Search This Blog

Friday, October 18, 2013

Pusat siber sedia gadis seksi

Pusat siber sedia gadis seksiPekerja wanita warga asing yang menjadi daya tarikan pusat siber eksklusif itu.

KLANG - Suasana eksklusif dan mewah serta menyediakan pekerja wanita warga asing yang menggiurkan merupakan taktik terbaru  pusat siber berunsurkan perjudian dalam menjalankan operasi mereka di sekitar Bandar Parklands.

Pengarah Jabatan Penguat kuasa Majlis Perbandaran Klang (MPK), Andry Arman Masrom berkata, sebanyak sembilan premis diserbu dan 212 set komputer disita dalam operasi khas itu, kelmarin.

Menurutnya, tindakan sita mengikut Undang-Undang Kecil 28 (1) Pusat Siber dan Kafe Siber (MPK) 2007 kerana menjalankan perniagaan tanpa lesen daripada majlis.

“Operasi ini dijalankan hasil risikan dan maklumat orang awam yang peka dengan kegiatan tidak bertanggungjawab pemilik yang berterusan mengingkari undang-undang.

“Selain daripada itu, lokasi sekitar yang menjadi tumpuan pekerja warga asing menjadi salah satu faktor kewujudan premis pusat siber yang berunsurkan perjudian terutama sekitar kawasan ini," katanya.

Andry berkata, MPK  akan memperhebatkan operasi seperti ini dari masa ke semasa dan tidak akan berkompromi dengan pihak yang melanggar peraturan ditetapkan terutama yang melibatkan judi siber.

Dalam pada itu, beliau menasihatkan ibu bapa agar mengawasi pergerakan anak-anak mereka terutama yang di bawah umur agar tidak terjebak dengan gejala tidak bermoral melibatkan judi dalam talian memandangkan ketika serbuan, terdapat individu di
bawah umur sedang leka melayari permainan dalam talian di situ.

Lima parah di Bukit Putus

Lima parah di Bukit PutusPerodua Myvi yang terbalik dan terbakar

KUALA PILAH – Lima termasuk seorang wanita cedera parah dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan di Kilometer 17 Jalan Seremban-Kuala Pilah, berhampiran Jalan Bukit Putus, dekat sini, pagi semalam.

Dalam kejadian kira-kira 6 pagi itu turut menyebabkan sebuah kereta terbalik dan terbakar di tengah jalan.

Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintendan Azmi Abdul Rahim berkata, kemalangan dipercayai berpunca daripada sebuah Proton Saga FLX dari arah Seremban menghala  ke Kuala Pilah terbabas ke jalan bertentangan, sebelum merempuh sebuah Perodua Myvi.

“Pada masa yang sama, kereta Naza Citra yang berada di belakang Myvi itu turut dirempuh sebuah lagi kereta setelah cubaan untuk mengelak ke kiri jalan gagal.

“Akibat pelanggaran kuat, Perodua Myvi itu terbalik beberapa kali sebelum keseluruhan kereta tersebut terbakar di tempat kejadian,” katanya.

Menurutnya, empat mangsa yang parah dihantar ke Hospital Tuanku Ampuan Najihah (HTAN) Kuala Pilah untuk rawatan lanjut.

Katanya, mangsa yang tercedera dikenali sebagai pemandu Myvi, Mazirah Ishak, 25, bersama tunangnya, Mohd Izwan Yusop, 27, manakala Pemandu Proton Saga FLX, Mohd Wasan Ismail, 22, dan Khairul Izhar Razali, 21, memandu Naza Citra.

Sementara itu, Pegawai Operasi Bomba dan Penyelamat Kuala Pilah, PBK II Mazlan Jantan berkata, dua jentera membabitkan lima anggota daripada Balai Bomba dan Penyelamat Senawang dan lapan dari Kuala Pilah bergegas ke tempat kejadian untuk kerja menyelamat.

“Ketika tiba, semua mangsa sudah dikeluarkan oleh orang ramai. Perodua Myvi yang terbakar berjaya dipadamkan oleh anggota bomba," katanya.

Dalam pada itu, abang kepada Mazirah Ishak, Faizal Ishak, 38, berkata, adiknya bersama tunangnya itu bergerak dari rumah keluarganya di Felda Pasoh 3 kira-kira 5.30 pagi  menuju ke Shah Alam setelah menghabiskan cuti Aidiladha.

“Saya dihubungi Mohd Izwan pada 6.30 pagi yang memberitahu mereka berdua terlibat dalam kemalangan dan masih dirawat di wad kecemasan HTAN,” katanya.

Sembelih suami


Oleh Raja Puteri Nabiha Raja Ayub

Banting: Tamak harta mengatasi rasa cinta seorang wanita terhadap suaminya apabila dia sanggup bersubahat merancang pembunuhan teman hidupnya yang dikahwini sejak tiga tahun lalu selepas gagal mewarisi harta lelaki itu bernilai RM500,000.

Perkara itu terbongkar selepas polis menjalankan siasatan lanjut berhubung kematian seorang lelaki berusia 62 tahun yang disembelih dan ada beberapa kesan kelar di belakang badan di rumahnya di Kampung Sungai Sedu, di sini, 5 Oktober lalu.
Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Nordin Manan berkata, isteri mangsa pada mulanya cuba mengabui mata pihak berkuasa apabila berpura-pura meminta bantuan jiran konon suaminya dibunuh sekumpulan lelaki yang menceroboh rumah mereka.

Bagaimanapun, polis yang mengesyaki sesuatu menahan wanita berkenaan selepas gagal menemui sebarang tanda menunjukkan kediaman mereka dipecah masuk lelaki yang dikatakan seramai 20 orang.


“Polis menahan wanita berusia 50 tahun itu dan hasil siasatan mendapati dia sebenarnya suspek utama di sebalik pembunuhan suaminya.


“Siasatan polis mendapati suspek tidak berpuas hati apabila mangsa tidak mewariskan harta bernilai RM500,000 kepadanya.

“Sebaliknya mangsa menamakan pewaris harta itu ialah anak hasil perkahwinannya dengan isteri pertama yang meninggal dunia tiga tahun lalu,” katanya.

Metro Ahad 6 Oktober lalu melaporkan seorang lelaki diserang dan dibunuh d kejam oleh sekumpulan lelaki yang mengelar tangan, belakang badan serta menyembelih mangsa di rumahnya di Kampung Sungai Sedu, 5 Oktober lalu.

Kejadian berlaku jam 3.30 pagi dan mangsa berusia 60-an itu disahkan meninggal dunia di Hospital Kuala Langat empat jam kemudian akibat kehilangan banyak darah.

Nordin berkata, siasatan juga mendapati isteri mangsa disyaki bersubahat dengan menantunya berusia 28 tahun untuk membunuh mangsa.

“Menantu suspek bersama dua lagi rakannya berusia 19 tahun dikatakan menyembelih mangsa,” katanya.

Menurutnya, berikutan kejadian itu, tujuh individu ditahan di Klang pada 7 dan 8 Oktober lalu sebelum dalang sebenar iaitu isteri mangsa dikenal pasti.

"Difahamkan, suspek wanita itu ada masalah dengan anak tirinya sedangkan suaminya meletakkan nama mereka dalam surat wasiat sebagai pewaris harta," katanya ketika ditemui, semalam.

Nordin berkata, polis turut menemui senjata yang digunakan untuk membunuh mangsa iaitu sebilah parang, sebilah pisau pemotong daging dan sebilah pisau.

Polis juga merampas sepasang sarung tangan yang digunakan suspek selain sebuah Proton Saga dan semua suspek dijangka didakwa di Mahkamah Majistret Telok Datuk hari ini.

Polis siasat dakwaan lepas beberapa das


Ipoh: Polis hanya menemui satu kelongsong peluru di lokasi kejadian di Kampung Belanja Kiri di Parit, di sini, sejurus seorang kanak-kanak berusia 10 tahun terkena tembakan peluru sesat, Isnin lalu.
Ketua Polis Daerah Perak Tengah Superintendan Mohammad Fakri Che Sulaiman berkata, pihaknya bagaimanapun masih meneruskan siasatan termasuk khabar angin kononnya anggota polis terbabit melepaskan beberapa das tembakan dengan satu daripadanya mengenai mangsa.

“Siasatan polis setakat ini hanya menemui satu kelongsong peluru saja dan tidak menemui yang lain, tetapi khabar angin itu juga akan disiasat.
“Kami sudah merampas pistol dan 14 peluru yang digunakan dalam kejadian itu. Senjata dan peluru pistol itu sedang diselidik,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 4.30 petang itu, suspek berpangkat sarjan sedang mengosongkan pistol automatik jenis P99 Walther di tangga depan rumah mentuanya sebelum dipercayai tertarik picu dan pelurunya mengenai Mohd Amar Mohd Azizi yang sedang melalui jalan raya di hadapan rumah terbabit pada jarak kira-kira 40 meter.

Tembakan berkenaan menembusi hidung murid Tahun Empat itu sebelum peluru berkenaan menjunam dan tersekat di kerongkongnya.

Pengurus gudang didakwa jual tayar bernilai RM382,282


2013/10/18
 
SHAH ALAM: Seorang pengurus gudang sebuah syarikat mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tuduhan melakukan pecah amanah dengan menjual tayar lama dan baharu bernilai RM382,282 tanpa pengetahuan majikannya.

S Mugilan, 39, dari Taman Sentosa, Klang, dekat sini, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya oleh jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim G.Ramesh.


Tertuduh daripada Syarikat Megalift Sdn Bhd didakwa melakukan kesalahan itu di premis syarikat di Jalan Hishamuddin 1, Kawasan 20 Selat Klang Utara, Pelabuhan Klang dekat sini, antara Februari lalu dan 31 Ogos lalu.

Dia didakwa mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara minimum dua tahun dan maksimum 20 tahun dan dengan sebatan serta boleh didenda, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya, Mohd Raimi Mohd Ramli berkata pertuduhan itu adalah kesalahan tak boleh jamin dan jumlah kerugian adalah besar.

Peguam Tan Choon Hong, yang mewakili tertuduh, bagaimanapun memohon mahkamah membenarkan anak guamnya diikat jamin atas alasan tertuduh adalah penanggung tunggal kepada isteri yang tidak bekerja serta seorang anak berumur 11 tahun.

Ramesh membenarkan Mugilan dibebaskan dengan jaminan RM12,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 18 November ini untuk sebutan semula kes.
- BERNAMA

Polis nafi tangkapan juruterbang Kapten Joseph Lakai


2013/10/18
KUALA LUMPUR: Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohmad Salleh hari ini menafikan maklumat yang tersebar dalam media sosial bahawa seorang jurterbang dari Sabah iaitu Kapten Joseph Lakai ditangkap.

Beliau berkata, dakwaan yang menyatakan juruterbang itu ditangkap oleh Polis Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) adalah tidak berasas kerana rekod polis menunjukkan tiada tangkapan dibuat.


"Perkara ini mempunyai kecenderungan berunsur hasutan dan satu laporan polis telah dibuat untuk menjalankan siasatan mengikut Seksyen 4(1) (b) Akta Hasutan 1948 bagi mengesan dan mengambil tindakan undang-undang ke atas mereka yang bertanggungjawab berhubung perkara ini," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Beliau turut menasihatkan orang ramai supaya tidak terus menyebarkan maklumat berkenaan menerusi media sosial.

Sebelum ini terdapat laman dalam laman sosial dengan tajuk 'Breaking News: Sabah for Sabahan' yang antara lain melaporkan tentang tangkapan Joseph Lakai berhubung slogan 'Sabah For Sabahan' dan kalimah Allah.

Page itu turut mendakwa Joseph Lakai dipukul dan mengalami kecederaan di seluruh bahagian tubuhnya.

-BERNAMA

Bayi baru lahir ditemui dalam kotak


2013/10/18
 
JOHOR BAHRU: Seorang bayi yang dipercayai baru dilahirkan dijumpai orang awam di dalam kotak di hadapan sebuah rumah di Jalan Panglin 1, Taman Perling di sini, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Ruslan Hassan berkata bayi lelaki yang menangis ketika ditemui itu dibaluti dengan kain lampin dan dipakaikan baju.


"Bayi itu berada dalam keadaan normal dan tiada sebarang kecederaan padanya. Kita percaya berdasarkan keadaan tali pusat dan kesan darah, bayi itu baru dilahirkan," katanya ketika dihubungi hari ini.

Ruslan berkata, bayi berkenaan yang ditemui kira-kira 10.30 malam kemudiannya dihantar ke Hospital Sultanah Aminah. Kes disiasat kerana membuang bayi.

- BERNAMA

Bekas menteri kena tangkap


Jakarta: Agensi antirasuah Indonesia semalam menahan bekas menteri belia dan sukan berkait dengan kes rasuah berjumlah berjuta-juta dolar.

Ia dikatakan antara kes yang akan mengancam Parti Demokrat pimpinan Presiden Susilo Bambang Yudhoyono menjelang pilihan raya tahun depan.
Andi Mallarangeng meletak jawatan Disember tahun lalu selepas dinamakan suspek oleh Suruhanjaya Pembanterasan Rasuah (KPK) berkait dengan projek pembinaan sebuah pusat sukan.

Suruhanjaya itu menuduh Andi menyalahgunakan kuasanya dalam menguruskan projek itu yang bernilai lebih Rp1 trilion (RM282 juta), menurut agensi berkenaan.


Bercakap kepada pemberita di luar ibu pejabat KPK selepas disoal siasat selama lebih enam jam, Andi mengesahkan dia ditahan secara rasmi.


“Saya menerimanya supaya kes ini dapat diselesaikan segera.

“ Saya mengharapkan perbicaraan yang adil akan dimulakan secepat mungkin supaya kebenaran akan terserlah dan mereka yang bersalah dan yang tidak bersalah akan terdedah,” kata Andi yang turut mendakwa dia tidak bersalah dalam skandal itu.

Dia menjadi menteri pertama meletak jawatan berkait dengan tuduhan rasuah sejak KPK mula beroperasi pada 2003 dengan mandat untuk memerangi rasuah.

Jurucakap KPK Johan Budi mengesahkan penahanan Andi dengan berkata kes itu masih disiasat dan KPK akan menyoal beberapa saksi serta suspek (Andi).

Kes itu adalah antara beberapa kes rasuah yang melanda Parti Demokrat.

Susilo berikrar untuk membersihkan rasuah di Indonesia ketika berkempen dalam pilihan raya lalu.

Pengerusi parti berkenaan Anas Urbaningrum meletak jawatan Februari lalu selepas dinamakan suspek dalam kes yang sama. Ia menyebabkan perpecahan dalam parti itu dengan sebahagian anggota memilih untuk keluar parti.

Bekas bendahari Parti Demokrat dipenjara pada 2012 selama empat tahun 10 bulan kerana terbabit dalam kes rasuah berasingan. - AFP

Anak tikam bapa hingga mati


KUALA LUMPUR 17 Okt. - Ibarat dirasuk syaitan, seorang lelaki menikam bapanya dipercayai dengan menggunakan parang dan pisau sebelum mencekik warga emas berusia 70 tahun itu sehingga mati di rumahnya di Flat Sri Melaka, Cheras, di sini awal pagi ini.
Menurut sumber, kejadian pukul 2.30 pagi itu disedari beberapa penduduk yang terdengar jeritan mangsa semasa sedang bersantai di taman permainan di kawasan terbabit lalu bergegas menuju ke unit kediaman terbabit.
"Setibanya mereka di situ, suspek sedang memegang sebilah parang yang berlumuran darah di ruang tamu manakala mangsa ketika itu masih bernyawa tetapi berada dalam keadaan separuh sedar di dapur.
"Penduduk mengarahkan suspek mencampakkan senjata tetapi dia enggan sebaliknya berlari ke dapur dan mencekik bapanya yang ketika itu sudahpun dalam keadaan parah," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Tambah sumber lagi, bagi mengelak suspek bertindak lebih agresif terhadap mangsa, saksi bersama seorang lagi rakannya menangkap lelaki itu lalu mengikatnya sementara menunggu polis tiba.
Ketika polis tiba di lokasi, katanya, suspek didapati berada dalam keadaan 'tidak menentu'.
"Polis kemudian merampas sebilah parang dan pisau yang dipercayai digunakan untuk membunuh mangsa.
"Mangsa telah dibawa ke Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) tetapi disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan. Hasil pemeriksaan, terdapat tiga kesan tikaman di tubuh mangsa," katanya lagi.
Kata sumber itu lagi, kes tersebut masih dalam siasatan dan suspek juga sedang direman.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah ketika dihubungi mengesahkan kejadian tersebut tetapi enggan mengulas lanjut.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20131018/je_03/Anak-tikam-bapa-hingga-mati#ixzz2i3R8Y3VU
© Utusan Melayu (M) Bhd 

'Orang Romania kantoi edar dadah'


Ionut Alexandru Golongan ketika hadir di Mahkamah Tinggi, Shah Alam, semalam.
SHAH ALAM 16 Okt. - Seorang pemandu warganegara Romania yang fasih berbahasa Melayu masih mampu ketawa di Mahkamah Tinggi di sini hari ini selepas dijatuhi hukuman mati atas kesalahan mengedar syabu seberat 1,494.8 gram pada tahun lalu.
''Orang Romania 'kantoi' edar dadah di Malaysia digantung di leher sampai mati,'' kata Ionut Alexandru Golongan, 21, dalam bahasa Melayu sambil ketawa kepada pihak media selepas prosiding berakhir.
Hakim Datuk Akhtar Tahir menjatuhkan hukuman tersebut terhadap Golongan selepas mendapati keterangan pembelaan tertuduh gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan.
''Keterangan tertuduh adalah rekaan semata-mata dan tidak boleh diterima akal.
''Mustahil tertuduh tiada pengetahuan mengenai kandungan dadah di dalam beg kepunyaannya itu,'' kata Hakim Akhtar.
Lelaki tersebut didakwa melakukan kesalahan itu di bahagian pemeriksaan unit bagasi, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang dekat sini pada pukul 11.55 pagi, 26 Jun 2012.
Pendakwaan dibuat mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum di bawah Seksyen 39B(2) akta sama yang memperuntukkan hukuman mati mandatori.
Sepanjang perbicaraan, lima saksi pendakwaan dan seorang saksi pembelaan iaitu tertuduh sendiri tampil memberikan keterangan.
Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Rozanna Abd. Hadi manakala Golongan diwakili peguam Datuk N. Sivananthan.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Mahkamah/20131017/ma_02/Orang-Romania-kantoi-edar-dadah#ixzz2i3QhCxUM
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Kereta terbakar, Jalan Tun Razak sesak teruk


KUALA LUMPUR 18 Okt. - Sebuah kereta yang terbabas sebelum terbakar berdekatan sebuah hotel di Jalan Tun Razak menghala ke pusat bandar di sini, pagi ini menyebabkan kesesakan teruk kira-kira lima kilometer.
Kejadian kira-kira 7 pagi mengakibatkan beberapa laluan termasuk dari Setapak, Ampang dan Jalan Tun Razak sesak ketika ramai pemandu menuju ke tempat kerja masing-masing.
Penolong Pengarah Operasi Bomba, Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur, Azizan Ismail yang dihubungi Bernama berkata, bomba menerima panggilan dari orang awam pada 7.14 pagi sebelum menghantar dua jentera dari Balai Bomba Keramat dan Titiwangsa bersama 10 anggota ke tempat kejadian.
"Kami (bomba) difahamkan pemandu kereta Toyota Vios itu melanggar penghadang jalan sebelum terbakar. Bagaimanapun, ketika kami tiba, pemandu itu tiada di lokasi kejadian.
"Mungkin mangsa sudah dibawa ke hospital," katanya.
Pihak bomba mengambil masa 20 minit untuk memadamkan kebakaran itu. - BERNAMA


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20131018/je_05/Kereta-terbakar-Jalan-Tun-Razak-sesak-teruk#ixzz2i3PklzsS
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Edar dadah: 3 warga asing termasuk remaja bawah umur didakwa


BALIK PULAU 18 Okt. - Tiga warga asing termasuk seorang remaja perempuan bawah umur didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas tuduhan berasingan melibatkan pengedaran dadah jenis Metamphetamine di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (LTAPP) dua minggu lepas.
Bagaimanapun tiada pengakuan yang direkodkan daripada ketiga-tiga tertuduh iaitu warga Afrika Derrick Randell, 63, wanita warga India B Sangeeta Sharma, 38, dan remaja berusia 17 tahun dari Malawi selepas pendakwaan dalam bahasa Inggeris itu dibacakan.
Majistret Muhamad Najib Ismail kemudian menetapkan 17 Disember depan untuk sebutan semula kes.
Randell dituduh mengedar Methampethamine seberat 4.4kg di Balai Ketibaan LTAPP jam 10.20 pagi 5 Oktober 2013 manakala Sangeeta pula dituduh mengedar Methamphetamine seberat 3.1kg di lokasi sama pada pukul 1 pagi 7 Okt 2013.
Remaja perempuan bawah umur itu pula dituduh melakukan kesalahan itu di lokasi sama pada 5 Oktober lepas pukul 10.30 pagi.
Kesemua tertuduh didakwa mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dihukum gantung sampai mati jika sabit kesalahan.
Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Charanjit Singh Mahinder Singh dan Pegawai Pendakwa Muhd Ridhauddin Jamaluddin manakala kesemua tertuduh tidak diwakili peguam. - BERNAMA


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Mahkamah/20131018/ma_07/Edar-dadah-3-warga-asing-termasuk-remaja-bawah-umur-didakwa#ixzz2i3PHCyNM
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Empat parah nahas tiga kereta


KUALA PILAH 17 Okt. - Empat parah selepas terlibat dalam kemalangan membabitkan tiga buah kenderaan di Kilometer 17, Jalan Seremban-Kuala Pilah dekat Bukit Putus di sini awal pagi ini.
Kemalangan yang berlaku pada pukul 6 pagi itu turut mengakibatkan salah sebuah kenderaan iaitu Perodua Myvi musnah terbakar.
Kesemua empat yang cedera parah itu ialah pemandu Perodua Myvi, Mazirah Ishak, 25, dan tunangnya, Mohd. Izwan Yusop, 27, serta pemandu Proton Saga BLM, Mohd. Wasan Ismail, 22, dan Khairul Izhar Razali, 21, yang memandu Naza Citra.
Ketua Polis Daerah, Supritendan Azmi Abdul Rahim berkata, kemalangan dipercayai berlaku apabila kereta Proton Saga dari arah Seremban yang menghala ke Kuala Pilah terbabas ketika menuruni bukit di laluan berkenaan.
Katanya, kenderaan itu memasuki laluan bertentangan sebelum merempuh kereta Perodua Myvi yang datang dari arah Kuala Pilah.
"Pada masa yang sama, kenderaan pelbagai guna Naza Citra yang mengekori belakang Perodua Myvi itu turut dirempuh oleh Proton Saga selepas cuba mengelak ke kiri jalan.
"Berikutan kemalangan ini, kereta Perodua Myvi tersebut terbalik beberapa kali sebelum terbakar," katanya ketika dihubungi hari ini.
Menurut Azmi, kesemua mangsa yang parah dibawa ke Hospital Tuanku Ampuan Najihah (HTAN) untuk menerima rawatan.
Dalam pada itu, Pegawai Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat daerah, Pegawai Bomba Kanan II Mazlan Jantan ketika ditemui berkata, pihaknya menerima panggilan kira-kira pukul 6.04 pagi daripada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Pilah berhubung kemalangan itu.
Tambah beliau, lapan anggota yang terdiri daripada lima dari Balai Bomba Senawang dan tiga dari Kuala Pilah dengan dua buah jentera bergegas ke tempat kejadian untuk membantu mengeluarkan mangsa.
"Sebaik sahaja kami sampai kesemua mangsa telah dikeluarkan oleh orang ramai manakala kereta Perodua Myvi yang terbakar berjaya dipadamkan oleh anggota bomba," katanya.
Sementara itu abang kepada Mazirah, Faizal, 38, ketika dihubungi berkata, adiknya bersama Mohd. Izwan berlepas dari rumah keluarganya di Felda Pasoh 3, Jempol kira-kira pukul 5.30 pagi menuju ke Shah Alam, Selangor selepas menghabiskan cuti Hari Raya Aidiladha.
"Saya telah dihubungi oleh Mohd. Izwan pada pukul 6.30 pagi memaklumkan mereka berdua terlibat dalam kemalangan.
"Adik saya dan tunangnya kini dirawat di Wad Kecemasan HTAN. Saya belum mendapat maklumat mengenai kecederaan Mazirah," katanya.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20131018/dn_23/Empat-parah-nahas-tiga-kereta#ixzz2i3O7VWGC
© Utusan Melayu (M) Bhd 

100 kebakaran hutan berlaku di Australia


SYDNEY 18 Okt. - Dianggarkan sekurang-kurangnya 100 kebakaran hutan berlaku di tenggara Australia, yang mana 18 daripadanya tidak dapat dikawal, pada ketika negara tersebut kini sedang mengalami musim panas dengan angin bertiup kencang menyebabkan api marak dengan cepat.
Beberapa buah rumah dipercayai musnah akibat dijilat api di New South Wales, namun jumlah sebenar rumah tersebut masih tidak dapat dipastikan ekoran kesukaran yang dialami oleh pihak bomba untuk ke kawasan yang mengalami kebakaran teruk.
Seramai 1,400 anggota bomba telah dikerahkan ke kawasan terbabit bagi mengawal keadaan api, sehingga kini tiada laporan mengenai sebarang kematian atau pun kecederaan dikeluarkan. - AGENSI


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20131018/lu_12/100-kebakaran-hutan-berlaku-di-Australia#ixzz2i3NpfTWR
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Digilis ketika tidur tengah jalan

Oleh Iskandar Shah Mohamed
Melaka: “Sebaik tiba di tempat kejadian, saya lihat lelaki berpakaian lengkap itu terbaring di tengah jalan dengan kepalanya berlumuran darah dan seolah-olah sudah tidak bernyawa.
“Tersentak melihat keadaan itu, saya yang menunggang motosikal segera menghubungi talian kecemasan untuk mendapatkan bantuan,” kata seorang remaja lelaki dikenali sebagai Adnan, 17, yang menemui mayat seorang lelaki dipercayai gelandangan di Ladang Bertam, Krubong, di sini, semalam. 
Difahamkan, mangsa berusia lingkungan 40-an tidur di atas jalan sebelum kepalanya digilis sebuah kenderaan yang melalui kawasan ladang kelapa sawit itu. 

Mangsa yang belum dikenal pasti identitinya meninggal dunia di tempat kejadian sebelum ditemui remaja berkenaan pada jam 7.35 pagi.
Foto
ANGGOTA polis memeriksa mayat mangsa yang dipercayai dilanggar kenderaan.

Menurut Adnan, dia yang sedang berada di rumahnya di sebuah kampung berdekatan menerima panggilan daripada seorang rakan memaklumkan berlaku kemalangan di kawasan terbabit.

'Suara suruh bunuh bapa'


Oleh Mohd Fadly Samsudin dan Asmah Rusman

Kuala Lumpur: “Bila saya tanya kenapa bunuh ayah, dia ketawa dan berkata itu urusan dia dengan Tuhan, selain berkata ada suara ghaib menyuruh dia melakukannya,” kata Mohd Yusof Mohd Salleh, 26, mengenai tindakan jirannya membunuh ayah sendiri, semalam.

Dalam kejadian jam 2 pagi di Blok 6, Flat Seri Melaka, Cheras di sini, Hassan Yusof, 70, disahkan meninggal dunia di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) kira-kira enam jam selepas ditikam anaknya sendiri.

Mangsa dilaporkan cedera parah akibat 12 tikaman pisau pemotong daging di badan dan ada sebahagiannya tepat mengenai jantung.

Suspek yang juga anak mangsa dikatakan mengalami gangguan mental dan lelaki berusia 38 tahun itu ditahan penduduk sebelum diserahkan kepada polis.

Foto
JENAZAH mangsa dibawa ke Tanah Perkuburan Islam Cheras Baru untuk dikebumikan.

Foto
MOHD Norizam menunjukkan tempat bapa mentuanya dibunuh.

Mohd Yusof berkata, sebelum kejadian dia bersama empat rakan duduk berbual-bual di taman permainan berhampiran Blok 6 dan terkejut apabila mendengar isteri mangsa yang dipanggil Mummy menjerit memberitahu suaminya ditikam.

Digilis ketika tidur tengah jalan

Oleh Iskandar Shah Mohamed
Melaka: “Sebaik tiba di tempat kejadian, saya lihat lelaki berpakaian lengkap itu terbaring di tengah jalan dengan kepalanya berlumuran darah dan seolah-olah sudah tidak bernyawa.
“Tersentak melihat keadaan itu, saya yang menunggang motosikal segera menghubungi talian kecemasan untuk mendapatkan bantuan,” kata seorang remaja lelaki dikenali sebagai Adnan, 17, yang menemui mayat seorang lelaki dipercayai gelandangan di Ladang Bertam, Krubong, di sini, semalam. 
Difahamkan, mangsa berusia lingkungan 40-an tidur di atas jalan sebelum kepalanya digilis sebuah kenderaan yang melalui kawasan ladang kelapa sawit itu.

Mangsa yang belum dikenal pasti identitinya meninggal dunia di tempat kejadian sebelum ditemui remaja berkenaan pada jam 7.35 pagi.
Foto
ANGGOTA polis memeriksa mayat mangsa yang dipercayai dilanggar kenderaan.

Menurut Adnan, dia yang sedang berada di rumahnya di sebuah kampung berdekatan menerima panggilan daripada seorang rakan memaklumkan berlaku kemalangan di kawasan terbabit.

Maut tersepit pacuan empat roda

Oleh Zatul Iffah Zolkiply dan Shamsudin Husin
Chukai: Dua terbunuh manakala seorang lagi parah apabila kenderaan Mitsubishi Triton dinaiki tiga beranak bertembung dengan sebuah lori tangki dalam kejadian di kilometer 150.8, Jalan Jerangau-Jabor, di sini, semalam.
Dalam kejadian jam 3 petang itu, pemandu Mohd Latip Abu Bakar, 37, dan anaknya Muhammad Rayyan, 4, meninggal dunia di tempat kejadian akibat parah di kepala dan anggota badan, manakala isterinya, Rohani Pangis, 29, dilaporkan parah dirawat di Unit Kecemasan Hospital Kemaman (HK). 
Difahamkan, sepasukan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Balai Cheneh Baru bersama sebuah jentera dikejarkan ke tempat kejadian dan mengambil masa kira-kira 10 minit bagi membantu mengeluarkan semua mangsa yang tersepit di dalam pacuan empat roda yang remuk teruk itu.

Ketua Polis Daerah Kemaman Superintendan Che Suza Che Hitam berkata, ketika kejadian, tiga sekeluarga berkenaan dipercayai dalam perjalanan dari arah Kuantan, Pahang menghala ke Kuala Terengganu manakala lori dipandu seorang lelaki berusia 41 tahun dari arah bertentangan sebelum dua kenderaan berkenaan bertembung sebaik tiba di tempat kejadian.
Foto
KEADAAN kenderaan dinaiki mangsa remuk.

“Kejadian itu menyebabkan Mohd Latip dan anaknya meninggal dunia di tempat kejadian sementara isterinya bersama pemandu lori tangki dikejarkan ke HK untuk rawatan lanjut.

Kedai alat ganti kenderaan musnah terbakar

LEDANG: Sebuah kedai dua tingkat yang menjual alatan ganti kenderaan musnah dalam kebakaran membabitkan kerugian hampir RM1 juta di Tanjung Agas, semalam.
Kebakaran berlaku kira-kira jam 10.30 malam dan dipercayai bermula daripada bahagian kaunter yang berada di tengah kedai. 
Tiada kemalangan jiwa dilaporkan berikutan tiada sesiapa di premis itu ketika kejadian. 

Rumah pekerja musnah terbakar

MIRI: Lebih 30 pekerja landskap warga Indonesia, tinggal sehelai sepinggang apabila rumah pekerja didiami mereka musnah dalam kebakaran di taman Tunku, di sini, jam 7 pagi tadi.
Difahamkan, kejadian berlaku ketika semua pekerja terbabit sudah ke tempat kerja masing-masing dan insiden itu hanya disedari pekerja kontrak di kawasan berhampiran.

Empat anggota polis dilepas dan dibebaskan

PETALING JAYA: Empat anggota polis masing-masing berpangkat Konstabel dan Lans Koperal dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Majistret di sini atas tuduhan mencederakan seorang ahli perniagaan, tiga tahun lalu.
Majistret Nik Mohd Fadli Nik Azlan membuat keputusan itu terhadap Mohd Azwan Hassan, Norzali Rosle, Ahmad Saifullah Osman dan Alizuhafiz Abdul Ghafar yang masing-masing berumur 20 hingga 32 tahun selepas mendapati pihak pembelaan berjaya menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan.

Remaja antara tiga warga asing dituduh edar dadah

BALIK PULAU: Seorang remaja perempuan berusia 17 tahun antara tiga warga asing yang dihadapkan di Mahkamah Majistret Balik Pulau, di sini semalam atas tuduhan mengedar dadah jenis Syabu di Lapangan Terbang Antaranangsa Pulau Pinang (LTAPP), dua minggu lalu.
Bagaiamanapun tiada pengakuan dibuat ketiga-tiga tertuduh iaitu Derrick Randell, 63, dari Afrika Selatan; B Sangeeta Sharma, 38, dari Manipur, India dan remaja perempuan dari Malawi terbabit selepas kertas pendakwaan dibacakan dalam bahasa Inggeris di hadapan Majistret Muhamad Najib Ismail. 
Derrick berbaju t-shirt berkolar corak belang didakwa mengedar Methapethamine seberat 4.4 kilogram (KG) di Balai Ketibaan LTAPP jam 10.20 pagi pada 5 Oktober 2013. 

Bagi, Sangeeta pula, tertuduh didakwa mengedar Methaphetamine seberat 3.1kg di Balai Ketibaan LTAPP jam 1 pagi pada 7 Oktober 2013.
Foto
SEORANG remaja dari Malawi (tengah) antara tiga warga asing dituduh mengedar dadah. FOTO Ramdzan Masiam

Manakala remaja perempuan bawah umur terbabit, tertuduh yang berjubah hitam singkat dan berambut perang didakwa mengedar Methaphetamine seberat 4.3kg di lokasi yang sama jam 10.30 pagi pada 5 Oktober 2013.

Ketiga-tiga tertuduh didakwa mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dihukum gantung sampai mati jika sabit kesalahan. 

Pendakwaan dilakukan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Charanjit Singh Mahinder Singh dan Pegawai Pendakwa, Muhd Ridhauddin Jamaluddin manakala kesemua tertuduh tidak diwakili peguam. 

Muhamad Najib kemudian menetapkan 17 Disember depan untuk sebutan kes. 

Lelaki dituduh di wad hospital

Oleh Shamsul Munir Safini
KANGAR: Seorang lelaki mengaku bersalah menipu pembelian sebuah kereta ketika dituduh di wad lelaki Hospital Tuanku Fauziah (HTF) di sini semalam.
Tertuduh, B Veragunasegaran, 47, dituduh menipu seorang wanita M Mariammah, 28, berkenaan pembelian sebuah kereta jebis Perodua Myvi bernilai RM14,310 dalam satu kejadian pada 16 Mac 2011 di Bank Simpanan Nasional (BSN), Padang Besar. 
Tertuduh yang dibacakan pertuduhan di hadapan Pendaftar Mahkamah, Monica Joseph Gaisah terpaksa didakwa di HTF selepas mengalami sakit jantung dan menerima rawatan di situ.

Dua warga asing dituduh samun mesin ATM

Oleh Raja Norain Hidayah Raja Abdul Aziz
MARAN: Dua warga asing dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, atas pertuduhan melakukan samun sebuah mesin pengeluar wang automatik (ATM) di sini awal bulan ini.
Tertuduh, Carlos Roberto Gonzales, 55, warga Argentina dan Timoteo Bartolome, 31, warga Peru dituduh di bawah Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara 10 tahun dan denda, jika sabit kesalahan. 
Kedua-dua tertuduh didakwa melakukan jenayah tersebut di antara pukul 3 hingga 5 pagi di mesin ATM Bank Rakyat, Jalan Perpustakaan, Bandar Maran 9 Oktober lalu. 

Bagaimanapun tiada pengakuan direkodkan daripada kedua-dua tertuduh.
Foto
DUA suspek dibawa ke Mahkamah Majistret Maran. FOTO Luqman Hakim Zubir

Empat didakwa bunuh warga emas

BANTING: Isteri dan menantu lelaki seorang warga emas bersama dua lelaki lain dihadapkan ke Mahkamah Majistret Telok Datok hari ini atas tuduhan membunuh warga emas itu secara bersama awal bulan ini.
R Yagavali, 50 dan P Gunalan, 28, dituduh bersama-sama P Keeshor Kumaar, 19, dan R Dhasarathi Naidu, 19, membunuh P Sukumaran, 62, secara bersama di sebuah rumah di Kampung Sungai Sedu Banting antara jam 7 malam 4 Okt sehingga jam 6 pagi 5 Okt tahun ini. 
Kesemua tertuduh mengangguk faham mengenai pertuduhan yang dibacakan ke atas mereka di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 34 kanun yang sama oleh jurubahasa dalam Bahasa Tamil di hadapan Majistret Raja Noor Adilla Raja Mahyaldin. 

Tiada pengakuan direkodkan semasa pertuduhan dibacakan.

Mahkamah menetapkan tarikh sebutan semula kes pada 25 Nov ini.

Yagavali dan Gunalan hadir ke mahkamah tanpa diwakili peguam sementara Keeshor Kumaar diwakili oleh peguam V Ayasamy dan Dhasarathi Naidu diwakili oleh Ratchel Suppiah manakala pendakwaan dilakukan Pegawai Pendakwa Ridhuan Abdullah. - Bernama

Menangis teringat ibu, ayah

Oleh Safuri Kamarudin
Baling: “Saya menggigil kesejukan dengan perut berbunyi kerana terlalu lapar berikutan tidak menjamah makanan sejak petang Aidiladha dan hanya meneguk air parit di dalam hutan itu saja menyebabkan semalaman tidak boleh tidur kerana terlalu lapar selain takut,” kata Ainaanadia Mat Dahari, 13.
Ainaanadia, pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Labu Besar itu dilaporkan hilang bersama adiknya, Ahmad Mohamad, 11, dan dua rakan lain Mohd Hafiz Redzuan, 14, dan Rohaizat Jamaluddin, 10, selepas mengikuti seorang lelaki menjerat beruk di Hutan Simpan Gunung Inas, Lata Sedim, Selasa lalu. 
Menurutnya, ketika kejadian mereka terpaksa berjalan sejauh kira-kira tiga kilometer ke dalam hutan itu apabila dipaksa seorang lelaki berusia 38 tahun yang dipanggil Pak Cik untuk mengikutnya. 

“Saya mula takut apabila hari semakin gelap, tetapi lelaki itu enggan pulang dan tidak tahu apa tujuannya kerana tidak membenarkan kami semua berbuat bising.

“Apabila malam, saya mula lapar dan letih selepas penat berjalan menyebabkan perut rasa loya dan hanya meminum air parit saja bagi menahan lapar selain gangguan nyamuk sampai pagi.

“Saya hanya tidur ayam saja kerana tidak boleh lelapkan mata ,” katanya. 

Menurutnya, dia tidak dapat tidur semalaman kerana teringatkan ibu bapanya sambil menangis disebabkan terlalu lapar selain takut. 

“Saya fikir macam-macam dan takut binatang buas selain tidak tahu hendak minta tolong pada sesiapa kerana hutan tebal, namun saya bersyukur kerana akhirnya kami berjaya diselamatkan oleh penduduk kampung dengan bantuan pasukan penyelamat untuk kembali ke pangkuan keluarga,” katanya. 

Ahmad berkata, apabila waktu siang, mereka mencari jalan pulang dan terdengar bunyi motosikal, tetapi tidak mampu berbuat apa-apa kerana terlalu penat. 

“Mujurlah kami kuatkan semangat dan memegang erat tangan Ainaanadia lalu terus berjalan untuk keluar kerana hari semakin gelap ketika mencari jalan keluar (pada hari kedua) dan bersyukur diselamatkan oleh penduduk yang sedang mencari kami. 

“Ini adalah pengalaman yang tidak dapat dilupakan dan saya tidak mahu lagi pergi ke hutan itu yang amat menakutkan. 

“Saya hanya ingat mati saja kerana terlalu lapar dan tidak terdaya untuk berjalan,” katanya. 

Sementara itu, Pemangku Ketua Polis Daerah Baling Asisten Superintendan Md Nadzir Osman berkata, lelaki yang disyaki melarikan kanak-kanak terbabit ditahan di kawasan hutan di belakang rumahnya di Kampung Sungai Buloh, Karangan, di sini, kira-kira jam 12.30 tengah hari. 

Menurutnya, lelaki itu ditahan untuk disoal siasat berhubung kejadian terbabit. 

“Ainaanadia dihantar untuk menjalani pemeriksaan kesihatan di Hospital Sultan Abdul Halim, semalam. Kita menahan sementara lelaki itu untuk siasatan lanjut,” katanya.

‘Kami tak tahu macam mana boleh ikut pak cik itu’

Oleh Azahar Hashim
Kulim: “Kami pun tak tahu macam mana boleh ikut pak cik itu kerana menyangka dia membawa kami masuk sekejap saja ke dalam hutan sebab mahu menunjukkan beruk, tetapi menjadi takut apabila hari semakin gelap dan tidak tahu jalan pulang.”
Begitu kata Ahmad Mohamad Mat Dahari, 11, seorang daripada empat kanak-kanak termasuk dua beradik yang hilang apabila mengikuti seorang lelaki yang mendakwa mahu menjerat beruk di dalam Hutan Simpan Gunung Inas, Lata Sedim, di sini, kelmarin.
Ahmad berkata, ketika itu mereka mula berasa lapar kerana tidak menjamah sebarang makanan dan hanya minum air parit untuk menahan kelaparan selain terpaksa duduk dalam satu kumpulan dalam hutan berkenaan kerana bimbang berlaku kejadian tidak diingini.
Menurutnya, mereka juga diarahkan lelaki berkenaan agar menggali lubang di kawasan berpasir untuk tidur beramai-ramai ketika bermalam di dalam hutan itu.
“Apabila malam, pak cik suruh kami korek lubang di kawasan berpasir sebagai tempat untuk tidur.
“Selepas mengorek pasir, kami semua duduk di dalam lubang itu, bagaimanapun kami tidak boleh lena sebab perut lapar serta takut.
“Keesokan harinya, kami terdengar bunyi helikopter berlegar-legar di kawasan hutan terbabit dan pak cik itu berkata, pasukan penyelamat sedang mencari kami.
“Dia kemudian mengarahkan kami semua bersembunyi di kawasan hutan untuk mengelakkan daripada dikesan oleh pasukan penyelamat,” katanya ketika ditemui di wad kecemasan Hospital Kulim, di sini, malam kelmarin.
Ahmad bersama kakaknya Ainaanadia, 13, serta dua rakannya, Mohd Hafiz Redzuan, 14, dan Rohaizat Jamaluddin, 10, ditemui pada jam 7.28 malam kelmarin dalam keadaan keletihan sebelum dikejarkan ke Hospital Kulim untuk pemeriksaan.
Sebelum itu, mereka dilaporkan hilang selepas mengikuti seorang lelaki yang mendakwa mahu menjerat beruk dalam Hutan Simpan Gunung Inas, Lata Sedim, di sini, jam 5 petang, Selasa lalu.

Geng langgar, samun tumpas

Oleh Mohd Fadly Samsudin
Kuala Lumpur: Seramai lapan individu termasuk seorang wanita yang bergerak aktif melakukan jenayah langgar belakang kenderaan dan samun berjaya ditahan dalam serbuan berasingan di dua hotel bajet di Jalan Kuchai Lama dan Desa Sri Hartamas, di sini, Isnin lalu.
Dalam serbuan kira-kira jam 2 pagi itu, sepasukan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Brickfields menyerbu dua hotel berkenaan sebelum menemui pelbagai senjata dan barangan yang digunakan bagi tujuan melakukan jenayah terbabit.
Difahamkan, kumpulan berkenaan menggunakan modus operandi langgar kenderaan dipandu secara berseorangan dari arah belakang kemudian mengeluarkan senjata bagi mengugut mangsa serta memasuki rumah ketika mangsa baru membuka pintu pagar sebelum turut melarikan kenderaan.
Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Muhammad Azlee Abdullah berkata, tangkapan berkenaan berjaya menyelesaikan sekurang-kurangnya 20 kes samun dan curi kenderaan membabitkan kerugian RM600,000 yang dilaporkan berlaku di Lembah Klang.
“Hasil siasatan, ahli kumpulan yang berusia antara 20 hingga 30-an ini bergerak aktif sejak setahun lalu berdasarkan laporan curi kereta yang direkodkan di Lembah Klang.
“Polis turut merampas lapan kenderaan daripada semua ahli kumpulan berkenaan termasuk Audi Q5, BMW X5, Honda CRV, Honda Civic, Honda City, Toyota Vios, Toyota Unser dan Proton Waja," katanya pada sidang media, semalam.
Beliau berkata, dalam tangkapan itu, polis juga berjaya merampas beberapa senjata dan barangan yang digunakan suspek termasuk pedang samurai, pisau, kikir, besi panjang dan penutup muka.
“Polis masih menjalankan siasatan lanjut bagi mengesan individu lain yang mungkin terbabit dalam rangkaian sindiket ini.
“Semua kenderaan yang dicuri tidak dilerai komponennya dan kami percaya ia dijual kepada pelanggan dengan memalsukan pendaftaran serta diseludup ke luar negara,” katanya.
Sementara itu, Muhammad Azlee turut meminta orang awam yang mendapati ada kenderaan yang sudah lama tidak bergerak di kawasan letak kereta, kediaman atau di pusat beli-belah supaya menghubungi pihak polis kerana ia kemungkinan kereta curi.
“Kami juga menasihatkan supaya orang awam tidak terpedaya dengan taktik penjenayah yang cuba melanggar kenderaan dari belakang lalu mengarahkan mangsa keluar untuk melihatnya,” katanya.
Foto
MUHAMMAD Azlee (dua dari kanan) menunjukkan senjata berbahaya yang dirampas daripada suspek.

Perompak lagak ‘gila’ ikat sekeluarga

Oleh Nazdy Harun
Kuala Berang: Empat lelaki bertopeng bukan saja merompak satu keluarga di Kampung Bukit Apit, Ajil, di sini, malah sanggup bertindak ‘gila’ apabila seorang daripada mereka menyarung seluar sukan wanita dan mengambil barangan kosmetik sebelum melarikan diri.
Dalam kejadian kira-kira jam 1.30 pagi kelmarin, empat lelaki itu menyerbu masuk ke dalam bilik tidur mangsa, Zakaria Wahab, 32, sebelum seorang daripada perompak mengacukan pisau ke lehernya seterusnya membuka lampu menyebabkan dia dan isterinya terkejut.

Zakaria berkata, perompak berkenaan sempat memberi amaran kepadanya supaya tidak membuat bising.
Katanya, perompak terbabit kemudian mengikat tangannya menggunakan dawai penyangkut baju sebelum menutup kepalanya menggunakan selimut, manakala isterinya Intan Fazliana Mohd Razali, 30, diikat kaki bersama anak mereka yang tidur di bilik sama.

“Perompak itu kemudian ke bilik ibu mentua lalu membawanya ke bilik saya sebelum turut diikat, namun perompak berkenaan membiarkan nenek yang tidur bersendirian di dalam sebuah lagi bilik.

“Kami sempat memberitahu kepada perompak berkenaan bahawa nenek tidak sihat dan sudah lama sakit serta terlantar di dalam bilik berkenaan,” katanya ketika ditemui di rumahnya, semalam.
Menurutnya, melihat anak kami ketakutan apabila melihat mereka, seorang daripada perompak memberikan air, susu dan botol susu kepada isteri supaya membancuh susu untuk anak mereka.

“Perompak bersenjatakan pisau, parang dan pemutar skru berada di dalam rumah kami kira-kira dua jam untuk menggeledah dan mencari barangan berharga,” katanya.
Akibat kejadian itu, katanya, dia mengalami kerugian RM12,000 membabitkan kehilangan wang tunai RM1,500, dua jam tangan, barangan kemas dan lapan unit telefon bimbit.

Pemandu van cabul budak empat tahun

Oleh Mohd Firdaus Ibrahim
Kuala Lumpur: Polis sedang memburu seorang lelaki berusia lewat 30-an kerana mencabul seorang kanak-kanak perempuan berusia empat tahun.
Lelaki yang juga seorang pemandu van itu dilapor mencabul kanak-kanak terbabit ketika dalam perjalanan menghantar mangsa ke rumahnya di Pandan Indah, di sini, Selasa lalu.

Kejadian itu hanya terbongkar jam 8.30 malam apabila mangsa mengadu sakit di kemaluan kepada ibunya berusia 40 tahun.
Menurut sumber, selepas menerima aduan berkenaan, wanita terbabit segera membawa anaknya itu ke sebuah hospital swasta rumahnya.

“Pemeriksaan doktor mendapati mangsa mengalami kecederaan di kemaluannya,” katanya.

3 beranak disemadi satu liang

Oleh Mohammad Ishak
Jertih: Suasana hiba menyelubungi ahli keluarga yang menghadiri upacara pengebumian Koperal Jiman Raup, 32, isterinya, Koperal Nik Zaieyahaliza Ya, 29, dan anak mereka Nurul Damia Jiman berusia 20 bulan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Gong Gucil, dekat sini, kira-kira jam 8 pagi semalam.
Jenazah tiga beranak itu disemadikan dalam satu liang lahad dengan disaksikan lebih 100 penduduk termasuk anggota tentera.
Jenazah anggota tentera yang bertugas di Bahagian Perkeranian Maktab Tentera Diraja (MTD) Sungai Besi, Kuala Lumpur itu tiba dari Hospital Bentong, Pahang di rumah keluarganya di Kampung Gong Gucil, kira-kira jam 5 pagi semalam.
Pasangan berkenaan maut apabila kereta yang dipandu Jiman bertembung lori tangki di Kilometer 49, Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak, jam 6.50 pagi kelmarin.
Jenazah Jiman yang berasal dari Sabah, diusung oleh anggota tentera dan diikuti jenazah Nik Zaieyahaliza bersama anak mereka diletakkan bersebelahan dalam satu liang lahad.
Sementara itu, kakak Allahyarham Jiman, Jumariah Raup, 48, yang hadir di tanah perkuburan bersama suaminya, Ali Asin Tusar, 61, dari Kampung Bangkal Lalat, Beaufort, Sabah, tidak dapat menahan perasaan ketika upacara pengebumian adiknya.
Dia yang tiba kira-kira jam 1 pagi semalam masih tidak percaya dengan kehilangan adik kesayangan itu kerana tidak menyangka arwah bersama isteri dan anak meninggalkan ahli keluarga mereka.
“Sejak seminggu lalu arwah sudah menunjukkan sikap luar biasa dengan menjadi seorang pendiam dan tidak mahu bercakap banyak ketika mereka berhubung menerusi telefon,” katanya ketika ditemui di majlis pengebumian, semalam.
Jumariah berkata, pada Aidiladha, Selasa lalu, mereka sempat berhubung menerusi telefon kira-kira jam 2 petang, tetapi arwah secara tiba-tiba meminta maaf dan mohon dihalalkan makan dan minum kerana dia tidak sempat pulang ke Sabah.
Katanya, pasangan itu kerap pulang secara bergilir antara Jertih dan Beafort setiap kali musim perayaan.
“Kali terakhir saya berjumpa tiga beranak itu ialah Aidilfitri lalu ketika mereka pulang berhari raya di Sabah,” katanya.
Menurutnya, arwah Jiman dan Nik memang baik dan sentiasa mengutamakan keluarga setiap kali mereka pulang ke kampung.

Rampas 9 kereta RM1 juta

Oleh Mohd Amin Jalil
Seremban: Hasil intipan dan gerakan pasukan khas, polis negeri menumpaskan satu kumpulan pecah rumah dan curi kereta mewah apabila menahan dua lelaki dan seorang perempuan serta merampas sembilan kereta mewah pelbagai jenis bernilai keseluruhan RM1 juta, baru-baru ini.
Pemangku Ketua Polis Negeri Sembilan Datuk Abd Manan Mhd Hassan berkata, pihaknya menjalankan operasi memburu dalang utama kumpulan berkenaan sejak pertengahan bulan lalu bagi membongkar kegiatan curi kereta mewah di sekitar negeri ini. 
Beliau berkata, kegiatan kumpulan dianggotai dua lelaki berusia 48 dan 32 tahun dan seorang wanita berusia 23 tahun itu mula dikesan susulan satu kes pecah rumah di Nilai pada 9 Oktober lalu. 

Katanya, hasil operasi itu, polis menahan lelaki berusia 48 tahun dan menerusi maklumat daripada suspek, pihaknya menemui tiga kenderaan curi di Port Dickson iaitu masing-masing kereta Mercedes, Toyota Estima dan BMW.

“Hasil siasatan lanjut, kami menahan dua individu lagi pada 12 Oktober lalu iaitu lelaki dan teman wanitanya, masing-masing berusia 32 dan 23 tahun di Bahau serta menemui enam lagi kereta curi berada bersama mereka.

“Keseluruhannya sembilan kereta curi dirampas dalam operasi ini yang mana empat kereta dicuri di Negeri Sembilan iaitu dua Mercedes dan masing-masing Triton dan Volkswagen. 

“Hasil siasatan juga mendapati kedua-dua lelaki berkenaan mempunyai rekod jenayah dengan seorang daripada mereka memiliki 14 rekod jenayah lampau,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Negeri Sembilan, di sini, semalam. 

Abd Manan berkata, reman ketiga-tiga suspek berkenaan yang berakhir semalam disambung bagi siasatan lanjut. 

Sementara itu, Abd Manan meminta kerjasama orang ramai mengesan seorang wanita, Chang Siok Fang, 39, yang beralamat di Taman Tangkak Jaya, Tangkak, Johor yang dikenal pasti mempunyai kaitan dengan kes terbabit. 

“Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai wanita itu diminta menghubungi mana-mana balai polis berhampiran kerana suspek sangat dikehendaki polis bagi membantu siasatan berhubung beberapa kes jenayah termasuk curi kereta,” katanya. 

2 parah kereta terbakar selepas dilanggar


2013/10/18

Kuala Pilah: Seorang wanita yang pernah koma dua minggu akibat diragut tahun lalu, cedera parah apabila kereta dipandunya terbabit dalam kemalangan di Kilometer 17 Jalan Seremban-Kuala Pilah, semalam.

Mazira Ishak, 25, yang kepalanya terhentak di jalan raya akibat kejadian ragut di Shah Alam, Selangor, patah tangan kiri dan kaki kiri akibat kemalangan itu.
Dalam kejadian kira-kira jam 6 pagi itu, kereta Perodua Myvi dipandu Mazira bersama tunangnya, Izwan Yusof, 27, yang dalam perjalanan pulang dari kampung selepas menyambut Aidiladha, terbalik beberapa kali sebelum terbakar.

Kereta dirempuh

Tunangnya turut parah apabila kaki kanan dan tulang rusuk kiri patah.
Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintendan Azmi Abdul Rahim, berkata kereta mangsa dari Felda Pasoh 3, Jelebu, ke Shah Alam dipercayai dirempuh sebuah kereta PROTON Saga dipandu Mohd Wasan Ismail, 22, dari arah Seremban.

Katanya, sebuah kenderaan pelbagai guna Naza Citra, yang dipandu Khairul Izhar Razali, 21, di belakang kereta pasangan itu, turut dilanggar PROTON Saga terbabit.

Rahsia lori terbalik

Oleh Nurul Ekhwan Haque Fazlul Haque dan Hamid Karim
Shah Alam: Rahsia pemandu lori tiga tan menyembunyikan tindakannya membawa tangki berisi diesel terbongkar selepas kenderaan itu terbalik kira-kira 300 meter dari Plaza Tol Lebuhraya Kemuning Shah Alam (LKSA), di sini jam 3 petang semalam.
Kejadian itu mengejutkan kebanyakan pengguna yang melalui kawasan kemalangan apabila diesel yang diisi dalam tangki itu tumpah dan mengalir di atas lebuh raya.
Seorang saksi, Amin Narawi, 30, berkata, kejadian berlaku selepas lori membawa bahan api berkenaan terbabit dalam kemalangan apabila ia bertembung sebuah kenderaan berat lain ketika memasuki susur keluar lebuh raya sebelum ia terbalik.

Berikutan itu, sebuah trak penunda cuba mengalihkan kenderaan dan ketika ia diangkat ketiga-tiga tangki berkenaan terjatuh menyebabkan diesel tumpah atas jalan.
Foto
LORI membawa tiga tangki diesel terbalik, semalam.

“Lori berkenaan dipercayai dari Lebuhraya Kesas ke Shah Alam sebelum ia terbabit nahas ketika tangki plastik besar itu terjatuh saya dapat melihat beberapa paip yang diubahsuai turut kelihatan di dalam lori itu.

“Kejadian berlaku kira-kira 50 meter di depan saya dan saya tidak menyangka lori berkenaan membawa diesel. Pemandu lori itu tidak cedera kerana sempat keluar sejurus lori berkenaan terbalik,” katanya.

Katanya, lori berkenan dipercayai sudah diubah suai untuk membawa muatan berkenaan berdasarkan saluran paip yang dipasang pada tangki yang dibawa.

Sementara itu, Ketua Pengarah Penguat kuasa KPDNKK Selangor Othman Nawang berkata, pihaknya belum menerima sebarang maklumat berhubung lori yang terbabit dalam kemalangan itu membawa diesel secara haram.

Bagaimanapun, pihaknya akan bekerjasama dengan polis untuk mengesan syarikat lori berkenaan untuk menyiasat sama ada mereka mempunyai kebenaran membawa diesel atau sebaliknya.

“Walaupun pengguna curiga dengan muatan diesel yang dibawa lori berkenaan selain terdapat paip yang diubah suai, pihak penguatkuasaan KPDNKK tidak boleh mengambil tindakan ke atas perkara itu (pengubahsuaian paip).

“Sesuatu tindakan hanya boleh dibuat kepada mana-mana pihak yang membawa diesel tanpa kebenaran sekiranya KPDNKK mempunyai bukti aktiviti berkenaan dilakukan. Jadi kita akan siasat terlebih dulu syarikat berkenaan sama ada diberi kebenaran untuk membawa diesel atau tidak sebelum tindakan lanjut diambil,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Othman berkata, KPNDKK mengalu-alukan kerjasama dan maklumat daripada orang ramai sekiranya mengetahui mana-mana pihak yang menjalankan kegiatan menyeludup diesel agar tindakan segera dapat diambil.

Penyamun bertopeng samun kerani



Shah Alam: Seorang kerani kerugian RM15,000 apabila rumahnya dipecah masuk tiga lelaki warga Indonesia bersenjatakan pisau di Jalan Haji Mahfuz, Kapar, dekat sini, kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 5 pagi itu, tiga lelaki itu yang memakai topeng menceroboh masuk ke rumah mangsa sebelum menggeledah dan melarikan pelbagai barangan berharga.
Ketua Polis Klang Utara, Asisten Komisioner Mohd Shukor Sulong berkata, ketika kejadian, mangsa berusia 40-an sedang tidur bersama isterinya serta empat anak mereka.

“Mangsa tidak sedar suspek sudah berada dalam rumah sehingga beliau terdengar dentuman kuat dan jeritan seorang daripada empat anaknya yang tidur di bilik berasingan.


“Oleh kerana kawasan rumah mangsa terletak di kawasan yang sunyi serta gelap, mudah untuk suspek memecah masuk kerana tiada orang yang dapat melihat kehadiran mereka,” katanya.


Menurutnya, siasatan awal polis mendapati suspek menutup muka dengan tuala, manakala dua lagi menutup muka dengan baju ketika memasuki rumah mangsa.

“Sejurus memasuki rumah berkenaan, suspek mengejutkan empat anak mangsa sebelum mengumpulkan dan mengikat mereka menggunakan kain dalam sebuah bilik tetapi tidak dicederakan,” katanya.

Shukor berkata, selepas mengikat mangsa, suspek terus menggeledah ruang tamu, dapur dan melarikan wang tunai RM1,000, barang kemas, telefon bimbit dan komputer riba.

Berikutan kejadian itu, polis kini meningkatkan pemantauan di lokasi terpilih selain meminta kerjasama orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat menyalurkannya di balai polis berdekatan.

‘Nampak bayang dalam gelap’



Baling: “Saya terdengar bunyi seperti orang berjalan dan nampak bayang-bayang mereka di dalam gelap lalu memaklumkan kepada rakan yang duduk di atas dangau di dalam dusun buah di hutan itu.

“Saya menyuluh ke arah mereka dan ternampak kanak-kanak berkenaan berjalan keluar dalam keadaan letih lalu memberi bantuan dengan menghantar seorang mangsa dengan motosikal ke Pusat Kawalan Operasi kira-kira dua kilometer dari lokasi itu,” kata Mohd Fakruddin Johari, 14, apabila dia bersama rakannya, Fazrul Aiman Mohd Noor, 15, menemui empat kanak-kanak yang dilaporkan hilang ketika turut serta dalam operasi mencari dan menyelamat di Hutan Simpan Gunung Inas, Lata Sedim, kelmarin.


Mohd Fakruddin berkata, dia membawa Ainaanadia keluar terlebih dahulu kerana mendapati keadaannya lemah dan muntah, manakala rakannya menjaga tiga lagi kanak-kanak itu.

Menurutnya, pada masa yang sama, lelaki yang dipercayai membawa masuk kanak-kanak itu melarikan diri melalui jalan pintas lain untuk keluar ke kampung kerana dipercayai bimbang ditahan oleh pihak berkuasa.


“Bagaimanapun, saya dan rakan cepat-cepat membantu untuk membawa mereka keluar dan memaklumkan kepada pusat operasi mengenai penemuan itu sebelum semua kanak-kanak terbabit dihantar ke hospital Kulim (HK) untuk pemeriksaan,” katanya ketika ditemui di Kampung Bukit Rawa, Sedim, di sini, semalam.


Fazrul Aiman berkata, dia mengendong seorang kanak-kanak itu sementara menunggu bantuan kerana keadaannya juga lemah dan tidak berdaya untuk berjalan.

“Saya bersyukur kerana dapat membantu mereka yang dianggap seperti keluarga kerana kami juga tinggal sekampung.


“Inilah pengalaman pertama menyelamat mangsa tersesat di hutan dan gembira kerana mereka semua selamat,” katanya.

Sementara itu, bapa mangsa, Mat Dahari Jahaya, 57, berkata, dia bersyukur kerana kedua-dua anaknya selamat dan sihat kerana tidak lena tidur apabila memikirkan nasib anak yang tersesat di dalam hutan simpan itu.


“Saya hanya mampu berdoa semoga anak selamat dan akhirnya Allah memakbulkan doa itu kerana keempat-empat mereka ditemui dalam keadaan selamat,” katanya.

Penjual akhbar diserang 8 lelaki


Oleh Mohd Firdaus Ibrahim

Kuala Lumpur: Seorang penjual akhbar cedera di betis kiri dan kepala selepas diserang sekumpulan lapan lelaki bersenjatakan parang dalam satu kejadian samun di Jalan Air Panas, di sini, Selasa lalu.

Dalam kejadian jam 7.30 pagi itu, mangsa yang disamun kemudian menaiki motosikalnya ke Balai Polis Setapak, di sini, untuk meminta pertolongan.
Menurut sumber, berikutan kejadian itu, mangsa yang berusia 50 tahun mengalami kerugian lebih RM8,000 apabila wang tunai dan kad tambah prabayar miliknya dilarikan kumpulan terbabit.

Beliau berkata, ketika kejadian, mangsa yang sedang menjual akhbar di gerainya didatangi sekumpulan lapan lelaki berusia awal 20-an.


“Kumpulan terbabit kemudian mengarahkan mangsa menyerahkan wang tunai dan barangan berharga. Keengganan mangsa menyebabkan kumpulan terbabit terus menyerangnya.


“Mangsa turut ditetak di kepala dan betis kirinya. Kumpulan terbabit kemudian merampas wang tunai dan kad tambah nilai prabayar yang dijual mangsa sebelum melarikan diri,” katanya.

Sumber itu berkata, dengan kecederaan dialami, mangsa masih sempat menunggang motosikalnya ke balai polis berhampiran untuk mendapatkan bantuan.

“Mangsa kemudian dibawa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) bagi mendapatkan rawatan,” katanya memberitahu, selepas diberikan rawatan mangsa membuat laporan di Balai Polis Setapak, di sini.

Katanya, sehingga kini, polis masih belum memberkas kumpulan penjenayah itu namun usaha mengesan mereka sedang giat dijalankan.

49 maut pesawat terhempas


Pakse (Laos): Petugas penyelamat menggunakan bot perikanan semalam untuk menarik mayat dari Sungai Mekong yang berlumpur selepas sebuah pesawat terhempas dalam cuaca buruk hingga membunuh 49 orang dari 11 negara.

Beg sandang, bilah kipas pesawat dan pasport antara serpihan yang bertaburan di tebing sungai, tempat pesawat turbo penerbangan Lao Airlines terhempas sebelum terjunam ke dalam air dan karam, kelmarin.

“Setakat ini lapan mayat sudah ditemui. Kami belum tahu kerakyatan mereka,” kata Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam Laos, Yakao Lopangkao yang turut melawat tempat kejadian di Pakse, selatan Laos.

“Kami belum lagi menemui rangka pesawat. Ia masih berada dalam air dan kami sudah mengerah penyelam mencarinya,” katanya.

Foto
ANGGOTA tentera memeriksa serpihan yang ditemui di tempat pesawat Lao Airlines terhempas di Pakse, Laos semalam.

Foto
KUMPULAN penyelam menjalankan operasi menyelam untuk mencari mayat mangsa pesawat terhempas di Sungai Mekong.

Dia menolak kemungkinan ada mangsa yang terselamat.


“Harapan tipis kerana pesawat kelihatannya terhempas kuat sebelum masuk ke dalam air,” katanya.

Menurutnya, beberapa mayat ditemui sejauh 20 kilometer dari tempat kejadian.

“Kami sudah meminta penduduk dan orang ramai yang tinggal di pesisiran sungai agar mencari mayat dan memaklumkan kepada pihak berkuasa jika mereka ternampak apa-apa yang mencurigakan,” katanya.

Beberapa bot perikanan kecil dan rakit getah menyusuri air berlumpur sebagai sebahagian operasi mencari dengan kumpulan lelaki memakai jaket keselamatan meninjau ke dalam air. Selepas ribut kelmarin, operasi mencari dijalankan di bawah langit biru yang cerah.

Thailand yang bersempadan dengan Laos turut membantu operasi mencari itu apabila menghantar 30 penyelam, kata jurucakap Menteri Luar Thai, Sek Wannamethee.

Pesawat penerbangan Lao Airlines yang dikendalikan kerajaan Laos itu mengeluarkan senarai terkini 44 kerakyatan penumpangnya semalam.

Ia berkata, penumpang yang menaiki pesawat itu termasuk 16 warga tempatan, Perancis (7), Australia (6), Thailand (5), Korea Selatan (3), Vietnam (2) dan seorang masing-masing dari Kanada, China, Malaysia, Taiwan dan Amerika Syarikat.

Pihak berkuasa Kemboja berkata, seorang daripada juruterbang ialah rakyatnya yang berusia 56 tahun dengan lebih 30 tahun pengalaman penerbangan.

Maklumat lanjut mengenai kejadian itu masih kelam. Lao Airlines berkata dalam satu kenyataan yang pesawat itu berlepas dari ibu negara Vientiane dan terbang dalam cuaca buruk ketika bersiap untuk mendarat di Lapangan Terbang Pakse. - AP