Search This Blog

Monday, November 4, 2013

Diganggu ilmu perabun

Diganggu ilmu perabunSaindon terpaksa mengunci pintu rumah menggunakan mangga kerana bimbang keselamatan diri.

REMBAU – Bimbang kemungkinan diancam gangguan sihir, seorang wanita di Kampung Sri Kendong, dekat sini tinggal dalam rumah yang berkunci mangga seolah-olah berada dalam penjara.

Saindon Abdullah, 60, seorang ibu tunggal berbuat demikian kerana mendakwa dirinya terkena gangguan ilmu perabun sehingga menyebabkan dia yang pernah menerima Anugerah Ibu Tunggal Berjaya peringkat daerah Rembau pada 2011, hidup dalam ketakutan.

Akibatnya,  dia sentiasa berada gelisah dan tertekan sehingga kegiatan pertanian dan penternakan yang diusahakannya sejak 2009 kini terbiar begitu saja.

“Pada tahun 2010, memang sudah ada sedikit gangguan, namun pada tahun ini gangguan itu semakin teruk sehingga saya terpaksa mengunci pintu menggunakan mangga.

“Malah, di ruangan beranda rumah pun, saya  ada memasang besi di sekeliling bagi mengelak mana-mana individu tidak bertanggungjawab masuk ke rumah tanpa disedari,” katanya.

Menurutnya, pernah dia mendengar bunyi orang berjalan di atas atap rumah, tapi apabila diperiksa, tiada orang di situ.

Selain itu, lebih tertekan apabila ikan ternakannya sebanyak satu tan mati dipercayai diracun pihak tidak bertanggungjawab.

“Dulu rumah saya ini ditanam dengan pelbagai jenis sayur-sayuran untuk dijual.  Bagaimanapun, saya kini hanya duduk di rumah sahaja dengan keadaan rumah sentiasa berkunci mangga seakan-akan penjara," katanya ketika ditemui Sinar Harian di rumahnya.

Susulan masalah berkenaan, katanya, dia sudah beberapa kali membuat laporan polis, bagaimanapun belum berjaya mengesan mana-mana individu yang disyaki terlibat.

Menurutnya, jika masalah itu tidak selesai, dia menghadapi masalah untuk melunaskan hutang Tabung Ekonomi Kumpulan Usahawan Niaga (Tekun) serta institusi perbankan lain kerana gagal memperolehi pendapatan.

Dalam pada itu, Saindon turut mencari mana-mana pihak yang punyai kepakaran untuk mengubati gangguan dihadapinya supaya dia dapat hidup seperti sediakala.

Remaja maut kereta rempuh konkrit

Remaja maut kereta rempuh konkritKereta dinaiki tiga mangsa remuk merempuh konkrit pembahagi jalan

PUCHONG – Gara-gara gagal mengawal pemanduan, seorang penumpang maut manakala dua lagi cedera apabila kereta dinaiki merempuh konkrit pembahagi jalan di Lebuhraya Damansara Puchong (LDP) menghala Putrajaya, pagi semalam.

Dalam kejadian jam 7.30 pagi, penumpang depan kenderaan, P Parthibhan, 22, meninggal dunia di tempat kejadian selepas mengelamai kecederaan parah pada bahagian badan.

Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner Abd Razak Elias berkata, siasatan awal mendapati kemalangan dipercayai berlaku apabila pemandu kereta Honda City yang memandu bersama dua rakannya hilang kawalan lalu terbabas melanggar pembahagi jalan.

Kereta dipandu terbabas di sebelah kiri sebelum  merempuh pembahagi tengah jalan di Kilometer 24.7 dari arah Puchong.

Pemandu, A Sarathan, 21 mengalami cedera ringan dan mendapat rawatan di zon kuning Hospital Serdang.

Penumpang di bahagian belakang, K Geeta, 20, cedera di kepala masih mendapat rawatan di zon merah Hospital Serdang.

“Kesemua mangsa masing-masing tinggal di Puchong Perdana dipercayai dalam perjalanan pulang ke rumah,”katanya.

Beliau berkata, bedah siasat dijalankan Jabatan Forensik Dan Patologi Hospital Serdang bagi mencari punca kematian mangsa.

Indonesia diintip sejak 2007

Indonesia diintip sejak 2007Bekas Perdana Menteri Australia Kevin Rudd (kiri) bersama Presiden Indonesia Susilo Bambang Yudhoyono bertemu ketika Persidangan Perubahan Iklim PBB di Bali pada 2007.

WASHINGTON - AMERIKA SYARIKAT. Satu laporan mendedahkan, Amerika Syarikat (AS) dan Australia telah melancarkan operasi pengintipan terhadap Indonesia sejak enam tahun lalu.

Menurut laporan Jakarta Post, Intipan itu dilakukan ketika Persidangan Perubahan Iklim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di Bali pada 2007.

Akhbar Guardian edisi Australia melaporkan, pembocor program perisikan AS Edward Snowden yang membuat pendedahan itu berkata, agensi perisikan Australia, dan unit pertahanan direktorat bekerja sama dengan Agensi Keselamatan Negara (NSA) untuk mengumpul nombor telefon pegawai keselamatan Indonesia.

Pendedahan itu memburukkan lagi hubungan yang sedia tegang antara Jakarta dan Canberra selepas media mendakwa Pejabat Kedutaan Australia dan konsulatnya di China dijadikan pusat pengumpulan maklumat.

Bagaimanapun, Snowden berkata, ketika operasi pengintipan di Bali itu, Australia dan AS hanya berjaya mendapatkan nombor telefon bimbit Ketua Polis Bali.

Parti pantai kena serbu

Parti pantai kena serbu
Semua yang ditahan dibawa ke IPD Port Dickson
 untuk tindakan lanjut.


PORT  DICKSON -  Sekumpulan individu dikesan menjadikan kawasan pantai di sini untuk melakukan kegiatan tidak bermoral dengan mengadakan parti pantai atau Beach Party, awal pagi semalam.

Parti pantai kena serbu
Anggota polis membuat pemeriksaan di Pantai Batu 6, awal pagi semalam
Bagaimanapun, kegiatan mereka dapat dihidu pihak berkuasa apabila polis diketuai Inspektor Nursaiful Asrar Ahmad Najih membuat serbuan di Pantai Batu 6 itu, kira-kira 3.30 pagi semalam.

Dalam serbuan itu, seramai 48 individu berusia 18 hingga 35 tahun yang sedang leka bersukaria diperiksa anggota polis narkotik sebelum mendapati 27 daripada mereka positif dadah.

Turut ditahan kerana didapati positif dadah, tiga pelajar yang bakal menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tidak lama lagi.

Ketua Polis Daerah, Superintendan Abd Wahab Harun berkata, serbuan dibuat berikutan aduan orang ramai, selain risikan pihaknya.

“Siasatan mendapati parti itu dianjurkan atas persetujuan bersama antara mereka. Kesemua mereka datang dari Lembah Klang termasuk Selangor," katanya.

Menurutnya, sebahagian besar yang ditahan adalah pekerja bahagian penyelenggaraan di sebuah hotel di Genting Highlands, promoter dan jurujual di kompleks membeli belah serta penganggur.

“Hasil ujian saringan air kencing dijalankan mendapati 27 suspek termasuk tiga pelajar terbabit positif methaphetamine.

Kesemua mereka di bawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Port Dickson untuk siasatan lanjut,” katanya kepada Sinar Harian di sini, semalam.

Abd Wahab berkata, polis turut merampas beberapa perala-tan parti termasuk alat pembesar suara dan alat pemain muzik.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952," katanya.

Beliau berkata, polis akan terus melakukan penguatkuasaan di kawasan pantai bagi memastikan kegiatan tidak bermoral seperti itu tidak berulang.

Rayu bantu kesan cucu

Rayu bantu kesan cucu
Siti Shafiqah


KUANTAN- Seorang pesara tentera buntu memikirkan nasib cucu kesayangannya yang menghilangkan diri dipercayai mengikut kenalan laman sosial, sejak 28 Jun lalu.

Salleh Mohamad, 61 dari Taman Guru, Jalan Gambang, dekat sini berkata, dia bukan sahaja bimbang keselamatan cucunya, Siti Shafiqah  Abdullah, 17 tetapi turut memikirkan gadis itu bakal menduduki Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 6 November ini.

Menurutnya, kehilangan cucu kesayangan itu disedari selepas gadis tersebut tidak pulang ke rumah selepas keluar untuk mengikuti kelas tambahan di sekolahnya di Alor Akar di sini pada tarikh tersebut.

“Kami sekeluarga termasuk isteri, Noraini Abrahim, 60 ada mencarinya termasuk berikhtiar mengesannya menggunakan khidmat pengamal perubatan tradisional namun setakat ini segala usaha itu tidak banyak membantu.

“Saya buntu mencarinya apabila telefon bimbit dimatikan sejak dia menghilangkan diri manakala laman sosial facebook miliknya juga tidak aktif untuk mengetahui perkembangan terbaru,” katanya.

Dia berkata, Siti Shafiqah  keluar rumah hanya berpakaian ko-kurikulum dengan sejumlah wang perbelanjaan sekolah namun turut membawa bersama mykad dan buku bank.

“Susulan kehilangan itu, kami membuat laporan polis kali pertama di Balai Polis Kuantan pada 5 Julai 2013 dan laporan polis kedua pada 29 Oktober lalu.

“Dia (Siti Shafiqah) ada menghubungi neneknya meminta wang dan permintaan itu ditunaikan apabila sejumlah wang dimasukkan ke dalam akaun banknya beberapa kali sehingga 28 Oktober lalu namun tetap enggan memberitahu lokasi sebenar dia berada sekarang,” katanya.

Salleh berkata, cucunya itu ada memberitahu dia kini tinggal bersama satu keluarga di Taman Seri Perak, Sungai Siput, Perak namun maklumat itu tidak dapat disahkan memandangkan Siti Shafiqah enggan memberitahu alamat sebenar, nama keluarga tersebut dan maklumat lain untuk tindakan mencari.

“Saya khuatir dia  menjadi mangsa diperdaya pihak lain memandangkan Siti ada beritahu dia dipaksa oleh keluarga terbabit supaya bekerja di sebuah kedai makan namun pada masa yang sama masih meminta wang dari kami,” katanya.

Menurutnya dia kini sudah buntu untuk mengesan cucunya itu memandangkan laporan polis yang dibuat sebelum ini juga tidak ada sebarang perkembangan.

“Saya merayu kepada orang ramai yang mengenali atau mempunyai maklumat tentang Siti supaya menghubungi kami di talian 017-9133412 dan  014-5118681 dengan segera," katanya.

Kaki digilis bas sekolah

Kaki digilis bas sekolahIsmail menunjukkan keadaan kaki anaknya yang digilis tayar bas dua minggu lalu.

TANJUNG DAWAI – Seorang pelajar tingkatan dua terpaksa menanggung derita setelah kaki kirinya parah digilis tayar bas sekolah yang dinaikinya dua minggu lalu.

Kaki kiri Mohd Sanusi Ismail, 14, terpaksa dibedah bagi membuang isi rosak yang hancur selepas digilis bas sekolah yang baru beroperasi sejak dua bulan lalu.

Ismail Isa, 57, berkata, dalam kejadian 22 Oktober lalu, kira-kira jam 2.20 petang, anak kesembilan daripada 10 beradik itu dalam perjalanan pulang dari sekolah sebelum terjatuh semasa berdiri di pintu bas ketika kenderaan terbabit membelok ke salah satu selekoh dekat pekan Tanjung Dawai.

Menurutnya, Mohd Sanusi, 14, terpaksa menjalani beberapa pembedahan bagi membuang isi yang rosak selepas isi kakinya hancur akibat kejadian itu.

Kakak mangsa, Syahidatul Nasriah, 16, berkata, ketika kejadian dia berada di bahagian atas bas sebelum ternampak adiknya tergolek ke bawah ketika melalui selekoh dengan keadaan pintu bas yang terbuka.

“Sebaik terjatuh, tayar bas menggilis kaki kiri Mohd Sanusi menyebabkan semua pelajar dalam bas menjerit tetapi tidak didengari pemandu menyebabkan pemandu berundur sedikit sehingga kakinya digilis buat kali kedua.

“Kemudian, seorang saksi menahan pemandu bas bagi memaklumkan bahawa adik terjatuh, barulah bas berhenti ketika itu,” katanya.

Difahamkan, mangsa yang terjatuh ketika itu bangun dan masuk ke dalam bas semula tanpa menyedari berlaku kecederaan di bahagian kaki kiri.

Sebaik sampai di rumah, kakak saudara mangsa, Wan Rohaiza Wan Abdullah, 35, dan suami yang diberitahu Syahidatul terus memapah Sanusi masuk ke rumah dan menyedari terdapat ketulan isi dan lemak jatuh bertaburan dengan keadaan seluar koyak serta berdarah.

Menurut Wan Rohaiza, dia segera membuka seluar mangsa sebelum mendapati kecederaan di kaki lebih teruk daripada yang disangka.

“Ketulan isu dan cebisan kulit kaki dari bahagian betis hingga ke paha terpaksa dibuang kerana sudah terkoyak,” katanya.

Sementara itu, Ismail berkata, dia agak terkilan kerana pihak pengurusan bas langsung tidak bertanggungjawab serta tidak mengambil berat soal keselamatan penumpang.

“Pendedahan dibuat agar semua pihak prihatin berhubung isu keselamatan serta mengelakkan ia daripada terus berulang,” katanya.

Katanya, mangsa dibawa ambulans ke Hospital Besar Yan sebelum dipindahkan ke Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) Sungai Petani.

“Bagaimanapun, dia kemudian dirujuk ke Hospital Besar Pulau Pinang keesokan hari. Tetapi, keputusan pihak hospital mahu memotong kaki anak saya menyebabkan saya tidak bersetuju sebelum memindahkannya ke HSAH semula,” katanya.

Ismail berterima kasih kepada semua pihak yang membantu, merawat serta memberi dorongan kepada anaknya agar cepat sembuh.

Dalam pada itu, katanya, pihaknya tidak teragak-agak mengambil tindakan undang-undang ke atas mana-mana pihak yang didapati bersalah sehingga mendatangkan kecuaian terhadap anaknya.

Sementara itu, Wan Rohaiza berkata, laporan polis masih gagal dibuat berikutan arahan pihak berkenaan yang mahukan Sanusi dibawa ke balai untuk diambil keterangan bagi tujuan itu sedangkan mangsa masih belum dibenarkan pulang.

Anak balik cuti Deepavali temui mayat bapa


2013/11/04
Bagan Datoh: Luluh hati seorang anak yang ingin menyambut Deepavali bersama keluarga, apabila menemui mayat ayahnya dalam keadaan duduk atas sofa dengan kesan tetakan dalam rumahnya di Taman Cemerlang, Hutan Melintang di sini, pagi kelmarin.

R Kanavathi, 38, yang juga pemandu lori dipercayai dibunuh sebelum ditemui jam 10.30 pagi memakai baju T serta hanya berseluar dalam oleh anaknya, Elavarasan, 18, yang baru tiba dari Klang, untuk menyambut perayaan itu bersama keluarga.
Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Goh Kok Liang, berkata Elavarasan menghubungi bapa saudaranya memaklumkan mengenai penemuan itu dan seorang pembantu perubatan Klinik Kesihatan Hutan Melintang yang tiba tidak lama kemudian mengesahkan mangsa sudah meninggal dunia.

“Siasatan awal mendapati ada kesan luka tetakan pada bahagian bahu lengan tangan kiri, dua batang gigi tercabut dan ada pendarahan pada bahagian mulut,” katanya di sini semalam.

Kok Liang berkata, polis masih menyiasat punca serta motif sebenar kejadian mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Beliau berkata, setakat petang semalam belum ada tangkapan dibuat berkaitan kes itu dan polis meminta orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kejadian agar menghubungi Balai Polis Hutan Melintang atau mana-mana balai polis berhampiran.

Tiba-tiba jadi 'gila' elak dicekup

Tiba-tiba jadi 'gila' elak dicekupSebahagian daripada pengawal keselamatan asing yang ditahan dalam Operasi 6P di Johor Bahru, kelmarin. Johor Bahru: Operasi 6P di sebuah pusat beli-belah, dekat sini, kecoh seketika apabila seorang pengawal keselamatan warga Nepal berpura-pura tidak waras sejurus ditahan.

Dalam operasi kira-kira jam 2 petang kelmarin, lelaki berusia 30-an itu yang kelihatan tidak menentu sejak daripada awal penahanannya kemudian meracau dan menjerit meminta untuk meminum air longkang bagi menghilangkan dahaganya.
Bagaimanapun, tindakan lelaki itu berjaya ditenangkan anggota Jabatan Imigresen yang berada di situ sebelum dia mendiamkan diri dan kembali ‘normal’.


Ketua Penyelaras Ops Bersepadu 6P Jabatan Imigresen Johor, Masri Adul, berkata lelaki terbabit antara 49 warga asing berusia antara 30 hingga 40-an yang bekerja sebagai pengawal keselamatan ditahan dalam operasi di dua pusat beli-belah di bandar raya ini.

“Sebaik saja ditahan kerana tidak memiliki permit sah, lelaki itu mula menunjukkan perlakuan seperti orang gila dan tindakannya semakin terserlah apabila mula meracau dan menjerit untuk minum air longkang dan mendakwa sudah biasa minum air longkang.

“Nasib baik anggota Imigresen yang berada di situ berjaya menenangkannya sebelum dia bertindak dengan lebih agresif,” katanya ketika dihubungi semalam.

Tiada permit kerja sah
Masri berkata, selain lelaki itu, pihaknya menahan 27 warga Nepal, Pakistan (8), Indonesia (7), Myanmar (4) dan masing-masing seorang warga Bangladesh dan Kemboja yang bekerja sebagai pengawal keselamatan di dua pusat beli-belah berkenaan.

“Semua ditahan kerana tidak memiliki permit kerja yang sah, selain tidak memiliki sebarang dokumen pengenalan diri, malah ada antara mereka mengaku berasal dari Sabah ketika ditahan bagi mengelak ditahan pihak berkuasa,” katanya.

Masri berkata, semua yang ditahan dihantar ke Depoh Imigresen Pekan Nanas, Pontian bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 6(1)(c), Seksyen 15(1)(c) dan Seksyen 56(1)(l) Akta Imigresen serta Peraturan 17(b) Peraturan-peraturan Imigresen.

“Saya ingin menasihatkan pemilik premis perniagaan terutama di pusat beli-belah supaya tidak menggaji warga asing yang tidak berdaftar sebagai pengawal keselamatan kerana kita tidak mahu kejadian seperti yang menimpa pegawai bank baru-baru ini berulang,” katanya.

'Kenapa mak kena tembak, apa salah mak'

'Kenapa mak kena  tembak, apa salah mak'Irwan menemani anaknya, Nurnisa Nabilah mengulangkaji pelajaran sambil adiknya, Muhd Hazimi tidur di sisi di rumah mereka di Pangsapuri Subang Suria, Shah Alam. - Foto Sairien Nafis

  Kes pegawai bank mati ditembak: Dua anak Norazita masih aju soalan kepada bapa

Kuala Lumpur: "Kenapa mak kena tembak ayah, apa salah mak,” antara soalan yang diajukan anak pegawai Ambank, Norazita Abu Talib, 37, yang mati ditembak oleh pengawal keselamatan di USJ Sentral, Subang Jaya, 23 Oktober lalu.
Suami mangsa, Irwan Kamaruddin, 37, yang sering kali diajukan soalan oleh dua anaknya, Nurnisa Nabila, 12, dan Muhd Hazimi, 8, hanya mampu menitiskan air mata mengenangkan nasib anaknya yang belum faham apa berlaku.


Anak belum pergi sekolah

Malah katanya, sejak kejadian hitam menimpa isterinya itu, dua anaknya belum pergi ke sekolah kerana bimbang fikiran mereka masih terganggu, terutama ketika ditanya pelbagai soalan oleh rakan mereka di sekolah.

“Hampir setiap malam dua beradik itu hanya termenung dan mendiamkan diri berbanding sebelumnya. Saya tidak mampu berbuat apa-apa kecuali menenangkan dan memberikan kata semangat supaya mereka lebih kuat.

“Saya sebagai ayah perlu kuat di depan mereka dan tidak boleh menunjukkan kesedihan, walaupun Allah yang tahu bagaimana perasaan saya sejak kematian isteri,” katanya dalam nada sedih ketika dihubungi BH, semalam.
Dalam kejadian jam 6.15 petang itu, Norazita yang bertugas sebagai pegawai operasi cawangan AmBank di Subang Jaya, maut ditembak dari jarak dekat oleh pengawal keselamatan premis berkenaan.

Mangsa terkulai di depan pintu bilik kebal bank berkenaan selepas terkena tembakan pump gun digunakan suspek. Suspek kemudian melarikan wang tunai berjumlah RM450,000.

Susulan kejadian itu, sehingga kini polis menahan 11 individu warga Indonesia termasuk isteri suspek utama di sekitar Selangor dan Johor bagi membantu siasatan.

Terima RM452,188

Irwan berkata, kehidupan mereka sekeluarga belum tenang kerana suspek utama menyebabkan kematian isterinya belum ditangkap.

“Saya sering mengikuti perkembangan arwah melalui televisyen dan surat khabar, namun hampa kerana pengawal keselamatan itu masih bebas.

“Saya berharap lelaki itu terima hukuman setimpal dengan apa yang dia lakukan terhadap isteri saya.

“Selagi dia tidak ditangkap dan dihadapkan ke muka pengadilan, kematian isteri saya belum terbela,” katanya.

Sementara itu, kakitangan AmBank mengadakan tahlil dan doa selamat di cawangan bank itu, malam tadi.

Pengerusi Kumpulan AmBank, Tan Sri Azman Hashim, kemudian menyampaikan sumbangan RM100,000 dan pampasan insurans kumpulan peribadi RM352,188 kepada Irwan.

Polis tahan sepuluh lelaki


Dungun: Polis menahan lapan lelaki warga Vietnam serta dua lelaki warga tempatan yang dipercayai dalam perjalanan masuk ke hutan untuk mencuri kayu gaharu di Kampung Kuala Jengal, kelmarin.

Lelaki warga Vietnam berusia 30-an bersama dua lelaki tempatan berusia 38 dan 50-an itu yang menaiki sebuah van ditahan dalam sekatan jalan di depan Balai Polis Kuala Jengai, jam 9.30 pagi dan pemeriksaan lanjut polis menemui tiga guni berisi kayu candang dianggarkan seberat 30 kilogram.


Difahamkan, kayu gaharu itu dikategorikan sebagai kayu gaharu kelas C dianggarkan bernilai antara RM1,000 hingga RM3,000 sekilogram yang mahu dipasarkan di Singapura.

Hasil pemeriksaan lanjut, polis turut menemui pelbagai jerat haiwan, senjata seperti parang, kapak dan pisau, selain ubat-ubatan dan barangan dapur seperti 60 kilogram beras, susu, gula dan minyak masak.


Ketua Polis Daerah, Superintendan Ahmad Zailani Yaacub berkata, ketika disoal siasat, suspek mendakwa dalam perjalanan dari Hulu Terengganu ke Kuantan dan memasuki kawasan itu akibat tersesat jalan.


“Kami mengesyaki mereka dalam perjalanan ke hutan di kawasan itu dalam tempoh agak lama berikutan stok makanan dibawa agak banyak,” katanya ketika ditemui selepas mengadakan lawatan ke Balai Polis Bergerak Kuala Jengal di Sekolah Menengah Kebangsaan Kuala Jengal, kelmarin.

Beliau berkata, semua lelaki warga Vietnam itu mempunyai pasport, tetapi sudah tamat tempoh.


“Semua suspek ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah Dungun untuk siasatan lanjut dan kes akan diserahkan kepada Pejabat Perhutanan Daerah untuk tindakan lanjut,” katanya.

Sehubungan itu, katanya, orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai sebarang cubaan memasuki hutan untuk mencuri kayu gaharu diminta memberi maklumat kepada polis.

‘Pakar senapang’ dicekup


Serian: Seorang lelaki warga Indonesia dipercayai pakar senapang buatan sendiri ditahan di ladang kelapa sawit Kampung Ensebang Plaiee, di sini, kelmarin dalam serbuan dijalankan Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serian.

Serbuan jam 3.15 petang diketuai Inspektor Mohamad Nizam Bujang berjaya menahan suspek berusia 30 tahun serta merampas selaras senapang buatan sendiri bersama 12 peluru hidup disembunyikan di bawah pondok di ladang sawit.


Ketua Polis Daerah Deputi Superintendan Mohd Jamali Umi berkata, berdasarkan risikan dan maklumat awam, serbuan dilakukan di sebuah pondok kecil didirikan secara haram dalam ladang kelapa sawit.

Katanya, ketika serbuan, suspek berada di pondok berkenaan dan gagal melarikan diri sebaik disergah anggota polis berikutan kawasan itu terlebih awal sudah dikepung.


“Pemeriksaan mendapati suspek menyembunyikan selaras senapang buatan sendiri dalam lubang dibuat atas lantai pondok dipercayai sebagai tempat menyimpan senjata itu.


“Suspek dipercayai membuat senjata itu sendiri dan menjualnya kepada penduduk setempat. Dia dipercayai menyimpan senjata yang sudah siap dalam tempat dikhaskan sebelum dijual kepada pembelinya pada harga antara RM200 hingga RM300,” katanya ketika dihubungi.

Suspek dibawa ke Balai Polis Serian dan direman selama empat hari bermula hari ini untuk siasatan lanjut.

Selagi belum ajal

Georgetown: Seorang lelaki bukan saja ditikam hingga ususnya terkeluar, malah dia turut dicampak ke laut oleh dua lelaki selepas mereka terbabit dalam pergaduhan berhampiran tokong Cina di Jeti Pengkalan Weld, Lebuh Pantai, di sini, kelmarin.
Dalam kejadian jam 11 malam itu, mangsa warga Myanmar berusia 20-an, bagaimanapun bernasib baik apabila berjaya berenang dan naik ke jeti sebelum dikejarkan ke hospital.
Menurut sumber, sebelum itu, mangsa dikatakan bertengkar dengan dua lelaki di kawasan jeti berkenaan dan berlaku pergelutan antara mereka.

“Dalam pergelutan itu, mangsa ditikam beberapa kali di perut dengan pisau hingga dia tidak bermaya dan melihatkan keadaannya dua suspek terbabit mencampakkan mangsa ke laut.
Foto
MANGSA dibantu orang ramai sebelum dikejarkan ke hospital. Gambar kecil, pisau yang ditemui di tempat kejadian.

“Mereka menyangka mangsa sudah mati, namun lelaki berkenaan yang dalam keadaan lemah berenang naik ke pelantar jeti sebelum orang ramai yang melihat kejadian itu menghubungi ambulans,” katanya.

Perompak ditikam mangsa

Kuala Lumpur: Pisau makan tuan. Itulah nasib menimpa seorang penjenayah berusia 24 tahun yang cuba menyamun mangsanya dalam kejadian di Lorong Meranti, di sini, kelmarin.
Dalam kejadian kira-kira jam 9.30 malam itu, penjenayah terbabit maut selepas ditikam mangsanya berusia 23 tahun dalam pergelutan yang berlaku di kawasan berkenaan ketika lelaki itu (mangsa) cuba mempertahankan dirinya.
Ketua Polis Daerah Dang Wangi Asisten Komisioner Zainuddin Ahmad berkata, penjenayah terbabit yang cedera dibawa seorang rakan jenayahnya dengan dibantu saksi kejadian ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk rawatan namun disahkan meninggal dunia kira-kira jam 11 malam.

Menceritakan semula kejadian itu, Zainuddin berkata, siasatan awal mendapati sebelum kejadian si mati bersama dua lagi rakannya berusia lewat 20-an menahan seorang lelaki sebelum cuba menyamunnya.
Foto
TANGGA mempunyai kesan darah suspek ditikam mangsa.

“Suspek (si mati) kemudiannya mengeluarkan pisau dipercayai untuk menakutkan mangsanya selain memaksa lelaki terbabit menyerahkan barangan berharga.

Kekasih buas


Oleh Junaidi Ladjana
Kota Kinabalu: Seorang wanita bukan saja dicekik dan ditampar teman lelakinya malah kereta miliknya turut dilarikan dalam kejadian di Jalan UMS dekat sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 9.30 pagi, mangsa Siti Hayang Yusuf, 34, yang mengalami calar dan luka di badan diselamatkan orang awam sebelum dihantar ke Balai Polis Alamesra dekat sini, untuk membuat laporan polis.


Menceritakan kejadian itu, Siti Hayang dikatakan dalam perjalanan ke tempat kerjanya di Kompleks Karamunsing di sini.

“Ketika kejadian, saya sedang memandu kereta jenis Perodua Myvi menuju ke tempat kerja di Kompleks Karamunsing, di sini dan saya menyedari diekori seorang lelaki dengan menggunakan sebuah motosikal.


“Selepas itu, saya memberhentikan kenderaan di tepi kiri bahu jalan dan keluar daripada kenderaan. Tiba-tiba, dia (kekasih) mencekik leher dan menampar muka saya sebelum menolak dan melarikan kenderaan saya,” katanya di sini.


Menurutnya, dia kemudian meminta tolong sebelum seorang pemandu membawanya ke Balai Polis Alamesra untuk membuat laporan.

“Saya tidak tahu apa sebab dia bertindak sedemikian. Sebelum kejadian itu, memang ada berlaku pertengkaran. “Tapi, tidak tahu pula dia (suspek) bertindak sedemikian. Malah, beg tangan mengandung telefon bimbit, wang tunai dan dokumen penting turut dilarikan,” katanya ketika ditemui di Balai Polis Alamesra dekat sini, semalam.


Dalam pada itu, kereta Perodua Myvi milik mangsa ditemui di kawasan parkir di Dewan Undangan Negeri (DUN) Likas di sini, oleh orang awam sebelum melaporkan perkara itu kepada pihak polis.

Difahamkan, mangsa kini menerima rawatan di Hospital Queen Elizabeth (HQE) dan dilaporkan berada dalam keadaan stabil. Teman lelaki mangsa dipercayai warga Pakistan.


Sementara itu, Pemangku Ketua Polis Daerah Deputi Superintendan Peter Umbuas ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan pihaknya sudah menerima laporan polis yang dibuat oleh mangsa berkenaan.


“Kes berkenaan kini disiasat dan usaha mengesan suspek kini sedang giat dijalankan,” katanya.


Menurut beliau kejadian awal dipercayai berpunca daripada salah faham antara mangsa dan teman lelakinya.

Empat lanun warga Indonesia curi enjin bot dicekup


Port Dickson: Polis daerah ini berjaya menumpaskan kegiatan sekumpulan lanun warga Indonesia yang aktif mencuri enjin dan bot fiber milik nelayan di perairan Kuala Lukut, di sini, sejurus tertangkapnya empat lelaki warga asing, Rabu lalu.

Ketua Polis Daerah Port Dickson Superintendan Abd Wahab Harun berkata, keempat-empat suspek yang dipercayai dari Pulau Rupat, Indonesia itu ditahan pasukan Kastam Diraja Malaysia (KDRM) selepas melarikan tiga bot serta enjin milik nelayan di Jeti Zainal Kampung Kuala Lukut, Chuah, di sini. Katanya, suspek berusia antara 18 hingga 35 tahun itu turut menaiki bot curi sebelum melarikan tiga bot di jeti itu kira-kira jam 3.50 pagi, Rabu lalu.


“Tindakan suspek bagaimanapun disedari beberapa nelayan yang bertindak mengejar mereka, tetapi tidak berjaya berikutan keadaan gelap.

“Berikutan kehilangan tiga bot itu, satu laporan polis dibuat nelayan berkenaan pada hari sama dan secara kebetulan suspek yang cuba melarikan diri bertembung bot peronda pasukan KDRM yang kemudian menahan mereka,” katanya kepada Harian Metro, di sini, semalam. Menurutnya, ketika penahanan itu, seorang daripada suspek cuba melarikan diri dan melanggar bot dinaiki anggota KDRM mengakibatkan satu das tembakan amaran terpaksa dilepaskan.


Katanya, pemeriksaan mendapati, empat lelaki itu bukan rakyat tempatan dan dipercayai dari Pulau Rupat, Indonesia.


“Mereka (suspek) sanggup merentasi perairan sejauh 60 kilometer semata-mata mencuri bot nelayan tempatan.

“Siasatan dilakukan turut menemui tiga parang dan satu tukul besi yang dijadikan senjata oleh suspek,” katanya.


Abd Wahab berkata, pihaknya percaya dengan tertangkapnya semua suspek dapat menyelesaikan beberapa kes curi bot nelayan yang dilaporkan hilang sejak beberapa bulan lalu.

“Kita (polis) dimaklumkan selepas mencuri, semua bot berkenaan akan dijual di Indonesia,” katanya memuji tindakan pantas pasukan KDRM dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Negeri (APMM) yang berjaya menahan semua suspek. Katanya, suspek ditahan reman 14 hari sehingga 11 November ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 379, Kanun Keseksaan dan Seksyen 6 (1) (c), Akta Imigresen 1959.

Tak guna punya kawan!

Kuching: Malang berganda bagi dua lelaki kerana bukan saja jenayahnya terbongkar, malah nyaris maut dirempuh kereta dipandu rakan sendiri ketika cuba melarikan diri dari sebuah pasar raya di Jalan Matang, di sini, kelmarin.
Kedua-dua penjenayah terbabit dikatakan dirempuh selepas seorang lagi rakan mereka yang juga wanita enggan memberhentikan kereta dipandunya dalam usaha memboloskan diri selepas kegiatan mereka mencuri di pasar raya berkenaan dikesan pengawal keselamatan bertugas.

Dalam kejadian jam 9 malam itu, tiga lelaki dikatakan masuk ke dalam pasar raya berkenaan menyamar sebagai pelanggan sebelum mencuri beberapa pek susu tepung.
Bagaimanapun, kehadiran mereka dicurigai pengawal keselamatan bertugas yang kemudiannya memerhatikan gerak-geri mereka di dalam pasar raya berkenaan.

Menurut sumber, ketika disergah tiga lelaki terbabit memunggah beberapa pek susu tepung daripada rak ke dalam beg mereka.

Katanya, pengawal keselamatan bertugas yang menyedari perbuatan suspek, memanggil beberapa pekerja lain untuk menangkap penjenayah terbabit.
Foto
SUSPEK menerima rawatan di HUS sebelum dihantar ke balai polis.
Bagaimanapun, sebaik disergah seorang suspek terus melarikan diri manakala dua lagi suspek cuba melarikan diri dengan masing-masing sempat mengambil dua peket susu tepung.

“Rakan mereka yang berjaya melarikan diri itu masuk ke dalam kereta dipandu seorang wanita dipercayai rakan mereka. Dua lelaki terbabit mengarahkan pemandu memberhentikan kenderaan, malangnya mereka dilanggar dan ditinggalkan.
“Kedua-dua suspek cedera ringan akibat dilanggar dan ditangkap pengawal keselamatan serta beberapa pekerja pasar raya terbabit,” katanya.

Suspek dibawa ke Hospital Umum Sarawak (HUS) untuk rawatan sebelum dihantar ke balai polis bagi siasatan selanjutnya.

Sementara itu, jurucakap polis ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan dan siasatan lanjut sedang dijalankan termasuk kemungkinan pembabitan mereka dalam beberapa kejadian sama yang dilaporkan di bandar raya ini.

185kg emas untuk bebas


Fuzhou: Seorang ahli perniagaan dari Fujian diculik di Shenzhen dan penjenayah terbabit menuntut tebusan bernilai 50 juta yuan (RM6 juta).

Bimbang dibunuh waris ahli perniagaan terbabit memenuhi tuntutan itu dengan menyerahkan emas seberat 185 kilogram.


Siasatan polis Shenzen mendapati, mangsa - dikenali sebagai Zhang - diculik oleh sekumpulan penjenayah, termasuk seorang daripadanya berasal dari wilayah sama dengan mangsa.

Suspek terbabit juga bernama Zhang. Hasil tindakan pantas polis, sebulan kemudian tiga dalang dan tujuh suspek lain yang sama bersekongkol dalam penculikan itu ditahan.


Emas seberat 158 kilogram turut ditemui kembali, termasuk 77 kilogram yang disembunyikan dalam najis babi. - AFP

Pussy Riot dilapor ghaib di penjara


Moscow: Penyanyi kumpulan Pussy Riot yang melancarkan mogok lapar di penjara kerana membantah layanan diberikan terhadapnya sebelum ini, kini dilaporkan ‘ghaib.’

Nadezhda Tolokonnikova sebelum ini dipindahkan ke sel terasing di Penjara Mordovia di tenggara Moscow ekoran protes yang dijalankannya. Turut dihukum, rakannya Maria Alyokhina Menurut bapa Nadezhda, Andrey Tolokonnikova, mereka gagal mengesan di mana penyanyi yang lantang mengkritik kerajaan Presiden Vladimir Putin itu.


“Kami menganggap kejadian ini sebagai penculikan,” katanya.

Nadezhda, 23, adalah seorang daripada anggota kumpulan penyanyi Pussy Riot yang gemar mengecam dasar dilaksanakan kerajaan Russia. Dia dihukum penjara selama dua tahun selepas mengadakan protes pada 2012. September lalu dia memulakan mogok lapar kerana mendakwa menerima ugutan bunuh serta keadaan tidak memuaskan di penjara. - Agensi

Hilang ovari selepas bedah


2013/11/04
Wanita saman hospital selepas pemeriksaan ultrabunyi

Jiangsu: Seorang wanita di daerah Xuzhou menyaman sebuah hospital tempatan kerana didakwa tersilap membuang ovarinya ketika pembedahan pelvik.


Wanita 46 tahun bernama Liu memberitahu mahkamah daerah Yunlong bahawa dia menuntut pampasan yang tidak dinyatakan nilainya dari Klinik Kesihatan Wanita Xuzhou.
Doktor percaya Liu menjalani pelbagai pembedahan sebelum pembedahan terbaru dan hanya kerana ovarinya tidak kelihatan tidak bermakna ia hilang” Xia Yujuan, Pengarah Pendidikan Perubatan Klinik Kesihatan Xuzhou Wanita

Dia menjalani pembedahan ‘Adenomyosis’ rahim atau pertumbuhan yang tidak normal tisu rahim pada Oktober tahun lalu.

Liu dimaklumkan organ pembiakannya hilang ketika pemeriksaan susulan dilakukan pada 2 November tahun lalu apabila doktor ‘gagal untuk melihat’ ovarinya ketika pemeriksaan ultrabunyi.

“Saya hanya ingin tahu di mana ovari kiri saya pergi? Bagaimana ia boleh dibuang begitu saja,” kata Liu.

Curiga
Dia menjadi curiga apabila dia meminta pihak hospital untuk melihat rekod perubatannya apabila mendapati ada sedikit perubahan.

Dia mencari pendapat kedua di hospital lain di mana doktor juga gagal untuk mengesan ovarinya.

“Selepas pemeriksaan ultrabunyi dan endokrin dilakukan, doktor tidak dapat menentukan dengan tepat sama ada pesakit hilang ovari,” kata Persatuan Perubatan Xuzhou dalam satu kenyataan 25 September lalu.

Pengarah Pendidikan Perubatan di Klinik Kesihatan Xuzhou Wanita, Xia Yujuan, mendakwa rekod yang ada adalah sama tetapi hanya ditulis sedikit berbeza.

“Doktor percaya Liu menjalani pelbagai pembedahan sebelum pembedahan terbaru dan hanya kerana ovarinya tidak kelihatan tidak bermakna ia hilang,” kata Xia, yang menjelaskan Liu mempunyai sejarah perekatan pelvik.

Jalani pembedahan

Liu juga menjalani pembedahan ‘caesarian’ di hospital lain pada 2007 tetapi ovarinya masih ada mengikut rekod.

“Doktor kesan dua ovari saya sebelum operasi dan saya tidak mempunyai apa-apa pembedahan lain sejak itu,” kata Liu.

Mahkamah belum memberi keputusan, lapor agensi berita di sini. - AGENSI

Empat cedera penjara terbakar


2013/11/04
Riyadh: Empat cedera semalam apabila kebakaran berlaku ketika rusuhan banduan di penjara Buraidah di utara Arab Saudi ketika waktu melawat hujung minggu lalu, kata jurucakap penjara.

Agensi berita Arab Saudi, SPA, memetik pegawai sebagai berkata pihak berkuasa berjaya mengawal keadaan ketika bomba memadamkan api.


“Dua anggota keselamatan dan dua banduan cedera. Kami sudah memindahkan mereka ke hospital untuk rawatan selanjutnya,” SPA memetik jurucakap sebagai berkata mengenai kejadian itu.

Punca kejadian tak jelas

Jurucakap tidak memberikan butiran lanjut dan punca sebenar mengenai kejadian itu tidak jelas.

“Pihak berkuasa sudah menyiasat punca kebakaran dan rusuhan yang berlaku,” katanya.

Laman web berita Arab Saudi, www. sabq.org, berkata tembakan dilaporkan kedengaran ketika rusuhan. Ia memetik sumber di hospital Raja Fahd di Buraidah sebagai berkata dua banduan dimasukkan ke hospital kerana cedera ditembak manakala dua pengawal keselamatan dirawat kerana luka dan dibenarkan keluar.
Seorang wanita yang bekerja di penjara itu juga dimasukkan ke hospital kerana terhidu asap. Pegawai penjara Arab Saudi tidak memberi maklumat mengenai tembakan. - Reuters

Penyerang lapangan terbang boleh dihukum mati


2013/11/04
Los Angeles: Lelaki berusia 23 tahun yang dituduh melepaskan tembakan di Lapangan Terbang Antarabangsa Los Angeles, membunuh seorang pegawai keselamatan dan mencederakan tiga lagi, berdepan hukuman mati selepas didakwa membunuh kelmarin, kata pendakwa.

Didakwa membunuh
Paul Anthony Ciancia didakwa membunuh pegawai persekutuan dan melakukan keganasan di lapangan terbang antarabangsa, kata Peguam Negara Amerika Syarikat, Andre Birotte, kepada wartawan sehari selepas tembakan itu mencetuskan panik dan kekecohan di lapangan terbang keenam paling sibuk di dunia itu.

“Ciancia membawa nota bertanda tangan menggelar pegawai Pentadbiran Keselamatan Pengangkutan (TSA) sebagai pengkhianat dan menyasarkan mereka ketika mengamuk di Terminal 3, lapangan terbang itu,” kata ejen khas Biro Siasatan Persekutuan (FBI), David Bowdich. - Reuters

Tragedi majlis perkahwinan

Tabuk: Sebuah majlis pernikahan di Arab Saudi berakhir dengan tragedi apabila bapa pengantin perempuan menembak mati abang bakal menantunya bagi menghalang mangsa memasuki ruang dikhaskan untuk wanita.
Bapa pengantin perempuan sedang meraikan tetamu di dua dewan berasingan - masing-masing untuk tetamu lelaki dan wanita. Saksi berkata, lelaki terbabit mendapati saudara kandung menantunya serta beberapa individu lain cuba menyelinap ke dewan wanita. “Dia kemudian mengeluarkan senapang dan menembak mereka,” katanya. Tindakan itu membunuh seorang lelaki, manakala anak lelaki suspek cedera selepas berlaku tembak-menembak di antara kedua-dua pihak. - Agensi

Kalimah Allah: SKMM digesa segera siasat Ezra Zaid


KUALA LUMPUR 3 Nov. - Pihak berkuasa terutama polis serta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) didesak bertindak terhadap seorang penyampai radio yang memperlekehkan keputusan mahkamah berhubung penggunaan kalimah Allah.
Ezra Zaid yang juga anak kepada pemimpin politik kontroversi, Datuk Zaid Ibrahim didakwa menerbitkan sebuah video memperlekehkan keputusan Mahkamah Rayuan baru-baru ini.
Presiden Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia (Muafakat), Ismail Mina Ahmad berkata, kecenderungan Ezra bertindak sedemikian dikhuatiri akan mewujudkan lebih banyak kekeliruan dalam kalangan masyarakat pelbagai kaum di negara ini.
"Perkara ini membuktikan bahawa gerakan neo-sosialisme dalam masyarakat di negara ini semakin menular. Kecenderungan fahaman anti-establishment ini dilihat seperti sebuah trend baharu dan perlu ditentang habis-habisan.
"Neo-sosialisme ini bahaya sebenarnya sebab fahaman ini mempromosikan budaya tidak mementingkan soal agama dan sensitiviti masyarakat. Golongan ini gemar mempermainkan agama kerana ternyata mereka naif," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.
Klip video dalam bentuk komedi bertajuk That Effing Show #95: Allah, Apa Lagi? berdurasi kira-kira enam minit itu memaparkan empat individu membincangkan mengenai keputusan penggunaan kalimah Allah oleh pihak mahkmah.
Mahkamah Rayuan membuat keputusan tidak membenarkan majalah mingguan, The Herald menggunakan kalimah Allah dalam seksyen bahasa Melayu penerbitannya sebelum ini.
Panel tiga hakim diketuai oleh Datuk Seri Mohamed Apandi Ali yang bersidang bersama Datuk Abdul Aziz Abdul Rahim dan Datuk Mohd. Zawawi Salleh memutuskan demikian secara sebulat suara selepas membenarkan rayuan kerajaan dan Menteri Dalam Negeri.
Dalam pada itu, pemimpin parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA) Kedah, Zamil Ibrahim berkata, Ezra perlu pandai membezakan antara bercakap berhubung agama dan mempromosikan produk terbaharu syarikat komunikasi.
Tegas Zamil, individu terbabit boleh berlakon dalam iklan syarikat telekomunikasi di televisyen tetapi jangan menyentuh sebarang perkara melibatkan sensitiviti agama Islam.
"Apa yang kami kesal, Ezra ini dibawa Zaid ke Jawatankuasa Pusat KITA sebelum ini. Kita perlu membebaskan fahaman liberal dalam parti dan minda masyarakat di negara ini,'' katanya.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20131104/je_03/Kalimah-Allah-SKMM-digesa-segera-siasat-Ezra-Zaid#ixzz2jcSY0HU9
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Dua parah, 24 cedera ringan nahas bas-lori


IPOH 3 Nov. - Dua cedera parah manakala 24 lagi cedera ringan apabila bas ekspres yang mereka naiki merempuh belakang sebuah lori di Km231.8 lebuh raya Utara-Selatan menghala Utara dekat Kuala Kangsar di sini awal hari ini.
Mereka yang cedera parah dalam kejadian pada pukul 1.40 pagi itu ialah pemandu bas Saiful Ikhsan Mohamad, 27, dan seorang penumpang rakyat Thailand berumur 42 tahun. Mereka kini dirawat di Hospital Taiping.
Pemangku Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar, Deputi Supritendan Guan Beng Kang berkata, bas yang datang dari arah Kuala Lumpur menghala ke Hatyai, Thailand itu merempuh belakang lori yang dalam perjalanan dari Port Dickson, Negeri Sembilan ke Gurun, Kedah.
"Bas itu sepatutnya menukar pemandu lain di kawasan Rehat dan Rawat Bukit Gantang, namun pemandu tidak bertindak demikian dan meneruskan perjalanan," katanya ketika dihubungi hari ini.
Katanya, bas berkenaan membawa 18 penumpang warga tempatan dan tujuh rakyat asing.
Pemandu lori tidak cedera manakala 24 penumpang bas yang lain dirawat sebagai pesakit luar di Hospital Taiping, katanya. - BERNAMA


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20131103/je_12/Dua-parah-24-cedera-ringan-nahas-bas-lori#ixzz2jcSAaL9r
© Utusan Melayu (M) Bhd 

JKM siasat kes dera kanak-kanak di taska


KUALA LUMPUR 3 Nov. - Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) diarah untuk menyiasat dakwaan penderaan seorang kanak-kanak oleh pengasuh di sebuah taman asuhan kanak-kanak (taska) di Taman Melati di sini seperti dilaporkan media Jumaat lalu.
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rohani Abdul Karim berkata, JKM tidak menerima sebarang aduan mengenai kes berkenaan dan pihaknya mendapati aduan itu dikemukakan kepada Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas).
"Semakan awal mendapati taska itu tidak berdaftar. Siasatan segera akan dijalankan dan tindakan sewajarnya akan diambil," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Rohani menegaskan kementerian melalui JKM yang mengawal selia taska amat memandang serius aspek keselamatan, kesihatan, kesejahteraan dan perkembangan menyeluruh kanak-kanak di taska.
"Sehingga bulan lepas, sebanyak 2,910 taska berdaftar dengan JKM berbanding 819 pada tahun 2011," katanya.
Rohani berkata, mana-mana taska yang dikenal pasti tidak berdaftar atau melanggar syarat ditetapkan, JKM akan mengeluarkan surat peringatan dan memberi khidmat nasihat mengenai prosedur serta standard minimum untuk pendaftaran taska.
"Sekiranya pengusaha berkenaan masih gagal mematuhi syarat ditetapkan dalam tempoh diberi, kertas siasatan akan dibuka bagi membolehkan tindakan pematuhan diambil seperti kompaun, tutup sementara, pembatalan pendaftaran dan pendakwaan," katanya. - BERNAMA


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20131104/je_05/JKM-siasat-kes-dera-kanak-kanak-di-taska#ixzz2jcRMP2K6
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Anak temui mayat bapa dipercayai dibunuh


TELUK INTAN 3 Nov. - Kegembiraan seorang remaja untuk bertemu bapanya pada pagi Hari Deepavali bertukar pilu apabila lelaki itu ditemui mati dipercayai dibunuh di rumahnya di Taman Cemerlang, Hutan Melintang dekat sini pagi semalam.
Mayat mangsa, R. Kanavathi, 38, ditemukan oleh anaknya K. Elavarasan, 14, yang baru pulang dari rumah saudara mereka di Klang, Selangor, pukul 10.30 pagi.
Difahamkan, Kanavathi tinggal berseorangan di rumah itu.
Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Goh Kok Liang berkata, ketika ditemukan, mangsa yang bekerja sebagai pemandu lori hanya memakai baju T putih dan berseluar dalam.
"Anaknya itu baru pulang dari Klang dan sebaik sahaja dia sampai di rumah tersebut, dia melihat mangsa di atas sofa dalam keadaan berdarah.
"Remaja itu menghubungi bapa saudaranya untuk memaklumkan tentang kejadian dan pihak Klinik Hutan Melintang yang sampai di tempat kejadian mengesahkan mangsa telah meninggal dunia," katanya di sini hari ini.
Menurut Kok Liang, siasatan awal pihaknya mendapati terdapat kesan luka akibat tetakan di bahagian bahu, lengan dan tangan kiri mangsa selain dua batang giginya tercabut.
Kata beliau, mangsa juga mengalami pendarahan di bahagian mulut.
"Pihak forensik telah dipanggil untuk melakukan siasatan lanjut dan bedah siasat akan dilakukan ke atas mayat mangsa bagi mengetahui punca kematiannya.
"Setakat ini kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan iaitu membunuh," katanya.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20131104/je_04/Anak-temui-mayat-bapa-dipercayai-dibunuh#ixzz2jcRESZGM
© Utusan Melayu (M) Bhd 

30 maut konvoi perkahwinan diserang hendap


MAIDUGURI, Nigeria 4 Nov. - Seorang lelaki bersenjata menyerang konvoi perkahwinan di timur laut negeri Borno, sehingga mengakibatkan 30 terkorban termasuk pengantin lelaki, menurut saksi dan mangsa yang terselamat dalam kejadian itu, semalam.
Serangan itu berlaku kelmarin di jalan Bama-Banki, apabila saudara-mara dan rakan pengantin lelaki dalam perjalanan ke ibu negeri Maiduguri, selepas berlangsungnya majlis di Michika.
``Ia satu kejadian ngeri, kesemua mereka dibunuh dengan kejam oleh penyerang hendap,’’ kata pemandu bas berkenaan kepada AFP.
Tentera dan polis yang bergegas ke tempat kejadian enggan memberi sebarang ulasan berkenaan kejadian tersebut dan kesemua mayat telah dihantar ke hospital Maiduguri. - AFP


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20131104/lu_02/30-maut-konvoi-perkahwinan-diserang-hendap#ixzz2jcQ5haK0
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Suspek bawa nota rancang pembunuhan


LOS ANGELES, 3 Nov. - Seorang lelaki bersenjata yang menembak mati seorang pegawai keselamatan persekutuan di Lapangan Terbang Antarabangsa Los Angeles (LAX), kelmarin didakwa membawa nota menyatakan rancangannya untuk membunuh 'beberapa orang' ejen, kata pegawai semalam.
Seorang pendakwa raya menerangkan bagaimana Paul Ciancia didakwa melepaskan tembakan rambang ke arah Gerardo Hernandez, seorang ejen daripada Agensi Keselamatan Pengangkutan (TSA).
Hernandez, 39, merupakan pegawai TSA pertama terbunuh sejak agensi itu ditubuhkan selepas tragedi 11 September, 2001.
Ciancia, yang menggunakan senjata Smith & Wesson dan membawa sejumlah peluru dalam serangan itu berdepan hukuman mati atas dakwaan membunuh pegawai persekutuan dan terlibat dalam keganasan di lapangan terbang.
Insiden tembakan selama 10 minit di lapangan terbang itu mencetuskan keadaan huru hara di lapangan terbang tersebut pada Jumaat lalu, serta mengakibatkan lebih 1,550 penerbangan terjejas.
Pendakwa raya berkata, Ciancia mengeluarkan pistol .223-caliber M& Wesson dari begnya dan melepaskan beberapa tembakan ke arah Hernandez, 39, pada kira-kira pukul 9 pagi di Terminal 3 LAX.
Tembakan itu mencederakan pegawai TSA itu dan suspek berusia 23 tahun itu kemudian menaiki eskalator menuju ke tingkat atas dan kembali semula sebelum melepaskan beberapa tembakan lagi ke arah 'pegawai TSA yang cedera itu', kata Peguma AS, Andre Birotte.
Ciancia kemudian masuk ke dalam terminal, dan menembak empat orang lain termasuk dua lagi pegawai TSA, sebelum dia ditahan selepas berlaku tembak-menembak dengan anggota polis LAX.
"Saya tidak bersikap diskriminasi terhadap mana-mana warna kulit termasuk hitam, putih, kuning langsat ataupun coklat,' jelas nota yang dtulis oleh suspek.
Nota itu turut menyebut tentang mata wang Amerika Syarikat (AS) dan 'NWO' yang mungkin merujuk kepada New World Order atau Peraturan Dunia Baharu iaitu satu teori konspirasi dunia diperintah oleh satu kerajaan sahaja.
Akhbar Los Angeles Times melaporkan suspek berada dalam keadaan kritikal selepas ditembak di kepala dan kaki.
Sebelum kejadian itu, Ciancia menghantar mesej kepada adik lelakinya menyatakan dia mungkin akan mencederakan dirinya dan mengucapkan salam terakhir, lapor Washington Post. Ini mendorong bapanya menghubungi polis New Jersey, yang kemudian menghubungi polis di Los Angeles.
Polis dari Jabatan Polis Los Angeles kemudian pergi ke rumah Ciancia pada Jumaat lalu tetapi dia tidak ada di rumah itu, lapor Washington Post. - AFP/AGENSI


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20131104/lu_07/Suspek-bawa-nota-rancang-pembunuhan#ixzz2jcPMGSm8
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Feri karam di Thailand, 6 penumpang maut


BANGKOK 3 Nov. - Sekurang-kurangnya enam orang penumpang termasuk tiga pelancong asing terkorban, selepas sebuah feri karam di pusat peranginan Pattaya.
``Enam kematian dicatatkan setakat ini, tiga warga Thailand, dua dari Rusia dan seorang dari China,’’ kata pegawai polis kepada AFP, selain menambah usaha menyelamat masih dijalankan ekoran wujud kebimbangan masih terdapat penumpang yang terperangkap di dalam kapal.
Namun begitu, tiada laporan lanjut mengenai bilangan mereka yang tercedera dan hilang, tetapi media tempatan berkata, berpuluh-puluh ambulans telah dikejarkan ke Pattaya untuk membantu mangsa yang berjaya dibawa keluar. - AFP


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20131104/lu_01/Feri-karam-di-Thailand-6-penumpang-maut#ixzz2jcOhSx6P
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Banduan merusuh, empat cedera


RIYADH 4 Nov. - Sekurang-kurangnya empat orang cedera apabila sekumpulan banduan di sebuah penjara merusuh dengan membakar pejabat di dalam premis itu, di sini semalam.
Agensi berita SPA yang memetik jurucakap penjara yang terletak di bandar Buraydah, utara Arab Saudi itu melaporkan, rusuhan tersebut berlaku ketika masa melawat mingguan.
“Rusuhan itu menyebabkan tiga pejabat pentadbiran dibakar, menyaksikan dua anggota polis dan dua banduan cedera," katanya.
Punca rusuhan masih belum dikenal pasti. - AFP


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20131104/lu_14/Banduan-merusuh-empat-cedera#ixzz2jcOWyLFs
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Remaja tak selamat walaupun di rumah


TAWAU - Sebanyak 71 peratus remaja berumur antara 13 hingga 17 tahun mengaku pernah menerima mesej daripada orang tidak dikenali secara dalam talian, kata Timbalan Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Abdul Malek Harun.
Beliau berkata, hasil yang diperoleh daripada kajian pakar teknologi itu turut mendapati 40 peratus daripada responden remaja menjawab mesej orang yang tidak dikenali, manakala 45 peratus pernah ditanya berkenaan maklumat peribadi dan 30 peratus akan berjumpa dengan orang yang pernah berbual dengan mereka di talian.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=1104&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_02.htm#ixzz2jcMTDr5x 
Hakcipta terpelihara 

Operasi periksa MyKad pengawal


YAN - Kesemua 751 syarikat keselamatan berdaftar dengan Kementerian Dalam Negeri (KDN) digesa menyemak maklumat peribadi pekerja masing-masing bagi mengelakkan kejadian pemalsuan pengenalan diri, kata Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Menurut beliau, sekiranya syarikat berkenaan gagal melakukan penyemakan itu dengan KDN, implikasi buruk akan ditanggung sekiranya didapati pengawal keselamatan yang bekerja dengan syarikat berkenaan menggunakan MyKad palsu atau bukan milik mereka.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=1104&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_08.htm#ixzz2jcNJiik6 
Hakcipta terpelihara 

Jumpa mayat bapa pada Hari Deepavali


KANAVATHI


IPOH - Hasrat seorang remaja untuk menyambut perayaan Deepavali bersama bapanya tidak kesampaian apabila lelaki itu ditemui mati dengan berlumuran darah di rumah mereka di Taman Cemerlang, Hutan Melintang dekat sini kelmarin.
Mayat R. Kanavathi, 38, yang bekerja sebagai pemandu lori dijumpai dalam keadaan terkulai di atas sofa di ruang tamu rumah berkenaan oleh anaknya yang berusia 14 tahun dari Klang, Selangor.
Remaja lelaki itu yang terkejut melihat mayat bapanya memaklumkan kejadian tersebut kepada salah seorang bapa saudaranya, seorang pembantu perubatan di Klinik Kesihatan Hutan Melintang yang tinggal di kawasan berdekatan.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=1104&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_07.htm#ixzz2jcNAJo4K 
Hakcipta terpelihara 

Maut senjata makan tuan


KUALA LUMPUR – Tindakan seorang lelaki cuba menyamun seorang pemuda di atas jejantas berdekatan Lorong Meranti di sini memakan diri apabila dia maut akibat terkena tikaman ketika bergelut dengan mangsa malam kelmarin.
Dalam kejadian pada pukul 10 malam itu, suspek berusia 24 tahun yang cedera di paha kiri meninggal dunia selepas sejam dibawa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk rawatan.
Kejadian dipercayai berlaku apabila si mati dan dua rakannya menghampiri mangsa yang berusia lingkungan 20-an dan mengacu sebilah pisau sebelum mengarahkan lelaki itu menyerahkan barang berharga.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=1104&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_06.htm#ixzz2jcN2wvLn 
Hakcipta terpelihara 

Dua beradik ditemui mati lemas tergelincir dalam parit



GAMBAR KENANGAN. Yew Teng (kiri) dan adiknya, Yew Xuan.


PAGOH - Dua adik-beradik ditemui mati lemas selepas dipercayai tergelincir ketika bermain berdekatan sebuah parit besar di Taman Pagoh Jaya dekat sini kelmarin.
Mayat Tay Yew Teng, 10, dijumpai pada pukul 5 petang kira-kira dua jam selepas kejadian manakala mayat Tay Yew Xuan, 7, ditemui setengah jam kemudian.
Kedua-dua mangsa merupakan pelajar Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Pengkalan Bukit di sini.
Saksi kejadian, Isniazreen Senin, 24, berkata, dia yang merupakan jiran mangsa menyedari kejadian itu selepas melihat orang ramai berkumpul di tebing parit tersebut.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=1104&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_05.htm#ixzz2jcMaIewB 
Hakcipta terpelihara 

48 muda-mudi berpesta liar


SEBAHAGIAN daripada muda-mudi yang dicekup ketika berpesta liar di Batu 6, Jalan Pantai, Teluk Kemang, Port Dickson semalam.


PORT DICKSON – Keghairahan sekumpulan 48 muda-mudi termasuk tiga pelajar sekolah berpesta liar sambil mengambil dadah di tepi pantai Batu 6 di Jalan Pantai, Teluk Kemang di sini tidak berpanjangan apabila mereka diberkas polis dalam serbuan Ops Cantas Khas pagi semalam.
Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintendan Abd. Wahab Harun berkata, ketika serbuan pada pukul 3.30 pagi yang diketuai Inspektor Nor Shaiful Asrar Mohd. Najih, kawasan tepi pantai yang dijadikan markas pesta itu dipasang dengan muzik kuat.
Sekumpulan muda-mudi itu sedang leka menari dalam pelbagai aksi manakala beberapa pasangan lagi bercumbuan dengan pasangan masing-masing.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=1104&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_01.htm#ixzz2jcMKdk4X 
Hakcipta terpelihara 

Jaga ditahan lepas 4 hari bebas


KUALA LUMPUR - Pemburuan polis terhadap seorang lelaki dipercayai suspek utama yang terlibat dalam kes rompakan sebuah kedai emas di pusat beli-belah KL Festival City, Setapak pada Khamis lalu berakhir apabila pemuda itu ditahan semalam.
Suspek yang berusia 27 tahun dipercayai warga Filipina diberkas ketika bersarapan di sebuah restoran makanan segera di Terminal Penerbangan Tambang Murah dekat Sepang pada pukul 7 pagi.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=1104&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_04.htm#ixzz2jcLr05i3 
Hakcipta terpelihara