius ekoran kejadian itu. - UTUSAN ONLINE


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20131122/je_09/Ambulans-meletup-di-Felda-Palong-7#ixzz2lNh5ZmFR
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Bengkel kereta musnah terbakar di Gemas


GEMAS 22 Nov. - Sebuah bengkel kereta di Jalan Pasir Besar-Felda Pasir Besar dekat sini, musnah dalam kebakaran awal hari ini.
Dalam kejadian pukul 3 pagi itu, sebuah kereta pelanggan turut musnah.
Menurut pegawai operasi bomba, Shahidallah Osman, dua jentera bomba, masing-masing dari Balai Bomba dan Penyelamat Gemas dan Bahau, bersama 16 anggota digegaskan ke lokasi kejadian sebaik menerima laporan.
"Ketika pihak bomba tiba, api sedang marak namun kepantasan pihak bomba bertindak menyebabkan api berjaya dikawal daripada merebak ke premis bersebelahan," katanya ketika dihubungi.
Menurutnya, tiada kemalangan jiwa atau kecederaan dilaporkan, manakala punca dan kerugian masih dalam siasatan. - BERNAMA


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20131122/je_08/Bengkel-kereta-musnah-terbakar-di-Gemas#ixzz2lNgtIEey
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Polis Melaka buru 4 lelaki menyamar polis, imigresen


MELAKA 22 Nov. - Polis Melaka sedang memburu empat lelaki bagi membantu siasatan berhubung dua kes samun warga asing dengan menyamar sebagai anggota polis dan imigresen membabitkan kerugian RM21,000.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Melaka, Asisten Komisioner Raja Shahrom Raja Abdullah berkata, semua lelaki dipercayai rakyat tempatan berusia lingkungan 26 hingga 32 tahun itu menggunakan modus operandi menyamar sebagai anggota penguat kuasa untuk melakukan siasatan di rumah mangsa sebelum mengikat dan menyamun mereka.
Beliau berkata, kes pertama membabitkan lima wanita warga Indonesia berusia sekitar 25 hingga 32 tahun di sebuah unit pangsapuri di Bachang Jaya pada Rabu lepas yang mengalami kerugian RM6,000.
"Ketika kejadian semua wanita berkenaan berada di rumah dan didatangi empat lelaki berpakaian biasa yang menyamar anggota polis untuk melakukan pemeriksaan air kencing ke atas semua mangsa," katanya kepada pemberita ketika ditemui di sini hari ini.
Beliau berkata, semua lelaki terbabit kemudian bertindak masuk ke rumah pekerja kilang itu sebelum mengikat dan mengurung mereka di dalam bilik.
Raja Shahrom berkata, suspek merampas lima telefon bimbit pelbagai jenama, seutas rantai emas dan sebentuk cincin yang dianggarkan bernilai RM6,000 sebelum melarikan diri dengan kereta Proton Wira berwarna putih.
Katanya, kejadian kedua pula melibatkan tujuh lelaki warga Indonesia yang disamun empat lelaki dipercayai kumpulan sama yang menyamar anggota imigresen di sebuah rumah di Taman Muzaffar Syah Ayer Keroh pada 9.25 malam hari sama.
Beliau berkata, dalam kejadian itu, empat lelaki datang ke rumah mangsa dengan alasan untuk melakukan pemeriksaan sebelum mengikat dan mengurung semua mangsa di dalam bilik.
"Kumpulan itu kemudian melarikan 12 telefon bimbit pelbagai jenama dan wang tunai RM1,000 milik kesemua mangsa. Kerugian dianggarkan RM15,000," katanya.
Beliau berkata, tiada kecederaan dilaporkan dan orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan empat lelaki itu diminta tampil membantu siasatan. - BERNAMA


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20131122/je_11/Polis-Melaka-buru-4-lelaki-menyamar-polis-imigresen#ixzz2lNge2zmf
© Utusan Melayu (M) Bhd 

ALLAHU RABBI



Dijalanan Damascus, dua anak kecil tidur berpelukan kesejukkan. Dan musim sejuk yang mencengkam akan tiba lagi. Jika beginilah keadaan mereka, kesejukkan akan menjadi 'pembunuh' mereka.

Hasbunallah Wa Ni'mal Wakeel
 —

Bumbung pasar raya di Latvia runtuh ragut 17 nyawa


2013/11/22
Foto
KEADAAN bumbung Pasaraya Maxima yang runtuh, mengorbankan setakat ini sekurang-kurangnya 17 orang termasuk 3 anggota bomba. - Foto Reuters
Foto
ANGGOTA paramedik mengeluarkan mangsa yang terselamat dari runtuhan bumbung sebuah pasar raya di ibu negara Latvia, hari ini. - Foto Reuters


RIGA: Sekurang-kurangnya 17 maut termasuk 3 anggota bomba apabila sebahagian besar bumbung bangunan sebuah pasar raya di ibu negara Latvia runtuh, awal hari ini.

Punca kejadian masih dalam siasatan namun, kejadian itu dipercayai berpunca daripada pekerja yang sedang membina taman salji di bahagian bumbung pasar raya itu.


Setakat ini, 36 lagi dilaporkan cedera dalam kejadian yang berlaku di Pasaraya Maxima yang pembinaannya menggunakan dinding dan tingkap kaca yang tinggi.

Jurucakap Pasukan Perkhidmatan Perubatan dan Kecemasan Latvia, Ilze Buksa, berkata tiga anggota bomba maut apabila struktur bumbung jatuh dan menghempap mereka sejurus tiba di tempat kejadian. - AP

Pantai Timur dilanda tengkujuh


2013/11/22
Kuala Lumpur: Beberapa kawasan di Kelantan dan Terengganu mula menerima kesan musim tengkujuh berikutan hujan tanpa henti sejak beberapa hari lalu.

Di Rantau Panjang, Kelantan, hujan lebat berterusan sejak empat hari lalu menyebabkan kira-kira 100 keluarga dari Kampung Tasek Bakong dan Kampung Putat Tujuh, terputus hubungan.


Paras air melimpah

Ini berikutan paras air Sungai Tasik Garu melimpah ke jalan raya di kawasan berkenaan sejak awal pagi semalam sehingga tidak boleh dilalui kenderaan ringan.

Bagaimanapun, rumah penduduk masih belum digenangi air dan mereka mengambil langkah berjaga-jaga berikutan kemungkinan paras air dijangka semakin naik.

Pegawai Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Rantau Panjang, Pegawai Bomba Kanan I, Zaimi Samat, berkata laluan sepanjang kira-kira 300 meter di kawasan itu tidak boleh dilalui kenderaan ringan.

Katanya, pihaknya turut menasihati penduduk di kedua-dua kampung supaya segera berpindah apabila paras air meningkat ke tahap amaran.
Seramai 26 anggota bomba dari balai berkenaan diletakkan dalam keadaan berjaga-jaga bagi menghadapi kemungkinan banjir di sekitar Rantau Panjang dengan kekuatan tujuh bot penyelamat dan kenderaan darat.

Ketua kumpulan samun, curi kenderaan Geng Vinod diberkas


2013/11/22
KUALA LUMPUR: Seorang suspek dipercayai ketua kumpulan samun dan curi kenderaan 'Geng Vinod' berjaya diberkas polis pagi ini selepas menyembunyikan diri selepas melepaskan tembakan ke arah polis di Selayang di sini, malam tadi.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah, berkata suspek diberkas kira-kira 9.30 pagi ini ketika bersembunyi di kawasan rumah orang awam di Taman Titiwangsa di sini.


Suspek yang cedera di belakang terkena tembakan dilepaskan polis ketika mengejarnya kini dirawat di Hospital Selayang, katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Katanya, dalam kejadian kira-kira 8.30 malam tadi, suspek yang memandu kereta jenis Toyota Wish bersama seorang wanita bertindak merempuh kereta peronda polis dan melepaskan beberapa das tembakan ketika polis cuba menahan mereka ketika melakukan samun di Selayang.

Bertindak hasil maklumat daripada anggota polis peronda yang diserang itu, pasukan dari Jabatan Siasatan Jenayah Sentul memburu dua suspek berkenaan dan kira-kira 1.30 pagi terserempak dengan mereka lalu mengejar sehingga ke Lorong 3, Taman Titiwangsa, di sini sebelum kereta suspek terbabas.

Wanita berusia 21 tahun itu berjaya ditahan di dalam kereta itu manakala suspek meloloskan diri sebelum berjaya ditahan jam 9.30 pagi ini ketika bersembunyi di kawasan rumah orang awam di sekitar tempat kejadian, katanya.

Ku berkata semasa insiden mengejar penjenayah itu polis turut melepaskan satu das tembakan dan terkena belakang badan suspek.
"Dalam insiden malam tadi, suspek turut melanggar seorang orang awam semasa melalui kawasan Sentul," katanya

Beliau berkata kumpulan Geng Vinod dipercayai aktif melakukan kegiatan samun dan curi kenderaan di sekitar Lembah Klang.

- BERNAMA

Bekas KP Imigresen dibenar ikat jamin selepas 23 hari dalam penjara


2013/11/22
KUALA LUMPUR: Bekas Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Wahid Md Don keluar dari Penjara Kajang setelah 23 hari meringkuk dalam tirai besi, selepas Mahkamah Tinggi membenarkannya diikat jamin sementara menunggu rayuan terhadap sabitan rasuah.

Pada 30 Oktober lepas, Mahkamah Sesyen menolak permohonannya untuk penangguhan pelaksanaan hukuman penjara enam tahun dan denda RM300,000 yang dijatuhkan mahkamah itu. 

Letupan bom kereta ragut 32 nyawa


2013/11/22
Baquba: Bom kereta yang meletup di tengah pasar makanan sesak di utara Baghdad mengorbankan 32 orang semalam, ketika angka kematian tahun ini melepasi 5,800 di tengah peningkatan keganasan di seluruh negara.

Baghdad merayu bantuan antarabangsa menangani pertumpahan darah paling buruk di negara itu sejak 2008, beberapa bulan sebelum pilihan raya umum Iraq pertama dalam masa empat tahun.


Pegawai meluahkan kebimbangan berhubung kebangkitan semula al-Qaeda berikutan perang saudara di Syria yang menyediakan rangkaian kumpulan jihad dengan peningkatan ruang merancang dan melancarkan serangan di Iraq.

Serangan semalam berlaku sehari selepas siri serangan, kebanyakannya bom kereta menyasarkan penempatan Syiah di Baghdad, mengorbankan 59 orang dan mencederakan lebih 100 dalam angka kematian tertinggi bulan ini di negara itu.

Sasar kawasan awam

Pengeboman terbaru itu berlaku pada waktu tengah hari berhampiran sebuah kafe di pasar makanan di bandar Saadiyah, di wilayah Diyala yang penduduknya pelbagai etnik di timur laut Baghdad.

Sekurang-kurangnya 32 maut dan 40 cedera dalam letupan, kata pegawai polis dan doktor.
Kebanyakan penduduk Saadiyah berketurunan Faylis, atau Syiah Kurdis, dan terletak di wilayah yang dikehendaki pemimpin Kurdis digabungkan dengan kawasan autonomi di utara berhubung tentangan kerajaan pusat.

Militan kerap mengeksploitasi komunikasi teruk antara puak Kurdis dan tentera kerajaan pusat untuk melancarkan serangan. - AFP

Rakyat Indonesia berang

Rakyat Indonesia berangPenunjuk perasaan membakar replika bendera Australia ketika membuat bantahan di depan kedutaan Australia di Jakarta, semalam. - Foto AP

Isu Australia intip Susilo: Jakarta henti latihan ketenteraan, gantung kerjasama

Jakarta: Tentera Indonesia menghentikan latihan ketenteraan bersama Australia dan menggantung kerjasama kedua-dua negara berikutan dakwaan mengintip panggilan telefon presiden, isteri beliau dan menteri negara itu, manakala penunjuk perasaan yang marah mengisytiharkan bahawa mereka 'bersedia untuk berperang' dengan Canberra.

Krisis itu dicetuskan laporan bahawa pengintip Australia cuba mencuri dengar panggilan telefon Presiden Indonesia, Susilo Bambang Yudhoyono, isterinya dan menteri, menolak hubungan antara Jakarta dan Canberra ke tahap paling rendah sejak awal abad ini.


Jakarta memanggil balik dutanya dari Canberra dan Susilo kelmarin, mengarahkan kerjasama digantung di beberapa bidang termasuk penyeludupan manusia, latihan ketenteraan dan perkongsian risikan.

Bercakap beberapa jam selepas Susilo membuat pengumuman, Ketua Tentera Moeldoko berkata, dua latihan terkini dengan Australia dihentikan.

“Apa gunanya latihan bersama apabila mereka tidak percayakan kami?” katanya.

Beliau berkata, latihan bersama di bandar utara Australia di Darwin yang dijangka tamat Ahad ini, dihentikan dan enam jet pejuang F-16 yang mengambil bahagian akan kembali ke Indonesia.
Katanya, satu latihan bersama pasukan khas tentera Indonesia, Kopassus di Lembang wilayah Jawa Barat, juga digantung.

Bantahan orang awam

Kemarahan berhubung dakwaan pengintipan itu melimpah kepada orang awam di sini, di mana penunjuk perasaan memakai seragam alatentera membantah di luar kedutaan Australia, menunjukkan penumbuk ke udara dan mengibarkan bendera Indonesia.

“Kami sedia berperang dengan Australia,” yang ditulis pada satu daripada kain rentang dikibarkan 100 penunjuk perasaan, menggunakan cat merah. - AFP

Reman, geledah

Reman, geledahEmpat pegawai imigresen dan pasangan suami isteri yang menjadi ejen pekerja asing direman di Mahkamah Majistret Putrajaya. Berikutan pendedahan BH, pasukan khas diketuai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), semalam menggeledah beberapa premis dan kediaman susulan penahan empat pegawai imigresen dan dua warga Indonesia dipercayai terbabit kes sogok supaya melepaskan warga asing menggunakan dokumen palsu.

Wanita Malaysia antara 3 dibebaskan 30 tahun jadi hamba di London

Wanita Malaysia antara 3 dibebaskan 30 tahun jadi hamba di LondonKETUA Unit Pemerdagangan Manusia Polis Metropolitan London, Kevin Hyland, berkata kepada media mengenai penahanan dua orang - seorang lelaki dan seorang wanita, masing-masing berusia 67 tahun - ditahan awal pagi semalam, kerana disyaki menggunakan buruh paksa. - Foto AP
LONDON: Tiga wanita, termasuk seorang warga negara Malaysia diselamatkan selepas menghabiskan masa lebih 30 tahun ditahan di dalam rumah di selatan London, termasuk seorang dipercayai menjadi hamba sepanjang usianya.

Polis Metropolitan London mengumumkan kejayaan operasi menyelamat itu selepas dua orang - seorang lelaki dan seorang wanita, masing-masing berusia 67 tahun -ditahan awal pagi semalam, kerana disyaki menggunakan buruh paksa.
Kedua-dua suspek kemudian dibebaskan dengan jaminan.


Penahanan itu adalah sebahagian daripada penyiasatan membabitkan penggunakan hamba selepas seorang wanita menghubungi badan amal mendakwa dia ditahan bersama dua yang lain.

Badan kebajikan itu kemudian membuat laporan polis dan wanita berkenaan, warga negara Malaysia berusia 69 tahun dan seorang wanita warga Ireland berusia 57 tahun dan wanita Britain berusia 30 tahun - dibebaskan pada 25 Oktober lalu.

Ketua Unit Pemerdagangan Manusia Polis Metropolitan London, Kevin Hyland, berkata wanita berkenaan kini dalam keadaan 'amat trauma' dan tidak pernah terdedah di dunia luar yang sebenar sejak 30 tahun lalu.

“Untuk cuba mengetahui apakah yang sebenarnya berlaku sejak tiga dekad lalu tentunya akan mengambil masa," katanya.
Polis setakat ini tidak mendedahkan warga negara suspek terbabit dan sama ada suspek adalah pasangan suami isteri.

Namun persoalan berkisar bagaimana semua wanita ini boleh terperangkap dan dalam tempoh yang sangat lama.

Apakah yang membawa mereka ke London? Apakah jiran pernah melihat mereka? Adakah mereka cuba untuk melarikan diri?

Haylan berkata, nama semua wanita terbabit bagaimanapun tidak didedahkan dan mereka kini dalam keadaan selamat di satu lokasi di Britain. - AP

Lelaki dera isteri dipenjara dua bulan


2013/11/22
Singapura: Seorang lelaki yang memegang buku lali isterinya dan menolak separuh tubuhnya keluar dari tingkap dapur dijatuhi hukuman penjara dua bulan, semalam.

Jin Qilong, 50, membaling najis ke arah isterinya berusia 45 tahun, menampar dan mengancam membakar rambutnya dengan pemetik api pada malam sama.


Kesalahan itu dilakukan pada malam 24 Januari tahun lalu di rumah pangsa mereka di Indus Road.

Pada Mei tahun sama, Jin mencekik leher isterinya sekali gus melanggar perintah perlindungan peribadi dikeluarkan mahkamah ke atasnya.

Pendakwaan diteruskan dengan dua daripada empat tuduhan.

Isteri dituduh curang

Mahkamah mendengar bahawa Jin menuduh isterinya curang dengan pemandu teksi sebelum dia menyerangnya.
Kejadian itu berlaku ketika mereka mahu mengambil sebuah teksi untuk pulang.

Apabila pasangan itu sampai ke rumah, tuduhan itu berlarutan sehingga terjadi pertengkaran selain tertuduh minum alkohol menyebabkan pertengkaran memuncak.

Dalam rayuannya, Jin memberitahu mahkamah dia dan isterinya mempunyai hubungan baik sejak setahun setengah lalu. - AGENSI

Simpan pistol dalam tin biskut

Simpan pistol dalam tin biskutJalaluddin (tengah) menunjukkan pistol yang ditemui sambil diperhatikan Timbalan Ketua Polis Kelantan, Datuk Mazlan Lazim dan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kelantan, Asisten Komisioner Lai Yong Heng (kanan).

KOTA BHARU - Taktik licik satu kumpulan sindiket penyeludupan senjata api menyembunyikan pistol di dalam tin biskut terbongkar dengan penahanan lapan orang termasuk seorang wanita warga Indonesia di Tumpat, kelmarin.

Dua pucuk pistol bersama 11 peluru hidup itu ditemui di dalam tin biskut berbalut plastik yang disorokkan di dalam longkang berhampiran sebuah rumah tanpa nombor di Kampung Kebun, Pengkalan Kubor.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman berkata, semua mereka ditahan dalam Ops Cantas Khas oleh sepasukan pegawai dan anggota Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah Tumpat, antara jam 9.30 malam dan 3 pagi.

Katanya, lima daripada mereka ditahan menaiki sebuah kereta ketika melalui sekatan jalan raya Unit Pencegahan Penyeludupan di Neting, manakala tiga lagi ditahan di rumah tanpa nombor tersebut.

“Pihak polis menerima maklumat berhubung satu sindiket senjata api sebelum menahan empat lelaki dan seorang wanita, dipercayai anggota sindiket berkenaan. Berpandukan mereka, anggota dibawa ke sebuah rumah di Kampung Kebun dan di situ, ada tiga lagi yang lain.

“Pemeriksaan di dalam rumah tidak menemui apa-apa barang salah sebelum kelapan-lapan suspek menunjukkan lokasi senjata disorokkan iaitu di dalam longkang yang dipenuhi semak-samun,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen, semalam.

Berikutan kejayaan menahan kumpulan terbabit, polis yakin satu sindiket yang dipercayai menyeludup senjata api dari negara jiran untuk dipasarkan di nagara ini dapat dilumpuhkan.

“Kesemua mereka kini ditahan reman untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 8 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971, Seksyen 8 (a) Akta Senjata 1960 dan Seksyen 7(1) Akta Bahan Kakisan dan Letupan Senjata Berbahaya 1958.

“Selain pistol, turut dirampas parang sepanjang 41 sentimeter yang dijumpai di bawah tempat duduk pemandu. Kesemua mereka negatif dadah dan tidak mempunyai rekod jenayah lampau serta tidak mempunyai pekerjaan tetap,” katanya.

Sindiket Macau Scam tumpas

Sindiket Macau Scam tumpasChua menunjukkan sebahagian peralatan yang dirampas.

 CHENG -  Polis berjaya menumpaskan sindiket penipuan antarabangsa dikenali sebagai Macau Scam dengan tertangkapnya 10 warga asing termasuk empat wanita di dua premis rumah kedai dekat Taman Puncak Bertam, di sini, semalam.

Sindiket yang menyasarkan warga China dan Taiwan itu menggunakan beberapa peralatan khas untuk penyamaran suara sehingga mangsa mengalami kerugian jutaan ringgit

Mereka menjadikan menyewa premis kosong sebagai pusat panggilan atau call centre sejak bulan lalu untuk menghubungi mangsa, kesemuanya rakyat kedua-dua negara berkenaan.

Sejurus sasaran dikenalpasti, mereka kemudian menjalankan tugas masing-masing menggunakan teknik penyamaran menerusi suara melalui protokol Internet (VoIP) dengan membuat panggilan kononnya sebagai pegawai polis dari Bukit Aman dan pegawai bank.

Ahli sindiket itu akan memaklumkan kad kredit mangsa kononnya disalah gunakan individu tertentu dan akaun bank berkaitan akan dibekukan sekiranya tidak mengikuti ara-han diberikan.
Mangsa kemudian diminta memindahkan semua wang berkenaan ke dalam akaun bank khas tertentu di luar negara lalu dilesapkan sindiket durjana terbabit. 

Bagaimanapun, Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Melaka dan Johor berjaya menumpaskan sindiket terbabit kira-kira 11 pagi semalam.

Kesemua yang ditahan merupakan warga asing berusia 20 hingga 30-an.

Ketua Polis Melaka, Datuk Chuah Ghee Lye berkata, selain penahanan suspek, pihaknya turut menemui peralatan yang digunakan untuk ‘menggelapkan’ semua wang mangsa terbabit.

“Hasil siasatan mendapati sindiket ini sudah memperdayakan mangsa membabitkan nilai kerugian dianggarkan RMB22 juta (RM11 juta),” katanya kepada pemberita ketika serbuan di lokasi sindiket, semalam.

Menurut beliau, Menurutnya, polis sedang menjalankan siasatan secara menyeluruh dan tiada warga tempatan didapati terbabit dalam sindiket antarabangsa berkenaan setakat ini.

Padah curi tiga ekor ikan

Padah curi tiga ekor ikanTertuduh dibawa keluar dari kamar mahkamah, semalam setelah mengaku bersalah mencuri ikan.

KUANTAN – Seorang pemuda terpaksa meringkuk selama 21 hari di dalam penjara selepas mengaku bersalah mencuri tiga ekor ikan di Mahkamah Majistret, semalam.

Tertuduh, Badrul Hisyam Hashim, 30, dari Sungai Isap Perdana, didapati mencuri ikan di Kios Jual Ikan Kampung Pandan 2 milik Samzulizor Salleh di Kampung Pandan 2, Jalan Bypass  Kuantan pada 19 November lepas lebih kurang jam 8 malam.

Berdasarkan pertuduhan, bagi kesalahan tersebut, tertuduh dihukum di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 511 Kanun Keseksaan, yang boleh dipenjara sehingga tujuh tahun jika sabit kesalahan atau kedua-duanya sekali.

Bagaimanapun, tertuduh telah memohon Majistret Jessica Daimis untuk meringankan hukuman terhadapnya memandangkan terpaksa menjaga anaknya yang baru berusia dua bulan yang kini diletakkan di bawah penjagaan jiran buat sementara waktu
selepas kematian isteri sekitar Oktober lepas.

Lebih malang, tertuduh juga tidak mempunyai wang untuk membayar sebarang denda atau ganti rugi memandangkan tiada siapa yang dapat membantu ekoran kedua ibu bapanya juga sudah meninggal dunia.

Menurutnya lagi, tiada niat untuk mencuri tetapi melihatkan ada ikan yang ditinggalkan jadi dia bertindak mengambil kira-kira tiga ekor untuk dijadikan lauk untuknya makan pada hari tersebut.

Dengan itu, Jessica tekah menjtuhkan hukuman penjara selama tiga minggu daripada tarikh ditangkap dan berharap hukuman tersebut setimpal memandangkan tertuduh tiada rekod lampau.

Sementara itu, mahkamah juga ingin tertuduh akan menyesali perbuatannya dan tidak mengulangi pada masa hadapan.

Tambahnya, selepas ini sekiranya tertuduh betul-betul memerlukan makanan seharusnya dia meminta pertolongan daripada jiran tetangga atau saudara-mara terdekat dan tidak terlibat dengan kes kecurian lagi.

Gadai nyawa selamat ibu bapa

Gadai nyawa selamat ibu bapaSalah seorang ahli keluarga menunjukkan kesan luka di telinga Din yang menerima lima jahitan.

 PASIR MAS - Seorang anak sanggup menggadaikan nyawa bergelut dengan penyamun yang bersenjata tajam demi menyelamat nyawa ibu bapanya dalam kejadian di Kampung Kubang Panjang, Lemal di sini, semalam.

Mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Din, 51 memaklumkan, dia sedang menunggu masuk waktu Asar di biliknya, di atas kedai runcit milik ibu bapanya semasa kejadian berlaku.

Menurutnya, kejadian berlaku pada jam 4 petang dan ketika itu dia tiba-tiba mendengar ibu dan ayahnya menjerit seperti orang terkena histeria.

“Terkejut dengan jeritan itu saya terus bergegas turun ke kedai runcit dan melihat tiga lelaki sedang mengacukan parang berserta senjata tajam lain ke arah mak dan ayah.

"Ketiga-tiga lelaki itu mengarahkan mak dan ayah saya mendiamkan diri dan mengikut arahan mereka," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian, semalam.

Din berkata, memikirkan keselamatan ibu bapanya, dia nekad menerpa dan bergelut dengan salah seorang suspek demi menyelamatkan kedua-dua orang tuanya itu.

Menurutnya, pergelutan berlarutan selama lebih kurang tiga minit dan akibat daripada kejadian itu, dia mengalami kecederaan pada telinga kanan serta menerima lima jahitan.

"Saya juga cedera di bahagian belakang dan leher. Mak dan ayah juga cedera dalam kejadian itu tetapi syukur mereka terselamat.

"Ayah terima 10 jahitan di lengan kiri akibat ditetak oleh lelaki berkenaan, manakala mak cedera pada leher selepas rantainya diragut," jelasnya.

Tambahnya, selepas mendapat rantai leher milik ibunya, ketiga-tiga suspek melarikan diri menaiki sebuah kereta jenis Proton Wira dipandu seorang lagi suspek.

Katanya, dua telah membawa ibu bapanya ke Hospital Pasir Mas untuk mendapatkan rawatan sebelum ke Balai Polis Pasir Mas untuk membuat laporan berhubung kejadian.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Haliludin Rahum memaklumkan, polis sedang giat mengesan kesemua suspek terlibat dalam kejadian itu.

Menurutnya, keempat-empat suspek berusia dalam lingkungan 20 hingga 30 tahun.

Warga emas terlampau

Warga emas terlampauPenduduk berkenaan menunjukkan lokasi warga emas dan wanita OKU tersebut ditemui.

SEGAMAT - Seorang warga emas berusia 70 tahun ditemui dalam keadaan bogel bersama seorang wanita orang kurang upaya (OKU) lembam oleh penduduk kampung di sebuah belukar di daerah ini, petang kelmarin.

Penduduk tersebut memberitahu, dia dihubungi jirannya yang juga isteri warga emas berkenaan meminta tolong mencari suaminya di sekitar padang bola kampung berhampiran, kira-kira jam 2.15 petang.

Menurutnya, bimbang kejadian tidak diingini berlaku, dia segera ke lokasi dinyatakan dan melihat motosikal suami jirannya ada di sana.

“Saya berpatah balik untuk ke rumah jiran saya itu bagi memaklumkan hal berkenaan kepadanya, tetapi saya diminta pula mencari suaminya di dalam belukar di sebelah padang itu.

“Jiran saya bimbang kerana suaminya masuk ke kawasan itu bersama seorang wanita lembam,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Jelasnya, sebagai langkah keselamatan, dia mengajak seorang rakan menemaninya ke belukar berkenaan.

Menurutnya, sebaik sampai di belukar itu, mereka nampak warga emas dan wanita lembam tersebut dalam keadaan tanpa seurat benang dan suami jirannya itu sempat membuang objek dipercayai kondom.

“Saya kemudian menyuruh mereka memakai baju dan membawa wanita lembam itu keluar dari belukar berkenaan,” katanya.

Penduduk berkenaan berkata, wanita lembam itu yang dalam ketakutan menjerit memarahi warga emas tersebut dan mendakwa dia sering mengajaknya melakukan perbuatan terkutuk tersebut.

Tambahnya lagi, jirannya turut memberitahu pernah menangkap warga emas dan wanita lembam itu dalam stor rumah mereka dan menasihati suaminya supaya meninggalkan perbuatan terkutuk tersebut, namun tidak diendahkan sebaliknya dia dipukul lelaki itu.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Segamat, Deputi Superintendan M Anuar Ismail, mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian berkenaan dan satu tangkapan telah dibuat, petang kelmarin.

“Suspek ditahan reman selama tujuh hari bermula semalam dan akan didakwa di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan. Mangsa juga telah dibawa ke Hospital Daerah Segamat (HDS) untuk pemeriksaan lanjut,” katanya.

Peluru terbenam di kepala

Peluru terbenam di kepalaHamzah menunjukkan reban tempat suspek mencuri ayam. Gambar kecil: Kesan tembakan di kepala mangsa.

KEMAMAN - “Semasa kejar pencuri itu, tiba-tiba saya dengar salah seorang daripada mereka beri arahan ‘tembak, tembak’, jadi saya patah balik larikan diri. Masa itulah juga terdengar bunyi tembakan yang kuat dan terasa angin menerpa belakang kepala,” kata petani, Hamzah Salleh, 51.

Hamzah nyaris maut apabila ditembak dengan senapang angin oleh tiga pencuri yang mencuri ayam dalam kejadian di rumahnya di Jalan Jambu, Kampung Kubang Ikan, Bandar Baru Chendor di sempadan Pahang-Terengganu, awal pagi kelmarin.

Berikutan kejadian itu, peluru ‘ball bearing’ atau besi bulat bersaiz kira-kira satu sentimeter (sm) terbenam kira-kira 0.5 sm di kulit kepala mangsa.

Dalam kejadian kira-kira jam 3 pagi itu, mangsa yang sedang tidur dikejutkan dengan bunyi kokokan ayam dari reban di sebelah rumahnya lalu segera membuka pintu dan melihat dua lelaki berada dekat reban sambil seorang daripadanya memegang seekor ayam.

“Saya kejar lelaki itu dan bila tiba di depan simpang rumah, seorang daripadanya berlari ke kiri masuk ke hutan manakala seorang lagi berlari ke kanan masuk ke dalam Mitshubishi Storm warna putih di tepi jalan. Dalam kenderaan itu ada seorang lagi lelaki di tempat duduk pemandu.

“Lepas terdengar perkataan tembak, dari jarak kira-kira 30 meter dari kenderaan itu, saya lihat salah seorang mereka mengacukan senapang ke arah saya, jadi saya pusing semula untuk lari,” katanya.

Bagaimanapun, Hamzah berkata, dia tidak menyangka terkena tembakan itu kerana tidak berasa sakit.

“Apabila saya sentuh belakang kepala, rasa seperti ada benda keras jadi saya suruh abang saya, Yusof, 55, lihat dan dia kata tidak nampak apa-apa kesan.

"Jam 5 pagi baru saya dapat tidur dan setelah terjaga jam 10 pagi, saya rasa berdenyut di belakang kepala,” katanya.

Dia yang masih bujang dan tinggal bersama abangnya di rumah itu sejak 13 tahun lalu hanya mengetahui peluru terbenam di kepalanya apabila berjumpa dengan rakannya kira-kira jam 11 pagi untuk memberitahu kejadian menimpanya.
“Ayam hutan yang dicuri itu milik kawan saya kerana dia minta saya tolong pelihara. Waktu itulah kawan saya periksa kepala saya dan dia nampak ada besi bulat berkilat terbenam dalam kepala saya.

“Lalu saya ke Hospital Kemaman kira-kira jam 2 petang dan saya terpaksa jalani pembedahan kecil pada jam 4 petang untuk keluarkan besi itu,” katanya yang berasal dari Kampung Banggol, Chukai.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Che Suza Che Hitam berkata, hasil imbasan X-ray, doktor mendapati terdapat satu besi bulat disyaki ‘ball bearing’ di kulit kepala sebelah kanan tetapi tidak terkena pada tempurung kepala mangsa.

“Pemeriksaan awal dapati tiada kesan darah pada kepala mangsa dan semasa kejadian juga mangsa tidak rebah.

“Tiga suspek tersebut berusia lingkungan 30-an dan mangsa sempat melihat nombor plat kenderaan suspek. Bagaimanapun mangsa gagal mengecam wajah suspek kerana kejadian berlaku dengan pantas ditambah dengan keadaan gelap dan hujan,” katanya.

Siasatan lanjut kes berkenaan dilakukan polis Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan.

Persenda umat Islam: Pasangan gagal batal tuduhan

Alvin, Vivian dakwa tuduhan bersifat prejudis
Alvin, Vivian 

KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi di sini hari ini menolak permohonan pasangan Alvin Tan dan Vivian Lee untuk membatalkan satu daripada tiga pertuduhan mempersenda umat Islam dan bulan Ramadan.
 
Hakim Kamardin Hashim membuat keputusan itu selepas berpendapat permohonan itu tidak mempunyai merit.
 
Dalam penghakimannya, beliau berkata pertuduhan terhadap pasangan itu mengikut Seksyen 298A(1)(a) Kanun Keseksaan adalah sah, teratur dan tidak bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan.
 
"Sepintas lalu membaca peruntukan di bawah Seksyen 298A(1)(a), mahkamah mendapati amat jelas, sejelas gelas kristal, bahawa peruntukan itu langsung tidak menyebut secara khusus bahawa ia ditujukan khas kepada penganut beragama Islam tetapi terpakai kepada penganut agama atau kepercayaan yang lain juga," katanya.
 
Pada 21 Ogos lepas, Alvin atau nama penuhnya Tan Jye Yee, 25, dan Vivian atau Lee May Ling, 24, memfailkan permohonan bagi membatalkan pertuduhan terhadap mereka berkaitan satu kandungan gambar dan komen bertajuk 'Selamat Berbuka Puasa (dengan Bak Kut Teh..wangi, enak, menyelerakan !!!)' yang dimuat naik ke laman Facebook.

Mereka memohon deklarasi bahawa Seksyen 298A(1)(a) tidak konsisten dan bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan serta tidak boleh dikuatkuasakan terhadap mereka dan jika pertuduhan itu sah di sisi undang-undang, ia hanya terpakai kepada orang Islam.
 
Mengikut pertuduhan, pasangan itu didakwa memuat naik satu kandungan gambar serta komen beserta logo halal, yang mungkin menyebabkan perasaan permusuhan dalam kalangan penganut agama berlainan, di CAF-Syed Restaurant Jalan Dang Wangi di sini antara 11 dan 12 Julai lepas.  
 
Mereka juga didakwa memuat naik satu penerbitan menghasut di laman Facebook 'Alvin and Vivian-Alvivi' di pautan https://www.facebook.com/alvivi.swingers iaitu kandungan gambar dan komen yang sama pada tarikh sama di Kompleks Mutiara Jalan Ipoh, Batu 3 1/2 di sini mengikut Akta Hasutan 1948.
 
Mereka turut berdepan pertuduhan mempamer gambar lucah di http://alviviswingers.tumblr.com/ di tempat sama antara 6 dan 7 Julai lepas mengikut Akta Penapisan Filem 2002.
 
Sementara itu, ketika ditemui di luar mahkamah, Alvin dan Vivian sekali lagi memohon maaf atas perbuatan mereka dan berjanji tidak akan mengulanginya manakala peguam Chong Joo Tian, yang mewakili pasangan itu, berkata pihaknya akan memfailkan rayuan dan mengemukakan representasi kepada Peguam Negara.
 
Mahkamah Sesyen di sini menetapkan 5 dan 6 Dis sebagai tarikh perbicaran kes itu.
 
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Wan Shaharuddin Wan Ladin dan Haffiza Jemali.  - Bernama

Mayat wanita ditemui di tepi jalan


22 November 2013

SEREMBAN - Mayat seorang wanita, dipercayai  mangsa bunuh, ditemui di tepi jalan di Taman Seruling Jaya, Jalan Labu di sini hari ini.
   
Ketua Polis Daerah Seremban ACP Zainal Abu berkata mangsa dipercayai dibunuh di tempat lain sebelum mayatnya dibuang di situ.
   
"Mayat mangsa yang berusia lewat 20-an atau awal 30-an itu ditemui oleh orang awam kira-kira pukul 7.30 pagi. Berdasarkan pemeriksaan awal, mangsa yang berseluar pendek dan berbaju-T mungkin berketurunan Cina," katanya kepada Bernama.

Zainal berkata mayat kemudian dihantar ke Hospital Tuanku Ja'afar di sini untuk bedah siasat.
   
Beliau turut meminta orang ramai yang kehilangan anggota keluarga atau mempunyai maklumat mengenai kejadian agar menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Seremban di talian 06-6033222. - Bernama

Bengkel kereta musnah terbakar


22 November 2013
GEMAS - Sebuah bengkel kereta di Jalan Pasir Besar-Felda Pasir Besar dekat sini, musnah dalam kebakaran awal hari ini.
 
Dalam kejadian pukul 3 pagi itu, sebuah kereta pelanggan turut musnah.
   
Menurut pegawai operasi bomba Shahidallah Osman, dua jentera bomba, masing-masing dari Balai Bomba dan Penyelamat Gemas dan Bahau, bersama 16 anggota digegaskan ke lokasi kejadian sebaik menerima laporan.
   
Ketika pihak bomba tiba, api sedang marak namun kepantasan pihak bomba bertindak menyebabkan api berjaya dikawal daripada merebak ke premis bersebelahan, katanya ketika dihubungi.
   
Menurutnya tiada kemalangan jiwa atau kecederaan dilaporkan, manakala punca dan kerugian masih dalam siasatan. - Bernama

BMW rempuh belakang lori, pemandu maut

BMW rempuh belakang lori, pemandu mautAnggota bomba mengangkat mayat mangsa untuk dibawa ke hospital, semalam.

NILAI – Seorang lelaki warga emas maut akibat cedera parah di  kepala dalam kemalangan  di Kilometer 281.4 Lebuh Raya Utara - Selatan, arah selatan berhampiran susur keluar Nilai, di sini semalam.

Dalam kejadian kira-kira 4.45 petang itu, mangsa, Lin Teck Seng @ Lin Chee Guan, 66, yang memandu kereta jenis BMW maut di tempat kejadian, selepas kereta yang dipandunya terbabas sebelum merempuh belakang sebuah lori yang rosak.

Jurucakap polis berkata, ketika kejadian mangsa yang berasal dari Petaling Jaya, Selangor dalam perjalanan dari arah Nilai menuju ke Seremban.

Menurutnya, mangsa dikatakan hilang kawalan lalu merempuh belakang lori yang ketika itu berada di lorong kecemasan akibat tayar rosak.

“Akibat daripada rempuhan itu, kereta mangsa tercampak ke kiri jalan dan mangsa kemudiannya tersepit sebelum dibawa keluar oleh anggota bomba.

“Mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala dan beberapa anggota badan yang lain,”katanya.

Bagaimanapun, katanya, pemandu lori yang membawa muatan besi itu tidak mengalami sebarang kecederaan dan sudah membuat laporan polis mengenai kejadian tersebut.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Mohd, Yusof Awang yang mengesahkan kejadian itu berkata, punca sebenar kejadian masih lagi dalam siasatan

Timbalan Pengerusi SPR nafi terlibat Projek IC

Wan Ahmad Wan Omar
Wan Ahmad Wan Omar 


KUALA LUMPUR - Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Wan Ahmad Wan Omar menafikan beliau terlibat dalam 'Projek IC' di Sabah atau memegang jawatan Pengerusi SPR di negeri itu sebagaimana dilapor akhbar Harakah.
 
Dalam penyataan saksi kepada Mahkamah Tinggi hari ini, Wan Ahmad, 65, berkata beliau tidak pernah berkhidmat di Sabah sepanjang kariernya bersama SPR.
 
Oleh itu, Wan Ahmad berkata, dua artikel yang diterbit akhbar itu jelas memfitnahnya apabila mendakwa beliau terlibat dalam 'Projek IC' di Sabah ketika menjadi Pengerusi SPR di negeri berkenaan.
 
"Ini sudah tentu memfitnah dan mengaibkan saya kerana saya tiada kaitan secara langsung atau tidak langsung dengan 'Projek IC' di Sabah," katanya pada perbicaraan kes saman terhadap Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu atau Mat Sabu, Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali, pencetak akhbar Harakah iaitu Angkatan Edaran Enterprise Sdn Bhd, Ketua Pengarang akhbar itu Ahmad Lutfi Othman dan penulis artikel Aziz Muda.
 
Pada 5 Mac lepas, Wan Ahmad memfailkan saman mendakwa Mat Sabu mengeluarkan kata-kata fitnah dalam artikel bertajuk 'Wan Ahmad Tak Boleh Dipercayai' dan 'Ragu Peranan SPR - Wan Ahmad Omar Mesti Letak Jawatan' dalam Harakah edisi Jumaat 1-3 Februari 2013 selepas ditemu ramah pada 29 Januari lepas.

Beliau memaklumkan mahkamah akibat penerbitan artikel itu, reputasi dan kredibilitinya terjejas teruk.
 
"Tuduhan-tuduhan itu adalah sangat serius yang mana ia telah menyebabkan kehinaan dan keaiban kepada saya serta keluarga saya di mata khalayak ramai dan masyarakat awam baik di Malaysia mahupun di peringkat antarabangsa," katanya.
 
Menceritakan bagaimana reputasi dan kredibilitinya terjejas, Wan Ahmad berkata, semasa diundang BernamaTV dalam satu rancangan yang bersiaran secara langsung, seorang penonton menuduh beliau sebagai seorang yang tidak bertanggungjawab kerana terlibat dalam 'Projek IC' dan mendesaknya meletakkan jawatan.
 
Wan Ahmad berkata, kenyataan itu dibuat di khalayak ramai ketika rancangan itu ke udara selepas penerbitan artikel berkenaan.
 
Kepada soalan tambahan oleh peguam Datuk Mohd Hafarizam Harun, Wan Ahmad berkata selepas penerbitan artikel berkenaan beliau dan keluarga menerima banyak cemuhan, khidmat pesanan ringkas (SMS) serta pertanyaan daripada orang tertentu dan perkara itu benar-benar memalukannya secara peribadi dan merosakkan kredibiliti beliau sebagai Timbalan Pengerusi SPR.

"Sebagai Timbalan Pengerusi SPR, saya banyak menghadiri forum dan seminar di luar negara. Ada beberapa kenalan saya dari Thailand dan Indonesia bertanyakan saya mengenai perkara ini... kesannya begitu berat kepada saya, saya perlu menjaga maruah saya, keluarga dan anak-anak. Oleh itu, saya terpaksa membawa perkara ini ke muka pengadilan," katanya.
 
Wan Ahmad juga berkata, saman itu difail atas kapasiti individu dan beliau mempunyai hak di sisi perundangan untuk mengambil tindakan terhadap defendan.
 
Ketika pemeriksaan balas oleh peguam Mohamed Hanipa Maidin, Wan Ahmad yang dilantik Timbalan Pengerusi SPR sejak 17 Dis 2004, tidak bersetuju kredibiliti beliau sudah dipersoal sebelum penerbitan artikel itu.
 
Pengarah SPR Sabah Datuk Md Idrus Ismail, 56, dalam penyataan saksi beliau berkata pada masa yang material, Pegawai Pilihan Raya Sabah ialah Wan Ahmad Wan Yusof dan bukannya Wan Ahmad Wan Omar.
 
"Setahu saya, plaintif tidak pernah berkhidmat di SPR Sabah sepanjang perkhidmatan plaintif," katanya sambil menambah beliau turut mengenali Wan Ahmad Wan Yusof.
 
Perbicaraan di depan Pesuruhjaya Kehakiman Lee Heng Cheong bersambung esok. - Bernama

Taufan Helen badai selatan India

Taufan Helen badai selatan IndiaSebahagian penduduk berpindah ke kawasan selamat sebelum taufan Helen membadai selatan India.
MUMBAI - INDIA. Taufan Helen dengan kelajuan angin 100 hingga 120 kilometer membadai beberapa negeri di selatan India, sebulan selepas taufan Phailin.

Ketua Amaran Taufan Jabatan Meteorologi India M Mahapatra berkata, perubahan iklim akibat pemanasan global antara faktor berlakunya cuaca tidak menentu sehingga menyebabkan taufan dan banjir.

"Taufan ini tidak sekuat Taufan Phailin, tetapi Pihak Berkuasa Pengurusan Bencana Kebangsaan (NDMA) menasihati kerajaan negeri supaya mengarahkan penduduk berpindah bagi mengelakkan perkara buruk," katanya kepada AP.

Bulan lalu, taufan Phailin memusnahkan ribuan kediaman dan tanaman hingga menyebabkan lebih 1,000 penduduk terbunuh dalam banjir kilat dan tanah runtuh di utara negara itu.

Gara-gara bawa muatan lebih, lelaki didenda

Gara-gara bawa muatan lebih, lelaki didenda Zhang membawa muatan berlebihan menyebabkan sebuah jambatan runtuh di pinggir Beijing. Foto: China Daily
BEIJING - CHINA. Gara-gara membawa lori lebih muatan, seorang pemandu Cina didenda 2.7 juta yuan (RM1.4 juta) dan penjara tiga tahun selepas lori yang dipandu menyebabkan sebuah jambatan runtuh pada Julai 2011.

Menurutu laporan AFP, ketika kejadian lori pasir seberat 160 tan yang dipandu Zhang Wenjun cuba menyeberangi jambatan konkrit di Huairou di pinggir bandar Beijing, namun jambatan tidak dapat menampung beban lori itu.

Mahkamah Rakyat di ibu negara China mengurangkan denda asal daripada 15.6  juta yuan (RM8.2 juta) memandangkan purata pendapatan bagi penduduk bandar di negara itu berjumlah 26,959  yuan (RM14,187) tahun lalu.

Perogol tawar untuk dimandulkan

Perogol tawar untuk dimandulkanBarabilo (kiri) membuat tawaran hukuman untuk Burbine.
BOSTON - AMERIKA SYARIKAT. Seorang lelaki di Massachusetts, Amerika Syarikat yang dituduh merogol 13 kanak-kanak termasuk bayi baru lahir sanggup dimandulkan sebagai pertukaran untuk meringankan hukuman penjaranya.

John Burbine, 50, ditahan September tahun lalu, menghadapi 100 kesalahan jenayah berkaitan serangan seksual kanak-kanak berusia antara 8 hari hingga 3 tahun.

Peguam William Barabino berkata, perkara itu dicadangkan ketika perbicaraan dengan harapan hukuman anak guamnya dapat diringankan.

"Tertuduh tidak berupaya mengawal nafsu dan tingkah laku berorientasikan seks. Dia perlu mendapatkan rawatan dan anak guam saya bersetuju melakukan pembedahan jika dia diberi jaminan hukuman lebih ringan sebagai pertukaran," katanya kepada Reuters

Imigresen serbu pusat cuci kenderaan


Ipoh: Anggota Jabatan Imigresen Perak menahan sekumpulan 11 pendatang tanpa izin yang cuba melarikan diri dalam operasi khas pada jam 2 petang, semalam.

Semua 11 lelaki warga Myanmar itu melarikan diri sejurus menyedari kehadiran sepasukan anggota Jabatan Imigresen berhampiran kawasan premis terletak di Jalan Pasir Puteh Pengkalan, di sini.


Difahamkan sembilan dari 11 pekerja warga asing itu yang tidak mempunyai dokumen sah memasuki negara ini berjaya ditahan dalam operasi Ops 6P Bersepadu itu.



Timbalan Penolong Pengarah Imigresen Perak, Fara Natasha Ghafar yang mengetuai operasi itu berkata, operasi mengejut berkenaan disasarkan terhadap premis perniagaan mencuci kenderaan di sekitar bandar raya ini yang didapati menggaji ramai pekerja warga asing.


Menurutnya, sasaran operasi tertumpu di empat premis mencuci kereta di sekitar Menglembu, Lahat dan Jalan Pasir Puteh Pengkalan, di sini.


“Hasil operasi itu seramai 18 lelaki warga asing terdiri 13 lelaki Myanmar, tiga lelaki Bangladesh dan dua lelaki Vietnam berjaya ditangkap walaupun kebanyakannya cuba melarikan diri.

“Semua mereka didapati bekerja tanpa pas yang sah di premis perniagaan terbabit sejak beberapa bulan lalu,” katanya.


Menurutnya, seorang daripada warga asing terbabit bagaimanapun mengalami kecederaan akibat terjatuh ketika cuba melarikan diri. “Operasi seumpama ini akan terus dalam usaha membanteras kehadiran pekerja atau pendatang tanpa izin di negeri ini,” katanya.

Senjata, peluru PGA hangus


Semporna: Seorang anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) melecur lengan tangan selepas dua blok penginapan Pos Kawalan PGA di Pulau Timbun Mata, di sini terbakar yang turut menyebabkan pelbagai jenis senjata dan peluru musnah dalam kejadian, petang kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 3.30 petang, mangsa berpangkat koperal berusia 40-an itu difahamkan berada dalam keadaan stabil dan dirawat di Hospital Semporna.


Antara yang musnah dalam kebakaran itu termasuk peralatan komunikasi, suar api, jaket keselamatan dan beberapa perabot.



Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib ketika ditanya mengesahkan kejadian itu, namun enggan mengulas lanjut kerana siasatan masih dijalankan termasuk mengenal pasti punca kebakaran serta nilai kerugian.


“Polis masih menjalankan siasatan lanjut mengenai kejadian itu dan belum terima laporan penuh mengenainya,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah, di sini, semalam.


Beliau mengesahkan beberapa senjata serta peluru turut musnah dalam kebakaran itu, namun enggan mengulas lanjut.

MyKad mudah, kerja senang

Petaling Jaya: Mudah, murah dan dapat pekerjaan. Itu yang dijanjikan sindiket pemalsuan MyKad di Sabah kepada mana-mana warga Filipina yang masuk ke negara ini secara sah, tetapi mahu bekerja bagi mendapatkan wang.
Sindiket terbabit menawarkan RM200 untuk sekeping MyKad dan mereka dijanjikan gaji RM1,300 sebulan dengan bekerja sebagai pekerja kilang atau pengawal keselamatan di Semenanjung.

Dalam serbuan sebelum ini oleh Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) di lokasi sama di di SS8 Kelana Jaya, di sini, pada 13 November lalu, seramai 22 pengawal keselamatan warga Filipina ditahan kerana memiliki MyKad palsu.
Serbuan terbaru di tempat sama dan kawasan sekitarnya bermula jam 10 malam kelmarin, JPN bersama Jabatan Imigresen Malaysia dan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) menahan 12 warga Filipina iaitu dua memiliki MyKad palsu, seorang meminjam MyKad orang lain dan selebihnya tidak memiliki dokumen pengenalan diri.

Seorang pemilik MyKad palsu yang menggunakan nama Sabar Mohd Nor, 19, berkata, dia mendapat MyKad berkenaan daripada seorang lelaki di Sabah dengan harga RM200.

“Saya tidak kenal dia (sindiket), kami hanya berjumpa untuk dapatkan MyKad,” katanya yang sudah lapan bulan bekerja pengawal keselamatan di kilang di Kelana Jaya.
Foto
SEORANG pengawal keselamatan warga asing yang ditahan.
Pengarah Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan JPN Wan Zakaria Wan Awang berkata, serbuan berkenaan dijalankan di kawasan kilang yang dipercayai mengambil pekerja warga asing selain menyerbu pangsapuri sama yang diserbu sebelum ini di SS8, Kelana Jaya yang dipercayai dijadikan asrama pengawal keselamatan oleh majikan mereka.

“Seramai 12 warga Filipina ditahan dalam serbuan ini dan semakan JPN membongkar MyKad mereka tidak wujud dan ada yang ditukar gambar.
“Selain itu, seorang lelaki warga Filipina yang ditahan turut didapati menggunakan kad pengenalan milik saudara isterinya bagi membolehkan dia bekerja sebagai pengawal keselamatan di sini,” katanya ketika ditemui.

Wan Zakaria berkata, hasil risikan dan maklumat yang diterimanya terdapat 80 orang di kawasan itu memiliki MyKad palsu dan pihaknya akan meneruskan operasi dari semasa ke semasa sehingga menahan semua mereka.

‘Tolong jangan bantu dia’


Kajang: “Rakyat Malaysia, tolong hentikan sumbangan kepada anak saya. Malah, saya reda jika dia ditangkap dan dihukum,” kata seorang wanita warga Palestin selepas mengetahui anak lelakinya menipu dan menyalahgunakan wang sumbangan rakyat Malaysia untuk membantu rakyat negara itu.

Malah, wanita berusia 60 tahun mahu dikenali sebagai Zahrah turut membuat laporan polis semalam selepas ditumbuk anaknya berusia 27 tahun itu di rumah tumpangannya di Sungai Kantan, di sini, semalam.



Zahrah berkata, dia dan seorang lagi anak lelakinya, Khaled Alzahar, 20, datang ke Malaysia dua minggu lalu selepas suspek menjemputnya datang, kononnya untuk membincangkan hal perniagaan.

Menurutnya, suspek berkahwin dengan seorang wanita tempatan yang menjalankan aktiviti kemanusiaan di Palestin, Mac lalu sebelum berhijrah dan menetap di negara ini tiga bulan kemudian.

Foto
ZAHRAH menceritakan perangai anaknya kepada wartawan Harian Metro.

Foto
KHALED menunjukkan kecederaan di tangannya.

“Malah, saya cukup sedih kerana anak saya (suspek) tergamak memukul isterinya hingga keguguran dan sebelum ini dia mengugut mahu menyembelih ayahnya sendiri ketika bekas suami saya itu datang berjumpanya di sini September lalu,” katanya kepada Harian Metro, semalam.

Kereta dilarikan di stesen minyak

KUALA LUMPUR: “Kami hanya singgah sebentar di stesen minyak ini untuk ke tandas kira-kira 10 minit namun sebaik keluar saya terkejut apabila kereta dan anak saya yang sedang tidur di dalam kereta hilang,” kata Roswati Rahmat ibu kepada Iskandar Zulkarnain Borhan, 25, yang hilang dipercayai dilarikan.
Dalam kejadian kira-kira jam 7 malam semalam, Roswati, 55, memberhentikan kereta di laluan luar stesen minyak Petronas selepas plaza tol Bukit Jelutong, Shah Alam dan keluar untuk ke tandas, manakala suami Abul Malik Abdul Latif ke kedai serbaneka stesen minyak itu.
Menurutnya, ketika itu enjin kereta Subaru XV berwarna putih dengan nombor pendaftaran WXQ 191 itu tidak dimatikan manakala anak mereka Iskandar sedang tidur kerana kepenatan.

“Kami dalam perjalanan pulang dari kampung di Melaka ke rumah di Sungai Buloh. Iskandar ketika itu berada dalam kereta di bahagian tempat duduk belakang sedang tidur.
Foto
Kereta Subaru XV yang dilarikan di stesen minyak. Gambar kecil, anak mangsa, Iskandar Zulkarnain Borhan yang tertidur di dalam kereta.

“Apabila menyedari kereta hilang, saya cuba hubungi nombor telefon saya yang tertinggal dalam kereta kerana telefon Iskandar rosak. Beberapa kali panggilan saya tidak berjawab. Tidak lama selepas itu, saya tidak dapat menghubungi nombor berkenaan. Mungkin talian telah dimatikan,” katanya ketika dihubungi.

Sementara itu, abang mangsa, Fairuz ketika dihubungi berkata, dia bergegas ke stesen minyak berkenaan selepas mengetahui kejadian itu dan terus mengambil ibu bapanya membuat laporan polis,

Beliau juga menghebahkan kejadian menerusi laman sosial dan Facebook Malaysian Crime Awareness Campaign (MCAC). Mereka yang mempunyai maklumat mengenai kejadian diminta menghubungi Fairuz di talian 012-2585802.

Laporan polis juga sudah dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam pada jam 8 malam dan bilik gerakan ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan.

Siram petrol ekzos meletup

Kuala Lumpur: Tindakan seorang ‘mekanik amatur’ menyiram ekzos motosikal dibaikinya dengan petrol mengundang padah apabila ekzos itu meletup, menyebabkan muka, telinga dan tangannya melecur.
Kejadian berlaku di rumah mangsa, Fathul Mizan Albar di Kampung Pandan, di sini, ketika remaja berusia 17 tahun itu membaiki motosikal Yamaha 125Z milik abangnya, kira-kira jam 6.30 petang kelmarin.
Fathul berkata, sebelum kejadian abangnya meminta dia membaiki ekzos motosikal yang dikhuatiri tersumbat.

“Saya tanggalkan ekzos itu dari motosikal dan memeriksanya. Yakin ekzos itu tersumbat, saya menyiram dengan petrol dan membakarnya seperti yang pernah saya lakukan sebelum ini sebelum memadamnya kembali.
Foto
FATHUL menerima rawatan di HKL, semalam.

“Namun, beberapa minit kemudian ekzos itu tiba-tiba meletup,” katanya ketika ditemui wartawan di Hospital Kuala Lumpur (HKL), di sini, semalam.

Tangisan bayi di rumah mayat


Beijing: Seorang bayi lelaki yang diisytiharkan meninggal dunia terselamat daripada dibakar hidup-hidup apabila dia mula menangis ketika menunggu masa ‘dilupuskan’ di rumah mayat, lapor media semalam.

Terdahulu ibu bapa bayi sakit yang berusia kurang dari sebulan itu bersetuju untuk menghentikan rawatan di sebuah hospital kanak-kanak di Anhui, timur China, selepas mendapati keadaannya tidak boleh diselamatkan.


Sumber berkata, selepas rawatan dihentikan bayi itu disahkan mati dan sijil kematian dikeluarkan kelmarin.



“Bayi berkenaan dihantar kepada pekerja rumah mayat di Hefei untuk dibakar,” katanya.


Bagaimanapun, kakitangan di rumah pembakaran mayat itu dikejutkan dengan suara tangisan bayi semalam.


Tidak dipastikan berapa lama dia berada di rumah mayat atau bila proses pembakaran dijadual berlangsung.

Bayi itu kemudian segera dihantar semula ke hospital, lapor beberapa agensi berita termasuk Beijing News.


Kakitangan hospital memberitahu Xinhua, disebabkan bayi itu masih hidup, mereka menyalurkan bantuan darah bagi menyelamatkannya.

“Bayi itu berdepan dengan masalah pernafasan kongenital ketika dilahirkan,” katanya. Sementara itu, seorang doktor digantung tugas dan seorang jururawat dipecat selepas siasatan lanjut dijalankan terhadap kejadian itu.


Pengguna mikroblog China, Weibo pula berang dan menyalahkan doktor bertugas serta ibu bapa bayi terbabit di atas insiden yang berlaku.


“Ibu bapa bayi itu perlu dihukum penjara lima tahun kerana cuai,” tulis seorang pengguna.


Seorang lagi menulis: “Doktor itu memang tidak bertanggungjawab kerana memperlekehkan nyawa pesakit.” - AFP

Penyampai TV tunai janji berbogel dengan berhelah


Paris: Tidak seperti selalu, penonton sebuah rangkaian televisyen di Perancis menjadi begitu teruja menunggu laporan cuaca disampaikan Doria Tillier semalam.

Puncanya, penyampai televisyen itu sebelum ini berjanji untuk berbogel andai pasukan bola sepak Perancis berjaya melayakkan diri ke pusingan akhir Piala Dunia di Brazil tahun depan. Disebabkan skuad itu benar-benar berjaya, Doria, 27, perlu mengotakan janjinya. Dan memang Doria tidak memungkiri janji tetapi ia pasti mengecewakan jutaan penonton stesen Canal+.


Bekas model dan aktres itu memutuskan untuk berbogel di kawasan padang dan hanya membenarkan bahagian belakangnya dirakam kamera itu pun dari jarak jauh. Melalui gambar itu Doria dilihat berlari tanpa seurat benang di kawasan terbuka. Doria juga pintar berhelah apabila berjanji untuk tampil “poi” (bahasa Perancis bermaksud bogel) tetapi sebaliknya perkataan itu juga merujuk kepada sebuah kampung berhampiran Paris.



Skuad Les Bleus tewas 0 - 2 kepada Ukraine dalam perlawanan pusingan kedua hujung minggu lalu tetapi mereka tetap layak ke Brazil berdasarkan agregat 3 - 2.


Seorang penonton Canal+, Remy Jacob berkata dia kecewa melihat aksi-aksi Doria.


“Ia tidak lucu langsung,” katanya dalam satu kenyataan. “Ramai orang berharap Doria bersikap terbuka dengan mengotakan janjinya seperti dibayangkan,” menurut Jacob.

Doria menjadi penyampai ramalan cuaca untuk siaran malam, selain mengendalikan rancangan bual bicara sejak Ogos tahun lalu. - Agensi

Tauke, pemandu van rogol penumpang


Jakarta: Polis Sukmajaya semalam menangkap seorang pemilik syarikat pengangkutan kota dan tiga pekerjanya yang disyaki merogol dua penumpang di Depok.

Ketua Polis Sukmajaya, Agus Widodo berkata kes itu terdedah selepas orang awam mengesyaki ada sesuatu yang tidak kena apabila rumah pemilik syarikat pengangkutan itu sering menjadi tumpuan petugasnya. Kata Agus, saksi mendapati rumah suspek pertama sering dikunjungi lelaki bersama wanita yang tidak dikenali. “Berdasarkan maklumat kami menjalankan pemeriksaan dan menemui dua gadis di rumah lelaki terbabit,” katanya.


Polis mendapati gadis itu ditahan untuk dijadikan pemuas nafsu lelaki berusia 55 tahun itu serta anak buahnya. Kata Agus, tiga suspek lain berusia 23, 18 dan 20 tahun. - Agensi

Laman web Australia digodam


Sebahagian penunjuk perasaan mengadakan demonstrasi di hadapan Kedutaan Australia di Jakarta, sebagai bantahan terhadap pengintipan yang dilakukan oleh negara itu. - REUTERS
SYDNEY 21 Nov. - Laman web Polis Persekutuan Australia (AFP) dan Bank Simpanan Australia menjadi mangsa serangan siber yang didakwa didalangi penggodam Indonesia, dipercayai sebagai tindakbalas terhadap tindakan Canberra mengintip beberapa pemimpin republik itu.
AFP dalam kenyataannya mengutuk serangan tersebut yang disifatkan sebagai tidak bertanggungjawab.
Kenyataan itu menjelaskan bahawa laman web yang digodam tidak menyimpan sebarang maklumat sulit, beroperasi dengan baik semalam sebelum mengalami masalah awal hari ini.
Kumpulan penggodam Anonymous Indonesia mendakwa mengaku bertanggungjawab melakukan serangan itu sebagai bantahan terhadap tindakan Australia mengintip Presiden Indonesia, Susilo Bambang Yudhoyono dan isterinya serta beberapa menteri lain pada 2009.
Bagaimanapun, AFP tidak memberi maklumat tentang pihak yang terlibat, sebaliknya akan bekerjasama dengan pasukan Pusat Operasi Keselamatan Siber dan Unit Tindakbalas Kecemasan Komputer untuk mengenal pasti kumpulan penyerang terbabit.
Sementara itu, kira-kira 200 penunjuk perasaan mengadakan bantahan di luar Kedutaan Australia di Jakarta bagi menuntut Canberra memohon maaf kerana melakukan aktiviti pengintipan.
Kumpulan penunjuk perasaan itu turut menggesa Kedutaan Australia itu ditutup dan kesemua diplomatnya diusir, jika Australia enggan memohon maaf.
Pasukan keselamatan Indonesia menempatkan sejumlah anggota polis dan memasang dawai berduri di sekitar bangunan Kedutaan itu bagi mengelakkan berlaku kejadian yang tidak diingin.
Sementara itu, Timbalan Menteri Perdagangan, Bayu Krisnamurthi berkata, Indonesia masih mengimport daging lembu dari Australia, walaupun Jakarta mahu mengkaji semula hubungan perdagangan antara kedua-dua negara, ekoran isu pengintipan itu.
Jakarta mahu mengkaji semula hubungan perdagangan dengan Australia, sehari selepas Susilo mengumumkan pembekuan kerjasama ketenteraan dan perisikan dengan Canberra. - AFP/AGENSI


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20131122/lu_05/Laman-web-Australia-digodam#ixzz2lJhBCct0
© Utusan Melayu (M) Bhd 

'Geng Khalid' samun stesen minyak tumpas


KHALIL (tengah) menunjukkan motosikal curi yang digunakan anggota 'Geng Khalid' untuk menyamun di Sungai Petani, Kedah semalam.


SUNGAI PETANI - Polis menumpaskan kumpulan penjenayah Geng Khalid yang terlibat dalam 25 kes termasuk 15 kejadian samun stesen minyak sejak awal tahun ini berikutan penangkapan empat ahli kumpulan itu di sekitar bandar ini sejak 16 November lalu.
Operasi oleh sepasukan anggota serta pegawai Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Muda baru-baru ini turut menemui semula sebahagian hasil samun termasuk telefon bimbit, komputer riba dan kad mesin pengeluaran wang automatik.
Polis juga merampas dua motosikal curi, sebilah parang dan buku lima yang dipercayai digunakan suspek dalam kegiatan samun.
Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Khalil Arifin berkata, siasatan mendapati kesemua lelaki tempatan berusia antara 18 hingga 27 tahun itu aktif menyamun di stesen minyak dan kedai serbaneka di bandar ini dan kawasan berdekatan sejak awal tahun ini.
Katanya, kumpulan itu dikesan sering memakai topi keledar kura-kura dan berpura-pura menjadi pelanggan untuk mengisi minyak motosikal.
"Mereka menggunakan senjata seperti parang untuk merompak kakitangan kaunter dan pelanggan di stesen minyak.
"Setakat ini, sebanyak 15 kes direkodkan berlaku di stesen minyak selain 10 lagi kes di kedai serbaneka di bandar ini," katanya pada sidang akhbar di sini semalam.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=1122&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_10.htm#ixzz2lJeTw000 
Hakcipta terpelihara 

Tangan tersepit basikal satu jam


MOHD. NUR IMAN menahan kesakitan selepas tangannya tersepit di celah besi basikal di Muar, Johor kelmarin. Gambar kecil, keadaan tangannya yang cedera.


MUAR - Seorang kanak-kanak lelaki terpaksa menahan kesakitan hampir satu jam apabila tangan kanannya tersepit pada besi basikal ketika cuba membetulkan rantai kenderaan itu yang tercabut di Kampung Simpang Baba di sini kelmarin.
Dalam kejadian kira-kira pukul 3 petang itu, tangan Mohd. Nur Iman Mohd. Zafri, 9, terperosok ke celah besi antara rim dan rantai basikal tersebut.
Akibat kejadian itu, dia mengalami kecederaan dengan kulit terkoyak sehingga menampakkan tulang ketika cuba menarik keluar tangannya.
Bapanya, Mohd. Zafri Said, 38, berkata, dia mengetahui kejadian yang menimpa anaknya itu selepas dimaklumkan oleh seorang guru dari sebuah sekolah tahfiz yang ternampak Mohd. Nur Iman menahan kesakitan.
Menurutnya, pada mulanya dia terkejut dan menyangka anaknya dilanggar kenderaan lain kerana melihat guru itu cemas ketika datang ke rumahnya yang terletak kira-kira 20 meter dari tempat kejadian.
"Anak saya tidak menangis, cuma sesekali dia mengerang menahan sakit dan saya cuba untuk mengeluarkan tangannya yang tersepit tetapi tidak berhasil," ceritanya ketika ditemui di Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF) di sini semalam.
Mohd. Zafri berkata, kerana terlalu bimbang keselamatan anaknya dia lantas menghubungi pihak bomba untuk membantu mengeluarkan tangan kanak-kanak itu.
Sementara itu, Pegawai Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Daerah, Ismail Mahmod berkata, pihaknya terpaksa memotong besi basikal itu dan meregangnya menggunakan peralatan khas untuk mengeluarkan tangan mangsa.
"Usaha menyelamat itu mengambil masa kira-kira 15 minit dan dia kemudian dihantar ke hospital," katanya ketika dihubungi.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=1122&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_08.htm#ixzz2lJeExXeD 
Hakcipta terpelihara 

Alvin, Vivian gagal batal pertuduhan

ALVIN (tengah) dan Vivian (kanan) bersama peguam keluar daripada Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semalam.


KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi di sini semalam menolak permohonan pasangan kontroversi, Alvin Tan dan Vivian Lee untuk membatalkan pertuduhan yang dikenakan terhadap mereka kerana mempersendakan umat Islam pada bulan Ramadan lalu.
Hakim Kamardin Hashim dalam penghakimannya berkata, tiada merit dalam permohonan pemohon dan Seksyen 298A (1) (a) Kanun Keseksaan adalah terpakai untuk semua penganut agama.
Beliau memutuskan seksyen tersebut tidak bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan dan tidak wajar dibatalkan di bawah Perkara 4(1) Perlembagaan Persekutuan.
"Sepintas lalu membaca peruntukan di bawah Seksyen 298A (1) (a) Kanun Keseksaan seperti tersebut amat jelas, peruntukan itu langsung tidak menyebut secara khusus ditujukan khas kepada penganut beragama Islam.
"Perkataan yang digunakan, 'professing the same or different religion' menunjukkan peruntukan tersebut bukan sahaja kepada penganut agama islam malahan terpakai kepada penganut agama-agama atau kepercayaan lain.
"Seksyen 298A (1) (a) Kanun Keseksaan tersebut adalah terpakai, sah dan berkuat kuasa secara sejagat tanpa mengira bangsa, keturunan atau agama," ujarnya.
Pada 21 Ogos lalu, Alvin atau nama penuhnya Tan Jye Yee, 25, dan Vivian atau Lee May Ling, 24, memfailkan permohonan untuk membatalkan pertuduhan yang dihadapi mereka mengikut Seksyen 298A(1)(a) Kanun Keseksaan.
Mereka memohon perintah deklarasi bahawa Seksyen 298A Kanun Keseksaan tidak konsisten dan bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan serta tidak boleh dikuatkuasakan terhadap mereka dengan alasan sekiranya pertuduhan itu sah di sisi undang-undang, ia hanya terpakai terhadap orang Islam.
Mengikut Seksyen 298A (1) (a) Kanun Keseksaan, Alvin dan Vivian didakwa memuat naik di laman Facebook mereka satu kandungan gambar dan komen yang berkemungkinan menyebabkan perasaan permusuhan atas alasan agama dalam kalangan penganut agama berlainan.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=1122&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_07.htm#ixzz2lJe4QCN3 
Hakcipta terpelihara 

Sindiket Macau Scam tumpas

Oleh ROSLI HASSAN


SEBAHAGIAN warga asing terlibat dengan sindiket penipuan Macau Scam di Melaka semalam.


MELAKA - Tindakan satu sindiket Macau Scam dianggotai warga Taiwan dan China menjadikan negara ini sebagai pusat kegiatan itu terbongkar apabila 10 ahli sindiket berkenaan dicekup polis di Taman Puncak Bertam, Cheng di sini semalam.
Serbuan oleh sepasukan pegawai dan anggota Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Melaka dan Johor kira-kira pukul 11 pagi itu berjaya menahan sembilan warga Taiwan dan seorang warga China berusia 20 hingga 30-an termasuk empat wanita yang mempunyai pas lawatan sosial.
Ketua Polis Melaka, Datuk Chuah Ghee Lye berkata, sindiket berkenaan menjadikan dua rumah kedai yang disewa di situ sebagai pusat untuk memperdaya mangsa yang kesemuanya warga Taiwan dan China sejak bulan lalu.
"Mereka mempunyai beberapa pusat komunikasi berasingan untuk menghubungi mangsa menggunakan teknik spoofing menerusi Suara Melalui Protokol Internet (VoIP).
"Sindiket ini dipercayai menggunakan taktik sama iaitu menyamar sebagai pegawai polis Bukit Aman dan bank untuk menipu mangsa.
"Ahli sindiket ini menyatakan kononnya wang dalam akaun bank mereka dibekukan dan mangsa perlu memasukkan semua wang ke dalam akaun diberikan," katanya kepada pemberita di tempat kejadian di sini semalam.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=1122&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_06.htm#ixzz2lJdjzxiT 
Hakcipta terpelihara