Search This Blog

Tuesday, November 19, 2013

Dirogol dalam Rumah Nenek



[SH] SETIU – Seorang pelajar tingkatan satu dirogol teman lelaki yang dikenalinya melalui laman sosial Facebook di dalam bilik tidur rumah neneknya di Kampung Bintang, di sini, awal pagi semalam. Pelajar cemerlang sebuah sekolah menengah di Besut itu dikatakan dirogol sebanyak dua kali oleh kekasihnya itu yang dikenalinya baru sebulan.

Ketua Polis Daerah Setiu, Deputi Superintendan Ab Rahman Raja Mohamed berkata, suspek berusia 15 tahun yang merupakan pelatih sebuah pusat latihan kemahiran telah datang ke rumah mangsa pada jam 12 tengah malam Khamis lalu dan mereka didakwa tidur bersama.

“Mangsa dan suspek dikatakan telah melakukan seks sebanyak dua kali iaitu pada jam 1 pagi dan 6.30 pagi Jumaat di dalam bilik tidur mangsa tanpa disedari ahli keluarganya,” katanya.

Ab Rahman berkata, perbuatan suspek bagaimanapun terbongkar apabila adik perempuan mangsa yang berumur 7 tahun masuk ke dalam bilik kira-kira jam 2 petang hari sama dan ternampak ada lelaki di dalam bilik.

Katanya, adik mangsa bertindak memberitahu bapa saudara mangsa yang kemudian memeriksa bilik berkenaan.

“Terkejut dengan kehadiran bapa saudara kekasihnya, suspek yang berasal dari Besut itu cuba melarikan diri namun berjaya ditangkap oleh bapa saudara mangsa sebelum diserahkan kepada polis,” katanya.

Mangsa tinggal bersama neneknya di rumah berkenaan manakala ibu bapanya bekerja di daerah lain.

Suspek ditahan reman untuk membantu siasatan dan kes disiasat di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol. - 19/11/13

6 maut puluhan puting beliung landa tengah bandar Illinois


Sebuah kenderaan tersadai di atas longgokan serpihan kayu, akibat angin kencang dibawa puting beliung di Washington, Illinois, kelmarin. - REUTERS
WASHINGTON, Illinois 18 Nov. - Berpuluh-puluh pusaran puting beliung yang dicetuskan kejadian ribut, membadai sebahagian besar sebuah bandar di Illinois dan beberapa kawasan lain di tengah Amerika Syarikat (AS) semalam, menyebabkan enam orang terbunuh dan 37 orang lagi cedera.
Agensi Pengurusan Kecemasan Illinois melaporkan, seorang penduduk maut di bandar Washington manakala seorang lagi terbunuh di Nashville III, dan masing-masing dua kematian dicatatkan di Washington County dan Massac County.
Lapan daripada mangsa yang cedera dimasukkan ke hospital selepas mengalami patah tulang dan kecederaan teruk di bahagian kepala.
Pakar kaji cuaca Pusat Ramalan Ribut di Norman, Oklahoma, Rich Thompson berkata, pihaknya menerima laporan tentang pembentukan kira-kira 80 puting beliung, selain laporan 358 kejadian angin kencang dan 40 laporan hujan batu.
Jelasnya, ribut bergerak pantas ke arah timur dengan kelajuan 97 kilometer sejam dan kemusnahan yang dilakukan ribut serta puting beliung itu berlaku dalam tempoh lima jam sahaja.
"Ancaman angin kencang masih membahayakan penduduk di kawasan Pennsylvania dan New York sehingga tengah malam hari ini," jelasnya.
Kejadian ribut turut menyebabkan dua lapangan terbang utama di Chicago ditutup dan satu perlawanan bola sepak Amerika antara Chicago Bears dan Baltimore Ravens dihentikan.
Selain itu, kira-kira 140,000 penduduk di Illinois, 50,000 penduduk di Indiana dan 3,000 lagi di Kentucky terpaksa bergelap selepas kejadian ribut menyebabkan bekalan elektrik terputus.
Pasukan peninjau Perkhidmatan Cuaca Kebangsaan (NWS) mengesahkan, satu daripada puting beliung merupakan tahap EF-4 yang membawa kelajuan angin 267 hingga 322 kilometer sejam, sekali gus menyebabkan kemusnahan teruk di kawasan Washington County, selatan Illinois. - REUTERS


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20131119/lu_12/6-maut-puluhan-puting-beliung-landa-tengah-bandar-Illinois#ixzz2l4HyJRhN
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Mencuri untuk ganti gigi depan


2013/11/19
WUHAN: Seorang pelajar universiti berusia 19 tahun ditahan polis kerana mencuri dan menjual 'laptop' rakannya untuk mengumpul wang membiayai rawatan menggantikan gigi depannya yang sudah tiada.

Dia juga ada satu alasan kuat untuk berbuat demikian iaitu supaya teman wanitanya tidak meninggalkannya selepas kembali kacak.

Pelajar itu yang dikenali sebagai Huang kehilangan gigi depannya bulan lalu dan diberitahu doktor bahawa dia perlu membayar 4,200 yuan (RM2,200) untuk kelihatan seperti biasa.

Huang agak risau dengan kemungkinan ditinggalkan kekasihnya selepas tidak lagi segak kerana kehilangan gigi depannya menyebabkan dia meminta wang daripada ibu bapanya.

Tetapi, ibu bapanya yang juga petani, hanya dapat mengumpul 2,000 yuan saja menyebabkan Huang memutuskan untuk mencuri laptop kawan sekelas untuk membiayai rawatan giginya.

Tidak lama kemudian, dia mencuri lima laptop mulai 18 hingga 22 Oktober sebelum ditahan polis. - AGENSI

Lelaki, wanita pakai skirt mini


2013/11/19
BOGOTA: Berpuluh-puluh lelaki dan wanita memakai skirt mini kelmarin dalam satu bantahan menentang keganasan seksual di Colombia.

Demonstrasi itu diadakan di luar sebuah restoran Bogota popular selepas pemiliknya, Andres Jaramillo, baru-baru ini berkata seorang daripada pelanggannya layak dirogol kerana berpakaian menjolok mata.

“Dia muncul sambil memakai kot bersama skirt mini. Permainan apa yang dimainkannya? Kemudian dia berkata dirinya dirogol, untuk menebus dosanya!” kata Jaramillo kepada media tempatan.

Wanita muda itu berkata, dia dirogol sebulan lalu di tempat letak kereta restoran berkenaan.

“Apa yang menyakitkan saya ialah ramai wanita berfikir seperti itu,” kata Mar Candela ketika mengutuk ulasan Jaramillo.

Di luar restoran, penunjuk perasaan menjerit: “Skirt mini bukan satu tawaran!” Apabila kami berkata tidak, ia adalah tidak!”

Namun, wakil Bogota, Angela Robledo ditemui ketika bantahan, berkata ramai sependapat dengan Jaramillo.
Polis berkata, 100 orang menyertai bantahan sementara penganjur yang menggunakan media sosial berkata 200 mengambil bahagian.

Serangan seksual ke atas wanita adalah biasa di Colombia, menurut Majlis Tertinggi untuk Kesaksamaan Jantina.

Menurut data terbaru majlis, dari 2010, ada 44 kes serangan seksual bagi setiap 100,000 penduduk. - AFP

Australia intip perbualan Susilo, isteri

Sydney: Agensi perisikan Australia cuba mencuri dengar perbualan telefon Presiden Indonesia Susilo Bambang Yudhoyono (gambar), isteri serta barisan menteri kanan republik itu menyebabkan Jakarta memanggil pulang dutanya ke Canberra.


Dokumen rahsia mengenainya dibocorkan kontraktor perisikan Amerika Syarikat Edward Snowden dan disiarkan Perbadanan Penyiaran Australia (ABC) dan akhbar The Guardian.Ia menamakan SBY dan sembilan individu rapat dengan beliau sebagai sasaran pengintipan. 

Kerajaan Australia perlu memberi penjelasan segera bagi mengelak kesan buruk lebih lanjut” Teuku Faizasyah, Jurucakap Pejabat Susilo


Pendedahan memalukan

Pendedahan memalukan itu disiarkan ketika hubungan dua negara sudah tegang berhubung dakwaan pengintipan sebelumnya dan bagaimana menguruskan orang hanyut menghala ke Australia menerusi Indonesia.

Dokumen itu menunjukkan bahawa agensi perisikan elektronik Australia mengesan aktiviti Susilo dalam telefon bimbit selama 15 hari pada Ogos 2009, apabila Kevin Rudd dari parti Buruh menjadi Perdana Menteri.
Beberapa minggu sebelumnya, letupan serentak di hotel mewah di ibu kota Indonesia, JW Marriott dan Ritz-Carlton - mengorbankan tujuh orang, termasuk tiga warga Australia.

Pintas panggilan telefon

Agensi perisikan itu dilaporkan memintas sekurang-kurangnya satu panggilan.

Satu senarai sasaran turut termasuk isteri Susilo, Ani; Naib Presiden Boediono yang berada di Australia minggu lalu, bekas Naib Presiden, Jusuf Kalla, jurucakap Kementerian Luar, Menteri Keselamatan dan Menteri Penerangan, kata laporan.

Pejabat Susilo menuntut penjelasan Canberra.

“Kerajaan Australia memerlukan penjelasan segera untuk menjelaskan berita ini bagi mengelak kesan buruk lebih lanjut,” kata jurucakap, Teuku Faizasyah.

Satu lagi nama dalam senarai, bekas Menteri Usahawan Tempatan dan Komunikasi, Sofyan Djalil memberitahu: “Kami tidak gembira.” - AFP

Perompak minta bantuan tuan rumah


Salt Lake City: Seorang perompak terpaksa meminta bantuan tuan rumah yang dirompaknya selepas dia cedera parah ketika cuba memasuki rumah itu.

Pegawai penyiasat Dennis McGowan memberitahu wartawan, pencuri berusia 20 tahun itu cedera di lengannya ketika memecah cermin tingkap rumah itu.


Dia kini dirawat di hospital dan dilapor dalam keadaan kritikal.

Tuan rumah Pablo Solorio berkata, dia dikejutkan dari tidur oleh bunyi cermin pecah dan mendapati lelaki itu meraung kesakitan dan meminta tolong di ruang tamu kediamannya.


Polis berkata, lelaki itu yang namanya tidak didedahkan sementara menanti dia ditahan secara rasmi, mendakwa dia memecah masuk rumah mangsa kerana melarikan diri daripada orang yang mengejarnya.


Polis bagaimanapun tidak mempercayai ceritanya sebaliknya yakin dia memecahkan tingkap rumah mangsa untuk merompak. - Agensi

Jakarta arah duta pulang


Jakarta: Indonesia mengarahkan duta ke Australia pulang kerana berang terhadap dakwaan agensi perisikan negara itu cuba mencuri dengar perbualan telefon Presiden Susilo Bambang Yudhoyono, isterinya dan menteri Kabinet.

Jakarta turut menyatakan, kerjasama dengan Canberra akan dinilai semula selepas dokumen rahsia didedahkan pelarian perisikan Amerika Syarikat, Edward Snowden menamakan presiden dan sembilan menteri kanan menjadi sasaran risikan.


Kontroversi itu meningkatkan ketegangan hubungan kedua-dua negara yang sebelum ini bertelagah terhadap isu pendatang haram yang menaiki bot dari Indonesia ke Australia.

“Tindakan itu melampau, di luar batas perhubungan dua negara yang memiliki pakatan strategik,” kata Menteri Luar Marty Natalegawa ketika mengumumkan pemanggilan pulang duta.


“Ia tidak bijak dan bukan hari yang baik membincangkan hubungan antara Indonesia dan Australia.”


Dokumen diperoleh Syarikat Penyiaran Australia (ABC) dan akhbar The Guardian menunjukkan agensi perisikan elektronik Australia menjejak aktiviti Susilo menggunakan telefon bimbitnya selama 15 hari pada Ogos 2009 ketika wakil Parti Buruh Kevin Rudd menjadi perdana menteri.

Beberapa minggu sebelum itu, dua letupan bom di Hotel JW Marriott dan Ritz-Carlton, Jakarta membunuh tujuh mangsa, tiga daripadanya warga Australia dan dua pengebom berani mati.

Agensi dilapor mencuri dengar sekurang-kurangnya satu panggilan telefon.

Selain Susilo, isterinya Ani, Naib Presiden Boediono yang mengunjungi Australia minggu lalu, bekas Naib Presiden Jusuf Kalla, jurucakap Kementerian Luar, menteri keselamatan dan menteri maklumat turut diintip.

Bekas Menteri Syarikat Milik Kerajaan Sofyan Djalil yang turut tersenarai mengaku Indonesia tidak puas hati dengan tindakan Australia itu.- AFP

Sorok di gunung elak ditahan


Asir: Pendatang haram pelbagai negara Afrika melarikan diri ke kawasan pergunungan di wilayah Asir dengan harapan selamat daripada ditahan pihak berkuasa Arab Saudi yang memburu mereka.

Penduduk tempatan bimbang pendatang yang bersembunyi di kawasan itu akan membalas dendam terhadap mereka.

“Mereka berdendam dan memiliki hati yang busuk.



Mereka sukar melupakan dan memaafkan,” kata seorang penduduk.

Menurut penduduk, pendatang haram itu kerap menyerang warga tempatan.

Sultan Bin Mashibah, bapa seorang kanak-kanak yang hampir dibunuh pendatang haram empat bulan lalu menjangka mereka yang bersembunyi di pergunungan selatan wilayah itu akan memberontak seperti haiwan dikurung.

“Mereka kini terdesak dan pastinya akan bertindak balas secara ganas,” katanya.

Sultan bagaimanapun yakin pihak keselamatan mampu melindungi negara tapi mengingatkan penduduk supaya lebih berhati-hati.

“Penduduk perlu berhati-hati menghadapi bahaya daripada mereka yang tidak teragak-agak melakukan jenayah, terutama kerana mereka kini berdendam terhadap kami.” Ramai pendatang haram membina rumah sementara yang ditutup dengan dahan kayu, plastik atau selimut di wilayah barat Asir.

Jurucakap Suruhanjaya Promosi Kebaikan dan Pencegahan Jenayah (Haia) Asir, Awad Al-Asmari berkata, semakin ramai pendatang haram melarikan diri ke kawasan pergunungan.

“Jenayah yang mereka lakukan serius dan sejumlah besar memiliki senjata.

“Mereka terbabit dalam pelacuran, penghasilan arak dan merompak.

“Kumpulan warga Afrika ini hanya menimbulkan masalah jenayah dan jangkitan penyakit,” katanya.

- Agensi

Ditahan disangka pendatang


Jeddah: Seorang lelaki warga Saudi dihantar keluar dari negara itu selepas pegawai imigresen menyangka dia warga Nigeria yang menetap secara haram di negara itu.

Pihak berkuasa Arab Saudi melancarkan serbuan menahan pendatang haram selepas tempoh pengampunan warga asing berakhir minggu lalu.

Waleed Billo yang mengalami masalah pertuturan ditahan ketika dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Jeddah dan dilokap bersama kumpulan pendatang haram warga Nigeria dan negara lain.

Seminggu kemudian, Waleed dihantar ke Nigeria selepas gagal meyakinkan pegawai imigresen dia sebenarnya warga tempatan.

Abangnya, Mohammed yang terbang ke Nigeria untuk mencari adiknya dengan bantuan penduduk n dan pihak berkuasa tempatan berkata, Waleed dilapor mengalami kemalangan dan dirawat di sebuah hospital negara itu.

50 terbunuh

Moscow: Sebuah pesawat Boeing 737 terhempas dan terbakar ketika cuba mendarat di lapangan terbang Kazan, Russia, kelmarin menyebabkan 50 orang penumpang terbunuh.
Jurucakap Agensi Penerbangsan Russia Sergei Izvolky berkata, pesawat Syarikat Penerbangan Tatarstan itu terhempas dan terbakar ketika cuba mendarat kali kedua di landasan berhampiran menara kawalan. 
Kementerian Kecemasan menyatakan, pesawat membawa 44 penumpang dan enam kru dari Moscow dan semua mangsa terbunuh.

Kazan ibu negeri Tatarstan memiliki 1.1 penduduk million dan berada 720 kilometer timur Moscow.
Foto
PIHAK bomba memeriksa bangkai pesawat yang terhempas di Kazan, Russia.

Kementerian menyiarkan senarai mangsa kemalangan itu, antaranya anak lelaki Gabenor Tatarstan, Irek Minnikhanov dan Pengarah Agensi Keselamatan Persekutuan Tatarstan yang menjadi pengganti agensi perisikan KGB, Alexander Antonov.

Beberapa kemalangan pesawat penerbangan Russia didakwa berpunca daripada penggunaan kapal terbang yang tua tapi pakar industri berkata, beberapa punca lain, termasuk kru yang tidak terlatih, lapangan terbang yang buruk, kecuaian kawalan kerajaan dan keselamatan demi mengejar keuntungan turut menjadi punca berlakunya insiden itu.

Kementerian Kecemasan mengedarkan gambar di tapak kemalangan, menunjukkan cebisan pesawat berselerakan di kawasan itu.

Belum dapat dipasatikan kenapa pesawat itu gagal mendarat pada cubaan pertama. Pengurusan Boeing sedia membantu siasatan mencari punca kemalangan itu.

Wartawan Lenara Kashafutdinova yang menaiki pesawat itu dari Kazan ke Lapangan Terbang Domodedovo, Moscow sebelum itu mendakwa berasa amat takut akibat gegaran yang begitu kuat ketika mendarat.

“Saya tidak pasti gegaran berpunca akibat cuaca meskipun ketika itu cuaca di Moscow bagus atau masalah teknikal.

“Pesawat bergegar terlalu kuat menyebabkan penumpang ketakutan. Penumpang di sebelah saya pucat tak berdarah,” katanya. - AP

Enam polis dipenggal


Kandahar: Seorang pegawai kerajaan berkata, enam mayat tanpa kepala yang ditemui di selatan Afghanistan kelmarin ialah anggota polis, bukan buruh binaan.

Timbalan Gabenor wilayah Zabul, Mohammed Jan Rasollyar berkata, kekeliruan berlaku kerana mayat yang ditemui di Kandahar itu berpakaian orang awam.


Keenam-enam anggota polis itu dilapor hilang di wilayah Zabul beberapa hari lalu.

Rasoolyar berkata, dengan kemampuan yang terhad untuk mengecam mangsa secara forensik, polis Afghanistan mengambil masa yang lama untuk menyelesaikan kekeliruan berkenaan.


Anggota polis terbabit diculik oleh kumpulan Taliban di Zabul dan dibawa ke Kandahar. tempat mayat mereka ditemui Ahad lalu.


Taliban berulang kali memberi amaran kepada penduduk tempatan supaya tidak menyertai pasukan polis atau tentera kerajaan.

Beratus-ratus anggota polis Afghanistan terbunuh dalam dalam serang hendap dan menjadi sasaran serangan, termasuk pengeboman sejak beberapa tahun lalu.

57 cerai setiap hari di Saudi


Riyadh: Arab Saudi mencatatkan 682 kes cerai dalam masa 12 hari, purata 57 kes sehari dan menjadikan kadar perceraian negara itu antara tertinggi di dunia.

Statistik Kementerian Kehakiman menunjukkan, bandar suci Makkah di selatan negara itu mempunyai kes perceraian tertinggi dengan 92 kes pada 12 hari pertama tahun Hijriah bermula minggu lalu.

Pegawai Saudi kerap menyuarakan kebimbangan peningkatan kes perceraian.

Tahun lalu, negara itu lebih 30,000 kes dicatatkan.

Data rasmi menunjukkan hampir 90 peratus perceraian itu membabitkan pasangan tempatan dengan 27,000 kes.

Campak ibu keluar tren


Dakhaliya, Mesir: Dua adik-beradik perempuan warga Mesir bertindak kejam dengan menghumban ibu mereka dari kereta api selepas mereka dilapor bertengkar.

Wanita berusia 50 tahun itu dilapor memarahi anak perempuannya berusia 21 tahun kerana berkelakuan tidak senonoh ketika dalam perjalanan menggunakan kereta api di Dakhaliya, utara Mesir.


Teguran itu menyebabkan mereka bertengkar dan seorang lagi anak perempuannya berusia 23 tahun bertindak menyebelahi adiknya.

Kedua-dua suspek kemudian didakwa bertindak mengangkat dan menghumban ibu mereka menerusi tingkap kereta api itu.


Wanita itu mati serta-merta akibat digilis kereta api yang berhenti selepas seorang lagi anak perempuannya berusia 27 tahun dan suaminya menjerit.


Kedua-dua suspek ditahan polis. - Agensi 

Bunuh diri lepas dihantar pulang


Yaman: Seorang pemuda Yaman berusia 20 tahun membunuh diri beberapa hari selepas dihantar pulang pihak berkuasa Arab Saudi kerana menetap secara haram di negara itu.

Akhbar Yaman melaporkan, Hani Mahioub ditemui mati tergantung di rumahnya di Taaz, barat laut Yaman.


Hani antara ribuan warga Yaman dan negara lain yang dihantar pulang selepas tempoh pengampunan tujuh bulan untuk pendatang haram berakhir.

Gempa bumi sederhana landa kawasan Timor, Indonesia


KUALA LUMPUR: Gempa bumi sederhana berukuran 5.5 pada skala Richter melanda kawasan Timor, Indonesia pada 5.31 pagi (waktu tempatan) hari ini.

Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia, pusat gempa itu ialah 22km timur Kupang, Indonesia dan 1,648km tenggara Sarikei, Sarawak.

Tidak ada ancaman tsunami dikeluarkan.

Kastam rampas pelbagai rokok seludup


Kuaal Lumpur: Satu sindiket menyeludup rokok tidak sah dari negara jiran yang menjadikan sebuah rumah di Kepong Baru, di sini, sebagai stor penyimpanan terbongkar selepas Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Selangor menyerbu kediaman itu, semalam.

Dalam serbuan kira-kira jam 11.30 pagi itu, pihak kastam berjaya merampas pelbagai rokok seludup membabitkan nilai rampasan sebanyak RM100,000 dan rokok bercukai sebanyak RM400,000.


Menurut sumber, seorang lelaki warga tempatan berusia 40-an turut ditahan kerana disyaki mengedar rokok seludup dan kereta Proton Iswara yang dipercayai digunakan untuk mengedar rokok itu turut dirampas.

“Kita percaya rokok ini diseludup dari negara jiran dan dipasarkan di dalam negara,” katanya.

Dua beradik maut kemalangan motosikal


MELAKA: Dua beradik yang dalam perjalanan pulang dari bermain futsal maut selepas motosikal dinaiki terbabit kemalangan di Jalan Paya Dalam-Tiang Dua, di sini, awal pagi tadi.

Difahamkan dalam kejadian kira-kira jam 3.45 pagi itu, Honda EX5 dinaiki Muhammad Razman Zamari, 14, dan Muhammad Razif, 11, dari arah Paya Dalam ke Tiang Dua dipercayai bertembung dengan Proton Wira dipandu lelaki berusia 20 tahun dari arah Tiang Dua ke Paya Dalam yang hilang kawalan sebelum terbabas masuk ke laluan bertentangan.


Rempuhan mengakibatkan kedua-dua mangsa yang parah di kepala meninggal dunia di tempat kejadian, manakala pemandu kereta parah di kepala dan badan dihantar ke Hospital Melaka untuk rawatan.

Treler ‘sapu’ 3 kenderaan


Ipoh: Seorang terbunuh manakala lapan lagi cedera dalam kemalangan membabitkan dua treler, sebuah kereta dan sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) di Kilometer 257.2 hala utara Lebuhraya Utara- Selatan berhampiran Terowong Menora, petang semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 4.30 petang itu, pemandu sebuah daripada treler itu dikenali sebagai M Ukesparen, 31, yang cedera parah mati dalam perjalanan ke hospital kira-kira jam 7 malam manakala bapanya yang menjadi kelindan, cedera di kepala dan dirawat di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), Ipoh.
Menurut Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar, Asisten Komisioner Abdul Ghafar Muhammad, tujuh penumpang dua kereta yang terbabit dalam kemalangan itu cedera dan tiga daripada mereka dihantar ke HRPB manakala empat lagi yang cedera ringan dihantar ke Hospital Kuala Kangsar.

Menurutnya, treler dari arah Ipoh ke Kuala Kangsar membawa muatan asbestos siling yang mengalami kerosakan brek cuba memperlahankan kenderaan dengan menghimpit sebuah treler membawa muatan bitumen di hadapan menyebabkan treler berkenaan terbabas ke dalam gaung.
Foto
ANGGOTA bomba mengeluarkan mangsa yang tersepit dalam kereta.

Treler yang kerosakan brek itu kemudian terbabas dan melanggar sebuah Toyota Avanza dan sebuah Nisan Latio di hadapannya. Pemandu dan kelindan treler membawa bitumen itu tidak cedera.

Muncul lepas tujuh hari ‘mati’


Colombo: Seorang wanita tua yang diisytiharkan mati selepas satu kemalangan muncul ketika majlis memperingatinya tujuh hari selepas ‘kematiannya.’ Akhbar Sri Lanka Mirror melaporkan, wanita berkenaan disahkan mati dalam kemalangan awal pagi pada 8 September dan mayatnya dibawa ke rumah mayat di sebuah hospital di Ragama.

Sepuluh daripada 11 anaknya mengesahkan mayat itu ibu mereka dan selepas bedah siasat, ia diserahkan keluarga itu oleh pihak berkuasa.


Mereka mengadakan upacara memperingati mangsa tujuh hari kemudian pada 15 November apabila wanita yang disangka mati itu muncul, menyebabkan semua yang hadir terkejut.



Menurutnya, dia berada di Hospital Kebangsaan Colombo untuk mendapatkan rawatan sepanjang tujuh hari lalu.


Sehubungan itu, polis akan menghadapkan wanita tua itu bersama 10 anaknya di mahkamah bagi menyelesaikan masalah mengebumikan mayat wanita lain.

Tersenarai lokasi berhantu dalam Expedia


Johor Bahru: Banglo lama yang terbiar, Villa Nabila terletak di Jalan Skudai berhampiran Teluk Danga di sini, disenaraikan antara lokasi berhantu oleh sebuah portal pelancongan berpangkalan di Amerika Syarikat, Expedia.

Banglo itu dikaitkan dengan cerita mistik yang dikatakan berlaku sekitar 40 tahun lalu.

Terdapat beberapa versi antaranya kes pembunuhan yang berlaku dalam kalangan keluarga berada yang tinggal di banglo berkenaan.

Keluarga terbabit memiliki anak bernama Nabila yang turut mewarisi harta peninggalan bapanya.

Bagaimanapun, ibu tirinya dikatakan cemburu dan membunuh Nabila serta menanam mayatnya di dinding sebelum melarikan diri bersama harta terbabit.

Antara kepercayaan karut di sekitar kawasan itu adalah bilangan pelawat yang mahu memasuki rumah berkenaan mestilah dalam nombor genap.

Sekiranya bilangan melawat dalam nombor ganjil, terdapat ‘individu lain’ dalam kumpulan itu apabila mereka meninggalkan banglo berkenaan.

Sementara itu, Penolong Pengarah Penilaian Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) Azmi Miswan berkata, kediaman itu berstatus pegangan bebas.

Polis tembak adik kekasih


Kajang: Berang hasrat untuk bertunang dengan kekasihnya dihalang keluarga wanita terbabit, seorang lelaki dikatakan tidak puas hati lalu menyerang dan melepaskan tembakan ke arah adik lelaki teman wanitanya itu, pagi semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 8.30 pagi itu, lelaki berusia 28 tahun terbabit yang juga anggota polis bertindak melepaskan lima das tembakan dan satu daripadanya menembusi bahu kanan mangsa.
Difahamkan, mangsa, T Solomon, 25, mengalami kecederaan parah dikejarkan ke Hospital Kajang oleh keluarganya. untuk menerima rawatan dan kini dilaporkan stabil.

Suspek yang baru sebulan bertugas di Balai Polis Bandar Baru Bangi, di sini, sebelum itu dikatakan gagal memulangkan semula pistol jenis .38 Smith & Wesson di balai polis berkenaan sebaik tamat waktu kerja.
Foto
UNIT forensik menyiasat lokasi kejadian.

Bapa mangsa, T Tholilale, 59, berkata ketika kejadian dia berada dalam bilik dan mendengar pertengkaran di luar rumahnya di Taman Megah, Kajang, di sini, disusuli bunyi tembakan.

Operasi cari nelayan hilang dihenti


19 November 2013

ALOR SETAR - Operasi mencari seorang nelayan yang dikhuatiri lemas selepas terjun ke dalam Sungai Kuala Jerlun, di Jerlun pada 15 November lepas dihentikan semalam.
 
Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Jitra Mohammad Darus berkata operasi selama empat hari itu dihentikan pada jam 1petang semalam selepas mendapat arahan daripada Ketua Polis Daerah Kubang Pasu Supt Ibrahim Mohd Yusuf.  
 
"Kami telah menjalankan operasi selama empat hari tetapi masih gagal menjumpai mangsa dan semalam, kami telah mendapat arahan daripada Ketua Polis Daerah Kubang Pasu untuk menghentikan operasi," katanya kepada Bernama ketika dihubungi di sini hari ini.
 
Operasi selama empat hari itu disertai tujuh anggota bomba dari Balai Bomba Jitra serta enam orang penyelam dari Balai Bomba Sungai Petani yang menggunakan dua bot.
 
Dalam kejadian 15 Nov lepas, seorang nelayan dikhuatiri lemas selepas terjun ke dalam Sungai Kuala Jerlun, yang terletak di belakang rumahnya pada jam 2.30 pagi ketika cuba melarikan diri daripada serbuan polis. - Bernama

Lagi kedai serbaneka disamun

Lagi kedai serbaneka disamunRakaman CCTV menunjukkan suspek yang berjaket hitam sedang mengacukan pedang samurai ke perut mangsa manakala seorang lagi memasukkan cerut dan rokok ke dalam beg ketika berada dalam kaunter juruwang dalam kejadian di Kemaman.
CHUKAI – Dua hari selepas kedai serbaneka 24 jam di Geliga dirompak, kedai serbaneka 24 jam di Jalan Sulaimani pula disamun apabila dua pekerja kedai itu diacu dengan sebilah pedang samurai sepanjang 45 sentimeter di perut oleh dua lelaki bertopi keledar putih bercermin gelap, Sabtu lalu.

Rompakan pada jam 6.15 pagi itu berlaku dalam tempoh hanya 51 saat dengan kedua-dua suspek yang berusia lingkungan 20 hingga 24 tahun berjaya melarikan wang tunai sebanyak RM181.70 dan sejumlah cerut serta rokok yang keseluruhannya bernilai kira-kira RM400.

Mangsa yang ketika itu berada di kaunter juruwang, Fatin Shahiza Sabri, 22, berkata, akibat terlalu trauma dengan kejadian itu, dia bermimpi mengenai kejadian samun itu beberapa kali ketika tidur.

“Tidur saya terganggu dan banyak kali bermimpi diacu pedang samurai sepanjang 60 sentimeter seperti yang diacu suspek ke perut saya. Saya benar-benar takut.

“Ketika kejadian itu terjadi, saya dan seorang lagi rakan, Nor Hawa Mohd Talib, 21, sedang mengira stok dan secara tiba-tiba masuk seorang lelaki bertopi keledar menuju ke arah rak makanan dan beberapa saat kemudian masuk lagi seorang lelaki juga bertopi keledar serta menggalas beg yang meluru ke depan saya sambil menghunus pedang samurai,” katanya ketika ditemui semalam.

Katanya, lelaki di hadapannya itu kemudian mengarahkan dia mengeluarkan duit dan memasukkan ke dalam beg galas yang dibawa sementara seorang lagi lelaki yang lebih awal masuk pantas menuju ke dalam kaunter lalu mengambil sejumlah cerut dan rokok pelbagai jenama.

“Sebaik dia arahkan saya memasukkan duit, saya hanya membuka mesin juruwang dan menyuruhnya mengambil sendiri kerana terlampau ketakutan. Dia juga arahkan saya keluarkan barangan kemas dan telefon bimbit tapi saya suruh dia ambil sendiri,” katanya.

Bagaimanapun, apabila terdapat pelanggan lain mahu masuk ke dalam premis itu kedua-dua suspek segera keluar dan melarikan diri dengan menunggang sebuah motosikal Honda Wave menuju ke arah Jalan Jakar.

Katanya, suspek yang menghunus pedang samurai yang bertubuh kurus, berkulit gelap dan setinggi kira-kira 5 kaki 3 inci memakai jaket hitam dengan di bahu kanan terdapat angka sementara rakannya yang berketinggian kira-kira 5 kaki dan berkulit cerah pula memakai berseluar pendek dan memakai baju t.

“Suspek yang berkulit putih berbadan tegap dengan rambut mempunyai ekor di bahagian belakang,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Che Suza Che Hitam berkata, kedua-dua mangsa gagal mengecam muka kerana suspek memakai topi keledar justeru rakaman kamera litar tertutup (CCTV) akan diteliti bagi membantu siasatan.

“Kes ini disiasat mengikut Seksyen 382 Kanun Keseksaan kerana samun bersenjata dan polis kini giat memburu kedua-dua suspek.

Orang awam yang mempunyai maklumat diharap dapat tampil membantu siasatan,” katanya.

Remaja mengaku curi kenderaan, kurung orang


19 November 2013

DUNGUN - Remaja lelaki yang melarikan dua kenderaan hingga menyebabkan kemalangan 4 November lepas, hari ini mengaku bersalah di Mahkamah Majistret di sini terhadap empat pertuduhan iaitu mencuri kenderaan dan mengurung orang secara salah.

Remaja berusia 17 tahun itu membuat pengakuan berkenaan di hadapan Majistret Hazwanie Husain Bustari, yang dijalankan secara tertutup kerana tertuduh seorang juvana.

Bagi pertuduhan pertama dia didakwa mencuri sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Nissan Grand Livina bernombor pendaftaran AGN 8861, daripada Jarini Mohd Nawi, 27, jam 5.50 petang di Hentian Rawat dan Rehat susur Ajil, Kuala Berang, 4 November lepas.

Pertuduhan kedua dia didakwa mengurung tiga orang secara salah di dalam kenderaan sama iaitu Pirhat Karim, 34, Mastura Che Awang, 31, dan Muhammad Asyraf Ikhwan Pirhat, sembilan bulan, pada tempat dan hari yang sama dari 5.50 hingga 6.30 petang.

Bagi pertuduhan ketiga dia didakwa mencuri sebuah kereta jenis Perodua Myvi milik Nor Maizura Mustafa Kamar, 18, dan bagi pertuduhan keempat mengurung mangsa dengan salah di dalam kenderaan itu dari jam 6 hingga 6.40 petang di Jalan Jerangau-Jabor, Dungun, pada tarikh sama.

Dia didakwa mengurung Habibah Teh, 50, Azrul Fazli Mustafa Kamar, 14, Nur Anisya Qistina Khairul Nazri, 5, dan Muhammad Ariff Takumi Khairul Nazri, dua tahun.

Bagi dakwaan mencuri kenderaan dia dituduh mengikut Seksyen 379A Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara minimum setahun dan maksimum tujuh tahun serta boleh dikenakan denda.

Bagi kesalahan mengurung dia didakwa mengikut Seksyen 342 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum setahun atau denda RM2,000 atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Mahkamah tidak menawarkan sebarang jaminan kepada tertuduh yang tidak ditemani anggota keluarga dan menetapkan 11 Disember dan 22 Disember ini sebutan semula kes untuk mendapatkan fakta penuh laporan akhlak daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Wan Mohd Izzat Wan Abdullah manakala tertuduh tidak diwakili peguam. - Bernama

Nahas ragut nyawa

Nahas ragut nyawaKeadaan kenderaan terlibat nahas berhampiran Terowong Menora.
KUALA KANGSAR - Lapan cedera manakala seorang maut dalam satu kemalangan membabitkan empat kenderaan di Kilometer 257.4 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah Utara, berhampiran Terowong Menora, di sini, semalam.

Kejadian kira-kira jam 4.30 petang itu, membabitkan  dua treler dan dua kereta masing-masing jenis Toyota Avanza dan Nissan Latio yang dinaiki enam individu.

Kejadian yang dipercayai berlaku akibat kerosakan brek itu turut menyebabkan sebuah daripada treler berkenaan terjunam ke dalam gaung hampir  30 kaki.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Abdul Ghafar Mohamad berkata, pemandu treler muatan tar berkenaan selamat sebelum berjaya dikeluarkan anggota penyelamat.

Menurutnya, mangsa yang maut merupakan pemandu treler muatan siling dan disahkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke hospital bagi mendapatkan rawatan akibat  tersepit.

“Mangsa, M Ukesparen, 31, meninggal dunia di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), sementara mereka yang cedera sudah dihantar ke hospital sama dan dilaporkan stabil,” katanya.

Kejadian dipercayai berlaku apabila treler muatan siling dipandu mangsa mengalami kerosakan brek.

Dua jentera dari Balai Bomba Ipoh dan Kuala Kangsar bersama 16 anggota dikejarkan ke lokasi kejadian.

Insiden berkenaan menyebabkan laluan kedua-dua arah sesak sepanjang lebih 10 kilometer.

Pemandu treler maut kenderaan terjunam cerun


19 November 2013

IPOH - Seorang pemandu treler maut apabila kenderaannya terbabas sebelum menjunam ke cerun di KM253.4 Lebuhraya Utara-Selatan arah selatan berhampiran Terowong Menora di sini hari ini.

Dalam kejadian jam 4 petang itu, mangsa Tan Chor Teong, 57, berasal dari Kota Barat dekat Taiping di sini mati di tempat kejadian.

Menurut Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar, Asisten Komisioner Abdul Gaffar Muhamad mangsa yang memandu treler membawa muatan bahan kimia dalam perjalanan dari Taiping ke Ipoh.

"Siasatan awal polis mendapati treler itu terbabas ke kiri jalan dan melanggar penghadang laluan itu sebelum menuruni curam sedalam kira-kira enam meter menyebabkan mangsa tercampak keluar," katanya ketika dihubungi hari ini.

Katanya kejadian itu tidak melibatkan kenderaan lain dan mayat mangsa dihantar ke Hospital Kuala Kangsar untuk bedah siasat. - Bernama

Pemandu treler maut kenderaan terjunam cerun


19 November 2013

IPOH - Seorang pemandu treler maut apabila kenderaannya terbabas sebelum menjunam ke cerun di KM253.4 Lebuhraya Utara-Selatan arah selatan berhampiran Terowong Menora di sini hari ini.

Dalam kejadian jam 4 petang itu, mangsa Tan Chor Teong, 57, berasal dari Kota Barat dekat Taiping di sini mati di tempat kejadian.

Menurut Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar, Asisten Komisioner Abdul Gaffar Muhamad mangsa yang memandu treler membawa muatan bahan kimia dalam perjalanan dari Taiping ke Ipoh.

"Siasatan awal polis mendapati treler itu terbabas ke kiri jalan dan melanggar penghadang laluan itu sebelum menuruni curam sedalam kira-kira enam meter menyebabkan mangsa tercampak keluar," katanya ketika dihubungi hari ini.

Katanya kejadian itu tidak melibatkan kenderaan lain dan mayat mangsa dihantar ke Hospital Kuala Kangsar untuk bedah siasat. - Bernama

Murid tahun lima lemas jatuh jambatan di Jerlun


19 November 2013
JERLUN - Seorang pelajar tahun lima lemas apabila basikal yang dinaikinya terjatuh di tebing jambatan konkrit menyebabkan dia terjatuh ke dalam Sungai Batu 17 di sini semalam.

Dalam kejadian jam 6.30 petang itu, Mohd Anas Omar Sabri, 11, dikatakan dalam perjalanan pulang ke rumah dengan menaiki basikal selepas makan ais kacang di sebuah kedai berhampiran rumahnya.

Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Jitra Mohammad Darus berkata, mayat Mohd Anas ditemui kira-kira jam 12.30 tengah malam tadi oleh pasukan penyelamat dengan bantuan penduduk kampung.

"Mangsa ditemui di bahagian dasar sungai kira-kira sembilan meter dari tempat dia jatuh oleh penduduk kampung yang membantu operasi mencari dan menyelamat," katanya di sini hari ini.

Che Jam Ishak, 67, berkata cucunya itu keluar dari rumah bersama seorang lagi cucunya Muhammad Aiman Mohd Shahdi, 11, kira-kira 4.30 petang.

"Mereka cakap mahu ke kedai ais kacang. Dia baru sahaja pulang dari asrama anak-anak yatim Al-Bukhary, Alor Setar Jumaat lalu dan saya tak sangka sekejap sahaja masa yang saya dapat luangkan bersamanya," katanya.

Katanya dia amat rapat dengan Mohd Anas kerana membela cucunya itu selepas kematian kedua ibu bapa kanak-kanak itu.

"Sebelum ini, dia pernah menyatakan hasrat tidak mahu bersekolah tapi nenek pujuk sebab risaukan masa depannya. Allahyarham memang rapat dan manja dengan saya serta ibu saudaranya sebab kami jaga dia sejak umurnya enam tahun setelah ibu bapanya meninggal dunia," katanya.

Sementara itu, sepupu mangsa Muhammad Aiman berkata selepas selesai makan ais kacang bersama tiga rakan yang lain, mereka mengajaknya duduk di tebing sungai sebelum pulang ke rumah masing-masing.

"Saya kayuh basikal di depan manakala Mohd Anas di belakang dan tiba-tiba saya terdengar bunyi kuat dari arah sungai...apabila pusing ke belakang saya nampak dia terjatuh ke dalam sungai sebelum tangannya terkapai-kapai minta tolong.

"Saya minta bantuan orang ramai untuk selamatkan dia sebelum pulang ke rumah memberitahu keluarga," katanya. - Bernama

Misteri rumah agam Villa Nabila

Oleh RADIAH SAORI


ANGGOTA polis terlibat operasi mencari Mohamad Izzat dengan bantuan pasukan bomba dan anjing pengesan di Villa Nabila, Jalan Skudai, Johor Bahru semalam.


JOHOR BAHRU - Sebuah vila terbiar yang terletak di Jalan Skudai di sini menjadi tumpuan ramai semalam selepas seramai 23 remaja dikatakan hilang setelah memasuki rumah agam itu pada malam Sabtu lalu.
Banglo dikenali Villa Nabila yang didirikan di kawasan elit bersaiz empat buah padang bola sepak itu sememangnya cukup terkenal dengan cerita mistik selepas ditinggalkan kosong lebih 40 tahun lalu.
Polis yang menerima laporan berhubung kejadian itu mengesahkan hanya seorang lelaki hilang bukannya sekumpulan seperti yang didakwa.
Timbalan Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Superintendan Abdul Samad Salleh berkata, Mohamad Izzat Izzudin Hussin, 16, dilaporkan hilang selepas keluar dari rumahnya di Kampung Hajah Hasnah, Majidee di sini pada pukul 3.30 petang, Sabtu lalu.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=1119&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_06.htm#ixzz2l2KwDdKb 
Hakcipta terpelihara 

Hilang akal lepas pinangan ditolak

Oleh HAIKAL RAMAN


ANGGOTA forensik menyiasat sebuah kereta terkena satu das tembakan yang dilepaskan seorang anggota polis bantuan di Sungai Jelok, Kajang, Selangor semalam.


KAJANG – Gara-gara tidak berpuas hati pinangannya ditolak, seorang anggota polis bantuan bertindak melepaskan enam das tembakan ke arah rumah bekas kekasihnya di Taman Megah, Sungai Jelok di sini semalam.
Dalam kejadian pukul 8.30 pagi itu, seorang lelaki iaitu adik bekas kekasih suspek yang berusia 25 tahun cedera selepas terkena satu das tembakan di bahu kiri. Keadaannya stabil di Hospital Kajang di sini.
Kejadian dipercayai berlaku apabila suspek berusia 27 tahun pergi ke rumah itu untuk berjumpa bekas kekasihnya namun dihalang keluarga wanita itu.
Ekoran hilang sabar, anggota itu melepaskan tiga das tembakan bagi menakut-nakutkan keluarga mangsa sebelum memanjat pagar dan melepaskan dua das lagi tembakan mengenai lantai rumah dan seorang lelaki.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=1119&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_05.htm#ixzz2l2KZbWAe 
Hakcipta terpelihara 

35 tahun digantung tak bertali

waziha@kosmo.com.my

SIROHANA ketika hadir bagi sebutan kes tuntutan fasakh terhadap suaminya di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur di ibu negara semalam.


KUALA LUMPUR – Selepas 35 tahun digantung tidak bertali, seorang wanita nekad memfailkan tuntutan fasakh terhadap suaminya selepas menghadapi kesukaran untuk mendapatkan wang pencennya berikutan tiada pengesahan status perkahwinan mereka.
Sirohana Amat, 59, yang akan bersara dari sektor awam pada akhir tahun ini memfailkan tuntutan tersebut terhadap suaminya, Bahrin Ismail, 59, di Mahkamah Rendah Syariah di sini pada 7 Oktober lalu.
Pada sebutan kes itu semalam, Hakim Syarie Ab. Malek Awang mengarahkan Sirohana mengiklankan notis saman kes tersebut di akhbar selepas ia gagal diserahkan kepada Bahrin dan menetapkan 26 Disember ini untuk sebutan semula kes.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=1119&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_07.htm#ixzz2l2KRQ8UP 
Hakcipta terpelihara 

Mangsa penipuan orang lain

Oleh HAPIZAH AZIZ


SITI NOR menunjukkan laporan polis yang dibuatnya di Kota Bharu, semalam.


KOTA BHARU - Seorang pemilik butik membuat laporan polis mendakwa produknya telah digunakan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab untuk menipu orang ramai di internet.
Pemilik Butik Siti Nor Batik, Siti Nor Muhamad, 55, dari Kampung Khatib Ali, Jalan Bayam di sini berkata, individu terbabit telah mempamerkan gambar produk jenama butiknya untuk dijual namun ia tidak dihantar kepada pembeli selepas mendapat bayaran.
Katanya, kegiatan tersebut hanya disedari selepas dia mendapat aduan dan cacian daripada orang ramai yang memesan produk tersebut.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=1119&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_09.htm#ixzz2l2K6GESw 
Hakcipta terpelihara 

Pusat judi di kondominium diserbu

Oleh KHAIRIYAH HANAFI


BEBERAPA anggota polis merampas sebahagian daripada mesin judi di sebuah kondominium di Kuala Lumpur semalam.


KUALA LUMPUR - Tembelang pengusaha pusat perjudian yang beroperasi di sebalik sebuah pusat snuker di tingkat satu sebuah kondominium di Jalan Langkawi, Setapak di sini terbongkar apabila operasi haram itu berjaya dihidu pihak berkuasa semalam.
Dalam serbuan yang dijalankan selama dua jam dari pukul 12.30 tengah hari hingga 3 petang itu, tiga pelanggan lelaki berumur dalam lingkungan 22 hingga 28 tahun asyik bermain judi tanpa menyedari kehadiran pihak berkuasa.
Bagaimanapun, sebaik menyedari premis tersebut diserbu, mereka cuba melarikan diri namun berjaya dicekup.
Menurut Ketua Operasi Bahagian Kongsi Gelap, Perjudian dan Maksiat (D7) Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur, Inspektor Effendi Yusof, premis yang dipercayai telah beroperasi lebih enam bulan itu menawarkan permainan judi dalam talian kepada pelanggan selama 24 jam sehari.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=1119&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_10.htm#ixzz2l2JqxUF9 
Hakcipta terpelihara 

Anak presiden antara 50 korban nahas pesawat



Saudara-mara mangsa menangis di dalam bangunan utama Lapangan Terbang Kazan, Rusia selepas mendengar berita nahas tersebut kelmarin.- AFP


MOSCOW - Semua 50 penumpang dan anak kapal terbunuh apabila sebuah pesawat Boeing 737-500 terhempas di bandar Kazan, Rusia kelmarin.
Kazan yang terletak sekitar 800 kilometer ke timur bandar raya ini merupakan ibu negeri wilayah Tatarstan.
Turut menemui ajal termasuk anak lelaki Presiden Tartarstan, Rustam Minnikhanov dan seorang ketua Perkhidmatan Keselamatan Persekutuan Rusia (FSB), Alexander Antonov.
Nahas berlaku apabila pesawat milik Penerbangan Tartastan itu meletup dan terbakar ketika ia menyentuh landasan di Lapangan Terbang Kazan untuk pendaratan kali kedua.
"Pesawat berusia 23 tahun itu berlepas dari Lapangan Terbang Domodedovo di sini pada jam 6.25 petang (waktu tempatan) sebelum terhempas sejam kemudian," kata beberapa pegawai yang dipetik agensi berita Interfax.
Beberapa gambar menunjukkan serpihan Penerbangan U363 bertaburan selepas kebakaran dipadamkan oleh pasukan bomba.
"Kedua-dua juruterbang dan pembantunya mempunyai pengalaman luas mengendalikan pesawat," kata seorang jurucakap yang dipetik Interfax.
Pesawat itu yang diselenggara mengikut jadual dilaporkan tidak mengalami sebarang masalah teknikal sebelum berlepas.
Ketika kejadian terdapat angin kencang dengan suhu sejuk hampir sifar dicatatkan di bandar berkenaan.
Dalam pada itu, pihak berkuasa Rusia masih menyiasat punca nahas dengan tumpuan kini diberi kepada faktor kesilapan juruterbang atau masalah teknikal pada pesawat berkenaan. - Agensi


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=1119&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_02.htm#ixzz2l2CxSisf 
Hakcipta terpelihara 

26 terbunuh kereta api rempuh bas mini di Mesir



WARTAWAN dan orang ramai melihat bangkai kenderaan yang dirempuh sebuah kereta api dekat kampung Dashur, selatan Kaherah semalam.- AP


KAHERAH - Seramai 26 orang di Mesir maut manakala 28 mangsa cedera apabila sebuah tren merempuh trak dan bas mini di satu lintasan kereta api di sini semalam, kata jurucakap pihak berkuasa.
Ketua polis tempatan, Kamal Al-Dali berkata, ketika kejadian, bas mini berkenaan membawa penumpang yang pulang dari satu majlis perkahwinan.
Menurut Ketua Pihak Berkuasa Kereta Api Mesir, Hussein Zakaria pula, kemalangan dipercayai berpunca daripada pemandu bas dan trak yang cuba merempuh sekatan di lintasan tersebut ketika lampu amaran berhenti menyala.
"Pemandu bas tidak mempedulikan lampu amaran dan merempuh sekatan di lintasan itu," kata Hussein.
Menurutnya, kereta api berkenaan terus bergerak hampir 1 kilometer sebelum berhenti selepas pelanggaran berlaku.
"Pemandu tren selamat dalam insiden ini," tambahnya.
Rangkaian kereta api Mesir mempunyai rekod keselamatan buruk ekoran kelemahan dalam aspek penyelenggaraan dan pengurusan.
Sebanyak 17 orang maut dalam insiden kereta api tergelincir pada 17 Januari lalu manakala 47 murid sekolah menemui ajal pada November 2012 apabila bas yang mereka naiki dirempuh sebuah tren. - AFP


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=1119&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_05.htm#ixzz2l2CjrP00 
Hakcipta terpelihara