Search This Blog

Tuesday, October 15, 2013

Dijemput ajal



Kuala Terengganu: Kepulangan Danial Hakimi Firdaus, 10, ke kampung untuk menyambut Aidiladha di rumah datuknya di Kampung Undang, Marang berakhir tragedi apabila dia terkorban akibat dirempuh sebuah lori tanah, semalam.

Kejadian berlaku jam 10 pagi ketika kanak-kanak itu dalam perjalanan pulang dari kedai berhampiran rumah datuknya dengan menunggang basikal sebelum dirempuh lori yang datang dari arah Bukit Kor menghala Kampung Undang.

Danial Hakimi dilanggar cuma 100 meter lagi untuk sampai di rumah datuknya selepas pemandu lori terbabit yang berusia 60-an dipercayai gagal mengawal kenderaan itu ketika memotong sebuah kenderaan lain.

Ibu saudara mangsa, Suziyani Satdin, 26, berkata Danial Hakimi dan adiknya, Danish Mikail, 2, yang tinggal di Kuala Lumpur pulang ke kampung lebih awal bersama seorang lagi ibu saudaranya kerana ibu dan ayah mereka dijadualkan pulang semalam.

Foto
DANIAL Hakimi maut di tempat kejadian.



“Mereka dua beradik pulang bersama seorang lagi kakak saya. Sungguh saya tidak menduga keriangan arwah pulang ke kampung untuk menyambut Aidiladha berakhir tragedi,” katanya.

Bakar bot lepas tikam kawan



Kota Kinabalu: Berang akibat enjin bot kerap mengalami masalah, seorang lelaki yang gagal mengawal kemarahan bertindak menikam dua rakan sekerja bertubi-tubi sehingga parah sebelum membakar bot milik majikannya dan melarikan diri dalam kejadian di tepi pantai berdekatan Anjung Senja, di sini, kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 11 malam, mangsa dikenali sebagai Madal, 40, cedera di dada, kepala dan lengan dikatakan sempat melarikan diri ke tebing, manakala bot berkenaan musnah.

Seorang lagi mangsa, Benjerald Lajarun, 19, yang juga anak kepada pemilik bot nelayan hanya lebam di badan dan sempat terjun ke laut selepas dipercayai dibelasah suspek.

Menceritakan kejadian, Benjerald sedang berehat di dalam bot terdengar pertengkaran antara suspek dengan mangsa disebabkan masalah enjin.

Foto
ANGGOTA bomba memeriksa bot yang terbakar.

Foto
MANGSA menerima rawatan.

“Tiba-tiba saya terdengar bunyi kocakan air dan melihat Madal terapung di laut, manakala suspek terus menghampiri saya sebelum berlaku pergelutan.

Gempa bumi Filipina: Sekurangnya 32 terkorban


CEBU: Sekurangnya 32 mangsa terkorban termasuk 15 di Cebu selepas gempa bumi besar melanda tiga pulau pelancongan popular di Filipina, pagi tadi.

Governor Bohol pula melaporkan sekurangnya 16 orang terkorban manakala lebih 100 lagi cedera manakala seorang mangsa disahkan mati di pulau Siquijor.
Gempa bumi kuat itu juga menyebabkan beberapa bangunan roboh, jalan raya rosak dan kejadian tanah runtuh, menurut jurucakap pejabat pertahanan awam, Reynaldo Balido.

Bagaimanapun, jumlah mangsa akan meningkat dan kerosakan sepenuhnya belum diketahui lagi, menurut Balido serta anggota penyelamat lain.


Namun, mereka berterima kasih gempa ini berlaku pada cuti umum dan tidak ramai berada di dalam bangunan yang mengalami kerosakan besar.


Gempa bumi kuat berukuran 7.1 pada skala Richter melanda Mindanao, Filipina pada 8.12 pagi tadi.

Pusat gempa bumi itu terletak kira-kira 31 kilometer di timur laut Tagbilaran City dan 806km di timur laut Sandakan, Sabah.

Namun, menurut Jabatan Meteorologi Malaysia, gempa itu tidak membawa sebarang ancaman tsunami kepada Malaysia. - Agensi

‘Daun lalok’ sara hidup


Jitra: Permintaan tinggi terhadap daun ketum menyebabkan sepasang suami isteri menjadikan kerjaya sebagai peraih daun berkenaan sebagai sumber rezeki berikutan mampu memperoleh pendapatan kasar mencecah RM15,000 sebulan bagi menyara enam anak yang masih kecil.

Bagaimanapun, kegiatan pasangan itu terbongkar selepas sepasukan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kubang Pasu diketuai Inspektor Mohd Ridzuan Salleh menyerbu rumah mereka Kampung Pida 6 Lama, Kodiang, dekat sini, selepas menerima maklumat awam.


Dalam serbuan jam 1.20 pagi semalam, pihak polis menemui 653 bungkus daun ketum seberat 98 kilogram (kg) bernilai RM2,000 dan menahan seorang wanita yang juga suri rumah berusia 37 tahun untuk siasatan lanjut.

Difahamkan, suami wanita itu berusia 40-an tiada di rumah dan dia pernah ditahan kerana melakukan kesalahan sama pada tahun lalu termasuk dijatuhi hukuman denda RM10,000 oleh mahkamah, tetapi masih tidak serik untuk terus melakukan kegiatan berkenaan bagi mengaut keuntungan lumayan.


Ketua Polis Daerah Kubang Pasu Superintendan Ibrahim Mohd Yusof berkata, ketika serbuan, sepasukan anggota polis mendapati sebuah pikap bernombor pendaftaran Thailand di parkir di tepi rumah berkenaan dan menemui suspek wanita di dalam rumah berkenaan.


Menurutnya, anggota polis menemui bungkusan plastik lutsinar dan satu beg plastik hitam mengandungi bungkusan daun ketum siap dibungkus kecil ketika melakukan pemeriksaan.

“Hasil pemeriksaan lanjut menemui empat beg plastik hitam dan satu guni plastik di hadapan pintu rumah itu berisi daun ketum yang siap dibungkus.


“Anggota polis turut menemui beberapa bungkusan plastik lutsinar mengandungi daun ketum dalam pikap terbabit yang dipercayai untuk dihantar kepada pembeli di Thailand,” katanya pada sidang media di IPD Kubang Pasu, di sini, semalam.

Hadir sama Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik IPD Kubang Pasu Asisten Superintendan Ishak Ali.


Ibrahim berkata, suspek dipercayai membeli daun ketum itu daripada penduduk kampung berhampiran pada harga RM10 bagi satu kg dan menjualnya pada harga RM20 kepada pelanggan dalam kalangan warga Thailand yang datang mendapatkan bekalan.


Menurutnya, berdasarkan siasatan awal kegiatan itu sudah dilakukan suspek sejak lebih dua tahun lalu dengan menjadikan ia sebagai perniagaan keluarga bagi menyara kehidupan seharian mereka.

ASP wanita ditahan tugas


Georgetown: Pegawai polis wanita berpangkat Asisten Superintendan (ASP) yang ditahan bagi membantu siasatan berhubung kehilangan suspek ‘kasanova Internet’ di Mahkamah Sesyen, di sini, Rabu lalu ditahan tugas berkuat kuasa semalam.

Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata, pegawai kanan berusia 55 tahun itu dibenarkan diikat jamin selepas menerima arahan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar untuk menahan tugasnya sehingga siasatan selesai serta diarahkan bercuti.


Beliau berkata, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 225 (a) Kanun Keseksaan iaitu mempunyai niat untuk cuba atau melepaskan tahanan ditahan kerana menyalahi undang-undang dan sabit kesalahan boleh dipenjara enam bulan atau didenda atau kedua-duanya.

“Saya sudah mengarahkan pegawai kanan wanita itu bercuti sehingga diberitahu kelak berikutan Polis Pulau Pinang sudah menerima arahan Ketua Polis Negara untuk menahan tugasnya,” katanya.


Dalam kejadian jam 2 petang itu, pegawai wanita terbabit dikatakan mengarahkan polis pengiring membawa suspek, K Prabaharan, 44, ke pejabatnya konon untuk memberi ‘nasihat’.


Ketika suspek bersamanya sebelum menghadiri kes sebutan bersabit kesalahan menipu di Mahkamah Sesyen pada hari itu, pegawai wanita itu meminta anggota polis pengiring pergi makan dan meninggalkan suspek dengan keadaan tangan bergari bersamanya.

Bagaimanapun, suspek mempunyai ketinggian 1.5 meter dengan berat 50 kilogram, berambut pendek dan bermisai nipis itu memperdaya pegawai wanita itu sebelum lesap ketika pegawai terbabit leka menjalankan tugas.


Usaha mencarinya selama dua jam di kawasan mahkamah gagal dan satu laporan polis berhubung kehilangannya dibuat.

Polis sudah mengedarkan fotofit wajah suspek ke semua balai polis dan percaya dia masih bersembunyi di negeri itu dan siasatan mendapati wujud unsur kecuaian hingga suspek dapat meloloskan diri ketika berada di bilik pegawai itu.

Syabu RM220,000 terbang di tingkap



Kota Kinabalu: Tindakan seorang lelaki yang cuba membuang objek ke luar rumah melalui tingkap dipercayai syabu sebaik rumahnya diserbu, tidak berhasil apabila dadah itu ditemui sepasukan polis yang melakukan pemeriksaan dalam operasi khas di Penampang, di sini, baru-baru ini.

Dalam kejadian kira-kira jam 3 petang Jumaat lalu, suspek berusia 44 tahun dipercayai mengedar dadah di sekitar daerah ini.


Sebaik menyedari rumahnya diserbu, suspek yang panik cuba membuang sebungkus plastik mengandungi dadah melalui tingkap rumah sebelum perbuatannya disedari polis.

Pemeriksaan di luar rumah kemudian menemui kira-kira 429 gram syabu, dipercayai objek dibuang suspek.


Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib berkata, dalam serbuan itu, polis berjaya merampas kira-kira 933 gram dadah jenis syabu bernilai RM220,000.


“Difahamkan, ketika kejadian, suspek dikatakan membuang objek dari tingkap tetapi dilihat polis.

“Pemeriksaan susulan mendapati, bungkusan plastik mengandungi ketulan hablur kristal disyaki dadah jenis syabu seberat lebih 429 gram,” katanya pada sidang media selepas Majlis Perhimpunan Bulanan Ibu Pejabat Kontinjen Polis (IPK) Sabah, di sini, semalam.


Hamza berkata, pemeriksaan terhadap suspek menemui 10 lagi bungkusan kecil syabu dengan berat keseluruhan rampasan mencecah hampir satu kilogram.

Pekerja kilang nyaris diperkosa



Kajang: Seorang pekerja kilang yang disamun di sebuah perhentian bas di Seksyen 7, Bandar Baru Bangi, dekat sini, nyaris menjadi mangsa rogol seorang lelaki dikatakan menggunakan ilmu pukau.

Dalam kejadian kira-kira jam 4 petang Selasa lalu, wanita berusia 36 tahun menunggu bas untuk ke sebuah klinik tiba-tiba didatangi seorang lelaki tidak dikenali.


Difahamkan, lelaki berkenaan kemudian menghisap rokok dan dilihat dengan sengaja menghembuskan asapnya ke muka mangsa.

Menurut sumber, mangsa menegur perbuatan lelaki itu dan cuba meninggalkan tempat itu malangnya dia mula berasa pening dan pitam serta tidak sedarkan diri.


“Mangsa mengesyaki dia dipukau hingga tidak sedarkan diri. Beberapa minit kemudian mangsa terjaga dan terkejut mendapati lelaki itu sudah membawanya ke lokasi lain.


“Lebih memeranjatkan, lelaki itu sudah berada di atas badannya disyaki cuba merogol, malah pakaiannya juga sudah terkoyak,” katanya.

Mangsa menjerit cuba melawan menyebabkan tangan dan badannya terluka akibat terkena senjata tajam.


“Dia melarikan diri ke kawasan semak berhampiran selepas menendang kemaluan lelaki itu,” katanya. Mangsa membuat laporan di Balai Polis Bandar Baru Bangi sehari selepas kejadian.

Kedai cenderamata rugi RM300,000



Sepang: Sebuah kedai menjual cenderamata eksklusif sukan permotoran di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) di sini, dipecah masuk membabitkan kerugian hampir RM300,000, kelmarin.

Kejadian disedari seorang pekerja yang tiba di kedai berkenaan kira-kira jam 9 pagi, semalam sebelum mendapati pintu stor di dalam premis dipecahkan.


Difahamkan, kamera litar tertutup (CCTV) dalam stor premis berkenaan sepatutnya menghala ke bahagian ruang pejabat dialihkan ke arah kaunter bayaran.

Ketua Polis Sepang Superintendan Imran Abdul Rahman berkata, pihaknya tidak menolak kemungkinan perbuatan dilakukan orang dalam berikutan kedudukan premis berada di dalam kawasan SIC yang perlu melalui pos kawalan keselamatan.


“Pengurus kedai cenderamata mendakwa kerugian dianggarkan RM300,000 termasuk hasil jualan dalam tiga hari lalu selain sebuah komputer riba dan beberapa barangan berharga lain.


“Polis masih meneliti hasil rakaman CCTV bagi mengetahui punca sebenar kejadian,” katanya.

Heroin, pil kuda dalam bekas makanan ringan


Tumpat: Seorang lelaki yang mempunyai beberapa rekod kesalahan lampau sekali lagi ditahan polis di rumahnya di Kampung Geting, Pengkalan Kubor, di sini, menerusi Ops Cantas Khas/Ops Tapis, kelmarin.

Dalam serbuan jam 3.30 petang itu, suspek berusia 31 tahun pada mulanya dilihat dalam keadaan mencurigakan ketika polis melakukan pemeriksaan di sekitar rumahnya.


Timbalan Ketua Polis Kelantan Datuk Mazlan Lazim berkata, pemeriksaan ke atas badan suspek gagal menemui sebarang bahan menyalahi undang-undang.

Katanya, polis bagaimanapun menemui satu bekas makanan ringan mengandungi lima peket plastik warna biru berisi 1,000 biji pil warna kemerahan bertanda WY disyaki pil kuda di sebuah rak berhampiran suspek.


“Polis turut menemui empat plastik cerah mengandungi 65 pil sama dan satu botol bertudung kuning mengandungi serbuk putih disyaki heroin serta enam peket plastik cerah mengandungi hablur jernih disyaki syabu.


“Semua dadah yang dirampas bernilai kira-kira RM30,000.

“Turut dirampas sebuah motosikal yang bahagian casisnya didapati ada kesan kimpalan dan dilaporkan hilang sebelum itu,” katanya pada sidang media di Markas Pasukan Polis Marin, di sini, kelmarin.


Mazlan berkata, suspek yang tidak bekerja juga disahkan positif methamphetamine berdasarkan ujian saringan air kencing dilakukan.

Katanya, daripada rekod yang disemak, suspek pernah mempunyai rekod mengikut Seksyen 379 dan 379A Kanun Keseksaan, Seksyen 380 Kanun Keseksaan dan Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952.


“Kes disiasat mengikut Seksyen 39B dan Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya.

Satu unit pangsapuri hangus


Georgetown: Sebuah unit pangsapuri musnah dalam kebakaran mengakibatkan kerugian puluhan ribu ringgit berlaku di Aras 15, Pangsapuri Mutiara Height, Jelutong, semalam.

Kejadian disedari jam 12.30 tengah hari apabila jiran rumah berkenaan menghubungi bomba dan ketika itu pemiliknya tiada di rumah kerana keluar bekerja.


Komander Operasi Kanan Jabatan Bomba dan Penyelamat Jalan Perak, Mohd Akmaluddin Said berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 12.40 tengah hari dan sebuah jentera bersama anggota tiba di lokasi kejadian kira-kira tujuh minit kemudian.

Tangan remaja putus ditemui dalam kereta


Dungun: “Allah, Allah, sakit,” rintih seorang remaja yang putus tangan kanan dan hancur di bahagian kelangkang ketika anggota Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) memberi pertolongan kecemasan kepadanya selepas terbabit dalam kemalangan di Kilometer 89, Jalan Kuala Terengganu-Kuantan, Bukit Bauk, dekat sini, semalam.

Dalam kemalangan jam 12.30 tengah hari itu, orang ramai membantu mencari tangan mangsa yang putus di sekitar tempat kejadian sebelum seorang daripada mereka menjerit menemuinya di dalam kenderaan yang bertembung dengan motosikal mangsa. Wan Nur Irfan Wan Mohamad, 16, dari Kampung Tok Kah, di sini dan masih menuntut di Pusat GiatMARA Bandar Al Muktaffi Billah Shah (AMBS), di sini, bagaimanapun disahkan meninggal dunia dua jam selepas diberi rawatan kecemasan di Hospital Dungun.


Ketua Polis Daerah Dungun Pemangku Superintendan Ahmad Zailani Yaacub berkata, kemalangan berlaku apabila motosikal ditunggang mangsa terbabas ke kanan jalan sebelum bertembung sebuah Naza Citra.

Katanya, ketika kejadian mangsa dari Dungun ke Paka manakala Naza Citra dipandu Mohd Fadir Masri, 51, bersama dua anaknya, Mohamad Farul Danish, 4, dan Mohamad Farul Zahfif, 2, dalam perjalanan dari Kerteh untuk mengambil anaknya di Sekolah Menengah Sains Dungun, di sini.


“Pertembungan kuat itu menyebabkan mangsa tercampak di atas cermin depan kereta yang menyebabkan tangannya putus dan jatuh ke tempat duduk sebelah pemandu Naza Citra terbabit,” katanya.


Sementara itu, ibu mangsa, Normariah Ali, 40, berkata, dia bersama suami dan lima anaknya termasuk arwah, bangun awal pagi untuk makan sahur bersama-sama kerana sudah berjanji untuk melakukan ibadat puasa, semalam.

“Arwah anak kedua daripada lima beradik dan sebelum kejadian, dia memberitahu mahu keluar sekejap.


“Saya sempat berpesan supaya pulang cepat kerana akan bertolak ke kampung di Besut untuk menyambut Aidiladha,” katanya.

Normariah berkata, pada jam 2 petang, dia menerima panggilan telefon daripada seorang ahli keluarganya memaklumkan arwah anaknya itu meninggal dunia selepas terbabit dalam kemalangan.


“Saya sangat terkejut dan tidak menyangka dia terbabit dalam kemalangan jauh dari kampung dan sehingga sekarang, tidak tahu tujuan arwah ke sana,” katanya.

Bekas tahanan tak sempat mencuri



Puchong: Tidak serik. Itu yang boleh digambarkan kepada seorang lelaki bekas tahanan Ordinan Darurat apabila ditahan polis ketika sedang mengumpil pintu kereta dipercayai mahu dicuri di Jalan Bandar 3, Puchong Jaya, di sini, Jumaat lalu.

Dalam kejadian jam 9.45 pagi itu, lelaki berkenaan yang juga seorang penganggur dan berusia 35 tahun ditahan anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) yang sedang melakukan rondaan jenayah di kawasan itu.


Menurut sumber, ketika dihampiri, lelaki itu cuba melarikan diri, namun tindakan pantas polis berjaya menahannya.

Berdasarkan pemeriksaan awal, anggota PGA berkenaan menemui pemutar skru dipercayai digunakan untuk mengumpil pintu sebuah kereta Toyota Vios yang diletakkan di tepi jalan utama kawasan berkenaan.


“Pemeriksaan lanjut mendapati lelaki itu memiliki lapan rekod lampau bersabit kes curi dan memiliki kenderaan curi di sekitar Kuala Lumpur, Selangor dan Ipoh sejak 2000 hingga 2004 lalu.


“Ketika ditahan, anggota PGA turut merampas sebuah kereta jenis Proton Wira dipercayai digunakan untuk melakukan aktiviti jenayah dan semakan lanjut mendapati kereta itu pernah dilaporkan hilang di USJ, Subang Jaya tahun ini,” katanya.

Lelaki terbabit kini direman selama empat hari dan kes disiasat mengikut Seksyen 379 (A) Kanun Keseksaan kerana curi kenderaan dan jika sabit kesalahan boleh dipenjara tujuh tahun.


Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor Senior Asisten Komisioner Mohd Adnan Abdullah ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan mengenai kejadian dan siasatan lanjut mengenainya akan dilakukan.

Otak bersepai jatuh tingkat 12



Kuala Lumpur: Seorang lelaki dijumpai mati dalam keadaan mengerikan selepas terjatuh dari Blok C bangunan Projek Perumahan Rakyat (PPR) Pudu Ulu Cheras, di sini, pagi semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 6 pagi itu, lelaki berusia 50-an itu mati di tempat kejadian selepas terjatuh dari tingkat 12 bangunan berkenaan.


Ketua Polis Daerah Cheras Asisten Komisioner Mohan Singh Tara Singh berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 6.42 pagi berhubung kejadian itu.

“Siasatan di lokasi kejadian mendapati mayat mangsa ditemui dalam keadaan terlentang dengan otaknya berselerakan di sekitar kawasan letak motosikal perumahan ini.


“Bagaimanapun, identiti mangsa masih belum dapat dipastikan berikutan tidak menemui sebarang pengenalan diri di sisi mangsa dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR), “katanya.


Beliau berkata, pemeriksaan pada bumbung tempat letak motosikal di lokasi kejadian juga tidak menemui sebarang kesan benda jatuh.

“Mangsa dipercayai terjatuh terus ke atas lantai simen bangunan ini, “katanya.


Mayat mangsa kemudian dibawa ke Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) untuk dibedah siasat.

Cek tambah angka



Kuala Lumpur: Seorang kontraktor terkejut apabila mendapati sekeping cek bernilai RM20 yang dikeluarkan atas nama sebuah badan bukan kerajaan (NGO) bertukar menjadi RM12,000 tanpa pengetahuannya.

Mangsa, Wong Choong Leong, 46, menyedari perkara itu selepas menyemak akaun bank miliknya pada 26 September lalu sebelum disahkan pihak bank ia ditunaikan sebuah syarikat swasta dengan nilai berkenaan.


“Memang saya ada mengeluarkan tiga cek untuk menderma kepada NGO dan badan kebajikan tertentu sempena sambutan hari lahir anak perempuan saya, malah perkara itu sudah saya lakukan sejak 10 tahun lalu.

“Ketiga-tiga cek berkenaan masing-masing bernilai RM20, saya kirimkan kepada alamat mereka melalui pos pada 3 September lalu,” katanya dalam sidang media di pejabat MCA, di sini, semalam.


Menurut Wong, seminggu selepas itu, dia menerima panggilan telefon daripadapihak bank yang ingin mendapatkan pengesahan mengenai pengeluaran sebanyak RM8,264 kepada seorang individu.


“Saya menafikan perkara itu dan mengaku tidak mengenali lelaki berkenaan, sekali gus bank membatalkan urusan tuntutan cek berkenaan.

“Saya mula rasa tidak sedap hati dan segera menyemak akaun bank. Sangkaan saya tepat apabila wang saya lesap RM12,000,” katanya yang membuat laporan polis di Balai Polis Petaling.


Wong berkata, dia kemudian membuat aduan kepada Biro Aduan Awam MCA selepas berasa curiga dengan tindakan bank yang meluluskan tuntutan itu tanpa meminta pengesahan daripada pemilik akaun.

Pengerusinya, Datuk Seri Michael Chong berkata, pihaknya mahu Bank Negara Malaysia (BNM) atau bank yang berkenaan menyiasat perkara itu yang kemungkinan membabitkan ‘orang dalam’ sehingga cek itu sewenang-wenangnya diubah seperti cek asal.


“Kami juga mahu pihak polis menyiasat perkara ini kerana semua maklumat pada cek berkenaan sudah ditukar dan hanya tanda tangan pemilik dikekalkan,” katanya.


Menurut Michael, berdasarkan statistik aduan yang diterima sejak 2010, pihaknya sudah menerima tujuh kes membabitkan pemalsuan cek dengan jumlah kerugian sebanyak RM62,000.

Nahas kali ke-4 ragut nyawa

Melaka: “Dia (anak) sebelum ini pernah terbabit dalam tiga kemalangan berasingan termasuk melanggar lori, namun terselamat. Malangnya, kemalangan kali keempat meragut nyawanya,” kata Idris Hussin, 55, bapa kepada seorang penjual air mineral yang maut dalam kemalangan di Jalan Kampung Tanjong Mak Midah, Tiang Dua di sini, semalam.
Lebih memilukan apabila mangsa, Mohd Faizel, 28, bukan saja tidak sempat menyambut Aidiladha, malah tidak berpeluang meraikan sambutan hari jadinya hari ini. 
Difahamkan, dalam kejadian jam 9.30 pagi itu, mangsa yang menunggang motosikal Yamaha 125 Z bersendirian menuju ke rumah rakannya di sekitar lokasi berkenaan untuk memberikan wang hasil jualan.

Namun, setibanya di lokasi kejadian, anak kedua daripada enam beradik itu dipercayai hilang kawalan lalu terbabas melanggar tiang elektrik manakala motosikalnya tercampak ke pokok berdekatan.
Foto
ORANG ramai membantu mengangkat motosikal mangsa

Mangsa meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan di badan dan dihantar ke Hospital Melaka (HM) untuk dibedah siasat.

Menurut Idris, kali terakhir menemui mangsa ketika dia bersiap menuju ke tempat kerjanya di Jabatan Kerja Raya (JKR) di Jasin pada jam 7.30 pagi semalam.

“Sewaktu berada di rumah kami di sekitar Ayer Molek, dia tidak menunjukkan sebarang perubahan pelik dan memberitahu mahu berjumpa rakannya untuk memberi wang.

“Namun, dua jam kemudian, saya terkejut dihubungi ahli keluarga mengenai kemalangan itu dan bergegas ke lokasi kejadian,” katanya sebak ketika ditemui di pekarangan Bilik Mayat HM di sini, semalam.

Dia berkata, anaknya itu pernah tiga kali terbabit kemalangan sebelum ini.

“Hati bapa mana tidak sedih kehilangan anak, apatah lagi ia berlaku menjelang sambutan Aidiladha. 

“Saya reda dengan apa yang berlaku dan menganggap ajal atau ‘panggilan’ Ilahi untuknya sudah sampai,” katanya. 

Jenazah Allahyarham dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Ayer Molek.

Sementara itu, Ketua Jabatan Ketenteraman Awam dan Trafik negeri Superintendan Noh Che Pa mengesahkan kejadian dan berkata, siasatan lanjut sedang dijalankan pihaknya.

Budak 10 tahun parah terkena tembakan


PERAK TENGAH: Seorang kanak-kanak 10 tahun parah di bahagian leher akibat terkena tembakan dalam kejadian di Kampung Belanja Kiri, Parit di sini jam 4.30 petang semalam.

Ketika kejadian seorang anggota polis dipercayai sedang mengosongkan senjata dihadapan rumahnya secara tiba-tiba terlepas satu das tembakan lalu terkena mangsa.
Mangsa kini dirawat dirawat di Hospital Raja Permaisuri Bainun Ipoh.

Timbalan Ketua Polis Perak Tengah, Deputi Superintendan Leong Ah Kow mengesahkan kejadian.

Lelaki Indonesia ditemui tergantung


MIRI: “Saya diganggu syaitan. Tidak cocok dengan kawan serumah”. Itu antara kandungan nota ditinggalkan seorang lelaki warga Indonesia yang ditemui tergantung di bilik tidurnya di kuarters pekerja sebuah kilang di Kuala Baram di sini, semalam.

Mayat Yutiya Handoko, 29, dari Jawa Timur, Indonesia, ditemui rakan sekerja yang juga jiran di sebelah rumahnya kira-kira jam 8.30 malam, selepas cubaan berulang kali memanggil nama mangsa tidak mendapat maklum balas.
Difahamkan, mangsa yang sudah berada di negara ini sejak setahun lalu serta bekerja sebagai juruteknik mesin, dikatakan tidak hadir bekerja sejak Khamis lalu sekali gus menimbulkan tanda tanya penyelia kilang berkenaan.

Tanah runtuh punca bekalan elektrik terputus


TUARAN: Kejadian tanah runtuh di Kampung Rangalau, Kiulu, dekat sini, pada kira-kira 4.26 petang semalam mengakibatkan seluruh kawasan Kiulu terputus bekalan elektrik.

Menurut Pengurus Besar Kanan (Pengurusan Aset) Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB), Ir Ahmad Fuad Md Kasim, kejadian itu turut menyebabkan lebih 1,500 pengguna di kawasan berkenaan terputus bekalan elektrik.
Katanya pemeriksaan awal di tempat kejadian mendapati sebatang tiang elektrik voltan tinggi milik SESB mengalami kerosakan.

Jumlah kerugian dan kerosakan akibat kejadian itu masih lagi dalam siasatan, katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.


Selain itu, Ahmad Fuad berkata keadaan struktur tanah di kawasan sekitar yang masih tidak stabil turut menyukarkan kerja pemulihan bekalan elektrik untuk sebahagian besar kawasan Kiulu.


Bagaimanapun, beliau berkata bekalan elektrik dapat dipulihkan secara berperingkat di beberapa kawasan bermula 5.50 petang pada hari yang sama.

Ahmad Fuad berkata para pengguna digalakkan segera menghubungi Hotline 24 jam SESB di talian 15454 ataupun 088-515000 sekiranya kawasan mereka terputus bekalan elektrik. Semua aduan yang disalurkan akan diambil tindakan segera. - Bernama

Bunyi hon terus ke lobi hospital

Kuching: Pengunjung dan pesakit di Hospital Umum Sarawak (HUS), di sini, gempar apabila seorang lelaki menunggang skuternya masuk ke pekarangan lobi hingga hampir melanggar seorang pesakit di atas pengusung.
Dalam kejadian jam 11 malam kelmarin, lelaki terbabit membuat bising apabila membunyikan hon skuternya ketika menunggang sambil mengarahkan orang ramai memberikan laluan. 
Dia menunggang skuter masuk ke bangunan hospital 200 meter melalui pintu utama sebelum melepasi lobi dan ruang pesakit luar menuju lif ke blok wad pesakit.

Menurut sumber, lelaki itu yang didapati mabuk hampir melanggar seorang warga emas yang diusung ke wad selepas menjalani pembedahan.
Foto
LELAKI mabuk ditahan selepas skuter ditunggangi terbalik.

“Lelaki terbabit menunggang dalam kelajuan sederhana dan enggan memberhentikan skuternya walaupun beberapa petugas hospital cuba menghalang.

Lelaki dibunuh sebelum dibakar

NILAI: Seorang lelaki ditemui rentung dari kepala hingga badan dipercayai dibunuh sebelum dibakar di sebuah ladang kelapa sawit di Enstek, di sini, pagi tadi.
Mayat tanpa identiti itu ditemui kira-kira jam 10 pagi oleh seorang pengembala lembu. 
Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Mohd Yusoff Awang berkata, mangsa dipercayai dibunuh di tempat lain sebelum dicampak ke ladang berkenaan untuk dibakar. 

"Siasatan mendapati, mangsa dibunuh dalam tempoh 24 jam dan akan cuba mengesan identiti mangsa.
Foto
Anggota Forensik Polis memeriksa mayat seorang lelaki dipercayai dibunuh sebelum dibakar. FOTO Iqmal Haqim Rosman

"Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh," katanya.

Remaja main mesingan tertembak sepupu


Jeddah: Seorang remaja perempuan Saudi ditahan polis selepas tertembak sepupunya ketika bermain mesingan buatan Russia milik bapa saudaranya.

Bapa mangsa bagaimanapun memaafkan perbuatan remaja berkenaan dan menuntut dia dibebaskan sambil berkata dia seperti anak kandungnya.


Dalam kejadian itu, remaja itu mengacu mesingan Kalashnikov ke arah sepupunya di rumah mereka di wilayah Najran, selatan Saudi Najran tanpa menyedari ia berisi peluru.

Tembakan mesingan berkenaan terkena mangsa di kepala.


“Sebelum ditahan, suspek dikatakan histeria dan cuba membunuh diri tetapi dihalang anggota keluarganya,” lapor akhbar Okaz.


Bapa mangsa, Awad Kardam Al Fateeh, dikatakan ke balai polis dan meminta suspek dibebaskan kerana sudah memaafkan perbuatannya. “Al Fateeh dan anggota keluarga berada di balai polis dan menerangkan kejadian itu. “Polis kemudian membebaskan remaja terbabit tetapi akan menahannya semula selepas menjalankan siasatan lanjut,” kata akhbar itu. - AP

100 rakyat Singapura korban di Batam


Batam: Lebih 100 rakyat Singapura memilih untuk melakukan ibadah korban di pelbagai masjid di Batam pada hari raya Aidiladha tahun ini.

“Kami diberitahu lebih 100 rakyat Singapura dan Malaysia datang ke beberapa masjid di Batam untuk melakukan ibadah korban tahun ini,” kata ketua pelancongan Kota Batam, Rudi Panjaitan semalam. Menurutnya, rakyat Singapura terbabit datang ke masjid di kawasan perkampungan lama kerana masih memiliki keluarga serta saudara-mara yang tinggal di Batu Merah, Batu Besar, Tanjunguma, Tanjung Sengkuang dan Pulau Belakang Padang. Rudi berkata, hubungan erat antara rakyat kedua-dua negara itu dengan warga tempatan menyebabkan mereka memilih untuk mengadakan ibadah korban di Batam.


Panitia ibadah korban Masjid Agung Batam, Tatang berkata, 50 rakyat Singapura sudah memesan 50 kambing untuk ibadah itu. “Buat masa ini, mereka sudah tiba di Batam dan masih bersiar-siar. “Esok (hari ini) mereka akan menunaikan solat sunat Aidiladha di sini dan seterusnya menyaksikan ibadah korban,” katanya dalam satu kenyataan, semalam. - Agensi

Tiga maut kerana tempat letak kasut


Bandung: Seorang anggota tentera yang dituduh membunuh seorang lelaki dan dua wanita ekoran pergaduhan mengenai tempat letak kasut yang kotor menyerah diri kepada polis Sabtu lalu.

Korporal Rio Budiwijaya ditahan polis tentera di Lapangan Terbang Husein Sastranegara di Bandung Ahad lalu selepas seminggu diburu. “Disebabkan semua saksi orang awam, kerjasama dengan polis perlu dilakukan,” kata jurucakap tentera udara SSB Supiardi. Rio dikehendaki kerana disyaki menembak tiga orang di asrama penginapan Gang Narpan, Bandung pada 6 Oktober lalu. Dia dilaporkan menceroboh masuk ke dalam sebuah bilik dan dengan berang bertanya siapa yang mengotorkan tempat letak kasut di depan bilik kekasihnya. Sebelum sesiapa sempat menjawab, Rio melepaskan tembakan menyebabkan tiga mangsa terkorban. - Agensi

Empat lagi pelajar terbabit dalam serangan asid


Jakarta: Empat pelajar sekolah menengah di Ciamis, Jawa Barat cedera selepas sekumpulan lelaki tidak dikenali membaling beberapa botol berisi asid ke arah mereka kelmarin.

Ketua balai polis Ciamis, Komisioner Ruswadi berkata, empat remaja itu menunggu di luar sekolah di Kawali pagi kelmarin apabila empat lelaki yang menaiki motosikal tanpa nombor plat pendaftaran membaling botol berkenaan ke arah mereka. “Kami masih menyiasat dan memburu suspek,” kata Ruswadi sebagaimana dipetik daripada tempo.com. Mangsa yang berusia antara 13 dan 14 tahun dikejarkan ke hospital awam Ciamis untuk rawatan. Dua mangsa dilaporkan sudah pulih daripada kecederaan. Serangan asid membabitkan pelajar sekolah menengah semakin meningkat di Jakarta terutama ketika pergaduhan berlaku. - Agensi

Tauke bar seks ditahan


Bangkok: Pihak berkuasa semalam berkata mereka menahan pemilik pertunjukan seks yang dikunjungi ikon pop Rihanna dalam serbuan terbaru yang dilakukan hasil maklumat penyanyi itu di Twitter.

Pemilik bar di Pulau Phuket itu didakwa mengadakan persembahan lucah, kata ketua polis tempatan Veera Kerdsirimongkol kepada media.
“Serbuan dilakukan ekoran kunjungan Rihanna.

Pihak berkuasa akan bertindak tegas terhadap pertunjukan yang tidak wajar atau menggunakan haiwan sebagai tarikan liar,” katanya.


Pihak berkuasa pelancongan Thai malu apabila Rihanna menulis di Twitter menekankan mengenai sikap pihak berkuasa negara terbabit yang kurang peka dengan keadaan itu.


“Sama ada saya mabuk malam tadi atau saya lihat wanita Thai menarik burung hidup, dua kura-kura, pisau cukur, melontar damak dan ping pong, semuanya dilakukan dari kemaluannya,” tulis penyanyi itu pada 20 September lalu di Twitter miliknya yang mempunyai 32 juta pengikut.

Bulan lalu, dua lelaki ditahan kerana memiliki spesies dilindungi, kongkang selepas Rihanna memuat turun gambar dirinya bersama haiwan itu pada waktu malam di Phuket ketika konsert jelajahnya, Diamond di seluruh dunia. - AFP

Warga emas saman anak kerana diabai


Beijing: Seorang wanita warga emas berusia 94 tahun, Zhang Zefang menjadi tajuk utama akhbar di seluruh dunia selepas menyaman anaknya kerana tidak menjaganya dengan sempurna.

Keadaan keluarganya yang kompleks menunjukkan masalah yang kian meningkat di kalangan populasi warga tua di China dan tradisi nilai kekeluargaan yang semakin berkurangan, lapor akhbar Washington Post. Zhang dilahirkan daripada keluarga peladang dan berkahwin pada usia 14 tahun. Selepas suami pertamanya meninggal akibat penyakit disenteri, dia berkahwin lagi dan mempunyai dua anak perempuan. Menjadi contoh wanita yang taat kepada tradisi China, Zhang berpindah ke rumah ibu bapa suaminya dan menjaga mereka hingga usia tua hanya dengan memakan bubur jagung. Menurut sumber, selepas kematian suaminya, dia mendapati dirinya tidak diendahkan oleh lima anaknya ekoran jarak yang jauh dan kemiskinan. Anak sulungnya yang berusia 70 tahun hidup dengan hasil wang saraan sebanyak 80 yuan (RM41) sebulan.

Pencuri pecah masuk cuci baju tuan rumah


Shanghai: Sebuah keluarga di Shanghai yang pulang daripada bercuti pada percutian Minggu Kebangsaan mendapati kediaman mereka dipecah masuk dan pencuri turut mencuri makanan, pakaian serta barang elektronik.

Akhbar Xinmin Evening News melaporkan perkara yang paling mengejutkan keluarga itu ialah pencuri sempat mencuci baju kotor mereka sebelum beredar. Keluarga itu yang bercuti seminggu hingga 3 Oktober lalu mendapati skrin televisyen LED, pakaian dan makanan mereka hilang. Terdapat tanda-tanda yang menunjukkan pencuri turut memasak. Si isteri yang dikenali sebagai Zhao terkejut apabila mendapati pakaian suaminya dicuci dan dijemur. Ketika memeriksa kediaman itu, polis menemui sebilah pisau dan dadah yang dipercayai milik suspek. - Agensi

Upah rakan culik diri sendiri


Austin: Seorang lelaki memalsukan penculikan dirinya sendiri di depan isterinya yang ketakutan agar dia dapat menghabiskan sepanjang malam berfoya-foya dengan rakannya.

Rogelio Andaverde mengatur dua lelaki bertopeng agar menculiknya dari kediamannya di Edinburg, Texas.
Isterinya yang ketakutan ketika itu menyaksikan Andaverde diheret dengan senjata api diacukan ke kepalanya sebelum dia dibawa pergi.

Si isteri kemudian menghubungi polis yang melancarkan operasi bagi mencari lelaki berusia 34 tahun itu.


Isteri Andaverde turut menghabiskan masa lebih lima jam disoal siasat polis ketika anggota lain sibuk mencari mangsa, lapor stesen televisyen KTVI.


Andaverde pulang ke rumah keesokan harinya dan memberitahu isterinya penculik sudah membebaskannya.

Bagaimanapun, polis curiga dengan ceritanya dan Andaverde kemudian mengakui dia memalsukan penculikan dirinya sendiri kerana mahu menghabiskan malam bersama rakan-rakan tanpa isterinya.

Dua rakannya terpaksa menyamar sebagai penculik dengan memakai topeng dan dilengkapi senjata.

“Kami melihat insiden ini dengan serius kerana rentetan peristiwa yang diberitahu isterinya kepada kami,” kata pegawai polis Edinburg, Sherif Trevino.

“Orang tidak menceroboh masuk dalam rumah anda secara tiba-tiba dan kemudian menculik anda,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Menurut Trevino, isteri Andaverde mungkin tidak suka apabila terpaksa berjaga hingga empat ke lima jam disoal siasat polis, manakala suaminya berfoya-foya di luar sana dan entah dengan siapa.

Andaverde kemudian ditahan atas dakwaan memalsukan penculikannya.

Dia dibebaskan selepas membayar denda AS$5,000 (RM15,904). - Agensi

Jumlah korban rempuhan 115 orang


RATANGARH, India 14 Okt. - Jumlah mangsa maut akibat bersesak-sesak di sebuah jambatan di sini semalam meningkat kepada 115 orang, manakala lebih 110 cedera, sekali gus meletakkan pihak berkuasa bertanggungjawab di atas kegagalan menjaga keselamatan orang ramai.
Bagaimanapun, jurucakap polis, D. K. Arya menegaskan bahawa rempuhan itu berlaku apabila orang ramai mula panik setelah mendapat khabar angin mengatakan jambatan tersebut akan runtuh.
"Keadaan menjadi semakin tidak terkawal dan orang ramai mula berasak-asak ingin menyelamatkan diri selepas mereka mendengar bahawa jambatan itu akan runtuh tanpa menyedari keadaan sebenarnya selamat," katanya.
India sebelum ini beberapa kali berdepan dengan insiden yang sama, termasuk pada 2011 yang menyaksikan 102 orang maut di Kerala. - AFP


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20131015/lu_09/Jumlah-korban-rempuhan-115-orang#ixzz2hmXVxaMe
© Utusan Melayu (M) Bhd 

78 hasut sengketa agama ditahan


YANGON 14 Okt. - Polis menahan 78 individu kerana disyaki bersubahat dan melakukan rusuhan di Thandwe di negeri Rakhine barat Myanmar September lalu, lapor agensi berita Xinhua.
New Light memetik kenyataan Kementerian Dalam Negeri sebagai berkata, walaupun insiden itu boleh dikendalikan mengikut undang-undang, keadaan bertukar menjadi ganas berikutan terdapat beberapa organisasi yang menghasut, bertujuan mengganggu keamanan dan kestabilan sekali gus menyebabkan kekacauan.
Satu rusuhan tercetus pada 28 September lalu yang bermula daripada pertengkaran apabila sebuah motosikal beroda tiga yang diletakkan di hadapan sebuah kedai di Thandwe. Kejadian itu mengakibatkan tujuh maut dan mencederakan lima yang lain.
Rusuhan itu turut menyebabkan 112 buah rumah, tiga tempat keagamaan dan satu stesen minyak terbakar. - BERNAMA


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20131015/lu_07/78-hasut-sengketa-agama-ditahan#ixzz2hmWtDmpZ
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Gempa bumi kuat landa Mindanao

Jabatan Meteorologi Malaysia
Jabatan Meteorologi Malaysia

KUALA LUMPUR - Gempa bumi kuat berukuran 7.2 pada skala Richter melanda Mindanao, Filipina pada 8.12 pagi ini.

Namun, menurut Jabatan Meteorologi Malaysia dalam kenyataannya hari ini, gempa itu tidak membawa sebarang ancaman tsunami kepada Malaysia.

Pusat gempa bumi itu terletak kira-kira 31km di timur laut Tagbilaran City, Filipina dan 806km di timur laut Sandakan, Sabah. - Bernama

Banjir kali kedua terburuk



PENDUDUK bertungkus-lumus membersihkan kawasan kediaman selepas dilanda banjir lumpur di Teluk Kumbar, Balik Pulau, Pulau Pinang semalam.


BALIK PULAU – Banjir lumpur yang melanda beberapa kampung di sini terutama di Teluk Kumbar di sini kelmarin didakwa berpunca daripada projek perumahan mewah di atas bukit berhampiran termasuk sistem perparitannya yang kurang memuaskan.
Demikian dakwaan penduduk di Kampung Suluk Zon Satu dan Kampung Nelayan apabila kediaman mereka ditenggelami air lumpur setinggi lima kaki berikutan hujan lebat sejak awal pagi kelmarin.
Bagaimanapun, tinjauan Kosmo! ke lokasi banjir terbabit mendapati keadaan banjir sudah surut sejak pukul 8 malam kelmarin dan hampir kesemua mangsa dilihat bergotong-royong membersihkan kediaman masing-masing.
Seorang penduduk, Noor Azli Bahari, 41 berkata, ini merupakan kejadian banjir kedua paling teruk yang melanda kampung terbabit selepas tahun 1998.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=1015&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_11.htm#ixzz2hkCBtDMK 
Hakcipta terpelihara 

Alih CCTV, larikan peti besi


SEPANG – Sebuah kedai cenderamata di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) di sini kerugian RM300,000 semalam selepas dipecah masuk sekumpulan penjenayah dipercayai orang dalam.
Barangan yang dilaporkan hilang dalam kejadian antara pukul 12.00 tengah malam hingga awal pagi itu ialah sebuah peti besi mengandungi wang tunai sebanyak RM300,000 dan sebuah komputer riba.
Selain itu, kumpulan suspek terbabit turut mengalihkan televisyen litar tertutup (CCTV) yang dipasang di premis berkenaan bagi mengelak wajah mereka dirakam alat tersebut.
Menurut satu sumber, kejadian disedari pada pukul 9 pagi apabila pekerja premis berkenaan yang tiba untuk bekerja mendapati pintu stor dipecahkan dan cenderamata yang diletakkan di ruang pameran berselerak.
“Kita percaya pencuri masuk melalui stor kerana peti besi disimpan di bilik tersebut. Bagaimanapun, cenderamata di ruang pameran tidak dilarikan,” katanya ketika dihubungi di sini.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=1015&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_06.htm#ixzz2hkC17Ozn 
Hakcipta terpelihara 

DVD, VCD haram RM822,00 dirampas

Oleh RAIS YEOP JOHARI

PORT DICKSON - Pihak penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan telah merampas cakera padat video (VCD) dan cakera video digital (DVD) cetak rompak bernilai RM822,000 dari bulan Julai hingga September lalu.
Menterinya, Datuk Hasan Malek berkata, sebanyak 2,991 kes dengan jumlah kompaun berjumlah RM257,150 telah dikenakan kepada mereka yang terlibat dalam jenayah cetak rompak bagi tempoh yang sama.
"Penguatkuasaan akan dilakukan secara besar-besaran bagi menggempur lebih banyak kawasan dan ia dilakukan dengan kerjasama agensi-agensi berkaitan.
"Kementerian bersedia mengambil tindakan kepada mereka yang cuba mencabar undang-undang kerana kita telah beri peluang untuk menghentikannya. Malangnya, ia masih lagi berjalan seperti biasa," katanya selepas Majlis Sembang Pengguna di Port Dickson di sini semalam.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=1015&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_10.htm#ixzz2hkBguVLx 
Hakcipta terpelihara 

Suri rumah jual ketum diberkas

Oleh NORLIDA AKMAR IDROS


IBRAHIM (kiri) menunjukkan daun ketum yang dirampas daripada sepasang suami isteri pada sidang akhbar di Kubang Pasu, Jitra, Kedah semalam.


JITRA - Kegiatan sepasang suami isteri menjalankan kegiatan membeli daun ketum daripada penduduk kampung sebelum menjualnya dengan harga dua kali ganda kepada pelanggan di Thailand terbongkar selepas rumah mereka diserbu polis semalam.
Dalam serbuan pukul 1.20 pagi itu, polis menahan seorang suri rumah berusia 37 tahun dan merampas 653 bungkusan daun ketum bernilai RM1,960 yang ditemui di dalam rumahnya di Jalan Sanglang, Mukim Pering, Kampung Pida 6 Lama, Kodiang dekat sini.
Difahamkan, seorang lagi individu dipercayai suami suspek melarikan diri sebaik menyedari kehadiran polis.
Lelaki berusia 45 tahun itu pernah dikenakan denda RM10,000 oleh Mahkamah Majistret di sini atas kesalahan berkaitan daun ketum tahun lalu.
Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Superintendan Ibrahim Mohamed Yusoff memberitahu, polis menemui 653 bungkusan daun ketum seberat 98 kilogram di dalam rumah suspek dan di dalam sebuah kenderaan pacuan empat roda jenis Mitsubihi di tepi rumah berkenaan.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=1015&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_08.htm#ixzz2hkBYCmim 
Hakcipta terpelihara 

Padah lari daripada polis

KERETA Honda City yang remuk akibat merempuh tiang lampu dan papan iklan ketika pemandunya cuba melarikan diri daripada polis di Plentong, Johor Bahru semalam.


JOHOR BAHRU - Tindakan seorang pemuda memecut kenderaan sejauh lima kilometer hingga ke Plentong di sini selepas terserempak dengan polis mengundang padah apabila dia dapat diberkas selepas kenderaan dinaiki terbabas semalam.
Kejadian pukul 4.30 petang itu berlaku apabila sepasukan polis yang meronda melihat sebuah kereta Honda City biru dipandu suspek dalam keadaan mencurigakan di hadapan sebuah restoran makanan segera di Permas Jaya.
Ketika diminta berhenti, lelaki berusia 20-an yang enggan bekerjasama itu mengundur kenderaannya lalu merempuh kereta peronda polis dan memecut menghala ke Taman Johor Jaya di sini.
"Sebaik tiba di hadapan sebuah pasar raya di Plentong, kereta itu terbabas dan merempuh tiang lampu serta papan iklan.
"Pemandu kereta yang panik keluar dan melarikan diri ke kawasan semak berdekatan. Polis dapat menahannnya ketika dia sedang bersembunyi di sebuah longkang," kata satu sumber di sini semalam.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=1015&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_05.htm#ixzz2hkBJcsfG 
Hakcipta terpelihara 

Polis tertembak pemungut hutang

Oleh NOOR HASLIZA NUSI dan OTHMAN YAHAYA

KANG SEAK XIONG mati tertembak ketika berhibur di sebuah pub di George Town, Pulau Pinang semalam.


GEORGE TOWN – Pertemuan tiga sahabat termasuk dua anggota polis di sebuah pub di Auto City Juru, Bukit Mertajam di sini bertukar tragedi apabila mereka ditahan selepas seorang daripadanya melepaskan tembakan sehingga menyebabkan seorang lelaki maut semalam.
Dalam kejadian pada pukul 2.20 pagi itu, Kang Seok Xiong, 38, yang bekerja sebagai pemungut hutang mati akibat terkena satu das tembakan di perut.
Suspek wanita ditahan di premis hiburan tersebut manakala dua anggota masing-masing berpangkat lans koperal dan sarjan itu diberkas pada pukul 10 pagi di sebuah rumah di Kulim, Kedah.
Polis turut merampas sepucuk pistol milik suspek berpangkat lans koperal berusia 33 tahun yang bertugas di Kontinjen Kedah.
Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata, kejadian dipercayai berlaku apabila tiga sekawan termasuk seorang sarjan dari kontinjen Johor yang sedang bercuti di negeri ini berjanji untuk berjumpa di pusat hiburan berkenaan.
Polis percaya sebelum kejadian itu berlaku pergaduhan antara suspek dengan sekumpulan lelaki dipercayai kawan si mati.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=1015&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_01.htm#ixzz2hkAtdKXU 
Hakcipta terpelihara 

66,000 berpindah hadapi Taufan Nari

SEORANG wanita meriba anak perempuannya di luar kediaman mereka yang roboh ditiup Taufan Nari di bandar San Miguel, dalam wilayah Bulacan di utara Filipina pada Ahad lalu.


HANOI - Kerajaan Vietnam memindahkan berpuluh-puluh ribu penduduk yang berada dalam laluan Taufan Nari selepas ribut dahsyat itu meragut 13 nyawa di Filipina, lapor media tempatan kelmarin
Taufan Nari dijangka melanda tengah negara itu pagi ini selepas menerbangkan bumbung rumah, menumbangkan pokok-pokok dan menyebabkan banjir kilat di selatan Filipina hujung minggu lalu.
"Angin kencang dijangka melanda negara ini lewat semalam. Kami juga meramal hujan lebat sehingga 500 milimeter akan turun dalam tempoh beberapa hari akan datang," kata Ketua Pusat kaji cuaca Vietnam, Bui Minh Tang.
Menurut akhbar tempatan, pihak berkuasa di wilayah Thua Thien dan Da Nang telah dikerah untuk memindahkan kira-kira 66,000 penduduk di beberapa kawasan pantai yang terdedah kepada risiko Nari.
Laporan tersebut menyatakan, pihak berkuasa juga meminta nelayan untuk mengalihkan bot ke tempat selamat manakala bantuan makanan disediakan untuk menghadapi bencana itu.
Pada setiap tahun, Vietnam dilanda sekitar 10 taufan tropika antaranya Taufan Wutif yang telah memusnahkan hampir 200,000 tempat tinggal dan meragut banyak nyawa. - AFP


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=1015&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_05.htm#ixzz2hkA93eNd 
Hakcipta terpelihara 

Polis tahan 400 perusuh di Rusia

ORANG RAMAI melihat sebuah kereta yang terbalik selepas tunjuk perasaan di daerah Biryulyovo, Moscow kelmarin.


MOSCOW - Polis menahan hampir 400 orang kelmarin selepas ibu negara Rusia di sini digegarkan kekacauan etnik terburuk sejak beberapa tahun lalu.
Rusuhan berpunca daripada pembunuhan seorang etnik Rusia oleh imigran Islam dari Caucasus.
Protes di daerah Biryulyovo, kota raya ini bagi membantah pembunuhan Yegor Shcherbakov, 25, bertukar menjadi pertempuran berdarah dengan polis.
Pintu-pintu kaca sebuah pusat beli-belah pecah manakala beberapa buah kereta turut diterbalikkan oleh perusuh.
Penunjuk perasaan melaungkan ungkapan "Rusia untuk orang Rusia " dan beberapa slogan nasionalisme lain semasa bantahan yang disertai lebih 1,000 orang itu berlangsung.
Polis memberitahu kelmarin bahawa 380 orang telah ditangkap berhubung protes itu dengan mereka kini disoal siasat kerana merusuh.
Seramai 14 nasionalis lain ditahan ketika mereka menaiki sebuah kereta api penumpang yang meninggalkan kota metropolitan ini tidak lama kemudian.
"Mereka membawa bersama beberapa balang gas," kata polis dalam satu kenyataan.
Kenyataan sama memberitahu, sebanyak enam anggota polis pencegah rusuhan cedera dengan dua masih dirawat di hospital.
Polis membawa masuk ratusan anggota tambahan bagi menangani krisis itu sekali gus menguat kuasa pelan Vulkan yang digunakan dalam situasi keganasan.
Shcherbakov dibunuh malam Khamis lalu ketika dia dan teman wanitanya keluar dari sebuah kelab biliard di sini. - AFP


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=1015&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_02.htm#ixzz2hk9mDgXH 
Hakcipta terpelihara