Search This Blog

Thursday, November 21, 2013

Laporan Ketua Audit: 39 berdepan tindakan sivil atau jenayah


PUTRAJAYA: Sebanyak 39 penjawat awam termasuk pesara bakal berdepan tindakan sivil atau jenayah jika didapati bertanggungjawab terhadap ketidakaturan yang didedahkan oleh Laporan Ketua Audit Negara 2012.

Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa berkata mereka yang meliputi 30 penjawat awam dan sembilan pesara itu diberi surat tunjuk sebab untuk menjelaskan tahap penglibatan atau kecuaian mereka dalam ketidakaturan berkenaan.

Jika siasatan lanjut mendapati mereka terbabit, tindakan sivil atau jenayah akan diambil bergantung kepada jenis kecuaian atau perlanggaran yang dilakukan, katanya dalam sidang media, di sini hari ini.

Menurut Ali sebanyak tujuh penjawat awam lagi akan dikenakan tindakan tatatertib manakala sembilan didapati tidak terlibat dalam salah laku berkenaan.

Maklumat ini adalah hasil siasatan ke atas 24 kes yang dibuka dan disiasat oleh 13 jawatankuasa siasatan khas yang ditubuhkan sebelum ini, katanya.

Empat suspek samun Geng Khalid ditahan


SUNGAI PETANI: Polis menumpaskan Geng Khalid, yang dipercayai aktif dalam beberapa kes samun stesen minyak sekitar daerah Kuala Muda, dengan tertangkapnya empat suspek lelaki warga tempatan menerusi Ops Cantas Khas baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda ACP Khalil Ariffin berkata suspek, yang berusia lingkungan 18 hingga 27 tahun, ditangkap di kawasan Flat Paya Nahu dekat sini, ditahan reman lima hari sehingga 24 Nov ini.

Beliau berkata suspek pertama ditahan pada 10.30 malam 16 Nov lepas yang membawa kepada penangkapan tiga lagi pada 19 Nov.

"Siasatan awal mendapati penahanan anggota kumpulan ini dapat membantu menyelesaikan 25 kes samun, termasuklah 15 kes samun stesen minyak sekitar daerah ini," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Muda hari ini.

Khalil berkata susulan penahanan itu, polis merampas 43 telefon bimbit pelbagai jenama, dua komputer riba, tiga topi keledar putih yang dipercayai digunakan semasa menyamun, sebilah parang buatan sendiri, buku lima dan dua motosikal.

"Kumpulan ini juga dipercayai terlibat dalam beberapa kejadian samun melibatkan premis yang beroperasi 24 jam termasuklah Kedai Rakyat 1Malaysia dan 7Eleven," katanya sambil menambah suspek yang ditahan memiliki rekod jenayah lain dan turut terlibat dengan dadah.



Beliau berkata polis kini mengesan seorang lagi rakan mereka yang masih bebas dan orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi balai polis berhampiran.

Jual dadah RM40,000 sebulan


Ipoh: Polis menahan seorang penjenayah di sebuah rumah di Kampung Rapat, di sini, pada jam 2.30 petang, Sabtu lalu dan menyita hartanya yang dianggarkan RM1.2 juta hasil kegiatannya memproses heroin.

Suspek dikesan menjalankan kegiatan memproses heroin secara solo dan mengedar dadah itu sekitar negeri ini dan di luar Perak.


Berikutan itu, polis merampas pelbagai kereta mewah, wang, barang kemas dan rumah serta kondominium milik suspek.



Difahamkan, suspek mengumpul kekayaan dengan memperoleh hasil pendapatan sekitar RM40,000 sebulan.


Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perak, Asisten Komisioner Roslan Abd Wahid berkata, suspek yang diburu polis sejak sekian lama akhirnya berjaya diberkas di rumah berkenaan selepas didapati berpindah-randah bagi mengelak kegiatannya dikesan.


“Hasil serbuan sepasukan pegawai dan anggota JSJN itu, pihak kami menemui wang tunai RM50,000 disorok di bawah katil di salah sebuah bilik tidur di rumah berkenaan.

“Wang itu dipercayai diperoleh hasil jualan dadah. Siasatan mendapati suspek membekalkan heroin di sekitar daerah ini termasuk luar negeri Perak,” katanya pada sidang media di pejabatnya, di sini, semalam.


Roslan berkata, kegiatan suspek sukar dikesan kerana kerap berpindah-randah dari sebuah rumah sewa ke rumah sewa lain.

“Setiap rumah sewa itu disediakan dapur untuk memasak heroin sebelum dibungkus. Suspek hanya tinggal beberapa minggu di rumah sewa berkenaan sebelum berpindah ke rumah lain.


Roslan berkata, pihaknya turut merampas wang tunai RM140,000 yang disimpan isteri suspek dipercayai hasil penjualan dadah berkenaan.


Difahamkan, isteri suspek mengeluarkan semua wang itu Isnin lalu sebelum menyembunyikan diri di Sepang, Selangor, tetapi menyerah diri di Balai Polis Sepang, kelmarin.


“Suspek turut memiliki beberapa kenderaan mewah seperti Mercedes, Toyota Caldina, kenderaan pacuan empat roda model Isuzu D-Max, motosikal lasak Demax selain empat kereta Proton Perdana.


“Polis turut menyita dua rantai emas bernilai RM2,500, jam tangan Tissot (RM2,500), sebuah rumah teres bernilai RM300,000 dan sebuah pangsapuri bernilai RM100,000 milik suspek,” katanya.


Menurutnya, suspek direman dan disiasat mengikut Seksyen 3(1) Akta Dadah Berbahaya (Langkah-Langkah Pencegahan) 1985.

OKU ditahan bersama teman wanita


Segamat: Seorang lelaki warga emas ditahan dalam keadaan bogel bersama teman wanitanya yang juga seorang Orang Kelainan Upaya (OKU) di sebuah kebun kelapa sawit di kilometer 2, Jalan Segamat-Muar di sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 2.30 petang itu, lelaki berusia 70 tahun berkenaan dipercayai belum sempat mengadakan hubungan seks dengan teman wanitanya yang juga lembam lingkungan 30-an.

Polis tahan tujuh orang, rampas dadah RM480,000


GEORGE TOWN: Polis memberkas tujuh suspek dan merampas dadah bernilai RM480,000 serta sepucuk pistol bersama 50 butir peluru dalam dua serbuan oleh Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Pulau Pinang dan Perak semalam.

Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata dalam serbuan yang dilakukan serentak pada pukul 1 petang di Bukit Tambun dan Simpang Ampat itu, polis juga merampas sebuah kereta, wang tunai berjumlah RM215,000 serta barangan kemas bernilai RM260,000.

Dalam serbuan di sebuah rumah di Bukit Tambun, polis memberkas tiga lelaki dan di Simpang Ampat pula, empat suspek termasuk dua wanita ditahan, katanya dalam sidang media, di sini hari ini.

Katanya dadah yang dirampas membabitkan 1.5 kilogram heroin, 1.071 kg syabu dan 60 biji pil eramin 5.



Kesemua suspek yang berusia 25 hingga 52 tahun itu kini direman sehingga Rabu depan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya, katanya.

Sindiket 'Macau Scam' tumpas


MELAKA: Polis berjaya menumpaskan sindiket antarabangsa 'Macau Scam' dengan tertangkapnya sembilan warga asing termasuk empat wanita di dua premis rumah kedai di Taman Puncak Bertam, Cheng di sini, sebentar tadi.
Serbuan dijalankan sepasukan pegawai dan anggota Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Melaka dan Johor, kira-kira jam 11 pagi. 
Ketua Polis negeri Datuk Chuah Ghee Lye berkata, semua warga asing berusia 20 hingga 30an itu menjadikan premis berkenaan sebagai 'port' utama sejak bulan lalu untuk menghubungi mangsa yang semuanya rakyat negara China dan Taiwan. 

Menurut beliau, siasatan awal mendapati mereka menggunakan taktik sama iaitu menyamar sebagai pegawai polis Bukit Aman dan bank untuk memperdayakan mangsa kononnya wang akaun bank dibekukan.
Foto

Katanya, nilai kerugian ditanggung mangsa setakat ini dianggarkan RMB22 juta (RM11 juta) dan siasatan menyeluruh sedang dijalankan.

Diratah bapa kandung selama 3 tahun

PETALING JAYA: Lelaki berusia 46 tahun telah mengadakan hubungan seks bersama anak perempuannya sejak tiga tahun lalu di rumah mereka di Kajang setiap kali isterinya tiada di rumah.
Kegiatan sumbang mahram itu mungkin akan berterusan jika seorang pakcik yang mengusahakan kedai gunting rambut tempat mangsa berusia 21 tahun itu bekerja selepas dia menduduki peperiksaan SPM tidak campur tangan dalam perkara tersebut.

Sumber polis berkata pakcik berkenaan telah meminjam telefon bimbitnya pada 9 November untuk membuat panggilan namun dia terbaca satu khidmat pesanan ringkas (SMS) 'lucah' daripada ayah mangsa kepada anaknya itu.
"Pakcik itu terpaksa meminjam telefon bimbit remaja berkenaan untuk membuat panggilan kerana telefon bimbitnya kehabisan bateri.
"Dia sangat terkejut apabila terbaca mesej lucah daripada ayah remaja berkenaan dan segera menyoal siasat mangsa.
"Selepas disoal bertalu-talu, remaja itu akhirnya mengaku mengadakan hubungan seks dengan ayahnya sejak dia berusia 18 tahun. Dia turut mendedahkan dia rela menjadi pasangan kepada ayahnya dan jatuh cinta dengannya," kata sumber berkenaan.

Pakcik itu akhirnya membawa remaja berkenaan pulang ke rumah dan bersemuka dengan ayahnya dihadapan ibu mereka.
Lelaki berkenaan hanya diam sementara isterinya benar-benar kecewa dengan hubungan terlarang itu.

"Remaja berkenaan turut mendedahkan kali terakhir dia mengadakan hubungan seks dengan ayahnya, Oktober lalu.
"Dia turut berkata ayahnya yang mengusahakan sebuah kedai makan di Kajang, memberinya wang setiap kali mereka mengadakan hubungan kelamin," menurut sumber polis tersebut.

Sumber turut berkata, pada awalnya remaja tersebut enggan membuat laporan polis.
Bagaimanapun, pakcik tempatnya bekerja telah membawanya ke balai polis Kaqjang kerana dia bimbang nasib yang sama akan menimpa adik perempuan remaja berkenaan yang berusia sembilan tahun.
Suspek ditahan reman hingga 26 November bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 376A, Kanun Keseksaan kerana terlibat dengan perbuatan sumbang mahram.

Jika disabitkan kesalahan tertuduh boleh kenakan hukuman penjara antara enam hingga 20 tahun, dan sebatan.
Mangsa dihantar ke Hospital Kajang untuk menjalani pemeriksaan kesihatan.
Sumber guaman berkata sekiranya ayah mangsa didakwa atas kesalahan berkenaan, remaja tersebut juga akan didakwa di bawah Seksyen 376A.

"Mengikut undang-undang, sekiranya kedua-dua mereka melakukan kesalahan, mereka akan didakwa namun ia bergantung kepada keadaan kes berkenaan.
"Terpulang kepada Pejabat Peguam Negara untuk menentukan sama ada wanita berkenaan adalah mangsa atau dia juga harus didakwa atas kesalahan yang sama," kata sumber berkenaan.

Di bawah Seksyen 376A, seseorang yang melakukan perbuatan sumbang mahram dengan mengadakan hubungan seks dengan individu yang mempunyai pertalian darah yang tidak membolehkan mereka berkahwin dengannya mengikut undang-undang, agama dan adat.

Polis tahan 8 suspek, rampas 2 pistol, peluru


21 November 2013

KOTA BHARU - Polis menahan lapan orang termasuk seorang wanita warga Indonesia dan merampas dua pucuk pistol dan 11 butir peluru dalam Ops Cantas Khas di Tumpat, semalam.
 
Ketua Polis Kelantan, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman berkata, anggota Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Tumpat telah mengekori sebuah kereta dinaiki lima suspek dalam keadaan mencurigakan dan menahan kereta itu di sekatan jalan raya di Kampung Neting, Tumpat, pada kira-kira 9.15 malam.
 
"Kita menerima maklumat daripada orang ramai bahawa terdapat satu kumpulan disyaki menyeludup senjata api dari seberang. Susulan itu, polis telah membuat sekatan jalan raya di beberapa tempat," katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan di sini hari ini.
 
Beliau berkata, daripada pemeriksaan awal di dalam kereta berkenaan, polis menemui sebilah parang yang disembunyikan di bawah tempat duduk pemandu.
 
"Hasil siasatan terperinci dan soal siasat kemudiannya, suspek membawa polis ke sebuah rumah di Kampung Kebun, Pengkalan Kubor, Tumpat dan menahan tiga lelaki," katanya.

Pemeriksaan lanjut menemui satu tin biskut yang disembunyikan di dalam sebuah longkang di kawasan semak berhampiran rumah berkenaan dan di dalam tin tersebut terdapat sepucuk pistol jenis "kuba", sepucuk pistol tanpa model bersama kelopak peluru dan 11 butir peluru hidup, katanya.
 
Jalaluddin berkata, semua suspek akan disiasat mengikut Seksyen 8 Akta Senjata (Penalti Lebih Berat) 1971, Seksyen 8(a) Akta Senjata 1960 dan Seksyen 7(1) Akta Bahan-Bahan Kakisan dan Letupan dan Senjata Berbahaya 1958.
 
Katanya semua suspek direman selama tujuh hari bermula hari ini.
 
Sementara itu, Jalaluddin berkata maklumat daripada orang awam merupakan langkah paling penting dan berkesan untuk membanteras penyeludupan senjata api di sempadan.
 
"Kita juga membuat pemeriksaan terhadap kenderaan yang keluar dan masuk ke negeri ini dengan mengadakan sekatan jalan raya di beberapa lokasi selain mengenal pasti suspek dan kumpulan yang disyaki," katanya.  - Bernama

Wanita rugi RM209,000 ditipu kenalan Facebook


21 November 2013

KUALA TERENGGANU - Seorang ibu tunggal bukan sahaja sanggup membuat pinjaman bank untuk diserah kepada kekasih yang dikenali melalui laman sosial Facebook, malah wanita itu sanggup mencagarkan rumahnya.

Tindakan penjawat awam berusia 50 tahun itu yang percaya kepada lelaki rakyat asing menyebabkan dia kerugian kira-kira RM209,000 akibat diperdaya sejak Ogos lepas.

Menyedari menjadi mangsa penipuan jenayah siber (Nigerian Scam), wanita itu membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Terengganu tengah hari semalam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Terengganu Supt Koh Ah Tiam berkata selepas dua bulan berkenalan dan bercinta, suspek memberitahu bahawa dia merupakan seorang kontraktor dan mahu memindahkan wang sejumlah US$10 juta (RM31
juta) ke negara ini namun alasannya wang itu tidak dapat dipindahkan.

Beliau berkata, suspek kemudian memaklumkan kepada mangsa bahawa dia perlu membuka akaun bank tempatan terlebih dahulu sebanyak RM9,000 dengan alasan sebagai menampung jumlah wang yang akan dipindahkan nanti.
 
"Suspek mengambil masa dan membuat mangsa jatuh cinta sebelum menyakinkan mangsa untuk memasukkan wang ke dalam akaun bank dengan memberikan pelbagai alasan.

"Selepas mangsa membuka akaun tempatan dengan jumlah diarahkan, suspek kemudian meminta RM200,000 lagi untuk dikenakan cukai," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Koh berkata, wanita itu sanggup membuat pinjaman bank untuk memberikan wang RM200,000 yang diminta kekasihnya ke dalam akaun yang sama dengan alasan sebagai Bon Sekuriti.

Mangsa yang tidak mempunyai wang sebanyak itu kemudiannya mencagarkan rumahnya kepada pihak bank sebelum menyedari dirinya telah diperangkap lelaki yang mendakwa berasal dari United Kingdom itu.

Koh berkata, sehingga November tahun ini, polis menerima 33 laporan berhubung penipuan jenayah siber di negeri ini yang membabitkan kerugian kira-kira RM1 juta berbanding 15 kes tahun lepas melibatkan kerugian RM200,000. - Bernama

Christine Place bukan Villa Nabila?


21 November 2013

Villa Nabila
Villa Nabila Kediaman milik seorang doktor yang dipercayai keras dan berpenunggu.


JOHOR BAHRU - Nama kediaman usang terletak di Jalan Skudai, di sini, atau lokasi lebih tepat berhadapan dengan Selat Tebrau secara tiba-tiba menjadi popular di negara ini.

Semuanya gara-gara seorang remaja lelaki yang didakwa ‘hilang’ selepas mengunjungi Christine Palace atau ada segelintir mendakwa rumah lama itu sebagai Villa Nabila.

Cerita bermula dengan kehilangan Mohamad Izzat Izzudin Husin, 16, yang disedari ibunya selepas tidak pulang ke rumah sejak hari Sabtu lalu.

Setelah dimaklumkan oleh rakan anaknya bahawa Mohamad Izzat ada mengunjungi rumah terbabit, ibu berusia 38 tahun itu segera membuat laporan polis di Danga Bay, di sini malah cuba mencari anaknya di lokasi terbabit.

Hati seorang ibu, sudah tentu sanggup melakukan apa sahaja kerana bimbang dengan keselamatan anak sendiri malah tindakan ibu Mohamad Izzat tidak salah dalam hal ini.

Lebih menyedihkan apabila khabar angin yang tersebar di lama sosial Facebook dengan mendakwa sekumpulan 23 remaja hilang selepas memasuki villa itu, manakala tujuh yang lain berjaya keluar, namun polis menafikannya.

Bagaimanapun, kehebatan laman sosial pada masa kini menyebabkan ramai pihak percaya dengan kenyataan disiarkan malah menyebabkan aliran lalu lintas Jalan Skudai, di sini, menuju ke pusat bandar menjadi perlahan.

Selepas tersebarnya berita kehilangan Mohamad Izzat, remaja terbabit kemudiannya ditemui kembali, namun bukan kerana disorokkan makhluk halus.

Sebaliknya, beliau sendiri menyorok di rumah rakan wanitanya di Rumah Pangsa Taman Desa Mutiara, di sini, sekali gus menyangkal dakwaan penyebar berita tidak benar.

Ramai pihak digembar-gemburkan dengan cerita kononnya kediaman Villa Nabila sebagai ‘keras’ atau berpenunggu malah boleh didapati dengan pelbagai versi.

Soalnya, yang mana satu adalah Christine Place dan yang mana satu merupakan Villa Nabila? Atau mungkinkah Christine Place dan Villa Nabila merupakan lokasi serta bangunan kediaman sama?

Malah sebuah laman blog, http://untoldhistoriesofmalaya.blogspot.com turut menyatakan terdapat dua Christine Place lain di sekitar Johor Bahru selain lokasi terletak di hadapan Pantai Lido.

Dua lokasi lain terletak di Jalan Abdul Samad, di sini, dan Wadi Hana atau lebih mudah di kedudukan berdepan dengan Balai Polis Trafik Cawangan Johor Bahru Selatan.

Tinjauan Sinar Harian di lokasi terletak di Jalan Abdul Samad mendapati terdapat serpihan bangunan kelihatan di antara semak dan lalang yang tumbuh meliar.

Sementara lokasi di Wadi Hana pula sukar untuk dipastikan, namun ada penduduk memberitahu bangunan asal sudah dirobohkan kemudian dibangunkan bangunan kedai.

Di lokasi sama, terdapat juga sebuah rumah usang yang mungkin boleh dikaitkan dengan Christine Place, namun sukar untuk disahkan kebenarannya.

Kebenaran mula terbongkar

Bagi penulis blog Untold Histories of Malaya, Mohd Razi Zainal Ariffin, 32, dakwaan sesetengah pihak mengenai kejadian pembunuhan sehingga menyebabkan kawasan itu berhantu adalah tidak benar.

Menceritakan pengalamannya bersama rakan-rakan yang kerap menjejaki kawasan terbabit kira-kira 10 tahun lalu, Mohd Razi menafikan kawasan yang dikenali sebagai ‘Villa Nabila’ itu ‘keras’ dan berpenunggu.

“Sepuluh tahun lalu saya dan rakan-rakan kerap berkunjung ke kawasan ini namun tidak pernah menerima sebarang gangguan.

“Malah sehingga kini tiada kejadian pelik yang berlaku selepas kami mengunjungi kawasan itu, cerita mengenai kejadian pembunuhan di situ hanyalah rekaan dan lokasi itu menjadi tumpuan disebabkan perasaan ingin tahu masyarakat,” katanya.

Menurutnya, kawasan berkenaan mempunyai dua bangunan berasingan termasuk sebuah bangunan tiga tingkat yang dijadikan restoran dan sebuah rumah satu tingkat di atas tapak di atas bukit dinamakan Christine Place.

“Keseluruhan kawasan itu merupakan milik ahli perniagaan bergelar Datuk dan menamakan rumah tersebut sebagai Christine Place sempena nama anak perempuan sulungnya Christine,” katanya.

Katanya, bagaimanapun kawasan berkenaan disita oleh pihak bank untuk membayar hutangnya pada tahun 1986 selepas pemilik syarikat hartanah itu disahkan bankrup.

“Sejak itu kawasan berkenaan mula terbiar dan ditinggalkan kosong, namun kejadian pembunuhan yang didakwa berlaku di rumah itu adalah tidak benar,” katanya.

Beliau berkata, selain kediaman yang menghadap Pantai Lido, Christine Place turut dikaitkan dengan dua lokasi lain di mana salah satunya merupakan tapak kediaman bekas pengasas Umno, Datuk Onn Jaafar di Jalan Tebrau.

“Terdapat dua lagi kawasan dinamakan Christine Place di Jalan Abdul Samad, namun difahamkan bangunan di situ sudah dirobohkan.

“Manakala sebuah lagi kawasan Christine Place terletak di Jalan Tebrau yang sebelum ini merupakan tapak kediaman Datuk Onn Jaafar,” katanya.

Penulis blog itu memberitahu mengetahui kisah sebenar mengenai status kediaman itu selepas dihubungi pengurus restoran yang dilantik oleh Sing Hock untuk menguruskan restorannya sebelum kawasan itu disita.

Selain itu, beliau berkata, terdapat sebuah villa kosong bersebelahan dengan Christine Place yang menjadi kediaman seorang doktor dan keluarganya di Jalan Straits View, di sini, satu ketika dahulu.

Bagaimanapun, kediaman terbabit dikatakan berhantu selepas didakwa berlakunya kejadian pembunuhan.

“Villa itu adalah kepunyaan seorang doktor, namun kejadian pelik dan seram mula berlaku selepas doktor berkenaan dikatakan menembak mati kesemua ahli keluarganya sebelum membunuh diri.

“Kejadian berlaku sekitar tahun 1970-an, sejak itu villa berkenaan mula terbiar dan diakui agak ‘keras’,” katanya.

Bekas rumah Datuk Onn

Mengukuhkan lagi fakta mengenai Christine Place yang dikaitkan sebagai kediaman Datuk Onn Jaafar yang juga bekas Menteri Besar Johor, Sinar Harian menghubungi anaknya Leftenan Jeneral (B) Datuk Jaafar Onn.

Jaafar mengesahkan bapanya pernah mendiami kawasan berkenaan yang kini dikenali sebagai Christine Place pada tahun 1935 selepas diperkenankan oleh Tunku Mahkota Johor (TMJ) pada ketika itu.

“Kami sekeluarga mula tinggal di situ sejak ia mula siap dibina. Ketika itu bapa saya baru pulang dari Singapura dan memberitahu kami akan menetap di Wadi Hana kerana ada kediaman disediakan di situ.

“Pada masa itu, bapa saya merupakan Setiausaha Peribadi kepada TMJ dan juga Ahli Dewan Undangan Negeri,” katanya.

Katanya, bagaimanapun mereka sekeluarga berpindah dari kediaman berkenaan ke Batu Pahat pada tahun 1945 selepas bapanya dilantik menjadi Pegawai Daerah Batu Pahat dan tidak mengetahui status kediaman terbabit selepas itu.

“Sebelum ini kami juga mempunyai tanah di kawasan itu namun sudah dijual dan kini kami tidak tahu menahu mengenai status kediaman itu selepas berpindah,” katanya.

Masih jadi tumpuan umum

Meskipun remaja yang hilang sudah ditemui, rumah usang ditinggalkan sejak 40 tahun lalu terus mendapat perhatian daripada orang ramai.

Tiada rasa takut dan gentar, ada segelintir daripada mereka membawa anak kecil untuk melihat sendiri Christine Palace atau Villa Nabila yang menghadap Pantai Lido, di sini, itu.

Kelihatan pihak berwajib sudah meletakkan pagar zink berwarna biru untuk menutupi kawasan terbabit dan berkemungkinan dalam masa terdekat, ia akan ditutup kepada umum.

Tinjauan Sinar Harian ke lokasi mendapati, keadaan kawasan rumah terbabit tidak terurus dengan tangga dan dinding bangunan kayu kian mereput.

Walaupun secara zahir struktur bangunan seperti tidak kukuh, orang ramai tidak melepaskan peluang untuk melihat suasana dalaman kediaman seterusnya merakam gambar kenangan.

Tidak ketinggalan, Jamilah Kassim, 54 dari Pulau Pinang turut membawa empat cucunya yang berusia seawal dua tahun untuk meninjau ke dalam kawasan banglo yang dikatakan berhantu itu.

“Makcik datang ke sini bersama empat cucu untuk meninjau ke kawasan banglo ‘tinggal’ ini selepas menyaksikan beritanya di televisyen.

“Kami berani datang ke sini selepas ramai pihak mengatakan tempat ini tidak berhantu malah remaja yang dikatakan hilang di sini juga sudah ditemui,” katanya.

Dalam pada itu katanya, kunjungan itu juga sebagai pengajaran kepada cucunya agar tidak keluar dari rumah tanpa kebenaran dan pengawasan orang lebih dewasa.

Sementara itu, pemuda yang ingin dikenali sebagai Jeevan, 26 berkata, mula mengetahui mengenai banglo kosong itu selepas heboh di laman sosial dan disiarkan melalui berita.

“Saya datang ke sini bersama lima rakan yang lain dan singgah selepas pulang dari kerja untuk meninjau sendiri kawasan yang dikatakan berhantu.

“Kawasan seperti ini menarik perhatian ramai kerana penuh misteri dan mempunyai kisah tersendiri,” katanya.

Jambatan sesak, lori tong gas terbalik

Jambatan sesak, lori tong gas terbalikAnggota Bomba dan Penyelamat membersihkan Jambatan Pulau Pinang ekoran kejadian sebuah lori membawa tong gas terbalik. - Foto Bernama

BUTTERWORTH - Ribuan kenderaan terperangkap dalam kesesakan lalu lintas lebih empat jam di atas Jambatan Pulau Pinang pagi ini apabila sebuah lori membawa tong gas terbalik.
Jurucakap Penang Bridge Sdn Bhd (PBSB) berkata lori yang terbalik di Km 1.3 menghala ke tanah besar itu menyebabkan dua daripada tiga lorong di atas jambatan berkenaan terhalang.
"Hanya satu lorong laluan menuju ke Perai dibuka dan ekoran itu berlaku kesesakan teruk di semua laluan masuk jambatan dari Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu, Gelugor dan Bayan Lepas," katanya ketika dihubungi di sini.
Beliau berkata lori yang terbalik pada pukul 10.30 pagi itu berjaya dialihkan pada pukul 2 petang dan keadaan trafik di atas jambatan sudah beransur pulih.

Insiden itu menyebabkan pemandu lori tersebut mengalami cedera ringan, katanya.
Tinjauan Bernama setakat tengah hari tadi mendapati trafik sesak sepanjang lima kilometer sehingga ke kawasan Lebuhraya Jelutong di sini. - Bernama

Individu dicari bantu siasat pemalsuan kad kredit


21 November 2013
KUALA LUMPUR - Polis meminta kerjasama orang ramai untuk mengesan empat individu bagi membantu siasatan kes penipuan kad kredit palsu mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.
 
Menurut kenyataan Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Bukit Aman, individu berkenaan ialah seorang wanita dan tiga lelaki.
 
Mereka ialah Ho Jia Huah, 42, nombor kad pengenalan 710621-08-5358 dengan alamat terakhir di No 109, Jalan Tan Sri Manickavasagam, 70200 Seremban, Negeri Sembilan.
 
Individu kedua ialah Chong Kim Fatt, 51, nombor kad pengenalan 620411-05-5397 dengan alamat terakhir di No 2217, Jalan SJ 1/1B, Taman Seremban Jaya, 70450 Negeri Sembilan.
 
Polis juga sedang mengesan Badrol Loo Abdullah, 46, nombor kad pengenalan 670307-02-5337 dan alamat terakhirnya di B-620, Jalan Mewah 2, Taman Mewah, 12100 Butterworth, Pulau Pinang.

Individu terakhir ialah Chong Yoong Chai, 48, nombor kad pengenalan 650814-05-5161 dan alamat terakhir di No 181, Jalan Springhill 1/31 B, Bandar Springhill, 71100 Port Dickson, Negeri Sembilan.
 
Kenyataan itu menyebut orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan individu terbabit diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Inspektor Muhammad Zulfahmi Zainal Abidin di talian 03-2616 3832 atau 012-9683 464.
 
Sementara itu, kenyataan Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur memohon kerjasama orang ramai untuk mengesan orang hilang bagi membantu Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Cheras.
 
Individu itu ialah Akulaswapna, seorang wanita warga India, nombor pasport G9723096 dan alamat terakhir di A-13-18 Arena Green Apartment, Bukit Jalil, 57000 Kuala Lumpur.
 
Menurut kenyataan itu, orang ramai yang mempunyai maklumat atau mengenali individu ini, diminta menghubungi Penolong Pegawai Penyiasat Sarjan Abdul Mubdi Abdul Majid di talian 019-6605 007 atau Hotline Rakan Cop Polis Kuala Lumpur 03-2115 9999 atau SMS ke 32728 atau mana-mana balai polis berhampiran. - Bernama

Taufan Haiyan: Rawat 50 pesakit sejam

FotoPenduduk Ormoc City menunggu giliran untuk dirawat di klinik lapangan Mercy Malaysia.

Mercy Malaysia buka dua klinik lapangan bantu mangsa taufan

Oormoc City: Lebih 50 pesakit dalam sejam! Itu jumlah mangsa Taufan Haiyan yang mendapatkan rawatan di klinik lapangan Mercy Malaysia, yang dibina di depan Hospital Daerah Ormoc City, dekat Tacloban, yang mula beroperasi semalam.

Dibuka sejak jam 8 pagi, klinik lapangan yang mempunyai dua khemah utama itu dikendalikan tiga doktor dan pakar, selain dibantu sekurang-kurangnya lima sukarelawan lain.

Kita akan beroperasi sekurang-kurangnya dua minggu” Norazam Ab Samah, Naib Presiden Mercy Malaysia

Kebanyakan mangsa taufan beratur seawal 7 pagi untuk mendapat rawatan, termasuk keluarga Violeta Dejon.

Violeta dan suaminya, Karl, membawa dua anak kecilnya, Karly, setahun, dan abangnya, Janzeptiena, 5, yang batuk-batuk, sejak dua hari lalu.

“Jiran beritahu ada klinik NGO Malaysia dibuka hari ini (semalam). Kami datang untuk ubat anak kami,” kata Karl ditemui di klinik itu yang berhadapan Hospital Daerah Ormoc City, yang terjejas teruk dibadai Taufan Haiyan, 8 November lalu.

Kedua-dua anak Violeta ialah pesakit pertama dirawat doktor sukarelawan Mercy Malaysia, Dr Jitendra Tejani.
“Kedua-duanya ada jangkitan dada sebab cuaca dan dijangkiti virus,” kata Dr Jitendra sambil memeriksa anak Violeta.

Penulis dan jurugambar yang bertolak dari Tacloban, lebih 100km dari sini, kelmarin teruja dengan kehadiran sukarelawan Mercy Malaysia, yang menghulurkan bantuan kepada mangsa Haiyan, lebih seminggu lalu.

Naib Presiden Mercy Malaysia, Norazam Ab Samah berkata badan kemanusiaan itu melakukan dua program utama di bandar pelabuhan berkenaan bagi membantu mangsa Haiyan.

Bantu baikpulih hospital

Katanya, Mercy membuka klinik lapangan di dua tempat iaitu di Ormoc City dan Valencia bagi memberi khidmat kesihatan primer untuk meringankan beban hospital tempatan dan melakukan baikpulih bangunan hospital terjejas.

“Kita akan beroperasi sekurang-kurangnya dua minggu,” katanya mengetuai 23 sukarelawan Mercy Malaysia di Leyte.

Kepulauan Leyte antara lokasi terjejas teruk dibadai Haiyan, yang menjejaskan 9.8 juta penduduk Filipina dan menyebabkan lebih 650,000 hilang tempat tinggal.

4 pegawai imigresen di KLIA, LCCT dicekup

4 pegawai imigresen di KLIA, LCCT dicekupDua pegawai imigresen (kiri dan tengah) yang ditahan SPRM. Susulan Pendedahan BH mengenai kes sogok pegawai Imigresen di KLIA dan LCCT - Dapatkan BH hari ini untuk mengetahui hasil operasi pasukan khas yang ditubuhkan Kementerian Dalam Negeri. 

Mengaku salah rogol gadis bawah umur


KUALA LUMPUR 20 Nov. - Seorang remaja lelaki berusia 18 tahun yang didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tuduhan merogol teman wanitanya yang berusia 13 tahun lima bulan, tidak tahu tindakannya melakukan hubungan seks itu boleh didakwa atas tuduhan merogol.
Dia yang dalam keadaan menggigil dan menangis memberitahu mahkamah, hubungan seks itu dilakukan adalah atas kerelaan pelajar itu sendiri.
‘‘Saya mengaku salah (tuduhan merogol) atas kerelaan dia sendiri (pelajar) dan saya tidak tahu perkara ini menjadi kes rogol dan saya tidak tahu umur dia 13 tahun, saya ingat umur dia 16 tahun,’’ katanya dengan suara yang tersekat-sekat.
Hakim Emelia Kaswati Mohamad Khalid yang mendengar kes berkenaan lantas mengingatkan remaja itu bahawa hubungan seks yang dilakukan secara sukarela dengan teman wanitanya sama ada berusia 13 tahun ataupun 16 tahun tetap dianggap merogol kerana mangsa adalah di bawah umur.
Tertuduh yang ketika kejadian berusia 17 tahun, mengaku telah bertaubat dan menyifatkan kejadian itu telah memberi pengajaran kepadanya dan memohon agar dia dihantar ke Sekolah Henry Gurney.
Remaja itu didakwa merogol gadis berkenaan di sebuah rumah di Presint 16, Putrajaya, dekat sini, kira-kira pukul 12.15 tengah hari, 19 Oktober tahun lalu.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Mahkamah/20131121/ma_03/Mengaku-salah-rogol-gadis-bawah-umur#ixzz2lFmL8ES0
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Menteri Kesihatan kemalangan


S. SUBRAMANIAM dibawa ke Hospital Besar Melaka selepas kereta yang dinaikinya terbabas di Lebuhraya Utara Selatan di kawasan Pedas-Linggi, Melaka, semalam. - UTUSAN/GAIE UCHEL
MELAKA 20 Sept. - Menteri Kesihatan, Datuk Seri S. Subramaniam mengalami kecederaan di leher selepas kereta Proton Perdana yang dinaiki bersama pemandu dan pengawal peribadinya terbabit dalam kemalangan dengan sebuah lori di Kilometer 220.6 Lebuh Raya Utara-Selatan kira-kira pukul 8 malam ini.
Pemandunya yang hanya dikenali sebagai Anwar mengalami kecederaan ringan manakala pengawal peribadi, Sarjan Zulkifli Wahab mengalami kecederaan parah akibat kemalangan tersebut.
Sewaktu kejadian, Subramaniam dalam perjalanan ke Melaka bagi menghadiri mesyuarat sempena majlis makan malam MIC pusat yang akan diadakan di negeri ini.
Pengerusi MIC negeri, Datuk M.S Mahadevan berkata, kereta yang dipandu Anwar berada di lorong kanan dan setibanya di tempat kejadian secara tiba-tiba sebuah lori yang berada di lorong tengah turut memasuki lorong kanan.
"Keadaan itu menyebabkan kereta yang dinaiki Subramaniam tidak sempat mengelak dan melanggar belakang lori tersebut," katanya ketika ditemui di Hospital Melaka di sini.
Yang turut hadir melawat mangsa di Hospital Melaka ialah Yang Dipertua Negeri, Tun Mohd. Khalil Yaakob dan Ketua Polis negeri, Datuk Chuah Ghee Lye.
Menurutnya, ketiga-tiga mangsa dikejarkan ke Hospital Alor Gajah tetapi hanya Subramaniam dipindahkan ke Hospital Melaka untuk rawatan lanjut.
Kenderaan ambulans yang membawa Subramaniam tiba di hospital Melaka kira-kira pukul 11.10 malam turut diiring isteri dan anak-anak mangsa.
Lokasi kemalangan membabitkan Menteri Kesihatan itu tidak jauh dari tempat kemalangan yang meragut nyawa Setiausaha Akhbarnya, S. Sivabalan 28 Februari lalu.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20131121/je_02/Menteri-Kesihatan-kemalangan#ixzz2lFm2Qw4O
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Calon SPM maut digilis lori


PASIR MAS 20 Nov. - Seorang calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Wakaf Bharu, Tumpat, maut akibat digilis sebuah lori pasir seberat enam tan di Kampung Teliar, Bunut Susu di sini semalam.
Berikutan itu, mangsa, Mohd. Safuan Mohd. Yusoff, 17, yang berasal dari Kampung Belukar, Wakaf Bharu, maut di tempat kejadian kerana cedera parah.
Difahamkan, kejadian berlaku ketika mangsa dalam perjalanan pulang ke rumah bersama rakannya dengan menaiki motosikal secara berasingan selepas dikatakan makan tengah hari di Kampung Bukit, Wakaf Baharu.
Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Haliludin Rahim berkata, semasa kejadian kira-kira pukul 12.30 tengah hari, mangsa dipercayai dari arah Bunut Susu menghala ke Wakaf Bharu.
"Setibanya di tempat kejadian, motosikal ditunggangi rakannya telah berhenti mengejut menyebabkan mangsa tidak sempat mengelak lalu melanggar belakang kenderaan berkenaan.
"Mangsa lalu tercampak ke laluan bertentangan di sebelah kanan lalu digilis oleh sebuah lori dari arah hadapan yang tidak sempat untuk mengelak," katanya di sini hari ini.
Haliludin memberitahu, rakan mangsa, Muhammad Hasriduan Zahari, 17, yang menunggang sebuah lagi motosikal tidak mengalami sebarang kecederaan.
Katanya, jenazah mangsa dibawa ke Hospital Pasir Mas untuk dibedah siasat dan diserahkan kepada keluarganya. Kes itu disiasat mengikut Seksyen 43 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Sementara itu, pemandu lori berkenaan yang ingin dikenali sebagai Saiful, 35, berkata, sebelum kejadian dia sempat melihat mangsa dan rakannya cuba memotong sebuah kereta di hadapan mereka.
"Motosikal mangsa kemudian telah melanggar motosikal milik rakannya. Akibat perlanggaran tersebut mangsa telah tercampak masuk ke laluan saya.
"Saya cuba perlahankan lori, namun disebabkan terlalu hampir, saya tidak dapat mengelak lalu terus melanggar mangsa. Saya sempat keluar melihat keadaan mangsa sebelum ke Balai Polis Bunut Susu untuk membuat laporan," katanya.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20131121/je_03/Calon-SPM-maut-digilis-lori#ixzz2lFluQZUR
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Pasangan suami isteri maut kemalangan


LEDANG 20 Nov. - Sepasang suami isteri maut selepas kenderaan pelbagai guna (MPV) yang dinaiki mereka merempuh sebuah tembok di tepi jalan di Kilometer 9.5, Lebuh Raya Alor Gajah-Melaka-Jasin (AMJ) berhampiran Parit Pajar, Kesang di sini hari ini.
Dalam kemalangan kira-kira pukul 4 petang itu, mangsa, Shahril Yusof, 42, yang bekerja sebagai juruteknik terbunuh di tempat kejadian manakala isterinya, Roslina Mahmod, 40, meninggal dunia semasa dirawat di Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF) di Muar, dekat sini.
Difahamkan, pasangan yang memiliki empat anak berusia antara empat hingga 15 tahun itu dalam perjalanan pulang ke rumah mereka di Batu 5, Tanjung Gading, selepas menjemput Shahril yang bekerja di sebuah kilang di Merlimau, Melaka.
Setibanya di situ, MPV jenis Proton Exora yang dipandu Roslina dari arah Melaka ke Muar hilang kawalan lalu terbabas melanggar tembok tepi jalan sebelum terbalik dan sebahagiannya masuk ke dalam parit.
Difahamkan, kejadian berlaku hanya kira-kira satu kilometer dari rumah mereka.
Pegawai Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Daerah Muar, Ismail Mahmod berkata, pihaknya mengambil masa 20 minit untuk mengeluarkan kedua-dua mangsa yang tersepit di tempat duduk.
"Usaha mengeluarkan mangsa sukar berikutan keadaan kenderaan berkenaan yang terbalik," katanya ketika ditemui di tempat kejadian.
Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Ledang, Deputi Supritendan Mohd. Salleh Razak ketika dihubungi mengesahkan laporan kejadian.
"Mayat mangsa dibawa ke Hospital Tangkak untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.
Dalam pada itu, abang kepada Shahril, Idris, 47, berkata, dia mengetahui insiden menimpa adiknya selepas menerima panggilan telefon daripada rakan kepada lelaki tersebut yang kebetulan berada di tempat kejadian.
"Kali terakhir jumpa arwah petang semalam di kedai makan yang diusahakannya bersama Roslina berdekatan dengan rumah mereka," katanya.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20131121/je_04/Pasangan-suami-isteri-maut-kemalangan#ixzz2lFli8pAM
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Geng Arif Kecik tumpas


SEREMBAN 20 Nov. - Kegiatan pecah rumah serta curi kereta yang berlaku di empat buah negeri sejak Januari lalu berjaya dilumpuhkan apabila polis menahan empat suspek termasuk dua wanita yang dipercayai ahli Geng Arif Kecik di sini baru-baru ini.
Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Zainal Abu berkata, kesemua suspek ditahan dalam serbuan diketuai Inspektor Roswadi Ismail di sebuah rumah flat di Paroi pada 8 November lalu.
Menurut beliau, suspek berusia antara 21 hingga 26 tahun ditahan di rumah keluarga pasangan beradik wanita itu ketika tidur kira-kira pukul 6 pagi.
"Siasatan mendapati empat suspek termasuk dua beradik wanita berusia 25 dan 26 tahun aktif memecah masuk rumah dan mencuri kenderaan di negeri ini, Kuala Lumpur, Selangor dan Melaka.
"Berikutan penangkapan mereka polis yakin berjaya menyelesaikan 10 kes pecah rumah dan curi kenderaan di empat negeri berkenaan," katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20131120/je_15/Geng-Arif-Kecik-tumpas#ixzz2lFlPyfds
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Haiyan sebabkan mayat terkeluar daripada kubur


Seorang penduduk memerhatikan kerosakan di sebuah kawasan perkuburan yang turut mengakibatkan mayat, rangka serta tengkorak terkeluar daripada kubur di bandar Hernani, wilayah Samar Timur, tengah Filipina, kelmarin. - AFP
HERNANI, FILIPINA 19 Nov. - Kekuatan Taufan Haiyan yang melanda negara ini dengan kelajuan angin kira-kira 314 kilometer sejam bukan sahaja membawa kemusnahan kepada harta benda, malah turut menyebabkan mayat dan rangka manusia terkeluar daripada perkuburan.
Sukarelawan, Claire Gregorio berkata, keadaan itu berlaku di bandar Hernani, wilayah Samar Timur.
"Keadaan ini tidak ubah seperti mimpi negeri apabila beberapa mayat, rangka serta batu nisan terkeluar daripada kubur akibat taufan berkenaan.
"Mayat-mayat, rangka serta tengkorak juga boleh dilihat di atas jalan akibat dibawa angin kencang, manakala kubur yang diperbuat daripada konkrit dan marmar juga pecah," katanya.
Gregorio berkata, taufan itu juga telah memusnahkan kubur dan menarik keluar mayat seorang lelaki yang baru dua hari dikebumikan sebelum taufan melanda.
Katanya lagi, Taufan Haiyan adalah taufan yang terkuat pernah melanda negara itu dan telah membunuh sekurang-kurangnya 75 penduduk di bandar itu selain 45 lagi dilaporkan hilang.
Sementara itu, seorang petani Luciano Habagat, 70, terpaksa mengharungi detik cemas apabila rumahnya dipukul ombak besar akibat Haiyan.
"Seluruh kawasan menjadi gelap ketika taufan datang dan suasana menjadi kelam-kabut apabila semua orang berlari ke sekolah dan bukit berdekatan untuk mencari perlindungan," ujarnya.
Dalam pada itu, AFP melaporkan selepas seminggu tragedi itu berlaku, seramai 3,976 orang telah terkorban, dengan 1,600 orang disenaraikan masih hilang, sementara empat juta lagi kehilangan tempat tinggal. - AFP
Penduduk juga dilaporkan terputus bekalan elektrik, air dan bekalan makanan pula dilaporkan masih terhad. - AFP


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20131120/lu_05/Haiyan-sebabkan-mayat-terkeluar-daripada-kubur#ixzz2lFbicBOw
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Jambatan Pulau Pinang sesak kerana lori terbalik


BUTTERWORTH: Ribuan kenderaan terperangkap dalam kesesakan lalu lintas lebih empat jam di atas Jambatan Pulau Pinang pagi ini apabila sebuah lori membawa tong gas terbalik.

Jurucakap Penang Bridge Sdn Bhd (PBSB) berkata lori yang terbalik di Km 1.3 menghala ke tanah besar itu menyebabkan dua daripada tiga lorong di atas jambatan berkenaan terhalang.

"Hanya satu lorong laluan menuju ke Perai dibuka dan ekoran itu berlaku kesesakan teruk di semua laluan masuk jambatan dari Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu, Gelugor dan Bayan Lepas," katanya ketika dihubungi di sini.

Beliau berkata lori yang terbalik pada pukul 10.30 pagi itu berjaya dialihkan pada pukul 2 petang dan keadaan trafik di atas jambatan sudah beransur pulih.

Insiden itu menyebabkan pemandu lori tersebut mengalami cedera ringan, katanya.

Angin puting beliung Helen kini bergerak ke India


NEW DELHI 21 Nov. - Taufan kuat kini sedang bergerak ke negeri tenggara India, Andhra Pradesh hari ini, selepas sebulan berlakunya ribut pemusnah yang telah mengakibatkan kira-kira satu juta penduduk terpaksa meninggalkan kediaman mereka.
Pihak Berkuasa Pengurusan Bencana Kebangsaan (NDMA) menasihati kerajaan negeri supaya memindahkan penduduk bagi mengelakkan mereka daripada dibadai angin puting beliung Helen, selepas ramalan menyatakan bahawa ia akan bergerak ke beberapa daerah di Andhra Pradesh esok.
"Angin puting beliung itu akan mengakibatkan berlakunya hujan lebat di selatan Andhra Pradesh pada 21 November,’’ kata agensi tersebut. - AFP


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20131121/lu_02/Angin-puting-beliung-Helen-kini-bergerak-ke-India#ixzz2lFasvSUO
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Haiyan musnahkan satu pertiga sawah padi


Seorang pekerja penyelamat, mengangkat mayat seorang kanak-kanak berusia lima tahun yang dijumpai di bawah longgokan serpihan kayu dan sampah sarap akibat Taufan Haiyan di bandar Tanauan, Filipina, semalam. - Reuters
MANILA 20 Nov. - Taufan Haiyan mengakibatkan satu pertiga kawasan tanaman padi di Filipina musnah, sekali gus menyebabkan bantuan segera perlu dihulurkan kepada golongan petani di negara ini, menurut Organisasi Makanan dan Pertanian Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), semalam.
Kenyataan itu menyebut, beratus-ratus ribu petani di negara ini terjejas selepas kawasan tanaman mereka musnah akibat Haiyan.
"Golongan petani ini memerlukan bantuan segera bagi membolehkan mereka menanam semula tanaman termasuk padi sebelum musim menanam berakhir," jelas kenyataan itu.
Musim menuai padi sedang dilakukan di tengah Filipina ketika Haiyan melanda dan secara tidak langsung ia memberi kesan terhadap proses penanaman bagi musim kedua.
Ketua Bahagian Kecemasan dan Pemulihan PBB, Dominique Burgeon berkata, golongan petani di negara ini juga berdepan dengan masalah kekurangan kemudahan pertanian yang kebanyakannya rosak akibat taufan kuat tersebut.
"Sekiranya kita ingin mengelak Filipina daripada terus bergantung kepada bantuan makanan, kita perlu membantu golongan petani untuk memulakan tanaman menjelang akhir Disember ini," ujarnya.
PBB bercadang untuk membekalkan benih padi, jagung, sayur-sayuran serta peralatan pertanian kepada golongan petani.
Sementara itu, Jawatankuasa Palang Merah Antarabangsa (ICRC) mengedarkan risalah kepada penduduk tentang cara mengebumikan mayat-mayat mangsa yang bergelimpangan di merata tempat sejak Haiyan melanda 8 November lalu.
ICRC juga menegaskan bahawa mayat-mayat yang bergelimpangan itu boleh mencetuskan wabak penyakit sekiranya tidak diurus dengan betul.
Bagaimanapun, sebarang wabak penyakit boleh dielakkan sekiranya penduduk minum air bersih atau yang dimasak, selain menjaga kebersihan persekitaran. - REUTERS/AFP


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20131121/lu_04/Haiyan-musnahkan-satu-pertiga-sawah-padi#ixzz2lFYJ8yMK
© Utusan Melayu (M) Bhd 

33 orang terkorban dalam serangan pengebom berani mati di Baghdad.


BAGHDAD 21 Nov. - Serangan pengebom berani mati menggunakan kereta di beberapa buah kawasan perumahan penganut Syiah di sini hari ini, telah mengakibatkan 33 orang terkorban.
Kejadian itu juga turut mencederakan 70 yang lain, sebulan sebelum berlangsungnya pilihan raya umum negara tersebut.
Sekurang-kurangnya lapan letupan melibatkan tujuh buah kereta berlaku di kawasan perumahan yang terletak di tengah Baghdad kira-kira pukul 7.30 pagi waktu tempatan (1.30 tengah hari waktu Malaysia). - AFP


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20131121/lu_11/33-orang-terkorban-dalam-serangan-pengebom-berani-mati-di-Baghdad#ixzz2lFXlg4yj
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Villa Nabila dipagar


Johor Bahru: Banglo terbiar, Villa Nabila di Jalan Skudai di sini, yang mendapat perhatian ramai penyebaran khabar angin melalui Internet kononnya 23 remaja disembunyikan makhluk halus tengah malam Sabtu lalu, kembali sunyi selepas pihak berkuasa mengesahkan dakwaan itu fitnah semata-mata.

Kawasan banglo terbiar seluas dua padang bola sepak itu sebelum ini menjadi antara lokasi tumpuan mereka yang ingin meneroka misteri yang dikaitkan dengan pelbagai kisah mistik.


Bagaimanapun, ia kembali sunyi apabila pihak berkuasa tempatan (PBT) memasang pagar di pintu masuk utama bagi mengelak pencerobohan.



Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) bertindak memasang pagar zink pada petang kelmarin.


Datuk Bandar MBJB Ismail Karim berkata, kerja memasang zink itu dilakukan petang kelmarin selepas pihaknya mengeluarkan notis kepada pemilik villa berkenaan supaya membersih dan menutup bangunan.


“Sepatutnya pemasangan pagar dibuat selepas seminggu notis dikeluarkan, namun kami memagarnya segera memandangkan orang ramai masuk ke vila itu hingga menyebabkan kesesakan lalu lintas di kawasan berkenaan.

“Buat masa ini kami buat pagar di kawasan pintu masuk utama dulu dan jika ada keperluan barulah kami memasang pagar pada laluan masuk dari arah belakang,” katanya.


Villa Nabila yang terbiar sejak 40 tahun lalu menjadi tumpuan apabila seorang remaja lelaki dilaporkan ‘hilang’ selepas memasuki premis itu bersama beberapa rakannya awal pagi Sabtu lalu.

Tayar terperosok, pemandu lori selamat

Tayar terperosok, pemandu lori selamatKeadaan lori yang dilihat dari tepi jalan. Gambar kecil: Kedudukan tayar lori dalam kejadian tanah mendap, semalam.
IPOH - Hasrat seorang pemandu lori untuk menjalani pemeriksaan kesihatan terbantut apabila satu daripada tayar hadapan lori yang dipandunya tiba-tiba terperosok di dalam lubang akibat tanah mendap sedalam tiga meter kejadian yang berlaku di Jalan Hassan, Taman Lim, pagi semalam.

Mangsa Teoh Wooi Boon, 59, yang sedang memandu seorang diri ke klinik di Kampung Simee, Bercham tidak mengalami kecederaan serius dalam kejadian jam 10.50 pagi itu.

Menurutnya, dia menerima panggilan telefon daripada rakannya dan bertindak memberhentikan lori di tepi jalan berhampiran Sekolah Kebangsaan (SK) Tarcisian Convent untuk menjawab panggilan tersebut.

“Bagaimanapun, sewaktu saya memberhentikan lori, terasa seolaholah bumi bergegar, malah dada saya turut terhentak di stereng.
“Akibat panik, saya segera keluar dari lori untuk menyelamatkan diri.

Apabila keluar, saya lihat satu daripada tayar sudah masuk ke dalam lubang yang berpunca daripada tanah mendap,” katanya.

Sementara itu, jurucakap Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) ketika ditemui di tempat kejadian semalam berkata, pihaknya akan merujuk kepada pakar geologi untuk mengenal pasti punca sebenar jalan berkenaan mendap secara mengejut.

Beliau berkata, siasatan awal mendapati kawasan tersebut mempunyai aliran air bawah tanah yang kuat sehingga menyebabkan tanah jerlus.

Menurutnya, rekahan dan tanah mendap membabitkan kawasan seluas 20 meter persegi itu turut merosakkan pagar konkrit sekolah berkenaan.

“Kami tidak menolak kemungkinan impak pemasangan cerucuk besi kira-kira 50 meter dari tempat kejadian yang sedang dijalankan bagi pembinaan bangunan tambahan dua tingkat sekolah itu dua hari lalu adalah antara punca insiden ini terjadi.

“Malah, guru di sekolah tersebut juga telah membuat aduan berhubung keretakan di pagar bangunan itu.

“Kami juga percaya tanah mendap sedalam tiga meter dan lebar lima meter itu disebabkan hujan lebat yang berlaku sejak kebelakangan ini,” katanya yang mengarahkan supaya kawasan tersebut ditutup segera.

Adun Buntong, A Sivasubramaniam, yang berkesempatan meninjau kawasan berkenaan memohon supaya MBI mengambil tindakan segera bagi menyelesaikan masalah tersebut.

Rumah keluarga port dadah

Rumah keluarga port dadahSekumpulan mat gian termasuk dua beradik yang ditahan di sebuah rumah dekat Kampung Baru Darat Kubur dibawa ke IPD Dungun untuk siasatan lanjut.
KAMPUNG NYIOR – Kedangkalan ilmu agama dan asas keluarga menyebabkan dua beradik sanggup mencemari kediaman keluarga mereka dengan menjadikan rumah itu sebagai port penagihan dadah.

Lebih mendukacitakan apabila aktiviti itu turut dikongsi bersama seorang bapa saudara mereka yang difahamkan pernah menjalani hukuman penjara atas kesalahan berkaitan penyalahgunaan dadah.

Aktiviti tidak bertanggungjawab itu dilakukan dua suspek berusia 18 dan 20-an bersama ‘mat gian’ lain di sebuah rumah di Kampung Baru Darat Kubur, dekat sini.

Namun segalanya terbongkar selepas polis narkotik diketuai Sub Inspektor Ismail Omar yang menerima maklumat awal, menyerbu rumah tersebut seawal jam 7.30 pagi kelmarin.

Sebaik mengetahui modus operandi mereka, polis memasang perangkap lalu menahan beberapa lagi mat gian yang datang secara berasingan untuk melepaskan gian di rumah tersebut.

Tangkapan itu turut membabitkan seorang mualaf yang difahamkan baru memeluk Islam.

Hasil operasi berakhir kira-kira jam 10 pagi itu, seramai 12 penagih ditahan dan hasil ujian saringan air kencing mendapati empat daripadanya positif methampethamine, manakala lapan lagi positif morfin.

Ketua Polis Daerah Dungun, Superintendan Ahmad Zailani Yaacub yang mengesahkan tangkapan itu berkata, suspek kini ditahan reman untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 15(1) dan 3(1) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Pak Awang mengaku salah cuba bunuh kontraktor


20 November 2013

KUALA TERENGGANU - Seorang lelaki akhirnya mengaku bersalah cuba membunuh seorang kontraktor warga Indonesia dengan melepaskan tembakan ke arah mangsa di Mahkamah Sesyen, di sini, semalam, selepas hampir dua tahun berdepan pertuduhan tersebut.

Susulan pengakuan bersalah itu, Abd Rahman Abu Bakar, 57, dari Kampung Cacar, Paka, Dungun, yang turut mengaku bersalah atas dua pertuduhan mengikut Seksyen 8 (a) Akta Senjata 1960 (akta 206) dijatuhi hukuman penjara lima tahun dan denda RM10,000.

Hakim Aslam Zainuddin turut memerintahkan agar Abd Rahman atau dikenal sebagai ‘Pak Awang’ dipenjarakan selama 24 bulan lagi sekiranya gagal menjelaskan jumlah denda berkenaan.

Terdahulu, Abd Rahman mengaku bersalah melakukan cubaan bunuh terhadap mangsa, Alfian Anwar, 45, dengan melepaskan tembakan menggunakan sepucuk pistol jenis taurus, 38 special no siri 1103170 buatan Brazil.

Dia mengaku bersalah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh itu di perumahan belakang Pasar raya Tunas Manja, Kampung Cacar, Paka, Dungun, kira-kira jam 4.30 petang, 17 Oktober 2011.

Bagi kesalahan itu, Aslam menjatuhkan hukuman penjara lima tahun terhadap Abd Rahman.

Selain itu, Abd Rahman turut mengaku bersalah memiliki senjata sama tanpa lesen sah di alamat, tarikh dan waktu sama.

Dengan itu, dia yang mengaku bersalah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 8 (a) Akta Senjata 1960 (akta 206) dijatuhi hukuman penjara tiga tahun dan denda RM5,000 atau 12 bulan penjara jika gagal menjelaskan denda berkenaan.

Dalam masa sama, Abd Rahman turut dijatuhi hukuman denda RM5,000 atau 12 bulan penjara sekiranya gagal menjelaskan jumlah denda selepas mengaku bersalah terhadap satu lagi pertuduhan sama di bawah Seksyen 8 (a) Akta Senjata 1960.

Bagi pertuduhan itu, Abd Rahman mengaku bersalah memiliki peluru iaitu 16 butir peluru hidup 38 special dan satu kelongsong peluru 38 special tanpa lesen senjata atau permit di sebuah stor di Kampung Cacar, Paka, Dungun, kira-kira jam 8.05 malam, pada 18 Oktober 2011.

Bagaimanapun, Aslam membenarkan kesemua hukuman penjara bagi ketiga-tiga pertuduhan berjalan serentak.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Zalina Awang @ Mamat.

Sinar Harian pada 19 Oktober 2011 lalu ada melaporkan seorang kontraktor nyaris terkena tembakan dilepaskan lelaki dikenalinya ketika sedang mengecat tiang sebuah rumah dalam kejadian dipercayai bermotifkan dendam, di Kampung Cacar, Paka, Dungun.

Dalam kejadian kira-kira jam 4.30 petang itu, mangsa secara tiba-tiba didatangi suspek dikenal sebagai Pak Awang, bersama seorang rakan dengan menaiki Proton Waja.

Remaja tidur di rumah rakan


NORHAYATI Mohamad memeluk anaknya, Mohamad Izzat Izzudin Hussin di rumah mereka di Kampung Hajah Hasnah Majidee, Johor Bahru, semalam. - UTUSAN/RAJA JAAFAR ALI
JOHOR BAHRU 19 Nov. - Remaja lelaki yang menggemparkan negara semalam apabila dia dikatakan hilang selepas memasuki banglo terbiar Villa Nabila di sini, ditemui dalam keadaan selamat awal pagi ini.
Kehilangan Mohamad Izzat Izzudin Hussin yang berusia 16 tahun dan tidak bersekolah itu bukannya disorok makhluk halus di banglo tersebut sebaliknya dia tertidur di rumah rakan dan terlupa untuk memaklumkan kepada keluarga sehingga menyebabkan ibunya panik.
Mohamad Izzat Izzudin mendakwa, dia bersama 30 rakan pergi ke vila berkenaan pada pukul 12.30 tengah malam Ahad lalu dan menghabiskan masa kira-kira 15 minit di premis itu sebelum beredar.
"Sejurus selepas keluar kami terus pergi ke sebuah restoran makanan segera di bandar raya ini untuk makan kerana lapar.
"Saya sudah tiga kali pergi ke vila itu dan tujuan kami ke sana hanya sekadar melewati banglo tersebut. Selesai makan kami semua berpecah kira-kira pukul 6 pagi," katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Majidee hari ini.
Kehilangan remaja itu menimbulkan kegemparan apabila banglo terbiar berusia 40 tahun itu menjadi tumpuan orang ramai.
Ketua Polis negeri, Datuk Mohd. Mokhtar Mohd. Shariff dalam sidang akhbar hari ini memberitahu, remaja lelaki berkenaan ditemui di rumah rakannya di rumah pangsa Projek Perumahan Rakyat (PPR) Taman Desa Mutiara di sini kira-kira pukul 12 tengah malam tadi.
Penemuan Mohamad Izzat Izzudin itu hasil maklumat jiran di kawasan perumahan tersebut yang mengecam muka remaja berkenaan selepas dipaparkan dalam media elektronik semalam.
Mohd. Mokhtar turut menasihatkan orang ramai supaya menghentikan khabar angin mengenai vila berkenaan kerana mengganggu ketenteraman semua pihak termasuk tugasan polis.
Sementara itu ibu remaja berkenaan, Norhayati Mohamad, 39, berkata, dia berasa lega dengan penemuan anaknya itu kerana khuatir anaknya benar-benar 'disorok' oleh makhluk halus.
"Saya sangat lega apabila anak saya selamat ditemui. Sebelum ini saya bimbang kerana anak saya mungkin 'disorok' makhluk halus. Rupa-rupanya Izzat tidur di rumah kawan dan terlupa untuk memberitahu saya," katanya ketika dihubungi hari ini.
Tambah Norhayati, anaknya tidak pernah membuat perangai seperti itu (tidak memaklumkan kepadanya) dan beliau amat lega ada pihak yang menemuinya.
"Saya berterima kasih kepada semua pihak yang membantu mencari anak saya dan berharap kejadian yang sama tidak berulang," katanya.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20131120/je_01/Remaja-tidur-di-rumah-rakan#ixzz2lFmBYGEB
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Konstabel mohon dibicara

Konstabel mohon dibicara
Suspek dibawa keluar dari Kompleks Mahkamah Kajang selepas didakwa di Mahkamah Majistret Kajang, semalam. - Foto Farizul Hafiz Awang

Kes tembak adik bekas teman wanita: Mahkamah benar ikat jamin, mesti lapor diri setiap bulan

Kajang: Seorang konstabel polis dihadapkan ke Mahkamah Sesyen semalam, atas tuduhan cuba membunuh adik lelaki bekas teman wanitanya, dua hari lalu.

Samuel John Moses, 28, dari Balai Polis Bandar Baru Bangi, yang hadir ke mahkamah memakai kemeja-T dan seluar jeans biru, mengaku tidak bersalah dan memohon dibicarakan sebaik tuduhan dibacakan di depan Hakim Nor Hazani Hamzah.


Dia didakwa dengan sengaja cuba membunuh Tholilaetholan, 25, dengan melepaskan tembakan sehingga menyebabkan kecederaan, di Nombor 10, Jalan 7, Taman Megah, Sungai Jelok, pada jam 8.52 pagi, 18 November lalu.

Tertuduh yang berasal dari Alor Gajah, Melaka, didakwa mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan, yang boleh dihukum penjara maksimum 20 tahun.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, Siti Balkiah Abd Yazaid, tidak menawarkan sebarang jaminan kerana tuduhan membabitkan kesalahan serius dan tertuduh dikhuatiri mengganggu mangsa.

Perlu tanggung keluarga
Bagaimanapun, tertuduh yang tidak diwakili peguam, memohon jaminan dibenarkan dengan alasan perlu menanggung kedua ibu bapanya.

Nor Hazani membenarkan Samuel diikat jamin RM16,000 dengan seorang penjamin, berserta syarat tambahan pasport tertuduh diserahkan kepada mahkamah.

Mahkamah turut memerintahkan tertuduh melaporkan diri di balai polis berhampiran setiap bulan dan menetapkan 20 Disember ini untuk sebutan kes.

Serang ibu di tempat kerja

Serang ibu di tempat kerjaMuhammad Sufian dipenjara tujuh bulan oleh Mahkamah Majistret, di sini, selepas mengaku bersalah melakukan ugutan jenayah terhadap ibu kandungnya.
KUALA TERENGGANU - Seorang anak tergamak menjatuhkan maruah ibunya depan khalayak ramai apabila ‘menyerang’ wanita malang itu di tempat kerja dengan membawa sebilah parang sambil meminta wang RM500.

Bagaimanapun, tindakan biadab Muhammad Sufian Roslan, 21, menerima pembalasan setelah dijatuhi hukuman penjara tujuh bulan oleh Mahkamah Majistret, di sini, semalam.

Majistret Rozianti Mohamed Hanaphi membuat keputusan itu selepas dia mengaku bersalah melakukan ugutan jenayah kepada ibunya, Zaleha M Hussin, 47, dengan niat menyebabkan mangsa berasa cemas.

Muhammad Sufian mengaku melakukan perbuatan itu di sebuah rumah di depan kedai makan di Kampung Losong Dato’ Amar, di sini, pada 15 Ogos lalu, kira-kira 1 petang.

Berdasarkan fakta kes, mangsa yang ketika itu berada di kedai makan iaitu tempat dia mencari rezeki telah didatangi Muhammad Sufian dengan membawa sebilah parang panjang.

Sejurus ternampak kelibat mangsa, Muhammad Sufian terus meminta wang RM500, namun mangsa gagal menunaikan permintaannya itu disebabkan tiada wang.

Kegagalan mangsa memenuhi hajatnya telah menaikkan kemarahan sebelum Muhammad Sufian memaksa ibu malang itu pulang ke rumah dalam keadaan marah-marah sambil mengacukan parang tersebut ke arah mangsa.

Bimbang keselamatannya pada masa akan datang, mangsa nekad membuat laporan polis sebelum Muhammad Sufian ditangkap oleh bapa saudaranya sendiri pada 16 Ogos lalu, jam 11. 30 pagi dan diserahkan kepada pihak polis.

Tinggal nota selepas bakar!

Melaka: “Saya yang menyapu sampah perasan ada seorang individu berpakaian gelap berjalan kaki dalam keadaan mencurigakan di sekitar kawasan bangunan itu.
“Tidak lama kemudian, saya terkejut melihat sebuah kereta terbakar dan segera memaklumkannya kepada pengawal keselamatan bertugas memadamkan kebakaran menggunakan alat pemadam api,” kata penyelia subkontrak pembersihan yang juga saksi kejadian, Muhammad Ikmal Djapar, 23. 
Suasana di Pusat Transformasi Bandar (UTC) di Jalan Hang Tuah di sini, gempar apabila sebuah kenderaan milik Yayasan Dunia Melayu Dunia Islam (DMDI) yang diparkir dibakar seorang individu menggunakan petrol, malam kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 11.30 malam itu, lebih mengejutkan apabila sekeping nota ugutan turut ditinggalkan di cermin depan sebuah kenderaan bersebelahan yang memaklumkan kononnya terdapat bom di dalam bangunan sembilan tingkat terbabit.
Foto
CHUAH (kanan) bersama pegawai memeriksa kereta yang terbakar.

Difahamkan, pengawal keselamatan segera bertindak memadamkan kebakaran kereta Proton Inspira berkenaan menggunakan alat pemadam api dan berjaya mengelak api merebak ke dua lagi kenderaan bersebelahan iaitu pacuan empat roda Isuzu D-MAX dan Honda Civic.

Konstabel didakwa tembak adik bekas kekasih


Kajang: Seorang konstabel polis didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, semalam terhadap tuduhan cuba membunuh adik bekas teman wanitanya dengan melepaskan tembakan, dua hari lalu.

Tertuduh, JM Samuel, 28, bagaimanapun mengaku tidak bersalah terhadap tuduhan itu yang dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim Nor Hazani Hamzah.


Mengikut kertas tuduhan, tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu terhadap Thouliletholan, 25, hingga menyebabkan kecederaan di rumah No 10, Jalan 7, Taman Megah, Sungai Jelok dekat sini, jam 8.52 pagi pada 18 November lalu.



Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun jika sabit kesalahan.


Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Siti Balkiah Abd Yazaid tidak menawarkan sebarang jaminan kepada tertuduh dengan alasan tuduhan itu serius dan tidak boleh dijamin selain tertuduh mengenali mangsa yang dikhuatiri boleh mengganggu mangsa. Bagaimanapun, tertuduh merayu dikenakan ikat jamin rendah dengan alasan menanggung orang tuanya dengan gaji bulanan kira-kira RM1,000.


Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM16,000 dengan seorang penjamin serta syarat tambahan iaitu perlu menyerahkan pasport kepada mahkamah, tidak dibenarkan berjumpa mangsa dan keluarganya selain perlu melapor diri di balai polis berhampiran sebulan sekali.

Mahkamah kemudian menetapkan kes itu disebut semula pada 20 Disember depan untuk serahan dokumen dan lantikan peguam.

Korban diri demi anak


Kuantan: “Selepas memberi bantuan pernafasan kepada Eka Syakira, saya menoleh ke arah abang untuk menariknya naik ke atas perahu, tapi dia sudah tak ada.”
Demikian kata Ahmad Burhan Hassan, 35, adik kepada Ahmad Ramzi, 40, yang mati lemas selepas menyelamatkan dua anaknya di Sungai Atong, Panching, di sini, semalam. 
Dalam kejadian jam 12.30 tengah hari itu, Ahmad Ramzi dari Taman Tas, di sini, nekad terjun ke sungai sebaik melihat anaknya Eka Syakira, 7, dan Eva Syamila, 11, terkapai-kapai meminta tolong dan dia berjaya menyelamatkan mereka berdua sebelum diri sendiri terkorban. 

Difahamkan, mangsa yang juga peniaga pasir pergi ke sungai itu bagi menjalankan kerja menyedut pasir bersama Ahmad Burhan serta dua iparnya dan memang sudah biasa membawa anaknya ke situ.
Foto
JENAZAH Ahmad Ramzi dibawa ke HTAA, semalam.

Ahmad Burhan berkata, sebelum kejadian, dia berada di sebuah pondok di atas tebing sambil memerhatikan dua anak saudaranya itu mandi di kawasan cetek, manakala abangnya melakukan kerja tidak jauh dari tempat kejadian.

Demi ‘mahkota’ anak gadis

Bagan Serai: “Saya sanggup serahkan semua wang tunai, komputer riba dan telefon bimbit asalkan anak perempuan saya tidak dirogol perompak,” kata Siti Aishah Abdullah @ Hun Ban, 44, yang menjadi mangsa samun empat lelaki di Kampung Matang Merbau, di sini, awal pagi, semalam.
Dalam kejadian jam 2.30 pagi itu, dia dan suaminya, Mohd Ishak Din, 55, ditumbuk dan dipukul beramai-ramai oleh penjenayah menggunakan sebatang kayu. 
Aishah berkata, kejadian berlaku ketika dia dan ahli keluarganya sedang tidur sebaik pulang dari berniaga di pasar malam berhampiran.

Menurutnya, dia hanya menyedari kehadiran sekurang-kurangnya empat penyamun menceroboh rumahnya selepas dikejutkan daripada tidur oleh seorang daripada suspek yang mengacukan pisau ke lehernya.
Foto
MOHD Ishak cedera teruk selepas dibelasah.

“Terkejut dengan tindakan itu, saya menjerit sekuat hati meminta tolong daripada jiran berhampiran.

Pengikut 'Tuhan Harun' serah diri


KUANTAN: Seorang pengikut kumpulan ajaran sesat "Tuhan Harun" Mohd Nizam Mohd Salleh, 43, tampil menyerah diri di Mahkamah Tinggi Syariah di sini hari ini.

Pada 15 Nov lepas, mahkamah mengeluarkan waran tangkap ke atasnya kerana gagal hadir perbicaraan kes menyimpan dan memiliki dokumen yang bercanggah dengan hukum syarak.

Hakim Syarie Mohd Azahari Abdul Rahman menetapkan 16 Jan depan untuk sebutan semula kes tersebut di dalam kamarnya.



Bercakap kepada pemberita, Timbalan Pendakwa Syarie Jabatan Agama Islam Pahang (Jaip) Mohd Fahmi Abd Jalil berkata selepas meneliti dan mendengar alasan tertuduh, Hakim mengekalkan jaminan RM1,000 dengan seorang penjamin ke atasnya.

Mohd Nizam dan lima lagi pengikut "Tuhan Harun" iaitu Husin Ismail, 43; Pius Anahong @ Mahdi Abdullah, 40; Mohd Khalilie Zazali, 31; Syahiszam Soid, 40 dan Mohd Shahril Mohd Jaafar, 28, didakwa melakukan kesalahan tersebut di sebuah premis di B16-1st, Lorong Pandan Damai 2/201, di sini pada 6.50 petang, 4 April lepas.

Kesemua mereka didakwa mengikut Seksyen 165, Enakmen Pentadbiran Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang 1982 yang memperuntukkan hukuman denda RM2,000 atau penjara satu tahun atau kedua-duanya.

Senator parah ditikam anak


Millboro: Ketika senator Virginia, Creigh Deeds terlantar di hospital akibat ditikam anak lelakinya, polis masih meneruskan siasatan bagaimana kejadian itu berlaku ketika hubungan mangsa dengan suspek dikatakan sangat rapat.

Gus Deeds meninggalkan pengajiannya di kolej pada 2009 untuk membantu bapanya berkempen merebut jawatan gabenor.


Rakan mangsa berkata, Creigh juga berusaha sedaya upaya untuk membantu anak lelakinya itu sejak beberapa tahun lalu.



Bagaimanapun, pagi kelmarin dua beranak itu bertegang urat di kediaman mereka di barat Virginia sebelum senator itu ditikam berulang kali di kepala dan dadanya.


Gus meninggal dunia di kediaman itu akibat kecederaan selepas menembak dirinya sendiri. Pihak berkuasa masih mencari motif dan keadaan yang mendorong kepada berlakunya tragedi itu.


Hanya Creigh, 55, dan Gus, 24, yang berada dalam kediaman itu ketika kejadian. - AP

Artikel ini disiarkan pada : 2013/11/21

Pelampau kulit putih disuntik mati


Bonne Terre (Missouri): Pelampau kulit putih yang menyasarkan komuniti kulit hitam dan Yahudi sebagai mangsa bunuhnya sejak 1977 hingga 1980 menjalani hukuman mati malam tadi.

Joseph Paul Franklin disahkan mati selepas diberi suntikan menggunakan bahan tunggal yang dikenali sebagai pentobarbital.


Franklin, 63, menjalani hukuman itu di penjara Bonne Terre selepas disabitkan kesalahan membunuh Gerald Gordon berhampiran sebuah biara di pinggir St Louis pada 1977.

Broker belasah pemandu teksi dipenjara dua minggu


Singapura: Seorang broker komoditi berusia 31 tahun yang membelasah seorang pemandu teksi mengenai pertikaian tambang SG$20 (RM51) semalam dijatuhi hukuman penjara dua minggu, selain membayar ganti rugi $5,000 (RM12,797) kepada mangsa.

Warga Britain, Elliott Raymond Pitcher mempersoal tindakan Gui Hwee Meng, 59, yang mengambil jalan lain ketika membawanya pulang ke Gilstead Road. Pitcher memukul kepala Gui selepas pemandu teksi itu hampir terlepas satu simpang. Pitcher kemudian menendang dan menumbuk mangsa kerana tidak puas hati dengan bayaran tambang. Serangan itu menyebabkan kepala mangsa lebam dan berdarah, manakala cermin mata dipakainya tercampak. Pitcher melakukan kesalahan itu pada awal pagi 12 September tahun lalu. - Agensi

Remaja mabuk sampai ke Paris


London: Selepas berfoya-foya sehingga mabuk semalaman, seorang remaja Manchester tidak menyedari dia membeli tiket penerbangan ke luar negara dan kembali waras keesokan hari di Paris, Perancis.

Luke Harding dilaporkan membuat tempahan penerbangan ke Paris pada saat-saat akhir dalam keadaan mabuk.


Harding juga secara tidak sedar menaiki teksi ke lapangan terbang selepas menghantar rakannya pulang.



Ketika rakan lain lena di kediaman masing-masing, Harding, 19, tertidur di tandas lapangan terbang di Paris.


Beberapa jam sebelum itu ketika dalam keadaan mabuk, Harding menyatakan keinginannya menyaksikan Menara Eiffel.


Tanpa disedari dan dijangka sesiapa dia secara tidak sedar menempah penerbangan ke Paris pada awal pagi. Apabila terjaga dari tidur, dia terkejut kerana mendapati dirinya berada di dalam tandas di Lapangan Terbang Charles De Gaulle, Paris. Harding mengejutkan rakannya apabila dia menghantar tweet kepada rakannya dari Paris walaupun beberapa jam sebelum itu mereka berpesta di Oldham City.

Remaja terbabit yang memuat turun fotonya dari Arc de Triomphe dan Menara Eiffel kemudian menjadi sensasi di Twitter. - Agensi

Bayi ‘hidup’ semula


Bogota, Colombia: Seorang bayi ditemui masih hidup 10 jam selepas dihantar ke rumah mayat.

Jenny Hurtado melahirkan anaknya selepas hamil hanya 27 minggu dan pegawai perubatan mengesahkan bayi perempuan itu sudah meninggal dunia.


Namun bila kotak mengandungi ‘mayat’ bayi itu diserahkan kepada bapanya, seorang nelayan di Choco, Colombia, dia mendengar tangisan anaknya.

Bayi perempuan itu yang diberi nama Milagros (Keajaiban) dikejarkan ke Bogota dan kini dirawat di unit rawatan rapi.


Ibunya masih berada di Quibdo dan kini semakin pulih daripada kejadian itu.


“Ada ketikanya degupan jantung bayi tidak dapat dikesan meskipun mereka sebenarnya masih hidup dan sebab itulah dia diisytihar meninggal dunia.

“Apabila bayi berkenaan diselimutkan, haba diperolehnya menyebabkan dia kembali aktif,” kata Dr Javier Zagarra kepada ibu Milagros.