Search This Blog

Tuesday, November 12, 2013

12 PENGIKUT 'TUHAN HARUN' DICARI.

Askar halang kegiatan jarah


KEMUSNAHAN DI SAMAR: Gambar yang diambil dari udara ini menunjukkan kemusnahan yang melanda sebuah bandar pinggit pantai di wilayah Samar, tengah Filipina, semalam. - Foto REUTERS
TAUFAN HAIYAN


Penduduk yang terselamat lapor geng mencuri daripada peniaga kecil
TACLOBAN (Filipina): Beratus askar dan polis Filipina mula tiba semalam di bandar Tacloban yang terjejas teruk Taufan Haiyan bagi menghalang kegiatan menjarah yang mengancam usaha bantuan kecemasan.
Lebih 10,000 orang dikhuatiri terbunuh, walaupun sehingga petang semalam pihak tentera Filipina memberikan 942 mangsa sebagai angka kematian rasmi, lapor agensi berita Associated Press (AP).
Jurucakap tentera, Leftenan Jim Alagao, semalam berkata 275 orang disahkan hilang. Angka kematian dijangka meningkat mendadak dengan dua pegawai wilayah kelmarin meramalkan ia mungkin mencecah 10,000 orang atau lebih.
Pihak berkuasa menyatakan sekurang-kurangnya dua juta penduduk di 41 wilayah terjejas dek bencana yang melanda Jumaat lalu dan sekurang-kurangnya 23,000 rumah rosak atau musnah dengan bandar Tacloban merupakan antara kawasan yang paling teruk terjejas.
Pasukan keselamatan telah berusaha gigih cuba mengirimkan bekalan yang sangat diperlukan kepada ribuan penduduk yang terselamat tetapi kini kelaparan dan tidak mempunyai tempat tinggal di bandar yang menjadi ibu kota wilayah Leyte, lapor agensi berita AFP.
Usaha tersebut menjadi lebih sukar dengan berlakunya kegiatan menjarah dan kumpulan perusuh memecah masuk ke pasar raya dan menyerang konvoi pasukan Palang Merah.
Penduduk yang terselamat turut melaporkan geng-geng yang mencuri barangan seperti televisyen dan mesin basuh daripada perniagaan kecil.
Jurucakap pejabat Pertahanan Awam, Encik Reynalso Balido, memberitahu saluran televisyen ABS-CBN bahawa mengembalikan undang-undang dan ketenteraman di Tacloban dan kawasan lain merupakan salah satu "keutamaan penting".
Walaupun pihak berkuasa telah memindahkan sekitar 800,000 penduduk sebelum taufan melanda, angka kematian tetap tinggi kerana banyak pusat pemindahan - seperti sekolah, gereja dan bangunan pemerintah yang diperbuat daripada batu - tidak dapat menahan angin dan air yang melanda.
Menurut pihak berkuasa, mereka yang berlindung di dalam bangunan-bangunan tersebut sama ada lemas atau dihanyutkan air.
Presiden Filipina, Encik Benigno Aquino III, berkata beliau sedang menimbangkan mengisytiharkan keadaan darurat atau meletakkan Tacloban di bawah perintah tentera.
Keadaan darurat selalunya bermakna perintah berkurung akan dikenakan, harga dan bekalan makanan dikawal, pusat pemeriksaan tentera atau polis akan ditubuhkan serta kawalan keselamatan diperketat.
Taufan Haiyan telah melanda kawasan pantai timur Filipina Jumaat lalu dan segera bergerak ke arah pulau-pulau tengah negara itu dengan angin selaju 235 kilometer sejam yang kadangkala meningkat kepada 275 kilometer sejam dan landaan ribut setinggi enam meter.
Amerika Syarikat, Australia dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) telah menggembleng bantuan kecemasan ke Filipina setelah skala bencana itu semakin jelas semalam.
Sementara itu, tiga pelajar Singapura dari Universiti Flinders Australia, yang berada di Tacloban dan sebelum ini tidak dapat dihubungi, telah ditemui dalam keadaan selamat.
Cik Eileen Heng, Cik Alyssa Chee dan Cik Vanessa Chong telah pun menghubungi keluarga masing-masing, lapor akhbar Inggeris, The Straits Times.

Pegawai agama Pahang mangsa lelaki lagak alim



PERIKSA JENAZAH: Pegawai polis sedang memeriksa jenazah Encik Ahmad Rafli (gambar sisipan) selepas beliau mati ditembak oleh lelaki berpakaian jubah di rumahnya di Indera Mahkota, Kuantan, kelmarin. - Foto BHM
KES TEMBAK MATI I


KUANTAN (Pahang): Dua lelaki berlagak alim memberi salam sebagai mengumpan Ketua Penolong Pengarah Penguat Kuasa Jabatan Agama Islam Pahang (Jaip), Encik Ahmad Rafli Abdul Malek, 49 tahun, keluar dari rumah sebelum beliau ditembak mati di Indera Mahkota 2, di Kuantan, kelmarin.
Isteri mangsa, Cik Rosmahwani Abdul Wahab, 41 tahun, berkata beliau bersama suaminya dan seorang daripada empat anak mereka berada di rumahnya di Lorong 2/29 ketika berlakunya kejadian itu pada kira-kira 1.50 petang hari tersebut, lapor akhbar Berita Harian Malaysia (BHM), semalam.
Menurutnya, beliau terdengar panggilan salam dua lelaki berjubah, yang keluar dari sebuah kereta.
"Arwah ketika itu sedang menggantung langsir dan saya kemudian masuk ke dalam bilik sebelum terdengar suami bertanya 'nak singgah ke'.
"Seketika kemudian, terdengar bunyi tembakan, diikuti jeritan anak, Mohd Amin, 15 tahun, yang memanggil ayahnya," kata Cik Rosmahwani yang bergegas keluar dan mendapati suaminya terbaring berlumuran darah.
Suri rumah tersebut, yang menerima kejadian yang menimpa suaminya itu sebagai ketentuan Tuhan, berkata beliau juga sempat melihat sebuah kereta meninggalkan kawasan depan kediaman mereka sebelum beberapa jirannya yang turut terdengar bunyi tembakan itu datang ke rumahnya.
"Beberapa hari sebelum ini, saya perasan kenderaan sama sering berlegar di sekitar kawasan perumahan kami, tapi tak pernah sangka sesuatu yang buruk," kata Cik Rosmahwani, yang tidak menyangka bahawa sikap suaminya yang kelihatan lebih mesra bersama anak-anak sebelum ini adalah petanda beliau akan meninggalkan mereka.
Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (CID) Pahang, Penolong Pesuruhjaya (ACP) Kanan Mohd Zakaria Ahmad, berkata suspek menaiki sebuah kereta Proton Wira Aeroback sebelum seorang daripada mereka melepaskan tiga das tembakan ke arah pegawai Jaip itu, dengan dua terkena dada kanannya, menyebabkan mangsa maut di tempat kejadian.
Menurutnya, suspek berusia dalam lingkungan 30-an dan 50-an tahun, manakala siasatan sedang dijalankan untuk mengenal pasti motif kes pembunuhan itu.

Pecah rumah: Geng Ca'un tumpas

Pecah rumah: Geng Ca'un tumpasAhmad Termizi (tengah) menunjukkan pedang samurai dan parang panjang yang dipercayai digunakan Geng Ca’un bagi tujuan samun dan pecah rumah di sekitar Ipoh.

IPOH - Sekumpulan lima lelaki yang bergiat aktif dalam kegiatan pecah rumah dan samun yang sangat dikehendaki polis ditahan ketika sedang tidur di sebuah rumah lama di Tanah Hitam, Chemor, dekat sini setelah gagal dalam cubaan samun di kawasan Kanthan, awal pagi semalam.

Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh, Superintendan Ahmad Termizi Abdul Haq, berkata kumpulan yang dikenali sebagai Geng Ca’un itu dipercayai bergerak aktif sejak setahun lalu dan mengganas di sekitar Ipoh, Taiping, Teluk Intan, Kampar dan Sungai Siput.

“Bagaimanapun, kawasan yang sering menjadi sasaran utama adalah di Tanah Hitam, Chemor, Kampung Che Zainal dan sekitar bandar raya ini.

“Kawasan itu menjadi sasaran kerana ketua kumpulan bersama seorang rakannya tinggal di kampung berkenaan malah seorang lagi ahli kumpulan terbabit juga berasal dari kawasan berhampiran,” katanya pada sidang media, semalam.

Menurutnya, siasatan awal mendapati, kumpulan itu telah melakukan 22 kes samun dan pecah rumah sepanjang setahun malah dua daripadanya adalah kes samun bersenjata.

Katanya, hasil risikan dan maklumat yang diperoleh sepasukan anggota dan pegawai Jabatan Siasatan Jenayah Berat (D9) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh melakukan serbuan di rumah yang dipercayai menjadi markas kumpulan terbabit kira-kira jam 4.30 pagi semalam.

“Dalam serbuan itu, kami merampas beberapa barangan yang dipercayai digunakan ketika melakukan jenayah iaitu parang panjang, pedang samurai, pisau Rambo, pisau pemotong, rotan panjang, sarung tangan, topeng muka, topi keledar, walkie talkie,
baju sejuk, kayu snuker dan kereta jenis Proton Saga.

“Selain itu, beberapa barangan dipercayai hasil samun dan pecah rumah seperti televisyen, komputer riba, wang tunai, beg, alat perakam kamera litar tertutup (CCTV) dan telefon bimbit turut dirampas,” katanya.
Dalam perkembangan sama, Ahmad Termizi berkata, dua daripada mereka berasal daripada Kampung Padang Tembak, Teluk Intan dan Kampung Muhibbah, Tapah turut bersama menjadi rakan ‘sepenjenayah’ kumpulan tersebut.

“Kesemua suspek berusia antara 19 hingga 28 tahun dan tidak mempunyai pekerjaan tetap itu ditahan reman selama empat hari sehingga 15 November ini bagi membantu siasatan.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan kerana samun berkumpulan dan bersenjata,” katanya.

Cucu derhaka

Cucu derhakaMotosikal yang terbakar selepas cubaan mencurinya gagal.

PONTIAN - Cubaan seorang cucu untuk mencuri motosikal jenis Honda EX5 datuknya tidak berhasil apabila kenderaan yang diletakkan di belakang sebuah rumah di Kayu Ara Pasong, di sini, tiba-tiba terbakar.

Kejadian kira-kira jam 8.30 malam itu disedari nenek suspek yang kemudian bertindak meminta pertolongan seorang anak yang tinggal bersebelahan untuk memadam api dari merebak ke bahagian dapur.

Wanita berusia 62 tahun itu yang mahu dikenali sebagai Zainab berkata, dia dan suami masih trauma dengan kejadian tersebut.

Dia juga tidak menyangka cucu yang dijaga sejak sebulan lalu sanggup bertindak sedemikian selepas permintaan untuk meminjam motosikal datuknya ditolak pada petang sebelum kejadian.

Menurutnya, lebih mengecewakannya, perbuatan cucunya itu juga nyaris menyebabkan rumah kayu didiami terbakar.

“Bau plastik terbakar begitu kuat ketika nenek sedang berehat di ruang tamu menyebabkan rasa tidak sedap hati.

"Mujur nenek sedar dan segera meminta pertolongan, jika tidak, mungkin datuk dan nenek serta seorang cucu berusia 12 tahun yang tinggal bersama kami akan rentung,” katanya.

Dia begitu terkejut apabila melihat motosikal yang diletakkan di dapur terbakar dan segera mengejutkan suaminya yang sedang tidur ketika itu.
“Walaupun suami susah hendak bergerak kerana masalah kaki yang dialami disebabkan usia sudah mencecah 78 tahun, dia tetap gagahkan diri memadam api dengan menyimbah air.

“Api berjaya dipadamkan tidak lama selepas itu, hanya bahagian bumbung dapur rumah mengalami kerosakan kecil akibat terkena api," katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Pontian, Superintenden Zahaliman Jamin mengesahkan kejadian itu.

Suspek yang merupakan cucu mangsa telah ditahan untuk siasatan lanjut selepas mangsa membuat laporan kejadian di Balai Polis Kayu Ara Pasong.

Gempa bumi sederhana landa Maluku


12 November 2013

KUALA LUMPUR - Satu gempa bumi sederhana berukuran 4.9 pada skala Richter melanda bahagian utara Laut Maluku di Indonesia pada 10 malam tadi.

Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi, pusat gempa terletak 160 kilometer di barat laut Ternate, Indonesia dan 938 kilometer di tenggara Semporna, Sabah.

Bagaimanapun, gempa itu tidak mendatangkan ancaman tsunami. - Bernama

55 penjawat awam dikenal pasti terlibat rasuah

Datuk Razali Ibrahim
Datuk Razali Ibrahim


KUALA LUMPUR - Seramai 55 pegawai telah dikenal pasti terlibat dalam rasuah oleh jawatankuasa khas yang dibentuk untuk menyiasat salah laku penjawat awam setakat 28 Oktober lepas.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Razali Ibrahim berkata, bilangan itu adalah hasil siasatan ke atas 24 kes yang melibatkan 11 kementerian dan agensi.

"Bagi kes yang disyaki ada unsur rasuah dan penyelewengan, sebanyak 15 kertas siasatan melibatkan projek dan perolehan di tujuh agensi telah dibuka oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM).

"Kesemua laporan siasatan itu telah dikemukakan kepada Ketua Setiausaha Kementerian dan kerajaan negeri yang terlibat bagi membolehkan mereka meneliti, dan mengambil tindakan syor berkenaan, termasuk surat tunjuk sebab yang perlu dikemukakan (kembali) kepada jawatankuasa siasatan dalam masa 21 hari," katanya ketika menggulung perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 2014 pada persidangan Dewan Rakyat, semalam.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan pembentukan jawatankuasa khas yang dipengerusikan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr Ali Hamsa semasa perbentangan Bajet 2014 bulan lepas bagi menyiasat dan mengambil tindakan tegas terhadap salah laku penjawat awam susulan pelbagai teguran yang dibangkitkan Laporan Ketua Audit Negara 2012.

Dalam Laporan Ketua Audit Negara tahun 2012 pada 1 Oktober lepas, sejumlah 319 teguran dibuat, melibatkan 81 perkhidmatan awam persekutuan, 21 badan berkanun serta 217 negeri.

"Sebanyak 94 teguran diterima melibatkan penyelewengan, penyalahgunaan kuasa, salah laku dan kecuaian dalam melaksanakan tugas," katanya.

Sementara itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Abd Wahid Omar berkata, kurang penyertaan daripada sektor swasta adalah antara faktor menyumbang kepada kegagalan Dasar Ekonomi Baru dalam mencapai matlamat merapatkan jurang ekonomi rakyat pelbagai kaum di negara ini.

Katanya, sektor swasta seharusnya bekerjasama dan memainkan peranan penting dalam memastikan matlamat Model Baru Ekonomi dan agenda memperkasa ekonomi Bumiputera tercapai dan tidak hanya meletakkan peranan itu di bahu kerajaan semata-mata.

"Sektor swasta kurang memainkan peranan dalam pelaksanaan DEB, sedangkan sektor itu menyumbang 58 peratus kepada pertumbuhan ekonomi berbanding sektor awam hanya 42 peratus. Kalau hanya kerajaan dan syarikat milik kerajaan (GLC) menjalankan dasar ini memanglah lambat untuk mencapai sasaran.

"Sekiranya sektor swasta bersama sektor awam bekerjasama mencapai matlamat dasar ini, ia akan lebih berkesan," katanya ketika menjawab pencelahan Datuk Johari Abdul (PKR-Sungai Petani) pada sesi penggulungan di Dewan Rakyat, semalam. - Bernama

Dibelasah gara-gara tolak ajakan rakan

Asisten Komisioner Zamri Shamsuddin Asisten Komisioner Zamri Shamsuddin

KUALA TERENGGANU - Gara-gara menolak ajakan rakan sekerja untuk turut sama memeriahkan parti minum minuman keras, seorang warga Bangladesh berdepan mimpi ngeri apabila teruk dibelasah, dalam satu kejadian di rumah kongsi pekerja di Kampung Serdang Baru, di sini, Jumaat lalu.

Menurut sumber, dalam kejadian kira-kira jam 7.30 malam itu, mangsa, 30-an, yang bekerja sebagai buruh binaan di situ telah terserempak dengan empat lelaki warga Indonesia yang dikenali ketika dalam perjalanan ke sebuah pasar raya berhampiran.

“Keempat-empat suspek yang turut bekerja di tapak pembinaan sama dengan mangsa telah mengajaknya menyertai parti minum minuman keras yang diadakan di tapak projek bangunan rumah kedai bersebelahan sebuah pasar raya di situ.

“Bagaimanapun, mangsa yang memang bukan kaki minum itu menolak secara baik ajakan suspek sebelum mengambil keputusan membatalkan hasratnya untuk ke pasar raya dan pulang semula ke rumah kongsinya,” katanya.

Sumber berkata, semasa dalam perjalanan pulang ke rumah kongsi itu, mangsa sempat memaklumkan aktiviti keempat-empat suspek kepada ketua penjaga pekerja Indonesia yang bertugas di tapak pembinaan tersebut.

“Keempat-empat suspek yang mungkin tidak berpuas hati dengan tindakan mangsa yang membuat aduan kepada ketua mereka telah nekad menyerangnya di rumah kongsi berkenaan beberapa jam kemudian.

“Mangsa telah dibelasah sehingga mengalami kecederaan di bahagian mata kiri; dahi sebelah kiri dan hidung berdarah dipercayai ditumbuk,” katanya.

Susulan kejadian, mangsa membuat laporan di Balai Polis Gong Badak pada hari sama kejadian.

Berikutan laporan diterima, keempat-empat suspek ditangkap pada keesokan harinya dalam satu serbuan di rumah kongsi, tapak projek bangunan rumah kedai, bersebelahan Pasaraya Giant, Kampung Gong Pak Damat, di sini, kira-kira jam 2 pagi.

Sementara itu, Ketua Polis daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Zamri Shamsuddin ketika dihubungi mengesahkan ada menerima laporan kejadian.

Cubaan 'keldai dadah' gagal

Cubaan 'keldai dadah' gagalJamshah (tengah) menunjukkan dadah jenis Syabu bernilai RM600,000 yang berjaya dirampas. Hadir sama, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Terengganu, Deputi Superintendan Roslan Tahir (kanan).

KUALA TERENGGANU - Cubaan seorang ‘keldai dadah’ wanita warga Vietnam menyeludup dadah jenis syabu bernilai kira-kira RM600,000 gagal selepas ditahan di Lapangan Terbang Sultan Mahmud (LTSM), di sini, Sabtu lalu.

Wanita yang berusia 31 tahun itu ditahan oleh sepasukan pegawai dan anggota Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Terengganu kira-kira jam 9.30 pagi selepas pihaknya berjaya mengesan dadah seberat 3.134 kilogram yang disorokkan dalam bagasi suspek.

Ketua Polis Terengganu, Datuk Jamshah Mustapa berkata, dadah berkenaan diletakkan di bahagian sulit dalam bagasi dibawanya yang dipercayai telah diubahsuai bagi mengaburi mata pihak berkuasa.

Jelasnya, suspek yang juga ibu kepada seorang anak itu ditahan di hadapan pintu keluar balai ketibaan domestik selepas dilihat berada dalam keadaan mencurigakan.

“Sejurus memperkenalkan diri, anggota segera melakukan pemeriksaan namun tidak menemui sebarang bahan terlarang ke atas tubuh badan suspek.

“Bagaimanapun, pemeriksaan lanjut menemui dua bungkusan mengandungi ketulan kristal disyaki dadah jenis syabu seberat 3.134 kilogram yang disembunyikan di bahagian bawah pelapik beg yang ditutup dengan pakaian.

“Selain itu, polis turut merampas pelbagai mata wang kertas asing dari India berjumlah RM164.13; Thailand (RM20); Vietnam (RM58); Amerika Syarikat (RM1281.16) dan Malaysia (RM600),” katanya dalam satu sidang media di bilik media IPK Terengganu, di sini, semalam.

Jamshah berkata, siasatan mendapati suspek menaiki pesawat dari India dan tiba di Kuala Lumpur sebelum berlepas ke Terengganu melalui penerbangan jam 8.45 pagi.

Menurutnya, siasatan awal mendapati suspek bukan sahaja tidak pernah datang ke Terengganu tetapi pertama kali berada di negara ini, malah langsung tidak pandai bertutur dalam bahasa lain selain bahasa Vietnam.

Kata Jamshah, pihaknya tidak menolak kemungkinan ia membabitkan sindiket dadah antarabangsa.

“Siasatan lanjut masih dijalankan bagi mengesan dalang yang bertanggungjawab di sebalik sindiket ini.

“Ketika ini, suspek direman selama seminggu sehingga Jumaat ini untuk disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 kerana mengedar dadah yang memperuntukkan hukuman mati, jika disabitkan kesalahan,” katanya.

Jamshah berkata, ini adalah rampasan terbesar dan pertama membabitkan keldai dadah wanita di Terengganu pada tahun ini.

“Kita tidak menolak kemungkinan mereka ini menggunakan teknik penyeludupan dengan menjadikan lapangan terbang tempatan sebagai transit dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

“Teknik terbabit mungkin bagi mengelak daripada dikesan di KLIA kerana pemeriksaan lebih ketat pihak berkuasa di situ,” katanya.

Bekas pengawal keselamatan ditahan curi kabel TNB


11 November 2013

HULU TERENGGANU - Seorang bekas pengawal keselamatan Tenaga Nasional Berhad (TNB) Ajil diberkas Rabu lepas ketika dipercayai cuba mencuri peralatan berupa transformer tembaga dan kabel elektrik di stesen pencawang itu.

Dalam kejadian pada kira-kira 6 petang itu, suspek yang berusia 27 tahun sedang melakukan kegiatan berkenaan bersama seorang lagi rakan berusia lingkungan 20-an.

Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu Deputi Supritenden Ismail Muslim berkata suspek dan rakannya telah terserempak dengan seorang juruteknik di stesen itu yang melakukan rondaan.

"Ekoran daripada itu, juruteknik berkenaan bertindak menahan pengawal keselamatan terbabit manakala rakannya sempat melarikan diri sebelum menyerah kepada pihak polis kira-kira pukul 11 malam pada hari yang sama," katanya kepada pemberita hari ini.

Beliau berkata ekoran penahanan itu, polis menemui peralatan curi iaitu empat keping besi transformer tembaga, kabel dan sebuah kereta yang diguna suspek.

Suspek kemudian ditahan reman bagi membantu siasatan kes itu. - Bernama

Diberkas selepas 4 jam samun

Diberkas selepas 4 jam samunTiga lelaki dibawa ke IPD Dungun untuk siasatan lanjut.

DUNGUN- Tiga lelaki berputih mata apabila gagal menikmati hasil samun dari dua kedai serbaneka 24 jam setelah diberkas kira-kira empat jam selepas melakukan kegiatan itu, awal pagi semalam.
Dalam kejadian pertama kira-kira jam 2 pagi di Kampung Batu 5, di sini, seorang jurujual yang sedang bertugas, didatangi tiga lelaki tidak dikenali yang memakai topi keledar.

Suspek dikatakan masuk ke kawasan kaunter lalu mengambil tunai berjumlah RM18 dalam mesin juruwang serta pelbagai jenis rokok sebelum melarikan diri.

Manakala dalam kejadian kedua, kira-kira dua jam selepas menyamun kedai di Batu 5, suspek dengan modus operandi sama menyamun sebuah kedai serbaneka di Kerteh, Kemaman.

Sebaik sahaja Balai Polis Dungun menerima laporan kejadian daripada mangsa pertama, sepasukan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah Daerah diketuai Inspektor Zubir Ismail, melakukan siasatan.

Hasil rakaman CCTV, polis berjaya mengenal pasti penjenayah terbabit sebelum melancarkan operasi khas bagi memburu mereka.

Satu serbuan dilakukan di sebuah pusat snuker di Jalan Santong, dekat sini, setelah lokasi persembunyian mereka dikesan polis.

Ketiga-tiga suspek berjaya ditahan, malah tunai sebanyak RM49 dan pelbagai jenis rokok dipercayai barang kes, turut dirampas.

Semua suspek masing-masing dari Kampung Cacar dan Kemasik, Kemaman kemudiannya dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) untuk siasatan lanjut.

Siasatan awal mendapati seorang daripada mereka bekerja sebagai mekanik, seorang sebagai buruh dan seorang lagi baru meninggalkan alam persekolahan serta tidak bekerja.

Semakan rekod lampau mendapati seorang daripada suspek pernah ditahan kerana terbabit dengan jenayah kekerasan dan penyalahgunaan dadah.

Ketua Polis Daerah, Superintendan Ahmad Zailani Yaacub mengesahkan kejadian dan tangkapan tiga suspek terbabit.

“Tiga suspek termasuk dua berusia 17 dan 20 tahun, kini ditahan reman untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 395 kerana samun berkumpulan.

“Mereka juga disiasat mengikut Seksyen 15 (1) Akta Dadah Berbahaya 1952 selepas ujian saringan awal air kencing mendapati mereka positif dadah methampethamine,” katanya.

Rempuh tembok bomba

Rempuh tembok bombaKereta perodua Myvi rosak teruk akibat melanggar dinding Balai Bomba Seksyen 15, semalam
SHAH ALAM – Sebuah kereta jenis Perodua Myvi yang dipandu penuntut Universiti Teknologi Mara (UiTM) terbabas sebelum merempuh tembok Balai Bomba Seksyen 15, di sini kira-kira jam 12.55 tengah hari, semalam.

Menurut salah seorang saksi, Boy, 26 berkata, mangsa yang bergerak dari Lebuhraya Kemuning Shah Alam (LKSA) menuju ke pusat bandar telah dilanggar dengan kereta jenis pacuan empat roda sebelum kereta mangsa berpusing lalu melanggar tembok.

“Pacuan empat roda itu terus melarikan diri dan nombor pendaftarannya tak dapat dikesan.

"Difahamkan mangsa tidak cedera teruk, namun hanya trauma sebelum dibawa ke klinik berdekatan untuk rawatan lanjut,” katanya ditemui Sinar Harian, semalam.

Pegawai Bomba Kanan II Seksyen 15, Salleh Omar berkata, ini merupakan kejadian kedua berlaku dan di tempat yang sama.

“Sebelum ini, kira-kira awal tahun yang lalu, seorang lelaki tempatan yang memandu kereta jenis Saga Aeroback turut merempuh dinding berkenaan.

“Kejadian pada siang hari itu dikatakan berpunca dari mangsa yang mabuk dan mujur ketika itu tiada kecederaan serius pada mangsa dilaporkan,” katanya.

Salleh turut menegur sikap sesetengah individu yang memandu dengan laju walaupun melalui kawasan balai bomba.

“Di situ sudah ada garisan kuning. Ini bermakna pemandu perlu memperlahankan kenderaan apabila melalui kawasan ini.

“Papan tanda amaran memperlahankan kenderaan juga dipaparkan bagi mengingatkan pengguna jalan raya agar berhati-hati dalam pemanduan, tapi kebanyakannya hanya endah tak endah saja,” katanya.

Ketika meninjau lokasi kejadian semalam, beliau menyimpulkan bahawa kereta mangsa terbabas kira-kira 15 meter dari laluannya.

“Ini berikutan kesan tayar yang ada pada jalan boleh dilihat dengan jelas.

“Kemalangan ini turut menyebabkan lampu isyarat balai dan dinding sepanjang lapan meter tumbang,” katanya.

Pemuda maut kereta bertembung

Pemuda maut kereta bertembungKeadaan Perodua Alza yang remuk teruk di bahagian hadapan selepas bertembung dengan pacuan empat roda dari arah bertentangan
MARANG - Seorang pemuda berusia 33  maut, manakala penyelia sebuah kilang keropok cedera, selepas dua kenderaan bertembung di Kilometer 29, Jalan Kuala Terengganu ke Kuantan di Pulau Kerengga, di sini, awal pagi semalam.

Dalam kemalangan kira-kira jam 12.30 tengah malam itu, mangsa, Zuhaifuazlan Mukhtar memandu Perodua Alza maut di lokasi, manakala penyelia kilang keropok yang memandu kenderaan pacuan empat roda, Muhamed Rifaie Mohd Zaman, 18, patah kaki kanan.

Saksi kejadian, Mohd Rozi Muda, 43, berkata, kemalangan berlaku apabila pemandu pacuan empat roda terbabit memotong beberapa kenderaan sebelum bertembung dengan Perodua Alza dari arah bertentangan.

“Saya dalam perjalanan dari arah Kuala Terengganu ke Dungun, tiba-tiba dia (pacuan empat roda) memotong kenderaan saya dan memotong sebuah lagi kereta Toyota Vios di hadapan tetapi tidak lepas lalu bertembung dengan Perodua Alza,” katanya.

Akibat pertembungan itu, kedua-dua kenderaan terbabit remuk teruk di bahagian hadapan dan terbabas di tepi jalan.

Mohd Rozi berkata, kereta dipandunya juga hampir terbabas namun dapat dikawal.

“Saya kemudian memberhentikan kereta di tempat selamat dan keluar untuk melihat keadaan mangsa, ketika itu mangsa (yang meninggal dunia) masih lagi bergerak, manakala pemandu pacuan empat roda mengalami kecederaan ringan.

"Saya segera menghubungi talian kecemasan memaklumkan kejadian itu yang berlaku betul-betul di hadapan mata saya," katanya.

Bomba keluarkan pemandu tersepit

Sepasukan tujuh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Marang diketuai pegawai operasinya, PBK II, Mohd Kuty Mohamad tiba di lokasi kejadian selepas menerima panggilan dan berjaya mengeluarkan pemandu Perodua Alza yang tersepit.

Difahamkan, pemandu pacuan empat roda dikeluarkan orang ramai yang berada di lokasi, manakala pemandu Perodua Alza yang beralamat dari Pulau Rusa, Kuala Terengganu disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan.

Ketua Polis Daerah Marang, Deputi Superintendan Ahmad Mazlan Yahaya ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan.

Menurutnya, pemandu pacuan empat roda kini dirawat di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) Kuala Terengganu, manakala mangsa yang meninggal dunia dibawa ke hospital sama untuk bedah siasat.

Beliau dalam pada itu menasihatkan pengguna jalan raya agar mengutamakan keselamatan dan mematuhi peraturan jalan raya bagi mengelak kejadian seumpama itu berulang, tambahan risiko kemalangan meningkat pada musim tengkujuh.

Diberkas selepas 4 jam samun

Diberkas selepas 4 jam samunTiga lelaki dibawa ke IPD Dungun untuk siasatan lanjut.
DUNGUN- Tiga lelaki berputih mata apabila gagal menikmati hasil samun dari dua kedai serbaneka 24 jam setelah diberkas kira-kira empat jam selepas melakukan kegiatan itu, awal pagi semalam.
Dalam kejadian pertama kira-kira jam 2 pagi di Kampung Batu 5, di sini, seorang jurujual yang sedang bertugas, didatangi tiga lelaki tidak dikenali yang memakai topi keledar.

Suspek dikatakan masuk ke kawasan kaunter lalu mengambil tunai berjumlah RM18 dalam mesin juruwang serta pelbagai jenis rokok sebelum melarikan diri.

Manakala dalam kejadian kedua, kira-kira dua jam selepas menyamun kedai di Batu 5, suspek dengan modus operandi sama menyamun sebuah kedai serbaneka di Kerteh, Kemaman.

Sebaik sahaja Balai Polis Dungun menerima laporan kejadian daripada mangsa pertama, sepasukan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah Daerah diketuai Inspektor Zubir Ismail, melakukan siasatan.

Hasil rakaman CCTV, polis berjaya mengenal pasti penjenayah terbabit sebelum melancarkan operasi khas bagi memburu mereka.

Satu serbuan dilakukan di sebuah pusat snuker di Jalan Santong, dekat sini, setelah lokasi persembunyian mereka dikesan polis.

Ketiga-tiga suspek berjaya ditahan, malah tunai sebanyak RM49 dan pelbagai jenis rokok dipercayai barang kes, turut dirampas.

Semua suspek masing-masing dari Kampung Cacar dan Kemasik, Kemaman kemudiannya dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) untuk siasatan lanjut.

Siasatan awal mendapati seorang daripada mereka bekerja sebagai mekanik, seorang sebagai buruh dan seorang lagi baru meninggalkan alam persekolahan serta tidak bekerja.

Semakan rekod lampau mendapati seorang daripada suspek pernah ditahan kerana terbabit dengan jenayah kekerasan dan penyalahgunaan dadah.

Ketua Polis Daerah, Superintendan Ahmad Zailani Yaacub mengesahkan kejadian dan tangkapan tiga suspek terbabit.

“Tiga suspek termasuk dua berusia 17 dan 20 tahun, kini ditahan reman untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 395 kerana samun berkumpulan.

“Mereka juga disiasat mengikut Seksyen 15 (1) Akta Dadah Berbahaya 1952 selepas ujian saringan awal air kencing mendapati mereka positif dadah methampethamine,” katanya.

39 GRO warga China ditahan

39 GRO warga China diberkasGEORGETOWN - Penyamaran anggota polis sebagai pelanggan di sebuah pusat hiburan di Jalan Burma di sini sejak beberapa hari lalu berjaya membongkar kegiatan haramnya menyediakan pelayan pelanggan (GRO) warga asing.

Bukan sahaja berkelakuan tidak sopan di tempat awam, malah mereka didapati menyalah guna pas lawatan sosial. Seramai 12 daripada 39 wanita warga China yang ditahan didapati tidak mempunyai dokumen perjalanan yang sah.

Dalam operasi yang dijalankan sepasukan polis Bahagian Perjudian, Kongsi Gelap dan Maksiat (D7) dari Ibu Pejabat Daerah Timur Laut (IPDTL) kira-kira jam 11 malam semalam, kesemua GRO berkenaan yang berusia diantara 20 hingga 40 tahun tergamam apabila menyedari kehadiran polis.

Menurut sumber, ketika serbuan mereka sedang leka melayan pelanggan dan ada antaranya yang sedang asyik menari.

"Kesemuanya berjaya ditahan walaupun seorang bertindak agresif sehingga menyebabkan pakaian seorang anggota polis terkoyak. Turut ditahan dua lelaki yang menjadi penjaga di situ berusia 39 dan 58 tahun.

"Dalam operasi ini, kita menahan lima pekerja lima dan enam pelanggan untuk siasatan lanjut," katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Timur Laut Asissten Komisioner Gan Kong Meng ketika dihubungi mengesahkan serbuan serta tangkapan berkenaan.

Menurutnya, jumlah penahanan GRO adalah yang terbesar tahun ini.

Beliau berkata, mereka dibawa ke IPDTL untuk siasatan lanjut dan dokumentasi.

Kes disiasat mengikut Seksyen 6 (3) dan Seksyen 55B Akta Imigresen 1956/1963, Seksyen  39 (b) Peraturan-peraturan Imigresen 1963 dan Seksyen 6 (2) Akta Enakmen Hiburan 1998.

Kereta terbang sebelum pitam

Kereta terbang sebelum pitamBeberapa kenderaan milik penduduk rosak

CAMERON HIGHLANDS - “Saya pandang sekali imbas ke belakang dan ternampak sebuah kereta Proton Iswara melambung tinggi melepasi kepala Ajid sebelum saya diseret tanah”.

Demikian kata mangsa tanah runtuh, Mohd Norsofwa Abdul Wahab menceritakan detik awal kejadian tanah runtuh yang menimpa rakannya, Abdul Yazid Abdul Aziz, 30an, atau Ajid di Jalan Sultan Abu Bakar, Brinchang dekat sini, kelmarin.

Menurutnya, dia tidak sedarkan diri beberapa saat sebelum mendapati longgokkan tanah dan zink berada beberapa jengkal sahaja dari mukanya.

“Ketika berusaha mengeluarkan kaki dari timbunan tanah, tiba-tiba saya terdengar jeritan meminta tolong.
“Saya kuatkan semangat untuk selamatkan diri dan bantu rakan lain,” katanya.

Mohd Norsofwa berkata, sejurus itu, dia mendapati pekerjanya, Adiyus Munir, 47, terhimpit oleh kereta dan motor yang terseret bersama tanah.

“Saya cuba bantu Adiyus tapi gagal lantas saya panggil isteri dan anak yang berada dalam rumah supaya segera selamatkan diri.

“Dalam masa sama, isteri hubungi bomba untuk bantuan,” katanya.

Mohd Norsofwa berkata, bomba terpaksa memotong motosikal tersebut kepada dua bahagian bagi menyelamatkan Adiyus.

Mohd Norsofwa berkata, kejadian itu kali pertama dialami mereka sekeluarga sekali gus menimbulkan kebimbangan sekiranya peristiwa sama berulang.

“Saya bimbang keselamatan keluarga termasuk adik saya bersama isterinya yang turut tinggal bersama kami di bengkel ini.

“Bimbang mereka tidak dapat selamatkan diri kerana keduanya mengalami masalah pendengaran,” katanya.

Mohd Norsofwa menganggarkan kerugian sekitar RM30,000 kesan daripada kejadian tersebut.

Seronok mandi hujan sebelum kejadian
Seorang saksi kejadian, Gunawan Hasanuddin, 21, berkata, hujan lebat hampir satu jam sebelum kejadian berlaku menyebabkan tanah bukit di hadapan bengkel runtuh.

“Sebelum kejadian, saya bersama beberapa lagi rakan sedang mandi hujan di hadapan bengkel sebelum dikejutkan bunyi kayu patah.

“Kami pandang ke arah bukit dan melihat air dan tanah menggelongsor laju ke arah jalan raya,” katanya.

Katanya, dia bersama rakan segera melarikan diri ke dalam bengkel untuk menyelamatkan diri.

“Pada mulanya, kami mahu lari ke arah jalan utama tapi disebabkan jalan di hadapan bengkel ditimbus tanah maka kami tiada pilihan lain selain masuk ke dalam bengkel,” katanya.

Gunawan berkata, kejadian turut mengakibatkan beberapa kenderaan rosak selain beberapa rumah dan bengkel terjejas.

Hujan lebat punca kejadian

Ketua Polis daerah, Deputi Superintendan Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata, kejadian kira-kira jam 6.30 petang itu dipercayai berpunca daripada hujan lebat yang mengakibatkan sebahagian tebing bukit itu runtuh.

Menurutnya, polis dengan kerjasama pasukan bomba berjaya mengeluarkan dua mangsa yang terperangkap akibat runtuhan sekitar jam 8 malam dan mangsa dihantar ke Hospital Sultanah Hajjah Kalsom, di sini untuk rawatan.

“Adiyus cedera manakala Mohd Norsofwa cedera ringan sementara Abdul Yazid pula patah kaki.

“Tiada aktiviti penerokaan dijalankan di bukit itu. Hujan lebat antara faktor berlaku tanah runtuh,” katanya.

Pemuda maut kereta bertembung

Pemuda maut kereta bertembungKeadaan Perodua Alza yang remuk teruk di bahagian hadapan selepas bertembung dengan pacuan empat roda dari arah bertentangan

MARANG - Seorang pemuda berusia 33 tahun maut, manakala penyelia sebuah kilang keropok cedera, selepas dua kenderaan bertembung di Kilometer 29, Jalan Kuala Terengganu ke Kuantan di Pulau Kerengga, di sini, awal pagi semalam.

Dalam kemalangan kira-kira jam 12.30 tengah malam itu, mangsa, Zuhaifuazlan Mukhtar memandu Perodua Alza maut di lokasi, manakala penyelia kilang keropok yang memandu kenderaan pacuan empat roda, Muhamed Rifaie Mohd Zaman, 18, patah kaki kanan.

Saksi kejadian, Mohd Rozi Muda, 43, berkata, kemalangan berlaku apabila pemandu pacuan empat roda terbabit memotong beberapa kenderaan sebelum bertembung dengan Perodua Alza dari arah bertentangan.

“Saya dalam perjalanan dari arah Kuala Terengganu ke Dungun, tiba-tiba dia (pacuan empat roda) memotong kenderaan saya dan memotong sebuah lagi kereta Toyota Vios di hadapan tetapi tidak lepas lalu bertembung dengan Perodua Alza,” katanya.

Akibat pertembungan itu, kedua-dua kenderaan terbabit remuk teruk di bahagian hadapan dan terbabas di tepi jalan.

Mohd Rozi berkata, kereta dipandunya juga hampir terbabas namun dapat dikawal.

“Saya kemudian memberhentikan kereta di tempat selamat dan keluar untuk melihat keadaan mangsa, ketika itu mangsa (yang meninggal dunia) masih lagi bergerak, manakala pemandu pacuan empat roda mengalami kecederaan ringan.

"Saya segera menghubungi talian kecemasan memaklumkan kejadian itu yang berlaku betul-betul di hadapan mata saya," katanya.

Bomba keluarkan pemandu tersepit

Sepasukan tujuh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Marang diketuai pegawai operasinya, PBK II, Mohd Kuty Mohamad tiba di lokasi kejadian selepas menerima panggilan dan berjaya mengeluarkan pemandu Perodua Alza yang tersepit.

Difahamkan, pemandu pacuan empat roda dikeluarkan orang ramai yang berada di lokasi, manakala pemandu Perodua Alza yang beralamat dari Pulau Rusa, Kuala Terengganu disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan.

Ketua Polis Daerah Marang, Deputi Superintendan Ahmad Mazlan Yahaya ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan.

Menurutnya, pemandu pacuan empat roda kini dirawat di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) Kuala Terengganu, manakala mangsa yang meninggal dunia dibawa ke hospital sama untuk bedah siasat.

Beliau dalam pada itu menasihatkan pengguna jalan raya agar mengutamakan keselamatan dan mematuhi peraturan jalan raya bagi mengelak kejadian seumpama itu berulang, tambahan risiko kemalangan meningkat pada musim tengkujuh.

Banjir kilat, rumah tenggelam

Banjir kilat, rumah tenggelamSebuah rumah berdekatan Sungai Tui dinaiki air sedalam satu meter di Kampung Beramah, semalam.

KUALA LIPIS - Sebanyak 15 rumah di kawasan Padang Tengku, di sini dinaiki banjir kilat akibat hujan lebat selama dua hari, semalam.
Kawasan yang terlibat adalah Kampung Kechau Tui, Felda Kechau Satu, Kampung Melaka, Kampung Darling dan Kampung Beramah dinaiki air sedalam satu meter.

Adun Padang Tengku, Datuk Mustapa Long berkata, kejadian dipercayai berpunca akibat penyelenggaraan projek tertentu berdekatan kampung terbabit.

“Sampah-sarap dan bahan buangan tersekat di saluran pembetung sehingga menyebabkan air melimpah ke kawasan kampung,” katanya ketika melawat kejadian di Kampung Kechau Tui, semalam.

Hadir sama, Pemangku Penghulu Mukim Telang, Abdullah Zawawi Kamaluddin dan Ketua Kampung Kechau Tui, Azmi Mat Ludin.

Mustapa yang juga Naib Ketua Umno Lipis berkata, kejadian juga disebabkan kegiatan perlombongan berdekatan kawasan itu sehingga menyebabkan air Sungai Tui melimpah dengan cepat ketika berlaku hujan lebat.

Menurutnya, kerajaan negeri dan pihak berkuasa tempatan memantau kegiatan beberapa projek membabitkan pembinaan pembetung kecil supaya pihak berkenaan segera membaik pulih untuk memudahkan laluan air jika hujan lebat.

“Pemaju sesebuah projek perlu prihatin dengan senario berkenaan bagi mengelakkan kejadian berulang sekali gus mengganggu keselesaan penduduk pada masa akan datang,” katanya.

Beliau berkata, dalam kejadian itu air masuk memenuhi kawasan dapur dan menyebabkan kerosakan perabut dan peralatan dapur.  

Tiada pemindahan mangsa dilakukan berikutan air kembali surut, petang semalam.

Baru seminggu beli motosikal

Baru seminggu beli motosikalAnggota polis memeriksa motosikal mangsa yang remuk

KRUBONG -  Seorang pengawal keselamatan menemui ajal di bawah tayar sebuah lori selepas terseret sejauh kira-kira 30 meter apabila motosikal ditunggangnya bertembung kenderaan berat berkenaan di Jalan Krubong-Tampoi, dekat sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira 10.30 pagi itu, mangsa, A Rajah, 43, yang dalam perjalanan balik ke rumah di Taman Krubong Jaya, maut di tempat kejadian berhampiran Kawasan Perindustrian Krubong.

Motosikal mangsa terperosok sebelum terseret dalam keadaan menelangkup di bawah lori muatan pasir.

Mangsa yang menunggang motosikal jenis Star Evo dipercayai menyusur laluan bertentangan untuk cuba masuk ke laluan menghala ke Lebuh Sungai Udang - Paya Rumput - Ayer Keroh (SPA), bagaimanapun bertembung lori seberat 10 tan dipandu lelaki berusia 54 tahun, sebelum sempat menyeberangi jalan.

Anak saudara mangsa, N Ganesan, 25, berkata, bapa saudaranya itu baru enam bulan bekerja sebagai pengawal keselamatan dan biasanya bertugas dari jam 7 malam hingga 7 pagi, kecuali  jika tidak cukup pekerja akan melakukan kerja lebih masa.

Menurutnya, Rajah yang tinggal bersama keluarganya di Taman Krubong Jaya sejak enam bulan lalu baru seminggu membeli motosikal berkenaan untuk memudahkannya berulang alik dari kerja.

“Sebelum ini dia menggunakan motosikal ibu saya untuk ke tempat kerja. Dia mempunyai seorang isteri dan tujuh anak berusia dua hingga 17 tahun yang menetap di Taman Segar, Cheras, Kuala Lumpur,” katanya.

Sementara itu, Ketua Jabatan Ketenteraman Awam dan Trafik negeri, Superintendan Noh Che Pa berkata, mangsa yang parah di anggota badan maut di tempat kejadian.

"Mayat dihantar ke Hospital Melaka untuk dibedah siasatan. Kes disiasat di bawah Seksyen 41 (a) Akta Pengangkutan Jalan 1987.," katanya.

Pegawai Bomba Kanan II Balai Bomba dan Penyelamat Ayer Keroh, Hairulnizam Ridhuan berkata, pihaknya turut membantu mengeluarkan mayat mangsa yang tersepit.

“Dua jentera bersama lapan anggota dikejarkan ke lokasi. Bagaimanapun, sebaik tiba, mangsa didapati terperosok bawah tayar sebelum kita mendapat arahan daripada polis untuk membantu menarik lori berkenaan menggunakan jentera bagi mengeluarkan mangsa yang tersepit," katanya.

Rozita didakwa dera kanak-kanak


Rozita Awang diiringi anggota polis keluar dari Kompleks Mahkamah Jalan Duta, Kuala Lumpur, semalam. - BERNAMA
KUALA LUMPUR 12 Nov. - Pemilik sebuah taman asuhan kanak-kanak (taska), Rozita Awang didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas tuduhan mendera seorang kanak-kanak lelaki berusia setahun lapan bulan, pertengahan Oktober lalu.
Ibu kepada enam anak itu didakwa menganiaya kanak-kanak tersebut yang berada di bawah jagaannya dengan cara yang mungkin boleh menyebabkan kecederaan fizikal atau emosi.
Perbuatan itu didakwa dilakukan di ruang tamu Taska Permata Harapan, Taman Melati di sini kira-kira pukul 11.35 pagi, 18 Oktober lalu.
Pertuduhan terhadapnya dikemukakan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang memperuntukkan hukuman denda RM20,000 atau penjara tidak melebihi 10 tahun atau kedua-duanya.
Rozita, 35, mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan atas pertuduhan tersebut.
Tertuduh sebelum ini menyerah diri kepada pihak polis pada 7 November lalu setelah menghilangkan diri sejak rakaman klip video yang memaparkan penderaan kanak-kanak di taska tersebut tersebar sejak awal bulan ini.
Pada prosiding hari ini, Timbalan Pendakwa Raya, Siti Aishah Ahmad yang mengendalikan pendakwaan, membantah sebarang jaminan diberikan kepada tertuduh.
Walau bagaimanapun, peguam, Muhammad Syazwan Mohd. Salleh yang mewakili wanita terbabit memohon satu jumlah jaminan yang minimum diberikan kepada anak guamnya memandangkan wanita itu mempunyai anak-anak yang masih kecil.
"Sekiranya dibenarkan jamin, suaminya yang bekerja sebagai pemandu teksi berjanji akan memastikan kehadiran isterinya ke mahkamah.
"Anak guam saya mempunyai anak-anak yang berusia di antara 10 tahun dan setahun setengah. Anak bongsunya pula masih lagi menyusu badan," ujar peguam itu.
Majistret Siti Shakirah Mohtarudin kemudian membenarkan Rozita diikat jamin RM5,000 dengan seorang penjamin sementara menunggu sebutan kes pada 10 Disember ini.
Terdahulu, wanita bertubuh kecil itu dilihat menangis terutama selepas menyedari kesemua anak-anak dan suaminya berada di galeri awam.
Namun, sejurus tamat prosiding, suami Rozita telah mengherdik sekumpulan jurugambar dan jurukamera yang sedang bertugas ketika lelaki itu keluar dari mahkamah.
Kira-kira pukul 3.30 petang, selepas menyedari kehadiran beberapa wartawan wanita, lelaki terbabit yang membayar wang jaminan isterinya telah memarahi kumpulan wartawan terbabit yang berada berhampiran kaunter jamin mahkamah sebelum 'menghilangkan diri'.
Rozita kemudian dilihat meninggalkan pekarangan mahkamah kira-kira pukul 4.50 petang.
Pada 1 November lalu, media cetak dan elektronik mendedahkan rakaman klip video yang memaparkan sekumpulan kanak-kanak di taska tersebut ditampar dan dipukul oleh pengasuh.
Klip video tersebut dirakamkan pada 18 Oktober lalu oleh seorang bapa yang meletakkan kamera tersembunyi di dalam beg sekolah anaknya setelah mengesyaki sesuatu tidak kena apabila kanak-kanak itu enggan dihantar ke taska tersebut.
Bagaimanapun anaknya tidak dipukul dalam rakaman itu.
Rentetan pendedahan tersebut, pihak polis telah menerima kira-kira lima laporan polis oleh ibu bapa yang mendakwa anak mereka didera seperti dipaparkan dalam video itu.
Polis kemudian menahan dua wanita yang merupakan pekerja taska terbabit bagi membantu siasatan berhubung kes penderaan kanak-kanak di pusat jagaan itu.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Mahkamah/20131113/ma_02/Rozita-didakwa-dera-kanak-kanak#ixzz2kUghgBdH
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Bekas pegawai jabatan hutan ditangkap kes dadah


ISMAIL Muslim (tengah) menunjukkan dadah jenis heroin yang dirampas daripada seorang bekas pegawai Perhutanan yang ditahan dekat Kampung Tanjung Aur, Telemong dalam sidang akhbar di IPD Hulu Terengganu, Kuala Berang, semalam.
HULU TERENGGANU 12 Nov. - Seorang bekas pegawai di Jabatan Perhutanan negeri ini yang pernah enam kali ditangkap dan keluar masuk penjara bersabit kes dadah, ditangkap sekali lagi atas kesalahan sama kelmarin.
Suspek yang berusia 35 tahun ditahan sepasukan anggota polis Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) ini dan anggota Balai Polis Kuala Berang kira-kira pukul 10.20 malam di tepi jalan Kampung Tanjung Aur, Telemong, dekat sini.
Dia yang sudah berkahwin dan mempunyai tiga anak kini ditahan mengikut Seksyen 39A(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 39B akta yang sama dan jika sabit kesalahan boleh digantung sampai mati.
Ketua Polis Daerah, Deputi Supritendan Ismail Muslim berkata, suspek dilihat menunggang motosikal bersendirian dalam keadaan mencurigakan dan ketika ditahan, dia cuba melarikan diri sebelum berlaku pergelutan.
"Ketika bergelut, suspek membuang kotak rokok jenama Gudang Garam ke tanah dan hasil pemeriksaan lanjut polis merampas tiga botol kecil berisi dadah jenis heroin seberat 9 gram dianggarkan bernilai RM1,500," katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.
Menurut Ismail, suspek kemudian membawa anggota polis ke rumahnya di Bukit Payong, Marang kira-kira pukul 1.30 pagi semalam dan polis merampas 15 botol berisi dadah heroin seberat 45 gram bernilai RM10,000 dan buku akaun bank dalam rumah itu.
Kata beliau, dadah itu disembunyikan di bawah sofa di ruang tamu rumah berkenaan.
Selain itu, polis turut merampas sebuah kereta Perodua Viva dan sebuah motosikal Yamaha LC milik suspek.
"Siasatan mendapati kereta terpakai Perodua Viva itu dibeli secara tunai oleh suspek, dipercayai hasil jualan dadah dengan harga RM17,000," katanya sambil menambah suspek kini ditahan reman selama tujuh hari untuk siasatan lanjut.
Menurutnya, suspek yang berasal dari Kampung Wakaf Tengah, Marang menjalankan kegiatan pengedaran dadah di sekitar Kuala Berang dan sentiasa berpindah randah sebelum tinggal di kawasan perumahan di Bukit Payong, Marang sejak dua bulan lalu.
Katanya, lelaki itu juga pernah berkhidmat sebagai pegawai di Jabatan Perhutanan negeri sebelum berhenti pada tahun 2009 atas sebab-sebab tertentu.
"Kita dapati, suspek mula menjadi pengedar dadah di sekitar daerah ini dan dia pernah enam kali ditangkap kerana kesalahan dadah selain keluar masuk penjara, malah dia baru dua bulan dibebaskan dari penjara di Thailand," ujarnya.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20131113/je_04/Bekas-pegawai-jabatan-hutan-ditangkap-kes-dadah#ixzz2kUelcngD
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Bekas pegawai MPSJ dijel 4 tahun, denda lebih RM1.2 juta


SHAH ALAM 12 Nov. - Seorang bekas Penolong Pengarah Bahagian Khidmat Masyarakat Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) dihukum penjara empat tahun dan denda lebih RM1.2 juta setelah didapati bersalah oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas 15 pertuduhan memberi 15 keping invois yang mengandungi butiran palsu.
Hakim Asmadi Hussin menjatuhkan hukuman itu terhadap Ahmad Faizal Azhar, 41, atas kesalahan berhubung pembekalan papan tanda dan tong sampah melibatkan nilai berjumlah RM256,120 dua tahun lalu.
Beliau turut memerintahkan Ahmad Faizal, yang kelihatan tenang ketika hukuman dibacakan, dipenjara 15 tahun lagi jika gagal membayar denda tersebut.
Walau bagaimanapun mahkamah membenarkan penggantungan pelaksanaan hukuman penjara terhadap tertuduh dengan ikat jamin RM50,000 sementara menunggu rayuan di Mahkamah Tinggi.
Terdahulu, Asmadi dalam keputusannya menyatakan, tertuduh gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan dan keterangan pembelaannya adalah rekaan semata-mata.
Ahmad Faizal didakwa memberi 15 invois daripada enam syarikat dan seorang individu itu kepada Pengarah Perancang Korporat MPSJ, Hamizun Mohd. Basar dan Pengarah Jabatan Pembangunan Masyarakat MPSJ, Hani Salleh berhubung pembekalan 98 papan tanda dan 460 tong sampah untuk Zon Bersih JKP Zon 5 yang sebenarnya pembekalan itu tidak berlaku.
Bapa empat anak itu melakukan semua kesalahan berkenaan di pejabat MPSJ dekat sini, pada 7 Januari 2011 dan 30 Disember 2011.
Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 18 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 24 akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara hingga 20 tahun dan denda sekurang-kurangnya lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000, mana lebih tinggi.
Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya dari Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Nor Azah Kasran manakala tertuduh diwakili peguam Mohd. Shahrullah Khan Nawab Zadah Khan.
Dalam rayuan sebelum hukuman dijatuhkan, Mohd. Shahrullah Khan memohon mahkamah menjatuhkan hukuman penjara yang singkat kerana bimbang hukuman dalam tempoh lama akan menyebabkan anak guamnya terpengaruh dengan sikap negatif banduan lain.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Mahkamah/20131113/ma_05/Bekas-pegawai-MPSJ-dijel-4-tahun-denda-lebih-RM12-juta#ixzz2kUeJEIKP
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Kalimah Allah: Gereja Katolik fail permohonan merayu

PUTRAJAYA 12 Nov. - Gereja Katolik memfailkan permohonan untuk kebenaran merayu di Mahkamah Persekutuan berhubung keputusan Mahkamah Rayuan yang membenarkan rayuan kerajaan untuk melarang penerbitan mingguan gereja itu, The Herald, menggunakan kalimah "Allah" untuk merujuk kepada "God".
Benjamin Dawson, seorang daripada peguam yang mewakili gereja itu berkata, mereka memfailkan permohonan itu semalam di pejabat pendaftar Mahkamah Persekutuan.
"Gereja mengemukakan 26 persoalan undang-undang dalam permohonan kebenaran untuk merayu kepada Mahkamah Persekutuan," katanya kepada Bernama ketika dihubungi Selasa.
Dawson berkata, soalan undang-undang itu melibatkan tiga perkara iaitu persoalan perlembagaan, isu pentadbiran dan sama ada mahkamah boleh membuat keputusan ke atas isu perbandingan agama.
Katanya, persoalan penting termasuk sama ada Islam, sebagai agama Persekutuan, boleh mencabuli hak asasi dalam Bahagian II, Perlembagaan Persekutuan khususnya hak untuk menganut dan mengamalkan agama mereka dalam kumpulan agama minoriti.
Dawson berkata, satu lagi persoalan perlembagaan yang penting ialah sama ada negeri boleh campur tangan dalam soal hak kumpulan agama dalam mengendalikan hal ehwalnya sendiri.
Persoalan lain, katanya, ialah sama ada kekeliruan seperti didakwa oleh kumpulan agama tertentu merupakan alasan untuk membataskan hak kebebasan kumpulan agama yang lain.
Beliau berkata, persoalan mengenai undang-undang pentadbiran bertumpu ke atas kuasa Menteri Dalam Negeri iaitu sama ada keputusan Menteri Dalam Negeri atas alasan ancaman kepada keselamatan negara dan ketenteraman awam dapat disemak semula oleh mahkamah.
Persoalan lain, katanya, adalah sama ada Mahkamah Rayuan boleh melakukan penyelidikan di Internet dan membuat rumusan tertentu terhadap isu perbandingan agama.
Beliau berkata, Gereja Katolik akan menyerahkan permohonan kebenaran itu ke Jabatan Peguam Negara untuk diserahkan kepada Menteri Dalam Negeri, kerajaan dan jabatan-jabatan agama negeri.
Dawson berkata, dijangka tarikh pengurusan kes akan ditetapkan dan selepas itu tarikh untuk mendengar permohonan kebenaran merayu itu pula akan ditetapkan.
Pada 14 Oktober, panel tiga hakim Mahkamah Rayuan diketuai Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Seri Mohamed Apandi Ali sebulat suara membenarkan rayuan kerajaan untuk melarang Herald menggunakan kalimah "Allah".
Mahkamah itu mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi pada 2009 yang membenarkan penerbitan itu menggunakan kalimah "Allah".
Pada 16 Februari, 2010, Gereja Roman Katolik diketuai Archbishop Murphy Pakiam, memfailkan permohonan semakan kehakiman dengan menamakan Kementerian Dalam Negeri dan kerajaan sebagai responden, memohon antara lain, diisytiharkan keputusan Kementerian Dalam Negeri melarang penggunaan kalimah "Allah" dalam penerbitan Herald adalah salah di sisi undang-undang.
Penerbitan mingguan itu, diterbitkan dalam empat bahasa, telah menggunakan kalimah "Allah" untuk merujuk kepada "God" dalam Herald edisi bahasa Melayu, khusus untuk penduduk di Sabah dan Sarawak.
Pada 31 Disember, 2009, Mahkamah Tinggi mengisytiharkan keputusan Kementerian Dalam Negeri melarang Herald daripada menggunakan kalimah "Allah" adalah salah di sisi undang-undang, tidak sah dan batal. - BERNAMA


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Mahkamah/20131112/ma_11/Kalimah-Allah-Gereja-Katolik-fail-permohonan-merayu#ixzz2kUdj3JGL
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Krisis pasca bencana di Filipina


Sebahagian mangsa Taufan Haiyan beratur bagi mendapatkan beras percuma yang diagihkan seorang ahli perniagaan di Tacloban, tengah Filipina, semalam. - REUTERS
TACLOBAN 12 Nov. - Kerajaan Filipina hari ini menempatkan kereta perisai, mendirikan pos pemeriksaan dan melaksanakan perintah berkurung dalam usaha untuk menamatkan masalah kecurian di bandar ini selepas dilanda Taufan Haiyan.
Taufan Haiyan yang membadai Tacloban, bandar yang dihuni 220,000 penduduk pada Jumaat lalu, mengakibatkan sekurang-kurangnya 1,774 maut, tetapi lebih 10,000 orang dikhuatiri terbunuh.
Mangsa yang terselamat kini terdesak untuk mendapatkan makanan serta bekalan ubat-ubatan sehingga bertindak menyerang konvoi bekalan bantuan, sekali gus menghalang usaha menyalurkan pertolongan.
Setiausaha Dalam Negeri, Mar Roxas berkata, empat kereta perisai ditempatkan bagi mengekang masalah kecurian dan membantu mengawal keadaan, sehari selepas beratus-ratus tentera dan polis dihantar ke bandar ini.
Katanya, pos pemeriksaan didirikan bagi mengelak mangsa menyerbu trak yang membawa bekalan bantuan.
Roxas berkata, keutamaan kerajaan kini ialah memulihkan persekitaran, membawa bekalan bantuan dan mula mengumpulkan mayat.
Sementara itu, Filipina setakat ini telah menerima bantuan kecemasan sebanyak AS$54 juta (RM173 juta) daripada masyarakat antarabangsa dengan Kesatuan Eropah (EU) menyalurkan bantuan sebanyak AS$4 juta (RM12.8 juta) dan AS$13.4 juta (RM42.9 juta) lagi untuk pemulihan, menurut Pesuruhjaya Pembangunan EU, Andris Piebalgs di Manila.
Jerman pula mengumumkan bantuan sebanyak AS$5.36 juta (RM17.1 juta), Britain; AS$13.4 juta (RM42.9 juta), Australia; AS$9.36 juta (RM 29.9 juta).
Jepun menghantar bantuan bekalan, ubat-ubatan dan pasukan sukarelawan, selain pasukan penyelamat yang akan dihantar oleh Malaysia.
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pula melancarkan rayuan bantuan kecemasan hari ini untuk mangsa Taufan Haiyan di Filipina dengan Ketua Kemanusiaan PBB, Valerie Amos sedang dalam perjalanan ke negara ini.
Pentagon dalam pada itu mengarahkan pesawat pengangkut, beberapa kapal dan pesawat yang kini berada di Hong Kong untuk ke Filipina bagi membantu operasi menyelamat. - AFP/DPA


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20131113/lu_04/Krisis-pasca-bencana-di-Filipina#ixzz2kUamAN28
© Utusan Melayu (M) Bhd 

100 orang terkorban dalam kejadian ribut di Somalia minggu lalu


BOSASSO, Somalia 12 Nov. - Sekurang-kurangnya 100 orang terkorban selepas ribut tropika melanda Somalia minggu lalu di wilayah semi autonomi Puntland, kata Presidennya Mohamud Farole, hari ini sambil merayu kepada bantuan daripada mana-mana agensi keselamatan.
"Ribut kuat melanda bandar Bandarbeyle dan Eyl pada hari Sabtu dan Ahad lalu, dengan beratus-ratus buah rumah dan binatang ternakan dihanyutkan ke laut,’’ ujar Farole kepada pemberita.
Beliau turut merayu kepada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) supaya menyalurkan bantuan kepada mangsa yang memerlukan, selain satu jawatankuasa sudah dibentuk bagi menyiasat punca kejadian serta nilai kerosakan. - REUTERS


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20131112/lu_03/100-orang-terkorban-dalam-kejadian-ribut-di-Somalia-minggu-lalu#ixzz2kUZuXaGR
© Utusan Melayu (M) Bhd 

31 pengikut 'Tuhan Harun' diminta tampil


KUALA LUMPUR 11 Nov. - Sebanyak 31 pengikut ajaran sesat 'Tuhan Harun' diminta menyerah diri kepada polis bagi membantu siasatan kes seorang pegawai penguat kuasa agama Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP),yang mati ditembak di Kuantan semalam.
Kesemua mereka dikehendaki hadir bagi membantu siasatan berhubung kematian Ketua Pegawai Penguat Kuasa jabatan agama itu, Ahmad Raffli Abdul Malik, 49, yang dilihat lebih cenderung berpunca daripada tugas mangsa membanteras penyelewengan agama dan maksiat.
Jabatan itu difahamkan telah memanggil kesemua 31 pengikut ajaran sesat itu selepas enam lelaki termasuk ketua kumpulan 'Tuhan Harun' didakwa di Mahkamah Rendah Syariah Kuantan atas tuduhan menyimpan dan memiliki dokumen yang bercanggah dengan hukum syarak, bulan lalu.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar dalam sidang akhbar di sini berkata, polis meminta semua pengikut ajaran sesat itu tampil bagi membolehkan siasatan dibuat.
"Kita akan melihat siasatan dari semua sudut bidang tugas dan pihak-pihak yang pernah terlibat dengan tindakan penguatkuasaan mangsa.
"Setakat ini polis telah mengerakkan pasukan untuk menemuduga semua yang boleh membantu siasatan termasuk meminta pengikut 'Tuhan Harun' ini tampil membantu siasatan," katanya dalam sidang akhbar selepas merasmikan Seminar Pencegahan Jenayah dari Perspektif Islam di sini hari ini.
Sementara itu di PULAU PINANG, Khalid meminta semua pihak tidak membuat spekulasi dengan mengaitkan kes kematian Allahyarham Ahmad Raffli dengan kumpulan Syiah.
Menurutnya, sehingga kini belum ada bukti jelas membabitkan dakwaan sedemikian dan siasatan rapi dari pelbagai aspek sedang dijalankan.
"Biar polis siasat secara mendalam terlebih dahulu. Jangan sewenang-wenangnya membuat pelbagai andaian kononnya kejadian dilakukan oleh pengikut Syiah. Kita akan cari apa motif sebenar kejadian dan penjenayah terbabit sedang diburu," katanya dalam satu majlis di Universiti Sains Malaysia (USM).


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20131112/je_04/31-pengikut-Tuhan-Harun-diminta-tampil#ixzz2kNq4o3Cy
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Bas ke Genting Highlands terbabas: Seorang patah kaki


KUALA LUMPUR 11 Nov. - Seorang lelaki cedera parah di kaki apabila bas persiaran dinaikinya terbabas ke dalam longkang di Kilometer 3, Jalan Batang Kali-Genting Highlands dekat sini awal pagi ini.
Dalam kejadian kira-kira pukul 4.45 pagi itu, bas persiaran itu dari Manjung menghala ke Genting Highlands membawa sebanyak 22 penumpang yang kesemuanya merupakan warga tempatan.
Timbalan Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Deputi Supritendan Zulkifli Bidin berkata, kemalangan berlaku apabila sebuah kereta dari arah bertentangan tiba-tiba memasuki laluan kanan bas tersebut.
"Pemandu bas persiaran itu cuba mengelak namun hilang kawalan dan terbabas ke dalam longkang.
"Kesemua penumpang dan pemandu bas hanya cedera ringan kecuali seorang lelaki berusia 58 tahun patah kaki kanan dan kini dirawat di Hospital Serdang," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia hari ini.
Sementara itu Penolong Pengarah Operasi Bomba dan Penyelamat Selangor, Mohd. Sani Harul berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu kira-kira pukul 5.07 pagi dan tiba di lokasi 25 minit kemudian.
"Kami mendapati sebuah bas persiaran terbalik dan semua penumpangnya cedera ringan dan berjaya keluar kecuali seorang penumpang lelaki tersepit," katanya.
Ini merupakan kemalangan ketiga membabitkan bas menghala ke Genting Highlands. Tragedi pertama berlaku di Kilometer 3.5, Jalan Genting Highlands-Kuala Lumpur yang meragut 37 nyawa pada 21 Ogos lalu.
Dalam tragedi kedua pula di Kilometer 31.5, Lebuh Raya Kuala Lumpur-Karak selepas terowong Genting Sempah menghala ke ibu negara pada 11 September lalu, sebanyak 36 penumpang bas nyaris maut dalam kemalangan melibatkan dua buah bas ekspres, sebuah treler dan sebuah kereta.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20131112/je_06/Bas-ke-Genting-Highlands-terbabas-Seorang-patah-kaki#ixzz2kNolGqiI
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Bas terbalik, 18 murid cedera


BEGINILAH keadaan bas sekolah yang terbalik selepas terbabas di KM46.4 Lebuhraya Elite berhampiran persimpangan Nilai-Bangi Lebuhraya Utara-Selatan, pagi semalam.
SEREMBAN 11 Nov. - Sebanyak 18 murid dan seorang penjaga dari Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Ladang Serkam di Merlimau, Melaka cedera selepas bas rombongan dinaiki mereka terbabas sebelum terbalik berhampiran susur masuk Lebuh Raya Utara-Selatan dari Lebuh Raya Utara-Selatan Hubungan Tengah (Elite) dekat sini awal pagi ini.
Kejadian berlaku kira-kira pukul 2.45 pagi ketika bas membawa 40 penumpang itu dalam perjalanan pulang dari Langkawi, Kedah.
Ketua Polis Daerah Nilai, Supritendan Mohd. Yusof Awang berkata, bas yang dinaiki penumpang terdiri daripada guru, murid dan ibu bapa itu datang dari Lebuh Raya Elite dan melalui selekoh memasuki Lebuh Raya Utara-Selatan.
"Pemandu bas tersebut dikatakan gagal mengawal kenderaannya ketika melalui selekoh susur masuk, lalu terbabas ke bahu lebuh raya.
"Sebuah treler membawa muatan sayur di belakang bas itu turut terbabas dan terbalik kerana cuba mengelak daripada merempuh bas berkenaan," katanya di sini.
Berikutan kejadian itu kata beliau, sebanyak 18 orang murid cedera ringan manakala seorang wanita yang merupakan ibu peserta rombongan itu turut mengalami kecederaan. Kesemua mereka dikejarkan ke Hospital Tuanku Ja'afar untuk menerima rawatan pesakit luar.
Pemandu treler yang terlibat tidak mengalami kecederaan dan kesemua mangsa dibenarkan pulang hari ini.
Sementara itu, suami kepada wanita yang cedera memberitahu, isterinya, R. Vijaya, 33, bersama anak lelaki mereka berusia tujuh tahun bertolak ke Langkawi pada malam Jumaat lalu dan sepatutnya tiba di Melaka pagi ini.
"Saya menunggu kepulangan isteri dan anak namun terkejut apabila dimaklumkan mengenai kemalangan melibatkan bas dinaiki mereka.
Sebaik sahaja mendapat maklumat itu, saya bergegas ke hospital dan mendapati isteri saya mengalami kecederaan di belakang manakala anak saya tidak cedera," katanya ketika ditemui di hospital.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20131112/je_05/Bas-terbalik-18-murid-cedera#ixzz2kNoWoDe7
© Utusan Melayu (M) Bhd