Search This Blog

Friday, October 4, 2013

Mayat penumpang Costa Concordia ditemui

Mayat penumpang Costa Concordia ditemuiKapal Costa Concordia ditegakkan untuk mencari bukti kemalangan.

GIGLIO - ITALI. Seorang penyelam skuba mendakwa menjumpai mayat penumpang kapal Costa Concordia yang karam tahun lalu di perairan Itali di Giglio, semalam.

Ketua agensi pelindungan awam, Franco Gabrielli berkata, pihaknya yakin mayat itu adalah salah seorang daripada dua mangsa dilaporkan masih hilang ketika tragedi tersebut.

“Kami sedang melakukan ujian DNA bagi mengenal pasti identiti mangsa,” katanya kepada AP.

Minggu lalu, unit keselamatan mengambil masa 19 jam untuk menegakkan semula kapal Costa Concordia sebelum ditunda ke sebuah pulau di Mediterranean.

Ular sawa telan kucing

Ular sawa telan kucingUlar albino kekenyangan selepas menelan dua kucing di Florida.

FLORIDA - AMERIKA SYARIKAT.Teka-teki kehilangan dua kucing terjawab selepas anggota keselamatan menangkap ular sawa albino di Florida, Amerika Syarikat.

Timbalan polis daerah Crystal Duncombe berkata, ketika ditangkap ular sepanjang 3 meter itu memuntahkan dua kucing.

Sementara itu menurut Daily Mail, Cheryl Holmes berkata, kehilangan kucingnya itu adalah perkara luar biasa.

“Saya terkejut lihat ular itu memuntahkan kucing dan amat menyedihkan,” katanya.

Ketua Mahkamah Perlembagaan Indonesia ditangkap

Akil Mochtar
Akil Mochtar

JAKARTA - INDONESIA. Suruhanjaya Pembanterasan Rasuah (KPK) Indonesia menangkap Ketua Mahkamah Perlembagaan (MK) Indonesia, Akil Mochtar di sini pada Rabu malam kerana disyaki menerima rasuah berhubung kes pertikaian Pilihan Raya Umum (PRU) Pegawai Daerah Gunung Mas, Kalimantan Tengah.
  
Penangkapan itu memberi tamparan hebat kepada institusi kehakiman Indonesia kerana Mahkamah Perlembagaan mempunyai reputasi sebagai satu daripada institusi paling bersih di republik itu.
  
Turut ditangkap bersama Akil di kediamannya pada kira-kira pukul 10 malam tadi, ialah seorang anggota Dewan Perwakilan Rakyat (DPR) Indonesia dan seorang usahawan, di mana para pegawai KPK telah merampas wang dolar Singapura bernilai antara Rp2 bilion hingga Rp3 bilion.
  
Dua lagi suspek kemudian ditangkap para pegawai KPK di sebuah hotel di Jakarta Pusat.
  
Jurucakap KPK, Johan Budi memberitahu sidang akhbar di bangunan KPK lewat malam tadi bahawa suruhanjaya itu telah menangkap Ketua Mahkamah Perlembagaan berinisial AM kerana disyaki menerima rasuah berhubung kes pertikaian PRU Pegawai Daerah Gunung Mas itu.
  
Beliau juga mengesahkan lima suspek telah ditangkap suruhanjaya itu berhubung kes berkenaan, iaitu tiga orang di kediaman Ketua Mahkamah Perlembagaan di Jakarta Selatan dan dua orang di sebuah hotel di Jakarta Pusat.
  
Sementara itu, seorang Hakim Mahkamah Perlembagaan Hamdan Zoelva memberitahu pemberita di bangunan Mahkamah Perlembagaan lewat malam tadi bahawa sehubungan dengan perkembangan terbaharu itu, kesemua hakim mahkamah itu akan berusaha mengembalikan integriti dan kewibawaan Mahkamah Perlembagaan.
  
Satu daripada langkah yang akan diambil ialah membentuk Majlis Kehormatan yang dianggotai seorang hakim Mahkamah Perlembagaan, seorang pemimpin Suruhanjaya Kehakiman, bekas pemimpin agensi kerajaan dan tokoh akademik kanan dalam bidang undang-undang.  

Majlis Kehormatan itu tidak akan mengganggu siasatan jenayah oleh KPK tetapi hanya akan meneliti persoalan etika hakim dan keputusan majlis itu boleh berbentuk bebas tanpa tuduhan, amaran, amaran keras hingga diberhentikan secara tidak hormat, kata beliau. - Bernama

Lelaki didakwa tembak Hussain



TOKONG Cina di Lorong Ceylon, Bukit Bintang, Kuala Lumpur yang menjadi tempat pembunuhan Hussain (gambar kecil) pada 29 Julai lalu.


KUALA LUMPUR - Kes pembunuhan berprofil tinggi melibatkan pengasas Kumpulan Perbankan Arab-Malaysia, Hussain Ahmad Najadi dan cubaan membunuh isterinya pada hujung Julai lalu sampai ke kemuncaknya apabila seorang lelaki didakwa di Mahkamah Majistret di sini semalam berhubung kejadian tersebut.
Penarik kereta, Koong Swee Kwan, 44, atau lebih dikenali sebagai Sei Ngan Chai (bermaksud Empat Mata dalam bahasa Kantonis) bagaimanapun tidak membuat sebarang pengakuan ketika kes itu disebut di hadapan Penolong Pendaftar Mahkamah Majistret Kuala Lumpur, Rosmaniar Zainuddin.
Dia didakwa membunuh Hussain, 75, di tempat letak kereta Tokong Cina Kuan Yin, No. 4, Lorong Ceylon, Dang Wangi di sini antara pukul 1.30 petang dan pukul 2 petang 29 Julai lalu. Dia dituduh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=1004&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_01.htm#ixzz2giUpBMgV 
Hakcipta terpelihara 

Suri rumah rugi RM1.7 juta ditipu sindiket Hong Kong


SIBU – Seorang suri rumah berusia 54 tahun kerugian RM1,746,434 selepas menjadi mangsa satu sindiket penipuan yang mendakwa mangsa kini menjadi buruan pihak berkuasa Hong Kong kerana terlibat dengan aktiviti penggubahan wang haram.
Mangsa yang ingin dikenali sebagai Ling menerima panggilan pada Mei lalu daripada empat individu yang mendakwa masing-masing daripada Hang Seng Bank, Jabatan Kastam dan Eksais, Jabatan Hasil Dalam Negeri serta daripada peguam yang berasal dari Hong Kong.
Kesemua empat suspek tersebut mendakwa Ling terlibat dalam penggubahan wang haram.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=1004&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_02.htm#ixzz2giUcaErn 
Hakcipta terpelihara 

Selesai kes-kes jenayah berat



JALALUDDIN menunjukkan sebahagian senapang buatan sendiri yang dirampas dalam Ops Cantas Khas pada sidang akhbar di Kota Bharu, Kelantan semalam.


KOTA BHARU - Kejayaan polis Pahang menembak mati tiga penjenayah kejam dekat Bangunan Persekutuan di Gerik, Perak kelmarin turut dikongsi polis negeri ini apabila semakan mendapati dua daripadanya merupakan antara penjahat yang paling dikehendaki di Kelantan.
Ketua Polis Kelantan, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman berkata, sebelum menemui ajal, penjenayah berkenaan dipercayai hidup dalam persembunyian selepas mengetahui mereka diburu berhubung beberapa kes jenayah berat di sini.
Katanya, mereka melarikan diri dari negeri ini untuk mengelak daripada ditangkap.
"Salah seorang tinggal di Thailand manakala seorang lagi bekerja sebagai tukang paip di Pahang. Ingin saya tegaskan, penjenayah tiada ruang di negeri ini kerana sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga," katanya.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=1004&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_04.htm#ixzz2giUTecow 
Hakcipta terpelihara 

Guru silat parah ditikam pelajar kolej mabuk


PELAJAR kolej yang ditangkap kerana disyaki menikam guru silat di Jalan Astana, Kuching kelmarin.


KUCHING - Gara-gara bertengkar dengan seorang pemuda dalam keadaan mabuk yang memotong barisan ketika mengisi minyak, seorang guru silat cedera parah ditikam lelaki itu di sebuah stesen minyak di Jalan Astana di sini kelmarin.
Mangsa Morshidi Maton, 63, guru silat Pertubuhan Silat Hidayah Melayu cedera di perut akibat ditusuk dengan pisau oleh suspek yang berusia 23 tahun.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=1004&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_06.htm#ixzz2giUL2dep 
Hakcipta terpelihara 

32 murid keracunan makanan



NOR HIESHAM (kanan) bertanya khabar kepada beberapa murid yang mengalami keracunan makanan di Hospital Sungai Bakap, Nibong Tebal kelmarin.


NIBONG TEBAL - Selepas kejadian keracunan makanan di Kampung Huma, Tanjung Dawai, Sungai Petani, Sabtu lalu yang menyebabkan empat maut akibat makan nasi kenduri, nasib sama menimpa 32 murid Sekolah Kebangsaan Seri Tasek, Simpang Ampat di sini kelmarin.
Mereka yang juga pelajar tahun empat sekolah tersebut mengadu sakit kepala, mengalami cirit-birit dan muntah-muntah setelah menjamah hidangan nasi goreng bersama lauk ayam paprik ketika mengikuti kelas tambahan.
Kesemua murid itu kemudian dikejarkan ke Hospital Sungai Bakap dekat sini pada pukul 8 malam dan disahkan mengalami keracunan makanan.
Seorang mangsa, Nur Arisya Azrin Mohd. Nazri, 10, ketika ditemui berkata, kesemua peserta kelas tambahan anjuran Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) dan pihak sekolah itu dihidangkan makan malam pada pukul 6.30 petang memandangkan kelas bermula pada pukul 8 malam.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=1004&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_10.htm#ixzz2giU604pN 
Hakcipta terpelihara 

3 sekeluarga maut kereta terjunam dalam sungai


KUALA KUBU BHARU - Perjalanan tiga sekeluarga dari Kalumpang ke Kuala Kubu Bharu dengan menaiki sebuah kereta jenis Proton Waja berkecai apabila kesemuanya ditemui lemas selepas kenderaan itu terbabas lalu terjunam ke dalam Sungai Gumut di sini kelmarin.
Kejadian pukul 8.30 pagi itu mengakibatkan V. Puspam, 29, ibunya, N. Valiama, 63, dan anaknya, K. Neelan Raj berusia setahun mati di tempat kejadian.
Mayat Puspam dan Valiama ditemui lemas di dalam kereta tersebut manakala Neelan Raj pula ditemui terapung kira-kira dua kilometer dari lokasi nahas akibat dihanyutkan arus.
Timbalan Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Deputi Superintendan Zulkepli Bedin memberitahu, ketiga-tiga mangsa gagal menyelamatkan diri apabila kereta tersebut terjunam ke dalam sungai dengan kesemua tayarnya ke atas.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=1004&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_09.htm#ixzz2giTqwuG4 
Hakcipta terpelihara 

82 lemas bot pencari suaka terbalik



BEG berisi mayat imigran yang lemas disusun di pelabuhan Lampedusa, Itali semalam.


ROM - Sekurang-kurangnya 82 pencari suaka lemas, manakala 150 yang lain diselamatkan selepas sebuah bot membawa 500 orang terbakar dan terbalik dekat sebuah pulau di Itali, kata beberapa pegawai semalam.
Agensi berita Itali, Ansa memetik Datuk Bandar Lampedusa, Giusi Nicolini sebagai berkata, 82 mayat ditemui oleh pasukan kecemasan termasuk beberapa orang kanak-kanak dan wanita.
"Mangsa-mangsa yang terselamat pula masih trauma," kata Nicolini kepada saluran televisyen SkyTG24.
Dalam perkembangan berkaitan, Perdana Menteri Itali, Enrico Letta menyifatkan kemalangan itu satu tragedi besar.
Beberapa stesen televisyen tempatan menunjukkan mangsa-mangsa yang terselamat tiba di jeti pulau berkenaan dengan berselimut.
"Kita tidak boleh terus mengira bilangan mangsa yang mati. Kita mesti melakukan sesuatu bagi menghalang tragedi ini daripada berulang," kata seorang paderi tempatan, Francesco Montenegro.
Beberapa pencari suaka itu berkata, mereka berasal dari Eritrea dan Somalia. Sementara polis tempatan memberitahu, bot berkenaan bertolak dari Libya.
Menurut Nicolini, imigran-imigran itu memberitahu, mereka membuat unggun api kecil di atas bot sekitar beberapa ratus meter dari pantai untuk menarik perhatian pengawal pantai selepas enjinnya rosak.
Api kemudian merebak dan mencetuskan panik dalam kalangan imigran sebelum terbalik.
Lampedusa merupakan sebuah pulau milik Itali yang terletak di antara Tunisia dan Sicily. Lokasi itu menjadi laluan utama pencari suaka untuk memasuki Kesatuan Eropah. - AFP


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=1004&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_04.htm#ixzz2giS1wiV5 
Hakcipta terpelihara 

Lelaki Jepun didakwa cuba seludup cicak


SEBAHAGIAN cicak shingleback yang dirampas oleh pasukan kastam Australia ini bernilai tinggi di pasaran Asia.- Agensi


SYDNEY - Dua lelaki Jepun didakwa semalam kerana cuba menyeludup 30 ekor cicak keluar dari Australia.
Penyeludupan itu cuba dilakukan ekoran harga jualan semasa yang tinggi ditawarkan di pasaran gelap di Asia.
Pasukan Kastam dan Jabatan Perlindungan Sempadan Australia berkata, bagasi suspek yang berusia 38 dan 33 tahun itu diperiksa apabila mereka didapati kerap memasuki Lapangan Terbang Antarabangsa Perth di sini.
Dalam satu pemeriksaan X-ray, pegawai pemeriksa menemui 28 cicak shingleback, seekor cicak yang tidak dikenali jenisnya dan seekor cicak naga.
Seorang penyiasat kanan Jabatan Perhilitan dan Hidupan Liar Barat Australia, Rick Dawson memberitahu, rampasan itu bernilai lebih AS$122,000 (RM393,738).
"Kebanyakan cicak ini sangat dikehendaki di Asia. Ini kerana reptilia tersebut sangat senang dijaga, selain menarik dan eksotik," katanya.
Jika sabit kesalahan, kedua-dua lelaki tersebut boleh dijatuhi hukuman penjara selama 10 tahun dan denda sehingga AS$159,241 (RM513,928). - AFP


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=1004&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_01.htm#ixzz2giRSwVBw 
Hakcipta terpelihara 

Empat ditahan palsukan pasport, permit


Zulkefly Yahya menunjukkan pasport palsu yang dirampas ekoran penangkapan empat lelaki warga Indonesia di Kulaijaya, semalam.
KULAIJAYA 4 Okt. - Polis berjaya menumpaskan satu kegiatan menghasilkan pasport dan permit palsu dengan tertangkapnya empat lelaki warga Indonesia di beberapa lokasi di sini dan Johor Bahru baru-baru ini.
Dua daripadanya yang berusia 30 dan 48 tahun itu berstatus penduduk tetap (PR), seorang memiliki pasport sah dan seorang lagi tiada dokumen pengenalan diri.
Ketua Polis Daerah Kulaijaya, Supritendan Zulkefly Yahya berkata, serbuan dilakukan ekoran laporan polis dibuat seorang ejen yang menguruskan permit kerja warga asing pada 27 September lalu.
Menurutnya, dalam serbuan di Taman Senai Utama, Senai di sini dan Majidee di sini, polis turut merampas peralatan membuat permit dan pasport palsu, cop dan 51 pasport palsu.
"Pada 27 September pukul 8.48 malam, ejen tersebut membuat laporan polis mengatakan dia diperdaya seorang lelaki yang mengaku sebagai pegawai imigresen dan boleh menguruskan permit pekerja asing.
"Mangsa telah menyerahkan 41 keping pasport pekerja asing kepada lelaki berkenaan untuk diproses tetapi setelah diterima, dia mendapati dokumen itu palsu.
"Hasil laporan itu, kita menahan empat lelaki terbabit dan mereka ditahan reman sehingga Isnin ini," katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah Kulaijaya di sini hari ini.
Beliau berkata, siasatan awal mendapati sindiket tersebut sudah beroperasi lebih setahun dengan mengenakan bayaran RM30 hingga RM60 untuk memproses satu pasport.
Tambahnya, kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan dan Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/1963.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20131005/je_05/Empat-ditahan-palsukan-pasport-permit#ixzz2goFNo94x
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Lelaki ceroboh tanah disyaki komando MNLF


KOTA KINABALU 4 Okt. - Polis membuka kertas siasatan baharu terhadap seorang lelaki warga Filipina yang dipenjarakan 18 bulan oleh Mahkamah Tawau pada 9 September lalu atas kesalahan menceroboh tanah rizab hutan apabila menemui petunjuk tahanan itu adalah anggota komando sebuah kumpulan pengganas negara berkenaan.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sabah, Asisten Komisioner Omar Mamah berkata, polis menemukan beberapa barangan ketenteraan seperti beret, logo, uniform, salutan pangkat pegawai komando yang dipercayai mempunyai kaitan dengan Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF) pimpinan Nur Misuari.
Katanya, bahan-bahan bukti itu ditemukan semasa pasukan keselamatan dan jabatan perhutanan merobohkan rumah suspek yang dibina secara haram pada 24 September lalu selepas mendapat perintah mahkamah.
"Pada masa ini siasatan lanjut sedang dijalankan sama ada suspek merupakan saki-baki kumpulan pengganas yang menyerang Kampung Tanduo atau pecahan anggota MNLF yang melarikan diri daripada pemberontakan di Selatan Filipina baru-baru ini.
"Kita juga ingin mengetahui tujuan suspek berada di negeri ini. Suspek ditahan pada awal September lalu oleh pasukan Renjer Hutan yang melakukan rondaan di kawasan Rizab Hutan, Kampung Marabung, Tungku, Lahad Datu," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Tambah Omar, satu laporan polis dibuat pada 25 September lalu bagi membolehkan satu kertas siasatan dibuka bagi menyiasat perkara itu di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 yang boleh dipenjarakan seumur hidup jika sabit kesalahan.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20131005/je_04/Lelaki-ceroboh-tanah-disyaki-komando-MNLF#ixzz2goExLcn6
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Pesara bank, 5 rakan didakwa tipu jual beli emas


Mohammad Tahassam (depan) dan Mohd. Azrul Zakaria (dua dari kiri) dibawa untuk dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan melakukan penipuan melibatkan urus niaga emas di Ipoh, semalam.
IPOH 4 Okt. - Seorang pesara bank dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas lima tuduhan melakukan penipuan melibatkan jual beli emas membabitkan 44 bentuk loket dan lima bentuk cincin bernilai lebih RM160,000, dua tahun lalu.
Mohammad Tahassam, 62, menghadapi satu tuduhan melakukan jenayah itu bersama seorang rakannya, Abdul Wahab Yaakob, 71, manakala empat lagi pertuduhan dia melakukannya sendiri melalui persubahatan empat rakannya yang lain.
Keempat-empat rakannya itu terdiri daripada seorang pemandu teksi yang juga adik kepada Abdul Wahab iaitu Mohd. Nor. 65; tukang cat, Burhan Alang, 41; pembantu peribadi, Mohd. Azrul Zakaria, 39; dan pekerja kilang, Muzapar Azidin, 39.
Kesemua tertuduh mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan selepas pertuduhan dibacakan kepada mereka oleh jurubahasa di hadapan Pendaftar Mahkamah Majistret, Puteri Nordina Kamaluddin kira-kira pukul 12 tengah hari.
Kesemua mereka yang dibawa ke mahkamah dengan menaiki dua buah kereta peronda kira-kira 10 minit sebelum itu juga dilihat hanya bersahaja sambil bercakap-cakap antara satu sama lain ketika prosiding berlangsung.
Mengikut pertuduhan pertama, Mohammad bersama-sama Abdul Wahab didakwa menipu seorang lelaki, Voon Hin Chean, 45, dengan memperdayakannya untuk mempercayai bahawa tujuh bentuk loket yang digadai mereka di Agrobank di sini adalah tulen sedangkan barang kemas itu sebenarnya palsu.
Tindakan mereka itu didakwa telah mendorong Hin Chean menyerahkan wang tunai berjumlah RM32,394.24 kepada kedua-dua tertuduh di bank tersebut di alamat No. 15 dan 17, Persiaran Greentown 5, di sini pada 2 April tahun lalu sedangkan mangsa tidak akan menyerahkan wang itu jika tidak diperdayakan.
Empat lagi kes melibatkan dua pertuduhan menipu masing-masing terhadap dua Penolong Servis Pelanggan Ar-Rahnu di bank sama iaitu Youn Faizal Ismail Ikram, 41, dan S. Kamala, 38, di alamat yang sama pada 21 September 2011.
Mohamad didakwa memperdayakan Youn Faizal dan Kamala supaya mempercayai bahawa 37 bentuk loket dan lima bentuk cincin kesemuanya bernilai RM131,450 yang masing-masing digadai oleh Mohd. Nor, Burhan, Mohd. Azrul dan Muzapar di bank tersebut adalah tulen sedangkan barang kemas itu adalah palsu.
Mohd. Nor, Burhan, Mohd. Azrul dan Muzapar didakwa telah bersubahat melakukan kesalahan tersebut bersama-sama Mohammad.
Mahkamah membenarkan kesemua tertuduh dibebaskan dengan ikat jamin antara RM5,000 dan RM23,000 masing-masing dengan seorang penjamin.
Puteri Nordina juga menetapkan 7 dan 8 Oktober ini untuk sebutan semula kes itu.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20131005/je_02/Pesara-bank-5-rakan-didakwa-tipu-jual-beli-emas#ixzz2goEW4F2J
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Wanita cuba rempuh bangunan Capitol


Imej daripada rakaman video stesen televisyen Alhurra menunjukkan polis mengepung kenderaan mewah jenis Infiniti berwarna hitam yang cuba merempuh bangunan Capitol di Washington, Amerika Syarikat, kelmarin. - AGENSI
WASHINGTON 4 Okt. - Polis Amerika Syarikat (AS) menembak mati seorang pemandu wanita selepas polis mengejar suspek dari White House melalui pusat bandar ini ke bangunan Capitol, semalam.
Anggota-anggota Kongres dan pelancong bertempiaran lari menyelamatkan diri setelah terdengar bunyi tembakan dilepaskan polis yang cuba menghentikan kenderaan mewah jenis Infiniti berwarna hitam dipandu wanita itu bersama seorang kanak-kanak berusia setahun.
Ketua Polis Washington, Cathy Lanier berkata, suspek telah disahkan mati, namun polis enggan mendedahkan identiti dan motif wanita itu sementara siasatan masih dijalankan.
Dua anggota penguatkuasa yang enggan dikenali bagaimanapun mendedahkan suspek ialah Miriam Carey, 34, dari Stamford, Connecticut.
''Kanak-kanak itu dianggarkan berusia setahun dan dalam keadaan baik serta diletakkan di bawah perlindungan,'' katanya.
Menurut Lanier, polis melepaskan tembakan di dua lokasi bagi menghentikan kenderaan yang dipandu oleh wanita itu.
Beliau berkata, seorang anggota polis Capitol dan ejen Perkhidmatan Rahsia juga mengalami kecederaan dalam kejadian itu.
''Mereka (polis) melakukan apa yang sepatutnya untuk menghentikan suspek yang berada dalam kenderaan daripada melanggar perimeter keselamatan di dua lokasi itu,'' katanya.
Menurut pegawai AS, insiden mengejar itu bermula dari 'luar perimeter' keselamatan White House dengan kereta suspek merempuh halangan dan seorang pegawai Perkhidmatan Rahsia.
''Tiada tembakan dilepaskan di White House, namun ejen bertindak mengejar kenderaan itu dan ketika kereta tersebut menghampiri bangunan Capitol, tempat Kongres bersidang, ia telah disekat oleh anggota keselamatan,'' kata pegawai itu.
Sementara itu, ibu kepada suspek Idella Carey berkata, anak perempuannya itu mengalami tekanan jiwa selepas melahirkan anak pada Ogos lalu.
Katanya, anak perempuannya itu tidak mempunyai rekod jenayah dan dia sendiri tidak tahu kenapa dia boleh berada di Washington, D.C. - AFP/AGENSI


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20131005/lu_02/Wanita-cuba-rempuh-bangunan-Capitol#ixzz2goDpdx1m
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Penyelam dikhuatiri lemas


4 Oktober 2013

KUANTAN - Seorang lelaki dikhuatiri lemas ketika mengikuti aktiviti menyelam di Teluk Genting, Pulau Tioman, hari ini.
 
Ketua Polis Daerah Rompin DSP Johari Yahaya berkata polis menerima laporan kejadian berkenaan pada kira-kira pukul 6.20 petang tadi.
   

"Mangsa, Mohd Afif Abd Hamid, 28, berasal dari Sungai Petani, Kedah mengikuti aktiviti menyelam bersama 19 orang penyelam dari pelbagai negeri kira-kira 2 petang tadi.
   

"Semasa menjalankan aktiviti menyelam tersebut, tiba-tiba mangsa didapati hilang dari kumpulan penyelam terbabit," katanya kepada Bernama di sini, hari ini.
   
Beliau berkata, rakannya cuba mencari mangsa di sekitar kawasan selaman, namun gagal menemuinya, sebelum membuat laporan polis.
   
Katanya, pasukan Polis Marin dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia menjalankan operasi mencari dan menyelamat mangsa.
   
"Usaha mencari terpaksa diberhentikan lewat petang tadi kerana cuaca gelap dan akan disambung semula awal pagi esok," katanya. - Bernama

Keluarga rayu anak pulang

Keluarga rayu anak pulangAbdul Hamid dan isteri menunjukkan laporan polis dan gambar anak perempuannya Noor Suhaila yang hilang sejak 31 Ogos lalu.
TEMERLOH – Seorang pesara tentera merayu anak perempuannya yang hilang sejak lebih sebulan lalu pulang ke rumah kerana sangat bimbangkan keselamatan anaknya itu.

Abdul Hamid Derus, 54, yang tinggal di nombor 6 Jalan 16/2 Taman Setia Jasa di sini juga merayu pihak polis untuk mencari dan membawa pulang anak bongsunya Noor Suhaila, 13, yang keluar rumah bersama dua rakan pada tengah hari 31 Ogos lalu.

Menurutnya, Noor Suhaila tidak pernah bertindak sedemikian. Pada hari kejadian, dia keluar bersama rakan perempuan berumur 13 dan 15 tahun ke bandar Temerloh dengan menaiki teksi.

“Dua rakan anak saya pulang ke rumah masing-masing tetapi Noor Suhaila tidak pulang. Sebelum ini dia tidak pernah buat macam ini, jika dia keluar ke bandar bersama kawan-kawan saya akan mengambilnya pulang pada sebelah petang.

“Bila jadi macam ini, kami sekeluarga buntu, rakan-rakan yang keluar bersama anak saya juga tidak tahu di mana anak saya berada sekarang,” katanya.

Menurutnya, sebelum ini, jika Noor Suhaila dan kawan-kawannya mahu ke bandar Temerloh dia akan menumpangkan mereka dan akan menghantar pulang sehingga ke pintu rumah masing-masing.

Abdul Hamid berkata, dia membuat laporan polis dua hari selepas kejadian dan telah menyerahkan segala maklumat peribadi anaknya serta memberikan juga maklumat berkaitan untuk membantu mengesan anaknya.

Sementara itu isterinya, Jamaliah Muda, 49, berkata, mereka sekeluarga telah melakukan pelbagai ikhtiar termasuk solat hajat dan menggunakan khidmat bomoh bagi mencari anak bongsu daripada empat beradik itu.

Menurutnya, sejak sebulan lalu, dia dan suami telah pergi ke merata tempat termasuk di luar Pahang dan keluar mencari setiap hari hingga jam 3 pagi.

“Kami buat macam ini sebab pihak berkuasa masih gagal cari Noor Suhaila. Kami merayu supaya mereka bantu sebab kami terlalu bimbangkan keselamatan Nor Suhaila.

“Saya tidak pernah meninggikan suara apatah lagi memukul anak saya, kami sekeluarga bingung memikirkan keselamatan dia di luar sana,” katanya.

Jamaliah berharap orang ramai yang mengetahui di mana anaknya berada supaya menghubungi polis atau datang ke rumahnya di alamat nombor 6 jalan 16/2 Taman Setia Jasa di sini.