Search This Blog

Sunday, November 10, 2013

Marah ditegur masuk masjid kaki kotor

Marah ditegur masuk masjid kaki kotorSeorang mangsa melihat cermin keretanya yang dipecahkan oleh dalam kejadian amuk di Kampung Nibong, Kuala Terengganu, semalam.

Lelaki mengamuk pecah 11 kereta, rosakkan motosikal

Kuala Terengganu: Sebelas kereta dan sebuah motosikal menjadi ‘mangsa’ amuk seorang lelaki yang dipercayai berdendam selepas ditegur seorang jemaah kerana masuk ke dalam Masjid Kampung Nibong, di sini dengan kaki yang kotor.

Dalam kejadian kira-kira jam 5.30 pagi semalam, suspek memecahkan cermin 11 kereta yang diletakkan di luar masjid, termasuk tiga di sebuah bengkel berhampiran. Dia kemudian menahan sebuah motosikal dinaiki dua remaja yang kebetulan melalui kawasan itu sebelum turut merosakkan kenderaan terbabit.
Bukan kejadian pertama


Kejadian hanya disedari penduduk kampung selepas alat penggera sebuah kereta berbunyi sebelum mereka menghubungi polis. Suspek yang dipercayai kurang siuman dan positif dadah jenis morfin dikatakan sudah beberapa kali membuat onar di kampung berkenaan sebelum ini, termasuk pernah mencederakan penduduk.

Polis yang bergegas ke tempat kejadian mengambil masa kira-kira dua jam untuk menenangkan lelaki berusia lingkungan 40-an itu sebelum dia ditahan sebaik tiba di rumahnya, kira-kira jam 8 pagi.

Seorang penduduk berkata, dia terjaga daripada tidur selepas terdengar bunyi bising di luar rumah sebelum melihat kehadiran polis dan kemudian mendapati keretanya yang diletakkan di bengkel berhampiran masjid sejak Isnin lalu turut dirosakkan.

“Suspek memang dikenali sebagai bermasalah, sering mengamuk hingga pernah mencederakan penduduk. Dalam kejadian terbaru ini, dia dipercayai bertindak demikian kerana berang ditegur ketika waktu Asar semalam (kelmarin) apabila masuk ke dalam masjid dengan kaki yang kotor.
“Selepas bertengkar dengan jemaah yang menegurnya, dia cuba menyerang jemaah itu dengan sebilah pisau, tetapi pisau itu berjaya dirampas. Mungkin tak puas hati, suspek datang semula ke masjid sebelum merosakkan kenderaan terbabit,” katanya yang enggan dikenali dan menganggarkan kerugian ditanggungnya kira-kira RM500.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Zamri Shamsuddin, ketika dihubungi mengesahkan polis menerima laporan mengenai kejadian itu dan sedang menjalankan siasatan lanjut.

Pemuda maut ditetak 4 lelaki bertopeng ski


2013/11/10
Ipoh: Empat lelaki bersenjatakan parang dan bertopeng ski menyerbu sebuah rumah dan menetak seorang lelaki hingga mati di sebuah rumah di Hala Timur 7, Chandan Desa, di sini, petang semalam.

Mereka juga memaksa seorang wanita yang tinggal serumah dengan mangsa menyaksikan tindakan kejam itu.
Mangsa, S Susindran, 22, mati di tempat kejadian kerana cedera parah di badan dan kepala dalam kejadian jam 2.30 petang itu.

Suami tiada di rumah

Timbalan Ketua Polis Daerah Ipoh, Superintendan Ahmad Termizi Abdul Haq, berkata ketika kejadian, suami wanita itu tiada di rumah kerana bekerja sebagai mekanik, manakala mangsa menumpang di situ, sejak dua bulan lalu.

“Kumpulan itu membabitkan lima lelaki menaiki kereta PROTON Perdana hitam, empat daripada mereka menyerang mangsa, manakala seorang lagi menunggu dalam kereta.

“Wanita itu dipaksa duduk di satu sudut di ruang tamu rumah dan tidak dibenarkan bergerak, sementara kumpulan itu menetak badan mangsa berulang kali termasuk di muka dan kepala hingga mati,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.

Wanita mangsa samun ditemui dalam semak


2013/11/10
Kuala Lumpur: Mayat seorang wanita dipercayai mangsa samun ditemui di dalam semak berhampiran laluan pejalan kaki di Jalan Bangsar, di sini, semalam.

Mangsa dipercayai mati dalam tempoh lebih 72 jam itu ditemui orang awam yang melalui laluan pejalan kaki di situ, kira-kira jam 1.30 tengah hari, dengan berpakaian lengkap.
Ada unsur jenayah

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Azlee Abdullah, berkata siasatan awal mendapati ada unsur jenayah dalam kejadian itu.

“Identiti mangsa belum diketahui kerana kita tidak menemui sebarang dokumen pengenalan diri pada mangsa namun polis percaya wanita terbabit adalah warga Indonesia berusia lingkungan 40-an.

“Berdasarkan keadaan mayat yang mula berbau, kita percaya mangsa mati tiga hari sebelum mayatnya ditemui dan pemeriksaan pada beg tangan mangsa mendapati tiada barangan berharga dan dokumen,” katanya.

Wanita mangsa samun ditemui dalam semak


2013/11/10
 
Kuala Lumpur: Mayat seorang wanita dipercayai mangsa samun ditemui di dalam semak berhampiran laluan pejalan kaki di Jalan Bangsar, di sini, semalam.

Mangsa dipercayai mati dalam tempoh lebih 72 jam itu ditemui orang awam yang melalui laluan pejalan kaki di situ, kira-kira jam 1.30 tengah hari, dengan berpakaian lengkap.
Ada unsur jenayah

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Azlee Abdullah, berkata siasatan awal mendapati ada unsur jenayah dalam kejadian itu.

“Identiti mangsa belum diketahui kerana kita tidak menemui sebarang dokumen pengenalan diri pada mangsa namun polis percaya wanita terbabit adalah warga Indonesia berusia lingkungan 40-an.

“Berdasarkan keadaan mayat yang mula berbau, kita percaya mangsa mati tiga hari sebelum mayatnya ditemui dan pemeriksaan pada beg tangan mangsa mendapati tiada barangan berharga dan dokumen,” katanya.

Ibu pesan jaga 11 adik sebelum nahas

Ibu pesan jaga 11 adik sebelum nahasMayat Rohani (gambar kecil) yang tercampak berhampiran lori yang diletakkan di tepi jalan di kawasan kemalangan di Kampung Sungai Ikan, Kuala Terengganu. 

Kuala Terengganu: Seorang anak tidak menyangka pesanan ibunya yang meminta dia menjaga 11 adiknya adalah amanat terakhir, sebelum ibu dan bapa tiri terbunuh dalam kemalangan di Kilometer 26.5 Kuala Terengganu-Jertih, pagi semalam.

Dalam kejadian jam 7.50 pagi di Kampung Sungai Ikan itu, kereta PERODUA Viva dinaiki guru Sekolah Kebangsaan Tenang, Jertih, Khaadi Saari, 43, dan isterinya Rohani Yusof, 49, yang dalam perjalanan menghadiri seminar di Batu Enam di sini, bertembung dengan Honda CRV.
Anak sulung mangsa, Mohd Hafifi Mohd Sukri, 27, yang bekerja sebagai jurutera di Subang Jaya, Selangor, berkata dua minggu sebelum kejadian ibunya meminta dia menjaga adik-beradiknya dengan baik.


Malah dia juga terkilan apabila hasrat ibunya untuk menjenguk dia dan adiknya di Shah Alam, Selangor bulan depan tidak kesampaian.

“Saya menerima berita kemalangan ini jam 8.30 pagi dan terus bergegas bertolak ke kampung di Pasir Putih, Kelantan. Saya masih teringat pesan arwah ibu dua minggu lalu yang meminta saya menjaga 11 adik saya.

Tak sangka pesanan terakhir

“Saya tidak menyangka pesanan itu adalah permintaan terakhir kepada saya dan saya akan pikul tanggungjawab ini sebaiknya. Saya reda dengan pemergian ibu dan ayah walaupun sukar bagi kami menerima kehilangan ini," katanya.
Kenderaan pasangan dari Pasir Puteh, Kelantan itu hilang kawalan sebaik Mitsubishi Storm dari arah bertentangan memotong Honda CRV yang dipandu seorang lelaki berusia 20-an bersama bapanya berusia 50-an.

Khaadi yang membelok ke bahu jalan secara mengejut untuk mengelak Mitsubishi Storm cuba kembali ke laluan sebenar namun gagal apabila kenderaannya bertembung dengan kenderaan Honda CRV itu.


Tercampak keluar

Kejadian itu menyebabkan Khadi tercampak keluar dari kereta dipandunya, manakala Rohani turut tercampak kurang 10 meter ke seberang jalan. Kedua-dua mereka meninggal di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala dan badan, manakala kereta mereka remuk teruk.

Sementara itu, Ketua Polis daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Zamri Shamsuddin mengesahkan kejadian yang meragut dua nyawa berhampiran Kampung Sungai Ikan itu.

“Lelaki berusia 50-an yang menaiki Honda CRV dirawat di Hospital Sultanah Nur Zahirah , di sini, manakala anaknya dirawat sebagai pesakit luar,” katanya.

5 beranak tinggal sehelai sepinggang rumah terbakar

5 beranak tinggal  sehelai sepinggang  rumah  terbakarCandrasegam melawat rumah penduduk yang musnah dalam kebakaran di Taman Puteri, Kluang, semalam. 

Kluang: Sekeluarga lima beranak tinggal sehelai sepinggang selepas kediaman mereka di Taman Puteri, di sini, musnah dalam kebakaran, semalam.

Mangsa yang juga pemandu lori sawit di sebuah ladang di Paloh, R Ramalinggam, 55, mendakwa mengalami kerugian sekitar RM150,000 dalam kejadian jam 1.45 petang itu.
“Saya dimaklumkan rakan setugas berhubung kebakaran ini dan bergegas pulang. Saya terkejut apabila melihat keadaan rumah yang musnah dalam kebakaran ini.



Sempat selamatkan diri

“Bagaimanapun, saya bernasib baik kerana ahli keluarga yang berada dalam rumah ketika kejadian sempat melarikan diri melalui pintu belakang ketika api marak,” katanya.

Ramalinggam berkata, beliau masih belum memikirkan cara memulihkan rumah terbabit.
“Saya masih buntu kerana semuanya hilang sekelip mata. Buat masa ini, saya akan menumpang di rumah abang yang terletak di taman ini,” katanya.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Daerah Kluang, Akob Sidek, berkata seramai 20 anggota dikejarkan ke tempat kejadian selepas menerima panggilan pada jam 1.45 petang.

“Kebakaran membabitkan tiga rumah sebelah-menyebelah di taman itu. Rumah yang berada di bahagian tengah mengalami kerosakan hampir 98 peratus dan dua rumah lagi rosak hampir 60 peratus.

Siasat punca kebakaran

“Anggota mengambil masa 10 minit untuk memadam kebakaran. Punca dan nilai kerugian masih dalam siasatan,” katanya.

Mengulas kejadian sama, Ketua MIC Bahagian Sembrong, K Candrasegam, berjanji akan memberikan bantuan segera kepada keluarga terbabit.

Pemandu teksi jumpa bayi kena culik

Pemandu teksi jumpa bayi kena culikFreddie yang hilang dibawa oleh ibunya keluar dari Balai Polis Jalan Tun Razak sejurus ditemui di Taman Tasik Titiwangsa semalam. - Foto Yazit Razali

Ditemui menangis di Taman Tasik Titiwangsa

Kuala Lumpur: "Pagi tadi (semalam) saya membaca akhbar dan ada berita bayi diculik. Tapi tak sangka bayi inilah yang diculik itu.

“Ketika saya mendekatinya, dia diam dan tidak berapa takut tetapi memang nampak dia lesu sangat,” kata pemandu teksi, Haris Mohd Nor, 48.
Katanya, dia bergegas membelikan keropok dan minuman untuk Freddie Joseph selepas melihatnya dalam keadaan amat letih dalam pangkuan seorang wanita yang turut membantu.


Bayi berusia setahun lapan bulan itu ditemui oleh pemandu teksi, Dahlan Medani, 40, pada jam 12.20 tengah hari selepas melihatnya berseorangan di tepi Jalan Kuantan, Taman Tasik Titiwangsa di sini.


Bayi menangis

“Mana mak dan ayah bayi ni... kenapa dibiarkan seorang diri”. Itu persoalan bermain dalam fikiran Dahlan sebaik melihat Freddie berseorangan menangis.
“Bimbang dengan keselamatannya jika tiba-tiba melintas jalan, saya terus berhenti dan mendapatkan bayi itu yang comot dan tidak memakai kasut,” katanya yang kebetulan lalu di depan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Jalan Kuantan itu selepas menghantar seorang penumpang ke kawasan berhampiran.

Bayi terbabit dilarikan seorang lelaki dan seorang wanita menaiki sebuah Toyota Camry putih menggunakan nombor pendaftaran palsu ketika dia di halaman rumahnya di Bangsar, kira-kira jam 6.10 petang kelmarin.


Bawa ke balai polis

Kejadian berlaku apabila ibunya, Sarah Joseph, 39, yang sedang memberi anaknya makan di halaman kediaman mereka, masuk sekejap ke dalam rumah dua tingkat itu dan meninggalkan bayinya bersendirian.

Freddie kemudian dibawa ke Balai Polis Jalan Tun Razak, di sini sebelum penemuan itu dimaklumkan kepada ibunya. Guru Bahasa Inggeris di sebuah sekolah swasta di Taman Tun Dr Ismail itu kemudian terus bergegas ke balai polis untuk membawa anaknya pulang.

Dahlan berkata, melihat wajah bayi itu seperti berketurunan kulit putih, dia bertanya di mana ibu dan bapanya dalam bahasa Inggeris, namun mangsa hanya menangis teresak-esak sebelum beberapa orang awam turut menghampiri mereka dan menawarkan bantuan.

Sementara itu, seorang rakan baik Sarah yang hanya mahu dikenali sebagai Robert, berkata guru berkenaan amat gembira apabila mengetahui anak kesayangannya ditemui semula.

Dia yang sentiasa berada di samping wanita terbabit sejak kejadian berkenaan, berkata tiada apa yang dapat menggambarkan perasaan rakannya itu selepas dipertemukan semula dengan Freddie kira-kira jam 1.40 tengah hari semalam.

“Dia tak makan dan tak tidur sejak kejadian itu, sentiasa pegang telefon bimbit dan sering menghubungi polis untuk perkembangan lanjut. Selepas dihubungi polis berhubung penemuan itu, Sarah terus bergegas tanpa sempat bersiap untuk bertemu anaknya,” katanya ketika ditemui di Balai Polis Jalan Tun Razak.

Robert juga mengucapkan syukur dan amat berterima kasih kepada semua pihak terutama polis, media dan orang awam yang membantu mempertemukan semula dua beranak itu.

Guru pendidikan Islam dikesan sebar syiah di Kedah

Guru pendidikan Islam dikesan sebar syiah di Kedah
Guru pendidikan Islam dikesan sebar syiah di Kedah
ALOR SETAR - Beberapa guru yang mengajar subjek pendidikan Islam di sekolah menengah kerajaan di Kedah dikesan menyebar serta mengedar buku berkaitan fahaman dan ajaran Syiah kepada pelajar mereka.

Timbalan Pengerusi Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) Kedah Abdullah Din berkata kegiatan guru terbabit di beberapa sekolah di daerah Kota Setar dan Kubang Pasu dikesan baru-baru ini.

"Perbuatan guru-guru ini boleh merosakkan akidah pelajar kerana ajarannya bertentangan dengan fahaman Ahli Sunnah Wal-Jamaah yang dipegang oleh umat Islam negara ini," katanya kepada pemberita selepas menganggotai panel Forum Ancaman Syiah anjuran Majlis Bandaraya Alor Setar di sini hari ini.

Beliau berkata perkara itu dimaklum kepada Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin agar tindakan tegas dapat diambil terhadap mereka.

Abdullah juga berpendapat guru Pendidikan Islam yang menganut fahaman Syiah tidak seharusnya mengajar subjek itu.

Beliau berkata walaupun tidak mempunyai bukti kukuh untuk melabel seseorang sebagai penganut Syiah, tindakan mengedarkan buku berkaitan fahaman itu kepada pelajar jelas membuktikan mereka adalah pengikut Syiah.

Sementara itu, Pengerusi Gabungan Institusi Pondok Tahfiz dan Ilmuan Sunni Profesor Dr Abdul Aziz Hanafi berkata pelajar boleh terkeliru apabila guru pendidikan Islam berfahaman Syiah menyampaikan fakta berbeza dengan silibus yang disediakan.

Beliau berkata ajaran Syiah mengagungkan Imam 12 serta mengkafirkan sahabat Rasulullah dan ini boleh mengelirukan pelajar sekolah namun akhirnya mereka akan percaya dengan apa yang diajar guru berkenaan.

Dalam perkembangan lain, Abdullah berkata Kementerian Dalam Negeri (KDN) perlu mengharamkan penjualan novel 'Perempuan Nan Bercinta' yang dipercayai mempunyai unsur Syiah dan boleh memesong akidah pembaca, terutama pelajar sekolah. - Bernama

Kepala hancur kena tetak

Kepala hancur kena tetakIbu mangsa tidak dapat menahan kesedihan dan ditenangkan oleh ahli keluarganya.

SIMPANG PULAI – Seorang lelaki maut dalam keadaan mengerikan selepas dia diserang sekumpulan empat lelaki bersenjatakan parang ketika berehat di ruang tamu rumah sewanya di Hala Pulai Timur 7, Taman Chandan Desa di sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 3 petang itu, mangsa, S Susindran, 22, maut di tempat kejadian selepas mengalami pendarahan serius akibat tetakan di bahagian kepala.

Saksi kejadian, Kiah, 60, berkata, dia terkejut melihat sekumpulan lelaki bertopeng dan memegang parang keluar dari kereta Proton Perdana berwarna hitam yang berhenti di hadapan rumahnya.

Katanya, dia terus berlari masuk rumah dan kemudian terdengar suara seorang lelaki menjerit meminta tolong.

“Masa itu makcik sedang membersihkan tong ikan. Pada mulanya makcik tidak kisah kereta terbabit berhenti tetapi melihatkan semua yang menaikinya bertopeng dan bersenjata, makcik terus berlari masuk dalam rumah.

“Selepas mereka pergi, seorang pemuda menelefon polis dan ambulan. Makcik diberitahu seluruh lantai rumah mangsa dipenuhi darah,” katanya.

Sementara itu, Pemangku Ketua Polis Daerah, Superintendan Ahmad Termizi Abd Haq berkata, pihaknya menerima panggilan orang awam kira-kira jam 3 petang dan anggotanya bergegas ke lokasi kejadian.

Menurutnya, seorang wanita berusia awal 30 an dipercayai penyewa di rumah berkenaan menyaksikan mangsa diserang empat lelaki terbabit.

“Ketika kejadian, wanita terbabit diacukan parang dan diugut supaya mendiamkan diri.

"Wanita itu kini ditahan untuk diambil keterangan dan suaminya sedang dikesan bagi membantu siasatan,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) untuk bedah siasat.

Ahmad Termizi berkata, pada jam 3.15 petang, kumpulan terbabit dikesan berlegar di Taman Song Choon yang terletak kira-kira lima kilometer dari lokasi kejadian, dipercayai sedang mencari seorang lagi mangsa.

“Kita percaya kumpulan itu adalah kumpulan sama cuba mencari seseorang di taman terbabit namun gagal.

“Kita menerima laporan polis menyatakan lelaki terbabit menaiki kenderaan sama, memegang parang yang masih berdarah ketika berada di Taman Song Choong,” katanya.

Beliau berkata, hasil siasatan mendapati kes terbabit mempunyai unsur-unsur dendam.Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Hilang dara di hotel bajet

Hilang dara di hotel bajetGadis berusia 19 tahun dan teman lelakinya berusia 22 tahun dibawa ke Pejabat Agama Dungun selepas ditangkap khalwat dalam sebuah bilik hotel di Dungun.

DUNGUN – Perkenalan seorang gadis yang bekerja sebagai pembantu restoran makanan segera di daerah ini dengan seorang jejaka, membawa detik hitam apabila kesucian dirinya dinodai kekasih.

Detik mendukacitakan itu berlaku di sebuah hotel bajet, dekat sini, apabila gadis berusia 19 terbabit  menjadi mangsa kerakusan hubungan luar nikah dilakukan kekasihnya sendiri.

Rahsia gadis terbabit terbongkar dalam serbuan sepasukan Pegawai Penguat Kuasa Agama Syariah Dungun, kira-kira jam 8.30 pagi kelmarin selepas menerima maklumat mengatakan pasangan menyewa bilik hotel itu berada dalam keadaan mencurigakan.

Ketika serbuan, pasangan lelaki itu dikatakan membuka pintu, manakala kekasihnya pula difahamkan sempat masuk ke bilik air untuk mandi.

Hasil soal siasat mendapati, mereka tidak mempunyai hubungan muhrim, sebaliknya lelaki itu datang dari Kuala Lumpur dengan menaiki bas untuk bertemu kekasihnya yang dikenali setahun lalu sebelum menginap di hotel tersebut.

Lelaki berasal dari Tanah Merah, Kelantan yang bekerja sebagai pekerja swasta di Rawang, Selangor itu sanggup datang ke Dungun untuk melampiaskan nafsu bersama kekasihnya yang juga dari Kelantan, malah mereka dikatakan baru pertama kali memadu asmara dan tidur bersama.

Akibat perbuatan terkutuk itu, pasangan terbabit akhirnya ditahan bagi siasatan lanjut kerana melakukan perbuatan sebagai persediaan untuk melakukan persetubuhan.

Mereka akan didakwa mengikut Seksyen 29 (a) (b) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Takzir Negeri Terengganu 2001.

Jika sabit kesalahan, mereka boleh dikenakan denda maksimum RM3,000 atau tidak lebih dua tahun penjara atau kedua-duanya sekali.

Turut dirampas, coli dan seluar dalam wanita itu untuk dijadikan bahan kes dalam prosiding pendakwaan pada awal Disember nanti.

Suspek rompak, bunuh di Ambank ditangkap

Suspek rompak, bunuh di Ambank ditangkapSuspek kes rompakan dan bunuh pegawai AmBank Subang Jaya dikawal ketat oleh anggota polis ketika keluar dari Mahkamah Petaling Jaya hari ini selepas ditahan di Kota Tinggi di sini, awal pagi tadi. - Foto Bernama

KUALA LUMPUR - Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar menerusi Twitter rasmi beliau memaklumkan bahawa suspek yang dikehendaki bagi kes rompak dan tembak mati seorang pegawai bank cawangan Ambank di Subang Jaya, 23 Oktober lalu berjaya diberkas di Johor Bahru, awal pagi tadi.

"Syabas pasukan Ops Cantas Bukit Aman... terima kasih rakyat Malaysia yang terus membantu PDRM Malaysia," ujar Khalid di laman mikto Twitter miliknya.

Sementara itu, menurut Facebook Polis diRaja Malaysia (PDRM), suspek berjaya diberkas jam 7.00 pagi tadi di Kampung Belungkor, Kota Tinggi.

Penahanan dibuat atas maklumat yang diberikan kepada agensi itu.

Facebook yang memetik kenyataan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman itu berkata, pihak polis percaya dengan penangkapan suspek utama ini, kes berkenaan telah berjaya diselesaikan.

Pihak polis merakamkan jutaan terima kasih kepada orang ramai di atas kerjasama dan keprihatinan dalam kes ini.

Guru maut dihempap enjin

Guru maut dihempap enjinZamri menunjukkan kecederaan yang dialaminya akibat disimbah air panas.

KUALA NERUS – Hasrat pasangan suami isteri untuk menyampaikan ceramah dalam seminar produk kesihatan semalam, tidak kesampaian apabila mereka maut dalam kemalangan ngeri yang membabitkan lima kenderaan.

Khadi Saari, 53, dan Rohani Yusof, 49, cedera parah dan meninggal di tempat kejadian di Kilometer 26.5 Jalan Kuala Terengganu–Kota Bharu berdekatan Kampung Sungai Ikan, kira-kira jam 7.30 pagi.

Mereka dalam perjalanan dari Pasir Puteh ke Kuala Terengganu dengan kereta Produa Viva apabila ia bertembung dengan Honda CRV dari arah bertentangan.

Khadi, guru di salah sebuah sekolah di Besut, dilaporkan tercampak keluar dari keretanya dan dihempap enjin kereta itu.

Rohani, yang duduk di sebelah pemandu pula tercampak kira-kira 10 meter ke seberang jalan.

Difahamkan Khadi cuba mengelak kenderaan pacuan empat roda jenis Mitsubishi yang cuba memotong sebuah Honda CRV dari arah bertentangan apabila terbabas ke bahu jalan.

Mangsa kemudiannya dikatakan cuba naik semula ke atas jalan namun bertembung dengan Honda CRV berkenaan sebelum kereta dinaiki mangsa berlanggar dengan sebuah Proton Wira yang datang dari belakang.

Proton Wira berkenaan pula terbabas sebelum melanggar lori yang diletakkan di tepi jalan sebelum kenderaan itu dilanggar sebuah lagi Proton Wira yang datang dari arah yang sama.

Ketua Jabatan Ketenteraman Awam dan Trafik negeri, Superintendan Alias Hashim berkata, mayat pasangan berkenaan dihantar ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) untuk bedah siasat.

Menurut seorang rakan mangsa, Che Man Ali, 46, kedua-dua mangsa diminta memberi ceramah dalam seminar keusahawanan berkaitan produk kesihatan pada jam 9 pagi, semalam.

Curi mesin: Buruh dipenjara 17 bulan

Curi mesin: Buruh dipenjara 17 bulanTarmizi (kiri) dibawa keluar dari Mahkamah Majistret Tumpat selepas dijatuhkan hukuman.

TUMPAT – Seorang buruh dipenjara 17 bulan oleh Mahkamah Majistret di sini selepas mengaku salah mencuri mesin membuat mee milik ibu saudaranya.

Muhammad Tarmizi Hamid, 28, dari Kampung Jal Besar di sini melakukan perbuatan itu di sebuah kedai bersebelahan rumah kakaknya di kampung tertuduh kira-kira jam 2.30 petang pada 27 Oktober lalu.

Dia didakwa di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan kerana mencuri, memperuntukkan hukuman penjara sehingga tujuh tahun dan denda atau kedua-dua sekali jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan oleh Asisten Superintendan Mohd Azmi Mohd Ali manakala tertuduh tidak diwakili peguam bela.

Majistret Ahmad Adha memerintahkan hukuman penjara berkuat kuasa mulai tarikh tertuduh ditangkap iaitu pada 31 Oktober 2013.

Berdasarkan fakta kes, Noraini Hamid, 29, terdengar bunyi kenderaan lalu di hadapan rumah dan cuba melihat didapati abangnya bersama dua lelaki mengambil mesin
membuat mee milik ibu saudaranya yang diletakkan di dalam kedai bersebelahan rumahnya di Kampung Jal Besar.

Peniaga kuih terkejut disaman



TANAH MERAH - Seorang peniaga kuih terkejut apabila mendakwa keretanya disaman ketika sedang membuat bayaran selepas membeli barang keperluan perniagaannya berhampiran Pasar Besar Tanah Merah, di sini, Rabu lalu.

Peniaga mahu dikenali sebagai Su mendakwa, kejadian berlaku hampir jam 9 pagi ketika dia baru selesai mengisi barang ke dalam bonet kereta yang diletakkan di hadapan kedai itu dan sedang membuat bayaran di kaunter.

“Bonet kereta pun masih belum tutup kerana saya kena bayar dulu tetapi bila siap bayar, saya tengok anggota trafik dengan kereta peronda letak saman dan terus berlalu pergi.

“Saya tahu dia jalankan tugas tetapi patut ada budi bicara seperti anggota trafik lain yang saya jumpa sebelum ini, lagi pun saya sudah siap beli barang dan tengah buat bayaran,” dakwanya, kelmarin.

Su mendakwa, dalam keadaan sukar untuk mencari rezeki bagi menyara keluarga hasil daripada menjual kuih pada sebelah petang, saman trafik itu menambahkan lagi beban kewangannya.

“Kasihan pada peniaga kecil macam saya bila kena saman begini, lebih-lebih lagi sekarang ini nak cari duit untuk makan minum pun susah, inikan pula nak kena bayar saman,” dakwanya.

Warga emas maut ditikam cucu

Norsiah Marshidi
Norsiah Marshidi


IPOH – Akibat tertekan dengan masalah dialaminya, seorang penjawat awam hilang pertimbangan dan menikam neneknya sendiri di sebuah rumah di Gunung Rapat di sini, 26 Oktober lalu.

Sumber polis berkata, ketika kejadian pada jam 4 petang itu, lelaki berkenaan mengamuk dan memukul bapa saudaranya dengan kuali serta menampar anak saudara lelaki berusia 10 tahun.

“Bapa saudaranya sempat meminta pertolongan daripada jiran berhampiran, namun sebaik sahaja dia kembali ke rumah, dia melihat ibunya terbaring berlumuran darah.
Suspek pula melarikan diri dengan menaiki motosikal," katanya.

Sumber itu berkata, selepas melakukan perbuatan kejam itu, lelaki berusia 29 tahun terbabit berkeliaran di pekan berhampiran dan mencabul seorang wanita di atas motosikal berhampiran lampu isyarat di Jalan Sultan Azlan Shah.

“Suspek bertindak berani menghampiri wanita terbabit dan terus memeluk serta mencium mangsa. Dia turut mengacau pengguna jalan raya lain,” katanya.

Beliau berkata, pemuda yang dipercayai mengambil dadah berlebihan itu turut memecahkan cermin dua kereta pelanggan di pekarangan parkir sebuah kompleks beli belah, tidak jauh dari lokasi kejadian

Menurutnya, lelaki tersebut juga mencederakan seorang pengawal keselamatan yang cuba menahannya dan meminta wang dari pekerja farmasi berhampiran serta mencederakannya sebelum berjaya ditahan.

Menurut sumber itu lagi, nenek suspek, Norsiah Marshidi, 77, meninggal dunia selepas 13 hari ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU) Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), Ipoh.

Difahamkan, suspek tertekan selepas bercerai dengan isterinya dan datang ke rumah neneknya.

Suspek kini ditahan polis dan dituduh atas pelbagai kesalahan antaranya melibatkan Seksyen 427 Kanun Keseksaan iaitu melakukan khianat dan 354 Kanun Keseksaan iaitu menyerang dengan niat mencabul kehormatan.

Pelajar perubatan ditemui mati

Aivern Loo
Aivern Loo


KUALA PILAH – Seorang lelaki ditemui mati dalam keadaan tertiarap di dalam bilik tidur ibu bapanya, di Taman Pilah Perdana, di sini, kelmarin.

Mayat Aivern Loo, 21, pelajar tahun ketiga jurusan perubatan di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) ditemui ibunya, Lee Tai Giok, 56, kira-kira jam 12 tengah hari.

Menurut bapa mangsa, Loo Kwee Wah, 56, Aivern pulang untuk bercuti semester sejak 3 November lalu.

“Seperti biasa, saya dan isteri keluar rumah jam 7 pagi memandangkan saya bertugas sebagai Guru Penolong Kanan 1 di Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Cina (SMJKC) Chung Hua, manakala isteri saya bertugas sebagai guru di Sekolah Menengah Tuanku Muhammad, Kuala Pilah. Ketika itu Alvern sedang tidur seorang diri di biliknya.

“Namun, pada jam 9 pagi  semalam (kelmarin), saya dihubungi pihak pengurusan dekan UKM memaklumkan Aivern tidak hadir pada sesi perjumpaan di universiti berkenaan berkaitan keputusannya untuk bertukar jurusan,” katanya dekat sini.

Selepas itu, kata Kwee Wah, dia cuba beberapa kali menghubungi anaknya tetapi gagal.

Curiga dengan keadaan ini, Kwee Wah menyuruh isterinya segera pulang rumah untuk melihat keadaan Aivern.

"Sejurus tiba di rumah jam 12 tengah hari, isteri saya menemui Aivern dalam keadaan tertiarap dengan kepala berselubung plastik putih dan muka berlumuran darah di dalam bilik tidur kami di tingkat atas.

“Isteri saya membuka plastik di kepala Aivern, namun mendapati dia sudah tidak bernyawa sebelum menghubungi saya," katanya.

Sementara itu, Kwee Wah berkata, kejadian itu berkemungkinan ada kaitan dengan permohonan Aivern untuk menukar jurusan pengajian dalam bidang perubatan pada pertengahan Ogos, baru-baru ini.

“Kami menentang sekeras-kerasnya permohonan Aivern untuk menukar jurusan itu tetapi beberapa hari lalu kami mengalah dan bersetuju mengikut kehendaknya. Mungkin dirinya tertekan sehingga bertindak di luar batasan.

“Aivern merupakan anak sulung daripada dua beradik, sementara  adiknya kini sedang menuntut di Universiti Malaya dalam jurusan perakaunan," katanya.

Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintendan Azmi Abdul Rahim berkata, siasatan awal mendapati, tali pinggang yang diikat pada gril tingkap di bilik ibu bapa mangsa putus dan dipercayai mangsa menggantungkan diri di situ.

“Tali pinggang tersebut terputus menyebabkan muka mangsa tersembam ke lantai sehingga sebahagian mukanya hampir pecah.

“Tiada kecederaan lain ditemui dan kesemua pintu serta tingkap berkunci sebaik ibunya tiba di rumah, malah tiada kesan pergelutan ditemui. Keadaan di dalam rumah juga tidak berselerak dan tiada barang hilang,” katanya.

Katanya, kes masih disiasat dan diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Pemuda Orang Asli mati lemas, perahu dinaiki karam


LABIS 10 Nov. - Niat sembilan pemuda Orang Asli untuk mandi-manda di kawasan Tasik Empangan Juaseh, dekat sini berakhir tragedi apabila seorang daripada mereka mati lemas setelah perahu yang dinaiki karam petang semalam.
Menurut rakan mangsa, Roslan Hak, 20, ketika kejadian dia bersama lapan rakan termasuk mangsa, Sidi Atin, 19, mendayung bagi menyeberang ke kawasan yang lebih cetek untuk mandi apabila tiba-tiba perahu yang dinaiki mereka dimasuki air lalu tenggelam.
"Kejadian berlaku sekelip mata dan kami berlima yang menaiki perahu tersebut cuba berenang ke tebing. Saya nampak mangsa di belakang saya tetapi tidak lama kemudian apabila menoleh ke arahnya lagi, dia sudah tiada.
"Sebuah perahu lagi yang dinaiki empat rakan lain berada kira-kira 50 datang cuba menyelamatkan kami, tetapi tidak sempat kerana mangsa telah tenggelam tanpa kami sedari," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian bagi membantu gerakan mencari dan menyelamat hari ini .
Menurutnya, mereka bertolak dari rumah di Perkampungan Orang Asli Juaseh yang terletak kira-kira satu kilometer dari lokasi kejadian kira-kira pukul 3.30 petang semalam dan sampai di lokasi sekitar 20 minit kemudian melalui jalan hutan.
Sementara itu bapa mangsa, Atin Hassan,61, berkata, kali terakhir dia berjumpa anaknya itu pada pagi semalam sebelum keluar bekerja di kebun dan terkejut apabila diberitahu kejadian itu semasa pulang bekerja petang semalam. - UTUSAN ONLINE


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20131110/je_10/Pemuda-Orang-Asli-mati-lemas-perahu-dinaiki-karam#ixzz2kIkwE5OY
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Wanita Vietnam ditahan cuba seludup 5.4kg syabu


KOTA BHARU 10 Nov. - Polis menahan seorang 'keldai dadah' wanita warga Vietnam berusia 48 tahun ketika cuba menyeludup 5.4 kilogram dadah jenis syabu dianggarkan bernilai RM1.4 juta di sini kelmarin.
Ketua Polis Kelantan, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman berkata, wanita terbabit yang dipercayai anggota sindiket dadah antarabangsa ditahan kira-kira pukul 12.25 tengah hari di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Pengkalan Chepa di sini.
Beliau yang menyifatkan rampasan itu yang terbesar di Kelantan pada tahun ini berkata, suspek tiba dari New Delhi, India dan telah transit di Kuala Lumpur sebelum ke Kota Bharu dengan pesawat Penerbangan Malaysia.
Katanya, dia yang dikesan dalam keadaan mencurigakan ditahan sepasukan anggota polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) negeri diketuai Deputi Supritendan Mit Emong.
"Setelah diperiksa, beg yang dibawa oleh wanita itu mengandungi 54 keping renda di bawah lipatan pakaian. Pemeriksaan lanjut ke atas kain renda menemui dadah jenis syabu dengan berat kasar 100 gram setiap lilitan.
"Anggaran berat kasar dadah tersebut adalah 5.4 kilogram dengan nilai pasaran dadah sebanyak RM1.4 juta. Dengan kejayaan ini polis berjaya menumpaskan cubaan sindiket dadah antarabangsa yang membawa masuk dadah menggunakan Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra.
"Sehubungan itu polis akan terus meningkatkan tahap kawalan di pintu-pintu masuk khususnya di lapangan terbang ini dan pintu masuk sempadan. Polis masih menyiasat destinasi sebenar dadah ini akan dipasarkan," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Yang turut hadir, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Kelantan, Supritendan Amran Ramli.
Mengulas lanjut, Jalaluddin berkata, suspek kini ditahan reman selama tujuh hari bermula semalam bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman mati jika sabit kesalahan.
Dalam pada itu, beliau berkata, trend sindiket pengedaran dadah antarabangsa menjadikan wanita sebagai 'keldai dadah', dan perkara tersebut perlu dibendung daripada berleluasa.
Jalaluddin turut menarik perhatian mengenai pengedaran dadah ke negeri ini yang menurut beliau berlaku disebabkan terdapat permintaan.
"Jika masuk Kelantan, sudah tentu banyak ejen dia untuk edarkan, mungkin untuk pasaran Kelantan dan Terengganu. Kalau orang tidak ambil dadah, permintaan tidak ada. Masalah sekarang orang kita ambil dadah, sudah tentu ada permintaan," katanya.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20131111/je_09/Wanita-Vietnam-ditahan-cuba-seludup-54kg-syabu#ixzz2kIkOSlxW
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Kanak-kanak tiga tahun rentung dalam kebakaran


MIRI 10 Nov. - Seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun maut dalam kebakaran yang memusnahkan dua rumah papan di Kampung Sungai Dalam B, Batu 6 di sini hari ini.
Dalam kejadian pukul 7.30 pagi, Mohamad Raldazudeen Abdul Dino ditemui rentung dalam sebuah bilik selepas pasukan bomba dan penyelamat selesai memadamkan kebakaran kira-kira sejam kemudian.
Difahamkan, mangsa dan adik lelakinya yang berusia setahun pada awalnya telah dibawa keluar dari rumah oleh datuk mereka.
Ketika ahli keluarga lain sibuk memadamkan kebakaran, mangsa terlepas daripada pegangan lelaki itu sebelum dipercayai masuk semula ke dalam rumah tanpa disedari sesiapa.
Neneknya, Aishah Abdullah, 62, berkata, selepas menyedari rumah mereka terbakar, dia segera menyuruh suaminya keluar menyelamatkan cucu-cucu mereka.
Namun, kata wanita itu, suaminya memaklum yang Mohamad Raldazudeen hilang menyebabkan dia dan menantunya iaitu ibu kanak-kanak itu, Adura Hanapi, 37, nekad meredah api untuk mencari mangsa.
"Kami gagal menemui dia dan terpaksa keluar menerusi bilik mandi kerana api sudah merebak dan marak ke seluruh bahagian rumah.
"Kini kami sekeluarga bukan sahaja tinggal sehelai sepinggang tetapi turut kehilangan Mohamad Raldazudeen," katanya ketika ditemui pemberita di lokasi kejadian.
Ketika masuk semula ke dalam rumah untuk mencari mangsa, Aishah dan Adura turut cedera dan melecur di tangan serta badan.
Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Miri, Law Poh Kiong berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pukul 7.43 pagi sebelum bergegas ke lokasi bersama tiga jentera dan 21 anggota.
"Ketika kami tiba, api sudah marak membakar hampir keseluruhan rumah mangsa selain turut merebak ke sebuah rumah di sebelah yang tidak berpenghuni," katanya.
Beliau memberitahu, punca kebakaran dan jumlah kerugian masih disiasat.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20131111/je_08/Kanak-kanak-tiga-tahun-rentung-dalam-kebakaran#ixzz2kIk9Dkdn
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Posmen ditetak dua lelaki

Posmen ditetak dua lelakiMangsa dipercayai diserang di kawasan luar rumahnya, malam kelmarin.

KOTA BHARU - Seorang posmen, cedera di kaki kanan, putus lengan kanan dan cedera di bahagian muka selepas ditetak dua lelaki dalam kejadian di Kampung Demit, Kubang Kerian, di sini, malam kelmarin.

Kejadian yang berlaku ketika jam 12.15 malam hanya disedari isteri mangsa, Nurul Diana Md Nor, 27, selepas mendengar suaminya Mohd Al-Hafiz Mustapha, 29, mengerang kesakitan di luar rumah.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Azham Othman berkata, selepas mendengar suaminya menjerit dari dalam biliknya, dia terus meluru keluar dan mendapati ada dua lelaki yang tidak dikenali sedang melarikan diri selepas menyerang dan menetak suaminya.

“Kedua-dua lelaki tersebut masing-masing membawa sebilah parang dan melihatkan keadaan itu, isteri mangsa, menjerit meminta pertolongan sebelum kedua-dua suspek masuk ke dalam kereta yang dipandu oleh seorang lagi suspek yang sedia menunggu dan terus memecut laju bagi meloloskan diri.

“Melalui siasatan yang dilakukan, kita dapat mengenal pasti kenderaan yang digunakan suspek yang merupakan kereta jenis Proton Wira Aeroback berwarna gelap namun gagal mengenal pasti nombor pendaftaran kenderaan itu,” katanya.

Azham berkata, melihatkan kecederaan suaminya, isterinya merapati mangsa yang cedera parah selepas mengalami kecederaan di beberapa bahagian badan dan meminta bantuan jiran untuk dibawa ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian untuk mendapatkan rawatan susulan.

“Berdasarkan siasatan yang kita lakukan, kecederaan mangsa tiada kaitan dengan kejadian samun.

“Menurut Nurdiana, suaminya diserang dan ditetak oleh suspek yang dipercayai dikenali mangsa dan kemungkinan besar ada pertelingkahan antara suami dan suspek berkenaan berhubung masalah perkongsian perniagaan," katanya.

Beliau berkata, buat masa ini, mangsa menerima rawatan kecemasan di HUSM.

“Dari pemeriksaan yang dilakukan doktor, mangsa mengalami luka dalam di sepanjang hadapan kaki kanan, belakang lengan kiri, serta sepanjang pipi kanan.

“Mangsa juga mengalami putus siku (tulang dan daging bahagian siku terputus terus) di samping putus tendon (urat di kaki) menyebabkannya dia tidak boleh berjalan dalam anggaran masa sehingga lebih enam minggu,” katanya.

Azham berkata, buat masa ini mangsa dalam keadaan tidak stabil kerana kehilangan banyak darah di samping turut mengalami tekanan darah rendah dan pihak polis akan cuba mendapatkan maklumat lanjut berkaitan punca kejadian dan butir-butir suspek selepas mangsa stabil.

“Kes ini disiasat di bawah seksyen 326 Kanun Keseksaan (KK) yang menyebabkan kecederaan parah dengan menggunakan senjata berbahaya,” katanya.

Dhaka tangkap 3 ketua pembangkang


DHAKA 9 Nov. - Pihak berkuasa Bangladesh menangkap tiga pemimpin kanan parti pembangkang utama ketika krisis politik di negara ini semakin tegang menjelang pilihan raya umum negara ini yang bakal diadakan pada tahun depan.
Polis menangkap Moudud Ahmed, M.K. Anwar dan Rafiqul Islam Mia pada malam tadi, beberapa jam selepas parti perikatan pembangkang diketuai Parti Nasionalis Bangladesh mengumumkan akan mengadakan pusingan baru tunjuk perasaan di seluruh negara selama 72 jam, bermula esok.
Tunjuk perasaan itu bagi memberi tekanan kepada kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Sheikh Hasina supaya berundur dan melantik kerajaan sementara bagi memantau pilihan raya tersebut.
Polis turut menahan seorang ahli perniagaan terkemuka yang mempunyai hubungan dengan parti pembangkang dan seorang pembantu pemimpin pembangkang, Khaleda Zia awal pagi ini.
Menteri Penerangan, Hasanul Huq Inu berkata, penangkapan itu atas tuduhan menghasut supaya dilancarkan serangan ke atas orang awam dan harta benda.
Bagaimanapun, tangkapan tersebut menggambarkan tindakan tegas kerajaan untuk menumpaskan tunjuk perasaan dan melaksanakan pilihan raya pada Januari ini. - AP


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20131110/lu_05/Dhaka-tangkap-3-ketua-pembangkang#ixzz2kCbRTMxB
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Korban Taufan Haiyan meningkat 1,200 orang


sebahagian daripada rumah kediaman yang musnah akibat dibadai Taufan Haiyan dekat lapangan terbang di bandar Tacloban, tengah Filipina, semalam. - Reuters
MANILA 9 Nov. - Sekurang-kurangnya 1,200 orang dipercayai terbunuh dalam Taufan Haiyan yang melanda kepulauan Samar di tenggara Manila, semalam, dengan beratus-ratus kediaman lagi musnah.
Setiausaha Agung Palang Merah Filipina, Gwendolyn Pang bagaimanapun berkata, jumlah itu hanyalah anggaran daripada banyak kawasan yang musnah, dengan pihak berkuasa menganggarkan sekurang-kurangnya 100 orang maut dan jumlah korban akan terus meningkat.
Biro kaji cuaca tempatan melaporkan, taufan tahap lima itu menjadi lemah selepas melanda enam kawasan di negara ini dan dijangka melanda Vietnam esok.
Kerajaan Filipina masih belum dapat berhubung dengan pihak berkuasa di bandar Tacloban yang merupakan kawasan paling teruk terjejas ekoran terputus talian telefon serta elektrik.
Timbalan Ketua Pengarah Pihak Berkuasa Penerbangan Awam, Kapten John Andrews sebelum ini berkata, dianggarkan 100 penduduk terkorban akibat taufan itu.
"Mayat-mayat bergelimpangan di atas jalan dan keadaan sangat teruk," katanya sambil merujuk kepada maklumat yang diterima pada awal pagi ini.
Haiyan turut menyebabkan banyak pokok tumbang dan banjir menyebabkan jalan-jalan utama tidak dapat dilalui.
Selain itu, perkhidmatan pengangkutan feri terjejas, manakala beberapa lapangan terbang di tengah negara ini ditutup sementara selepas dinaiki air dan mengalami kerosakan bumbung.
Hampir sejuta penduduk yang terjejas akibat taufan itu mendapat perlindungan di pusat pemindahan sementara di 37 wilayah di seluruh negara. - REUTERS


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20131110/lu_03/Korban-Taufan-Haiyan-meningkat-1200-orang#ixzz2kCbCjIO5
© Utusan Melayu (M) Bhd 

3 warga China miliki 1.8 tan gading gajah didakwa


DAR ES SALAAM 10 Nov. - Sebanyak tiga warga China didakwa di sebuah mahkamah Tanzania kerana memiliki 706 gading gajah daripada pemburu haram, kata seorang pegawai mahkamah, semalam.
Tiga suspek itu, Huang Gin, Xu Fujie dan Chen Jinzhan ditahan minggu lalu di bandar pelabuhan ini selepas mereka menyimpan gading gajah seberat 1.8 tan yang bernilai AS$3.1 juta (RM9.8 juta) di dalam bekas.
Polis dan pegawai mahkamah berkata, trio itu menyamar sebagai pengimport bawang putih dan pengeksport produk marin dengan Majistret, Isaya Arufani menafikan ikat jamin ke atas mereka dan kes tersebut akan dibicarakan di mahkamah tinggi. - AFP


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20131110/lu_07/3-warga-China-miliki-18-tan-gading-gajah-didakwa#ixzz2kCb0WG5u
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Singapura sekat akses laman lucah popular


Singapura: Kerajaan menyekat akses kepada laman sesawang lucah popular kerana desakan orang ramai menjelang rancangan syarikat penyedia perkhidmatan itu merancang memulakan portal khas untuk Singapura.

Pihak Berkuasa Pembangunan Media yang bertanggungjawab memantau Internet di Singapura berkata, akses ke laman sesawang Ashley Madison disekat kerana “mencabuli nilai kekeluargaan dan moral awam”.


Laman sesawang berpangkalan di Kanada itu mempromosikan pertemuan di kalangan individu yang sudah bersuami atau beristeri. Syarikat terbabit sebelum ini merancang untuk melancarkan portal khas bagi pengguna di Singapura akhir bulan ini. Pelbagai pihak termasuk menteri Kabinet menyuarakan kemarahan atas rancangan itu dan mendesak kerajaan menyekat akses ke laman sesawang berkenaan. - AP

Pembunuh atlet menembak Thai diberkas


Bangkok: Polis Thailand semalam berkata, seorang lelaki ditahan kerana dipercayai menembak mati bekas atlet yang pernah dua kali mewakili negara itu dalam acara menembak Sukan Olimpik.

Jakkrit Panichpatikum, 40, ditembak mati ketika memandu dari rumah isterinya.


Jakkrit tinggal berasingan daripada isterinya kerana menghadapi masalah rumah tangga dan konflik itu sentiasa mendapat perhatian akhbar tabloid di Thailand. Polis berkata, suspek berusia 33 tahun dipercayai menjadi pembunuh upahan. - AFP

Berbau wangi sebelum ajal



Alor Gajah: Seorang pelajar tingkatan satu sekolah menengah di Lubok Cina, Masjid Tanah, di sini maut dalam keadaan mengerikan apabila putus kaki kanan selepas motosikal ditunggangnya dirempuh kereta di Jalan Lubok Cina - Masjid Tanah, di sini, petang kelmarin.

Dalam kejadian jam 5.15 petang itu, mangsa, Muhammad Amar Aidiel Rosli, 13, menunggang Yamaha Sport diekori rakannya, Ali Haikal Abd Aziz, 14, yang menunggang motosikal berasingan dalam perjalanan dari arah Masjid Tanah ke Lubok Cina.


Dipercayai, sebaik tiba di lokasi, Perodua Myvi dipandu juruteknik, M Agilan, 24, dinaiki bersama tiga sepupunya berusia antara 21 hingga 30 tahun dari arah Lobok Cina ke Masjid Tanah hilang kawalan dan masuk ke laluan bertentangan sebelum bertembung dengan motosikal ditunggang kedua-dua remaja berkenaan.

Rempuhan mengakibatkan Muhammad Amar Aidiel yang melambung ke bahu jalan putus kaki kanan dan meninggal dunia di tempat kejadian, manakala Ali Haikal cedera di kaki dan tangan kanan serta badan.


Ali Haikal berkata, sebelum kejadian dia mengekori motosikal ditunggang arwah beberapa meter di belakang sebelum melihat sebuah kereta dari arah bertentangan dipandu laju menuju ke arah mereka.


“Saya menjerit ke arah arwah namun jeritan saya tidak didengarinya dan sekelip mata arwah melambung akibat dirempuh kereta berkenaan. Malah, saya yang cuba mengelak turut dirempuh kereta terbabit.

“Kejadian berlaku terlalu pantas, apabila bangun saya dapati arwah sudah tidak bergerak dan lebih menyedihkan kaki kanannya turut putus,” katanya ketika ditemui di Hospital Alor Gajah, di sini, kelmarin.


Dalam pada itu, ibu Muhammad Amar Aidiel, Mazliana Mahfol, 36, berkata dia tidak menyangka perubahan sikap anaknya yang menyatakan hasrat untuk tidur bersamanya sejak tiga hari lalu petanda arwah akan pergi selamanya.

Katanya, dia juga sempat bergurau dengan anaknya mengenai bau wangian air limau yang digunakan arwah ketika mandi pada pagi sebelum kejadian.


“Pada awalnya saya hairan apabila arwah menyatakan hasrat hendak tidur bersama saya kerana kebiasaannya dia tidak begitu, tidak sangka itu petanda arwah ingin bermanja dengan saya sebelum pergi meninggalkan kami.


“Malah arwah begitu berselera ketika menikmati makan tengah hari lauk gulai nangka yang saya masak sebelum dia meminta izin untuk keluar berjumpa rakannya kira-kira jam 3 petang (kelmarin),” katanya ketika ditemui di bilik mayat hospital itu, malam kelmarin.


Sementara itu, Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Umar Ali Saifuddin Shaharuddin yang mengesahkan kejadian berkata, kemalangan berlaku selepas Perodua Myvi berkenaan hilang kawalan sebelum masuk ke laluan bertentangan dan merempuh dua motosikal ditunggang mangsa dan rakannya.


“Akibat rempuhan itu, Muhammad Amar Aidiel putus kaki kanan dan mati di tempat kejadian manakala rakannya hanya cedera ringan di badan. Bagaimanapun pemandu dan penumpang kereta tidak cedera.


“Mayat mangsa dihantar ke Bilik Mayat Hospital Alor Gajah untuk bedah siasat manakala rakannya dirawat sebagai pesakit luar dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987,” katanya.

Permintaan terakhir ibu

Kuala Terengganu: “Dua minggu lalu, arwah ibu minta saya jaga adik-adik dengan baik. Siapa sangka, itu amanat terakhirnya sebelum dia meninggalkan kami,” kata Mohd Hafifi Mohd Sukri, 27, anak kepada Rohani Yusof, 49, yang maut bersama suaminya, Khaadi Saari, 43, dalam kemalangan di Kilometer 26.5 Jalan Kuala Terengganu-Jertih berhampiran Kampung Sungai Ikan di sini semalam.
Dalam kejadian jam 7.50 pagi itu, pasangan suami isteri itu dikatakan dalam perjalanan dari Pasir Puteh, Kelantan menghala ke Batu Enam di sini menaiki Perodua Viva.

Bagaimanapun, sebaik tiba di tempat kejadian, kereta dipandu Khaadi, seorang guru dipercayai hilang kawalan apabila sebuah Mitsubishi Storm yang datang dari arah bertentangan memotong Honda CRV dipandu seorang lelaki berusia 20-an bersama bapanya.
Khaadi yang membelok keretanya ke kiri jalan secara mengejut untuk mengelak Mitsubshi Storm cuba kembali ke tengah jalan namun, malangnya kenderaan dipandu Khaadi bertembung Honda CRV menyebabkan pasangan itu tercampak ke luar.

Akibat perlanggaran itu, Rohani tercampak ke arah lori yang berada di bahu jalan manakala Khaadi tercampak dalam keadaan badannya dihempap enjin kereta.

Kedua-dua mangsa yang parah di kepala dan anggota badan meninggal di tempat kejadian manakala lelaki berusia 50-an yang menaiki Honda CRV kini dirawat di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di sini dan dilaporkan stabil.
Foto
POLIS memeriksa lori yang terbabit kemalangan di Kampung Sungai Ikan, Kuala Terengganu.
Menurut Mohd Hafifi, dia menerima panggilan kemalangan ibu dan bapa tirinya kira-kira jam 8.30 pagi sebelum bergegas pulang ke kampung halamannya di Pasir Puteh, Kelantan.

Dia yang bekerja sebagai jurutera di Kuala Lumpur tidak menyangka permintaan arwah ibunya yang meminta dia menjaga 11 adik-adiknya pesanan yang terakhir.
“Saya tidak sangka ia pesanan terakhirnya untuk saya dan sebagai anak sulung, saya akan pikul tanggungjawab itu sebaik mungkin.

“Lebih membuatkan saya terkilan kerana hasrat arwah mahu ke Kuala Lumpur untuk menjenguk saya dan adik di Shah Alam bulan depan tidak kesampaian,” katanya.

Rakan mangsa, Manan Ali, 46, berkata Khaadi yang mengajar di Sekolah Kebangsaan Tenang, Jertih menjalankan perniagaan produk kesihatan secara sambilan bersama isterinya sejak dua tahun lalu.

“Kedua-dua arwah sangat baik dan kehilangan mereka sangat dirasai saudara-mara dan kenalan rapat,” katanya ketika ditemui di Unit Forensik HSNZ di sini, semalam.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu Asisten Komisioner Zamri Shamsuddin mengesahkan menerima laporan dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana menyebabkan kematian dengan memandu secara melulu atau membahayakan.

Katanya, orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kemalangan itu diminta tampil di balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.

13 maut dalam nahas helikopter


Jakarta: Tiga belas orang terbunuh semalam apabila sebuah helikopter tentera Indonesia membawa pekerja pembinaan terhempas di tengah hutan Borneo, kata pegawai kerajaan.

Jurucakap tentera, Iskandar Sitompul berkata kemalangan berlaku ketika helikopter berkenaan cuba mendarat.


“Ada seramai 21 orang dalam helikopter berkenaan mangsa yang terselamat mengalami kecederaan akibat terbakar,” katanya dalam satu kenyataan. Laporan awal menyatakan sembilan orang cedera dalam kemalangan di daerah Malinau di Kalimantan Utara itu.

Iskandar berkata, helikopter berkenaan terbakar apabila terhempas. Pesawat Mi-17 buatan Russia itu membawa lapan kru terdiri daripada anggota tentera, 13 pekerja pembinaan dan bahan berkaitan seberat 500 kilogram. - AFP

Bekas teman lelaki sebar foto bogel penyanyi dangdut


Tulungagung: Penduduk di Tulungagung, Jawa Timur digemparkan dengan foto panas penyanyi dangdut Ratna Dewi atau Dewi Permatasari.

Foto Dewi, 22, yang berasal dari Ngantru itu tersebar di Internet, termasuk melalui Facebook.


Terdapat pelbagai aksi dalam foto yang dimuat turun itu, termasuk foto yang menunjukkan penyanyi terbabit tidak memakai seurat benang pun. Dikhabarkan bahawa foto itu kononnya dimuat turun oleh bekas kekasih penyanyi berkenaan.

Bagaimanapun, kemunculan foto itu mendapat kecaman banyak pihak selepas dikongsi dalam kumpulan ‘Tulungagung Sparkling’ di Facebook. Pentadbir kumpulan itu turut mengingatkan ahlinya agar tidak berkongsi foto tidak senonoh bagi mengelakkan akaun mereka disekat.


“Ahli kumpulan ini diberi amaran agar tidak berkongsi foto tidak sopan walaupun untuk koleksi peribadi. Tolong laporkan kepada kami agar foto seumpamanya disekat,” katanya dalam satu kenyataan. - Agensi

Penjenayah larikan kemaluan lelaki


Los Angeles: Empat orang didakwa menculik, menyeksa dan mengerat kemaluan seorang pemilik tempat penyimpanan ganja perubatan bagi memaksa mangsa mendedahkan tempat simpanan perniagaan dadahnya.

Tertuduh percaya mangsa menyembunyikan sejumlah besar wangnya di kawasan terpencil padang pasir.


Bagaimanapun penjenayah terbabit tidak menyangka bahawa mereka tersilap menilai mangsa kerana lelaki terbabit bukanlah pengedar dadah, sebaliknya cuma ahli perniagaan yang menjalankan perkhidmatan penyimpanan ganja berlesen.

Dua daripada suspek, Ryan Anthony Kevorkian, 34, dan Naomi Josette Kevorkian, 33, ditahan di Fresno, tengah California semalam, sehari selepas defendan ketiga Hossein Nayeri, 34, ditahan di Republik Czech.


Pihak berkuasa berkata, pada awalnya Hossein melarikan diri dari AS ke Iran selama beberapa bulan tetapi ditahan Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) ketika cuba melawat keluarganya di Sepanyol.


Kyle Shirakawa Handley, 34, dalang yang dituduh dalam kes penculikan itu sudah ditahan sejurus selepas insiden tersilap mangsa itu berlaku Oktober lalu.

Setiap suspek didakwa atas tuduhan menculik, melakukan kekacauan, penyeksaan dan mencuri dengan hukuman tambahan kerana menyebabkan kecederaan parah pada tubuh. Semua mereka ditahan tanpa dibenar diikat jamin dan berdepan hukuman maksimum penjara seumur hidup tanpa parol jika disabitkan kesalahan.


Mangsa - yang dirahsiakan identitinya oleh pihak berkuasa - adalah pemilik tempat penyimpanan ganja sah yang mewah di California.

Ganja itu disimpan untuk tujuan perubatan. Mangsa terselamat daripada dicacatkan tetapi terpaksa dimasukkan ke hospital untuk tempoh yang lama. Polis berkata, suspek melarikan diri bersama potongan kemaluan mangsa supaya ia tidak dapat disambung semula. Menurut polis, rancangan penculikan itu dibuat selepas mangsa membawa beberapa penanam ganja yang menjadi pembekal kepada tempat penyimpanannya, termasuk Handley untuk percutian mewah hujung minggu ke Las Vegas. - Reuters

Haiyan ragut lebih 100 nyawa

Manila: Satu daripada ribut terkuat pernah direkodkan di dunia membunuh lebih 100 orang dan mencederakan 100 yang lain di tengah Filipina sebelum ia bertiup ke arah Vietnam semalam.
Timbalan Ketua Pengarah Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Filipina, John Andrews berkata, dia menerima “maklumat boleh dipercayai” daripada kakitangannya menyifatkan kematian dan kemusnahan akibat Taufan Haiyan melanda bandar Tacloban di Pulau Leyte kelmarin.

Andrews memberitahu, lebih 100 mayat bergelimpangan di jalan raya dan 100 lagi mangsa cedera.
Menurutnya, pihak berkuasa penerbangan di Tacloban, kira-kira 580 kilometer di barat daya Manila, melaporkan yang terminal lapangan terbang di tepi laut ‘rosak’ akibat ribut. Mesej radio ke Manila disampaikan melalui lapangan terbang lain di tengah Filipina setiap lima jam bagi menyimpan kuasa bateri radio.

Setiausaha Kabinet Rene Almendras yang juga pembantu kanan kepada Presiden Benigno Aquino III berkata, bilangan mangsa yang terkorban tidak dapat disahkan setakat ini tetapi ia “mungkin mencecah bilangan” yang diberikan Andrews. “Tentera turut membantu mencari mayat mangsa,” katanya. Pegawai tentera Amerika Syarikat Mike Wyle yang meninjau kerosakan di Tacloban bagi membolehkan Amerika Syarikat menghulurkan berkata, kerosakan di landasan lapangan terbang amat ketara. Pesawat tentera bagaimanapun masih dapat mendarat bagi menyalurkan bantuan kecemasan. “Ribut melanda amat kuat dan terdapat kerosakan struktur yang ketara, selain pokok turut tercabut dan diterbangkan,” katanya dalam satu kenyataan.

Stesen televisyen Filipina, GMA melaporkan pasukan beritanya menyaksikan 11 mayat, termasuk seorang kanak-kanak yang dihanyutkan di pantai Jumaat dan lebih 20 mayat di pelabuhan di Tacloban beberapa jam selepas taufan meranapkan bandar tepi pantai itu. Sekurang-kurangnya 20 lagi mayat dibawa ke sebuah gereja berdekatan bandar Palo yang digunakan sebagai pusat pemindahan tetapi terpaksa ditinggalkan apabila bumbungnya diterbangkan.
Foto
MAYAT manusia dilihat tersangkut antara serpihan kediaman yang ranap selepas dilanda Taufan Haiyan di Coron, Palawan semalam.
Hampir 80,000 penduduk terpaksa meninggalkan kediaman mereka dan kerosakan dipercayai amat besar. Kira-kira empat juta penduduk terjejas oleh taufan itu. - AFP

Tom Cruise saman media Jerman

Tom Cruise saman media JermanTom Cruise bersama anaknya Suri. 

Los Angeles: Pelakon terkenal Amerika Syarikat, Tom Cruise menyaman sebuah media Jerman yang menuduhnya mengabaikan sama sekali anak perempuannya, Suri selepas bercerai dengan aktres Katie Holmes.

Curise menuduh laporan Bauer Publishing Company sebagai palsu, fitnah dan satu pencerobohan peribadi ke atasnya dalam saman yang difailkan pada 2012.
Dokumen mahkamah mendedahkan sedikit mengenai perkahwinan aktor itu dan pegangan Scientology.


Cruise menegaskan, beliau tidak pernah membuang Suri daripada hidupnya sama ada secara fizikal, emosi, kewangan atau lain-lain.

Perisytiharan itu difailkan di mahkamah persekutuan California minggu ini sebagai sebahagian daripada saman berterusan yang menuntut ganti rugi AS$50 juta (RM158 juta).

Dalam paparan video September lalu sebagai sebahagian saman, kehidupan Cruise dengan Holmes dan Suri diberi perhatian.

“Adakah beliau memilih Scientology daripada Suri? Ditinggalkan oleh bapa.’ Tolonglah, laporan itu amat menjijikkan.
“Saya bersyukur dengan kehidupan yang saya pilih dan itulah yang saya percaya. Namun, semua perkara ada hadnya. Saya meminta mereka meminta maaf dan supaya ia ditarik balik. Mereka menolaknya,” kata Cruise dalam rakaman video itu.

Alasan mohon cerai

Dalam transkrip mahkamah, pelakon berusia 51 tahun itu berkata walaupun Holmes, 34, mengamalkan ajaran Scientology sebelum dan ketika mereka berkahwin, aktres berkenaan meninggalkan pegangan itu apabila memfailkan perceraian.

Katanya, salah satu alasan ketika Holmes memohon cerai ialah beliau mahu melindungi Suri daripada pengaruh Scientology. Cruise menambah, Suri, 7, tidak mengamalkan ajaran itu.

Saman itu difailkan selepas majalah syarikat itu menyiarkan Cruise mengabaikan Suri berikutan perceraian mereka pada 2012.

Antara penerbitan Bauer termasuk majalah selebriti Amerika Syarikat, Life & Style, dan InTouch Weekly.

Transkrip mahkamah daripada rakaman 9 September lalu menunjukkan Cruise cuma bersama Suri selama 10 hari dalam tempoh lima bulan selepas Holmes menuntut cerai pada Jun 2012.

Aktor itu berkata, beliau menganggap persoalan sama ada Holmes meninggalkannya dan Scientology untuk melindungi anak mereka sebagai ‘menghina’ dan berkata ada banyak perkara yang menyebabkan perceraian. - REUTERS

100 korban taufan Haiyan

100 korban taufan HaiyanRumah, lapangan terbang di tengah Filipina musnah

TACLOBAN: Sebahagian daripada 100 mayat mangsa korban taufan Haiyan bergelimpangan di tengah jalan selepas ia membawa hujan dan angin kencang membadai bandar tengah Filipina, Tacloban, menyebabkan banyak kediaman musnah termasuk lapangan terbang.

Angka korban dijangka meningkat selain kemusnahan lebih teruk apabila pekerja bantuan dan askar tiba di kawasan terputus hubungan akibat taufan itu yang dipercayai paling kuat dalam sejarah.
Pihak berkuasa belum dapat menghubungi pegawai di Tacloban yang mempunyai 220,000 penduduk selepas komunikasi terputus dengan 100 lagi dipercayai cedera kerana taufan itu.


“Mayat mangsa taufan boleh dilihat di tengah jalan,” kata Timbalan Ketua Pengarah Pihak berkuasa Penerbangan Sivil, John Andrews.

Tiang elektrik patah, pokok tumbang, bumbung kediaman runtuh dan rumah ranap dilihat di merata-rata tempat di bandar itu, 580 kilometer di tenggara Manila yang turut banjir dengan kenderaan dimasuki air.

Sebelum komunikasi terputus Jumaat lalu, pegawai bandar melaporkan banjir besar melanda. Rangkaian telefon bimbit turut terputus manakala kebanyakan jalan raya tidak dapat dilalui.

“Hampir semua rumah musnah, kebanyakannya rosak teruk. Hanya beberapa saja baik,” kata jurucakap agensi bencana kebangsaan, Mejar Rey Balido.
Lapangan terbang bandar itu yang berada dekat pantai musnah dilanda ombak besar dan beberapa askar yang berpejabat di situ juga hilang, kata pegawai tentera.

Seramai satu juta penduduk berada di tempat perlindungan sementara di 37 wilayah selepas Presiden Benigno Aquino merayu penghuni kawasan yang bakal dilanda taufan itu supaya berpindah.

Haiyan yang kini menuju Vietnam berada dalam kategori 5 ‘taufan raksasa’ dan dilaporkan semakin lemah dan mencapai kategori 4.

Bagaimanapun, pengkaji cuaca menjangkanya kembali besar semalam ketika ia melalui Laut China Selatan dan sampai ke Vietnam hari ini.

Pihak berkuasa di 15 wilayah Vietnam meminta bot nelayan pulang dan hampir 300,000 orang dipindahkan ke kawasan lebih selamat di Da Nang dan Quang Nam, kata laman web kerajaan.

Sehingga petang semalam, Haiyan berada 709 kilometer di barat San Jose, wilayah Occidental Mindoro membawa angin yang boleh mencapai kelajuan 185 kilometer sejam sehingga 220 kilometer sejam.

Ia melanda kepulauan Leyte dan Samar dengan kelajuan angin 275 kilometer sejam selain menyebabkan ombak setinggi lima hingga enam meter di pinggir utara wilayah Cebu.

Haiyan adalah taufan kategori 5 kedua melanda Filipina tahun ini selepas Usag, September lalu.

Secara purata, 20 taufa melanda setiap tahun dan Haiyan adalah yang ke-24 tahun ini.

Tahun lalu, taufan Bopha memusnahkan tiga bandar di selatan Mindanao, menyebabkan 1,100 orang maut dengan kerosakan ditaksirkan mencapai lebih AS$1 bilion (RM3.2 bilion). - REUTERS

Maut kepala ditetak berkali-kali



ANGGOTA polis mengangkat mayat Susindran yang mati ditetak empat lelaki bertopeng di rumah sewanya di Taman Chandan Desa, Simpang Pulai, Ipoh semalam.


IPOH – Seorang pemuda maut selepas ditetak berkali-kali di kepala, belakang badan, kaki dan tangan di rumah sewanya di Taman Chandan Desa, Simpang Pulai di sini semalam.
S. Susindran, 22, meninggal dunia di rumah teres dua tingkat itu ketika cuba mempertahankan diri daripada diserang empat lelaki bertopeng bersenjatakan parang pada pukul 3 petang.
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh, Superintendan Ahmad Termizi Abd. Haq berkata, semasa kejadian, tuan rumah terbabit yang dikenali sebagai Letchumi, 30-an, berada dalam rumah tersebut.
“Empat lelaki dipercayai berketurunan India turun daripada kereta Proton Perdana yang dipandu seorang lelaki Cina dan meluru masuk ke rumah terbabit lalu menetak mangsa.
“Kejadian tersebut disaksikan isteri tuan rumah berkenaan iaitu Letchumi yang diugut supaya berdiam diri,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=1110&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_06.htm#ixzz2kCUphDLx 
Hakcipta terpelihara 

Insiden culik bayi 19 jam berakhir



SARAH mendukung Freddie selepas bayi itu ditemui semula di Taman Tasik Titiwangsa, Kuala Lumpur semalam.


KUALA LUMPUR – Episod sedih seorang guru wanita warga Britain kehilangan anak tunggalnya berusia 20 bulan yang dilarikan dua individu di Bangsar di sini kelmarin berakhir apabila bayi lelaki itu ditemui semalam.
Freddie Joseph, anak hasil perkongsian Sarah Joseph, 38, dan bekas suaminya, seorang warga Filipina dijumpai di Taman Tasik Titiwangsa di sini pada pukul 1.20 petang, kira-kira 19 jam selepas dia diculik.
Jarak antara lokasi mangsa dilarikan dan tasik itu kira-kira 11 kilometer.
Ketika ditemui, seorang pesara kerajaan, Hamid Md. Isa melihat bayi tersebut yang memakai baju hijau dan seluar putih berjalan seorang diri dalam keadaan lemah dan kelaparan.
Lelaki berusia 57 tahun itu kemudian menghubungi polis sebelum mangsa dibawa ke Balai Polis Jalan Tun Razak di sini.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah berkata, tiada sebarang kecederaan ditemui pada tubuh mangsa dan dia dihantar ke hospital untuk menjalani pemeriksaan lanjut.
“Ekoran itu, polis mengesan satu pasangan berusia lingkungan 30-an yang terlibat dalam kes penculikan tersebut.
“Berdasarkan soal siasat, ibu bayi itu mendakwa dia tidak mengenali lelaki yang melarikan anaknya,” katanya pada sidang akhbar di sini semalam.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=1110&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_03.htm#ixzz2kCUGMduS 
Hakcipta terpelihara 

Tebusan diselamatkan ahli keluarga sendiri



MARCUS mendukung anak saudaranya memasuki sebuah kenderaan di Duson pada Jumaat lalu. - Agensi


DUSON, Louisiana - Sebuah keluarga membuat keputusan sendiri dengan menyelamatkan seorang wanita yang merupakan anggota keluarga mereka yang diculik oleh bekas kekasihnya di sebuah rumah kosong di sini pada Jumaat lalu.
Drama itu bermula apabila seorang wanita, Bethany Arceneaux dijadikan tebusan pada Rabu lalu oleh bekas kekasihnya, Scott Thomas.
Thomas juga adalah bapa kepada seorang anak Arceneaux.
Namun, beberapa anggota keluarga wanita tersebut termasuk bapa saudara Bethany, Marcus bertindak memasuki rumah tersebut.
Apabila Marcus keluar dari rumah tersebut dengan mendukung Bethany, anggota-anggota polis tindakan khas meluru ke dalam rumah berkenaan dan mendapati Thomas telah mati ditembak.
Wanita yang berusia 29 tahun itu telah ditikam dan dikelar tetapi keadaannya tidak parah.
Dia kini dirawat di sebuah hospital.
Menurut seorang pegawai polis, Kapten Kip Judice, keluarga Bethany telah menembak Thomas semasa mereka cuba untuk membebaskannya.
"Saya berasa amat gembira (ekoran kejayaan pembebasan Bethany)," kata seorang ibu saudara wanita tersebut,Monica Arceneaux-Henry. - Agensi


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=1110&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_03.htm#ixzz2kCTXdDEm 
Hakcipta terpelihara