Search This Blog

Monday, October 7, 2013

Gadis Malawi sorok dadah dalam bagasi


7 Oktober 2013

GEORGETOWN - Sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah juga. Itu yang berlaku kepada seorang gadis berusia 17 tahun, apabila dia ditahan bersama dadah dianggarkan bernilai lebih RM1 juta, yang dipercayai sorok dalam bagasi beroda yang dibawanya.

Taktik seludup dadah dengan helah sebagai pelancong tidak berhasil, apabila gadis warganegara Malawi itu ditahan sepasukan polis, di Balai Ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Bayan Lepas (LTABL), kelmarin.

Menurut sumber, gadis itu ditahan dalam kejadian jam 10.30 pagi oleh Pasukan Polis Narkotik, sejurus gadis itu tiba di ruang balai ketibaan itu, selepas dilihat dalam keadaan mencurigakan.

“Gadis itu membawa bersamanya sebuah beg hitam beroda dan beg tangan yang ketika itu berjalan bersendirian.

“Berikutan gerak-geri gadis dilihat dalam keadaan mencurigakan, polis yang memperkenalkan diri meminta dia membawa beg beroda berkenaan untuk pemeriksaan di mesin imbas,” katanya.

Menurutnya, hasil imbasan pegawai, terdapat objek meragukan disembunyikan dalam beg berkenaan, sebelum pemeriksaan lanjut dilakukan.

“Hasil imbasan, polis mendapati satu beg kecil yang dijahit keliling dengan rapi dan disimpan dalam beg beroda terbabit. Polis terpaksa membuka jahitan itu dan dipercayai menemui dua lagi bungkusan yang ditutup dan dibalut dengan pita pelekat,” katanya.

Beliau berkata, bungkusan yang dibalut itu, dipercayai ketulan kristal yang disyaki syabu anggaran berat 4.8 kilogram.

“Susulan itu, gadis berkenaan yang dipercayai keldai dadah cuba seludup dadah untuk diedarkan kepada sindiket di sini bagi pasaran tempatan, ditahan reman selama enam hari untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh membawa hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan,” katanya.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Superintendan S Batumalai, ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan namun enggan mengulas lanjut kerana siasatan masih dijalankan.

Van petrol isi diesel



Kuala Lumpur: Tempat duduk belakang diubah suai menjadi tong besar. Itu taktik dua lelaki tempatan untuk menyeleweng diesel kegunaan persendirian untuk dijual kepada pengguna industri di sekitar Lembah Kelang.

Difahamkan, lelaki berusia 29 dan 22 tahun itu menjual diesel kepada pemilik kilang dengan harga lebih murah daripada harga pasaran dan mereka bergiat aktif di hujung minggu sejak beberapa bulan lalu.


Bagaimanapun, kegiatan mereka dikesan ketika mengisi minyak diesel di sebuah stesen di Sungai Besi, di sini, oleh anggota polis trafik dari Balai Polis Trafik Kuala Lumpur yang menahan mereka untuk pemeriksaan lanjut.

Pegawai Turus Kuat Kuasa dan Operasi Trafik Kuala Lumpur Deputi Superintendan A Asmadi Abdul Aziz berkata, dua lelaki itu ditahan sepasukan anggota Kuat Kuasa Trafik yang diketuai Asisten Superintendan Sahimi Husin, jam 12.30 tengah hari, semalam.


“Ketika itu, mereka nampak dua lelaki mengisi diesel untuk sebuah van Toyota Lite Ace yang menggunakan bahan api petrol.


“Sebaik nampak kehadiran kereta peronda, kedua-dua lelaki itu cuba meninggalkan lokasi berkenaan dalam keadaan tergesa-gesa sebelum anggota kami menahan mereka,” katanya.

Menurutnya, pemeriksaan awal mendapati cukai jalan kenderaan berkenaan sudah tamat tempoh, namun keadaan mereka yang ketakutan sebaik ditahan menyebabkan anggota memeriksa bahagian tempat duduk belakang van itu.


“Tempat duduk van itu ditutup dengan pengalas dan selepas alas permaidani itu diangkat, kami mendapati ia diubah suai menjadi tong besar untuk diisi diesel yang dipercayai dijual kepada kilang pada harga murah,” katanya.

Beliau berkata, tong itu mampu mengisi diesel berharga kira-kira RM300 dan ketika ditahan mereka hanya sempat mengisi diesel berharga RM200 iaitu kira-kira 119 liter diesel.


“Mereka juga dikesan mengubah suai saluran petrol untuk tujuan berkenaan selain menyediakan paip saluran keluar untuk memudahkan mereka menjual kepada pekilang.


“Kedua-dua lelaki itu ditahan untuk tindakan lanjut sebelum diserahkan kepada Pejabat Perdagangan Dalam Negeri Koperasi Dan Kepenggunaan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur untuk disiasat mengikut Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan,” katanya.

Ayam kurma ada bakteria



Ipoh: Jabatan Kesihatan Perak mendapati ejen penyebab keracunan makanan sehingga menyebabkan 271 pelajar Sekolah Menengah (SM) Sains Tapah dikejarkan ke klinik dan hospital disyaki jenis Salmonella.

Bakteria itu menjadi penyebab utama daripada penyakit yang disebarkan melalui makanan hingga mengganggu organ pencernaan selain menyebabkan mangsa mengalami pelbagai simptom seperti demam, sakit kepala, mual dan muntah.


Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pelancongan dan Kebudayaan negeri Nolee Ashilin Mohamed Radzi, berkata, siasatan awal jabatan mengesyaki ia berpunca daripada ayam masak kurma yang dihidang ketika makan malam pada Rabu lalu, kira-kira jam 6.30 petang.

“Siasatan mendapati, masakan itu tercemar dengan bakteria berkenaan hingga menyebabkan pelajar yang memakannya mengalami keracunan makanan,” katanya ketika dihubungi, di sini, semalam.


Dalam kejadian Rabu lalu, semua pelajar berkenaan berusia antara 13 hingga 17 tahun termasuk 26 calon Penilaian Menengah Rendah (PMR) dikejarkan ke hospital dan klinik kesihatan selepas mengalami cirit-birit, pening dan muntah selepas dipercayai makan ayam masak kurma yang disediakan di asrama sekolah itu.


Daripada jumlah itu, sejumlah 27 pelajar lelaki dan 40 pelajar perempuan dimasukkan ke Hospital Tapah, termasuk dua dimasukkan ke wad, manakala selebihnya sudah dibenarkan pulang pada hari sama kejadian.

Nolee berkata, sampel klinikal berhubung kes itu termasuk sampel pengendali makanan dan persekitaran sudah diambil dan dihantar ke Makmal Kesihatan Awam, di sini, untuk kajian lanjut.


“Kita menjangkakan keputusan hasil kajian itu akan diperoleh dalam tempoh tiga hingga lima hari,” katanya.

Beliau juga mengesahkan pemeriksaan premis dapur asrama sekolah berkenaan sentiasa dipantau walaupun premis itu diarahkan tutup mengikut Akta Pencegahan dan Kawalan Penyakit Berjangkit 1988.


“Kami juga sudah mengarahkan pengusaha dapur asrama itu melakukan kerja pembersihan dan penambahbaikan. Markah pemeriksaan premis kantin sekolah sehingga kelmarin juga mencatatkan keputusan 75.8 peratus,” katanya.

Bayi tercurah air panas

Serian: Seorang wanita hanya mampu menangis apabila melihat bayi lelakinya meraung kesakitan selepas bekas menyimpan air panas terjatuh dan mengenai muka serta tangan dalam kejadian di rumahnya di Kampung Slapi, di sini, kelmarin.
Kejadian berlaku jam 5 petang ketika bayi malang berusia sembilan bulan itu berada di dapur berseorangan manakala ibunya hanya dikenali sebagai Mariah, 17, tidak menyedari perkara itu kerana membasuh baju.

Menurut Mariah, dia tidak menyangka anaknya yang baru pandai merangkak bergerak ke dapur sendirian sebelum menarik bekas menyimpan air panas yang diletakkan di atas meja.
“Ketika membasuh baju, saya terdengar tangisan anak lelaki saya itu. Saya berlari ke arahnya dan mendapati mukanya kemerah-merahan.

“Saya sangat takut ketika itu dan meminta bantuan jiran menghantarnya ke Hospital Serian,” katanya.

Sebelum ini, Mariah berkata, anaknya yang baru pandai merangkak tidak bergerak jauh.
Foto
MARIAH mengendong anak lelaki sebaik tiba di HUS.
“Kejadian itu mengejutkan saya kerana saya baru sekejap saja meninggalkannya di ruang tamu untuk membasuh baju,” katanya ketika ditemui di Hospital Umum Sarawak (HUS), di sini, semalam.

Berikutan kecederaan serius dialami pada muka selain tangan, bayi sulung Mariah dirujuk ke HUS pada jam 11 pagi, semalam, sebelum dimasukkan ke unit kecemasan.
“Saya berharap anak saya cepat sembuh,” katanya.

Maut balik tengok bola


Oleh Syazwan Msar

Maran: Seorang remaja maut selepas menyaksikan perlawanan bola sepak Piala Malaysia antara Kelantan dan Johor Darul Takzim (DT) apabila dihempap pokok yang tiba-tiba tumbang akibat angin kencang ketika menunggang motosikal dalam kejadian di FELDA Jengka 17 di sini, jam 9 malam kelmarin.

Difahamkan, sebelum kejadian mangsa, Muhammad Muhaimin Abdullah, 17, dari FELDA Jengka 17, di sini, dikatakan baru pulang dari tempat kerjanya sebelum singgah di sebuah gerai makan untuk menonton perlawanan bola sepak Piala Malaysia peringkat suku akhir membabitkan dua pasukan berkenaan.


Bagaimanapun, mangsa yang bekerja sebagai pembantu kedai hanya sempat menonton separuh masa pertama perlawanan sebelum mengambil keputusan pulang ke rumah.

Namun, ketika tiba di lokasi kejadian terletak 10 kilometer dari tempat kerjanya, tiba-tiba angin kencang mengakibatkan sebatang pokok di bahu jalan tumbang lalu menghempap mangsa.


Pegawai Penguat kuasa Tadbir/Trafik Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang Asisten Superintendan Zainalabidin Othman berkata, akibat kejadian itu, mangsa parah di badan dan kepala sebelum dikejarkan ke Hospital Jengka (HJ) untuk rawatan.

Nyaris rentung selepas kereta terbakar



Kuala Terengganu: “Mujur rakan cepat menarik saya keluar dari kereta dan jika tidak pasti saya sudah rentung,” kata Abdul Latif Ibrahim, 30, menceritakan detik cemas ketika Proton Wira dinaiki bersama dua rakan lain terbakar selepas merempuh pokok durian di Kampung Lingai, Batu Rakit di sini.

Ketika ditemui di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di sini, semalam, Abdul Latif berkata, dalam kejadian jam 5 petang Khamis lalu, dia dan dua rakannya dalam perjalanan ke rumahnya di Kampung Pondok Dalam di sini, selepas bekerja sebagai tukang rumah di Kampung Simpang Tok Ku di sini.


Menurutnya, dalam perjalanan itu, dia berada di tempat duduk penumpang belakang dan terkejut apabila kereta dipandu rakannya itu beralih ke bahu kiri jalan secara tiba-tiba lalu merempuh pokok durian.

“Saya tidak pasti sama ada rakan yang memandu itu mengantuk atau ada masalah lain menyebabkan kereta dipandu merempuh pokok durian di bahu jalan berkenaan.


“Sebaik rempuhan berlaku, saya tercampak ke depan dan kepala terkena papan pemuka hingga pitam manakala dua rakan di depan pula bergegas keluar dari kereta dipenuhi asap akibat kebakaran pada enjin,” katanya yang menerima rawatan di Wad Ortopedik HSNZ.


Katanya, sebaik melihat api marak di bahagian depan, seorang rakan yang mengalami kecederaan ringan segera mengejutkannya daripada pengsan dan meminta keluar segera.

“Ketika tersedar, saya berasa sakit di leher manakala kepala pula terasa begitu panas dan baru tahu rambut saya terbakar disebabkan terkena api yang merebak pada papan pemuka.


“Dalam kekalutan itu, saya menguatkan semangat mencapai tangan rakan dan segera keluar daripada kenderaan yang terbakar sebelum meletup,” katanya.

Menurutnya, dia dan dua rakan lain hanya mampu melihat dari jauh kenderaan itu terbakar sebelum mereka dibawa ke HSNZ untuk rawatan lanjut.


“Dua rakan saya hanya cedera ringan manakala saya dimasukkan ke wad kerana tulang leher patah. Walaupun kepala tidak dapat berpaling sekurang-kurangnya dalam tempoh tiga bulan, namun bersyukur kerana terselamat dalam kejadian itu,” katanya.

‘Saya reda dia dijel’



Kuala Terengganu: “Yang Arif, saya reda mempunyai anak seperti ini dan reda dia dipenjarakan,” kata Mustafa Ismail, 67, dalam permohonannya di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Syariah di sini, Rosdi Harun supaya memenjarakan anaknya, Nasrun Mustafa, 40, sebagai pengajaran terhadap tindakannya mengabaikan nafkah terhadap ibu bapa serta dua anaknya yang dipelihara Mustafa.

Buat kali pertama selepas kes tuntutan nafkah dan saman difailkan Mustafa selaku plaintif terhadap Nasrun selaku responden pada 2010, anaknya itu muncul di mahkamah semalam selepas mahkamah mengeluarkan waran tangkap terhadapnya pada bulan lalu.


Pada prosiding semalam, Rosdi memerintahkan Nasrun membayar RM10,000 kepada Mustafa dan ibunya, Che Mariam Abdullah, 59, sebelum jam 3 petang semalam dan jika gagal, defendan dikenakan hukuman penjara selama seminggu dan responden melunaskan bayaran nafkah itu semalam. Rosdi turut memerintahkan responden membayar baki RM11,000 secara ansuran kepada kedua-dua ibu bapanya.

Mahkamah juga membenarkan Nasrun diikat jamin RM1,000 dengan dua penjamin sementara menunggu tarikh mendengar notis tunjuk sebab untuk responden membela diri pada 24 November depan selepas plaintif memfailkan permohonan supaya anaknya dipenjarakan kerana gagal melaksanakan perintah mahkamah berhubung pembayaran nafkah bernilai RM18,866.50.


Mustafa dari Kampung Beladau Kolam, Manir di sini, pernah mendapat liputan meluas media apabila menyaman anaknya yang sebelum ini bekerja sebagai pengurus syarikat cari gali minyak dan berpendapatan lebih RM17,000 sebulan bagi mendapatkan tuntutan nafkah dua cucunya tiga tahun lalu.


Selepas tiga tahun, permohonan pesara syarikat cari gali minyak itu akhirnya berjaya dan Mahkamah Tinggi Syariah di sini, pada 28 Ogos tahun lalu memerintahkan Nasrun selaku responden memohon maaf secara terbuka kepada ibu bapa dan dua anaknya yang ketika itu berusia 15 dan 17 tahun.

Rosdi dalam penghakimannya ketika itu turut memerintahkan Nasrun digelarnya sebagai ‘Si Tanggang Moden’ membayar RM400 seorang kepada ibu dan bapanya serta dua anaknya berusia 15 dan 17 tahun setiap bulan, selain RM1,000 untuk perbelanjaan Aidilfitri dua anaknya setiap tahun yang diabaikan sejak lapan tahun lalu.


Bagaimanapun, Mustafa menerusi peguam syarienya, Fazru Anuar Yusof terpaksa memfailkan saman dan waran tangkap terhadap anaknya selepas Nasrun enggan dan gagal melaksanakan perintah mahkamah untuk membayar tuntutan nafkah ibu bapa dan dua anaknya berjumlah RM18,866.50.

Terdahulu, pada prosiding semalam, Nasrun yang kini bekerja sebagai pengurus syarikat cari gali minyak memberi alasan tidak mahu melawan bapanya di mahkamah sebagai jawapan kepada soalan Rosdi yang mahukan penjelasannya mengapa tidak pernah hadir ke mahkamah sepanjang prosedur berjalan sejak 2010.


“Saya tidak mahu melawan bapa saya di mahkamah. Saya tiada niat untuk melawan ibu bapa saya,” katanya yang memakai baju kemeja biru berkolar putih sambil turut menafikan dia hadir ke mahkamah kerana menerima waran tangkap.


Mendengar jawapan Nasrun itu, Rosdi kemudian memerintahkan supaya kedua-dua pihak mengadakan perbincangan dan menyelesaikan kes di luar mahkamah dengan memberi tempoh satu jam sebelum menyambung semula prosiding.


Bagaimanapun, sebaik sesi prosiding disambung, Mustafa memohon mahkamah memenjarakan anaknya kerana kecewa dengan sikap responden yang langsung tidak mengendahkannya, malah hanya bersalaman dengannya selepas diperintahkan Rosdi, susulan keputusannya mahu memohon maaf daripada bapanya.


“Yang Arif, saya nak tanya sedikit adakah salam ini salam betul atau apa? Sebab sepanjang kami bertemu di mahkamah ini tadi, dia langsung tak tengok muka saya, apa lagi bersalamdengan saya. “Saya reda anak saya dipenjarakan seminggu atau lebih. Saya duduk di situ berapa lama, dia buat tak tahu saja,” katanya dalam nada suara bergetar.


Peguam syarie yang mewakili Nasrun, Kamaruzaman Wahab kemudian mencelah “Yang Arif, kalau pun plaintif memohon responden dipenjarakan, saya memohon responden diberi masa untuk menjawab dan membela diri“.


Rosdi berkata, mahkamah tidak berhasrat memanjangkan kes berkenaan dan memohon Nasrun kembali kepada keluarganya dan mengambil berat perihal keluarganya termasuk ibu bapa serta dua anaknya berusia 16 dan 18 tahun.

Pengarah syarikat tidak mengaku gubah wang haram


SHAH ALAM: Seorang pengarah syarikat wanita mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, atas pertuduhan penggubahan wang haram membabitkan kira-kira RM1.1 juta, dua tahun lalu.

Tertuduh, Ng Wan Yean, 29, pengarah Ng Advantage Sdn Bhd itu meminta dibicarakan apabila pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Datuk Noraridah Ahmad Hakim. 

Ops 6P Bersepadu: 58 warga asing ditahan


MELAKA: Seramai 58 warga asing ditahan Jabatan Imigresen negeri dalam Ops 6P Bersepadu di sekitar Melaka Sentral dan sebuah pusat beli belah di Ayer Keroh di sini, kelmarin.

Dalam operasi bermula kira-kira jam 2 petang, semua lelaki dan tiga wanita berusia 19 hingga 42 tahun masing-masing dicekup ketika menuruni bas dinaiki mereka dan sedang berada di premis itu.
Ada daripada mereka dikatakan turut melarikan diri sehingga hampir dilanggar kenderaan namun berjaya ditahan untuk tindakan lanjut.

2 maut, 4 cedera kereta dirempuh van


JOHOR BAHRU: Dua maut manakala empat cedera dalam kemalangan jalan raya di Kilometer 51, Jalan Johor Bahru-Ayer Hitam di sini, malam tadi.

Dalam kejadian jam 9.45 malam itu, sebuah Proton Iswara hilang kawalan dan masuk ke laluan bertentangan sebelum dirempuh sebuah van yang tidak sempat mengelak.
Dua mangsa yang juga penumpang depan Proton Iswara, R Santha, 44, dan penumpang belakang kereta itu, M Natarajan, 28, maut di lokasi kejadian akibat cedera parah. 

Black Pele ditembak mati


Bangkok: Pasukan keselamatan Thai kelmarin menembak mati empat anggota pemisah, termasuk Abdul Roheng Da-eso atau “Black Pele” yang dikehendaki menerusi 10 waran tangkap.

Keempat-empat mereka terbunuh dalam kejadian tembak-menembak selama 15 minit.


Dua anggota polis turut mati dalam kejadian yang menyaksikan 50 anggota polis dan tentera menyerbu sebuah kediaman di daerah Rueso, kira-kira jam 2 petang selepas pihak berkuasa diberitahu terdapat sekumpulan pemisah bersembunyi di situ. Ketika mendekati kediaman terbabit, kehadiran pasukan keselamatan itu disedari kumpulan pemisah yang kemudian melepaskan tembakan. Pihak berkuasa membalas tembakan dan kejadian itu berlarutan selama 15 minit mengakibatkan dua anggota polis maut.

Kejadian berakhir apabila tujuh anggota pemisah menyerah diri dan keluar dari kediaman itu.


Pihak berkuasa kemudian menggeledah kediaman berkenaan dan menemui empat anggota pemisah yang mati, termasuk Black Pele. Selain itu, polis turut merampas dua pistol, sepucuk raifal AK47 dan lebih 100 butir bahan letupan. Dalam operasi berasingan, tentera menahan dua lelaki disyaki terbabit dalam serangan bom yang membunuh empat tentera pada 2 Oktober lalu di Krong Pinang,Yala. Dua suspek itu, Dolo Bueraheng dan Aha Maso didakwa turut bertanggungjawab terhadap kematian lapan anggota tentera Jun lalu. - Agensi

Remaja minta RM800 lebam satu badan



Gombak: Tindakan seorang remaja lelaki ingin menuntut hutang daripada rakannya mengundang padah apabila dia dibelasah sekumpulan lelaki di sebuah restoran di Batu Caves, di sini, menyebabkan dia cedera di kepala dan lebam seluruh badan.

Dalam kejadian jam 2 pagi kelmarin, remaja berusia 18 tahun itu pada mulanya ke restoran terbabit untuk makan sebelum terserempak dengan rakannya itu.


Menurut sumber, mangsa kemudian bersemuka dengan rakannya itu dan bertanya berkaitan wang dipinjam suspek berjumlah RM800 yang masih belum dijelaskan.

“Bagaimanapun rakannya itu memberitahu tidak mempunyai wang buat masa ini dan akan membayarnya semula nanti namun mangsa tidak berpuas hati dan memberi alasan sudah lama memberi tempoh kepada suspek untuk menjelaskan hutang itu.


“Berang dengan tindakan mangsa yang mendesaknya, suspek naik angin dan terus menolaknya menyebabkan berlaku pertengkaran antara mereka,” katanya.


Sumber berkata, tidak cukup dengan itu, rakan suspek turut membelasah mangsa selama beberapa minit m

Peniaga rugi RM100,000 kediaman disamun



Gombak: Seorang peniaga kerugian dianggarkan kira-kira RM100,000 selepas barangan berharga dan kereta miliknya disamun sekumpulan lelaki yang bertindak menceroboh kediamannya di Taman Sri Gombak, di sini, kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 5 pagi itu, wanita berusia 33 tahun itu yang sedang tidur nyenyak terkejut apabila tiba-tiba pintu bilik tidurnya dibuka sebelum empat lelaki masuk dan terus mengacukan parang.


Menurut sumber, kejadian itu berlaku terlalu pantas dan mangsa tidak sempat berbuat apa-apa apabila suspek mengugut akan mencederakannya jika melawan dan meminta mangsa memberitahu tempat simpanan barangan kemas dan wang tunainya.

“Mangsa yang ketakutan akur dan menyerahkan barangan kemas dan wang tunai kepada suspek. Malah mereka turut menggeledah kediaman itu selama beberapa minit sebelum melarikan diri bersama kereta milik mangsa.


“Mujur mangsa tidak diapa-apakan dan dia yang trauma dengan kejadian itu kemudian tampil membuat laporan di Balai Polis Gombak untuk tindakan selanjutnya,” katanya.


Sementara itu, Ketua Polis Daerah Gombak Asisten Komisioner Abdul Rahim Abdullah mengesahkan menerima laporan dan siasatan lanjut sedang dijalankan.

Tiada kes dua budak ditelan ular

Pasir Gudang: Polis menafikan hebahan berita disebarkan dalam laman sosial Facebook (FB) berkaitan kejadian dua kanak-kanak berusia empat tahun yang kononnya dibaham ular sawa di Masai di sini, kelmarin.
Ketua Polis Daerah Seri Alam Superintendan Roslan Zainuddin berkata, berita disebarkan itu didapati palsu.

Menurutnya, siasatan mendapati pihaknya tidak menerima sebarang laporan kejadian berkenaan.
“Tiada kejadian seumpama itu berlaku di kawasan berkenaan dan kami juga tidak menerima laporan mengenainya,” katanya.

Jurucakap Pasukan Bomba dan Penyelamat Pasir Gudang berkata, pihaknya menyedari perbuatan pihak tertentu yang menyebarkan berita berkenaan dalam FB.

“Kami tidak menerima sebarang laporan berkaitan kejadian berkenaan,” katanya.
Foto
GAMBAR yang tersebar di FB adalah palsu.
Dalam hebahan di FB, kelmarin, dua kanak-kanak berusia empat tahun dikatakan dibaham ular sawa di Kampung Sentosa, Masai, di sini.

Kejadian berkenaan didakwa berlaku pagi kelmarin.
Berita berkenaan menarik perhatian ramai pengguna FB dan ia dikongsi kira-kira 200 penduduk sekitar Masai selain seluruh negara.

Malah, terdapat gambar menunjukkan ular sawa berkenaan diletakkan dalam sebuah kenderaan.

Empat mengaku tak salah tuduhan pemerasan


7 Oktober 2013

JOHOR BAHRU - Empat lelaki mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tuduhan melakukan pemerasan terhadap seorang lelaki rakyat Bangladesh awal bulan lepas.
 
G.Mahgendran, 35, A. Deniskumar, 34, K.Siridono, 23, dan M.M C Mugunthan, 21, bersama-sama enam individu yang masih bebas dituduh melakukan pemerasan dengan mendatangkan ketakutan kepada Md Moner, 30, bahawa satu pembunuhan akan berlaku kepadanya dengan menggunakan pisau.
 
Kesalahan itu dilakukan di Jalan Rotan Lumpit, Taman Ria, Plentong, di sini kira-kira jam 7.30 pagi, 9 September lepas.
 
Keempat-empat mereka didakwa mengikut Seksyen 386 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 akta sama yang membawa hukuman penjara maksimum 14 tahun dan denda atau sebatan jika sabit kesalahan.
 
Pendakwaan yang dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Chuah Shyue Chien tidak menawarkan jaminan kerana kesalahan berkenaan tidak boleh dijamin.

Bagaimanapun, Hakim Hassan Abd Ghani menerusi budi bicara mahkamah membenarkan kesemua tertuduh diikat jamin RM10,000 setiap seorang serta mengarahkan mereka melaporkan diri di balai polis setiap dua minggu.
 
Sementara itu, Deniskumar, Siridono dan M C Mugunthan turut mengaku tidak bersalah di mahkamah sama atas tuduhan dengan sengaja menyebabkan kecederaan parah terhadap seorang penjaga pusat hiburan, bulan lepas.
 
Ketiga-tiga mereka didakwa dengan sengaja menyebabkan kecederaan parah dengan menggunakan parang panjang ke atas A.Murugan, 36, di Restoran Tapai Tang, Jalan Chengai, Taman Melodies, di sini, kira-kira jam 4.10 pagi, 17 September lepas.
 
Mereka didakwa mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun dan denda atau sebatan, jika sabit kesalahan.
 
Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Mahadi Abdul Jumaat turut tidak menawarkan jaminan kerana kesalahan berkenaan tidak boleh dijamin.
 
Hassan, atas budi bicara mahkamah, bagaimanapun, turut membenarkan kesemua tertuduh diikat jamin RM10,000 setiap seorang serta mengarahkan mereka melaporkan diri di balai polis setiap dua minggu.
 
Keempat-empat tertuduh diwakili peguam Mazri Muhammad dan mahkamah menetapkan 25 Oktober depan untuk sebutan semula kedua-dua kes berkenaan.
- Bernama

Sampai hati ustaz!



Petaling Jaya: “Sampai hati ustaz!”. Itu luahan seorang pelajar sebuah sekolah tahfiz yang terpaksa menjalani pembedahan di paha kiri dan terlantar di hospital sejak 10 hari lalu akibat dirotan guru agamanya.

Muhamad Faiz Mohd Sharol, 14, yang belajar di sebuah sekolah tahfiz swasta di Jengka, Pahang, berkata, dia dirotan 15 kali oleh seorang ustaz warga Bangladesh kerana gagal menghafal suku kata Bahasa Arab.

Menurutnya, kejadian itu berlaku pada 17 dan 18 September lalu, namun dia hanya dimasukkan ke sebuah hospital swasta, di sini, pada 28 September.

“Pada 17 September, saya dirotan sebanyak enam kali kerana kesalahan itu dan keesokannya saya dirotan lagi sebanyak sembilan kali,” katanya ketika ditemui Harian Metro di hospital, semalam.

Foto
PAHA kiri Muhamad Faiz menerima 30 jahitan.


Foto
IBU mangsa, Norashikin Mohd Yunus melihat keadaan anaknya selepas menjalani pembedahan.
Muhamad Faiz berkata, ustaz berusia 30-an itu merotannya dalam sebuah bilik sambil disaksikan rakan dan dua guru lain.

Misteri bunyi dari but



Genting Highlands: Taktik dua lelaki menyamar pemilik kereta yang baru disamun dari sebuah hotel di pusat peranginan di sini, tidak menjadi apabila polis menemui seorang remaja lelaki diculik di dalam but kereta dipandu mereka.

Dalam kejadian di Lebuhraya Genting Highlands menghala ke Kuala Lumpur berhampiran sebuah tokong, jam 6 pagi semalam, kedua-dua suspek mengaku kononnya kereta Honda City yang baru dilaporkan dicuri adalah milik mereka.
Sumber berkata, sebelum itu polis menerima laporan mengenai satu kes samun sebuah kereta Honda City dan sepasukan unit peronda (MPV) dibantu Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) mengejar kenderaan berkenaan.

“Kereta yang dipandu suspek bersama seorang wanita hilang kawalan lalu terbabas sebaik tiba di satu selekoh dan kedua-duanya ditahan,” katanya.

Foto
LELAKI yang menyamar sebagai pemilik kereta ditahan untuk siasatan lanjut.


Foto
KERETA yang dinaiki suspek terbabit nahas.
Menurut sumber, ketika itu, dua lagi suspek yang menaiki kereta Proton Perdana datang dan mengaku kereta Honda City itu bukan disamun sebaliknya hanya berlaku salah faham, malah mengaku mereka pemiliknya.

Tertembak lengan sendiri

Alor Gajah: Seorang anggota pasukan Sukarelawan Malaysia (RELA) hampir putus lengan kanan apabila terkena tembakan senapang patah yang dibawanya dalam kejadian di Kampung Paya Datuk, di sini, malam kelmarin.
Sebelum kejadian, mangsa, Shuib Md Isa, 55, dikatakan memancing ikan bersama seorang rakan berusia 60 tahun sebelum senapang berkenaan dikatakan terjatuh dan meletup mengenai lengan kanannya, jam 10.30 malam. 
Difahamkan, ketika kejadian tali senapang patah disandang mangsa yang gemar memburu binatang itu terputus mengakibatkan ia terjatuh ke tanah dan mangsa kemudian rebah ke tanah dan menggelupur lemah sebelum rakan menghubungi bantuan kecemasan.

Ibu mangsa, Aishah Baba, 82, berkata, anaknya itu kebiasaannya keluar memancing ikan di sungai berhampiran kampung berkenaan bersama rakan lain, jam 6.30 petang.
Foto
SHUIB masih lemah dan dirawat di hospital. Gambar kecil, imej sinar X yang menunjukkan kecederaan Shuib.

Menurutnya, menjadi rutin kebiasaan anaknya memancing ikan sambil memburu pelanduk atau landak dengan menggunakan senapang patah sendiri.

Pelatih PLKN didakwa membunuh

PEKAN: Enam pelatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) Kem Pinggiran Pelangi Muadzam Shah dihadapkan ke Mahkamah Majistret, di sini, terhadap pertuduhan berasingan membunuh dan menyebabkan kecederaan kepada rakan pelatih mereka pada September lalu.
Seorang tertuduh berusia 17 tahun didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh Muhammad Suhaimi Norhamidi, 18, di Kem Latihan Khidmat Negara Pinggiran Pelangi Muadzam Shah pada 22 September lalu antara jam 1.30 petang dan 10.30 malam.
Manakala lima lagi tertuduh berusia 17 hingga 23 tahun didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana menyebabkan kecederaan terhadap mangsa pada tarikh sama pada jam 1.30 petang dan 10.30 malam.

Tiada sebarang pengakuan direkodkan daripada tertuduh yang didakwa atas kesalahan membunuh dan Majistret Mohamed Ruhizat Abdullah menetapkan 11 Disember ini untuk sebutan semula kes.
Foto
SEBAHAGIAN daripada suspek kes bunuh pelatih PLKN dibawa ke mahkamah. FOTO Luqman Hakim Zubir

Lima lagi tertuduh yang berdepan pertuduhan menyebabkan kecederaan mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan berkenaan dan dikenakan ikat jamin RM3,000 dengan ibu bapa masing-masing sebagai penjamin.

Polis selamat mangsa culik dalam but kereta


2013/10/07 -
  Kuala Lumpur: Bunyi ketukan di bahagian but kereta menyelamatkan seorang remaja lelaki daripada menjadi mangsa culik sekumpulan penjenayah dalam kejadian berdekatan sebuah resort di Genting Highlands, pagi semalam.

Polis yang sedang memeriksa kenderaan itu mendengar bunyi ketukan sebelum menemui remaja lelaki berusia 16 tahun itu dengan kedua-dua kaki dan tangan diikat.
Terdahulu, dalam kejadian jam 6.45 pagi itu, anggota unit peronda polis (MPV) yang membuat rondaan melihat dua kereta jenis Honda City dan PROTON Perdana berada di bahu jalan dalam keadaan mencurigakan.

Ketua Polis Pahang, Datuk Sharifuddin Abdul Ghani, berkata sebaik polis mendekati kenderaan masing-masing dinaiki dua orang, pemandunya memecut melarikan diri sebelum kereta Honda City terbabas menyebabkan pemandunya cedera.

Katanya, ketika polis menahan pasangan itu dan memeriksa kenderaan terbabit, sebuah kereta PROTON Perdana dinaiki dua lelaki tiba di lokasi kejadian dan mendakwa pasangan terbabit adalah rakan mereka sebelum semua mereka diarah ke balai polis berdekatan. MPV mengekori kedua-dua kereta itu.

“Hasil keterangan mangsa mendapati, remaja terbabit bersama rakan wanitanya berusia 26 tahun mendakwa disamun di kawasan tempat letak kereta di sebuah hotel di Genting Highlands,” katanya.

Harimau gigit tangan wanita


2013/10/07
 
Oklahoma: Seekor harimau menggigit seorang pekerja wanita di sebuah zoo, di sini, selepas melihat mangsa meletak tangan di dalam kandangnya, kelmarin.

Wanita itu terpaksa dibawa dengan helikopter ke hospital untuk dibedah, kata pegawai.
Bagaimanapun, dia dilaporkan berada dalam keadaan stabil, kata pemilik Taman Zoo Garold Wayne, Joe Schreibvogel di laman web Facebook pusat jagaan haiwan berkenaan. REUTERS 

Mayat terakhir tragedi lemas Tasik Pedu ditemui


TIGA mangsa lemas di Tasik Pedu, Siti Hajar Azmi, Siti Nor Afliana Yahaya dan Siti Nor Hasliza dikebumikan dalam satu liang di tanah perkuburan Islam Bukit Lada, di Kampung Bukit Lada, Pokok Sena hari ini. - UTUSAN
ALOR SETAR 6 Okt. - Mayat terakhir tragedi lemas di Tasik Pangkalan Balak, Pedu dekat sini semalam ditemui pagi ini.
Mayat Karim Taufik, 36, ditemui terapung kira-kira 50 meter dari lokasi kejadian pada pukul 7.45 pagi ini oleh anggota pasukan mencari dan menyelamat.
Ketua Polis Daerah Padang Terap, Deputi Superintendan Ku Yaacob Ku Hamad berkata, penemuan mayat terakhir itu menjadikan jumlah semua yang lemas dalam kejadian itu ialah empat orang.
Katanya, pasukan mencari dan menyelamat terdiri daripada anggota Bomba dan Penyelamat dan Jabatan Pertahanan Awam (JPAM) bermalam di lokasi kejadian selepas operasi dihentikan pukul 7 petang semalam.
"Sebelum menyambung operasi pagi ini yang sepatutnya bermula pukul 8 pagi, mereka terlebih dahulu menyuluh sekitar kawasan kejadian yang masih gelap dan berkabus dan ternampak mayat mangsa.
"Mayat terakhir itu dihantar ke Hospital Kuala Nerang untuk bedah siasat. Berikutan itu operasi mencari dan menyelamat ditamatkan pukul 8.30 pagi ini,'' katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Dalam kejadian kira-kira pukul 9.30 pagi semalam, tiga mayat termasuk dua beradik iaitu Siti Nor Afliana Yahya, 13, dan kakaknya, Siti Nor Afliana, 16, serta jiran mereka, Siti Hajar Azmi, 12, ditemui selepas 'ditarik' ke dalam air akibat ribut ketika sedang bermain air paras lutut di gigi air tasik tersebut.
Kesemua mangsa merupakan antara 23 orang daripada empat buah keluarga dari Kampung Bukit Lada, Pokok Sena dekat sini yang menghabiskan cuti hujung minggu dengan berkelah di tasik itu. - UTUSAN ONLINE


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20131006/je_06/Mayat-terakhir-tragedi-lemas-Tasik-Pedu-ditemui#ixzz2h1manK3T
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Pemandu bas nahas di Lebuh Raya Elite meninggal dunia


KUALA LUMPUR 6 Okt. - Pemandu bas ekspres yang terlibat dalam kemalangan membabitkan 17 penumpang di Kilometer 21, Lebuh Raya Utara-Selatan Hubungan Tengah (ELITE) awal pagi ini, telah meninggal dunia di Hospital Serdang.
Pemandu bas berusia 58 tahun itu sebelum ini dikatakan parah dan dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) hospital tersebut sebelum meninggal dunia pukul 2 petang.
Dalam kejadian pukul 2 pagi itu, seramai 17 penumpang sebuah bas cedera selepas kenderaan dinaiki yang dalam perjalanan ke Pulau Pinang terbabas dan melanggar papan tanda. - UTUSAN ONLINE


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20131006/je_08/Pemandu-bas-nahas-di-Lebuh-Raya-Elite-meninggal-dunia#ixzz2h1mJW5dO
© Utusan Melayu (M) Bhd 

10 mayat mangsa kejadian kapal karam ditemui


ROM 7 Okt. - Pasukan penyelam berjaya menemui 10 lagi mayat mangsa kejadian kapal karam di Pulau Lampedusa, Itali hari ini.
Pihak polis berkata, operasi mencari dan menyelamat diteruskan selepas dua hari terhenti akibat keadaan laut yang bergelora.
"Kita akan jalankan operasi menyelamat asalkan keadaan laut tenang dan cuaca berterusan baik,’’ kata polis.
Seramai 155 orang berjaya di selamatkan dalam kejadian tersebut, manakala lebih 200 lagi masih belum ditemui. - AGENSI


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20131007/lu_02/10-mayat-mangsa-kejadian-kapal-karam-ditemui#ixzz2h1j7Q1Nx
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Saksi isteri bunuh diri di Skype


Colombo: Seorang wanita membunuh diri ketika berbual dengan suaminya menerusi Skype setelah berang suaminya mabuk.

Mangsa, penduduk Batticaloa di timur Sri Lanka berbual dengan suaminya yang bekerja di Qatar ketika kejadian pada 29 September lalu.


Sebelum itu, mereka bertengkar kerana wanita itu melihat suaminya mabuk.

Wanita itu memberi amaran akan membunuh diri jika suaminya terus mabuk.


Jurucakap polis berkata, wanita itu kemudian menghala kamera supaya suaminya dapat melihat dia menggantung diri.


Lelaki itu menelefon saudara maranya untuk menghalang perbuatan isterinya, tetapi sudah terlambat. - Agensi

Paderi gelap wang RM61 juta


Singapura: Skandal jutaan dolar membabitkan seorang paderi, isterinya yang juga seorang penyanyi dan eksekutif kewangan yang glamor menggemparkan republik ini.

Kong Hee, 47, paderi dan pengasas Gereja City Harvest yang mempunyai 20,000 pengikut dibicarakan bersama lima pegawai gereja lain kerana disyaki terbabit menyalurkan Sg$24 juta (RM61 juta) bagi membiayai karier nyanyian isterinya, Sun Ho. Tertuduh didakwa menyalahgunakan Sg$26 juta (RM66 juta) lagi bagi menutup penyelewengan asal.


Ho, 41, penyanyi pop berbahasa Mandarin yang mengasaskan bersama gereja terbabit dengan suaminya pada 1989, berpindah ke Los Angeles pada 2009 bagi melancarkan karier nyanyiannya dalam bahasa Inggeris sebelum skandal itu menjejaskan impiannya. Dia yang tidak berdepan sebarang tuduhan, muncul bersaja bersama suaminya di mahkamah ketika video muziknya terus hangat di laman perkongsian video YouTube.

Video lagunya “China Wine” yang menyaksikan dia menari di kelab malam bersama penyanyi rap Wyclef Jean menarik lebih sejuta penonton setakat ini. - AFP

Enam beradik ditinggal kelaparan

Enam beradik ditinggal kelaparanKanak-kanak malang yang ditinggalkan ibu bapa mereka lebih 24 jam.

KUALA SELANGOR - Hanya disebabkan tidak puas hati, sepasang suami isteri sanggup meninggalkan enam anak mereka yang masih kecil bersendirian di sebuah rumah di Jalan Bukit Panjang, Jeram, kira-kira jam 1 pagi semalam dan hilang tanpa khabar berita.
Lebih menyedihkan, keenam-enam beradik itu terpaksa makan apa sahaja termasuk cebisan roti terbuang demi mengisi perut, manakala adik bongsu mereka berusia tujuh bulan hampir 'nyawa-nyawa ikan' akibat kelaparan.

Salah seorang penduduk di situ, Samsuri Sulaiman, 57, berkata, pada mulanya dia ternampak lima beradik berkenaan berjalan kaki sambil memikul beg baju tanpa arah tujuan di kawasan perumahan di situ.
"Apabila saya tanya, abang sulung yang berusia sembilan tahun memberitahu mahu balik ke Kelantan kerana 'emak dah mati'.
“Saya pelik melihat kelakuan mereka dan meminta ketua taman memeriksa keadaan rumah yang dihuni sejak setahun lalu, kalau-kalau kedua ibu bapa mereka ada di rumah.
“Namun, alangkah terkejutnya apabila saya sendiri ke rumah mereka, yang ada cuma bayi berusia tujuh bulan ditinggalkan tertidur kerana terlalu lama menangis akibat kelaparan di sebuah kerusi kayu.
"Bayi itu adalah adik bongsu kepada kanak-kanak malang ini," katanya.

Menurut Samsuri, kawasan perumahan itu memang terletak jauh dari jalan besar dan jika mereka dibiarkan merayap, kemungkinan besar boleh hilang.

Terkenal sikap suka 'perang besar'

Dalam pada itu, seorang wakil penduduk, Daud Jaumar, 41, berkata, tidak mustahil bayi berusia tujuh bulan itu menghembuskan nafas terakhir jika tidak dijenguk oleh mereka.

“Saya cuba gerakkan badannya bila lihat terbaring begitu sahaja dan nasib baik matanya buka sedikit dan bergerak. Keadaan itu cukup melegakan hati.

“Saya terus menghubungi penghulu mukim kerana tidak tahu nak buat macam mana lagi. Ibu dan bapa budak itu tidak dapat dikesan," katanya.

Menurut Daud, ibu bapa kepada enam beradik itu memang terkenal dengan sikap mereka yang suka 'berperang' besar.

"Penduduk di sini pun selalu mengadu tentang perangai buruk mereka itu. Pernah juga mereka bergaduh besar sampai nak berparang, mujurlah kami sempat  campur tangan," katanya.

Bagaimana pun katanya, dia tidak sangka kedua-dua suami isteri itu mementingkan diri sendiri dan sanggup meninggalkan anak-anak kecil lebih sehari tanpa memikirkan makan minum mereka.

“Sebelum ini ada juga mereka 'hilang', tapi sekejap-sekejap dan jiran rumah selalu bagi anak-anak ini makan.

"Tapi kalau dah hilang lebih sehari sampai anak-anak hampir melarikan diri, saya rasa ini dah melampau. Apa nasib anak-anak ini nanti?" katanya.

Anak-anak tak banyak karenah

Seorang  jiran mereka, Jamilah Yusof, 53, memberitahu Sinar Harian, dia juga sering melihat-lihat keadaan enam beradik itu setiap kali ditinggalkan ibu bapa mereka selepas bergaduh besar.
“Saya sendiri yang menyambut kelahiran anak bongsu mereka di rumah itu. Memang kasihan, anak-anak itu pula tak banyak karenah apabila ditinggalkan seolah-olah faham masalah keluarga mereka.

"Tapi sangat menyedihkan apabila mereka tidak diberi makan dan minum lebih 24 jam.

“Ada ramai orang yang begitu mahukan anak tapi tak bernasib baik, mereka yang dikurniakan ramai 'amanah' ALLAH ini sanggup biarkan mereka begitu saja. Sampainya hati," katanya sebak.

Sementara itu, Penghulu Mukim Jeram, Kamarudin Abd Rahman berkata, pihaknya sudah memaklumkan perkara itu kepada agensi yang bertanggungjawab untuk tindakan lanjut.
“Keluarga ini saya kenal sejak rumah sewa mereka terbakar beberapa tahun lalu dan mereka sanggup tidur anak beranak di tepi pantai. Bila dapat tahu, saya tempatkan mereka di sebuah rumah sebelum ditempatkan di sini.

“Bila kita bantu, mereka pula buat perkara menyedihkan seperti ini. Bergaduh macam mana pun tak perlulah libatkan anak-anak yang tidak berdosa ini,” katanya.

Gagal jawab soalan, dirotan hingga tisu koyak

Penangan rotan ustazKeadaan paha mangsa yang terpaksa menerima 30 jahitan selepas dirotan seorang ustaz warga Bangladesh di sebuah madrasah di Jengka, Pahang.

PUCHONG – Hanya kerana gagal menjawab soalan yang ditanya, seorang pelajar di sebuah madrasah di Jengka, Pahang didakwa telah dirotan sehingga tisu pahanya koyak dan terpaksa menerima 30 jahitan.

Bapa mangsa yang berusia 40 tahun berkata, kejadian malang menimpa anak ketiganya itu diketahui 27 September lalu selepas dimaklumkan oleh ibunya yang berada di Pahang.

Sebaik menerima panggilan telefon mengatakan anaknya, pelajar berusia 14 tahun, demam teruk, dia yang menetap di Pangsapuri Enggang Bandar Kinrara, Puchong bergegas pulang ke kampung pada malam hari sama.

Dia mendapati anaknya hanya terbaring, tidak boleh berjalan dan kaki mengalami bengkak serta lebam. Apabila bahagian paha ditekan, ia seolah-olah lembik di bahagian dalam.

Bimbang sesuatu yang buruk berlaku, dia kemudian membawa anaknya itu ke hospital dan pembedahan dilakukan Selasa lalu apabila doktor memaklumkan bahagian dalaman paha anaknya itu mengalami pendarahan teruk serta bernanah.

Doktor juga memberitahu kaki anaknya dipercayai dipukul dengan benda keras.

Dakwanya, sejak hari kejadian anaknya tidak boleh tidur malam kerana kaki asyik berdenyut dan sakit.

Apabila ditanya, anaknya itu memberitahu dia dirotan sebanyak 15 kali oleh seorang ustaz warga Bangladesh yang berkhidmat di madrasah terbabit.

Beliau berkata, anak sulungnya berusia 16 tahun yang turut menuntut di madrasah sama mendakwa nampak adiknya dirotan.

“Nasib baik ibu saya yang tinggal berhampiran madrasah datang menjenguknya selepas seminggu kejadian, kalau tidak
mungkin saya tidak tahu kerana pihak sekolah juga tidak maklumkan,” katanya.

Katanya, anaknya kini trauma dengan apa yang berlaku dan sejak itu dia terus mengeluarkan kedua-duanya anak dari madrasah terbabit.

Katanya, anaknya yang mula menuntut ilmu agama di madrasah terbabit sejak Mac lalu masih menerima rawatan di sebuah hospital swasta di Subang Jaya.

“Sebelum ini mungkin dia pernah dirotan tetapi tidak pernah mengadu kerana mungkin tidak serius. Bagaimanapun, kali ini saya anggap ia teruk dan akan menuntut ganti rugi kos perbelanjaan perubatannya,” katanya.

Pengadu turut sedih kerana anaknya mempunyai keinginan tinggi menuntut ilmu agama tetapi diperlakukan sedemikian rupa.

Menurutnya, Jika pihak madrasah enggan penuhi tuntutan ganti rugi, dia akan memfailkan saman berhubung perkara itu.

Turut mengecewakannya apabila pihak madrasah yang berjanji datang menjenguk anaknya tidak berbuat demikian meski sudah hampir dua minggu kejadian berlaku.
Mangsa menangis tak dapat tahan sakit
“USTAZ kata dia tension sebab itu dia pukul saya dan rakan sekelas lain,” kata mangsa ketika ditemui di wad hospital.
Menurutnya, insiden malang bermula 17 September apabila dia dirotan enam kali selepas bertanya mengenai buku tulisnya kepada rakannya di kelas.
Ustaz warga Bangladesh itu dikatakan terus merotannya dari arah belakang menyebabkan dia menangis kerana tidak dapat menahan kesakitan.
Dia sekali lagi dirotan pada bahagian tangan kerana tidak berhenti menangis, perkara itu diadukan kepada seorang ustaz lain dan diberi keizinan untuk berehat.
Keesokan harinya, dia sekali lagi dirotan sebanyak sembilan kali kerana gagal menjawab soalan dikemukakan ustaz yang sama.
Dakwanya, ada juga rakannya dirotan sebanyak 14 kali tetapi mereka meletakkan pelapik di seluar dan mungkin tidak berasa sakit.
“Selepas seminggu menahan sakit dan tidak dapat solat dengan sempurna, saya hubungi nenek yang datang bawa saya pulang ke rumah,” katanya.
Bahagian kaki yang dirotan pula semakin hari semakin membengkak, lutut membesar menyebabkan dia tidak boleh berjalan dan mengalami demam teruk. Sementara itu, ibunya yang berusia 35 tahun, berkata, dia tidak dapat menerima hakikat apa yang diperlakukan kepada anaknya.
Katanya, paling menyedihkan apabila anaknya mengadu sakit, pihak madrasah seolah-olah tidak mengendahkan kebajikan pelajar.
“Memang saya rasa geram sangat, ingatkan anak saya boleh dapat didikan agama yang sempurna tetapi lain pula jadinya, kalau boleh rasa hendak belasah ustaz itu,” katanya.
Lebih dikesalkan pengetua sekolah memberi pelbagai alasan apabila diajak bertemu dan berbincang.
Pihak madrasah berkenaan dikatakan hanya meminta maaf dan memberitahu mereka sudah menggantung kerja ustaz terbabit.
“Saya mahu mereka menanggung kos perubatan anak saya yang kini sudah mencecah lebih RM16,000,” katanya.

Seorang maut, empat cedera dua kereta bertembung


6 Oktober 2013

KUALA LANGAT - Seorang terbunuh, manakala empat yang lain cedera apabila sebuah kereta Honda City dan sebuah Proton Waja bertembung di KM49.5 Jalan Klang-Banting di sini hari ini.
 
Ooi Bok Soo, 54, juruteknik, yang duduk di bahagian penumpang belakang kereta Honda City itu, mengalami pelbagai kecederaan parah dan mati di tempat kejadian.
 
Empat lagi yang cedera ialah Goh Boon Pin, 29, (pemandu Honda City), Ooi Yu Fan, 13, (penumpang hadapan Honda City), Seah Siew Hong, 50, (penumpang belakang Honda City) dan wanita yang memandu Proton Waja M.Abilashinee, 22.
 
"Kemalangan dipercayai berlaku apabila Proton Waja yang datang dari arah Banting menuju ke Tanjung Sepat gagal memotong kenderaan lain di hadapan menyebabkan kereta itu bertembung dengan Honda City yang datang dari arah bertentangan," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
 
Beliau berkata kesemua mangsa yang menaiki Honda City dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang, dan Hospital Banting untuk mendapatkan rawatan manakala Abilashinee, seorang pelajar, dihantar ke Hospital Pantai, Kuala Lumpur.
 
Nordin meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu supaya menghubungi Insp Mohd Shamsul Sharif di talian 03-33872222 bagi membantu siasatan. - Bernama

Kemalangan bas: 'Mujur ubah tempat duduk'

Kemalangan bas: 'Mujur ubah tempat duduk'
RONALD MORRIS


SERDANG - “Saya bersyukur kerana gerak hati untuk menukar tempat duduk dalam bas menjadi penyelamat kepada saya,” kata Ronald Morris.

Dia seorang daripada 17 penumpang bas ekspres yang terselamat selepas kenderaan itu terbabas di Kilometer 21, Lebuh Raya Utara-Selatan Hubungan Tengah (Elite), awal pagi semalam.

Warga Amerika Syarikat itu berkata, sebelum dia menaiki bas terbabit dari Singapura, tempat duduknya adalah di bahagian depan kenderaan itu.

Bagaimanapun dia meminta kebenaran daripada pemandu bas untuk duduk di bahagian belakang kerana mahu berehat, selain perjalanan juga mengambil masa yang panjang.

“Saya lega tindakan saya menukar tempat duduk sekurang-kurangnya dapat menyelamatkan nyawa.

“Jika tidak, pasti kecederaan yang saya alami lebih teruk atau saya juga mungkin terkorban,” katanya yang sebelum ini kerap melancong di banyak negara Asia termasuk Korea dan Jepun.

Kemalangan tersebut menyebabkan Morris patah kaki kiri dan mengalami kecederaan di bahagian perut.

Menurutnya, kemalangan tersebut merupakan kemalangan pertama dialaminya sepanjang dia melancong.

“Ini kali pertama saya terlibat dalam kemalangan sebegini dan merupakan pengalaman paling ngeri serta tidak akan dapat saya lupakan.

"Saya belum dapat menghubungi keluarga kerana telefon bimbit hilang selepas kemalangan," katanya yang juga seorang pesara.

Terkilan hajat abang tak sampai

Terkilan pemergian abangKeadaan bas yang mengorbankan nyawa Ibrahim dalam kemalangan, awal pagi semalam.

SERDANG - “Saya terkilan sebab hasrat kami memancing bersama selepas Hari Raya Aidiladha nanti tidak tercapai,” kata adik pemandu bas ekspres, Ibrahim Ahmad, 58, yang maut selepas kenderaan dibawanya merempuh papan tanda di Kilometer 21, Lebuh Raya Utara-Selatan Hubungan Tengah (Elite), awal pagi semalam.

Yunus Ahmad, 46, yang ditemui semalam berkata, perancangan memancing sudah lama dibuat tetapi semuanya tidak bermakna lagi kerana abang kesayangannya itu sudah tiada.

Menurutnya, dia terkejut ketika dimaklumkan oleh anak saudaranya tengah hari semalam berhubung kejadian yang menimpa abangnya.

"Ketika itu saya belum tahu status abang dan hanya diberitahu dia mungkin dirawat sama ada di Hospital Putrajaya atau Hospital Serdang.

"Saya terus hubungi kedua-dua hospital terbabit sebelum dimaklumkan abang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Serdang," katanya.

Yunus berkata, dia bersama isteri dan anak-anak segera bergegas ke hospital, namun mereka tiba lewat 15 minit apabila abangnya disahkan meninggal dunia pada 1.45 petang semalam.

“Berita itu sangat mengejutkan kerana saya berharap sekurang-kurangnya dapat berjumpa dan bercakap dengannya, tapi apakan daya ALLAH lebih menyayanginya,” katanya ketika ditemui di perkarangan Rumah Mayat Hospital Serdang, semalam.

Katanya, dia dan abangnya itu sememangnya gemar memancing sehingga pernah memancing sehingga ke Perlis.

"Memancing bukan sekadar hobi kami tetapi adalah rutin setiap kali kami sekeluarga berkumpul.

"Biasanya abang akan ambil cuti beberapa hari jika merancang untuk pergi memancing," katanya.

Malah katanya, kehilangan abangnya itu amat dirasai lebih-lebih lagi Allahyarham seorang bertanggungjawab malah seorang yang berhati-hati ketika memandu.

Beliau berkata, apabila mendapat tahu berhubung nahas itu, dia sangat terkejut kerana Allahyarham sudah berpengalaman membawa bas ekspres sejak lebih 10 tahun lalu.

“Setahu saya, dia juga tak pernah ada penyakit kronik seperti sakit jantung. Cuma kali terakhir saya hubungi dia minggu lalu, dia maklumkan sedang demam,” katanya.

Sementara itu, jenazah Ibrahim yang merupakan anak kedua daripada enam beradik itu sudah dituntut untuk dibawa pulang ke Sungai Rokam, Ipoh, Perak untuk dikebumikan malam ini (semalam).

Ibrahim meninggalkan seorang isteri serta tiga anak lelaki berusia lingkungan 20-an.

Tentera selatan Thailand cedera

Tentera selatan Thailand cederaTujuh pejuang pemisah menyerah diri selepas kediaman mereka dikepung anggota keselamatan di Narathiwat.
YALA - THAILAND. Sebutir bom tepi jalan meletup dan mencederakan sekurang-kurangnya tiga anggota tentera di selatan Thailand, sejam selepas dua anggota polis dan empat pejuang pemisah disyaki terbunuh dalam pertempuran.

Jurucakap tentera Kolonel Pramote Phom berkata kepada DPA, pengeboman itu berlaku di daerah Mueng wilayah Yala , 805 kilometer di selatan Bangkok, Thailand.

“Di Narathiwat pula, kira-kira 50 polis dan tentera mengelilingi sebuah rumah disyaki digunakan pejuang pemisah,” katanya.

Beliau berkata, tujuh daripada mereka menyerah diri dan keluar dari rumah.

“Empat lelaki bersenjata mati di dalam rumah berkenaan,” katanya. 

Amah minum air kencing sendiri


7 Oktober 2013

NEW DELHI - INDIA. Seorang amah diselamatkan anggota polis selepas mendakwa didera majikan di sini, semalam.

Pegawai polis berkata kepada AFP, pembantu rumah itu dipaksa meminum air kencingnya sendiri dan badannya ditekap dengan kuali panas.

“Remaja itu diseksa majikannya, seorang wanita berusia 50 tahun warga tempatan bekerja di syarikat multinasional Perancis.

Hasil maklumat jirannya, kami menyerbu ke kediaman mangsa untuk menyelamatkannya,” katanya.

Sementara itu, remaja terbabit mendakwa, dia juga dipukul dengan penyapu dan dipaksa berbogel di dalam bilik air sebelum menyimbahnya dengan air panas. 

Zamboanga dilanda banjir

Zamboanga dilanda banjirZAMBOANGA - FILIPINA. Kesengsaraan ribuan penduduk berganda apabila pusat pemindahan mereka terletak di selatan Filipina dilanda banjir.

Menurut laporan AFP, ketua pertahanan awam Adriano Fuego berkata, hujan empat hari tanpa henti itu menyebabkan banjir setinggi 0.5 meter melanda kawasan terbabit.

“Sehingga kini, ribuan penduduk masih berlindung di khemah pusat pemindahan kerana keselamatan masih tidak terjamin.

Kami mengalami masalah kekurangan tandas dan perubatan,” katanya.

Difahamkan, ribuan penduduk belum dibenarkan berpindah ke kediaman masing-masing selepas mendapati kawasan itu masih dikepung serpihan kumpulan bersenjata Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF) pemimpin Nur Misuari. 

Jual murah pelacur Vietnam



SEBAHAGIAN daripada 12 GRO yang diberkas di sebuah pusat hiburan di Puchong kelmarin.


PUCHONG – Kedegilan satu sindiket pelacuran yang masih meneruskan aktiviti persundalan bertopengkan perniagaan pusat hiburan walaupun telah diserbu beberapa kali memakan diri apabila digempur sepasukan polis dalam dua operasi berasingan kelmarin.
Serbuan pertama di sebuah premis haram di Jalan Bandar Puchong 14 di sini pada pukul 11.40 malam itu dapat menahan 12 pegawai perhubungan pelanggan (GRO) warga Vietnam berusia lingkungan 23 hingga 33 tahun.
Difahamkan, GRO tersebut bukan setakat menjadi pelayan malah, pelanggan boleh menempah mereka untuk melakukan hubungan seks dengan bayaran antara RM150 hingga RM200 untuk sekali perkhidmatan.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=1007&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_07.htm#ixzz2gzsLfoYa 
Hakcipta terpelihara 

1,217 warga asing dicekup di Johor



SEBAHAGIAN wanita warga asing yang ditangkap bekerja sebagai GRO dalam operasi di Permas Jaya, Pasir Gudang, Johor baru-baru ini.


JOHOR BAHRU – Jabatan Imigresen Johor berjaya menangkap sebanyak 1,217 warga asing dari 14 negara termasuk Korea Selatan dan Afghanistan menerusi 117 operasi yang digerakkan sejak awal Januari hingga kini.
Menurut Penolong Pengarah Imigresen negeri, Masri Adul (gambar kecil), rakyat warga Indonesia antara paling ramai ditahan dengan bilangan mereka menjangkau 468 orang, diikuti 167 pendatang asing dari Myanmar.
Rakyat dari Vietnam (131), Kemboja (85), Nepal (60), Bangladesh (55), Thailand (58), Filipina (25), China (20), Pakistan (7), Sri Lanka (3) dan masing-masing seorang dari Korea Selatan dan Afghanistan.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=1007&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_10.htm#ixzz2gzs0gPon 
Hakcipta terpelihara 

14 kedai musnah dalam kebakaran



ANUAR menunjukkan barang kemas miliknya yang musnah dalam kebakaran di Pendang, Kedah semalam.


PENDANG - Tindakan pemilik kedai emas di Bangunan Seroja di sini menyimpan barang kemas di dalam peti simpanan di kedainya menyelamatkan sebahagiannya daripada musnah dalam kebakaran di sini awal pagi semalam.
Kebakaran yang dipercayai berlaku kira-kira pukul 2.05 pagi itu melibatkan 14 kedai.
Menurut pemilik kedai emas itu, Anuar Majid, 33, dia mengetahui mengenai kejadian tersebut setelah menerima panggilan daripada peniaga di bangunan berkenaan kira-kira pukul 2.15 pagi.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=1007&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_09.htm#ixzz2gzrpjRAC 
Hakcipta terpelihara 

Lelaki cedera diragut



ANGGOTA polis memeriksa keadaan Kian Hua yang cedera selepas diragut dua lelaki di Jalan Kuching, Kuala Lumpur semalam.


KUALA LUMPUR – Seorang warga emas nyaris maut apabila terhumban ke dalam longkang selepas terjatuh daripada motosikal ditunggangnya akibat cuba diragut oleh dua lelaki dalam kejadian di Taman Wahyu, Jalan Kuching di sini semalam.
Kejadian pada pukul 9.30 pagi itu berlaku ketika pengedar surat khabar, Luo Kian Hua, 64, diekori suspek yang menaiki sebuah motosikal ketika mangsa dalam perjalanan pulang ke rumahnya.
Suspek kemudian cuba menarik beg pinggang mangsa yang mengandungi wang dan beberapa dokumen peribadi namun tidak berjaya mengakibatkan motosikal ditunggang lelaki itu terbabas lalu terhumban ke dalam longkang sedalam satu meter.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=1007&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_06.htm#ixzz2gzrSw1ZS 
Hakcipta terpelihara 

Peniaga mengaku pukul isteri



MAHADI mengaku bersalah di Mahkamah Majistret Kota Bharu, Kelantan semalam atas dakwaan memukul isterinya.


KOTA BHARU – Seorang peniaga kecil-kecilan kini menghitung hari apabila Mahkamah Majistret di sini semalam menetapkan Rabu ini sebagai hari untuk menjatuhkan hukuman terhadapnya atas tuduhan membelasah isterinya hingga cedera dua bulan lalu.
Pendaftar Kanan Mahkamah Majistret, Norida Mohd. Husin menetapkan tarikh tersebut selepas menerima pengakuan bersalah Mahadi Dolah, 33, atas tuduhan membelasah isterinya, Zaiton Muda, 32.
Mengikut pertuduhan, Mahadi telah mencederakan Zaiton dengan memukul wanita itu dengan tangan dan kaki hingga mendatangkan kecederaan di sebuah rumah di Kampung Jejulok di sini pada pukul 7.30 malam 10 Ogos 2013.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=1007&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_05.htm#ixzz2gzqyWetC 
Hakcipta terpelihara 

Ibu trauma berkelah di tasik



PASUKAN penyelamat mengangkat mayat salah seorang mangsa yang ditemui lemas di Tasik Pengkalan Balak, Pedu dekat Alor Setar kelmarin.


ALOR SETAR – Ibu dua mangsa lemas di Tasik Pengkalan Balak, Pedu dekat sini kelmarin, Siti Hawa Mat Jiwa memberitahu dia sudah trauma untuk pergi berkelah lagi terutama di kawasan tasik ekoran kejadian yang meragut nyawa zuriat kesayangannya itu.
Menurut Siti Hawa, 53, sehingga kini dia masih tidak dapat melupakan jeritan anak keenam dan ketujuh, Siti Nor Hasliza Yahya, 16, dan Siti Nor Afliana, 13, ketika meminta tolong di tengah tasik kira-kira pukul 9.30 pagi.
“Sampai sekarang saya seakan-akan mendengar suara mereka memanggil mak..mak... dan saya sudah trauma nak jejak kaki di kawasan tasik lagi terutama di Tasik Pengkalan Balak,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Bukit Lada di sini semalam.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=1007&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_02.htm#ixzz2gzqKnM4y 
Hakcipta terpelihara 

Harimau serang pekerja zoo di AS



ZOO di tengah Oklahoma ditutup seketika selepas insiden seorang pekerjanya cedera diserang seekor harimau.


WYNNEWOOD - Seorang pekerja zoo di tengah Oklahoma berusia 20-an nyaris maut apabila seekor harimau seberat 181 kilogram menyambar tangan kirinya yang terperangkap pada sangkar haiwan itu pagi kelmarin.
Bahagian lengan kiri mangsa dilaporkan cedera parah.
Pemilik Garold Wayne Interactive Zoological Park, Joe Schreibvogel di sini berkata, pekerja wanita itu dikejarkan ke hospital pada hari sama. Sepasukan doktor cuba menyelamatkan lengannya.
"Harimau tersebut mengoyak lengannya dengan agak teruk.
"Seluruh lengannya masih bercantum dengan tubuh. Dia menarik lengannya keluar.
"Harimau itu tidak membahamnya. Haiwan berkenaan berada di dalam sangkar.
"Dia melanggar peraturan dengan memasukkan tangan ke dalam sangkar," kata Schreibvogel.
Menurut Schreibvogel, haiwan pemangsa itu diselamatkannya kira-kira 14 tahun lalu ketika ia masih kecil.
Harimau kacukan tersebut tidak akan dibunuh.
Zoo yang beroperasi sejak tahun 1997 itu ditutup seketika selepas kejadian terbabit.
Fasiliti tersebut memiliki sejumlah harimau, beruang, monyet, kuda belang dan beberapa ekor haiwan lain. - AP


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=1007&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_07.htm#ixzz2gzpmDU00 
Hakcipta terpelihara 

Enam terbunuh dirempuh trak gergasi di Mexico


KEADAAN menjadi kecoh selepas trak raksasa itu merempuh para penonton yang berada di salah satu pentas pada pertunjukkan kelmarin.


CIUDAD JUAREZ - Enam orang maut dan 47 yang lain cedera selepas sebuah trak gergasi merempuh pentas utama semasa satu pertunjukan di utara Mexico kelmarin, kata beberapa pegawai.
Nahas berlaku selepas brek kenderaan itu gagal berfungsi.
Jurucakap majlis perbandaran Chihuahua, Jose Luis Dominguez berkata, dua kanak-kanak merupakan antara yang terkorban dalam acara Extreme Airshow di bandar itu.
Menurut Dominguez, kemalangan berlaku pada pukul 7 malam (waktu tempatan) apabila kenderaan itu hilang kawalan lalu merempuh pentas di taman El Rejon.
Pertunjukan memusnahkan sejumlah kereta kecil dengan trak pikap bertayar gergasi kelmarin menarik sekitar 3,500 penonton. - AFP


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=1007&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_01.htm#ixzz2gzoRX8Ad 
Hakcipta terpelihara