Search This Blog

Sunday, November 3, 2013

Suspek militan simpan 400 liter bahan api


2013/11/03
Beijing: Lapan suspek yang mendalangi serangan di Dataran Tiananmen minggu lalu, membuat tiga tinjauan dan menyimpan 400 liter bahan api sebagai persediaan serangan mereka, lapor media semalam.

Stesen televisyen melaporkan, semua suspek berasal dari daerah Hotan di wilayah Xinjiang dan bersembunyi di barat Beijing sebelum melakukan serangan itu.
Laporan menyatakan mereka berjaya mengumpulkan 40,000 yuan (RM22,922) dan sejumlah pisau sebelum memandu sebuah kenderaan SUV Mercedes menuju ke utara dataran itu berhampiran pintu masuk Kota Larangan.

Kenderaan terbabit merempuh orang ramai yang berdiri di tepi Dataran Tiananmen dan meletup lalu terbakar, membunuh tiga orang di dalam kereta dan dua orang awam.

Kumpulan penduduk Uighur dalam buangan menyatakan insiden menyebabkan kerajaan China meningkatkan tekanan ke atas etnik minoriti terbabit di Xinjiang manakala seramai 53 orang ditahan tentera China kerana menyimpan bahan terbitan keagamaan. - REUTERS

2 jaga Nepal ditahan curi telefon RM200,000

2 jaga Nepal ditahan curi telefon RM200,000
TIMBALAN Pengarah (Kawalan) Jabatan Imigresen Melaka, Abu Bakar Sidek Hasan (kiri) bertanya sesuatu kepada pendatang asing tanpa izin (PATI) yang bekerja sebagai pengawal keselamatan ketika ditahan dalam operasi Jabatan Imigresen Melaka, di sekitar Melaka pada sidang media di Kompleks Kementerian Dalam Negeri, Ayer Keroh, Melaka pada akhir bulan lepas. - Foto Muhammad Hatim Ab Manan.

Penyelia disyaki subahat turut diberkas bantu siasatan

Subang Jaya: Dua pengawal keselamatan warga Nepal dan penyelia mereka ditangkap selepas mencuri telefon pintar dan tablet bernilai lebih RM200,00 daripada kedai telekomunikasi di pusat beli-belah Sunway Pyramid, Khamis lalu.
Dalam kejadian jam 6.45 pagi, pekerja kedai berkenaan terkejut apabila mendapati premis berkenaan belum dibuka dua pengawal yang sepatutnya berada di premis itu untuk membuka pintu setiap hari.

Polis bersama penyelia syarikat keselamatan pergi ke pangsapuri Fortune Avenue, Kepong dan menahan dua suspek pada jam 5 petang kelmarin," Yahya Ramli, Ketua Polis Daerah Subang Jaya

Kesan umpilan

Pekerja kedai kemudian mengumpil pintu kedai sebelum mendapati kesan umpilan pada pintu simpanan barang sebaik kedai dibuka.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Yahya Ramli (gambar kecil), berkata pemeriksaan awal yang dilakukan pekerja kedai terbabit mendapati 99 unit telefon pintar dan tablet hilang.

Kerugian RM201,851

“Antara yang hilang, termasuk Sony Xperia, Samsung Galaxy Ace 3, Samsung Galaxy Note 3, Samsung Galaxy Tab, Sony xperia Z, IPhone 5S, IPhone 5C, Iphone 5S 64gb dan Ipad Mini bernilai RM201,851.

“Polis bersama penyelia syarikat keselamatan pergi ke pangsapuri Fortune Avenue, Kepong dan menahan dua suspek pada jam 5 petang kelmarin,” katanya ketika ditemui di sini.

Beliau berkata, hasil siasatan terhadap suspek masing-masing berusia 23 dan 24 tahun polis menemui satu beg mengandungi 74 telefon bimbit pelbagai jenis,” katanya.

Susulan pemeriksaan itu, polis menahan penyelia warga tempatan berusia 25 tahun dan menjumpai 23 telefon bimbit di sebuah rumah Jalan PJU 1A/5, Petaling Jaya.
Katanya, siasatan masih diteruskan di bawah Seksyen 380 Kanun Keseksaan kerana mencuri.

Ibu dakwa anak didera pengasuh

Ibu dakwa anak didera pengasuhMunirah menunjukkan kesan bengkak pada kepala anak bongsunya yang dipercayai didera pengasuh TASKA di Taman Melati. - Foto Sairien Nafis

 Kuala Lumpur: Seorang ibu mendakwa rakaman kanak-kanak yang didera pengasuh TASKA di Taman Melati, di sini, yang disiarkan menerusi Buletin Utama TV3, malam kelmarin adalah anaknya berdasarkan rambut kerinting.

Wanita yang dikenali sebagai Munirah, 34, berkata selain pendedahan rakaman berkenaan, anak perempuannya berusia dua tahun setengah itu pernah dikesan ada benjolan di kepala.
Berikutan itu, Munirah membuat laporan polis di Balai Polis Wangsa Maju kerana mengesyaki anaknya mangsa penderaan pengasuh di pusat jagaan berkenaan.


Katanya, premis itu menempatkan lebih 20 kanak-kanak, termasuk kurang upaya yang dikendalikan seorang pemilik dan dua pengasuh warga tempatan.

“Anak bongsu daripada enam beradik itu dihantar sejak berusia lima bulan dan mula berubah sikap apabila menangis setiap kali hampir kawasan TASKA,” katanya ketika ditemui, di sini, semalam.

Sementara itu, seorang bapa meletakkan kamera tersembunyi dalam beg sekolah milik anak lelakinya berkata, tindakan itu dibuat selepas mengesyaki ada kejadian penderaan berlaku di pusat jagaan itu.

Kamera bentuk pen
“Saya meletakkan kamera bentuk pen berharga RM48 di beg sekolah anak pada 17 Oktober lalu.

“Bagaimanapun keadaan beg terbalik menyebabkan kejadian tidak dapat dirakam dan hanya dengar suara seperti marah, pukul dan tangisan kanak-kanak.

“Pada 18 Oktober saya berjaya merakam insiden seorang pengasuh memukul seorang kanak-kanak rambut kerinting dengan tuala sehingga tersembam ke lantai, manakala kanak-kanak turut dipukul dan tampar menggunakan tangan,” katanya.

Rakaman selama setengah jam itu dimuat naik ke Youtube dan Facebook kelmarin mendapat perhatian dua ibu kepada kanak-kanak di TASKA berkenaan, yang kemudian membuat laporan polis di Balai Polis Wangsa Maju.

Pengeluar bihun mahu saman pengendali blog


2013/11/03
Yan: Pengeluar bihun tempatan, KBB Resources Berhad (KBB) akan mengambil tindakan undang-undang terhadap pengendali laman blog yang memburukkan produk keluaran syarikat terbabit sehingga menyebabkan hasil perniagaan merosot sebanyak 20 peratus.

Pegawai Khas kepada Pengerusi KBB, Ahmad Zaffry Sulaiman, berkata pihaknya memberi tempoh 14 hari kepada pengendali laman blog ‘Boikot Barangan DAP’ bagi memohon maaf dan memperbetulkan kenyataan yang memburukkan produk syarikat itu.
Beliau berkata, pengendali laman blog berkenaan menyiarkan artikel mengenai barangan yang dikeluarkan syarikat itu yang didakwa sebagai produk syarikat yang diharamkan di Georgetown, Pulau Pinang.

“Kami adalah syarikat pengeluar bihun terbesar di negara ini dan mempunyai tujuh cawangan di seluruh negara, malahan syarikat kami mempunyai sijil halal dan beroperasi dalam kawasan perindustrian. Bagaimanapun perniagaan kami merosot sebanyak 20 peratus kerana fitnah blog berkenaan yang mendakwa produk kami di keluarkan kilang bersebelahan kandang babi dan kilang itu ditutup.

“Lebih mengejutkan, blog berkenaan mendakwa kilang yang ditutup itu beroperasi kembali dengan nama KBB dan ini adalah fitnah dan kita mahu mereka menarik balik dakwaan itu,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.

KBB yang disenaraikan di Bursa Malaysia ditubuhkan 20 tahun lalu dan mengeluarkan kira-kira 30 produk seperti bihun jenama EKA, Ekonomi, Cap Naga dan Burung Layang-Layang.

Jaga rompak kedai emas guna MyKad adik tiri


2013/11/03
Kuala Lumpur: Pengawal keselamatan kes rompakan kedai emas di pusat beli-belah KL Festival City Khamis lalu, dipercayai menggunakan MyKad adik tirinya ketika memohon kerja.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Khairi Arasa, berkata suspek berbuat demikian kerana mempunyai rekod jenayah lampau.
“Kita percaya, suspek menggunakan MyKad milik Hikman Jacob (adik tiri) untuk memohon kerja. Siasatan polis mendapati adik tiri suspek bebas dari sebarang rekod jenayah, ” katanya ketika dihubungi BH, semalam.

Dua ditahan

Dalam perkembangan yang sama, Khairi berkata, dua lelaki ditahan di dua lokasi berbeza malam kelmarin untuk membantu siasatan.

“Seorang pengawal keselamatan berusia 32 tahun ditahan di rumahnya di Shah Alam manakala seorang lagi adalah penyelia kepada suspek berusia 51 tahun yang ditahan di Sentul, ” katanya.

Dalam kejadian 9.30 pagi, Khamis lalu, suspek mengacukan pistol ke arah kakitangan kedai berkenaan sebelum melarikan 93 utas rantai bernilai lebih RM150,000.

Pemandu & 4 orang parah, 22 cedera

KUALA KANGSAR: Seorang pemandu bas serta empat penumpang parah manakala 22 penumpang cedera ringan apabila sebuah bas merempuh belakang sebuah lori di kilometer 231.8 Lebuhraya Utara-Selatan arah utara, dekat sini, awal pagi tadi.
Dalam kejadian kira-kira jam 1.30 pagi itu, bas ekspres dari arah Selatan menghala ke Utara dipercayai hilang kawalan sebelum merempuh bahagian belakang lori berkenaan.
Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar, Deputi Superintendan Guan Beng Kang, berkata, ketika kejadian bas membawa 28 penumpang menuju ke arah Utara.

"Seorang pemandu bas dipercayai tersepit di tempat duduknya manakala empat lagi penumpang yang parah kini menjalani rawatan di Hospital Taiping.
Foto

"Sementara 15 penumpang cedera ringan menerima rawatan pesakit luar di hospital sama dan tujuh lagi penumpang mendapatkan rawatan di hospital kuala kangsar sebelum dibenarkan pulang,"katanya.

Penyamun maut ditikam mangsa cuba disamun


KUALA LUMPUR: Seorang lelaki berusia 24 tahun maut ditikam menggunakan pisau miliknya sendiri ketika cuba menyamun mangsanya dalam kejadian di Lorong Meranti, di sini, jam 10 malam tadi.

Ketika kejadian, suspek dilapor bersama dua lagi rakan sejenayahnya dipercayai menggunakan senjata berkenaan bagi menakutkan seorang lelaki berusia 20-an kerana mahu menyamunnya.
Bagaimanapun, mangsa yang cuba disamun kumpulan penjenayah itu melawan sebelum merampas pisau berkenaan dan menikam bahagian peha kiri seorang daripada mereka.

Ketua Polis Dang Wangi Asisten komisioner Zainuddin Ahmad berkata, lelaki terbabit yang mengalami kecederaan dibawa seorang rakannya ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk mendapatkan rawatan.


"Suspek bagaimanapun mati kira-kira jam 11 malam di hospital berkenaan," katanya.

Penyamun maut ditikam mangsa cuba disamun


KUALA LUMPUR: Seorang lelaki berusia 24 tahun maut ditikam menggunakan pisau miliknya sendiri ketika cuba menyamun mangsanya dalam kejadian di Lorong Meranti, di sini, jam 10 malam tadi.

Ketika kejadian, suspek dilapor bersama dua lagi rakan sejenayahnya dipercayai menggunakan senjata berkenaan bagi menakutkan seorang lelaki berusia 20-an kerana mahu menyamunnya.
Bagaimanapun, mangsa yang cuba disamun kumpulan penjenayah itu melawan sebelum merampas pisau berkenaan dan menikam bahagian peha kiri seorang daripada mereka.

Ketua Polis Dang Wangi Asisten komisioner Zainuddin Ahmad berkata, lelaki terbabit yang mengalami kecederaan dibawa seorang rakannya ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk mendapatkan rawatan.


"Suspek bagaimanapun mati kira-kira jam 11 malam di hospital berkenaan," katanya.

Penunggang motosikal kuasa tinggi maut kemalangan


KUALA KANGSAR: Seorang penunggang motosikal berkuasa tinggi yang baru pulang menyertai karnival motosikal di negeri ini maut dalam kemalangan berhampiran Kampung Changkat Jambu, Kati dekat sini petang semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 2 petang itu, mangsa Fauzi Mamat, 39, yang berkonvoi bersama beberapa rakannya dari Taiping dalam perjalanan pulang ke Kelantan.
Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar, Deputi Superintendan Guan Beng Kang berkata mangsa yang parah disahkan meninggal dunia di wad kecemasan Hospital Kuala Kangsar.

"Siasatan awal mendapati mangsa dipercayai yang berkonvoi bersama rakannya dalam perjalanan pulang ke Kelantan. Sebaik tiba di tempat kejadian mangsa dipercayai cuba memotong sebuah kenderaan sebelum bergesel dengan sebuah motosikal dari arah bertentangan menyebabkannya hilang kawalan lalu terbabas di tepi kiri jalan.


"Mangsa yang cedera parah di kepala maut di wad kecemasan Hospital Kuala Kangsar," katanya.




Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1967.

Enam warga Rohingya cedera cuba larikan diri


PADANG BESAR: Seramai enam lelaki Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) warga Rohingya cedera selepas terjatuh di lereng bukit di Kampung Ayed Omar, Kangar di sini selepas cuba melarikan diri daripada pihak berkuasa semalam.

Namun dalam kejadoan kira-kira jam 6.30 pagi itu, kesemua mereka bersama 29 lagi PATI lelaki dicekup pihak Unit Pencegah Penyeludupan (UPP) Chuping selepas berjalan kaki selama dua hari melalui kawasan bukit di situ.

Dua lelaki serang polis ditembak


SEMPORNA: Dua sekawan cuba menyerang anggota polis ditembak menyebabkan mereka mengalami parah di bahu kanan dan betis dalam kejadian berasingan di kawasan Perumahan Semporna Central dan belakang sebuah pasar raya di sini, awal pagi tadi.

Kejadian pertama berlaku kira-kira jam 3.18 pagi ketika sepasukan polis menjalankan rondaan cegah jenayah di kawasan Taman Semporna Central terserempak dengan seorang lelaki berselimut sedang berjalan kaki dalam keadaan mencurigakan.
Apabila polis cuba menahannya, suspek tiba-tiba mengeluarkan pisau rambo dan menyerang polis menyebabkan dia ditembak di bahu kanan.

Kira-kira tiga jam kemudian, polis yang melakukan rondaan di belakang pasar raya di pekan Semporna terserempak seorang lelaki dipercayai rakan suspek pertama dan cuba menyerang polis mengunakan gunting menyebabkan dia ditembak di kedua-dua betisnya.


Kedua-dua suspek berusia 27 dan 28 tahun ditahan dan dihantar ke Hospital Tawau untuk menerima rawatan.




Dalam kejadian itu juga, seorang lelaki turut cedera di tangan ketika cuba membantu anggota polis menahan suspek berkenaan.

14 ditahan sertai 'pesta dadah' di apartmen mewah


2013/11/03
Kuantan: Lapan lelaki dan enam wanita, termasuk seorang anggota polis yang bertugas di Cawangan Keselamatan Istana Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Terengganu, ditahan dalam serbuan ‘pesta dadah’ di sebuah apartmen mewah, dekat sini, tengah malam semalam.

Malah polis percaya apartmen itu turut dijadikan disko mini oleh suspek selepas khayal mengambil dadah berikutan penemuan pelbagai peralatan audio di situ.
Serbuan dilakukan sepasukan pegawai dan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik IPD kira-kira jam 12.30 tengah malam.
Pemeriksaan mendapati ia adalah satu paket plastik lutsinar berisi 14 biji pil Ecstasy dan pemeriksaan fizikal pada suspek turut menemui satu paket plastik lutsinar berisi setengah biji pil Ecstasy” Abdul Aziz Ahmad, Timbalan Ketua Polis Daerah Kuantan

Timbalan Ketua Polis Daerah Kuantan, Superintendan Abdul Aziz Ahmad, berkata ketika anggotanya memasuki bilik berkenaan, seorang lelaki dilihat cuba membuang sesuatu daripada genggaman namun sempat dihalang polis.

Katanya, pemeriksaan mendapati ia adalah satu paket plastik lutsinar berisi 14 biji pil Ecstasy dan pemeriksaan fizikal pada suspek turut menemui satu paket plastik lutsinar berisi setengah biji pil Ecstasy.

“Pemeriksaan di bahagian dapur pula menemui satu beg hitam berisi satu kotak rokok di dalamnya mengandungi tiga paket syabu. Polis merampas semua dadah itu dan menahan semua suspek untuk siasatan lanjut,” katanya ketika dihubungi BH, di sini, semalam.

Semua suspek positif dadah
Beliau berkata, jumlah keseluruhan dadah berjaya dirampas dalam serbuan itu adalah Ecstasy seberat 5.96 gram dan syabu 6.37 gram.

“Semua suspek berusia 22 hingga 28 tahun terbabit direman dan ditempatkan di lokap IPD Kuantan untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 39A (1) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 15(1)(a) akta sama.

Abdul Aziz, berkata anggota polis yang ditahan terbabit sudah lima tahun berkhidmat dan menjadi penagih Ecstasy serta Eramine 5 sejak awal tahun ini.
Katanya, semua suspek terbabit positif dadah selepas ujian air kencing.

Pengawal keselamatan rompak kedai emas ditahan di LCCT


2013/11/03
KUALA LUMPUR: Pengawal keselamatan yang merompak sebuah kedai emas di pusat beli-belah KL Festival City, Khamis lalu ditahan di sebuah restoran makanan segera di Terminal Penerbangan Tambang Murah (LCCT), pagi tadi.

Suspek yang dipercayai warga Filipina itu ditahan kira-kira jam 7 pagi, bersama dengan seorang rakannya yang juga seorang warga Filipina dan kedua-duanya dipercayai sedang menunggu penerbangan di terminal penerbangan itu untuk melarikan diri dari negara ini.
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah, berkata pistol yang digunakan suspek ketika melakukan rompakan turut ditemui di sebuah rumah di Pandan Jaya, di sini. 

Lelaki warga Myanmar ditikam, dicampak ke laut

03/11/2013 11:00am


GEORGE TOWN - Seorang lelaki warga Myanmar cedera parah di bahagian perut akibat ditikam sebelum dicampak ke laut di Jeti Tan, Pengkalan Weld di sini malam tadi.
Timbalan Ketua Polis Daerah Timur Laut, Superintendan Ismail Idris berkata, dalam kejadian 11 malam itu, mangsa yang berusia 30an diselamatkan orang awam setelah dilihat terkapai-kapai dan cuba berenang ke daratan ketika air laut sedang pasang.
"Kita percaya mangsa ditikam beberapa kali menggunakan senjata tajam dan
lelaki itu kini ditempatkan di Hospital Pulau Pinang (HPP) untuk rawatan
lanjut," katanya kepada pemberita di sini hari ini. - Bernama


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=1103&pub=Kosmo&sec=Terkini&pg=bt_02.htm#ixzz2jZ20NT4V 
Hakcipta terpelihara 

Apa dosa bayi ini?

Apa dosa bayi ini?SENAI –  Seorang bayi perempuan masih bernyawa ditemui tanpa seurat benang dalam beg di perhentian bas Taman Nesa, Skudai dekat sini, dipercayai ditinggalkan.

Pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat Johor Bahru, Manayi Ibrahim berkata, bayi dipercayai berusia 13 hari itu ditemui bertali pusat oleh orang awam di perhentian bas berkenaan pada 18 Oktober lalu.

“Bayi itu ditemui kira-kira jam 5.30 pagi dalam beg berwarna hitam yang diletakkan di perhentian bas Taman Nesa.

“Orang awam yang menemui bayi berkenaan telah membuat laporan polis dan bayi dirujuk ke Hospital Sultanah Aminah (HSA),” katanya dalam satu kenyataan.

Katanya, bayi berkenaan dinamakan sebagai Zara Safiya kini diletakkan di dalam perlindungan JKM mengikut Akta Kanak-Kanak 2001 dan usaha mengesan ahli keluarga dan waris bayi berkenaan telah dijalankan namun gagal.

“Kami berharap keluarga atau mana-mana pihak yang tahu mengenai bayi ini menghubungi kami demi kebajikan dan masa depannya,” katanya.

Dalam pada itu katanya, seorang bayi lelaki dipercayai berusia 13 hari turut ditemui penduduk selepas ditinggalkan di dalam sebuah kotak di Jalan Panglin 1, Taman Perling dekat sini, pada tarikh sama.

“Bayi lelaki itu ditemui pada jam 10.30 malam oleh orang awam yang mendengar tangisan bayi berkenaan yang ditinggalkan di dalam kotak.

“Bayi berkenaan dinamakan sebagai Aidil Adha telah dirujuk kepada HSA dan kini berada di bawah perlindungan JKM,” katanya.

Manayi berkata, beliau berharap keluarga atau mana-mana pihak yang mempunyai maklumat mengenai kedua-dua bayi berkenaan menghubungi JKM di talian 07-2232606.

Warga emas parah dirempuh kereta

Warga emas parah dirempuh keretaMangsa yang cedera dihantar untuk mendapatkan rawatan lanjut di Hospital Sultanah Nur Zahirah.

KUALA TERENGGANU - Seorang warga emas yang dalam perjalanan ke klinik cedera parah selepas motosikal yang ditungganginya terlibat kemalangan dengan sebuah kereta, berhampiran sebuah stesen minyak di Wakaf Tembesu di sini, pagi semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 9 pagi itu, mangsa iaitu Mohamad Sulung, 61, cedera di kepala, selain patah kaki.

Pegawai Operasi Pasukan, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) Terengganu, Othman Mohamad berkata, pihaknya menerima panggilan daripada orang awam kira-kira jam 9.15 pagi, sebelum bergegas ke tempat kejadian.

“Daripada maklumat awal yang diperoleh, mangsa dikatakan menukar haluan ke kanan sedikit kerana ingin mengelak lopak air, namun pada masa sama, ada sebuah kereta datang dari arah Batu Enam ke Kota Bharu.

“Kereta tersebut yang dipandu seorang wanita dikatakan sempat membrekkan kenderaannya, tetapi berlanggar dengan motosikal mangsa, menyebabkan mangsa terpelanting dan mengalami kecederaan,” katanya.

Mangsa yang mengalami cedera parah di kepala dan patah kaki kemudiannya dibawa ke Hospital Sultanah Nur Zahirah, di sini, untuk mendapatkan rawatan lanjut.

Difahamkan, satu laporan polis sudah dibuat kira-kira jam 1 petang semalam oleh pemandu kereta berkenaan.

Yakin anak didera


Kuala Lumpur: “Saya tahu itu anak saya apabila lihat rambutnya,” kata seorang ibu yang mahu dikenali Munirah, 35, selepas melihat rakaman kamera tersembunyi yang disiarkan Buletin Utama TV3, malam kelmarin.

Difahamkan, kamera terbabit sengaja diletakkan dalam beg sekolah kanak-kanak lelaki yang ditinggalkan di sebuah taska di Taman Melati di sini, bagi merakam perbuatan kejam pengasuh taska berkenaan yang mendera beberapa kanak-kanak jagaan mereka.
Rakaman lebih setengah jam itu memaparkan seorang pengasuh bukan saja menghentak kepala kanak-kanak terbabit, malah turut menampar dan ada yang tersembam ke lantai akibat dipukul dengan kuat.

Munirah berkata, sebaik melihat rakaman itu, dia segera menghubungi unit berita TV3 untuk mendapat kepastian sebelum tampil membuat laporan di Balai Polis Wangsa Maju di sini, semalam.


“Saya kenal itu anak saya. Malah, rakaman itu juga ada merakam seorang pengasuh taska berkenaan.


“Saya tidak mengesyaki apa-apa sehinggalah melihat rakaman itu malam tadi (kelmarin). Disebabkan tidak sedap hati, saya hubungi stesen televisyen itu untuk melihat semula rakaman berkenaan,” katanya ketika ditemui pemberita, semalam.

Difahamkan, taska berkenaan tidak berdaftar dengan JKM dan tindakan lanjut akan diambil pihak terbabit.

Polis kantoi berpesta dadah


Kuantan: Seorang konstabel polis yang bertugas di Cawangan Keselamatan Istana, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Terengganu ditahan ketika dipercayai berpesta dadah bersama 13 remaja, termasuk enam wanita, dalam serbuan di sebuah apartmen yang dijadikan ‘disko mini’ di Jalan Tengku Mohamad, di sini, tengah malam semalam.

Dalam serbuan dilakukan Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik IPD Kuantan jam 12.30 tengah malam, anggota polis berusia 24 tahun berasal dari bandar ini, ditahan di dalam sebuah bilik apartmen berkenaan ketika cuba membuang dadah dalam simpanannya.


Timbalan Ketua Polis Daerah Kuantan Superintendan Abdul Aziz Ahmad berkata, ketika anggotanya memasuki bilik berkenaan, kelihatan seorang lelaki cuba membuang sesuatu daripada genggaman tangan kanannya, namun sempat dihalang polis.

Katanya, polis yang melakukan pemeriksaan mendapati ia satu paket plastik lut sinar berisi 14 biji pil Ecstasy dan pemeriksaan pada suspek turut menemui satu paket plastik lut sinar berisi sebiji dan setengah biji pil Ecstasy.


“Pemeriksaan di dapur pula menemui satu beg hitam berisi kotak rokok mengandungi tiga paket syabu. Polis merampas semua dadah itu dan menahan semua suspek untuk siasatan lanjut,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.


Beliau berkata, jumlah keseluruhan dadah dirampas polis dalam serbuan itu ialah Ecstasy seberat 5.96 gram (g) dan syabu seberat 6.37 g.

“Semua suspek berusia 22 hingga 28 tahun terbabit direman di lokap IPD Kuantan untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 39A (1) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 15(1)(a) akta sama.


“Sembilan daripada suspek berasal dari negeri ini, empat dari Terengganu dan seorang dari Kedah, dengan kebanyakan mereka operator kilang,” katanya.

Abdul Aziz berkata, siasatan turut mendapati anggota polis yang ditahan itu sudah lima tahun berkhidmat dan menjadi penagih Ecstasy serta Eramine 5 sejak awal tahun ini.


Menurutnya, semua suspek terbabit positif dadah selepas ujian air kencing dilakukan ke atas mereka.


“Polis percaya mereka menjadikan apartmen itu sebagai ‘disko mini’ untuk ‘melayan’ dadah berdasarkan beberapa peralatan sistem audio yang turut ditemui ketika serbuan dilakukan.


“Siasatan turut mendapati suspek terbabit beberapa kali menganjurkan pesta dadah di apartmen ini berdasarkan intipan polis sebelum serbuan dilakukan pagi tadi (semalam),” katanya.


Menurutnya, semakan juga mendapati apartmen berkenaan disewa menggunakan nama anggota polis itu.

4 penyamun ‘baru belajar’


Shah Alam: Empat lelaki yang cuba menyamun mesin juruwang automatik (ATM) di sebuah pasar raya di Kuala Selangor, kelmarin, dipercayai baru berjinak-jinak melakukan jenayah itu.

Ini kerana modus operandi digunakan suspek berusia 23 hingga 27 tahun itu yang masuk melalui bumbung sedangkan mesin terletak di tingkat bawah premis, memudahkan pihak berkuasa menahan mereka.


Sumber berkata, walaupun dilihat amatur, polis tetap menjalankan siasatan sama ada semua suspek pernah terbabit dengan tiga kes cubaan menyamun ATM di daerah ini dan daerah lain sebelum ini.

Menurutnya, suspek kini direman selama empat hari bermula kelmarin hingga esok (Isnin ini) bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan pihak berkuasa.


“Hasil semakan juga mendapati semua suspek tidak memiliki rekod jenayah lampau dan ujian saringan air kencing juga mendapati mereka negatif dadah,” katanya.


Ketua Polis Selangor Datuk Mohd Shukri Dahlan berkata, semua suspek berjaya ditahan polis jam 4 pagi, kira-kira lima minit selepas mereka memecah masuk premis berkenaan.

Katanya, dua suspek dicekup di dalam premis manakala dua lagi ditahan di atas bumbung sewaktu mahu memberi dua tangki gas oxy kepada rakan mereka menggunakan kain cadar.


“Suspek memanjat saluran paip di belakang premis sebelum memecahkan pintu bilik mesin bagi membolehkan mereka memanjat bahagian bumbung,” katanya.

“Polis berjaya merampas dua tong gas oxy, kain cadar, topeng ski dan pelbagai peralatan pecah masuk bangunan yang di bawa suspek sewaktu kejadian,” katanya.


Katanya, tindakan pantas polis menggagalkan cubaan suspek untuk memecah mana-mana tiga ATM di dalam premis.

Ribut rumah pengantin


Alor Gajah: “Saya berlari masuk ke rumah pengantin selepas melihat khemah beranjak beberapa kali menghampiri pagar dan ada yang runtuh, dan dalam sekelip mata tiga khemah diterbangkan angin kencang sebelum menghempap bumbung deretan rumah bersebelahan.”
Begitu kata Nasarudin Md Shah, 28, saksi kejadian hujan lebat dan ribut yang menerbangkan tiga daripada tujuh khemah dipasang pada majlis perkahwinan pasangan Siti Norrita Mohd Yusof, 25, dan Mohd Azwan Samat, 25, sebelum menghempap empat rumah di Jalan Seri Pelangi 6, Taman Seri Pelangi, Rembia, di sini, kelmarin. 
Kejadian jam 7 malam itu mengakibatkan persiapan majlis perkahwinan anak bongsu pesara tentera Mohd Yusof Dahlan, 63, terjejas walaupun majlis tetap diteruskan semalam. 

Nasarudin yang juga pekerja pemasang khemah itu berkata, ketika kejadian dia menghias kerusi di bawah khemah sebelum hujan lebat dan angin kencang melanda kawasan perumahan berkenaan kira-kira dua jam sebelum majlis akad nikah pasangan terbabit berlangsung.
Foto
KEADAAN rumah yang dihempap khemah.

“Ketika angin kencang saya berlari masuk ke perkarangan rumah pengantin selepas khemah mula beranjak dan ada yang runtuh.

“Tiba-tiba angin menderu kuat dan dalam khemah yang dipasang runtuh dan terbang menghempap empat rumah bersebelahan,” katanya di sini, kelmarin. 

Sementara itu, Mohd Yusof berkata, dia yang ketika itu berada di bawah khemah bersama beberapa saudaranya segera masuk ke dalam rumah selepas mendengar bunyi khemah beranjak ditiup angin kencang kerana pernah menerima nasib sama ketika melangsungkan perkahwinan anak keempatnya tujuh tahun lalu. 

“Saya hanya mengetahui tiga khemah itu menghempap rumah jiran dan empat yang lain runtuh selepas dimaklumkan mereka, apabila keluar dari rumah saya terkejut melihat keadaan berkenaan kerana ia sungguh dahsyat. 

“Ini kejadian paling dahsyat pernah saya lihat selepas tragedi pasar Ramadan di Jasin. 

Menurutnya, walaupun khemah ranap dan kawasan berkenaan berselerakan, majlis perkahwinan semalam diteruskan selepas syarikat yang menyediakan perkhidmatan menyewa khemah itu menggantikannya dengan yang baru. 

Jiran mangsa Rozita Md Dewa, 42, berkata, kejadian berkenaan mengakibatkan bumbung di bahagian bilik rumahnya bocor, sekali gus merosakkan beberapa barangan di dalam ruang terbabit. 

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rembia Datuk Norpipah Abdol berkata, kejadian ribut kelmarin mengakibatkan 22 rumah rosak di kawasannya.

Senjata makan tuan: Lelaki maut ditikam senjata sendiri


KUALA LUMPUR 3 Nov. - Umpama senjata makan tuan, itulah yang terjadi kepada seorang lelaki yang maut akibat ditikam pisau miliknya ketika cuba melakukan samun di Lorong Meranti 3, Pudu di sini semalam.
Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Zainuddin Ahamd berkata, dalam kejadian kira-kira 10 malam, suspek warga tempatan berumur 24 tahun itu dilaporkan bersama dua lagi rakannya cuba menyamun seorang lelaki warga tempatan yang berjalan di kawasan tersebut.
Namun, mangsa melawan kumpulan terbabit dan dalam pergelutan itu dia berjaya merampas pisau milik suspek lalu menikam paha kiri suspek.
"Suspek mengalami kecederaan parah di paha dan rebah di laluan pejalan kaki.
"Pada masa sama, seorang kawan suspek masih cuba melawan mangsa bagaimanapun akhirnya melarikan diri," katanya ketika dihubungi Bernama, hari ini.
Beliau berkata, seorang lagi rakan suspek membawanya ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk mendapatkan rawatan.
Zainuddin berkata, suspek meninggal dunia di HKL kira-kira 11 malam manakala rakan yang menghantar suspek ke hospital itu turut ditahan polis di hospital berkenaan. - BERNAMA


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20131103/je_11/Senjata-makan-tuan-Lelaki-maut-ditikam-senjata-sendiri#ixzz2jcS0fe6U
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Kereta apai terbakar

Kuala Kangsar: Tindakan pantas seorang pemandu kereta api memadam kebakaran enjin di lokomotif (kepala kereta api) berjaya mengelak kereta api yang dinaiki 442 penumpang dari Hadyai, Thailand ke Kuala Lumpur terbakar dalam kejadian berhampiran jambatan kereta api Sekolah Menengah Kebangsaan Simpang Beluru, Enggor, dekat sini, awal pagi semalam.
Dalam kejadian jam 3.30 pagi, kepala kereta api itu dipercayai tiba-tiba terbakar sehingga memaksa pasukan bomba dan penyelamat dipanggil bagi memadam kebakaran.
Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar Deputi Superintendan Guan Beng Kang ketika dihubungi berkata, tiada kakitangan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) atau penumpang cedera.

“Semua penumpang dibawa ke Stesen Kereta Api Kuala Kangsar manakala kepala kereta api ditarik ke Stesen Kereta Api Sungai Siput. Setakat ini punca kejadian dan anggaran kerugian masih dalam siasatan,” katanya.
Foto
KEPALA kereta api yang membawa 442 penumpang dari Hadyai, Thailand ke Kuala Lumpur terbakar.

Beliau berkata, semua penumpang meneruskan perjalanan ke ibu negara menggunakan kepala kereta api gantian tidak lama kemudian.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Kangsar Ismail Darus berkata, pihaknya menerima panggilan jam 3.39 pagi sebelum tiba berhampiran tempat kejadian 10 minit kemudian.

Menurutnya, pihak bomba sukar menghampiri landasan kereta api kerana permukaan tanah tidak rata dan berbukit. Bagaimanapun, beberapa anggota berjaya masuk berhampiran kepala kereta api lalu mengambil alih sepenuhnya usaha memadam kebakaran.

Jual burger babi dalam pasar raya

Jual burger babi dalam pasar rayaKain rentang yang tertulis ‘Burger Babi Terbaik di Bandar Ini’.

GEORGETOWN - Burger Babi Terbaik Di Bandar Ini! Perkataan dalam bahasa Inggeris itu jelas boleh dilihat pada kain rentang di depan sebuah kios yang terletak di tingkat bawah tanah sebuah pusat beli belah terkemuka di negeri ini.

Tanpa rasa bersalah, kios tersebut menjual burger daging babi yang dimasak secara terbuka malah kedudukannya merupakan laluan untuk pengunjung termasuk orang Islam.

Di sekelilingnya juga terdapat beberapa premis perniagaan lain yang mempunyai pekerja beragama Islam.

Ketua Wira Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) negeri, Mohd Rizuad Mohd Azudin berkata, beliau terkejut dengan keadaan itu.

Rizuad berkata, pengurusan pusat beli belah berkenaan sepatutnya lebih peka dan menghormati pengunjungnya terutama yang beragama Islam.

“Ini menunjukkan mereka (pengurusan pusat beli belah) tidak bertanggungjawab.

“Mereka seolah-olah tiada prinsip menghormati Islam sebagai agama rasmi negara,” katanya kepada Sinar Harian di sini semalam.

Rizuad berkata, beliau mendesak kerajaan negeri khususnya Exco Agama, Majlis Agama Islam Pulau Pinang dan pihak berkuasa tempatan supaya mengambil tindakan tegas terhadap pengurusan pusat belah belah berkenaan.

“Ini penting supaya kejadian serupa tidak berulang dan kesucian agama Islam tidak lagi dicemari pihak yang tidak bertanggungjawab,” katanya.

Sementara itu, tinjauan mendapati meskipun terdapat tanda ‘tidak halal’ namun kewujudannya masih mengelirukan orang ramai terutama yang tidak fasih bahasa Inggeris.

Difahamkan sebelum ini ada dua pelancong wanita Arab nyaris termakan burger berkenaan selepas memesannya tetapi sempat dihalang oleh seorang pengunjung tempatan.

Walaupun diberitahu dalam bahasa Inggeris makanan itu tidak halal, kedua-dua wanita berkenaan masih tidak faham dan selepas diterangkan dalam bahasa Arab, barulah kedua-duanya tersedar yang mereka sudah terbeli burger babi.

Remaja maut kereta dipandu rakan hilang kawalan


KUALA LUMPUR 3 Okt. - Seorang remaja maut selepas kereta yang dipandu rakannya terbabas sebelum melanggar pembahagi jalan dalam kejadian di Km24.7 Lebuhraya Damansara-Puchong hari ini.
P. Parathibhan, 22, yang merupakan penumpang hadapan kereta itu cedera parah di badan dan mati di tempat kejadian.
Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner Abdul Razak Elias berkata, nahas kira-kira 7.30 pagi yang melibatkan kereta jenis Honda City itu turut menyebabkan seorang penumpang belakang cedera parah manakala pemandu kereta itu cedera ringan.
Kedua-dua mereka kini dirawat di Hospital Serdang, katanya yang enggan mendedahkan maklumat lanjut mengenai kesemua mangsa.
Beliau berkata, ketika kejadian, kereta yang dinaiki kumpulan remaja berusia 20-an itu dipandu dari arah Puchong menuju ke Putrajaya.
"Siasatan awal mendapati pemandu kereta itu hilang kawalan sebelum terbabas," katanya ketika dihubungi Bernama. - BERNAMA


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20131103/je_10/Remaja-maut-kereta-dipandu-rakan-hilang-kawalan#ixzz2jcRryRBM
© Utusan Melayu (M) Bhd 

500 penumpang terkandas


PASUKAN Bomba dan Penyelamat Kuala Kangsar berjaya memadamkan kebakaran melibatkan Ekspres Senandung Langkawi di Kilometer 133, Kampung Bendang Selinsing, Simpang Beluru, Kuala Kangsar, Perak, semalam.
KUALA KANGSAR 2 Nov. - Perjalanan kira-kira 500 penumpang Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) dari Padang Besar ke Kuala Lumpur, tergendala apabila kepala kereta api Ekspres Senandung Langkawi yang mereka naiki terbakar, awal pagi ini.
Tiada kemalangan jiwa dan kecederaan dilaporkan dalam insiden yang berlaku kira-kira pukul 3.39 pagi di Kilometer 133, Kampung Bendang Selinsing, Simpang Beluru dekat sini.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Kangsar, Ismail Darus berkata, sebuah jentera bomba bersama sembilan anggota dikejarkan ke tempat kejadian sebaik sahaja menerima laporan berhubung kejadian itu.
Beliau berkata, keadaan yang gelap telah menyukarkan pihaknya untuk mengenal pasti laluan ke lokasi kejadian sehingga menyebabkan mereka terpaksa berjalan kaki untuk sampai ke tempat tersebut.
"Sebaik sahaja sampai di lokasi kejadian, pemandu tren dilihat cuba memadamkan kebakaran menggunakan alat pemadam api sebelum dibantu pula oleh pasukan bomba menggunakan 18 unit alat pemadam sama.
"Kebakaran hanya berjaya dipadamkan sepenuhnya pada pukul 6.15 pagi selepas kita berjaya mengenal pasti laluan untuk membawa jentera bomba ke lokasi tersebut," katanya ketika dihubungi Mingguan Malaysia di sini hari ini.
Ismail berkata, ketika proses memadam kebakaran dijalankan, semua penumpang kereta api 13 gerabak itu dibenarkan berada dalam pengangkutan berkenaan.
Beliau berkata, ini kerana kebakaran tersebut hanya melibatkan lokomotif dan tidak merebak ke bahagian lain
Katanya, lokomotif yang terbakar telah dibawa ke stesen KTMB Sungai Siput, manakala gerabak yang dinaiki penumpang dipisahkan dan dibawa ke stesen KTMB Kuala Kangsar.
"Punca kejadian masih belum diketahui dan siasatan lanjut akan dijalankan berhubung insiden tersebut," katanya.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20131103/je_01/500-penumpang-terkandas#ixzz2jcRhaK8V
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Bertumbuk rebut capati


Kuwait: Hanya kerana sesuap makanan.

Gara-gara berebut sekeping roti, dua lelaki dari India dan Pakistan mengalami kecederaan serius di sebuah bandar di Kuwait.


Menurut sumber akhbar, seorang lelaki Pakistan dan India berbaris di sebuah restoran di Fahaheel untuk membeli capati.

Saksi melaporkan, pergaduhan bermula apabila lelaki India terbabit memotong barisan ketika tiba giliran warga Pakistan berkenaan lalu merampas capati berkenaan. Mereka bertengkar sebelum akhirnya bertumbuk. Lelaki India itu mendakwa pekerja restoran memberikan roti itu kepadanya.


“Kedua-duanya mengalami kecederaan serius dan keadaan menjadi tidak terkawal sehingga seorang pelanggan melaporkan kejadian kepada bilik gerakan Kementerian Dalam Negeri,” kata seorang saksi kejadian.


Anggota keselamatan dikejarkan ke tempat kejadian bersama pasukan kecemasan perubatan.

Dua lelaki itu kemudian dibawa ke hospital. - Agensi

Maut ‘disambar’ tayar tercabut


Batu Pahat: Seorang penunggang motosikal wanita maut selepas tayar sebuah lori tiba-tiba tercabut sebelum terpelanting ke arahnya di Jalan Yong Peng- Parit Sulong di sini, kelmarin.

Dalam kejadian jam 7.30 pagi, Ngersimeh Ibrahim, 54, yang menunggang motosikal Honda EX5 disahkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI) di sini.


Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Din Ahmad berkata, siasatan awal mendapati tayar sebuah lori tiba-tiba pecah dan tercabut, lalu terpelanting dan terkena pada mangsa yang menunggang motosikal berhampiran lori berkenaan.



“Mangsa terjatuh dan cedera parah sebelum dibawa ke klinik berhampiran untuk mendapatkan rawatan,” katanya, semalam.


Menurutnya, mangsa kemudian dihantar ke HSNI untuk rawatan lanjut sebelum disahkan meninggal ketika dalam perjalanan.


“Mayat mangsa dibawa ke unit forensik HSNI untuk bedah siasat sebelum dituntut keluarganya untuk dikebumikan.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 dan saksi kejadian diminta tampil menghubungi balai polis berhampiran bagi membantu siasatan,” katanya.

Guru arah murid terjun bangunan


Chengdu: Seorang budak lelaki China berusia 10 tahun maut selepas terjun 30 tingkat apabila gagal menulis surat mengkritik dirinya sendiri seperti diminta gurunya, lapor media kebangsaan, Khamis lalu.

Murid sekolah rendah gred lima itu diarahkan menulis permohonan maaf sepanjang 1,000 karakter kerana berbual dalam kelas, lapor China National Radio (CNR) di laman webnya.
Menurut laporan itu yang memetik jiran serta ahli keluarga mangsa, guru berkenaan didakwa menyuruhnya terjun bangunan apabila dia gagal menyiapkan tugasan diberikan.

“Cikgu, saya tidak sanggup melakukannya” dilihat tertulis dalam salah satu buku teksnya, kata CNR. “Saya mengekot beberapa kali ketika cuba melompat dari bangunan ini.”


Kanak-kanak itu jatuh di atas sebuah kereta di bawah flat yang didiami keluarganya, lapor West China City News.


Anggota keluarganya yang berang mendirikan kain rentang di luar sekolah terbabit yang terletak di bandar Chengdu berbunyi: “Cikgu memaksa anak kami terjun bangunan.”

“Siasatan polis masih dijalankan,” kata seorang pegawai daerah Jinjiang di mana kejadian berlaku kepada AFP namun enggan mengulas lanjut.

Sekolah terbabit Khamis lalu berkata murid terbabit dan beberapa arkan sekelas diarahkan menulis ulasan mengenai perbuatan mereka selepas mengganggu pertandingan ucapan.

Kematiannya dikatakan satu “kemalangan,” katanya.

Bangkai kucing dihidang sebagai daging arnab


Shanghai: Polis menyerbu sebuah rumah penyembelihan di bandar Huai’an yang dapati menjual daging kucing tetapi mendakwanya daging arnab kepada pengusaha restoran di wilayah Guangdong dan Guangxi.

Serbuan terbabit dilakukan selepas polis dan pegawai keselamatan makanan memperoleh maklumat mengenai kegiatan berkenaan.


Mereka menemui puluhan bangkai kucing tempatan yang sudah siap dibungkus di pusat penyembelihan palsu itu.

“Kawasan itu penuh dengan darah dan berbau busuk,” kata seorang anggota polis.


Akhbar Modern Express melaporkan, kepakaran pusat penyembelihan itu ialah menukar bangkai ribuan kucing menjadi perniagaan paling menguntungkan.


Sebahagian haiwan berkenaan dibiarkan hidup untuk dijual ke Guangdong dan Guangxi. Sementara yang lain disembelih atau dibiarkan mati sebelum dijual kepada resroran sebagai ‘daging arnab. - Agensi

Dua lelaki ditahan bantu siasatan kes samun kedai emas


KUALA LUMPUR 2 Nov. - Dua lelaki ditahan bagi membantu siasatan kes samun kedai emas membabitkan seorang pengawal keselamatan di pusat beli belah KL Festival City, Setapak di sini.
Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (Operasi dan Risikan) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Khairi Ahrasa berkata, mereka ditahan dalam serbuan di rumah masing-masing.
Beliau berkata, dalam serbuan pertama di Shah Alam, seorang lelaki berusia 26 tahun dipercayai rakan suspek, ditahan pada 9 malam, Khamis lalu.
Susulan itu, polis malam tadi memberkas seorang lagi lelaki berusia 51 tahun dipercayai penyelia kepada pengawal keselamatan itu di Sentul.
"Kami percaya penahanan dua lelaki ini dapat membantu pihak polis mengesan suspek utama," katanya kepada Bernama sambil memberitahu kedua-dua lelaki itu direman selama seminggu mulai Ahad.
Dalam kejadian itu, pengawal keselamatan berkenaan dilapor melarikan kira-kira 100 utas rantai selepas mengacukan senjata api ke arah empat pekerja kedai emas itu. - BERNAMA


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20131102/je_08/Dua-lelaki-ditahan-bantu-siasatan-kes-samun-kedai-emas#ixzz2jWWPeHpm
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Pelajar vokasional parah dilanggar lari MPV


MANGSA langgar lari, Mohd. Saiful Hafiz Shahid yang dilanggar kenderaan MPV terbaring di tepi jalan sementara menunggu ambulans selepas kemalangan di Simpang Lima, Sungai Besar petang ini.
SABAK BERNAM 2 Nov. - Seorang pelajar vokasional, Mohd. Saiful Hafiz Shahid, 16, yang sedang menjalami latihan praktikal parah apabila dilanggar oleh sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) di simpang empat Paket 60 Simpang Lima, Jalan Kuala Selangor- Teluk Intan di Sungai Besar di sini petang ini.
Menurut saksi, dalam kejadian kira-kira pukul 5.15 petang itu, mangsa yang dalam perjalanan ke Pekan Simpang Lima dirempuh oleh kenderaan MPV berkenaan yang tiba-tiba membuat pusingan U di simpang berkenaan.
Katanya, pemandu kereta tersebut bertindak memecut kenderaannya tanpa mempedulikan keadaan mangsa walaupun cuba ditahan oleh orang awam.
Mangsa yang mengalami kecederaan dipercayai patah kaki dikejarkan ke Hospital Tuanku Ampuan Jemaah, Sabak Bernam dekat sini oleh ambulans Jabatan Pertahanan Awam. - UTUSAN ONLINE


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20131102/je_09/Pelajar-vokasional-parah-dilanggar-lari-MPV#ixzz2jWWHDnPY
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Dua penyokong The Red Warriors cedera kemalangan di Merapoh


DUA penyokong Kelantan cedera selepas kereta yang dinaiki terlibat dalam kemalangan di Kilometer 94, Jalan Kuala Lipis-Merapoh, Kuala Lipis, Pahang, semalam.
KUALA LIPIS 2 Nov. - Dua penyokong setia pasukan The Red Warriors cedera termasuk seorang parah setelah kereta dinaiki terbabit dalam kemalangan di Kilometer 94, Jalan Kuala Lipis-Merapoh dekat sini hari ini.
Kemalangan berlaku pukul 1.30 tengah hari, selepas sebuah kereta Perodua Viva merempuh belakang sebuah pikap jenis Toyota Hilux.
Ketua Polis Daerah Lipis, Supritendan Abdul Razak Hassan berkata, siasatan awal mendapati sebuah kereta Perodua Viva yang datang dari arah Kuala Lipis menuju ke Merapoh telah melanggar belakang sebuah Toyota Hilux.
Beliau berkata, kejadian dipercayai berlaku kerana pemandu Perodua Viva terbabit tidak menyedari Toyota Hilux terbabit ingin memasuki simpang di sebelah kanan lalu melanggar kenderaan tersebut.
"Rempuhan kuat menyebabkan Toyota Hilux terbabit memasuki laluan bertentangan sebelum bertembung dengan sebuah kereta Perodua Myvi dinaiki dua orang penyokong setia pasukan Kelantan," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Menurut Abdul Razak, akibat kejadian itu, mangsa, Mohamad Shukri Zulkifli, 23, yang juga pemandu kereta Perodua Myvi mengalami patah tangan dan paha.
Katanya, seorang rakannya yang duduk bersebelahan, Abdul Naim Daud, 32, turut mengalami kecederaan dan kedua-duanya dihantar ke Hospital Lipis untuk mendapatkan rawatan.
"Saksi kejadian diminta tampil di Ibu Pejabat Polis Daerah Lipis untuk membantu siasatan," katanya.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20131103/je_04/Dua-penyokong-The-Red-Warriors-cedera-kemalangan-di-Merapoh#ixzz2jWW8OgIp
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Deepavali: Dua sahabat maut nahas


KUALA LUMPUR 2 Nov. - Dua sahabat tidak sempat menyambut Deepavali hari ini, apabila maut selepas motosikal yang dinaiki terbabas lalu merempuh pokok di Jalan Tun Sambanthan di sini awal pagi ini.
Kejadian berlaku pukul 3.40 pagi ketika mangsa, V.Jayaramen, 22, dan A. Fetrik, 25, dalam perjalanan menuju ke ibu negara selepas keluar minum dan mahu pulang ke rumah menyambut Deepavali.
Tiba di tempat kejadian, motosikal jenis Honda EX5 yang ditunggang Fetrik tiba-tiba hilang kawalan dan terbabas melanggar sebatang pokok besar di hadapan sebuah stesen minyak.
Rempuhan kuat pada pokok tersebut menyebabkan kedua-dua mangsa mati di tempat kejadian kerana mengalami kecederaan parah di bahagian kepala.
Pegawai Turus Siasatan dan Perundangan Trafik Kuala Lumpur, Deputi Supritendan Abdullah Roning berkata, polis tidak menolak kemungkinan motosikal itu ditunggang dengan laju sebelum terlibat kemalangan.
"Siasatan awal mendapati, motosikal dinaiki dua sahabat itu ditunggang dengan laju sebelum terbabas merempuh pokok di tepi jalan.
"Mangsa yang tercampak dalam kejadian itu, mengalami kecederaan parah di kepala dan meninggal dunia di tempat kejadian," katanya.
Beliau berkata, mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk dibedah siasat dan dituntut oleh keluarga masing-masing sekitar pukul 11 pagi.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20131103/je_02/Deepavali-Dua-sahabat-maut-nahas#ixzz2jWVf1mYB
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Lelaki mengamuk di lapangan terbang


Gambar dikeluarkan AP, menunjukkan dua pegawai polis memeriksa senjata digunakan suspek dalam kes tembakan rambang di Terminal 3 Lapangan Terbang Antarabangsa Los Angeles, kelmarin. - AP
LOS ANGELES 2 Nov. - Seorang lelaki bersenjata meluru ke dalam terminal Lapangan Terbang Antarabangsa Los Angeles di sini yang penuh sesak dan melepaskan tembakan rambang semalam, membunuh seorang ejen keselamatan persekutuan sebelum dia ditembak dan ditangkap.
Insiden amuk di Terminal 3 itu mencetuskan keadaan panik dan huru hara di satu daripada lapangan terbang paling sibuk di dunia tersebut dengan beratus-ratus orang ramai bertempiaran lari mencari perlindungan di sebalik rak bagasi.
Beberapa orang turut cedera dalam kejadian itu termasuk dua yang terkena tembakan.
Hampir 750 penerbangan terpaksa ditangguhkan, ditunda mahupun ditukar destinasi pendaratan ketika polis memindahkan orang ramai dan menutup tiga buah terminal.
Jalan raya yang menghubungkan lapangan terbang turut ditutup selama beberapa jam, mengakibatkan kesesakan jalan raya sejauh beberapa kilometer.
"Suspek meluru ke Terminal 3 Lapangan Terbang Antarabangsa Los Angeles, mengeluarkan selaras raifal dari begnya dan mula melepaskan tembakan,'' kata ketua Polis Lapangan Terbang Los Angeles, Patrick Gannon dalam satu sidang media.
Gannon berkata, lelaki bersenjata itu, seorang rakyat Amerika Syarikat (AS) yang bertindak sendirian dipercayai meloloskan diri dari pintu pemeriksaan sebelum melepaskan tembakan rambang.
Dia kemudiannya ditembak anggota polis selepas melarikan diri ke kawasan menjual makanan sebelum ditangkap.
Sementara itu, seorang ejen khas dari Biro Siasatan Persekutuan (FBI), David Bowdich mengenal pasti suspek sebagai Paul Ciancia, 23, seorang penduduk Los Angeles yang kini sedang menerima rawatan di sebuah hospital tempatan kerana kecederaannya.
Motif kejadian bagaimanapun sedang disiasat. - REUTERS


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20131103/lu_04/Lelaki-mengamuk-di-lapangan-terbang#ixzz2jWV8lakA
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Virus SARS berpunca daripada kelawar


BEIJING 2 Nov. - Sepasukan penyelidik di China mendapati, wabak Sindrom Pernafasan Akut Teruk (SARS) yang mengorbankan seramai 774 nyawa sedekad lalu, berpunca daripada kelawar.
Menurut saintis, mereka menemui dua koronovirus SARS (SARS- CoV) pada kelawar jenis 'Chinese Rufous Horseshoe' yang didakwa hampir sama dengan virus yang menjangkiti manusia.
Pasukan penyelidik yang diketuai oleh Profesor Shi Zhengli dari Akademi Sains China di Bejing mendapati bahawa virus dalam badan kelawar itu menjangkiti sel-sel manusia dengan cara yang sama.
Ini bermakna, koronovirus atau virus yang menjadi punca wabak itu boleh berpindah secara langsung daripada kelawar kepada manusia.
Kumpulan penyelidik itu menambah, koronovirus yang menyerupai SARS adalah kira-kira 95 peratus secara genetiknya yang sama dengan virus SARS pada manusia.
Saintis kini mendakwa, wabak itu mula menular di pasaran hidupan liar, tempat kelawar itu disimpan atau daripada seseorang yang tinggal berhampiran gua kelawar tersebut.
Kelawar Chinese Rufous Horseshoe dinamakan kerana bentuk hidungnya dan ia mudah ditemui di China, India, Nepal serta Vietnam.
SARS membunuh kira-kira 10 peratus daripada 8,094 orang yang dijangkiti wabak itu pada 2002 dan 2003 dengan mereka dikesan mengalami simptom seperti cirit-birit, kegagalan buah pinggang dan kesukaran bernafas. - AGENSI


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20131103/lu_07/Virus-SARS-berpunca-daripada-kelawar#ixzz2jWUMuX4d
© Utusan Melayu (M) Bhd 

AS digesa gugurkan tuduhan intipan


Edward Snowden

WASHINGTON 2 Nov. - Bekas kontraktor Agensi Keselamatan Kebangsaan (NSA) Amerika Syarikat (AS), Edward Snowden meminta bantuan antarabangsa supaya memujuk Amerika menggugurkan tuduhan pengintipan ke atasnya.
Perkara itu didedahkan selepas seorang Ahli Parlimen Jerman, Hans-Christian Stroebele mengedarkan sepucuk surat semalam setelah beliau mengadakan pertemuan dengan Snowden di Moscow.
Stroebele dalam satu sidang media berkata, Snowden mahu memberi keterangan di hadapan Kongres AS tentang pengawasan NSA dan mungkin bersedia membantu pegawai Jerman menyiasat dakwaan pengintipan AS di negara itu.
Bagaimanapun bekas kontraktor NSA tersebut dalam suratnya membayangkan, semua perkara itu tidak akan berlaku melainkan AS menggugurkan tuduhan pengintipan ke atasnya, satu perubahan dasar yang tiada petanda akan dibuat oleh pentadbiran Presiden Barack Obama.
Pertemuan antara Stroebele dan Snowden semalam berlangsung seminggu selepas dakwaan oleh majalah Der Spiegel bahawa NSA memantau telefon bimbit Canselor Jerman, Angela Merkel, tindakan yang membuatkan pemimpin Jerman itu membuat aduan sendiri kepada Obama.
Snowden berkata, dia tidak lagi memiliki kelengkapan NSA bersamanya namun pengetahuannya dalam usaha pengintipan AS boleh dianggap bernilai kepada negara-negara lain.
"Snowden menegaskan bahawa dia aktif dalam perkhidmatan risikan AS, NSA dan Agensi Perisikan Pusat (CIA), bukan hanya sebagai seorang pentadbir atau yang mempunyai akses kepada komputer, namun juga terlibat dalam operasi.
"Dia juga memaklumkan, dia mengetahui banyak maklumat tentang struktur dalaman yang bermakna dia mampu mentafsir dan menjelaskan tentang kesemua dokumen," kata Stroebele.
Malaysia merupakan antara negara yang membantah tindakan pengintipan oleh AS selain Indonesia, Brazil, Jerman, Perancis dan Mexico. - AGENSI


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20131103/lu_06/AS-digesa-gugurkan-tuduhan-intipan#ixzz2jWTsXgwt
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Gempar kepala kereta api terbakar



BEGINILAH keadaan sebuah kepala kereta api yang terbakar di Kuala Kangsar, Perak semalam.


KUALA KANGSAR - Seramai 442 penumpang Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) cemas selepas kepala kenderaan itu terbakar ketika melalui sebuah jambatan berhampiran Sekolah Menengah Kebangsaan Simpang Beluru, Enggor dekat sini semalam.
Ketika kejadian pada pukul 3.30 pagi itu, kereta api Senandung Langkawi tersebut dalam perjalanan dari Hatyai, Thailand ke KL Sentral di Kuala Lumpur.
Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Kangar, Deputi Superintendan Guan Beng Kang berkata, sepasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Kangsar bergegas ke tempat kejadian sebaik menerima maklumat mengenai kejadian itu.
"Tiada kecederaan dan kemalangan jiwa melibatkan penumpang mahupun kakitangan KTMB. Kebakaran hanya melibatkan kepala kereta api berkenaan dan kebakaran tidak merebak ke gerabak lain.
"Penumpang dibenarkan berada di dalam gerabak masing-masing sewaktu operasi memadamkan api menggunakan 18 alat pemadam api," katanya kepada Kosmo! di sini semalam.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=1103&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_05.htm#ixzz2jWSJmo1Y 
Hakcipta terpelihara 

Gaduh depan IPD



SAHADAN menunjukkan buah kelapa sawit curi yang dirampas daripada seorang lelaki pada sidang akhbar di Muar, Johor semalam.


MUAR - Drama pergaduhan dua beranak yang merupakan kaki botol dan penagih dadah di depan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Muar berakhir dengan kedua-duanya terpaksa bermalam di dalam lokap apabila mereka diberkas kelmarin.
Kejadian pukul 2.30 pagi itu berlaku apabila pertengkaran antara si bapa, 65, seorang pemabuk, dan anak lelakinya, 23, yang merupakan penagih syabu dikhuatiri akan membawa pertumpahan darah apabila pemuda tersebut mula mengacukan parang.
Sebelum diberkas, dua beranak yang menaiki sebuah kereta tersebut dikatakan telah bertengkar di rumah mereka di Parit Bakar sebelum berhenti di depan IPD tersebut. Jarak antara dua tempat itu kira-kira tujuh kilometer.
Anggota polis yang mendengar pertengkaran itu kemudian cuba meleraikan mereka namun pemuda tersebut mula mengacukan parang dan mencabar supaya polis melepaskan tembakan.
Timbalan Ketua Polis Daerah Muar, Superintendan Sahadan Jaafar berkata, pertengkaran berlaku apabila si bapa yang merupakan peniaga durian tidak tahan dengan sikap anaknya yang ketagih syabu.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=1103&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_04.htm#ixzz2jWS6hJZo 
Hakcipta terpelihara 

Mayat cucu atas lantai



ANGGOTA polis mengangkat mayat Yun Jack yang ditemui mati di dalam bilik rumahnya di Seremban semalam.


SEREMBAN – Seorang nenek terkejut selepas menemui cucunya mati dalam keadaan mulutnya berbuih di dalam bilik tidur di rumahnya di Kampung Baru Rahang di sini semalam.
Mayat Ng Yun Jack @ Jack Ng, 29, ditemui oleh neneknya, Lau Mui Mui, 72, yang mahu mengejutkan cucunya itu pada pukul 7.30 pagi.
Mui Mui berkata, sebelum kejadian, dia mengetuk pintu bilik cucunya beberapa kali dan memanggil nama pemuda itu namun tidak bersahut.
“Selepas beberapa minit saya terus membuka pintu bilik dan melihat cucu saya berada dalam keadaan tertiarap dan tidak memakai baju di atas lantai bersebelahan tilam.
“Saya ingat dia masih tidur dan apabila dihampiri saya terkejut melihat ada buih keluar daripada mulutnya,” ceritanya ketika ditemui di sini.
Tambahnya, dia yang bimbang kemudian memanggil ahli keluarganya yang lain.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=1103&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_03.htm#ixzz2jWRaHZ3M 
Hakcipta terpelihara 

Cameron Highlands tidak boleh diselamatkan lagi


HAKISAN melampau menjadi punca air Empangan Sul tan Abu Bakar di Cameron Highlands baru-baru ini dan mengorbankan empat nyawa.


KUALA LUMPUR - Seorang pakar alam sekitar menegaskan, kehijauan Cameron Highlands sudah tidak boleh diselamatkan lagi kerana daerah itu sudah diteroka untuk pelbagai jenis pembangunan sejak 100 tahun lalu.
Timbalan Dekan Fakulti Pengajian Alam Sekitar Universiti Putra Malaysia, Prof. Dr. Mohamad Pauzi Zakaria berkata, sejak ditemui pada tahun 1885, Cameron Highlands telah menjadi kawasan pelbagai guna secara komersial.
Beliau berkata, pembangunan secara meluas itu meliputi aktiviti komersial seperti pertanian, perhotelan dan perumahan selain pembalakan.
"Sudah lebih 100 tahun Cameron Highlands diteroka dengan rakus, maka untuk membolehkannya pulih seperti dahulu adalah sesuatu yang sangat sukar dan mustahil," katanya kepada Kosmo! Ahad semalam.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=1103&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_01.htm#ixzz2jWRE681A 
Hakcipta terpelihara 

Lelaki AS amuk di lapangan terbang




LOS ANGELES - Seorang lelaki bersenjata melepaskan tembakan rambang di Lapangan Terbang Antarabangsa Los Angeles kelmarin menyebabkan seorang ejen keselamatan tidak bersenjata terbunuh.
Insiden tembakan itu mencetuskan panik dalam kalangan orang ramai sehingga menyebabkan mereka lari untuk menyelamatkan diri.
Penyerang terbabit dikenal pasti sebagai Paul Anthony Ciancia, 23, (gambar kecil) yang merupakan penduduk Los Angeles.
Suspek yang bersenjatakan sepucuk raifal berjaya menceroboh masuk melalui sebuah pusat pemeriksaan di lapangan terbang itu sejurus selepas pukul 9 pagi waktu tempatan kelmarin.
Tembakan rambang itu berakhir kurang dari 10 minit selepas polis menembak dan mencederakannya.
Media Amerika Syarikat melaporkan, Pentadbiran Keselamatan Pengangkutan (TSA) pada malam kelmarin mengenal pasti pegawai yang maut sebagai Gerardo Hernandez, 39.
Ciancia yang dipercayai mempunyai dendam terhadap pegawai TSA turut mencederakan tujuh orang.
Menurut Datuk Bandar Los Angeles, Eric Garcetti, Ciancia masih membawa sejumlah peluru ketika dia ditahan polis.
"Terdapat lebih 100 peluru lagi yang boleh membunuh sesiapa sahaja di terminal pada hari ini (kelmarin)," kata Garcetti.
Sementara itu, Biro Siasatan Persekutuan (FBI) memberitahu bahawa Ciancia merupakan seorang yang suka bersendirian.
Sejumlah 750 penerbangan tergendala selepas Pentadbiran Penerbangan Persekutuan membatalkan jadual penerbangan pada hari kejadian.
Pihak polis masih menjalankan siasatan berhubung motif serangan itu. - Agensi


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=1103&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_02.htm#ixzz2jWQiouct 
Hakcipta terpelihara