Search This Blog

Wednesday, October 30, 2013

Polis kesan individu pertama sebar gambar mangsa tembak


SHAH ALAM 30 Okt. - Polis sedang mengesan individu pertama yang bertanggungjawab menyebarkan gambar mayat pegawai wanita selepas ditembak pengawal keselamatan di sebuah bank di Subang Jaya pada 23 Okt lepas.
Ketua Polis Selangor, Datuk Mohd. Shukri Dahlan berkata, siasatan menyeluruh sedang dijalankan dengan fokus utama mengesan individu pertama yang menyebarkan gambar mangsa sehingga berleluasa di laman sosial.
Beliau berkata, polis juga akan menyiasat petugas bank terbabit memandangkan gambar yang disebar adalah dari rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di premis itu.
"Kita masih siasat dari mana asal penyebaran gambar ini malah kita juga sudah ambil rakaman percakapan dua anggota polis. Kita akan lakukan siasatan terperinci," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor hari ini.
Dalam kejadian itu, Norazita Abu Talib, 37, ditembak dengan senjata api jenis 'pump gun' oleh suspek ketika mangsa membuka peti besi di bilik kebal bersama-sama seorang lagi pegawai bank.
Suspek kemudian melarikan sejumlah RM450,000 dari bilik kebal itu.
Rakaman video selama 32 saat, yang dipercayai sedutan CCTV memaparkan insiden itu, juga tersebar di laman sosial.
Bagaimanapun, Mohd. Shukri enggan mengulas lanjut berkaitan suspek namun mengesahkan 11 individu, termasuk tiga anggota keluarga lelaki itu, ditahan bagi membantu siasatan setakat ini. - BERNAMA


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20131030/je_13/Polis-kesan-individu-pertama-sebar-gambar-mangsa-tembak#ixzz2jD9pEAjK
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Lelaki ditahan buat 15 ugutan guna peluru


GEORGE TOWN 30 Okt. - Polis menahan seorang lelaki di sebuah kelab di Batu Ferringhi di sini awal hari ini kerana dipercayai terbabit dalam 15 kes ugutan menggunakan peluru.
Timbalan Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk A. Thaiveegan berkata, suspek yang berumur 43 tahun itu ditahan pada pukul 1.30 pagi.
"Dia disyaki menjadikan ahli perniagaan sebagai sasarannya dengan menghantar nota ugutan yang turut disertakan peluru untuk meminta wang.
"Dalam nota itu, suspek akan meminta mangsa memasukkan sejumlah wang ke dalam akaunnya," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Thaiveegan berkata, polis menerima laporan dari 25 Okt hingga 28 Okt lalu di sekitar daerah Timur Laut mengenai kegiatan suspek dan polis turut menyiasat dari mana suspek memperoleh peluru-peluru itu. - BERNAMA


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20131030/je_12/Lelaki-ditahan-buat-15-ugutan-guna-peluru#ixzz2jD95aAZa
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Penghantar cepat didakwa ragut pelancong


KUALA LUMPUR 29 Okt. - Seorang penghantar cepat mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tuduhan meragut seorang pelancong wanita warga Arab Saudi di hadapan sebuah hotel di ibu kota, seminggu lalu.
Sholikun Amin Mat Mukri, 22, dari Ampang di sini didakwa bersama seorang lagi yang masih bebas merompak dengan cara meragut sebuah beg tangan berwarna putih dan coklat jenama Yuejin milik Hend Al Ajeeb.
Perbuatan itu didakwa dilakukan tertuduh di hadapan Prince Hotel, Jalan Conlay di sini pada pukul 2.20 petang, 22 Oktober lalu.
Beg tangan tersebut mengandungi seunit iPhone 4S, satu peket kertas tisu, dua tiket penerbangan Emirates, sebuah dompet warna hitam jenama Gucci, satu kad bilik hotel dan wang tunai RM250 yang kesemuanya dianggarkan bernilai RM1,500.
Pendakwaan terhadap lelaki itu dikemukakan mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan boleh dikenakan sebatan.
Timbalan Pendakwa Raya, Shashita Mohamed Hanifa yang mengendalikan pendakwaan tidak menawarkan jaminan memandangkan kes itu adalah serius.
Peguam A. Krishna Veni yang mewakili tertuduh bagaimanapun memohon mahkamah membenarkan anak guamnya diikat jamin atas alasan tertuduh merupakan anak tunggal dan perlu menjaga ibunya yang menghidap penyakit jantung.
Hakim Azwarnida Affandi kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan sebutan semula kes pada 29 November ini untuk serahan dokumen.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Mahkamah/20131030/ma_02/Penghantar-cepat-didakwa-ragut-pelancong#ixzz2jD8m4Syl
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Suami isteri didakwa seleweng lebih RM1 juta


PETALING JAYA 29 Okt. - Sepasang suami isteri mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas 23 pertuduhan menyalahgunakan serta melakukan pecah amanah wang syarikat melibatkan kerugian lebih RM1 juta, lima tahun lalu.
Wong Yeong Chai, 39, sebagai pengarah pembinaan di syarikat MJ Concept Sdn. Bhd. didakwa atas 14 pertuduhan menyalahgunakan harta syarikat dengan memindahkan wang majikannya itu melalui 14 keping cek berasingan kepada syarikat miliknya, CJ Concept Sdn. Bhd.
Kesemua 14 pertuduhan itu didakwa dilakukan di di No. 29, PUJ 2/29, Taman Puncak Jalil, Bandar Seri Putra Permai, Seri Kembangan di sini pada 19 Januari 2009.
Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebat dan boleh didenda jika sabit kesalahan.
Sementara isterinya, Tee Siok Lan, 39, yang bekerja sebagai eksekutif akaun di syarikat yang sama didakwa atas sembilan pertuduhan melakukan pecah amanah dengan mengambil wang milik majikannya untuk kegunaan sendiri.
Perbuatan itu didakwa dilakukan pada 22 September 2008 di tempat yang sama.
Siok Lan didakwa mengikut Seksyen 408 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 14 tahun dan sebat serta boleh didenda.
Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Dalira Din manakala pasangan tersebut tidak diwakili peguam bela.
Dalam rayuan untuk mengurangkan jumlah jaminan yang ditawarkan oleh pihak pendakwaan, pasangan itu memberi alasan bahawa mereka tidak berkemampuan serta terikat dengan banyak hutang.
“Kami juga terpaksa berpindah dari satu tempat ke satu tempat yang lain kerana sering diganggu ah long. Kalau Yang Arif (Hakim) tidak memberi jumlah ikat jamin yang munasabah kami terpaksa duduk di penjara,’’ kata Siok Lan.
Hakim Abu Bakar Manat kemudian membenarkan Yeong Chai diikat jamin RM97,000 bagi kesemua 14 pertuduhan manakala isterinya RM36,000 bagi kesemua sembilan pertuduhan, masing-masing dengan seorang penjamin.
Mahkamah juga memerintah pasport kedua-dua tertuduh diserahkan ke mahkamah sebagai syarat tambahan.
Sebutan kes ditetapkan pada 28 November ini.

Pelajar Nigeria kena 14 tahun miliki syabu


2013/10/30
Seremban: Seorang pelajar Nigeria dijatuhkan hukuman penjara 14 tahun dan 10 sebatan oleh Mahkamah Tinggi semalam, selepas didapati bersalah memiliki 110.33 gram syabu, dua tahun lalu.

Hakim Datuk Siti Mariah Ahmad menjatuhkan hukuman itu terhadap pelajar sebuah kolej swasta di Mantin, Nwafor Chigozie, 38, selepas pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah kes pendakwaan. 

Kes tembak pegawai bank: Polis klasifikasi suspek penjenayah berbahaya


2013/10/30
Kuantan: Polis mengklasifikasikan suspek kes tembak Pegawai Operasi AmBank cawangan USJ Sentral, Subang Jaya, Rabu lalu, sebagai penjenayah berbahaya kerana masih memiliki senjata pump gun.

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd Bakri Zinin (gambar), berkata, pasukan khasnya juga bekerjasama dengan polis di setiap negeri termasuk anggota keselamatan yang menjaga sempadan negara bagi memastikan suspek tidak dapat meloloskan diri.
Beliau berkata, buat masa ini, pihaknya belum memerlukan bantuan polis antarabangsa (Interpol) bagi memburu suspek berusia 36 tahun yang menembak mati Norazita Abu Talib, 37, Rabu lalu.

“Suspek ini penjenayah berbahaya dan boleh bertindak agresif sehingga membahayakan keselamatan orang awam. Jadi, orang ramai diminta menghubungi polis jika mempunyai maklumat bagi memastikan suspek diberkas.

“Kita perlukan bantuan orang ramai bagi mempercepatkan siasatan kes ini dan berdasarkan pengamatan, kita percaya suspek masih berada dalam negara dan kita akan jejak sampai berjaya menangkapnya,” katanya

selepas menghadiri Mesyuarat Penyelarasan Sempena Persidangan Agung Pusat Persatuan Pegawai Kanan Polis/Cawangan Pegawai Diwartakan (PPKP/CPW), Persatuan Pegawai Kanan Polis/Cawangan Inspektor (PPKP/CI) dan Persatuan Pegawai Rendah Polis (PPRPD) Ke-86, semalam.

Turut hadir, Ketua Polis Pahang, Datuk Sharifuddin Ab Ghani.

Kes tembak pegawai bank: 11 kena tahan bantu siasatan


2013/10/30
Kuala Lumpur: Seramai 11 individu dipercayai ahli keluarga dan rakan suspek utama kes pembunuhan kakitangan AmBank ditahan sehingga kini, di dua negeri bagi membantu siasatan berhubung kes berkenaan.

Semua suspek iaitu lima perempuan dan enam lelaki berusia 24 hingga 44 tahun itu ditahan di Selangor dan Johor termasuk tiga daripada mereka ditangkap ketika hari pembunuhan itu.
Timbalan Ketua Polis Selangor, Datuk Abdul Rahim Jaafar, ketika mengesahkan perkara itu berkata, tangkapan terbaru membabitkan seorang lelaki di Johor petang kelmarin, manakala yang lain ditangkap di Selangor.

Warga Indonesia

“Semua mereka yang juga warga Indonesia ditahan bagi membantu siasatan polis kerana percaya individu terbabit turut mempunyai kaitan dalam kejadian pembunuhan Rabu lalu.

“Siasatan sehingga kini masih dijalankan dan beberapa lagi individu lain termasuk suspek utama masih menjadi buruan polis,” katanya ketika dihubungi BH, semalam.

Dalam kejadian di USJ Sentral, Subang Jaya pada jam 6.20 petang, Rabu lalu, kakitangan AmBank, Norazita Abu Talib maut ditembak di kepala dari jarak dekat oleh pengawal keselamatan tempat kerjanya.
Suspek kemudian melarikan wang tunai RM450,000 dari bilik kebal berkenaan yang sebelum itu dibuka mangsa untuk menyimpan wang.

FB suspek jadi tumpuan

Akhbar semalam melaporkan, akaun Facebook dipercayai milik suspek utama pembunuhan itu mula menjadi perhatian orang ramai sejak Ahad lalu.

Laman itu yang menggunakan nama Ardi Ode Putra Katela menggunakan gambar profil mirip wajah suspek yang diedarkan polis sejurus pembunuhan berlaku.

Ditanya sama ada suspek utama sudah melarikan diri ke negara jiran melalui jalan tikus sejak kes berkenaan, Abdul Rahim menolak andaian berkenaan, sebaliknya beliau menjelaskan suspek dipercayai masih berada di sekitar Lembah Klang.

Katanya, ia berdasarkan kawalan ketat di semua pintu sempadan sama ada laluan tikus atau laluan utama, sekali gus menghalang buruan polis itu meloloskan diri.

Dibelasah 10 pelajar senior

Dibelasah 10 pelajar seniorAhmad Hasbullah kini dirawat di Hospital Jempol, lebam di badan selain dikhuatiri mengalami pendarahan dalaman selepas dipukul, disepak, ditendang dan ditampar oleh pelajar senior. 

Bandar Seri Jempol: Seorang pelajar Tingkatan Satu sebuah sekolah berasrama penuh dekat sini, cedera parah selepas dipukul, disepak, ditendang dan ditampar 10 pelajar senior sekolah sama, Ahad lalu

Ahmad Hasbullah Mohd Yusoff, 13, yang diserang selepas didakwa mencuri dompet mereka kini dimasukkan ke hospital di sini dan dikhuatiri mengalami pendarahan dalaman.
Dalam kejadian kira-kira jam 5 petang itu, pelajar senior terbabit turut menyimbah air longkang ke muka mangsa hingga muntah.


Ibu mangsa, Suraya Harun, 43, berkata anaknya sedang bersiap untuk mandi apabila didatangi dua pelajar senior dan menuduhnya mencuri dompet mereka.

“Apabila dia enggan mengaku bersalah, mereka mengheret anak saya ke sebuah bilik yang dipenuhi pelajar Tingkatan Lima lain.

Enggan mengaku

“Anak saya kemudian dipaksa mengaku mencuri dompet dan apabila enggan mengikut kehendak mereka, dia dipukul, ditendang dan ditampar bertubi-tubi,” katanya.
Suraya berkata, serangan terhadap anaknya berlanjutan kira-kira 30 minit dan hanya dihentikan apabila pengawal keselamatan sekolah itu mengarahkan pelajar Tingkatan Lima terbabit bersurai.

Beliau berkata, pihak sekolah kemudian menghubungi suaminya dan meminta menghantar Ahmad Hasbullah ke Hospital Jempol.

“Kejadian itu menyebabkan anak saya kini trauma. Dia enggan bercakap dan berubah menjadi pendiam,” katanya yang turut bimbang apabila doktor memberitahu anaknya mungkin mengalami pendarahan dalaman kerana tidak dapat makan dengan normal dan kerap muntah.

“Saya mendapat tahu bahawa ini bukan kali pertama dia dibuli, tetapi sebelum ini menganggap perbuatan berkenaan sebagai perkara biasa di asrama,” katanya yang membuat laporan kejadian itu di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Jempol pada hari sama.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Jempol, Deputi Superintendan Tukiman Seriman mengesahkan kejadian itu yang disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan.

“Polis mengambil keterangan 10 pelajar Tingkatan Lima dan setakat ini, lima daripada mereka mengaku memukul mangsa,” katanya.

Atuk nyaris dibelit ular sawa

Atuk nyaris dibelit ular sawa
Mohd Shahrizan (dua, kiri) menunjukkan ular sawa batik yang cuba menyerang seorang warga emas di Parit Sulong

BATU PAHAT – Seorang warga emas dari Kampung Parit Jidin, Parit Sulong, di sini, nyaris dibelit seekor ular sawa batik ketika cuba menangkap reptilia berkenaan yang berada dalam reban ayam miliknya, awal pagi semalam.

Detik cemas itu berlaku sekitar jam 8.15 pagi apabila warga emas terbabit mendengar bunyi bising dari rebannya yang terletak di belakang rumah.

Mangsa, Sagiman Samad, 65, berkata, dia segera meninjau rebannya untuk mengetahui punca bunyi bising itu meskipun enggan ambil peduli pada mulanya.

Menurutnya, dia terkejut apabila mendapati seekor ular sawa sedang membelit dan hampir menelan seekor ayamnya.

“Saya terkejut melihat ular sawa itu dan cuba menguisnya dengan kayu untuk menghalaunya, tetapi ular itu bertindak balas dengan cuba menyerang saya.

“Nasib baik saya sempat mengelak, jika tidak, saya akan dibelit. Kemudian saya terus menghubungi Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) setelah mendapati ular itu masih berada dalam reban,” katanya.

Pemangku Pegawai Pertahanan Awam Daerah Batu Pahat, Mohd Shahrizan Ab Aziz berkata, pasukannya menerima panggilan daripada warga emas berkenaan kira-kira jam 8.30 pagi.

Katanya, empat anggota ke lokasi kejadian dan mendapati seekor ular sawa batik sepanjang tiga meter dengan berat kira-kira 25 kilogram sedang cuba menelan seekor ayam yang telah mati.

“Anggota saya berjaya menangkap ulat ini dalam masa 10 minit. Pada awalnya, ular berkenaan cuba melawan, namun ruang yang agak sempit dalam reban berkenaan membuatkannya tidak dapat banyak bergerak.

“Saya dapat katakan yang ular sawa ini tidak agresif untuk melawan dan ular berkenaan akan diserahkan ke Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) untuk tindakan selanjutnya.

“Saya dan pasukan JPAM daerah menyeru kepada orang ramai agar dapat menghubungi pasukan kami apabila mengadapi sebarang ancaman binatang berbisa termasuklah ular dan tebuan di talian 999,” katanya.

Beliau berkata, sehingga kini, pasukannya telah berjaya menangkap lebih 50 ular pelbagai jenis termasuklah ular sawa dan ular tedung.

14 korban ribut di Eropah

14 korban ribut di EropahSebatang pokok menghempap kenderaan di terusan Ruysdaelkade, Amsterdam. - Foto AFP 

London: Sekurang-kurangnya 14 orang terbunuh selepas ribut umpama taufan melanda utara Eropah yang menyebabkan bekalan kuasa elektrik terputus dan beratus-ratus penerbangan kapal terbang dan kereta api ditunda.

Sekurang-kurangnya tujuh orang maut di Jerman, empat di Britain dan seorang di Belanda, Denmark dan Perancis selepas ribut menumbangkan pokok, menyebabkan bumbung rumah melayang selain trak terbalik serta pelbagai macam masalah lain dilaporkan.
Di Jerman, pokok tumbang menyebabkan beberapa pemandu maut, sekurang-kurangnya seorang lelaki lemas dan seorang wanita berusia 66 tahun terbunuh dihempap tembok.


Ribut itu melanda sejak kelmarin membaca angin selaju 160 kilometer sejam yang merosakkan banyak kawasan di selatan Britain sebelum menuju ke timur dan masuk ke Eropah.

Seorang remaja perempuan berusia 17 tahun maut apabila sebatang pokok menimpa rumahnya ketika dia tidur di Kent, tenggara London.

Seorang lelaki dalam lingkungan 50-an pula maut apabila sebatang pokok menghempap keretanya di bandar Watford, utara London.

Sementara itu, seorang lelaki dan wanita ditemui mati di barat London selepas beberapa rumah rosak disyaki kerana letupan gas di jalan raya yang menyaksikan sebatang pokok tumbang.
Paip gas rosak

Polis London berkata, pokok itu mungkin punca paip gas rosak dan menyebabkan letupan berlaku.

Selain itu, sebuah kren menghempas Pejabat Kabinet yang memaksa Timbalan Perdana Menteri, Nick Clegg membatalkan sidang akhbar.

Urus niaga kecil di pasaran kewangan London membayangkan ramai memilih untuk tinggal di rumah.

Begitu juga dengan berjuta-juta pengguna yang biasanya menggunakan kereta api dan Tube untuk ke London disebabkan masalah pokok tumbang dan ketiadaan bekalan tenaga.

Lapangan terbang London, Heathrow, menyatakan 130 penerbangan sudah dibatalkan.
Jurucakap polis berkata, angin dan ribut terburuk Britain itu sudah memasuki Eropah pagi semalam.

Ia menyebabkan 486,000 kediaman di Britain hilang bekalan elektrik sebelum pulih semula tetapi masih ada 115,000 yang belum menerima bekalan elektrik pada petangnya.

REUTERS

Terjun jip ular sawa ‘mengamuk’

Terjun jip ular  sawa ‘mengamuk’Anggota JPAM membawa ular sawa rendam menggunakan Land Rover. Gambar kecil, Marjeran (kanan) bersama ular sawa sepanjang 6.5m yang ditangkap di FELDA Kepis, Kuala Pilah, semalam.- Foto Amran Yahya Kuala Pilah: Dua kakitangan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) yang ditugaskan mengawal seekor ular sawa, terpaksa terjun dari kenderaan mereka apabila reptilia yang diikat kepala dan ekornya tiba-tiba mengganas.

Ular diikat di belakang
Ular sawa rendam sepanjang 6.5 meter(m) dan seberat 120 kilogram(kg) yang ditangkap di FELDA Kepis dekat sini, kelmarin, itu terpaksa diikat dan diletakkan di bahagian belakang kenderaan pacuan empat roda kerana terlalu besar untuk dimasuk ke dalam guni.


Sebaik saja kenderaan itu bergerak, ular yang sebelum itu ‘diam’ kekenyangan selepas dipercayai menelan seekor babi hutan bertindak agresif hingga bangku panjang kenderaan itu tercabut.

Dua kakitangan terbabit terpaksa melompat dari kenderaan itu untuk menyelamatkan diri.

Sebaik kenderaan itu berhenti, mereka dibantu dua kakitangan lain mengikat kepala ular itu dengan tali bagi mengelakkan kejadian sama berulang.

Tarik sejauh 100m
Ketua operasi JPAM, Sarjan Majeran Lop, 52, berkata empat kakitangan yang tiba di penempatan itu pada jam 12.15 tengah hari, sukar mengangkat ular terbabit.

“Disebabkan kenderaan JPAM tidak boleh dibawa hingga ke tempat ular itu ditemui, kami dengan bantuan beberapa peneroka terpaksa mengikat tali pada reptilia itu dan menariknya sejauh 100m,” katanya.

Katanya, ular terbabit akan diserahkan kepada Taman Ular Sawa Ulu Bendul dekat sini.

Sementara itu, seorang peneroka, Leman Jamal, 64, berkata beliau terkejut menemui ular sawa itu dalam parit ketika membersihkan kebun untuk tanaman semula kelapa sawit, pada jam 12 tengah hari.

“Saya terperanjat melihat ular sawa itu dalam keadaan bergulung di paya dekat kebun, lalu segera memanggil penyelia projek tanam semula, Hafiz Mahmud, yang kemudian menghubungi JPAM,” katanya.

Katanya, pada tahun lalu reptilia sama yang panjangnya hampir 7.4 meter dan berat 140 kilogram, ditangkap di FELDA berkenaan. 

Terjun jip ular sawa ‘mengamuk’

Terjun jip ular  sawa ‘mengamuk’Anggota JPAM membawa ular sawa rendam menggunakan Land Rover. Gambar kecil, Marjeran (kanan) bersama ular sawa sepanjang 6.5m yang ditangkap di FELDA Kepis, Kuala Pilah, semalam.- Foto Amran Yahya Kuala Pilah: Dua kakitangan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) yang ditugaskan mengawal seekor ular sawa, terpaksa terjun dari kenderaan mereka apabila reptilia yang diikat kepala dan ekornya tiba-tiba mengganas.

Ular diikat di belakang
Ular sawa rendam sepanjang 6.5 meter(m) dan seberat 120 kilogram(kg) yang ditangkap di FELDA Kepis dekat sini, kelmarin, itu terpaksa diikat dan diletakkan di bahagian belakang kenderaan pacuan empat roda kerana terlalu besar untuk dimasuk ke dalam guni.


Sebaik saja kenderaan itu bergerak, ular yang sebelum itu ‘diam’ kekenyangan selepas dipercayai menelan seekor babi hutan bertindak agresif hingga bangku panjang kenderaan itu tercabut.

Dua kakitangan terbabit terpaksa melompat dari kenderaan itu untuk menyelamatkan diri.

Sebaik kenderaan itu berhenti, mereka dibantu dua kakitangan lain mengikat kepala ular itu dengan tali bagi mengelakkan kejadian sama berulang.

Tarik sejauh 100m
Ketua operasi JPAM, Sarjan Majeran Lop, 52, berkata empat kakitangan yang tiba di penempatan itu pada jam 12.15 tengah hari, sukar mengangkat ular terbabit.

“Disebabkan kenderaan JPAM tidak boleh dibawa hingga ke tempat ular itu ditemui, kami dengan bantuan beberapa peneroka terpaksa mengikat tali pada reptilia itu dan menariknya sejauh 100m,” katanya.

Katanya, ular terbabit akan diserahkan kepada Taman Ular Sawa Ulu Bendul dekat sini.

Sementara itu, seorang peneroka, Leman Jamal, 64, berkata beliau terkejut menemui ular sawa itu dalam parit ketika membersihkan kebun untuk tanaman semula kelapa sawit, pada jam 12 tengah hari.

“Saya terperanjat melihat ular sawa itu dalam keadaan bergulung di paya dekat kebun, lalu segera memanggil penyelia projek tanam semula, Hafiz Mahmud, yang kemudian menghubungi JPAM,” katanya.

Katanya, pada tahun lalu reptilia sama yang panjangnya hampir 7.4 meter dan berat 140 kilogram, ditangkap di FELDA berkenaan. 

Panggil abah, mak sebelum rentung


2013/10/30
Muar: “Kami tak mampu buat apa-apa, hanya dengar adik menjerit memanggil abah dan mak sebelum jeritannya sayup-sayup menghilang ketika api sedang marak membakar rumah,” kata Roshida Ahmad, 45.

Kakak kepada Hafizi Ahmad, 40, yang maut dalam kebakaran memusnahkan rumah mereka di Lorong Ahmad, Kampung Parit Naib Kadir, dekat sini semalam, berkata dia bersama jiran tidak berdaya memadamkan api yang merebak dengan cepat.
“Saya dan keluarga amat sedih dengan kehilangannya. Walaupun dia ada sedikit masalah (mental), arwah tidak pernah menyusahkan sesiapa. Kami sekeluarga juga pelik kerana sejak beberapa bulan ini, arwah memberitahu dia kerap teringat dan ternampak arwah suami saya yang meninggal dunia lebih setahun lalu,” katanya.

Gagal selamatkan diri

Hafizi yang mempunyai masalah lembam gagal menyelamatkan diri dalam kebakaran jam 12 tengah malam itu. Mayat mangsa ditemui di dapur rumah pusaka yang didiaminya bersama keluarga sejak 38 tahun lalu, dipercayai terperangkap ketika cuba keluar dari kediaman berkenaan.

Roshida berkata, kali terakhir bertemu mangsa adalah pada petang kelmarin ketika dia mengambil ibu bapa mereka yang kurang sihat untuk dibawa ke rumahnya, sebelum menyedari kejadian terbabit beberapa jam kemudian selepas mendengar jeritan jiran.

Sementara itu, Pegawai Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Muar, Johar Tumin, berkata 12 anggota bersama dua jentera dari balai itu dihantar ke tempat kejadian.

12 saksi disiasat ekoran serangan asid atas penyanyi


Jakarta: Seramai 12 orang saksi sudah disoal siasat polis ekoran serangan asid ke atas vokalis kumpulan Saint Loco, Barry Manoch di lobi Hotel Savana, Malang, Sabtu lalu.

Jurucakap polis berkata, saksi itu bukan saja terdiri daripada peminat dan orang awam yang ada di tempat kejadian, malah turut membabitkan anggota kumpulan itu sendiri.


Katanya, turut disoal siasat ialah pekerja hotel berkenaan.

“Siasatan masih diteruskan dan ada sesetengah saksi yang masih diburu,” katanya.


Anggota kumpulan Saint Loco sedang melayan peminat untuk sesi fotografi di hotel itu apabila seorang lelaki memakai baju panas merah tiba-tiba menyimbah asid kepada Barry. Setakat ini motif serangan belum diketahui.


Laporan mendakwa ada kemungkinan Barry akan buta akibat serangan itu.

Jurucakap polis berkata, pihak berkuasa juga sedang menyiasat kemungkinan Barry menjadi mangsa serangan yang tersilap.


“Terlalu awal untuk menyatakan penyerang tersalah sasar,” katanya. Justeru, kata jurucakap itu, motif sebenar serta maklumat lain hanya akan dapat disahkan selepas suspek ditangkap.

Setakat ini, menurutnya, polis percaya ada dua orang terbabit dalam insiden berkenaan, termasuk seorang yang menunggu di luar bersama sebuah motosikal. - Agensi

12 saksi disiasat ekoran serangan asid atas penyanyi


Jakarta: Seramai 12 orang saksi sudah disoal siasat polis ekoran serangan asid ke atas vokalis kumpulan Saint Loco, Barry Manoch di lobi Hotel Savana, Malang, Sabtu lalu.

Jurucakap polis berkata, saksi itu bukan saja terdiri daripada peminat dan orang awam yang ada di tempat kejadian, malah turut membabitkan anggota kumpulan itu sendiri.


Katanya, turut disoal siasat ialah pekerja hotel berkenaan.

“Siasatan masih diteruskan dan ada sesetengah saksi yang masih diburu,” katanya.


Anggota kumpulan Saint Loco sedang melayan peminat untuk sesi fotografi di hotel itu apabila seorang lelaki memakai baju panas merah tiba-tiba menyimbah asid kepada Barry. Setakat ini motif serangan belum diketahui.


Laporan mendakwa ada kemungkinan Barry akan buta akibat serangan itu.

Jurucakap polis berkata, pihak berkuasa juga sedang menyiasat kemungkinan Barry menjadi mangsa serangan yang tersilap.


“Terlalu awal untuk menyatakan penyerang tersalah sasar,” katanya. Justeru, kata jurucakap itu, motif sebenar serta maklumat lain hanya akan dapat disahkan selepas suspek ditangkap.

Setakat ini, menurutnya, polis percaya ada dua orang terbabit dalam insiden berkenaan, termasuk seorang yang menunggu di luar bersama sebuah motosikal. - Agensi

Telefon bimbit halang peluru tembusi badan

Winter Garden (Florida): Bahagian depan telefon milik kerani sebuah stesen minyak di sini menyelamatkan nyawanya apabila dia menyekat peluru yang ditembak ke arahnya dalam satu rompakan baru-baru ini.
Polis berkata, telefon bimbit itu menyelamatkan kerani berkenaan. 
Dalam kenyataan menerusi e-mel, kerani itu hanya cedera ringan selepas ditembak perompak dalam kejadian kelmarin.

Menurut polis, seorang lelaki memasuki stesen minyak di Winter Garden, pinggir Orlando dan meminta bantuan kerani itu sebelum mengacu pistol dan meminta wang.
Foto
TELEFON bimbit retak terkena tembakan.

Apabila kerani itu gagal membuka peti wang, perompak itu menembaknya dan melarikan diri.

Kerani itu tidak menyedari peluru terkena telefon bimbitnya sehingga dia mengeluarkannya dari sakunya. - AFP

Pekerja ladang temui rangka mayat di Temiang


SEREMBAN 30 Okt. - Seorang pekerja ladang getah terkejut apabila menemui rangka mayat yang disyaki mati lebih dua bulan di sebuah ladang di Taman Zamrud, Temiang di sini hari ini.
Tulang mangsa yang dipercayai lelaki itu ditemui bertaburan oleh pekerja ladang terbabit bersama sebahagian pakaian serta kasut mangsa kira-kira pukul 10.40 pagi tadi. - UTUSAN ONLINE


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20131030/je_10/Pekerja-ladang-temui-rangka-mayat-di-Temiang#ixzz2jH21p51i
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Tauke emas cedera ditembak


KOTA BHARU: Seorang peniaga emas yang sedang memandu kereta Mercedes Benz dalam perjalanan pulang ke rumahnya di di Kampung Sering di sini, malam tadi nyaris terbunuh selepas ditembak seorang pembonceng motosikal.
Dalam kejadian kira-kira 100 meter dari kediamannya, Lokman Zakaria, 49, cedera di belakang bahu kanan dan lengan kiri selepas terkena dua daripada empat das tembakan dilepaskan lelaki itu, kira-kira 7.40 malam.
Lokman yang cedera ditembak oleh seorang daripada dua lelaki yang menaiki motosikal jenis Yamaha LC berwarna gelap itu, gagal mengawal kenderaannya menyebabkan terbabas dan melanggar pokok.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Azham Othman berkata, mangsa dibawa ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian oleh penduduk kampung untuk rawatan kecederaannya.
Foto

Menurutnya, mangsa dilaporkan stabil selepas diberikan rawatan.

Beliau berkata, motif kejadian masih disiasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh.

Polis China tahan 5 suspek serangan pengganas


30 Oktober 2013

BEIJING - CHINA. Polis menahan lima suspek berhubung kejadian rempuhan kenderaan di Kota Larangan Beijing pada Isnin yang mengakibatkan lima maut dan 38 cedera, termasuk pelancong.

Pihak berkuasa China mengklasifikasikan kes ini sebagai serangan pengganas.

Dalam kejadian pada tengah hari itu, seorang lelaki Uyghur dikatakan memandu sebuah kenderaan pacuan empat roda menggunakan nombor pendaftaran wilayah majoriti Islam Xinjiang untuk merempuh sekumpulan orang ramai, lapor stesen penyiaran kerajaan CCTV pada Rabu.

Ketika kejadian, emak serta isteri pemandunya turut berada di dalam kenderaan berkenaan yang membawa gasolin.

Dua bilah pisau, beberapa batang besi dan sehelai bendera memaparkan "gerakan pelampau agama" ditemukan dalam kenderaan itu, kata CCTV.

Polis Beijing sedang menyoal siasat lima suspek yang mempunyai nama daripada etnik Uyghur. - Bernama

Chris Brown ditahan bergaduh depan hotel


Washington: Polis menahan bintang pop Chris Brown semalam dan mendakwanya dengan tuduhan menyerang selepas bertengkar di hadapan sebuah hotel terkemuka di Washington.

Jurucakap polis Anthony Clay memberitahu, Brown ditahan kira-kira jam 4.25 pagi ini (waktu tempatan) di hadapan hotel W, berdekatan Rumah Putih.
Brown bersama seorang rakan lelaki bertengkar dengan orang ketiga dan kejadian bertukar ganas, menurut polis.

Brown, 24, dan rakannya ditahan dikaitkan dengan kes serangan.


Lelaki itu dibawa ke hospital dan dirawat kerana cedera dibelasah, kata jurucakap polis semalam dan menambah mangsa cedera di muka.


“Kedua-duanya kini masih ditahan. Lelaki bersama Brown ialah pengawal peribadinya.” katanya.

Brown, bekas kekasih penyanyi pop, Rihanna terkenal dengan sikap panas baran.

Dia ditahan pada Februari 2009 selepas memukul dan mencederakan Rihanna.

Brown mengaku salah di mahkamah dan diminta menyertai program kaunseling dan kerja amal selama lima tahun

Tiga jemaah haji baru pulang maut

KUANTAN: Tiga jemaah yang baru pulang menunaikan haji di Mekah maut selepas van dinaiki merempuh belakang lori membawa muatan bijih besi di Kilometer 210.2 Lebuhraya Pantai Timur (LPT) arah ke Kuantan jam 3.40 pagi tadi.
Ketika kejadian mangsa dalam perjalanan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) ke Kuantan.
Mangsa yang meninggal dunia di tempat kejadian adalah Kamarudin Ab Rahman, 43, dari Permatang Badak Maju; Zainab Awang Hassan,59, dari Kampung Seri Teruntum dan Fatimah Said, 63, dari Kampung Rozali Jalan Gambang.

Dua lagi penumpang mengalami kecederaan termasuk pemandu van dan dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), di sini.
Foto
VAN dinaiki tiga mangsa merempuh belakang lori membawa muatan bijih besi. FOTO Zulkepli Osman
Artikel ini disiarkan pada : 2013/10/30

Belajar agama di internet



ANGGOTA polis memeriksa kawasan kejadian yang mengakibatkan dua mati ditikam di LRT Taman Melati, Kuala Lumpur Khamis lalu.


KUALA LUMPUR – Siasatan lanjut polis ke atas lelaki yang mengamuk dekat stesen transit aliran ringan (LRT) Gombak dan Taman Melati Khamis lalu mendapati dia terpesong daripada landasan agama yang sebenar dengan belajar melalui internet dan tidak mempunyai guru yang mampu mendidiknya.
Sumber berkata, perbuatan yang dilakukan pekerja syarikat rokok berusia 26 tahun tersebut mirip dengan insiden amuk yang terjadi di Kompleks B, Jabatan Perdana Menteri, Presint 1, Putrajaya Julai lalu.
Dalam kejadian itu, seorang lelaki yang mengaku sebagai Imam Mahadi, Mohd. Khalil Affandi Abdul Hamid, 47, mati ditembak manakala rakan amuknya, Muhdalena Ahmad, 28, cedera.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=1030&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_08.htm#ixzz2j9GIyxuR 
Hakcipta terpelihara 

Budak parah dihempap dinding tumbang



WAN SUPIAN dan isterinya, Maszuraliza Dol Basir menemani Wan Zuraini yang cedera akibat dihempap dinding konkrit di Teluk Intan, Perak semalam.


TELUK INTAN - Berpantang maut sebelum ajal.
Itu yang berlaku ke atas seorang kanak-kanak perempuan apabila dia hanya cedera di muka dan rusuk kiri walaupun dihempap dinding konkrit seberat lebih 100 kilogram dalam kejadian di Kampung Sungai Kerang, Kampung Gajah dekat sini Khamis lalu.
Kejadian pukul 6 petang itu berlaku apabila Wan Zuraini Wan Supian, 11, dihempap dinding rumahnya rumahnya yang dalam pembinaan. Dinding tersebut belum diplaster.
Mengimbau semula kejadian itu, bapa mangsa, Wan Supian Wan Mahamud, 38, berkata, sebelum kejadian, anaknya datang ke arahnya yang sedang membuat reban ayam sambil membawa minuman sirap.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=1030&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_09.htm#ixzz2j9GAG7m0 
Hakcipta terpelihara 

Lesap selepas dapat barang



KHONG KOY menunjukkan gambar dua lelaki yang dicari polis bagi membantu siasatan di IPK Melaka semalam.


MELAKA - Sindiket Fly By Night yang menggunakan modus operandi membuka syarikat dalam tempoh singkat sebelum menghilangkan diri dikesan masih aktif selepas memperdaya 17 pembekal melibatkan kerugian berjumlah RM885,881.58.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial negeri, Superintendan Ee Khong Koy berkata, syarikat yang diwujudkan dengan menggunakan nama dua lelaki itu beroperasi di Cheng dekat sini pada Mac tahun lalu.
Pada peringkat awal, sindiket itu membeli barangan dengan bayaran secara tunai atau cek tunai bagi mendapat kepercayaan daripada pembekal mereka di Melaka, Johor dan Lembah Klang.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=1030&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_05.htm#ixzz2j9G1gvEJ 
Hakcipta terpelihara 

Lapan lagi diberkas polis



GAMBAR fail menunjukkan anggota polis mengangkat mayat Norazita (gambar kecil) yang mati ditembak di Subang Jaya Khamis lalu.


KUALA LUMPUR - Polis menahan lapan lagi individu bagi membantu siasatan kes seorang pegawai operasi Ambank yang mati ditembak di dalam bilik kebal minggu lalu, menjadikan mereka yang diberkas meningkat kepada 11 orang.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Mohd. Adnan Abdullah berkata, mereka merupakan kenalan, rakan sekerja dan isteri suspek sendiri.
Katanya, penahanan terbaru melibatkan lapan individu itu dilakukan di sekitar Lembah Klang dan Johor pada Ahad lalu.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=1030&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_06.htm#ixzz2j9FsR0Ew 
Hakcipta terpelihara 

40 maut di Afrika Tengah


BANGUI 30 Okt. - Sekurang-kurangnya 40 orang maut dalam pertempuran antara kumpulan militia prokerajaan dengan bekas pemberontak berhampiran Bouar di barat Afrika Tengah pada hujung minggu lalu.
"Pertempuran Sabtu lalu antara kumpulan militia dan bekas pemberontak mengorbankan hampir 40 orang termasuk kira-kira 35 anggota prokerajaan dengan beberapa anggota lain cedera," kata jurucakap tentera ketika mengemas kini maklumat kematian dalam serangan itu.
Angka kematian yang dikeluarkan pada Ahad lalu hanya menyatakan 12 kematian dalam kejadian pada awal Sabtu lalu. - AFP


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20131030/lu_11/40-maut-di-Afrika-Tengah#ixzz2jF5uLdoh
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Meninggal selepas 11 jam kemalangan

Meninggal selepas  11 jam kemalangan
Keadaan kereta yang dipandu mangsa yang remuk di bahagian hadapan menyebabkan pemandu tersepit di bahagian kaki


IPOH – Seorang remaja meninggal dunia selepas 11 jam mendapat rawatan akibat cedera parah di kepala selepas kenderaannya merempuh sebuah lori rosak yang diletakkan di tepi jalan susur lebuh raya ke Meru Damai di sini, kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 6.30 petang itu, pemandu kereta, Lee Chun Seong, 19, didapati koma akibat hentakan kuat merempuh belakang lori yang membawa muatan bahan binaan.

Ketua Bahagian Ketenteraman Awam dan Trafik Daerah, Deputi Superintendan Wan Sharuddin Wan Omar berkata, mangsa bersama rakannya dibawa keluar dari kenderaan oleh pasukan Bomba dan Penyelamat selepas kakinya tersepit.

“Ketika kejadian, lori terbabit diletakkan di tepi jalan dirempuh oleh kereta putih jenis Nissan yang dipercayai dibawa laju lalu terperosok di belakang lori terbabit.

“Mangsa bersama penumpang hadapan dibawa ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) untuk mendapatkan rawatan setelah berjaya dikeluarkan,” katanya.

Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Bagaimanapun, pemandu lori terbabit selamat dan tidak mengalami apa-apa kecederaan,” katanya.