Search This Blog

Thursday, November 14, 2013

Tentera laut Amerika dicengkam skandal rasuah terbesar

 14 Nov 2013


WASHINGTON: Tentera laut Amerika Syarikat sedang dicengkam kes rasuah, yang didakwa membabitkan seorang peniaga Malaysia berpangkalan di Singapura yang digelar "Fat Leonard".
Kes ini boleh menjadi salah satu skandal terbesar dalam sejarah pasukan tentera itu. Ia melibatkan khidmat pelacur dan bayaran rasuah bagi mendapatkan maklumat terperinci mengenai pergerakan armada.
Terdapat juga kebimbangan bahawa siasatan yang sedang dijalankan mungkin menjebak lebih ramai pegawai kanan.
Sejauh ini, tiga pegawai telah didakwa sejak beberapa minggu lalu dan dua lagi berada dalam pengawasan pihak berkuasa.
Para pegawai, umumnya, maklum bahawa siasatan kes belum lagi mendedahkan banyak butir. Beberapa anggota berpangkat tinggi tentera laut mungkin terbabit dalam skim yang didakwa melibatkan kontrak perkhidmatan kapal bernilai jutaan dolar yang ditawarkan kepada sebuah firma berpangkalan di Singapura.
"Saya percaya beberapa pegawai tentera laut dan beberapa anggota sivil tentera laut mungkin terbabit dalam skandal ini," kata jurucakap tentera laut Amerika, Laksamana John Kirby.
"Kami akan membiarkan siasatan ini membawa kita ke mana sahaja," katanya kepada agensi berita AFP, tetapi enggan mendedahkan butir lanjut sebelum hasil siasatan diumumkan.
Para pegawai berkata kes itu boleh menyaingi skandal serangan seksual Tailhook dan Angkatan Tentera Laut Amerika pada 1991, dan dikaitkan dengan rangkaian kontraktor Pentagon yang meluas.
Antara lain, kes tersebut membabitkan kontrak untuk menawarkan bekalan makanan, air, minyak, khidmat pembuangan sampah dan perkhidmatan lain bagi kapal Amerika yang berkunjung ke pelabuhan Asia.
Para pendakwa menuduh "Fat Leonard", atau Leonard Glenn Francis, yang juga ketua pegawai eksekutif (CEO) Glenn Defense Marine Asia, bersubahat memberi rasuah kepada pegawai tentera laut dan pegawai lain dalam bentuk khidmat pelacuran, pelancongan mewah dan sogokan lain bagi mendapatkan kontrak. - AFP.

Ajal ditikam suami kekasih


Mangsa yang parah dikejarkan ke hospital berdekatan.
Mangsa yang parah dikejarkan ke hospital berdekatan.
BERA - Seorang lelaki warganegara China berusia 30-an dibunuh sementara seorang wanita tempatan cedera parah di sebuah rumah di Taman Mawar Indah, Triang, semalam.

Dalam kejadian kira-kira 4.00 pagi itu, lelaki tersebut dipercayai bermalam di rumah teman wanitanya sebelum diserang dengan senjata tajam oleh suami wanita itu.

Dipercayai wujud pertelingkahan dan pergaduhan menyebabkan suami wanita itu bertindak luar kawalan sehingga menyebabkan kematian.

Jiran mangsa yang mahu dikenali sebagai Husin berkata, sekitar 3 hingga 4 pagi, dia terdengar bunyi bising di rumah mangsa namun tidak mengendahkan perkara itu kerana pasangan suami isteri itu kerap bergaduh.

“Saya tidak sangka kejadian ini berlaku. Sebelum ini, mereka pernah bergaduh hingga di luar kawasan rumah.

“Jadi bila dengar bunyi bising, saya buat tak tahu sebab tidak mahu masuk campur urusan peribadi orang lain,” katanya kepada Sinar Harian,semalam.

Sementara itu, seorang lagi jiran mangsa, Rosman berkata, dia sempat membantu menyelamatkan wanita itu sebelum dihantar ke hospital.

Katanya, wanita itu masih bernyawa tetapi keadaannya terlalu parah akibat tetakan di bahagian leher dan pinggang kiri mangsa.

“Pada ketika itu, saya terdengar anak mangsa menangis di tingkat atas. Nasib baik mereka selamat dan tidak dicederakan,” katanya.

Difahamkan, dua anak mangsa yang berusia enam dan tiga tahun trauma selepas melihat bapa mereka menendang dan menikam ibu mereka dan kanak-kanak itu kini dijaga makcik mereka.

Seorang anggota Rakan Cop memberitahu, mangsa menghubungi salah seorang saudara terdekat pada jam 7.20 untuk meminta bantuan.

Dia mendakwa mangsa terpaksa berpura-pura mati dan menahan kesakitan untuk mengelak suaminya bertindak lebih ganas.

“Selepas dia (mangsa) fikir suaminya sudah tiada, barulah dia menelefon saudaranya.

“Saya percaya dia terpaksa berbuat begitu untuk menyelamatkan diri dan nyawa dua anaknya itu,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Ketua Siasatan Jenayah Pahang, Supterintendan Rosli Hassan mengesahkan kes itu tetapi polis masih menyiasat punca kejadian.

Menurutnya, pihak polis menerima panggilan kira-kira jam 7.30 pagi dan apabila tiba di tempat kejadian polis mendapati seorang lelaki warganegara China mati di dalam rumah dengan kesan luka parah.

“Mangsa sudah meninggal dunia dan siasatan awal mendapati suspek terbabit mempunyai masalah rumahtangga dengan isterinya,” katanya.

Beliau berkata, polis percaya suspek masih berada dalam negara.

Kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Pencuri masuk jerat

Pencuri masuk jeratPenjenayah berjaya ditangkap ketika cuba curi kabel.
MUAR – Tindakan pantas dua pekerja sebuah syarikat telekomunikasi membuat rondaan di kawasan seliaan berjaya menangkap dua penjenayah ketika mereka sedang mencuri kabel di Parit Keroma Laut, Jalan Junid, di sini, Selasa lalu.

Kejadian jam 2 pagi itu berlaku susulan pihak syarikat menerima aduan daripada ibu pejabat terdapat kerosakan pada stesen pemancar komunikasi di kawasan terlibat.

Salah seorang pekerja syarikat itu yang hanya mahu dikenali sebagai Zack berkata, ketika tiba di lokasi kejadian, dia melihat sebuah kereta Proton Persona berada di dalam kawasan berkenaan yang berpagar.

“Saya letak kereta di hadapan pintu pagar bagi menghalang suspek melarikan diri.

“Lelaki terbabit yang leka potong kabel sepanjang 65 meter menyedari kehadiran saya bersama rakan dan pada mulanya mereka cuba melarikan diri masuk ke dalam kereta, tetapi tidak berjaya,” katanya.

Zack berkata, kejadian itu kerap berlaku di beberapa kawasan di daerah ini sehingga menimbulkan rungutan di kalangan penduduk kerana kerap menghadapi masalah talian.

“Tahun ini saja, empat kabel telah dicuri membabitkan kerugian hampir RM6,000. Saya tidak sangka kali ini secara tidak sengaja terserempak dengan penjenayah itu dan menangkap mereka.

“Saya juga tidak pasti mereka suspek yang sama dengan kejadian sebelum ini ataupun tidak,” katanya.

Katanya, suspek berusia lingkungan 20-an itu diserahkan kepada polis yang tiba di lokasi kejadian lima minit kemudian selepas memaklumkan penangkapan lelaki terbabit.

Sementara itu, Ketua Polis Muar, Asisten Komisioner Azman Ayob ketika dihubungi mengesahkan ada menerima laporan kejadian dan suspek ditahan reman untuk siasatan lanjut.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 431 kanun keseksaan kerana mencuri yang boleh dikenakan hukuman denda tiga tahun penjara atau denda atau kedua-duanya sekali,” katanya.

Mayat bayi ditemui terapung

Mayat bayi ditemui terapungLokasi di mana mayat bayi ditemui terapung, semalam.

GENTING HIGHLANDS – Mayat seorang bayi ditemui terapung di loji kumbahan belakang Hotel First World dekat sini kira-kira jam 11.30 pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Mohamad Mansor Mohd Nor berkata, bayi yang cukup sifat itu ditemui oleh anggota polis yang sedang membuat rondaan di kawasan itu.

Katanya, usia bayi dianggarkan dalam lingkungan tujuh hingga sembilan bulan berdasarkan keadaan fizikalnya.

“Setakat ini jantina bayi masih belum dikenal pasti dan pasukan forensik turut menjalankan siasatan di tempat kejadian.

“Susulan penemuan mayat bayi itu, siasatan menyeluruh akan dijalankan bagi mengenal pasti pihak yang terlibat,” katanya.

Mohamad Mansor berkata, punca kematian bayi itu juga masih dalam siasatan.

Katanya, setakat ini pihaknya masih belum dapat mengesahkan sama ada motif kejadian sebenar sama ada bayi itu dibuang atau dibunuh.

Padah larikan kereta peronda polis


14 November 2013
KUANTAN - Seorang lelaki maut selepas kereta peronda polis yang dilarikannya melanggar tiang perhentian bas di Km107 Jalan Kuala Lumpur-Kuantan awal pagi tadi.
 
Dalam kejadian 4.30 pagi tadi itu, suspek Muhd Nasrulfahmi Abdul Nasir, 22, yang mengalami kecederaan di kepala disahkan mati ketika dirawat di Hospital Temerloh jam 7.58 pagi.
 
Menurut Ketua Polis Pahang Datuk Sharifuddin Abd Ghani, suspek yang berasal dari Jengka itu dilaporkan telah menyerang anggota polis di Tol Chenor dengan menggunakan sebatang besi.
 
"Suspek dipercayai telah menyerang dan memukul anggota polis terbabit di tol berkenaan sebelum merampas pistol anggota polis itu dan melepaskan empat das tembakan.
 
"Tembakan itu bagaimanapun tidak mengenai anggota polis terbabit.

"(Selepas bertindak melarikan kereta polis itu), suspek telah melanggar tiang perhentian bas di Km107 Jalan Kualan Lumpur-Kuantan dan cedera di kepala. Suspek meninggal di Hospital Temerloh pada jam 7.58 pagi," katanya menerusi sistem pesanan ringkas kepada Bernama di sini hari ini.
 
Motif serangan dan punca kejadian masih belum diketahui. - Bernama

Seorang parah, 4 cedera ringan

Seorang parah, 4 cedera ringanEmpat cedera ringan manakala seorang lagi parah apabila kereta yang dinaiki bertembung dekat Pusat Tarbiyah Pas, Rantau Panjang, jam 2.15 petang, kelmarin.

RANTAU PANJANG – Empat cedera ringan manakala seorang lagi parah apabila kereta yang dinaiki bertembung dekat Pusat Tarbiyah Pas, Rantau Panjang, jam 2.15 petang, kelmarin.

Ketua Polis Pasir Mas, Asisten Komisioner Haliludin Rahim berkata, pemandu kereta Perodua Viva berwarna hijau, Wan Norhayati Wan Yusof, 56, patah kaki dan anak perempuannya yang berusia 17 tahun, cedera ringan.

Manakala, pemandu kereta Perodua Viva berwarna hitam, Ahmad Zahrieleh Ismail, 22, bersama dua lagi rakannya, Tengku Mohd Hafizi, 24 dan Nor Fatihah Wan Yusof,20, mengalami cedera ringan.

Kesemua mangsa yang terlibat katanya, dihantar ke Hospital Pasir Mas untuk mendapatkan rawatan lanjut.

Menurutnya, Norhayati yang juga peniaga dekat Lati, baru sahaja selesai membeli belah dekat Rantau Panjang, menuju ke Pasir Mas.

Namun, setibanya di tempat kejadian berlaku pertembungan di antara kedua-dua kenderaan secara bertentangan.

“Kita masih menyiasat punca kemalangan dan meminta saksi yang melihat kejadian diminta tampil ke Ibu Pejabat Polis Pasir Mas untuk membantu siasatan,” katanya.

Sementara itu, Pegawai Kanan Bomba II (PBK), Azuhan Ibrahim berkata, pihaknya menerima panggilan pada jam 2.19 petang dan bergegas ke tempat kejadian menggunakan satu jentera dan enam anggota.

Setibanya di tempat kejadian katanya, penumpang dari kedua-dua kereta berjaya dikeluarkan.

“Kita mengambil masa hampir lima minit untuk mengeluarkan pemandu yang tersepit.

“Bagi mengelak berlakunya kebocoran minyak, pihak bomba turut memastikan tidak berlaku sebarang kebocoran minyak, yang boleh menyebabkan kebakaran kenderaan,” katanya.

Kemalangan ini menyebabkan kesesakan lalu lintas, hampir satu kilometer di kedua-dua arah.

Dituduh rogol gadis 15 tahun

Dituduh rogol gadis 15 tahunMohd Azuan mengaku tidak bersalah atas dua pertuduhan merogol gadis bawah umur.
KUALA TERENGGANU - Seorang pemuda dihadapkan ke Mahkamah Sesyen, semalam, atas dua pertuduhan merogol seorang gadis berusia 15 tahun, dalam dua kejadian berasingan pertengahan Jun dan September lalu.

Bagaimanapun, Mohd Azuan Mohd Nordin, 19, dari Dungun, mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan atas kedua-dua pertuduhan di bawah Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan kerana merogol itu.

Mengikut pertuduhan pertama, Mohd Azuan didakwa telah merogol mangsa di sebuah rumah tidak bernombor di Kampung Tok Kah, Dungun, pertengahan Jun lalu, kira-kira jam 12 tengah malam.

Bagi pertuduhan kedua pula, dia dituduh mengulangi perbuatan sama di lokasi sama dan waktu yang sama pada pertengahan September lalu.

Dia boleh dihukum di bawah Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan kerana merogol iaitu penjara maksimum 20 tahun dan dengan sebatan, jika sabit kesalahan.

Wan Fadhilah Nor membenarkan jaminan sebanyak RM15,000 bagi kedua-dua pertuduhan dan menetapkan 16 Disember depan sebagai tarikh sebutan semula kes bagi lantikan peguam serta serahan dokumen.

Diuji musibah berganda

Diuji musibah bergandaKeadaan bahagian ruang tamu rumah Nik Azizah setelah terbakar, malam kelmarin.

KAMPUNG BUKIT ARA - September lalu, ibu tunggal ini kerugian RM15,000 akibat rumahnya dipecah masuk pencuri dan malam kelmarin, Nik Azizah Nik Hussain, 48, sekali lagi diuji setelah kediamannya hangus dalam kebakaran.

Kejadian dipercayai berlaku jam 2.20 pagi ketika Nik Azizah sekeluarga tiada di rumah.

Kebakaran yang mengakibatkan kerugian kira-kira RM120,000 itu hanya disedari jirannya, Fauziah Nawi, 37, yang terjaga daripada tidur setelah terdengar letupan seolah-olah bunyi tembakan.

Nik Azizah berkata, semasa kejadian, dia tiada di rumah kerana bermalam di rumah anaknya di Kuala Lumpur selepas menghadiri satu majlis di sana dan terus bergegas pulang setelah dihubungi jirannya.

“Saya keluar rumah kira-kira jam 9.30 pagi semalam (kelmarin) ke Kuala Lumpur dan ketika itu anak kelima, Khairul Nisa Othman, 18, berada di rumah. Namun, lebih kurang jam 6.30 petang dia ke rumah saudara untuk bermalam di sana kerana tidak mahu tinggal sendirian di rumah.

“Saya pula, belum sempat lelapkan mata sekitar jam 2.30 pagi, dapat panggilan daripada jiran beritahu rumah terbakar. Walaupun penat belum hilang, saya terus pulang dan sampai jam 9 pagi semalam (kelmarin). Hanya ALLAH SWT tahu perasaan saya setelah melihat rumah yang didiami sejak empat tahun lalu hangus," katanya kepada Sinar Harian.


Dokumen penting hangus

Menurut ibu tunggal enam anak ini, semua dokumen penting tidak dapat diselamatkan termasuk al-Quran digital dan hanya beberapa peralatan di dapur selamat kerana belum sempat terbakar.

Nik Azizah yang juga peniaga produk kecantikan berkata, buat masa ini dia akan tinggal di rumah ibunya, Wan Hawa Wan Ismail, 69, yang terletak berhampiran untuk sementara waktu.

"Sebelum ini rumah saya dipecah masuk pencuri, kali ini terbakar pula, namun saya reda dengan ketentuan-NYA kerana ini semua ujian buat saya sekeluarga,” katanya.

Sinar Harian September lalu pernah menyiarkan kisah Nik Azizah yang kerugian RM15,000 termasuk jam tangan Allahyarham suaminya setelah kediamannya dipecah masuk ketika dia sekeluarga tiada di rumah.


Dengar bunyi letupan

Jiran mangsa, Fauziah berkata, dia masuk tidur kira-kira jam 12.30 tengah malam dan terjaga apabila terdengar bunyi letupan kuat sebelum menjenguk keluar melihat keadaan.

Katanya, dia terkejut melihat api menjulang tinggi dari bahagian bilik rumah jirannya dan terus menjerit minta tolong daripada jiran lain termasuk menghubungi pihak bomba.

“Sekitar 15 hingga 20 minit, api semakin marak kerana keseluruhan rumah telah dijilat api.

Dalam keadaan kelam kabut itu, ada jiran cuba padamkan api dan cuba masuk untuk selamatkan barang-barang, namun gagal dan kami hanya mampu lihat rumah terbakar.

“Memandangkan rumah saya beberapa meter sahaja di hadapan, bimbang juga kalau-kalau kebakaran merebak. Tapi syukurlah, tindakan pantas bomba berjaya mengawal api,” katanya.

Sementara itu, PBK II Roslan Ibrahim yang mengetuai operasi memadam kebakaran berkata,  pihaknya menerima panggilan jam 2.30 pagi dan bergegas ke lokasi kejadian menaiki sebuah jentera bersama sebuah pacuan empat roda dengan kekuatan10 anggota.

Menurutnya, kerja pemadaman bermula jam 2.42 pagi dan tamat sepenuhnya jam 4.05 pagi, manakala rumah terbakar antara 85 hingga 90 peratus.

Bomoh tipu pesakit didenda RM2,000


14 November 2013

PETALING JAYA - Seorang bomoh hari ini didenda RM2,000 atau dua bulan penjara oleh Mahkamah Majistret di sini kerana menipu seorang pesakitnya, tujuh tahun lepas.

Majistret, Mohd Nazri Omran menjatuhi hukuman itu terhadap Raja Mohd Suhaimi Raja Abu Bakar, 50, selepas dia menukar pengakuan kepada bersalah terhadap pertuduhan itu.

Raja Mohd Suhaimi, yang juga seorang peniaga, membayar denda itu.

Dia didakwa menipu Habibah Mat Yit, 56, yang juga seorang pegawai khidmat pelanggan, supaya menyerahkan wang berjumlah RM25,500 dengan menunjukkan geran tanah untuk dijual di Jalan Dinar UF3/F, Seksyen U3, Shah Alam, dekat sini antara 6  hingga 13 Jun 2006.

Dia didakwa mengikut Seksyen 417 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum lima tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Mengikut fakta kes, mangsa berubat dengan bomoh itu kerana mendakwa diganggu makhluk halus.

Pada  masa sama, bomoh itu meminta bantuan kewangan daripada mangsa kerana ingin menyelesaikan hutang ceti dan berjanji membayar balik setelah mendapat wang daripada jualan tanahnya.

Mangsa yang mengeluarkan duit simpanan Tabung Haji, meminjam duit daripada keluarga dan Bank Rakyat menyedari dirinya ditipu apabila bomoh itu menghilangkan diri.

Terdahulu, peguam bela, Ester Tan Siew Choo memohon hukuman denda minimum kerana anak guamnya telah mengaku bersalah, insaf dan memohon maaf kepada mangsa.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Siti Fatimah Yahya. - Bernama

Dua beranak maut dalam kebakaran


14 November 2013

IPOH - Seorang ibu dan anak lelakinya maut apabila rumah teres dua tingkat yang didiami lebih 10 tahun di Jalan Devadason, Taman Ipoh di sini terbakar pagi ini.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Zon 1 Perak Ruhisha Haris berkata ketika ditemui mayat si ibu Lau Yoke Yee, 75, dan anak lelakinya Stephen Loo Pei Yee, 41, telah 100 peratus melecur akibat terbakar namun tidak rentung.


"Mangsa pertama iaitu anak lelaki ditemui di bahagian tangga tingkat atas manakala mangsa kedua (ibu) ditemui di tepi bilik air di dalam kamar tidur utama," katanya kepada pemberita di tempat kejadian di sini.

Beliau berkata sejurus tiba pihaknya mendapati rumah berkenaan telah 90 peratus terbakar selain api di dalam rumah itu sudah berada pada tahap tiga, iaitu telah reda namun kebakaran masih berlaku.

Pihaknya juga mendapati bahagian dapur yang mempunyai sebuah bilik di rumah itu tidak terbakar dan kebakaran paling teruk didapati berlaku di bahagian tangga tingkat bawah kediaman terbabit, katanya.

Ruhisha berkata kebakaran itu dapat dikawal sepenuhnya pada pukul 8.35 pagi sebelum bahagian forensik jabatan itu memulakan siasatan.

Sebanyak dua jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Ipoh dan satu dari Simpang Pulai di sini dikejar ke tempat kejadian dengan 24 anggota serta tiga pegawai sebaik sahaja menerima maklumat pada 8.18 pagi, katanya.

Sementara itu, jiran mangsa, Wong Foo Sang, 63,  berkata beliau terdengar beberapa kali bunyi letupan sebelum menyedari rumah jirannya itu yang terletak di sebelah kiri rumahnya terbakar.

"Saya keluar dan melihat jiran yang tinggal di hadapan rumah menjerit kebakaran, saya pun sedar sudah ada asap.

"Si ibu mempunyai masalah untuk bergerak dan anak lelakinya (bekas pekerja bank) dipercayai mengalami kemurungan. Beliau ada lagi seorang anak lelaki yang bekerja sebagai juruterbang dan tinggal di Singapura," katanya. - Bernama

Tahanan mati sebelum kes disebut


14 November 2013


KUALA LUMPUR - Seorang tahanan lelaki mati ketika tiba di lokap Mahkamah Majistret di sini kira-kira pukul 7 pagi tadi.

Mengesahkan perkara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Datuk Ku Chin Wah berkata tahanan berumur 49 tahun itu sebelum itu didapati pengsan dalam kenderan 'Black Maria'.

Bagaimanapun mangsa disahkan meninggal dunia di dalam lokap tersebut.

Terdahulu mangsa menaiki kenderaan tersebut bersama-sama tahanan lain dari Penjara Sungai Buloh.

"Mangsa didakwa di bawah Seksyen 12(3) Akta Dadah Berbahaya 1952 pada 14 Oktober lepas kerana memiliki dadah merbahaya dan sebutan kesnya pada hari ini di Mahkamah Majistret," katanya ketika dihubungi Bernama.

Mayat mangsa dibawa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk dibedah siasat. - Bernama

Padah bermain piano


14 November 2013
MADRID - SEPANYOL. Seorang pemain piano, Laia Martin, 27, bakal berdepan hukuman penjara tujuh tahun atas tuduhan menyebabkan kerosakan psikologi dan pencemaran bunyi di kawasan kejiranannya di Puigcerda, Sepanyol.

Dipetik laporan AP, Sonia Bosom bertindak memfailkan saman ke atas Martin dan ibu bapanya kerana mendakwa dia terpaksa menanggung derita akibat bunyi bising sejak 2003 hingga 2007 berpunca daripada sesi latihan piano tertuduh yang berlangsung selama lapan jam, lima hari seminggu.

Laporan perubatan menunjukkan, Bosom mengalami kecederaan psikologi akibat mendengar bunyi bising secara berterusan dan turut mengalami pelbagai masalah lain termasuk insomnia, serangan panik dan masalah sakit puan. 

Ibu paksa anak minum petrol


14 November 2013

ZHEJIANG - CHINA. Seorang ibu di bandar Jinhua, timur China bertindak kejam memaksa anaknya berumur empat tahun meminum petrol sebelum bertindak membakar budak malang itu.

Menurut doktor, 35 peratus daripada bahagian tubuh kanak-kanak itu melecur dan mangsa berkemungkinan besar akan buta serta bisu pada masa hadapan.

Menurut laporan DailyMail, hasil siasatan awal mendapati, wanita tersebut melakukan tindakan tidak berperikemanusiaan tersebut kerana berang tidak dilayan dengan baik oleh suaminya.

Kedua pasangan itu juga dilaporkan sering bertengkar kerana menghadapi masalah kewangan. 

Mangsa Haiyan semakin terdesak

Mangsa Haiyan semakin terdesakImej satelit menunjukkan keadaan bandar Tacloban sebelum dan selepas dibadai Haiyan, Jumaat lalu.

TACLOBAN - FILIPINA. Seramai lapan mangsa taufan Haiyan maut, kelmarin selepas dirempuh sekumpulan penduduk yang  menyerbu gudang beras di bandar Alangalang.

Dipetik laporan AFP, jurucakap Pusat Makanan Kebangsaan, Rex Estoperez memaklumkan salah satu daripada tembok gudang itu turut roboh akibat dirempuh  penduduk yang terdesak  mahu mendapatkan makanan, bekalan air dan ubat-ubatan.

"Kebanyakan mangsa masih trauma dan mereka juga panik kerana bantuan lambat tiba di kawasan tersebut," jelasnya.

Dalam perkembangan lain, pihak berkuasa terpaksa membatalkan pengebumian beramai-ramai selepas konvoi yang membawa kesemua mayat tersebut diserang secara tiba-tiba.

Datuk Bandar Tacloban, Alfred Romualdez berkata mereka terpaksa menangguhkan upacara tersebut bagi mengelakkan kejadian lebih lebih buruk.

22 pengawal keselamatan Filipina ditahan miliki IC palsu


KUALA LUMPUR 13 Nov. - Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) menahan 22 pengawal keselamatan warga Filipina termasuk lima wanita kerana memiliki kad pengenalan palsu dalam satu serbuan di Pangsapuri SS8, Kelana Jaya di sini malam tadi.
Dalam operasi yang turut disertai oleh Jabatan Imigresen dan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) kira-kira pukul 1 pagi itu, pasukan terbabit turut menahan 20 warga Indonesia yang bekerja sebagai buruh di kawasan sekitar.
Siasatan mendapati kesemuanya melakukan kesalahan kerana tinggal lebih masa serta tidak mempunyai dokumen perjalanan sah.
Pengarah Siasatan Dan Penguatkuasaan JPN, Wan Zakaria Wan Awang berkata, siasatan awal mendapati kad pengenalan palsu dimiliki pengawal keselamatan terbabit diperoleh daripada ejen dengan harga antara RM300 ke RM500 sekeping.
Katanya, rata-rata individu yang ditahan terbabit telah tinggal di ibu negara ini sejak tiga tahun lalu dengan menggunakan kad pengenalan beralamat di Sabah. - UTUSAN ONLINE


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20131113/je_10/22-pengawal-keselamatan-Filipina-ditahan-miliki-IC-palsu#ixzz2kbC9VuBJ
© Utusan Melayu (M) Bhd 

20 pengawal dijel enam bulan


SEBAHAGIAN daripada warga Filipina yang ditahan dalam Operasi Warga Asing kerana memiliki kad pengenalan palsu di Flat Sungei Way, Selangor, malam kelmarin. - Utusan/ASWAD YAHYA
KUALA LUMPUR 13 Nov. - Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) menahan 20 pengawal keselamatan warga Filipina termasuk enam wanita kerana memiliki kad pengenalan palsu dalam satu serbuan di Pangsapuri SS8, Kelana Jaya di sini malam tadi.
Dalam operasi yang turut disertai oleh Jabatan Imigresen dan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) kira-kira pukul 1 pagi itu, pasukan terbabit turut menahan 19 warga Indonesia yang bekerja sebagai buruh di kawasan sekitar.
Siasatan mendapati kesemuanya melakukan kesalahan kerana tinggal lebih masa serta tidak mempunyai dokumen perjalanan sah.
Pengarah Siasatan Dan Penguatkuasaan JPN, Wan Zakaria Wan Awang berkata, siasatan awal mendapati kad pengenalan palsu dimiliki pengawal keselamatan terbabit diperoleh daripada ejen dengan harga antara RM300 ke RM500 sekeping.
Katanya, rata-rata individu yang ditahan terbabit telah tinggal di ibu negara ini sejak tiga tahun lalu dengan menggunakan kad pengenalan beralamat di Sabah.
"Kesemua yang memiliki kad pengenalan palsu ini sebenarnya adalah warga Filipina berusia antara 24 ke 35 tahun dan bekerja sebagai pengawal keselamatan di sebuah kilang berhampiran kawasan ini.
"Mereka kini ditahan kerana melakukan kesalahan mengikut Peraturan 25 (1)(e) Akta Pendaftaran Negara 1959 dan Peraturan-Peraturan Pendaftaran Negara 1990 (pindaan 2007) kerana memiliki kad pengenalan palsu," katanya ketika ditemui selepas operasi terbabit.
Menurut Wan Zakaria, pihaknya telah melakukan risikan selama dua minggu di lokasi tersebut sebelum melakukan serbuan terhadap lapan buah rumah yang didiami oleh warga asing terbabit.
"Dalam risikan itu, kita percaya pihak majikan kepada pengawal keselamatan terbabit tidak bersekongkol dengan kumpulan tersebut," katanya.
Ditanya mengenai ejen kad pengenalan terbabit, pihaknya akan menyiasat salah seorang daripada wanita yang ditahan kerana dipercayai menjadi dalang membekalkan kad pengenalan palsu serta mendapatkan pekerjaan bagi warga asing tersebut.
Sementara itu, seorang daripada pengawal keselamatan terbabit mendakwa telah menetap di Semporna, Sabah sejak kecil dan memperoleh kad pengenalan palsu terbabit daripada rakannya bagi membolehkannya bekerja di ibu negara.
Sementara itu, kesemua 20 pengawal keselamatan warga Filipina termasuk enam wanita masing-masing dihukum penjara enam bulan oleh Mahkamah Majistret Petaling Jaya di sini hari ini selepas mengaku bersalah memiliki kad pengenalan sama ada palsu atau milik orang lain.
Mereka didakwa di mahkamah kira-kira 12 jam selepas ditangkap oleh JPN di sebuah flat di Sungei Way pagi ini.
Sepuluh daripada mereka dihadapkan di hadapan Majistret Nazri Omran manakala bakinya didakwa di hadapan Majistret K. B. Elena Hong Tze Lan.
Nazri menjatuhkan hukuman itu terhadap Norsimatantung Salip Ullong, Lilie Benzon, Norismah Ramon Sarirun, Syahlan, Omar Kahotor, Eho Jamal, Suaib Rakib, Mhudjahari Nuri, Alim Andios dan Zekri Duamah selepas mereka mengaku bersalah memiliki kad pengenalan palsu.
Sementara Elena menjatuhkan hukuman yang sama terhadap Hanina Hasbibun, Dereng Janatah, Charity Sinpliciano, Asis Kaonjang, Ibs Usalma, Mohamad Bistalik, Marwan Amilon, Madar Tumangon, Masriramon dan Sanahun selepas kesemua mereka mengaku bersalah memiliki kad pengenalan milik orang lain.
Kesemua perbuatan itu didakwa dilakukan di kawasan blok A dan B, flat 8, Jalan SS 3/39, Sungei Way, di sini kira-kira pukul 2.30 pagi, hari ini.
Pertuduhan terhadap kesemua tertuduh yang berusia antara 19 dan 44 tahun itu dikemukakan mengikut 25(1)(e) Peraturan-peraturan Pendaftaran Negara 1990 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tiga tahun atau denda atau kedua-duanya.
Berdasarkan fakta kes yang dikemukakan oleh Pegawai Pendakwa dari JPN, Zubaidah Zahol Ahmad, bertindak atas maklumat orang ramai, jabatan tersebut melancarkan serbuan dan menahan kesemua tertuduh awal pagi ini.
Semakan dengan bahagian Rekod Kad Pengenalan, JPN mendapati kad pengenalan yang digunakan 10 tertuduh adalah palsu serta dikeluarkan atas alamat di Sabah.
Sementara kad pengenalan 10 tertuduh lagi didaftarkan atas nama orang lain serta beralamat di Sabah.
Siasatan di tempat kejadian juga mendapati kesemua tertuduh berasal dari Filipina dan tidak mempunyai dokumen pengenalan diri yang sah.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20131114/je_02/20-pengawal-dijel-enam-bulan#ixzz2kbBSj8zN
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Angka korban taufan Haiyan terus meningkat


MANILA 14 Nov. - Jumlah rasmi angka kematian akibat taufan Haiyan yang melanda Filipina baru-baru ini meningkat kepada 2,344 orang.
Majlis Pengurusan Pengurangan Risiko Bencana Kebangsaan mengeluarkan data terbaharu itu hari ini.
Laporan itu turut menyatakan 3,804 orang mengalami kecederaan dan 79 lagi hilang. - Agensi


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20131114/lu_01/Angka-korban-taufan-Haiyan-terus-meningkat#ixzz2kbAaaUu0
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Tentera laut AS dihambat isu rasuah


WASHINGTON 13 Nov. - Tentera Laut Amerika Syarikat (AS) terus 'dihambat' skandal rasuah membabitkan pelacur dan ganjaran untuk butiran tentang pergerakan kapal-kapal, sekaligus memungkinkan lebih banyak pegawai kanan pasukan itu disiasat.
Sebanyak tiga pegawai didakwa dalam beberapa minggu kebelakangan ini dan dua lagi disiasat dalam satu kes rasuah yang mungkin bertukar menjadi satu daripada skandal terbesar dalam sejarah Tentera Laut AS.
"Kami percaya pegawai-pegawai lain dan mungkin beberapa anggota tentera laut boleh dikaitkan dengan skandal ini.
"Kami akan membiarkan siasatan ini diteruskan 'bagi membersihkan imej kami','' kata jurucakap Tentera Laut AS, Laksamana John Kirby yang menolak untuk mendedahkan lebih banyak maklumat. - AFP


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20131114/lu_10/Tentera-laut-AS-dihambat-isu-rasuah#ixzz2kbAFwLeo
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Mangsa taufan kian terdesak


Beberapa penduduk memerhatikan deretan mayat mangsa Taufan Haiyan yang ditutup dengan plastik hitam di atas jalan di Tacloban, tengah Filipina, kelmarin. - Reuters
TACLOBAN, Filipina 13 Nov. - Sekurang-kurangnya lapan orang maut akibat bersesak-sesak apabila ribuan penduduk menyerbu sebuah gudang yang menempatkan beras di bandar Alangalang di wilayah Leyte, hari ini, ketika keadaan semakin terdesak selepas lima hari Taufan Haiyan melanda Filipina.
Menurut jurucakap Pihak Berkuasa Makanan Kebangsaan, Orlan Calayag, kejadian itu turut menyebabkan sebahagian daripada bangunan gudang tersebut runtuh.
"Kebanyakan penduduk yang terjejas akibat Haiyan semakin terdesak untuk mendapatkan bekalan makanan, menyebabkan mereka sanggup melakukan perkara di luar kawalan.
"Kejadian itu menyaksikan sebanyak 33,000 guni beras yang setiap satunya seberat 50 kilogram dibawa lari oleh penduduk," katanya.
Gudang yang menempatkan makanan dan minuman keluaran Universal Robina Corp dan ubat-ubatan keluaran United Laboratories di bandar Palo di wilayah yang sama turut menjadi sasaran serbuan penduduk.
Siaran televisyen menunjukkan pasukan tentera yang dikerah ke kawasan terjejas terpaksa melepaskan tembakan ke udara bagi menyuraikan keadaan ekoran penduduk yang berpusu-pusu memasuki gudang-gudang keperluan asas.
Selain masalah kekurangan keperluan asas, mangsa-mangsa Haiyan juga bakal berdepan dengan wabak penyakit kerana masih banyak mayat bergelimpangan di atas jalan.
Dalam pada itu, Presiden Benigno Aquino menolak kemungkinan bahawa jumlah korban Haiyan boleh meningkat kepada 10,000 orang.
"Pihak berkuasa masih belum memperoleh jumlah sebenar mangsa yang terkorban dan mungkin tidak akan mencecah sehingga 10,000," katanya.
Setakat ini, jumlah korban yang direkodkan adalah sebanyak 2,344 orang, manakala 84 masih hilang.
Bagaimanapun, jumlah itu dikhuatiri meningkat ketika operasi mencari dan menyelamat masih diteruskan. - REUTERS


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20131114/lu_04/Mangsa-taufan-kian-terdesak#ixzz2kb7l1R9q
© Utusan Melayu (M) Bhd 

‘Bunuh diri dengan kejam’



Kampar: Mayat seorang lelaki 50-an ditemui dalam keadaan berbogel dengan seluruh badan rentung di sisi sebuah tong berisi petrol berhampiran sebuah pondok taman permainan di Taman Sayang, Gopeng, di sini, tengah hari semalam.

Mayat mangsa dengan ketinggian 160 sentimeter ditemui orang awam dalam keadaan terbaring dengan kesan melecur teruk di badan dan bahagian muka di tepi satu nota tertulis ‘saya bunuh diri dengan kejam’ (bahasa Mandarin)

Ketua Polis Daerah Kampar Superintendan Ng Kong Soon ketika ditemui di tempat kejadian berkata, pihaknya dimaklumkan orang awam mengenai penemuan mayat mangsa di taman berkenaan pada jam 12.50 tengah hari.

Beliau berkata, pihaknya mendapatkan kerjasama Unit Forensik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak bagi menjalankan siasatan.

Foto
ANGGOTA polis mengangkat mayat seorang lelaki yang ditemui rentung.
Foto
NOTA dalam bahasa Mandarin yang ditemui berhampiran mayat mangsa.

“Pemeriksaan oleh Unit Forensik serta pakar patologi Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) mendapati tiada unsur jenayah ditemui.

Dibelasah ahli kongsi gelap

Kajang: Seorang pekerja kaunter sebuah pusat snuker di Sungai Long di sini, yang baru seminggu bekerja menerima lima jahitan di dahi akibat dibelasah sekumpulan lelaki yang mengaku anggota kumpulan kongsi gelap.
Dalam kejadian jam 4 pagi, Ahad lalu, lapan lelaki datang ke pusat snuker berkenaan untuk berjumpa dengan pemilik premis bagi mengambil wang perlindungan. 
Sumber berkata, mangsa yang berusia 34 tahun menyatakan tidak tahu mengenai perkara itu kerana baru seminggu bekerja, tetapi alasannya tidak diterima kumpulan lelaki itu sebaliknya meminta dia menghubungi majikan serta menyerahkan wang RM200. 

“Mangsa enggan mengikut arahan itu kerana dia tidak menerima sebarang arahan daripada majikannya,” katanya.

Cedera kena pisau penyamun



Kuala Lumpur: Seorang peniaga pasar borong kerugian kira-kira RM5,000 disamun tiga lelaki bersenjatakan pisau di tempat letak kereta pangsapurinya di Setapak, ketika dia hendak pergi bekerja Isnin lalu.

Dalam kejadian jam 5.30 pagi itu, mangsa yang berusia 27 tahun cedera di tangan dan badan dipercayai terkena tikaman seorang suspek.
Menurut sumber, kejadian berlaku sebaik mangsa keluar dari lif pangsapuri menuju ke keretanya apabila dia ditarik seorang lelaki tidak dikenali dan diheret ke kawasan gelap.

“Dua lelaki dipercayai rakan suspek yang sudah menunggu di kawasan berkenaan, mengacukan sebilah pisau pemotong sayur.


“Mangsa yang mengesyaki ketiga-tiga lelaki berkenaan mahu menyamun cuba melawan untuk melarikan diri,” katanya.

Lima sekawan nyaris maut

Lima sekawan nyaris mautKereta yang dinaiki lima sekawan remuk selepas terbabas di Jalan Ulu Duyong Bemban-Gapam, semalam.
JASIN - Lima sekawan nyaris maut apabila kereta jenis Honda Civic yang dinaiki terbabas di Jalan Ulu Duyong Bemban - Gapam, dekat sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira 2.30 petang itu, kereta yang dipandu mangsa berusia 20-an hilang kawalan ketika melalui selekoh dari Ulu Duyung menghala ke Ayer Keroh sebelum merempuh sebuah pokok dan terbabas di bahu jalan.

Sumber polis berkata, penumpang di hadapan cedera di kaki akibat tersepit manakala pemandu dan tiga yang lain hanya cedera ringan.

Bagaimanapun, kesemua mangsa berjaya dikeluarkan anggota Bomba dan Penyelamat Balai Bomba Bukit Katil.

“Mangsa yang cedera ringan berjaya dikeluarkan orang awam, manakala mangsa di tempat duduk pemandu yang cedera di kaki diberikan bantuan awal oleh Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) sebelum dibawa ke Hospital Jasin untuk rawatan lanjut,” katanya.

Ketua Polis Daerah Jasin, Deputi Superintendan Muhd Nur Hishamuddin Hashim mengesahkan kejadian.

KDN rampas 60,000 DVD bernilai lebih RM600,000


14 November 2013

KOTA KINABALU - Kementerian Dalam Negeri (KDN) Sabah berjaya merampas 60,000 keping cakera padat digital (DVD) bernilai kira-kira RM600,000 dalam Ops Stor di sekitar bandaraya ini, hari ini.
 
Pengarah Bahagian Kawalan Penapisan Filem dan Penguatkuasaan Sabah, Ahmad Hilmi Said berkata turut dirampas dalam serbuan kira-kira 1 tengah hari itu, 500 keping DVD lucah Korea, bernilai RM12,500.
 
"Kesemua DVD yang telah dirampas itu tidak mempunyai sijil Perakuan B dan melanggar Akta Penapisan Filem 2012," katanya kepada pemberita di sini.
 
Ahmad Hilmi berkata semasa serbuan, tiga pekerja dua daripadanya lelaki, berumur dalam lingkungan 20-an turut ditahan bagi membantu siasatan.
 
Katanya, serbuan dijalankan atas maklumat orang ramai serta intipan selama dua minggu ke atas premis berkenaan. - Bernama

Kaki tercampak 200 meter

Kaki tercampak 200 meterSimpang Sungai Suloh di mana lokasi kejadian berkenaan berlaku.
BATU PAHAT – Bagai sudah jatuh ditimpa tangga. Itulah nasib seorang pemuda yang terlibat kemalangan di Jalan Tanjung Laboh, petang kelmarin.

Dia bukan sahaja putus kaki kanannya dalam kemalangan berkenaan, tetapi kakinya turut hilang dan hanya ditemui semula kira-kira dua jam kemudian berdekatan kubur Cina terletak 200 meter dari lokasi kemalangan.

Dalam kejadian jam 2.30 petang itu, kaki kanan mangsa, Muhammad Taufiq Ruzman, 23, putus di bahagian pertengahan betis selepas dia merempuh sebuah kereta.

Saksi kejadian, Hamizi Kamran, 39, berkata, kemalangan itu berlaku semasa mangsa dalam perjalanan ke bandar Batu Pahat dari Tanjung Laboh dengan menaiki motosikal jenis Yamaha 125Z.

Menurutnya, ketika mangsa sampai di simpang Sungai Suloh, dia merempuh sebuah kereta jenis Nissan Latio dan menyebabkan kakinya terputus, sejurus mangsa tercampak di atas jalan.

“Ketika itu, mangsa sempat bangun tanpa separuh kaki kanannya kerana bimbang dirempuh kenderaan lain yang melalui jalan berkenaan.

“Dia kemudiannya meminta orang ramai membantu mencari kaki kanannya yang telah hilang,” katanya ketika ditemui Sinar Harian.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Din Ahmad berkata, kemalangan berlaku setelah Muhammad Taufiq dipercayai merempuh kereta yang sedang memasuki simpang.

Katanya, akibat rempuhan itu, kaki kanan mangsa terputus dan dijumpai 200 meter dari lokasi kejadian.

"Mangsa kini dirawat di Putra Specialist Hospital (PSH) Batu Pahat dan dilaporkan stabil,” katanya.

Katanya, siasatan dilakukan mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 masih diteruskan bagi mengenal pasti punca sebenar kemalangan dan orang ramai diminta tampil bagi membantu siasatan.

Kedai perabot hangus

Kedai perabot hangusKeadaan kedai perabot yang hangus dalam kejadian sekitar jam 12 tengah hari, semalam.
SELAYANG - Kedai perabot berusia 20 tahun di Selayang Jaya hangus seratus peratus dalam kebakaran yang berlaku jam 1 pagi kelmarin.

Pihak bomba mengambil masa 20 minit mengawal kebakaran dan operasi tamat sepenuhnya jam 6 pagi.

Seorang penduduk mahu dikenali sebagai Miss Lee, 52, berkata, dia tidak menyedari kejadian walaupun jarak rumahnya hanya beberapa meter dari lokasi kejadian sehingga terdengar bunyi bising.

“Ketika itu saya sudah tidur dan tersedar selepas mendengar bunyi bising sebelum keluar mendapati kedai perabot itu hangus terbakar.

“Pemiliknya juga gagal menyelamatkan sebarang harta benda disebabkan api yang marak,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Sementara itu, Pemangku Ketua Balai Bomba Selayang, Azman Mahat berkata, siasatan masih dijalankan dan anggaran kos adalah melebihi RM100,000.

“Siasatan awal mendapati punca kebakaran mungkin disebabkan litar pintas dan tiada sebarang kecederaan atau kehilangan nyawa dilaporkan.

“Sebanyak lima jentera digunakan semasa operasi itu melibatkan 20 anggota dari Balai Bomba Selayang dibantu dari balai Wilayah,” katanya.

Katanya, selain kedai perabot, tiga bumbung kedai makan berhampiran turut terbakar namun berjaya dikawal sebaik anggota bomba tiba.

Warga emas maut nahas

Warga emas maut nahasKeadaan dua kereta remuk dalam kemalangan menyebabkan seorang warga emas terkorban.
MUADZAM SHAH – Seorang warga emas yang merupakan peneroka di Felda Keratong 1, di sini, maut selepas kereta jenis Perodua Kancil yang dipandunya bertembung dengan sebuah kereta Proton Wira di kilometer 115.2 Jalan Kuantan – Segamat, kira-kira jam 12.10 tengah malam Selasa lalu.

Mangsa, Elias Ali, 68, bersama dua lagi sahabatnya dan seorang kanak-kanak dipercayai dari Muadzam Shah menuju ke Felda Keratong 1.

Ketua Polis Daerah Rompin, Johari Jahaya, berkata, mangsa dipercayai memotong sebuah lori di bahagian selekoh tetapi tidak lepas.

“Sampai di lokasi kejadian, mangsa cuba memotong sebuah lori di selekoh garisan berkembar tetapi tidak lepas lalu bertembung dengan kereta Wira dari arah bertentangan.

“Mangsa yang mengalami kecederaan parah di bahagian kepala maut di tempat kejadian manakala dua lagi sahabatnya bersama seorang kanak-kanak selamat dan dibawa ke Hospital Muadzam Shah untuk diberi rawatan,” katanya.

Menurutnya, dua sahabatnya itu berketurunan Orang Asli dan mengalami patah di bahagian tangan dan luka-luka.

Lelaki maut langgar lampu jalan


Nusajaya: Seorang lelaki maut apabila motosikal ditunggangnya hilang kawalan dan merempuh tiang lampu jalan di Jalan Indah Utama, Bukit Indah di sini, kelmarin.

Dalam kejadian pada jam 2.30 pagi itu, mangsa, Phang Boon Aik, 32, maut di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala.


Ketua Polis daerah Nusajaya Superintendan Noor Hashim Mohamed berkata, siasatan mendapati mangsa yang menunggang motosikal Yamaha LC dipercayai terbabas.

Menurutnya, mangsa gagal mengawal motosikal lalu merempuh tiang lampu jalan yang terletak di lokasi.


“Akibat rempuhan itu, mangsa cedera parah di kepala dan disahkan maut serta- merta. “Mayat mangsa kemudian dibawa ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) di sini, untuk bedah siasat.


“Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 dan saksi kejadian mempunyai maklumat berkaitan kemalangan diminta tampil menghubungi balai polis berhampiran bagi membantu siasatan,” katanya.

Dibelasah pengarah syarikat



Kuala Lumpur: “Saya bukan saja ditampar, malah dicekik, disepak dan dipijak sebanyak lima kali oleh enam kakitangan syarikat berkenaan.

“Ia berpunca daripada tindakan saya mahu membocorkan maklumat penyelewengan syarikat berkenaan yang terbukti menipu rakan kongsi selepas akauntan sendiri mendedahkan maklumat yang ada di dalam simpanan,” kata salah seorang bekas pekerja syarikat sewa kenderaan yang mendakwa dipukul kakitangan syarikat sehingga menyebabkan kecederaan.


Mangsa yang ingin dikenali sebagai Shahrul, 19, berkata, kejadian bermula apabila dia masuk ke pejabat berkenaan selepas dipanggil kakitangan syarikat ketika sedang makan di gerai makan berhampiran.

“Mereka beri alasan ingin menyuruh saya menandatangani satu surat perjanjian berkenaan dengan notis berhenti kerja yang saya serahkan beberapa hari sebelum itu.


“Tetapi kemudian mereka mula menyoal saya macam-macam sebelum bertindak memukul saya,” katanya yang bekerja di situ sejak enam bulan lalu Katanya, dia ditampar pengarah syarikat terbabit selepas enggan bekerjasama sebelum dicekik dan disepak kakitangan lain termasuk suaminya yang juga pengurus di situ.


“Selepas saya jatuh ke lantai, mereka terus memijak saya berkali-kali sebelum seorang lagi rakan datang untuk menarik saya keluar,” katanya.

Menurut Shahrul, dia disoal berulang kali oleh kakitangan berkenaan dan mereka bertindak demikian kerana takut semua penipuan serta penyelewengan syarikat didedahkan kepada umum.


“Saya ada semua bukti membabitkan penipuan mereka. Sebab itu mereka pukul saya dengan teruk untuk mengelakkan rahsia mereka terbongkar,” katanya.

Bagaimanapun, Shahrul menegaskan, kejadian berkenaan tidak sedikit pun mematahkan semangatnya untuk mendedahkan penipuan dan penyelewengan membabitkan dia dan 16 orang rakan lain seperti yang disiarkan akhbar ini, semalam.


Kelmarin, dia bersama rakan kongsi lain mengadu kes mereka ditipu pengarah syarikat yang menyediakan perkhidmatan sewa kenderaan kepada Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Datuk Nadzim Johan.

Wanita minum ubat kurap tidak tahan didera suami



Kuala Lumpur: Tidak tahan berterusan didera suami, seorang wanita minum cecair ubat kurap dalam cubaannya membunuh diri kelmarin, beberapa jam selepas dia dibelasah suaminya akibat perselisihan faham di rumah mereka di Jalan Sungai Besi, di sini.

Bagaimanapun, dalam kejadian kira-kira jam 12.30 pagi itu, suri rumah berusia 36 tahun itu terselamat kerana ditemui suaminya pengsan dalam bilik hampir dua jam kemudian dan segera menghantarnya ke hospital.


Sumber polis berkata, ketika kejadian mangsa berseorangan di rumah, kerana suaminya keluar beberapa jam sebelum itu selepas membelasah wanita malang berkenaan.

“Mangsa yang tertekan selepas dibelasah suaminya itu, meminum cecair ubat kurap dan pengsan dalam bilik.


“Suaminya yang pulang ke rumah kira-kira jam 12.10 pagi itu nampak mangsa dalam keadaan tidak sedarkan diri dan menghantar wanita itu ke Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) untuk rawatan kecemasan,” katanya.


Menurutnya, mangsa yang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) itu disahkan stabil selepas 24 jam dan selepas disoal siasat doktor yang merawatnya, dia mengaku minum cecair ubat kurap untuk membunuh diri akibat tidak tahan didera suami.

Doktor yang merawat mangsa kemudian membuat laporan polis di Balai Polis Cheras untuk tindakan lanjut.

Amal ilmu sesat nak jadi kuat


Labis: Amalan zikir pelik dilakukan seorang lelaki di Segamat, baru-baru ini, hingga sanggup mendera isteri dan anak mungkin disebabkan keinginan menjadi kebal, halimunan, ilmu penunduk atau bergelar ustaz dalam masa singkat.

Pemangku Kadi daerah Segamat Sulaiman Maidin berkata, siasatan mendapati kebanyakan mereka yang gila isim mengamalkan zikir pelik untuk memperoleh kekuatan luar biasa.
Lebih malang katanya, ilmu berkenaan mungkin diperoleh melalui laman sesawang yang diragui, buku agama tidak diluluskan pihak berkuasa atau guru agama tidak bertauliah.

Katanya, terdapat perbezaan antara amalan zikir pelik dan Syiah, namun kedua-duanya bertentangan amalan Islam sebenar.


“Sesiapa yang mengamalkan zikir tertentu terutama membabitkan ayat tidak difahami dikhuatiri boleh memesongkan akidah.


“Berikutan itu, kami menasihatkan mereka supaya tampil untuk diberikan kaunseling supaya kembali ke pangkal jalan,” katanya ketika ditemui di Forum Ancaman Bahaya Syiah di Dewan Majlis Daerah Labis, di sini, semalam.

Sulaiman diminta mengulas laporan muka depan Harian Metro semalam berkaitan seorang suri rumah dikenali sebagai Fazilah, 26, dipukul suami yang kerap melakukan zikir pelik dengan suara kuat selepas Maghrib hingga Isyak di rumah mereka di Jalan Buloh Kasap di sini.

Samun libas parang



Klang: Sebuah kedai menjual telefon bimbit dan kad tambah nilai di Bandar Puteri, di sini, kerugian kira-kira RM4,000 disamun dua lelaki bersenjatakan parang, malam kelmarin.

Kejadian jam 7.30 malam berlaku satu minit 43 saat itu dirakam kamera litar tertutup (CCTV) dan rakamannya disebarkan melalui laman sosial.

Berdasarkan rakaman itu, seorang wanita dipercayai pekerja kedai berkenaan bertugas berseorangan di bahagian hadapan kedai apabila dua lelaki berusia antara 25 hingga 30 tahun masuk. Berdasarkan rakaman itu, pekerja berusia 20-an itu tidak menyangka dua lelaki itu berniat jahat dan terkejut apabila mereka mengeluarkan parang dari dalam baju.

Sebaik mengeluarkan parang, seorang daripada penjenayah memasuki ruang kaunter tempat telefon bimbit disimpan manakala rakannya menggeledah bahagian hadapan kaunter terbabit.

Foto
SEORANG lelaki melibas parang terhadap seorang pekerja.
Foto
SEORANG lagi mengeluarkan senjata dalam baju.

Seorang daripada mereka melibas parang ke arah pekerja kedai terbabit bagi menakutkan mangsa dan pada masa sama seorang pelanggan dilihat melarikan diri apabila mengetahui dua penjenayah berada dalam premis sebelum seorang daripada suspek keluar dipercayai meninjau keadaan.


Beberapa minit kemudian, lelaki terbabit masuk semula dan mengambil beberapa telefon bimbit dan mengarahkan rakannya mengambil kad tambah nilai serta wang tunai dalam laci kaunter.

Kedua-dua suspek kemudian melarikan diri dengan Proton Myvi.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan Asisten Komisioner Mohamad Mat Yusop mengesahkan kejadian itu berkata, kedua-dua lelaki itu melarikan wang tunai RM900, kad tambah nilai kira-kira RM1,800 serta 11 telefon bimbit pelbagai jenama.

“Usaha mengesan mereka kini giat dijalankan dan orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian diminta tampil membantu siasatan,” katanya.

Polis celupar akui tersilap


New Delhi: Pegawai tinggi polis India semalam meminta maaf atas keceluparannya mengulas isu rogol sehingga menjadi sasaran kecaman ramai.

Ketua Biro Penyiasatan Pusat (CBI) Ranjit Sinha membuat kenyataan itu kelmarin ketika sidang media mengenai pertaruhan tanpa lesen dan kewajaran meluluskan aktiviti perjudian.
Dalam sidang media itu Sinha berkata, jika kerajaan gagal menghentikan perjudian, sekurang-kurangnya ia patut meraih pendapatan dengan meluluskan kegiatan itu.

“Jika anda tidak dapat menguatkuasakan larangan pertaruhan, keadaannya seolah-olah insiden rogol.


“Jika anda tidak dapat menghalang daripada kena rogol, anda nikmatilah ia,” katanya.


Kenyataan itu mencetuskan kemarahan di seluruh India yang sebelum ini digemparkan kes rogol berprofil tinggi.

Sinha berkata, komennya mengenai isu rogol disalah tafsir dan difahami di luar daripada konteksnya.

“Saya meminta maaf jika kenyataan berkenaan menyakitkan banyak pihak,” katanya.
Bagaimanapun, aktivis yang berang dengan kenyataan Sinha menggesa dia meletakkan jawatan secepat mungkin.

Pemimpin Parti Komunis India Brinda Karat berkata, komen Sinha menghina wanita di mana saja.

“Sangat mengecewakan apabila seorang lelaki yang bertanggungjawab terhadap beberapa kes rogol menggunakan analogi sedemikian.

“Dia patut didakwa kerana menghina dan merendah-rendahkan wanita,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.- AP

Proses pengebumian beramai-ramai tergendala akibat insiden tembakan


Tacloban: Proses pengebumian beramai-ramai korban taufan Haiyan dibatalkan semalam selepas ada pihak melepaskan tembakan ke arah konvoi membawa mayat ke tanah perkuburan.

Datuk Bandar Tacloban Alfred Romualdez berkata pihak berkuasa sudah menggali lubang dan membawa mayat berkenaan menaiki lori.


“Tetapi tiba-tiba ada tembakan dilepaskan dan konvoi itu tidak dapat meneruskan perjalanan,” katanya dalam satu kenyataan, semalam. Pertubuhan Kesihatan Sedunia pula berkata ada banyak kes kecederaan yang perlu diuruskan dan tugas itu lebih mencabar kerana dijangka ada 12,000 bayi bakal dilahirkan pada bulan ini. Pertubuhan itu berkata, keadaan berkenaan akan menambah kesukaran kepada lebih 11.3 juta orang yang terjejas akibat taufan. PBB menganggarkan kira-kira 10,000 orang mungkin terbunuh apabila ombak setinggi lima meter meranapkan hampir semua yang berada di laluannya. Namun Presiden Benigno Aquino percaya jumlah berkenaan “keterlaluan” dan sedang mengesahkan ia seramai 2,500 orang. Setiausaha Kabinet Rene Almendras pula mengakui proses mencari korban terhenti seketika kerana berlaku kekurangan beg mayat. - AFP

Juruteknik sembilan anak tiduri remaja bawah umur


Singapura: Seorang juruteknik yang juga bapa kepada sembilan anak disergah hakim kerana mengadakan hubungan seks dengan pelajar berusia 13 tahun yang dikenalinya di ruang sembang Internet.

Ketika menjatuhkan hukuman penjara setahun dan tiga bulan kepada Razman Surya Rahmad, 39, hakim Low Wee Ping memarahi tertuduh dan bertanya bagaimana perasaannya jika perkara berkenaan berlaku kepada salah seorang daripada anaknya.
Razman mengenali remaja terbabit di laman sembang pada 25 Disember 2009 sebelum mereka saling bertukar nombor telefon.

Mahkamah diberitahu, Razman menipu mangsa dengan mengatakan kononnya dia berusia 28 tahun.


Dia kemudian meminta mangsa menemuinya dengan niat untuk melakukan hubungan seks.

Dia juga berjanji akan membayar mangsa S$50 (RM128). - Agensi

Pemandu lori guna taktik lama elak kena saman


Jakarta: Seorang pemandu lori mungkin menyangka dia masih hidup dalam era Indonesia di bawah pemerintahan Presiden Suharto apabila tentera begitu berkuasa dalam politik.

Lelaki terbabit dilaporkan meletakkan sekeping kertas di depan lori berkenaan dengan tertera tulisan: “Jakarta 11/11/2013. Kenderaan ini milik Direktorat Tentera Kem Bekalan di Pulogadung (Jakarta Timur). Kepada pihak berkuasa, terima kasih kerana memahami.” Notis itu ditandatangani seorang pegawai tentera berpangkat sarjan dan turut memaparkan nombor telefon bimbit dan nombor kad pengenalan tenteranya.


Bagaimanapun, notis itu tidak memberi kesan kepada pihak berkuasa yang menjalankan operasi bersama di Jakarta Timur semalam. Jurucakap polis berkata pemandu terbabit tetap dikenakan saman kerana membawa muatan melebihi had dibenarkan. Katanya, lelaki terbabit menyusun kotak terlalu tinggi dalam lori itu. - Agensi

8 mangsa Haiyan maut berebut beras

Tacloban: Keletihan dan kelaparan mendorong mangsa taufan Haiyan saling berasak-asak menyerbu gudang beras menyebabkan lapan orang terbunuh, lapor media semalam.
Menurut berita tempatan, mereka berebut-rebut mahu mendapatkan bekalan makanan dari gudang beras milik kerajaan menyebabkan satu daripada dindingnya runtuh. 
Pegawai Pihak Berkuasa Makanan Kebangsaan, Rex Estoperez berkata, kejadian berlaku di bandar Alangalang, 17 kilometer Tacloban yang terjejas teruk. 

“Semua lapan mangsa terbunuh serta-merta akibat kecederaan parah,” katanya, semalam.
Foto
MAYAT mangsa taufan Haiyan ditarik melintasi jalan raya di Tacloban ke dikumpulkan di tempat lain semalam.

Insiden berkenaan menambahkan lagi bilangan mayat yang terpaksa ditangani petugas yang kini berdepan ribuan korban taufan berkenaan.

Sementara itu ribuan lagi mangsa semalam berasak-asak dan merayu dibenarkan menaiki beberapa pesawat udara yang ada untuk keluar dari bandar yang terjejas teruk akibat taufan Haiyan. 

Mereka juga dilaporkan berang kerana bantuan yang ditunggu lewat tiba di zon bencana. 

Di Lapangan Terbang Tacloban, wartawan menyaksikan mangsa yang keletihan dan kebuluran saling bertolak-tolak antara satu sama lain untuk menaiki pesawat udara untuk keluar dari bandar itu. 

Lima hari selepas taufan Haiyan meranapkan kehidupan seluruh masyarakat tepi pantai, keadaan di Tacloban, ibu negara wilayah Leyte semakin buruk apabila bekalan asas kian habis dan penduduk pula kian terdesak. 

Doktor berkata penduduk setempat sangat panik apabila tiada bekalan makanan atau minuman yang boleh digunakan.- AFP

Polis masih cari suspek utama

Polis masih cari suspek utamaKuala Lumpur: Polis masih mengesan suspek utama yang dipercayai terbabit dalam kes penculikan seorang kanak-kanak warga Britain, Freddie Joseph di hadapan rumahnya di Jalan Terasek 7, Bangsar, Jumaat lalu.

Ini berikutan siasatan awal ke atas seorang wanita warga Filipina yang juga bekas pembantu rumah mangsa dan teman lelakinya sejurus ditahan Ahad lalu, tidak membawa sebarang petunjuk positif.
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohmad Salleh, berkata setakat ini pihaknya masih memerlukan maklumat tambahan daripada ibu mangsa bagi memudahkan polis mengesan suspek utama iaitu pasangan suspek yang terbabit dalam kes ini.


“Mangsa dan ibunya masih trauma selepas mereka dibenarkan pulang daripada menjalani rawatan di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) dan kita berusaha untuk mendapat maklumat lebih terperinci dalam masa terdekat.

Maklumat tambahan

“Adalah penting untuk kita mendapatkan maklumat tambahan daripada ibu mangsa kerana petunjuk daripadanya akan membolehkan kita mengenal pasti dalang utama yang mungkin dikenalinya,” katanya selepas Majlis Perhimpunan Bulanan peringkat kontinjen Polis Kuala Lumpur, di sini, semalam.

Joseph, setahun lapan bulan, diculik seorang lelaki dan wanita di rumahnya di Bangsar, ketika ibunya yang dikenali sebagai Sara Joseph, 39, masuk ke dalam rumah selepas memberi anaknya itu makan di halaman rumah mereka.
Kanak-kanak itu ditemui orang awam di Taman Tasik Titiwangsa di sini, 18 jam selepas diculik.

Empat cuba seludup dadah bernilai RM330,000 ditahan


2013/11/14
Pulau Indah: Pasukan Polis Marin Pelabuhan Klang mencatat kejayaan terbesar tahun ini selepas menahan seorang tekong dan tiga awak-awak yang cuba menyeludup dadah bernilai RM330,000.

Komander Pasukan Polis Marin, Senior Asisten Komisioner, Datuk Isa Munir, berkata hasil maklumat risikan, sepasukan anggota marin menggunakan bot ronda RH2 menahan sebuah bot tukaran barang pada jam 6 petang kelmarin.

“Bot berkenaan ditahan di kedudukan 1.5 batu nautika (2.8 kilometer) dari Pantai Tanjung Bakau, Pulau Klang yang dalam perjalanan dari Pelabuhan Klang ke Indonesia.

“Selepas pemeriksaan rapi, anggota marin mengesan bungkusan plastik dipercayai mengandungi Methamphetamine atau syabu seberat kira-kira 3.6 kilogram yang tersorok di bahagian belakang bot yang cuba diseludup keluar,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media di Pangkalan Polis Marin Pulau Indah, di sini, semalam. Turut hadir, Komander Pasukan Polis Marin Wilayah Satu Pulau Pinang, Deputi Komisioner Mohd Yusuff Abdullah.

Warga Indonesia

Isa berkata, seorang tekong dan tiga awak-awak warga Indonesia berumur dalam lingkungan 20 hingga 33 tahun ditahan dalam Ops Cantas Khas berkenaan.
“Mereka disiasat mengikut Seksyen 39 (B) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan jika bersalah boleh dihukum mati mandatori.

“Mereka yang ditahan itu diserahkan kepada bahagian siasatan jenayah narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah Klang Selatan untuk tindakan selanjutnya, manakala bot digunakan sudah ditunda ke pejabat polis marin di sini,” katanya.

Mengulas lanjut, beliau berkata, pasukan polis marin sentiasa meningkatkan kawalan dan rondaan bagi melindungi perairan negara bagi mengelak sempadan negara dicerobohi.

Remaja kena kerja sosial kes curi motosikal


2013/11/14
Ayer Keroh: Seorang remaja lelaki yang memiliki motosikal curi, diperintahkan oleh Mahkamah Majistret di sini, semalam, melakukan kerja khidmat masyarakat selama 240 jam, dalam tempoh dua tahun.

Majistret Syajaratudur Abd Rahman membuat keputusan itu terhadap tertuduh, selepas dia mengaku bersalah dengan niat curang memiliki sebuah motosikal jenis Yamaha LC135 milik Yusmar Yusof, 53, di lorong belakang kedai komputer di Jalan Tun Ali di sini, jam 3.30 pagi, pada 25 Julai lalu.

Tertuduh yang berusia 18 tahun dan bekerja sebagai pembantu kedai makan, didakwa mengikut Seksyen 411 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum lima tahun atau denda atau kedua-dua jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya, Nabilah Nizam, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Mayat lelaki bogel ditemui

Mayat lelaki bogel ditemuiKampar: Mayat seorang lelaki berusia lingkungan 50-an ditemui dalam keadaan bogel bersama nota di sisinya, tertulis ‘saya bunuh diri dengan kejam’ berhampiran sebuah pondok di taman permainan Taman Sayang, Gopeng, di sini semalam.

Mayat mangsa yang dianggarkan setinggi kira-kira 160 sentimeter, ditemui orang awam dalam keadaan terbaring dan melecur teruk pada badan serta muka, jam 12.50 tengah hari.
Ketua Polis Daerah Kampar, Superintendan Ng Kong Soon, berkata mangsa juga mempunyai kesan melecur hampir 55 peratus pada muka dan badan selain kesan luka di kepala dipercayai akibat hentakan batu besar yang ditemui berhampiran.


“Unit forensik dan pakar patologi Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh dihantar ke lokasi bagi menjalankan siasatan. Mangsa dipercayai baru dua jam meninggal dunia sebelum mayatnya ditemui.

“Siasatan awal polis mengesyaki mangsa yang tidak mempunyai dokumen pengenalan diri dipercayai mencederakan diri sendiri sebelum membakar dirinya menggunakan petrol berdasarkan penemuan botol bahan api itu di kawasan sama,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian, semalam.

Katanya, polis masih menjalankan siasatan lanjut dan setakat ini tidak menemui sebarang unsur jenayah yang boleh dikaitkan dengan kes itu.

“Polis meminta mana-mana orang awam yang kehilangan ahli keluarga atau saudara mara membuat laporan atau hadir membuat pengecaman mayat bagi mengenal pasti identiti mangsa,” katanya.

Godam foto bogel

Godam foto bogelWolf menerima e-mel berserta beberapa gambar bogelnya, selain ugutan menyiarkan lebih banyak foto jika enggan menurut arahan Abrahams (gambar kecil). - Foto AGENSI California: Seorang penggodam membuat pengakuan mengakses komputer milik pemenang ‘Miss Teen USA,’ Cassidy Wolf, untuk mendapat foto bogelnya dan wanita lain.

Jared James Abrahams, 19, mengambil foto Wolf tanpa pengetahuannya dan menyiarkan satu gambar berkenaan di internet, menurut laporan Sky News.
Abrahams yang berasal dari daerah Temecula juga adalah pelajar di sekolah menengah yang sama dengan Wolf.


Dia ditahan pada September lalu kerana disyaki menggunakan perisian bermotif jahat untuk menggodam ‘webcam’ dan mengambil alih komputer milik mangsa bagi mendapatkan gambar atau video bogel, kata Biro Siasatan Persekutuan (FBI).

Dia menghadapi kemungkinan dipenjara 11 tahun selepas mengaku bersalah kepada tiga dakwaan peras ugut dan satu tuduhan mengakses komputer tanpa kebenaran. 

Lapan maut berebut beras

Lapan maut berebut  berasMangsa taufan mengambil kampit beras di sebuah gudang di Tacloban, beberapa hari lalu, aktiviti yang membawa tragedi semalam di sebuah lagi gudang. - Foto AP Manila: Lapan maut semalam, apabila beratus-ratus mangsa taufan Haiyan menyerbu sebuah gudang beras berhampiran bandar Tacloban, ketika ramai mencari bekalan keperluan untuk meneruskan kehidupan.

“Satu dinding gudang runtuh menyebabkan lapan orang dihempap dan terbunuh serta merta,” kata jurucakap Pihak Berkuasa Makanan Kebangsaan, Rex Estoperez.
Polis, askar dan pasukan keselamatan persendirian mengawal bilik stor di bandar Alangalang, 17 kilometer dari Tacloban.


Bagaimanapun, mereka tidak dapat menyekat orang ramai membawa keluar lebih 100,000 kampit beras, kata Estoperez.

“Terlalu ramai orang yang membawa keluar beras.

“Kakitangan kami ada di sana tetapi mereka tidak dapat berbuat apa-apa kerana enggan mengambil risiko keselamatan,” katanya sambil menambah setiap kampit seberat 50 kilogram.

Ambil 129,000 kampit beras
Jurucakap terbabit berkata, sebanyak 129,000 kampit beras dibawa keluar dengan 33,000 daripadanya beras yang sudah diproses manakala 96,000 belum diproses.
Estoperez berkata, agensinya percaya mereka yang mencuri beras terbabit mahu mendapatkan keuntungan dengan menjualnya semula.

“Ada penduduk benar-benar lapar tetapi yang lain hanya sekadar mahu mengambil untung,” katanya sambil menambah pihak berkuasa makanan bekerjasama dengan jabatan pengangkutan dan tentera untuk memastikan kapal dan trak membawa padi dikawal rapi.

Laporan lain menyatakan, ada mangsa taufan di Tacloban mengambil air dari paip air dalam tanah selepas menggali.

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bimbang 10,000 penduduk maut di Tacloban kerana dilanda Haiyan, taufan paling kuat tahun ini membadai Filipina, Jumaat lalu.
AFP

Dua beradik lemas di tali air

Oleh UMU HANI ASSAIDAH ABDULLAH


MIMI IZZATI menunjukkan lokasi kedua-dua adiknya, Danish dan Lisa ditemui lemas di tali air sebelah rumahnya di Sabak Bernam, Selangor semalam.


SABAK BERNAM – “Mereka berdua memang rapat berbanding lima adik-beradik lain. Kami sekeluarga memang tidak menyangka mereka mati pada masa sama.”
Itu luahan Zarina Abdul Samad, ibu saudara kepada dua kanak-kanak yang mati lemas di dalam tali air di Kampung Parit 2 Banat di sini kelmarin.
Mangsa, Danish Fauzan Zulkifli, 4, bersama adiknya, Lisa Qaisara Syahindah Zulkifli, 3, ditemui lemas oleh bapa dan seorang abangnya yang menjalankan usaha mencari di tali air terletak bersebelahan rumahnya kira-kira pukul 6 petang selepas dua beradik itu hilang sejak pukul 4 petang.
Paras air di tali air tersebut meningkat sejak beberapa hari lalu ekoran hujan lebat.
Menurut Zarina, 26, yang tinggal berdekatan, kali terakhir dia berjumpa kedua arwah adalah pada hari Sabtu lalu.
Jelasnya, Lisa tidak menunjukkan sebarang perubahan kerana dia memang seorang yang pendiam tetapi Danish memang berkelakuan ganjil dan tidak seperti kebiasaannya.
“Danish tiba-tiba sahaja berkelakuan manja luar biasa dan menemaninya untuk mengambil buah mangga di tepi rumah.
“Tanpa disuruh, Danish membantu saya ketika mengambil buah mangga di tepi rumahnya dan mengajak untuk makan bersamanya,” ujarnya.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=1114&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_08.htm#ixzz2kZRi6XvX 
Hakcipta terpelihara 

20 PATI dipenjara 6 bulan

Oleh SAHLIZAH MOHAMED


SEBAHAGIAN warga asing yang memiliki kad pengenalan palsu dibawa ke Mahkamah Majistret Petaling Jaya, Selangor semalam.


PETALING JAYA – Seramai 20 warga Filipina dihadapkan ke dua Mahkamah Majistret berasingan di sini semalam atas pertuduhan menggunakan kad pengenalan palsu dan kad pengenalan milik orang lain.
Kesemua tertuduh berusia antara 19 hingga 44 tahun itu mengaku bersalah apabila pertuduhan dibacakan di hadapan dua majistret iaitu Majistret Mohd. Nazri Omran dan Majistret K.B Elena Hong Tze Lan.
Mahkamah menjatuhkan hukuman penjara enam bulan kepada semua tertuduh termasuk enam wanita bermula semalam.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=1114&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_07.htm#ixzz2kZRZBwJd 
Hakcipta terpelihara