Search This Blog

Saturday, October 12, 2013

Jurujual maut dirempuh kereta

Jurujual maut dirempuh keretaMangsa maut serta-merta di tempat kejadian.
KAMUNTING – Gara-gara mengelak daripada bertembung dengan sebuah kereta yang keluar dari simpang, seorang penunggang motosikal maut selepas dia dirempuh kenderaan lain di hadapan Pusat Latihan Perkhidmatan Kor Diraja (Pulmat), Jalan Kamunting Lama, di sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 10 malam itu, mangsa, Mohamad Zamri Mahmood, 22, mati di tempat kejadian selepas mengalami kecederaan parah di kepala.

Ketua Polis Daerah Taiping, Asisten Komisioner Yusuf Mohd Diah berkata, ketika kejadian, mangsa yang dalam perjalanan dari arah Taiping ke Kamunting dikatakan cuba mengelak sebuah kereta yang keluar dari satu simpang.

Katanya, bagaimanapun, mangsa tidak sempat mengelak sebuah kereta yang datang dari arah bertentangan.

“Keadaan itu menyebabkan berlakunya pertembungan, mangsa yang tercampak, cedera parah dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya.

Mangsa yang bekerja sebagai jurujual berasal dari Kampung Padang Serai, Pantai Remis.

Yusuf berkata, buat masa ini, siasatan mengenai kejadian itu masih dijalankan.

Padah miliki motosikal curi

Padah miliki motosikal curiTertuduh (kiri) ketika dibawa ke Mahkamah Majistret Sungai Besar untuk menjalani prosiding pendakwaan.
SABAK BERNAM – Seorang pemandu lori dijatuhi hukuman penjara enam bulan selepas mengaku bersalah di Mahkamah Majistret Sungai Besar, di sini, atas tuduhan memiliki sebuah motosikal curi Suzuki RGV 110, 27 Mei lalu.

Tertuduh, Mohamad Salhairri Moktar, 38, yang beralamat di No 164, Blok S/17, Felda Seroja Jengka 18, Temerloh membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Shah Wira Abdul Halim.

Dalam keterangan membela diri itu, tertuduh merayu kepada mahkamah supaya meringankan hukuman memandangkan dia ketika itu mengalami gangguan mental selain mempunyai tanggungan seorang isteri dan tiga orang anak.

“Saya mengaku salah, tetapi memohon jasa baik tuan (majistret) supaya meringankan hukuman disebabkan saya ada (mempunyai) bukti (rekod) sakit mental selain perlu menyara isteri dan anak masih kecil,” katanya.
Bagaimanapun, Timbalan Pegawai Pendakwa, Izza Munirah Mansor, meminta mahkamah supaya mengenakan hukuman setimpal kepada tertuduh bagi memberi pengajaran kepadanya dan orang awam lain supaya tidak menyimpan sebarang hasil curi.

Mengikut fakta kes, motosikal itu didapati hilang ketika seorang pengadu wanita ingin membeli barang meletakkan motosikalnya di hadapan sebuah kedai kek di Perhentian Bas Sabak Bernam, kira-kira jam 1.10 petang, 15 Mei lalu.
Hasil siasatan dan semakan polis, kira-kira jam 11.30 malam, 27 Mei lalu mendapati tertuduh memiliki motosikal curi itu yang diletakkan di sebuah rumah No 40 Ladang Sungai Erong, Ulu Bernam, Perak kepunyaan seorang lelaki seperti mana yang dilaporkan hilang sebelum ini.

Bagaimanapun, tertuduh berjaya ditahan oleh sepasukan Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Temerloh ketika membuat pemeriksaan ke atas sebuah lori yang dipandunya dalam keadaan mencurigakan.

Pemandu lori dan dua kelindannya itu ditahan di Jalan Haji Ahmad Shah, Temerloh kira-kira jam 3.15 petang, 30 September lalu.

Tertuduh disiasat mengikut Seksyen 411 Kanun Keseksaan kerana memiliki barangan curi yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum lima tahun dan denda jika sabit kesalahan.

Menghasut: Dua pegawai polis ditahan kerja


12 Oktober 2013
GEORGETOWN - Dua pegawai polis kontinjen Pulau Pinang ditahan kerja ekoran mengeluarkan kenyataan berbaur hasutan perkauman menerusi aplikasi WhatsApp kumpulan Ops Cantas di sini hari ini.
 
Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata, dua anggota polis itu ditahan kerja berkuat kuasa serta-merta selepas menerima arahan daripada Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar.
 
"Kedua-dua mereka ditahan kerja selama dua minggu bagi membantu siasatan," katanya dalam kenyataan ringkas di sini.
 
Beliau berkata, pihaknya tidak akan berkompromi dengan sebarang tindakan atau perlakuan yang menjejaskan keharmonian masyarakat di negeri ini biarpun ia melibatkan anggota polis sendiri.
 
Abdul Rahim berkata, sidang media mengenainya akan dimaklumkan kemudian.
 
WhatsApp kumpulan Ops Cantas itu disertai anggota polis. - Bernama

Mayat lelaki ditemui terapung di Tasik Putrajaya

Mayat lelaki ditemui terapung di Tasik PutrajayaAnggota Bomba dan Penyelamat serta Unit Forensik mengeluarkan mayat seorang lelaki yang ditemui terapung di persisiran tasik berhampiran Jambatan Saujana di Putrajaya hari ini. - Foto Bernama

PUTRAJAYA - Mayat seorang lelaki ditemui terapung di tepi Tasik Putrajaya berhampiran Jambatan Seri Saujana, di sini hari ini.

Menurut seorang saksi, Muhammad Fadzlee Md Yatim, 21, beliau sedang bersiar-siar di sekitar tasik itu dan terlihat satu objek terapung pada kira-kira pukul 4.30 petang.

Katanya beliau terkejut apabila menyedari objek itu sebenarnya merupakan mayat seorang lelaki yang berseluar biru gelap tanpa baju, sebelum meminta rakannya menghubungi polis.

Ketua Polis Daerah Putrajaya Asisten Komisioner Abdul Razak Abdul Majid ketika dihubungi mengesahkan mengenai penemuan mayat berkenaan.

Mayat dihantar ke Hospital Putrajaya untuk dibedah siasat, katanya. - Bernama

Rimas diganggu adik angkat

Rimas diganggu adik angkatYee Fong dan suaminya, Quah Lawrence Henry menunjukkan SMS gangguan yang dihantar nombor tidak dikenali, pada sidang media semalam.

JOHOR BAHRU – Seorang pembantu pentadbiran dan jualan dari Taman Seri Orkid, di sini tidak menyangka hubungan atas kakak dan adik angkat bertukar menjadi siri gangguan seksual dan ugutan dari bekas rakan sekolej.

Mangsa, Chan Yee Fong, 28, berkata, dia dan rakannya yang dikenali sebagai Jameson, 27, terputus hubungan sejak berkahwin pada 2007 namun tiba-tiba diganggu oleh rakannya itu sejak 24 September lalu.

“Saya kenali Jameson pada 2006 ketika kami sama-sama belajar di kolej dan hubungan kami ibarat adik-beradik malah dia turut memanggil saya sebagai kakak.
“Namun selepas berkahwin saya mula menjauhkan diri kerana ingin menumpukan perhatian terhadap keluarga selain kurang senang dengan sikap dia yang ketagihan dadah,” katanya dalam sidang media di sini, semalam.

Ibu kepada tiga anak itu mendakwa menerima beberapa khidmat pesanan ringkas (SMS) dari nombor tidak dikenali yang mengajaknya untuk mengadakan hubungan intim sebaik sahaja Jameson mula menghubunginya.

“Penghantar sms itu menggesa saya untuk tidur dengannya di sebuah hotel dan akan memberikan wang RM500. Jika permintaan itu tak dipenuhi keluarga saya akan diancam.

“Saya mengesyaki Jameson mempunyai kaitan dalam perkara ini kerana mula menerima SMS gangguan sebaik sahaja dihubungi Jameson dan dia juga seolah-olah mengelak apabila saya menghubunginya,” katanya.

Yee Fong berkata, dia sekali lagi dihubungi oleh Jameson pada 25 September dan memberitahu bahawa telefon bimbitnya telah hilang dan mendakwa nombor telefonnya digodam pihak tidak bertanggungjawab.

“Ketika saya dan suami bertemu Jameson, dia memberitahu tidak mempunyai kaitan dengan gangguan seksual berkenaan kerana telefon bimbitnya hilang dan mungkin disalah guna individu lain.

“Jadi saya nasihatkan dia agar buat laporan polis namun Jameson enggan sebaliknya mengugut akan diancam oleh rakan-rakannya jika saya membuat laporan polis,” katanya.

Katanya, dia yang bimbang dengan situasi itu segera membuat laporan polis demi keselamatan keluarganya dan berharap gangguan berkenaan tidak berterusan.

Sementara itu, Timbalan Ketua Bahagian MCA Gelang Patah, Tan Ba Ba berkata, pihaknya akan mengikuti perkembangan kes berkenaan dan menggesa individu terbabit agar menghentikan gangguan.

“Kita akan mengambil tindakan lebih tegas sekiranya individu itu masih mengganggu mangsa,” katanya.

15 tukang urut bertempiaran

15 tukang urut bertempiaranSebahagian daripada warga asing yang berjaya dicekup dalam operasi tersebut.

SENAI – Cubaan melarikan diri dengan bersembunyi di bilik air nyata tidak berjaya mengaburi pegawai Imigresen dalam dua serbuan berasingan di sebuah pusat terapi dan refleksologi di sini, kelmarin.

Timbalan Penolong Pengarah Imigresen, Kharulanuar Abu Bakar berkata, serbuan yang digerakkan 15 anggotanya pada jam 11.06 malam ke lokasi pertama di Jalan Keris Tmn Seri Tebrau,  di sini berjaya menahan lima wanita warganegara Cina.

Kesemua mereka berusia 26 hingga 38 tahun ditahan atas kesalahan menyalahgunakan pas lawatan sosial dan ada antara mereka tidak memiliki dokumen yang sah.

“Manakala serbuan kedua di Nusa Bestari, kami berjaya menahan 10 wanita yang juga warganegara Tembok Besar itu berusia 23 hingga 43 tahun atas kesalahan yang sama,” katanya.

Jelasnya, sebelum serbuan dilakukan, pegawainya telah menyamar sebagai pelanggan sebelum disusuli serbuan.

“Pelbagai helah dan cubaan dilakukan mereka ini daripada dicekup, ada yang cuba melarikan diri dan bersembunyi di bilik air serta di sebalik kain bilik tabir.

“Kesemua yang ditahan dihantar ke  Depoh Imigresen Pekan Nanas untuk siasatan lanjut,” katanya.

Kes disiasat di bawah Peraturan Imigresen 1963 kerana menyalahgunakan pas lawatan sosial selain tinggal lebih masa mengikut Seksyen 15(1)(c) Akta Imigresen 1959/63.

Pesawah rugi, jentera terbenam dalam lopak

Pesawah rugi, jentera terbenam dalam lopakJentera pertanian milik Fadhil rosak selepas tenggelam di dalam lopak di kawasan sawah padi.

PARIT BUNTAR - Seorang pesawah menanggung kerugian besar selepas jentera pertanian miliknya rosak selepas terbenam dalam lopak.

Pemiliknya, Fadhil Mazlan, 25, berkata, dalam kejadian minggu lalu itu, hampir keseluruhan jentera miliknya itu terbenam ketika melalui satu kawasan lopak di Sungai Baru, di sini.

Menurutnya, dia menyangka lopak yang wujud di kawasan sawah padi miliknya itu selamat dilalui memandangkan ia sudah ditimbus dengan pasir sebelum ini.

“Kejadian malang itu menyebabkan jentera pertanian saya terus tenggelam dan tidak dapat dihidupkan memandangkan keseluruhan bahagian enjin dimasuki air.

“Pelbagai cara dilakukan untuk mengeluarkan jentera itu dari terus tenggelam, namun gagal sehingga menyebabkan keadaan itu berterusan selama tiga hari,” katanya ketika ditemui di sini semalam.

Fadhil berkata, jenteranya itu bagaimanapun akhirnya berjaya dinaikkan dengan bantuan dua jentera lain.

“Sejurus dinaikkan, saya upah mekanik jentera berat untuk membaiki jentera saya, malangnya ia gagal dibaiki kerana hampir sebahagian besar komponen utama enjin rosak," katanya.

Jurujual maut dirempuh kereta

Jurujual maut dirempuh keretaMangsa maut serta-merta di tempat kejadian.

KAMUNTING – Gara-gara mengelak daripada bertembung dengan sebuah kereta yang keluar dari simpang, seorang penunggang motosikal maut selepas dia dirempuh kenderaan lain di hadapan Pusat Latihan Perkhidmatan Kor Diraja (Pulmat), Jalan Kamunting Lama, di sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 10 malam itu, mangsa, Mohamad Zamri Mahmood, 22, mati di tempat kejadian selepas mengalami kecederaan parah di kepala.

Ketua Polis Daerah Taiping, Asisten Komisioner Yusuf Mohd Diah berkata, ketika kejadian, mangsa yang dalam perjalanan dari arah Taiping ke Kamunting dikatakan cuba mengelak sebuah kereta yang keluar dari satu simpang.

Katanya, bagaimanapun, mangsa tidak sempat mengelak sebuah kereta yang datang dari arah bertentangan.

“Keadaan itu menyebabkan berlakunya pertembungan, mangsa yang tercampak, cedera parah dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya.

Mangsa yang bekerja sebagai jurujual berasal dari Kampung Padang Serai, Pantai Remis.

Yusuf berkata, buat masa ini, siasatan mengenai kejadian itu masih dijalankan.

Hajat pulang kampung tak sampai

Hajat pulang kampung tak sampaiPegawai dari Bahagian Trafik IPD Kuala Terengganu, Inspektor Zainon Abidin Ismail menunjukkan kenderaan mangsa yang remuk akibat kemalangan tersebut di IPD Kuala Terengganu. Gambar kecil: Muhammad Afiq
KUALA TERENGGANU – Hasrat seorang pelajar Tahun Dua Dari Universiti Malaysia Terengganu (UMT) untuk pulang ke kampung halaman tidak kesampaian apabila dia maut setelah terlibat dalam satu kemalangan, awal pagi semalam.

Mangsa, Muhammad Afiq Shaari Rusdi, 20 yang merupakan pelajar jurusan Teknologi Maritim beralamat di Bandar Baru Permas Johor, yang menunggang motosikal jenis Kawasaki Ninja semasa kejadian dipercayai ingin menghantar motosikalnya di rumah seorang rakan di Kampung Pak Tuyu, Gong Badak.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Zamri Shamsuddin berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 12.30 pagi apabila motosikal yang ditunggang mangsa bertembung dengan sebuah kereta dari arah bertentangan di Kampung Pak Tuyu

“Mangsa ingin membelok ke kanan jalan untuk memasuki lorong rumah kawannya di Kampung Pak Tuyu dan pada masa yang sama sebuah kereta dari arah Batu Rakit telah melanggar motosikal mangsa yang membelok ke arah Tok Jembal.

“Bagaimanapun semasa kejadian mangsa masih hidup dan terus dihantar Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) untuk rawatan lanjut,” katanya.

Mangsa bagaimanapun disahkan meninggal jam 10.40 pagi pada hari sama akibat kecederaan serius, dan mayat mangsa dituntut keluarga pada jam 5 petang, semalam.
Sementara itu, pemandu kereta terlibat hanya mengalami kecederaan di bibir, lebam di kedua-dua belah tangan dan kaki kanan.

Murid mati terjerut tali kabel

Murid mati terjerut tali kabelMayat mangsa Muhammad Idham (gambar kecil) dibawa ke Hospital Daerah.

KUALA KRAI – “Pagi tadi adik beritahu saya dia baru belajar buat jerat ayam, namun saya tidak menyangka tidak lama selepas itu menemuinya dalam keadaan  tergantung dengan lehernya terjerut.”

Demikian kata Nor Amira Idayu Yusuf, 15, kakak kepada Muhammad Idham, 12, yang ditemui dalam keadaan leher terjerut pada kabel komputer  yang diikat pada tiang bumbung dapur rumah,  kira-kira jam 9.15 pagi hari ini.

Difahamkan  sebelum kejadian berlaku, murid tahun enam Sekolah Kebangsaan (SK) Bedal itu berhasrat menggunakan tali itu untuk menjerat ayam peliharaan di sekitar rumahnya.

Amira berkata, ketika kejadian dia berada di ruang tamu bersama kakak dan adik bongsunya,  Nor Atikah, 18, dan Muhammad Aidil, 6,  selain neneknya, Imah Mamat, 87,  sementara ibunya  Siah Che Soh, 51, dan bapanya Yusuf Mamat,62, keluar menoreh getah di kebun terletak kira-kira lima kilometer dari rumah mereka.

“Ketika menuju ke dapur saya terkejut mendapati adik dalam keadaan tergantung di tali dan terdapat kerusi di sebelahnya, saya tergamam dan terus memberitahu keluarga yang berada di ruang tamu dan menghubungi pegawai perubatan, mereka mengesahkan adik saya tiada lagi,” katanya yang mempunyai 12 adik-beradik.

Amira berkata, sebelum kejadian, dia sempat bersembang seketika dengan Muhammad Idham yang baru bangun tidur di bahagian hadapan rumah mereka dan mangsa memaklumkan kepadanya dia baru sahaja mempelajari cara menjerat ayam.

Menurutnya, dia tidak mengesyaki  apa-apa walaupun mengetahui adiknya tidak suka melakukan sebarang aktiviti melibatkan haiwan apatah lagi menjerat ayam.

Bagaimanapun katanya, Amira mengakui adiknya menunjukkan beberapa perubahan tetapi dia tidak mengambil kisah di sebalik perangai pelik Muhammad Idham dan hanya menganggap itu perkara biasa.

 “Kebiasaannya adik marah jika ahli keluarga keluar rumah tanpa membawa dia bersama-sama, tetapi akhir-akhir ini dia buat tidak kisah.

“Adik juga berubah menjadi pendiam, dia tidak suka marah-marah, kebiasaannya jika ada perkara yang tidak kena pada dia, pasti adik marah, tetapi dia nampak lebih tenang sejak kebelakangan ini.

“Adik suka menyakat saya, boleh dikatakan selalu dia buat begitu, tetapi kami agak rapat, itu memang sudah menjadi kebiasaannya menyakat saya.

“Selepas ini, tidak ada lagi orang yang akan menyakat saya, yang tinggal hanya kenangan,” katanya yang tidak dapat menahan sebak menceritakan detik-detik dilalui bersama arwah.

Sementara itu, Pemangku Ketua Polis Daerah Kuala Krai, Deputi Superintendan Nuruddin Wahab berkata, siasatan awal mendapati mangsa terjerut diri sendiri.

“Kita juga sahkan, mangsa tiada masalah dengan keluarga,” katanya mengklasifikasikan kes itu sebagai mati mengejut.

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Daerah Kuala Krai untuk siasatan lanjut dan dituntut keluarga untuk dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Bedal.

6 beradik diserah kepada JKM

6 beradik diserah kepada JKMWakil Pejabat Exco Kebajikan dan Hal Ehwal Wanita, Rozaini Mohd Rosli (tengah) turut hadir ke Mahkamah Majistret Kuala Selangor, semalam.

KUALA SELANGOR - Enam beradik yang ditinggalkan ibu bapa sehingga kelaparan dan mendapat liputan meluas Sinar Harian minggu lalu akhirnya diperintah ditempatkan di Rumah Kanak-kanak Tengku Budriah, Cheras, Kuala Lumpur untuk jagaan sementara waktu.

Keputusan itu ditetapkan Mahkamah Majistret Kuala Selangor sehingga mahkamah bagi kanak-kanak bersidang semula pada 18 November nanti.

Dalam pada itu, kedua ibu bapa enam beradik tersebut akan disoal siasat bagi kes pukul yang dilaporkan ibu mereka, Che Suwarti Che Pa, 31, terhadap suaminya.

Sebelum ini, mereka yang berusia tujuh bulan hingga sembilan tahun itu dijaga sementara ahli keluarga sebelah bapa, Mohd Roslan Ismail, 32, selepas dibenarkan JKM pada Rabu lalu.

Bagaimanapun, keputusan mahkamah semalam agak mengecewakan mereka yang datang dari Kelantan semata-mata mahu mengambil hak jagaan enam beradik itu.

Keadaan di luar mahkamah juga agak kecoh apabila ahli keluarga ada yang berkeras mahu bawa pulang enam beradik itu untuk dijaga.

Menurut Kamariah Ismail, 46, dia sanggup datang dari Pasir Mas bersama adiknya untuk membantu menyelesaikan kes hak penjagaan.

“Saya kasihan melihat anak saudara yang teraniaya kerana ibu bapa mereka bergaduh dan lagi simpati bila tengok si kecil yang tidak tahu apa-apa.

“Ketika bertemu dengan JKM Rabu lalu, mereka minta kami datang semula ke mahkamah hari ini (semalam) untuk keputusan penjagaan. Tetapi apabila mahkamah memerintahkan mereka diserahkan semula kepada JKM, kami kecewa.

“Hati saya sebak mengenangkan datuk mereka yang sudah sedia menunggu kedatangan di kampung," katanya.

Adiknya, Norhayati Ismail, 36, berkata, dia pula terkejut membaca Sinar Harian yang memaparkan kisah enam beradik itu minggu lepas.

“Saya memang sedih mereka diperlakukan begitu dan tak sabar bawa mereka pulang ke kampung,” katanya.

Sementara itu, Che Suwarti ketika ditemui berkata, dia tetap bertegas untuk menjaga anaknya walau terpaksa mengharungi apa halangan sekali pun.

“Saya mahu menjaga mereka dan atas nasihat peguam, saya perlu akur dengan prosedur yang ditetapkan mahkamah dan mahu selesai kes ini cepat,” katanya.

Tragedi: Titi hitam ragut nyawa

Titi hitam ragut nyawaPihak bomba sedang menjalankan tugas menjejaki mangsa.

ALOR SETAR – Tindakan seorang lelaki menunggang motosikal di laluan landasan kereta api lama yang sudah tidak digunakan, membawa padah apabila dia terjatuh ke dalam Sungai Kedah dan dikhuatiri lemas dalam kejadian 7 pagi semalam.

Saksi, Rokiah Yasin, 70, yang menetap tidak  jauh dari laluan yang dipanggil titi hitam dalam kalangan penduduk setempat berkata, dia tiba-tiba terdengar bunyi percikan air yang kuat seolah ada benda terjatuh ke dalam sungai.

“Makcik segera kejutkan cucu, Che Sofian Abdul Kadir untuk melihat keadaan dan kami ternampak mangsa terkapai-kapai dalam sungai.

"Makcik menjerit minta orang ramai tolong dan beberapa penduduk kampung serta cucu makcik cuba menyelamatkan mangsa," katanya di tempat kejadian, semalam.

Difahamkan, mangsa tidak menggunakan lorong motosikal untuk perjalanan dari Limbong Kapal ke Kampung Pegawai seperti yang biasa digunakan penduduk setempat, sebaliknya menggunakan laluan landasan kereta api bersebelahan. Mangsa yang tidak dikenali itu dipercayai tergelincir dan terjatuh ke dalam sungai bersama motosikalnya.

Terapung dekat perangkap sampah

Seorang lagi saksi, Badrul Mukhairi Shabudin, 22, berkata, dia bersama beberapa rakan melihat mangsa yang memakai topi keledar kelihatan terapung di sekitar perangkap sampah, justeru bergegas cuba menyelamatkan menggunakan tali khemah.

Katanya, mereka sempat menjerut leher mangsa ketika timbul kali pertama, bagaimanapun dia membuka kembali jerutan itu.

Malangnya, mangsa masih gagal diselamatkan buat kali kedua dengan menggunakan tali berkenaan.

Difahamkan, badan mangsa tersangkut pada besi landasan kereta api, lalu terjatuh ke dalam sungai yang sedang mengalir deras selepas tergelincir di bahagian tengah laluan terbabit hingga menyebabkan dirinya dihanyutkan arus sungai.

Titi hitam korban nyawa

Sementara itu, Abu Bakar Hashim, 67, yang turut menyaksikan mangsa yang seakan-akan keletihan terjatuh ke dalam sungai, lalu tersangkut pada perangkap sampah sebelum cuba diselamatkan orang ramai.

Manakala, penduduk yang hanya ingin dikenali sebagai Ahmad, 56, berkata, landasan kereta api terbabit dikenali sebagai titi hitam dalam kalangan penduduk setempat, malah ia sering mengorbankan mangsa tak kira sama ada terjatuh mahupun bunuh diri.

“Kawasan terbabit agak keras, malah menyeramkan terutamanya pada waktu tengah malam. Malah, ada satu ketika seorang penduduk kampung melihat laluan di hadapannya lurus, sedangkan ia sebenarnya menuju ke sungai. Nasib baik, dia dapat diselamatkan,” katanya.

Ahmad menegaskan, penduduk kampung kebiasaannya menggunakan laluan motosikal disediakan, malah tidak pernah menggunakan bekas landasan kereta api lama untuk menuju ke seberang sungai tak kira pada bila-bila masa sekalipun.

Wanita nyaris maut terkena tembakan

Wanita nyaris maut terkena tembakanWanita nyaris maut terkena tembakan. Foto: Eddy Hussin

KOTA BHARU - Seorang wanita berusia 22 tahun nyaris maut terkena tembakan di persimpangan lampu isyarat Simpang Empat Binjai, Kubang Kerian di sini, semalam.

Timbalan Ketua Polis Kelantan Datuk Mazlan Lazim berkata kejadian pukul 6.40 petang itu menyebabkan Nurul Atikah Sidek mengalami luka di bahagian hidung, muka serta tangan kanan dipercayai kesan terkena serpihan cermin kereta yang pecah akibat tembakan.

"Terdapat lima kesan tembakan ditemui pada kereta mangsa iaitu dua di cermin sebelah kanan pemandu, satu pada pintu dan dua di cermin hadapan sebelah pemandu.

"Tembakan itu bagaimanapun tidak tepat mengenai mangsa dan penembak kemudian melarikan diri ke arah Bachok dengan motosikal," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Mazlan berkata ketika kejadian, wanita yang berasal dari Kampung Karang Banggu, Kota Bharu itu sedang memandu kereta seorang diri dari arah Bachok menghala ke Kubang Kerian sebelum berhenti di lampu isyarat itu.

Beliau berkata kereta jenis Proton Persona itu dihampiri empat individu yang menaiki dua motosikal sebelum seorang daripada pembonceng motosikal itu melepaskan lima das tembakan.

"Mangsa yang dalam keadaan berlumuran darah dihantar ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian dan keadaannya stabil.

"Mangsa memberitahu tidak pernah mempunyai masalah dengan sesiapa dan kemungkinan dalam kes ini suspek tersalah sasaran," katanya. - Bernama

Tak sempat balik beraya

Tak sempat balik berayaKeadaan Proton Wira dinaiki dua sahabat yang maut selepas terbabit dalam kemalangan di Bukit Sejuk, Paka, petang kelmarin.

PAKA - Hasrat dua sahabat yang juga rakan sekolej menghabiskan masa cuti sempena sambutan Aidiladha di kampung halaman tidak kesampaian apabila keduanya maut dalam kemalangan, dekat sini, petang kelmarin.

Kemalangan kira-kira jam 5.30 petang di Kilometer 25 Jalan Paka-Al Mukhtafi Billah Shah itu dipercayai berlaku apabila kereta Proton Wira dinaiki Hasmadi Zainordin, 30, dan rakannya Mohd Rizairie Mohd Rizan, 23, terbabas sebelum bertembung dengan sebuah kereta lain dari arah bertentangan.

Ketika kejadian, dua sahabat itu yang merupakan penuntut jurusan keselamatan di Institut Marin dan Latihan Ronaco Kemaman dalam perjalanan pulang ke Kelantan.

Hasmadi yang tersepit di tempat duduk pemandu dilaporkan cedera parah dan maut di tempat kejadian, manakala Rizairie meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Hospital Dungun.

Rakan mangsa, Maisurah Nor, 19, berkata, sebelum kejadian, dua rakan kolejnya itu sempat menikmati sarapan pagi di sebuah warung makan berdekatan kolej mereka.

Katanya, Allahyarham ketika itu banyak berdiam diri dan hanya melemparkan senyuman ketika rakan-rakan lain sedang asyik berbual.

''Tak sangka kedua-dua mereka akan menemui ajal, baru pagi tadi (kelmarin) kami bersama," katanya.

Ketua Polis Daerah, Pemangku Superintendan Ahmad Zailani Yaacub ketika mengesahkan kejadian berkata, mayat mangsa dibawa ke Unit Forensik Hospital Dungun untuk pemeriksaan lanjut.

Jenazah Hasmadi kemudian dibawa pulang ke kampungnya di Jelawat, Bachok, Kelantan, manakala jenazah Ruzairie dibawa pulang ke Machang, Kelantan.

Pemandu Perodua Viva yang terlibat dalam kemalangan itu, Mohd Khairul Anuar Alias, 19, hanya cedera ringan dan menerima rawatan pesakit luar di Hospital Dungun.

Saudi hantar pulang 15,000 jemaah

Saudi hantar pulang 15,000 jemaahSeramai tiga juta jemaah haji dijangka menunaikan Rukun Islam Kelima pada tahun ini.Foto: AFP

RIYADH - ARAB SAUDI. Pengerusi Jawatankuasa Pusat Haji mengumumkan seramai 15,000 jemaah haji dihantar pulang kerana tidak mempunyai permit.

Kelmarin, Putera Khalid al- Faisal turut memaklumkan kepada laporan Saudi Gazette sebanyak 63 syarikat yang menyediakan perkhidmatan pakej haji palsu berjaya ditumpaskan.

"Seramai 55 suspek yang bertanggungjawab membawa masuk jemaah secara tidak sah telah ditahan.

Kami juga sudah menghantar pulang 12,200 kenderaan yang digunakan untuk membawa kumpulan jemaah tersebut," katanya.

Sementara itu, jurucakap pihak berkuasa melaporkan seramai 47 individu termasuk 24 ekspatriat yang mengendalikan 30 pejabat pengurusan haji diberkas di wilayah timur negara itu. Polis turut merampas 90,000 riyal (RM76,225) ketika serbuan tersebut.

Dalam perkembangan lain, Ketua Persatuan Pengakap Arab Saudi (Sasa), Dr Salih al-Harbi berkata, kirakira 4,500 ahli kini sedang menjalani latihan akhir untuk membantu jemaah ketika di Mina dan Arafah.

Menurutnya, mereka telah melakukan persediaan awal dan kumpulan pengakap tersebut juga turut didedahkan dengan persekitaran kawasan itu sejak beberapa bulan lalu.

Puluhan ribu pindah di India


12 Oktober 2013

BHUBANESWAR - INDIA. Lebih 40,000 penduduk di 40 kampung pesisir pantai di timur India dipindahkan sebagai langkah berjaga-jaga untuk menghadapi siklon Phailin yang dijangka membadai kawasan itu pada hari ini.

Jabatan Meteorologi India turut memberi amaran bahawa Phailin yang membawa angin kencang berkelajuan 220 kilometer sejam itu akan memberi kesan kemusnahan teruk dan gangguan kepada bekalan kuasa elektrik serta komunikasi di negara terbabit.

Media tempatan melaporkan kepada AP, pihak berkuasa juga terpaksa membatalkan sambutan perayaan di pantai Orissa dan Andhra Pradesh atas sebab keselamatan. 

Kilang musnah terbakar


MELAKA: Sebuah kilang membuat colok di Kampung Cheng di sini, musnah dalam kebakaran, malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 9 malam itu, tiada sesiapa di dalam premis berstruktur kayu berusia lebih 20 tahun berkenaan dan pemiliknya sedang berada di dalam rumahnya yang terletak berdekatan kawasan terbabit.
Tindakan pantas bomba berjaya mengelak api merebak ke beberapa rumah penduduk berdekatan selepas memadamkan kebakaran sepenuhnya pada jam 10.35 malam tadi.

Tiada kemalangan jiwa dilaporkan kecuali insiden seorang lelaki berusia 20-an yang terjatuh ke dalam lubang najis dan cedera di kedua belah kaki di sekitar lokasi kejadian ketika mahu melihat kebakaran itu.

Kilang musnah terbakar


MELAKA: Sebuah kilang membuat colok di Kampung Cheng di sini, musnah dalam kebakaran, malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 9 malam itu, tiada sesiapa di dalam premis berstruktur kayu berusia lebih 20 tahun berkenaan dan pemiliknya sedang berada di dalam rumahnya yang terletak berdekatan kawasan terbabit.
Tindakan pantas bomba berjaya mengelak api merebak ke beberapa rumah penduduk berdekatan selepas memadamkan kebakaran sepenuhnya pada jam 10.35 malam tadi.

Tiada kemalangan jiwa dilaporkan kecuali insiden seorang lelaki berusia 20-an yang terjatuh ke dalam lubang najis dan cedera di kedua belah kaki di sekitar lokasi kejadian ketika mahu melihat kebakaran itu.

Polis bantuan maut motosikal dirempuh 4WD

KOTA KINABALU: Seorang polis bantuan maut selepas motosikal yang ditunggangnya dirempuh sebuah kenderaan jenis pacuan empat roda (4WD) dari arah belakang sehingga mangsa melambung tinggi kira-kira 15 meter dalam kejadian di lampu isyarat Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) Terminal 1, jalan Kepayan di sini, jam 1 pagi tadi.
Akibat kejadian itu, mangsa Jass Azvy Jasly, 29, yang bertugas di Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan meninggal dunia di tempat kejadian. 
Manakala pemandu kenderaan pacuan empat roda jenis Nissan Navara dipercayai melarikan diri dari tempat kejadian.
Foto
Artikel ini disiarkan pada : 2013/10/12

Wanita nyaris maut terkena tembakan


KOTA BHARU: Seorang wanita berusia 22 tahun nyaris maut terkena tembakan di persimpangan lampu isyarat Simpang Empat Binjai, Kubang Kerian di sini, semalam.

Timbalan Ketua Polis Kelantan Datuk Mazlan Lazim berkata kejadian jam 6.40 petang itu menyebabkan Nurul Atikah Sidek mengalami luka di bahagian hidung, muka serta tangan kanan dipercayai kesan terkena serpihan cermin kereta yang pecah akibat tembakan.
"Terdapat lima kesan tembakan ditemui pada kereta mangsa iaitu dua di cermin sebelah kanan pemandu, satu pada pintu dan dua di cermin hadapan sebelah pemandu.

"Tembakan itu bagaimanapun tidak tepat mengenai mangsa dan penembak kemudian melarikan diri ke arah Bachok dengan motosikal," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.


Mazlan berkata ketika kejadian, wanita yang berasal dari Kampung Karang Banggu, Kota Baharu itu sedang memandu kereta seorang diri dari arah Bachok menghala ke Kubang Kerian sebelum berhenti di lampu isyarat itu.


Beliau berkata kereta jenis Proton Persona itu dihampiri empat individu yang menaiki dua motosikal sebelum seorang daripada pembonceng motosikal itu melepaskan lima das tembakan.

"Mangsa yang dalam keadaan berlumuran darah dihantar ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian dan keadaannya stabil.

"Mangsa memberitahu tidak pernah mempunyai masalah dengan sesiapa dan kemungkinan dalam kes ini suspek tersalah sasaran," katanya. - Bernama

Mujur isteri maaf

Kuantan: Seorang lelaki terlepas hukuman penjara selepas Mahkamah Majistret, di sini, hanya mengarahkan dia membayar kompaun RM300 atas kesalahan menendang punggung isterinya tahun lalu.
Tertuduh, Muhammad Eslamluddin Salehudin, 30, dari Taman Beserah, di sini, sebelum itu mengaku bersalah terhadap pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah di hadapan Majistret Jessica Daimis.
Tertuduh didakwa sengaja mendatangkan kecederaan dengan menendang punggung serta menyebabkan lebam di bahagian lengan isterinya pada 25 September 2012 di rumah bernombor 25, Lorong 3, Taman Beserah jam 2.30 petang.

Dia melakukan kesalahan itu mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga setahun atau denda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.
Foto
MUHAMMAD Eslamluddin (tengah) tersenyum selepas selesai membayar kompaun RM300, semalam.

Muhammad Eslamluddin yang memakai baju-T berwarna merah dilihat ditemani isterinya serta beberapa ahli keluarganya sepanjang prosiding itu berlangsung.

Warga emas lumpuh ditemui rentung



MIRI: Seorang wanita warga emas yang lumpuh separuh badan maut dalam kebakaran sebuah rumah kayu di Kampung Pasir, di sini, 8.30 malam tadi.

Nantai Dullah, 65, yang bersendirian di rumah berkenaan, ditemui rentung oleh anak lelakinya serta menantu sebaik mereka pulang daripada menjemput anak perempuan mereka dari sebuah sekolah rendah.
Kedudukan rumah mangsa yang terletak bersebelahan dengan rumah anaknya tetapi jauh daripada jiran lain menyebabkan insiden menyayat hati itu tidak diketahui penduduk kampung.

Jurucakap Balai Bomba dan Penyelamat Lopeng berkata, tiga jentera bersama lebih 10 anggota bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan daripada orang awam.


"Kita masih menyiasat punca kejadian, namun tidak menolak kemungkinan ia disebabkan pelita minyak tanah yang terjatuh," katanya.


Sementara itu, mayat mangsa dibawa ke Hospital Miri untuk bedah siasat.

Pagi samun, tengah hari maut

Foto
ANGGOTA polis mengangkat mayat perompak yang ditembak.


Kuala Lumpur: Empat daripada enam ahli Geng Ah Fatt yang aktif menyamun sejak lima tahun lalu, mati ditembak polis dalam kejadian di rumah sewa seorang daripada mereka di Tingkat 15 Blok B Projek Perumahan Rakyat (PPR) Ampang Hiliran, di sini, tengah hari semalam.

Dalam kejadian jam 12.20 tengah hari itu, empat penyamun terbabit diburu selepas dipercayai menyamun sebuah rumah di Bukit Antarabangsa, Ampang, kira-kira jam 3 pagi.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Mohmad Salleh berkata, sebelum kejadian itu polis menahan seorang lelaki yang menghantar suspek pulang ke rumah malah lelaki terbabit turut berurusan membeli barangan yang baru disamun geng itu.

“Empat lelaki dipercayai warga Indonesia berusia 30 hingga 40-an itu ditembak selepas berbalas tembakan dengan polis sebaik menyerbu masuk rumah mereka.



“Pemeriksaan dalam rumah suspek menemui sepucuk revolver dan sebilah parang yang disyaki digunakan untuk menyamun,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian, semalam.

Uji kaji makan diri

Kuala Krai: Seorang budak lelaki berusia 12 tahun yang melakukan eksperimen menjerat ayam dengan menjadikan dirinya sebagai bahan uji kaji, maut apabila lehernya terjerut selepas dipercayai memasukkan kepala ke dalam perangkap itu di Kampung Bedal, Bukit Sireh, dekat sini, semalam.
Dalam kejadian jam 9.15 pagi, Muhamad Idham Yusof, dikatakan menggantung seutas wayar pada alang dapur rumahnya sebelum mencuba keberkesanan jerat itu dengan memasukkan kepalanya ke dalam perangkap sambil berdiri di atas kerusi.
Bagaimanapun murid tahun enam di Sekolah Kebangsaan (SK) Kampung Bedal itu dipercayai tergelincir daripada kerusi menyebabkan wayar berkenaan menjerut lehernya.

Mayat anak ke-11 daripada 12 beradik itu dibawa ke Hospital Kuala Krai untuk dibedah siasat dan disahkan meninggal dunia akibat ‘asphyxia’ atau lemas kerana kekurangan oksigen dalam otak.
Foto
ANGGOTA polis membawa mayat Muhamad Idham (gambar kecil) untuk dibedah siasat.

Jenazah mangsa dituntut ahli keluarganya dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Kampung Bedal, malam tadi.

2 ditembak ada rekod jenayah


Ipoh: Dua daripada tiga suspek yang ditembak mati dalam kejadian berbalas tembakan di berhampiran Pasaraya Mydin Bandar Meru Raya, di sini, pagi kelmarin, dikenal pasti mempunyai rekod jenayah lampau dan dikehendaki polis.

Ketua Polis Perak Datuk Acryl Sani Abdullah Sani berkata, dua daripada suspek dipercayai terbabit jenayah samun bersenjata, manakala seorang tiada rekod jenayah.


“Semakan lanjut mendapati suspek pertama S Suntheram Pillai, 33, beralamat Jalan Kemaman, Kampung Taram, di sini, mempunyai satu rekod lampau mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan membabitkan samun bersenjata.

“Sementara S R Rangayan, 25, beralamat Lintang Wing Onn, Taman Wing On Ipoh, mempunyai rekod mengikut Seksyen 395/ 397 Kanun Keseksaan kerana melakukan samun bersenjata dan mengambil wang tunai dalam sebuah lori,” katanya.


Beliau berkata, seorang lagi suspek yang dipercayai pemandu kenderaan, Chan Fook Keong, 26, beralamat Jalan Waja 25/138, Taman Sri Muda, Shah Alam, Selangor, tidak mempunyai rekod jenayah lampau.


“Siasatan lanjut berhubung kejadian itu dijalankan dan usaha mengesan suspek yang melepaskan diri sedang dilakukan ” katanya.

3 dicam ahli Geng Palembang


Kuala Lumpur: Polis mengenal pasti tiga lelaki yang ditembak mati dalam kejadian berbalas tembakan berhampiran Plaza Tol Sentul Pasar, di sini, Rabu lalu sebahagian anggota Geng Palembang.

Timbalan Ketua Polis Selangor Datuk Abdul Rahim Jaafar berkata, siasatan awal mendapati geng itu dianggotai warga Indonesia yang lama bergiat aktif di negara ini.


“Berdasarkan siasatan awal, polis percaya kumpulan ini terbabit lebih 50 kejadian jenayah samun di sekitar Selangor. Polis memburu ahli geng yang dipercayai masih berada di dalam negara,” katanya.

Menurutnya, hasil siasatan mendapati kereta yang digunakan suspek untuk melakukan kegiatan samun dalam kejadian itu juga bukan kereta curi.


Difahamkan, Geng Palembang yang terkenal dengan kegiatan samun, ragut dan curi berkumpulan itu akan pulang ke negara asal untuk berehat sebelum masuk semula dan melakukan jenayah.


Kumpulan itu juga dipercayai aktif melakukan samun di Hong Kong serta Thailand.

‘Lihat manusia tercampak’


Sarikei: “Saya sedang rancak berbual dengan rakan sebelum secara tiba-tiba melihat tubuh manusia tercampak dan jatuh di atas tanah,” kata Victor Lim, 40, yang menyaksikan seorang lelaki parah selepas terjatuh daripada gondola roda Ferris pada ketinggian kira-kira 10 meter di tapak pesta ria, di sini, kelmarin.

Menurut Victor, kejadian kira -kira jam 9 malam itu berlaku pantas sehingga menggemparkan ratusan pengunjung di tapak pesta berkenaan.


Katanya, dia melihat dengan jelas seorang penumpang roda Ferris berkenaan yang berbadan agak gempal jatuh daripada salah satu kapsul roda yang sedang berpusing itu.

“Kami kemudiannya bergegas memberikan bantuan kepada mangsa yang berlumuran darah. “Mangsa yang tidak sedarkan diri dikejarkan ke Hospital Sibu bagi mendapatkan rawatan lanjut,” katanya, di sini, semalam.


Dalam kejadian itu, mangsa dikenali sebagai Wong Kiing Long, 19, dari Sibu mengalami kecederaan parah di kepala dan ditemui terbaring di atas tanah dalam keadaan tidak sedarkan diri.


Sementara itu, Pegawai Bomba dan Penyelamat Sarikei Unjah Janggau berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian pada jam 9.41 malam.

Katanya, sebaik tiba enam minit kemudian, pihaknya bertindak pantas memantau keadaan mangsa yang parah sebelum dikejarkan ke hospital oleh pemilik tapak pesta berkenaan. Difahamkan, penganjur tapak pesta sudah tampil membuat laporan di Balai Polis Sarikei tidak lama selepas kejadian.


Jurucakap polis ketika dihubungi mengesahkan perkara itu dan berkata, siasatan masih dijalankan.

Kasut jadi petunjuk


Oleh Mohd Firdaus Ibrahim dan Asmah Rusman

Kuala Lumpur: Seorang ibu sanggup bersembunyi di sebalik sebatang pokok kira-kira 50 meter dari rumah rakan anak perempuannya di Kajang, di sini, selama sejam sebelum ‘menangkap’ anaknya yang baru selesai ‘berpesta’ seks di premis berkenaan.

Dalam kejadian bermula kira-kira jam 5.45 petang itu, wanita terbabit dilaporkan terpaksa berbuat demikian selepas rakan perempuan anaknya itu mendakwa remaja berkenaan tiada di rumah terbabit, ketika dia mencarinya.


Menurut sumber, wanita berusia 35 tahun itu mengambil keputusan bersembunyi di kawasan berhampiran kerana yakin anaknya berada di dalam rumah berkenaan selepas menemui kasut remaja terbabit ditinggalkan di pintu masuk.

Menceritakan semula kejadian, sumber itu berkata, wanita terbabit curiga dengan tingkah laku anaknya mengambil keputusan pergi ke rumah rakan remaja berkenaan kira-kira jam 5.45 petang untuk menyiasat.


“Ketika berada di hadapan rumah itu, wanita berkenaan berulang kali memanggil nama anaknya, namun tiada jawapan biarpun melihat kasut digunakan remaja itu berada di hadapan pintu.


“Tidak lama kemudian, rakan perempuan anak mangsa keluar sebelum memberitahu remaja berkenaan tiada di situ,” katanya.

Sumber itu berkata, meragui kenyataan rakan anaknya itu, wanita terbabit berpura-pura beredar sebelum bersembunyi di sebalik sebatang pokok kira-kira 50 meter dari rumah berkenaan.


“Sejam kemudian, anak mangsa keluar daripada rumah itu bersama tiga remaja lelaki dan seorang perempuan,” katanya.

Menurutnya, wanita terbabit segera bergegas mendapatkan anaknya menyebabkan kumpulan remaja itu mula panik.


“Selepas didesak, anak wanita terbabit mengaku melakukan hubungan seks dengan seorang daripada tiga remaja lelaki itu,” katanya sambil memberitahu, rakan anaknya yang lain turut melakukan hubungan seks.


Berikutan itu, wanita terbabit membawa anaknya ke Balai Polis Kajang, di sini, untuk membuat laporan polis.


Remaja terbabit juga dirujukkan ke hospital berhampiran sebelum disahkan ada melakukan hubungan seks. Disebabkan remaja perempuan terbabit masih di bawah umur, kes berkenaan diklasifikasikan sebagai rogol dan disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan (KK).


Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kajang Asisten Komisioner Ab Rashid Ab Wahab ketika dihubungi, mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian berkenaan.

Dua beranak amuk rumah dibersihkan


Selayang: Seorang warga emas dan anaknya yang menjadikan rumah sewa mereka di Kepong sebagai stor barang lusuh mengamuk selepas Majlis Perbandaran Selayang (MPS) membuat operasi membersihkan rumah kotor di kawasan berkenaan, semalam.

Operasi berkenaan dijalankan selepas penduduk di kawasan perumahan itu membuat aduan mengenai rumah anak-beranak itu yang kotor, malah menjadi tempat pembiakan nyamuk, lipas dan tikus.


Ketika pekerja MPS cuba membersihkan halaman rumah mereka yang penuh dengan sampah yang didakwa menjadi punca pendapatan kedua-dua wanita itu, mereka mengamuk, malah tidur di atas jalan raya bagi menghalang tindakan MPS.

Kedua-dua wanita itu yang bekerja sebagai pengumpul dan penjual barang lusuh dan barang kitar semula itu bagi membayar hutang mereka.


Foto
IBU dan anak halang penguat kuasa MPS bersihkan kawasan rumah sewa.
Foto
WARGA emas (tengah) mengutip barangan ketika penguat kuasa membersihkan kawasan rumah yang dijadikan stor barangan lusuh.

Tembok flat polis runtuh



Kuala Lumpur: “Kami seperti dipukul ombak selepas tembok di tingkat rumah kami pecah,” kata Noridah Abdullah, 54, yang cedera di kakinya selepas tembok kaki lima yang ditakungi air di Tingkat 4, Perumahan Pegawai Kanan Polis Desa Aman 2, di sini, runtuh, petang kelmarin.

Dalam kejadian jam 5.40 petang itu, mangsa bersama suaminya, Saparulah Othman, 59, sedang memungut sampah yang terapung di petak takungan air di sebalik tembok kaki lima sepanjang hampir 10 meter dan setinggi satu meter setengah itu tiba-tiba runtuh menyebabkan airnya melimpah.


Noridah berkata, selepas air melimpah dengan deras dan banyak, suaminya dihanyutkan hampir 20 meter ke arah tangga apartmen setinggi 24 tingkat itu, manakala dia terhimpit separas pinggang antara tembok yang pecah dengan tembok hadapannya sebelum tembok yang pecah itu runtuh menghempap kaki kanannya.

“Walaupun cedera, tetapi saya bersyukur kerana hanya cedera di kaki manakala suami pula tidak terjatuh ke tingkat bawah kerana sempat berpaut pada besi tangga.


“Pada petang kejadian, hujan lebat sebelum petak takungan di luar bahagian dapur rumah dipenuhi air sehingga melimpah keluar,” katanya.


Sementara itu, Timbalan Pengerusi Persatuan Penduduk Pegawai Kanan Polis Desa Aman 2, Asisten Superintendan Mohd Fauzi Mohd Sharif berkata, pihaknya sudah beberapa kali membuat aduan kepada Bahagian Logistik Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur (IPKKL) berhubung masalah itu.

Foto
MOHD Fauzi menunjukkan kawasan yang dinaiki air hingga menyebabkan tembok runtuh.

Foto
KANAK-kanak mengambil gambar di lokasi kejadian.
Beliau berkata, pihaknya mengesyaki tembok berkenaan dibina tidak mengikuti spesifikasi sepatutnya kerana binaan itu tidak diperkuatkan dengan batang besi sebaliknya hanya dibina dengan batu bata, simen dan pasir.


“Petak takungan air itu hanya di tingkat empat saja dan ia berfungsi untuk menakung air hujan yang melimpah dari tingkat-tingkat di atas sebelum disalurkan semula ke longkang di bawah bangunan.

“Bagaimanapun, saluran itu sering tersumbat menyebabkan air takungan itu naik melebihi paras biasa sehingga melimpah melepasi tembok kaki lima berkenaan dan mungkin sudah terlalu kerap dibasahi air yang bertakung, menjadikan struktur tembok itu lemah,” katanya.


Menurutnya, masalah itu turut menyebabkan sebuah unit kediaman di situ sering dibanjiri air takungan yang tiris masuk ke dalam menyebabkan banyak barangan dan peralatan rosak.


Mohd Fauzi berkata, akibat kejadian itu juga menyebabkan tiga lif di blok terbabit gagal berfungsi akibat dilimpahi air hingga menyulitkan semua penghuninya.


Difahamkan, pegawai dari Bahagian Logistik IPKKL sudah melawat lokasi kejadian dan kontraktor yang dilantik dijangka melakukan kerja pembaikan secepat mungkin termasuk membaik pulih lif yang rosak.

10 maut hospital terbakar


Tokyo: Satu kebakaran memusnahkan sebuah hospital di Jepun ketika pesakit sedang tidur, menyebabkan 10 orang terbunuh.

Kebakaran yang berlaku awal pagi itu turut menyebabkan lima lagi cedera, kata polis dan agensi pengurusan bencana.


Empat daripada mereka dilapor kritikal. Rakaman video insiden itu yang disiarkan stesen penyiaran NHK menunjukkan anggota bomba mengelilingi hospital di bandar Fukuoka itu ketika asap tebal berkepul keluar dari pintu masuk bangunan yang separuh usang itu. Jelaga hitam turut dilihat melitupi tingkap kaca di tingkat dua. “Kami mengesahkan kematian 10 orang lapan pesakit dan dua kakitangan hospital,” kata jurucakap polis tempatan. Dua pekerja hospital itu ialah bekas pengarah hospital dan isterinya. Menurut jurucakap berkenaan, mangsa yang maut semuanya berusia antara 70 hingga 89 tahun.

Kebakaran yang berlaku selama dua jam itu bermula pada jam 2.20 pagi di bangunan empat tingkat berkenaan yang dibuka sebagai hospital ortopedik pada 1970. - AFP

Jual dara berleluasa di Medellin


Medellin: Kumpulan samseng Colombia dilapor memerangkap kanak-kanak perempuan semuda 10 tahun untuk perdagangan yang menyaksikan dara dilelong kepada tauke dadah dan pelacur asing.

Kanak-kanak berkenaan dipilih dari kalangan keluarga yang mendiami kawasan setinggan atau ‘komunas’ untuk diserahkan kepada kumpulan penjenayah dengan dijanjikan pakaian cantik, kokain dan bantuan kewangan untuk keluarga.


Tetapi sebaik mereka memasuki kehidupan kumpulan berkenaan, mereka dijaga seperti barangan yang amat berharga dan diancam bunuh jika enggan bekerjasama.

Di Medellin, tempat asal tauke dadah, Pablos Escobar, yang permintaan terhadap dara gadis belasan tahun begitu terkenal, tradisi menawarkan kanak-kanak perempuan kepada tauke dadah bukan sesuatu yang luar biasa.


Pengarah sebuah pertubuhan bukan kerajaan, Luis Pardo berkata, gadis muda berkenaan diserahkan satu ketua dadah kepada ketua dadah yang lain dan akhirnya mereka menjadi pelacur.


Pihak berkuasa Colombia berkata, mereka tidak mampu untuk campur tangan kerana pengaruh kumpulan penjenayah berkenaan begitu kuat hingga mereka mengenakan cukai sesuka hati untuk menyelesaikan pertelingkahan antara jiran.

Pegawai juga mendakwa sukar untuk menyiasat kerana sebahagian besar mangsa menyertai perdagangan berkenaan atas kehendak sendiri.


Namun, kebanyakan sukarelawan yang bekerja untuk membantu mangsa berkata, kerajaan tidak menangani masalah itu secara serius. - AFP

‘Pontianak’ minum darah, makan mayat anak


Sydney: Seorang lelaki Papua New Guinea (PNG) yang digelar pontianak ditangkap kerana membunuh anak perempuannya dengan menggigit leher, makan mayat dan minum darah mangsa.

Polis menyifatkan kejadian yang berlaku Rabu lalu di kawasan penempatan berhampiran Lae itu sebagai ‘kanibalisme.’ Akhbar memetik kaunselor tempatan John Kenny, antara mereka yang pertama berada di tempat kejadian sebagai berkata, mangsa yang berusia tiga tahun bersama-sama ibunya mengunjungi bapanya apabila lelaki itu tiba-tiba memeluk anaknya dan melarikan diri ke dalam semak.


Menurut Kenny, lelaki itu kemudian menggigit kanak-kanak berkenaan di leher, menghisap darah mangsa dan memakan dagingnya.

Dua kanak-kanak lelaki yang memanjat pokok kelapa berhampiran dan menyaksikan kejadian itu segera lari untuk meminta bantuan.


“Lelaki itu hanya mentertawakan budak lelaki terbabit sambil menghisap darah dan memakan daging anaknya,” kata Kenny.


Apabila penduduk kampung datang untuk menyiasat, lelaki berkenaan mencampakkan mayat anaknya ke dalam semak lalu melarikan diri ke balai polis untuk menyerah diri.

Amalan sihir dan kanibalisme masih diamalkan sebahagian penduduk PNG.


Tahun lalu, polis menangkap puluhan orang berkait dengan amalan kanibalisme. Mereka dituduh membunuh sekurang-kurangnya tujuh orang, memakan otak mereka sementara kemaluan mangsa dimasak sup.

Dalam kes lain pada 2011, seorang lelaki dilihat makan bayi lelaki yang baru dilahirkan isterinya dalam satu ritual sihir. - AFP

Dua suspek pernah terbabit kes samun


2013/10/12
 
Ipoh: Dua daripada tiga suspek yang ditembak mati oleh polis dalam kejadian berbalas tembakan di Bandar Meru Raya di sini pagi kelmarin, dikenal pasti pernah terbabit dalam kes samun bersenjata api.

Ketua Polis Perak, Datuk Acryl Sani Abdullah Sani, berkata dua suspek itu dikenali sebagai S Suntheram Pillai, 33, dari Jalan Kemaman, Kampung Taram dan SR Rangayan, 25, dari Lintang Wing Onn, Taman Wing On, di sini.
“Suntheram Pillai terbabit dalam kes samun mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan, manakala Rangayan direkodkan terbabit dalam kes mengikut Seksyen 395 dan 397 kanun sama.


Tiada rekod jenayah

“Seorang lagi suspek dipercayai pemandu PROTON Waja yang terbabit dalam kes itu dikenali, Chan Fook Keong, 26, dari Taman Sri Muda, Shah Alam, tidak mempunyai rekod jenayah lampau,” katanya ketika dihubungi, di sini, semalam.

Dalam kejadian jam 11.05 pagi kelmarin, sekumpulan empat lelaki bertopeng dan bersenjatakan pistol, menyamun barangan kemas dianggarkan bernilai RM1.8 juta dari kedai berhampiran sebuah pasar raya di Jalan Meru Bestari B5.
Namun, kumpulan itu tidak sempat menikmati hasil rompakan apabila tiga daripada mereka ditembak mati, manakala seorang lagi berhasil melarikan diri ke kawasan ladang sawit berhampiran selepas berbalas tembakan dengan polis.

Acryl Sani berkata, polis masih mengesan seorang lagi suspek yang berhasil melarikan diri dalam kejadian itu.

“Polis tidak menolak kemungkinan kes itu adalah jenayah terancang berikutan ia membabitkan jumlah rompakan yang besar. Hasil kerjasama orang awam dan tindakan pantas polis, berjaya menumpaskan kegiatan jenayah mereka,” katanya.

"Siasatan awal mendapati, empat suspek tidak terbabit dalam mana-mana pertubuhan haram," katanya.

Empat ahli Geng Ah Fatt ditembak mati

Empat  ahli  Geng Ah Fatt ditembak matiAnggota polis mengusung mayat seorang daripada empat lelaki asing yang dipercayai anggota ‘Geng Ah Fatt’ yang ditembak mati di Bukit Antarabangsa, Hulu Kelang, semalam. Kuala Lumpur: Kelicikan empat ahli Geng Ah Fatt menyamun kediaman mewah sekitar Lembah Klang sejak lima tahun lalu berakhir semalam, apabila terbunuh selepas berbalas tembakan dengan polis dalam sebuah rumah di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Ampang Hiliran di sini.

Serbuan jam 12.20 tengah hari di Tingkat 15 Blok B perumahan itu dilakukan polis, apabila berhasil menjejaki empat warga Indonesia berusia 30 hingga 40-an itu, selepas mereka menyamun tiga beranak di Bukit Antarabangsa jam 3 pagi semalam.
Seorang pemandu teksi berusia 43 tahun, turut ditahan sebelum serbuan polis itu, sebaik dia membeli barangan kemas hasil rompakan kumpulan penyamun terbabit.


Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohmad Salleh, berkata selepas tembak menembak yang berlaku, dua daripada suspek ditemui terbaring pada ruang tamu rumah sewa terbabit, manakala dua lagi dalam bilik tidur dan tandas.

“Pemeriksaan dalam rumah menemui sepucuk Revolver dan sebilah parang disyaki digunakan untuk menyamun mangsa sebelum mereka ditembak mati.

“Turut ditemui beberapa barang kemas dipercayai milik mangsa yang disamun mereka awal pagi semalam,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian, semalam.

Sembunyi di Batam

Mohmad berkata, susulan tumpasnya empat suspek itu, polis percaya dapat menyelesaikan puluhan kes pecah kediaman mewah termasuk milik kenamaan sekitar Kuala Lumpur sejak 2008.

Difahamkan, sebaik mendalangi jenayah di sini, kumpulan terbabit kembali ke Batam, Indonesia untuk menyembunyikan diri sebelum datang semula meneruskan kegiatan mereka.

Antara kenamaan yang pernah menjadi mangsa samun kumpulan itu termasuk bekas hakim yang tinggal di Bukit Damansara.

“Modus operandi kumpulan ini adalah menyasarkan kediaman mewah kerana mahu memperoleh hasil yang lumayan yang dijual kepada orang tengah sebelum mereka melarikan diri ke negara jiran.

“Polis sudah lama menjejaki kumpulan suspek yang sebelum ini melarikan tiga pucuk pistol ketika mereka menyamun sebuah rumah orang kenamaan di Lembah Klang,” katanya.

Pensyarah gagal saman RM1 juta


 
Shah Alam: Pensyarah Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) gagal dalam tuntutan saman malu RM1 juta terhadap bekas pegawai Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) kerana mendakwa mengaitkannya dengan fahaman Wahabi dalam satu laman blog.

Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Halijah Abbas, menolak saman Pensyarah Kanan Jabatan Pengajian Al-Quran dan As-Sunnah UKM, Dr Azwira Abdul Aziz, 45 selepas mendapati dia gagal membuktikan elemen fitnah dalam artikel ditulis Zamihan Mat Zin.
Halijah turut memerintahkan plaintif membayar kos RM10,000. Zamihan kini bertugas sebagai Penolong Setiausaha di Kementerian Dalam Negeri (KDN).

Azwira yang juga Ahli Majlis Fatwa Negeri Perlis menyaman Zamihan pada 18 Jun 2009 dengan menuntut ganti rugi RM1 juta selepas mendakwa defendan menerbitkan artikel fitnah dalam laman blog, www.al-ghari.blogspot.com yang mengaitkannya dengan fahaman Wahabi.

Artikel unsur fitnah

Dalam pernyataan tuntutannya, plaintif berkata, defendan menerbitkan artikel bertajuk ‘Kisah Lama dari UKM’ di blog itu pada 6 Mac 2008, yang mengandungi kenyataan yang tidak benar dan berunsur fitnah.

Beliau berkata, perkataan dalam artikel itu antara lain bermaksud dia berfahaman Salafi Al Wahhabi yang amat taksub dan membawa ajaran sesat, yang menjatuhkan maruahnya di sisi umum khususnya masyarakat Islam.
Plaintif berkata, walaupun beliau sudah mengemukakan surat kepada defendan melalui peguamnya pada 11 Mei lalu bagi menuntut permohonan maaf bertulis dan ganti rugi RM500,000, defendan masih enggan berbuat demikian.

Azwira diwakili peguam Adnan Seman, manakala Azmi Mohd Rais bertindak bagi pihak Zamihan.

10 maut hospital terbakar

10 maut hospital terbakarAnggota bomba berusaha menyelamatkan mangsa kebakaran di hospital Fukuoka selatan Jepun, semalam. (gambar kecil), anggota bomba menggunakan tangga untuk memadamkan kebakaran. Tokyo: Satu kebakaran berlaku di sebuah hospital di selatan Jepun awal pagi semalam, mengorbankan 10 orang.

“Lapan pesakit dan dua kakitangan hospital maut dalam kebakaran, yang berlaku di daerah Fukuoka,” kata polis.
Kebakaran dilaporkan bermula di tingkat bawah bangunan empat tingkat pada jam 2.20 pagi (waktu tempatan) dan mengambil masa dua jam untuk dipadamkan.


Laporan berkata, sekurang-kurangnya 17 orang berada di dalam hospital ortopedik itu apabila kebakaran bermula, termasuk pesakit warga tua.

“Punca kebakaran masih belum dikenal pasti,” kata seorang pegawai polis.

Seorang saksi memberitahu media tempatan, bahawa berkata tingkat bawah hospital ‘marak dengan api dan dipenuhi asap. Kawasan di mana katil ditempatkan kelihatan terbakar’.

Terdedah kepada asap

Ketika sidang media, seorang pegawai stesen bomba memberitahu media: “Kami bertungkus lumus memadamkan api untuk menyelamat nyawa, namun ia situasi sukar.
“Kami menerima berita kebakaran terlalu lewat dan tiada cubaan (kakitangan) untuk memadam api lebih awal.

“Pesakit terdedah kepada asap kerana pintu penghadang api dibiarkan terbuka. “Kami akan mula menyiasat punca kebakaran,” katanya.

Sekurang-kurangnya lima lagi cedera akibat kebakaran, kata pegawai dengan beberapa mangsa dilaporkan kritikal. - AP

Taufan gergasi ancam India


2013/10/12
   
gambar sebelum  gambar berikut
Foto
Nelayan di Ganjam menarik bot ke tepi pantai, ketika Taufan Phailin dijangka membadai timur India esok.

Foto
Imej satelit disediakan Makmal Penyelidikan Angkatan Laut Amerika Syarikat menunjukkan Taufan Phailin yang sedang mengumpul kekuatan di Teluk Bengal. Saiz taufan itu dikatakan terlalu besar sehingga menutupi keseluruhan Teluk Bengal.
Bhubaneswar: Ratusan ribu penduduk di pantai timur India mula meninggalkan kediaman masing-masing dan mencari perlindungan di tempat selamat bagi menghadapi taufan gergasi Phailin dengan dengan saiznya sebesar separuh negara itu.

Taufan Phailin juga disifatkan taufan paling ganas, dengan kelajuan angin antara 210 hingga 220 kilometer sejam selepas ribut besar mengorbankan 10,000 orang 14 tahun lalu.
Ombak besar setinggi 3.5 meter mula melanda pantai di negeri Andhra Pradesh, sehari sebelum Phailin dijangka membadai wilayah itu.

Imej satelit menunjukkan kedudukan Phailin berada pada jarak 500 kilometer dari pantai Teluk Bengal dan diramal membadai wilayah timur India petang esok.

Beberapa ahli kaji cuaca menyamakan saiz dan kekuatan Phailin dengan taufan Katrina yang melanda pantai Amerika Syarikat dan New Orleans pada 2005.


260,000 sudah dipindah
Pihak berkuasa di Andhra Pradesh dan Odisha berkat kira-kira 260,000 orang sudah dipindahkan ke kawasan selamat dan ramai lagi dijangka dipindahkan menjelang lewat petang ini. Bagaimanapun sebilangan penduduk dilaporkan enggan meninggalkan rumah dan mendakwa tidak menerima arahan berpindah.

Jabatan Meteorologi India berkata Phailin akan melanda kawasan antara Kalingapatnam dan pelabuhan utama di Paradip, Odisha.

Pusat Amaran Bersama Taufan Tentera Laut Amerika meramalkan angin kencang sehingga 305 kilometer sejam.

“Kami bercadang memindahkan kira-kira 100,000 keluarga di daerah Ganjam menjelang pagi esok,” kata Pesuruhjaya Bantuan Khas Odisha, Pradeep Kumar Mohapatra kepada REUTERS.

Pihak berkuasa negeri berkata 5,000 keluarga sudah berpindah ke pusat pemindahan dan sekolah.

Pusat pemindahan itu dilengkapi dengan catuan makanan manakala cuti untuk kakitangan kerajaan dibatalkan.

Kerajaan menyiarkan amaran puting beliung menerusi pembesar suara serta melalui radio dan televisyen ketika tiupan angin pertama dirasai di pantai dan ibu negeri ini.


Diarah berpindah

Penduduk yang tinggal di dalam pondok dan kawasan tanah rendah diarahkan berpindah ke pusat pemindahan puting beliung, bangunan tinggi dan tempat selamat lain.

Pihak berkuasa bekata helikopter juga sedang bersiap sedia di Barat Bengal, untuk mengagihkan paket makanan kepada penduduk yang tinggal di kawasan terpencil.

Pihak berkuasa India memberi amaran kerosakan teruk ke atas tanaman, rumah kampung dan bangunan lama selain gangguan bekalan air, elektrik dan perkhidmatan kereta api. - REUTERS

Ahli perniagaan dipenjara dua tahun kerana merompak


KUALA LUMPUR 11 Okt. - Seorang ahli perniagaan dihukum penjara dua tahun oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini setelah mengaku bersalah terhadap empat pertuduhan termasuk merompak dua beranak, enam tahun lalu.
Hakim Azman Mustapha memutuskan demikian terhadap Choy Chean Wai, 31, yang menukar pengakuannya daripada tidak bersalah kepada bersalah hari ini.
Beliau memerintah lelaki itu yang menjalankan perniagaan perkhidmatan pembersihan dihukum penjara masing-masing dua tahun bagi dua pertuduhan merompak dua beranak terbabit.
Bagi dua lagi pertuduhan melibatkan kesalahan mengurung mangsa bagi tujuan peras ugut dan memiliki gari tanpa kebenaran, tertuduh dihukum penjara masing-masing setahun dan empat bulan.
Mahkamah memerintahkan semua hukuman terhadap tertuduh dijalankan serentak bermula dari tarikh tangkap pada 20 Disember 2012. - UTUSAN ONLINE


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Mahkamah/20131011/ma_04/Ahli-perniagaan-dipenjara-dua-tahun-kerana-merompak#ixzz2hTNtwKSw
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Wanita kesal beli vakum robot


CIPTAAN terkini peralatan vakum robot memudahkan kerja-kerja pembersihan rumah tetapi jurujual perlu menunjuk ajar pembeli tentang penggunaannya agar tidak timbul sebarang masalah sehingga menyebabkan peralatan itu mudah rosak. - GAMBAR HIASAN
MEMILIKI pembantu rumah tidak semestinya mampu menyelesaikan segala masalah domestik rumah tangga meskipun setiap majikan membelanjakan wang yang banyak semata-mata untuk mendapatkan khidmat mereka.
Masalah seperti penderaan kanak-kanak, pemalas, lembap, tidak tahu membuat kerja rumah dan sering bergayut di telefon merupakan antara aduan yang diterima daripada majikan tentang sikap pembantu-pembantu rumah.
Kejadian-kejadian seperti itulah yang menghantui kebanyakan wanita dalam mencari pembantu rumah.
Justeru, bagi mengelakkan masalah seumpama itu, seorang wanita, Teh Leng Guan membeli sebuah mesin moden berupa robot yang mampu mengambil tugas membersihkan rumahnya.
Vakum robot yang menggunakan kuasa bateri itu mampu bertindak dan bergerak sendiri sebaik sahaja mengesan kotoran dan benda-benda yang berselerak.
Pun begitu, selepas beberapa bulan menggunakan vakum robot yang dibeli dengan harga RM2,999 itu, peralatan tersebut mula menimbulkan masalah.
Menyedari 'pembantu rumahnya' itu bermasalah, Leng Guan menghubungi talian khidmat pengguna syarikat yang menjual peralatan tersebut untuk membuat aduan.
Wanita itu terkejut apabila dia bukan sahaja dipersalahkan oleh syarikat berkenaan kerana tidak menghadiri sesi taklimat sebelum membeli produk tersebut, malah dia turut dimarahi.
Syarikat terbabit meminta Leng Guan supaya membetulkan semula (reset) robot vakum itu tetapi wanita itu mengakui dia kurang arif dan tidak faham dengan istilah yang digunakan.
Tanpa berputus asa, wanita tersebut cuba mendapatkan cakera padat (CD) yang mengandungi panduan penggunaan peralatan itu di salah sebuah cawangan syarikat tersebut, namun usahanya sia-sia apabila CD tersebut tidak berfungsi dengan baik.
Panggilan demi panggilan turut dibuat kepada syarikat tersebut, namun tidak dilayan.
Kecewa dengan tindakan syarikat itu, Leng Guan memfailkan aduan kepada Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM) di ibu negara dan kes tersebut didengar di hadapan Presidennya, Maznah Haron baru-baru ini.
Selepas meneliti keterangan kedua-dua pihak, Maznah memerintahkan syarikat penjual peralatan itu membaiki vakum robot tersebut dalam tempoh tujuh hari dari tarikh award itu diputuskan.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Mahkamah/20131012/ma_04/Wanita-kesal-beli-vakum-robot#ixzz2hTNJSlP0
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Polis tangkap 476 individu


MOHD. Rodwan Mohd. Yusof (tiga dari kanan) menunjukkan sebahagian barangan rampasan, antaranya DVD cetak rompak, ubat-ubatan dan rokok dalam sidang akhbar di Kuala Lumpur, semalam.
KUALA LUMPUR 11 Okt. - Polis berjaya memberkas 476 individu termasuk warga asing kerana terlibat dalam kegiatan menjual cakera padat digital (DVD) dan cakera padat video (VCD) cetak rompak di seluruh negara sejak Januari hingga September lalu.
Hasil tangkapan itu, polis merampas 354,193 keping barangan cetak rompak berkenaan yang dianggarkan bernilai lebih RM1.7 juta.
Anggaran tersebut berdasarkan sekeping DVD dan VCD cetak rompak yang dijual dengan harga RM5 hingga RM8 di pasaran.
Antara kejayaan terbesar adalah tangkapan membabitkan dua lelaki warga Bangladesh berusia 23 dan 33 tahun oleh sepasukan polis melalui Op Cantas Khas yang dijalankan oleh Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) di sebuah premis di Jalan Ipoh, Sentul di sini, kelmarin.
Pengarah JSJK II Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Datuk Mohd. Rodwan Mohd. Yusof berkata, dalam serbuan pada pukul 10.30 pagi itu, polis telah merampas 76 keping salinan DVD filem Hindi, 11,030 keping DVD cetak rompak, 300 keping risalah DVD dan wang tunai RM3,100.
Beliau berkata, turut dirampas ialah 34,729 paket dan 376,765 biji pil serta 915 botol pelbagai jenis ubat dan 450 karton rokok jenama Modeng.
"Kesemua DVD, ubat dan rokok yang dirampas dianggarkan bernilai kira-kira RM391,000 iaitu termasuk RM300,000 nilai ubat, manakala RM50,000 DVD," katanya dalam sidang akhbar di pejabat JSJK di Kompleks Kerajaan Bukit Perdana di sini hari ini.
Selain tangkapan di Jalan Ipoh, Mohd. Rodwan berkata, semalam, pihaknya turut membuat serbuan di lima premis menjual DVD dan VCD haram di sekitar Puchong dan Subang Jaya, Selangor bermula pukul 6 petang hingga 10 malam.
Dalam serbuan itu, katanya, polis telah menahan empat lelaki termasuk seorang warga Indonesia dan merampas 919 keping DVD dan VCD lucah, tanpa sijil perakuan B (10,258 keping) dan wang tunai RM635.
Dalam operasi di Negeri Sembilan pula, beliau berkata, polis telah memberkas 14 individu dan berjaya menyelesaikan 17 kes di bawah Akta Penapisan Filem, pecah amanah jenayah, memiliki VCD dan DVD lucah serta penipuan.
"Suspek terdiri daripada 13 lelaki dan seorang wanita tempatan berusia lingkungan 20 hingga 50 tahun telah dituduh di mahkamah mengikut kesalahan yang dilakukan," ujarnya.
Beliau berkata, Op Cantas Khas bermula 26 September lalu yang dijalankan bersama dengan JSJK dari Ibu Pejabat Kontinjen Kuala Lumpur, Selangor dan Negeri Sembilan itu bertujuan untuk mengesan dan menangkap suspek terlibat dalam penjualan DVD dan VCD haram serta kes penipuan dan pecah amanah jenayah.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20131012/je_04/Polis-tangkap-476-individu#ixzz2hTMGTU62
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Sindiket seleweng LPG subsidi tumpas, dua pemandu ditahan


PEGAWAI dan anggota penguat kuasa KPDNKK memeriksa paip yang diubahsuai untuk memindahkan gas petroleum cecair (LPG) subsidi ke dalam tangki di sebuah kilang di Pekan Nanas, Pontian, Johor, malam semalam.
PONTIAN 11 Okt. - Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (PPDNKK) negeri menumpaskan sindiket penyelewengan gas petroleum cecair (LPG) subsidi dalam serbuan ke atas sebuah kilang di Jalan Sawah, Pekan Nanas di sini tengah malam tadi.
Ketua Bahagian Penguatkuasaannya, Roslee A. Hamid berkata, dalam serbuan pukul 12.30 tengah malam itu, pihaknya menahan dua pemandu lori berusia 30-an dan 40 tahun manakala beberapa pekerja lain melarikan diri.
Susulan itu kata beliau, pihaknya merampas 616 tong gas LPG kosong, 90 tong gas LPG berisi, dua lori tangki, sebuah lori kargo am dan peralatan memindahkan gas berkenaan yang keseluruhannya berjumlah RM600,000.
Menurutnya, gas daripada tong LPG domestik muatan 14 kilogram ini akan dipindahkan terlebih dahulu ke dalam sebuah tangki simpanan yang boleh menampung kira-kira 10,000 kilogram gas LPG.
"Sindiket ini mengaut keuntungan dengan menjual semula gas memasak tersebut yang menerima subsidi kerajaan sebanyak RM1.80 bagi setiap kilogram kepada pihak industri," katanya di sini hari ini.
Roslee memberitahu, sindiket tersebut dipercayai telah beroperasi sejak tiga bulan lalu dan pihaknya kini sedang mengesan penyewa bangunan kilang berkenaan bagi membantu siasatan.
Kes tersebut katanya, disiasat mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961 kerana memiliki barang kawalan dengan tujuan kesalahan yang membawa hukuman denda tidak melebihi RM100,000 atau penjara tidak melebihi tiga tahun, jika sabit kesalahan.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20131012/je_03/Sindiket-seleweng-LPG-subsidi-tumpas-dua-pemandu-ditahan#ixzz2hTLuFWKs
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Tahap So2 di Tangkuban Perahu berbahaya


BANDUNG, Jawa Barat - Aktiviti gunung berapi yang berlaku di kawasan Gunung Tangkuban Perahu terutamanya di lubang baharu di Kawah Ratu telah mengakibatkan pelepasan gas beracun iaitu sulfur dioksida (So2) ke ruang udara.
"Hasil kajian pasukan geokimia mendapati, sebaran gas So2 yang dihasilkan berjumlah 10.1 bahagian per juta (PPM),'' kata Ketua Pasukan Pemantau Bencana Gunung Tangkuban Perahu dari Pusat Vulkanologi dan Mitigasi Bencana Geologi (PVMBG), Hetty Triastuti kepada KOMPAS.com.
Hetty berkata, sebaran gas So2 yang keluar dari kawah tersebut berada pada tahap yang membahayakan kerana ia melepasi tahap normal iaitu 2 PPM.
Bagaimanapun jelasnya, penyebaran gas tersebut tidak melibatkan kawasan yang luas dan hanya berlegar di sekitar bibir kawah yang sering dijadikan sebagai kawasan letak kereta bagi pengunjung yang datang ke sini.
"Gas itu hanya tersebar di kawasan bibir kawah dan kini bergerak ke arah barat daya bersama abu halus,'' ujar Hetty.
Bagi mengelakkan daripada berlakunya perkara yang tidak diingini, PVMBG menyeru orang ramai supaya tidak mendekati kawasan Kawah Ratu dari jarak 1.5 kilometer.
Selain itu, Taman Wisata Alam Tangkuban Perahu turut ditutup daripada sebarang aktiviti lawatan sehingga satu tempoh yang belum ditetapkan.
Sebelum ini, Gunung Tangkuban Perahu yang terletak di antara daerah Subang dan Bandung Barat meletus sebanyak tiga kali pada 7 Oktober lalu.
Petugas PVMBG, Ilham Mardikayanta berkata, dua letusan awal mengeluarkan abu, asap dan gas yang menyelubungi ruang udara sejauh 350 meter dari dasar Kawah Ratu. - AGENSI


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20131012/lu_07/Tahap-So2-di-Tangkuban-Perahu-berbahaya#ixzz2hTLSsf1Y
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Disambar api ketika gali perigi


Anggota bomba menyembur air bagi mengawal kandungan gas yang keluar daripada perigi yang digali di halaman rumah Soedibyo di Balikpapan, baru-baru ini. - AGENSI
BALIKPAPAN, Kalimantan Timur - Tiga orang pekerja penggali perigi, cedera parah akibat disambar api selepas tanah yang digali bukan sahaja mengeluarkan air, malah semburan gas yang mudah terbakar.
Kejadian di Balikpapan Selatan itu berlaku apabila tiga pekerja terbabit, M Nur Soleh, 32, Bayu Hendrajaya, 24, dan Misyan, 29, sedang melakukan penggalian perigi di halaman rumah seorang lelaki, Soedibyo.
Mereka yang dipantau oleh ketua pekerja Ambo, 54, melakukan penggalian selama 10 hari selepas dibayar Soedibyo yang mahu mendapatkan sumber air dari tanah untuk kegunaan keluarganya.
Menurut Soedibyo, selepas mencapai kedalaman 74 meter, air bercampur lumpur akhirnya tersembur keluar daripada lubang yang digali.
Katanya, kejayaan menggali perigi itu mendapat perhatian orang kampung yang berpusu-pusu ke rumahnya untuk melihat perigi tersebut.
Namun, tindakan seorang penduduk menyalakan rokok mencetuskan letusan kecil dan menyebabkan api menyambar muka serta badan tiga pekerja terbabit.
"Siasatan bomba mendapati, letusan itu berlaku disebabkan kandungan air yang keluar turut bercampur gas yang mudah terbakar.
"Pihak bomba mengambil masa selama lima jam untuk memadamkan api dan kesemua mangsa yang 30 peratus mengalami luka melecur kini dirawat di Hospital Kanudjoso Djatiwibowo," katanya. - AGENSI


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20131012/lu_08/Disambar-api-ketika-gali-perigi#ixzz2hTKyBHs7
© Utusan Melayu (M) Bhd