Search This Blog

Saturday, October 5, 2013

Padah menari bogel


5 Oktober 2013


RIYADH - ARAB SAUDI. Gara-gara menari bogel di khalayak umum, empat lelaki dijatuhi hukuman penjara 10 tahun dan dikenakan 2,000 sebatan oleh mahkamah di Arab Saudi.

Kelmarin, keempat-empat tertuduh itu didapati bersalah kerana melanggar moral dan norma masyarakat serta menggalakkan maksiat.

Akhbar Al-Sharq melaporkan dua lagi tertuduh dihukum penjara tiga tahun dan 500 sebatan.

Keputusan tersebut turut dipertikai beberapa pihak berikutan rakaman yang dimuat naik ke dalam YouTube menunjukkan mereka masih berpakaian ketika sedang menari di atas sebuah kenderaan di wilayah Qassim, laporan dipetik dari AFP.

Sindiket pasport palsu tumpas


2013/10/05
 
Kulaijaya: Polis menumpaskan satu sindiket mengeluarkan pasport dan permit kerja palsu selepas menahan empat lelaki warga Indonesia dalam serbuan di daerah ini dan Johor Bahru.

Suspek yang berusia antara 30 hingga 48 tahun termasuk dua berstatus penduduk tetap, ditahan pada 27 September lalu selepas polis menerima laporan daripada seorang majikan yang menjadi mangsa sindiket terbabit.
Sindiket itu yang dipercayai bergiat aktif sejak lebih setahun lalu, dikatakan menjual dokumen berkenaan antara RM40 hingga RM60 setiap satu.

Ketua Polis Daerah, Superintendan Zulkefly Yahya, berkata pihaknya turut pelbagai peralatan membuat permit dan pasport palsu termasuk cop rasmi yang digunakan Jabatan Imigresen, 28 pasport palsu dan wang tunai RM600.

“Suspek ditahan reman sehingga 7 Oktober ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/1963, selain Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu,” katanya.

Zulkefly berkata, sindiket itu terbongkar selepas seorang majikan membuat laporan ditipu kumpulan terbabit yang mengaku sebagai pegawai Imigresen dan boleh membantu mendapatkan permit kerja untuk warga asing.

4 ahli Geng Samsul kena cekup


2013/10/05
 
Melaka Tengah: Polis berjaya menumpaskan Geng Samsul yang aktif melakukan samun bersenjata di sekitar bandar raya ini sejak tiga bulan lalu dengan penahanan empat lelaki termasuk ketua kumpulan itu.

Ketua geng itu yang dikenali sebagai Samsul berusia 43 tahun yang berasal dari Tanjung Kling bersama tiga rakannya termasuk dua remaja, ditahan dalam serbuan ke atas sebuah rumah di Kampung Bukit Tempayan, Tangga Batu di sini, kira-kira jam 4 pagi, 27 September lalu.
Semua suspek berusia antara 16 hingga 43 tahun. Dua remaja terbabit sudah tidak bersekolah.

Ketua Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner Raja Shahrom Raja Abdullah, berkata serbuan dilakukan sepasukan anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) negeri dan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD).

Katanya, pasukan itu turut merampas sebuah motosikal jenis Yamaha 125Z yang disyaki digunakan untuk melakukan jenayah, empat telefon bimbit, pistol mainan, empat pisau lipat, loket perak, peralatan menghisap dadah dan beberapa nombor plat kenderaan palsu.

“Tiga daripada empat suspek didapati positif dadah jenis Methamphetamine. Siasatan awal mendapati dua daripada suspek memiliki beberapa rekod jenayah lampau membabitkan kesalahan curi dan samun,” katanya pada sidang media di IPK negeri, di sini, semalam.

Enam dituduh jual, gadai emas palsu


2013/10/05
 
Ipoh: Enam lelaki termasuk seorang bekas pegawai bank dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, semalam, atas tuduhan terbabit dalam sindiket penipuan menjual dan menggadai emas palsu kepada sebuah bank di sini, tahun lalu dan 2011.

Mereka mengaku tidak bersalah terhadap tuduhan melakukan penipuan dengan menggadaikan loket dan cincin emas palsu membabitkan kerugian RM163,804.24.
Bekas pegawai bank

Tertuduh utama yang juga bekas pegawai bank, Mohammad Tahassam, 62, dituduh bersama Abdul Wahab Yaakob, 71, menggadaikan barang kemas iaitu tujuh loket emas palsu kepada Agrobank di Pusat Perdagangan Greentown di sini, untuk mendapatkan wang tunai RM32,394.24 pada 2 April tahun lalu.

Kedua-duanya dituduh mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun dan sebatan serta boleh juga dikenakan denda, jika sabit kesalahan.

Mohammad bersama empat lagi rakannya iaitu Mohd Noor Yaakop, 65; Burhan Alang, 41; Mohd Azrul Zakaria, 39, dan Muzapar Azidin, 39, pula didakwa melakukan penipuan jual beli emas membabitkan loket dan cincin bernilai RM131,450 terhadap bank sama pada 21 September 2011.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 109 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun dengan sebatan dan boleh juga dikenakan denda, jika sabit kesalahan.
Kes disebut semula pada Isnin ini.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Fadhli Ab Wahab, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Pendaftar Mahkamah Puteri Nordina Kamalaudin membenarkan jaminan terhadap Mohammad sebanyak RM20,000 dengan seorang penjamin, manakala lima lagi diikat jamin RM8,000 masing-masing juga dengan seorang penjamin.

Kes disebut semula pada Isnin ini.

RM280,000 lesap dari dua ATM


2013/10/05
 
Kajang: Dua mesin pengeluaran wang automatik (ATM) milik Bank CIMB dan Bank RHB yang terletak dalam sebuah pasar raya besar di Sungai Chua di sini, dipecahkan dan wang tunai RM280,000 dilarikan.

Kejadian disedari seorang pengawal keselamatan sebaik membuka premis perniagaan itu kira-kira jam 8 pagi semalam, apabila mendapati dua ATM berkenaan dipotong, dipercayai menggunakan alat pemotong logam oxyacetylene.
Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Ab Rashid Ab Wahab, berkata kejadian antara jam 10 malam kelmarin selepas pasar raya itu ditutup hingga dibuka semula pada jam 8 pagi.
Ini kes pertama pecah ATM dalam bangunan, berbanding sebelum ini babitkan mesin di luar premis” Ab Rashid Ab Wahab,Ketua Polis Daerah Kajang

Beliau percaya rompakan itu dilakukan lebih daripada dua suspek dan mereka memasuki premis menggunakan laluan penghawa dingin.

Kes pertama

“Ini kes pertama pecah ATM dalam bangunan, berbanding sebelum ini yang membabitkan mesin di luar premis.

“Polis tidak menolak kemungkinan ada pembabitan orang dalam dan siasatan awal mendapati suspek arif dengan sistem dan operasi premis itu,” katanya ketika dihubungi, semalam.
Ab Rashid berkata, siasatan mendapati penjenayah terlebih dahulu mematikan sistem kamera litar tertutup (CCTV) dan alat penggera keselamatan dengan menggunakan kain di premis berkenaan sebelum memecahkan mesin ATM.

“Polis sudah memanggil pengawal keselamatan dan kakitangan premis itu untuk diambil keterangan dan siasatan dilakukan mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan kerana pecah rumah,” katanya.

Senjata api, peluru disembunyi dalam rumah kongsi

Senjata api, peluru disembunyi dalam rumah kongsiZulkifli (tengah) menunjukkan senjata yang dirampas di sebuah rumah kongsi di Balai Ringin, Serian. - Foto Azahan Rosli Kuching: 'Misteri' sebuah rumah kongsi di kawasan ladang sawit di Balai Ringin, Serian, terbongkar Isnin lalu, selepas polis menyerbu kediaman yang dipercayai dijadikan lokasi penjenayah menyembunyikan senjata api.

Dalam serbuan pada jam 4.25 petang itu, anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serian menemui senapang patah, senapang angin, dua parang kwang tau dan pistol automatik serta 44 peluru pelbagai saiz.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sarawak, Datuk Zulkifli Hassan, berkata semua senjata terbabit dipercayai digunakan dalam beberapa kegiatan jenayah sekitar negeri ini, namun siasatan lanjut masih dilakukan.


Berikutan itu, katanya, pihaknya kini memburu seorang lelaki dikenali sebagai Kuueh Fook, 35, berasal dari Taman Hui Sing, yang dipercayai menjadi dalang kes rompakan bersenjata dan bunuh sebelum ini.

Polis buru suspek

“Semua senjata api ini akan dihantar ke makmal bagi proses ujian balistik sebelum ia dapat dikaitkan dengan beberapa kes jenayah, yang disyaki didalangi suspek yang masih bebas.

“Usaha memburu suspek yang kali terakhir dilihat berada di kawasan rumah terbabit pada tengah hari sebelum serbuan giat dilakukan dan dia dipercayai masih berada dalam negeri,” katanya pada sidang media di IPK Sarawak, di sini, semalam.
Difahamkan, suspek mempunyai kaitan dengan kumpulan kongsi gelap dari Sibu dan senjata api terbabit diseludup dari negara jiran berikutan kedudukan rumah kongsi di Karangan, yang berhampiran sempadan Sarawak-Kalimantan Barat.

Zulkifli berkata, serbuan ini adalah sebahagian dari Ops Cantas Khas, yang dilancarkan polis sejak 17 Ogos lalu bagi membanteras kegiatan jenayah dan kongsi gelap di seluruh negara.

“Sehingga semalam (kelmarin), polis Sarawak sudah melakukan pemeriksaan ke atas 14,965 individu dengan 344 individu ditahan selepas disyaki terbabit dalam pelbagai kegiatan jenayah.

“Kita percaya aktiviti kongsi gelap di seluruh negeri ini semakin lemah, namun masih ada beberapa kumpulan dilaporkan masih aktif, terutama di Sibu, Bintulu dan Miri dengan pemantauan masih diteruskan,” katanya.

Katanya, bagi tempoh sama juga sejumlah 12,572 kenderaan diperiksa dan sebanyak 1,105 sama dikeluarkan polis.

Empat maut nahas di Ajil


2013/10/05
Kuala Berang: Empat maut dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan di Kilometer 3, Jalan Bukit Perah, Bukit Apil, Ajil, jam 6.30 petang tadi. 

Dua mayat dalam but kereta dipercayai mangsa culik: Polis


 
IPOH: Dua lelaki yang ditemui mati di dalam but sebuah kereta di kawasan Hentian Rehat dan Rawat (R&R) Alor Pongsu, Lebuhraya Utara-Selatan semalam, mungkin mangsa culik di Nibong Tebal, Pulau Pinang.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Perak Datuk Mohd Dzuraidi Ibrahim berkata ini susulan penangkapan tiga lelaki berumur antara 20 dan 30-an di Pulau Pinang yang disyaki terbabit dengan kes penculikan itu.
"Seorang suspek ditangkap semalam, manakala dua lagi ditangkap hari ini. Polis sedang siasat sama ada ketiga-tiga suspek ini mempunyai kaitan dengan dengan kes culik dan bunuh mangsa ini dan adakah kedua-dua mangsa ialah mangsa sebenar penculikan itu," katanya kepada pemberita hari ini.

Beliau berkata kehilangan kedua-dua mangsa itu dilapor oleh rakan mereka pada Rabu lepas.

Katanya siasatan awal mendapati mangsa tidak mempunyai rekod jenayah lampau dan motif sebenar pembunuhan masih dalam siasatan.

Mohd Dzuraidi berkata mangsa Ting Liong Chin, 28, yang berasal dari Sabah dan Seu Hong Chee, 19, dari Tangkak, Muar ditemui dalam keadaan kaki dan tangannya diikat serta muka dibalut plastik lut sinar di dalam but kereta jenis Proton Waja berwarna kelabu.

Katanya hasil bedah siasat di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) mendapati kedua-dua mangsa mati akibat sesak nafas selain mengalami kesan lebam dipercayai dipukul dengan objek tumpul.
"Mangsa berumur 28 tahun mati akibat diserkup manakala mangsa berumur 19 tahun mati akibat dijerut di bahagian leher. Kematian dipercayai berlaku lebih kurang lima hari lepas," katanya.

Sementara itu, saudara terdekat Seu yang enggan dikenali, berkata Seu merupakan anak bongsu daripada empat beradik dan bekerja sebagai jurujual di sebuah syarikat perkakasan.

"Dia sebelum ini bekerja di Kuala Lumpur tetapi dipindahkan ke cawangan di Pulau Pinang. Dia kerap telefon keluarga untuk bertanya khabar tetapi kebelakangan ini dia jarang telefon," katanya ketika ditemui pemberita di luar bilik mayat HRPB hari ini. - BERNAMA

Seks ubat terencat akal


 
Hong Kong: Seorang lelaki dihukum penjara 12 tahun selepas menipu seorang wanita bahawa melakukan hubungan seks dengannya akan membantu menyembuhkan anaknya yang terencat akal.

Mahkamah Tinggi juga diberitahu, Yeung Shingsang meletakkan dadah dalam kopi untuk mangsa dan kemudian menderanya secara seksual selama 10 jam.
Hakim Maggie Poon Mankay menyifatkan Yeung , 39, mengambil kesempatan atas kelemahan mangsa sebagai seorang ibu.

Mangsa berasa takut

Poon berkata, sejak pengalaman pahit itu, mangsa merasa takut, gelisah dan malu. Belum dapat dipastikan sama ada dia akan pulih daripada perkara itu.

Hakim itu juga berkata, pihak mahkamah tidak dapat mencari sebab mengapa ia perlu mengurangkan hukuman yang telah ditetapkan 12 tahun.

Mangsa sebelum ini memberi keterangan bahawa dia menjadi lemah dan tidak bermaya selepas minum kopi bercampur dadah itu dan tidak dapat menahan serangan seksual ke atasnya.
Mahkamah diberitahu, Yeung mengenali kakak mangsa melalui portal mesej segera di tanah besar portal, QQ , pada bulan Jun lalu dan mereka kemudian menjalin hubungan.

Pada 28 Jun lali, Yeung meminta beliau untuk membawa kakak 38 tahun itu – seorang ibu tunggal yang bekerja di sebuah rumah urut – untuk ke rumahnya di Kwun Tong di mana beliau tinggal bersama anak perempuannya yang berusia empat tahun. - AGENSI

1,000 rempuh pagar stadium


Oleh Rabi ‘Atul ‘Adawiyah Ismail rabiatul@mediaprima.com.my Petra Jaya Lebih 1,000 penyokong Ngap Sayot merempuh pintu pagar Stadium Negeri, di sini, semalam selepas kecewa kerana tiket perlawanan suku akhir kedua Piala Malaysia, Sarawak menentang Sime Darby malam ini tidak dijual.


Mereka sebelum itu menunggu di luar stadium sejak jam 8 pagi kerana menyangka penjualan tiket akan diadakan pada tengah hari selepas solat Jumaat.

Rupa-rupanya, perkara itu hanya khabar angin kerana 2,000 tiket untuk perlawanan malam ini sebenarnya sudah habis dijual di Wisma Hopoh kelmarin. Apabila petugas Persatuan Bola Sepak Sarawak (FAS) mempamerkan kain rentang memaklumkan tiket sudah habis dijual, kira-kira jam 1.30 tengah hari, penyokong terbabit yang memenuhi perkarangan stadium mula bertindak agresif.


Mereka merempuh pagar sebelum memasuki stadium bagi menuntut penjelasan pengurusan FAS dan tidak menghiraukan arahan anggota polis yang menyuruh bersurai.


Sehingga jam 4 petang semalam, masih ada penyokong menunggu di stadium walaupun wakil FAS berulang kali memaklumkan tiket sudah habis dijual.
Foto
PENYOKONG menunggu di luar Stadium Negeri untuk mendapatkan tiket, semalam.

Foto
ANGGOTA polis menutup pintu pagar bagi mengelak diserbu peminat.
Seorang penyokong, Mohd Hilal Hanif, 23, berkata dia datang ke Stadium Negeri selepas diberitahu tiket perlawanan separuh akhir kedua itu akan dijual selepas waktu solat Jumaat.


Menurutnya, perkara itu menyebabkan peminat yang gagal mendapatkan tiket di Wisma Hopoh berpusu datang untuk membelinya di Stadium Negeri, tetapi hampa apabila mendapat tahu ia sekadar khabar angin saja.

“Kami bengang kerana sepatutnya wakil FAS memaklumkan mengenai kehabisan tiket lebih awal bukannya membiarkan kami menunggu sejak pagi,” katanya ketika ditemui Harian Metro, semalam.


Sementara itu, Presiden FAS Datuk Sudarsono Osman dalam kenyataannya, semalam mengesahkan tiket perlawanan membabitkan pasukan Sarawak dengan Sime Darby FC sudah habis dijual.


Katanya, FAS mengucapkan terima kasih kepada semua penyokong yang sudah membeli tiket dan memohon maaf kepada mereka yang gagal mendapatkan tiket.

Pemandu lori kaku lepas nahas


Rembau: Seorang lelaki terpaksa dipapah keluar dari treler dipandunya oleh kelindan dan orang awam apabila tubuhnya tiba-tiba tidak boleh bergerak selepas terbabit dalam kemalangan di Kilometer 226.4, Lebuhraya Utara Selatan arah selatan, kelmarin.

Dalam kejadian jam 9 malam, pemandu terbabit Abu Bakar Hassan, 53, bersama kelindan Amir Abd Halim, 40, menuju ke Johor Bahru dari Kuala Lumpur untuk menghantar muatan simen dan cat sebelum treler dinaiki mereka dirempuh lori yang sarat membawa muatan tayar.


Jurucakap polis berkata, siasatan awal pihaknya mendapati lori membawa muatan tayar itu mengekori terlalu rapat menyebabkan pemandunya gagal mengawal pergerakan kenderaan dan melanggar treler terbabit.

Katanya, kemalangan itu menyebabkan pemandu lori terbabit Jaafar Yaakob, 32, dan kelindannya Yusri Yusof, 32, cedera di kaki.


“Mereka dikejarkan ke Hospital Tuanku Jaafar, Seremban untuk mendapatkan rawatan.


“Bagaimanapun, pemandu dan kelindan treler itu terselamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya.

Sementara itu, Abu Bakar berkata, dia memandu seperti biasa dan sebaik menghampiri tempat kejadian, tiba-tiba dia terdengar bunyi dentuman kuat dari arah belakang sebelum treler terbabas ke kiri dan melanggar tebing jalan.


“Dalam keadaan cemas itu, saya sempat memandang cermin sisi dan mendapati lori membawa muatan tayar melekat di belakang treler.

“Kejadian itu menyebabkan saya mengalami kejutan teruk apabila badan tidak dapat bergerak secara tiba-tiba,” katanya, malam kelmarin.


Menurutnya, sebaik treler berhenti, dia cuba keluar menyelamatkan diri, namun badannya tidak boleh bergerak menyebabkan dia dibantu Amir dan orang awam yang memapahnya keluar dari kenderaan itu.


“Selepas beberapa minit diselamatkan, keadaan badan saya kembali normal dan mampu bergerak, cuma terasa sakit di dada, kaki dan tangan akibat hentakan kuat.


“Setiap dua hari sekali, saya melalui lebuh raya ini untuk menghantar barang dan selama 15 tahun memandu treler, saya tidak pernah berdepan pengalaman menakutkan seperti ini, namun bersyukur kerana tidak mengalami kecederaan serius,” katanya.


Sementara itu, Ketua Polis Daerah Rembau Deputi Superintendan Mizan Md Dom ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian terbabit dan berkata, siasatan lanjut dilakukan mengikut Seksyen 43 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 kerana memandu cuai dan menyebabkan kemalangan.

Kepala digilis bas sekolah

Georgetown: Seorang lelaki maut dalam keadaan ngeri selepas terbabit dalam kemalangan dengan sebuah bas sekolah di Jalan Mahsuri, Bayan Baru, di sini, malam kelmarin.
Dalam kejadian jam 7.30 malam itu, M Ravinderan, 50, yang menunggang motosikal Honda EX5 maut di tempat kejadian selepas parah di bahagian kepala akibat digilis tayar belakang bas berkenaan.

Mangsa yang juga operator kilang di Bayan Lepas dalam perjalanan ke rumah sewanya di Farlim dan ketika tiba di tempat kejadian, mangsa dikatakan tidak dapat mengawal motosikal sebaik melihat bas terbabit membelok ke kanan.
Ketua Polis Daerah Barat Daya Superintendan Mohd Hatta Mohd Zain berkata, mangsa melanggar bas berkenaan yang datang dari arah bertentangan dan sedang membelok untuk masuk ke kanan.

Katanya, mangsa terbabas dan terjatuh sebelum digilis tayar bas berkenaan.

“Pemandu bas itu gagal mengelak mangsa sehingga mangsa terseret beberapa meter dan mayat mangsa dihantar ke Hospital Pulau Pinang (HPP) untuk bedah siasat manakala pemandu bas dipanggil memberi keterangan,” katanya.
Foto
MAYAT Ravinderan di tempat kejadian di Jalan Mahsuri, Bayan Baru malam kelmarin.
Mohd Hatta berkata, kes itu disiasat mengikut Seskyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Isteri berkemban bersama duda

Kota Kinabalu: Luluh hati seorang suami sebaik melihat isterinya hanya memakai tuala bersama lelaki lain dalam bilik hotel ketika diserbu penguat kuasa Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS), awal pagi semalam.
Wanita berusia 24 tahun itu dicekup bersama duda berusia 34 tahun di sebuah hotel di Sinsuran, di sini, kira-kira jam 1.30 pagi selepas suaminya membuat laporan mengenai salah lakunya.

Sumber berkata, ketika pintu bilik dibuka, suami wanita terbabit yang turut serta dalam serbuan itu terkedu apabila melihat isteri yang dikahwini setahun lalu hanya memakai tuala.
“Marah dan kecewa melihat perbuatan isteri, lelaki berusia 40-an itu melepaskan perasaan dengan menumbuk dinding bilik beberapa kali sebelum ditenangkan anggota polis yang turut serta dalam serbuan,” katanya.

Menurutnya, kecurangan wanita terhadap suaminya bermula sejak enam bulan lalu apabila dia meninggalkan rumah dan memberi alasan mahu pulang ke kampungnya di Semporna.

“Sejak keluar rumah, dia tidak pernah menemui suami yang menetap di bandar raya ini. “Pelik dengan sikap isterinya, lelaki itu menjejaknya sebelum mendapat tahu wanita itu menjalinkan hubungan sulit dengan seorang lelaki yang juga dari Semporna.
Foto
WANITA terbabit disoal pegawai JHEAINS.
“Sebaik mengetahui isterinya kerap bersama kekasih lain di hotel murah, suami terbabit melaporkan perkara itu kepada JHEAINS,” katanya.

Sementara itu, Penolong Penguat Kuasa JHEAINS Khamis Jamil berkata, berdasarkan aduan, pihaknya bersama tiga anggota polis bergegas ke lokasi dimaksudkan bagi menjalankan serbuan.
“Selepas mengetuk pintu bilik beberapa kali, seorang lelaki yang hanya memakai tuala membuka pintu itu.

“Ketika disoal, lelaki terbabit mengaku bermalam dengan wanita yang didakwa tunangnya,” katanya.

Menurutnya, hasil pemeriksaan lanjut menemui wanita terbabit di dalam tandas dengan hanya memakai tuala sebelum diarah keluar.

“Siasatan lanjut mendapati pasangan itu tidak mempunyai sebarang ikatan dan wanita itu juga masih berstatus isteri orang,” katanya.

3 juta penduduk terjejas akibat banjir berlarutan


Bangkok: Hampir tiga juta penduduk dari 12,667 perkampungan di 250 daerah terjejas akibat banjir sejak 17 September lalu, lapor Jabatan Pencegahan Bencana semalam.

Jabatan itu mengesahkan jumlah kematian akibat bencana terbabit meningkat kepada 30 sehingga pagi semalam. Di Nakhon Ratchasima, banjir menjejaskan lebih 200 isi rumah selepas lebih lima juta meter padu air dilepaskan dari empangan Lam Chiang Klai. Di Ubon Ratchathani dan Si Sa Ket, lebih 15,000 orang dipindahkan ke kawasan lebih tinggi. Sementara itu, pusat pencegahan banjir dewan bandar raya melaporkan kira-kira 80 peratus daripada Bangkok dan daerah berhampiran akan menerima hujan lebat hari ini.


Gabenor Bangkok Sukhumbhand Paribatra berkata, lebih 850 isi rumah di 25 penempatan bakal menghadapi bencana berkenaan apabila paras air di Sungai Chao Phraya dijangka meningkat pada pertengahan bulan ini.

Menurutnya, paras air akan naik sebanyak dua meter dari paras laut pada 15 dan 16 Oktober ekoran pengaliran dari wilayah utara.


Sukhumbhand berkata, tembok banjir sepanjang 86 kilometer di tebing sungai akan siap dibina tahun depan.


Kaji selidik dijalankan Bangkok Poll menunjukkan 54 peratus responden bimbang jika banjir melanda ibu negara, Bangkok sekali lagi tahun ini walaupun keadaan dijangkakan tidak seburuk seperti pada 2011. - Agensi

2 dijel langgan pelacur remaja dari China


Singapura: Dua lagi lelaki semalam masing-masing dipenjarakan 10 minggu kerana melanggan pelacur remaja dari China.

Ini menjadikan jumlah keseluruhan mereka yang dijatuhkan hukuman akibat jenayah itu kepada 15 orang. Pengurus projek, Ng Keng Siong, 56, mengaku membayar S$80 (RM204) untuk khidmat seks di Hotel BudgetOne di Geylang pada 20 Mei lalu. Dia juga berdepan dengan satu lagi pertuduhan yang dilakukan keesokan harinya yang masih dipertimbangkan mahkamah. Di mahkamah sama, penolong pengurus, Ong Boon Hock, 61, mengakui membayar $60 (RM153) kepada remaja terbabit di rumah tumpangan di Lorong 21 Geylang antara 19 hingga 23 Mei. - Agensi

300 pencari suaka lemas

Itali: Itali berkabung atas kehilangan 300 pencari suaka Afrika yang dikhuatiri lemas dalam tragedi paling buruk di Mediterranean ketika kerajaan merayu Eropah menyekat kemasukan pendatang tanpa izin.
Ketika usaha dilancarkan mencari mangsa lemas di Pulau Lampedusa diteruskan, Pope Francis penuh emosi berkata, semalam adalah hari air mata untuk negara yang tidak menghiraukan keperitan pendatang.

Perkhidmatan kecemasan di pulau terpencil bahagian paling selatan Itali menemui 111 mayat setakat malam tadi dan menyelamatkan 155 orang dari sebuah bot dianggarkan membawa antara 450 dan 500 pendatang.
Kapal berukuran 20 meter dan sarat dengan penumpang itu karam selepas terbakar Khamis lalu.

Kebanyakan mangsa pendatang dari Eritrea dan Somalia dan mereka menaiki bot berkenaan dari Misrata di Libya.

Seorang lelaki Tunisia ditahan kerana disyaki terbabit dalam tragedi itu.
Foto
PENYELAMAT bersedia menarik naik dua pendatang tanpa izin yang berenang menghampiri bot pasukan keselamatan berhampiran Pulau Lampedusa semalam.
Penyelam yang menyertai operasi mencari dilaporkan melihat berpuluh-puluh mayat dalam dan sekitar kapal dan percaya lebih banyak mayat mungkin terdampar jauh dibawa arus.

Penyelamat gagal mengesan bot berkenaan kelmarin kerana kaeadaan bergelora, namun kapal penyelamat pantai melancarkan operasi mencari mayat.
Datuk Bandar Lampedusa, Giusi Nicolini berkata, dia menjangkakan perubahan dilakukan selepas kemalangan berkenaan.

“Masa depan Lampedusa terikat dengan dasar berkaitan pendatang dan pencari suaka,” katanya.

Sementara itu, Menteri Dalam Negeri Angelino Alfano merayu bantuan Eropah mengawal sempadan perairan selatan Itali dan bertindak menyekat kemasukan pendatang asing.

“Perairan ini adalah sempadan antara Afrika dan Eropah, bukan antara Afrika dan Sicily.

“Ini bukan masalah Itali saja,” katanya dalam satu kenyataan. - AFP

Bunuh diri selepas tukar jantina gagal


Brussels: Seorang lelaki Belgium menjalani suntikan maut selepas mendakwa pembedahan penukaran jantina menjadikan dia ‘makhluk asing.’

Nathan Verhelst dilahirkan sebagai Nancy 44 tahun lalu dan mengalami masalah apabila ibunya sering merungut kerana dilahirkan sebagai sebagai wanita.


Dia kemudian menjalani terapi hormon pada 2009 diikuti pembedahan mastektomi (pembuangan buah dada) serta membentuk zakar tahun lalu.

Bagaimanapun, menurut Verhelst, tiada satu pun pembedahan itu yang berjaya. “Saya bersedia menyambut kelahiran semula saya yang baru tetapi, saya berasa jijik apabila melihat cermin.


“Dada saya tidak seperti yang diharapkan manakala kemaluan menunjukkan tanda penolakan,” katanya. Bercakap mengenai keputusannya untuk menamatkan riwayat sendiri, Verhelst berkata, dia kecewa kerana pembedahan itu menjadikannya “tidak dikehendaki mana-maan wanita.” Verhelst kemudian disuntik racun selepas pihak berkuasa berpuas hati dia mengalami “penderitaan psikologi tidak tertanggung.” - Agensi

Anggota keselamatan dalang kemusnahan


Nairobi: Satu laporan menyatakan, sebahagian daripada kemusnahan di pusat beli-belah Westgate di Nairobi baru-baru ini bukan angkara pengganas, sebaliknya anggota keselamatan Kenya sendiri.

Menurut seorang aktivis hak asasi manusia, Maina Kiai, kerosakan maksimum dilakukan militan al-Shabab hanyalah mengambil minuman bersoda atau makanan dari kedai dalam kompleks berkenaan. Sebaliknya, Maina, tentera yang mengepung Westgate lebih bebas melakukan apa saja dan ia sangat memalukan.


“Dakwaan ini dikuatkan lagi dengan larangan pihak berkuasa kepada hampir semua orang supaya tidak memasuki bangunan itu,” katanya. Dalam kejadian 21 September lalu, sekumpulan militan al-Shabab dari Somalia menyerbu Westgate dan menahan tebusan selama beberapa hari. - Agensi

Potong jari tipu keluarga

Beijing: Gara-gara mahukan wang segera, seorang lelaki nekad memotong sendiri jari telunjuknya dan menghantar cebisan itu kepada ibu bapanya dengan mendakwa dia menjadi mangsa culik.
Menyangka ia langkah yang cerdik, lelaki berusia 31 tahun itu turut cuba meyakinkan keluarganya kononnya dia hanya akan dibebaskan jika wang tebusan dibayar. 
Bagaimanapun helah lelaki dari Hubei itu gagal.

Sebaliknya dia kini ditahan polis atas dakwaan memeras ugut.
Foto
GAMBAR hiasan

Polis berkata, turut ditahan ialah dua rakannya yang bersubahat merancang dan melaksanakan helah itu.

Jurucakap polis berkata, lelaki terbabit dikenali sebagai Chenmou Huang.

“Chenmou dan dua rakannya tidak bekerja dan sangat pemalas,” katanya.

Beberapa hari lalu, katanya, mereka berbincang cara mendapatkan wang segera dan kemudian timbul idea mengenai ‘penculikan’ berkenaan.

“Untuk menampakkan rancangan itu benar-benar terjadi, rakan Chenmou memotong jari telunjuknya dan menghantar keratan itu bersama nota tuntutan wang bernilai 120,000 yuan (RM62,664),” katanya.

Melihat jari itu, kata jurucakap polis, ibu bapa Chenmou menghubungi polis dan selepas disiasat pembohongan itu akhirnya terbongkar. - Agensi

Barah usus ragut nyawa penyanyi wanita era 70-an


Jakarta: Penyanyi era 70-an, Diana Nasution meninggalkan dunia di Hospital Gading Pluit kira-kira jam 12.45 pagi tadi.

Diana, 69, yang juga ibu kepada penyanyi Marcello Tahitoe dikhabarkan menghidap penyakit usus. Pengurus Marcello, Petra ketika dihubungi berkata, Diana dirawat di hospital itu sejak Isnin lalu.


“Jenazahnya akan dikebumikan di kawasan perkuburan Gatot Subroto,” katanya. Perjalanan karier Diana bermula daripada pembentukan “Nasution Sisters” bersama kakaknya, Rita Nasution. - Agensi

Bunuh, kerat tubuh rakan sendiri lepas bertengkar


Bangkok: Polis menahan seorang lelaki berusia 39 tahun kerana disyaki membunuh rakannya sebelum mengerat tubuh mangsa.

Ketua Polis Daerah Prathai Sanong Boonkerd semalam berkata, Chalermpol Masripha ditahan di kediamannya, 35 kilometer dari tempat kejadian malam kelmarin.


Hasil siasatan mendapati Chalermpol mengakui membunuh Paisal Pachuenjai, 41, selepas mereka bertengkar ketika minum arak di kediaman suspek.

Chalermpol berkata, dia hilang sabar selepas Paisal mendakwa keluarganya merampas tanah ibu mangsa.


Suspek menjelaskan kepada mangsa yang ibunya sudah menerima bayaran pembelian tanah berkenaan tetapi dinafikan mangsa. Pertengkaran tercetus antara suspek dan mangsa sebelum suspek hilang sabar lalu membunuh mangsa. Chalermpol mengakui dia mabuk dan menggunakan pisau dapur untuk menikam Paisal sebelum mengerat mayat rakannya berkenaan kepada beberapa bahagian.


Suspek juga mengakui melakukan demikian kerana dia berhalusinasi seolah-olah menjadi seorang doktor yang menjalankan bedah siasat terhadap mayat. - Agensi

Menangis ditahan rasuah

Jakarta: Ketua Hakim Mahkamah Perlembagaan Indonesia, Akil Mochtar dilaporkan menangis ketika pegawai Suruhanjaya Pembanterasan Rasuah (KPK) menahannya bersama empat yang lain.
Sumber KPK berkata, Akil ditahan bersama empat orang kanannya di sebuah rumah di Widya Chandra, Jakarta Selatan kelmarin. 
“Apabila suspek diberkas, dia menyatakan kekesalannya sambil menitiskan air mata,” katanya.

Dianggap antara hakim paling kanan di Indonesia, Akil ditahan KPK kerana dipercayai mengambil rasuh dalam ke pemilihan ketua daerah Gunung Mas di Kalimantan Tengah.
Foto
PEGAWAI KPK menunjukkan wang tunai yang ditemui dalam beg di kediaman Akil ketika dia diberkas, kelmarin.

Sumber berkata, KPK memang sudah lama memerhatikan tindak-tanduk Akil tetapi hanya dapat menahannya selepas berlaku transaksi antara suspek dengan anggota Dewan perwakilan Rakyat, Chairunnisa.

Sementara itu, pesuruhjaya KPK, Bambang Widjojanto berkata, pegawainya turut menemui ganja dan pil ecstasy di pejabat Akil.

“Ya, kami menemui dadah itu ketika memeriksa pejabatnya kelmarin,” katanya.
Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan sama ada dadah itu milik Akil atau sebaliknya.

Akil dinamakan sebagai suspek utama yang menerima suapan AS$284,050 (RM901,456) dan $22,000 (RM69,818) daripada Pegawai Daerah Gunung Mas, Hambit Bintih dan ahli perniagaan dari Palangkaraya, Cornelius Nalau agar dia mengeluarkan arahan yang memihak kepada mereka ketika kes undang-undang pilihan raya di Gunung Mas.

Dia dinamakan suspek bersama peguam Susi Tur Andayani yang menerima suapan RP1 bilion (RM280,560) daripada Tubagus Chaeri Wardana, suami kepada Datuk Bandar Tangerang Selatan Airin Rachmy Diani dan abang kepada Gabenor Banten Ratu Atut Chosiyah. - Agensi

Kes rogol Bob Hewitt ditunda tahun depan


Boksburg (Afrika Selatan): Kes serangan seksual dan rogol bekas juara berganda Grand Slam, Bob Hewitt, semalam ditunda hingga tahun depan.

Hewitt didakwa dengan dua pertuduhan rogol dan satu tuduhan serangan seksual ke atas remaja perempuan. Dua daripada mangsa berusia bawah 16 tahun ketika kejadian dan mangsa ketiga berusia bawah 18 tahun.


Pendakwa raya berkata, serangan itu berlaku pada awal 1980-an ketika Hewitt masih menjadi nama besar dalam sukan tenis. Dua kejadian berlaku di Boksburg, bandar di timur Johannesburg dan kejadian ketiga berlaku di wilayah barat laut Afrika Selatan.

Hewitt menafikan pertuduhan yang dikenakan terhadapnya itu dan sebelum ini mengancam untuk meyaman pihak yang mendakwanya. Mahkamah di Boksburg semalam menangguhkan kes itu hingga 10 Januari tahun depan. - AP

Ibu murung ditembak mati


Washington: Kemurungan dialami selepas melahirkan anak tahun lalu menyebabkan seorang wanita akhirnya mati ditembak polis, semalam.

Miriam Carey dilaporkan memandu kereta dengan membawa anak perempuannya bersama sebelum merempuh penghadang di pekarangan Rumah Putih.

Miriam memandu kereta Sedan Infiniti itu hampir 435 kilometer dari rumahnya di pinggir Stamford ke Washington dan mencetuskan kegemparan.

Dia kemudian memandu laju selepas dikejar pasukan keselamatan sebelum dikepung dan ditembak mati.

Foto
KERETA polis yang remuk di kelilingi pita kuning berhampiran Bangunan Capitol selepas insiden kejar-mengejar antara pihak berkuasa dan pemandu wanita.

Foto
POLIS menyekat laluan Constitution Avenue ekoran kejadian di Capitol Hills, Washington, kelmarin.
Foto
POLIS Capitol dan paramedik membawa mangsa di atas pengusung selepas kejadian.
Anak perempuannya, Erica yang berada di tempat duduk belakang tidak cedera walaupun ejen Khidmat Rahsia dan polis Capitol melepaskan 15 das tembakan ke arah kereta itu.


Ibu Miriam, Idella Carey berkata, anaknya mengalami kemurungan lepas bersalin setelah melahirkan Erica Ogos tahun lalu.

Beberapa bulan selepas itu, katanya, dia jatuh sakit dan mengalami kemurungan sebelum dimasukkan ke hospital.

Bekas majikan Miriam pula berkata, wanita terbabit pernah mengalami kecederaan di kepala ketika jatuh tangga tahun lalu.

Katanya, apabila Miriam kembali bekerja selepas pulih, dia didapati hamil walaupun belum berkahwin.

“Di sebalik keadaan itu, Miriam kelihatan gembira,” katanya.

Pihak berkuasa berkata, ibu tunggal itu mempunyai sejarah penyakit mental tetapi tidak mengulas lebih lanjut.

Bekas ketua Miriam selama lapan tahun, Dr Steven Oken berkata, sepanjang lapan tahun dia mengenali wanita itu, Miriam sentiasa ceria.

Jiran tetangga pula menyifatkan Miriam sebagai wanita muda yang baik.

Gambaran itu berbeza dengan wanita yang menyebabkan anggota Kongres bersembunyi di bilik persalinan di Bangunan Capitol dan pelancong bertempiaran lari selepas dia memecut laju cuba memasuki pekarangan Rumah Putih kira-kira jam 2 petang kelmarin.

Walaupun lokasi kejadian amat sensitif, Ketua Polis Capitol Kim Dine menyifatkan ia insiden terpinggir dan tiada kaitan dengan keganasan.

Saksi berkata, Miriam merempuh penghadang sementara dan melanggar ejen Perkhidmatan Rahsia yang cuba menghalangnya menyebabkan lelaki itu tercampak di belakang kereta.

Ejen terbabit kemudian melepaskan tembakan ke arah keretanya ketika dia membelok dan memecut melarikan diri.

Polis mengejarnya di jalan raya dekat Capitol Hill dan Miriam dikatakan memecut pada kelajuan 130 kilometer sejam. - Agensi

Temui ajal bertembung treler



Alor Setar: Seorang lelaki maut manakala rakannya cedera parah apabila kenderaan pelbagai guna (MPV) Proton Exora yang mereka naiki terbabit dalam kemalangan dengan sebuah treler di Batu 5, Simpang Empat Kangkung, berhampiran sebuah stesen minyak, di sini, semalam.

Kejadian berlaku jam 8.15 pagi menyebabkan treler berkenaan terjunam ke dalam sungai di tepi jalan itu.


Mangsa yang meninggal dunia dikenali sebagai Mohammad Izuwan Othman, 20, dari Bandar Puteri Jaya, Sungai Petani, manakala rakannya, Mohd Azri Ezal Firdaus Aziz, 18, berasal dari Kota Bharu, Kelantan, cedera parah di bahagian badan dan kini dirawat di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di sini.

Difahamkan, pemandu treler tanpa muatan itu turut cedera dan kini menerima rawatan di wad kecemasan HSB, di sini.


Ketua Polis Daerah Kota Setar Asisten Komisioner Adzaman Mohd Jan berkata, kejadian berlaku apabila treler berkenaan bertembung dengan Proton Exora dari arah bertentangan.


Menurutnya, akibat pertembungan itu, pemandu kereta Proton Exora terbabit meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala dan badan, manakala rakannya yang cedera parah dikejarkan ke HSB bagi menerima rawatan lanjut.

Remaja cedera ditembak, dua rakan larikan diri


Anggota polis memeriksa kenderaan selepas menembak salah seorang daripada tiga lelaki dipercayai penjenayah di Taman Keladi, Sungai Petani, semalam. - UTUSAN/OPAT RATTANACHOT
SUNGAI PETANI 4 Okt. - Seorang remaja berusia 18 tahun disyaki penjenayah cedera di bahu kanan akibat ditembak polis manakala dua lagi rakannya berjaya meloloskan diri ketika dikejar sebuah kereta peronda di Taman Keladi di sini malam tadi.
Kejadian berlaku pukul 11.45 malam selepas anggota polis peronda terbabit terserempak dengan sebuah kereta Proton Gen2 yang dinaiki tiga lelaki dalam keadaan mencurigakan di Taman Sejati Indah.
Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Khalil Ariffin berkata, hasil semakan segera mendapati kereta itu pernah digunakan untuk melakukan jenayah samun dan rompakan bersenjata lalu mereka diarah berhenti.
Katanya, suspek sebaliknya enggan lalu memecut kereta tersebut sehingga terpaksa dikejar sejauh dua kilometer di Taman Keladi.
"Dalam keadaan kelam-kabut, polis telah melepaskan tembakan untuk memberhentikan kereta itu yang mengenai salah seorang suspek.
"Menyedari seorang rakan mereka ditembak, dua rakan suspek memberhentikan kereta dan melarikan diri. Hasil pemeriksaan menjumpai sejumlah parang dan senjata tajam dipercayai digunakan suspek untuk melakukan samun," katanya.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20131005/je_03/Remaja-cedera-ditembak-dua-rakan-larikan-diri#ixzz2goEjWUqv
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Edar syabu: Tiga pelajar Nigeria dihukum mati


KUALA LUMPUR 4 Okt. - Tiga pelajar kolej warga Nigeria dihukum gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini selepas didapati bersalah mengedar dadah jenis syabu seberat 1,008 gram yang disimpan di dalam sebuah tin biskut, dua tahun lalu.
Hakim Kamardin Hashim menjatuhkan hukuman itu terhadap Umeohudo Chigozie Patrick, 26, Nnaemeka Nwafor, 25, dan Nhebedum Chibuikie Collins, 24, selepas mendapati pembelaan mereka gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan.
"Mahkamah mendapati pembelaan ketiga-tiga tertuduh gagal mematahkan kes pendakwaan serta tidak boleh dipercayai, bersifat penafian dan rekaan semata-mata.
"Ketiga-tiga tertuduh didapati bersalah dan dijatuhi hukuman gantung sampai mati,'' kata beliau.
Ketiga-tiga lelaki itu didakwa mengedar dadah tersebut di Jalan 4/40 Taman Sri Segambut, Sentul di sini pada pukul 5.30 petang, 10 Jun 2011.
Dakwaan terhadap mereka dikemukakan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Jean Sharmila Jesudason mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan dihukum di bawah Seksyen 39B(2) akta sama yang memperuntukkan hukuman mati mandatori.
Sepanjang perbicaraan pihak pendakwaan memanggil lapan saksi untuk memberi keterangan manakala pihak pembelaan menampilkan tiga saksi iaitu ketiga-tiga tertuduh sendiri.
Patrick dan Collins diwakili oleh peguam bela Rajpal Singh manakala Nwafor oleh Sharanjeet Kaur.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20131005/je_01/Edar-syabu-Tiga-pelajar-Nigeria-dihukum-mati#ixzz2goEFwFZr
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Rumah kongsi simpan senjata bahaya



ZULKIFLI (tengah) menunjukkan senjata yang dirampas pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sarawak di Kuching semalam. Gambar kecil, Kueh Fook


KUCHING - Polis merampas pelbagai senjata berbahaya termasuk dua laras senapang serta sepucuk pistol dalam serbuan Ops Cantas Khas di sebuah rumah kongsi di ladang kelapa sawit Balai Ringin, Serian dekat sini pada Isnin lalu.
Semasa serbuan pada pukul 4.25 petang, seorang lelaki berusia 35 tahun yang dikehendaki polis kerana terlibat dengan kes-kes rompakan berjaya melarikan diri.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sarawak, Datuk Zulkifli Hassan berkata, pemeriksaan di dalam rumah tersebut menemui pelbagai jenis senjata yang dipercayai digunakan untuk melakukan kegiatan jenayah.
"Antara senjata tersebut ialah selaras senapang patah buatan sendiri, selaras senapang angin jenama Canon Super Model 737 Cal 177, dua bilah parang dan beberapa alat yang digunakan untuk menghisap syabu.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=1005&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_09.htm#ixzz2gnh3e5OW 
Hakcipta terpelihara 

Jual dadah guna kereta plat Singapura elak ditahan


HARUN memeriksa kereta Honda Accord berpendaftaran Singapura yang digunakan sindiket pengedaran dadah di hotel bajet di Ledang, Johor semalam.


LEDANG - Sindiket pengedaran dadah melibatkan warga tempatan menggunakan kereta jenis Honda Accord bernombor pendaftaran Singapura yang beroperasi dari satu hotel bajet ke satu hotel bajet lain sekitar bandar ini dan Muar tumpas.
Mereka menggunakan kereta tersebut supaya dianggap rakyat asing dan tidak perlu diperiksa, selain menyewa hotel bajet untuk tempoh dua hari bagi mengelak kegiatan itu dikesan pihak berkuasa.
Ketua Polis Daerah Ledang, Superintendan Harun Idris Polis berkata, sindiket itu tumpas selepas polis menahan empat suspek, dua lelaki dan dua wanita dipercayai pasangan kekasih selepas menyerbu menyerbu sebuah rumah di Kampung Pagar Laut, Kesang dekat sini pada pukul 11.30 malam kelmarin.
Katanya, kesemua suspek berusia antara 19 hingga 33 tahun itu berasal dari Muar dan Kesang.
Ujarnya, pemeriksaan lanjut, polis menemui dadah jenis syabu seberat 26.5 gram (g) yang diletakkan di dalam kereta Honda Accord tersebut.
"Melalui pemeriksaan dalam rumah pula, kita menemui dadah jenis heroin seberat 31.12g dan syabu (56.4g).
"Selain dadah dan kereta, kita turut merampas wang tunai berjumlah RM3,000, barang kemas bernilai kira-kira RM5,000, alat timbang dadah dan paket-paket plastik untuk diisi dadah," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah Ledang di sini semalam


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=1005&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_08.htm#ixzz2gngqifO1 
Hakcipta terpelihara 

Nelayan dikhuatiri hilang di laut



ASIAH (tengah) bersama tiga anaknya menunjukkan gambar suaminya yang dikhuatiri hilang di laut di Tumpat semalam.


TUMPAT – Seorang nelayan dikhuatiri hilang di laut selepas keluar untuk menunda bot rakannya yang tersadai di kawasan Pantai Dasar Sabak, Kota Bharu sejak tiga hari lalu.
Mangsa, Abdul Aziz Daud, 58, yang berasal dari Kampung Pulau Seratus di sini dikatakan keluar berseorangan dengan menaiki sebuah bot laut dalam kira-kira pukul 8.30 pagi dari pangkalan Kok Majid dekat sini Rabu lalu.
Isteri mangsa, Asiah Ismail, 51, berkata, berita kehilangan suaminya itu ketahui selepas diberitahu bot yang sepatutnya ditunda oleh Abdul Aziz telah selamat tiba di pangkalan Kok Majid hasil bantuan nelayan lain.
Menurutnya, bimbang dengan keadaan suaminya, dia kemudian membuat laporan di Balai Polis Palekbang dekat sini kelmarin.
“Anak saya bersama beberapa penduduk kampung telah melakukan gerakan mencarinya, namun hingga kini masih belum menemui sebarang petunjuk.
“Difahamkan bot yang ingin ditunda suami saya itu mengalami kerosakan pada bahagian kipas enjin dan tersadai di pantai berkenaan,” katanya ketika ditemui di Kampung Pulau Gorek dekat sini semalam.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=1005&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_07.htm#ixzz2gngdNEvY 
Hakcipta terpelihara 

Tiga mati lemas di Lata Tembakah



ANGGOTA bomba mengangkat mayat seorang daripada tiga pelajar UMK yang lemas di Lata Tembakah, Besut, Terengganu semalam.


BESUT - Percutian hujung minggu bagi 18 pelajar Universiti Malaysia Kelantan (UMK) di kawasan air terjun Lata Tembakah di sini berakhir dengan tragedi apabila tiga daripada mereka mati lemas semalam.
Kejadian pada pukul 1 petang itu meragut nyawa Janarthen Umabathy, Vikneswaran Balakrishnan dan Mohana Raj Mathandra. Ketiga-tiga mangsa berusia 22 tahun.
Rakan mangsa yang mahu dikenali sebagai Kalai, 22, berkata, mereka yang menuntut di kampus UMK Jeli, Kelantan tiba di kawasan air terjun itu pada pukul 12 tengah hari
"Pada mulanya, kami bercadang untuk mandi di tingkat kedua tapi mereka (mangsa) beria-ia ajak naik ke tingkat atas dan kami tiba di tingkat tujuh pada pukul 1 petang, selepas sejam mendaki," katanya ketika ditemui di sini.
Menurut Kalai, ketika kejadian, tiga rakannya yang lemas itu pergi ke tempat air terjun sebelum dilaporkan lemas," katanya.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=1005&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_05.htm#ixzz2gnfxQY7b 
Hakcipta terpelihara 

Bau busuk bongkar mayat dua lelaki dalam but kereta



DUA mayat dijumpai dalam but kereta Proton Waja di Hentian Rehat dan Rawat, Lebuh Raya Utara-Selatan di Bagan Serai semalam.


BAGAN SERAI – Orang awam yang berhenti di kawasan Rehat dan Rawat Alor Pongsu arah selatan, Lebuh Raya Utara Selatan di sini gempar dengan penemuan mayat dua lelaki di dalam but sebuah kereta Proton Waja yang ditinggalkan di lokasi tersebut semalam.
Mayat Ting Liong Chin, 28, dan Seu Hong Chee, 19, masing-masing dari Cheras dan Kepong, Kuala Lumpur ditemui pada pukul 4.05 petang.
Ketika ditemui, tangan dan kaki kedua-dua mangsa itu dalam keadaan terikat manakala muka mereka ditutup dengan plastik lutsinar. Mereka dipercayai dibunuh sejak beberapa hari lalu.
Difahamkan, perkara tersebut terbongkar apabila seorang pekerja di hentian tersebut terhidu bau busuk ketika sedang melakukan kerja-kerja pembersihan.
Pekerja yang enggan dikenali itu mendakwa, dia meninjau kereta tersebut selepas melihat banyak lalat berkeliaran berhampiran but kenderaan itu.
“Saya mendapati pintu kereta itu berkunci. Saya rasa tidak sedap hati dan melaporkan perkara itu kepada polis.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=1005&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_04.htm#ixzz2gnfl0sb9 
Hakcipta terpelihara 

Padah enggan berhenti



ANGGOTA polis memeriksa Proton Gen 2 dinaiki tiga lelaki yang cuba melarikan diri daripada polis di Taman Keladi dekat Sungai Petani, Kedah kelmarin.


SUNGAI PETANI - Cubaan tiga lelaki disyaki penjenayah memecut kenderaan sebaik diarah berhenti oleh polis memakan diri apabila seorang daripada mereka cedera ditembak dekat Taman Keladi di sini kelmarin.
Dalam kejadian pada pukul 11.45 malam itu, seorang remaja berusia 19 tahun terkena tembakan di bahu dan punggung manakala dua lagi rakannya dapat meloloskan diri.
Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Khalil Ariffin berkata, sebelum kejadian, sepasukan polis yang sedang melakukan rondaan terserempak dengan kereta Proton Gen 2 tersebut yang dilihat dalam keadaan mencurigakan di Taman Sejati Indah.
"Semakan mendapati kenderaan itu pernah digunakan untuk kegiatan samun dan rompak sebelum ini.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=1005&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_03.htm#ixzz2gnfXhywE 
Hakcipta terpelihara 

Polis tembak mati pemandu cuba rempuh sekatan di White House



AP 
DUA anggota polis melihat kereta suspek selepas drama tembakan di Capitol Hill, Washington kelmarin.


WASHINGTON, Amerika Syarikat (AS) - Seorang wanita yang cuba merempuh sekatan polis dengan sebuah kereta dekat White House di sini kelmarin ditembak mati berhampiran bangunan Capitol Hill.
Suspek yang dikenali sebagai Miriam Carey, 34, memandu sebuah kereta Nissan Infiniti berwarna hitam secara berbahaya dan membawa seorang anak perempuan berusia satu tahun.
Ketua Polis Washington, Cathy Lanier berkata, pihak berkuasa kemudian mengejar suspek dari White House hingga ke bangunan Capitol Hill.
Suspek dari Stamford, Connecticut meninggal dunia berhampiran bangunan Capitol Hill selepas polis melepaskan dua tembakan ke arahnya.
Bagaimanapun, anak wanita terbabit berada dalam keadaan baik dan diberi perlindungan.
Sementara itu, Ketua Polis Capitol, Kim Dine berkata, insiden berkenaan tidak mempunyai kaitan dengan keganasan.
Drama tersebut turut disaksikan oleh sebahagian pelancong di luar bangunan Capitol Hill. Malah ketika kejadian, sejumlah wakil rakyat sedang berdebat bagi menamatkan penutupan operasi kerajaan AS.
Dalam perkembangan berkaitan, ibu suspek, Idella Carey mendedahkan bahawa anaknya mengalami kemurungan selepas melahirkan anak pada Ogos tahun lalu. - AP


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=1005&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_03.htm#ixzz2gndNhi9T 
Hakcipta terpelihara 

Kematian ulama cetus keganasan



ORANG ramai berkumpul di sekeliling sebuah kenderaan yang dinaiki oleh imam Sheik Ibrahim Ismael yang ditembak mati oleh sekumpulan lelaki bersenjata di Mombasa, Kenya kelmarin.


NAIROBI - Sekumpulan lelaki bersenjata menembak mati seorang pemimpin agama dan tiga yang lain di bandar Mombasa, setahun selepas seorang imam dibunuh dengan cara dan di lokasi yang hampir sama.
Insiden itu menyebabkan golongan remaja mencetuskan keganasan jalanan dan menyalahkan polis atas pembunuhan tersebut.
Kematian Sheik Ibrahim Ismael dilihat sebagai tindakan balas oleh pasukan keselamatan atas kejadian serangan kumpulan pengganas di pusat beli-belah mewah Westgate yang membunuh lebih 60 orang mangsa.
Kumpulan ekstremis, al-Shabab mengaku bertanggungjawab atas serangan terbabit.
Imam masjid Musa yang diganti oleh Ismael sebelum ini didakwa membantu al-Shabab dan merekrut remaja untuk melancarkan serangan.
Jurucakap polis, Gatiria Mboroki menafikan bahawa polis terlibat dalam pembunuhan itu. "Kami sedang menyiasat siapa yang bertanggungjawab dan apakah motif mereka," kata Mboroki.
Sekumpulan anak muda bertindak membakar sebahagaian sebuah gereja dan tayar di atas jalan. Tindak balas daripada pihak polis mengakibatkan empat orang perusuh maut dan sekurang-kurangnya seorang cedera akibat terkena tembakan.
Kematian tersebut dibimbangi akan memburukkan lagi hubungan di antara penganut minoriti Islam dengan penganut Kristian yang menjadi majoriti di negara ini. - AP


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=1005&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_01.htm#ixzz2gncoDROV 
Hakcipta terpelihara 

Tangan masuk dalam tali enjin

Tangan masuk dalam tali enjinRoshidi terpaksa menerima hakikat tangannya terpaksa dipotong selepas tersepit dalam tali enjin mesin padi.

KUALA NERANG - Seorang petani nyaris maut apabila terjatuh dari mesin padi menyebabkan tangan kirinya tersepit dalam enjin jentera itu hingga terpaksa dipotong.

Dalam kejadian jam 9 malam Rabu lalu, Roshidi Samsu, 41, terjatuh dari mesin padi selepas melihat hasil padinya yang diambil dari mesin itu.

Menurutnya, selepas melihat hasil padinya dalam kebuk mesin itu, dia cuba turun dan tiba-tiba tergelincir menyebabkan tangan kirinya termasuk dalam tali enjin bersebelahan mesin padi itu.

"Saya menjerit meminta tolong kepada pemandu mesin padi itu kerana tangan saya sudah termasuk dalam tali enjin itu. Tali enjin sudah menarik seluruh tangan masuk ke dalam mesin itu.

"Nasib baik pemandu itu dengar dan menutupnya, tetapi tali enjin itu terus menarik tangan saya hingga hampir ke leher ke dalam enjin mesin itu," katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Tanjung, dekat sini, semalam.

Roshidi berkata, dia terpaksa menjerit meminta pertolongan hinggalah pembantu pemandu datang lalu membuka dan merenggangkan tali itu.

Menurutnya, semasa tangan dibelit tali enjin, darah dari tangannya keluar hingga bajunya dipenuhi darah.

Bagaimanapun, pada masa itu, dia tidak rasa sakit, sebaliknya hanya kebas sahaja.

“Walaupun keadaan agak kelam kabut, tetapi saya tetap tenang sambil memapah tangan kiri yang sudah terkulai dan tulang bahu tertonjol keluar hinggalah dibantu penduduk kampung dengan membawa saya ke Hospital Kuala Nerang untuk mendapat rawatan dan kemudiannya dirujuk ke Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar," katanya.

2 mayat ditemui dalam but kereta Waja


4 Oktober 2013


IPOH - Mayat dua lelaki ditemui dalam keadaan kaki dan tangannya diikat serta muka ditutup dengan plastik lut sinar di dalam but sebuah kereta di kawasan Hentian Rehat dan Rawat (R&R) Alor Pongsu, Lebuhraya Utara-Selatan, arah selatan, dekat Bagan Serai, sini hari ini.
 
Mayat Ting Liong Chin, 28, yang berasal dari Cheras dan Seu Hong Chee, 19, dari Kepong, Kuala Lumpur, ditemui dalam but kereta jenis Proton Waja berwarna kelabu kira-kira pukul 4.05 petang tadi.
 
Menurut seorang pekerja di hentian itu yang enggan dikenali, beliau melihat kereta itu dalam keadaan mencurigakan selepas terhidu bau busuk dan terdapat banyak lalat di kereta berkenaan.
 
"Kereta yang berkunci ini berada di sini sejak pukul 7.30 petang semalam. Saya tidak pasti siapa yang tinggalkan kereta di sini dan melaporkan perkara itu kepada polis," katanya.
 
Polis telah memecah tingkap kereta berkenaan untuk membuka but kereta sebelum menemui dua mayat berkenaan, katanya.
 
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kerian, Supt Mat Fauzi Nayan ketika dihubungi mengesahkan kejadian tersebut dan siasatan sedang dijalankan. - Bernama

Tragedi pilu tiga beranak di Sungai Sabai

Tragedi pilu tiga beranak di Sungai SabaiMayat Neelan Raj berjaya dibawa keluar dari anak Sungai Sabai oleh anggota bomba.

HULU SELANGOR - Tiga beranak maut dalam keadaan menyayat hati apabila kenderaan yang dipandu hilang kawalan lalu terjunam masuk ke dalam anak Sungai Sabai di Kilometer 69, Jalan Kuala Lumpur-Ipoh, dekat Kampung Gumut, Kalumpang, pagi semalam.

Dalam kejadian itu, dua daripada mangsa dipercayai mati lemas setelah terperangkap dalam kereta Proton Waja yang dimasuki air, manakala seorang bayi berusia setahun ditemui maut kira-kira dua kilometer dari tempat kejadian setelah dibawa arus.

Timbalan Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Deputi Superintendan Zulkifli Bedin berkata, kesemua mangsa ditemui orang awam di dalam anak sungai tersebut.

“Polis menerima maklumat kira-kira jam 8.30 pagi semalam (kelmarin) mengatakan ada kereta terbabas ke dalam anak sungai di lokasi berkenaan.

“Siasatan awal mendapati kereta dinaiki mangsa terbabas lalu terjunam ke dalam anak sungai dan terbalik,” katanya.

Beliau berkata, pasukan Bomba dan Penyelamat dari Kuala Kubu Bharu dan Tanjung Malim berjaya membawa keluar kesemua mangsa.

Katanya, mangsa dikenali sebagai N Valiama, 63, V Puspam, 29, K Neelan Raj, setahun.

“Ketiga-tiga mangsa mempunyai talian saudara di mana Puspam adalah ibu kepada Neelan Raj dan Valiama ibu kepada Puspam.

“Kematian ketiga-tiga mangsa dipercayai akibat lemas kerana tidak ada kesan kecederaan lain seperti luka dan patah,” katanya.

Menurutnya, semua mayat mangsa dibawa ke Hospital Kuala Kubu Bharu (HKKB) untuk bedah siasat kelmarin.

Keluar rumah jam 5 pagi

Sementara itu, suami mendiang Puspam, M Kalidas, 29, ketika ditemui berkata, ketika kejadian, isteri, anak dan ibu mertuanya dalam perjalanan ke rumah saudara mereka di Kuala Kubu Bharu.

“Seperti biasa bila isteri saya nak ke tempat kerja dia akan bawa anak dan emak ke rumah kakak (ipar) di Taman Selesa, Kuala Kubu Bharu.

“Dia akan letak keretanya di sana, selepas itu dia naik bas ke tempat kerja di Kota Damansara. Sebab bas tak masuk sini, jadi dia pergi Kuala Kubu, baru senang dapat bas,” katanya yang tinggal di Taman Rajawali.

Kalidas berkata, dia menerima panggilan mengenai kejadian itu kira-kira jam 10.30 pagi iaitu selepas beberapa jam kemalangan berlaku.

“Saya dapat panggilan telefon daripada rakan jam 10.30 pagi. Tapi mereka keluarga rumah jam 5 pagi lagi.

“Saya rasa kemalangan berlaku sebaik sahaja mereka keluar rumah tapi ramai yang tidak sedar kejadian itu sebab gelap,” katanya yang masih sedih dengan tragedi yang menimpa keluarganya.

Menurutnya, kejadian hanya disedari oleh orang awam kira-kira jam 7 pagi.

Katanya, mayat mendiang isteri, anak dan ibu mertuanya telah disempurnakan dan dibakar di Krematorium Serendah.

Dalam pada itu, anak mendiang Valiama, V Balamurugan, 30, berkata, ibunya selalu menemani anak dan cucunya ke Kuala Kubu Bharu apabila hendak ke tempat kerja.

Bagaimanapun, dia sedih kerana hayat mereka berakhir dengan tragedi memilukan.

“Emak memang selalu temankan anak dan cucunya di Kuala Kubu tapi tidak sangka berakhir begini,” katanya.

Tambahnya, ibunya juga tidak pernah menunjukkan sebarang perubahan atau tanda sebelum meninggal dunia.