Search This Blog

Monday, November 18, 2013

34 maut banjir di Vietnam


Seorang anggota penyelamat membantu seorang wanita turun dari bot, ketika usaha pemindahan dilakukan berikutan banjir yang melanda wilayah Binh Dinh, tengah Vietnam, kelmarin. - AFP
HANOI 17 Nov. - Sekurang-kurangnya 34 orang maut dan 11 lagi masih hilang dalam kejadian banjir dan tanah runtuh yang berlaku di beberapa wilayah tengah di Vietnam sejak kelmarin.
Pegawai pengurusan bencana, Nguyen Hoai Phuong berkata, kejadian itu turut menyebabkan kira-kira 80,000 penduduk terpaksa dipindahkan.
Malah, Hoai Phuong berkata, usaha pihak tentera dan polis yang dikerahkan membantu penduduk kampung tergendala selepas jalan-jalan utama ditenggelami air.
Jelasnya, seramai tiga orang maut dan tiga lagi masih hilang selepas banjir melanda wilayah Quang Ngai yang turut menyebabkan 64,500 penduduk terpaksa berpindah.
"Kira-kira 16,600 penduduk di wilayah jiran, Quang Nam pula terpaksa dipindahkan ke pusat perlindungan sementara selepas banjir menyebabkan seorang maut dan seorang lagi masih hilang.
"Kejadian kali ini menyebabkan kira-kira 60 hingga 80 peratus kawasan di bandar Hoi An dan dua lagi daerah ditenggelami air," katanya.
Wilayah yang paling teruk terjejas, Binh Dinh mencatatkan 12 kematian dan dua lagi penduduk masih hilang.
Laporan media tempatan menyebut, tiga lagi kematian dan dua kes penduduk hilang dilaporkan berlaku di tiga wilayah tengah yang lain. - AGENSI/AFP


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20131118/lu_05/34-maut-banjir-di-Vietnam#ixzz2l0qVYqDP
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Lelaki Uighur ditembak mati


Sekumpulan anggota separa tentera, meronda di sekitar jalan-jalan di Kashgar, Xinjiang, yang sering menjadi lokasi rusuhan etnik di China, pada 30 Jun lalu. - REUTERS
BEIJING 17 Nov. - Sembilan lelaki yang menyerang sebuah balai polis menggunakan kapak dan pisau ditembak mati di wilayah bergolak Xinjiang, semalam, selepas mereka didakwa membunuh dua anggota polis.
Serangan berlaku kira-kira pukul 5.30 petang (5.30 petang waktu Malaysia) di Serikbuya, daerah Bachu, lapor agensi berita Xinhua hari ini.
Menurut Xinhua, dua lagi anggota polis turut cedera dalam insiden itu, tetapi tiada butiran terperinci diberikan.
Namun, jurucakap Kongres Uighur Sedunia, Dilxat Raxit berkata, kumpulan lelaki yang merupakan etnik Uighur itu sedang melakukan tunjuk perasaan dan menuduh polis yang menyebabkan berlakunya keganasan.
Katanya, selain kematian itu, berpuluh-puluh lagi etnik Uighur yang mengadakan tunjuk perasaan turut ditahan.
"Saya sekali lagi menggesa masyarakat dunia untuk mengambil tindakan segera bagi menghentikan tindakan kerajaan China melepaskan tembakan terhadap penunjuk perasaan Uighur.
"Penduduk Islam Xinjiang telah dihalang daripada menggunakan kaedah yang sah di sisi undang-undang dan mempertahankan hak mereka," kata jurucakap kumpulan yang beribu pejabat di Munich, Jerman itu.
Laporan insiden itu berlaku ketika ketegangan di wilayah Xinjiang memuncak ekoran serangan di Dataran Tiananmen, Beijing pada hujung bulan lalu, yang didakwa kerajaan dilakukan oleh 'pengganas dari wilayah ini'. - AFP


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20131118/lu_03/Lelaki-Uighur-ditembak-mati#ixzz2l0pIlfle
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Restoran nasi kandar dibuka semula


IPOH: Selepas diarahkan ditutup berikutan masalah kebersihan Khamis lalu, Restoran Nasi Kandar Ayam Merah atau lebih popular dengan panggilan 'Nasi Ganja' atau 'Nasi Vanggey' di Jalan Yang Kalsom di sini, dibenarkan beroperasi semula hari ini.

Pengarah Kesihatan Negeri, Datuk Dr Nordiyanah Hassan, berkata, restoran itu dibenarkan beroperasi semula selepas memenuhi spefikasi dan prosedur ditetapkan mengikut Akta Makanan 1983 dan Akta Peraturan Makanan 1986.


Pengurus Restoran berkenaan, Mohamed Nihmatullah Syed Mustafa, berkata, pihaknya mengucapkan terima kasih kepada kerajaan negeri, Pejabat Kesihatan Daerah Kinta dan pihak lain yang menyokong pembukaan semula premis itu dan kepercayaan penuh orang ramai terhadap perniagaanya, katanya pada sidang media selepas restorannya dibuka semula hari ini.

Foto
Restoran Nasi Kandar Ayam Merah dibuka semula di Jalan Yang Kalsom

Restoran nasi kandar dibuka semula


IPOH: Selepas diarahkan ditutup berikutan masalah kebersihan Khamis lalu, Restoran Nasi Kandar Ayam Merah atau lebih popular dengan panggilan 'Nasi Ganja' atau 'Nasi Vanggey' di Jalan Yang Kalsom di sini, dibenarkan beroperasi semula hari ini.

Pengarah Kesihatan Negeri, Datuk Dr Nordiyanah Hassan, berkata, restoran itu dibenarkan beroperasi semula selepas memenuhi spefikasi dan prosedur ditetapkan mengikut Akta Makanan 1983 dan Akta Peraturan Makanan 1986.


Pengurus Restoran berkenaan, Mohamed Nihmatullah Syed Mustafa, berkata, pihaknya mengucapkan terima kasih kepada kerajaan negeri, Pejabat Kesihatan Daerah Kinta dan pihak lain yang menyokong pembukaan semula premis itu dan kepercayaan penuh orang ramai terhadap perniagaanya, katanya pada sidang media selepas restorannya dibuka semula hari ini.

Foto
Restoran Nasi Kandar Ayam Merah dibuka semula di Jalan Yang Kalsom

8 penunggang lalok ditahan


Ampang: Lapan penunggang motosikal yang menunggang di bawah pengaruh dadah ditahan dalam Ops Bersepadu/ Terancang Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang awal pagi semalam.

Dalam operasi yang bermula jam 12.10 tengah malam hingga 5.45 pagi itu, lima daripada mereka didapati positif dadah syabu dan tiga lagi positif dadah jenis THC.


Ketua Polis Daerah Ampang, Asisten Komisioner Amiruddin Jamaluddin berkata, operasi membabitkan lapan pegawai dan 92 anggota dari semua bahagian itu tertumpu di dua kawasan iaitu di Jalan Lingkaran Tengah 2(MRR2) menghala ke Cheras dan sekitar Pandan Perdana.



Menurutnya, dalam operasi itu 38 motosikal ditahan membabitkan 45 penunggang dan pembonceng motosikal.


“Hasil ujian air kencing lapan penunggang yang berada dalam keadaan khayal akibat pengaruh dadah ditahan mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.


“Sejumlah 14 motosikal pula disita kerana tidak memiliki lesen dan 34 saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan jalan raya,” katanya.

8 penunggang lalok ditahan


Ampang: Lapan penunggang motosikal yang menunggang di bawah pengaruh dadah ditahan dalam Ops Bersepadu/ Terancang Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang awal pagi semalam.

Dalam operasi yang bermula jam 12.10 tengah malam hingga 5.45 pagi itu, lima daripada mereka didapati positif dadah syabu dan tiga lagi positif dadah jenis THC.


Ketua Polis Daerah Ampang, Asisten Komisioner Amiruddin Jamaluddin berkata, operasi membabitkan lapan pegawai dan 92 anggota dari semua bahagian itu tertumpu di dua kawasan iaitu di Jalan Lingkaran Tengah 2(MRR2) menghala ke Cheras dan sekitar Pandan Perdana.



Menurutnya, dalam operasi itu 38 motosikal ditahan membabitkan 45 penunggang dan pembonceng motosikal.


“Hasil ujian air kencing lapan penunggang yang berada dalam keadaan khayal akibat pengaruh dadah ditahan mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.


“Sejumlah 14 motosikal pula disita kerana tidak memiliki lesen dan 34 saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan jalan raya,” katanya.

Amah diarah jalani pemeriksaan mental


Kota Bharu: Mahkamah Tinggi, di sini, semalam memerintahkan seorang pembantu rumah warga Indonesia, Wilfrida Soik, 23, yang didakwa membunuh majikannya tiga tahun lalu menjalani pemeriksaan mental selama sebulan di Hospital Permai, Johor Bahru.

Hakim Datuk Ahmad Zaidi Ibrahim membuat keputusan itu selepas membenarkan permohonan peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah yang mahu pemeriksaan dijalankan terhadap anak guamnya untuk mengetahui tahap mentalnya ketika kejadian.


Mengikut pertuduhan Wilfrida didakwa membunuh Yeap Seok Pen, 60, dalam kejadian di Kampung Chabang Empat Tok Uban, Pasir Mas pada Disember 2010.



Dalam kejadian jam 12.30 tengah hari itu, tertuduh yang baru bekerja dua minggu di rumah mangsa didakwa menggunakan senjata tajam menyebabkan kecederaan parah di muka mangsa sehingga menyebabkan kematian.


Pendakwaan dikemukakan mengikut Seksyen 302, Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati.


Mahkamah menetapkan 29 Disember depan untuk sebutan semula kes untuk mengetahui keputusan laporan mental berkenaan. Tarikh berkenaan turut ditetapkan untuk perbicaraan bagi permohonan pembelaan yang memohon untuk memanggil semula beberapa saksi pendakwaan memberi keterangan di mahkamah.

Dalam prosiding semalam, Muhammad Shafee memohon kepada mahkamah mengeluarkan satu perintah mengikut Seksyen 342, Kanun Acara Jenayah supaya tertuduh dihantar ke Hospital Permai untuk mengetahui status mental ketika kejadian berlaku.


“Saya dan pendakwaan berbincang dan mendapat persetujuan permohonan tidak akan dibantah di atas aku janji berkenaan pembayaran ditanggung pembelaan jika diperlukan.

“Kami juga mendapat kebenaran dari pengarah hospital berkenaan untuk Pakar Perunding Psikiatari Dr Badi’ah Yahya menjalankan pemeriksaan terhadap tertuduh,” katanya.


Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Julia Ibrahim tidak mengemukakan sebarang bantahan terhadap permohonan berkenaan.


Dalam prosiding sama, Muhammad Shafee turut mengemukakan keputusan laporan analisis yang dijalankan pakar di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian mengesahkan tertuduh berusia antara 16 dan 18 tahun ketika kejadian.


“Keputusan ini berbeza dengan usia sebenar mangsa yang tercatat di dalam pasportnya. Ini (keputusan) amat signifikan sebab jika laporan ini diterima mahkamah bermakna Wilfrida seorang kanak-kanak dan impaknya amat serius kepada hukuman jika didapati bersalah,” katanya.

Ditahan selepas 2 tahun guna kad pengenalan palsu


Kuala Lumpur: Selepas hampir dua tahun dua lelaki warga Filipina menggunakan MyKad palsu untuk bekerja sebagai pengawal keselamatan dan pekerja pasar raya, kesalahan itu akhirnya terbongkar apabila ditahan akibat tidak memiliki lesen memandu, kelmarin.

Kedua-dua lelaki berusia 26 dan 37 tahun itu yang menggunakan MyKad palsu beralamat di Sabah ditahan dalam sekatan jalan raya di Jalan Kepong, di sini.


Operasi itu diketuai Inspektor Mohd Rosmani dari Bahagian Kuatkuasa Polis Trafik Kuala Lumpur bersama Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).



Pegawai Turus Kuat Kuasa dan Operasi Trafik Kuala Lumpur Deputi Superintendan A Asmadi Abdul Aziz berkata, selepas gagal menunjukkan lesen memandu, kedua-dua suspek itu memberikan MyKad masing-masing.

‘Orang’ JPN dicekup


Segamat: Seorang lelaki warga Indonesia yang dipercayai menggunakan MyKad seorang rakan dari Sabah untuk menipu pemeriksaan polis di sebuah hotel bajet di Jalan Salim, di sini, semalam.

Dalam kejadian jam 1.20 pagi itu, suspek berusia 29 tahun turut mendakwa parut suntikan Bacille Calmette et Guemin (BCG) di bahunya hilang akibat terjatuh dalam kemalangan motosikal beberapa bulan lalu, namun helahnya berjaya dikesan polis yang melakukan pemeriksaan.


Ketua Polis Daerah Segamat Superintendan Mohd Kamil Sukarmi berkata, sepasukan anggota polis Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Segamat melakukan serbuan di hotel itu selepas menerima maklumat berkaitan seorang lelaki dalam keadaan mencurigakan.



Menurutnya, ketika pemeriksaan, lelaki terbabit gagal menunjukkan kesan suntikan BCG di bahu kiri ketika diminta anggota polis dengan memberikan alasan ia hilang akibat luka kerana terjatuh beberapa bulan lalu.


“Sebelum itu, lelaki itu mendakwa memiliki MyKad, namun anggota kami mengesyaki sesuatu apabila suspek gagal menyebut tarikh kelahirannya selain berdolak-dalik apabila ditanya.


“Pemeriksaan rapi mendapati MyKad dipamerkan itu menggunakan gambar individu lain sebelum suspek mengakui ia sebenarnya milik rakan dari Sabah,” katanya.

Menurutnya, lelaki itu dipercayai terbabit dalam kegiatan jenayah di sekitar Segamat dan kini ditahan bagi membantu siasatan.


Sementara itu Pengarah Hospital Segamat, Dr Aman Rabu berkata, semua bayi berusia seminggu dilahirkan di Malaysia dan mempunyai ibu bapa warga tempatan diwajibkan mengambil suntikan BCG bagi mencegah penularan penyakit Tuberculosis (TB).

Lelaki parah ditimpa pokok


Klang: Seorang lelaki cedera parah di kepala akibat dihempap sebatang pokok dalam kejadian di Jalan Klinik, Kapar, di sini, kelmarin.

Dalam kejadian pada jam 1 tengah hari itu, mangsa berusia 30-an sedang menunggang motosikal seorang diri melalui tempat kejadian apabila sebatang pokok tua tiba-tiba tumbang lalu menghempapnya.


Menurut saksi, Rahman Saat, 50, ketika kejadian dia bersama beberapa rakan sedang minum di gerai berhampiran sebelum melihat pokok tumbang sebelum menghempap mangsa.



“Mujur mangsa memakai topi keledar, kalau tidak mungkin kecederaan dialami lebih parah. Itu pun topi keledarnya tercampak akibat dihempap pokok berkenaan.


“Ketika kejadian, cuaca tidak hujan malah angin pun tiada, mungkin keadaan pokok sudah tua mengakibatkan dahannya rapuh dan tumbang,” katanya.


Menurutnya, orang ramai mengalihkan pokok itu sebelum menghubungi ambulans yang membawa mangsa ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang (HTAR).

Mangsa samun ditinggal tangan bergari


Bentong: “Ketika ditinggalkan seorang diri dalam ladang sawit sambil tangan bergari, saya hanya fikir akan mati dibaham binatang buas sebelum membayangkan wajah sedih isteri bersama tiga anak,” demikian kata seorang lelaki, Alan Ng, 43, menceritakan pengalaman menakutkan selepas menjadi mangsa samun tiga lelaki menyamar sebagai polis, pada 13 November lalu.

Dalam kejadian jam 5.15 petang itu, mangsa dari Mentakab, dekat Temerloh ditinggalkan di dalam ladang sawit di Puncak Alam, Selangor, selepas dibawa tiga suspek terbabit sebelum suspek melarikan wang tunai RM1,200 bersama kereta Mercedes Benz bernilai RM350,000.


Menceritakan semula kejadian itu, Alan berkata, dia dalam perjalanan pulang ke Temerloh dari Genting Sempah, di sini, selepas bertemu rakan ditahan tiga lelaki yang memintas kenderaannya ketika melalui Lebuhraya Karak-Bentong.



Menurutnya, ketiga-tiga lelaki terbabit kemudian memperkenalkan diri sebagai anggota polis sebelum seorang daripada ‘anggota’ terbabit bertindak menggari kerana menuduhnya along.


Katanya, akibat terkejut dengan tindakan tanpa bukti kukuh itu, dia bertindak membuka pintu kereta dan bergegas melarikan diri sambil menjerit meminta bantuan orang awam, namun tiada sesiapa yang tampil membantu.


Alan berkata, lebih malang lagi, beberapa orang awam yang menyaksikan kejadian itu sempat merakam gambar dan bertindak menahannya sebelum menyerahkan kepada suspek kerana menyangka mereka adalah polis.

“Ketika itu, ramai yang sangka saya adalah penjenayah dikehendaki sebelum tiga suspek terbabit mengarahkan saya masuk ke dalam kereta lalu beredar dari tempat kejadian.


“Sepanjang perjalanan menghala ke Puncak Alam, Selangor, saya merayu supaya dilepaskan, namun lelaki terbabit meminta saya tidak membuat bising selain mengugut dengan pistol jika enggan mengikut arahan mereka.

“Setibanya di ladang sawit berkenaan, seorang daripada lelaki itu membuka gari besi sebelum menggari semula tangan dengan menggunakan gari plastik,” katanya yang mengusahakan sebuah pusat jualan kereta terpakai di Temerloh.


Menurutnya, dia terpaksa mengambil masa kira-kira lima minit untuk membuka gari plastik berkenaan sebelum berjalan keluar dari ladang berkenaan sejauh 100 meter, kira-kira jam 11.30 malam, hari sama.


Bagaimanapun, katanya, dia bersyukur apabila dibantu orang awam yang menemuinya berjalan seorang diri dalam keadaan tidak terurus sebelum menceritakan kejadian yang berlaku.


Alan berkata, pada masa sama, dia kemudian menghubungi abangnya untuk meminta bantuan sebelum tampil membuat laporan berhubung kejadian di Balai Polis Bukit Tinggi, di sini.

Lima suspek direman enam hari


Kota Tinggi: Mahkamah Majistret Johor Bahru, di sini, semalam, membenarkan polis menahan reman lima polis bantuan berusia 24 hingga 33 tahun bagi membantu siasatan kes kematian pelatih Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (PUSPEN) Ladang Tradewinds, Bandar Perani, di sini, Jumaat lalu.

Majistret Analia Kamaruddin membenarkan polis menahan reman lima suspek berkenaan selama enam hari bermula semalam bagi membantu siasatan.


Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Kota Tinggi Deputi Superintendan Low Han Seng berkata, semua polis bantuan itu direman enam hari hingga Jumaat ini (22 November 2013) bagi membantu siasatan.



Menurutnya, pihaknya menerima laporan berkaitan kejadian itu daripada Pegawai Perubatan PUSPEN pada hari sama mangsa dilaporkan meninggal dunia, Jumaat lalu.


“Berikutan itu, sepasukan polis dikejarkan ke lokasi dan hasil siasatan kami menahan lima polis bantuan bagi membantu siasatan.


“Kami difahamkan ada kesan luka pada tubuh mangsa, namun tidak boleh mengulas lanjut kerana kes masih dalam siasatan,” katanya.

Sementara itu, jurucakap PUSPEN ketika dihubungi enggan mengulas lanjut kejadian berkenaan.


“Kami tidak dapat memberi sebarang maklumat kerana kes ini masih disiasat polis.

“Semua maklumat adalah sulit,” katanya.


Mangsa berusia 38 tahun pada awalnya dirujuk ke Hospital Kota Tinggi (HKT) pada jam 12 tengah malam, Jumaat lalu, sebelum dirujuk ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) dua jam kemudian.


Mangsa meninggal dunia pada jam 10.45 pagi Jumaat lalu, dengan kesan luka dan lebam di beberapa anggota badan dipercayai akibat dipukul menggunakan senjata tumpul.

Kali kedua tak selamat


Marang: Selepas terselamat dalam kemalangan sesama sendiri ketika menunggang motosikal bersama rakan dua bulan lalu, seorang remaja lelaki berusia 15 tahun sekali lagi terbabit dalam kemalangan ketika ‘bermain’ motosikal bersama rakan, malam kelmarin, namun kali ini dia maut akibat cedera di kepala dan muka.

Dalam kejadian jam 10.10 malam itu, mangsa, Mohd Adhwa Zakaria dari Kampung Masjid Rusila, di sini, kira-kira satu kilometer dari tempat kejadian meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), Kuala Terengganu jam 4.10 pagi semalam selepas enam jam dimasukkan ke hospital berkenaan.


Kemalangan di depan sebuah restoran di Rusila, di sini, berlaku apabila mangsa dipercayai menunggang motosikal dalam keadaan laju bersama rakannya secara bersaing gagal mengelak sebelum melanggar bahagian tepi kanan kenderaan pelbagai guna Toyota Avanza yang mahu membuat pusingan U sebaik keluar dari kawasan restoran berkenaan.



Ketika kejadian, mangsa menunggang Honda EX5, manakala rakannya, Ahmad Annajmi Johari, 15, dari Taman Medan Jaya, di sini, menunggang Honda C70 dari arah Chendering ke bandar Marang. Rempuhan kuat itu menyebabkan mangsa cedera parah di kepala, manakala Ahmad Annajmi yang sempat mengelak dan terbabas ke kiri jalan, turut mengalami kecederaan dan dikejarkan ke HSNZ untuk rawatan kecemasan.


Saksi kejadian, Amir Sidiq, 16, berkata, ketika kejadian, dia bersama ibunya sedang makan di restoran berkenaan dan terkejut apabila terdengar dentuman kuat lalu bergegas ke tempat kemalangan.


Katanya, sebaik tiba di tempat kejadian, dia terkejut apabila mendapati kedua-dua mangsa yang menunggang motosikal memang dikenalinya.

Muslihat suami baru


Kuala Lumpur: Seorang wanita beranak satu kini meringkuk dalam penjara di Thailand dan berdepan hukuman penjara seumur hidup, didakwa akibat diperdaya suami baru yang menjadikannya keldai dadah.

Norzawati Ramli, 36, dari Kampung Bukit Merah, Tanah Merah, Kelantan yang baru berkahwin tiga bulan dengan suami barunya warga Thailand ditahan polis negara itu kerana dikatakan memiliki 26 kilogram dadah jenis syabu.


Sumber berkata, ketika kejadian itu, mangsa yang baru berkahwin dibawa ke Hatyai oleh suaminya untuk berbulan madu. Menurutnya, mangsa ditahan dalam serbuan di sebuah hotel di Hatyai, 14 Mei lalu dan kini ditempatkan dalam tahanan di Penjara Wanita Ngam Wong Wan, Bangkok. “Nasib mangsa masih belum diketahui berikutan kesnya masih dalam proses perbicaraan di Mahkamah Thailand,” katanya kepada Harian Metro.



Sumber itu berkata, mangsa ditahan selepas suaminya dicekup di lokasi berasingan memaklumkan kepada polis dadah yang ditemui bersamanya dalam serbuan itu bukan miliknya sebaliknya ia milik mangsa.


Menurutnya, suami mangsa sebelum ini memberitahu dia bekerja sebagai kontraktor mendapat kontrak membawa kereta baru dari Bangkok ke Hatyai.


Sementara itu, adik mangsa, Nordiana, 29, yang dihubungi Harian Metro berkata, kakaknya yang dipanggil Kak Long berkahwin dengan lelaki Thailand itu sebaik saja habis tempoh edah bercerai dengan suami terdahulu.

“Ketika ayah berjumpanya di penjara, Kak Long meraung dan merayu ayah membantunya kerana dia tak tahu apa-apa berkaitan dadah yang dikatakan miliknya,” katanya.


“Kak Long juga sedih dan mengaku memang berdosa kerana sebelum ini dia tidak mendengar nasihat orang tua kami,” katanya.

Menurutnya, pada Mei lalu iaitu selepas tiga bulan berkahwin, Kak Long membawa anak tunggalnya berusia 10 tahun untuk dijaga sementara oleh emak sebab dia mahu mengikut suami barunya bercuti di Thailand sambil bekerja.


“Kak Long memberitahu suami barunya itu dapat kontrak membawa kenderaan baru dari Bangkok untuk dihantar ke Hatyai.


“Namun, selepas 10 hari berada di Thailand, kami terkejut apabila mendapat panggilan daripada seorang lelaki memaklumkan Kak Long ditangkap di Hatyai berkaitan kes dadah,” katanya.


“Lelaki itu memberitahu Kak Long kini ditahan di penjara ‘Womens Correctional Institution’ di Lardyao, Chatujak, Bangkok,” katanya.


Nordiana mendakwa, selepas penahanan kakaknya terbongkar dan kecoh, baru mereka sekeluarga mendapat tahu daripada jiran kak long selalu dipukul suami barunya itu termasuk pada malam pemergian sebelum bertolak ke Thailand.


Beliau berkata, ayahnya, Ramli Daud, 60, berusaha mencari wang dan pergi ke Thailand untuk berjumpa dengan Norzawati di penjara berkenaan. “Menurut peguam, Kak Long ditahan berseorangan di dalam bilik hotel tanpa dadah berkenaan dan ia susulan penahanan lima lelaki termasuk suaminya di lokasi lain.


“Bagaimanapun, suami Kak Long mendakwa dadah dirampas itu milik Kak Long,” katanya.


Menurutnya, sebelum ini ayah dan ibu mereka, Rahimah Taib, 61, memang tidak merestui perkahwinan Kak Long dengan suami barunya itu, tetapi mereka tetap meneruskan pernikahan di Selatan Thailand.


“Kak Long berkenalan dengan suaminya itu yang bekerja kontrak di kampung kami,” katanya.


Nordiana berkata, kali terakhir keluarga menerima surat daripada Kak Long sebelum Ramadan lalu. “Dia rindu nak balik, dia nak sujud di kaki emak dan ayah, malah terlalu rindu nak peluk anak perempuan tunggalnya. “Saya kasihan nasib anaknya itu. Kawan-kawan mengata sedangkan ibunya dianiaya suami sendiri menjadi keldai dadah.


“Saya sekeluarga mohon mana-mana pihak dapat membantu kakak saya,” katanya.


Sementara itu, Konsular Kedutaan Besar Malaysia di Thailand Roszaini Che Pee ketika dihubungi berkata, dia dimaklumkan perbicaraan kes Norzawati belum diputuskan Mahkamah Keadilan di Ratchadaphisek, Bangkok.


Dalam perkembangan berkaitan, Roszaini berkata, seramai 408 banduan rakyat Malaysia dipenjarakan di Thailand dan lebih 90 peratus membabitkan kes dadah manakala bakinya berkaitan penipuan kad kredit.

Gempur ‘port’ pendatang


Shah Alam: Pendatang asing tanpa izin terus digempur Jabatan Imigresen Selangor bagi memastikan warga asing yang ada di negeri ini memiliki dokumen dan permit kerja yang disahkan kerajaan.
Dalam operasi terbaru kelmarin di beberapa lokasi di Cheras dan Puchong, seramai 15 warga asing termasuk seorang wanita yang melakukan pelbagai kesalahan mengikut Akta Imigresen ditahan.

Warga asing yang ditahan didapati bekerja di kawasan perumahan, kondominium dan premis perniagaan selain menetap di kawasan pangsapuri berkenaan memandangkan ia sudah menjadi lokasi warga asing melepak sehingga menimbulkan ketidakselesaan dalam kalangan penduduk setempat.
Timbalan Penolong Pengarah Operasi Jabatan Imigresen Selangor Othman Montil berkata, Ops 6P yang dijalankan selama lebih lima jam bermula 9.30 malam itu menahan seramai 15 warga asing masing-masing 14 lelaki dan seorang wanita terdiri daripada warga Nepal, India, Filipina, Nigeria dan Pakistan.

Menurutnya, warga asing yang ditahan berusia antara 17 dan 38 tahun didapati melakukan pelbagai kesalahan seperti tinggal lebih masa, menyalahgunakan permit kerja dan tidak memiliki dokumen perjalanan yang sah.

“Kawasan serbuan adalah antara lokasi tumpuan penempatan warga asing, walau sudah banyak operasi dijalankan, masih terdapat warga asing yang berdegil dan terus melanggar undang-undang Imigresen negara ini.
Foto
TIGA pengawal keselamatan warga asing ditahan dalam serbuan Jabatan Imigresen Selangor.
“Jabatan Imigresen akan terus menyerbu lokasi tumpuan warga asing dan memastikan mereka tidak terlepas daripada tindakan undang-undang sekiranya didapati menyalahi Akta Imigresen,” katanya.

Beliau berkata, semua yang ditahan akan dihantar ke Depoh Tahanan Sementara Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) untuk siasatan lanjut.
Katanya, warga asing terbabit akan disiasat mengikut Akta Imigresen 1963/59 kerana tidak memiliki dokumen perjalanan yang sah, tinggal lebih masa dan menyalah gunakan permit kerja.

Mati cuba bolos


Kota Tinggi: Berang selepas seorang pelatih Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (PUSPEN) Ladang Tradewinds, Bandar Perani, di sini, cuba melarikan diri, sekumpulan polis bantuan pusat berkenaan dikatakan memukul pelatih itu hingga maut dalam kejadian tengah malam, Jumaat lalu.
Difahamkan, pelatih lelaki berusia 38 tahun itu melarikan diri dari pusat berkenaan beberapa jam sebelum itu sebelum sekumpulan polis bantuan menemuinya di kawasan berhampiran lalu memukulnya menggunakan senjata tumpul.
Mangsa dikatakan cuba melarikan diri ke sebuah kebun kelapa sawit di kawasan berhampiran, tetapi ditahan semula.

Selepas ditahan dan dipercayai dipukul, mangsa dikatakan dihantar semula ke sel tahanan pusat pemulihan itu sebelum ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri dan bersandar di dalam bilik berkenaan.
Foto
LIMA suspek direman untuk membantu siasatan kematian pelatih PUSPEN Ladang Tradewinds, Jumaat lalu.

Panik dengan keadaan mangsa yang tidak bermaya, pengurusan PUSPEN dikatakan menghantar mangsa ke Hospital Kota Tinggi (HKT) pada jam 12 tengah malam Jumaat lalu, sebelum mangsa dirujuk ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) dua jam kemudian.

Dugaan suami dari Lombok

Rawang: Kerap dihebahkan mengenai pemuda dari Lombok, Indonesia menculik dan melarikan wanita negara ini, namun lain halnya dengan seorang lelaki dari daerah berkenaan apabila isterinya pula didakwa dilarikan lelaki warga Pakistan.
Yusdi Putra, 42, dari Bukit Beruntung, dekat sini mendakwa isterinya, Siti Rohani Abdul Rasid, 36, wanita warga tempatan yang dikahwini sembilan tahun lalu, menghilangkan diri bersama teman lelakinya itu, sejak tiga bulan lalu.
Menurutnya, dia sedih dan kecewa dengan tindakan isterinya yang tergamak meninggalkan tiga anak berusia satu hingga lima tahun yang kini sering mengalami masalah kesihatan akibat rindukan ibu mereka.

Yusdi berkata, dia begitu mengharapkan isterinya pulang dan menjalankan tanggungjawab sebagai ibu kepada anak mereka, Yusfarhani, 5; Yusmayusaini, 4 dan Yusfaizal Nofal, setahun.
Foto
YUSDI menceritakan mengenai kehilangan isterinya (gambar kecil).

“Sedih bila saya melihat anak-anak. Setiap hari mereka melihat gambar ibu mereka dan berharap dia segera pulang.

Suami isteri didakwa merompak


KUALA LUMPUR: Pasangan suami isteri dihadapkan ke Mahkamah Sesyen atas 11 pertuduhan samun dan merompak lebih sepuluh mangsa, sepanjang September dan Oktober lalu.

Pemandu teksi, B Sulinder dan isterinya, B Harvinderjit menggunakan modus operandi merompak penumpang teksi mereka dengan bersenjatakan pisau.


Kedua-dua mereka tidak mengaku bersalah dan mohon dibicarakan selepas pertuduhan dibacakan di dua mahkamah berasingan.

Tiga Pegawai JPJ dituduh rasuah


IPOH: Tiga pegawai Penguatkuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini, atas tuduhan rasuah yang dilakukan pada Mei dua tahun lalu.

Tertuduh Mohd Fahmi Hassim, 26, Shafik Affandi Zainal Abidin, 41, dan Norzalizam Mohamad,36, mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan selepas pertuduhan dibacakan dihadapan Hakim Rushan Lutfi Mohamed.


Mereka didakwa bersama-sama meminta suapan berjumlah RM3,200 daripada dua beradik, Abdul Halim Bokhari dan Zainudin Bokhari di persimpangan Jalan Lintang-Lasah menghala masuk ke sebuah estet, Sungai Siput dekat sini pada 28 Mei 2011 kira-kira jam 11 pagi.

Rushan membenarkan kesemua tertuduh diikat jamin sebanyak RM4,000 setiap seorang dan menetapkan sebutan semula kes pada 20 Disember ini.

Kubur kena sita

Hordaland, Norway: Pengunjung sebuah tanah perkuburan Mollendal di Bergen, Hordaland terkejut melihat ratusan batu nisan disarung dengan beg hitam, semalam.
Setiap beg dilekatkan notis amaran lewat bayaran, mengingatkan keluarga si mati batu nisan terbabit akan dipindahkan dalam tempoh terdekat jika mereka gagal menyelesaikan bayaran tertunggak penyelenggaraan tanah perkuburan.

Tindakan luar jangkaan di tanah perkuburan itu dilaksana pengurusan syarikat Akasia yang dilantik menyelenggara kawasan terbabit.
Kira-kira 670 perkuburan dilapor memperoleh amaran daripada pengurusan syarikat itu.

Undang-undang menetapkan, majlis perbandaran akan menanggung kos penyelenggaraan dan sewa untuk 25 tahun pertama bagi keranda dan 20 tahun pertama bagi pasu menyimpan abu mayat bagi setiap penduduk yang dikebumikan di sebuah tanah perkuburan.

Selepas tempoh itu, keluarga si mati perlu membawa kos penyelenggaraan tahunan, 518 krone (RM217) untuk sebuah keranda dan 363 krone (RM190) untuk sebuah pasu.
Foto
KEBANYAKAN batu nisan disarungkan beg hitam di sebuah tanah perkuburan di Bergen, Hordaland.
Kegagalan untuk memenuhi syarat itu boleh menyebabkan batu nisan terbabit dialih dan dimusnahkan.

Namun, tidak dapat dipastikan apa yang akan dilakukan terhadap mayat dan laman web Akasia menyatakan: “Kubur berkenaan sudah tamat tempoh dan boleh digunakan lagi.” Sebelum mengambil tindakan itu, pengurusan syarikat melekatkan notis pada batu nisan dan dibiarkan enam bulan sebelum beg hitam itu disarungkan. - Agensi

34 korban banjir


Hanoi: Sekurang-kurangnya 34 orang terbunuh dan 11 lagi hilang dalam banjir besar yang melanda tengah Vietnam.

Rakaman yang disiarkan oleh televisyen negara itu menunjukkan rumah dan jalan raya di bandar Hoi An dan Hui, kedua-duanya disenaraikan oleh UNESCO sebagai Tapak Warisan Dunia ditenggelami air.


Beratus-ratus pelancong terpaksa diselamatkan dari kedua-dua kawasan berkenaan sejak beberapa hari lalu.



Pegawai tempatan juga menyifatkan bencana itu sebagai yang terburuk berlaku di negara itu sejak 1999.

Peluk Islam palsu


Jakarta: Seorang aktor drama Indonesia menimbulkan kemarahan Barisan Pembela Islam (FPI) kerana laporan palsu pemelukan Islamnya.

Jonas Rivanno Wattimena dilapor memeluk Islam di Masjid An Nur di Depok, Jawa Barat awal tahun ini.


Majlis Ulamak Indonesia (MUI) turut didakwa mengesahkan laporan itu dengan mengeluarkan dokumen rasmi mengisytihar berita itu.

Namun Jonas yang beragama Kristian sejak lahir menafikan dakwaan itu 30 Oktober lalu.


Menurut Jonas, khabar angin itu menyebabkan keluarganya sedih dan memaksanya membuat kenyataan rasmi di Kota Wisata, Cibubur, Jakarta Timur.


“Upacara mengucap syahadah itu tidak pernah berlaku. Saya masih menganut Kristian,” katanya kepada akhbar Tempo.

Tunangnya Asmirandah Zantman beragama Islam dan didakwa menjadi saksi upacara itu turut menafikan majlis itu berlangsung.

Mereka berdua dijadual melangsungkan perkahwinan Januari depan.

Penafian itu menimbulkan kemarahan FPI yang menuntut aktor itu memohon maaf secara terbuka.

“Saya harap tiada siapa mempermainkan agama,” kata Ketua FPI Cawangan Depok Idrus Al Gadri.

“Isu ini berkatian fahaman agama dan mungkin berbahaya. Kami menuntut Jonas memohon maaf kerana menipu atau akan mengambil tindakan undang-undang untuk mendakwa dia menipu,” kata Idrus.

Keluarga pelakon berusia 26 tahun itu menghubungi FPI dengan harapan tindakan undang-undang itu tidak diteruskan.

“Kami tetap mahu Jonas memohon maaf kerana dia menyakiti hati orang Islam,” kata Idrus lagi.

Jika bersalah Jonas boleh dihukum penjara maksimum lima tahun. Bagaimanapun polis Depok enggan melancarkan siasatan. - Agensi

Lebih banyak mayat ditemui

Tacloban: Lebih banyak mayat ditemui semalam, sembilan hari selepas taufan Haiyan yang membawa angin kencang dan ombak seperti tsunami melanda ibu negeri wilayah Leyte ini.
Dalam laporannya kepada Setiausaha Dalam Negeri, Mar Roxas yang juga pengerusi bersama Majlis Bencana Kebangsaan, Biro Perlindungan Kebakaran (BFP) berkata, 780 mayat ditemui semalam. 
Selain 83 mayat yang masih ‘diproses’, baki mayat berkenaan sudah dikebumikan secara beramai-ramai.

Bagaimanapun, daripada jumlah itu, hanya 48 berjaya dikenal pasti.

Pengarah BFP wilayah timur Pablito Cordeta berkata, 780 mayat itu ditemui di beberapa kampung di sekitar Tacloban, daerah paling teruk terjejas akibat taufan Haiyan atau dikenali Yolanda di kalangan penduduk tempatan.

Setakat ini, pasukan khas yang diketuai oleh Cordeta sendiri sudah menemui 1,199 mayat dengan 1,095 daripada mereka tidak dapat dikenali.

Menurutnya, pasukan itu merakam gambar mangsa dan mengambil sampel DNA untuk membantu proses pengecaman pada masa hadapan.

Sehingga semalam, angka rasmi kematian akibat bencana itu 3,725 orang sementara 17,821 cedera dan 1,567 orang lagi hilang. - Agensi

Rantai anak angkat, bangkai ayam di leher

Washington: Seorang pekerja Jabatan Kebajikan Carolina Utara ditahan pihak berkuasa selepas anak angkatnya ditemui di rantai di anjung rumah dengan bangkai ayam digantung di lehernya.
Timbalan Sherif Monroe berkata, budak lelaki berusia 11 tahun itu ditemui menggigil bersendirian selepas dirantai di buku lalinya.

Sherif Eddie Cathey terkejut dan memberi jaminan melancarkan siasatan penuh terhadap kes itu.
Pihak berkuasa menerima aduan daripada jiran yang melihat budak lelaki itu dan selepas siasatan dilakukan, lima budak dipindahkan dari rumah itu.

Seorang lelaki, Dorian Lee Harper, 57, ditahan ketika serbuan di rumah itu dilakukan dan seorang wanita, Wanda Sue Larson, 57, turut ditahan tidak lama kemudian.

“Meskipun tidak berada di dalam rumah ketika kanak-kanak itu ditemui, Wanda Sue dituduh bersekongkol menganiaya mereka,” kata jurucakap polis.
Pasangan itu mengambil empat anak angkat berusia 8, 9, 13 dan 14 tahun selain menjadi penjaga kepada budak berusia 11 tahun yang ditemui di anjung rumah itu.

“Kedua-dua suspek didakwa atas tuduhan mencederakan kanak-kanak dengan niat, menyebabkan kecederaan serius, tahanan secara paksa dan kekejaman terhadap haiwan (berdasarkan keadaan haiwan peliharaan ditemui di rumah itu).” Wanda Sue yang bertugas sebagai penyelia pekerja Jabatan Kebajikan turut didakwa gagal melaksanakan tugasnya sebagai kakitangan awam.

Satu tahun, empat kali banjir

Oleh NUZULSHAM SHAMSUDDIN


MOHAMAD ZIN menunjukkan kawasan projek perumahan baharu yang didakwa menjadi punca banjir kilat di Kampung Bahagia.


MELAKA - Sejak setahun yang lalu penduduk sekitar Kampung Bahagia, Batang Tiga di sini kerap dihimpit masalah banjir kilat yang melanda kampung mereka.
Puncanya dikatakan pihak pemaju gagal membina satu sistem perparitan sempurna di kawasan tapak binaan sebuah taman perumahan di Lereh sehingga berlaku banjir.
Menurut penduduk, dalam tahun ini sahaja sudah empat kali kampung itu dilanda banjir sehingga menyebabkan mereka bosan dengan situasi tersebut.
Seorang penduduk, Jalilah Johar, 49, berkata, kejadian empat kali banjir kilat pada tahun ini menyebabkan sebahagian daripada peralatan rumahnya rosak.
"Setiap kali banjir, air memasuki rumah sehingga ke paras lutut dan merosakkan beberapa peralatan elektrik serta perabot.
"Ditambah dengan musim hujan pada waktu sekarang, jika keadaan begini berterusan dan tiada sebarang tindakan daripada pihak berwajib, kami penduduk di sini akan berdepan masalah banjir setiap kali hujan lebat," katanya ketika ditemui baru-baru ini.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=1118&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_08.htm#ixzz2kzBoY56U 
Hakcipta terpelihara 

Balasan ugut isteri dengan golok


KOTA BHARU - Seorang tukang rumah dikenakan hukuman penjara tiga tahun oleh Mahkamah Majistret di sini semalam kerana mengugut untuk membunuh isterinya dengan menggunakan golok bulan lalu.
Majistret Nik Habri Muhamad membuat keputusan itu selepas Norbaharuddin Awang, 33, mengaku bersalah terhadap pertuduhan tersebut yang dibacakan jurubahasa mahkamah.
Mengikut pertuduhan, pemuda itu didakwa mengugut untuk membunuh dengan mengacu sebilah golok kepada Azlinnah Abdullah, 33, bertempat di 44A, Kampung Pagut, Ketereh dekat sini pada pukul 3.30 petang, 30 Oktober lalu.
Oleh yang demikian, tertuduh telah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan, yang membawa hukuman penjara sehingga tujuh tahun sekiranya didapati bersalah.
Mengikut fakta kes, tertuduh dan mangsa dipercayai berselisih faham selepas dia menuduh isterinya mempunyai hubungan sulit dengan lelaki lain.
Norbaharuddin telah mencekik leher dan menampar pipi mangsa sebelum mengambil sebilah golok lalu diacu pada leher dengan mengugut untuk menyembelih isterinya.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=1118&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_06.htm#ixzz2kzBAeRHe 
Hakcipta terpelihara 

Banjir landa Riyadh



BEBERAPA buah kenderaan meredah sebatang jalan yang dilanda banjir di Riyadh semalam.- AFP


RIYADH - Seorang warga Yemen terkorban dalam kejadian banjir yang berlaku akibat hujan lebat di sini, lapor portal berita gulfnews.com semalam.
Warga Yemen itu sedang berjalan di sebatang jalan yang dinaiki air bersama bapanya di Wadi Namar.
Dia dan bapanya berjalan dengan meredah banjir kerana kereta yang dinaiki mereka tidak boleh menyeberangi jalan tersebut yang dinaiki air.
Namun, si mangsa itu dihanyutkan arus yang deras di depan bapanya.
Portal itu tidak mendedahkan identiti si mangsa cuma menyatakan dia merupakan seorang perempuan.
Pihak berkuasa turut mencari dua lagi langsa yang dilaporkan hilang dalam kejadian banjir itu.
Kementerian Pendidikan Arab Saudi turut menggantung sesi persekolahan di sini akibat banjir tersebut.
Kejadian banjir itu berlaku akibat hujan lebat yang melanda ibu kota Arab Saudi itu sejak kelmarin.
Sebahagian penduduk gembira dengan perubahan cuaca yang berlaku di bandar raya tersebut.
Beberapa buah universiti juga ditutup antaranya Universiti Raja Saud dan Universiti Kesihatan Sains Raja Saud Bin Abdulaziz.
Seorang penduduk di daerah Roudah di sini memberitahu portal berita Arab News, banyak kereta tersangkut di jalan raya ekoran banjir. - Agensi


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=1118&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_02.htm#ixzz2kz7iQlgc 
Hakcipta terpelihara