Search This Blog

Thursday, October 31, 2013

Ada sebab ceraikan isteri



SASHA yang bergelar janda hanya selepas tiga jam dinikahkan dengan pasangannya pada Ahad lalu.



BATU MAUNG - "Saya ceraikan isteri dalam keadaan waras."
Demikian pengakuan bekas suami wanita yang dijatuhkan talak tiga hanya selepas tiga jam mereka melangsungkan majlis pernikahan di sebuah masjid di Teluk Kumbar di sini pada Ahad lalu.
Pemuda yang mahu dikenali sebagai Azhar, 19, memberitahu, dia tidak melafazkan cerai ke atas isterinya itu atas faktor emosi sebaliknya berbuat demikian dalam keadaan sedar.
Azhar mendakwa, dia mempunyai sebab-sebab tertentu yang enggan dikongsi dengan pihak luar kerana tidak mahu mengaibkan mana-mana pihak.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=1031&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_01.htm#ixzz2jILOIt00 
Hakcipta terpelihara 

Pemenjaraan lebih tempoh: Bekas CEO dapat pampasan RM322,000





31/10/2013

SHAH ALAM - Mahkamah Tinggi memerintahkan pihak penjara dan dua lagi membayar pampasan berjumlah RM322,000 kepada bekas Ketua Pegawai Eksekutif Permodalan BSN Bhd. kerana cuai sehingga menyebabkan dia dipenjara melebihi tempoh.

Hakim Hadhariah Syed Ismail juga memerintahkan defendan membayar kos sebanyak RM15,000 dan faedah pada kadar lima peratus daripada jumlah pampasan mulai tarikh penghakiman sehingga penyelesaian penuh kepada Ahmad Skhri Ramli.

Ahmad Skhri menamakan Ketua Pengarah Penjara Malaysia, Datuk Seri Zulkifli Omar; Pengarah Penjara Kajang, Datuk Al Zafry Mohamed Nassif; Pengarah Penjara Bentong Mohd. Sakeri Dollah; Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Tan Sri Mahmood Adam dan Kerajaan Malaysia sebagai defendan.

Dalam penghakimannya, Hadhariah berkata, pegawai di bawah seliaan defendan didapati cuai kerana tidak mempedulikan aduan plaintif semasa di penjara bahawa dia sudah melunaskan sebahagian daripada denda yang dikenakan ke atasnya.

Beliau berkata jika saksi defendan tidak mempercayai aduan plaintif kerana tiada resit pembayaran, mereka boleh menghubungi mahkamah bagi mendapatkan pengesahan.

Selain itu, Hadhariah berkata pihak penjara perlu memastikan tempoh pemenjaraan ke atas banduan adalah betul dan tidak boleh terkurang atau terlebih. - Bernama



Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=1031&pub=Kosmo&sec=Terkini&pg=bt_12.htm#ixzz2jISqcRlr
Hakcipta terpelihara 

Empat buruh ladang dituduh membunuh

Empat buruh ladang dituduh membunuhTertuduh dibawa keluar dari mahkamah majistret, semalam.

KULAIJAYA - Empat buruh ladang dihadapkan ke mahkamah majistret, di sini, semalam, atas kesalahan membunuh dua lelaki, dua minggu lalu.

Bagi pertuduhan pertama, tertuduh, R Jayachandiran, 22; P Ramunaidu, 31; T Kumaresan, 21; dan seorang remaja lelaki bawah umur berusia 17 tahun didakwa bersama seorang lagi yang masih bebas membunuh S Visva Nathan, 48, di kawasan kebun
getah di Saleng, Senai, antara kira-kira jam 6 petang 17 Oktober dan kira-kira pukul 1.30 pagi, 18 Oktober.

Manakala, bagi pertuduhan kedua, keempat-empat tertuduh didakwa bersama seorang lagi yang masih bebas membunuh M Kalaiselvan Mudaliar, 38, di tempat, waktu dan tarikh sama.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 149 kanun sama yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati, jika sabit kesalahan.

Keempat-empat lelaki itu bagaimanapun, mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan dalam Bahasa Melayu dan Tamil di hadapan Majistret, Ahmad Farid Ahmad Kamal, namun tiada pengakuan direkodkan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Siti Asmah Zainal Ariffin, manakala semua tertuduh tidak diwakili peguam.

Mahkamah menetapkan 11 Disember depan untuk tarikh sebutan semula kes bagi penyerahan dokumen berkaitan termasuk laporan bedah siasat dan asid deoksiribonukleik (DNA).

Padah buat laporan palsu

Padah buat laporan palsuLim Shu menutup muka ketika keluar dari mahkamah majistret, semalam.

KULAIJAYA - Tindakan seorang pekerja stor yang mengaku disamun dan membuat laporan polis palsu akhirnya membawa padah apabila dia didenda RM500 oleh mahkamah majistret, di sini, semalam.

Pekerja berkenaan, Chong Lim Shu, 25, turut berdepan penjara selama tujuh hari sekiranya dia gagal menjelaskan denda yang dikenakan.

Mengikut kertas pertuduhan, lelaki itu didakwa dengan sengaja memberi maklumat palsu kepada seorang anggota polis di pejabat pertanyaan Balai Polis Kulai, pada jam lebih kurang 8.05 pagi, 8 Oktober lalu.

Keputusan itu dibuat Majistret, Ahmad Farid Ahmad Kamal, selepas mendapati tertuduh bersalah di atas pertuduhan di bawah Seksyen 182 Kanun Keseksaan.

Seksyen berkenaan memperuntukkan hukuman penjara selama tempoh yang boleh sampai enam bulan atau denda hingga RM2,000 atau kedua-duanya sekali, jika disabitkan kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Siti Asmah Zainal Ariffin, manakala tertuduh diwakili peguam, Chong Sai Oe.

Sai Oe dalam rayuannya memohon supaya pihak mahkamah memberikan hukuman ringan berikutan Lim Shu telah memberikan kerjasama dengan pihak berkaitan dan menyesal serta sedar dengan kesalahan yang dilakukan.

Pengawal keselamatan kebas barang kemas

Pengawal keselamatan kebas barang kemas

KUALA LUMPUR: Seorang pengawal keselamatan bersenjatakan pistol melarikan sedulang barang kemas dalam kejadian di sebuah pusat beli-belah di Setapak, kira-kira jam 10 pagi tadi.

Difahamkan, sebelum kejadian pengawal keselamatan berkenaan sedang duduk di kerusi berdekatan pintu masuk kedai manakala staf lain sedang menyusun dulang barang kemas dalam rak kaca.

Sumber polis berkata, dengan tiba-tiba lelaki berusia 30-an dan berpakaian seragam pengawal keselamatan itu mengarahkan seorang staf untuk keluarkan sebuah dulang barang kemas dan melarikan diri ke arah aras bawah tanah dipercayai untuk mengambil motosikalnya.

Katanya, meskipun kejadian berkenaan berlaku hanya 100 meter dari pintu masuk utama pusat beli-belah itu namun disebabkan pintu berkenaan akan dibuka selepas 10 pagi, suspek melarikan diri melalui aras bawah tanah.




Beliau berkata, kerugian dianggarkan bernilai kira-kira RM100,000.

Lelaki lembam rentung

Lelaki lembam rentungMayat Hafizi ditemui rentung dipercayai cuba menyelamatkan diri selepas terperangkap dalam kejadian kebakaran rumah keluarganya di Lorong Ahmad, Kampung Parit Naib Kadir, dekat Bukit Pasir, semalam.

MUAR - Seorang lelaki lembam ditemui rentung dipercayai gagal dalam cubaan menyelamatkan diri selepas terperangkap dalam kebakaran rumah keluarganya di Lorong Ahmad, Kampung Parit Naib Kadir, Bukit Pasir, dekat sini semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 12.05 tengah malam itu, Hafizi Ahmad, 40, tinggal bersendirian di rumah berkenaan sementara kedua ibu bapanya bermalam di rumah anak sulung yang terletak 100 meter dari lokasi kejadian.

Kakak sulung mangsa, Rashidah Ahmad, 47, berkata, dia terkejut dengan tragedi yang menimpa adik kelimanya itu dan tidak menyangka Hafizi meninggal dunia dalam keadaan menyayat hati.

Berkongsi kisah sedih itu, dia juga tidak menyangka pertemuan dengan adiknya kira-kira jam 5.30 petang kelmarin adalah yang terakhir.

“Cuma sejak bulan lalu sehinggalah beberapa hari sebelum kejadian, Hafizi sering kata nampak arwah suami saya yang telah meninggal dunia lebih setahun lalu.

“Saya anggap perbuatan adik disebabkan rindu dengan arwah suami kerana hubungan mereka berdua sememangnya rapat. Tetapi tidak sangka itu adalah petanda dia hendak pergi meninggalkan kami seperti arwah suami,” katanya.

Rashidah berkata, jiran yang menyedari kejadian itu membantu menghubungi bomba untuk mendapatkan bantuan kecemasan.

“Mereka (jiran) dengar jeritan adik panggil mak dan abah berulang kali. Mungkin dia (adik) minta pertolongan untuk menyelamatkan diri.

“Saya dan penduduk kampung cuba padamkan kebakaran, tetapi api amat marak dan ketika itu suara adik sudah tidak lagi kedengaran,” katanya.

Katanya, dia dan keluarga amat sedih dengan kehilangan Hafizi meskipun adiknya lembam, tetapi tidak pernah menyusahkan sesiapa.

Sementara itu, Pegawai Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Muar, Johar Tumin berkata, seramai 12 anggota bersama dua jentera dikejarkan ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan kecemasan kira-kira jam 12.20 pagi.

“Bomba tiba di tempat kejadian kira-kira lapan minit kemudian, tetapi rumah berkenaan sudah musnah terbakar.

 “Faktor rumah separuh papan memudahkan api marak. Kita berjaya memadamkan keseluruhan kebakaran pada jam 1 pagi,” katanya.
Katanya, mayat Hafizi ditemui rentung di bahagian dapur dipercayai cuba menyelamatkan diri.

Mangsa bunuh ada ‘zoo mini’ di kediaman

Jakarta: Polis yang menyiasat kes pembunuhan seorang wanita di sebuah vila mewah terkejut apabila mendapati premis itu menyimpan sejumlah haiwan eksotik, termasuk seekor kacukan singa dan harimau.
Pada asalnya pihak berkuasa mencari petunjuk terhadap kematian seorang wanita berusia 23 tahun yang didakwa disembelih selepas dia enggan berasmara dengan seorang pekerja penyelenggaraan vila berkenaan. 
Ketua Penyiasat Polis Bogof, Didik Purwanto berkata, apabila polis tiba di tempat kejadian untuk menangkap suspek, mereka terjumpa sebuah zoo mini.
“Antara haiwan yang ditemui, seekor harimau, beberapa spesies monyet, merak Jawa, rusa dan anjing,” katanya. 
Foto
SEEKOR liger disimpan dalam sangkar di Bogor selepas ia ditemui polis dalam siasatan kes pembunuhan seorang wanita, semalam.
Namun, kata Didik, penemuan paling luar biasa ialah penemuan seekor ‘liger’ hasil kacukan singa jantan dengan harimau betina. 
Pegawai Kementerian Perhutanan yang memantau rampasan haiwan berkenaan berkata, mereka sedang memikirkan langkah sewajarnya sebelum menentukan nasib haiwan berkenaan.

“Liger adalah hasil campur tangan manusia dan setakat yang kami tahu, tiada haiwan seumpama ini di Indonesia.

“Justeru membebaskan ia ke hutan akan menyebabkan masalah,” katanya.

Walaupun tiada pengesahan mengenai jumlah haiwan ditemui, media mendakwa ada lebih 10 ekor ditemui di vila itu. - AFP

Hasrat ibu jumpa Khairul tercapai


GOPENG - Hasrat seorang ibu untuk bertemu dengan anaknya yang meringkuk di penjara Taiwan selepas menjadi mangsa keldai dadah sejak tujuh tahun lalu akhirnya tercapai baru-baru ini.

Pertemuan mengharukan Halijah Abdul Rashid, 55, dengan anak keduanya, Khairul Azuan Abu Hasan, 33, yang kini menjalani hukuman penjara seumur hidup di Pusat Tahanan Taoyuan, Taiwan itu tercapai atas inisiatif Pusat Khidmat dan Aduan MCA Gopeng.

"Saya berada di Taiwan selama enam hari pada 21 Oktober hingga 26 Oktober lalu dengan ditemani tiga pemimpin MCA Gopeng.

"Tanpa bantuan mereka, tak mungkin hajat saya untuk melepaskan rindu terhadap anak tercapai kerana saya bukannya orang senang, malah tidak fasih berbahasa Inggeris mahupun Mandarin," katanya pada sidang akhbar yang turut dihadiri Ketua MCA Bahagian Gopeng, Albert Chang Chun Cheun di Pusat Khidmat dan Aduan MCA Gopeng di sini semalam.

Tauke permata cedera terkena dua das tembakan



KOTA BHARU - Seorang wanita tidak menyangka bunyi tembakan yang disangka letupan mercun kira-kira 120 meter dari rumahnya di Kampung Sering dekat sini kelmarin dilepaskan ke arah suaminya.

Dalam kejadian pukul 6.45 petang itu, Lukman Zakaria, 48, yang memandu kereta Mercedes Benz cedera terkena dua das tembakan di lengan kiri dan bahu kanan.

Kejadian berlaku ketika peniaga permata yang sedang memandu pulang ke rumahnya dihampiri dua lelaki yang menunggang sebuah motosikal Yamaha LC 125 berwarna hitam.

Rogol, rompak pembantu rumah

Rogol, rompak pembantu rumahMuhammad Faiz didakwa di mahkamah sesyen, semalam atas tuduhan merogol dan merompak seorang pembantu rumah warga Indonesia.

KUALA TERENGGANU - Seorang pemuda dihadapkan di mahkamah sesyen, di sini, semalam, atas tuduhan merogol seorang pembantu rumah warga Indonesia, Oktober lalu.
Bagaimanapun, Muhammad Faiz Azumar Ammin Mohd Noor, 27, dari Dungun, mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan atas pertuduhan di bawah Seksyen 376 (2) (b) Kanun Keseksaan kerana merogol yang dibacakan di hadapan Hakim Wan Fadhilah Nor Wan Idris.
Berdasarkan pertuduhan, dia didakwa merogol mangsa berusia 38 tahun di sebuah rumah di Jalan Balai Besar, Dungun, kira-kira jam 5 pagi, pada 12 Oktober lalu.
Bagi kesalahan itu, Muhammad Faiz Azumar Ammin berdepan hukuman penjara sehingga 30 tahun dan sebatan, jika disabitkan kesalahan.
Sejurus pengakuan tidak bersalah direkodkan, Wan Fadhilah Nor menetapkan 1 Disember depan sebagai tarikh sebutan semula kes untuk serahan dokumen dan lantikan peguam.
Mahkamah turut membenarkan Muhammad Faiz Azumar Ammin diikat jamin RM14,000 dengan syarat dia tidak boleh mengganggu mangsa dan saksi-saksi bagi kes berkenaan.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Zulfazliah Mahmud.
Sementara itu, di mahkamah sesyen berasingan, Muhammad Faiz Azumar Ammin turut mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan atas tuduhan merompak mangsa dengan melarikan seutas rantai dan gelang tangan emas serta dua telefon bimbit jenama Nokia dengan kerugian dianggarkan bernilai RM3,000.
Dia didakwa merompak mangsa menggunakan senjata iaitu sebilah parang di alamat, waktu dan tarikh yang sama.
Bagi kesalahan itu, Muhammad Faiz Azumar Ammin didakwa melakukan kesalahan di bawah Seksyen 392/397 Kanun Keseksaan kerana melakukan rompakan bersenjata yang memperuntukkan hukuman penjara boleh sampai 14 tahun dan boleh juga dikenakan sebatan, jika disabitkan kesalahan.
Sejurus pengakuan tidak bersalah direkodkan, Hakim Azlam Zainuddin menetapkan 2 Disember depan sebagai tarikh sebutan semula kes dan tidak menawarkan sebarang ikat jamin terhadap dirinya.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Masriwani Mahmud@ Mamat.
Sebelum ini, akhbar keluaran 19 Oktober lalu ada melaporkan seorang pembantu rumah berdepan detik hitam apabila bukan saja disamun tetapi turut dirogol dalam keadaan tangan dan mulut disumbat dengan kain, dalam kejadian di sebuah rumah di Jalan Balai Besar, Dungun.
Dalam kejadian jam 5 pagi itu, mangsa yang bersendirian di rumah berkenaan sedang tidur di dalam biliknya sebelum didatangi suspek yang juga menantu kepada majikannya. Difahamkan, suspek ketika itu turut membawa sebilah parang.

Putih mata, isteri Vietnam lari



MICHAEL (kiri) bersama Chee Long menunjukkan gambar dan sijil perkahwinannya dengan wanita Vietnam di Wisma MCA, Kuala Lumpur semalam.


KUALA LUMPUR - Seorang tukang masak restoran terpaksa menanggung kerugian sebanyak RM20,000 selepas isteri warga Vietnam yang dikahwininya menerusi seorang ejen haram melarikan diri ketika pulang ke kampung halamannya bulan lalu.
Mangsa, Wong Chee Long, 39, berkata, dia diperkenalkan kepada isterinya, Nguyen Thi Kim Hat, 20, oleh ejen terbabit sebulan sebelum mengikat tali perkahwinan.
Difahamkan, ejen tersebut meminta wang pengurusan daripada Chee Long sebanyak RM20,000 untuk membawa masuk gadis yang dikehendakinya itu dari Vietnam.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=1031&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_10.htm#ixzz2jIKlfhsp 
Hakcipta terpelihara 

17 ditangkap curi penjana elektrik



SEBAHAGIAN daripada penjana elektrik yang berjaya dirampas semula di Pulau Meranti, Puchong, Selangor kelmarin.


SHAH ALAM – Tindakan pantas polis berjaya menemui semula 15 penjana elektrik masing-masing seberat tiga tan bernilai RM300,000 milik Tenaga Nasional Berhad (TNB) yang dilaporkan dicuri dari sebuah gudang di Jalan Ikan Bawal, Telok Gong, Pandamaran, Pelabuhan Klang kelmarin.
Tindakan kurang 12 jam tersebut turut menemui semula dua buah treler jenis Volvo dan Scania bernilai RM300,000 yang turut dilarikan dalam kejadian pada pukul 4.45 pagi itu.
Ketua Polis Selangor, Datuk Mohd. Shukri Dahlan (gambar kecil) berkata, pihaknya menerima aduan daripada seorang pengawal keselamatan di gudang itu yang mendakwa, dia bersama empat lagi pengawal telah diikat oleh pencuri yang memecah masuk premis tersebut.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=1031&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_09.htm#ixzz2jIKOLQ00 
Hakcipta terpelihara 

Rompak, rogol isteri orang: Rambo Bentong tukar pengakuan


2013/10/31
RAUB: Rambo Bentong yang sedang menjalani hukuman penjara berjumlah 133 tahun selain 50 sebatan atas kesalahan rogol, seks luar tabii serta cubaan membunuh anggota polis, hari ini menukar pengakuan kepada tidak bersalah bagi satu pertuduhan merompak dan dua pertuduhan merogol isteri orang di Mahkamah Sesyen di sini.

Rabidin Satir, 42, sebelum ini mengaku bersalah ketika pertuduhan terhadapnya dibacakan di depan Hakim Shahrizat Ismail pada 7 Oktober lalu.
Hari ini, mahkamah sepatutnya mendengar fakta kes serta rayuan tertuduh sebelum menjatuhkan hukuman.

Shahrizat menetapkan 28 November ini untuk sebutan semula kes.

Bagi pertuduhan pertama, Rabidin, dari Kampung Libang Ulu, Tambunan, Sabah didakwa melakukan rompakan sehingga menyebabkan seorang wanita berusia 28 tahun cedera di perumahan Perhutanan Bentong antara 3.50 pagi hingga 4.30 pagi pada 3 November 2012 mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.

Bagi pertuduhan kedua, tertuduh didakwa merogol wanita berkenaan di depan suaminya di tempat dan pada waktu sama manakala pertuduhan ketiga menyebut Rabidin merogol mangsa sekali lagi sehingga meletakkan wanita itu dalam ketakutan serta boleh menyebabkan kematian.

Bagi kedua-dua kesalahan ini, Rabidin didakwa mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara 30 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.
Pendakwaan dikendali Timbalan Pendakwa Raya Atiqah Liyana Syahril.

Sebelum ini, Mahkamah Sesyen Raub menjatuhkan hukuman penjara 133 tahun dan 50 sebatan ke atas Rabidin yang mengaku melakukan empat kesalahan merogol, satu kes liwat dan cubaan membunuh seorang anggota polis antara 2009 dan 2011.

Dia juga ketika ini sedang dibicara Mahkamah Tinggi Temerloh atas pertuduhan membunuh seorang remaja, Annie Kok Yin Cheng, 17, di Lot 4168 Kampung Ketari, Bentong pada 7 Mac 2009. - BERNAMA

Polis tahan lelaki Bolivia telan 36 kondom berisi kokain di KLIA



31/10/2013


KUALA LUMPUR - Trend terbaharu penyeludupan dadah Amerika Latin kini menyaksikan ’keldai dadah’ atau penghantar barangan itu menelan dadah yang diisi ke dalam kondom sebelum terbang ke negara destinasi.
Taktik itu terdedah berikutan tindakan polis menahan seorang lelaki warga Bolivia kerana disyaki cuba menyeludup dadah dengan menelan 36 ketul kondom mengandungi kokain cair, di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada Ahad lalu.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman Datuk Noor Rashid Ibrahim berkata dalam pemeriksaan pada 9.30 pagi itu, polis menahan lelaki berkenaan yang berada dalam keadaan mencurigakan.
"Lelaki itu baru saja tiba di KLIA dari Sao Paulo melalui Dubai. Polis segera membawanya ke Hospital Serdang untuk mengeluarkan dadah itu yang kesemuanya seberat 1.5kg,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Menurut maklumat siasatan, Noor Rashid berkata, kemampuan keldai dadah akan diuji terlebih dulu dengan diberikan keratan lobak merah sebesar saiz kondom untuk ditelan.
"Sindiket dadah juga telah menjalankan ujian supaya bahan buatan kondom tidak larut oleh asid perut dan mampu bertahan lama semasa dadah itu dibawa di dalam badan,” katanya.
Lelaki itu antara beberapa individu warga asing yang ditahan dalam tempoh seminggu kerana kesalahan dadah, dengan nilai rampasan RM2.7 juta.
Selain warga Bolivia itu, turut ditahan dalam operasi di ibu negara dan Pahang ialah dua wanita Vietnam, seorang wanita Kemboja dan dua lelaki Nigeria, kesemuanya berumur antara 25 dan 41 tahun. - Bernama


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=1031&pub=Kosmo&sec=Terkini&pg=bt_14.htm#ixzz2jITgb8E4 
Hakcipta terpelihara 

Mayat berulat ditemui dalam semak

Mayat berulat ditemui dalam semakPenduduk berdekatan memerhatikan lokasi mayat Mohd Napiah ditemui di Kampung Labuh Banting semalam.

KEPALA BATAS - Seorang lelaki yang menghidap tekanan mental ditemui mati di belakang rumahnya di Kampung Labuh Banting pagi, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 11.30 pagi itu, mayat Mohd Napiah Ramli, 45, ditemui dalam keadaan busuk dan berulat serta dipercayai sudah meninggal lebih dua hari lalu.
Kakak ipar mangsa, Halimah Hamzah, 50an berkata, adik mangsa yang hanya ingin dikenali sebagai Isa datang dari Pendang, Kedah semata-mata untuk bertemu dengan mangsa.

“Isa rindu akan abangnya dan dia ke sini untuk menjenguknya sambil bertanya khabar.

“Setibanya di sini, dia mencarinya dalam rumah tetapi tidak ada dan kemudiannya ke kawasan semak di belakang rumah untuk membuang air kecil.

“Dia terkejut tatkala terlihat mayat lelaki dalam keadaan terlentang dan berbau busuk. Walaupun keadaan mayat sudah mereput dan wajah sedikit berubah, namun Isa tahu itu abangnya,” katanya.

Dia berkata, mangsa yang turut menghidap penyakit sawan bekerja sendiri dengan mencari dan menjual buah kelapa.

“Selalunya mangsa ke rumah saya yang terletak berdekatan untuk meminta nasi, namun tidak berbuat demikian sejak dua hari lalu.

“Saya tertanya-tanya ke mana perginya mangsa, namun tidak menyangka dia telah meninggal dunia,” katanya.

Mayat dihantar ke Hospital Kepala Batas untuk bedah siasat.

Mayat bayi ditemui terapung


31 Oktober 2013

KUCHING - Mayat bayi perempuan ditemui terapung di tebing Sungai Sarawak, berdekatan Pelabuhan Sim Kheng Hong, dekat sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Kuching ACP Roslan Bek Ahmad berkata mayat bayi itu ditemui seorang lelaki yang sedang mencari umpan untuk mengail di kawasan berkenaan pada pukul 11.15 pagi.

"Mengikut maklumat awal, bayi itu ditemui dalam keadaan cukup sifat dan masih bertali pusat terapung di bawah jambatan baharu berdekatan Pelabuhan Sim Kheng Hong.

"Mayat dibawa ke Hospital Umum Sarawak untuk dibedah siasat," katanya kepada Bernama di sini. - Bernama

Polis diminta lengkapkan siasatan kes anggota lepaskan tembakan


IPOH 30 Okt. - Kertas siasatan kes seorang anggota polis yang melepaskan tembakan secara tidak sengaja sehingga mencederakan seorang kanak-kanak di Kampung Belanja Kiri, Parit pada 14 Oktober lalu, dipulangkan semula untuk siasatan lanjut pihak polis.
Pejabat Timbalan Pendakwa Raya (TPR) memulangkan semula kertas siasatan kes itu semalam untuk diperbaiki serta bagi menjelaskan beberapa isu bagi memantapkan siasatan.
Timbalan Ketua Polis Perak, Datuk A. Paramasivam berkata, berikutan itu anggota polis yang terlibat belum boleh didakwa.
"Kertas siasatan itu dipulangkan kepada polis dan kita akan siasat serta perkemaskan beberapa perkara berkaitan siasatan kes.
"Ada beberapa isu yang tidak boleh didedahkan, yang perlu dimantapkan sebelum pendakwaan dilakukan," katanya ketika ditemui pemberita semasa meninjau persiapan perayaan Deepavali di Little India, di sini malam tadi.
Dalam kejadian pada 14 Oktober lalu, Mohd. Amar Mohd. Azizi, 10, cedera parah di leher akibat terkena peluru sesat yang dilepaskan secara tidak sengaja oleh seorang anggota polis ketika mengosongkan senjata di tangga rumah mentuanya di Kampung Belanja Kiri.
Murid tahun empat Sekolah Kebangsaan Iskandar Shah, Parit itu selamat menjalani pembedahan berisiko tinggi mengeluarkan sebutir peluru dari kerongkong di Hospital Raja Permaisuri Bainun di sini pada 20 Oktober lalu dan dibenarkan pulang ke rumahnya Khamis lalu.
Dalam perkembangan berkaitan, Paramasivam memberitahu, anggota polis berpangkat Sarjan itu ditahan kerja mulai semalam selepas surat tahan kerja diserahkan kepadanya.
Sementara itu, beliau meminta orang ramai agar tidak bimbang untuk berkunjung ke Little India bagi membeli persiapan Deepavali kerana polis menempatkan anggota yang ramai di situ.
Katanya, setakat ini tiada kes jenayah atau ugutan dilaporkan berlaku di kawasan tersebut kecuali hanya satu kes menjual mercun.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20131031/je_04/Polis-diminta-lengkapkan-siasatan-kes-anggota-lepaskan-tembakan#ixzz2jH2N6NL4
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Samun transformer TNB: 2 treler dirampas, 17 ditahan


SHAH ALAM 30 Okt. - Polis menahan 17 lelaki termasuk sembilan warga asing dipercayai terlibat dalam kes samun 15 buah transformer milik Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan dua buah treler dari gudang sebuah firma logistik di Teluk Gong, Klang dekat di sini semalam.
Ketua Polis Selangor, Datuk Mohd. Shukri Dahlan berkata, seorang daripada mereka ditahan selepas polis menerima laporan daripada pengadu pada pukul 6.30 pagi, di gudang syarikat berkenaan di Jalan Ikan Bawal, Telok Gong kira-kira 12 jam kemudian.
Beliau berkata, tangkapan pertama diketuai Asisten Supritendan Mohd. Ghazali Abdul Jal itu melibatkan orang dalam syarikat iaitu pemandu kenderaan pacuan empat roda berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di premis berkenaan.
"Susulan tangkapan itu polis menyerbu sebuah gudang di Pulau Meranti, Puchong pada hari yang sama dan menahan 16 lelaki dipercayai pekerja gudang tersebut.
"Ketika diserbu kesemua mereka sedang meleraikan komponen yang dicuri. Mereka yang ditahan merupakan warga tempatan dan asing berusia antara 18 hingga 57 tahun iaitu lapan lelaki tempatan, tiga lelaki warga India, warga Sri Lanka (lima) dan seorang Pakistan," katanya dalam sidang akhbar di Pusat Media Polis Kontinjen Selangor hari ini. - UTUSAN ONLINE


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20131030/je_14/Samun-transformer-TNB-2-treler-dirampas-17-ditahan#ixzz2jH2AnrnJ
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Warga emas maut ditetak jiran


MIRI 29 Okt. - Seorang warga emas maut akibat ditetak di bahagian kepala dengan parang oleh jirannya di Rumah Panjang Sigan Inal, Ulu Niah, Batu Niah dekat sini hari ini.
Mangsa, Singgut Chuat, 66, ditemui isterinya dalam keadaan terbaring dan berlumuran darah.
Sebelum kejadian kira-kira pukul 9 pagi, mangsa dalam perjalanan ke ladang kelapa sawit bersama isterinya tetapi singgah sebentar di kebun sayur milik mereka.
Timbalan Ketua Polis Daerah, Supritendan Stanley Jonathan Ringgit berkata, bagaimanapun hanya isteri mangsa pergi kebun tersebut sementara suaminya menunggu di bahu jalan.
"Tiba-tiba isterinya terdengar jeritan mangsa meminta tolong lalu bergegas mencarinya sebelum menemukan lelaki itu terbaring dalam keadaan berlumuran darah di bahagian kepala," katanya di sini hari ini.
Stanley Jonathan seterusnya berkata, sepasukan anggota yang bergegas ke lokasi kejadian sejurus menerima maklumat mendapati mangsa ditetak suspek yang juga jirannya berusia 66 tahun.
"Suspek merupakan jiran mangsa dan tinggal selang beberapa pintu dari rumahnya. Suspek kemudian ditahan di rumahnya pukul 11 pagi dan polis menemukan sebilah parang disyaki digunakan dalam kejadian itu," katanya.
Ujar beliau, pemeriksaan awal mendapati suspek pernah dipenjarakan selama enam tahun atas kesalahan membunuh bapanya sendiri pada 1996.
Katanya, polis masih menyiasat punca kejadian dan tidak menolak kemungkinan motif sebenar adalah berpunca daripada rasa tidak puas hati akibat dendam lama.
"Mayat mangsa dihantar ke Hospital Miri untuk dibedah siasat manakala suspek dibawa ke Balai Polis Pusat Miri untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan," katanya.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20131030/je_02/Warga-emas-maut-ditetak-jiran#ixzz2jGrSX37h
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Bomoh ditembak angkara dendam


KOTA BHARU 30 Okt. - Seorang bomoh cedera akibat terkena dua das tembakan dua lelaki bermotosikal, kira-kira 120 meter dari rumahnya dipercayai akibat dendam di Kampung Sering di sini malam tadi.
Kejadian berlaku kira-kira pukul 7.40 malam ketika mangsa, Lokman Zakaria, 49, memandu kereta berseorangan untuk pulang ke rumahnya.
Dalam kejadian itu, dua lelaki bermotosikal tiba-tiba muncul dan salah seorang daripadanya melepaskan lima das tembakan dan mengenai lengan kiri dan bahu belakang mangsa.
Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Azham Othman berkata, tiga das tembakan itu tersasar mengenai pintu dan cermin belakang kereta Mercedes-Benz milik mangsa.
Beliau berkata, akibat tembakan itu mangsa gagal mengawal kenderaannya dan terbabas lalu merempuh sebatang pokok di bahu jalan manakala dua suspek berkenaan melarikan diri.
"Polis telah mengenai pasti suspek dan sedang berusaha mengesan mereka. Berdasarkan kenyataan mangsa, kejadian bermotifkan dendam akibat perbalahan lama antara mereka," katanya ketika ditemui selepas melawat mangsa di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian hari ini.
Azham berkata, kes itu disiasat mengikut Seksyen Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh dan Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971 kerana memiliki senjata api.
Beliau memberitahu, mangsa yang dirawat kini dilaporkan stabil dan pembedahan untuk membuang peluru yang masih berada dalam badannya akan dijalankan segera.
Sementara itu seorang saksi, Mohd. Anis Othman, 38, memberitahu, dia tiba di tempat kejadian sejurus selepas kejadian tersebut berlaku dan orang ramai mula mengerumuni dan membantu mangsa keluar dari kenderaannya yang terbabas.
Katanya, dia bersama beberapa lagi penduduk kampung menghantar mangsa ke hospital untuk menerima rawatan.
"Dalam perjalanan ke hospital, mangsa ada beritahu saya dia kenal suspek yang menembaknya. Saya juga dimaklumkan oleh penduduk kampung suspek itu dilihat merayau-rayau di kawasan kampung sejak kelmarin," katanya.
Dalam pada itu isteri mangsa, Ramlah Mat Salleh, 44, berkata, suaminya kini stabil dan sudah boleh bercakap walaupun masih dalam keadaan lemah.
Menurutnya, semasa kejadian dia berada di tangga rumah sebelum terdengar bunyi letupan kuat. Pada mulanya dia menyangka kanak-kanak berhampiran rumahnya itu bermain mercun.
Bagaimanapun beberapa minit kemudian, jirannya datang memberitahu suaminya telah ditembak.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20131031/je_03/Bomoh-ditembak-angkara-dendam#ixzz2jGqutdpZ
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Wanita rugi RM110,000 ditipu 'Datin Seri'


PULAU PINANG 29 Okt. - Niat murni seorang wanita untuk membantu mendapatkan pinjaman bagi membayar harga rumah yang mahu dibeli ibu mertuanya berakhir dengan dia kerugian hampir RM110,000 apabila ditipu seorang 'Datin Seri' yang kononnya hendak membantunya untuk membuat pinjaman.
Mangsa, K. Dewi, 39, yang bekerja sebagai pemandu van sekolah berkata, dia terpedaya dengan helah suspek yang mendakwa 'Datin Seri' ketika bertemu semasa menghantar kanak-kanak di sebuah sekolah di Pulau Tikus di sini Mei lalu.
"Dalam pertemuan itu, dia bertanya mengenai tujuan saya ke sebuah bank selepas melihat kelibat saya di situ. Sebaik sahaja diberitahu saya mahu mendapatkan pinjaman, wanita itu terus menyatakan kesudian untuk membantu.
"Saya yang percaya dengan kesungguhan suspek bersetuju sebelum diminta membayar wang sebanyak RM4,000 bagi urusan yuran guaman dan tambahan sebanyak RM2,700 untuk urusan tukar nama rumah yang mahu dibeli," katanya di sini hari ini.
Selepas semua bayaran dilunaskan, tambah Dewi, dia menelefon minta untuk berjumpa dengannya bagi mengambil cek RM50,000 yang kononnya sebagai pinjaman yang telah diluluskan.
Namun, jelasnya, apabila bertemu dia mengatakan cek itu hilang dan memberi cadangan saya menyertai pelaburan bahan lusuh bagi mendapatkan pulangan lebih besar.
"Saya percaya dan mengambil keputusan memajakkan barang kemas milik saya dan yang dipinjam dari kawan-kawan bernilai RM20,000 untuk memulakan pelaburan tersebut," ujarnya.
Tetapi, kata Dewi, setelah menyedari dia benar-benar ditipu, akhirnya dia nekad dan membuat laporan polis di Balai Polis Jalan Patani, di sini Sabtu lalu.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20131030/je_06/Wanita-rugi-RM110000-ditipu-Datin-Seri#ixzz2jGpo232R
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Nahas bas ragut 44 nyawa di India


31 Oktober 2013


NEW DELHI - INDIA. Sekurang-kurangnya 44 termasuk kanak-kanak maut selepas dalam kemalangan di selatan India, menurut pihak berkuasa, kelmarin.

Jurucakap polis, Venkateshwarlu berkata, insiden terbabit berlaku selepas bas membawa 49 penumpang merempuh pembahagi jalan di lebuh raya antara bandar Bangalore dan Hyderabad hingga menyebabkan kenderaan itu terbakar.

"Hanya lima orang termasuk pemandu bas terselamat kerana kebanyakan penumpang sedang tidur ketika kejadian tersebut. Pemandu bas cuba melarikan diri, namun diberkas untuk membantu siasatan," katanya lagi dipetik AFP.

PPUKM bayar RM400,000


Kuala Lumpur: Mahkamah Tinggi di sini, semalam memerintahkan pengarah Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) dan tiga yang lain membayar ganti rugi RM400,000 kepada seorang pesakit kerana melanggar kerahsiaan dan memfitnah.

Pesuruhjaya Kehakiman Vazeer Alam Mydin Meera mengeluarkan perintah itu selepas mahkamah berpuas hati bahawa plaintif, Mohd Zairi Rasidi Abd Hadi, berjaya membuktikan kesnya terhadap empat defendan itu.


Mohd Zairi, 36, adalah pesakit di Klinik Psikiatri PPUKM, memfailkan saman itu tahun lepas menamakan pengarah PPUKM Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang menguruskan dan mengendalikan operasi PPUKM Khairulnizam Nordin dan Zulkefli Mohd Rusly sebagai defendan selepas rekod perubatannya didedahkan kepada pihak ketiga.

Mohd Zairi, yang juga ketua komuniti di kawasan kejiranannya dan aktif dalam aktiviti pencegahan jenayah di Kampung Muhibbah 2 di Puchong, memfailkan saman melanggar kerahsiaan dan memfitnah.


Vazeer dalam keputusannya memerintahkan pengarah PPUKM dan UKM membayar RM200,000 bagi melanggar kerahsiaan manakala dua lagi defendan diarah membayar RM200,000 bagi memfitnah.


Beliau juga memerintahkan semua defendan membayar RM25,000 sebagai kos perundangan plaintif.

Dalam penghakiman ringkasnya, Vazeer berkata, apa yang jelas ialah nama baik plaintif tercemar berikutan pelanggaran kerahsiaan kedua-dua defendan.


Beliau berkata, di sisi undang-undang, pengarah PPUKM dan UKM bertanggungjawab memastikan kerahsiaan maklumat perubatan pesakit dilindungi dan tidak disebarkan.

Vazeer menegaskan profesional perubatan dan hospital perlu menjaga rahsia pesakit dengan serius, jika tidak kepercayaan orang ramai terhadap profesion perubatan dalam menyimpan rahsia maklumat pesakit akan hilang.


“Perlu ada pemeriksaan ketat dalam sistem untuk memastikan pihak tidak bertanggungjawab tidak mempunyai akses kepada sistem itu atau orang yang mempunyai akses tidak menyalahgunakannya,” katanya.


Katanya satu lagi perkara menggusarkan dalam kes ini ialah kegagalan pengarah PPUKM menyiasat aduan plaintif apabila beliau membuat laporan.


Vazeer berkata, pengarah dilihat tidak mengambil serius aduan itu untuk mengarahkan siasatan bagaimana dokumen dicetak daripada sistem dan siapa bertanggungjawab.


“Pelanggaran seumpama itu perlu disiasat segera,” katanya.


Beliau berkata, plaintif juga telah digelar ‘orang gila’ oleh penduduk di kejiranannya.


“Saya sendiri dapat merasai kepedihan dan penderitaan emosinya semasa memberikan keterangan di mahkamah. Masyarakat kita masih belum dapat menerima hakikat seseorang yang berjumpa pakar psikiatri hanya berupa perjumpaan dengan profesional perubatan,” katanya.


Vazeer berkata, plaintif dalam keterangannya berkata, beliau menghidapi kemurungan teruk dan sebab itu beliau mendapatkan rawatan di PPUKM dan beliau kecewa kepercayaan diberi kepada PPUKM untuk merahsiakan rekod perubatannya dilanggar dua defendan itu.


Beliau berkata, dalam perbicaraan pada 23 April tahun lepas, saksi kedua plaintif berkata, beliau nampak dua defendan (Khairulnizam dan Zulkefli) mengedarkan salinan dokumen mengandungi butiran peribadi dan rekod perubatan rawatan plaintif di PPUKM kepada penduduk Kampung Muhibbah dan plaintif sendiri turut menerima salinan dokumen itu.


Vazeer berkata, ini jelas menunjukkan cubaan mereka (Khairulnizam dan Zulkefli) untuk mencemarkan nama baik plaintif.


Beliau berkata, dokumen cetakan komputer dengan tajuk ‘Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia, Maklumat Pesakit’ mengandungi maklumat tarikh temu janji plaintif di Klinik Psikiatri serta jenis ubat diberi kepadanya. - BERNAMA

Artikel ini disiarkan pada : 2013/10/31

Bapa tak bermaya


Kuantan: “Saya mengesyaki bapa dipukau apabila meminta saya mematikan bacaan ayat al-Quran yang dipasang di dalam kereta kerana dia sakit telinga mendengarnya,” kata Mohd Taufik Ismail, anak sulung kepada Pengurus Technoplant FELDA Tementi, Ismail Ramly, 55, yang dilaporkan hilang dari pejabatnya di FELDA berkenaan di Bera pada 25 Oktober lalu.

Ismail ditemui kira-kira jam 2 petang, semalam, oleh Mohd Taufik, 26, dalam keadaan tidak bermaya di KL Sentral, Kuala Lumpur, selepas setengah jam mencari mangsa di situ bersama rakan.


Ketika ditemui, Ismail berada dalam keadaan tersandar di satu sudut berdekatan balai ketibaan KLIA Express.

Mohd Taufik berkata, bapanya seperti orang hilang ingatan apabila langsung tidak mengenalinya selain kelihatan lemah dan tidak bermaya.


“Saya terpaksa membuat helah mengajaknya bersiar-siar sebelum membawanya ke dalam kereta dan menuju ke Balai Polis Batu 9, Cheras.


“Ketika berada di dalam kereta, saya memasang bacaan ayat al-Quran, namun ayah suruh saya tutup kerana dia sakit telinga,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Menurutnya, dia bertindak mencari bapanya di KL Sentral apabila dapat mengesan Ismail membuat panggilan menerusi telefon awam di situ selepas dimaklumkan adiknya, Nurul Hafiza, 20.


“Adik menerima panggilan daripada nombor telefon itu kira-kira jam 1 tengah hari tadi (semalam), namun panggilan itu tidak sempat dijawab.

“Dia percaya ayah yang membuat panggilan itu dan menyerahkan nombor telefon berkenaan kepada saya,” katanya.


Dia yang juga seorang guru di Sekolah Kebangsaan Petri Jaya, Johor, berkata, hasil bantuan seorang rakannya, mereka dapat mengesan panggilan itu dibuat dari KL Sentral.


“Saya dan rakan bergegas mencari ayah di situ dan Alhamdulillah berjaya menemuinya. Apabila ditanya, ayah seperti tidak tahu apa yang berlaku kepadanya,” katanya.


Menurutnya, bapanya kini selamat dan ditempatkan sementara waktu di rumah saudara mereka di Kuala Lumpur.


Mohd Taufik berkata, keluarganya kini berikhtiar mengubati Ismail melalui kaedah perubatan Islam.


Menurutnya, dia yakin Ismail dipukau apabila langsung tidak mengenalinya selain tidak tahu apa yang berlaku dan siapa membawanya ke Kuala Lumpur.


Semalam, Harian Metro melaporkan Ismail hilang selepas keluar dari pejabatnya di FELDA Tementi pada jam 8.30 pagi, 25 Oktober lalu.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/10/31

Marahkan isteri belasah bayi


Oleh Muhaamad Hafis NawawOleh Muhaamad Hafis Nawawi
Subang Jaya: Seorang suami tergamak memukul anak perempuannya yang baru berusia sebulan gara-gara berselisih faham dengan isterinya hingga menyebabkan bayi itu lebam di muka.

Tidak cukup dengan itu, ibu bayi itu yang berusia 38 tahun turut dibelasah suaminya yang berusia 44 tahun dalam kejadian di rumah mereka di Bukit Puchong, di sini, Isnin lalu.


Akibat kejadian itu, kedua-dua beranak itu lebam di muka dan badan.

Bimbang kejadian sama berulang mangsa membuat laporan di Balai Polis Bukit Puchong.


Sumber berkata, sebelum kejadian, pasangan suami isteri itu pada mulanya bertengkar kira-kira jam 1.30 pagi berpunca daripada masalah rumah tangga.


“Bagaimanapun, pertengkaran terbabit bertukar ganas apabila suami mangsa yang hilang kawalan bertindak menampar dan menumbuk muka bayi mereka menyebabkan bayi itu menangis.

“Terkejut dengan tindakan suaminya, mangsa cuba menghalang dan memarahi lelaki itu menyebabkan dia ditumbuk di muka dan ditendang hingga terjatuh,” katanya.


Sumber berkata, tidak cukup dengan itu, lelaki terbabit turut menampar telinga isterinya beberapa kali malah rayuan mangsa supaya suaminya berhenti berbuat demikian turut tidak diendahkan.

“Malah lelaki itu terus membelasah mangsa selama beberapa minit sebelum keluar dari kediaman mereka.


“Mangsa dan anaknya yang cedera kemudian mendapatkan rawatan di klinik berhampiran sebelum membuat laporan polis,” katanya.

Jenayah terancang!

Bukit Kayu Hitam: Mudahnya ‘bocor’. Itu yang berlaku di pintu sempadan negara dengan Thailand terutama di Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) Bukit Kayu Hitam, Kedah yang menjadi laluan sindiket penyeludupan rokok tidak sah.
Berdasarkan tinjauan wartawan Harian Metro selama empat hari di kawasan sempadan, laluan itu yang menjadi pintu masuk utama kontena dan barangan dari Hatyai dan Bangkok dilalui ratusan lori dan kontena setiap hari untuk membawa pelbagai barangan ke negara ini. 
Lori dan kontena yang membawa pelbagai barangan itu kemudian perlu memasuki Pusat Pemeriksaan Import/Eksport Kastam Diraja Malaysia yang terletak di sebelah kiri laluan arah Malaysia untuk pemeriksaan.

Namun, bagi lori yang dipercayai membawa muatan rokok tidak sah, pemandunya akan terus membelok ke kanan memasuki kawasan bebas cukai yang terletak berhampiran pusat pemeriksaan itu.
Foto
ROKOK John turut dijual di dalam kompleks bebas cukai pada harga RM24 sekarton.

Kedudukan kawasan bebas cukai itu hanya kira-kira 100 meter dari pintu sempadan dan terdapat dua pondok Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) di kawasan itu, tetapi ketika tinjauan dilakukan didapati ia tidak beroperasi lagi berdasarkan kedudukan pondok itu yang agak terbiar.

Turut menjadi persoalan, berdasarkan pengalaman wartawan memasuki Malaysia dari Pekan Danok, Thailand menggunakan lorong hijau atau ‘greenlane’, tiada mana-mana pegawai agensi penguat kuasa menahan kenderaan dinaiki kami untuk diperiksa, sekali gus amalan itu berisiko tinggi berlakunya penyeludupan pelbagai barangan larangan termasuk senjata api.

Menurut sumber, sebelum lori atau kontena membawa rokok tidak sah itu memasuki negara ini, sindiket penyeludupan terbabit akan memberhentikan kenderaan berkenaan di pekan Sadao iaitu kira-kira lima kilometer dari pintu sempadan.

“Di pekan itu, lori atau kontena berkenaan akan diparkir di satu kawasan khas yang dilengkapi stor kecil. Di situ, mereka akan menunggu isyarat ‘line clear’ dari tonto yang menunggu di CIQ Bukit Kayu Hitam.

“Apabila mereka mendapat isyarat, lori yang didaftarkan di Thailand itu akan memasuki sempadan dan terus ke kawasan bebas cukai yang terletak berhampiran sebuah ladang sawit Black Forest, Bukit Kayu Hitam.

“Di kawasan bebas cukai itu, rokok tidak sah berkenaan akan dipunggah dan dipindahkan ke dalam lori atau kenderaan tempatan lain yang memang sedia menunggu manakala lori dari Thailand itu pula akan kembali memasuki kawasan sempadan,” katanya.

Katanya, rokok tidak sah yang dipunggah kemudian dibawa ke sebuah gudang di dalam ladang sawit berkenaan yang terletak kira-kira dua kilometer dari kawasan bebas cukai itu.

“Rokok berkenaan akan disimpan di gudang yang diragui statusnya itu kerana tiada papan tanda berdasarkan situasi semasa sebelum ia diangkut mengikut jalan tanah merah ke Ladang Rakyat Laka Temin dengan pelbagai kenderaan termasuk pacuan empat roda, kenderaan pelbagai guna seperti Toyota Alphard, Toyota Vellfire, Toyota Estima dan Naza Ria pada waktu malam.

“Di kawasan Ladang Rakyat Laka Temin juga ada tonto bermotosikal sedia menunggu untuk memastikan ‘keselamatan’ laluan berkenaan untuk ke Kawasan Perindustrian Padang Satu yang menjadi jalan pintas menuju Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS).

“Tonto bertugas akan memberi isyarat lampu sebanyak tiga kali bermakna kawasan ladang selamat sebelum kenderaan penyeludup keluar menuju lebuh raya. Isyarat itu juga merujuk kepada boleh melakukan pemunggahan dan tukar kenderaan di persimpangan keluar ladang itu.

“Selepas barang dipunggah, kotak-kotak tertera alamat atau kertas terkandung sebarang dokumen jual beli akan dibakar di kawasan tanah lapang berhampiran ladang berkenaan bagi melupuskan bukti. Laluan yang digunakan juga terlepas daripada pemeriksaan Unit Pencegahan Penyeludupan (UPP) yang melakukan sekatan jalan raya berhampiran CIQ,” katanya.

Beliau berkata, kawasan Ladang Rakyat Laka Temin yang juga milik Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah (PKNK) itu turut menjadi laluan pemerdagangan manusia yang masuk dari pagar sempadan pekan Danok.

“Sebaik berada dalam negara ini, warga asing kebanyakan warga Thailand, Myanmar, Vietnam dan Kemboja itu akan menetap di penempatan setinggan di kawasan itu sebelum diambil tekong darat untuk ke destinasi masing-masing,” katanya.

Ketika tinjauan dibuat Harian Metro mendapati kerja membaiki pagar dawai dan tembok batu memisahkan ladang sawit Black Forest dan Ladang Laka Temin sedang giat dilaksanakan pihak kontraktor.

Sumber berkata, bagi memastikan kenderaan yang membawa rokok haram bergerak lancar dan tidak diganggu, pihak sindiket dengan rangkaian tonto mereka saling berhubung menggunakan walkie-talkie.

“Perhubungan komunikasi amat penting dalam operasi penyeludupan ini, jika komunikasi gagal maka operasi yang dijalankan juga boleh gagal.

“Bagi memastikan penyeludupan berjalan seperti dirancang, setiap pemandu yang membawa rokok ini akan dibayar upah antara RM600 ke RM700 untuk satu trip berdasarkan jumlah rokok yang dibawa manakala upah pekerja pemunggah barang yang memindahkan rokok tidak sah ke dalam kenderaan termasuk ke dalam lori lain dan kereta pula, akan dibayar antara RM50 hingga RM60

“Bagi kumpulan tonto yang terdiri daripada penduduk tempatan, mereka dibayar upah RM300 untuk satu trip. Pihak sindiket tidak kisah mengeluarkan upah yang tinggi kerana nilai rokok tak sah bagi satu kontena dianggar bernilai RM800,000 manakala jumlah cukainya pula adalah RM4 juta,” katanya.

Beliau berkata, selain itu, kebanyakan tonto menggunakan kenderaan pacuan empat roda bagi memudahkan mereka merempuh kenderaan pihak berkuasa jika diserbu.

“Walaupun ada operasi dijalankan pihak penguat kuasa, namun sindiket penyeludupan ini bagaikan sudah menghidu menyebabkan banyak operasi yang dijalankan menemui kegagalan,” katanya.

Mangsa rogol ditanam berjaya lepaskan diri


Lahore: Selepas ditanam hidup-hidup kerana mendakwa menjadi mangsa rogol, seorang remaja perempuan berjaya menyelamatkan diri dengan menggali keluar dari bawah tanah.

Menurut media, remaja perempuan berusia 13 tahun itu diserang dua lelaki ketika berjalan sendirian di Toba Tek Singh, Punjab.


Mangsa kemudian dirogol sehingga pengsan dan suspek menyangka remaja terbabit meninggal dunia dalam serangan itu.



Jurucakap polis berkata, mangsa kemudian ditanam di kawasan berhampiran.


Bagaimanapun, kata jurucakap polis, remaja terbabit tersedar semula dan berusaha menyelamatkan diri dengan menggali tanah yang menimbus dirinya.


“Beberapa orang yang kebetulan lalu di kawasan berhampiran terdengar jeritan meminta tolong daripada mangsa dan bergegas menyelamatkannya,” katanya.

Dia kemudian dihantar ke hospital untuk dirawat. Pada awalnya mangsa enggan bekerjasama dengan polis kerana mendapat tekanan daripada bapanya.


Dua lelaki kini ditahan pihak berkuasa hasil maklumat diperoleh. - AP

Kemaluan tidak berguna

Hangzhou: Gara-gara kecewa kerana tidak mempunyai pasangan, seorang lelaki memotong sehingga putus kemaluannya sebelum terpaksa menahan kesakitan sambil berbasikal ke hospital untuk mendapatkan rawatan.
Masalahnya, lelaki terbabit bergegas ke situ dengan harapan doktor dapat menyelamatkan kemaluannya tetapi organ berkenaan tidak dibawa bersama.
Dalam kesakitan doktor meminta lelaki terbabit kembali ke rumahnya untuk mengambil anggota sulit berkenaan sebelum ia dapat dirawat.

Malang menimpa Yang Hu tidak berakhir di situ.
Foto
YANG terlantar dalam keadaan berdarah di bahagian sulitnya.

Apabila pemuda berusia 26 tahun terbabit kembali ke hospital bersama kemaluannya, dia terkejut apabila diberitahu ia tidak dapat diselamatkan.

Jurucakap hospital berkata, kemaluan Yang terbiar tanpa darah terlalu lama selepas dipotong.

“Mustahil kami boleh menyambungnya semula,” katanya.

Sementara itu rakan Yang berkata, pemuda terbabit semakin tertekan sejak berpindah dari kampung ke bandar Jianxing untuk mencari kerja.

Walaupun bernasib baik apabila diterima bekerja di sebuah kilang pakaian, Yang kecewa kerana tidak mempunyai teman wanita.

“Yang akhirnya terlalu kecewa dan yakin tiada mana-mana wanita ingin berkawan dengannya,” katanya.

Pada Ahad lalu, Yang pulang dari tempat kerja dalam keadaan amat tertekan dan nekad memotong kemaluannya kerana menganggap ia sudah “tidak berguna” lagi.

“Yang juga percaya tanpa kemaluan, dia tidak lagi memikirkan mengenai teman wanita,” katanya.

Kejadian berlaku kira-kira jam 9 malam.

Sementara itu rakan Yang mengecam tindakan doktor kerana tidak menyediakan ambulans kepada pemuda terbabit selepas mendapati dia cedera parah.- Agensi

Berbual, sikat rambut mayat isteri 36 hari

Berbual, sikat rambut mayat  isteri 36 hariRumah di Taman Damai Perdana, Cheras tempat seorang lelaki menyimpan mayat isterinya selama 36 hari. Kajang: Bagi membuktikan cintanya kepada isteri, seorang lelaki tidak sanggup berpisah, malah tetap menyimpan selain melayan mayat wanita kesayangannya.

Beliau bukan saja menyembunyikan kematian isterinya selama 36 hari, malah dia turut menyikat rambut mayat itu setiap hari kerana menyintai wanita itu.
Kematian Lim Ah Tee, 42, disembunyikan daripada pengetahuan anak tunggal mereka lebih sebulan dengan menyatakan ibunya sakit dan berehat di dalam bilik di tingkat atas kediaman mereka di Taman Damai Perdana di sini.


Perbuatan terbongkar

Bagaimanapun, perbuatan lelaki itu terbongkar selepas abang Ah Tee berkunjung kediaman mereka Sabtu lalu dan menasihatkan adik iparnya melaporkan kejadian kepada pihak polis.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ab Rashid Ab Wahab, berkata suami Ah Tee, Wong Tuck Wei, 40, membakar banyak setanggi, membuka kipas dan tingkap bilik selain meletakkan tuala basah di sekeliling tubuh mayat bagi menghilangkan bau busuk.

“Apa yang peliknya tiada ulat ditemui pada mayat ketika pemeriksaan forensik dibuat. Hanya seekor kumbang ditemui. Keadaan mayat sudah mereput dan daging tertanggal daripada kulit sehingga tinggal tengkorak.
“Namun, keadaan rambutnya kemas dan cantik kerana disikat setiap hari,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Katanya, dalam keterangannya Tuck Wei mendakwa bersembang dengan mayat itu yang diletakkan di atas kerusi menghadap ke luar tingkap setiap hari sambil menyikat rambutnya.

Sindiket seludup tak gentar!


Kuala Lumpur: Pakar Kriminologi, Datuk Akhbar Satar berkata, integriti agensi yang bertanggungjawab terhadap penyeludupan boleh dipersoalkan apabila terjadinya lambakan rokok haram seolah-olah memang ‘dibenarkan’ masuk di negara ini.

Menurutnya, tidak guna memiliki banyak peralatan canggih dan mahal seperti mesin imbasan jika tiada integriti dalam kalangan anggota atau pegawai yang diamanahkan untuk mengendalikannya.
“Saya tak tahulah kebenarannya, tetapi saya dengar agensi tertentu dapat RM30,000 untuk satu kontena rokok haram yang dilepaskan untuk memasuki pasaran negara ini.

“Itu baru bercakap mengenai integriti, belum menyentuh berkenaan hukuman jika ‘tertangkap’. Mengikut peruntukan yang ada, hukuman atau penaltinya yang dikenakan pula hanya denda dan ia mampu dibayar pihak penyeludup pada bila-bila masa kerana mereka memiliki banyak wang.

Foto
AGENSI penguatkuasaan menggagalkan cubaan menyeludup rokok tiruan.


“Sehingga kini, saya tak dengar lagi ada ahli sindiket penyeludup rokok masuk penjara dan dikenakan sebatan.


“Mereka ini langsung tidak ada rasa gentar dengan hukuman yang akan dikenakan sebab itulah mereka bermaharajalela. Malah, sindiket terbabit semakin galak sebab orang berpengaruh turut melindungi mereka. Orang biasa mana ada duit dan kuasa. Ini adalah sindiket membabitkan pulangan berbilion ringgit,” katanya.

Beliau yang juga Presiden Transparency International Malaysia (TI-M) berkata, pihak sindiket juga pandai melakukan helah apabila mewujudkan perniagaan sah sebagai lakonan untuk melakukan kesalahan pengubahan wang haram.

Sementara itu, Ketua Pasukan Penyelidik Tentang Jenayah dan Kepolisan dari Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan Universiti Sains Malaysia (USM), Profesor Madya Dr P Sundramoorthy berkata, kemungkinan pembabitan ‘orang berpengaruh’ melindungi aktiviti penyeludupan juga menyebabkan sindiket tertentu berani melakukan kerja haram itu.

“Sindiket rokok tak sah dan penyeludupan rokok mempunyai rantaian yang kuat sebelum sampai kepada pengguna, tak mustahil ada ‘orang berpengaruh’ turut terbabit bagi melindungi sindiket itu.

“Kerajaan rugi hampir RM 2 bilion, itu adalah jumlah yang besar. Kek pasaran di Malaysia masih luas, sebab itu banyak kumpulan masuk dan menjadi masalah apabila dalam persaingan merebut pasaran itu, mereka bertindak tamak hingga sanggup melakukan apa saja termasuk jenayah.

“Bukan saja ancaman kepada pegawai penguat kuasa, malah sesama mereka. Contohnya, dua tahun lalu di Pulau Pinang, seorang lelaki dikerat-kerat hingga mati oleh kumpulan lain akibat perebutan kawasan.

“Orang ramai tak sedar, perniagaan dengan pulangan berjuta malah berbilion Ringgit yang dilakukan menerusi pasaran gelap itu adalah antara akar kepada jenayah pergaduhan sehingga pembunuhan yang berlaku di negara ini,” katanya.

Untuk rekod, sepanjang tahun lalu, hampir lapan bilion rokok haram berada di pasaran Malaysia dan sindiket menguasai 35 peratus pasaran rokok tempatan.

Menurutnya, justeru, orang yang membeli produk rokok haram secara tak langsung menyumbang kerugian untuk negara termasuk dari segi ekonomi dan sosial, tetapi pada masa sama memberi keuntungan kepada sindiket.

Beliau berkata, kegiatan rasuah juga berleluasa disebabkan sindiket penyeludupan termasuk rokok yang mempunyai kuasa wang itu menganggap boleh ‘membeli’ pegawai agensi yang terbabit dalam pembanterasan jenayah itu.

“Apa pun kena ada usaha bersepadu dan telus antara semua agensi kerajaan. Orang ramai turut berperanan, jika tidak kita akan kalah dalam peperangan terhadap sindiket penyeludupan itu,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/10/31

Perjalanan akhir tiga jemaah

Perjalanan akhir tiga jemaahTiga jemaah yang baru pulang menunaikan haji di Makkah maut selepas van dinaiki merempuh belakang lori membawa muatan bijih besi.

Tiga jemaah haji terbunuh nahas berhampiran susur keluar Tol Gambang

Kuantan: "Tunggu mak balik, mak dah nak sampai.” Demikian perbualan telefon terakhir Fatimah Said, 63, dengan anaknya, Sulaini Sidek, setengah jam sebelum meninggal dunia dalam kemalangan kira-kira empat kilometer ke susur keluar Tol Gambang, Lebuhraya Pantai Timur (LPT), awal pagi semalam.
Fatimah terbunuh bersama dua jemaah haji lain yang juga dua beranak, Zainab Awang Hassan, 59 dan Kamaruddin Ab Rahman, 43, dalam kejadian kira-kira jam 3.40 pagi. Mereka menggunakan khidmat agensi haji yang sama.


Mereka yang cedera dalam kejadian di Kilometer 210.2 Lebuhraya Pantai Timur (LPT) arah ke Kuantan, dekat Gambang ialah isteri Kamaruddin, Tuan Mazlinawati Tuan Abdullah, 40, seorang lagi jemaah haji, Rokiah Ibrahim, 64, dan pemandu van, Robaie Roslan, 45.

Setiap hari 60 orang bankrap di negara ini - Nancy





31/10/2013

PUTRAJAYA - Sebanyak 60 orang diisytiharkan bankrap setiap hari di negara ini dengan golongan berumur 35 hingga 44 tahun mencatatkan angka tertinggi iaitu 34.31 peratus, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Nancy Shukri.

Katanya kumpulan kedua tertinggi ialah berumur 45 hingga 54 tahun sebanyak 26.49 peratus, 25 hingga 34 tahun 20.09 peratus serta 55 tahun dan ke atas 11.77 peratus.

"Sehingga September (tahun ini sahaja) sebanyak 16,306 orang diisytiharkan bankrap dan jumlah kes tersebut terus meningkat setiap tahun. Dari 2007 hingga September tahun ini pula, seramai 116,488 orang diisytiharkan bankrap,” katanya.

Nancy berkata demikian dalam sidang media selepas menyampaikan sijil pelepasan kebankrapan kepada 30 orang, di sini hari ini yang turut dihadiri Ketua Pengarah Jabatan Insolvensi Malaysia (MdI) Rohana Abd Malek.

Katanya, sejak MdI ditubuhkan pada 1924 hingga September tahun ini, sebanyak 251,209 orang disahkan bankrap, dan daripada jumlah tersebut hanya 28 peratus sahaja telah mendapatkan khidmat nasihat MdI bagi meneruskan pentadbiran kes, manakala selebihnya tidak dapat dikesan.

Mengulas lanjut, Nancy berkata kebankrapan bukan penghujung hidup sebaliknya ia boleh menjadi pelindung apabila seseorang gagal untuk membayar hutangnya kepada pemiutang atas pelbagai faktor. - Bernama



Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=1031&pub=Kosmo&sec=Terkini&pg=bt_15.htm#ixzz2jIUTkorR
Hakcipta terpelihara 

Lelaki hantar surat berisi peluru ditahan


Georgetown: Rahsia di sebalik identiti lelaki misteri yang menghantar sepucuk surat masing-masing berisi sebutir peluru kepada tiga lelaki berlainan dalam peti surat masing-masing di Jalan Delima, Island Glades, minggu lalu terjawab apabila suspek ditahan dalam pemeriksaan di Batu Feringghi di sini, semalam.

Suspek berusia 43 tahun itu ditahan jam 1.30 pagi oleh sepasukan anggota Jabatan Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Kontinjen negeri hasil maklumat dan intipan dilakukan sejak beberapa hari lalu.


Timbalan Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk A Thaiveegan berkata, polis mengesan identiti suspek termasuk nombor telefon bimbit digunakan untuk mengarahkan mangsa memasukkan sejumlah wang kepadanya.

Menurutnya, polis masih meneruskan siasatan untuk mengenal pasti bekalan peluru diperoleh suspek.

Padah ugut guna kapak


Kuala Lumpur: Gara-gara menggugut seorang suri rumah dengan sebilah kapak kerana mendakwa wanita itu menyorokkan tunangnya, pembantu kedai makan didenda RM2,000 oleh Mahkamah Majistret di sini, semalam.

Majistret Saifulakmal Said membuat keputusan itu terhadap Saiful Ari, 25, selepas tertuduh mengaku salah terhadap pertuduhan itu.
Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa melakukan ugutan jenayah dengan memegang sebilah kapak terhadap Siti Zulaiha Abdullah, 20, dengan niat menyebabkannya berasa cemas di sebuah rumah di Taman Sungai Besi, Cheras, di sini pada jam 1.20 pagi, 28 Oktober 2013.

Dia didakwa mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

15 warga asing ditahan Jabatan Imigresen


GELANG PATAH: Seramai 15 warga asing berumur antara 24 hingga 49 tahun ditahan Jabatan Imigresen Johor dalam empat serbuan berasingan terhadap empat rumah di sekitar Kampung Baru Gelang Patah di sini, jam 1.15 pagi tadi.

Tangkapan membabitkan tujuh warga Indonesia dan lapan warga Vietnam.

Kesemuanya didapati melakukan kesalahan mengikut Akta Imigresen iaitu tidak mempunyai dokumen perjalanan diri sah serta tinggal lebih masa.

Pada operasi itu, tiga wanita warga Vietnam didapati tidur di atas siling rumah kerana bimbang ditahan.


Pemeriksaan mendapati ketiga-tiganya tidak mempunyai pasport sah.


Kesemua yang ditahan bekerja di beberapa kilang di sekitar Gelang Patah dan sudah tinggal di rumah sewa masing-masing sejak beberapa bulan lalu.

Pensyarah didakwa terima suapan


IPOH: Seorang pensyarah Matematik Institut Teknologi Perak didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini kerana meminta dan menerima suapan berjumlah RM1130 daripada dua pelajar, tiga tahun lalu.

Tertuduh, Wong Chee Wai, 41, berdepan lima pertuduhan meminta dan menerima wang berkenaan sebagai syarat untuk menaikkan markah penilaian peratusan subjek Matematik.


Tertuduh yang turut mempunyai seorang anak kelainan upaya (OKU) mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan.

Hakim Madihah Harullah menetapkan jaminan RM27,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 4 Disember ini sebagai sebutan semula kes.

Bekas pemandu didakwa bunuh abang ipar


JASIN: Seorang bekas pemandu di Jabatan Perdana Menteri dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, sebentar tadi, atas tuduhan membunuh abang iparnya sendiri di sekitar Merlimau, Ogos tahun lalu.

Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh, Khairul Nordin, 42.
Sebutan semula kes ditetapkan pada 2 Disember depan.

Pelajar Sudan maut dipukul dua lelaki Afrika


SEREMBAN 31 Okt. - Seorang pelajar warga Sudan meninggal dunia hari ini selepas enam hari koma dipercayai akibat dipukul oleh dua lelaki Afrika di Bandar Baru Nilai dekat sini Sabtu lalu.
Mangsa, Alaeldin Alfatih, 20, disahkan meninggal dunia kira-kira pukul 9 pagi ketika mendapatkan rawatan lanjut di Hospital Tuanku Ja'afar (HTJ) di sini akibat cedera parah di kepala.
Ketua Polis Daerah Nilai, Supritendan Mohd. Yusof Awang berkata, mangsa yang menuntut di sebuah kolej swasta di Nilai dikejarkan ke hospital pada pagi Sabtu lalu selepas dijumpai tidak sedarkan diri oleh rakan-rakannya.
Katanya, dalam kejadian kira-kira pukul 4.30 pagi itu, mangsa dikatakan dipukul dengan botol arak oleh dua lelaki Afrika yang tidak dikenali ketika berjalan kaki berhampiran kolejnya.
"Mangsa sempat melarikan diri dan terus pulang ke asrama tetapi tidak lama kemudian dia dijumpai tidak sedarkan diri sebelum dikejarkan ke HTJ.
"Pelajar itu yang cedera parah di kepala koma selama enam hari sebelum disahkan meninggal dunia pagi ini," katanya ketika dihubungi hari ini.
Menurut Mohd. Yusof, polis sedang mengesan dua lelaki Afrika yang terlibat dalam kejadian ini dan kes ini disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
Sementara itu, bapa mangsa, Alfatih Mahmud, 52, yang ditemui di HTJ berkata, dia tiba di negara ini bersama isteri pada Ahad lalu selepas dimaklumkan oleh pihak kolej berhubung keadaan anaknya itu.
Beliau yang merupakan seorang peniaga alat ganti kereta di Oman memberitahu, anaknya belajar di kolej berkenaan lebih setahun lalu dalam jurusan Diploma Kejuruteraan Penyelengaraan Pesawat.
"Apabila tiba saya sangat sedih melihat anak kedua saya daripada tiga beradik ini sudah tidak sedarkan diri. Saya reda dengan pemergiannya tetapi saya memohon kerjasama pihak berkuasa agar segera menangkap pembunuh anak saya," katanya sedih.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20131101/je_08/Pelajar-Sudan-maut-dipukul-dua-lelaki-Afrika#ixzz2jQo8zjVD
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Tauke ‘Fly By Night’ didakwa

Melaka: Pemilik syarikat ‘Fly By Night’ dihadapkan ke dua Mahkamah Majistret berasingan di sini, semalam bagi menghadapi 29 tuduhan memperdaya 12 pembekal membabitkan pembelian barangan bernilai lebih RM645,000 di sekitar negeri ini antara Julai hingga September lalu.
Christopher Wong @ Cheng Heng Yee, 53, dari Taman Maluri, Kuala Lumpur bagaimanapun mengaku tidak bersalah bagi 18 pertuduhan di depan Majistret Ida Rahayu Sharif dan 11 pertuduhan di depan Majistret Syajaratudur Abd Rahman.

Bagi semua pertuduhan, dia bersama seorang lagi yang masih bebas didakwa bersubahat memperdaya 12 pembekal sehingga mendorong mereka menyerahkan barangan berjumlah RM645,472.67 di Syarikat Usaha Astana Sdn Bhd, Taman Teknologi Cheng di sini, antara 31 Julai hingga 11 September lalu.
Christopher didakwa mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara antara satu dan 10 tahun, sebatan dan denda jika sabit kesalahan.

Pendakwaan masing-masing dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nor Shazwani Ishak dan Mohd Safri Mohammed Na’aim manakala tertuduh tidak diwakili peguam bela.

Christopher merayu kos jaminan rendah dikenakan dengan alasan perlu menanggung ibunya yang tua selain hanya bekerja di hotel dengan pendapatan RM1,200 sebulan.
Ida Rahayu membenarkan dia diikat jamin RM29,000 bagi 18 pertuduhan manakala Syajaratudur menetapkan ikat jamim RM33,000 bagi 11 pertuduhan lain.

Sebutan semula kes masing-masing ditetapkan pada 27 November dan 2 Disember depan.

Bekas Ketua Pengarah Imigresen dipenjara 6 tahun kerana rasuah

KUALA LUMPUR: Bekas Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Wahid Md Don, dipenjara enam tahun dan denda RM300,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini, tadi atas tuduhan menerima rasuah berjumlah RM60,000, lima tahun lalu.
Keputusan itu diputuskan Hakim Rosbiahanin Arifin selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan.
Wahid, 59, turut berdepan hukuman penjara 12 bulan sekiranya gagal membayar denda itu.

Mahkamah bagaimanapun tidak membenarkan permohonan penangguhan pelaksanaan hukuman penjara ke atas tertuduh.
Foto
WAHID (tengah) didakwa menerima suapan RM60,000. FOTO Effendy Rashid

Wahid didakwa menerima suapan RM60,000 daripada seorang ahli perniagaan, Datuk Low Chang Hian sebagai bayaran meluluskan permohonan bagi 4,337 pekerja Bangladesh memasuki Malaysia pada 10 Julai 2008, jam 10.15 malam di rumahnya, Jalan Lembah Ledang, Jalan Duta, Kuala Lumpur.

Beliau didakwa di bawah Seksyen 11(a) Akta Pencegahan Rasuah 1997.

Video siar lelaki Arab memukul pekerja asing


Sedutan video menunjukkan, seorang suami (kiri) bertindak memukul seorang pekerja asing selepas lelaki itu memandang isterinya di Arab Saudi, baru-baru ini. - Agensi
RIYADH 29 Okt. - Aktivis hak asasi manusia di Arab Saudi mengecam satu video yang memaparkan seorang lelaki di negara ini sedang memukul seorang pekerja asing kerana didakwa memandang isterinya.
Dalam rakaman video itu, seorang lelaki pekerja asing yang memakai baju berwarna jingga dilihat terbaring di hadapan seorang lelaki Arab yang memakai jubah putih.
Pekerja asing yang dipercayai berasal dari Asia itu kelihatan menangis selepas ditampar dan dipukul di muka berulang kali.
Menurut laman web berita al-Arabiya, lelaki Arab itu menuduh pekerja asing itu berbual dengan isterinya.
Mangsa turut dipukul dengan tali pinggang, ditendang, dicekik, sambil dia meraung kesakitan.
Rakaman yang diambil oleh orang ketiga itu dan disebarkan di Internet telah mengundang kecaman daripada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Arab Saudi.
Jurucakap Suruhanjaya itu, Ibrahim al-Shadi berkata, mereka telah menerima banyak aduan tentang insiden tersebut dan menyifatkan tindakan itu sebagai melanggar hak keselamatan serta maruah mangsa.
Katanya, perbuatan itu juga bertentangan dengan hukum syariah dan mereka kini sedang menyiasat kes berkenaan.
Setakat ini identiti suspek serta lokasi kejadian masih tidak diketahui. - AGENSI


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20131030/lu_09/Video-siar-lelaki-Arab-memukul-pekerja-asing#ixzz2jF4ZF458
© Utusan Melayu (M) Bhd