Search This Blog

Friday, November 15, 2013

Sudah jatuh menimpa kereta


TERJATUH ATAS KERETA: Orang ramai berkumpul untuk melihat kereta Proton Waja yang remuk selepas seorang lelaki terjatuh dari tingkat 24 dan terus merempuh atas bumbung kereta itu di sebuah flat di Macallum Street Ghaut di Georgetown, Pulau Pinang, kelmarin. - Foto THE STAR


Lelaki dipercayai jatuh dari tingkat 24 di Pulau Pinang
GEORGETOWN (Pulau Pinang): Seorang pemandu kereta yang baru pulang dari tempat kerjanya sedang dalam perjalanan ke rumah apabila bumbung kenderaannya tiba-tiba dihempap mayat seorang lelaki sehingga menyebabkan beliau terperangkap di dalam kenderaannya itu sekurang-kurangnya selama 30 minit.
Kesan kejatuhan itu menyebabkan bumbung kereta Proton Waja tersebut remuk dan kesemua cermin tingkap serta cermin depannya, menurut laporan akhbar The Star, semalam.
Pasukan bomba berjaya mengeluarkan pemandu kereta tersebut sekitar 6.30 petang kelmarin, dan beliau telah dikejarkan ke Hospital Pulau Pinang.
Mayat lelaki yang jatuh menghempap bumbung kereta itu telah dikenal pasti sebagai Encik Liew Kam Ming, 49 tahun, dari Lembah Klang.
Beliau dipercayai terjatuh dari tingkat 24 bangunan flat itu di Macallum Street Ghaut, Georgetown.
Beberapa penduduk flat di situ berkata mereka belum pernah nampak mangsa sebelum ini.
Ketua polis Georgetown, Penolong Pesuruhjaya (ACP) Gan Kong Meng, mengesahkan kes itu.
Sementara itu, dalam satu kes berasingan, para penduduk di Kampung Melayu, Air Itam, di Pulau Pinang, telah menemui mayat yang hampir busuk dalam sebuah flat, lapor The Star.
Beberapa penduduk sebelum itu memecah masuk ke dalam unit di tingkat dua itu apabila mereka tidak lagi tertahan dengan bau busuk di tempat itu.
Sebaik sahaja mereka menemui mayat itu, para penduduk itu menghubungi polis.
Mayat itu dikenal pasti sebagai Encik Ibrahim Abdullah, seorang buruh kasar berusia 50 tahun.
Para penduduk itu juga menemui kad perubatan dan ubat-ubatan dalam flat tersebut yang dipercayai dari sebuah klinik pesakit mental.
ACP Gan berkata lelaki berkenaan dipercayai meninggal dunia sekurang-kurangnya sebulan yang lalu.
"Tidak ada tanda perbuatan khianat yang dapat dipastikan sejauh ini," tambah beliau.

Filipina hadapi 'taufan' kritikan

NANTIKAN BANTUAN: Mangsa Taufan Haiyan di Tacloban terpaksa beratur panjang untuk menerima air dan makanan semalam. - Foto REUTERS
TAUFAN HAIYAN


AS, Britain, Jepun, China dan Singapura antara negara yang pertingkat bantuan
TACLOBAN: Presiden Filipina, Encik Benigno Aquino III, menghadapi tekanan mempercepatkan pengagihan bantuan makanan, air dan perubatan kepada penduduk yang terselamat daripada badai Taufan Haiyan dan kini dalam keadaan semakin terdesak.
Selain itu, Encik Aquino juga perlu memastikan pemerintah tempatan kembali berfungsi.
Menurut beliau, angka kematian mungkin lebih tinggi jika langkah memindahkan penduduk tidak dilakukan dan bantuan kemanusiaan tidak disediakan lebih awal.
Namun, penduduk yang terselamat menyatakan bahawa mereka tidak diberi amaran tentang kedatangan landaan ribut yang tiba bak ombak tsunami.
Encik Aquino cuba mempertahankan diri menghadapi bidasan tentang cara beliau menangani bencana itu.
Ramai yang mengkritiknya kerana pentadbirannya telah diberikan amaran mengenai kekuatan taufan dan risiko berlakunya ribut tersebut, tetapi lambat bertindak.
Lambatnya bantuan diagihkan kepada mangsa turut dipersoalkan.
Kelmarin, penjarahan simpanan beras dan bekalan lain berleluasa di wilayah Leyte, wilayah yang paling teruk terjejas oleh Taufan Haiyan, walaupun kumpulan askar telah dikerahkan ke kawasan itu.
Sedang usaha bantuan kemanusiaan antarabangsa semakin ditingkatkan, ramai pemilik stesen minyak tidak mahu membuka kedai walaupun stesen mereka tidak terjejas dengan tiupan taufan.
Keadaan itu menyebabkan banyak lori tidak dapat mengisi minyak untuk mengirimkan bekalan dan pasukan perubatan ke kawasan-kawasan yang terjejas.
Kekurangan lori memberikan pilihan yang mengerikan.
"Pilihan yang ada ialah menggunakan lori yang sama untuk mengagihkan makanan dan mengumpul mayat," kata Encik Alfred Romualdez, Mayor Tacloban, ibu kota wilayah Leyte.
Mayat-mayat masih bergelimpangan di jalan-jalan raya Tacloban dengan banyak lagi membusuk dalam beg-beg mayat di hadapan bangunan dewan bandar raya yang musnah, menanti pengebumian beramai-ramai.
Menurut pentadbir Tacloban, Encik Tecson John Lim, sekitar 300 mayat dikebumikan semalam dan satu kubur lebih besar akan dikorek untuk mengebumikan 1,000 mayat lagi.
Kritikan semakin bertambah ekoran perlahannya bantuan dikirimkan ke Tacloban dan kawasan lain yang dilanda Taufan Haiyan Jumaat lalu.
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) semalam mengakui responsnya kepada bencana di Filipina terlalu perlahan.
Ketua bantuan kemanusiaan PBB, Cik Valerie Amos, berkata skala bencana dan cabaran logistik yang dihadapi bermakna beberapa kawasan masih belum mendapat bantuan, enam hari setelah bencana melanda.
Beribu penduduk yang terdesak berusaha untuk keluar dari zon bencana yang bukan sahaja tiada bekalan air dan makanan, malah kekurangan tempat perlindungan.
Sementara itu, pasukan tentera Amerika Syarikat akan menghantar sejumlah 1,000 askar bagi kerja-kerja bantuan dan kapal-kapal yang membawa muatan makanan dan peralatan perubatan bernilai lebih A$20 juta ($24.9 juta).
Selain Amerika, negara-negara lain yang turut mempertingkatkan bantuan termasuk Britain, Jepun, China. - Reuters, AFP.
RSAF tiba di Cebu
Angkatan Udara Republik Singapura (RSAF) melalui pesawat C-130 tiba di Cebu, Filipina, semalam bagi menghantar bantuan termasuk khemah, perubatan dan selimut. Ini merupakan bantuan kedua bernilai $120,000.

Cubaan seludup rokok putih, arak RM2.1j gagal


15 November 2013

JOHOR BAHRU - Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Johor berjaya mematahkan cubaan menyeludup rokok putih dan minuman keras menerusi laluan masuk di Bangunan Sultan Iskandar (BSI) melibatkan nilai rampasan dan cukai sebanyak RM2.1 juta Rabu lepas.

Pengarah Kastam Negeri Datuk Ramli Johari berkata, dalam kejadian kira-kira 12.05 pagi itu pihaknya berjaya mengesan lima buah van yang membawa barangan tersebut yang dipandu dari Singapura ke BSI.

"Sebaik ditahan bagi tujuan pemeriksaan, tiga suspek yang memandu van tersebut telah bertindak melarikan diri, dua lagi suspek bagaimanapun berjaya ditahan," katanya kepada dalam sidang media di sini hari ini.

Menurutnya, hasil pemeriksaan ke atas lima van tersebut, pihaknya telah menemui kira-kira satu juta batang rokok putih bernilai RM173,500 dengan nilai cukai terlibat sebanyak RM1,721,120.

Sebanyak 687 botol arak juga telah dirampas yang dianggar bernilai RM45,882 dengan nilai cukai sebanyak RM153,349.83.

Jumlah keseluruhan cukai yang terlibat ialah RM1.8 juta, katanya.

Berikutan penemuan itu juga kedua-dua lelaki yang berusia 40 dan 50 yang merupakan warga tempatan ditahan reman selama 14 hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 135(1)(e) Akta Kastam 1967.

Jika sabit kesalahan kali pertama boleh didenda tidak kurang daripada 10 kali ganda nilai barang dan tidak lebih daripada 20 kali nilai ganda barang atau penjara tidak lebih tiga tahun atau kedua-duanya.

Beliau juga menyeru orang ramai agar membantu Kastam di dalam memerangi jenayah penyeludupan dan tidak melibatkan diri dalam aktiviti tersebut. - Bernama

Rasuah: Sarjan dipenjara 9 tahun, denda RM32,000


15 November 2013

JOHOR BAHRU - Seorang penolong pegawai penyiasat berpangkat sarjan dihukum penjara sembilan tahun dan denda RM32,500 oleh Mahkamah Seksyen di sini hari ini selepas didapati bersalah atas tiga pertuduhan rasuah, tahun lepas.

Hakim, Mohamad Haidar Abdul Aziz menjatuhkan hukuman tiga tahun bagi setiap pertuduhan terhadap K Krishna Malay, 49, dari Ibu Pejabat Polis Johor Baharu Selatan selepas pihak pendakwaan membuktikan kes prima facie terhadap
tertuduh.

Bagaimanapun, tertuduh hanya dikenakan penjara tiga tahun berikutan hakim memerintahkan hukuman tersebut dijalankan serentak bermula hari ini.

Mahkamah turut memerintahkan tertuduh menjalani hukuman penjara 18 bulan jika gagal membayar denda.

Mohamad Haidar juga membenarkan penangguhan pelaksanaan hukuman sementara menunggu rayuan di Mahkamah Tinggi dan menetapkan ikat jamin RM10,000 terhadap tertuduh.

Bagi pertuduhan pertama, Krishna didakwa meminta suapan RM1,500 daripada R Murali sebagai dorongan menyelesaikan kes curi di Balai Polis Sentral, Jalan Meldrum di sini, pada jam 1 pagi, 17 Ogos 2012.

Bagi pertuduhan kedua, dia didakwa meminta suapan RM2,500 daripada ibu tiri Murali, A Pushpa pada jam 6 pagi dan pertuduhan ketiga meminta RM1,000 daripada Murali pada jam 9.30 pagi di tempat dan tarikh yang sama.

Dia didakwa mengikut Seksyen 16(a)(B) Akta SPRM 2009 yang membawa hukuman penjara tidak melebihi 20 tahun, denda tidak kurang lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000 atau mana-mana lebih tinggi.

Pendakwaan dijalankan pegawai pendakwa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Ridzuan Abd Malik manakala tertuduh diwakili peguam G.K. Sritharan.

Dalam kes berasingan di mahkamah sama, seorang pemandu teksi warga Singapura dihukum penjara sehari dan denda RM10,000 selepas mengaku bersalah  memberi suapan RM50 kepada seorang pegawai Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD).

Ng Geok Hock, 55, didakwa melakukan kesalahan itu di Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin Sultan Iskandar di sini pada 5.50 petang, 25 Okt lepas sebagai dorongan untuk mengelak dikenakan kompaun kerana gagal menggunakan laluan teksi di kompleks tersebut.

Dia didakwa mengikut Seksyen 17(b) Akta SPRM 2009.    

Tertuduh, yang tidak diwakili peguam, membayar denda tersebut. - Bernama

26 pengikut Tuhan Harun diminta bantu siasatan


  • 26 pengikut Tuhan Harun diminta bantu siasatanJasmani Yusoff (tengah) bersama dua pegawai penyiasat Halim Ahmad (kiri) dan Zukry Muhammad menunjukkan 26 orang pengikut "Tuhan Harun" termasuk Tuhan Harun diminta tampil ke balai Polis berdekatan bagi membantu siasatan. - Foto Bernama
 1 / 1 
KUANTAN - Seramai 26 individu yang dipercayai pengikut ajaran sesat 'Tuhan Harun' diminta tampil membantu pihak polis bagi menyelesaikan kes tembak Ketua Penguatkuasa Jabatan Agama Islam Pahang (Jaip) baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Mohd Jasmani Yusoff berkata, mereka terbabit diminta tampil di mana-mana balai polis bagi membantu pihak polis menyelesaikan kes itu.

"Mereka termasuklah pengasas ajaran sesat itu iaitu Harun Mat Saat, 47; Husin Ismail, 43; Pius Anahong@ Mahdi Abdullah, 40; Mohd Khalilie Zazali, 31; Syahiszam Soid, 40; Mohd Shahril Mohd Jaafar, 28, dan Azida Mohd Zol, 30 tahun, yang telah dikeluarkan waran tangkap sebelum ini," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Mereka yang lain ialah Mohd Hafizuddin Mohd Azam, 27; Mohamad Tirmidzi Othman, 17; Hashim Zakaria, 38; Farhaien Othman, 22; Lukman Harun, 20; Mohd Ghazali Fitri Mohd Azam, 2;, Muhammad Nazrul Zakaria, 38.

Mohd Rozi Akasah, 38; Shamsul Amri Abu Hassan, 44; Saufi Harun, 18; Norhafizah Mohd Azam, 28; Mohd Edham Mohd Nizam, 18; Khairul Amir Akasah, 34; Sharizal Shamsuddin, 32; Muhammad Harun, 21; Norhairi Harun, 41; Shazliana Mokhtarudin, 29; Othman Abdullah, 48; Kheairus Ali, 47, dan seorang kanak-kanak perempuan berumur 12 tahun.

"Sebelum ini polis meminta 31 pengikut ajaran itu tampil membantu siasatan, empat daripada mereka telah tampil membantu pihak polis pada 12 dan 13 November lepas," katanya.

Pihak polis hari ini turut mengedarkan 27 gambar mereka terbabit kepada pihak media.

Mohd Jasmani berkata, mereka terbabit tidak perlu takut untuk tampil membantu siasatan.

"Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkenaan pengikut ajaran itu juga diminta membantu pihak polis," katanya.

Ketua Polis Pahang, Datuk Sharifudin Ab Ghani sebelum ini berkata, pihak polis percaya kematian Ketua Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Agama Islam Pahang (Jaip), Allahyarham Mohd Raffli Abdul Malik yang ditembak bermotifkan dendam atau tidak berpuas hati dengan Allahyarham dengan penguatkuasaan yang dijalankan.

Dalam kejadian Ahad lepas pada jam 1.55 petang, Mohd Raffli, 49, maut selepas ditembak tiga das oleh seorang daripada tiga suspek yang datang berjumpa mangsa di kediamannya di Indera Mahkota 2, Kuantan.

Media sebelum ini melaporkan Mohd Raffli sedang mengendalikan beberapa kes besar termasuk memantau kegiatan pengikut fahaman Syiah serta ajaran Tuhan Harun.

Pelancong dari Taiwan pula mati ditembak

PistolSEMPORNA - Seorang pelancong warga Taiwan ditemui mati ditembak, manakala isterinya dipercayai dilarikan sekumpulan lelaki tidak dikenali dalam kejadian di Pulau Pom-Pom, dekat perairan ini, awal pagi tadi.

Lelaki berusia 57 tahun itu yang dikenali sebagai Lim Min Hsu ditemui mati dengan dua kesan tembakan di koridor sebuah resort di sini kira-kira pukul 1 pagi, lapor mStar Online.

Isterinya, An Wei Chang, 58, juga warganegara Taiwan dilaporkan hilang susulan insiden itu.

Pasangan suami isteri itu tiba di resort tersebut pada Selasa dan dijadualkan meninggalkan resort berkenaan pada 20 November ini.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar mengesahkan insiden itu tetapi tidak mendedahkan maklumat lanjut.

Penduduk-penduduk di Semporna berkata tiada aktiviti mencurigakan berlaku tetapi polis dan tentera telah mengambil langkah berjaga-jaga.

"Kami terdengar bunyi tembakan di sebuah pulau tetapi tidak tahu apa sebenarnya yang berlaku," kata seorang kakitangan di Majlis Daerah Semporna.

4 termasuk kanak-kanak maut


Kenderaan jenis Toyota Harrier yang remuk selepas bertembung dengan sebuah pikup jenis Mazda di Kilometer 53.9 Jalan Gua Musang-Kuala Krai, Gua Musang, Kelantan, semalam.
GUA MUSANG 15 Nov. - Empat sekeluarga termasuk seorang kanak-kanak maut manakala dua lagi cedera parah selepas kenderaan utiliti sukan yang dinaiki mereka hilang kawalan lalu bertembung dengan sebuah pikup dari arah bertentangan di Kilometer 53.9 Jalan Gua Musang-Kuala Krai, di sini hari ini.
Mereka yang maut ialah pemandu Wan Mahmud Sabri Wan Idris, 52, isterinya, Nurul Aini Abdullah, 53, ibu mentuanya, Zainab Abdullah, 68, dan anaknya, Wan Najihah Wan Mahmud, 10.
Mangsa yang cedera parah pula ialah anak Wan Mahmud Sabri, Wan Nadirah, 13, dan pemandu pikup, Raja Yusof R. Ismail, 62.
Dalam kejadian kira-kira pukul 11.30 pagi itu, Wan Mahmud Sabri bersama ahli keluarganya dalam perjalanan dari Kubang Kerian, Kota Bharu menuju ke Shah Alam, Selangor untuk menghadiri majlis konvokesyen salah seorang anaknya.
Ketua Polis Daerah, Supritendan Saiful Bahri Abdullah berkata, pihak polis masih menjalankan siasatan lanjut berhubung kejadian tersebut.
"Kenderaan jenis Toyota Harrier yang dipercayai dipandu Wan Mahmud Sabri dikatakan hilang kawalan sebelum bertembung dengan pikup jenis Mazda yang dipandu Raja Yusof. Ketika itu, Raja Yusof dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Pasir Puteh.
"Kesemua mangsa meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan serius dan jenazah mereka di bawa ke Hospital Gua Musang," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Saiful Bahri berkata, dua mangsa yang cedera parah juga dirawat di hospital sama.
Tambahnya, kesemua mayat mangsa dibedah siasat sebelum dituntut kaum keluarga untuk dikebumikan.
"Kita memohon orang ramai yang melihat kejadian tersebut menghubungi pihak polis untuk membantu siasatan.
"Saya dan Ketua Polis Kelantan, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa," katanya.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20131116/dn_09/4-termasuk-kanak-kanak-maut#ixzz2kmRZZvgK
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Kereta parkir depan kedai tiba-tiba terbakar

Kereta parkir depan kedai tiba-tiba terbakar  Anggota bomba berjaya mengawal kebakaran kereta dalam kejadian di Sri Aman, kelmarin.

PASIR PUTEH - Seorang pemuda hanya mampu melihat kereta yang dipinjam daripada bapa saudaranya terbakar ketika diparkir di depan kedai terpakai di Sri Aman di sini, kelmarin.

Tuan Mohd Izuanfalihi Tuan Man, 24, dari Kampung Gaal Hilir, dikatakan singgah di kedai berkenaan bersama seorang rakan apabila kenderaan yang diparkirnya tiba-tiba berasap di bahagian enjin.

Kejadian jam 2 petang itu disedari pekerja kedai terbabit yang melihat kepulan asap pada kereta jenis Naza Sutera itu.

Tuan Mohd Izuanfalihi bergegas keluar namun tidak mampu berbuat apa-apa kerana terlalu panas dan api memusnahkan bahagian depan, tempat duduk dan cermin depan dalam masa tidak sampai 10 minit.

Orang ramai cuba memadamkan api menggunakan dua baldi tetapi api merebak dengan cepat sehinggalah jentera bomba dan penyelamat tiba di lokasi kejadian.

Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Pasir Puteh, Kaaharudin Yahya berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada orang awam kira-kira jam 2.15 petang sebelum bergegas ke lokasi bersama lima anggota.

Katanya, api berjaya dikawal tetapi hampir 50 peratus bahagian depan kereta terbakar dan pihaknya menganggarkan kerugian yang ditanggung mangsa RM9,000.

Dengar letupan dua kali

Dengar letupan dua kaliAnggota bomba bertungkus lumus memadamkan kebakaran di sebuah restoran makanan laut yang terletak di Jalan Besar Menglembu, semalam.
Dengar letupan dua kali
Anggota bomba memeriksa keadaan gerai yang musnah terbakar.
IPOH - “Kami mendengar dua letupan dari arah dapur sebelum melihat api marak dan merebak dengan pantas ke seluruh restoran ini,” kata pemilik restoran makanan laut di Jalan Besar Menglembu, di sini, yang hangus terbakar petang semalam.

Dalam kejadian jam 3.30 petang, pemilik restoran berkenaan bersama beberapa pekerja gerai di premis makanan itu sedang sibuk menyediakan makanan dan minuman untuk dijual pada sebelah malam.

Katanya, kebakaran itu pertama kali berlaku semenjak restoran berkenaan dibuka kira-kira 22 tahun lalu.

“Restoran ini menempatkan 26 gerai makanan dan minuman serta mula beroperasi pada waktu petang,” katanya ketika ditemui semalam.

Menurutnya, walaupun mengalami kerugian berikutan insiden itu, namun dia berasa lega kerana sewaktu kejadian, tiada pelanggan berada dalam premis berkenaan.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba Pasir Puteh, Zainasrie Zainal berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kebakaran itu pada jam 3.28 petang.

Menurutnya, seramai 28 anggota termasuk pegawai dan sembilan bomba sukarela Pasir Pinji terbabit dalam operasi memadamkan kebakaran serta jentera pertama tiba di lokasi kira-kira sembilan minit kemudian.

“Lima jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Ipoh, Pasir Puteh dan Simpang Pulai dikejarkan ke tempat kejadian untuk memadamkan kebakaran.

“Selepas bertungkus lumus, kebakaran itu berjaya dikawal 40 minit kemudian,” katanya.

Beliau berkata, kebakaran itu membabitkan sebuah restoran yang menempatkan 26 gerai makanan dan minuman.

“Bagaimanapun, hanya 12 gerai yang 100 peratus musnah dalam kebakaran itu manakala bakinya berjaya diselamatkan.

"Secara keseluruhan restoran tersebut musnah 50 peratus,” katanya.

Beliau berkata, punca sebenar kejadian dan jumlah kerugian dialami bagi kedua-dua rumah terlibat masih disiasat.

Suami rayu isteri pulang

Suami rayu isteri pulangPeng Heong (dua, kiri) bersama Kor Ming (dua, kanan) dan Adun Buntong, A Sivasubramaniam (kanan) menunjukkan gambar Mey Fong dan anaknya, Zhi Enn pada sidang media di pejabat DAP Perak, semalam.
IPOH – Seorang lelaki, Yew Peng Heong, 37, dari Taman Pakatan Bercham di sini, merayu supaya isterinya, Choo Mey Fong, 36, kembali pulang ke pangkuan keluarga selepas menghilangkan diri bersama anaknya, Yew Zhi Enn, 5. sejak 6 November lalu.

Peng Heong berkata, dia amat merindui dan memerlukan Mey Fong selepas isterinya itu meninggalkan rumah dan gagal dihubungi sehingga hari ini.

“Semasa bangun tidur pada hari kejadian, saya dapati isteri tiada di rumah bersama-sama anak saya, malah barang-barang miliknya juga lesap.

“Selama tujuh tahun berkahwin, isteri saya tidak pernah melakukan perkara seperti ini,” katanya kepada pemberita pada sidang media di Pejabat DAP Perak, semalam.

Peng Hong berkata, dia melakukan pelbagai cara untuk mencari Mey Fong dan mencari wanita itu di merata tempat tetapi menemui jalan buntu, malah nombor telefon lama milik isterinya gagal dihubungi.

Peng Heong mengakui terdapat perselisihan faham dengan isterinya sebelum ini dan dia kesal dengan apa yang berlaku.

“Sebagai seorang suami, saya merayu agar dia pulang segera ke rumah. Saya menyesali apa yang telah berlaku, saya insaf dan saya rayu isteri beri peluang kepada saya untuk memulihkan keadaan,” katanya.

Sementara itu, Setiausaha DAP Perak, Nga Kor Ming berkata, pihaknya simpati dan menyarankan Mey Fong tampil menyelesaikan masalah tersebut.

“Setiap masalah seharusnya diselesaikan secara berbincang dan kita perlu hadapinya, bukannya lari kerana ia akan terus membelenggu kita.

“Saya harap Mey Fong tampil dan kami sedia menjadi orang tengah untuk menyelesaikan masalah ini. Hubungi pejabat kami di talian 05-2531532.

“Kami juga memohon jasa baik orang ramai untuk menghubungi kami atau Peng Heong 

Hasil padi musnah diserang tikus


14 November 2013


Hasil padi musnah diserang tikus
Hasil padi musnah diserang tikus Petani, Azman Berahim, 43, menunjukkan tikus yang berjaya dibunuh di bendangnya di Kampung Lepah.
Hasil padi musnah diserang tikus
Che Satar bersama tikus yang berjaya dibunuh petani.
Hasil padi musnah diserang tikus
Sebahagian petani yang menjayakan gotong-royong menghapuskan tikus di bendang Kampung Berangan dan Kampung Lepah.
PASIR PUTEH - Tanaman padi yang hampir boleh dituai, seluas 202 hektar yang diusahakan seramai 83 petani di bendang Kampung Berangan dan Kampung Lepah, Selising dekat sini, musnah diserang tikus.

Serangan tikus itu menyebabkan petani terlibat mengalami kerugian lebih RM2 juta dan terpaksa mengeluarkan modal lain untuk menabur benih musim baharu.

Walaupun perkara itu sudah dimaklumkan kepada pihak Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (Kada) menerusi permohonan semula kupon baja, sehingga hari ini masalah itu tidak mendapat perhatian sewajarnya.

Hal itu menyebabkan petani mengadakan gotong-royong menghapuskan tikus dan membersihkan persekitaran sawah serta tali air yang menjadi sarang tikus dengan mengeluarkan perbelanjaan sendiri.


Petani mohon bantuan

Ketua Unit Peladang Kampung Berangan, Nik Yahya Nik Mustafa berkata, petani berputih mata kerana gagal menikmati hasil tanaman untuk dua musim berturut-turut.

Petani terpaksa menanggung bebanan hutang untuk kedua-dua musim tersebut bagi perbelanjaan pengurusan bendang, membeli benih padi, bekalan racun perosak dan membajak serta lain-lain proses penanaman semula.

“Saya minta pihak berkenaan memandang serius perkara ini, kami memerlukan bantuan seperti dalam bentuk wang ihsan yang diterima penanam padi yang mengalami kerugian akibat bencana banjir.

“Kami terpaksa mencari sumber kewangan lain pada setiap musim penanaman, apatah lagi dalam keadaan kami tidak pasti bila masalah serangan tikus ini berakhir,” katanya.


Tertekan bebanan hutang

Ketua Blok bendang Kampung Lepah, Che Satar Nor berkata, modal mencecah RM10,000 setiap musim menyebabkan petani tertekan dengan beban hutang apabila padi tidak menjadi.

“Saya mohon pihak berkenaan prihatin terhadap nasib yang terus menimpa petani di sini. Saya sendiri terpaksa membajak semula seluas 23 hektar kawasan padi untuk penaburan benih baharu.

“Modal pengurusan bagi penanaman paling kurang mencecah RM10,000 setiap musim, boleh menyebabkan petani tertekan dengan bebanan hutang,’ katanya.


Agensi berkaitan tidak tanya khabar

Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKP) Kampung Berangan, Nik Pa Nik Soh yang turut mengusahakan tanaman padi seluas 20.2 hektar berkata, petani berhutang dengan kadar paling minima sebanyak RM7,000 dengan Syarikat Seri Merbuk Sdn Bhd yang menyediakan kredit pembelian benih padi bermutu tinggi.

“Kami terpaksa gotong-royong membunuh tikus dan membersihkan semak di sekitar tali air dengan perbelanjaan sendiri, yang sepatutnya diuruskan agensi berkaitan.

“Kami terkilan apabila tiada wakil agensi melawat atau bertanya khabar mengenai masalah ini, apatah lagi untuk menjenguk petani yang mengadakan gotong-royong sejak dua minggu lalu,’ katanya.

Kontraktor rugi RM100,000

Kontraktor rugi RM100,000Insiden kes samun dekat Taman Ria Jaya petang kelmarin berjaya dirakamkan melalui CCTV.
SUNGAI PETANI - Seorang kontraktor mengalami kerugian kira-kira RM100,000 apabila wang yang baru dikeluarkan dari bank untuk diagihkan kepada pekerja disamun empat lelaki menggunakan senjata tajam dekat Taman Ria Jaya, petang kelmarin.

Sumber memaklumkan, kenderaan yang dinaiki kontraktor tersebut yang turut diiringi dua penyelia baru sahaja tiba ke kawasan perumahan yang dijadikan asrama pekerja diekori sebuah kenderaan lain.

“Bagaimanapun, sebaik sahaja sampai di lokasi kejadian, empat lelaki yang menaiki sebuah kereta berwarna hitam memberhentikan kenderaan di hadapan kereta mangsa.

Selepas itu, tiga lelaki keluar dari kenderaan terbabit dengan membawa senjata tajam sebelum menghalang mangsa yang ingin keluar dari kenderaan,” katanya.

Menurutnya, suspek bertindak ganas dengan mengugut mangsa sebelum memecahkan cermin kereta yang dinaiki kontraktor tersebut.

“Seorang lagi suspek cuba merosakkan tayar hadapan kereta mangsa sementara seorang lagi cuba menakut-nakutkan ketiga-tiga mangsa dengan meminta wang,” katanya.

Katanya, mangsa yang ketakutan terus menyerahkan wang yang berisi RM100,000.

Menurutnya, sebaik sahaja wang diperoleh, suspek bertindak memecut kenderaan untuk melarikan diri.

Katanya, insiden terbabit sempat dirakamkan kamera litar tertutup (CCTV) dan kejadian samun itu dikatakan berlaku kurang dari 30 saat.

Sementara itu, katanya, polis masih menjalankan siasatan berhubung insiden terbabit.

Jeritan jiran selamat nyawa

Jeritan jiran selamat nyawaPasukan forensik jabatan bomba dan penyelamat sedang menyiasat punca kebakaran.
KUALA TERENGGANU – “Mak cik nak buat rojak betik untuk majlis cukur jambul cucu di Bukit Payong esok (hari ini), tapi apakan daya semua barang yang dibeli musnah terbakar,” kata Mariam Abdullah, 63, mangsa kebakaran di Kampung Paya Keladi semalam.

Mariam yang bekerja sebagai pembantu kedai berkata, dia membeli segala kelengkapan untuk membuat rojak betik di Pasar Besar Kedai Payang pada sebelah pagi namun ikan sebanyak lima kilogram, asam jawa dan buah betik hangus tidak berjaya diselamatkan.

Turut musnah dalam kebakaran kira-kira jam 2 petang itu adalah beg berisi wang tunai kira-kira RM500, dokumen pengenalan diri, telefon bimbit, barang elektrik, kelengkapan rumah dan pakaian.

Mariam berkata, dia berada di dapur untuk menyediakan hidangan berbuka puasa sebelum dikejutkan dengan jeritan jirannya mengenai api.

“Bila mak cik jenguk ke luar, nampak api di rumah dia (jiran). Mak cik tak boleh buat apa sebab api itu dekat sangat dan terasa bahang panas lalu mak cik dan suami bergegas turun menyelamatkan diri,” katanya.

Mariam yang tinggal menyewa di rumah itu bersama suami sejak 10 tahun berkata, dia cuba mencapai beberapa barang-barang berharga untuk diselamatkan namun gagal ekoran bahang panas manakala api juga merebak cepat.

Dalam kejadian melibatkan dua buah rumah yang jaraknya hanya beberapa meter itu, rumah Mariam 70 peratus terbakar manakala kediaman jirannya 100 peratus musnah.

Sementara itu, Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Terengganu, Mohd Zulkhairul Mohd Razilah berkata, pihaknya yang menerima panggilan kecemasan pada jam 2.17 petang bergegas ke tempat kejadian bersama dua jentera.

“Tiada kemalangan jiwa dilaporkan manakala punca kejadian dan jumlah kerugian dalam siasatan,” katanya.

Ajal terbakar, lecur bersama

Ajal terbakar, lecur bersama
Ilustrasi grafik kejadian kebakaran di Jalan Devadason, Taman Ipoh


IPOH - Seorang ibu dan anak lelakinya maut apabila rumah teres dua tingkat didiami mereka di Jalan Devadason, Taman Ipoh di sini terbakar pagi semalam.
Ketua Zon 1 Balai Bomba Penyelamat Ipoh, Ruhisha Haris berkata, ketika ditemui, mangsa, Lau Yoke Yee, 75, dan anak lelakinya Stephen Loo Pei Yee, 41, 100 peratus melecur akibat terbakar namun tidak rentung.
Ajal terbakar, lecur bersama
Rumah teres dua tingkat terbakar dan mengorbankan dua beranak di Jalan Devadason, Taman Ipoh, pagi semalam.
Menurutnya, Stephen ditemui di bahagian tangga tingkat atas rumah manakala ibunya, ditemui di tepi bilik air utama rumah tersebut.

Ruhisha berkata, beliau tidak menolak kemungkinan kebakaran itu bermula dari bahagian bawah rumah dan terus merebak ke tingkat atas dalam tempoh singkat.

“Sejurus tiba di tempat kejadian, pihak kami dapati rumah berkenaan telah 90 peratus terbakar selain api di dalam rumah itu berada pada tahap tiga, iaitu telah reda namun kebakaran masih berlaku.

“Kebakaran paling teruk di bahagian tangga tingkat bawah, manakala bahagian dapur dan sebuah bilik di kediaman tersebut tidak terbakar,” katanya.

Ruhisha berkata, kebakaran itu dapat dikawal sepenuhnya pada jam 8.35 pagi sebelum bahagian forensik memulakan siasatan.

"Dua jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Ipoh dan satu dari Simpang Pulai ke tempat kejadian dengan 24 anggota serta tiga pegawai sebaik sahaja menerima maklumat pada 8.18 pagi,” katanya.

Beliau berkata, kedua-dua mangsa dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) untuk dibedah siasat.

Menurutnya, unit forensik masih meneruskan siasatan bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian dan jumlah kerugian dialami.

Sementara itu, jiran mangsa, Wong Foo Sang, 63, berkata, dia dan ahli keluarganya menyedari kebakaran itu selepas mendengar satu letupan.

Katanya, mereka sekeluarga segera keluar dan melihat api marak di rumah bersebelahan.

"Saya turut mendengar jeritan anak lelakinya (Stephen) meminta tolong beberapa kali sebelum suara itu tiba-tiba menjadi sayu dan tidak kedengaran lagi.

“Saya segera menjerit memberitahu jiran supaya keluar menyelamatkan diri kerana bimbang api akan merebak ke rumah berhampiran sebelum bergegas ke Balai Bomba Ipoh untuk memaklumkan kejadian itu,” katanya.

Dia yang sudah 10 tahun menetap di situ mendakwa beberapa kali menyelamatkan dua beranak terbabit daripada menjadi mangsa kebakaran sebelum ini.

“Stephen pernah bekerja di bank di kawasan berhampiran namun selepas berhenti kerja sikapnya berubah dan sering melakukan perkara-perkara di luar dugaan.

“Dia pernah menyimbah minyak tanah dan membakar sampah di rumah tetapi mujur saya menyedarinya dan segera membantu memadam kebakaran itu,” katanya.

Difahamkan, Yoke Yee mempunyai masalah untuk bergerak manakala Stephen pula mengalami masalah kemurungan.

Bekas jururawat itu turut mempunyai seorang anak lelaki yang bekerja sebagai juruterbang di Singapura.

3 maut tangki oksigen meletup

3 maut tangki oksigen meletupTangki oksigen didakwa kosong tiba-tiba meletup sebelum mengorbankan tiga nyawa.

BANGKOK - THAILAND - Sekurang-kurangnya tiga maut dan lima yang lain cedera apabila tangki oksigen meletup di sebuah bangunan di wilayah Chachoengsao, Thailand, semalam.

Polis tempatan Prompong Theptubtim berkata, mangsa maut termasuk pemilik kedai manakala lima yang lain masih kritikal.

“Letupan berlaku sejurus seorang pelanggan memulangkan tangki oksigen selepas mendakwa tangki itu kosong,” katanya dipetik AFP.

2 beranak mati rumah terbakar

2 beranak mati rumah terbakarAnggota polis mengangkat mayat mangsa kebakaran untuk dibedah siasat. - Foto IKHWAN MUNIR Ipoh: Dua beranak sempat menjerit meminta tolong dan meronta untuk keluar dari rumah mereka, yang terbakar di Jalan Devadason, Taman Ipoh, di sini, sebelum mereka ditemui maut dalam kediaman itu, semalam.

Dalam kejadian pada jam 8.15 pagi, Stephen Loo Pei Yee, 41, yang juga bekas pekerja bank ditemui maut di bahagian tangga tingkat atas rumah itu, manakala mayat ibunya, Lau Yoke Yee, 75, ditemui di bilik utama tingkat sama dengan kedua-dua badan mangsa seratus peratus melecur.
Dengar bunyi letupan


Menceritakan detik cemas itu, jiran mangsa, Wong Foo Sang, 63, berkata dia terdengar bunyi letupan seperti kaca pecah dan jeritan orang meminta tolong dengan jelas dari dalam rumah mangsa.

“Saya bergegas ke pekarangan luar rumah dan mendapati api marak di rumah jiran sebelah. Saya terdengar suara lelaki meminta tolong dan saya yakin kedua-dua mangsa meronta untuk cuba keluar daripada kebakaran itu.

“Saya cuba membantu tetapi keadaan terlalu berbahaya kerana api marak dengan cepat, selain asap tebal.

“Selepas beberapa minit, suara jeritan itu akhirnya hilang dan saya berusaha meminta bantuan jiran serta menghubungi bomba,” katanya ketika ditemui, di sini, semalam.
Katanya, dia sudah 10 tahun menetap di kawasan itu dan mengakui agak rapat dengan mangsa.

“Saya difahamkan, anak lelaki mangsa menghadapi masalah mental dan kerap bermain api di halaman rumahnya.

Ada beberapa kali saya cuba memadamkan api ketika melihat dia membakar sesuatu berhampiran rumah mereka,” katanya.

Terima panggilan 

Sementara itu, Ketua Zon 1 Balai Bomba Dan Penyelamat Ipoh, Ruhisha Haris, berkata pihaknya menerima panggilan pada jam 8.18 pagi sebelum tiba di lokasi kejadian empat minit kemudian.

“Sebaik tiba di lokasi, rumah itu sudah 90 peratus terbakar. Mangsa pertama dijumpai jam 8.28 pagi, manakala ibunya ditemui dua minit kemudian di bilik tidur utama tingkat sama berhampiran bilik air,” katanya.

Beliau berkata, mayat mangsa diserah kepada polis sebelum dibawa ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), di sini, untuk bedah siasat.

“Setakat ini, punca kebakaran dan anggaran kerugian masih dalam siasatan,” katanya.

2 miliki MyKad palsu dipenjara enam bulan


2013/11/15
Kuala Lumpur: Dua pengawal keselamatan warga asing dijatuhkan hukuman penjara enam bulan kerana kesalahan memiliki kad pengenalan palsu serta memberi maklumat palsu bagi permohonan gantian kad pengenalan.

Hukuman itu dijatuhkan oleh Majistret Erry Shahriman Nor Aripin terhadap Mus Abdul Kadir, 45 dan Mariam, 57, masing-masing warga Filipina dan Thailand, selepas kedua-duanya mengaku bersalah melakukan perbuatan terbabit.
Berdasarkan kertas pertuduhan, Mus didakwa menggunakan kad pengenalan palsu bernombor 660207-12-5413 atas nama Pius Pangking, sebagai pengenalan diri.

Dia dituduh melakukan kesalahan itu di Grand Avenue Kondominium, Nombor 15, Jalan 1/155B Bukit Jalil, antara jam 10.35 pagi hingga 11.25 pagi, 12 November 2013.

Sehubungan itu, dia didakwa mengikut Peraturan 25(1)(e) Peraturan-peraturan Pendaftaran Negara 1990 (Pindaan 2007), yang boleh dihukum penjara maksimum tiga tahun, denda atau kedua-duanya.

Lelaki terkencing ditahan imigresen


2013/11/15
   
Hutan Melintang: Seorang pendatang tanpa izin warga Myanmar terkencing dalam seluar akibat ketakutan ketika ditahan pegawai penguat kuasa Jabatan lmigresen dalam Ops 6P di pelantar ikan di Jalan Tepi Sungai, di sini, malam kelmarin.

Lelaki itu bersama dua rakannya mengangkat tangan dan tunduk ke lantai sebaik pihak berkuasa berjaya membuka pintu satu bilik yang menjadi tempat mereka bersembunyi ketika serbuan pada jam 8.15 malam.
Pengarah Jabatan lmigresen Perak, Ahmed Syam Che Kub, berkata pihaknya terpaksa meminta seorang majikan berusia 37 tahun membuka kunci bilik itu tetapi gagal kerana dikunci dari dalam, menyebabkan pintu terpaksa dipecahkan.

“Sebaik dipecahkan, ketiga-tiga lelaki itu mengangkat tangan dan menyembah sambil muka tunduk memandang lantai.

Seorang daripada mereka menggeletar sehingga terkencing dalam seluar ketika tangan digari,” katanya.

Mangsa kereta dilari masih trauma, takut

Mangsa kereta dilari masih trauma, takut
Rohani melawat Muhammad Ashraf Ikhwan di Unit Rawatan Rapi ADMC selepas terbabit dalam insiden dilarikan remaja lelaki di Bukit Besi Ajil. - Foto ROSELA ISMAIL Petaling Jaya: “Saya jadi trauma dan sangat takut bila naik kereta yang dipandu laju, malah setiap kali kereta berhenti, saya akan terus tekan butang keylock supaya orang luar tidak dapat masuk,” kata Pirhat Karim, 35, pemilik kenderaan pelbagai guna (MPV) yang dilarikan seorang remaja, 4 November lalu.

Beliau berkata, kejadian terbabit sangat menghantui hidupnya hingga peristiwa ngeri itu sentiasa terbayang dan terbawa dalam tidur.
Gangguan emosi


Katanya, lebih malang, ia turut menyebabkan emosi beliau dan isteri, Che Mastura Che Awang, 31, terganggu memandangkan keadaan anak mereka, Muhammad Asyraf Ikhwan, sembilan bulan, masih belum stabil sepenuhnya.

“Memang tidak sangka, kejadian seperti ini berlaku pada kami. Ketika kejadian, saya hanya fikir kami tiga beranak akan mati.

“Sekarang, saya perlu kuat untuk memulihkan semangat isteri yang betul-betul terganggu terutama apabila melihat keadaan anak kami,” katanya ketika menerima lawatan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rohani Abdul Karim, di Hospital Pakar Ara Damansara (ADMC), di sini, semalam.

Taufan Haiyan: Mayat reput mula dikebumi

Taufan Haiyan: Mayat reput mula dikebumiPekerja meletakkan beg mayat di dalam sebuah kubur besar sempena upacara pengebumian beramai-ramai di Tanah Perkuburan Umum Basper di Tacloban, wilayah Leyte, Filipina semalam. - Foto AP Tacloban: Mayat mangsa Taufan Haiyan yang sudah mulai reput dikumpulkan untuk pengebumian beramai-ramai semalam, manakala mangsa terselamat terus merayu untuk bantuan selepas bencana taufan yang melanda negara itu.

Ketibaan kapal pengangkut pesawat USS George Washington, bersama 5,000 tentera, memberi harapan kepada mangsa yang lapar dan dahaga di bandar raya Tacloban yang musnah.
Hampir seminggu selepas Taufan Haiyan membadai Filipina dan memusnahkan penempatan dan membawa sampah-sarap di kawasan yang sudah sedia teruk itu, bau busuk mayat mula memenuhi ruang udara.


“Saya dapat rasakan kita mengecewakan penduduk,” kata ketua bantuan kemanusiaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Valerie Amos yang melawat Tacloban.

Terdesak dapatkan bantuan

“Mereka yang dapat meninggalkan kawasan ini sudah melakukannya.

Ramai yang cuba. Mereka terlalu terdesak untuk mendapatkan bantuan.
“Kita perlu mendapatkan bantuan untuk mereka sekarang.

Penduduk mendakwa mereka menunggu terlalu lama sebelum bantuan tiba. Memastikan penghantaran cepat menjadi keutamaan kita,” katanya kepada pemberita di Manila.

Lebih 200 mayat diletakkan di sebuah bangunan kerajaan dijangka akan dikebumikan secara beramai-ramai.

“Terlalu banyak mayat di kebanyakan kawasan. Ia menakutkan,” kata Datuk Bandar Tacloban, Alfred Romualdez sambil menambah pihak berkuasa cuba menangani masalah itu.

Maklum balas perlahan

“Ada permintaan daripada satu kumpulan penduduk untuk mengumpulkan lima hingga 10 mayat dan apabila kami ke sana, ada 40 mayat,” kata Romualdez sambil menambah maklum balas terhadap krisis terbabit terlalu perlahan.

Enam hari selepas Taufan Haiyan membadai, Presiden Barack Obama menggesa rakyat Amerika Syarikat menderma untuk negara bekas jajahan mereka itu. AFP

Gadis dirogol remaja dikenali melalui laman sosial


SABAK BERNAM 14 Nov. - Polis menahan reman seorang remaja lelaki berusia 18 tahun bagi membantu siasatan kes rogol seorang gadis di bawah umur di Kampung Tali Air 9, Sekinchan di sini pada 3 November lalu.
Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Supritendan Noor Mushar Muhammad berkata, suspek ditahan di rumahnya di Kampung Parit 7, di sini kira-kira pukul 12.10 tengah hari ini.
Katanya, penahanan itu dibuat selepas pihaknya menerima laporan daripada bapa mangsa pukul 11 malam semalam yang mendakwa anak gadisnya berusia 15 tahun telah dirogol suspek.
"Mangsa dipercayai mengenali suspek sejak sebulan lalu melalui laman sosial. Mereka dikatakan sering berhubung antara satu sama lain sebelum kedua-dua mereka berjumpa.
"Dalam pertemuan kedua, kedua-kedua mereka keluar makan tetapi mengambil keputusan singgah di rumah rakan suspek kerana hari hujan," katanya di sini hari ini.
Tambah Noor Mushar, ketika di rumah berkenaan, suspek dipercayai telah memaksa mangsa untuk melakukan hubungan seks.
"Suspek ditahan reman tujuh hari manakala kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan atas kesalahan merogol," ujar beliau. - UTUSAN ONLINE


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20131114/je_13/Gadis-dirogol-remaja-dikenali-melalui-laman-sosial#ixzz2kfQvn7wK
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Lelaki kurang siuman maut nahas



Sulaiman A. Hamid (dua dari kanan) menunjukkan kenderaan peronda polis lebuh raya yang rosak akibat terlibat dalam nahas setelah dilarikan lelaki tidak siuman di Maran, Pahang, semalam.
MARAN 14 Nov. - Seorang lelaki yang dipercayai kurang siuman menimbulkan suasana panik apabila bertindak menyerang dan merampas sepucuk pistol anggota polis peronda lebuh raya sebelum melarikan kenderaan pasukan itu, tengah malam tadi.
Dalam kejadian di Plaza Tol Chenor pukul 12.45 tengah malam tersebut, suspek, Muhd. Nasrulfahmi Abdul Nasir, 22, sebelum itu dikesan orang ramai berada di lokasi berkenaan sambil mengganggu lalu lintas.
Ketua Polis Daerah Maran, Deputi Supritendan Sulaiman A. Hamid berkata, dua buah kereta peronda polis lebuh raya lalu bergegas ke tempat kejadian dan mendapati lelaki berkenaan duduk di atas motosikalnya sambil berzikir.
"Seorang anggota menghampiri lelaki itu lalu menepuk bahu sambil memujuk lelaki berkenaan beredar dari laluan tersebut.
"Bagaimanapun suspek tiba-tiba mengambil sejambak kunci di dalam bakul motosikal lalu mencampak ke arah anggota polis berkenaan sebelum menyerangnya sehingga terjatuh," katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.
Menurut beliau, dalam suasana kelam-kabut itu, suspek merampas pistol anggota berkenaan dan melarikan kenderaan peronda terbabit yang tidak dimatikan enjin.
Katanya, polis kemudian mengejarnya sejauh 10 kilometer sehingga ke Pekan Awah di sini dan dalam tempoh itu, suspek turut melepaskan empat das tembakan tetapi tidak mengenai anggota tersebut.
"Semasa berhenti di situ, keluarga lelaki tersebut yang tinggal di Jengka 13 telah dihubungi untuk memujuknya tetapi dia enggan berbincang," katanya.
Kata Sulaiman, suspek kemudian meneruskan pemanduan secara berbahaya dan setibanya di Kilometer 107, Jalan Kuala Lumpur-Kuantan dekat Kampung Bukit Lada di sini, kenderaan dipandu lelaki itu melanggar tiang perhentian bas.
"Dia yang cedera dihantar ke Hospital Sultan Ahmad Shah (Hoshas) Temerloh untuk rawatan bagaimanapun meninggal dunia pukul 7.58 pagi," ujarnya.
Beliau memberitahu, polis berjaya menemukan semula pistol jenis P99 daripada suspek dengan baki 11 butir peluru dan kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 392 Kanun Keseksaan dan Seksyen 39 Akta Senjata Api 1960.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20131115/je_01/Lelaki-kurang-siuman-maut-nahas#ixzz2kfQZp2Sq
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Kepala tersangkut pada jeriji besi


Seorang anggota bomba cuba menenangkan Chyou Wang, 3, selepas kepalanya tersangkut pada jerisi besi di rumahnya di bandar Guilin, Guangxi Zhuang, selatan China, baru-baru ini. - Agensi
NANNING 14 Nov. - Seorang kanak-kanak perempuan berumur tiga tahun nyaris maut selepas terjatuh dan tersangkut pada jeriji besi di tingkat empat pangsapurinya di wilayah autonomi selatan China, baru-baru ini.
Kejadian di bandar Guilin, Guangxi Zhuang itu berlaku selepas mangsa, Chyou Wang ditinggalkan bersendirian di rumah oleh ibu bapanya yang pergi bekerja.
Menurut pasukan kecemasan, kanak-kanak itu tergantung pada jeriji besi yang dibina di tingkap rumah mereka selepas dipercayai bermain di atas jeriji itu sebelum terjatuh.
Dia bagaimanapun bernasib baik tidak jatuh ke bawah selepas kepalanya tersangkut pada batang jeriji besi dengan penduduk yang terdengar tangisan mangsa bergegas menghubungi pasukan kecemasan untuk menyelamatkan kanak-kanak malang itu.
Pasukan kecemasan terpaksa memecah masuk rumah tersebut dan melebarkan batang jeriji besi itu sebelum dapat menyelamatkannya.
Menurut ayah mangsa, Lian, 44, dia dan isteri selalu meninggalkan Wang bersendirian di rumah ketika bekerja, tetapi biasanya anak mereka itu hanya akan tidur dan menonton televisyen.
"Mungkin dia bosan atau mahu melihat kami dari tingkap, tetapi kami juga tidak tahu bagaimana dia boleh membuka tingkap itu sedangkan kami telah menguncinya.
"Apa pun kami bersyukur semuanya selamat dan selepas ini kami tidak lagi akan meninggalkannya bersendirian di rumah," katanya. - AGENSI


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20131115/lu_10/Kepala-tersangkut-pada-jeriji-besi#ixzz2kfPyjtJL
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Mangsa Taufan Haiyan mula terima bantuan


Sebahagian mangsa taufan, beratur untuk menerima bekalan minuman dan makanan di Tacloban, tengah Filipina, semalam. - REUTERS
TACLOBAN 14 Nov. - Pihak tentera hari ini mula mengagihkan bantuan minuman dan beras kepada mangsa bencana Taufan Haiyan ketika sebahagian anggota tentera melakukan kerja-kerja pembersihan sisa-sisa sampah dan beribu-ribu mangsa yang terdesak meninggalkan bandar ini, memenuhi lapangan terbang.
Pesawat pengangkut C-130 pertama mendarat di lapangan terbang Tacloban pada pukul 3 pagi ini waktu tempatan (3 pagi waktu Malaysia), sekali gus menyaksikan sistem kawalan udara sudah kembali beroperasi sepenuhnya.
Kebanyakan bantuan makanan, minuman dan ubat-ubatan yang disalurkan oleh Malaysia, Singapura dan Amerika Syarikat diletakkan di sepanjang landasan kapal terbang tersebut.
Tidak jauh dari lokasi bekalan bantuan sampai, beratus-ratus orang yang mengalami kecederaan termasuk wanita mengandung, kanak-kanak serta warga emas dirawat di hospital sementara di lapangan terbang berkenaan dan mereka kini mengalami masalah kekurangan doktor, kemudahan lain dan ubat-ubatan.
Doktor bertugas menjangkakan, masalah kesihatan lebih serius bakal berlaku dalam masa terdekat seperti radang paru-paru, dehidrasi, cirit-birit serta jangkitan, setelah kebanyakan stok bantuan ubat-ubatan terkandas di Manila dan Cebu.
"Apa yang menjadi keutamaan sekarang adalah agihkan segera makanan dan minuman, namun begitu bantuan tersebut tidak mencukupi dan operasi harus dijalankan secara berterusan,'' kata Ketua PBB bagi Bantuan Kemanusiaan, Valerie Amos.
Jelas beliau, pejabatnya sudah menyalurkan dana kecemasan sebanyak AS$25 juta (RM80.06 juta), sebahagiannya merupakan sumbangan daripada negara-negara seluruh dunia.
Agensi bencana melaporkan, angka korban keseluruhan akibat Taufan Haiyan sehingga kini mencecah 2,357 orang.
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) melalui Program Makanan Sedunia (WFP) semalam, turut mengagihkan bertan-tan beras serta bekalan bantuan lain kepada 50,000 penduduk di sini. - AP


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20131115/lu_04/Mangsa-Taufan-Haiyan-mula-terima-bantuan#ixzz2kfN7GcXi
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Jangkitan selsema burung landa Kemboja


PHNOM PENH 15 Nov. - Seorang lelaki berusia 29 tahun dilaporkan meninggalkan dunia selepas disahkan positif dijangkiti virus selsema burung manakala seorang kanak-kanak berada dalam keadaan kritikal.
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan Kementerian Kesihatan Kemboja dalam satu kenyataan berkata, lelaki itu meninggal dunia awal bulan ini di wilayah Pailin berhampiran sempadan dengan Thailand selepas dimasukkan ke hospital akibat demam.
Dalam kes berlainan, seorang kanak-kanak berusia tiga tahun masih dalam keadaan kritikal di Kampong Speu. - AFP


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20131115/lu_02/Jangkitan-selsema-burung-landa-Kemboja#ixzz2kfMEr3UI
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Wanita disamun turut dinoda dalam kereta


Alor Setar: Tempoh 30 minit menjadi pengalaman sengsara dalam hidup seorang wanita apabila bukan saja menjadi mangsa samun, malah turut dirogol seorang lelaki di tempat duduk belakang sebuah kereta Proton Persona di satu lokasi, di sini.

Difahamkan, kejadian berlaku kira-kira jam 10 malam 5 November lalu berkenaan turut disaksikan anak lelaki mangsa berusia empat tahun selepas wanita itu ke sebuah bank untuk mengeluarkan wang.
Sebelum itu, seorang lelaki lingkungan 20-an dipercayai masuk di tempat duduk hadapan lalu mengacukan sebilah pisau kepada mangsa.

Wanita berkenaan kemudian diarahkan memandu kereta terbabit ke kawasan lain sebelum merogol dan menyamun sejumlah wang tunai termasuk telefon bimbit sebelum melarikan diri.


Susulan kejadian itu, gerakan menjejaki suspek dijalankan sehingga sepasukan anggota Bahagian Jenayah Berat (D9) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah berjaya menahan dua lelaki lingkungan 20-an, malam kelmarin.


Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri Asisten Komisioner Mohd Nashir Ya berkata, tangkapan dibuat selepas pihaknya mendapat maklumat berhubung lokasi suspek dan kedua-dua lelaki itu ditahan secara berasingan.

“Tangkapan pertama dibuat kira-kira jam 11 malam (kelmarin) di Kampung Kesop, Jitra, dan kami berjaya memberkas seorang lelaki yang dipercayai membeli telefon bimbit mangsa sebelum tangkapan kedua dilakukan tidak lama selepas itu.

“Kami dapati kedua-duanya penagih dadah hasil daripada ujian saringan awal air kencing yang dilakukan terhadap mereka,” katanya ketika ditemui, di sini, semalam.

Mohd Nashir berkata, siasatan lanjut yang dilakukan terhadap suspek berjaya menemui semula barang-barang milik mangsa termasuk telefon bimbit.

Katanya, kes berkenaan dianggap selesai dan kedua-dua suspek ditahan reman sehingga 20 November depan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 392/397, Kanun Keseksaan serta Seksyen 376, kanun sama.

Kaki gagal disambung semula


Batu Pahat: Kaki kanan mangsa kemalangan yang putus dalam kejadian di persimpangan Sungai Suloh di sini, Selasa lalu, tidak boleh disambung semula selepas perbincangan dilakukan keluarga dan pakar perubatan.
Bapa mangsa, Rusman Ahmad, 49, berkata, keadaan anaknya Muhammad Taufiq, 23, kini beransur pulih, namun kaki kanannya tidak dapat disambung semula. 
Menurutnya, penyambungan itu tidak dapat dilakukan disebabkan terdapat tulang dan daging yang hancur. 

“Saya dan keluarga akan bertanya dan mendapatkan nasihat daripada imam atau ustaz sama ada kaki yang terputus itu perlu dikebumikan atau sebaliknya.

“Buat masa ini, kaki itu di Hospital Putra sebelum menunggu proses selanjutnya,” katanya ketika ditemui Harian Metro di hospital sama, semalam.

Semalam, akhbar ini melaporkan kemalangan Muhammad Taufiq di simpang Sungai Suloh pada jam 2.30 petang Isnin lalu hingga menyebabkan kaki kanan (bawah lutut) hilang selama lebih 26 jam sebelum ditemui jam 4.30 petang, kelmarin. 

Kaki kanan Muhammad Taufiq ditemui 200 meter dari tempat kejadian dan usaha mencantum cuba dilakukan sejurus kemudian. 

Rusman berkata, dia berharap pihak berkuasa menyediakan kemudahan lampu isyarat di tempat kejadian bagi mengelak kemalangan sama berulang.

Dua beranak korban api



Ipoh: “Saya terdengar letupan disusuli bunyi kaca pecah selain orang meronta meminta tolong berhampiran sebelum keluar memeriksa di luar rumah dan mendapati api sedang marak di rumah jiran,” kata Wong Foo Sang, 63.

Dalam kejadian jam 8.15 pagi semalam, tragedi kebakaran menyebabkan dua beranak maut di sebuah rumah dua tingkat di Jalan Devadason, Taman Ipoh, di sini.
Mangsa seorang bekas pekerja bank di bandar ini, Stephen Loo Pei Yee, 41, ditemui maut di bahagian tangga tingkat atas, manakala ibunya, Lau Yoke Yee, 75, ditemui di bilik utama tingkat sama dengan kedua-dua badan mangsa 100 peratus melecur dan dipercayai maut akibat lemas terhidu asap tebal.

Menurut Foo Sang, dia tidak sempat membantu mangsa kerana api marak begitu cepat, malah sebaik melihat kejadian itu dia segera mendapat bantuan jiran dan menghubungi bomba.
Foto
MAYAT seorang mangsa dibawa keluar anggota bomba dan polis, semalam.
Foto
KEADAAN rumah yang musnah dalam kebakaran.

“Saya terkilan kerana tidak berupaya menyelamatkan mangsa yang terperangkap dalam rumah berkenaan.


“Saya terdengar suara lelaki meronta meminta tolong beberapa kali sebelum lenyap dalam api yang sedang marak dan asap tebal di rumah berkenaan. Lelaki itu dipercayai cuba keluar dari rumah berkenaan, bagaimanapun jeriji besi menghalangnya menyelamatkan diri,” katanya.

Dia yang sudah menetap di kawasan perumahan berkenaan sejak 10 tahun lalu, agak rapat dengan keluarga mangsa.

“Anak lelaki mangsa dipercayai menghadapi masalah mental dan kerap bermain api di halaman rumahnya,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian.

“Ada beberapa kali saya cuba memadam api ketika melihat dia membakar sesuatu berhampiran kediamannya itu kerana bimbang api merebak seterusnya menyebabkan kejadian yang tidak diingini,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian.

Menurutnya, wanita berkenaan yang pernah berkhidmat sebagai jururawat di sebuah hospital swasta di bandar ini berbadan besar dan sukar untuk bergerak sehingga ada ketikanya terpaksa menggunakan kerusi roda untuk bergerak.

Difahamkan salah seorang anak mangsa bekerja di Singapura manakala kakaknya pula menetap di Kuala Lumpur.

Sementara itu, Ketua Zon 1 Balai Bomba Dan Penyelamat Ipoh Ruhisha Haris berkata, pihaknya menerima panggilan jam 8.18 pagi sebelum tiba di tempat kejadian empat minit kemudian. 

Salun tak serik tawar seks

Serdang: Walaupun sudah dua kali diserbu, namun sebuah premis salun rambut di Puchong yang menyediakan wanita asing untuk khidmat seks, dipercayai masih mengulangi kesalahan sama apabila serbuan serbuan kira-kira jam 11 malam kelmarin, polis menahan 10 wanita warga asing yang disyaki menawarkan khidmat seks.
Premis yang beroperasi di tingkat satu bangunan perniagaan Bandar Puchong Jaya itu dipercayai bukan saja berselindung di sebalik salun rambut, malah ia juga tidak berlesen. 
Jika dilihat dari luar, tiada siapa tahu salun itu turut menawarkan khidmat seks namun sebaik melangkah masuk, premis berkenaan turut mempunyai beberapa bilik dilengkapi tilam.

Perbuatan tidak bermoral pemilik salun rambut itu berjaya dikesan Bahagian Perjudian, Kongsi Gelap dan Maksiat (D7) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serdang yang menyerbunya, malam kelmarin.
Foto
SERAMAI 10 wanita warga asing ditahan.

Ketua Polis Daerah Serdang Asisten Komisioner Abd Razak Elias berkata, sembilan daripada wanita asing yang ditahan itu warga Vietnam dan seorang warga China berusia antara 18 hingga 25 tahun.

“Ketika diserbu, seorang wanita didapati sedang melayan pelanggan dalam sebuah bilik. Ada sembilan pelanggan dalam premis itu ketika serbuan dilakukan,” katanya yang ditemui selepas serbuan.

Katanya, hasil pemeriksaan mendapati semua wanita warga asing terbabit menggunakan pas lawatan sosial dan seorang lelaki berusia 21 tahun dipercayai penjaga premis turut ditahan bagi membantu siasatan.

35 tahun menipu


Shah Alam: “Saya sudah menetap di negara ini sejak 35 tahun lalu dengan hanya menggunakan kad pengenalan rakan yang diimbas,” kata seorang pengawal keselamatan dikenali sebagai Subramaniam, 59, yang ditahan dalam Op Kutip dijalankan Jabatan Imigresen Selangor di sekitar Klang dan Shah Alam, semalam.
Lelaki warga emas terbabit ditahan ketika bertugas di sebuah kondominium di Taman Bayu Perdana, dekat Klang, mendakwa berasal dari Singapura dan berkahwin dengan warga tempatan hingga mendapat dua anak serta empat cucu di negara ini.
“Saya baru bekerja di syarikat keselamatan berkenaan dan ketika memohon pekerjaan, mereka langsung tidak meminta sebarang dokumen pengenalan daripada saya.

“Sepanjang berada di negara ini, saya hanya bersedia dengan kad pengenalan yang diimbas milik rakan kalau-kalau ada pemeriksaan pihak berkuasa,” katanya ketika ditemui di Ibu Pejabat Jabatan Imigresen Selangor di sini, semalam.
Foto
SUBRAMANIAM ditahan kerana guna kad pengenalan imbas milik rakan (gambar kecil).

Subramaniam turut mendakwa dia keluar dan masuk negara ini tanpa sebarang masalah sejak 1979 walaupun tiada dokumen perjalanan dengan menaiki pengangkutan awam.

“Saya lebih selesa tinggal di negara ini berbanding Singapura kerana keluarga saya semuanya di sini dan saya sudah tiada saudara-mara di sana.

“Saya pernah cuba memohon status penduduk tetap negara ini, namun akibat ketiadaan dokumen pengenalan diri serta tidak mendaftar perkahwinan, usaha itu tidak dapat dilakukan,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Penolong Pengarah Operasi Jabatan Imigresen Selangor Othman Montil berkata, operasi bermula jam 10.30 pagi itu dianggotai 12 anggota dan pegawai.

“Op selama lima jam itu bertempat di Taman Bayu Perdana dan juga sebuah pusat beli-belah dekat Klang serta dua premis mencuci kereta di Seksyen 7, dekat sini.

“Kami menahan 15 warga asing yang turut membabitkan empat wanita kerana melakukan pelbagai kesalahan seperti tiada pasport serta melanggar syarat permit pekerjaan dan mereka yang ditahan akan dibawa ke Depoh Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) untuk tindakan lanjut,” katanya.