Search This Blog

Friday, November 8, 2013

Lori rempuh belakang lori

Lori rempuh belakang loriKeadaan lori yang remuk selepas terlibat kemalangan di Lebuh Raya Utara - Selatan, semalam.

SEREMBAN - Seorang kelindan lori warga Myanmar maut selepas kenderaan dinaikinya hilang kawalan, lalu merempuh belakang sebuah lagi lori di Kilometer 243.9 Lebuh Raya Utara Selatan, arah utara di sini semalam.

Dalam kejadian kira-kira 3 petang itu, mangsa, Noi Mon Lay, 22, maut di tempat kejadian akibat mengalami kecederaan parah di kepala dan badan.

Jurucakap polis berkata, mangsa bersama pemandunya dalam perjalanan dari arah Rembau menuju ke Seremban.

“Bagaimanapun, sejurus tiba di lokasi kejadian, lori dinaikinya dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas dan merempuh belakang sebuah lagi lori seberat 10 tan yang berada di lorong kiri lebuh raya.

“Rempuhan kuat itu mengakibatkan mangsa dan pemandunya berusia 30-an tersepit dan terpaksa meminta bantuan bomba untuk mengeluarkan mereka,” katanya.

Menurutnya, kejadian itu menyebabkan kelindan lori berkenaan maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah, manakala pemandu lori itu pula mengalami cedera parah di kepala.

Pegawai Turus Trafik Negeri, Asisten Superintendan Abd. Halil Hamzah yang mengesahkan kejadian itu berkata, punca sebenar kejadian masih dalam siasatan.

Menurutnya, mayat mangsa dibawa ke Hospital Tuanku Ja'afar di sini untuk bedah siasat sebelum dituntut ahli keluarganya.

Laman web pejabat PM Singapura digodam

Laman web pejabat PM Singapura digodamSINGAPURA - Laman web Pejabat Perdana Menteri Singapura (PMO) Lee Hsien Loong dan Istana digodam semalam dan hari ini oleh anggota kumpulan aktivis 'Anonymous'.
  
Penggodaman terbaru itu berlaku selepas Lee berikrar pihak berkuasa tidak akan menghentikan usaha mengheret dalang yang 'melancarkan perang siber' di negara itu ke muka pengadilan.
 
Peringatan itu dikeluarkan selepas satu video dimuat naik ke YouTube memberi amaran akan melancarkan perang siber ke atas pihak berkuasa Singapura.
  
Dalam kenyataan hari ini, Pihak Berkuasa Pembangunan Infocomm (IDA) berkata: Carian 'subpage' laman web PMO dan Istana terjejas masing-masing pada Khamis pukul 11.17 malam dan Jumaat pada 12.20 pagi.    
  
Menurutnya subpage telah diceroboh apabila ia memaparkan halaman daripada sumber lain.
 
Menurut IDA, kelemahan pada sistem komputer ini dikenali sebagai 'cross-site scripting'.
  
Memberitahu perkara itu kini dalam siasatan, IDA menyatakan laman web PMO dan Istana masih beroperasi, dan "kami akan memulihkan semula halaman yang diceroboh secepat mungkin".
  
IDA berkata ia akan terus meningkatkan tahap keselamatan semua laman web kerajaan.
  
Ini termasuk melakukan pemeriksaan dan memulihkan serta mengatasi kelemahan pada sistem komputer dan perisian. 
  
Ia kini dalam proses pelaksanaan dan pengunjung ke laman web kerajaan mungkin menghadapi masalah untuk akses, bagaimanapun masalah itu akan diselesaikan dengan segera, menurut IDA. - Bernama

Dera amah: Isteri MP India ditahan

Jagriti Singh
Jagriti Singh


NEW DELHI - INDIA. Isteri kepada seorang ahli Parlimen ditahan bagi membantu siasatan berhubung kematian pembantu rumahnya di Delhi South Avenue, Isnin lalu.

Menurut laporan The Times of India, siasatan polis mengatakan, pembantu rumah itu telah mati pada awal pagi namun, kematiannya lewat dilaporkan.

Polis percaya mangsa turut didera ekoran kesan kecederaan pada kepala dan beberapa bahagian tubuh lain.

Ahli Parlimen Jaunpur, Dhananjay Singh dan isterinya, Jagriti Singh kini berada di bawah tahanan polis selama lima hari.

Sehari selepas pendedahan kes penderaan tidak berperikemanusiaan itu, polis menemui lebih banyak bukti bersifat kejam.

Polis berjaya mengesan pembantu rumah ketiga pasangan berkenaan, Meena Sardar, 35, turut pernah dikejarkan ke Hospital Ram Manohar Lohia akibat kecederaan lecur dan beberapa kecederaan lain.

Disebabkan tidak mendapat bantuan perubatan, Meena hampir tidak boleh berjalan.

Akibat dari kecederaan itu, pinggul, tangan, kaki dan belakang badannya kekal kesan terbakar.

Seorang lagi pembantu rumah, Rakhi Bhadra, 35 turut mendakwa telah dihantar ke rumah abang iparnya.

Sementara itu, dalam kenyataan kepada polis, Meena menyebut dia pernah terlihat Jagriti memerhatikan pembantu rumah lelaki yang berusia 17 tahun sedang mandi melalui CCTV.

Menurut Meena, apabila perkara itu diadukan kepada suami majikannya, ahli Parlimen itu hanya mengatakan "tidak mengapa".

Meena memberitahu majistret, dia sebaliknya turut diugut ahli Parlimen itu agar tidak membuka mulut.

Menurut sumber, seorang lagi pembantu rumah pasangan itu telah meninggal dunia di kampung Balsafa, Jaipur pada tahun 2009.

Serangan Beijing motif dendam

Serangan Beijing motif dendamKemalangan meragut tiga nyawa di Tiananmen Square, minggu lalu.

BEIJING - CHINA . Pelbagai spekulasi timbul, selepas beberapa tragedi keganasan berlaku di ibu negara China sejak kebelakangan ini.

Walaupun terdapat sumber mengatakan kejadian itu berpunca daripada kumpulan ekstremis namun polis tempatan percayai, kejadian itu mempunyai kaitan dengan rakyat di negara itu sendiri.

Pegawai keselamatan berkata, insiden kemalangan di Tiananmen Square minggu lalu dan kejadian letupan bom berisi bebola besi dan paku di ibu pejabat Parti Komunis di Taiyuan di ibu kota wilayah Shanxi di utara China, kelmarin mungkin dilakukan oleh individu yang sama.

“Menurut sumber, serangan di itu diketuai seorang lelaki yang berang selepas polis bertindak merobohkan sebahagian daripada masjid di Xinjiang,” katanya, menurut sumber dpa.

Beliau berkata, individu itu dikatakan telah mendermakan wang untuk membesarkan masjid Yengi Aymaq, tetapi dirobohkan pihak berkuasa Oktober tahun lalu kerana gagal memenuhi spesifikasi pembinaan.

Bekas ketua kampung Yengi Aymaq Hamut Turdi berkata, selepas genap setahun kejadian itu, lelaki berkenaan mungkin melakukan serangan di Tiananmen Square sebagai tindakan membalas dendam.

“Kami difahamkan, lelaki itu memandu kenderaan pacuan empat roda ke Tiananmen Square dalam keadaan melulu,” katanya.

Empat pengawal dihukum mati


V. K Santirasagaran (kiri), C. Krishnakumar (belakang, kanan), S. S Arumugam (dua, kiri) dan P. Thinagaran (kanan) diiringi anggota polis selepas dijatuhi hukuman mati oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam, semalam.
SHAH ALAM 7 Nov. - Kekejaman empat pengawal keselamatan yang menculik sepasang suami isteri dan merakam aksi isteri lelaki tersebut dirogol oleh rakan sejenayah mereka dua tahun lalu, akhirnya mendapat pembelaan setelah Mahkamah Tinggi di sini hari ini menjatuhkan hukuman mati ke atas mereka.
Hakim Noor Azian Shaari menjatuhkan hukuman tersebut terhadap P. Thinagaran, 27, S.S. Arumugam, 24, C. Krishnakumar, 24, dan V.K. Santirasagaran, 32, selepas mendapati pembelaan keempat-empat tertuduh gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan.
Menurut hakim itu, pembelaan kesemua tertuduh tidak selari dengan keterangan saksi-saksi selain tidak menepati pembelaan alibi masing-masing.
Kesemua tertuduh didakwa bersama C. Manimavanan dan seorang lagi yang masih bebas, menculik pasangan berusia 29 tahun itu di sebuah rumah di Jalan Merak, Pusat Bandar Puchong dekat sini pada pukul 4.30 pagi, 4 Mac 2011.
Mereka didakwa mengikut Seksyen 3 Akta Penculikan 1961 dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori atau penjara seumur hidup dan boleh dikenakan sebatan jika sabit kesalahan.
Mengikut keterangan kes, kedua-dua mangsa pergi ke tempat kejadian untuk bertemu dengan lelaki bernama Shan (yang masih bebas) dan selepas bersalaman, Shan menarik tangan kedua-duanya ke dalam kereta yang turut dinaiki oleh keempat-empat tertuduh.
Mangsa (suami) ketika memberikan keterangan di mahkamah menyatakan, dia dipijak di kepala ketika di dalam kereta dan disuruh sujud sepanjang perjalanan ke sebuah rumah kosong di Pulau Carey, Klang dekat sini selain dikurung secara berasingan.
Mangsa wanita itu pula mendakwa dirogol oleh Shan meskipun dia memberitahu sedang dalam keadaan haid dan keempat-empat tertuduh pula tanpa rasa bersalah merakam aksi rogol itu menggunakan telefon bimbit.
Selepas itu, Shan menghubungi ibu mangsa wanita itu untuk meminta wang tebusan dan selepas rundingan, wang RM1,500 dimasukkan ke dalam akaun milik Manimavanan sebelum pasangan itu dibebaskan pada pukul 10.30 malam, hari yang sama.
Terdahulu peguam bela, V. Thiru Kumar yang mewakili kesemua tertuduh dalam rayuan menyatakan anak guamnya bukan dari keluarga senang dan itu merupakan kesalahan pertama mereka.
Menurut beliau, individu paling penting dalam kes ini yang patut dihukum adalah Shan yang masih bebas dan tidak dapat dikesan.
Sementara itu, Timbalan Pendakwa Raya, Muhamad Asyraf Md. Kamal menyatakan, mangsa mengalami trauma dan ketakutan tetapi menggagahkan diri tampil memberikan keterangan walaupun menjadi mangsa rogol.
Hakim Noor Azian sebelum menjatuhkan hukuman menyatakan, perbuatan kesemua tertuduh itu yang merakamkan aksi rogol adalah kesalahan berat yang perlu dipertimbangkan oleh beliau dalam menjatuhkan hukuman.
''Bayangkan bagaimana rasanya jika isteri kamu sendiri yang dirogol pasti meninggalkan kesan mendalam.
"Kes ini sesuai untuk saya membuat pilihan sama ada untuk menjatuhkan hukuman mati atau penjara seumur hidup," ujar beliau.
Katanya lagi, jenayah culik amat ditakuti orang ramai kerana bukan sahaja kanak-kanak yang menjadi mangsa malahan orang dewasa.
Selepas keempat-empat tertuduh didakwa, seorang lagi iaitu Manimavanan ditangkap dan dia masih dibicarakan atas pertuduhan sama secara berasingan di mahkamah berbeza.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Mahkamah/20131108/ma_01/Empat-pengawal-dihukum-mati#ixzz2k3onv9ka
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Wanita rugi RM89,900 ditipu ah long


KUALA LUMPUR 7 Nov. - Akibat termakan umpan dan helah ah long, seorang wanita sanggup menghabiskan wang RM89,900 semata-mata untuk mendapatkan pinjaman berjumlah RM100,000 daripada sebuah syarikat yang mendakwa mereka peminjam wang berlesen.
Kejadian bermula apabila mangsa yang mahu dikenali sebagai Wong, 42, menghubungi seorang individu selepas membaca risalah pinjaman wang diletakkan di cermin keretanya ketika berada di sebuah pusat beli-belah di Puchong dekat sini September lalu.
Wong yang merupakan peniaga produk kesihatan berkata, dia mahu meminjam wang sebanyak itu bagi menggantikan wang pusingan modal setelah rakan perniagaannya melarikan wang berjumlah RM60,000.
Katanya, setelah menyatakan hasrat dan memberi butiran peribadi, seorang individu yang dikenali sebagai Tony kemudian memaklumkan kepadanya pinjaman telah diluluskan.
"Selang beberapa hari kemudian iaitu pada 20 September, saya diminta memasukkan RM2,000 sebagai wang pemprosesan pinjaman. Setelah wang itu dimasukkan keesokkan hari, saya diminta pula memasukkan RM8,900 sebagai bayaran bulan pertama pinjaman itu.
"Tidak cukup dengan itu, Tony menyuruh saya memasukkan lagi RM10,000 sebagai percubaan bayaran. Bukan itu saja, dalam tempoh seminggu itu bermacam alasan yang diberikan oleh Tony agar saya memasukkan duit seperti wang perlindungan insurans dan wang kebenaran pinjaman oleh kerajaan sehingga saya menghabiskan RM89,900," dakwanya dalam sidang akhbar di Wisma MCA di sini hari ini.
Yang turut hadir, Ketua Biro Pengaduan Awam MCA, Datuk Seri Michael Chong dan Presiden Persatuan Peminjam Wang Berlesen Malaysia, R.C. Veeraseelan.
Menurut Wong, selepas seminggu menunggu wang pinjaman itu dimasukkan ke dalam akaunnya, dia cuba menghubungi individu terbabit namun gagal lalu membuat laporan di Balai Polis Brickfields pada 1 November lalu.
Katanya, akibat kejadian itu dia menjadi semakin tertekan kerana telah menggunakan wang perniagaannya bagi membayar ah long tersebut selain meminjam daripada saudara-mara.
Sementara itu, Michael berkata, pihaknya percaya individu terbabit merupakan ahli kumpulan sindiket penipuan yang menggunakan modus operandi seperti ah long.
"Saya percaya mereka ini bukan ah long apatah lagi syarikat peminjam wang berlesen namun mereka menipu mangsa dengan cara (menyamar) seolah-olah ah long.
"Pada tahun ini sahaja, terdapat empat kes seperti ini dilaporkan kepada saya melibatkan kerugian RM103,000," katanya.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20131108/je_06/Wanita-rugi-RM89900-ditipu-ah-long#ixzz2k3oVmt7o
© Utusan Melayu (M) Bhd 

17 PATI jadi pengawal keselamatan ditahan


SEREMBAN 8 Nov. - Tiga wanita warga Indonesia adalah antara 17 pengawal keselamatan warga asing yang ditahan kerana bekerja secara haram dalam serbuan Imigresen negeri di bank, pengurup wang dan pasar raya di sini semalam.
Lebih memeranjatkan, hasil pemeriksaan mendapati kesemuanya yang berusia 20-an hingga 30-an dan lengkap berpakaian seragam pengawal keselamatan turut tidak memiliki sebarang dokumen pengenalan diri.
Pengarah Jabatan Imigresen negeri, Faizal Fazri Othman berkata, pihaknya kesal kerana terdapat syarikat kawalan keselamatan begitu berani mengambil pendatang asing tanpa izin (PATI) sebagai pekerja. - UTUSAN ONLINE


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20131108/je_09/17-PATI-jadi-pengawal-keselamatan-ditahan#ixzz2k3o73jLh
© Utusan Melayu (M) Bhd 

9 penjenayah 'gempur' kolam renang culik pemuda


KULAIJAYA 8 Nov. - Sembilan lelaki nekad 'menggempur' masuk sebuah kolam renang awam di sini dan menculik seorang pemuda berusia 21 tahun untuk dijadikan tebusan bagi menuntut hutang yang dipinjam oleh salah sorang ahli keluarga mangsa.
Dalam kejadian 2.30 petang Selasa lalu, mangsa bersama beberapa ahli keluarganya sedang mandi di Kolam Renang Chang Chun, Jalan Senai 1sebelum dipaksa keluar dari kolam oleh kumpulan penjenayah itu yang bersenjatakan parang dan kayu.
Ketua Polis Daerah Kulaijaya, Supritendan Zulkefly Yahya berkata, mangsa diheret keluar dari premis berkenaan dan diarah membonceng motosikal yang ditunggang suspek.
Bercakap dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kulaijaya, beliau berkata, ibu saudara mangsa menerima panggilan daripada penjenayah yang meminta bayaran RM6,000 jika mahu mangsa dilepaskan.
Bagaimanapun, mangsa ditemui pukul 10.30 malam hari yang sama di tepi jalan berhampiran sebuah ladang getah di Senai.
"Pihak polis berjaya memberkas tiga daripada sembilan suspek berkenaan berumur 22 hingga 28 tahun," katanya. - UTUSAN ONLINE


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20131108/je_10/9-penjenayah-gempur-kolam-renang-culik-pemuda#ixzz2k3nqn5BZ
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Polis tahan wanita Indonesia, rampas syabu RM360,000


BALIK PULAU 8 Nov. - Cubaan seorang wanita warga Indonesia untuk menyeludup masuk 1.7 kilogram syabu bernilai RM360,000 ke negeri ini gagal setelah dia ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang, Bayan Lepas di sini Rabu lalu.
Suspek berusia 38 tahun ditahan oleh sepasukan anggota dari Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik negeri di pintu keluar balai ketibaan sebaik sahaja tiba dari Hong Kong pada pukul 7.40 malam.
Ketua Polis Daerah Barat Daya, Supritendan Mohd. Hatta Mohd. Zin berkata, pemeriksaan terhadap bagasi dibawa, menemukan dadah yang disembunyikan di dalam satu ruangan khas. - UTUSAN ONLINE


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20131108/je_11/Polis-tahan-wanita-Indonesia-rampas-syabu-RM360000#ixzz2k3nhUz5K
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Pasangan suami isteri ditemui maut di kilang proses makanan laut


PENAMPANG 8 Nov. - Pasangan suami isteri dari Sarawak ditemui mati dengan berlumuran darah di kilang memproses makanan laut di sini pagi tadi.
Seorang saksi berkata, dia memaklumkan kepada polis setelah mendapati mayat pasangan tersebut di dalam sebuah bilik tempat mereka tinggal, kira-kira 9.20 pagi dengan kecederaan pada kepala mereka.
Dia berkata lelaki tersebut yang berusia 42 tahun datang ke Sabah untuk bekerja di kilang itu beberapa tahun lalu dan membawa bersama isterinya yang berumur 44 tahun itu.
"Saya melihat pasangan itu sekitar tengah malam tadi dan mereka masih hidup," kata saksi itu kepada pemberita.
Ketua Polis Penampang, Deputi Supritendan Ratan Kumar Singh mengesahkan kejadian tersebut. - BERNAMA


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20131108/je_12/Pasangan-suami-isteri-ditemui-maut-di-kilang-proses-makanan-laut#ixzz2k3nVpXRR
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Kumbang kura-kura 'serang' timur AS


Berjuta-juta kumbang kura-kura 'menceroboh' rumah dan premis perniagaan di beberapa kawasan di timur Amerika Syarikat dan pantai Teluk. - AGENSI
LOS ANGELES 6 Nov. - Berjuta-juta kumbang kura-kura 'menceroboh' rumah dan premis perniagaan di beberapa kawasan di timur Amerika Syarikat (AS) dan pantai Teluk, menyebabkan penduduk di kawasan terbabit bertungkus-lumus 'menghapuskannya' menggunakan vakum pembersih.
Meskipun tidak berbahaya kepada manusia, tetapi kehadiran serangga itu dalam jumlah yang besar menceroboh melalui celah pintu dan cermin yang retak menyebabkan gangguan kepada penduduk.
Malah serangan serangga berwarna-warni itu boleh mengotorkan langsir, sofa dan dinding jika ia dibunuh.
Kehadiran kumbang kura-kura itu dalam jumlah yang banyak pada masa ini merupakan fenomena biasa apabila serangga itu mengembara untuk membantu kumpulan serangga lain dan mencari tempat panas sebagai persediaan menghadapi musim sejuk.
Pakar entomologi dari Universiti Tennessee, David Cook berkata, bulan ini merupakan waktu yang sesuai bagi 'ribut' kumbang kura-kura melanda beberapa kawasan di AS.
"Walaupun serangga ini comel, tetapi jika jumlahnya terlalu banyak akan menyusahkan penduduk," katanya.
Pencerobohan kumbang kura-kura dilaporkan teruk berlaku di Alabama.
Seorang penduduk, Walter Harris berkata, dia menemui beratus-ratus serangga itu di depan pintu rumahnya.
"Cara terbaik menangani serangan serangga ini adalah dengan menggunakan vakum, kerana jika dibunuh, kotoran yang dihasilkan oleh kumbang kura-kura ini akan menyusahkan kita," jelasnya. - REUTERS


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20131107/lu_07/Kumbang-kura-kura-serang-timur-AS#ixzz2k3mPkaJg
© Utusan Melayu (M) Bhd 

'Minyak longkang' di China


Pihak berkuasa China sedang memeriksa 'minyak longkang' yang diproses semula dan banyak digunakan oleh peniaga makanan di negara itu, semalam. - AGENSI
BEIJING 7 Nov. - Bagi pencinta makanan, masakan tradisional China, yang dijual di bahu-bahu jalan di negara ini bukan sahaja enak, malah ia membentuk sebahagian daripada pandangan menarik di bandar-bandar di negara ini.
Namun, masalah baharu timbul selepas penjual makanan, termasuk pengusaha restoran didapati bukan sahaja menggunakan minyak masak terpakai secara berulang kali, malah ada antara mereka bertindak keterlaluan menggunakan 'minyak longkang' yang diproses semula.
Ada peniaga kecil-kecilan makanan ini didapati memilih minyak yang dibuang ke dalam longkang yang dikumpul daripada mendapan tangki pembetungan sebagai pilihan mereka, kerana ia jauh lebih murah dan menjimatkan kos.
Cara pembuatannya, pula agak mudah iaitu mendapan daripada tangki pembetungan yang mengandungi sampah dan sebarang unsur yang mungkin mengandungi minyak masak dan bahagian termasuk lemak haiwan, dikumpul sebelum dimasak dan ditapis.
Lebih menjijikkan, 'minyak longkang' yang dihasilkan ini bukan sahaja tidak sihat, malah ia turut mengandungi pelbagai toksin berbahaya termasuk 'carcinogen' yang menjadi punca kepada penyakit barah.
Pihak berkuasa China yang sedar tentang amalan buruk itu sejak beberapa tahun kebelakangan ini cuba menghapuskan kegiatan kurang sihat itu bagi mengelak tanggapan buruk orang ramai terhadap makanan tradisional China.
Bagaimanapun, jumlah mereka yang terlibat dalam perniagaan 'minyak longkang' ini, pula agak ramai, sekali gus menyukarkan pihak berkuasa bertindak, sehingga hukuman penjara seumur hidup tidak mendatangkan gerun kepada dalang aktiviti itu.
Dipercayai satu persepuluh daripada minyak masak dalam pasaran di China merupakan 'minyak longkang, tetapi walaupun jumlah itu agak besar, namun ia masih belum dapat mengurangkan kebimbangan orang ramai.
Usaha untuk membanteras kegiatan itu agak sukar kerana kecenderungan orang ramai untuk memiliki minyak masak itu yang jauh lebih murah. - AGENSI


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20131108/lu_07/Minyak-longkang-di-China#ixzz2k3mCrmQv
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Motor hilang 46 tahun ditemui


Los Angeles: Pihak berkuasa melaporkan seorang lelaki dari Nebraska bakal mendapat kembali motosikalnya 46 tahun selepas kenderaan itu dicuri dari rumahnya.

Kastam AS berkata Isnin lalu motosikal Triumph Tiger 100 1953 berwarna hitam dan biru itu ditemui minggu lalu di Pelabuhan Los Angeles untuk dihantar ke Jepun dengan nilai disenaraikan sebagai AS$9,000 (RM29,000).


Ketika dilaporkan hilang pada Februari 1967, motosikal itu bernilai AS$300 dan tidak diinsuranskan.

Peronda Lebuh Raya California akan memulangkan motosikal itu kepada pemilik asalnya yang kini berusia 70-an di Omaha, Nebraska. Namanya tidak didedahkan. - AP

Masjid bawah tanah pertama di dunia


Istanbul: Kerajaan Turki membina sebuah masjid bawah tanah, yang pertama seumpamanya di dunia.

Pembinaan itu dilakukan di daerah Buyukcekmece, Istanbul.
Ia adalah penjelmaan daripada rekaan pertandingan Festival Senibina yang diadakan tidak lama dulu dan dimenangi oleh arkitek tempatan, Emre Arolat.

“Masjid adalah tempat muhasabah diri dan berdoa. Ia adalah cabang Kaabah,” kata Mufti Buyukcekmece, Mehmet Narin ketika melawat tapak pembinaan itu semalam.

Foto
MASJID Sancaklar


Menurutnya, masjid tanpa menara itu adalah inspirasi dari Gua Hira, tempat Rasulullah (SAW) menerima wahyu pertama.


Bangunan itu yang seluas 1.200 meter persegi terletak sedalam kira-kira tujuh meter di bawah tanah.

Untuk menambahkan lagi keunikannya pencahayaan waktu siang dibantu oleh sinaran mata hari, seolah-olah untuk mewujudkan suasana spiritual.
Masjid itu yang diberi nama Sancaklar, memiliki ruang ibadah yang luas hingga mampu memuatkan 650 jemaah.

Emre Arolat yang mereka masjid itu berkata, ia bertujuan memberi jemaah peluang untuk beribadah dengan khyusuk.

Polis tembak pengawal kerana ‘tidak hormat’


Jakarta: Seorang pegawai polis didakwa menembak mati seorang lelaki di dada kerana dikatakan ‘tidak menghormatinya’ selepas pengawal keselamatan itu menolak permintaan pegawai terbabit untuk wang atau arak percuma.

Pegawai Briged Polis (Brimob) itu dikenal pasti sebagai Brig Pertama W dilaporkan menghampiri Bachrudin di sebuah stor di Cengkareng, Jakarta Barat, jam 6.30 petang kelmarin. Jurucakap Polis Jakarta Komander Kanan Rikwanto berkata, dia kemudian mengarahkan pengawal itu membuat tekan tubi selepas menganggap mangsa tidak menghormatinya.


Bachrudin ditembak sekali di dada apabila enggan mematuhi arahan itu.

Rikwanto berkata, pegawai terbabit menyerah diri di ibu pejabat Brimob di Kelapa Dua, Depok, Jawa Timur sebelum diserahkan kepada Polis Jakarta Barat untuk disoal siasat.


Pegawai itu dilaporkan sering melayan pengawal keselamatan di Jakarta Barat sebagai orang bawahan malah sering meminta wang dan arak serta mabuk di stor itu, kata rakan mangsa dikenali sebagai Lorent.


“Dia seperti orang besar di sini. Kami perlu memberi tabik hormat apabila dia melalui kawasan ini,” katanya. - AFP

Wanita jual bayi kandung RM15,895


Mississippi: Seorang ibu ditahan kerana didakwa mahu menjual bayi lelakinya kepada wanita lain yang ditemui di iklan online.

Pihak berkuasa berkata, Bobbie Jo Stojic, 23, dari Bay St. Louis dibenarkan jaminan AS$5,000 (RM15,895) selepas didakwa pada 29 Oktober lalu atas tuduhan menawarkan penjualan seorang kanak-kanak.


Menurut dokumen mahkamah, Stojic didakwa menawarkan menjual anaknya berusia empat bulan dengan harga AS$5,000 dalam pesanan ringkas yang dihantar bulan lalu kepada seorang wanita di Louisiana yang menjawab iklan pakaian bayi dimuat naik olehnya di laman Craigslist.

“Mereka kemudian menjadi semakin akrab malah kerap menghantar pesanan ringkas antara satu sama lain,” kata Detektif Brandon Normand dari Pejabat Syerif Hancock.


Normand berkata, dua wanita itu membincangkan kos bagi mengambil anak angkat sebelum Stojic menawarkan untuk menjual anaknya itu dalam pesanan ringkas yang dihantar pada 9 Oktober lalu.


“Tawaran itu titik permulaan untuk Stojic sama ada menjual anaknya atau berusaha menipu wanita Louisiana terbabit,” katanya.

Stojic menafikan tuduhan terhadapnya.


Setakat ini belum diketahui sama ada Stojic mempunyai peguam bela.

Normand berkata, dalam pesanan ringkas, Stojic ada menyebut mengenai masalah kewangan dihadapinya termasuk kemungkinan diusir dari rumahnya.


Menurutnya, wanita di Louisiana itu melaporkan dakwaan terbabit sebelum pejabat syerif mengambil alih siasatan dan penjagaan sementara bayi terbabit. - AP

Perompak bertopeng Einstein


Florida: Polis di Sarasota County sedang memburu perompak bank yang memakai topeng Albert Einstein ketika rompakan di sebuah bank, Sabtu lalu.

Mengikut Pejabat Syerif Sarasota County, perompak yang turut memakai rambut palsu kelabu melarikan diri dari Wells Fargo di Venice, Florida, dengan sejumlah wang yang tidak didedahkan menaiki kereta sedan merah yang dipandu rakannya.


Dia turut dilaporkan mencederakan seorang pelanggan yang cuba mengikutnya keluar dari bank itu.

Pihak berkuasa tidak dapat mengesahkan apa dikatakan suspek kepada pekerja bank ketika rompakan atau sama ada dia memiliki pistol. - AP

Budak 3 tahun jalan sekilometer minta bantuan


Florida: Seorang budak perempuan berusia tiga tahun berjalan lebih sekilometer di jalan raya sibuk untuk mendapatkan bantuan daripada neneknya selepas ibunya mati dibunuh.

Pejabat Syerif Lake County berkata, ayah kanak-kanak berkenaan, Johnny Lashawn Shipman, 36, disyaki membunuh Kristi Lynne Delaney, 26, dari Mascotte.


Shipman kini diburu pihak polis.


Sarjan Kristin Thompson berkata Selasa lalu, budak itu seperti wira kecil kerana sanggup berjalan sejauh itu.


“Jarak itu agak jauh bagi seorang kanak-kanak berusia tiga tahun.


“Budak itu memberitahu neneknya dia tidak dapat mengejutkan ibunya dari tidur,” kata Thompson. - AFP

3 ahli Morning Glory ditahan


2013/11/08
Kuala Lumpur: Tiga lelaki dipercayai saki baki anggota kumpulan samun Morning Glory, ditahan dalam serbuan di sebuah rumah di Taman Putra, Sungai Chua, Kajang, minggu lalu.

Suspek dipercayai mendalangi beberapa kes samun dan pecah rumah sekitar Lembah Klang sejak setahun lalu, sebelum ditahan pada 31 Oktober lalu.
Dalam serbuan jam 7.30 malam itu, polis turut merampas pelbagai barangan seperti 12 unit telefon bimbit, 16 jam tangan, tiga kamera, enam beg tangan dan sebuah komputer riba, dipercayai hasil samun yang dianggar bernilai RM100,000.

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Muhammad Azlee Abdullah, berkata seorang daripada suspek berusia antara 23 hingga 38 tahun itu dikesan mempunyai rekod jenayah lampau berhubung kes dadah.

“Polis kini memburu dua lagi anggota kumpulan berkenaan yang didapati giat menyamun di sekitar Lembah Klang sejak setahun lalu,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Brickfields di sini, semalam.

‘Saya taubat’

Hatijah Aam, 17 bekas pengikut al-Arqam diperintah berkelakuan baik setahun

‘Saya taubat’
Kuang: Balu pengasas al-Arqam, Hatijah Aam (gambar) dan 17 pengikutnya diperintah berkelakuan baik selama setahun dan mengikut kursus pemulihan akhlak selama 500 jam selepas mengaku salah melanggar arahan Mufti yang mengharamkan ajaran pertubuhan itu.


Kursus pemulihan


Hakim Syarie Mahkamah Rendah Syariah Gombak Barat, di sini, Kamarulzaman Ali mengarahkan Hatijah atau lebih dikenali dengan nama Ummu Jah dan tertuduh lain mengikuti kursus pemulihan itu yang diselia Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).

Dera, pukul isteri guna topi keledar


2013/11/08
 
Segamat: Seorang pekerja ladang sawit ditahan polis selepas didakwa mendera dan memukul isterinya dengan topi keledar.

Suspek berusia 30 tahun yang bekerja di Kluang itu didakwa bertindak demikian di kuarters kediaman mereka, jam 3 pagi semalam.
Perbuatannya turut disaksikan empat anak perempuan pasangan itu yang berusia antara dua hingga lapan tahun.

Ketua Polis Daerah Segamat, Superintendan Mohd Kamil Sukarmi, berkata mangsa yang juga berusia 30 tahun, membuat laporan polis mendakwa dipukul di badan, kepala dan tangan hingga empat jari kirinya bengkak.

“Mangsa mendakwa suspek enggan memberitahu mengapa dia dipukul,” katanya ketika ditemui, di sini, semalam.

Mohd Kamil berkata, mangsa berasa tertekan kerana suspek kerap meninggikan suara, manakala bunyi pukulan didengari jiran hingga menyebabkannya malu dan mengelak bertemu masyarakat.

Susulan laporan mangsa, polis menahan suspek yang bersembunyi berhampiran Bekok, dekat sini.
“Suspek kini ditahan reman, manakala kes disiasat mengikut Seksyen 506 dan 323 kerana serangan serta mendatangkan kecederaan,” katanya.

Lelaki amuk diarah periksa status mental

Lelaki amuk diarah periksa status mental
Muhammad Zamri dibawa keluar dari Mahkamah Majistret Kuala Lumpur, semalam. Seorang pemandu van dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini semalam, atas dua tuduhan membunuh dua lelaki dalam kejadian amuk di Wangsa Maju, bulan lalu.

Muhammad Zamri Yusof, 26, mengangguk tanda memahami pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah terhadapnya di depan Majistret Erry Shahriman Nor Aripin.
Tak rekod pengakuan Tiada pengakuan direkodkan kerana kes dalam bidang kuasa Mahkamah Tinggi.


Bagi tuduhan pertama, Muhammad Zamri yang berasal dari FELDA Pemanis 1, Segamat, Johor, didakwa membunuh seorang penjual alat tulis, Lee Kah Ghee, 44, di hadapan Stesen Transit Aliran Ringan (LRT) Taman Melati, Persiaran Pertahanan, Wangsa Maju di sini, antara jam 11 pagi hingga 12 tengah hari, 24 Oktober lalu.

Tertuduh turut didakwa membunuh pelajar Kolej Tunku Abdul Rahman (TAR), Kwan Chun Thai, 25, di tepi tiang LRT bernombor P24/55, Kampung Wira Jaya Luar, Jalan Tumbuhan, Wangsa Maju, pada masa dan tarikh sama.

Muhammad Zamri yang tidak diwakili peguam, didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

Erry Shahriman membenarkan permohonan Pegawai Pendakwa, Asisten Superintendan Zulkifli Osman, supaya tertuduh dihantar ke Hospital Tanjung Rambutan untuk pemerhatian status mental selama sebulan mengikut Seksyen 342(3) Kanun Acara Jenayah. Majistret turut menetapkan kes disebut semula pada 6 Disember ini.

Jemaah haji disyaki jangkiti virus MERS-CoV

Jemaah haji disyaki jangkiti virus MERS-CoVSebahagian jemaah haji selamat tiba terpaksa memakai topeng muka bagi mengelakkan berjangkit wabak Mers-Cov di Lapangan Terbang Sultan Mahmud, Gong Badak, Kuala Terengganu. - Foto ASWADI ALIAS

Kuala Terengganu: Seorang jemaah haji yang tiba di sini dengan penerbangan terus Jeddah-Kuala Terengganu pagi semalam, disyaki dijangkiti virus ‘Middle East Respiratory Syndrom Coronavirus’ (MERS-CoV).

Minah Yusof, 99, dari Kampung Sura, Dungun, tiba di Lapangan Terbang Sultan Mahmud (LTSM) bersama 275 jemaah lain pada jam 11.30 pagi dan menjalani pemeriksaan saringan kesihatan, batuk dan selesema.
Difahamkan, Minah menghidap jangkitan paru-paru ketika berada di Makkah.


Timbalan Pengarah Tabung Haji (TH) Terengganu, Azillah Itam, berkata saringan di LTSM mendapati Minah menghidap batuk dan mengalami kesukaran bernafas.

“Kita belum dapat memastikan beliau positif MERS-CoV atau sebaliknya kerana pemeriksaan masih dijalankan.

“Seorang lagi jemaah wanita turut dikesan mempunyai sindrom jangkitan virus MERS-CoV tetapi pemeriksaan lanjut mendapati beliau bebas daripada jangkitan,” katanya di sini, semalam.

Azillah berkata, jemaah haji yang pulang dari Makkah diwajibkan menjalani ujian saringan kesihatan sejak 2009 bagi memastikan mereka bebas daripada wabak atau penyakit bawaan dari negara luar.
Anak Minah, Mohamed Muda, 67, berkata ibunya sihat sebelum berangkat menunaikan haji.

“Pihak TH menghubungi saya sebelum ibu pulang ke tanah air dan memaklumkan ibu kurang sihat serta badannya terpaksa dimasukkan air kerana terlalu panas.

“Saya sangkakan ia perkara biasa kerana faktor usia lanjut tetapi agak bimbang apabila dihubungi buat kali kedua dan ibu disyaki dijangkiti virus ini,” katanya ketika dihubungi.

MERS-CoV adalah virus daripada kumpulan Coronavirus dan mula dilaporkan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada September lalu.

Setakat 1 November lalu, ia menyebabkan 63 kematian daripada 149 kes yang dilaporkan di seluruh dunia.

Bomba maut motosikal terbabas

Bomba maut motosikal terbabasMohd Hafiz ketika mengikuti ekspedisi bersama kelab bermotosikal berkuasa tinggi. Butterworth: Kegembiraan seorang anggota bomba menunggang motosikal berkuasa tinggi milik rakannya, berakhir tragedi apabila terbunuh dalam kemalangan di Lebuh Raya Lingkaran Luar Butterworth (BORR) di sini, malam kelmarin.

Dalam kejadian jam 9.30 malam itu, Mohd Hafiz Iduras, 27, dari Bagan Ajam dekat sini, meninggal dunia di Hospital Seberang Jaya (HSJ) selepas motosikal Honda CB 1000cc yang ditunggangnya gagal dikawal sebelum merempuh pembahagi jalan.
Mohd Hafiz yang berkhidmat sebagai anggota bomba bantuan selama lima tahun di Terminal Kontena Butterworth-Utara, disahkan meninggal dunia berikutan cedera parah di kepala dan tengkuk.


Rakannya yang enggan dikenali berkata, mangsa meminjam motosikal daripada rakan mereka di Kulim beberapa hari lalu.

“Dia (Mohd Hafiz) beriya-iya menyatakan keinginan menunggang motosikal berkuasa tinggi,” katanya, di sini, semalam.

Sementara itu, Ketua Ketenteraman Awam dan Trafik Seberang Perai Utara, Asisten Superintendan Suhaimi Mohd Noor, berkata mangsa menunggang berseorangan untuk pulang ke rumah dari tempat kerjanya yang terletak kira-kira 200 meter dari lokasi kemalangan.

Pecah saluran darah punca pelajar maut

Pecah saluran darah punca pelajar mautJenazah Nur Syazwani (gambar kecil) selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Tandak, Gaal, di rumahnya di Kampung Kemudu Bongkok, Pasir Puteh. - Foto AZLAN HAFEEDZ 
Nur Syazwani meninggal ketika jawab soalan SPM

Kota Bharu: Kematian Nur Syazwani Arifin, 17, ketika menjawab peperiksaan pada hari pertama Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di Pasir Puteh kelmarin, disahkan akibat pecah saluran darah ke jantung.

Punca kematian pelajar Maahad Saniah, Pasir Puteh itu diperoleh hasil bedah siasat yang dilakukan di Hospital Tengku Anis (HTA), kelmarin.
Kes kematian mengejut


Ketua Polis Daerah Pasir Puteh, Deputi Superintendan, Mohd Kamal Zainal, ketika dihubungi, semalam, berkata polis mengklasifikasikan kes pelajar itu sebagai mati mengejut dan tidak membabitkan sebarang unsur lain.

Sementara itu, Ketua Jabatan Kardiologi, Fakulti Perubatan Universiti Malaya, Prof Dr Wan Azman Wan Ahmad, berkata mangsa mungkin mengalami Aterosklerosis atau saluran dinding nipis yang berpunca dari faktor pemakanan, genetik atau kesan alam sekitar.

Jenazah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Kampung Tandak, Gaal, kira-kira jam 11 malam kelmarin. 

Mengaku ugut cederakan isteri




KOTA BHARU – Hilang sabar dengan kerenah isteri yang kerap minta diceraikan ketika bergaduh, seorang lelaki bertindak mengancam mahu mencederakan wanita itu di rumah mereka akhir bulan lalu.
Tertuduh, Shahrol Mohamed (gambar), 35, mengaku bersalah atas pertuduhan itu yang dibacakan di hadapan Majistret Nik Habri Muhamad di Mahkamah Majistret di sini semalam.
Bapa kepada tiga anak itu ketika ditanya oleh Nik Habri mengapa bertindak demikian menjawab:


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=1108&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_10.htm#ixzz2k2BvEv9y 
Hakcipta terpelihara 

Pasangan kekasih membunuh pelajar kekal ke tali gantung


PUTRAJAYA – Mahkamah Persekutuan di sini semalam mengekalkan sabitan dan hukuman mati ke atas seorang wanita dan teman lelakinya kerana membunuh pelajar Kolej Universiti Islam Antarabangsa, Juliana Md. Fuzi, enam tahun lalu.
Panel lima hakim dipengerusikan Ketua Hakim Negara, Tun Arifin Zakaria sebulat suara menolak rayuan terakhir Noralina Ahmad Dasuki, 26, dan Muhammad Khairul Anuar Abdullah, 31, terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=1108&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_09.htm#ixzz2k2BYSY5W 
Hakcipta terpelihara 

Saudagar licik masuk perangkap


KHAZALI menunjukkan sebahagian beras yang dirampas daripada seorang lelaki pada sidang akhbar di Putrajaya semalam.


PUTRAJAYA – Rancangan jahat seorang saudagar untuk menyeludup sejuta kilogram beras bernilai RM1.8 juta yang dimuatkan di dalam 40 buah kontena dengan mengisytiharkannya sebagai sebatian kimia terbongkar apabila dia diberkas pihak kastam Lumut, Perak, Jumaat lalu.
Ketua Pengarah Kastam Malaysia, Datuk Seri Khazali Ahmad berkata, helah tersebut dibongkar selepas pihaknya mencurigai tindak-tanduk lelaki berusia lingkungan 30- an itu yang bertanggungjawab menghantar kontena tersebut dari negara jiran di Pelabuhan Barat, Pelabuhan Klang.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=1108&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_07.htm#ixzz2k2BFPezG 
Hakcipta terpelihara 

Empat penculik dihukum mati



SANTIRASAGARAN (dari kiri), Krishnakumar, Arumugam dan Thinagaran (depan) ketika dibawa ke Mahkamah Tinggi Shah Alam, Selangor semalam.


SHAH ALAM – Empat pengawal keselamatan dijatuhi hukuman mati oleh Mahkamah Tinggi di sini semalam selepas didapati bersalah atas pertuduhan menculik sepasang suami isteri untuk mendapatkan wang tebusan RM5,000.
P. Thinagaran, 27; S. S. Arumugam, 24; C. Krishnakumar, 24, dan V. K. Santirasagaran, 32, didakwa bersama-sama seorang lagi yang masih bebas melakukan kesalahan itu di Jalan Merak, Pusat Bandar Puchong, Selangor, kira-kira pukul 4.30 pagi, 4 Mac 2011.
Mereka didakwa mengikut Seksyen 3, Akta Penculikan 1961 yang membawa hukuman mati mandatori atau penjara seumur hidup dan sebatan, jika sabit kesalahan.
Hakim Nor Azian Shaari dalam penghakimannya berkata, kes culik itu menyebabkan keresahan dan kebimbangan kepada anggota keluarga terdekat mangsa.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=1108&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_06.htm#ixzz2k2AvKbiu 
Hakcipta terpelihara 

Pemuda amuk didakwa bunuh pelajar, penjual alat tulis


MUHAMMAD ZAMRI didakwa di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur semalam atas kesalahan membunuh.


KUALA LUMPUR – Seorang pemandu van yang mengamuk sehingga menikam mati dua lelaki dan mencederakan dua wanita lain di Stesen Transit Aliran Ringan (LRT) Taman Melati dan Gombak dua minggu lalu dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini semalam.
Tertuduh, Muhammad Zamri Yusof, 26, yang berasal dari Segamat, Johor didakwa membunuh penjual peralatan menulis, Lee Kah Ghee, 44, dan pelajar Kolej Tunku Abdul Rahman, Kwan Chun Thai, 25.
Tiada pengakuan daripada pemandu van di syarikat pembekal rokok itu ketika dia didakwa di depan Majistret Erry Shahriman Nor Aripin.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=1108&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_04.htm#ixzz2k2AV8TT6 
Hakcipta terpelihara 

Empat gerai makan kena roboh

Empat gerai makan kena robohAntara gerai yang dirobohkan dalam Ops Roboh di Chabang Tiga, Pengkalan Chepa, semalam.

KOTA BHARU - Sebanyak empat daripada 14 gerai di Chabang Tiga, Pengkalan Chepa dirobohkan oleh penguat kuasa Majlis Perbandaran Kota Bharu (MPKBBRI) dalam Ops Roboh, di sini, pagi semalam.

Tindakan terbabit diambil ekoran peniaga jualan minuman dan makanan itu tidak mengendahkan teguran melalui notis yang dikeluarkan memandangkan pihak MPKB-BRI tidak pernah membenarkan mereka menjalankan perniagaan di kawasan itu.

Setiausaha MPKB-BRI, Rosnazli Amin berkata, pihaknya mengambil tindakan itu selepas peniaga masih ingkar dan tetap menjalankan perniagaan walaupun diarahkan mengosongkan kawasan terbabit.

“Kita sudah beberapa kali hantar notis termasuk yang terbaru pada 22 September lalu dan tamat pada 2 Oktober lalu dengan tempoh tujuh hari dan selepas itu kita beri notis secara lisan pada 29 Oktober lalu supaya pindah dan kosongkan tapak.

“Kelmarin, kita beri peringatan secara lisan dan hari ini (semalam) tindakan ini diambil selepas mereka masih gagal mengosongkan kawasan terbabit,” katanya, semalam.

Sementara itu, Rosnazli berkata, selain menjalankan perniagaan di kawasan yang tidak dibenarkan, peniaga ini juga dikesan turut mengotorkan keadaan sekitar termasuk di kawasan sekitar yang terdapatnya monumen bersejarah yang merupakan kubu pertahanan tentera Jepun ketika zaman Perang Dunia Kedua.

“Selepas kawasan terbabit dikosongkan, pihak kami dalam usaha menceriakan landskap di kawasan berkenaan dengan tanaman pelbagai pokok hiasan bagi mengindahkan tempat tinggalan sejarah itu.

“Dalam kerja-kerja meroboh yang dijalankan, semua peniaga di gerai di kawasan itu memberi kerjasama yang baik dan tidak menghalang kerja-kerja merobohkan bangsal dan kesemuanya berjalan lancar,” katanya.

Beliau berkata ops terbabit disertai 40 anggota MPKB-BRI termasuk 20 penguat kuasa, dua anggota polis selain peralatan meroboh termasuk jentera dan lori yang digunakan untuk memudahkan urusan dijalankan.

Gagal beri sebab curi kosmetik

Gagal beri sebab curi kosmetikTertuduh (kiri) diiringi polis menuju ke mahkamah untuk berdepan tuduhan itu, semalam.

KOTA BHARU - Ibu seorang anak dijel lapan hari dan denda RM500 oleh Mahkamah Majistret di sini, semalam selepas mengaku salah mencuri pelbagai barangan kosmetik sebuah farmasi, bulan lalu.

Denda diputuskan Majistret, Nik Habri Muhamad terhadap Noridayu Sha’ari, 22, dari Kampung Gong Batu Tawang, Bachok.

Suri rumah tersebut didakwa mencuri pelbagai barangan kecantikan itu di kedai Watsons di Kompleks Seri Mutiara, Jalan Sultan Yahya Petra di sini, antara 7 dan 7.30 malam, 31 Oktober.

Ketika ditanya alasan dia mencuri semua barangan itu, Noridayu bagaimanapun tidak dapat memberi sebarang jawapan dan hanya bergelenggeleng kepala.

Dalam kejadian itu, pengadu yang baru sampai di tempat kerja melihat tarik menarik berlaku antara tertuduh dan salah seorang pekerjanya.

Selepas disiasat, tertuduh rupa-rupanya sudah mengambil kesemua barangan bernilai RM159.80 itu dan memasukkan ke dalam beg lalu cuba keluar tanpa membuat bayaran.

Pengadu kemudian membuat laporan polis dan menyerahkan tertuduh kepada pihak berkuasa itu untuk tindakan selanjutnya.

Semalam, Nik Habri kemudian mengarahkan tertuduh menjalani hukuman itu berkuat kuasa daripada tarikh dia ditahan hari kejadian.

Hukuman diputuskan mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan kerana mencuri.