Search This Blog

Saturday, October 19, 2013

Penyamun dikejar polis gagal larikan kereta

Penyamun dikejar polis gagal larikan keretaPasukan forensik polis sedang memeriksa Proton Waja yang dinaiki empat penjenayah di Flat Gugusan Cempaka,Seksyen 6,Kota Damansara, hari ini.

PETALING JAYA – Hasrat sekumpulan penjenayah  mendapatkan kereta curi yang ditinggalkan di kawasan Seksyen 11, Kota Damansara, dekat sini,  petang tadi tidak kesampaian  apabila mereka terserempak dengan anggota polis yang kebetulan  mahu mengambil kereta tersebut untuk dijadikan bukti kes.

Kereta Proton Waja  yang  dinaiki empat suspek itu  cuba meloloskan diri  dengan  melanggar kenderaan  polis yang mengejarnya  serta  beberapa buah kenderaan  awam dengan  memandu  sejauh empat kilometer   hingga tiba  ke kawasan flat di Seksyen  6, dekat sini.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed berkata, anggotanya  terpaksa melepaskan dua das tembakan  ke arah kereta suspek, selepas   kenderaan itu  dilihat cuba melanggar seorang lelaki berusia 50-an yang sedang berjalan kaki di lorong  mati.

“Suspek sempat mengundur keretanya dan berhenti  di sebuah  lagi kawasan flat kira-kira 200 meter  dari lorong itu dan ke semuanya suspek yang merupakan lelaki  berusia dalam lingkungan 20 hingga 30 tahun didapati telah melarikan diri,” katanya.

Menurut Arjunaidi, kereta Proton Waja yang digunakan  kumpulan itu pernah dilaporkan hilang di  Ipoh, Perak  dan digunakan  untuk melakukan kegiatan samun.

“Kumpulan ini  aktif melakukan beberapa siri kes samun dan curi kenderaan di sekitar Lembah Klang.

"Dua daripada anggota kumpulan yang sama  sebelum ini  telah ditahan  dan  membawa   polis ke lokasi itu untuk mendapatkan  Proton Wira curi yang  disembunyikan,” katanya.

Katanya lagi,  siasatan mendapati  Proton Wira  itu  telah dicuri daripada pemiliknya di Kelana Jaya.

Susulan daripada itu polis kini  melancarkan gerakan  memburu keempat-empat suspek yang  dipercayai masih berada di kawasan berkenaan.

Pasangan kekasih pencuri VIP

Pasangan kekasih pencuri VIPAbdul Manan (kanan) mendengar maklumat disampaikan pegawainya selepas kejayaan menemui semula sembilan kenderaan mewah yang dicuri suspek.

SEREMBAN – Tiga termasuk sepasang kekasih ditahan kerana disyaki terlibat dalam kegiatan samun kereta mewah membabitkan nilai hampir satu juta ringgit.

Ketiga-tiga suspek disyaki aktif melakukan jenayah berkenaan ditahan polis secara berasingan di sekitar Port Dickson dan Bahau pada 9 dan 12 Oktober lalu oleh pasukan khas ditubuhkan Jabatan Siasatan Jenayah Negeri (JSJ) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Negeri Sembilan.

Timbalan Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Abdul Manan Mhd Hassan berkata, daripada penahanan ketiga-tiga suspek tersebut, polis berjaya menemui semula sembilan kenderaan mewah yang dicuri beserta aksesori yang keseluruhannya bernilai hampir satu juta ringgit dalam dua serbuan berasingan.

Menurutnya, polis menahan seorang lelaki berumur 48 tahun di Port Dickson setelah menerima laporan dibuat mangsa pada 12 September lalu, selain risikan dijalankan.

“Hasil maklumat, pasukan khas itu menahan suspek dan menemui tiga kenderaan mewah yang dicuri jenis Mercedes Benz, Toyota Estima dan BMW,” katanya.

Polis turut menahan seorang lelaki dan wanita dalam satu lagi serbuan dilakukan di Bahau pada 12 Oktober lalu.

"Hasil soal siasat diperoleh daripada pasangan kekasih berusia 32 dan 23 tahun itu, polis menjumpai semula enam kenderaan dipercayai dicuri pasangan terbabit,” katanya.     

Hasil pemeriksaan, kesemua kenderaan mewah itu dicuri di sekitar Johor, Selangor, Kuala Lumpur dan Negeri Sembilan.

“Daripada semakan rekod, empat kenderaan mewah itu dicuri di negeri ini, dua kenderaan dicuri di Kuala Lumpur, sebuah Toyota Estima dan Kia Optima masing-masing dicuri di Johor dan Selangor. Bagaimanapun, sebuah BMW yang dicuri masih dalam siasatan,” katanya pada sidang media di IPK Negeri Sembilan, dekat sini, semalam.

Abdul Manan berkata, polis percaya kesemua suspek berkenaan menggunakan modus operandi sama iaitu memecah masuk rumah sebelum melarikan kereta mangsa untuk dijual kepada pembeli.

"Suspek pertama yang mempunyai satu rekod jenayah lampau, serta pasangan kekasih yang mempunyai 14 rekod," katanya .

Abdul Manan meminta orang ramai yang mengenali Chang Siok Fang, bernombor kad pengenalan 740118-01-5712 dengan beralamat terakhir No.117 Taman Tangkak Jaya, 84900, Tangkak Johor, untuk tampil bagi membantu siasatan polis.

Bakar diri selepas bertengkar


17 Oktober 2013


BUKIT BERUANG - Akibat gagal mengawal emosi, seorang jurutera kilang sanggup membakar diri sendiri dengan petrol selepas bertengkar dengan isterinya di rumah mereka di Batu Berendam, di sini, kelmarin.

Mangsa yang terbakar di bahagian muka dan badan itu bagaimanapun terselamat selepas isterinya membantu memadam api yang menyambar anggota badan, dalam kejadian kira-kira jam 6 petang itu.

Pasangan yang telah berkahwin selama 20 tahun dan dikurniakan tiga anak itu sering bertengkar dan terdahulu bergaduh kira-kira jam 4 petang sebelum lelaki berusia 42 tahun keluar rumah.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Superintedan PR Gunarajan berkata, lelaki berkenaan kemudian pulang ke rumah kira-kira dua jam kemudian dengan membawa sebotol petrol, lalu disimbah ke badan sendiri sebelum menyalakan api di hadapan isterinya.

“Bagaimanapun, tindakan isterinya berusia 41 tahun memadamkan api menyebabkan mangsa hanya terbakar 40 peratus sahaja membabitkan muka dan badan.

“Isterinya yang bekerja sebagai kerani itu kemudian menghubungi polis dan ambulans sebelum suaminya dibawa ke Hospital Melaka dan kini ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU),” katanya di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) di sini, semalam.

Nyaris maut kerana anjing

Nyaris maut kerana anjingKereta mangsa rosak teruk di bahagian hadapan

KULIM - Seorang suri rumah berusia 44 tahun nyaris maut apabila kereta jenis Proton Wira yang dipandunya terbabas sebelum merempuh pokok di Taman Seri Petaling, di sini, kira-kira jam 3 pagi kelmarin.

Mangsa dalam laporannya menyatakan dia dalam perjalanan balik ke rumah di Sungai Bakap melalui jalan Taman Selasih ke Jalan Taman Air Merah cuba mengelak anjing yang sedang melintas.

Mangsa kemudiannya mengelak ke kiri jalan sebelum terbabas dan merempoh pokok.

Kereta mangsa rosak teruk di bahagian hadapan bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan.

Kaki diikat, leher diacu parang

Kaki diikat, leher diacu parangIntan Fazliana menunjukkan pintu gril berjaya dipecah masuk penyamun bertopeng dan bersenjata di bahagian dapur rumahnya di Kampung Bukit Apit dalam kejadian malam kelmarin
HULU TERENGGANU - “Hampir dua jam saya terpaksa duduk menunduk kerana kepala ditutup  gebar dalam keadaan kedua tangan serta kaki diikat.

“Demi keselamatan keluarga, saya tidak melawan dan syukurlah kami selamat,” kata Zakaria Wahab, 32.

Menceritakan detik cemas setelah rumahnya dimasuki empat penyamun bertopeng dan bersenjata dalam kejadian kira-kira jam 1.30 pagi malam kelmarin itu, Zakaria bukan sahaja diacukan parang di lehernya sebaik terjaga daripada tidur, tetapi turut kerugian kira-kira RM12,000.

Menurutnya, sebelum kejadian dia bersama isterinya, Intan Fazliana Mohd Razali, 30, serta anak mereka, Mohd Ibnu Azriq, 2 tahun 4 bulan, sedang tidur di bilik utama, manakala ibu mertuanya, Fatimah Mamat, 56, serta neneknya tidur di bilik berasingan.

“Saya terjaga apabila lampu bilik tidur dinyalakan penjenayah. Sekelip mata, salah seorang daripada mereka meluru ke arah saya lalu mengacukan parang di leher serta mengarahkan saya duduk diam-diam serta jangan bising.

“Tak berapa lama kemudian, kedua tangan saya diikat di belakang. Malah, kaki saya juga diikat sebelum mereka tutup muka saya dengan gebar. Hampir dua jam saya bertahan dalam keadaan itu. Malah, ibu mertua dan isteri turut diikat perompak terbabit.

“Semua ahli keluarga kecuali nenek dikumpulkan dalam bilik tidur saya. Saya semakin berdebar apabila anak saya turut terjaga dan merengek kerana bimbang jika penjenayah bertindak di luar jangkaan, syukurlah ketika itu anak saya hanya menangis perlahan,” katanya.

Zakaria berkata, salah seorang penyamun turut mengambil peralatan membancuh susu untuk diberi kepada isteri yang ketika itu belum diikat.

Katanya yang bekerja sebagai pemandu jentera berat itu, seorang daripada penyamun mengawasinya sekeluarga di dalam bilik tidur, manakala tiga lagi menggeledah rumahnya selama hampir dua jam.

“Bukan saja wang tunai berjumlah RM1,500 serta barang kemas termasuk tujuh bentuk cincin serta lapan utas rantai leher, lapan telefon bimbit serta dua utas jam tangan dilarikan, tetapi juga barangan kosmetik dan beberapa kain batik, kain pelekat serta baju.

“Isteri saya dapat buka ikatannya tak berapa lama setelah penjenayah keluar lalu minta bantuan jiran. Mereka pecah masuk ke dalam rumah melalui pintu di bahagian dapur yang telah pun dipasang gril.

“Malah, saya percaya kegiatan ini dilakukan lebih daripada empat orang memandangkan ada sebuah kereta datang ambil mereka di pekarangan rumah setelah selesai menggeledah. Laporan dibuat di Balai Polis Ajil kira-kira jam 9 pagi semalam (kelmarin),” ujarnya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu Deputi Superintendan Mohd Ismail Muslim ketika dihubungi mengesahkan kejadian tersebut dan kes disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan bagi kesalahan samun bersenjata dan berkumpulan.

Samun, rogol pembantu rumah mertua


19 Oktober 2013

KUALA TERENGGANU - Seorang lelaki bertindak di luar dugaan apabila sanggup menyamun dan merogol pembantu rumah mertuanya, dalam kejadian di Balai Besar, Dungun 12 Oktober lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner K Manoharan berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 5 pagi, ketika mangsa, 37, yang ketika itu bersendirian di rumah.

“Pembantu rumah itu mendengar ketukan pintu beberapa kali dan bila dilihat, tiada orang di luar. Tiba-tiba suspek menendang pintu dan mengacukan golok serta meminta barang kemas mangsa.

“Suspek telah mengambil beberapa barang berharga milik mangsa, antaranya rantai tangan emas, rantai leher dan dua telefon bimbit, selain bertindak merogol mangsa,” katanya.

Akibat kejadian itu, mangsa cedera di mulut dan kening manakala suspek yang berusia 25 tahun, melarikan diri.

Bagaimanapun, suspek berjaya ditangkap pada jam 10 pagi hari yang sama, di Kampung Kuala Abang, Dungun.

“Ketika ditangkap, suspek berada dalam keadaan khayal dan ujian awal urin mendapati, suspek positif methamphetamine.

“Hasil siasatan lanjut didapati, suspek adalah orang yang dikehendaki polis dan mempunyai tiga rekod jenayah samun, termasuk kes samun pelajar IPTA beberapa hari sebelum itu,” katanya.

Dua maut bertembung kereta

Dua maut bertembung keretaMotosikal mangsa hancur di bahagian hadapan.

LUNAS - Dua lelaki berusia 23 tahun maut apabila motosikal jenis Honda Wave yang ditunggangi mereka bertembung dengan sebuah kereta jenis Toyota Vios di Batu Sembilan, Kampung Permatang Durian kira-kira jam 2.15 pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Ghuzlan Saleh berkata, mangsa dikatakan datang dari arah Padang Serai dalam perjalanan balik ke rumah mereka di Taman Lobak dan Taman Sawi manakala pemandu kereta dari arah Lunas menuju ke Padang Serai.

Menurutnya, tiba di tempat kejadian, mangsa yang menunggang motosikal dipercayai laju, terbabas masuk ke laluan bertentangan sebelum bertembung dengan kereta terbabit.

"Motosikal mangsa diseret kira-kira 20 meter sebelum kereta terlibat terbabas ke kanan jalan.

“Kedua-dua mangsa maut di tempat kejadian kerana mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan badan," katanya.

Ghuzlan berkata, daripada siasatan awal dijalankan mendapati kedua-dua kenderaan dipandu laju dan mangsa mengalami kecederaan parah di kepala dipercayai tidak memakai topi keledar.

"Mayat mangsa dibawa ke Hospital Kulim untuk bedah siasat dan kes ini akan disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan kerana memandu secara melulu sehingga mengakibatkan kemalangan maut,” katanya.

Menurutnya, sepanjang bulan Oktober 2013, empat kemalangan maut dilaporkan berlaku di mana kesemua mangsa terlibat merupakan penunggang dan pembonceng motosikal.

Katanya, punca utama mangsa maut adalah kerana tidak memakai topi keledar dan menunggang motosikal dengan laju.

Ghuzlan meminta semua penunggang motosikal supaya mematuhi undang-undang dengan memakai topi keledar kerana ia dapat mengurangkan kadar kecederaan di bahagian kepala sekiranya terlibat dalam kemalangan.

Remaja maut nahas

Remaja maut nahasMayat mangsa dibawa ke Klinik Kesihatan Pekan Air Panas sebelum dihantar ke HDS untuk bedah siasat. Gambar kecil: Siti Rubiah.
SEGAMAT - Kegembiraan seorang remaja dari Negeri Sembilan untuk menghabiskan cuti perayaan di rumah saudaranya di Labis, di sini, berakhir tragedi apabila dia maut dalam kemalangan di Kilometer 6.5 Jalan Labis - Air Panas, petang kelmarin.

Dalam kejadian jam 3.15 petang itu, mangsa yang juga pembonceng, Siti Rubiah Mustapa, 14, maut serta merta di lokasi kejadian apabila motor ditunggang sepupunya, Syarifah Norwahida Syed Khaled, 18, hilang kawalan sebelum memasuki laluan  bertentangan dan dirempuh  sebuah kereta.

Pemandu kereta yang enggan dikenali berkata, ketika kejadian, hujan lebat dan sebuah motosikal dari arah Labis menghala Pekan Air Panas tergelincir ketika melalui selekoh sebelum mangsa terpelanting ke lorong bertentangan.
“Saya berusaha sedaya upaya mengelak mangsa, namun tidak berjaya menyebabkan saya merempuh mangsa walaupun kenderaan sendiri terbabas dan hampir melanggar tiang lampu.


“Hujan lebat dan jalan yang licin menyebabkan sepupu mangsa gagal mengawal motosikal ditunggangnya sehingga menyebabkan mereka terjatuh. Saya sendiri masih trauma dengan kejadian ini,” katanya kepada Sinar Harian.

Difahamkan, mangsa cedera parah pada kepala dan maut  serta merta di lokasi kejadian,  manakala sepupunya mengalami luka kecil  dan lebam pada mata, dan  dikejarkan ke Hospital Daerah Segamat (HDS) untuk rawatan lanjut.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Segamat, Superintendan Mohd Kamil Sukarmi mengesahkan ada menerima laporan mengenai kejadian berkenaan.

Lori satu tan terbalik

Lori satu tan terbalikAnggota bomba bergegas ke tempat kejadian selepas menerima panggilan berhubung kemalangan itu, malam kelmarin.

REMBAU - Sebuah lori satu tan yang dalam perjalanan pulang selepas menghantar barangan besi di Johor Bahru, terbalik selepas hilang kawalan di Kilometer 242 Lebuhraya Utara - Selatan (arah Utara), dekat sini, malam kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira 9.50 malam itu, mangsa yang hanya dikenali sebagai Kanna, 30-an, cedera ringan dan dikejarkan ke Hospital Tuanku Ja'afar, Seremban untuk rawatan.

Sepasukan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Rembau diketuai Pegawai Bomba Kanan 2, Abdul Jalil Jasin bergegas ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan kecemasan.

Menurut Abdul Jalil, sebaik tiba di lokasi kejadian, mangsa dikeluarkan oleh kakitangan Plus dan dihantar ke hospital menggunakan ambulans.

"Cermin hadapan lori berkenaan tercampak kira-kira lima meter dari lokasi lori terbalik. Terdapat juga barangan bertaburan di atas lebuhraya ini,” katanya.

Sementara itu, majikan pemandu lori berkenaan, Rafi Hamid, 29, berkata, dia bergegas ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan memaklumkan pekerjanya terbabit dalam kemalangan.

“Bagaimanapun, sebaik saya tiba di lokasi, pekerja saya dihantar ke hospital. Lori ini dalam perjalanan pulang dari Johor Baharu ke Kuala Lumpur," katanya.

Hasrat beraya berakhir tragedi


19 Oktober 2013


Hasrat beraya berakhir tragediHasrat beraya berakhir tragedi Pacuan empat roda Mitsubishi Triton dinaiki Mohd Latip sekeluarga hampir putus dua selepas bertembung dengan lori tangki minyak dalam nahas tragik di Kilometer 150.8 Jalan Jerangau-Jabor berhampiran Bandar Cheneh Baru, petang kelmarin

KEMAMAN – Hasrat seorang pengurus ladang kelapa sawit dari Chini, Pahang untuk beraya di rumah rakan lama di Bandar Seri Bandi, Kijal, tidak kesampaian apabila dia maut bersama anak berusia empat tahun, sementara isterinya pula parah dalam nahas tragik, kelmarin.

Hasrat beraya berakhir tragedi
Lori tangki minyak turut remuk menyebabkan pemandunya tersepit di tempat duduk
Dalam kejadian kira-kira jam 3 petang itu, Mohd Latip Abu Bakar, 37 dan anak lelakinya, Muhammad Rayyan maut serta-merta di tempat kejadian selepas pacuan empat roda dinaiki mereka bertembung dengan sebuah lori tangki minyak di Kilometer 150.8 Jalan Jerangau-Jabor berhampiran Bandar Cheneh Baru, dekat sini.

Akibat pertembungan kuat itu, Mohd Latip yang memandu Mitsubishi Triton tersepit di tempat duduk, manakala anaknya pula tercampak ke hadapan kenderaan menyebabkan kedua-duanya cedera parah di kepala dan badan.

Mohd Latip yang beralamat di Kampung Parit Buaya, Johor, meninggal dunia di sisi isterinya, Rohaini Pengis, 29, yang mengerang kesakitan apabila patah kedua-dua kaki, selain mengalami pendarahan pada badan.

Ketua Polis Daerah, Superintendan Che Suza Che Hitam berkata, ketika kejadian, mangsa dalam perjalanan dari Kuantan menghala ke Kuala Terengganu.

Menurutnya, kejadian dipercayai berlaku apabila lori tangki minyak tanpa muatan dipandu N Krishnan, 41, hilang kawalan lalu masuk ke laluan bertentangan dan berlanggar secara berdepan dengan pacuan empat roda dinaiki mereka.

“Akibat pertembungan itu, pemandu lori yang berasal dari Port Dickson, Negeri Sembilan terbabit turut tercedera dan tersepit di tempat duduk,” katanya.

Susulan itu, Rohani yang berasal dari Kampung Keluru Jaya, Bekenu, Sarawak dan Krishnan dikejarkan ke Unit Kecemasan, Hospital Kemaman untuk menerima rawatan lanjut.

Mayat dua beranak itu juga dihantar ke hospital sama untuk dibedah siasat bagi mengenal pasti punca kematian.

Perlanggaran itu mengakibatkan kedua-dua kenderaan remuk teruk dengan tayar hadapan lori tangki turut tercabut.

10 minit keluar mangsa

Terdahulu, dua mangsa tersepit dikeluarkan sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Cheneh Baru yang dikejarkan ke lokasi kejadian bersama sebuah jentera.

Bomba mengambil masa kira-kira 10 minit untuk membantu mengeluarkan mangsa tersepit di sebalik sisa kenderaan yang remuk.

Mayat kedua-dua beranak itu dituntut keluarga sebelah Mohd Latip yang datang dari Kuala Lumpur, kira-kira jam 10 malam.

Difahamkan, Mohd Latip dan isteri mempunyai seorang lagi anak perempuan, bagaimanapun anaknya itu tidak dibawa bersama ketika kejadian.

Mohd Latip sebelum bekerja di ladang sawit Chini, pernah bekerja di ladang kelapa sawit di Bandar Seri Bandi.

Jadi sempena cuti Hari Raya Korban, Mohd Latip merancang untuk menziarahi dan beraya di rumah rakan-rakan lamanya yang tinggal di ladang tersebut.

Beberapa rakan lama mangsa dari Bandar Seri Bandi yang terkejut dengan kejadian menimpa keluarga itu, turut datang ke tempat kejadian.

Jalan Jerangau-Jabor laluan maut

Dalam pada itu, kemalangan ngeri melibatkan tiga beranak terbabit turut menarik perhatian penduduk setempat yang mengerumuni lokasi kejadian untuk melihat keadaan kedua-dua kenderaan.

Penduduk, Zakaria Tusin, 55, berkata, laluan itu sering berlaku kemalangan meragut nyawa.

“Sepanjang laluan Jerangau-Jabor terutama berdekatan Bandar Cheneh Baru, memang kerap berlaku kemalangan maut. Nahas ini berlaku kerana banyak sebab. Selain masalah teknikal, kerosakan jalan juga menyumbang kepada berlakunya kemalangan.

“Jadi pihak berkaitan diharap dapat membaiki kerosakan jalan itu segera bagi mengurangkan risiko kemalangan. Manakala, pemandu pula perlu berwaspada dan tidak memandu laju. Saya sarankan papan tanda amaran turut ditambah di sepanjang laluan
itu bagi memberi peringatan kepada pengguna jalan raya,” katanya.

Pelajar UPSI maut tersepit

Pelajar UPSI maut tersepitAnggota bomba bertungkus-lumus mengeluarkan mangsa yang tersepit

REMBAU – Percutian dua sahabat sempena Aidiladha di kampung bertukar tragedi apabila kereta dinaiki mereka terbabas, lalu melanggar tembok di Kilometer 1 Jalan Pedas - Kundur, Kampung Pedas Tengah, di sini semalam.
Dalam kemalangan kira-kira 4.25 petang itu menyebabkan Ahmad Fuad Darus, 20, maut di tempat kejadian. Sementara rakannya, Farmizan Pirman, 19, cedera di bahagian dada.
Kedua-duanya merupakan pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI),  sementara Farmizan dikatakan berasal dari Sabah dan menghabiskan cuti di kampung rakannya itu.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Rembau, Muhammad Ridzuarn Abdul Rahman berkata, tujuh anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Rembau bergegas ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan.
"Anggota bomba mengambil masa selama 11 minit bagi mengeluarkan mangsa yang tersepit di tempat duduk pemandu," katanya.
Menurutnya, mangsa maut di tempat kejadian dan jenazahnya dihantar ke Hospital Tampin untuk bedah siasat, manakala rakannya dihantar ke Hospital Tuanku Jaafar, Seremban untuk rawatan lanjut.
Sementara itu, saksi kejadian, Nurshafiqah Zakaria, 16, berkata, ketika kejadian, penduduk terkejut apabila terlihat kereta  Perodua Viva dinaiki mangsa melambung di depan rumah jiran.
Menurutnya, mereka kemudian mendapati pemandu kereta tersepit, manakala rakannya sedang mengurut dada sambil mengucap.
"Penduduk segera mengeluarkan penumpang tempat duduk hadapan. Ada penduduk yang memeriksa nadi mangsa di leher pemandu, bagaimanapun mereka dapati mangsa yang tersepit sudah meninggal dunia," katanya.
Sementara itu, ibu saudara mangsa, Zainnah Pie, 43, berkata, dia tidak menyangka kereta yang terlibat kemalangan itu melibatkan anak saudaranya sendiri.
Menurutnya, ketika kejadian, dia dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Kampung Anak Air Kundur sebelum memberhentikan kereta sejurus melihat kemalangan tersebut.
“Sebaik melihat anak saudara saya sendiri, saya terus menghubungi abang saya untuk memaklumkan kejadian ini," katanya.
Menurutnya, Allahyarham Ahmad Fuad pulang bercuti sejak Aidiladha lalu dan rakan itu tidak pulang ke Sabah dan mengambil keputusan bercuti di rumah keluarga Allahyarham di Taman Pedas Perdana.

Polis disyaki ahli kongsi gelap

Polis disyaki ahli kongsi gelapAbdul Aziz (kiri) bersama Timbalan Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Negeri Pahang Superintendan Rosly menunjukkan barangan yang dirampas dalam serbuan ke atas sebuah rumah malam kelmarin.
TEMERLOH – Seorang anggota polis antara empat individu yang ditahan bersama sejumlah dadah dan senjata berbahaya dalam serbuan di sebuah rumah di Taman Bahagia Indah di sini jam 8.50 malam kelmarin.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Abdul Aziz Salleh berkata, mereka yang ditahan terdiri dari tiga lelaki dan seorang wanita berusia antara 21 hingga 27 tahun dipercayai menganggotai kumpulan kongsi gelap berdasarkan rampasan lapan pedang samurai dan lima pistol mainan.

Menurutnya, polis turut merampas sepucuk pistol jenis .38, gari dan lapan butir peluru hidup dari salah seorang lelaki yang ditahan.

“Dalam serbuan Ops cantas dan Ops tapis di rumah terbabit polis juga merampas pelbagai jenis dadah jenis syabu, pil kuda dan satu alat penimbang digital dipercayai untuk pengedaran dadah.

“Polis masih menyiasat sama ada kumpulan ini juga adalah geng yang melakukan aktiviti samun dan pecah rumah berdasarkan beberapa penemuan barangan daripada mereka,” katanya pada sidang media semalam.

Abdul Aziz berkata, antara barangan lain yang ditemui bersama kumpulan terbabit ialah tujuh jam tangan jenama Rolex, Casio, G-Shock, Goer dan Oris, 19 telefon bimbit pelbagai jenama, walkie-talkie, selaras senapang angin buatan sendiri dan sebilah pisau.

Beliau berkata, kesemua yang ditahan tidak mempunyai rekod kesalahan lampau tetapi ujian air kencing kesemua didapati positif dadah jenis methamphetamine.

“Kesemua mereka akan direman untuk siasatan di bawah Seksyen 8 (a) Akta Senjata 1960, Seksyen 7 (1) (a) 1958 kerana  memiliki senjata berjadual dan Seksyen 36, Akta Senjata 1960 kerana memiliki pistol tiruan,” katanya.

Abdul Aziz berkata, anggota yang ditahan akan disiasat di bawah Akta Polis 1967 kerana memiliki peralatan dibekalkan kepada polis dan Seksyen 29 kerana gagal menjelaskan pemilikan.

Menurutnya, mereka juga akan disiasat di bawah Seksyen 39 A (1) dan Seksyen 15 (1) Akta Dadah Berbahaya 1952.

“Hasil siasatan mendapati rumah yang diserbu itu disewa wanita terbabit bersama suaminya, bagaimanapun ketika serbuan suami wanita terbabit tiada dalam rumah,” katanya.

Warga Singapura maut, motor terbabas


19 Oktober 2013
KUANTAN - Hasrat seorang warga Singapura mahu menghabiskan percutian bersama tujuh rakan berakhir dengan tragedi apabila dia terbunuh setelah motosikal berkuasa tinggi jenis Yamaha FJR yang ditunggangnya terbabas dan terjatuh ke dalam semak di Km 8, Jalan Sungai Koyan-Tersang, Kuala Lipis semalam.
 
Dalam kejadian 5.30 petang itu, mangsa Ooi Hong Kim, 61, maut di tempat kejadian selepas dipercayai mengalami kecederaan parah di kepala.
 
Difahamkan mangsa ketinggalan jauh di belakang daripada rakan-rakannya sebelum mangsa hilang kawalan dan terbabas.
 
Ketua Polis Daerah Kuala Lipis, Superitendan Abdul Razak Hassan berkata, perkara itu disedari seorang rakannya Lee Liang Shin Melvin, 34, apabila dia menyedari mangsa belum lagi muncul bersama mereka.
 
"Berikutan itu rakan-rakannya berpatah semula untuk mencari mangsa sebelum mereka terserempak dengan sekumpulan penduduk kampung yang sedang membantu mangsa.

"Mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian. Mayatnya kemudian dibawa ke Hospital Kuala Lipis," katanya ketika dihubungi hari ini.
 
Mangsa dan rakan-rakanya dilaporkan dalam perjalanan menghala ke Ipoh dari Singapura melalui Sungai Koyan.
 
Lee berkata, mayat mangsa akan dihantar pulang ke Singapura selepas selesai bedah siasat di Hospital Kuala Lipis. - Bernama

Pasar raya terbesar hangus terbakar

Pasar raya terbesar hangus terbakarPunca kebakaran di pasar raya menjadi tumpuan pelancong dan penduduk tempatan masih belum diketahui. - Foto: EPA

PHUKET - THAILAND. Pasukan bomba terpaksa mengambil masa kira-kira 11 jam untuk mengawal kebakaran di pasar raya SuperCheap di sini, menurut pihak berkuasa, semalam.

Media tempatan Phuket Gazette melaporkan, Ketua Polis Phuket, Sermphan Sirikong memaklumkan, mereka tidak dapat menganggarkan jumlah kematian, namun ratusan mangsa dipercayai terperangkap ketika kejadian.

"Kami dimaklumkan terdapat 1,000 pekerja dan ratusan pengunjung di pasar raya itu ketika kebakaran berlaku, namun angka sebenar kematian hanya diketahui selepas anggota forensik melakukan pemeriksaan di premis terbabit," katanya.

Menurutnya, seramai 500 anggota polis dikerah di lokasi kejadian untuk mengawal lalu lintas.

Difahamkan, api marak menyebabkan kebakaran itu merebak ke beberapa rumah dan lot kedai di kawasan berhampiran. 

Thai berkas rakyat Malaysia miliki kokain


18 Oktober 2013

BANGKOK - THAILAND - Kelakuan gopoh-gapah seorang warga Malaysia untuk menggunakan tandas di Lapangan Terbang Don Mueang di sini, membawa kepada penangkapannya selepas pihak berkuasa Thailand menemui 12 bungkusan kecil dadah di dalam mangkuk tandas yang digunanya.

Dalam kejadian semalam itu, lelaki berusia 36 tahun terbabit diberkas selepas pihak berkuasa curiga dengan kelakuannya dan mengekori suspek ke dalam tandas, kata Pegawai Penguasa Polis Imigresen, Kolonel Polis Weerayot Karunyathornn kepada pemberita.

Weerayot berkata dalam soal siasat, suspek mengaku membeli dadah jenis kokain seberat 120 gram itu daripada seorang wanita Thai dengan harga 270,000 baht.

Suspek mengaku mahu menjual dadah terbabit di Malaysia, katanya.

Mengulas kejadian, Weerayot berkata suspek sebelum itu menghampiri pegawai pihak berkuasa dan memaklumkan mahu ke tandas.

Bagaimanapun kelakuannya menimbulkan kecurigaan menyebabkan pegawai terbabit mengekorinya sebelum menemukan bungkusan kecil dadah terbabit di dalam mangkuk tandas yang diguna oleh suspek.

Kebakaran merebak

Kebakaran merebak  Kebakaran merebak dengan cepat susulan angin kencang di New South Wales.

SYDNEY - AUSTRALIA. Sekurang-kurangnya 100 kebakaran hutan berlaku di tenggara Australia hingga memaksa ratusan penduduk berpindah.

Jurucakap perkhidmatan kebakaran luar bandar, Natalie Sanders berkata, kebakaran itu meragut satu nyawa manakala ribuan kediaman hangus.

“Angin kencang menyebabkan api marak dengan cepat. Kebakaran merebak lebih 500 hektar ke kawasan bandar. Seramai 1,400 anggota bomba dikerahkan ke kawasan terbabit,” katanya.

Menurutnya, sehingga kini kebakaran di 98 kawasan hutan terkawal dan 28 kawasan lain masih gagal dikawal.

Timbalan pesuruhjaya perkhidmatan bomba dan penyelamat Rob Rogers berkata, kebakaran juga menyebabkan beberapa kawasan bandar berhampiran musnah terutama di Lithgow.

“Pasukan polis kini sedang bergerak ke dalam zon kebakaran untuk mencari mangsa hilang,” katanya dipetik AP.

Beliau berkata, mangsa kini ditempatkan di penempatan sementara bagi tindakan susulan.

Jumpa mayat dalam kereta


Kulaijaya: Polis menemui mayat dua lelaki dalam sebuah Perodua Myvi dengan kesan belasahan pada badan selain hidung masing-masing berdarah, kira-kira 500 meter dari Plaza Tol Senai menghala Johor Bahru, dekat sini, semalam.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Johor Datuk Hasnan Hassan berkata, kereta berwarna merah itu ditemui kakitangan Projek Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) pada jam 5.30 pagi dengan enjin dan pendingin udara yang masih hidup, diletakkan di lorong kecemasan laluan berkenaan. 
“Polis kemudian bergegas ke lokasi kejadian sebelum menemui mayat dua lelaki dalam kereta berkenaan iaitu satu di tempat duduk penumpang depan dan satu lagi di tempat duduk penumpang belakang. 

“Mangsa pertama dikenali sebagai P Visvanathan berusia 48 tahun berasal dari Taman Sri Penaga, Seremban, Negeri Sembilan manakala seorang lagi dikenali sebagai K Kalaiselvan berusia 38 tahun dari Jalan Prima 3, Metro Prima, Kuala Lumpur,” katanya ketika ditemui, semalam.
Foto
KERETA yang ditinggalkan di berhampiran plaza tol.

Menurutnya, siasatan awal polis terhadap mayat kedua-dua mangsa mendapati terdapat kesan lumpur pada badan mereka selain beberapa kesan luka dan lebam dipercayai akibat dipukul menggunakan objek keras.

Katanya, mangsa dipercayai dibunuh di tempat lain sebelum mayatnya dibawa ke lokasi berkenaan. 

“Mangsa dipercayai sudah meninggal dunia kira-kira lapan jam sebelum mayat mereka ditemui. Mayat Visvanathan ditemui memakai kemeja kelabu dan hijau serta berseluar denim biru manakala mayat Kalaiselvan hanya memakai seluar panjang,” katanya. 

Beliau berkata, siasatan juga mendapati kedua-dua mangsa turut diseksa sebelum dibunuh. 

“Pemeriksaan berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di kawasan itu masih dijalankan. Kereta itu didapati didaftarkan atas nama seorang wanita berasal dari Negeri Sembilan. 

“Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh dan saksi kejadian diminta tampil bagi membantu siasatan,” katanya.

Usap bahu cabul menantu

Tampin: Seorang pemimpin politik di daerah ini ditahan polis 7 Oktober lalu kerana disyaki mencabul menantunya di sebuah rumah di tanah rancangan (FELDA) Jelai, Gemas, dekat sini.
Ketua Polis Daerah Superintendan Wooi Kooi Cheang berkata, mangsa berusia 23 tahun baru berkahwin dengan anak suspek tahun lalu dan tinggal serumah bersama suspek berusia 50-an di tanah rancangan berkenaan.

Menurutnya ketika kejadian 22 September lalu, mangsa yang berehat di ruang tamu rumah dihampiri suspek jam 8 pagi yang secara tiba-tiba mengusap tangan kiri dan bahu mangsa, kononnya untuk melihat kesan lebam akibat wanita itu terjatuh sehari sebelumnya.
“Mangsa yang terkejut bangun dan menuju ke dapur, tetapi dia diekori suspek. Lelaki itu kemudian bertindak lebih berani memeluk mangsa dari belakang dan mencium lehernya beberapa kali.

“Mangsa yang tidak selesa dengan keadaan itu menceritakan kejadian kepada suami dan mereka berbincang bagi mencari penyelesaian. “Bagaimanapun, selepas lebih seminggu tiada kata putus diberikan suaminya, mangsa nekad menghubungi adiknya,” katanya ketika ditemui di pejabatnya di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tampin, petang semalam.

Wooi berkata, adik mangsa kemudian datang mengambil mangsa di FELDA berkenaan 3 Oktober lalu dan selepas berbincang dengan keluarga, laporan polis dibuat di Ampang, Selangor pada 6 Oktober lalu berhubung kes cabul itu.
Beliau berkata, suspek ditahan 7 Oktober lalu dan direman selama empat hari.

“Suspek sudah dibebaskan pada 10 Oktober lalu dengan jaminan polis selepas keterangannya direkodkan. Polis kini menjalankan siasatan kes ini mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan,” katanya.
Katanya, seksyen itu memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun atau denda atau sebat atau dua daripadanya jika sabit kesalahan.

Maut ditimbus isirong sawit


Bagan Serai: Seorang kelindan lori maut dalam keadaan mengerikan apabila mangsa ditimbus muatan buah kelapa sawit seberat hampir lima tan di sebuah kilang di Sungai Jawi, di sini.

Dalam kejadian jam 3 petang kelmarin, mangsa, Mohd Rashidi Zainon, 22, dipercayai terjatuh dan ditimbus isirong kelapa sawit itu sewaktu menurunkan muatan dari lori.
Rakan mangsa, Farizan Ramli, 32, yang memandu lori itu berkata, kejadian berlaku ketika dia dan mangsa membawa muatan buah kelapa sawit itu untuk diproses ke kilang.

Menurutnya, Rashidi turun dari lori bersamanya membuka dinding papan pada bahagian belakang lori untuk menurunkan muatan isirong itu.


“Namun, sebaik muatan isirong kelapa sawit itu dipunggah turun, saya pelik apabila mendapati kelibat Rashidi tiada di situ.


“Saya segera mengalihkan lori sebelum masuk semula ke dalam kawasan kilang mencarinya.

“Namun, semua pekerja ditemui di dalam kilang itu mendakwa tidak melihat rakan saya itu,” katanya ketika ditemui di rumah mangsa di Parit Haji Kassim, di sini, semalam.

Farizan berkata, dia meminta seorang pekerja kilang supaya mengalihkan longgokan isirong itu menggunakan jentolak.

“Saya tergamam apabila melihat kaki Rashidi terjulur keluar di bawah timbunan isirong kelapa sawit itu. Saya cuba menariknya keluar dari bawah timbunan isirong kelapa sawit itu, namun gagal.

“Tiga pekerja kilang itu kemudian membantu saya mengeluarkan Rashidi yang ketika itu sudah tidak sedarkan diri.

Sementara itu, ibu mangsa, Zurita Rejab, 40, meluahkan rasa sedih terhadap kematian anak sulungnya itu.

Menurutnya, arwah ada memasang impian menjadi anggota polis dan sudah menjalani proses temu duga di Ibu Pejabat Polis Daerah Kerian, baru-baru ini.

Lori besar angkut 22 lembu curi


Kuala Kangsar: Seorang penternak lembu terkejut apabila 22 ekor lembu peliharaannya dicuri kumpulan penjenayah yang dipercayai menggunakan lori besar untuk melarikan semua ternakannya itu.

Dalam kejadian jam 3 petang semalam, mangsa, Khairi Sazizi Zainuddin, 48, terkejut selepas mendapati lembu diletakkan di dalam kandang di Kampung Ara Panjang, di sini, dicuri penjenayah terbabit.
Menurutnya, tiga lembu yang dicuri itu sudah ditempah pelanggan dan menanti masa diserahkan.

“Saya hanya menyedari kehilangan itu ketika mahu melepaskan ternakan dari kandang untuk meragut rumput di kawasan berhampiran.


“Saya tergamam seketika dan tidak percaya semua lembu milik saya dianggarkan bernilai hampir RM40,000 itu lesap dilarikan pencuri,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.


Dia percaya kumpulan pencuri menggunakan lori besar untuk melarikan ternakannya susulan penemuan kesan tayar lori berhampiran kandang lembunya.

“Rantai yang mengunci pagar kandang lembu saya turut dipotong. Malah, penjenayah turut membina laluan khas untuk membolehkan lembu milik saya dipindahkan masuk ke dalam lori.

“Saya percaya penjenayah bertindak mengumpul semua lembu saya terlebih dulu sebelum dihalau masuk ke dalam lori yang diletakkan di sebelah kandang,” katanya.

Menurutnya, kejadian seumpama itu pernah berlaku di kawasan berhampiran, namun kehilangan lembu milik penternak lain tidak sebanyak yang dialaminya.

“Saya terbabit dalam bidang penternakan sejak lapan tahun lalu dan ini kali pertama saya mengalami kejadian seumpama itu,” katanya.

Menurutnya, dia sudah membelanjakan lebih RM6,000 untuk membina kandang terbabit.

“Saya rasa amat kecewa kerana kumpulan pencuri mengambil jalan mudah untuk mendapatkan wang sedangkan saya berhempas-pulas bekerja menjaga haiwan ternakan itu,” katanya yang sudah membuat laporan di Balai Polis Manong, di sini.

‘Neraka’ enam minggu


Oleh Fatin Syafiqa Abd Manap

Sabak Bernam: Seorang remaja perempuan yang lari dari rumah di Batu 4 Sepintas, di sini, sejak 4 September lalu dipercayai dijadikan ‘keldai dadah’ sebelum dijumpai semula dalam serbuan dijalankan sepasukan anggota dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Hilir Perak, Rabu lalu.

Kejadian berlaku selepas mangsa berusia 16 tahun, dipercayai keluar dari rumah keluarga secara sembunyi untuk mengikut seorang lelaki berusia 27 tahun.

Ketua Polis Daerah Sabak Bernam Superintendan Noor Mushar Muhammad berkata, laporan berhubung kehilangan remaja terbabit dibuat bapanya di Ibu Pejabat Polis (IPD) Sabak Bernam.

“Mangsa dipercayai keluar rumah dan mengikut suspek yang kononnya mahu membantu menghantarnya ke rumah rakannya di kawasan berhampiran, namun lelaki itu tidak membawa mangsa ke tempat dijanjikan sebaliknya ke sebuah rumah di Kampung Parit 13, Sungai Panjang,” katanya.

Menurutnya, keesokannya mangsa dibawa ke satu lokasi lain dan dipercayai dirogol di sebuah rumah di Kampung Parit 8, Sungai Besar, sebelum suspek membawanya ke lokasi ‘port’ penagih dadah di kawasan ladang kelapa sawit Perak Timur, Hutan Melintang, Perak.

“Mangsa yang takut dicederakan hanya menurut arahan suspek dan sepanjang berada bersama suspek, mangsa diarah mema dan mengedarkan dadah di sekitar Hutan Melintang,” katanya.

Noor Mushar berkata, mangsa takut untuk membantah atau melarikan diri kerana suspek mengugut akan membunuh semua ahli keluarganya jika tidak menurut arahan.

“Siasatan awal polis juga mendapati, mangsa dirogol berkali-kali di ladang kelapa sawit itu sebelum sepasukan anggota polis dari Hilir Perak menjalankan serbuan sehingga mangsa yang dipercayai hilang sejak enam minggu lalu ditemui,” katanya.

Menurutnya, mangsa yang baru mengenali suspek kira-kira tiga bulan lalu kini ditahan reman di IPD berkenaan untuk siasatan lanjut dan suspek yang sempat melarikan diri ketika serbuan kini masih diburu.

“Mangsa akan dibawa ke hospital untuk menjalani pemeriksaan kesihatan dan disoal siasat bagi membantu polis mengesan rumah dan mengenal pasti individu yang terbabit dalam kes itu,” katanya.

Kes kini disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol dan Seksyen 506 Kanun Keseksaan atas kesalahan membuat ugutan jenayah.

Kempunan bawa anak bongsu balik kampung


Putrajaya: Hajat seorang bapa membawa anak bongsu berusia 10 hari pulang ke kampung berjumpa ahli keluarga tidak kesampaian apabila dia meninggal dunia selepas motosikal berkuasa tinggi dinaikinya terbabas di Lebuh Sentosa susur ke Persiaran Barat di sini, jam 8.30 pagi, semalam.

Mangsa Fadzli Mahpudz, 33; seorang eksekutif PETRONAS dipercayai dalam perjalanan ke tempat kerja di Menara KLCC maut ditempat kejadian akibat kecederaan di kepala.


Kakak mangsa Mareena Mahpudz, 40; berkata, kali terakhir dia berjumpa adik bongsunya Sabtu lalu, ketika membawa ibunya melawat isteri arwah yang bersalin 9 Oktober lalu di rumah mereka di Presint 11, Putrajaya.

“Arwah tidak pulang ke kampung sempena Aidiladha sebab isteri baru melahirkan anak ketiga, dan mereka merancang berpantang di Putrajaya, jadi saya bawa ibu ke rumah arwah Sabtu lalu untuk melawat isteri dan anak arwah.


“Ketika itu, arwah beritahu akan pulang ke kampung di Sepri, Rembau Negeri Sembilan hujung minggu ini untuk berjumpa ahli keluarga kami, namun hasratnya tidak kesampaian. Arwah meninggalkan kami terlebih dahulu dalam usia muda,” katanya ketika ditemui di perkarangan bilik mayat Hospital Putrajaya (HPj) di sini, semalam. Selain bayi perempuan yang baru lahir Irisya Dalisha, mangsa turut meninggalkan dua anak yang masih kecil, Isaac Dzarith Fadzli, 4; Iryna Damia, 2 dan balu, Nurul Syima Mohamed, 33. Jenazah disembahyangkan di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Presint, 20, di sini, selepas solat Asar. Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Putrajaya Superintendan Mak Pak Chuai mengesahkan kejadian, dan siasatan awal mendapati mangsa yang menaiki motosikal Kawasaki ZX10 terbabas lalu terjatuh. “Mangsa dalam perjalanan ke tempat kerja dipercayai gagal mengawal motosikal sebaik tiba ditempat kejadian dan melanggar pembahagi jalan,” katanya.

Wanita disyaki dalang bunuh suami didakwa


Banting: Seorang wanita yang disyaki bersubahat membunuh suaminya pada 5 Oktober lalu dihadapkan Mahkamah Majistret Telok Datok, di sini semalam.

Suri rumah berkenaan R Vagavali, 50, dibawa masuk ke pekarangan mahkamah dengan kawalan ketat polis bersama tiga lagi tertuduh yang juga menantunya, P Gunalan, 28; P Keeshor Kumar, 19 dan R Dhasarathi Naidu, 19 jam 10.30 pagi.
Mereka didakwa membunuh Sukumaran yang ditemui mati dengan 43 kesan tetakan di sebuah rumah di Kampung Sungai Sedu, Banting antara jam 7 malam 4 Oktober hingga 6 pagi, 5 Oktober lalu.

Ketika pertuduhan dibacakan dalam bahasa Tamil mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan (KK) yang dibaca bersama Seksyen 34 KK yang membawa hukuman mati, mereka mengangguk tanda faham di depan Majistret Raja Noor Adilla Raja Mahyaldin.


Tiada sebarang pengakuan direkodkan ketika pertuduhan dibuat dan Noor Adilla menetapkan 25 November depan sebagai tarikh sebutan semula kes.


Yagavali dan Gunalan hadir ke mahkamah tanpa diwakili peguam sementara Keeshor Kumaar pula diwakili peguam V Ayasamy manakala Dhasarathi Naidu diwakili peguam Ratchel Suppiah.

Pihak pendakwa pula diwakili Pegawai Pendakwa Cif Inspektor Ridhuan Abdullah.

Harian Metro semalam melaporkan sikap tamak harta mengatasi rasa cinta seorang wanita terhadap suaminya apabila dia sanggup bersubahat merancang pembunuhan teman hidupnya yang dikahwini sejak tiga tahun lalu selepas gagal mewarisi harta lelaki itu bernilai RM500,000.

Simbahan asid cemburu


Oleh Mohd Firdaus Ibrahim

Kuala Lumpur: Seorang wanita berusia 33 tahun cedera parah di muka selepas disimbah asid oleh bekas teman lelakinya dipercayai bermotifkan cemburu, ketika mangsa tidur di rumahnya di Jalan Raja Laut, di sini, Khamis lalu.

Lebih kejam, dalam kejadian jam 11 pagi itu, suspek berusia lewat 30-an dilapor turut memukul muka mangsa menggunakan topi keledar selepas menyimbah cecair berkenaan.


Menurut sumber, tidak cukup dengan seksaan itu, wanita berkenaan kemudian dikurung pula di rumah terbabit lebih tiga jam sebelum mangsa meloloskan diri dengan bantuan rakan serumahnya. Malah, suspek dilapor turut melarikan wang tunai dan telefon bimbit milik wanita berkenaan dianggarkan bernilai hampir RM1,000.

Selepas meloloskan diri, mangsa dibantu rakannya membuat laporan di Balai Polis Dang Wangi, di sini.


Menceritakan semula kejadian itu, sumber itu berkata, mangsa yang tidur sendirian di rumahnya terjaga selepas mengalami kesakitan di muka.


“Mangsa melihat bekas teman lelakinya memegang satu botol berisi cecair,” katanya.

Sumber itu berkata, penderitaan mangsa tidak berakhir di situ malah dalam keadaan dia meronta-ronta menahan kesakitan, suspek memukul kepalanya menggunakan topi keledar pula.


“Ketika itu, mangsa hanya mampu menjerit meminta pertolongan selain merayu dikasihani. Rayuan mangsa tidak diendahkan lelaki terbabit yang dilapor bertindak semakin agresif dengan menendang wanita terbabit,” katanya.

Menurutnya lagi selepas dipukul lebih 30 minit, suspek mengurung mangsa dalam bilik di rumahnya sebelum melarikan diri bersama telefon bimbit dan wang tunai milik wanita terbabit.


Katanya, mangsa hanya meloloskan diri daripada kurungan tiga jam kemudian apabila rakan serumahnya pulang sebelum membantunya.


“Terkejut melihat kecederaan dialami mangsa, rakan wanita terbabit bergegas membawanya ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) bagi mendapatkan rawatan lanjut,” katanya.


Sumber itu berkata, usaha mengesan suspek giat dijalankan pihak polis. “Pihak berkuasa percaya punca kejadian itu bermotifkan cemburu,” katanya.


Harian Metro difahamkan, mangsa mengalami kecederaan parah di muka dan dirawat di HKL namun keadaannya dilaporkan stabil.


Sementara itu, Ketua Polis Daerah Dang Wangi Asisten Komisioner Zainuddin Ahmad ketika dihubungi, mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian berkenaan dan memberitahu siasatan lanjut dilakukan.

Terselamat kereta rentung



Kuala Lumpur: Seorang pemandu kereta Toyota Vios terselamat daripada rentung apabila sempat keluar melarikan diri sebelum kereta dipandunya terbakar di Jalan Tun Razak menghala pusat bandar, di sini, semalam.

Dalam kejadian jam 7 pagi berhampiran sebuah hotel itu, kereta mangsa dikatakan terbabas dan melanggar penghadang jalan sebelum terbakar secara tiba-tiba.


Difahamkan pemandu kereta itu seorang lelaki tempatan berusia 45 tahun berasal dari Bandar Baru Ampang. Beliau hanya mengalami cedera ringan.

Penolong Pengarah Operasi Bomba, Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur, Azizan Ismail berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan jam 7.14 pagi daripada orang awam mengenai kejadian itu.


“Dua jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Keramat dan Titiwangsa bersama 10 anggota dikejarkan ke lokasi kejadian.


“Ketika pasukan penyelamat tiba pemandunya sudah tiada dipercayai dihantar ke hospital untuk rawatan. Operasi mengambil masa kira-kira 20 minit sebelum api berjaya dipadamkan sepenuhnya,” katanya ketika dihubungi.

Kejadian itu menyebabkan kesesakan lalu lintas teruk sehingga lima kilometer dari Setapak, Ampang dan Jalan Tun Razak berikutan ketika itu orang ramai keluar menuju ke tempat kerja masing-masing

Wanita dinoda lepas disamun dalam lif



Petaling Jaya: Seorang wanita bukan saja disamun, malah dirogol seorang lelaki dipercayai warga asing di kondominium miliknya di Damansara Perdana, di sini Rabu lalu.

Difahamkan, dalam kejadian jam 11 malam itu, mangsa yang juga warga tempatan berusia 38 tahun sedang menaiki lif sebelum diekori lelaki terbabit yang berusia 30-an.
Lelaki terbabit kemudian mengikat tangan dan mengambil wang tunai berjumlah RM800 berserta telefon bimbit yang terletak di dalam beg tangan mangsa.

Mangsa turut diugut sebelum ditolak masuk ke dalam rumah dan dirogol sebelum melarikan diri.


Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed berkata, siasatan awal polis berjaya menahan seorang lelaki warga asing berusia 40 tahun bagi membantu siasatan.


Katanya, lelaki terbabit ditahan di Cheras pagi semalam bagi membantu polis memburu suspek sebenar yang merogol mangsa.

“Hasil siasatan awal, polis mengesyaki suspek telah menjual telefon bimbit mangsa kepada lelaki lain.

“Polis juga percaya perbuatan ini dilakukan penyewa atau penduduk di situ kerana sistem kawalan keselamatan kondominium dikawal rapi 24 jam dan pelawat memerlukan kad akses untuk masuk ke dalam bangunan,” katanya.

Menurut Arjunaidi, polis masih menyiasat lanjut berhubung perkara itu dan lelaki terbabit direman bermula semalam.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol dan Seksyen 394 Kanun Keseksaan kerana sengaja menyebabkan kecederaan dengan melakukan rompakan.

Bayi dalam kotak tepung

Oleh Siti Nadirah Hafidzin, Mahaizura Abd Malik dan Redzuan Muharam
Johor Bahru: Seorang ejen hartanah terkejut apabila bunyi tangisan yang disangkakan kucing rupanya suara tangisan bayi lelaki yang ditemui di belakang kediamannya di Jalan Panglin, Taman Perling, kelmarin.
Dalam kejadian jam 11.50 malam itu, Ismail Yahya, 46, berkata, dia terdengar bunyi suara halus kira-kira setengah jam dari arah belakang dapur rumahnya.
Menurutnya, ketika itu, dia dan isteri, Marina Omar, 36, sedang bersiap untuk tidur.

“Saya baru mahu melelapkan mata, tetapi tersedar apabila terdengar bunyi suara halus seperti anak kucing.
Foto
BAYI yang ditemui di belakang rumah.

“Hampir setengah jam kami mendengar bunyi sama menyebabkan saya yang tidak sedap hati bergegas ke dapur untuk memeriksa,” katanya, semalam.

Katanya, dia terkejut apabila mendapati bunyi yang didengar itu sebenarnya adalah suara bayi menangis sebelum memanggil isterinya lalu membuka pintu dapur.

Menurutnya, dalam keadaan samar-samar itu, mereka melihat ada objek bergerak dalam satu kotak tepung yang turut dihurung lipas.

“Kami terkejut apabila menemui bayi lelaki yang masih bertali pusat, malah lampin dipakainya juga sudah basah. Saya kemudian terus menghubungi polis memaklumkan penemuan itu,” katanya.

Katanya, mereka tidak berani menyentuh bayi berkenaan sehingga polis tiba tidak lama kemudian.

Menurutnya, dia turut menyuapkan madu ke mulut bayi berkenaan kerana mendapati ia seolah-olah lapar,” katanya yang melaporkan kejadian itu di Balai Polis Tampoi.

Sementara itu, anak saudara Ismail, Farhan Mohamad, 27, berkata, dia terlihat seorang wanita mendukung bayi mundar-mandir di depan surau jam 11 malam,” katanya.

“Wanita terbabit berusia 20-an dan kelihatan gelisah serta dilihat menghubungi seseorang menggunakan telefon bimbit,” katanya.

Beliau berkata, kurang sejam kemudian bapa saudaranya mengetuk pintu biliknya memaklumkan penemuan bayi di belakang rumahnya itu.

“Mungkin wanita yang dilihat mendukung anak kecil dekat surau itu ada kaitan dengan penemuan bayi berkenaan,” katanya.

Akaun Facebook palsu: Muhyiddin

PAGOH: Tan Sri Muhyiddin Yassin menafikan kenyataan yang dibuat di dalam satu akaun Facebook palsu mengenai dakwaan adanya keputusan jawatankuasa disiplin UMNO ke atas calon Naib Presiden Datuk Mukhriz Mahathir.
"Saya tidak mengeluarkan kenyataan berkenaan dan akaun Facebook itu bukan milik saya. 
"Saya sudah meminta Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM) menyiasat mengenai akaun berkenaan," katanya dalam satu kenyataan ringkas yang dikeluarkan di sini, hari ini. 

Beliau mengulas tindakan tidak bertanggungjawab pihak tertentu yang membuat akaun Facebook palsu atas nama Tansri Muhyiddin Yasin dan memuat naik status "Dukacita dimaklumkan, Datuk Mukhriz bin Tun Mahathir telah disingkirkan dari percalonan Naib Presiden UMNO. Pihak Lembaga Disiplin UMNO telah membuat keputusan bahawa calon didapati telah melanggar etika parti dan secara langsung terlibat dalam penglibatan wang yang besar dan diedarkan pada program khas yang diadakan oleh pihak calon baru-baru ini. Saya berharap pihak Lembaga Disiplin UMNO dapat menyiasat perkara ini secepat mungkin.."
Foto
Muhyiddin menafikan kenyataan yang dibuat di dalam akaun Facebook palsu.

Bagaimanapun, status yang dimuat naik kira-kira jam 8.30 pagi itu tidak mendapat perhatian ramai kerana ramai pengguna Facebook curiga status akaun berkenaan.

Penyamun kempunan


Oleh Kalidevi Mogan Kumarappa

Kuala Lumpur: Tutup kamera litar tertutup (CCTV) dengan surat khabar sebelum merosakkan mesin pendeposit wang (CDM) dengan tukul. Itu adalah taktik dua lelaki dalam cubaan mereka untuk memecah mesin itu dalam kejadian di Sri Petaling, di sini kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 11 malam itu, cubaan kedua-dua lelaki terbabit gagal selepas pihak syarikat keselamatan yang menyedari CCTV di kios yang menempatkan mesin ATM dan CDM itu dirosakkan kemudian menghubungi polis.

Sumber polis berkata, dalam kejadian itu, kedua-dua lelaki itu yang menaiki motosikal dan memakai topi keledar berpenutup penuh masuk ke dalam kios berkenaan sebelum menutup CCTV dengan surat khabar.

Katanya, mereka yang bersenjatakan pengumpil dan tukul itu hanya sempat merosakkan bahagian luar mesin CDM dan sebaik mendengar siren kereta peronda polis, kedua-dua mereka segera melarikan diri.

Foto
ANGGOTA forensik menyiasat di tempat kejadian.


Foto
MESIN deposit tidak berjaya dipecahkan penyamun.
“Siasatan polis forensik mendapati mereka gagal melarikan wang daripada kedua-dua mesin itu,” katanya.

Dadah ‘CCTV’


Kota Kinabalu: Taktik sindiket pengedaran dadah antarabangsa menyeludup masuk bahan larangan itu ke negara ini dengan menyumbat 3.8 kilogram (kg) syabu ke dalam 18 komponen peralatan kamera litar tertutup (CCTV), terbongkar apabila polis menyerbu sebuah rumah di Beverly Hill, Penampang, kelmarin.
Dalam serbuan jam 10.20 pagi itu, seorang lelaki tempatan berusia 40-an dipercayai ahli sindiket terbabit turut ditahan untuk siasatan lanjut. 
Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib berkata, serbuan dilakukan selepas polis menerima maklumat daripada orang awam berhubung aktiviti pengedaran dadah di kawasan berkenaan. 

“Pemeriksaan awal di rumah itu menemui satu peket plastik berwarna merah berisi ketulan hablur putih, disyaki syabu dalam sebuah bilik di rumah terbabit.
Foto
HAMZA (kanan) menunjukkan cara dadah disembunyikan.

“Selepas itu, pemeriksaan lanjut di sebuah lagi bilik menemui 18 unit CCTV di dalam kotak termasuk dua unit dalam keadaan komponen yang terbuka.

‘Pancing’ duit tabung masjid

Oleh Ekhwan Haque Fazlul Haque
Shah Alam: Seorang lelaki layak digelar ‘toyol’ apabila sering menjadikan tabung derma yang terdapat di sebuah masjid di Bukit Naga, Seksyen 32, di sini, sebagai lubuk mendapatkan wang mudah sejak beberapa bulan lalu.
Dengan hanya menggunakan sebatang besi nipis yang ditampal dengan pita pelekat, lelaki terbabit akan memasukkan besi berkenaan ke dalam lubang yang terdapat pada tabung dan mampu memperoleh ratusan ringgit setiap kali ‘memancing’. 
Lelaki berusia 37 tahun itu bijak menyembunyikan niat jahatnya dengan berlagak seperti jemaah mahu menunaikan solat termasuk memakai kopiah sebelum menjalankan kegiatannya.

Namun dalam kejadian jam 11 malam kelmarin, tindakannya itu berjaya dirakam kamera litar tertutup (CCTV) sebelum ditahan.
Foto
RAKAMAN CCTV menunjukkan suspek sedang `memancing’ wang tabung masjid.

Menurut sumber, lelaki itu akan datang ke masjid berkenaan seorang diri kira-kira jam 11 malam berikutan keadaan masjid yang lengang kerana jemaah sudah pulang selepas solat.

Ajal dalam rumah terbakar


Beranang: Seorang wanita warga emas yang juga lumpuh rentung dalam kebakaran rumahnya di Jalan Sungai Jai, Kampung Sungai Jai, di sini semalam.

Dalam kejadian jam 7.30 malam itu, mangsa yang berada di dalam rumah gagal menyelamatkan diri.
Jurucakap bomba berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan jam 7.47 malam sebelum tiga jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Bangi, Mantin dan Semenyih digegaskan ke tempat kejadian.

Katanya, jentera pertama tiba jam 8.04 malam dan mendapati rumah berkenaan sudah 100 peratus musnah.


“Terdapat seorang mangsa dalam kebakaran itu. Setakat ini, jumlah kerugian dan punca kebakaran masih dalam siasatan,” katanya.

Bas bawa rombongan pengantin terbabas

Rombongan pengantin nyaris maut
JERTEH: Rombongan 27 orang termasuk pengantin lelaki yang dalam perjalanan ke rumah pengantin perempuan di Kota Bharu, Kelantan, berdepan detik menakutkan apabila bas sewa khas yang dinaiki terbabas dan terbalik di Km 104, Jalan Kuala Terengganu-Kota Bharu awal hari ini.

Dalam kejadian 6.30 pagi itu, semua anggota rombongan dari Johor Baru, Johor terbabit hanya mengalami cedera ringan dan dirawat sebagai pesakit luar di Hospital Besut.

Jurucakap polis Besut mengesahkan kejadian dan berkata siasatan awal mendapati nahas berlaku apabila bas itu cuba mengelak sebuah kereta yang hilang kawalan dan memasuki laluannya.

Akibat itu bas terbabit terbabas ke bahu kiri jalan dan terbalik, katanya.


Sementara itu saksi kejadian, Badli Wahab, 33, berkata kejadian berlaku kira-kira 15 meter dari rumahnya di Kampung Gerai.


Saya terdengar bunyi dentuman yang kuat dan apabila menjengah keluar saya nampak sebuah bas terbalik dengan sebahagian badannya berada di dalam longkang yang dipenuhi air hujan, katanya kepada pemberita.

Menurutnya dia kemudian bergegas menyelamatkan mangsa. - Bernama

17 mayat ditemui


Pakse: Sekurang-kurangnya 17 mayat ditemui semalam selepas sebuah pesawat Laos terhempas di Sungai Mekong mengorbankan semua penumpang dalam nahas udara terburuk negara itu, kelmarin.

Seramai 49 penumpang dan kru, lebih separuh daripadanya warga asing dari pelbagai negara menaiki Pesawat Lao turboprop ATR-72 ketika nahas berlaku.
Sukarelawan penyelamat yang menaiki bot untuk mencari mangsa menghadapi kesukaran kerana arus deras dan tebing berlumpur.

Penyelamat berkata kerja membawa rangka pesawat dari sungai itu tugas berat dan sukar.

Foto
ANGGOTA penyelamat menarik cebisan mayat mangsa yang ditemui semalam.

Foto
SEORANG tentera menutup mayat mangsa yang ditemui di Sungai Mekong di Pakse semalam.

Pesawat itu menjunam di dasar sungai.


Soubinh Keiphet, bekas pemain bolasepak kebangsaan dan sukarelawan Yayasan Penyelamat Laos berkata, satu mayat ditemui kira-kira 30 kilometer dari tempat nahas.

“Kami menemui empat lagi mayat di tebing sungai,” katanya selepas menarik keluar cebisan mayat mangsa dari sungai.

“Saya terkejut dan sedih. Nahas itu sepatutnya tidak berlaku,” katanya.

Sommad Pholsena, Menteri Kerja Raya dan Pengangkutan Laos memberitahu wartawan, 17 mayat ditemui setakat ini.

“Kami sudah menyiasat punca nahas. Saya berpendapat ia berpunca dari cuaca buruk,” katanya.

Sebuah kapal tentera laut, beberapa bot penyelamat dan jet ski melakukan kerja menyelamat di sungai itu semalam.

Pesawat dari Vientiane itu membawa 44 penumpang dan lima kru termasuk 28 warga asing apabila nahas berlaku akibat cuaca buruk dekat Lapangan Terbang Pakse, di wilayah Champasak, kata pegawai.

Deretan keranda kayu kelihatan di rumah mayat di Pakse.

Beberapa saksi berkata mereka melihat pesawat itu bergoyang ketika dipukul angin kuat sebelum terhempas.

Mengikut senarai yang dikeluarkan syarikat itu, 16 daripada penumpang itu ialah warga Laos, tujuh Perancis, enam Australia, lima Thailand, tiga Korea Selatan, tiga Vietnam dan masing-masing seorang warga Amerika Syarikat, Malaysia, China dan Taiwan.

Juruterbang pesawat itu warga Kemboja dikatakan mempunyai beberapa tahun pengalaman.

Terdapat 29 nahas udara berlaku di negara bekas komunis itu sejak 1950-an. Nahas udara paling buruk ialah pada 1954, mengorbankan 47 orang dekat Pakse. - AFP

Dua terbunuh bom meletup dalam masjid


Moscow: Dua orang terbunuh semalam apabila sebutir bom meletup di luar masjid di perkampungan wilayah Kabardino-Balkaria di Caucasus, Russia.

“Letupan kuat berlaku kira-kira jam 3.20 pagi di perkampungan Dugulubgei berhampiran dengan masjid. Cebisan mayat dua mangsa yang belum dikenal pasti ditemui bertaburan di tempat kejadian,” kata kementerian dalam negeri di wilayah itu dalam satu kenyataan.
Jawatankuasa Siasatan Utama Russia menyatakan punca letupan disebabkan oleh dua pengebom berani mati yang meletupkan diri mereka. Ia berkata, ledakan berlaku di pagar kawasan perkuburan di perkampungan itu berhampiran masjid.

Bagimanapun, laporan awal oleh agensi berita Interfax memetik sumber penguatkuasa sebagai berkata, mangsa tanpa sengaja meletupkan diri mereka ketika memasang bahan letupan.


Jawatankuasa berkenaan berkata, operasi pihak berkuasa menemui sejumlah besar senjata seperti bom tangan, meriam, dua pistol dan Kalashnikov di tempat kejadian.


Letupan berlaku dekat dengan pekan Baksan, di mana tentera memasang bahan letupan di stesen hidroelektrik pada 2010 yang membunuh dua pengawal keselamatan.

Kabardino-Balkaria yang mempunyai pusat peranginan ski dan popular di kalangan pendaki dianggap satu daripada kawasan aman di Caucasus, wilayah pergunungan yang dilanda konflik pemisah Islam dengan hampir setiap hari serangan terhadap pasukan keselamatan. - AFP

Seludup telur burung kakak tua dalam seluar dalam


Geneva: Seorang pakar burung ditahan menyeludup telur burung kakak tua yang disorok dalam seluar dalamnya, semalam.

Jurucakap Kastam berkata, lelaki itu yang tidak dinyatakan identitinya menyembunyikan 150 telur kakak tua yang dilindungi di bawah undang-undang antarabangsa.


Lelaki itu warga Switzerland yang juga pedagang burung ditahan di Lapangan Terbang Zurich pada 2010. Dia menyembunyikan 25 telur dalam seluar dalamnya ketika pulang dari Brazil.

Katanya, kenyataan berkaitan tangkapan itu hanya dimaklumkan sekarang kerana siasatan terhadap kes itu masih dijalankan.


Menurutnya, nilai seludup dianggarkan 54,000 euro (RM221,000) dan asal telur itu belum dapat dipastikan.


Penyiasat berkata lelaki itu turut memiliki ratusan burung termasuk spesies terancam.

Khidmat Veterinar Switzerland turut merampas tujuh jenis kakak tua daripada rakan lelaki itu. - AFP

16 pembantu rumah Indonesia diselamatkan


Riyadh: Polis Arab Saudi semalam menyelamatkan 16 pembantu rumah warga Indonesia selepas ditinggalkan di satu kawasan terpencil.

Mereka ditemui seorang warga tempatan yang melihat kumpulan wanita itu ketika memandu kereta bersama keluarga melalui kawasan berkenaan, kira-kira lima kilometer dari lebuh raya utama.


“Saya terkejut melihat kumpulan wanita itu dan memandu menghampiri mereka,” kata Abdul Rahman Al Harbi.

Menurutnya, mereka kelihatan takut ketika dihampiri. “Seorang wanita itu membawa seorang bayi yang baru berusia dua bulan,” kata Abdul Rahman kepada akhbar Al Jazirah.


Menurutnya, seorang wanita berkenaan memberitahu dia tidak memiliki dokumen sah dan ditipu penyeludup.


Penyeludup berjanji membawa mereka ke Makkah tetapi meninggalkan mereka di kawasan itu. Mereka tiada sesiapa untuk dihubungi bagi meminta bantuan. - Agensi

Temui kotak berisi mayat rentung


Nairobi: Pihak berkuasa di Kenya berkata, dua kotak mengandungi anggota tubuh yang rentung dihantar ke rumah mayat di bandar raya ini dari pusat beli-belah Westgate, selain empat raifal AK-47 turut ditemui bersama mayat berkenaan.

Kumpulan lelaki bersenjata menceroboh masuk ke pusat beli-belah terbabit pada 21 September lalu membunuh lebih 60 orang.
Pihak berkuasa rumah mayat berkata kepada media yang dua kotak itu tiba kelmarin dan sepasukan warga asing mengunci kotak berkenaan semalam.

Seorang pegawai keselamatan berkata, seorang daripada empat lelaki bersenjata yang dilihat dalam rakaman kamera keselamatan di rumah mayat ialah Abdi Dhuhulow lelaki warga Norway yang berketurunan Somaliayang berketurunan Norway-Somalia. - AP

Anak Ahmad Dhani pandu 176kmsj


Jakarta: Anak pemuzik terkenal Indonesia Ahmad Dhani yang berusia 13 tahun dilapor memandu kereta selaju 176 kilometer sejam sebelum hilang kawalan kenderaan bapanya dan merempuh kenderaan yang datang dari arah bertentangan.

“Pasukan penyiasat di syarikat Mitsubishi mengambil cip daripada kereta yang dipandu Abdul Qodir Jaelani dan menghantarnya ke Jepun untuk dianalisis,” kata jurucakap polis Jakarta, Rikwanto.
“Dua saat sebelum kereta itu berlanggar, kelajuannya ialah 176 kilometer sejam,” katanya.

Abdul Qodir memandu kereta sedan Mitsubishi Lancer di jalan raya antara Bogor dengan Jakarta pada jam 1:45 pagi (waktu tempatan) pada 8 September lalu apabila dia gagal mengawal kenderaan itu.


Rikwanto berkata, kemalangan berlaku selepas rakannya di sebelah, Novi menegurnya supaya perlahankan kereta itu.


Abdul Qodir menekan brek secara tiba-tiba menyebabkan dia tidak dapat mengawal kereta itu,” kata Rikwanto.

Polis masih belum menyoal siasat Abdul Qodir mengenai kemalangan itu kerana masih dalam proses rawatan di kediaman keluarganya.

“Dia masih lemah dan masih terlantar di atas katil. Dia masih dirawat di pinggang dan belakang badannya,” kata Rikwanto.

Polis dijangka menerima penilaian doktor mengenai keadaan Abdul Qodir Isnin depan sebelum menyoal siasatnya.

Kemalangan itu mencetuskan kemarahan di kalangan ramai rakyat Indonesia selepas Ahmad Dhani cuba menyalahkan kerajaan dan pengendali jalan raya itu sehingga menyebabkan kemalangan berlaku dan enggan mengaku kesalahannya membenarkan budak berusia 13 tahun memandu kereta pada awal pagi.

Angka kematian meningkat 172


Tagbilaran: Angka kematian akibat gempa 7.1 magnitud yang melanda tengah Filipina meningkat kepada 172 orang semalam.

Sementara itu, pihak berkuasa memberi amaran jumlah itu mungkin meningkat lagi.
Pulau pelancongan Bohol, tempat pusat gegaran dalam gempa Selasa lalu menyaksikan paling banyak kematian dengan 160 orang terbunuh, menurut pejabat pertahanan awam wilayah berkenaan.

Dua belas lagi yang terbunuh ialah penduduk beberapa pulau lain.


Komander polis Bohol, Dennis Agustin berkata, 22 penduduk pulau itu masih hilang, termasuk lima kanak-kanak yang bermain di tepi air terjun ketika kejadian.


“Tidak mungkin mereka akan ditemui selamat memandangkan hari ini (semalam) masuk hari keempat selepas gempa berkenaan berlaku.

“Kami tidak menjangka mereka akan ditemui dalam keadaan selamat,” katanya.
Agustin juga berkata, beberapa penduduk dipercayai tertimbus dalam tanah runtuh. Ada juga yang dihempap bangunan yang runtuh.

“Kami mungkin memperoleh lebih banyak berita me genai kematian,” katanya kepada media.

Bohol, pulau yang terletak kira-kira 600 kilometer dari Manila dan didiami kira-kira sejuta penduduk, terkenal kerana kecantikan pantainya.

Selain tanah runtuh, gempa berkenaan turut memusnahkan jambatan dan jalan raya serta menumbangkan bangunan.

Kerajaan dan kumpulan bantuan menghantar bantuan ke kawasan yang terjejas tetapi usaha untuk ke tempat berkenaan terhalang akibat kemusnahan jambatan dan jalan raya.

Sebahagian besar penduduk Bohol menumpang di khemah kerana bimbang gegaran selepas gempa boleh menyebabkan rumah mereka runtuh.

Ditikam angkara tuala wanita


Beijing: Seorang lelaki dari Guangzhou ditikam dalam pertelingkahan yang membabitkan tuala wanita.

Polis memburu seorang lelaki yang menikam jirannya ekoran pertengkaran membabitkan tuala wanita yang jatuh di atas kepalanya, menurut laporan televisyen Shenzhen.
Suspek dilaporkan menyerang jirannya yang bernama Cheng selepas sekeping tuala wanita jatuh dari tingkap bilik air tingkat empat apartmen Cheng.

“Suspek mula membaling batu ke arah tingkap Cheng sebelum lelaki terbabit menjenguk ke bawah untuk melihat apa yang berlaku,” menurut sumber.


Ketika itulah isterinya menyedari mungkin tuala wanita yang sudah digunakannya dan diselitkan di tingkap sudah jatuh ke bawah.


Cheng lalu meminta maaf tetapi suspek yang tidak berpuas hati lalu naik ke kediaman Cheng membawa sebilah pisau sebelum menikam mangsa hingga parah.

Cheng dikejarkan ke Hospital Panyu dan dia kemudian dilaporkan dalam keadaan stabil selepas menjalani rawatan. - Agensi

Jual anak untuk beli iPhone, kasut mahal


Shanghai: Sepasang suami isteri muda di China berdepan tuduhan jenayah semalam kerana menjual anak perempuan mereka dan menggunakan sebahagian pembayaran untuk membeli iPhone Apple.

Pendakwa raya di Shanghai memfailkan kes bagi mendakwa pasangan itu atas kesalahan pemerdagangan manusia selepas mereka mengiklankan anak ketiga mereka untuk dijadikan anak angkat di Internet dan turut menerima bayaran untuk proses itu, lapor portal berita Liberation Daily.
Polis mendapati si ibu menggunakan wang bayaran yang diterima untuk membeli iPhone, kasut sukan mahal dan produk lain yang dipesannya secara dalam talian.

Produk Apple sangat popular di China apabila seorang remaja sanggup menjual buah pinggangnya dan menggunakan bayaran diperoleh untuk membeli iPhone serta iPad dalam kejadian yang tersebar secara meluas tahun lalu.


Namun, pasangan berkenaan memberitahu polis, mereka mahu kanak-kanak perempuan terbabit mendapat kehidupan lebih baik yang tidak mampu diberikan memandangkan mereka sudah memiliki dua lagi anak.


“Menjual anak bukan untuk mendapat keuntungan, tetapi untuk membolehkan dia memperoleh kehidupan yang lebih baik,” kata mereka.

Polis Shanghai dan pendakwa raya tidak dapat dihubungi untuk ulasan lanjut.

Media Shanghai tidak menyatakan jumlah wang yang diterima pasangan itu, tetapi iklan yang disiarkan mereka di Internet merujuk kepada 30,000 yuan (RM5,543) dan 50,000 yuan (RM25,882)

Mayat dalam kereta



ANGGOTA forensik melakukan siasatan di lokasi penemuan dua mayat lelaki berhampiran susur keluar Plaza Tol Senai Utara di Kulaijaya, Johor semalam.


KULAIJAYA - Dua lelaki ditemui mati dipercayai dibunuh sebelum mayat mereka ditinggalkan di dalam sebuah kereta jenis Perodua Myvi di tepi jalan berhampiran susur keluar Plaza Tol Senai Utara di sini semalam.
Mayat mangsa, Visvanathan Manickam Kanagasabai, 48, dari Taman Sri Penaga Sikamat, Seremban dan Kalaiselvan Mudaliar Manickam, 38, dari Metro Prima, Kuala Lumpur dijumpai pada pukul 9 pagi.
Ketika ditemui, mayat Visvanathan berada pada tempat duduk penumpang hadapan manakala mayat Kalaiselvan di kerusi belakang.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=1019&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_05.htm#ixzz2i9q5B3VL 
Hakcipta terpelihara 

Senjata api, pedang ditemui dalam rumah


TEMERLOH - Empat individu termasuk seorang anggota polis berpangkat konstabel ditahan dalam serbuan Ops Cantas Khas selepas polis menyerbu sebuah rumah di Taman Bahagia Indah di sini kelmarin.
Dalam operasi pada pukul 8.50 malam itu, polis menemui lapan bilah pedang samurai, sebilah pisau, sepucuk pistol, selaras senapang angin buatan sendiri dan lima pucuk pistol mainan.
Turut dijumpai ialah sepasang gari, peluru hidup, sejumlah syabu dan pil kuda serta alat penimbang yang dipercayai digunakan untuk aktiviti pengedaran dadah.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=1019&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_06.htm#ixzz2i9poaWea 
Hakcipta terpelihara