Search This Blog

Wednesday, November 20, 2013

Penduduk Mesir peringati kematian penunjuk perasaan 2 tahun lalu


KAHERAH 20 Nov. - Beratus-ratus penduduk Mesir berhimpun di Dataran Tahrir di sini semalam bagi memperingati kematian 42 penunjuk perasaan dua tahun lalu dan menggesa kerajaan sementara supaya melakukan perubahan.
Penyokong Ketua Tentera Mesir, Abdel Fattah al-Sisi turut hadir namun mereka dihalau keluar oleh aktivis.
Menurut peserta perhimpunan, matlamat kebangkitan rakyat yang menggulingkan bekas Presiden, Hosni Mubarak pada 2011 masih belum dicapai dan menuduh pihak keselamatan bertindak `keterlaluan’ termasuk memusnahkan khemah penunjuk perasaan di Rabaa al-Adawiya, Ogos lalu. - REUTERS


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20131120/lu_15/Penduduk-Mesir-peringati-kematian-penunjuk-perasaan-2-tahun-lalu#ixzz2lFb7U6mJ
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Tergelincir ketika memancing

Tergelincir ketika memancing
Mayat mangsa kelihatan terapung di dalam kolam berhampiran joran yang dipercayai miliknya
.

TAIPING - Mayat seorang warga emas ditemui terapung di dalam sebuah kolam berhampiran rumahnya di Kampung Baru, di sini.

Mangsa, Tai Chong Kooi, 84, dipercayai tergelincir sebelum terjatuh ke kolam miliknya ketika memancing ikan.

Timbalan Ketua Polis Daerah Taiping, Superitendan Mohd Ismon Suratman berkata, dalam kejadian jam 7 malam kelmarin, mangsa dipercayai memancing di kolam sedalam 1.2 hingga 1,4 meter.

Menurutnya, kejadian menimpa mangsa disedari orang ramai apabila ternampak mayat warga emas itu terapung berhampiran joran yang didakwa digunakannya sebelum ini.

“Mangsa dipercayai tinggal berseorangan manakala dua anaknya menetap di Kuala Lumpur.

“Mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Taiping untuk bedah siasat dan kes diklasifikasikan sebagai lemas tanpa melibatkan sebarang perbuatan jenayah,” katanya.

Sementara itu, dalam perkembangan lain, sebuah kereta jenis proton ditemui rentung, di Kampung Boyan, Aulong Lama.

Penduduk, Lee Shen Li, 50, berkata, dalam kejadian 4.30 pagi itu, dia tiba-tiba terdengar bunyi letupan kuat di bahagian belakang rumah.

Jelasnya, selepas mendengar letupan itu, dia bertindak membuka tingkap untuk melihat apa yang berlaku.

“Saya terkejut apabila lihat sebuah kereta terbakar.

“Ketika saya melihat kejadian itu, saya langsung tidak melihat sesiapa pun di kawasan itu,” katanya.

Bagaimanapun, Mohd Ismon enggan mengulas lanjut apabila ditanya mengenai kejadian berkenaan.

Mualaf maut didera

Nur Salina
Nur Salina
KUAH - Seorang remaja mualaf yang koma dipercayai akibat didera disahkan meninggal dunia di Hospital Langkawi, jam 8.40 malam semalam.

Mangsa, Nur Salina Abdullah, 18, sebelum ini dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Langkawi pada Ahad lalu selepas tidak sedarkan diri.

Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Langkawi, Asisten Superintendan Mohd Shamsul Nawi berkata, ketika mendapatkan rawatan, doktor menemui pelbagai kesan lebam di keseluruhan bahagian tubuh mangsa.

Menurutnya, pihak hospital kemudiannya membuat laporan polis kerana kesan kecederaan yang dialami dipercayai akibat penderaan.

"Bertindak atas laporan yang dibuat, polis menahan reman pasangan suami isteri yang juga keluarga angkat mangsa.

"Berdasarkan siasatan awal, keluarga ini dikatakan berpindah ke Langkawi sejak setahun lalu dan mengusahakan perniagaan makanan,” katanya kepada Sinar Harian.

Mohd Shamsul berkata, sehingga jam 10 malam tadi, bedah siasat masih lagi dijalankan oleh pihak hospital.

“Pemeriksaan memerlukan masa untuk melihat pelbagai aspek yang menyebabkan kematian mangsa.

“Setelah selesai bedah siasat, pihak kami akan menghubungi Pejabat Agama Islam Daerah Langkawi untuk urusan pengebumian mangsa, ini adalah atas permintaan ayahnya yang mahukan yang terbaik bagi anaknya,” katanya.

Menurutnya, suspek yang ditahan reman adalah majikan kepada mangsa iaitu sepasang suami isteri dan dua orang turut ditahan iaitu anak mereka yang berumur 16 dan 21 tahun untuk membantu siasatan.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya.

Sementara itu, bapa mangsa, Nai Koi See, 42, menyerah kepada pihak berkuasa untuk menguruskan jenazah anaknya.

Katanya, kali terakhir dia bertemu anaknya itu dua tahun lalu ketika selesai mengambil peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR).

"Anak saya yang nama asalnya Nai Ah Nung (Nur Salina) tinggal bersama ibu saya sejak berumur enam tahun sehinggalah dia mengikut jiran kami ke Pulau Pangkor, Perak.

"Saya ada cuba menghubungi dia awal tahun ini untuk bertanya khabar menerusi telefon tetapi tidak berjawab,” katanya.

Koi See berkata, dia dimaklumkan anak bongsu daripada dua beradik itu memeluk agama Islam Januari lalu selepas tinggal bersama keluarga angkatnya kira-kira dua tahun.

Menurutnya, dia sering teringat kepada anaknya itu namun tidak menganggapnya sesuatu yang pelik dan tidak menyangka ia adalah petanda bakal kehilangan anaknya.

"Saya menerima segala kejadian ini dan menyerahkan kepada pihak berwajib untuk menguruskan jenazahnya secara Islam,” katanya.

Katanya, keluarganya cukup mengenali pasangan yang menjadi keluarga angkat anaknya itu dan tidak menyangka hal ini akan terjadi.

Selindung sebalik gudang kilang

Selindung sebalik gudang kilangMohd Basha (kiri) menunjukkan 2,000 tong LPG dalam serbuan di Lorong Kempas 3, Kawasan Perindustrian Pagoh, kelmarin.
MUAR - Satu kegiatan menjual gas subsidi yang berselindung di sebalik gudang kilang sejak enam bulan lalu berjaya dibongkar anggota Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (PPDNKK) Cawangan Muar menerusi serbuan di Lorong Kempas 3, Kawasan Perindustrian Pagoh dekat sini, kelmarin.

Ketua PPDNKK Cawangan Muar, Mohd Basha Abidin Ali berkata, kejayaan dalam serbuan jam 11 malam itu adalah hasil intipan selama tiga bulan yang membawa penemuan kira-kira 2,000 tong gas petroleum cecair (LPG) dengan muatan 14 kilogram yang bernilai hampir RM1 juta.

Menurutnya, ketika serbuan, lima pekerja termasuk tiga warga Vietnam sibuk melakukan pemindahan gas daripada tong gas memasak 14 kilogram (kg) ke sebuah lori tangki 30 tan dan 10 tong gas muatan 50kg.

“Salah seorang pekerja Vietnam terbabit yang berusia dalam lingkungan 30an melarikan diri ke kawasan semak bersebelahan gudang itu, tetapi berjaya diberkas tidak lama kemudian.

“Kita turut temui sebuah treler dalam gudang terbabit selain peralatan untuk kegiatan tersebut antaranya generator dan kompresor,” katanya pada sidang media di gudang itu, semalam.

Beliau berkata, pihaknya turut menahan dua lelaki tempatan berusia 40an termasuk dalang utama kegiatan itu yang berusia 50an.

Jelasnya, dua lelaki terbabit bertindak mengawasi tugas pekerjanya sepanjang pemindahan gas dilakukan dengan keadah yang sangat berisiko kepada mereka (pekerja) dan penduduk berdekatan.

“Tong gas memasak diterbalikkan untuk memudahkan aliran sebelum disalurkan menerusi paip getah ke lori berkenaan yang diletak di belakang gudang,” katanya.

Mohd Basha berkata, modus operandi mereka ialah beroperasi pada waktu malam untuk mengelakkan pihak berkuasa mengesan kegiatan tersebut selain gudang itu kelihatan seperti sudah lama ditinggalkan dengan pintu pagarnya sentiasa tertutup.

Ratusan ribu barang curi dirampas

Ratusan ribu barang curi dirampasEmas dalam bentuk bar turut ditemui dalam bilik tidur suspek pecah rumah.
KEMAMAN – Satu geng pecah rumah dan satu geng samun kedai serbaneka 24 jam pada awal pagi yang bermaharajalela sejak belakangan ini di daerah ini akhirnya tumpas apabila ahli geng itu berjaya dicekup polis dalam tangkapan berasingan bermula 14 November lalu sehingga semalam.

Penangkapan geng pecah rumah itu yang licik melakukan jenayah di Kampung Baru Kerteh membawa kepada rampasan pelbagai barangan curi yang bernilai RM120,000.

Turut dirampas dua bar jongkong emas, lima bentuk cincin emas, dua rantai emas, satu gelang emas, tiga utas jam tangan, seunit komputer riba dan aksesori serta seunit modem jalur lebar.

Selain itu polis turut merampas sebuah motosikal curi dari dua suspek kes samun yang diberkas.

Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Che Suza Che Hitam berkata, polis berjaya menumpaskan kumpulan geng pecah rumah di Kampung Baru Kerteh apabila menahan tujuh suspek berusia lingkungan 23 hingga 35 tahun bermula 14 November lalu sehingga semalam.

“Tangkapan telah dibuat pada 14 November dan sehingga hari ini, kesemua suspek berasal dari Kampung Baru Kerteh. Kita juga merampas beberapa barang kes yang berkaitan dengan kejadian pecah rumah di dalam bilik tidur dua suspek yang merupakan adik-beradik.

“Polis juga merampas sebuah Proton Wira yang dilaporkan dicuri di Beserah, Pahang dan sebuah kereta Peugeot berwarna merah bernilai RM80,000 yang dilaporkan dilarikan di sebuah rumah di Kampung Baru Kerteh,” katanya pada sidang media di Ibu
Pejabat Polis Daerah (IPD) Kemaman, petang semalam.


Lima kes pecah rumah selesai

Che Suza berkata, dengan penahanan itu, polis berjaya menyelesaikan sebanyak lima kes pecah rumah yang berlaku di Kampung Baru Kerteh dari September hingga November.

Katanya, hasil soal siasat yang dilakukan polis percaya semua ahli kumpulan itu berjaya ditahan dan tiada lagi saki baki daripada kumpulan itu.

“Tapi siasatan lanjut diteruskan untuk tujuan mengenal pasti siapa pembeli barang-barang yang dicuri selama ini.

“Daripada tujuh suspek yang ditahan juga, enam daripadanya positif dadah jenis syabu hasil daripada ujian air kencing yang dilakukan ke atas mereka,” katanya.

Susulan itu, kesemua tujuh suspek itu ditahan reman bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 457 Kanun Keseksaan kerana melakukan pecah rumah di malam hari manakala suspek yang positif dadah turut disiasat mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.


Kejayaan membanggakan Polis Kemaman

Sementara itu, Polis Kemaman turut melakar satu lagi kejayaan membanggakan apabila berjaya menyelesaikan lima kes samun kedai serbaneka 24 jam sekitar Bandar Chukai dan Bandar Kerteh sejak sebulan belakangan ini dengan tertangkapnya dua suspek berumur 23 dan 33 tahun pada jam 3.30 pagi kelmarin.

Che Suza berkata, kedua-dua suspek berjaya ditahan ketika sekali lagi cuba menyamun kedai serbaneka 24 jam di Jalan Jakar yang sebelum ini sudah dua kali disamun.

“Belakangan ini berlaku lima kes samun pada waktu awal pagi di kedai serbaneka 24 jam sekitar Bandar Chukai dan Kerteh, justeru polis melakukan pemerhatian khas di kesemua kedai serbaneka berkenaan.

“Alhamdulillah pada jam 3.30 pagi semalam (kelmarin) kita berjaya menangkap dua suspek yang dipercayai cuba merompak berdasarkan gerak geri dan modus operandi kes sebelum ini,” katanya.

Menurut beliau, ketika ditangkap suspek turut bergelut dengan polis kerana cuba melarikan diri tetapi usaha itu tidak berhasil kerana polis lebih cekap dan telah bersiap sedia dari awal.

“Semasa ditangkap kedua-dua suspek menggunakan sebuah motosikal Honda EX5 warna hitam dan apabila kita lakukan pemeriksaan didapati motosikal itu adalah motosikal yang dicuri di Bandar Chukai dalam bulan ini juga.

“Seorang daripada suspek berasal dari Kampung Geliga dan seorang lagi dari Kampung Mak Lagam. Mereka tidak mempunyai rekod jenayah lampau tetapi hasil ujian air kencing didapati kedua-dua suspek positif dadah jenis methamphetamine,” katanya.


Rakan sejenayah diburu

Che Suza berkata, setakat ini barang-barang yang dirampas adalah motosikal yang ditunggangi suspek.

“Selepas tertangkapnya dua suspek ini, setakat ini tidak terjadi lagi kes samun yang lain tapi siasatan diteruskan untuk mencari saki baki rakan sejenayah mereka,” katanya.

Modus operandi geng itu ialah menyasarkan kedai serbaneka 24 jam yang dijaga oleh jurujual wanita.

Kata beliau, dalam kelima-lima kes yang dilaporkan jumlah kerugian yang ditanggung kedai antara RM150 hingga RM200 selain suspek turut mengambil rokok pelbagai jenis bernilai antara RM300 hingga RM400.

“Jumlah kerugian tidaklah terlalu tinggi, tapi yang menjadi masalah adalah mereka menyamun menggunakan senjata merbahaya. Tetapi ketika ditangkap kita tidak temui senjata pada kedua-dua suspek ini,” katanya.

Kedua-dua suspek itu ditahan reman selama tiga hari bermula kelmarin dan disiasat mengikut Seksyen 382 Kanun Keseksaan kerana mencuri dengan persiapan untuk menyebabkan kematian.

Mimpi jadi petanda cucu lemas

Mimpi jadi petanda cucu lemasLokasi menunjukkan Mohd Anas dipercayai tergelincir sebelum lemas.
JERLUN - Seorang kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun ditemui mati lemas dalam Sungai Batu 17, Kampung Pida 4, di sini, dipercayai akibat tergelincir sewaktu keluar bersiar-siar bersama sepupu dan rakan mereka petang, kelmarin.

Mangsa, pelajar Sekolah Kebangsaan Haji Mohd Shariff, Mohd Anas Umar Sabri, 11, merupakan anak bongsu daripada empat adik-beradik berusia lingkungan 21 hingga 11 tahun dikatakan keluar untuk membeli air batu campur bersama rakannya.


Mimpi jadi petanda

Neneknya, Che Jam Ishak, 67, berkata, dia tidak menyangka mimpinya berkenaan ibu bapa Mohd Anas beberapa hari lepas merupakan petanda akhir menunjukkan cucu kesayangannya akan pergi buat selamanya.

“Mak cik bermimpi ibu dan ayahnya yang sudah tiada datang menemui mak cik. Ibunya, Roshitah Hamdan, 33, meninggal dunia semasa Anas berumur setahun lebih, manakala ayahnya, Umar Sabri Shafie, 34, pula ketika dia berusia enam tahun.

“Malah, mata asyik berkedip-kedip seolah-olah ada sesuatu bakal terjadi. Dia tinggal di Asrama Bukhari, Alor Setar, hanya pulang sebulan sekali. Malah, dia dilihat lebih senyap dari biasa,” katanya.

Manakala ibu saudara mangsa, Rosnidawati Bakar, 35, berkata,  Mohd Anas jarang bertanyakan mahupun meluahkan sesuatu perkara, bagaimanapun pada hari kejadian mangsa bersikap pelik apabila memuji ikan siakap tiga rasa dimasaknya sedap.


Hajat belanja kawan ais batu campur

Difahamkan, mangsa keluar bersama sepupunya, Mohd Aiman Mohd Shahadi, 11, dengan hajat membelanja kawannya makan ais batu campur berhampiran kediaman mereka kira-kira 4.30 petang menggunakan wang RM5 diperoleh hasil upah susun kerusi.

“Selepas selesai, kami kemudiannya singgah sebentar di titi konkrit untuk berehat sebentar, sambil meletakkan basikal masing-masing di tebing berkenaan. Berikutan hari gelap, saya mengajaknya pulang ke rumah kami,” katanya.

Bagaimanapun, katanya, sebaik mengalihkan basikal masing-masing dari tebing berkenaan untuk pulang, dia terdengar bunyi kuat seolah-olah benda jatuh ke dalam sungai, malah mendapati sepupunya yang sepatutnya berada di belakangnya sudah tiada.

Katanya, dia segera mendapatkan imam yang kebetulannya berada di masjid berhampiran supaya dapat menyelamatkan mangsa, sebelum berlari ke rumahnya terletak kira-kira 100 meter dari sungai untuk memaklumkan kepada ibunya, Rosnidawati.

Menurutnya, sebelum berlari mendapatkan bantuan ramai, dia tidak mendengar jeritan mangsa, namun sempat menyaksikan Mohd Anas melambai-lambai seolah-olah cuba menyelamatkan dirinya namun arus air dikatakan deras dalam kejadian kira-kira 6.30 petang, kelmarin itu.

Walaupun bersedih dengan pemergian sepupunya, namun Mohd Aiman yang kelihatan agak trauma dengan insiden tergelincir terbabit reda dengan kejadian itu.


Abang ipar temu mayat mangsa

Difahamkan, usaha lebih 100 penduduk kampung membantu mencari mangsa menggunakan kayak dan menyelam membuahkan hasil apabila Mohd Anas akhirnya ditemui abang iparnya, Shaiful Bahari Othman, 34 dalam sungai berkenaan.

Kakak mangsa, Nurul Hidayah, 20, berkata, suaminya menyelam beberapa kali, yang mana pada kali pertamanya sudah merasai tangan mangsa dan kemudiannya dapat membawa naik mayat Mohd Anas dalam selaman kali ketiga.

Katanya, hasrat mangsa pergi ke rumahnya nyata tidak kesampaian akibat insiden itu, sedangkan sepatutnya dia membawa adik bongsunya pada Jumaat ini untuk tinggal bersama di Bukit Merah, Perak semasa cuti sekolah ini.


Mayat mangsa ditemui jam 12.30 tengah malam

Menurut Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Jitra, Mohamad Darus, pihaknya menerima panggilan kira-kira 6.48 malam, lantas melakukan operasi mencari mangsa sekitar jam 7.10 malam, kelmarin dengan kekuatan lapan anggota.

Katanya, mayat Mohd Anas ditemui kira-kira 12.30 tengah malam, semalam dalam kedalaman kira-kira 30 kaki dari paras ketinggian dia jatuh.

Jenazah mangsa telah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Pida 4, dekat sini, kira-kira jam 11.00 pagi, semalam.

Mimpi jadi petanda cucu lemas

Mimpi jadi petanda cucu lemasLokasi menunjukkan Mohd Anas dipercayai tergelincir sebelum lemas.
JERLUN - Seorang kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun ditemui mati lemas dalam Sungai Batu 17, Kampung Pida 4, di sini, dipercayai akibat tergelincir sewaktu keluar bersiar-siar bersama sepupu dan rakan mereka petang, kelmarin.

Mangsa, pelajar Sekolah Kebangsaan Haji Mohd Shariff, Mohd Anas Umar Sabri, 11, merupakan anak bongsu daripada empat adik-beradik berusia lingkungan 21 hingga 11 tahun dikatakan keluar untuk membeli air batu campur bersama rakannya.


Mimpi jadi petanda

Neneknya, Che Jam Ishak, 67, berkata, dia tidak menyangka mimpinya berkenaan ibu bapa Mohd Anas beberapa hari lepas merupakan petanda akhir menunjukkan cucu kesayangannya akan pergi buat selamanya.

“Mak cik bermimpi ibu dan ayahnya yang sudah tiada datang menemui mak cik. Ibunya, Roshitah Hamdan, 33, meninggal dunia semasa Anas berumur setahun lebih, manakala ayahnya, Umar Sabri Shafie, 34, pula ketika dia berusia enam tahun.

“Malah, mata asyik berkedip-kedip seolah-olah ada sesuatu bakal terjadi. Dia tinggal di Asrama Bukhari, Alor Setar, hanya pulang sebulan sekali. Malah, dia dilihat lebih senyap dari biasa,” katanya.

Manakala ibu saudara mangsa, Rosnidawati Bakar, 35, berkata,  Mohd Anas jarang bertanyakan mahupun meluahkan sesuatu perkara, bagaimanapun pada hari kejadian mangsa bersikap pelik apabila memuji ikan siakap tiga rasa dimasaknya sedap.


Hajat belanja kawan ais batu campur

Difahamkan, mangsa keluar bersama sepupunya, Mohd Aiman Mohd Shahadi, 11, dengan hajat membelanja kawannya makan ais batu campur berhampiran kediaman mereka kira-kira 4.30 petang menggunakan wang RM5 diperoleh hasil upah susun kerusi.

“Selepas selesai, kami kemudiannya singgah sebentar di titi konkrit untuk berehat sebentar, sambil meletakkan basikal masing-masing di tebing berkenaan. Berikutan hari gelap, saya mengajaknya pulang ke rumah kami,” katanya.

Bagaimanapun, katanya, sebaik mengalihkan basikal masing-masing dari tebing berkenaan untuk pulang, dia terdengar bunyi kuat seolah-olah benda jatuh ke dalam sungai, malah mendapati sepupunya yang sepatutnya berada di belakangnya sudah tiada.

Katanya, dia segera mendapatkan imam yang kebetulannya berada di masjid berhampiran supaya dapat menyelamatkan mangsa, sebelum berlari ke rumahnya terletak kira-kira 100 meter dari sungai untuk memaklumkan kepada ibunya, Rosnidawati.

Menurutnya, sebelum berlari mendapatkan bantuan ramai, dia tidak mendengar jeritan mangsa, namun sempat menyaksikan Mohd Anas melambai-lambai seolah-olah cuba menyelamatkan dirinya namun arus air dikatakan deras dalam kejadian kira-kira 6.30 petang, kelmarin itu.

Walaupun bersedih dengan pemergian sepupunya, namun Mohd Aiman yang kelihatan agak trauma dengan insiden tergelincir terbabit reda dengan kejadian itu.


Abang ipar temu mayat mangsa

Difahamkan, usaha lebih 100 penduduk kampung membantu mencari mangsa menggunakan kayak dan menyelam membuahkan hasil apabila Mohd Anas akhirnya ditemui abang iparnya, Shaiful Bahari Othman, 34 dalam sungai berkenaan.

Kakak mangsa, Nurul Hidayah, 20, berkata, suaminya menyelam beberapa kali, yang mana pada kali pertamanya sudah merasai tangan mangsa dan kemudiannya dapat membawa naik mayat Mohd Anas dalam selaman kali ketiga.

Katanya, hasrat mangsa pergi ke rumahnya nyata tidak kesampaian akibat insiden itu, sedangkan sepatutnya dia membawa adik bongsunya pada Jumaat ini untuk tinggal bersama di Bukit Merah, Perak semasa cuti sekolah ini.


Mayat mangsa ditemui jam 12.30 tengah malam

Menurut Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Jitra, Mohamad Darus, pihaknya menerima panggilan kira-kira 6.48 malam, lantas melakukan operasi mencari mangsa sekitar jam 7.10 malam, kelmarin dengan kekuatan lapan anggota.

Katanya, mayat Mohd Anas ditemui kira-kira 12.30 tengah malam, semalam dalam kedalaman kira-kira 30 kaki dari paras ketinggian dia jatuh.

Jenazah mangsa telah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Pida 4, dekat sini, kira-kira jam 11.00 pagi, semalam.

Mahkamah isytihar AGM Seniman terbatal, tidak sah



WAN ROHIMI (dua dari kiri) menunjukkan laporan kenyataan mahkamah berhubung isu Seniman kepada Abu Bakar (dua dari kanan) di Kuala Lumpur semalam.


KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi di sini semalam mengisytiharkan mesyuarat agung tahunan (AGM) Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) kali ke-14 dan Pemilihan Jawatankuasa Seniman pada 26 Mei tahun lalu adalah terbatal dan tidak sah.
Keputusan itu secara tidak langsung menggugurkan nama pelakon Zed Zaidi selaku Presiden Seniman berkuat kuasa semalam.
Keputusan itu dibuat selepas Pesuruhjaya Kehakiman, Rosilah Yop mendapati, lima artis veteran yang menyaman Seniman dan tujuh yang lain berjaya membuktikan tuntutan mereka terhadap defendan berhubung dakwaan AGM itu sebagai tidak sah kerana minit mesyuarat telah dipalsukan dan ahli baharu yang meragukan.
Tindakan itu adalah susulan daripada saman yang dikemukakan ahli-ahli Seniman diketuai oleh Abu Bakar Omar, Sahlan Sudiran (S. Sahlan), Roslinda Buang (Linda Buang), Mior Ahmad Zaudi Mior Ali dan Datuk Abdullah Sani (Sony Abdullah) telah memfailkan saman terhadap Seniman pada 25 Januari lalu.
Turut dinamakan sebagai defendan ialah bekas Presiden Seniman, Harun Salim Bachik serta ahli jawatankuasanya iaitu Omar Kamarudin atau dikenali sebagai Yusof Kelana, Wafa A. Kadir, Zed Zaidi, Elyas Ismail, Syed Ahmad Nahar Syed Mokhtar dan Zaharudin Wahab atau dikenali sebagai Den Wahab.
Sehubungan itu, mahkamah memerintahkan mesyuarat agung dan pemilihan jawatankuasa Seniman ke-14 diadakan semula dengan dikendalikan oleh Pendaftar Pertubuhan (ROS) dalam tempoh dua bulan bermula semalam.
Rosilah membuat keputusan itu selepas mendengar keterangan saksi-saksi plaintif dan defendan dan beliau mendapati plaintif telah berjaya membuktikan tuntutan mereka terhadap defendan.
"Sepanjang perbicaraan, saksi-saksi defendan terutamanya Harun Salim Bachik, Yusof dan Zed Zaidi telah memberi keterangan bercanggah dan tidak konsisten," katanya.
Mahkamah turut memerintahkan Presiden Seniman ketika itu, Harun atau nama sebenarnya Harun Aminar Rashid Salim, Yusuf Kelana atau Omar Kamarudin dan Wafa A. Kadir membayar ganti rugi khas berhubung pembelian hartanah di Setiawangsa di sini berjumlah RM56,000.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=1122&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_01.htm#ixzz2lJcYOGXv 
Hakcipta terpelihara 

'Tuhan Harun' direman seminggu

Oleh SHAHRULANOOR ISHAK

MOHD. NIZAM hadir di Mahkamah Tinggi 
Syariah, Kuantan semalam.


KUANTAN – Seorang lelaki dikenali sebagai ‘Tuhan Harun’ atau nama sebenarnya, Harun Mat Saat, 47, bersama isteri ketiganya, Azida Mohd. Zol, 30, serta pemandunya, Nor Hairi Harun, 41, direman seminggu mulai semalam.
Perintah reman dikeluarkan Majistret Tuan Ruzuaini Tuan Lah bagi membolehkan siasatan kes tembak mati seorang pegawai Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) dijalankan ke atas mereka.
Timbalan Ketua Polis Pahang, Datuk Jamaluddin Abd. Majid berkata, perintah itu dikeluarkan di lokap Ibu Pejabat Polis Daerah Kuantan di sini pada pukul 11 pagi semalam.
“Polis akan menyiasat meliputi semua sudut sama ada mereka terlibat dalam kes pembunuhan tersebut.
“Seramai 19 orang lagi pengikut ajaran ‘Tuhan Harun’ diminta tampil bagi membantu siasatan.
“Kalau berdegil (pengikut), polis dengan tegas akan memburu mereka habis-habisan,” katanya di sini semalam.
Akhbar semalam melaporkan Harun bersama Azida dan Nor Hairi ditangkap polis di sebuah inap desa di Ledang, Johor pada pukul 3.20 petang kelmarin selepas dikesan menginap di situ sejak seminggu.
Harun bersama para pengikutnya dikehendaki polis bagi membantu menyelesaikan kes menembak mati Ketua Pegawai Penguat Kuasa Agama, Bahagian Penguatkuasaan JAIP, Ahmad Raffli Abdul Malik dalam kejadian pukul 1.55 petang di sini, 10 November lalu.
HARUN


Ahmad Raffli yang mengetuai siasatan kes ‘Tuhan Harun’ serta kegiatan ajaran Syiah di negeri itu maut akibat terkena dua tembakan semasa didatangi tiga lelaki menaiki kereta jenis Proton Wira putih di hadapan rumahnya.
Dalam pada itu, seorang pengikut ‘Tuhan Harun’, Mohd. Nizam Mohd. Salleh, 43, tampil menyerah diri di Mahkamah Tinggi Syariah di sini semalam.
Pada 15 November lalu, mahkamah mengeluarkan waran tangkap ke atasnya kerana gagal hadir perbicaraan kes menyimpan dan memiliki dokumen bercanggah hukum syarak.
Hakim Syarie, Mohd. Azahari Abdul Rahman menetapkan 16 Januari tahun depan untuk sebutan semula kes tersebut di dalam kamarnya.
Bercakap kepada pemberita, Timbalan Pendakwa Syarie JAIP, Mohd. Fahmi Abd Jalil berkata, selepas meneliti dan mendengar alasan tertuduh, Hakim mengekalkan jaminan RM1,000 dengan seorang penjamin ke atasnya.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=1122&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_04.htm#ixzz2lJd444Ts 
Hakcipta terpelihara 

Suami isteri dibelasah penyamun


20 November 2013


Suami isteri dibelasah penyamun
Mohd Ishak terlantar di hospital selepas cedera parah dibelasah penjenayah terbabit.

Suami isteri dibelasah penyamun
Siti Aishah menunjukkan mata kirinya yang cedera ditumbuk.
KERIAN - Sekumpulan penyamun bukan hanya melarikan wang tunai dan barangan berharga di sebuah rumah di sini, malah tergamak membelasah tuan rumah serta isterinya tanpa belas kasihan.

Lebih kejam, penjenayah yang memecah masuk kediaman Mohd Ishak Din, 55, di Kampung Matang Merbau, di sini, awal pagi kelmarin itu turut mengugut ingin merogol anak perempuan mangsa.

Isteri mangsa, Siti Aishah Abdullah@ Hun Ban, 44, berkata, dalam kejadian jam 3.30 pagi, dia dan suami sedang tidur di dalam bilik selepas pulang dari berniaga di pasar malam pada jam 2.30 pagi.

Menurutnya, dia hanya menyedari kehadiran empat penyamun itu setelah dikejutkan oleh seorang daripada penjenayah terbabit dan diacukan pisau ke lehernya.

“Terkejut dengan kehadiran mereka, saya segera menjerit sekuat hati meminta tolong. Namun tindakan saya menaikkan kemarahan kumpulan penjenayah itu apabila muka saya ditumbuk bertalu-talu oleh seorang penyamun, manakala suami saya dibelasah dengan sebatang kayu," katanya ketika ditemui di pekarangan Hospital Taiping, semalam.

Turut kelihatan, Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Matang Jelutong, Anuar Nusi.

Siti Aishah berkata, dia menangis melihat suaminya dibelasah dan demi menyelamatkan lelaki itu, dia menyerahkan wang modal pusingan perniagaan mereka berjumlah RM4,500 kepada penjenayah terbabit.

Menurutnya, bagaimanapun kumpulan penjenayah terbabit masih tidak berpuas hati dan mendesaknya menyerahkan barangan berharga lain.

“Bimbang anak-anak turut diapa-apakan, saya segera menyerahkan sebuah komputer riba, sebuah komputer dan empat telefon bimbit.

“Walaupun kami menurut arahan mereka, suami saya terus dibelasah menggunakan kayu, manakala mata saya ditumbuk,” katanya.

Siti Aishah berkata, kumpulan penyamun berkenaan akhirnya beredar dari rumahnya setengah jam kemudian dan turut melarikan sebuah kereta Perodua Avanza berwarna biru miliknya.

Menurutnya, setelah kumpulan penyamun terbabit beredar, dia segera mengarahkan anaknya meminta pertolongan jiran untuk menghantar suaminya ke Hospital Parit Buntar untuk mendapatkan rawatan.

“Sejurus tiba di Hospital Parit Buntar, suami saya terpaksa dipindahkan ke Hospital Taiping setelah doktor mendapati luka kecederaannya amat serius dan perlu segera dibedah.

“Saya bersyukur nyawa suami masih panjang dan keenam-enam anak saya tidak diapa-apakan penyamun terbabit,” katanya.

Sementara itu, Mohd Ishak berkata, kumpulan penyamun terbabit memecah masuk rumahnya melalui pintu dapur.

Katanya, walaupun keempat-empat penjenayah itu bertopeng, dia mengesyaki mereka rakyat tempatan berdasarkan percakapan mereka.

Suami isteri terlepas tali gantung

Suami isteri bebas tuduhanNur Shamimi (kanan, depan) dan Mohd Khairu Azani (kanan, belakang) keluar sambil dikawal ketat anggota polis.

KOTA BHARU - Umpama memperoleh nyawa kedua buat sepasang suami isteri apabila terlepas hukuman mati selepas bebas tuduhan mengedar dadah jenis metamphetamine, Ogos lalu.

Namun, nasib pasangan peniaga itu masih belum diketahui apabila berdepan pula tuduhan memiliki dadah jenis sama, di Mahkamah Sesyen di sini, semalam.

Mohd Khairu Azani Mohd Lawi, 27, dan Nur Shamimi Rohaimee, 23, didakwa memiliki 42.22 gram dadah itu di sebuah rumah di alamat Kampung Gaung Belukar, Pendek di sini, jam 2.50 pagi, 17 Ogos.

Tuduhan dibuat mengikut Seksyen 39A (2) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan  hukuman penjara seumur hidup atau tidak kurang lima tahun dan sebat tidak kurang 10, jika sabit kesalahan.

Mereka sebelum ini dihadapkan ke Mahkamah Tinggi di sini, kerana didakwa mengedar dadah tersebut sebelum pertuduhan itu dipinda, semalam, sejurus anggapan mengedar berjaya dipatahkan.

Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya negeri, Asmah Azhari, manakala, mereka tidak diwakili peguam.

Kes ditetapkan untuk sebutan semula pada 24 November ini, sama dengan tarikh sebutan bagi kes lain yang dihadapi Mohd Khairu Azani membabitkan kesalahan sama.

Pada prosiding semalam, pasangan terbabit mengaku tidak bersalah dan Nur Shamimi dilihat menangis sebelum prosiding bermula.

Mereka ditahan polis dalam satu serbuan dijalankan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan.

Polis sita barangan pengedar dadah RM81.7j

Polis sita barangan pengedar dadah RM81.7j
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman, Datuk Noor Rashid Ibrahim (kiri) menunjukkan hasil rampasan dadah jenis syabu dengan anggaran berat 3.4 kg dengan nilai lebih kurang RM510,000 yang disembunyikan di dalam 160 unit pengecas bateri telefon bimbit di Bukit Aman, hari ini. - Foto Bernama

KUALA LUMPUR - Polis menyita kereta dan harta bernilai RM81.7 juta milik pengedar dadah tempatan dan asing dalam operasi sepanjang Januari hingga Oktober tahun ini.
 
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Datuk Noor Rashid Ibrahim berkata, barangan itu disita daripada 7,844 kes pengedaran dadah di negara ini.
 
"Jika dibanding tempoh sama tahun lepas, ia merupakan peningkatan sebanyak 66 peratus daripada nilai barangan yang disita iaitu RM49.29 juta," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.
 
Beliau berkata, harta yang disita itu merangkumi wang tunai yang dirampas semasa serbuan dan tangkapan selain yang disimpan dalam akaun bank.
 
Barangan lain membabitkan rumah, kereta, tanah dan barangan berharga yang dipercayai diperoleh melalui hasil kegiatan pengedaran dadah, katanya.

Kira-kira 10 peratus daripada jumlah penyitaan itu adalah daripada sindiket dadah rakyat asing.
 
Noor Rashid juga memberitahu pihaknya membongkar kegiatan bekas pengedar dadah rakyat Nigeria yang menjadikan isterinya, seorang wanita tempatan sebagai penyambung legasi dalam 'perniagaan' dadahnya di sini pada 18 Nov lepas.
 
Siasatan polis mendapati lelaki itu bertindak sebagai perancang untuk menyeludup dadah dari negaranya ke Malaysia manakala isterinya berperanan dalam mencari keldai dadah.
 
"Kegiatan suami isteri itu dibongkar selepas polis menyerbu dan menahan isterinya yang berusia 32 tahun dan tiga wanita tempatan serta seorang lelaki Nigeria berumur antara 27 dan 32 tahun di hadapan sebuah hotel di Jalan Ipoh pada 11.45 malam Isnin lepas.
 
"Ketika serbuan, kesemua mereka sedang memunggah keluar dua kotak yang mengandungi 160 unit pengecas bateri talefon bimbit yang didalamnya tersembunyi dadah jenis syabu seberat 3.4kg bernilai RM510,000," katanya.

Noor Rashid berkata, dua kotak itu diseludup masuk dan keluar ke negara ini melalui jalan laut menggunakan perkhidmatan syarikat penghantaran barang antarabangsa.
 
"Hasil siasatan lanjut ke atas wanita tempatan itu mendapati suaminya pernah menjdi dalang kepada sindiket pengedaran dadah di negara ini.
 
"Oleh kerana dia gagal didakwa di mahkamah ketika itu, dia diusir ke negara asalnya selepas menjalani tempoh pemulihan dadah di negara ini," katanya.
 
Menurutnya kes itu antara lima cubaan menyeludup dadah yang berjaya dtumpas pihaknya dalam tempoh empat hari bermula 15 Nov lepas melibatkan nilai dadah berjumlah RM1.8 juta.  - Bernama

Rakyat Malaysia lemas di Queensland dikenal pasti

20 November 2013
KUALA LUMPUR - Pelancong Malaysia yang lemas di satu kawasan renang popular di utara Queensland, Australia, Ahad lepas, dikenal pasti sebagai Ng Ji Wang dari Sarawak.
 
Wisma Putra dalam kenyataan hari ini berkata pihaknya menerima pengesahan tentang perkara itu daripada Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Canberra.
 
Ng, 29, ke Queensland untuk mengunjungi saudara lelakinya yang menetap di sana.
 
Ketika berenang bersama beberapa rakan di satu kawasan popular di Malanda Falls, beliau mengalami masalah dan lemas pada kira-kira jam 3.30 petang (waktu Australia Timur).
 
Menurut Wisma Putra pasukan penyelamat menemukan mayat Ng sejam selepas kejadian dan beliau disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.
 
Menurut kenyataan itu, Suruhanjaya Tinggi Malaysia telah menghubungi saudara lelaki NG untuk membolehkannya menghulurkan bantuan yang diperlukan kepada keluarga berkenaan.  - Bernama

Harun ditahan bersama seorang wanita di Tangkak

Harun Mat SaatKetua kumpulan ajaran sesat Harun, Harun Mat Saat, yang dalam buruan polis akhirnya berjaya ditangkap bersama seorang wanita, dalam satu serbuan di Tangkak, Johor. - Foto Sinar Harian

KUANTAN - Ketua kumpulan ajaran sesat Harun, Harun Mat Saat, yang dalam buruan polis akhirnya berjaya ditangkap bersama seorang wanita, dalam satu serbuan di Tangkak, Johor petang ini.

Harun dikehendaki polis kerana gagal hadir sebanyak dua kali ke Mahkamah Rendah Syariah Kuantan bagi pengurusan kesnya.

Harun, 47, juga dikehendaki bagi membantu siasatan kes kematian Ketua Penguatkuasa Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) Ahmad Raffli Abd Malik 10 Nov lalu.

Harun dan wanita yang menemaninya yang berusia dalam lingkungan 30-an, ditangkap di No 76, Jalan Puteri 2/15 Taman Bandar Baru Tangkak, Ledang pada 3.30 petang.

Terdahulu, polis menahan seorang lelaki Melayu, berumur dalam lingkungan 40-an pada jam 3.20 petang, di Jalan Hospital, Tangkak.

Lelaki berkenaan dipercayai turut dikehendaki polis bagi membantu siasatan kes kematian Ahmad Raffli yang ditembak oleh seorang daripada tiga suspek yang tidak dikenali di rumahnya di Indera Mahkota 2, dekat sini.

Ketua Polis Pahang, Datuk Sharifuddin Ab Ghani mengesahkan tangkapan tersebut ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.

Ahmad Raffli, 49, sebelum kematiannya dipercayai sedang mengendalikan dua kes jenayah syariah di Pahang iaitu kes ajaran sesat Harun dan gerakan Syiah.

Harun menghadapi satu pertuduhan di Mahkamah Tinggi Syariah Kuantan dan 10 pertuduhan di Mahkamah Rendah Syariah.

Kesemua pertuduhan itu mengikut Enakmen Pentadbiran Agama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang 1982, iaitu menyebarkan ajaran sesat dan menghina agama Islam dengan mengaku sebagai 'tuhan' April lalu.

Tertuduh yang tidak mengaku bersalah terhadap semua pertuduhan dibebaskan dengan ikat jamin RM15,000 bersama dua penjamin.

Harun bagaimanapun gagal hadir ke mahkamah rendah syariah pada sebutan pertama kesnya, 20 Ogos lepas dan kemudian 13 Nov lalu.

Ekoran itu, Hakim Syarie Abdul Wahid Md Ali Al-Fakwie mengeluarkan waran tangkap terhadap Harun selepas permohonan dikemukakan Ketua Pendakwa Syarie negeri Salehuddin Ab Manaf.

Dua hari kemudian, mahkamah yang sama mengeluarkan waran tangkap berkuat kuasa pada 16 November lepas terhadap enam pengikut kumpulan ajaran sesat itu selepas mereka gagal hadir di perbicaraan kes menyimpan dan memiliki dokumen yang bercanggah dengan hukum syarak.

Mereka ialah Husin Ismail, 43; Pius Anahong @ Mahdi Abdullah, 40; Mohd Khalilie Zazali, 31; Syahiszam Soid, 40; Mohd Nizam Mohd Salleh, 43, dan Mohd Shahril Mohd Jaafar, 28.   - Bernama

Suami isteri maut Proton Exora langgar tembok


20 November 2013

TANGKAK - Sepasang suami isteri maut apabila kenderaan mereka terbabas dan merempuh tembok di Km9.5 Lebuh Raya Air Keroh-Melaka-Jasin (AMJ) dekat Parit Fajar, Kesang di sini hari ini.
 
Kemalangan pada pukul 4 petang itu menyebabkan Dharil Yusof, 42, mati di tempat kejadian manakala isterinya Roslina Mahmod, 40, mati di Hospital Pakar Sultanah Fatimah di sini.
 
Timbalan Ketua Polis Daerah Ledang Deputi Superitendan Mohd Salleh Razak ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu.
   
Ketika kejadian, Roslina dan suaminya yang bekerja sebagai juruteknik kilang itu dalam perjalanan pulang ke rumah mereka di Batu 5, Tanjung Gading, Jalan Kesang di sini, tidak jauh dari tempat kejadian.
 
Kereta Proton Exora yang dipandu Roslina dikatakan hilang kawalan dan merempuh tembok tepi jalan menyebabkan kereta itu remuk dan kedua-dua mereka tersepit di tempat duduk mereka.
 
Pasangan itu meninggalkan empat orang anak berusia antara empat hingga 15 tahun.  - Bernama

Wanita Indonesia maut akibat H5N1

Wanita Indonesia maut akibat H5N1Jawatankuasa khas ditubuhkan untuk melakukan pemeriksaan haiwan peliharaan di kediaman dan premis sekitar Jakarta.
JAKARTA - INDONESIA. Seorang wanita tempatan meninggal dunia akibat terkena jangkitan selsema H5N1 di sini, semalam.

Jurucakap kementerian kesihatan berkata pada laporan Kompas, suri rumah berusia 31 tahun dari Bekasi, wilayah Jawa Barat itu merupakan mangsa ke-163 dan kes ke-195 direkodkan di Indonesia.

“Beliau disahkan mengidap wabak itu selepas dilaporkan deman minggu lalu. Beliau meninggal dunia sebelum pasukan perubatan sempat membawanya ke hospital,” katanya.

Menurutnya, pasukan perubatan yakin mangsa dijangkiti virus itu melalui burung atau ayam peliharaan di rumahnya.

“Satu jawatankuasa khas ditubuhkan untuk melakukan operasi pemeriksaan terhadap haiwan dan burung di premis perniagaan dan kediaman,” katanya.
KUANTAN: Mahkamah Tinggi di sini, mengenepikan hukuman penjara 20 tahun yang dijatuhkan Mahkamah Sesyen terhadap seorang amah Indonesia pada 19 Februari lalu atas kesalahan melambung dan menghempas anak majikan Februari lalu.
Hakim Datuk Seri Mariana Yahya membuat keputusan itu selepas meneliti hujah pihak pendakwa dan peguam bela sebelum mendapati perayu, Yuliana, 23, tidak memahami sepenuhnya pertuduhan yang dibacakan terhadapnya ketika dia dituduh. 
Beliau juga memerintahkan Yuliana dibicara semula di Mahkamah Sesyen tetapi di hadapan hakim lain.

Dalam penghakimannya, Mariana mendapati perayu membuat pengakuan bersalah tanpa diterangkan secara jelas terlebih dahulu tentang hukuman dan sabitannya terhadap pertuduhan itu.

"Saya mendapati hakim Mahkamah Sesyen terkhilaf dari segi undang-undang apabila gagal menimbangkan sama ada perayu memahami pertuduhan yang dikenakan terhadapnya kerana perayu tidak diwakili peguam.

“Justeru Mahkamah Sesyen perlu menjelaskan maksud undang-undang bagi kesalahan itu,” katanya yang turut membangkitkan beberapa perkara lain dalam penghakiman berkenaan.

Mariana berkata, mengambil kira kesemua faktor berikut, beliau mendapati wujud keraguan yang sangat besar sama ada perayu memahami sepenuhnya pertuduhan yang dikenakan terhadapnya.

Yuliana dihadapkan ke Mahkamah Sesyen pada 19 Februari lalu atas tuduhan mengikut Seksyen 307(1) Kanun Keseksaan kerana menghempas dan melambung Mohamed Hareez Mohamed Zamri sembilan kali yang boleh mendatangkan kematian kepada mangsa di rumah ibu bapa mangsa di nombor 7, Lorong Bukit Setongkol 38, Jalan Bukit Setongkol di sini, pada jam 7.45 pagi 15 Februari 2013.

Dia juga dituduh mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 kerana menganiaya Mohamed Hareez menyebabkan kecederaan fizikal kepada mangsa dan bagi kedua-dua pertuduhan itu dia dijatuhi hukuman penjara masing-masing 15 tahun dan 5 tahun.

Yuliana diwakili peguam T Vijayandran yang dilantik oleh Kedutaan Indonesia bagi mengendalikan kes berkenaan. Turut hadir mendengar prosiding berkenaan Kaunselor Kedutaan Indonesia Dino Nurwahyudin.

Yuliana kemudiannya dibebaskan dengan jaminan polis dan akan ditempatkan di lokap di Kedutaan Indonesia, Kuala Lumpur sementara menunggu tarikh 6 Januari 2014 untuk sebutan semula kes berkenaan di Mahkamah Sesyen.

Tujuh maut bas terjunam ke dalam gaung di Bali

BEBERAPA anggota penyelamat berada di lokasi bas pelancong yang terjunam ke dalam gaung Uluwatu, Bali kelmarin.


BALI - Sebuah bas terjunam ke dalam gaung di Pulau Bali, Indonesia yang menyebabkan tujuh orang terbunuh termasuk lima pelancong China, kata polis semalam.
Ketua polis trafik, Kolonel Beno Louhenapessy berkata, lapan orang terselamat dalam kemalangan itu yang berlaku di sebatang jalan berliku dan curam dekat Resort Pecatu, selatan Bali.
"Beberapa penumpang yang tersela- mat memberitahu, enjin bas hilang kuasa ketika kenderaan itu mendaki bukit dengan menyebabkan ia bergolek ke belakang sebelum terjatuh ke dalam gaung sedalam 15 meter," katanya.
Anggota polis, tentera dan pegawai perubatan terpaksa menggunakan tali dan kren untuk sampai ke bas berke- naan yang membawa 13 pelancong China.
Turut terkorban dalam nahas tersebut, seorang pemandu pelancong dan pemandu bas. - AP


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=1120&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_05.htm#ixzz2l8DP9TRt 
Hakcipta terpelihara 

15 korban bah


Riyadh: Lima belas orang dilapor terbunuh dan lapan lagi hilang selepas banjir kilat akibat hujan lebat melanda Riyadh sejak 24 jam lalu.

Jabatan Pertahanan Awam (JPA) menerima 7,000 panggilan kecemasan dari pelbagai kawasan selepas hujan lebat.



“Kami berjaya menyelamatkan 800 orang yang terperangkap dan 450 kenderaan ditarik keluar daripada kawasan dilanda banjir,” umum JPA yang turut meramal hujan lebat untuk tiga hari lagi.

Jurucakap JPA Makkah Kolonel Saeed Sarhan berkata, Agensi Meteorologi dan Alam Sekitar meramalkan hujan lebat melanda selatan Makkah, Qunfuda dan Al-Laith serta Makkah dan Taif.

Sumber menyatakan, kematian akibat kemalangan berpunca daripada hujan lebat di seluruh negara.

Kelmarin, pegawai JPA menemui mayat seorang pekerja Filipina yang dilapor hilang di Wilayah Utara.

Mangsa dilapor hilang selepas trak dinaikinya terbabas dan tenggalam di sebuah jalan yang rosak.

Tiga pekerja, dua Filipina dan seorang warga Arab yang berada di dalam trak itu bagaimanapun selamat.

“Mereka cedera ringan dan dirawat di hospital,” kata Timbalan Jurucakap JPA wilayah Mejar Abdul Rahman Al-Ahmari.- Agensi

Artikel ini disiarkan pada : 2013/11/20

‘Dewi bogel kereta api’

Chicago: Seorang wanita menggemparkan penumpang kereta api komuter bandar ini apabila berbogel ketika menggunakan perkhidmatan awam itu dan mengisytiharkan dirinya sebagai Dewi Kereta Api dan merancang mengambil alih komuter itu.
Wanita yang tidak dikenali dan tidak berpakaian langsung itu muncul di Stesen Granville di Landasan Merah Chicago, laluan paling sibuk diurus Agensi Transit Chicago.
Dia kemudian menampar beberapa penumpang komuter sebelum berjalan ke gerabak paling depan dengan niat untuk memandu kereta api itu.

Menurut saksi, wanita berusia 31 tahun itu mengarahkan semua penumpang turun menyebabkan perjalanan tertangguh 15 hingga 30 minit.
Foto
WANITA terbabit mengarahkan penumpang turun daripada kereta api.

Polis tiba di stesen itu pada 12:45 tengah hari dan mengiringi wanita itu keluar daripada komuter.

Wanita itu kemudian dibawa ke Hospital St Francis, Evanston untuk dinilai pakar perubatan.

Jurucakap polis mendakwa wanita itu mengalami masalah mental, tetapi tidak menyatakan secara spesifik penyakit yang dihidapinya.- Agensi
Artikel ini disiarkan pada : 2013/11/20