Search This Blog

Monday, October 28, 2013

Kerat hidung, bibir angkara dadah

Kerat hidung, bibir angkara dadah27 Disember 2013

Setara kini sedang mendapatkan 
rawatan di sebuah hospital di Turki.

HERAT - AFHANISTAN. Seorang wanita di Afghanistan terpaksa menanggung derita selepas hidung dan bibirnya dikerat oleh suaminya yang juga seorang penagih dadah.

Setara, 30, ibu kepada empat anak itu dilaporkan dipukul sebelum suaminya memotong hidung dan bibirnya.

"Dia bertindak ganas kerana saya enggan beri barang kemas untuk digadai bagi membeli dadah. Dia rampas telefon dan cincin saya sebelum melarikan diri," katanya pada laporan Daily Mail.

Ibu Setara, Nasima berkata, dia mahu pihak berkuasa menahan menantunya itu dan merejam hingga mati bagi memberi pengajaran kepada orang lain.

Gantung diri kerana Facebook

Facebook
Facebook


MAHARASHTRA - INDIA. Gara-gara ditegah melayari laman Facebook, seorang remaja India nekad membunuh diri.

Jurucakap polis berkata, Aiswarya Dahiwal pelajar kolej tahun dua ditemui tergantung dalam biliknya selepas bertengkar dengan ibu bapanya.

"Sebelum gantung diri dia meninggalkan nota menyatakan tidak boleh tinggal di rumah yang menyekat kebebasannya bersosial menerusi Facebook," katanya dipetik DailyMail.

Difahamkan, sebelum kejadian, Dahiwal meminta kebenaran ibu untuk melayari laman web itu, tetapi ditegah kerana diminta fokus terhadap pelajaran dan mengurangkan perbualan telefon bersama rakan-rakannya.

Berdasarkan kaji selidik Wall Street Jurnal, hampir 92 peratus pelajar sekolah di India memilih Facebook untuk berkomunikasi berbanding membuat panggilan telefon.

Britain dilanda ribut kencang

Britain dilanda ribut kencangBeberapa kenderaan rosak akibat pokok tumbang di Wales.
LONDON -  Ribut terburuk dalam tempoh 30 tahun dengan kelajuan angin sehingga 130 kilometer sejam dijangka melanda England dan Wales hari ini.

Jurucakap Jabatan Meteorologi Nicola Mexey berkata, notis amaran telah dikeluarkan meminta penduduk berwaspada dan bersedia menghadapi ribut kencang.

"Ribut membadai sebahagian besar Britain hari ini (semalam) hingga esok (hari ini). Orang awam diminta peka dengan notis amaran dikeluarkan pihak berkuasa tempatan dari masa ke semasa.

"Kami sarankan segala aktiviti luar rumah dihadkan bagi menggelakkan sebarang kemalangan," katanya dipetik Press TV.

Menurutnya, ribut itu juga berupaya menumbangkan tiang elektrik dan pokok serta menyebabkan kerosakan teruk pada struktur pantai yang terdedah.

Pada 1987, 20 nyawa melayang dan ribuan rumah rosak teruk akibat ribut.

Terima padah ugut bunuh ibu

Terima padah ugut bunuh ibuTertuduh (kiri) dikawal polis ketika keluar dari mahkamah selepas hukuman diputuskan, semalam.

KOTA BHARU - Tindakan luar batasan seorang anak yang mengugut bunuh ibunya dengan parang terbalas apabila dihukum penjara enam bulan dan denda RM5,000 oleh Mahkamah Majistret, di sini, semalam.

Hukuman diputuskan Majistret, Nik Habri Muhamad terhadap Mohd Al-Fattah Mat, 29, dari Wakaf Mek Zainab, di sini.

Tertuduh yang tidak mempunyai pekerjaan itu mengaku salah mengugut bunuh Sabariah Jusof, 57, sehingga menimbulkan ketakutan kepada mangsa di rumah mereka di Wakaf Mek Zainab, di sini, jam 9 malam, 13 Ogos lalu.

Kejadian berlaku sejurus tertuduh menuduh ibunya itu menyembunyikan isteri dan anaknya, walhal mereka telah melarikan diri berikutan tidak tahan kerana sering dipukul lelaki itu.

Ibunya yang bimbang perkara buruk berlaku bertindak membuat laporan polis yang membawa penahanan tertuduh sehari selepas kejadian.

Sebelum hukuman diputuskan, tertuduh merayu hukumannya diringankan kerana insaf dan memiliki dua isteri, manakala ibu pula perlu menerima rawatan akibat penyakit kencing manis.

Namun, Timbalan Pendakwa Raya negeri, Noor Dayana Mohamad memohon hukuman setimpal dengan alasan tidak mahu kes sama berleluasa.

Nik Habri kemudian menasihatkan tertuduh supaya memohon maaf kepada ibunya sejurus tamat menjalani hukuman itu kelak.

“Jadikan kes ini sebagai pengajaran dan jangan ulangi lagi,” katanya. Beliau juga mengarahkan tertuduh menjalani hukuman penjara tambahan enam bulan jika gagal menjelaskan denda berkenaan.

Tiga gudang pakaian berusia 80 tahun terbakar


GERIK 27 Dis. - Tiga gudang menjual pakaian termasuk uniform sekolah musnah dalam kebakaran yang mengakibatkan kerugian kira-kira RM800,000 di Jalan Tun Saban dekat sini, kelmarin.
Dalam kebakaran pada pukul 4.20 petang itu, gudang yang terletak dalam premis dua tingkat yang dibina separuh batu dan kayu sejak tahun 1930-an itu musnah terbakar dalam tempoh setengah jam.
Bagaimanapun, tindakan pantas anggota bomba dan penyelamat berjaya menyelamatkan kira-kira 20 premis perniagaan lain termasuk kediaman penduduk berhampiran daripada turut musnah.
Penolong Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Gerik, Mior Muhammad Mior Tahir berkata, ketika kejadian 12 jurujual wanita dan puluhan pelanggan termasuk kanak-kanak sedang memilih pakaian dalam premis tersebut.
Menurutnya, kesemua mereka bagaimanapun berjaya menyelamatkan diri dengan berlari keluar dari premis berkenaan.
‘‘Seramai 22 anggota dengan tiga jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Gerik, Pengkalan Hulu dan Lenggong dikejarkan ke tempat kejadian setelah menerima panggilan kecemasan pada pukul 4.25 petang," katanya.
Tambah Mior Muhammad, dalam usaha memadamkan api, beberapa anggotanya terpaksa memanjat bangunan tiga tingkat di sebelah kanan premis berkenaan dan memecahkan cermin tingkap bangunan tersebut untuk memadam api.
‘‘Beberapa kali anggota kami terpaksa turun kerana api terlalu marak sebelum naik semula bagi memadamkan api yang semakin besar.
‘‘Bagaimanapun, kecekapan anggota bomba dan maklumat awal yang diterima daripada orang awam menyebabkan kita berjaya menyelamatkan puluhan premis lain yang bernilai kira-kira RM5 juta," ujarnya.
Katanya lagi, siasatan mengenai punca kebakaran sedang dijalankan.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20131228/je_04/Tiga-gudang-pakaian-berusia-80-tahun-terbakar#ixzz2opvaPWoZ
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Suami cemburu tikam isteri

KUALA LUMPUR: Akibat cemburu dan sangsi isteri menjalin hubungan sulit dengan lelaki lain, seorang pekerja ladang menikam isterinya beberapa kali di bahagian badan hingga menyebabkan kematian mangsa dalam kejadian di kuarter pekerja Ladang Bukit Darah, Kundang, malam semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 8.20 malam itu, mangsa, K Murugamal, 36, juga bekerja di ladang kelawa sawit yang sama bersama suaminya yang baru keluar penjara 12 Oktober maut di hadapan rumah jiran mereka yang terletak selang tiga rumah daripada rumah pasangan itu. 
Difahamkan, suspek berusia 35 tahun itu dipenjarakan lima bulan 10 hari sejak awal tahun lalu mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan atas kesalahan memukul isterinya selain kesalahan mengugut.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Abdul Rahim Abdullah, berkata, pihaknya mendapat maklumat mengenai kejadian berkenaan kira-kira jam 9.40 malam yang menyatakan berlaku pergaduhan suami isteri dan si isteri pengsan manakala suaminya sudah melarikan diri.
Foto
ANGGOTA Polis Forensic memeriksa tempat kejadian. FOTO Yazit Razali

“Apabila tiba di lokasi kejadian, kami mendapati mangsa sudah meninggal dunia di hadapan rumah dan siasatan mendapati pergaduhan mangsa bersama suspek berlaku di rumah mereka sebaik suspek pulang ke rumah dalam keadaan mabuk.

“Sebaik membuka pintu rumah, suspek bergaduh dengan mangsa dengan menuduh dia menjalin hubungan sulit dengan lelaki lain sebelum menikam mangsa,” katanya.

Suspek telah menyerah diri di Balai Polis Alam Jaya awalpada 27/10/2013 dan ditangkap 

Ajal jatuh kondo


Ampang: “Arwah sering ke rumah saya kerana dia sangat rapat dengan kakaknya iaitu isteri saya.

“Malah, rumah saya juga tempat pertemuan dia dan empat anaknya yang dijaga bekas suami.

“Dia mengalami tekanan jiwa kerana menghadapi masalah rumah tangga dan sudah bercerai lebih dua tahun lalu,” kata penceramah terkenal Prof Madya Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah, 46.

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai kematian mengejut adik iparnya Wahida Nur Akhbar, 39, yang terjatuh dari tingkat 10 kondominium miliknya di Bandar Baru Ampang, di sini, pagi semalam.

Foto
AHLI keluarga menunggu di bilik mayat PPUKM.

Foto
DR Mohd Ridhuan

Dalam kejadian jam 6.40 pagi terbabit, mangsa ditemui telentang di tingkat tiga berhampiran kolam renang dengan kesan kecederaan di kepala.


Dr Mohd Ridzuan Tee ketika ditemui Harian Metro di Bilik Mayat Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) berkata, beliau dimaklumkan mengenai kejadian itu oleh anaknya selepas solat Subuh di Masjid Kampung Melayu Ampang, di sini.

“Saya dijemput menyampaikan kuliah, tetapi sebaik mendapat berita mengejutkan itu, saya bergegas pulang ke rumah. Adik ipar saya meninggal dunia di tempat kejadian.

“Saya menghubungi polis dan ambulans sebelum mayatnya dibawa ke PPUKM untuk dibedah siasat,” katanya turut memberitahu adik iparnya itu datang ke rumahnya sejak Jumaat lalu.

Katanya, sebelum kejadian, beliau keluar rumah jam 5.30 pagi untuk ke masjid berkenaan dan hanya isteri, dua anak serta mangsa tinggal di rumah.

Beliau berkata, kejadian disedari isterinya sebaik selesai solat Subuh dan mendengar dentuman kuat sebelum dia menjenguk ke balkoni mendapati mangsa terjatuh.

Difahamkan, mangsa anak bongsu daripada 10 beradik itu menetap di Puchong, dekat sini dan mempunyai empat anak berusia antara 13 dan 20 tahun di bawah jagaan bekas suaminya.

Jenazah mangsa dikebumikan di tanah perkuburan Islam di Taman Bukit Teratai, di sini.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ampang Jaya Asisten Komisioner Amiruddin Jamaluddin mengesahkan kejadian itu dan kes disiasat sebagai kematian mengejut (SDR). 

Mayat mangsa banjir lumpur ditemui


CAMERON HIGHLANDS: Wanita warga Indonesia, Jawarti, 24 yang dihanyutkan air dalam tragedi limpahan air empangan Sultan Abu Bakar di Lembah Bertam, Ringlet awal pagi Rabu lalu ditemui oleh orang awam kira-kira jam 12 tengah hari tadi.

Mayat mangsa dijumpai dalam timbunan sampah dan kemudian dicam oleh suaminya, Bakarudin Makmun, kata Ketua Polis Daerah Cameron Highlands, DSP Wan Mohd Zahari Wan Busu

Lelaki sembunyi 2 Kg dadah di peha ditahan


KOTA KINABALU: Penahanan seorang lelaki Cina warga tempatan berusia 31 tahun membawa penemuan dadah jenis kokain seberat dua kilogram (Kg) dianggarkan bernilai lebih kurang RM500,000 yang disembunyikan di pehanya ketika melalui pemeriksaan keselamatan di Lapangan Terbang Antarabangsa Terminal Dua di sini, kelmarin.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib berkata, siasatan lanjut ke atas suspek, polis berjaya mengesan tiga lagi rakan suspek yang dalam perjalanan ke Hong Kong.
"Hasil maklumat itu, pihak kita melalui Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman menyalurkan maklumat berkenaan kepada polis Narkotik Hong Kong.

"Ketiga-tiga suspek termasuk seorang perempuan berjaya ditahan dan merampas empat Kg dadah jenis kokain dianggarkan bernilai RM1 juta yang menggunakan cara yang sama," katanya dalam satu sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah di sini, hari ini.

Lelaki mengaku bunuh 45 orang


Monterrey: Seorang pemuda di utara Mexico mengaku membunuh 45 orang dan mungkin terbabit dalam 34 pembunuhan lain.

Juan Pablo Vazquez itangkap awal bulan ini di Monterrey, tempat dia didakwa menjual dadah, kata jurucakap keselamatan wilayah Nuevo Leon, Jorge Domene.
Vazquez yang mengaku dia sebahagian daripada kumpulan penjenayah terancang tempatan, mengaku membunuh 45 orang dan dikaitkan dengan sekurang-kurangnya 79 jenayah kejam, kebanyakannya dilakukan pada 2012,” kata Domene pada sidang akhbar.

Dia ditangkap 8 Oktober lalu bersama-sama Nancy Ortiz, 25. Polis turut merampas 35 beg berisi ganja dan 22 bungkusan kokain daripada kedua-dua mereka.


Seorang pegawai Mexico yang enggan dikenali memberitahu CNN, Vazquez menganggotai kartel dadah Gulf yang melancarkan perang terhadap kumpulan cartel Zetas.


Pemuda berusia 20 tahun itu terbabit dalam jenayah terancang sejak berusia 15 tahun dengan menjadi pemberi maklumat kepada penjual dadah sebelum menjadi pembunuh kumpulannya.

Antara mangsa Vazquez ialah pegawai kerajaan yang menahannya, seorang penari bogel yang diculik dari sebuah kelab.

Mexico dilanda keganasan berkait dengan dadah sejak beberapa tahuin lalu dengan kira-kira 1,000 orang mati setiap bulan.

Kira-kira 80,000 orang mati sejak 2007 dalam keganasan kumpulan dadah sejak 2007.

Monterrey, ibu negeri Nuevo Leon, wilayah paling teruk terjejas dalam perebutan wilayah dadah, mencatatkan 223 kematian setakat ini tahun ini. - AFP

Pekerja asing punca meningkatnya kes penyakit berjangkit


KUALA LUMPUR – Kementerian Kesihatan mengenal pasti kebanjiran pekerja asing merupakan punca kepada peningkatan kes penyakit berjangkit terutamanya tibi, malaria, hepatitis B, sifilis dan kusta di negara ini.
Menteri Kesihatan, Datuk S. Subramaniam (gambar kecil) berkata, perkara itu terbukti apabila seramai 78,000 atau tiga peratus daripada lebih 1.3 juta pekerja asing yang diperiksa tahun lalu didapati mempunyai penyakit-penyakit terbabit.
“Sebagai contoh, kebanjiran pekerja asing menyebabkan penyakit tibi meningkat daripada 63 kes daripada setiap 100,000 populasi pada tahun 2008 kepada 71 kes daripada setiap 100,000 populasi pada 2012.
“Pada 2011, sebanyak 20,000 kes telah dilaporkan berlaku dan telah menyebabkan sebanyak 1,600 kematian,” katanya.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=1028&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_04.htm#ixzz2ixhBctgL 
Hakcipta terpelihara 

Suspek miliki kekuatan 6 lelaki



ANGGOTA polis mengangkat mayat salah seorang mangsa yang mati ditikam suspek di LRT Taman Melati, Khamis lalu.


KUALA LUMPUR - Seorang pekerja syarikat rokok yang mengamuk di stesen transit aliran ringan (LRT) Gombak dan Taman Melati, Khamis lalu dipercayai mampu mencederakan serta membunuh lebih 10 individu lagi jika dia tidak ditangkap dan dibelasah orang ramai.
Penagih dadah sintetik berusia 26 tahun dari Sega- mat, Johor itu dikatakan telah menahan beberapa kenderaan dan menumbuk seorang tauke kedai runcit sambil mengeluarkan kata- kata ugutan bunuh terhadap mereka.
Sehari sebelum kejadian dahsyat itu, pesakit mental yang disyaki mengamuk selepas mendengar bisikan ghaib, dikatakan normal ketika menghantar bekalan rokok ke beberapa buah kedai di dua kawasan tersebut.
Mengimbau semula kejadian itu, seorang saksi di LRT Taman Melati yang enggan dikenali memberitahu, selepas menikam mati dua lelaki di situ, suspek menahan kereta jenis Perodua Kancil, lori dan beberapa motosikal sambil mengugut akan membunuh mereka.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=1028&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_07.htm#ixzz2ixh2qN3Z 
Hakcipta terpelihara 

Padah cuba rasuah RM50



LELAKI Singapura (kanan) diberkas SPRM ketika didakwa cuba merasuah RM50 kepada anggota polis ketika ditahan di Kota Tinggi semalam.


KOTA TINGGI - Tindakan seorang lelaki Singapura yang didakwa cuba merasuah RM50 kepada anggota polis memakan diri apabila dia diberkas ketika diperiksa dalam satu sekatan di Jalan Persekutuan Johor Bahru-Mersing dekat Hutan Lipur Panti, Kota Tinggi kelmarin.
Kejadian pukul 12.45 tengah hari itu berlaku apabila pemandu kereta Toyota Corolla Axio berusia lingkungan 30-an tersebut didakwa cuba memberikan suapan atas kesalahan memandu melebihi had laju yang ditetapkan di kawasan tersebut ketika berhenti di bahu jalan.
Difahamkan, dia bertindak demikian untuk mengelakkan dari dikenakan tindakan saman.
Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Md. Nor Rasid berkata, suspek memasuki perangkap pihak berkuasa apabila operasi yang diadakan itu turut disertai anggota dan pegawai dari Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=1028&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_08.htm#ixzz2ixgifXiv 
Hakcipta terpelihara 

Didakwa pertikai titah sultan



ISMAIL berbincang sesuatu dengan seseorang ketika berada di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Terengganu semalam.


KUALA TERENGGANU – Bekas Ketua Hakim Syarie Terengganu, Datuk Ismail Yahya dihadapkan ke Mahkamah Rendah Syariah di sini semalam atas tuduhan menghina Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (Maidam) serta mempertikaikan titah sultan dalam penstrukturan semula jawatankuasa agama itu.
Kesalahan itu didakwa dilakukan pada 29 Oktober 2012 di Jabatan Kehakiman Syariah Terengganu melalui surat yang dihantar kepada Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mazlan Ngah.
Mengikut pertuduhan pertama, Ismail yang masih menjawat jawatan itu ketika kejadian didakwa menghina Maidam dengan menyatakan tindakan mengambil alih dan meletakkan pentadbiran Mahkamah Syariah Terengganu adalah merupakan satu usaha ke arah melakukan perbuatan maksiat.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=1028&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_06.htm#ixzz2ixXeqJiH 
Hakcipta terpelihara 

Balasan ugut bunuh ibu




KOTA BHARU – Seorang lelaki yang tergamak membuat ugutan bunuh terhadap ibunya sendiri dengan menggunakan sebilah parang dihukum penjara enam bulan dan denda RM5,000 oleh Mahkamah Majistret di sini atas tuduhan tersebut semalam.
Majistret Nik Habri Muhamad menjatuhkan hukuman tersebut setelah tertuduh yang mempunyai dua orang isteri, Mohd. Al-Fattah Mat (gambar kecil), 29, mengaku bersalah melakukan perbuatan itu.
Nik Habri turut menetapkan, jika Mohd. Al-Fattah gagal membayar denda berkenaan, penganggur itu boleh dihukum penjara tambahan enam bulan lagi.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=1028&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_03.htm#ixzz2ixXHfUJ3 
Hakcipta terpelihara 

29 motosikal dibawa naik ke rumah PPR disita



ANGGOTA penguat kuasa DBKL mengangkat motosikal yang dibawa naik oleh sebahagian penduduk di PPR Intan Baiduri, Kuala Lumpur malam kelmarin.


KUALA LUMPUR - Sebanyak 29 motosikal pelbagai jenama disita Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dalam satu operasi angkut motosikal di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Intan Baiduri, Selayang di sini awal pagi kelmarin
Timbalan Ketua Pengarah Pembangunan Sosio Ekonomi DBKL, Datuk Mhd. Amin Nordin Abd. Aziz berkata, operasi tersebut dijalankan bagi mengekang penghuni PPR daripada membawa naik dan meletak motosikal di atas unit kediaman.
"Sepanjang bulan lalu hingga bulan ini, kita telah mengadakan beberapa operasi dan berjaya menyita sebanyak 241 motosikal di 10 buah PPR di di sekitar ibu negara.
"Tindakan membawa naik motosikal ke atas unit rumah dan meletakkan apa-apa benda yang menghalang di kaki lima adalah satu kesalahan dan melanggar perjanjian kediaman PPR," katanya kepada pemberita di sini kelmarin.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=1028&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_09.htm#ixzz2ixX2CAnl 
Hakcipta terpelihara 

Rugi RM4.8 juta ditipu buat umrah


SEKUMPULAN bakal jemaah umrah yang gagal menunaikan ibadah itu berkumpul di luar pejabat agensi pelancongan yang menguruskan pakej umrah di Kuala Lumpur semalam.


KUALA LUMPUR - Sebuah agensi pelancongan didakwa menipu kira-kira 1,200 bakal jemaah umrah dari seluruh negara melibatkan kerugian RM4.8 juta selepas penerbangan ditunda beberapa kali dan gagal menuntut kembali wang mereka.
Difahamkan, agensi pelancongan yang beribu pejabat di sini itu, gagal menguruskan penerbangan jemaah umrah yang dijadualkan pada Jun tahun ini walaupun bayaran penuh RM3,999 seorang dibuat sejak 2012.
Seorang daripada perunding kumpulan jemaah yang dilantik agensi itu, Qurratul 'Ain Hasman, 25, berkata, dia bersama-sama 54 jemaahnya hanya menyedari ditipu selepas jemaah yang dijadual berlepas pada Jun tahun ini terkandas atas alasan masalah dana dan visa.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=1028&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_01.htm#ixzz2ixWdOQKh 
Hakcipta terpelihara 

Rugi RM4.8 juta ditipu buat umrah


SEKUMPULAN bakal jemaah umrah yang gagal menunaikan ibadah itu berkumpul di luar pejabat agensi pelancongan yang menguruskan pakej umrah di Kuala Lumpur semalam.


KUALA LUMPUR - Sebuah agensi pelancongan didakwa menipu kira-kira 1,200 bakal jemaah umrah dari seluruh negara melibatkan kerugian RM4.8 juta selepas penerbangan ditunda beberapa kali dan gagal menuntut kembali wang mereka.
Difahamkan, agensi pelancongan yang beribu pejabat di sini itu, gagal menguruskan penerbangan jemaah umrah yang dijadualkan pada Jun tahun ini walaupun bayaran penuh RM3,999 seorang dibuat sejak 2012.
Seorang daripada perunding kumpulan jemaah yang dilantik agensi itu, Qurratul 'Ain Hasman, 25, berkata, dia bersama-sama 54 jemaahnya hanya menyedari ditipu selepas jemaah yang dijadual berlepas pada Jun tahun ini terkandas atas alasan masalah dana dan visa.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=1028&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_01.htm#ixzz2ixWdOQKh 
Hakcipta terpelihara 

BBC diminta mohon maaf hina Putera Harry



PUTERA Harry merupakan kapten dalam Tentera Udara Diraja Britain, Air Corps.


LONDON - Perbadanan Penyiaran Britain (BBC) diberi tekanan untuk membuat permohonan maaf secara terbuka selepas seorang pengacara program Have I Got News For You (HIGNFY) menyindir Putera Harry kerana mengambil dadah jenis kokain," lapor akhbar The Telegraph semalam.
Program tersebut diterbitkan oleh BBC.
Penyampainya, Jo Brand turut membuat jenaka tentang nama-nama keluarga angkat anak sulung Putera William, Putera George.
Bekas Ketua Angkatan Tentera Britain yang mempengerusikan tugasan pertama Harry di Afghanistan, Lord Dannatt berkata, jenaka Brand adalah keterlaluan.
"Ia jenaka yang amat dikesali dan paling tidak senonoh. Pihak tentera menjalankan ujian dadah secara rawak," katanya.
"Seseorang yang menjadi juruterbang helikopter tempur tidak boleh berada di bawah pengaruh dadah," tegas Dannatt.
Komen serupa diutarakan oleh ahli Parlimen Britain, Anna Soubry yang menyatakan, Brand tidak sepatutnya merendahkan martabat putera tersebut.
"Dia dan BBC perlu memohon maaf. Program ini bukannya diadakan secara siaran langsung. Ia sepatutnya disunting," jelas Soubry.
Putera Harry pernah mengaku bahawa dia menghisap ganja di rumah bapanya di Highgrove, Gloucestershire ketika berusia 16 tahun. - Agensi


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=1028&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_03.htm#ixzz2ixWPdL4P 
Hakcipta terpelihara 

Lelaki mengamuk tikam mati lima orang di New York



SEBUAH kenderaan Jabatan Polis New York dilihat berhampiran lokasi tragedi lima orang ditikam mati di sebuah apartmen di Brooklyn semalam.


NEW YORK - Seorang wanita dan empat kanak-kanak termasuk bayi berusia 18 bulan dijumpai mati ditikam dalam satu kejadian amuk di sebuah pangsapuri di Brooklyn di sini kelmarin.
Susulan tragedi berdarah itu, polis telah menahan seorang lelaki untuk disoal siasat awal semalam.
Bayi tersebut dan dua kanak-kanak perempuan masing-masing berusia sembilan dan enam tahun dipercayai mati akibat ditikam apabila pasukan paramedik tiba menjelang pukul 11 malam kelmarin.
Pihak kecemasan bergegas membawa dua lagi mangsa iaitu seorang wanita berusia 37 tahun dan kanak-kanak lelaki berumur lapan tahun ke hospital tetapi mereka tidak berjaya diselamatkan, ujar seorang pegawai polis.
Setakat ini, identiti semua mangsa yang maut dalam insiden berdarah tersebut tidak didedahkan.
Suspek yang juga tidak didedahkan namanya dilaporkan ditemui di dalam apartmen berkenaan ketika polis menyerbu masuk ke dalam bangunan tersebut selepas menerima aduan orang ramai.
Beberapa sumber memberitahu, suspek dipercayai mempunyai pertalian saudara dengan mangsa-mangsa tersebut.
"Ia kelihatan seperti kes keganasan do- mestik," kata seorang pegawai polis berpangkat tinggi.
Bapa mangsa yang tiada di rumah apabila penghuni pangsapuri berkenaan diserang sekitar pukul 10.45 malam kelmarin, trauma dengan pembunuhan tersebut.
"Dia baru pulang dari tempat kerja dan menjadi histeria selepas dimaklumkan tentang kejadian amuk itu oleh seorang anggota polis," kata seorang penghuni blok apartmen berkenaan, May Chan.
Menurutnya, dia kerap melihat kumpulan kanak-kanak itu bermain di kejira- nan tersebut.
"Mereka cuma anak-anak kecil. Insi- den ini sungguh memilukan. Mereka tidak berdosa," katanya. - Agensi


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=1028&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_02.htm#ixzz2ixWEN9ar 
Hakcipta terpelihara 

David Beckham, anak kemalangan


BEVERLY HILLS - Bekas pemain bola sepak England, David Beckham, 38, dilaporkan terlibat dalam kemalangan apabila kenderaan pacuan empat roda yang dipandu keluar dari rumahnya berlanggar dengan sebuah kereta di sini pada Jumaat lalu," lapor akhbar Daily Mail.
Beckham memandu sebuah Range Rover Sport berwarna hitam manakala anak lelakinya, Brooklyn, 14, duduk di bahagian penumpang ketika kejadian.
Seorang saksi berkata, Beckham memandu keluar dari rumahnya apabila berlanggar dengan sebuah kereta dari arah hadapan.
Dia kemudian dilapor mengundurkan kenderaan pacuan empat roda tersebut ke kediamannya sementara menunggu polis tiba untuk mengambil keterangan mengenai kejadian tersebut.
Kereta jenis Acura 4x4 yang dipandu seorang wanita rosak dalam kemalangan tersebut manakala bumper kereta mewah Beckham pula bengkok.
Bekas bintang bola sepak itu membeli kenderaan tersebut pada harga antara AS$60,595 (RM190,510) hingga AS$76,195 (RM239,557) pada tahun 2010.
Ini bukan kali pertama Beckham dan Brooklyn terlibat dalam kemalangan kerana pada tahun 2011 mereka terselamat selepas kereta yang dipandu Beckham merempuh belakang sebuah kereta lain di sebuah lebuh raya di Los Angeles.
Namun, mereka tidak cedera dalam kemalangan tersebut kerana kedua-duanya memakai tali pinggang keledar. - Agensi


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=1028&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_05.htm#ixzz2ixW2oAlJ 
Hakcipta terpelihara 

16 wanita Arab Saudi didenda kerana pandu kereta


SEORANG wanita memandu kereta bersendirian di Arab Saudi pada 22 Oktober lalu.


RIYADH - Seramai 16 wanita Arab Saudi didenda kerana memandu pada hari kempen menentang larangan memandu terhadap wanita di negara berkenaan, kata polis semalam.
Hanya segelintir wanita yang memberanikan diri untuk memandu kelmarin sebagai menyahut kempen menentang larangan memandu yang disebar secara dalam talian.
Ia ekoran kerajaan Arab Saudi memberi amaran akan menghukum mereka yang terlibat dalam kempen tersebut.
"Pihak polis menahan enam wanita di sini dengan setiap seorang didenda sebanyak 300 Riyal (RM252)," kata jurucakap polis di sini, Kolonel Fawaz Al-Miman.
Sementara itu, di Jeddah, polis telah mengenakan denda terhadap dua wanita kerana memandu kereta, menurut jurucakap polis bandar berkenaan, Nawaf Al-Bouq.
Akhbar Arab Saudi melaporkan bahawa enam lagi wanita ditahan di wilayah timur manakala dua wanita lain ditangkap di beberapa tempat lain di negara berkenaan.
Terdahulu, seramai 12 wanita Arab Saudi memuat naik klip video di laman sosial Twitter yang menunjukkan mereka memandu kereta.
Para aktivis wanita pada asalnya meminta wanita di Arab Saudi memandu kereta mereka kelmarin untuk mencabar larangan tersebut.
Permintaan tersebut disiarkan di beberapa laman sosial termasuk Twitter.
Wanita Arab Saudi dilarang memandu kenderaan atau keluar rumah tanpa ditemani oleh seorang mahram. - AFP


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=1028&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_01.htm#ixzz2ixVJRgYd 
Hakcipta terpelihara